Search This Blog

Tuesday, August 5, 2014

lembaga hitam

GOMBAK: Usaha seorang lelaki memasang kamera litar tertutup (CCTV) di seluruh rumah untuk menjejak ‘lembaga hitam’ yang sering dikesan di kawasan rumahnya membawa kepada penemuan mengejutkan kerana lembaga itu rupa-rupanya teman lelaki anaknya.

Malah, rakaman CCTV itu turut membuatkan dia menepuk dahi apabila memaparkan anak perempuannya berusia 16 tahun bercumbuan selepas teman lelakinya berusia 21 tahun menyelinap masuk ke bilik tanpa pengetahuan bapanya, kira-kira jam 10.30 malam.

Sebelum ini, lelaki berkenaan dilapor memasang CCTV di seluruh rumahnya di Taman Sri Ehsan di sini, selepas bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga kerana menyangka rumahnya menjadi sasaran pencuri atau diganggu makhluk halus.

Sumber polis berkata, ini kerana beliau sering ternampak kelibat ‘lembaga hitam’ di kawasan rumahnya terutama ketika lewat malam sejak kira-kira sebulan lalu.

Menurutnya, malam kelmarin ketika menonton televisyen di ruang tamu lelaki itu sekali lagi mengesan kelibat ‘lembaga hitam’ itu melintas di tingkap rumahnya.
-Harian Metro

Tidak sempat beraya dengan kakak


WARTAWAN SINAR HARIAN
5 Ogos 2014


BACHOK – Seorang anggota tugas am Pondok Polis Jelawat, Lans Koperal Mohd Noor Yusof, 55, tidak sempat menunaikan hasrat untuk beraya dengan kakaknya apabila dia meninggal dunia di kediamannya kira- kira jam 3.25 petang tadi.

Isteri Allahyarham, Rohayati Che Omar, 45, berkata, Aidilfitri lalu suaminya beria–ia untuk menemui kakaknya yang tinggal di Setiu, Terengganu.

"Allahyarham merupakan anak bongsu daripada tiga beradik.

"Aidilfitri minggu lalu dia berharap sangat dapat jumpa kakaknya di Setiu tetapi malangnya bila kami ke sana kakaknya tak ada dan kami hanya singgah di rumah anak saudaranya sahaja.

“Lewat petang kelmarin (Ahad) pula dia menggesa saya untuk temankan dia ambil bekalan makanan alternatif daripada pembekal yang ditempah orang," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di kediamannya di Taman Seri Merak, Bukit Marak, hari ini.

Warga emas maut terjatuh titi buluh


ROHANA ISMAIL
5 Ogos 2014


TUMPAT - Seorang warga emas ditemui mati lemas selepas terjatuh ke dalam tali air ketika meniti titian buluh berdekatan rumahnya di Kampung Padang Mandol, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mayat mangsa, Mek Che Him, 85, ditemui oleh penduduk kampung dalam keadaan terapung di dalam tali air yang hanya terletak hampir 10 meter dari rumahnya.

Hanya kerana RM24

Tertuduh (kes curi RM24) cuba melindungi wajahnya daripada dirakam petugas media.
Tertuduh (kes curi RM24) cuba melindungi wajahnya daripada dirakam petugas media.
AYER KEROH - Hanya kerana RM24, seorang wanita berdepan hukuman penjara serta denda apabila didakwa mencuri wang berkenaan dari sebuah pasar raya terkemuka bulan lalu.

A Sulasana, 29, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan apabila pertuduhan  dibacakan kepadanya di hadapan Majistret Ida Rahayu Sharif.

Mengikut pertuduhan, tertuduh, yang juga pekerja pasar raya itu, didakwa mencuri wang tunai RM24 milik pasar raya berhampiran Melaka Sentral itu  kira-kira jam 4.14 petang pada 14 Julai lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Sekyen 381 Kanun Keseksaan.

Pertuduhan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Nabilah Nizam manakala tertuduh diwakili peguam bela Ishak Kari.

Nabilah kemudiannya mencadangkan jaminan RM5,000 terhadap tertuduh sementara menantikan tarikh sebutan semula kes terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, Ishak merayu supaya mahkamah mengenakan jaminan rendah  memandangkan anak guamnya kini tinggal dengan keluarga angkat kerana baharu beberapa bulan memeluk Islam.

Ida Rahayu kemudiannya membenarkan tertuduh dijamin RM1,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan 4 September depan sebagai tarikh sebutan  semula kes.

Sementara itu, dalam mahkamah sama, nelayan Rahmat Siron, 48, mengaku bersalah atas pertuduhan menjual dan memiliki mercun serta bunga api di sebuah bazar Ramadan pertengahan bulan lalu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki pelbagai jenis mercun serta bunga api tanpa kebenaran yang sah kira-kira jam 11 malam 11 Julai lalu di Bazar Ramadan Taman Seri Telok Mas.

Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan dan Senjata Api 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Ida Rahayu kemudiannya memerintahkan tertuduh didenda RM1,000 atau penjara sebulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Identiti mayat reput dikenal pasti

Lokasi mayat reput ditemui di Ladang Sembrong, Layang-Layang pada 21 Julai lalu.
Lokasi mayat reput ditemui di Ladang Sembrong, Layang-Layang pada 21 Julai lalu.
KLUANG - Identiti mayat reput yang ditemui pekerja ladang di Ladang Sembrong berhampiran Pekan Layang-Layang pada 21 Julai lalu telah dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Roze Shaari mengesahkan mangsa, A Senmuhun berusia 59 tahun dan berasal dari Kampung MIC, Kluang dilaporkan hilang pada 4 Jun lalu, namun hanya keretanya dapat dikesan setelah ditinggalkan di Taman Sri Lambak, keesokan harinya.

Beliau berkata, warga emas berkenaan bekerja sendiri dan dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum ditinggalkan di tepi jalan dalam ladang tersebut, namun kelewatan untuk menemuinya adalah kerana ladang tersebut baharu sahaja selesai kerja meracun rumput.

“Siasatan lanjut akan diteruskan bagi mengenal pasti punca kejadian dan kerjasama masyarakat awam diperlukan. Polis akan mencari bukti kukuh agar suspek ditahan,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Roze berkata, keadaan mayat si mati yang hanya tinggal tulang menyukarkan pihaknya mengenal pasti punca kematian.

“Bagi mereka yang ternampak perkara mencurigakan berlaku di tepi jalan berhampiran Ladang Sembrong pada 4 Jun lalu digesa tampil memberikan maklumat.

“Walau bagaimanapun, maklumat tentang keluarga si mati tidak boleh didedahkan di sini kerana ianya akan melibatkan keselamatan mereka selain boleh menjejaskan penyiasatan,” katanya.

Mohd Roze berkata, kes disiasat di bawah seksyen 302 kanun keseksaan yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Kejam ! Racuni Suami Pilihan Orangtua

ABUJA,  Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun terpaksa naik mahkamah  di kota Kano, Nigeria utara, setelah dituduh membunuh suaminya yang berusia 35 tahun menggunakan racun.
Wasila Tasi'u, nama remaja itu, juga dituduh membunuh tiga orang lainnya yang menyantap makanan yang sudah dibubuhi racun tikus pada April lalu, seminggu setelah Wasila dipaksa menikahi Umaru Sani.


Polis  setempat mengatakan, Wasila mengaku meracuni Umaru dan kawan-kawannya dalam pesta perkahwinan di desa Unguwar Yansoro, 60 kilometer dari kota terbesar kedua Nigeria, Kano.

"Dia melakukan itu kerana dipaksa orangtuanya untuk menikahi lelaki yang tak dicintainya," kata jurucakap polis   Kano, Musa Magaji.

Namun, keterangan polis  ini dibantah kuasa hukum Wasila, Hussaina Aliyu. Dia mengatakan, Wasila hingga kini belum membuat pengakuan yang valid secara hukum.

Hussaina menambahkan, kliennya diperiksa  polis  tanpa kehadiran orangtua atau kuasa hukumnya. Dengan demikian, semua pernyataannya tak boleh digunakan dalam mahkamah.

Hussaina Aliyu, yang bekerja untuk Federasi Peguam Perempuan Internasional (FIDA), berupsaha untuk memasukkan kes ini ke mahkamah juvana . Namun, usaha ini digagalkan para pegawai kehakiman Kano.

