Search This Blog

Sunday, August 3, 2014

Sederet rumah kongsi 45 pintu hangus


2014/08/03 -
Sederet rumah kongsi 45 pintu hangus
Anggota bomba memadamkan api yang memusnahkan
sederet rumah kongsi 45 pintu di Kampung
 Rampayan, Menggatal, Kota Kinabalu.

Kota Kinabalu: Kira-kira 205 orang tinggal sehelai sepinggang dalam dua kejadian kebakaran membabitkan sebuah blok rumah kongsi di Menggatal dan sebuah rumah di Tuaran, semalam.

Ia kejadian kedua di kawasan berkenaan dalam tempoh 24 jam selepas kebakaran membabitkan sederet kedai papan di pekan Menggatal dan sebuah rumah di Kampung Sungai Damit, Tuaran yang mengorbankan tiga mangsa, kelmarin.


Satu mangsa terkorban

Kejadian semalam juga adalah kebakaran kelima dan keenam sepanjang minggu ini, termasuk dua kes kebakaran yang masingmasing mengorbankan satu mangsa di Kampung Gentisan, Sepanggar Isnin lalu dan Kampung Sri Pandan, Putatan pada Khamis.

Dalam kejadian di Kampung Rampayan, Menggatal, semalam, kira-kira 200 pekerja sebuah projek pembinaan kehilangan tempat tinggal apabila sederet rumah kongsi45 pintu hangus dalam kebakaran kira-kira jam 1.30 tengah hari.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Afendy K Ramin, berkata tiga jentera dengan 27 anggota dari Balai Bomba Jalan Lintas dan Kota Kinabalu dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan pada jam 1.50 tengah hari.“Bomba tiba di lokasi kejadian pada jam 2.01 petang dan berjaya mengawal kebakaran pada jam 2.23 petang. Tindakan pantas bomba berjaya mengelak api daripada merebak ke blok rumah kongsi berhampiran.

“Tiada kecederaan atau kemalangan membabitkan penghuni rumah kongsi dilaporkan,” katanya ketika dihubungi BH, di sini, semalam. Di Tuaran, lima sekeluarga di Kampung Tambalang, tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka hangus ketika keluar berhari raya di rumah saudara, pagi semalam.

2,319 saman dikeluarkan guna lorong kecemasan


2014/08/03
Kuala Lumpur: Sebanyak 195 kematian dicatat di seluruh negara sepanjang 12 hari Ops Selamat dilaksanakan, membabitkan 178 kes kemalangan.

Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Fuad Latiff, berkata sepanjang tempoh itu, 15,122 kemalangan dilaporkan berlaku di lebuh raya, Jalan Persekutuan, jalan bandaran dan pelbagai jalan lain.


“Sejak 12 hari dilaksanakan (Ops Selamat), 195 kematian dilaporkan dengan 32 kematian (16 peratus) berlaku di kawasan Ops Selamat.

“Baki 163 kematian (84 peratus) berlaku di luar kawasan operasi dengan penunggang motosikal paling ramai maut iaitu 112 kematian, diikuti mereka yang menaiki motokar sebanyak 48 kematian,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Fuad berkata, daripada 167,456 saman yang dikeluarkan, 2,319 saman dikenakan ke atas pesalah trafik yang menggunakan lorong kecemasan dan 1,316 saman atas kesalahan memotong garisan berkembar.

“Saman maksimum RM300 dikenakan ke atas pemandu yang melakukan kesalahan memotong di lorong kecemasan. “Jika pesalah trafik itu ditahan ketika melakukan kesalahan, mereka perlu membayar saman serta- merta,” katanya.

Sementara itu, Fuad berkata, seramai 20,081 orang awam membuat laporan sebagai pemberitahuan akan meninggalkan rumah masing-masing untuk bercuti Aidilfitri dengan mengisi borang Maklumat Balik Kampung bagi memudahkan polis membuat rondaan dan pemantauan.
“Sepanjang Ops Selamat, 44,669 rumah dipantau oleh anggota kami yang melakukan rondaan berkala untuk memastikan tiada kejadian jenayah seperti pecah rumah,” katanya.

‘Saluran gas tidak ditutup walaupun aduan sudah dibuat’


2014/08/03 - 07:39:39
‘Saluran gas tidak ditutup walaupun aduan sudah dibuat’
Jalan raya musnah membentuk parit panjang selepas letupan.

Kaohsiung: Penduduk di kawasan kejiranan di Taiwan yang digegarkan dengan letupan gas semalam menuduh pihak berkuasa tidak bertindak pantas dan mendesak saluran paip industri di bawah bandar raya kedua yang padat dengan penduduk itu dipindahkan.

Letupan yang menyebabkan kebakaran besar di daerah Cianjhen lewat Khamis lalu, mengorbankan sekurangkurangnya 27 orang dan menyebabkan wujudnya parit luas beratusratus meter panjangnya di jalan raya utama.


Letupan amat kuat sehingga kereta terhumban manakala sebatang mop terpelanting ke atas bumbung bangunan lima tingkat. Hampir 300 orang cedera, termasuk melecur serius, ketika letupan dan kebakaran.

Pihak berkuasa lembap bertindak

Ketika penyelamat meneruskan usaha mencari mayat yang tertimbus di bawah runtuhan, ramai penduduk menuduh pihak berkuasa bandar raya di selatan negara itu terlalu lembap bertindak untuk menghentikan kebocoran gas yang dikatakan penduduk dilaporkan buat kali pertama tiga jam sebelum letupan berlaku sejurus sebelum tengah malam.

“Saya rasa pihak berkuasa tidak mengendalikan kes ini dengan baik, jika mereka menutup saluran paip dengan segera letupan tidak akan berlaku,” kata seorang penduduk, Lin Chunghua.

68 maut letupan kilang komponen kereta


2014/08/03 - 07:37:10
68 maut letupan kilang komponen kereta
Anggota pasukan mencari dan menyelamat membantu mangsa letupan di Kunshan, Jiangsu, semalam.

Satu letupan di sebuah kilang di timur China semalam membunuh 68 orang dan mencederakan lebih 200 yang lain, kata penyiar kerajaan dalam apa yang disifatkan sebagai satu kemalangan industri.

Letupan di Kunshan, sebuah bandar di timur Jiangsu berhampiran Shanghai menyebabkan 68 kematian, kata penyiar China Central Televison (CCTV) yang memetik sumber rasmi.


Kilang pengeluaran bahagian kereta

Letupan berlaku pagi semalam di sebuah kilang yang terbabit dalam pengeluaran bahagian kereta, termasuk syarikat automotif Amerika Syarikat, kata media tempatan. 

Lebih 50,000 anak ayam rentung ladang ternakan musnah terbakar


2014/08/03 - 16:02:53
TANJUNG MALIM: Lebih 50,000 anak ayam rentung dalam satu kebakaran membabitkan ladang ternakan ayam di Kampung Kelawar di sini, hari ini, mengakibatkan kerugian mencecah RM2 juta.

Kebakaran dilaporkan berlaku pada jam 7.30 pagi membabitkan reban ternakan berukuran 40 meter x 135 meter.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim, Rahim Shaari berkata, ketika pihaknya tiba di lokasi kejadian, kebakaran sudah pun marak dan membakar satu daripada tiga reban dengan 80 peratus daripadanya terbakar.

