Search This Blog

Sunday, August 10, 2014

Iran sahkan 39 orang maut, sembilan cedera dalam kejadian pesawat terhempas

Iran sahkan 39 orang maut, sembilan cedera dalam kejadian pesawat terhempas

MAYAT mangsa pesawat penumpang Iran terhempas ketika sedang berlepas di Lapangan Terbang Mehrabad. - Foto AFP 




TEHRAN: Timbalan Menteri Pengangkutan Iran, Ahmad Majidi mengesahkan 39 orang terbunuh dan sembilan cedera dalam kejadian pesawat terhempas di lapangan terbang di sini hari ini.

Majidi membuat pengesahan angka kematian itu menerusi stesen televisyen kerajaan. Laporan awal menyatakan semua 48 orang di dalam pesawat terbabit terkorban.

Pesawat Sepahan Air Iran-140 itu terhempas berhampiran Lapangan Terbang Mehrabad sejurus selepas berlepas dalam penerbangan ke bandar Tabas di timur Iran. - AP 

Dua sahabat maut selepas pulang beraya


  • Kereta Perodua Kenari yang terlibat dalam kemalangan berkenaan. Gambar kecil: Motosikal yang ditunggang mangsa mengakibatkan kedua-duanya cedera parah sebelum disahkan meninggal di HSNI.Kereta Perodua Kenari yang terlibat dalam kemalangan berkenaan. Gambar kecil: Motosikal yang ditunggang mangsa mengakibatkan kedua-duanya cedera parah sebelum disahkan meninggal di HSNI.

BATU PAHAT – Dua rakan karib yang dalam perjalanan pulang selepas beraya bersama maut dalam kemalangan, apabila motosikal jenis Honda EX5  yang ditunggangi bertembung kereta jenis Perodua Kenari di hadapan Kampung Parit Bisu, petang kelmarin.

Ketika kejadian jam 6.55 petang itu, Nur Farah Artika Kamarulzaman, 18, dan rakannya, Hafizah Zakaria, 18, dalam perjalanan pulang selepas menziarahi guru mereka di Parit Simen, Semerah.

Ibu Nur Farah Artika, Tumisah Suri, 52, berkata, anaknya terlibat kemalangan beberapa minit selepas mereka berhubung melalui telefon.

"Arwah keluar selepas solat Zuhur dan saya ada menghubunginya pada jam 6.45 petang untuk bertanya keadaan mereka.

"Ketika itu arwah kata mereka dalam perjalanan pulang ke rumah," katanya.

Katanya, dia tidak menyangka itu kata-kata terakhir arwah kepadanya.

“Saya tidak menyangka pada pagi sebelum kemalangan, dia menemani saya membeli barangan dapur adalah   kali  terakhir kami bersama.

“Paling saya terkilan dia tidak sempat menjamah sushi yang dibelinya semasa menemani saya pagi tadi,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Sungai Nibong, semalam.

Menurutnya, dia terkejut apabila diberitahu berkenaan kemalangan itu kerana anaknya sempat bergurau dengannya sebelum keluar rumah dengan menyatakan mahu menemaninya tidur.

“Selepas ini saya akan sentiasa mengingati arwah kerana dia seorang yang rajin terutama membantu buat kerja-kerja rumah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad mengesahkan kemalangan yang berlaku di Kilometer 143, Jalan Johor Bahru-Melaka itu.

Katanya, kedua-dua mangsa cedera parah setelah motosikal jenis Honda EX5 yang ditunggang bertembung sebuah kereta Perodua Kenari dari arah Muar, yang dipercayai memasuki lorong bertentangan.

“Kedua-dua mangsa dikejarkan ke Unit Kecemasan, Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), namun meninggal dunia kira-kira jam 11 malam,” katanya.

Dalam pada itu, jenazah Nur Farah Artika dan Hafizah selamat dikebumikan di kampung masing-masing, iaitu di Kampung Sungai Nibong dan Sungai Balang, selepas solat Zohor, semalam.

Satu juta rakyat Jepun diarah pindah


  • Tanah runtuh di wilayah Kochi akibat hujan lebat. - Foto BBCTanah runtuh di wilayah Kochi akibat hujan lebat. - Foto BBC

TOKYO - JEPUN. Lebih sejuta rakyat Jepun diarahkan meninggalkan kediaman masing-masing apabila taufan Halong dijangka melanda barat daya negara itu, lapor BBC.
Taufan Halong melanda kawasan berhampiran Aki, Kochi sekitar 6 pagi waktu tempatan, hari ini, kata Agensi Meteorologi Jepun.
Hujan lebat di wilayah Mie, barat Tokyo sudah pun berlaku sebelum dan ini boleh mencetuskan tanah runtuh atau banjir besar.
Sekurang-kurangnya seorang maut dan lebih 30 cedera, , lapor stesen siaran NHK.
Manakala 470 penerbangan sudah dibatalkan pada Sabtu berikutan kebimbangan taufan berkenaan manakala sekurang-kurangnya 143 lagi dilaporkan bakal dibatalkan, hari ini.
Taufan Halong mampu mencecah kelajuan angin sehingga 180 kilometer sejam dan dijangka bergerak perlahan-lahan ke kawasan utara timur.

Pesawat terhempas sejurus berlepas, 40 maut


  • Pesawat terhempas sejurus berlepas, 40 maut

TEHRAN - IRAN. Sebuah pesawat penumpang yang membawa 40 penumpang terhempas sejurus selepas  berlepas dari lapangan terbang Mehrabad di ibu negara Tehran.

Kesemua 40 penumpang dilaporkan maut di dalam kejadian tersebut.

Menurut Al-Jazeera, pesawat dari Taban Airlines yang menuju ke Tabas, terhempas kira-kira jam 9:18 pagi waktu tempatan.

Mehrabad terletak di pinggir bandar barat Tehran dan berfungsi sebagai lapangan terbang untuk penerbangan domestik.

Mangsa culik ditemui mati


  • Anggota bomba menurunkan mayat mangsa yang ditemui atas Bukit Gambir.
Anggota bomba menurunkan mayat mangsa yang ditemui atas Bukit Gambir.

GEORGETOWN - Mayat seorang lelaki warga Bangladesh yang diculik sekumpulan warga asing semalam ditemui dalam kawasan belukar atas Bukit Gambir di sini, hari ini.

Mayat lelaki berusia 39 tahun itu ditemui dalam keadaan berbogel selepas polis menerima maklumat kira-kira jam 1.30 petang.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridaltrash Wahid berkata, sepasukan polis dikejarkan ke tempat kejadian dan mendapati mayat lelaki berkenaan adalah individu yang dilaporkan hilang selepas diculik sekumpulan warga asing yang dipercayai warga Myanmar.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang warga asing yang mendakwanya dan seorang lagi rakan diculik dan dibawa ke atas bukit berkenaan.

Menurutnya, mangsa memaklumkan kumpulan penculik berkenaan meminta wang tebusan RM200,000 daripada rakan-rakannya.

"Sebaik menerima laporan kira-kira jam 2 petang, kami menjalankan operasi mencari mangsa sehingga jam 7.30 malam tetapi gagal menemui sebarang kesan sebelum menerima maklumat mengenai penemuan mayat.