Pernikahan antara ramaja perempuan dan plelaki yang lebih tua kerap terjadi di wilayah utara Nigeria, terutama di kawasan pedesaan yang miskin. 

Sejak 2000, wilayah utara Nigeria yang mayoriti penduduknya beragama Islam menerapkan syariat Islam. Meski demikian, undang-undang federal Nigeria juga berlaku sehingga membuat sebuah kebingungan sistem hukum.

Salah satunya adalah kes pernikahan muda yang tidak dilarang dalam syariat Islam, tetapi dianggap ilegal berdasarkan hukum sekuler federal yang juga berlaku di wilayah utara Nigeria.

Isu pernikahan anak-anak menjadi perdebatan hangat di Nigeria selama beberapa tahun terakhir. Perdebatan itu dipicu sebuah proposal yang diajukan anggota parlemen asal wilayah utara yang meminta semua perempuan, berapa pun usianya, jika sudah menikah, maka harus dianggap sebagai orang dewasa. KOMPAS.com
Editor: Ervan Hardoko
SumberAFP

Remaja sembelih rakan sekelas

Matsuko
Matsuko
SEORANG remaja perempuan berumur 15 tahun di Jepun didakwa melakukan pembunuhan kejam yang menggemparkan negara itu.

Pihak berkuasa yang melakukan serbuan di kediaman suspek di Sasebo, barat daya Tokyo terkejut selepas mereka menemui tubuh mangsa dalam keadaan mengerikan di bilik tidurnya yang dipenuhi darah.

Hasil siasatan awal polis mendapati, Aiwa Matsuko dipukul hingga mati dengan senjata tumpul sebelum kepala dan tangan kirinya disembelih tanpa belas kasihan oleh suspek yang identitinya tidak didedahkan kepada umum.

"Mangsa ada mengirim khidmat pesanan ringkas kepada ibu bapanya untuk memberitahu dia ke rumah suspek. Bagaimanapun, Matsuko tidak pulang ke rumah hingga menyebabkan ibu bapanya bertindak membuat aduan kepada pihak berkuasa," kata jurucakap polis.

Menurutnya lagi, kedua-dua remaja itu dipercayai bersendirian ketika kejadian tersebut lapor Daily Mail

"Suspek mengaku membunuh rakan sekelasnya, namun tidak mendedahkan motif sebenar kejadian terbabit. Polis sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung insiden pembunuhan mengerikan tersebut," jelasnya.

Kira-kira 10 tahun lalu, penduduk Sasebo pernah dikejutkan dengan kejadian seorang kanak-kanak perempuan ditikam hingga mati oleh rakan sekelasnya. 

Lelaki maut, rakan cedera kereta terbabas


Alor Gajah: Seorang pelatih Kolej Pembantu Perubatan Seremban terbunuh manakala rakannya cedera ringan selepas kenderaan dinaiki terbabas di Kilometer 205.6, Lebuhraya PLUS, arah utara di sini, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa Mohd Ariff Mohd Ali, 21, dari Taman Kluang Barat, Kluang, Johor yang sedang menjalani latihan praktikal di Hospital Melaka maut di tempat kejadian kerana kecederaan parah dialami. 
Difahamkan, Mohd Ariff yang duduk di kerusi penumpang hadapan dalam perjalanan menuju ke kolej mereka di Seremban sebelum terbabit kemalangan. 

Sumber berkata, kejadian berlalu selepas kereta jenis Mitsubishi Mirage dipandu rakan mangsa Abdillah Rahman, 21, hilang kawalan setibanya di tempat kejadian lalu terbabas ke kiri dan terlanggar bucu penutup longkang menyebabkan kenderaan itu terbalik beberapa kali.
Foto
MAYAT mangsa yang maut dalam kemalangan petang semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Mohamad Laham mengesahkan kejadian.

Menurutnya, mangsa parah di muka, kepala dan patah kaki kanan disahkan mati di 
tempat kejadian dan mayat hantar ke Bilik Mayat Hospital Alor Gajah untuk 
bedah siasat.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/05

Mayat lelaki terjatuh sungai ditemui


Jitra: Mayat seorang lelaki dikenali sebagai S Manimaran, 26, yang terjatuh ke dalam sungai berhampiran Kampung Baru, di sini, ditemui, awal pagi tadi.
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 10.30 malam semalam apabila pihak bomba menerima panggilan daripada ibu mangsa mengenai kejadian menimpa anaknya. 
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jitra Mohd Suffian Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 10.36 malam lalu bergegas ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat. 

Beliau berkata, anggotanya tiba di lokasi kejadian pada jam 10.50 malam dengan disertai seramai tujuh anggota bersama empat anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dan dibantu anggota RELA.
Foto
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat menemui mayat S Manimaran.

Katanya, mayat mangsa berjaya ditemui pada jam 2.56 pagi tadi kemudian diserahkan kepada polis sebelum dihantar ke Hospital Jitra untuk tindakan lanjut.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/05

Tragedi tujuh sekeluarga selepas beraya


Beluran: Tujuh sekeluaga dalam perjalanan pulang ke rumah mereka selepas beraya di kampung halaman bertukar tragedi apabila seorang maut manakala tiga parah selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas lalu terjunam ke dalam gaung sedalam 10 meter di kilometer 48 Jalan Beluran-Telupid, dekat sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, tiga lagi ahli keluarga berkenaan termasuk dua kanak-kanak tidak mengalami sebarang kecederaan.
Mangsa maut pemandu kereta jenis Toyota Hilux iaitu Diong Mohammad, 58, dipercayai meninggal dunia di lokasi kejadian akibat mengalami kecederaan teruk di kepala dan badan.

Tiga yang cedera Musa Yasin, 62, Nazirah Jarib, 29, dan Norainah Diong, 26, dan semua mereka kini dirawat di Hospital Beluran.
Foto
KEADAAN pacuan empat roda yang terbabas.

Ketua Polis Daerah Beluran Superitenden V Sivanathan berkata, siasatan awal mendapati kereta Toyota Hilux dinaiki tujuh sekeluarga dalam perjalanan dari Tawau ke bandar raya Kota Kinabalu.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian dipercayai kenderaan tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kanan jalan dan terjatuh ke gaung sedalam 10 meter.

"Akibat kejadian itu, pemandu kereta maut di tempat kejadian manakala tiga yang cedera dikejarkan ke Hospital Beluran," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/05

Warga Afrika sasar wanita tempatan


WARTAWAN SINAR HARIAN
5 Ogos 2014

SINDIKET penipuan ‘love scam’ yang  didalangi warga Afrika mensasarkan golongan wanita tempatan kerana begitu mudah mempercayai orang yang baharu dikenali, secara tidak langsung menjadi mangsa kepada sindiket berkenaan.

Sasaran kumpulan penjenayah itu adalah ibu tunggal dan golongan wanita yang kesunyian.

Sindiket berkenaan hanya menggunakan ayat-ayat manis dan romantis menerusi medium internet (laman sosial dan emel), hingga lama- kelamaan mangsa terpedaya.

Mangsa juga mudah mempercayai sikap mesra, penuh kasih-sayang yang ditunjukkan kumpulan penjenayah itu walaupun hanya dalam dunia maya, namun, bagi mangsa mereka tidak kisah asalkan tahu ada seseorang menyintai diri mereka.

Penolong Pengarah  Siasatan Jenayah Siber & Multimedia  (JSJK) Bukit Aman, Asisten Komisioner  Mohd Kamarudin Md Din berkata,  mengikut statistik  sepanjang  tahun 2013, sebanyak 1,095 kes dilaporkan, membabitkan nilai kerugian RM35.6 juta.

“Sehingga Mei tahun ini pula, sebanyak 368 kes dilaporkan, membabitkan nilai kerugian RM17.7 juta,” katanya.

Menurutnya  kaedah menipu yang sering digunakan bermula apabila suspek yang menyamar sebagai ahli perniagaan atau ahli politik mahu bertemu mangsa dengan sanggup datang ke negara ini kononnya untuk  berbincang soal perkahwinan.

“Mereka akan membuat helah kononnya ditahan pihak imigresen di lapangan terbang kerana membawa sejumlah wang yang tidak diisytihar.