"Ketika itu api sedang marak dan jentera bertindak mengawal kebakaran bagi mengelakkan ia merebak ke dua lagi reban yang terletak berhampiran," katanya ketika dihubungi BH.

Ahli perniagaan disamun manakala rakan dirogol


2014/08/03 - 16:38:31

BUTTERWORTH: Seorang ahli perniagaan diserang sekumpulan empat lelaki manakala rakan wanitanya diculik dan dirogol ketika sedang berehat di hentian Jambatan Pulau Pinang hari ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Asisten Komisioner Nasir Salleh berkata dalam kejadian 3.30 pagi itu, lelaki yang berumur 46 tahun itu bersama seorang kawan wanita warga asing yang berumur 22 tahun, sedang dalam perjalanan pulang ke rumah di Seberang Perai, diserang kumpulan berkenaan ketika berehat di hentian jambatan itu.


Katanya, suspek yang pada mulanya ingin menanya jalan menyerang mangsa lelaki sebelum menyamun dan menculik kawan wanita bersama-sama kereta Hyundai Elantra milik mangsa.

"Suspek membawa kereta mangsa ke kawasan terpencil di Sungai Dua yang mangsa mendakwa dirogol tiga suspek berkenaan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tambahnya, suspek juga melarikan dompet, telefon bimbit, wang tunai lebih kurang RM1,000 dan peralatan berharga milik mangsa.

Nasir berkata selepas beberapa jam, mangsa wanita itu ditinggalkan suspek di sebuah stesen minyak di Sungai Dua sebelum kereta yang dilarikan dijumpai di kawasan Sungai Puyu, Butterworth.

Mangsa kemudian dibawa ke hospital untuk mendapat pemeriksaan perubatan sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Mak Mandin sini.
Nasir berkata siasatan awal polis mendapati keempat-empat suspek berumur dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun.

"Kami sedang menjalankan siasatan dan menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.

- BERNAMA

14 tahun tunggu rumah siap


  • Suzana menunjukkan surat perjanjian dengan pihak peguam berhubung urusan pembelian kediamannya.Suzana menunjukkan surat perjanjian dengan pihak peguam berhubung urusan pembelian kediamannya.

KULAIJAYA – Bukan sahaja terpaksa menanti lebih 14 tahun sepasang suami isteri terpaksa menanggung hutang bank sedangkan rumah dibelinya masih gagal disiapkan pemaju sehingga kini.

Suri Rumah, Suzana Sulaiman, 38 berkata, dia membeli kediaman jenis rumah kedai itu dengan harga RM50,000 dan bayaran secara ansuran dengan sebuah bank selama 30 tahun.

Menurutnya, kediaman berkenaan yang di bina berhampiran Jalan Kulai- Kota Tinggi itu sepatutnya siap dalam jangka masa dua tahun dan pembeli dijadualkan memperoleh kunci kediaman masing-masing pada awal 2002.

“Saya dan suami (Mohd Shakawi Mat Isa) begitu teruja kerana hasil simpanan kami bekerja dapat membeli rumah sendiri dan tidak perlu lagi menyewa.

“Mengikut perjanjian pinjaman perumahan dengan sebuah bank kami perlu menjelaskan bayaran bulanan sebanyak RM330 selama 30 tahun.

“Apabila sampai masa dijanjikan rumah kami masih gagal disiapkan dan kini pembinaannya tidak sampai 50 peratus,” katanya.

Suzana mengakui akibat terlalu kecewa dengan kegagalan pemaju, mereka menghentikan pembayaran bulanan kepada pihak bank.

Mereka berpendapat telah dianiaya pemaju apabila terpaksa menanggung hutang puluhan ribu ringgit sedangkan rumah  dibeli tidak juga siap.

“Apabila menerima surat daripada bank, kami hanya abaikan selepas pembayaran tertunggak, nama suami telah disenarai hitam.

“Dalam situasi ini, adalah tidak adil kepada pembeli kerana perlu menanggung hutang  dengan jumlah yang besar, terpaksa membayar ansuran bulanan tetapi rumah tidak juga siap sedangkan pemaju terus menghilangkan diri,” katanya.

Kata Suzana, sehingga kini mereka sekeluarga terpaksa menyewa kediaman lain namun dalam masa yang sama perlu membayar ansuran pinjaman rumah kepada pihak bank.

“Disebabkan terlalu kecewa saya dan suami tekad tidak membayar ansuran dengan pihak bank namun selepas suami disenarai hitam kami terpaksa menggunakan semua wang simpanan untuk ‘membersihkan’ rekod suami.

“Kami tiada pilihan, jika suami disenarai hitam ia akan lebih menyukarkannya membuat urusan dengan pihak bank,” katanya.

Sementara itu, Mohd Shakawi berkata, berdasarkan rujukan dengan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) perumahan membabitkan unit dibelinya itu dikategorikan sebagai ‘projek sakit’

“Saya telah bertemu dengan pihak bank untuk mendapatkan kelonggaran bayaran, namun pihak bank hanya bersetuju merendahkan kadar interest pinjaman.

“Tetapi saya masih perlu melangsaikan hutang sehingga habis disebabkan pihak bank telah menyerahkan kesemua pinjaman saya kepada pemaju,” katanya.

Maut langgar tiang elektrik


  • Keadaan mayat mangsa yang maut di tempat kejadian.Keadaan mayat mangsa yang maut di tempat kejadian.

KRUBONG - Seorang pekerja hotel maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas lalu melanggar tiang elektrik di Jalan Krubong Perdana, di sini, petang kelmarin.

Mangsa, Muhammad Addwah Alifi, 20, maut ketika menunggang sendirian motosikal Suzuki Panther selepas keluar dari rumahnya di Taman Inang Sari Beringin, Durian Tunggal untuk ke bertemu rakan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Razali Bakar berkata, mangsa dipercayai dari arah persimpangan Tanah Merah menghala ke Kampung Belimbing Dalam.

“Sebaik tiba di Jalan Krubong Perdana, remaja terbabit dipercayai hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar tiang elektrik di bahu kiri jalan.

“Mangsa mengalami kecederaan parah di dada meninggal dunia di tempat kejadian kemudian dibawa ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, bapa tiri Muhammad Addwah, Mohd Sari Maarof, 46, berkata, anak ketiga daripada empat beradik itu menggunakan motosikal rakannya keluar bertemu rakannya selepas sempat menghantar lampu suluh yang dibelikan di kedai berhampiran.

Menurutnya, anak tirinya yang peramah itu sangat disenangi penduduk perumahan malah digelar sebagai ‘Tok Sidang’ berikutan sering dicari kawan-kawan selain golongan tua untuk mendapatkan bantuan.

Maut terkena renjatan elektrik


INILAH kolam ikan yang dibersihkan peniaga kedai makan sebelum dia ditemui mati terkena renjatan elektrik di Taman Mahkota, Bachok, Kelantan semalam.