"Salah seorang daripada mangsa yang diculik berusia 33 tahun bagaimanapun berjaya melepaskan diri dan tampil membuat laporan polis," katanya ketika ditemui media di lokasi kejadian.

Menurutnya, pemeriksaan yang dilakukan terhadap mayat mangsa mendapati terdapat kesan jerutan pada leher mangsa dan dipercayai mati dalam tempoh kurang 24 jam.

Mior Farid berkata, mayat mangsa dibawa turun dengan bantuan anggota bomba dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

"Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Kita juga akan memanggil kira-kira 20 rakan mangsa untuk diambil keterangan dan membantu siasatan," katanya.

Pemandu maut kenderaan terbabas


  • Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di kepala.Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di kepala.

RAUB - Bunyi dentuman kuat dari luar rumah mengejutkan sekeluarga pemilik sebuah restoran yang sedang beristirahat di dalam rumah mereka.

Apabila melihat keluar, mereka mendapati sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Frontier terbalik di hadapan rumah mereka yang terletak di Kampung Sempam Baru, di sini.

Salah seorang ahli keluarga terbabit yang enggan dikenali berkata, kejadian berlaku sekitar jam 11.40 malam ketika dia dan keluarganya sedang menonton televisyen.

“Tiba-tiba saya dengar satu bunyi yang sangat kuat. Apabila menjenguk keluar, saya tengok ada sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Frontier terbalik.

"Kemudian, ayah saya terus menghubungi polis untuk memaklumkan perkara tersebut,” katanya.

Sementara itu, menurut Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman, berdasarkan siasatan, mangsa, Tajudin Ahmad, 51, dikatakan dalam perjalanan dari Raub menuju ke Cheroh.

“Siasatan awal mendapati kenderaan yang dipandu mangsa terbabas sendiri lalu masuk ke dalam longkang dan terbalik.

“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan berdasarkan bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan kecederaan teruk di bahagian kepada,” katanya.

Mangsa berasal dari Kuala Lipis dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke balai polis untuk membantu siasatan.

Kebakaran: 14 rumah perkampungan air musnah


10 Ogos 2014


LIMBANG - Penghuni 14 rumah di sebuah perkampungan air di sini tinggal sehelai sepinggang selepas satu insiden kebakaran berlaku di Kampung Manangah, Awat-Awat dalam daerah Lawas di sini hari ini.
 
Ketua Bomba Zon Limbang Anuar Shadzat Merdzuki berkata panggilan kecemasan diterima pada 3.58 petang dan pihaknya tiba di lokasi kejadian pukul 4.30 petang.
 
Beliau berkata, kebakaran dapat dikawal dalam tempoh sejam dan pihaknya, dengan kekuatan 22 pegawai bomba, dua jentera, sebuah bot serta empat pam air, terpaksa berdepan kesukaran untuk tiba di lokasi kejadian kerana terpaksa menyeberangi sungai.
 
"Tiada kemalangan jiwa berlaku, kita telah berjaya menyelamatkan 22 rumah di kampung tersebut daripada kebakaran dan punca kebakaran dipercayai bermula di bahagian dapur sebuah rumah penduduk kampung," katanya kepada Bernama.
 
Ini adalah kebakaran kedua yang membabitkan penduduk perkampungan air di Limbang dalam tempoh tidak sampai sebulan.
 
Pada 18 Julai lepas, persiapan Syawal 15 keluarga dari Kampung Seberang Kedai musnah dalam satu kebakaran yang meranapkan perkampungan air itu.
 
Tragedi sama menimpa Kampung Awat-Awat Lawas pada 29 Okt 2013 yang menyebabkan 35 keluarga hilang tempat tinggal. - Bernama

Tiga sekeluarga cemas rumah dimasuki perompak


10 Ogos 2014


GEORGETOWN - Tiga sekeluarga di Changkat Delima, Gelugor di sini berdepan detik cemas apabila rumah mereka dimasuki tiga lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang awal hari ini.
 
Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, pada kejadian pukul 4.35 pagi itu, perompak masuk menerusi tingkap belakang dapur rumah teres dua tingkat itu.
 
Mereka mengikat tuan rumah, seorang jurutera berusia 39, bersama isteri dan anak perempuannya sebelum mengumpulkan mereka dalam sebuah bilik.
 
"Suspek dipercayai warga Indonesia dan tiada sebarang kesan cap jari ditemui kerana kesemua mereka memakai sarung tangan ketika melakukan jenayah itu," katanya kepada pemberita di sini.
 
Beliau berkata, suspek kemudiannya melarikan kad kredit, kad debit, tiga jam berjenama, telefon bimbit, iPad, komputer riba, wang tunai yang kesemuanya dianggar melebihi RM8,000.

Lokasi kejadian tidak dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) dan polis telah menghantar unit anjing pengesan K9 untuk mengesan arah suspek melarikan diri, kata Mior Faridalathrash.
 
Beliau berkata, pihaknya sedang cuba mendapatkan rakaman CCTV dari rumah berdekatan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi balai polis berdekatan untuk membantu siasatan.  - Bernama

Pesawat terhempas di Iran, 40 penumpang maut




10/08/2014 2:39pm

RIYADH - Sebuah pesawat membawa 40 orang penumpang terhempas di sebuah kawasan penempatan sejurus selepas berlepas dari Lapangan Terbang Mehrabad pagi ini, lapor agensi berita IRNA.

Laporan awal kesemua 40 orang penumpang termasuk tujuh kanak-kanak terbunuh dalam kemalangan itu, lapor IRNA.

Tiada maklumat mengenai sebarang kecederaan membabitkan orang awam berhampiran kawasan kejadian.

Kapal terbang itu dalam perjalanan ke Tabas dan terhempas di kawasan kejiranan Azad, berhampiran Mina 6 Boulevard. - REUTERS

Keterangan Ellen tidak jelas


BALIK PULAU - Keterangan yang diberikan oleh seorang guru muzik berhubung pesta bogel yang diadakan di Pantai Teluk Kampi, Taman Negara Teluk Bahang pada 30 Mei lalu tidak jelas hingga menyebabkan polis belum menemui sebarang petunjuk baharu.
Difahamkan, keterangan yang diberi wanita dikenali sebagai Ellen, 34, itu tidak mengesahkan penglibatannya dalam pesta bogel itu.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Lai Fah Hin berkata, sehubungan itu, wanita berkenaan yang ditahan malam Khamis lalu di Sungai Ara, Bayan Lepas dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira pukul 12 tengah hari kelmarin selepas 14 jam ditahan.
"Wanita ini dipanggil bagi membantu siasatan berhubung penglibatannya dalam penganjuran pesta sukan bogel di kawasan pantai berkenaan pada 30 Mei lalu serta rakaman klip video bogel yang berdurasi kira-kira 5 minit 49 saat.
"Kita tidak teragak-agak untuk menahannya semula sekiranya siasatan berhubung kes tersebut menunjukkan tanda-tanda positif yang dia turut terlibat sama," katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0810&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz39yXDjpcz 
Hakcipta terpelihara 