"Lazimnya rakan suspek akan menghubungi mangsa dan menyamar sebagai pegawai imigresen yang kemudiannya meminta sejumlah wang jika mahu teman lelaki mangsa dibebaskan,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa segera mendepositkan sejumlah wang  melalui nombor akaun yang diberikan, namun hanya disedari ditipu selepas rakan yang ditunggu tidak muncul sebagaimana dijanjikan.

Kata Kamarudin, sindiket yang menggunakan ayat-ayat cinta untuk mencairkan hati wanita itu turut menggunakan bungkusan mengandungi wang puluhan ribu ringgit.

"Kaedahnya sama, bungkusan  ditahan di lapangan terbang dan mangsa diminta mendepositkan sejumlah wang untuk mendapatkan bungkusan yang dihantar.

“Jumlah tertinggi yang menjadi mangsa sindiket ini adalah wanita berumur 31 hingga 40 tahun sama ada belum berkahwin, janda ataupun mereka mempunyai krisis rumah tangga,” katanya.

Menurut Kamarudin, suspek yang pernah ditahan sebelum ini mengakui pernah menipu seorang wanita bergelar janda sehingga mencecah jutaan ringgit.

“Bagi mengelak daripada menjadi mangsa  sindiket ini, saya mengingatkan orang ramai khususnya wanita agar menyemak latar belakang kenalan luar negara yang dikenali menerusi internet  sebelum menerimanya sebagai rakan. Beringat sebelum kena,” katanya.

Beliau turut meminta masyarakat menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa jika curiga dengan aktiviti warga asing di kawasan penempatan mereka yang sekali gus dapat  mengesan sebarang perbuatan jenayah membabitkan  mereka.

“Kita turut menggempur beberapa kondominium atau kawasan kediaman yang dipercayai penempatan warga Afrika bagi mengesan kegiatan jenayah dilakukan warga negara berkenaan dalam Ops Tiong yang dijalankan secara berterusan,” katanya.

Lelaki psiko bunuh kekasih

Finnigan
Finnigan
SEORANG wanita di London ditikam hingga mati kerana kekasihnya mendakwa mangsa dirasuk dalam satu insiden mengejutkan di kediaman mereka pada 13 September lalu.

Gemma Finnigan, 24, turut dicekik teman lelakinya dipercayai mengalami gangguan kemurungan psikotik.

Perbuatan Daniel Johnson, 32, terbongkar selepas pihak berkuasa menemui tertuduh merayau-rayau di sekitar sekolah lamanya di Kenton, New Castle dalam keadaan mencurigakan.

Menurut polis, Johnson berkelakuan pelik ketika dia ditahan di lokap dan turut mengancam untuk mengelar anggota yang bertugas.

Susulan daripada itu, lelaki tersebut telah ditempatkan di sebuah hospital psikiatri di Nottinghamshire.

Dalam satu kenyataan, jurucakap Newcastle Crown Court memberitahu tertuduh mengaku tidak bersalah kerana tidak siuman dalam satu perbicaraan sebelum ini.

"Hasil pemeriksaan tiga pakar ke atas Johnson mendapati dia mengalami skizofrenia dan psikotik ketika melakukan pembunuhan itu.

"Rekod kesihatan tertuduh menunjukkan dia ada masalah psikiatri dan pernah dirawat pada 2010 dan 2011," jelasnya kepada Daily Mail.

Difahamkan, kira-kira dua minggu sebelum kejadian pembunuhan itu, Finnigan ada bercerita kepada keluarganya mengenai tingkah laku pelik kekasihnya.

Mangsa juga telah membuat temu janji untuk membawa Johnson berjumpa doktor, namun lelaki itu enggan berbuat demikian hingga menyebabkan mereka bertengkar sehari sebelum wanita itu dibunuh. 

Lelaki maut bergesel sebelum tercampak


Seremban: Seorang pekerja jengkaut di sebuah tapak pembinaan di Nilai, dekat sini, maut sejurus motosikal ditunggangi bergesel dengan sebuah kereta sebelum diseret di penghadang besi jalan di Kilometer 15.2, Lebuh Raya Kajang Seremban berhampiran Mantin, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdullah Roning berkata, dalam kejadian jam 5.20 petang itu, mangsa, Loi Chee Wah, 45, dikatakan mahu pulang ke rumahnya di Kajang, Selangor selepas tamat bekerja di sebuah tapak pembinaan di daerah ini. 
Katanya, dalam perjalanan itu, motosikal jenis Honda Wave ditungganginya bergesel dengan sebuah kereta jenis Proton Wira yang dipandu dari arah sama. 

"Siasatan mendapati kereta dipandu lelaki berusia 27 tahun itu bergesel dengan motosikal mangsa menyebabkannya hilang kawalan.
Foto
ANGGOTA bomba sedang mengangkat mayat mangsa. Gambar kecil, mangsa, Loi Chee Wah.

"Disebabkan itu, kereta terbabit mengheret motosikal mengakibatkan mangsa tercampak di tepi kaki bukit," katanya.

Menurutnya, mangsa yang parah dibahagian kepala dan badan maut ditempat kejadian. 

Katanya, mayat dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), di sini untuk bedah siasat. 

Menurut Abdullah, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/05

1 maut, 3 parah kereta terjunam ke dalam gaung di Beluran


2014/08/05 - 12:51:11
BELURAN: Seorang lelaki maut manakala tiga orang lagi daripada tujuh sekeluarga, parah selepas sebuah kereta pacuan empat roda terjunam ke dalam gaung di kilometer 48 Jalan Beluran Telupid di sini awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Beluran, Supt V Sivanathan, berkata mangsa yang dikenali sebagai Diong Mohamad, 58, mati di tempat dalam kemalangan pada jam 2 pagi selepas kenderaan itu terbabas ke sebelah kanan jalan dan terjunam ke dalam gaung sedalam 10 meter.


Sivanathan mengenal pasti mereka yang cedera sebagai Musa Yasin, 62, Nazirah Jarib, 19 dan Norainah Diong, 26.

"Tiga lagi termasuk dua kanak-kanak dalam kenderaan berkenaan tidak mengalami kecederaan," katanya ketika dihubungi.

Sivanathan berkata, kemalangan berlaku semasa mereka dalam perjalanan pulang ke Kota Kinabalu selepas bercuti di Tawau.

Menurutnya, mangsa yang cedera masih menerima rawatan di Hospital Beluran dan dilaporkan stabil.

- BERNAMA

Salam disambut tumbukan

Mangsa membuat laporan polis berhubung insiden ditumbuk dan diugut hadapan orang ramai ketika menghadiri satu majlis jamuan Aidilfitri dekat sini.
Mangsa membuat laporan polis berhubung insiden ditumbuk dan diugut hadapan orang ramai ketika menghadiri satu majlis jamuan Aidilfitri dekat sini.
MARAN - Seorang Ketua Pemuda Umno cawangan ditumbuk di muka dan dada oleh seorang pemimpin kanan Pemuda Umno Bahagian Maran pada satu majlis jamuan Aidilfitri, dekat sini, Jumaat lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.45 malam itu, mangsa berusia 32 tahun dikatakan ditumbuk secara tiba-tiba oleh lelaki berkenaan ketika menghulurkan tangan untuk bersalam.
Insiden dipercayai berpunca daripada masalah dalaman Pemuda susulan daripada penggantungan keahlian Ketua Pemuda Umno Bahagian Maran oleh Mesyuarat Tertinggi Umno yang berkuat kuasa serta-merta pada 11 Julai lalu.

Menurut saksi, kejadian berlaku ketika mangsa sedang bersalaman dengan beberapa rakan sebaik tiba di majlis jamuan itu.
Mangsa kemudian menghulurkan tangan untuk bersalam dengan lelaki itu yang turut berada berdekatan namun tidak diendahkan.
Sebaliknya, lelaki itu meluru secara tiba-tiba dari arah hadapan lalu menumbuk muka dan dadanya sebelum menolak mangsa sehingga terjatuh di khalayak ramai.
Situasi demikian menyebabkan beberapa rakan yang berada berdekatan bertindak menghalang insiden berlarutan daripada sebarang tindak balas.
Sebelum beredar dari tempat kejadian, ahli jawatankuasa Pemuda Umno bahagian yang baharu itu mengeluarkan kata-kata ugutan untuk mencederakan mangsa pada masa akan datang.