KOTA BHARU – Rutin seorang peniaga kedai makan membersihkan kolam ikan miliknya berakhir dengan tragedi apabila dia maut terkena renjatan elektrik di sebuah kedai makan di Taman Mahkota, Bachok semalam.
Dalam kejadian pukul 1.15 tengah hari itu, mangsa, Wan Mohd. Hadi Wan Mahmud (gambar kecil), 40, yang maut di tempat kejadian ditemui oleh isterinya, Ruzila Che Ajid, 35, dalam keadaan terlentang di dalam kolam berkenaan.
Menurut Ruzila, ketika kejadian, dia sedang mencucuk sate kira-kira 10 meter dari kolam tersebut.
“Suami saya memberitahu dia mahu membersihkan kolam tersebut yang merupakan rutinnya selang dua atau tiga hari.
“Saya ada mendengar bunyi kocakan air seperti ada sesuatu terjatuh ke dalam kolam namun tidak ambil peduli sehinggalah anak keempat yang berusia lima tahun memberitahu bahawa ayahnya sedang tidur di dalam kolam ikan tersebut,” katanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0803&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz39It1J681 
Hakcipta terpelihara 

Perangkap jalan maut


SECK GUAN mengedarkan risalah keselamatan kepada pemandu di Plaza Tol Batu, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Kadar kemalangan maut di negara ini termasuk ketika musim perayaan begitu menggerunkan apabila ia mencatatkan 2,000 kematian dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini. Secara purata kira-kira 16 orang maut setiap hari.
Pengerusi Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), Chua Seck Guan berkata, data tersebut yang diperoleh hasil kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) menunjukkan trend peningkatan kemalangan jalan raya yang membimbangkan.
Beliau berkata, ia turut mengakibatkan peningkatan jumlah tuntutan insurans am dan takaful kepada RM1.384 bilion pada suku pertama tahun ini berbanding RM1.319 bilion tempoh sama tahun lalu.
"Ia satu trend yang sangat membimbangkan kerana dalam kebanyakan kes, kemalangan maut itu berpunca daripada sikap pengguna jalan raya memandu secara melulu dan berbahaya," katanya.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas mengedarkan pek keselamatan jalan raya yang mengandungi maklumat mengenai Pusat Panggilan Bantuan Kemalangan (AACC) kepada pengguna jalan raya di Plaza Tol Batu, Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) di sini semalam.
Ia merupakan salah satu usaha PIAM dan Persatuan Takaful Malaysia (MTA) untuk menggalakkan tabiat pemanduan yang selamat dalam kalangan warga kota sempena musim perayaan Aidilfitri.
Seck Guan berkata, bilangan jualan kenderaan yang terus meningkat di Malaysia sedikit sebanyak turut menyumbang kepada peningkatan jumlah kemalangan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0803&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz39Isjmkga 
Hakcipta terpelihara 

Rumah peneroka hangus


  • Rumah pemilik salah seorang peneroka yang terbakar di Felda Lui Blok 12, semalamRumah pemilik salah seorang peneroka yang terbakar di Felda Lui Blok 12, semalam

JEMPOL – Sebuah rumah milik salah seorang peneroka musnah sepenuhnya, akibat kebakaran yang berlaku kira-kira jam 1 petang, di Felda Lui Blok 12, semalam.

Menurut Pegawai Operasi, Yusof Rasip, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.12 petang, dan sampai ke lokasi 20 minit kemudian.

Katanya, sebaik sahaja tiba ke tempat kejadian, rumah yang tiada penghuni itu sudah hangus 100 peratus.

“Malah sebahagian depan rumah telah pun runtuh. Disebabkan rumah tersebut diperbuat daripada papan dan separuh batu, maka ia memudahkan lagi api merebak dengan pantas.

“Hasil siasatan awal dengan jiran, kebakaran mula berlaku di bahagian ruang tengah rumah tersebut, dan kemudiannya merebak ke bahagian depan serta belakang rumah,” katanya.

Tambahnya, sebanyak dua jentera dari  Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Seri Jempol dan Simpang Pertang berserta 12 anggota termasuk pegawai, bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan kerja-kerja pemadaman api dan pemeriksaan di lokasi.

“Difahamkan, semasa kejadian pemilik rumah telah keluar dan berada di sekitar Seremban, sebelum dimaklumkan oleh jiran mengenai kejadian tersebut.

“Sehingga kini punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Temui adik tidak bernyawa


  • Mayat Selvarani dihantar ke Hospital Tampin untuk bedah siasatMayat Selvarani dihantar ke Hospital Tampin untuk bedah siasat

REMBAU – “Kebiasaanya adik, M Selvarani, 48, sudah bangun awal pagi lagi, namun pada hari ini adik tidak bangun tidur sehinggalah anak saya mengambil keputusan mengejutkannya,” luah M Mohan, 49, ketika ditemui di perkarangan Bilik Mayat Hospital Tampin, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu, Selvarani yang mempunyai penyakit sawan ditemui sudah tidak bernyawa di bilik tidurnya di Taman Sedia Raja, dekat sini, semalam.

Menurut Mohan, adiknya itu belum berkahwin dan bertanggungjawab menjaga adiknya yang kurang sihat sejak dari kecil lagi memandangkan dia satu-satunya adik-beradik lelaki dari tujuh beradik.

“Saya sangat sayangkan dia, bila anak saya, Saravanan, 24, menghubungi saya dan menyatakan Selvarani sudah meninggal dunia saya segera datang ke bilik mayat Hospital Tampin bagi melihat keadaannya.

“Di rumah ketika ini, semuanya sedang bersedih kerana kami benar-benar sayangkan Selvarani,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Ibrahim Sharif ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan menyatakan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Lagi rumah terbakar pada hari raya


  • Sebuah lagi rumah di Kampung Lubuk Keli, Sungai Rebana musnah terbakar malam kelmarin.Sebuah lagi rumah di Kampung Lubuk Keli, Sungai Rebana musnah terbakar malam kelmarin.

KAMUNTING - Berpunca daripada longgokan kayu-kayu lama yang terbakar, sebuah keluarga nyaris hilang tempat berteduh apabila kediaman mereka di Kampung Pasir, di sini disambar api kira-kira jam 8.51 malam kelmarin.

Bagaimanapun, keluarga tersebut bernasib baik apabila api yang merebak itu hanya sempat menyambar bahagian bilik belakang rumah sebelum berjaya dipadamkan anggota bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting, Mohd Taufiq Abd Sattar berkata, pada awalnya pihak bomba menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan mengenai kebakaran membabitkan longgokan kayu.

Menurutnya, apabila anggota bomba sampai di tempat kejadian pada kira-kira jam 9.05 malam, api dari longgokkan kayu tersebut didapati merebak ke sebahagian rumah berhampiran.

“Akibat kejadian itu, sebuah bilik di bahagian belakang kediaman terbabit terbakar.

“Dipercayai kemusnahan hanya membabitkan 10 peratus di bahagian bilik berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Mohd Taufiq berkata, akibat kejadian tersebut, pemilik rumah mengalami kerugian yang dianggarkan berjumlah RM10,000.

Bagaimanapun katanya, kepantasan pasukan bomba berjaya menyelamatkan harta benda bernilai kira-kira RM 45,000.

Katanya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana rumah berkenaan tidak berpenghuni kerana penyewanya telah keluar.

Sementara itu di Teluk Intan, sebuah lagi kediaman di Kampung Lubuk Keli, Sungai Reban turut terbakar.

Kejadian kira-kira jam 10.15 malam itu, mengakibatkan rumah dua tingkat berkenaan musnah hampir 60 peratus.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kebakaran pada jam 10.27 malam memaklumkan sebuah rumah terbakar.

Menurutnya, api marak menyebabkan anggota bomba terpaksa menggunakan sumber air parit berhampiran sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya.