136 kes peniaga tamak dikesan


ALOR SETAR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengesan 136 kesalahan dilakukan peniaga membabitkan kompaun berjumlah RM15,850 sepanjang pelaksanaan skim kawalan harga musim perayaan sempena Aidilfitri tahun ini.
Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek memberitahu, jumlah kesalahan yang dicatatkan itu menunjukkan penurunan ketara berbanding 401 kes yang direkodkan membabitkan kompaun berjumlah RM44,333 pada skim kawalan harga Aidilfitiri tahun lepas.
"Skim kawalan harga barangan bermula 20 Julai lalu sehingga 5 Ogos lalu telah selesai dan saya amat berpuas hati apabila tidak banyak aduan dan kes diterima KPDNKK berbanding tahun sebelumnya.
"Ini adalah disebabkan oleh kerjasama baik diberikan peniaga, peruncit dan pemborong serta penguatkuasaan yang teliti dilakukan penguat kuasa KPDNKK," katanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0810&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz39yWxvwDo 
Hakcipta terpelihara 

Tiga beradik lari rumah



SIEW POH (kiri) bersama Jee Keong menunjukkan gambar tiga anak perempuan mereka, May Ling (kiri), May Yee (tengah), dan May Ying (kanan) yang menghilangkan diri di Kepong, Kuala Lumpur semalam.


KEPONG - Sepasang suami isteri tidak putus harapan menanti kepulangan tiga anak perempuan mereka yang hilang secara tiba-tiba sejak dua tahun lalu.
Yap Siew Poh, 43, berkata, dia dan suaminya, Liew Jee Keong, 53, sehingga kini tidak tahu punca sebenar ketiga-tiga anak mereka iaitu Liew May Ling, 17, Liew May Yee, 16, dan Liew May Ying, 14, bertindak menghilangkan diri sedangkan sebelum ini tidak pernah berlaku sebarang pertelingkahan antara mereka.
Siew Poh memberitahu, anak sulungnya, May Ling menghilangkan diri sejak 10 Januari 2012 manakala adiknya, May Yee pada 7 April lalu disusuli May Ying pada 15 Julai lepas.
"Sehingga kini kami tidak tahu ke manakah mereka pergi namun percaya tindakan May Yee dan May Ying dipengaruhi oleh May Ling.
"Apabila saya dan suami bertanyakan kepada rakan-rakan mereka, masing-masing mendiamkan diri seperti sedang menyembunyikan sesuatu," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0810&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz39yWYJfkx 
Hakcipta terpelihara 

India tingkat waspada Ebola



SEORANG petugas kesihatan memeriksa suhu badan seorang lelaki di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Murtala Muhammad di Lagos, Nigeria pada 6 Ogos lalu.


NEW DELHI - Lapangan terbang di India diarah berjaga-jaga manakala kerajaan mewujudkan talian bantuan sebagai antara langkah menangani wabak maut Ebola di negara yang memiliki 1.25 bilion penduduk itu.
India kini mempunyai hampir 45,000 warganya yang tinggal di empat negara terjejas Ebola di Asia Barat.
Beberapa pegawai kesihatan berkata, terdapat kemungkinan sebahagian daripada mereka pulang ke tanah air sekiranya wabak itu bertambah buruk.
Menteri Kesihatan India, Harsh Vardhan tanpa mengulas lanjut berkata, negara itu kini melaksanakan sistem pemantauan dan pengesanan kesihatan paling canggih bagi untuk mengesan virus Ebola.
"Kita tidak perlu panik," kata Vardhan sambil menambah risiko kes Ebola berlaku di India adalah kecil.
Namun, akhbar tempatan, New Indian Express melahirkan kebimbangan sistem kesihatan negara itu yang tepu tidak mampu untuk menangani wabak Ebola.
Dalam pada itu, seorang pesakit dari Nigeria yang menghidapi demam dan selesema dikuarantin di sebuah hospital di Toronto, kata beberapa pegawai Kanada kelmarin.
Nigeria merupakan antara beberapa negara Afrika Barat yang merekodkan virus Ebola ketika wabak demam berdarah itu diisytiharkan sebagai yang terburuk di dunia kali ini apabila menjangkiti hampir 1,800 orang di seluruh dunia sejak awal tahun ini.
"Dia telah diasingkan daripada pesakit lain sebagai langkah berjaga-jaga," kata hospital tersebut dalam satu kenyataan.
Menurut kenyataan itu, pihak berkuasa perubatan masih menjalankan beberapa ujian bagi mengesahkan sama ada pesakit berkenaan dijangkiti virus Ebola.
Kenyataan sama bagaimanapun mengesahkan bahawa Negeri Ontario masih belum mencatat sebarang kes jangkitan Ebola.
Setakat ini, negara yang paling teruk terjejas akibat wabak maut itu terhad kepada empat negara Afrika Barat termasuk seperti Sierra Leone, Liberia dan Guinea.
Kelmarin Presiden Nigeria, Goodluck Jonathan mengisytiharkan darurat di seluruh negara bagi menghadapi jangkitan Ebola beberapa jam selepas Pertubuhan Kesihatan Dunia mengumumkan wabak itu sebagai krisis kesihatan global.
Antara simptom Ebola termasuk demam panas mengejut, sakit otot dan kerongkong. Ia diikuti muntah, cirit-birit sebelum pesakit mengalami pendarahan dalaman. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0810&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz39yVs7AFe 
Hakcipta terpelihara 

Lelaki hampir hilang kaki akibat ditetak

Lelaki hampir hilang kaki akibat ditetak014/08/10 - 03:48:59

Mangsa mengalami kecederaan parah di tangan dan kaki kiri akibat ditetak di Pasar Pasir Pinji, Ipoh, semalam.

Serangan ganas suspek dipercayai ekoran masalah hutang

Ipoh: Tindakan pantas seorang anggota polis berjaya menyelamatkan seorang lelaki berusia 42 tahun daripada terus ditetak oleh seorang lelaki bersenjatakan parang dalam kejadian di Pasar Pasir Pinji di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, seorang anggota polis sedang membuat rondaan berhampiran parkir motosikal di pasar berkenaan, sebelum menyedari tindakan seorang suspek berusia lingkungan 50-an sedang menetak mangsa.

Polis arah letakkan parang

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong, berkata anggota polis itu kemudian segera memberi amaran supaya suspek meletakkan parang dan tindakannya itu berjaya menyelamatkan mangsa daripada terus ditetak.

“Parang suspek dirampas oleh anggota polis terbabit yang terus bertindak menahannya. Keadaan mangsa ketika itu agak parah dengan mengalami luka teruk di tangan dan kaki kiri, selain mengalami pendarahan serius di jari manis tangan kirinya,” katanya.

Chang Keong berkata, mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, untuk rawatan lanjut dan siasatan awal mempercayai punca kejadian bermotifkan dendam akibat masalah hutang lampau.

Polis dapat petunjuk baharu


2014/08/10 - 03:39:15
Balik Pulau: Polis percaya keterangan daripada seorang wanita yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung pesta sukan bogel yang didakwa diadakan di Pantai Teluk Kampi, dapat memberi beberapa petunjuk baharu.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Lai Fah Hin, berkata wanita berusia 34 tahun itu, seorang guru muzik di sebuah pusat muzik di negeri ini ditahan di rumahnya di Bayan Lepas, di sini, pada Khamis malam dan dibebaskan dengan jaminan polis, kelmarin.