Susulan kejadian itu, satu laporan polis dibuat mangsa di Balai Polis Bandar Jengka.
Mangsa, yang ditemui mengesahkan kejadian itu dan mendakwa tidak mengetahui punca sebenar yang membawa kepada insiden itu.
“Ia secara tiba-tiba tanpa sebarang pertelingkahan mulut dan berlaku di hadapan orang ramai.

“Tapi saya tidak menolak kemungkinan kerana kami tidak ‘sekapal’ dan lebih-lebih lagi isu penggantungan keahlian Ketua Pemuda kini menjadi bualan utama dalam kalangan ahli Pemuda,” katanya.
Ekoran kejadian itu, mangsa akan pertimbangkan untuk mengambil tindakan mahkamah kerana mengalami trauma dan diaibkan di khalayak ramai.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Maran, Pemangku Deputi Superintenden Sulaiman A Hamid mengesahkan kejadian tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas kesalahan mendatangkan kecederaan.

Rumah kedai lama hangus terbakar

Bomba sedang memadam kebakaran rumah kedai dua tingkat yang berlaku di Jalan Raja Musa Aziz, semalam.
Bomba sedang memadam kebakaran rumah kedai dua tingkat yang berlaku di Jalan Raja Musa Aziz, semalam.
IPOH - Sebuah rumah kedai dipercayai dibina sebelum perang dunia kedua musnah 70 peratus dalam kebakaran yang berlaku di Jalan Raja Musa Aziz di sini, awal pagi semalam.

Dua lagi rumah kedai yang terletak bersebelahan turut mengalami kerosakan di tingkat atas namun kejadian itu  tidak menyebabkan sebarang kecederaan atau kematian kerana ketiga-tiga premis berkenaan sudah lama dibiarkan kosong.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, P Samasuvam berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kebakaran itu pada jam 2.37 pagi dan tiba ke lokasi lapan minit kemudian.

Menurutnya, seramai 25 anggota dari BBP Ipoh dan Simpang Pulai bergegas menggunakan empat jentera untuk menjalankan operasi pemadaman.

“Ketika tiba di tempat kejadian, sebuah rumah kedai sudah 70 peratus terbakar dan api mula merebak ke dua premis bersebelahannya.
“Kami juga turut memasuki pintu belakang bangunan untuk memeriksa sama ada terdapat mangsa di dalam memandangkan ketiga-tiga kedai mempunyai papan tanda.

“Bagaimanapun, selepas pemeriksaan dijalankan tiada mangsa ditemui kecuali longgokan sampah yang sudah terbakar,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Beliau berkata, rumah kedai lama yang dibuat daripada batu dan papan itu, dipercayai sudah lama ditinggalkan kosong tanpa sebarang perabot atau barangan lain dan hanya dipenuhi sampah termasuk kertas serta kotak.

“Kebakaran dapat dikawal pada kira-kira jam 3 pagi dan padam sepenuhnya kira-kira dua jam kemudian,” katanya.

Lelaki rentung dalam kebakaran flat di Georgetown


4 Ogos 2014


GEORGETOWN - Seorang lelaki rentung dalam kebakaran yang memusnahkan unit rumahnya di Flat Padang Tembak, Paya Terubong di sini hari ini.

Mayat Tan Beng Poh, 60, ditemui dalam keadaan meniarap di ruang tamu rumah itu.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang Mohd Shoki Hamzah berkata lima jentera bersama 25 anggota dihantar ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 4.55 petang dan anggota bomba terpaksa memecahkan pintu rumah mangsa yang terletak di tingkat dua flat itu .

"Kami dapati asap tebal turut merebak ke tingkat tiga dan api dapat dipadam sepenuhnya pada jam 5.15 petang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata siasatan mendapati Poh yang tinggal bersendirian di rumah itu kurang siuman.

"Adik lelakinya tinggal di rumah sebelah dan menurutnya rumah itu pernah beberapa kali terbakar sebelum ini tetapi tidak begitu serius," katanya.

Mohd Shoki berkata punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat. - Bernama

Kereta ‘terbang’ rempuh kedai

Beginilah keadaan premis Junaidi yang dirempuh kereta Perodua Myvi.
Beginilah keadaan premis Junaidi yang dirempuh kereta Perodua Myvi.
KUALA TERENGGANU - Seorang pemilik kafe siber nyaris menjadi mangsa sebuah kereta ‘terbang’ yang merempuh premisnya dalam satu kejadian di Jalan Budiman, di sini, semalam.

Junaidi Mohd Tahir, 35, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengah hari apabila sebuah Perodua Myvi yang diletakkan kira-kira 30 meter dari premisnya ‘terbang’ selepas dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kenderaan lain.

Menurutnya yang berasal dari Lorong Haji Da, di sini, sebelum kejadian, dia sedang membaiki salah sebuah komputer di dalam premisnya sebelum bersiap sedia untuk  memulakan perniagaan.

“Ketika sedang asyik membaiki komputer, tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman yang agak kuat dan menyangka ada berlaku kemalangan di hadapan kedai.

“Tetapi beberapa saat selepas bunyi dentuman itu, saya dikejutkan dengan kehadiran satu ‘lembaga’ hitam yang besar ‘terbang’ ke arah kedai sebelum merempuh cermin pintu hadapan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Junaidi berkata, dia bernasib baik kerana semasa kejadian, dia berada agak jauh dari pintu hadapan premis.

“Nasib baik ketika itu, saya baiki komputer jauh dari pintu,  jika tidak mungkin saya sudah dihempap kereta tersebut,” katanya.

Selain terpaksa menanggung kerugian kerosakan premis, motosikal Junaidi yang diletakkan di hadapan premis juga mengalami kerosakan teruk selepas dirempuh kereta berkenaan.

Culik di Tanjung Malim kes samun kenderaan


4 Ogos 2014

IPOH - Polis berkata kejadian "culik" seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun seperti didakwa berlaku di Taman Loke Yew, Tanjung Malim dekat sini pada 27 Julai lepas sebenarnya adalah kes samun kenderaan.
 
Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya mendapati suspek pertama yang ditangkap berhubung kejadian itu sebenarnya cuba mencuri barang dalam kereta berkenaan yang tidak berkunci.
 
"Siasatan terhadap empat rakan suspek juga tidak menunjukkan bahawa kejadian itu bermotifkan kes culik untuk organ manusia sebagaimana didakwa melibatkan empat kes di Pulau Pinang," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
 
Beliau berkata selain itu semakan dengan kontinjen negeri tersebut turut mendapati tidak berlaku kes culik sebagaimana dihebahkan.
 
Berikutan laporan awal oleh pengadu dan berita penculikan untuk organ manusia yang disebarkan menerusi media sosial, Pasukan Khas Soalsiasat Jabatan Siasatan Jenayah dari Bukit Aman telah diarah membantu menyelesaikan kes tersebut.

Polis menahan suspek yang dituduh cuba menculik kanak-kanak berkenaan yang berada dalam kereta jenis Honda Accord di Taman Loke Yew pada pukul 11 malam, katanya.
 
Beliau berkata suspek sebelum itu dikejar orang ramai di kawasan sekitar, bagaimanapun dua rakan suspek melarikan diri menaiki Toyota Avanza.
 
Acryl Sani berkata suspek pertama berusia 28 tahun berasal dari Bukit Jambul, Pulau Pinang mempunyai tujuh rekod jenayah termasuk kes dadah.
 
"Dia kini ditahan reman selama tujuh hari dan ketika ditangkap suspek berada di bawah pengaruh dadah. Soal siasat membawa kepada penangkapan empat lagi rakan suspek berusia antara 26 dan 35 tahun di Pulau Pinang dan negeri ini," katanya.
 
Beliau berkata keempat-empat kini ditahan reman sehingga Khamis ini dan semakan mendapati kesemua mereka mempunyai rekod jenayah dan seorang daripadanya dikehendaki polis Pulau Pinang bersabit kes samun kenderaan.
 
"Siasatan lanjut mendapati kumpulan ini telibat dengan kes-kes samun dan samun kenderaan. Sehingga kini polis Perak telah mengenal pasti kes samun yang berlaku iaitu satu di Perak dan tujuh kes di Pulau Pinang," katanya.
 
Beliau berkata soal siasat terus dijalankan untuk mengesan saki baki kumpulan ini dan mengenal pasti kes-kes berkaitan. - Bernama

Polis tahan lima remaja, rampas dua samurai


4 Ogos 2014


MIRI - Polis Miri menahan lima remaja termasuk seorang gadis bawah umur berikutan penemuan dua bilah samurai dalam rondaan cegah jenayah di Jalan Dato Permaisuri hari ini.