“Operasi tamat pada jam 12.08 malam, tiada mangsa cedera dan punca kebakaran masih disiasat," katanya.

Mayat perut terburai ditemui


  • Mayat lelaki warga asing ditemui dalam keadaan tertiarap.Mayat lelaki warga asing ditemui dalam keadaan tertiarap.

NIBONG TEBAL - Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan perut terburai di kawasan tanah lapang berhampiran dengan pencawang elektrik di Tasik Chempedak, Simpang Ampat di sini pagi semalam.

Dalam kejadian kira kira jam 7.43 pagi itu, mangsa yang dipercayai warga asing ditemui terbaring dalam keadaan kedua tangannya diikat dengan menggunakan wayar.

Menurut sumber, mangsa yang berpakaian seluar pendek dan baju kemeja-t putih dipercayai mati akibat ditikam menggunakan senjata tajam.

“Mangsa yang dipercayai berusia dalam lingkungan 30-an mengalami kecederaan di bahagian perut, betis kanan dan pipi kiri,” katanya.

Menurutnya, pemeriksaan awal polis di tempat kejadian menemui kesan tompokan darah atas jalan sekitar 20 meter daripada tempat mayat ditemui.

Katanya, tiada sebarang dokumen pengenalan diri yang ditemui pada mangsa.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pualau Pinang, Senior Asisten Mazlan Kesah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya mayat mangsa telah di hantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.

“Polis tidak menemui objek mahupun senjata pembunuhan di sekitar kawasan kejadian. Siasatan masih di teruskan bagi mengetahui motif sebenar kejadian.

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Pemilik rumah rugi RM20,000


  • Anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran.Anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran.

KAMUNTING - Sebuah rumah kosong di Kampung Jana Tambahan, di sini, hampir 95 musnah dalam terbakar, kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting, Penolong Penguasa Mohd Taufiq Abd Sattar berkata, kejadian itu  berlaku jam 2.46 petang dan rumah itu kosong kerana pemiliknya berpindah ke Pahang.

“Selepas menerima panggilan daripada orang ramai, sebuah jentera dengan kekuatan enam anggota bergegas ke tempat kejadian.

“Kami turut dibantu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Taiping,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, dalam kejadian itu api cepat marak kerana struktur rumah diperbuat daripada kayu.
"Akibat kejadian itu pemilik rumah berkenaan kerugian hampir RM20,000.
“Punca kebakaran masih dalam siasatan kerana rumah berkenaan tidak mempunyai bekalan elektrik,” katanya.
Mohd Taufiq berkata, disebabkan rumah berkenaan tidak berpenghuni, tiada sebarang kemalangan jiwa mahupun kecederaan dilaporkan.

Bagai melihat lautan api


  • Kawasan hutan seluas dua hektar berhampiran kawasan perindustrian Dioh terbakar.Kawasan hutan seluas dua hektar berhampiran kawasan perindustrian Dioh terbakar.

KUALA PILAH – “Sampai saja di lokasi kebakaran, kami seperti melihat lautan api," kata Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah, Pegawai Bomba Kanan II, Ahmad Mohd Akhir.

Menurutnya, kebakaran hutan seluas dua hektar berhampiran kawasan Perindustrian Dioh, dekat sini, yang berlaku sekitar jam 8 malam kelmarin, dipercayai berpunca di atas kecuaian individu yang membakar longgokan kayu selepas menebang pokok untuk kerja penanaman semula.

“Saya dapati sebanyak sepuluh longgokan kayu telah siap ditebang dan individu itu membakar semua longgokan itu secara serentak.

“Ia menjadi punca api sukar dikawal hingga hampir memusnahkan beberapa buah kilang serta kawasan perumahan berhampiran,” katanya.

Sebelum itu, Ahmad berkata, beliau ternampak cahaya terang dari arah balai bomba namun tidak pasti dari mana punca api tersebut.

“Untuk kepastian, saya mengarahkan beberapa anggota pergi menyiasat terlebih dahulu.  Bagaimanapun, dalam masa yang sama, jam 8.15 malam, bilik operasi menerima panggilan kecemasan daripada orang ramai memaklumkan kebakaran terbuka di kawasan tersebut. Sebuah jentera dan sebuah ambulans dengan tujuh anggota bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan.

“Setibanya kami di lokasi, bomba terpaksa memotong pagar hutan berikutan kawasan tersebut tiada orang. Kami dapati semua sepuluh longgokan kayu terbakar serentak dan kami juga difahamkan api tersebut dapat dilihat dari Melang yang jaraknya empat kilometer dari tempat kejadian.

“Kami melakukan dua kawalan iaitu di kawasan perumahan dan kilang berhampiran terlebih dahulu bagi mengelakkan api merebak ke kawasan itu,” katanya.

“Berdasarkan kepada siasatan awal mendapati, terdapat beberapa tayar lama berada di lokasi kejadian yang digunakan sebagai bahan bakar. Ini jelas menunjukkan individu terbabit sengaja melakukan pembakaran tersebut.

“Kami tidak boleh menghalang mereka untuk melakukan pembakaran tetapi sebaiknya sebelum melakukan perbuatan itu, individu terbabit perlu mendapat nasihat dari pihak berkaitan bagi mengelakkan perkara tidak diingini terjadi.

“Jika bomba lewat sedikit tiba di tempat kejadian, berkemungkinan sebuah kediaman yang jaraknya hanya 10 meter serta beberapa buah kilang berhampiran turut terbakar. Bagaimanapun, perkara ini masih dalam siasatan pihak bomba,” katanya.

Sementara itu, Ahmad berkata api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 2.20 pagi.

“Pihak  bomba juga mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kuala Pilah kerana 8 anggotanya turut membantu memadam kebakaran ini,” katanya.

Kabakaran: Usahawan rugi RM140,000


  • Api marak memusnahkan barangan yang disimpan dalam stor.Api marak memusnahkan barangan yang disimpan dalam stor.

BUKIT BARU - Seorang usahawan kerugian kira-kira RM140,000 apabila stor simpanan barang di premis perniagaan musnah dalam kebakaran di Jalan Bukit Baru, di sini, malam semalam.

Stor yang mengandungi pelbagai stok barangan bagi premis yang meliputi sebuah pasar mini, restoran dan kedai perabot milik Radin Rohana Radin Mohamad, 66, itu musnah dalam kejadian kira-kira jam 9.15 malam.

Saksi, Ahmad Hishamuddin Al’Junaidi Zainal, 19, berkata, dia yang tinggal kira-kira 20 meter dari tempat kejadian ternampak api di dalam stor terbabit ketika berada di luar rumah bersama keluarga.

“Saya dengan sepupu segera berlari ke surau di belakang bangunan yang terbakar itu untuk mengambil air lalu cuba memadamkan api namun gagal kerana api mulai marak sebelum kami melarikan diri.

“Kemudian kami terdengar satu letupan kuar dari dalam sebelum penduduk kampung menghubungi bomba dan pemilik kedai,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.

Suami Radin Rohana, Hashim Mohamad, 70, berkata, dia yang mengetahui mengenai kejadian terus datang ke premis yang ditutup lebih sebulan lalu dan melihat bomba sedang memadamkan kebakaran.

“Dalam masa sama, saya bukakan pintu yang banyak di bahagian dalam bagi memudahkan bomba melakukan kerja-kerja pemadaman api yang memusnahkan sebahagian kedai menyebabkan kerugian kira-kira RM140,000.