“Saya tidak boleh dedahkan lebih lanjut kerana kes itu masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi BERNAMA, semalam.

Pesta itu mula diperkatakan apabila video bertajuk Pesta Bogel di Teluk Bahang, Penang tersebar secara meluas di laman sosial, yang memaparkan sembilan lelaki dan enam wanita melukis badan dalam keadaan bogel, menari serta mengadakan acara sukan di Pantai Teluk Kampi.

Bergantung pada siasatan

Ditanya sama ada wanita yang belum berkahwin dan tinggal bersama bapanya di Bayan Lepas itu akan didakwa, beliau berkata, ia bergantung kepada siasatan yang dijalankan.

Fah Hin berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan iaitu melanggar kesopanan di tempat awam yang membawa hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mereka yang terbabit juga boleh didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu menggunakan perkataan atau isyarat yang dimaksudkan mengaibkan kehormatan seseorang, yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Beliau turut meminta kerjasama 15 peserta pesta berkenaan, termasuk tujuh individu tempatan supaya tampil di balai polis berdekatan atau menghubungi pegawai penyiasat kes itu, Asisten Superintendan Mohd Sani Mat Ali di talian 012-5424455 bagi membantu siasatan kes.

Sebelum ini, pada sidang media, polis mengedarkan 12 daripada 15 gambar individu yang dipercayai boleh membantu siasatan kes berkenaan.

Pusat hiburan degil terus diserbu


2014/08/10 - 03:50:50
Kuala Lumpur: Sebuah pusat hiburan di Kepong yang diserbu puluhan kali sejak tahun lalu, tetap menjalankan kegiatan haram pelacuran, perjudian serta dadah di premis itu bermula 10 malam hingga 10 pagi setiap hari.

Lesen pusat hiburan berkenaan dibenarkan beroperasi dari jam 10 malam hingga 3 pagi setiap hari ini.


Terbaharu jam 3 pagi semalam, sepasukan pegawai dan anggota polis Bukit Aman terpaksa menyamar sebagai pelanggan bagi menjalankan pemantauan dan risikan terhadap pusat hiburan berkenaan yang dianggap kebal di ibu negara.

Ketika serbuan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman itu, lebih 280 pengunjung termasuk 42 wanita warga asing sedang asyik memadu asmara bersama pelanggan secara terbuka selain 40 lagi pengunjung sedang khayal di bawah pengaruh dadah dengan alunan muzik ‘techno’.

Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Roslee Chik, berkata pihaknya terpaksa melakukan pemantauan ke atas pusat hiburan yang terletak di tingkat 5, sebuah pusat beli-belah di Kepong itu sejak sebulan lalu untuk mendapatkan gambaran sebenar situasi semasa dalam pusat hiburan berkenan.

Tahu kehadiran polis

“Hasil pemantauan dan risikan yang dijalankan, premis hiburan yang dinamakan Level Five itu mempunyai pelbagai cara dan langkah untuk mengetahui kehadiran pihak polis jika ada serbuan yang bakal dilakukan seperti mengupah beberapa pekerja premis perniagaan tingkat bawah dan tonto dari laluan utama menuju ke pusat beli-belah berkenaan dan pemantauan kamera litar tertutup.
“Justeru, jika mereka merasakan keadaan pada sesuatu masa bebas daripada sebarang pemeriksaan polis, pemilik premis ini akan terus menjalankan kegiatan hiburan mereka sehingga jam 10 pagi malah akan berlanjutan sehingga tengah hari sekiranya pengunjung masih ingin terus berhibur,” katanya yang mengetuai serbuan berkenaan.

Beliau berkata, dalam operasi berkenaan pihaknya turut merampas 20 batang rokok mengandungi ganja yang dijual dengan harga RM10 setiap batang, 12 paket ketamin, 137 pil estacy dan 47 pil eramin 5 yang dijual dengan harga RM50 bagi setiap biji.

Rampas wang tunai

Roslee berkata, pihaknya turut menemui dan merampas 12 mesin komputer yang mempunyai unsur perjudian dalam sebuah bilik di pusat hiburan berkenaan dan menahan seorang wanita warga Indonesia yang dipercayai penjaga bilik perjudian berkenaan selain merampas wang tunai berjumlah RM2,645.

Penjaja ditipu dengan wang palsu


  • Maniam menunjukkan wang kertas palsu (kiri) dengan wang kertas betul (kanan).Maniam menunjukkan wang kertas palsu (kiri) dengan wang kertas betul (kanan).

GEORGETOWN - Sama  tetapi tidak serupa. Itulah yang dapat dilihat dengan mata kasar wang kertas palsu RM20 yang diterima seorang peniaga di Jalan Air Itam di sini.

Sekali imbas, wang kertas palsu seakan-akan serupa dan sukar untuk dikenalpasti.

Seorang penjaja barangan runcit yang hanya mahu dikenali Maniam berkata, pekerjanya  menerima beberapa keping wang kertas RM20 daripada pelanggan.

Beliau hanya menyedari wang itu palsu sebaik pulang ke kedai selepas selesai urusan di luar.

“Saya hanya menyedari wang palsu itu ketika mengira wang untuk membuat pembayaran kepada pembekal barang. Nasib baik saya sedar dan mengasingkannya,” katanya.

Menurutnya, ini bukan kali pertama menerima wang palsu malah pernah ditipu pelanggan yang tidak bertanggungjawab sebelum ini.

Beliau berkata  beberapa peniaga lain di situ juga mendakwa wang palsu RM20 banyak berlegar di kawasan Air Itam berbanding kawasan lain di negeri.

Sehubungan itu, pihak berkuasa perlu menyiasat masalah itu untuk mengelakkan lebih banyak kejadian sama berlaku.

Mengikut semakan, individu yang memiliki dan menggunakan wang kertas palsu boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 489 (B) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda.  Manakala bagi kesalahan memiliki wang palsu, boleh didakwa mengikut Seksyen 489 (C) Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara maksimum 10 tahun.

Mangsa tetak meninggal dunia

Keluarga Allahyarham Amran (gambar) inginkan keadilan dan pembelaan di atas kematiannya.
Keluarga Allahyarham Amran (gambar) inginkan keadilan dan pembelaan di atas kematiannya.
KLANG - Hampir sembilan hari ditetak di sebuah cyber cafe, mangsa akhirnya menghembuskan nafas terakhir, semalam di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini.

Mangsa yang dikenali Amran Amri, 30, anak ketiga daripada tujuh beradik itu meninggal dunia sekitar jam 2.30 petang di samping ibu bapa, adik beradik dan saudara maranya.

Adik mangsa yang dikenali sebagai Nick berkata, jenazah abangnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Delik selepas selesai urusan bedah siasat.

Dalam pada itu, Nick berkata, Allahyarham seorang yang pendiam dan aktif dalam sukan futsal.

“Sebelum ini dia pernah meluahkan hasrat kepada keluarga berkenaan niatnya untuk mengahwini seorang gadis Tawau, Sabah yang juga sekampung dengan mereka.

“Dia dalam perancangan untuk perkenalkan gadis itu kepada ibu bapa dan keluarga kami. Tapi hasratnya tidak kesampaian sebaliknya kami menerima berita kematian arwah,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di pekarangan HTAR, di sini semalam.