Ketua Polis Miri, Asisten Komisioner Gan Tian Kee berkata, kesemua remaja tempatan berusia 17 hingga 19 tahun itu ditahan susulan pemeriksaan ke atas sebuah kereta Perodua Kelisa yang dipandu gadis berkenaan pada 4.30 petang tadi.

"Selain dua bilah samurai, polis turut dirampas dua batang besi dan kereta Perodua Kelisa itu," katanya hari ini.

Gan berkata polis juga merampas dua buah topi termasuk yang mempunyai lambang Polis DiRaja Malaysia.

Kesemua suspek ditahan reman sehingga Khamis ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958, yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. - Bernama

Dua remaja ditahan rompak kedai serbaneka


4 Ogos 2014


KOTA BHARU - Dua remaja, antara tiga yang ditahan di percayai terlibat dalam kes rompakan kedai serbaneka di Taman Barakah, Tanah Merah awal pagi ini.
 
Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata kesemua tiga suspek berumur antara 16 dan 30 tahun itu ditahan pada pukul 6 pagi selepas melakukan jenayah itu pada pukul 3.30 pagi.
 
"Dua suspek itu yang bersenjatakan pisau telah memasuki kedai serbaneka itu dan mengambil wang sebelum melarikan diri menggunakan motosikal melalui jalan belakang kedai," katanya dalam satu kenyataan di sini.
 
Mazlan berkata penahanan suspek adalah hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
 
Beliau berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, dan kesemua suspek kini direman untuk siasatan lanjut. - Bernama

Pasangan kekasih direman 7 hari

Pasangan kekasih dibawa ke Mahkamah Sesyen untuk mendapatkan perintah tahanan reman.
Pasangan kekasih dibawa ke Mahkamah Sesyen untuk mendapatkan perintah tahanan reman.
SEREMBAN – Sepasang kekasih ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang pekerja Kompleks Sukan Nilai, Amir Fazli Suhaimi Fadzil, 18, yang ditemui mati di dalam sebuah lubang di tapak pembinaan Batu 6, Jalan Labu, di sini, kelmarin.

Pasangan berusia 21 dan 19 tahun itu ditahan reman bermula semalam selepas dibawa ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam, bagi mendapatkan perintah reman ke atas mereka.

Menurut sumber polis, suspek lelaki berusia 21 tahun yang juga kakitangan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) ditahan bersama kekasihnya itu di Ampangan, di sini, kira-kira 6 petang kelmarin.

“Kedua-dua suspek bersama tiga yang masih bebas disyaki menyebabkan kematian Amir Fazli dengan menghimpit mangsa menggunakan motosikal sebelum mangsa terjatuh dan dipukul hingga mati di lokasi kejadian.

“Tiga lagi suspek yang terlibat menghilangkan diri dan kini menjadi buruan polis,” katanya di sini, semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: Mayat tertiarap dalam lubang ]

Sumber polis berkata, siasatan awal polis mendapati punca kejadian disebabkan mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z itu telah membunyikan enjin motosikal kepada suspek di sebuah persimpangan lampu isyarat di Senawang, di sini.

“Berang dengan tindakan itu, suspek telah mengejar mangsa hingga ke Jalan Labu. Akibatnya, mangsa terjatuh dari motosikal dan dipercayai dipukul hingga mati,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Semalam, Sinar Harian melaporkan mangsa ditemui orang awam yang berada di lokasi kejadian kira-kira jam 8.20 pagi.

Ketika ditemui, mangsa hanya berseluar dan tidak berbaju serta terdapat kecederaan di bahagian kaki, lebam di bahagian mata dan berdarah di hidung.

Dompet milik mangsa tidak ditemui dan sebuah motosikal jenis Yamah 125Z dipercayai ditunggang mangsa ditemui kira-kira 40 meter dari lokasi mayat mangsa dijumpai.

Ditemui rentung di depan pintu rumah


  • Anggota polis menenteramkan seorang ahli keluarga mangsa.Anggota polis menenteramkan seorang ahli keluarga mangsa.

GEORGETOWN - Seorang lelaki warga emas ditemui rentung dalam kejadian kebakaran yang berlaku di rumahnya di Flat Padang Tembak di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.45 petang itu, mayat Tan Beng Poh, 60, ditemui tertiarap di hadapan pintu rumahnya selepas bomba memadamkan kebakaran yang memusnahkan rumah flat berkenaan.

Difahamkan, mangsa yang mengalami masalah mental itu cuba menyelamatkan diri namun dia mengalami sesak nafas dan rebah di depan pintu rumahnya sebelum tubuhnya dijilat api.

Adik mangsa, Tan Beng Hin, 56, berkata, abangnya tinggal sendirian di rumah terbabit sejak enam tahun lalu dan dia mengalami masalah mental selepas kilang tempatnya bekerja ditutup hampir 15 tahun lalu.

“Abang sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak namun dia tidak tinggal bersama isteri serta anaknya kerana penyakit dialaminya itu yang membuatkan dia suka berkurung dalam rumah.

“Hampir setiap hari dia akan pergi ke pejabat saya di Georgetown untuk mengambil wang dan kali terakhir kami bertemu beberapa hari lalu,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Mohamad Shoki Hamzah berkata, pihaknya menerima panggilan jam 4.55 petang dan tiba di lokasi kira-kira 10 minit kemudian.

“Empat jentera dikejarkan ke lokasi kejadian dan hampir keseluruhan rumah mangsa hangus dalam kebakaran terbabit dan kita masih menyiasat punca kejadian.

“Selepas api dipadamkan, kita menemui mayat seorang lelaki yang hangus dalam keadaan tertiarap di depan pintu rumahnya,” katanya ketika ditemui media di lokasi kejadian.

Mohamad Shoki berkata, kejadian kebakaran itu adalah kali kedua berlaku di rumah berkenaan dan kali pertama ia berlaku tahun lalu.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat.

Bayi dalam kandungan mangsa terbaru

Dr Ghazali (dua, kiri) melawat mangsa denggi dengan diiringi Pegawai Perhubungan Awam HRPZ II, Zaid Ahmad.
Dr Ghazali (dua, kiri) melawat mangsa denggi dengan diiringi Pegawai Perhubungan Awam HRPZ II, Zaid Ahmad.

KOTA BHARU - Bayi dalam kandungan antara mangsa terbaru demam denggi yang dijangkiti melalui ibunya dan kini menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPRZ II) di sini.

Pengarahnya,Datuk Dr Ghazali Hasni Md Hassan berkata, kes berkenaan bakal memberikan kesan kepada bayi yang dikandung ekoran virus denggi dijangkiti melalui darah.

“Namun setakat ini kita masih jalankan pemeriksaan terhadap kes terbabit bagi memastikan keadaan mereka stabil. Buat masa ini, pemantauan dan maklumat masih dikumpulkan berhubung kes itu” katanya kepada sidang media di HRPZ II, di sini, semalam.

Dr Ghazali berkata, kes denggi di negeri ini turut meningkat apabila 180 pesakit diterima setakat kelmarin di hospital itu.

“Semalam, adalah antara waktu puncak apabila peningkatan yang mendadak berlaku dengan pertambahan pesakit yang meningkat sekali ganda. Begitu juga pesakit kritikal apabila 22 pesakit dirawat di beberapa Unit Rawatan Rapi (ICU)di hospital ini,” katanya.

Beliau berkata, kesemua 22 mangsa itu terdiri daripada kanak-kanak sehingga dewasa yang bukan sahaja dijangkiti demam denggi biasa, malah denggi berdarah.

Sementara itu, Dr Ghazali berkata, dari peningkatan tersebut, Kota Bharu merupakan negeri tertinggi  dengan 30 peratus menerima rawatan di hospital yang menjadikan kepada penyumbang peningkatan kes tertinggi denggi, diikuti daerah Tumpat.

“Kesemua wad mencecah kepada 80 peratus penggunaan dan hanya tiga hingga empat wad sahaja yang tidak menempatkan pesakit denggi.

“Dalam keadaan terbabit juga, hospital menyeru orang ramai supaya menderma darah bagi menampung bekalan darah yang berkurangan bagi merawat pesakit denggi berdarah yang memerlukan rawatan susulan," katanya.