“Walaupun sedih tapi saya anggap kejadian ini sebagai takdir dan bahagian untuk saya. Mungkin ada rezeki lebih baik yang Allah nak beri kepada saya selepas ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Shahril Zauni berkata, pihaknya yang menerima panggilan pada jam 9.25 malam sampai di lokasi 16 minit kemudian.

“Bagaimanapun pasukan bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu yang tiba awal telah melakukan kerja-kerja pemadan terlebih dahulu sebelum api dapat dikawal jam 10.04 malam dan padan sepenuhnya 20 minit kemudian.

“Ketika bomba sampai, hanya asap hitam keluar dari premis dan api hanya kelihatan selepas kami memasuki di dalam bangunan yang memusnahkan 100 peratus barangan di dalam stor tersebut dan 40 peratus bahagian di keseluruhan bangunan ini,” katanya.

Mohd Shahril berkata, punca kejadian dan jumlah sebenar kerugian masih dalam siasatan pihak forensik bomba.

Dua lemas ketika mandi di TC


  • Anggota JPAM mengangkat mayat mangsa ke pantai sebelum dibawa ke HTAA menggunakan kenderaan polis untuk bedah siasat.Anggota JPAM mengangkat mayat mangsa ke pantai sebelum dibawa ke HTAA menggunakan kenderaan polis untuk bedah siasat.

KUANTAN - Hasrat lima rakan datang ke pusat peranginan Pantai Teluk Cempedak di sini sempena cuti hujung minggu berakhir tragedi apabila dua daripada mereka lemas dihanyutkan ombak ketika mandi, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, salah seorang mangsa, V Saravanan, 18 berasal dari Jalan Damai Perdana 3/3A Bandar Damansara Kuala Lumpur ditemui mati lemas manakala rakannya, Dinesh Danaseelan dari Puchong, Selangor berjaya diselamatkan.

Gerakan mencari dan menyelamatkan mangsa dijalankan  anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) selepas menerima laporan berhubung tragedi tersebut.

Jurucakap JPAM,  Mustaqim Ariff berkata, ketika kejadian dia sedang bertugas bersama beberapa rakan lain di kawasan pantai tersebut.

Menurutnya, dia terdengar suara jeritan meminta tolong dan dimaklumkan dua pengunjung lemas ketika sedang mandi-manda.

“Saya bersama empat rakan berenang ke kawasan dua rakan itu tenggelam dan mangsa pertama berjaya diselamatkan kira-kira 10 minit kemudian.

“Mangsa yang terselamat bagaimanapun berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan terdapat kesan luka di badannya dipercayai akibat terkena batu,” katanya.

Mustaqim berkata, mangsa kedua berjaya ditemui 15 minit kemudian bagaimanapun keadaannya sudah kaku dan disahkan meninggal dunia.

Sementara itu, seorang pengunjung, Mat Karim Ayob, 42 berkata, dia ternampak mangsa tenggelam timbul sebelum hilang.

“Saya cuba membantu namun membatalkan hasrat itu selepas melihat keadaan ombak yang agak besar.

“Saya mengambil keputusan memanggil anggota JPAM yang bertugas untuk membantu menyelamatkan mangsa namun  agak mendukacitakan salah seorang daripada mangsa mati lemas,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, pihaknya menerima laporan melalui talian kecemasan 999 berhubung kejadian kira-kira jam 2.08 petang.

Menurutnya, kejadian dimaklumkan kepada JPAM dan Jabatan Bomba dan penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang untuk bantuan menyelamat mangsa yang lemas.

“Semasa polis tiba di lokasi, kita dimaklumkan bahawa salah seorang mangsa ditemui mati lemas kira-kira jam 2.30 petang manakala seorang lagi berjaya diselamatkan.

“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat manakala rakannya yang selamat turut dihantar ke hospital sama menerima rawatan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Susulan kejadian lemas itu, Abdul Aziz meminta pengunjung pantai peranginan di daerah ini supaya lebih berhati-hati dan mematuhi sebarang amaran yang dikeluarkan sekiranya keadaan tidak sesuai dan berisiko untuk mereka mandi.

Dua lemas ketika mandi di TC


  • Anggota JPAM mengangkat mayat mangsa ke pantai sebelum dibawa ke HTAA menggunakan kenderaan polis untuk bedah siasat.Anggota JPAM mengangkat mayat mangsa ke pantai sebelum dibawa ke HTAA menggunakan kenderaan polis untuk bedah siasat.

KUANTAN - Hasrat lima rakan datang ke pusat peranginan Pantai Teluk Cempedak di sini sempena cuti hujung minggu berakhir tragedi apabila dua daripada mereka lemas dihanyutkan ombak ketika mandi, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, salah seorang mangsa, V Saravanan, 18 berasal dari Jalan Damai Perdana 3/3A Bandar Damansara Kuala Lumpur ditemui mati lemas manakala rakannya, Dinesh Danaseelan dari Puchong, Selangor berjaya diselamatkan.

Gerakan mencari dan menyelamatkan mangsa dijalankan  anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) selepas menerima laporan berhubung tragedi tersebut.

Jurucakap JPAM,  Mustaqim Ariff berkata, ketika kejadian dia sedang bertugas bersama beberapa rakan lain di kawasan pantai tersebut.

Menurutnya, dia terdengar suara jeritan meminta tolong dan dimaklumkan dua pengunjung lemas ketika sedang mandi-manda.

“Saya bersama empat rakan berenang ke kawasan dua rakan itu tenggelam dan mangsa pertama berjaya diselamatkan kira-kira 10 minit kemudian.

“Mangsa yang terselamat bagaimanapun berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan terdapat kesan luka di badannya dipercayai akibat terkena batu,” katanya.

Mustaqim berkata, mangsa kedua berjaya ditemui 15 minit kemudian bagaimanapun keadaannya sudah kaku dan disahkan meninggal dunia.

Sementara itu, seorang pengunjung, Mat Karim Ayob, 42 berkata, dia ternampak mangsa tenggelam timbul sebelum hilang.

“Saya cuba membantu namun membatalkan hasrat itu selepas melihat keadaan ombak yang agak besar.

“Saya mengambil keputusan memanggil anggota JPAM yang bertugas untuk membantu menyelamatkan mangsa namun  agak mendukacitakan salah seorang daripada mangsa mati lemas,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, pihaknya menerima laporan melalui talian kecemasan 999 berhubung kejadian kira-kira jam 2.08 petang.

Menurutnya, kejadian dimaklumkan kepada JPAM dan Jabatan Bomba dan penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang untuk bantuan menyelamat mangsa yang lemas.

“Semasa polis tiba di lokasi, kita dimaklumkan bahawa salah seorang mangsa ditemui mati lemas kira-kira jam 2.30 petang manakala seorang lagi berjaya diselamatkan.

“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat manakala rakannya yang selamat turut dihantar ke hospital sama menerima rawatan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Susulan kejadian lemas itu, Abdul Aziz meminta pengunjung pantai peranginan di daerah ini supaya lebih berhati-hati dan mematuhi sebarang amaran yang dikeluarkan sekiranya keadaan tidak sesuai dan berisiko untuk mereka mandi.