Dalam kejadian Khamis minggu lalu, mangsa bersama lima lagi lelaki berusia antara 15 hingga 30 tahun cedera parah akibat ditetak disyaki 10 lelaki ketika sedang bermain permainan online di salah sebuah pusat siber di Taman Bayu Perdana.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, empat mangsa dilaporkan parah manakala dua lagi stabil dan kesemua mereka dikejar ke HTAR bagi rawatan lanjut.

Sementara itu, abang mangsa, Mohd Amin Amri, 32, berkata, adiknya yang masih bujang dan bekerja sebagai juruteknik itu berada dalam koma sepanjang dia dirawat sehingga meninggal dunia semalam.

“Dia tidak menunjukkan sebarang tindak balas sehinggalah doktor memaklumkan adik saya mengalami kerosakan di bahagian otak. Kami dimaklumkan berlaku kes kesilapan teknikal apabila pihak berkenaan memasukkan saluran oksigen ke bahagian saluran pemakanan.

“Kesilapan itu menyebabkan berlaku bengkak di bahagian otak adik saya dan disebabkan itu otaknya gagal menerima oksigen,” dakwanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, arwah adik gagal menerima oksigen dan berlaku gangguan pernafasan.

“Perkara ini dimaklumkan sendiri pihak yang bertugas. Arwah mengalami kerosakan itu pada hari keempat dia dimasukkan ke ICU. Kami sekeluarga inginkan penjelasan dan kami diberi tempoh dua minggu. Dua minggu adalah tempoh yang lama, kami inginkan keadilan ke atas adik kami,” katanya.

Katanya, jika benar ia kecuaian pihak hospital, mereka harus bertanggungjawab kerana ia berkaitan dengan nyawa.

“Saya tidak mahu perkara menimpa adik saya akan berulang kepada orang lain. Malah pihak berkenaan harus berhati-hati dalam melaksanakan tugas dan tidak mengambil remeh berkenaan perkara ini,” katanya.

Beliau yang berasal dari Tawau, Sabah berkata, pihak polis juga diharap memaklumkan kepada mereka sekeluarga berkenaan perkembangan terkini kes membabitkan adiknya dan lima lagi lelaki Sabah.

“Kami harap pihak bertanggungjawab yang menetak adik saya dan lima lagi lelaki dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

44 orang maut dalam kemalangan bas pelancongan di Tibet


2014/08/10 - 12:00:44
BEIJING: Sebuah bas pelancongan terhumban 10 meter dari tebing bukit di sebuah lebuh raya Tibet selepas berlanggar dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (SUV) dan trak pikap, mengorbankan 44 orang dan mencederakan 11 yang lain.

Menurut agensi berita Xinhua, bas yang membawa 50 penumpang itu menjunam di pergunungan selatan Tibet, petang semalam. Nahas berlaku di daerah Nyemo, kira-kira 90 kilometer dari Lhasa, ibu kota Tibet.


Kebanyakan penumpang terdiri daripada empat wilayah di China. Terdapat empat orang dalam SUV berkenaan dan seorang pemandu trak, namun keadaan mereka belum dapat dipastikan lagi.


Polis sudah menahan pengurus sebuah agensi pelancongan dan syarikat pelancongan yang berkaitan dengan bas terbabit. - AP

Nigeria isytihar darurat, bendung Ebola

Pegawai kesihatan memeriksa salah seorang penumpang di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa
Murtala Muhammad di Lagos, Nigeria.
Pegawai kesihatan memeriksa salah seorang penumpang di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Murtala Muhammad di Lagos, Nigeria.
ABUJA -NIGERIA. Presiden Nigeria, Goodluck Ebele Jonathan, kelmarin mengisytiharkan perintah darurat selepas  virus Ebola meragut dua nyawa penduduk di negara itu.

Memetik laporan AP, sebagai langkah untuk membendung penularannya, Jonathan telah meluluskan dana segera 1.9 bilion naira (RM37,000) untuk mewujudkan pusat kuarantin, saringan serta pemantauan di Abuja.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) juga mengisytiharkan Ebola sebagai virus yang telah membinasakan bahagian barat Afrika selepas ia meragut lebih 900 nyawa sejak beberapa bulan lalu.

Terdahulu, Presiden Liberia, Ellen Johnson Sirleaf turut mengisytiharkan perintah darurat selama 90 hari di negara itu.

Mayat wanita ditemui dalam beg


  • Keadaan mayat wanita yang disumbat di dalam beg dan ditemui dibuang ke dalam longkang di Taman Gemas Jaya, dekat sini. - Foto Sinar Harian oleh NOR AINNA HAMZAHKeadaan mayat wanita yang disumbat di dalam beg dan ditemui dibuang ke dalam longkang di Taman Gemas Jaya, dekat sini. - Foto Sinar Harian oleh NOR AINNA HAMZAH

GEMAS – Rasa sangsi penduduk terhadap sebuah beg “melancong” berwarna hitam di dalam longkang di tepi jalan Taman Gemas Jaya, dekat sini, sejak pagi tadi terjawab apabila beg berkenaan berisi mayat seorang wanita.

Kira-kira jam 5.00 petang, pekerja sebuah kedai perabot berhampiran lokasi kejadian nekad menghampiri beg berkenaan bagi mengetahui kandungan beg mencurigakan berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Wooi Kooi Cheang, susulan penemuan orang awam berkenaan, sepasukan anggota polis, pegawai dan forensik bergegas ke lokasi berkenaan dan menemui mayat dipercayai seorang wanita berusia lingkungan lewat 20-an lengkap berpakaian.

“Beg berkenaan merupakan beg melancong dengan saiz kira-kira dua kaki.  Beg berkenaan dikunci dengan sebuah ‘mangga', berzip dan diikat dengan tali.

“Berdasarkan penelitian awal, mayat tidak mempunyai suntikan imunisasi BCG (Bacillus Calmette Guerin).

"Malah, terdapat kesan luka di bahagian dahi sepanjang enam sentimeter dipercayai disebabkan hentakan kuat oleh senjata tumpul,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, dekat sini, hari ini.

Menurutnya lagi, terdapat beberapa helai baju ditemui di dalam beg berkenaan dan mayat berkenaan juga lengkap berkaian t-shirt bergambar Mickey Mouse serta berseluar berwarna biru.

“Kita tidak menjumpai sebarang dokumen pengenalan diri dan kita jangka mangsa mati tidak lebih 48jam berdasarkan keadaan mayat.

“Bagaimanapun, punca kematian masih dalam siasatan dan mayat akan di hantar ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di Seremban bagi proses bedah siasat.

“Buat masa ini, kita seru kepada mana-mana pihak yang kehilangan ahli keluarga atau kenalan untuk tampil kehadapan bagi proses pengecaman mayat.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Tiga anak gadis pergi tanpa berita


  • Jee Keong dan isteri menunjukkan wajah tiga anak gadisnya yang keluar rumah dan sehingga
kini tidak dapat dikesan.Jee Keong dan isteri menunjukkan wajah tiga anak gadisnya yang keluar rumah dan sehingga kini tidak dapat dikesan.