Dr Ghazali turut menasihati orang ramai supaya membersihkan kawasan sekitar dan tidak hanya menunggu pihak berwajib melaksanakan aktiviti gotong-royong.

“Ini perlu bagi memastikan kawasan persekitaran bersih dan bebas dari sampah sarap  yang boleh mengundang kepada pembiakan nyamuk Aedes. Oleh itu kerjasama semua pihak dalam membasmi tempat pembiakan nyamuk Aedes ini perlu dilakukan segera agar wabak ini tidak terus menular dan menyebabkan ramai lagi mangsa dijangkiti demam denggi,” katanya.

Emirates gantung penerbangan ke Guinea

Lelaki yang dijangkiti Ebola disembur dengan pembasmi kuman sebelum dikuarantin di Hospital Monrovia di Liberia.
Lelaki yang dijangkiti Ebola disembur dengan pembasmi kuman sebelum dikuarantin di Hospital Monrovia di Liberia.
ABU DHABI - UAE. Syarikat penerbangan Emirates yang berpangkalan di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) menggantung penerbangannya ke Guinea susulan penularan virus Ebola di Afrika Barat.

Penggantungan yang berkuat kuasa Sabtu lalu itu, sekali gus menjadikannya syarikat penerbangan antarabangsa pertama yang mengenakan larangan tersebut.

"Keselamatan penumpang dan anak kapal adalah paling diutamakan," menurut jurucakap syarikat itu kepada Al Jazeera.

Sejajar dengan garis panduan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), beberapa syarikat penerbangan dan lapangan terbang antarabangsa termasuk Malaysia sudah mula mengadakan pemeriksaan kesihatan terhadap penumpang dari Afrika Barat.

Papa kedana gara-gara kekasih Facebook

Hidup Ariana porak-peranda hampir tiga bulan selepas diugut mat romeo warga Australia yang hanya mahu mengikis hartanya.
Hidup Ariana porak-peranda hampir tiga bulan selepas diugut mat romeo warga Australia yang hanya mahu mengikis hartanya.
SEORANG eksekutif sebuah syarikat swasta di Kerteh yang hanya mahu dikenali sebagai Ariana, 27, tidak menyangka lelaki yang dikenalinya menerusi Facebook mengambil kesempatan ke atas dirinya.

Kata Ariana, walaupun kejadian itu sudah dua tahun berlalu, dia masih trauma apatah lagi kerugian kira-kira RM87,000 setelah diperdaya mat romeo warga Australia berkenaan.

Hidup Ariana tertekan selama hampir tiga bulan selepas bekas kekasihnya itu asyik memeras ugut untuk menyebarkan gambar peribadinya di laman sosial.

“Hidup saya tak tentu arah dan porak-peranda hampir tiga bulan kerana setiap hari dia minta duit,  selagi saya tak pindahkan duit ke akaunnya selagi itulah dia ganggu saya.

“Mula-mula diugut, saya pindahkan RM30,000 ke dalam akaunnya, namun selang seminggu kemudian dia minta lagi RM20,000,” katanya kesal dengan apa yang terjadi.

Terima pelbagai hadiah

Menceritakan segalanya Ariana berkata, dia mengenali lelaki itu bernama Harry yang mendakwa berusia 33 tahun dan bekerja sebagai jurutera di sebuah syarikat ternama di Australia.

Mereka berhubungan selama enam bulan hingga akhirnya menjadi pasangan kekasih.

“Saya biasa berbual dengannya menerusi Facebook, Skype selain aplikasi WhatsApp Messenger yang ketika itu baru popular di negara ini.

"Cara dia berkomunikasi menggambarkan dia serba-serbi tahu, sebab itu saya terpikat dengannya. Dia juga sangat romantik kerana di awal perkenalan saya menerima beberapa hadiah daripadanya," katanya.

Kata Ariani, Harry juga mengakui tertarik dengan Islam kerana katanya dia juga mempunyai beberapa rakan yang beragama Islam.

Namun, semasa sedang hangat dilamun cinta, mangsa tidak menyedari dirinya dijerat apabila lelaki terbabit memintanya menghantar gambar yang mendedahkan sebahagian tubuhnya.

Diugut hingga papa kedana

Lelaki itu keterlaluan apabila memintanya memindahkan wang sejumlah RM100,000 ketika dia sedang mengikuti kursus selama tiga minggu di ibu negara.

Kata Ariana, sebelum mengikuti kursus, lelaki tersebut berjanji tidak akan mengganggunya lagi selepas dia memindahkan wang terkumpul sebanyak RM87,000 menerusi pindahan telegraf (TT).
Berikutan terlalu tertekan, Ariana akhirnya membuat laporan polis di salah sebuah balai polis di ibu negara selepas mendapat nasihat daripada rakan sekerjanya.
“Dalam tempoh tiga bulan diugut, saya jadi papa kedana kerana bukan sahaja kesemua duit simpanan dalam bank dan wang pelaburan dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) saya ambil, malah semua barang kemas, komputer riba dan gajet juga saya jual.

“Saya juga pinjam duit kakak dan abang, tapi saya tak cerita kepada mereka apa yang berlaku sebab saya sangat malu dan tak mahu ibu, ayah dan adik-beradik risau.

“Sampai sekarang saya menyesal kerana terlalu ikutkan nafsu, sebab terlalu sayangkan dia saya ikut segala kehendaknya tapi akhirnya makan diri sedangkan dia hanya mahukan duit,” katanya.

Justeru, Ariana mengingatkan semua gadis dan ibu tunggal lebih berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan lelaki terutama warga asing yang mahu berkenalan supaya tidak ada lagi menjadi mangsa sepertinya.

Gempa ragut ratusan nyawa di China

Pasukan penyelamat mengeluarkan mangsa di sebalik runtuhan di Ludian.
Pasukan penyelamat mengeluarkan mangsa di sebalik runtuhan di Ludian.
KUNMING - CHINA. Sekurang-kurangnya 398 maut manakala lebih 1,800 cedera selepas gempa berkekuatan 6.1 skala Richter menggegar sebahagian wilayah barat daya China.

Agensi berita Xinhua melaporkan lebih 30,000 rumah di wilayah Yunnan turut musnah.

"Bekalan elektrik dan talian telekomunikasi juga terputus di seluruh kawasan yang terlibat," menurut laporan agensi berita itu.

Susulan daripada itu, usaha mencari dan menyelamat (Sar) telah diperhebat di daerah Ludian serta sekitar kawasan terjejas walaupun pihak berkuasa kini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga untuk menghadapi ancaman gempa susulan.
Seramai 7,000 anggota keselamatan dikerah untuk menyertai operasi Sar terbabit, namun hujan lebat berterusan menyukarkan lagi usaha tersebut.

Difahamkan, pasukan sukarelawan termasuk Persatuan Palang Merah China juga mula menghantar bantuan kepada ribuan penduduk yang kehilangan tempat tinggal.

Seorang penduduk di Zhaotong, Ma Liya memberitahu gempa itu menyebabkan lebih banyak kemusnahan berbanding dua tahun lalu.

"Ramai penduduk masih terperangkap di sebalik timbunan runtuhan. Bekalan makanan dan ubat-ubatan juga semakin berkurangan," katanya menurut laporan AFP.
Pada 1974, gegaran berkekuatan 6.8 skala Richter telah meragut lebih 1,500 nyawa manakala 80 maut selepas gempa berkembar menggegar kawasan sempadan pergunungan Yunnan dan Guizhou pada September 2012.

Nelayan jual mercun kena denda RM1,000


2014/08/05 - 06:03:08
Ayer Keroh: Seorang nelayan dijatuhi hukuman denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam, selepas mengaku salah memiliki pelbagai jenis mercun dan bunga api di sebuah bazar Ramadan, bulan lalu.

Rahmat Sirom, 48, dari Kampung Pulai, Merlimau, Jasin, didakwa memiliki empat kotak Thunderclap, dua Safety Fire dan masing-masing sekotak Magical Shot, Sunflower, Whistling Moon Travelers dan Glow Sunset tanpa permit sah.


Dia yang didakwa melakukan kesalahan itu di Bazar Ramadan Taman Seri Telok Mas, pada jam 11 malam, pada 11 Julai lalu dituduh mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 di hadapan di hadapan Majistret Ida Rahayu Syarif.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000 atau keduanya-duanya.