'Menggeletar lihat asap tebal naik ke langit'


  • Anggota bomba berusaha memadamkan api untuk mengelakkan kebakaran merebak ke bot berdekatan.Anggota bomba berusaha memadamkan api untuk mengelakkan kebakaran merebak ke bot berdekatan.
CHUKAI – Seorang nelayan kerugian kira-kira RM80,000 selepas stor tempat menyimpan peralatan menangkap ikan miliknya di Kuala Kemaman terbakar ketika dia sedang menghadiri majlis kenduri kahwin, semalam.

Mangsa, Mohd Idris Omar, 65, hanya mampu melihat pasukan bomba dan penyelamat bertungkus-lumus memadamkan api yang membakar stornya itu yang dipenuhi enjin bot, benam pukat baharu dan tong gentian kaca selepas bergegas pulang.

Kebakaran berlaku kira-kira jam 1.13 tengah hari dan ia disedari anak sulung mangsa, Amri Kamal, 42.

Mohd Idris berkata, semasa kejadian dia sedang makan di majlis kenduri kahwin di Kampung Bukit Kuang sebelum menerima panggilan telefon daripada anak sulungnya yang memaklumkan kejadian itu.

“Sebaik sahaja menerima berita buruk itu saya segera bergegas ke stor. Menggeletar lutut saya lihat semua barang berharga dalam stor musnah. Asap tebal naik ke langit,” katanya.

Barang berharga dalam stor itu yang hangus terbakar ialah sebanyak 20 tongkol benam pukat biasa yang baharu, 20 tong ikan gentian kaca, 35 tongkol benam pukat hanyut yang baharu dan sebuah enjin bot dengan anggaran nilai keseluruhan RM80,000.

Pun begitu, bapa kepada tujuh anak itu bersyukur kerana dua buah bot gentian kaca bersama pukat bernilai lebih RM150,000 yang berada berdekatan stor di tepi muara Sungai Kemaman tidak sempat dijamah api.

“Sepanjang hidup saya, inilah kejadian kebakaran pertama yang saya alami. Segala peralatan berharga di dalam stor musnah. Namun, syukurlah kebakaran tidak merebak ke bot.

“Tindakan pantas bomba berjaya menyelamatkan bot saya dari turut terbakar. Kalau bot juga terbakar saya akan hilang 100 peratus punca pendapatan.

“Saya juga bersyukur sebab kebakaran ini tidak melibatkan berlaku kemalangan jiwa kerana tiada orang yang berada berdekatan stor waktu itu,” katanya.

Namun, katanya, kerugian besar yang dialaminya itu membataskannya untuk turun ke laut dalam waktu terdekat kerana pukat yang ada dalam bot sudah koyak dan tidak dapat dibaik pulih lagi.

“Nampaknya saya terpaksa beli bot baru untuk kembali turun ke laut. Mudah-mudahan saya dapat memiliki pukat baru tak lama lagi agar pendapatan kami sekeluarga tak putus,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kemaman, Suhaimi Mohd Ali berkata, pihaknya mengambil masa lebih setengah jam untuk memadamkan kebakaran berkenaan.

“Kami menerima panggilan kebakaran ini kira-kira jam 1.20 tengah hari sebelum bergegas ke lokasi kejadian dengan kekuatan anggota seramai tujuh orang. Bagaimanapun punca kebakaran masih lagi dalam siasatan,” katanya.

Kedai elektrik, restoran musnah kebakaran


  • Api marak membakar unit kedai terlibat.Api marak membakar unit kedai terlibat.

PASIR MAS - Tiga premis menjual pelbagai barangan perkakasan elektrik dan sebuah restoran musnah dalam kebakaran di kawasan bandar ini kira-kira jam 6.15 petang kelmarin.

Bagaimanapun, tindakan pantas anggota bomba dan penyelamat berjaya menyelamatkan 12 lagi unit kedai bersebelahan daripada turut musnah.

Penolong Kanan Penguasa Bomba, Bahagian Operasi Negeri Kelantan, Che Mohd Fauzi Che Omar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.20 petang.

“Seramai 25 anggota bersama lima jentera segera ke lokasi kejadian, melibatkan anggota bomba dan penyelamat dari Balai Pasir Mas, Tunjong, Kota Bharu, Pengkalan Kubor dan Rantau Panjang.

“Ketika kami tiba, premis berkenaan telah hangus 80 peratus dan kami mengambil masa 30 minit untuk mengawal kebakaran daripada terus merebak ke kawasan sekitar,” katanya.

Menurutnya, operasi turut mendapat kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawan Rakyat (Rela), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan pasukan bomba sukarela.

"Kami masih menyiasat punca kejadian dan jumlah kerugian," katanya.

Dalam pada itu, mangsa yang juga pemilik kedai menjual barangan dan perkakasan elektrik, We Chong Lek, 47, berkata, kerugian dianggarkan mencecah jutaan ringgit.
“Saya baru sahaja membawa masuk stok baharu untuk dijual sempena Aidilfitri.

"Api marak dengan cepat dan saya tak sempat buat apa-apa, hanya mampu lihat dari jauh," katanya.

Menurutnya, dia hanya menyedari kedainya terbakar selepas melihat kepulan asap tebal yang memenuhi ruang udara berhampiran premis miliknya itu.

“Ketika itu, saya berada di rumah, tidak jauh dari kedai dan mahu keluar kerana hendak menyelesaikan sedikit urusan.

“Apabila sedar kedai terbakar, saya segera ke sana. Mujurlah ibu dan pembantu rumah yang berada di dalam kedai sempat keluar  menyelamatkan diri,” katanya.

Sementara itu, kejadian tersebut turut mendapat perhatian Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan Ketua Umno Bahagian Pasir Mas, Datuk Hanafi Mamat serta Adun Pengkalan Pasir, Datuk Hanifa Ahmad.

Ketiga-tiga pemimpin tersebut meluangkan masa bertemu dengan mangsa.

Tetak rakan kerana ditegur


WARTAWAN SINAR HARIAN
3 Ogos 2014


BESUT - Seorang lelaki bertindak menetak rakannya menggunakan parang akibat tidak dapat menerima teguran mangsa dalam kejadian di sebuah kedai di Kampung Padang Bual, di sini, Rabu lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 1 pagi ketika mangsa berusia 28 tahun bermain karom bersama rakan-rakannya, sebelum didatangi suspek yang mahu mengisi minyak.

Menurutnya, mangsa kemudian menegur suspek memandangkan sebelum ini suspek didakwa sering mengganggu penduduk sekitar kampung.

“Namun, teguran itu mengundang kemarahan suspek lalu dia bertindak melibas parang ke arah mangsa.

“Mangsa tidak sempat mengelak menyebabkan pahanya tercedera sebelum suspek bertindak melarikan diri,” katanya.

Mangsa yang cedera dihantar rakannya ke Hospital Besut bagi mendapatkan rawatan dan dilaporkan stabil.

Katanya, identiti suspek sudah dikenal pasti dan usaha memburunya giat dijalankan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya.

Ugut mahu sembelih warga emas


  • Noorzainy Mohd Noor

BESUT - Seorang warga emas disamun barang kemas bernilai kira-kira RM30,000 di rumahnya di Kampung Gelam Mas, Kampung Raja di sini, kelmarin.

Mangsa yang berusia 61 tahun itu kehilangan dua gelang emas permata berlian, sebentuk cincin berlian dan emas serta sepasang subang emas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.40 petang apabila mangsa didatangi tiga individu, termasuk dua wanita yang berpura-pura mahu menyewa sebuah bilik di inap desa miliknya.