KEPONG - Kehidupan sepasang suami isteri ini tidak lagi seceria dulu apabila tiga anak gadisnya bertindak seorang demi seorang meninggalkan rumah dan menghilangkan diri tanpa sebarang kesan.

Kedua-duanya merayu anak-anak gadisnya itu pulang ke rumah kerana bimbangkan keselamatan mereka.

Liew Jee Keong, 53, yang bekerja sebagai tukang cat memberitahu, anak sulungnya,  Liew May Ling, 17, telah dua tahun tidak pulang.

Sementara anak kedua dan ketiganya, Liew May Yee, 16, dan Liew May Ying, 14 keluar rumah sejak April dan Julai lalu juga tidak dapat dikesan.

Dia dan isteri ada cuba menghubungi anak-anaknya namun panggilan mereka tidak berjawab.

“Kami tidak ada masalah keluarga. Sebelum mereka hilangkan diri mereka beritahu ibunya mahu keluar bekerja separuh masa sebagai katerer (pelayan).

“Kami tak syak apa-apa kerana mereka keluar macam biasa...tak bawa pakaian atau kad pengenalan. Tapi selepas sehari tidak pulang, panggilan tak jawab kami mula bimbang,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Dia ada cuba menjejaki anak-anaknya melalui rakan-rakan yang tinggal di kawasan perumahan sama iaitu Pangsapuri Seroja Rimbunan Kepong, namun mereka tidak mahu memberikan kerjasama.

“Kali terakhir anak ketiga saya keluar bersama rakannya yang kini telah pulang ke rumah tapi mereka tak mahu beritahu lokasi anak saya berada.

“Anak kedua dan ketiga keluar tanpa bawa kad pengenalan. Saya risau keselamatan mereka sebab masih di bawah umur dan masih bersekolah,” katanya yang mengakui sikap anaknya yang suka berkawan.

Dia meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat lokasi anak-anaknya boleh menghubunginya di talian 012-2610536 atau pejabat biro aduan Parti Gerakan  03-92876868.

Sementara itu, Ketua Biro Perkhidmatan dan Aduan Awam Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Wilson Lau meminta ibu bapa bersikap lebih prihatin dan memantau anak-anak memandangkan berdepan cabaran zaman teknologi.

“Anak-anak kini suka hidup bebas menjadi tanggung jawab ibu bapa ambil tahu dan mengenali rakan-rakan mereka juga selain menjaga pergaulan.

“Mereka yang mempunyai maklumat lokasi remaja berkenaan diminta tampil dan tindakan menyembunyikannya boleh disabitkan kesalahan kerana masih di bawah penjagaan ibu bapa,” katanya.

Lari pusing pasar kerana ditetak


Dalam kejadian jam 10 pagi, mangsa berusia 42 tahun berlari di sekeliling pasar bagi mengelak terus ditetak suspek.
Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, tindakan pantas seorang anggota polis yang melakukan rondaan di kawasan terbabit berjaya menyelamatkan mangsa yang mengalami pendarahan teruk.

“Anggota polis memberi amaran supaya suspek meletakkan parang dan tindakannya berjaya menyelamatkan mangsa daripada terus ditetak.
Foto
MANGSA parah di tangan dan kaki akibat ditetak.

“Suspek kemudian ditahan manakala parang terbabit dirampas untuk siasatan. Mangsa cedera parah di tangan kiri dan kaki kiri,” katanya.

Beliau berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, untuk rawatan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati punca kejadian mungkin bermotifkan dendam akibat masalah hutang.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/10

Bakar hutan punca jerebu teruk


Musim panas dan kekurangan taburan hujan yang melanda negeri ini dijangka berterusan sehingga September depan, sekali gus me­ningkatkan kemungkinan masalah jerebu berterusan.
Awal Ogos lalu, laporan Pusat Meteorologi Khusus Asean (ASMC) mendedahkan sebanyak 16 titik panas dikesan di seluruh negara, termasuk 11 di Sarawak dan lima di Sabah. 
Situasi ini sangat membimbangkan kerana ia boleh memudaratkan orang awam berikutan fenomena jerebu, terutama akibat kebakaran hutan dan pembakaran secara terbuka. 

Baru-baru ini, tiga lokasi di Jambusan, Bau; Senayan Simbulan di Simunjan dan Pulau Lakei, Taman Negara Bako antara teruk terjejas akibat kebakaran hutan.
Foto
ANGGOTA bomba bertungkus lumus memadam kebakaran.

Bagaimanapun, kebakaran hutan membabitkan kawasan seluas kira-kira 50 hektar di tiga lokasi itu akhirnya berjaya dipadamkan selepas kira-kira seminggu operasi memadam­kan kebakaran dijalankan pada 1 Ogos lalu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak Nor Hisham Mohamad berkata, kebakaran di Jambusan, Bau berlaku di lereng bukit dipercayai akibat pembakaran kawasan hutan untuk pertanian, manakala di Simunjan pula berlaku di kawasan tanah gambut juga dipercayai akibat tujuan sama. 

Menurutnya, paling terjejas teruk ialah kebakaran hutan di Simunjan membabitkan lebih 40 hektar, manakala di Pulau Lakei seluas 1.6 hektar dan Bau, 1.5 hektar. 

“Punca kebakaran di kawasan Taman Negara Bako belum dikenal pasti, begitupun saya turut berada di Taman Negara untuk meninjau keadaan kebakaran dan mendapati ia sudah dipadamkan sepenuhnya. 

“Berikutan peningkatan jumlah kebakaran terbuka yang mendadak, semua balai bomba di kawasan terbabit diarah beroperasi mengikut syif selama 24 jam, hanya 30 peratus cuti maksimum dibenarkan bagi setiap syif tugasan,” katanya. 

Sementara itu, Kementerian Kemudahan Awam negeri sudah mengarahkan Lembaga Sumber Asli dan Persekitaran (NREB) supaya membatalkan permit syarikat dan pihak tertentu yang mengakibatkan pembakaran terbuka di negeri ini. 

Menterinya Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan berkata, tindakan itu diambil kerana Indeks Pencemaran Udara (IPU) di beberapa kawasan di negeri ini mencapai tahap tidak sihat berikutan aktiviti pembakaran terbuka. 

“Kementerian tidak putus-putus menerima aduan berhubung masalah ini yang menyebabkan keadaan berjerebu di beberapa kawasan. 

“Aduan kebanyakannya adalah rungutan terhadap aktiviti pembakaran terbuka dan tiba masanya tindakan tegas perlu diambil berhubung perkara itu,” katanya ketika mempengerusikan Mesyuarat Krisis Bekalan Air di Wisma Sumber Alam, di sini. 

Awang Tengah berkata, beliau sudah mengarahkan NREB dan Jabatan Alam Sekitar membuat pemantauan dan mempertingkatkan penguatkuasaan bagi memastikan aktiviti pembakaran terbuka itu dapat dibendung. 

Menurutnya, tiada sebarang permit pembakaran terbuka dikeluarkan kepada mana-mana pihak sehingga ia diberitahu kelak. 

“Saya memberi amaran bahawa tindakan tegas akan dikenakan kepada pihak yang melakukan pembakaran terbuka ini. 