Mohon hukuman ringan

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nabilah Nizam, manakala tertuduh diwakili pelatih dalam kamar (PDK) dari Biro Bantuan Guaman, Mohd Fadzlullah Ramlee.
Ketika merayu hukuman diringankan, Mohd Fadzlullah memberi alasan anak guamnya sudah insaf dan pengakuan salahnya menjimatkan masa mahkamah.

Nabilah pula meminta tertuduh dijatuhi hukuman setimpal dengan kesalahannya.

5 ditahan terbabit samun bukan kes culik budak


2014/08/05 - 06:00:42 AM
Ipoh: Polis menumpaskan kegiatan samun berkumpulan dengan penahanan lima lelaki selepas cuba menyamun sebuah kereta di Taman Loke Yew, Tanjung Malim.

Dalam kejadian pada jam 11 malam pada 27 Julai lalu, polis menahan seorang suspek ketika menyamun Honda Accord, manakala empat lagi ditahan pada Jumaat lalu.


Semua suspek berusia 26 hingga 35 tahun, ditahan reman sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, berkata sebelum ini kumpulan itu turut didakwa terbabit dalam kegiatan menculik kanak-kanak, kononnya bagi tujuan penjualan organ manusia.


Tak culik kanak-kanak

“Bagaimanapun, siasatan mendapati dakwaan menculik kanak-kanak untuk tujuan penjualan organ tidak berlaku, sebaliknya suspek hanya menjalankan kegiatan samun berkumpulan,” katanya dalam kenyataan media, semalam.
Acryl berkata, ketika kes cubaan samun Honda Accord itu, seorang kanak-kanak berusia tiga tahun tidur dalam kenderaan berkenaan, manakala bapanya sedang berbual bersama rakan di luar kenderaan itu.


Orang awam tahan suspek

Katanya, kejadian itu disedari rakan bapa kanak-kanak berkenaan selepas melihat kelibat seorang lelaki menyusup masuk melalui pintu belakang kereta dan terus menjerit ‘culik budak’.

“Suspek kemudian melarikan diri tetapi berjaya ditahan oleh orang awam. Dua rakan lelaki yang menaiki Toyota Avanza melarikan diri,” katanya.

Acryl Sani berkata, susulan penahanan lelaki itu, polis menahan empat lagi lelaki di Pulau Pinang dan negeri ini pada Jumaat lalu.

“Siasatan awal mereka mempunyai rekod jenayah lampau, termasuk seorang amat dikehendaki polis Pulau Pinang bersabit kes samun kenderaan,” katanya.

‘Pembelit’ sambung belajar


Kuala Lumpur: Sanggup menipu untuk sambung belajar di Malaysia. Itu taktik pelajar luar negara yang cuba ‘membelit’ pihak berkuasa negara ini semata-mata mendapat kelulusan visa antarabangsa dan mendaftar sebagai pelajar kolej swasta di Malaysia.
Bagaimanapun, cubaan itu dikesan Education Malaysia Global Services (EMGS) selepas siasatan mendapati ada pelajar luar negara yang menghantar dokumen palsu ketika memohon visa untuk belajar di negara ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Yazid Abd Hamid, berkata, setakat ini pihaknya merekodkan beberapa kes seumpamanya iaitu meminda keputusan peperiksaan atau menggunakan keputusan individu lain.

“Memang kita terima bermacam-macam kes, tetapi antara yang mengejutkan ialah penipuan kelayakan kerana itu syarat asas diterima masuk sebagai pelajar di negara ini.
Foto
MOHD Yazid menunjukkan contoh permohonan pelajar luar negara yang dipalsukan.

“Yang lain termasuklah palsukan cop serta kebenaran dari negara asal. Kita terima aduan ini dan apabila membabitkan permohonan, itu di bawah bidang kuasa EMGS manakala penguatkuasaan lebih kepada Jabatan Imigresen.

“Menerusi sistem yang canggih, cubaan seperti itu kita dapat dikesan dan apabila semakan dibuat, kita dapati ada kesalahan seperti pindaan slip keputusan peperiksaan berbanding asal,” katanya.

Mohd Yazid berkata, beroperasi Februari tahun lalu, EMGS sebagai pusat sehenti untuk mendapatkan visa pelajar antarabangsa menggunakan sistem bersepadu bersama Jabatan Imigresen dan pihak berkuasa pendidikan, sudah menerima lebih 50,000 permohonan.

“Dan tahun lalu saja, kami menolak lebih 1,400 permohonan pelajar asing kerana gagal memenuhi saringan kemasukan meneruskan pengajian di negara ini,” katanya.

Menurutnya, EMGS serius memastikan pelajar antarabangsa yang berkualiti dan serius dalam pengajian saja diberi tempat di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) tempatan.

Justeru beliau menasihatkan setiap IPTS harus memainkan peranan dalam menentukan pelajar berkenaan memenuhi syarat kelulusan akademik dan benar-benar mampu membiayai pengajian sebelum urusan permohonan visa pelajar dilakukan.

“Jika kita kesan ada usaha memalsukan dokumen atau ada rekod menunjukkan permohonan lampau pernah ditolak, permohonan pas baru atau pembaharuan kita akan tolak,” katanya.

Kata Mohd Yazid, sejak sistem itu diperkenalkan, permohonan mendapatkan visa berkurangan berikutan pemantauan ketat oleh EMGS yang membantu kerajaan dalam mengekang kemasukan mereka yang mempunyai tujuan lain, termasuk melakukan pelanggaran undang-undang.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/05

Adik maut, abang kritikal


Adik maut, abang kritikalRamas menunjukkan gambar dua cucunya, Mohd Arif Zafran, (kanan) dan abangnya, Mohd Amir Zakuan ketika ditemui di Kampung Repek, semalam. 


Dua beradik dirempuh lori ketika melintas jalan ke kelas al-Quran

Pasir Mas: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun maut manakala abangnya cedera parah selepas dirempuh lori ketika melintas jalan untuk ke kelas mengaji al-Quran di Kampung Repek, di sini, semalam.

Mohd Arif Zafran Mohd Zaki dipimpin abangnya, Mohd Amir Zakuan, 8, melintas jalan ke kelas al-Quran tidak jauh dari rumahnya, sebelum dirempuh sebuah lori dari arah Repek ke Lubok Jong pada jam 1.50 tengah hari.

Maut terpelanting 



Mohd Arif Zafran mati di tempat kejadian selepas terpelanting kira-kira 10 meter akibat rempuhan manakala abangnya kritikal dan dirawat di Hospital Pasir Mas.

Nenek mangsa, Ramas Che Hat, 67, berkata beliau terkejut melihat dua beradik itu berlumuran darah di atas jalan raya selepas kejadian itu.

“Ketika itu saya tidak tahu sama ada adik atau abang yang meninggal dunia sehingga dimaklumkan oleh saudara kemudian,” katanya.
Dua beradik itu tinggal dengan Ramas selepas ibu bapa mereka bercerai sejak dua tahun lalu.


Hubungan rapat

“Setiap hari selepas pulang dari sekolah, mereka pergi mengaji al-Quran berdua dan kedua-duanya sangat rapat,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliluddin Rahim, berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Feri lebih muatan karam

Feri lebih muatan karamPENDUDUK Bangladesh berkumpul di pinggir Sungai Padma, lokasi feri yang karam. - Foto AFP

100 mangsa diselamatkan, penumpang lain belum ditemui



DHAKA: Sebuah feri terlebih muatan yang membawa sehingga 200 penumpang karam semalam di Sungai Padma, di tengah Bangladesh, kata polis. “Pasukan penyelamat sudah menyelamatkan 100 orang dari dalam air. Dua mayat ditemui tetapi nasib yang lain tidak diketahui,” kata pihak berkuasa.


Bot itu berada kira-kira 30 kilometer ke selatan Dhaka ketika ia tenggelam akibat arus kuat.

“Kami difahamkan feri berkenaan terlebih muatan dengan penumpang dan keadaan sungai juga deras,” kata ketua polis tempatan Tofazzal Hossain kepada AFP.

Seorang pegawai kanan polis di Madaripur, berkata ketika feri itu memulakan perjalanan ia membawa antara 170 hingga 200 penumpang.
Namun seorang penumpang yang terselamat memaklumkan televisyen tempatan bahawa feri itu lebih muatan sehingga 350 penumpang.