Menurutnya, mangsa membawa suspek lelaki dan seorang perempuan masuk melihat bilik manakala seorang lagi suspek wanita menunggu di luar.

“Sebaik berada di dalam rumah, suspek lelaki mula menunjukkan belangnya apabila tiba-tiba mengeluarkan sebilah golok lalu meletakkan di tengkuk mangsa.

“Suspek mengugut untuk menyembelih mangsa jika membuat bising sambil mengarahkan mangsa menyerahkan barangan berharga yang ada,” katanya.

Noorzainy berkata, bimbang keselamatannya, mangsa terpaksa akur dengan arahan suspek dengan menyerahkan pelbagai barangan kemas yang dipakainya.

Katanya, sebaik mendapatkan hasil, tiga suspek melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta Proton Persona menghala ke Kampung Keluang.

Siasatan lanjut sedang dijalankan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan berkumpulan menggunakan senjata.

195 kematian sejak Op Selamat dilancar


2 Ogos 2014


KUALA LUMPUR - Sebanyak 178 kemalangan maut membabitkan 195 kematian dicatatkan di seluruh negara dalam Op Selamat sempena Aidilfitri sejak dilancarkan 21 Julai lepas sehingga semalam.

Ketua Polis Trafik Persekutuan Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Mohd Fuad Abd Latiff berkata dalam tempoh itu juga sejumlah 15,122 kemalangan jalan raya dilaporkan.

"Berdasarkan statistik selama 12 hari sehingga semalam, penunggang motosikal merupakan penyumbang statistik tertinggi kes kemalangan maut membabitkan 112 kematian atau 57 peratus diikuti kereta 48 kematian (25 peratus).

"Sejumlah 167,456 saman dikeluarkan kepada pesalah trafik termasuk yang menggunakan lorong kecemasan 2,319 saman dan memotong giliran 1,316 saman direkodkan," katanya dalam kenyataannya hari ini.  

Mengenai kadar kemalangan di jalan-jalan utama di ibu negara, katanya, Jalan Bandaran merekodkan sebanyak 6,222 kes diikuti Jalan Persekutuan 3,546 dan Jalan Negeri 2,797 kes.

Op Selamat selama 15 hari, yang berakhir 4 Ogos ini, dilaksanakan sempena Aidilfitri, dengan tujuan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya khususnya kemalangan maut, melancarkan aliran trafik dan mencegah jenayah. - Bernama

Maut ketika cuci kolam


  • Mayat mangsa dikeluarkan dari kolam ikan dan dihantar ke HRPZ II untuk bedah siasat.Mayat mangsa dikeluarkan dari kolam ikan dan dihantar ke HRPZ II untuk bedah siasat.

BACHOK – Seorang peniaga kedai makan maut akibat terkena renjatan elektrik  ketika membersihkan kolam ikan miliknya di Taman Mahkota Pantai Irama, jam 1.15 petang semalam.

Mayat mangsa, Wan Mohd Hadi Wan Mahmud, 40, ditemui oleh isterinya, Ruzila Che Ajid, 35,  dalam keadaan terbaring di tempat kejadian.

Menurut Ruzila, sebelum kejadian suaminya memberitahu mahu membersihkan kolam ikan tersebut dan aktiviti berkenaan sememangnya menjadi rutin mangsa selang dua atau tiga hari dalam seminggu.

“Ketika kejadian saya berada lebih kurang 10 meter dari kolam yang suami saya bersihkan dan sedang mencucuk sate.

"Kemudian saya dengar bunyi sesuatu jatuh ke dalam air tetapi tidak mengesyaki itu suami saya dan tidak mempedulikannya,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) semalam.

Ibu kepada lima anak itu bagaimanapun dia terus bergegas ke kolam berkenaan setelah salah seorang anaknya memberitahu suaminya tidur dalam kolam tersebut.

"Saya cuba tarik suami saya keluar dari kolam tetapi gagal kerana kaki saya terkena renjatan elektrik. Saya bersyukur kerana saya sempat menutup suis pam selepas itu," katanya.

Tambah Ruzila, kebiasaannya suaminya akan menutup suis pam oksigen kolam tersebut sebelum mencuci, tetapi mungkin kali ini dia terlupa setelah melihat semua ikan sudah mati dan kemungkinan terdapat wayar rosak.

Katanya, kolam itu dibina sendiri oleh mangsa sejak enam tahun lalu dan dia gemar mencari ikan sungai untuk diletakkan dalam kolam berkenaan untuk dijadikan lauk.

Sementara itu,  Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Supritendan Abdul Hamid Che Ahmad mengesahkan kes itu dan mengklasifikasikan kejadian sebagai mati mengejut.

“Tiada kecederaan didapati pada badannya dan mayat mangsa dihantar ke HRPZ II untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarganya,” katanya.

Mangsa dikebumikan malam tadi di Tanah Perkuburan Kampung Pantai Melawi.

Maut ketika cuci kolam


  • Mayat mangsa dikeluarkan dari kolam ikan dan dihantar ke HRPZ II untuk bedah siasat.Mayat mangsa dikeluarkan dari kolam ikan dan dihantar ke HRPZ II untuk bedah siasat.

BACHOK – Seorang peniaga kedai makan maut akibat terkena renjatan elektrik  ketika membersihkan kolam ikan miliknya di Taman Mahkota Pantai Irama, jam 1.15 petang semalam.

Mayat mangsa, Wan Mohd Hadi Wan Mahmud, 40, ditemui oleh isterinya, Ruzila Che Ajid, 35,  dalam keadaan terbaring di tempat kejadian.

Menurut Ruzila, sebelum kejadian suaminya memberitahu mahu membersihkan kolam ikan tersebut dan aktiviti berkenaan sememangnya menjadi rutin mangsa selang dua atau tiga hari dalam seminggu.

“Ketika kejadian saya berada lebih kurang 10 meter dari kolam yang suami saya bersihkan dan sedang mencucuk sate.

"Kemudian saya dengar bunyi sesuatu jatuh ke dalam air tetapi tidak mengesyaki itu suami saya dan tidak mempedulikannya,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) semalam.

Ibu kepada lima anak itu bagaimanapun dia terus bergegas ke kolam berkenaan setelah salah seorang anaknya memberitahu suaminya tidur dalam kolam tersebut.

"Saya cuba tarik suami saya keluar dari kolam tetapi gagal kerana kaki saya terkena renjatan elektrik. Saya bersyukur kerana saya sempat menutup suis pam selepas itu," katanya.

Tambah Ruzila, kebiasaannya suaminya akan menutup suis pam oksigen kolam tersebut sebelum mencuci, tetapi mungkin kali ini dia terlupa setelah melihat semua ikan sudah mati dan kemungkinan terdapat wayar rosak.

Katanya, kolam itu dibina sendiri oleh mangsa sejak enam tahun lalu dan dia gemar mencari ikan sungai untuk diletakkan dalam kolam berkenaan untuk dijadikan lauk.

Sementara itu,  Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Supritendan Abdul Hamid Che Ahmad mengesahkan kes itu dan mengklasifikasikan kejadian sebagai mati mengejut.

“Tiada kecederaan didapati pada badannya dan mayat mangsa dihantar ke HRPZ II untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarganya,” katanya.