“Kita sedang berhadapan dengan fenomena kemarau dan jerebu, jika aktiviti pembakaran terbuka terus berlaku ia akan memburukkan lagi keadaan,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/10

Pengasuh bayi ditahan untuk siasatan


Kuala Lumpur: Pengasuh bayi berusia 14 bulan yang koma selepas didakwa terjatuh dari kerusi di Flora Damansara, Petaling Jaya, ditahan polis kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, pengasuh itu ditahan untuk membantu siasatan lanjut kes berkenaan.
Katanya, polis akan mengambil keterangan pengasuh terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Dalam kejadian Khamis lalu, ibu mangsa Nor Anis Shafarina Sani, 22, membuat laporan polis selepas mengesyaki anaknya Nurain Damia Mohamad Naqiuddin didera dan mendakwa sebelum ini ada kesan lebam pada bayi itu.


Susulan itu, bayi berkenaan dimasukkan dan dirawat di Hospital Sungai Buloh selepas tidak sedarkan diri dan disahkan doktor mengalami pendarahan otak selepas didakwa pengasuhnya terjatuh dari kerusi.




Nor Anis Shafarina berkata, dia dihubungi pengasuh jam 7 malam hari kejadian yang memaklumkan, anaknya terjatuh ketika duduk di atas kerusi di pusat asuhan berkenaan.

Menurutnya, pakar perubatan mengesahkan anaknya mengalami pendarahan dalam otak dan perlu menjalani pembedahan segera bagi menyelamatkan nyawanya.

Dia yang bekerja di sebuah restoran di Damansara, di sini, mengesyaki anaknya berkemungkinan didera pengasuh berdasarkan keadaan anaknya sebelum ini mempunyai kesan lebam di pipi dan kedua-dua kaki.

Katanya, bayi perempuannya sudah dua bulan diletakkan dalam jagaan pengasuh berusia 30-an itu dan wanita itu turut menjaga seorang lagi kanak-kanak lelaki.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/10

Mayat wanita dalam beg


Oleh Jaafar Mulup

Gemas: Mayat seorang wanita dijumpai dalam sebuah beg pakaian di dalam longkang di Taman Gemas Jaya di sini, jam 5 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Tampin Superintendan Wooi Kooi  Cheang ketika ditemui di lokasi memberitahu, beg berwarna hitam itu dijumpai oleh seorang pekerja sebuah kedai perabot berhampiran lalu menghubungi polis.
Beliau berkata, sebaik menerima maklumat sepasukan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Tampin dan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri yang diketuai oleh beliau sendiri bergegas ke lokasi bagi menjalankan siasatan.

Katanya, pemeriksaan mendapati beg yang biasanya digunakan untuk melancong itu zipnya dikunci dengan mangga serta diikat dengan tali.
Foto
ANGGOTA forensik menjalankan siasatan. FOTO Jaafar Mulup

"Polis menjumpai mayat seorang wanita berusia lingkungan 20-an, lengkap berpakaian baju T gambar Mickey Mouse dan berseluar biru.

"Pemeriksaan fizikal mendapati ada luka bersaiz 6 cm di dahi mangsa dipercayai dihentak dengan objek tumpul, kedua belah tangan lebam dan dua jari tangan kiri hancur," katanya.

Menurut Wooi, di dalam beg sama polis menjumpai beberapa helai  baju.

"Kes disiasat mengikut Seksyen  302 Kanun Keseksaan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban untuk  bedah siasat," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/10

OKU mati jatuh tingkat 14


Kuala Lumpur: Sebelum ini dia cuba membunuh diri dengan menelan 13 batang berus gigi, tetapi berjaya diselamatkan.

Bagaimanapun, cubaan membunuh diri kali kedua dengan terjun dari tingkat 14 pangsapuri semalam menamatkan riwayat lelaki orang kurang upaya (OKU) itu.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi, mangsa berusia 28 tahun yang tinggal berdua bersama bapanya di sebuah pangsapuri di Jalan Klang Lama, dipercayai terjun dari tingkap bilik tidurnya.

Menurut bapa mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Lee, 50-an, anaknya sebelum ini tinggal di Johor Bahru dan pernah cuba membunuh diri dengan menelan berus gigi.

Katanya, ketika kejadian dia tidur di biliknya dan tersedar apabila terdengar sesuatu sebelum keluar untuk memeriksa keadaan di rumahnya.

“Ketika masuk ke dalam biliknya, dia tiada di dalam bilik dan saya lihat dia berada di tingkat bawah rumah.

“Dia mengalami masalah kemurungan termasuk mahu membunuh diri sejak setahun lalu,” katanya.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/10

Meraung disimbah minyak


Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa Sofea Batrisyya, 30, yang juga warga Indonesia didatangi seorang lelaki ketika dia bekerja di medan selera terbabit.
Suspek yang juga seorang kutu rayau berusia 40 tahun itu dikatakan meminta makanan daripada mangsa tetapi tidak dihiraukan.

Lelaki itu yang kemudiannya marah kerana tidak diberikan makanan terus masuk ke dalam dapur dan mengambil minyak panas.
Foto
KEADAAN mangsa yang disimbah minyak panas.

Suspek menyimbah minyak panas berkenaan ke badan mangsa menyebabkannya menggelupur kesakitan sebelum dibantu oleh orang ramai yang berada di tempat kejadian.


Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/10

Digilis lori lepas motor terbalik


Kuala Lumpur: Seorang wanita maut selepas motosikal ditungganginya terbalik sebelum digilis sebuah lori yang membawa muatan kren di Kilometer 18, Lebuh raya Damansara Puchong (LDP), di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, mangsa yang berusia 29 tahun itu dikatakan dalam perjalanan ke tempat kerja.
Sumber berkata, kemalangan dikatakan berlaku apabila mangsa dikatakan cuba memotong barisan berikutan keadaan jalan yang sesak ketika semua orang bergegas untuk ke pejabat.

“Kejadian berlaku di susur masuk ke Bandar Sunway ketika motosikal mangsa tiba-tiba bergesel dengan bahagian tepi lori itu.


“Akibatnya motosikal mangsa terbalik menyebabkan mangsa terjatuh di atas jalan raya sebelum digilis tayar belakang lori berkenaan,” katanya.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/07