“Tiada ribut tetapi cuaca mendung dan arus sungai deras. Ombak agak besar. Tiba-tiba feri dilambung ombak dan mula dipenuhi air. Saya berjaya keluar dari tingkap dan feri itu karam dengan cepat. Saya diselamatkan bot tampatan, orang lain juga diselamatkan bot,” katanya.

Feri Bangladesh tidak menyimpan rekod penumpang dan sering lebih muatan.

Kemalangan feri juga sering berlaku di negara miskin itu dengan lebih muatan serta rekaan kapal tidak baik dan masalah penyelenggaraan lain.

Pekerja kecemasan di tempat kejadian berkata beribu-ribu oeang berkumpul di tebing Sungai Padma, di daerah Munshigani, lokasi bot itu karam.

Bulan Ogos adalah musim monsun di Bangladesh. Paras air sungai tinggi dan kapal itu tenggelam sepenuhnya.

“Penyelam kami sedang mencari feri yang karam ini dan memulakan operasi menyelamat,” kata pegawai bomba, Mohammad Dulal kepada AFP.

Bangladesh adalah salah sebuah negara termiskin Asia mempunyai lebih 230 batang sungai manakala bot menjadi pengangkutan utama terutama di wilayah selatan dan timur laut negara itu. Namun banyak kapal yang dinegara itu digunakan sejak sebelum 1971. - AFP

398 maut dalam gempa


Angka kematian dicatatkan meningkat hingga sekurang-kurangnya 398 orang dengan 1,800 lagi cedera.

Seramai 29,400 penduduk dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga dan jumlah kematian dijangka terus meningkat selepas penyelamat tiba ke kawasan lebih terpencil.
Agensi berita Xinhua melaporkan sekurang-kurang 12,000 rumah runtuh apabila gempa bumi melanda Ahad lalu memusnahkan wilayah Ludian 390 kilometer ke timur laut Kunming.

Sukarelawan di zon gempa itu, Ma Yaoqi, 18, berkata sekurang-kurang separuh daripada rumah di sepanjang laluan dari pusat bandar Zhaotong ke kawasan paling teruk, Longtou, terjejas dengan ketara.

“Selebihnya mengalami kerosakan,” katanya. Kata Ma, dia melihat banyak mayat dibalut dengan cadar dan dibawa pergi.
Foto
KEADAAN rumah yang musnah teruk dilanda gempa bumi di bandar Longtoushan, daerah Ludian.
“Sebahagian yang dibalut dengan cadar lebih kecil mungkin kanak-kanak,” katanya.

Ma tiba di lokasi kejadian bersama 20 sukarelawan semalam.
Agensi Kaji Bumi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa sekuat 6.1 magnitud itu berlaku pada jam 4.30 petang (waktu tempatan) dengan pusat gempa berada pada kedalaman 10 kilometer.

Agensi kaji bumi China gempa itu sekuat 6.5 magnitud.

Hujan ribut semalam lebih menyukarkan lagi segala usaha penyelamat membawa khemah, air, makanan dan bekalan lain kepada mangsa.

Ditambah pula dengan jalan raya yang terkambus dengan tanah, penyelamat terpaksa berjalan kaki untuk membawa bekalan berkenaan.

Xinhua melaporkan, kebanyakan rumah di Ludian - didiami kira-kira 429,000 orang - musnah teruk kerana binaan di situ sudah usang. Menurutnya lagi, bekalan elektrik dan telekomunikasi turut terjejas di sepanjang wilayah.

Pasukan Palang Merah China membekalkan cadar, jaket dan khemah untuk mangsa yang sudah tidak mempunyai rumah, manakala pasukan Palang Merah dari Hong Kong, Macau dan wilayah Sichuan juga turut menawarkan bantuan. - AP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/05

Anak hartawan beli telefon guna duit palsu


Bangkok: Anak kepada seorang hartawan kedai emas di Thailand ditangkap selepas polis mendapati dia memiliki dan mencetak wang kertas 1,000 baht (RM99) palsu bagi kegunaan membayar telefon pintar yang dibeli secara dalam talian.

Pakkawat Siriratlekha, 27, dan teman wanitanya berusia 19 tahun ditahan di sebuah kondominium di daerah Bang Sue.


Jurucakap polis berkata, mereka menemui 700 keping wang kertas palsu, tiga telefon pintar dan dua tablet berada dalam simpanan suspek.

“Anak kepada pemilik kedai emas di Don Muang itu mengaku menggunakan wang palsu berkenaan untuk membayar telefon pintar dan beberapa barang lain yang dibeli secara dalam talian sekurang-kurangnya lima kali,” katanya.


Sementara itu suspek berkata dia mencetak wang palsu berjumlah 1 juta baht (RM99,560) berkenaan di sebuah pusat pencetakan di Sukhumvit Soi.


Menurut polis, suspek mendakwa pada mulanya dia hanya bercadang menggunakan wang kertas palsu itu sebagai kertas penghias dinding biliknya.

“Saya tidak memikirkan akibatnya dan melihat ia sebagai satu cabaran,” kata Pakkawat.

Dia kini didakwa menggunakan wang palsu dan menipu.

Pakkawat dan teman wanitanya diperkenalkan polis kepada media semalam. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/05

Dua wanita ditahan jual anak yatim


Hanoi: Dua wanita ditahan atas tuduhan menjual seorang kanak-kanak yang ditempatkan di pusat jagaan anak yatim yang terkenal kerana menyelamatkan kanak-kanak dan bayi terbiar.

Media Vietnam semalam melaporkan, pengurus pusat jagaan anak yatim di Pagoda Bo De, Hanoi, Nguyen Thi Thanh Trang, 36, ditahan berikutan laporan polis yang dibuat mendakwa dia terbabit dengan pemerdagangan orang membabitkan seorang budak lelaki berusia setahun pada harga RM5,441.


Seorang lagi suspek, Pham Thi Nguyet, 35, turut ditahan manakala tiga lagi disoal siasat berhubung dakwaan yang sama.



Pagoda Bo De di Hanoi terkenal sebagai pusat jagaan anak yatim yang melindungi ramai kanak-kanak termasuk mereka yang kurang upaya bermula daripada remaja Sindrom Down sehingga kepada bayi buta.


Budak lelaki yang dijual berkenaan dipercayai ditinggalkan di pintu masuk pagoda berkenaan ketika masih bayi.


Sumber semalam berkata, dia tiba-tiba hilang “tanpa sebarang alasan kukuh” dan aduan yang dibuat membawa kepada siasatan polis. Mereka akhirnya mendapati, kanak-kanak itu dijual dalam sindiket pemerdagangan orang dan siasatan lanjut dijalankan bagi mengenalpasti sama ada kes serupa pernah berlaku sebelum ini.

Sehingga pertengahan Julai lalu, pusat berkenaan menjadi tempat perlindungan kepada 145 anak yatim, kanak-kanak terbiar atau cacat serta warga tua yang memerlukan penjagaan. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/05

Mati demi sekeping selfie


Akhbar Mexico, Proceso melaporkan, Oscar Otero Aguilar, 21, sebelum itu dipercayai minum arak bersama dua rakannya.
Saksi yang juga jiran mangsa, Manfredo Paez Paez berkata, dia menghubungi polis selepas mendengar tembakan dan jeritan.

“Saya mendengar bunyi tembakan dan orang menjerit kesakitan lalu menghubungi polis.
Foto
SATU daripada gambar diambil Aguilar untuk dimuat naik di Facebook.

“Ketika mereka sampai di situ, Aguilar masih hidup,” katanya.

Aguilar bagaimanapun disahkan mati di tempat kejadian dan mayatnya kini menunggu dibedah siasat, lapor akhbar Excelsior.

Menteri Keselamatan Awam berkata, kejadian itu diklasifikasikan sebagai kemalangan.

Difahamkan, Aguilar mengambil selfie untuk dimuat naik ke Facebook.

Rakan Aguilar, Omar Abner Campor Vives ditahan bagi membantu siasatan manakala seorang lagi dikenali sebagai ‘El Paco’ menghilangkan diri.

Gambar dimuat naik ke Facebook Aguilar sebelum ini banyak menunjukkannya bersama minuman keras serta bergambar di dalam beberapa kereta mewah. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/05