Pengasuh Nurain Damia direman



Wajah Nurain Damia Mohd. Naqudden yang ceria (gambar atas) sementara gambar bawah menunjukkan keadaan mangsa yang kini koma dan dirawat di ICU Hospital Sungai Buloh, Selangor, kelmarin.
KUALA LUMPUR 9 Ogos - Polis menahan reman seorang pengasuh wanita bagi membantu siasatan kes Nurain Damia Mohd. Naqudden, bayi perempuan berusia setahun dua bulan yang koma selepas mengalami pendarahan otak ketika dalam jagaannya di Flat Flora Damansara, Petaling Jaya semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, wanita itu ditahan reman selama empat hari sehingga 12 Ogos ini untuk siasatan mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak.
"Semasa soal siasat, wanita itu mengaku pernah mengetuk kepala mangsa dengan jari tetapi ketukan itu sangat perlahan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Difahamkan, wanita yang dikenali dengan panggilan 'Kak Yana' dan berusia kira-kira 30 tahun itu ditahan selepas ibu bapa mangsa menghantar anaknya ke Hospital Sungai Buloh dan membuat laporan polis.
Polis kini menunggu keputusan daripada pakar perubatan bagi melengkapkan siasatan berhubung kes terbabit.
Sementara itu, keluarga Nurain Damia ketika dihubungi merayu kepada masyarakat supaya mendoakan kesihatan dan proses penyembuhan anak mereka.
Nurain Damia yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh dan masih belum sedarkan diri selepas melalui pembedahan berisiko tinggi.
Bapa saudaranya, Mohd. Helmi Zakaria, 23, memberitahu, keadaan Nurain Damia masih lemah dan keluarganya sedang menunggu apa sahaja keputusan daripada pakar perubatan.
"Keadaannya seperti semalam iaitu masih koma. Namun menurut ibunya, suhu badan Nurain Damia mulai berkurangan berbanding semalam.
"Kami masih menunggu dan berharap dengan sabar, cuma kami meminta masyarakat di luar sana mendoakan kesejahteraan Nurain Damia agar dia segera sembuh," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia, di sini hari ini.
Ditanya tentang rawatan terhadap bayi malang itu, Mohd. Helmi menjelaskan, buat masa ini, tiada perkara yang boleh dilakukan pakar perubatan kerana saluran darah di kepalanya masih bengkak.
"Tiada pembedahan baharu yang akan dilakukan doktor kerana buat masa ini kita sedang menunggu bengkak di bahagian otak Nurain Damia surut terlebih dahulu.
"Malah imbasan untuk mengetahui tahap kecederaan itu juga masih belum dilakukan kerana keadaannya yang begitu kritikal," jelasnya.
Semalam, Utusan Malaysia melaporkan, Nurain Damia terpaksa dibedah di kepala akibat cedera parah pada awal pagi ini untuk membuang darah beku di otaknya.
Dia koma selepas mengalami pendarahan dalam otak akibat terjatuh ketika dalam jagaan seorang pengasuh di Flat Flora Damansara.

Kanak-kanak tercekik besi ketika makan aiskrim


Aurora Allen, kanak-kanak perempuan berusia empat tahun, mengalami detik-detik menakutkan apabila tercekik spring besi ketika makan aiskirm. - AGENSI
LONDON 9 Ogos - Seorang kanak-kanak perempuan di Britain mengalami detik-detik menakutkan apabila tergigit dan tercekik besi tajam yang terdapat dalam aiskrim yang dinikmatinya.
Aurora yang berusia empat tahun, menikmati aiskrim tersebut bersama adiknya, Tobias, 2, selepas ibu mereka, Cherish Allen, 22, membeli empat bungkus aiskrim jenis Dairy Milk Caramel dari sebuah kedai runcit berdekatan rumah mereka di Bell Green, Coventry.
Portal berita Mail Online yang memetik kenyataan Allen melaporkan, Aurora secara tiba-tiba menjerit kesakitan ketika sedang makan aiskrim itu akibat tercekik sesuatu benda yang keras.
Bebola besi dan spring logam yang ditemukan dalam aiskrim yang dimakan Aurora sehingga menyebabkan dia tercekik. - AGENSI
Allen kemudian memeriksa mulut anaknya itu dan mengesan satu benda bersinar yang merupakan spring besi di dalam rahang anaknya.
"Saya juga menemukan bebola besi pada bahagian bawah aiskrim yang masih belum dimakan oleh anak saya.
"Kejadian itu memberi kesan buruk kepada Aurora yang tidak mahu makan akibat kesakitan di bahagian tekak yang luka akibat dicucuk spring besi itu," katanya.
Syarikat Cadbury dalam satu kenyataan berkata, kejadian yang menimpa Aurora sangat membimbangkan kerana serpihan besi tidak sepatutnya berada dalam produk aiskrim itu.
"Pihak syarikat telah mengambil langkah keselamatan yang tinggi untuk memastikan kejadian seperti itu tidak berlaku lagi dan semua produk yang dihasilkan akan diperiksa terlebih dahulu melalui mesin pengimbas logam sebelum dipasarkan.
"Pihak syarikat juga akan memastikan siasatan penuh dijalankan berhubung insiden terbabit," jelas kenyataan berkenaan.

Dua pelajar maut kemalangan



Keadaan hadapan kereta Produa Kancil yang remuk setelah terlibat dalam kemalangan merempuh sebuah motosikal hingga meragut dua nyawa di Kilometer 143, Jalan Johor Bahru-Melaka berhampiran Parit Bisu, Semerah, Batu Pahat, Johor, kelmarin.
BATU PAHAT 9 Ogos - Kegembiraan dua pelajar dalam perjalanan pulang ke rumah selepas berhari raya di kediaman guru mereka di Parit Simin, di sini semalam, berakhir tragedi apabila mereka maut dalam kemalangan di Kilometer 143, Jalan Johor Bahru-Melaka berhampiran Parit Bisu, Semerah.
Dalam kejadian pukul 6.55 petang itu, mangsa, Nur Farah Artika Kamarulzaman dan Hafizah Zakaria masing-masing berusia 18 tahun tercampak kira-kira 20 meter setelah motosikal yang dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta Perodua Kenari dari arah Muar.
Kedua-dua mereka yang baharu memasuki tingkatan enam di Sekolah Menengah Kebangsaan Semerah dekat sini mengalami kecederaan parah di lokasi kejadian dan dikejarkan ke unit kecemasan Hospital Sultanah Nora Ismail sebelum masing-masing disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 9 dan 11 malam.
Ibu Nur Farah Artika, Tumisah Suri, 52, berkata, anaknya dan Hafizah merupakan rakan karib dan sering bersama-sama termasuk mengulang kaji pelajaran.
"Sebelum kejadian, dia ada menghubungi saya dan memberitahu agar tidak menelefonnya semula kerana sudah dalam perjalanan pulang sebab dia risau tidak dengar bunyi telefon ketika menaiki motosikal.
"Malah, saya sangat terkilan kerana hasrat arwah untuk tidur bersama saya malam tadi tidak kesampaian kerana sebelum ini arwah lebih banyak menemani kakak saudaranya di rumahnya," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Tambah Tumisah, Nur Farah Artika yang gemar melukis pernah memberitahunya agar tidak perlu lagi bekerja selepas dia menamatkan pelajaran kelak kerana mahu menyara ibu dan seorang adiknya.
"Dia memang seorang yang rajin dan saya tidak sangka dia akan meninggalkan kami begitu cepat dalam keadaan menyayat hati namun saya reda atas pemergiannya," kata ibutunggal kepada dua cahaya mata itu.
Sementara itu, jenazah Nur Farah Artika dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Nibong selepas zuhur manakala Allahyarham Hafizah dibawa pulang ke rumah keluarganya di Sungai Balang, Muar.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Din Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan siasatan lanjut sedang dijalankan pihaknya untuk mencari punca kereta tersebut yang secara tiba-tiba memasuki arah bertentangan.
"Kita meminta sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu agar menghubungi polis dengan segera untuk membantu siasatan," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140810/je_01/Dua-pelajar-maut-kemalangan#ixzz39w2kLEEm
© Utusan Melayu (M) Bhd