Mangsa dikebumikan malam tadi di Tanah Perkuburan Kampung Pantai Melawi.

Maut ketika cuci kolam


  • Mayat mangsa dikeluarkan dari kolam ikan dan dihantar ke HRPZ II untuk bedah siasat.Mayat mangsa dikeluarkan dari kolam ikan dan dihantar ke HRPZ II untuk bedah siasat.

BACHOK – Seorang peniaga kedai makan maut akibat terkena renjatan elektrik  ketika membersihkan kolam ikan miliknya di Taman Mahkota Pantai Irama, jam 1.15 petang semalam.

Mayat mangsa, Wan Mohd Hadi Wan Mahmud, 40, ditemui oleh isterinya, Ruzila Che Ajid, 35,  dalam keadaan terbaring di tempat kejadian.

Menurut Ruzila, sebelum kejadian suaminya memberitahu mahu membersihkan kolam ikan tersebut dan aktiviti berkenaan sememangnya menjadi rutin mangsa selang dua atau tiga hari dalam seminggu.

“Ketika kejadian saya berada lebih kurang 10 meter dari kolam yang suami saya bersihkan dan sedang mencucuk sate.

"Kemudian saya dengar bunyi sesuatu jatuh ke dalam air tetapi tidak mengesyaki itu suami saya dan tidak mempedulikannya,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) semalam.

Ibu kepada lima anak itu bagaimanapun dia terus bergegas ke kolam berkenaan setelah salah seorang anaknya memberitahu suaminya tidur dalam kolam tersebut.

"Saya cuba tarik suami saya keluar dari kolam tetapi gagal kerana kaki saya terkena renjatan elektrik. Saya bersyukur kerana saya sempat menutup suis pam selepas itu," katanya.

Tambah Ruzila, kebiasaannya suaminya akan menutup suis pam oksigen kolam tersebut sebelum mencuci, tetapi mungkin kali ini dia terlupa setelah melihat semua ikan sudah mati dan kemungkinan terdapat wayar rosak.

Katanya, kolam itu dibina sendiri oleh mangsa sejak enam tahun lalu dan dia gemar mencari ikan sungai untuk diletakkan dalam kolam berkenaan untuk dijadikan lauk.

Sementara itu,  Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Supritendan Abdul Hamid Che Ahmad mengesahkan kes itu dan mengklasifikasikan kejadian sebagai mati mengejut.

“Tiada kecederaan didapati pada badannya dan mayat mangsa dihantar ke HRPZ II untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarganya,” katanya.

Mangsa dikebumikan malam tadi di Tanah Perkuburan Kampung Pantai Melawi.

Sesat cari buluh


WARTAWAN SINAR HARIAN
3 Ogos 2014


SEMENYIH - Tiga sekawan tersesat dalam hutan ketika sedang mencari buluh untuk membuat lemang di Kampung Rinching Hilir, di sini, berjaya ditemui dalam keadaan selamat, semalam.

Ketua Operasi Mencari dan Menyelamat Balai Bomba dan penyelamat (BBP) Semenyih, Pegawai Bomba Kanan II, Safian Zainudin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada pihak polis yang meminta bantuan daripada pihaknya kira-kira jam 1.15
pagi semalam. Menurutnya, difahamkan kesemua mangsa yang berumur 21 hingga 40-an itu masuk ke dalam pada petang kelmarin.

“Seramai enam anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan mengenai kes terbabit. Anggota polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia turut membantu dalam operasi ini,” katanya.

Sufian berkata,  pasukan mencari dan menyelamat mencari kesemua mangsa di dalam hutan yang berkeluasan dianggarkan kira-kira 2 kilometer.

Menurutnya, dua daripada mereka berjaya keluar daripada hutan itu pada jam 6.30 pagi semalam.

“Mangsa yang terakhir pula berjaya keluar daripada hutan tersebut kira-kira jam 3 petang (semalam),” katanya.

Katanya, kesemua mangsa ditemui dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Dirompak selepas kemalangan


  • Hafiz menerima rawatan selepas terlibat dalam kemalangan.Hafiz menerima rawatan selepas terlibat dalam kemalangan.

SERDANG - Dirompak mat rempit selepas terbabit dalam kemalangan. Itu yang dialami bekas ahli kumpulan X-Factor,  James Vernon Budge atau nama Islamnya Hafiz di Lebuhraya Utara Selatan (Plus) di sini, kira-kira jam 3 pagi, semalam.

Menceritakan kejadian itu, rakan Hafiz yang dikenali sebagai Siew Mei berkata, Hafiz dalam perjalanan dari Pahang selepas menemui isterinya yang baru keguguran anak pertama.

"Hafiz tidak menyedari bagaimana kenderaan yang dinaikinya terbabas kerana ia berlaku begitu pantas.

“Dalam pada dia menanggung kesakitan akibat kemalangan, dia dirompak pula,” katanya.
Menurutnya, mujur orang awam yang menyedari kemalangan tersebut bertindak membantu Hafiz.

“Keadaan Hafiz kini stabil. Dia mengalami kecederaan di bahagian mata akibat terkena serpihan kaca dan kecederaan di dada. Akibat kecederaan itu, dia sudah menjalani pembedahan dan dijangka keluar hospital beberapa hari lagi,” katanya.

Hafiz yang memeluk Islam pada 2000 mengalami kerugian RM2,500.

Maut motor terbabas


Melaka: Seorang pekerja hotel di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, maut apabila motosikal ditungganginya terbabas dan melanggar tiang elektrik di Jalan Krubong Perdana, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa, Muhammad Addwah Alifi, 20, yang menunggang motosikal Suzuki Panther dikatakan keluar dari rumahnya di Taman Inang Sari Beringin, Durian Tunggal, untuk bertemu rakan sebelum terbabit kemalangan dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di dada.


Mayat mangsa dibawa ke ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarganya untuk dikebumikan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Superintendan Razali Abu Bakar berkata, mangsa dipercayai datang dari arah persimpangan Tanah Merah ke Kampung Belimbing Dalam, di sini.


“Sebaik tiba di Jalan Krubong Perdana, pemuda itu dipercayai hilang kawalan dan terbabas melanggar tiang elektrik di bahu kiri jalan. Mangsa parah di dada dan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum mayatnya dibawa ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/03

‘Mak, abah tidur dalam air’


Bachok: “Mak, abah tidur dalam air,” demikian kata Wan Intisa Hananina, 5, kepada ibunya, Ruzila Che Ajid, 35, selepas melihat sekujur tubuh bapanya terbaring di dalam kolam ikan hiasan selepas terkena renjatan elektrik daripada mesin oksigen dalam kejadian di depan kedai makannya di Taman Mahkota di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1.30 petang itu, mangsa, Wan Mohd Hadi Wan Mahmud, 40, ditemui oleh anak keempatnya itu selepas terdengar bunyi kocakan air yang kuat di dalam kolam berkenaan.


Mayat peniaga kedai makan itu dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarganya untuk dikebumikan.

Ruzila berkata, sebelum kejadian dia sedang mencucuk satay di dalam rumah di belakang kedai makan mereka sementara suaminya baru pulang selepas membeli roti di kedai berhampiran.


Katanya, sebaik tiba, suaminya memberitahu ingin membersihkan kolam ikan yang terletak di depan kedai makan kami selepas melihat seekor ikan mati.


“Tidak sampai lima minit dia membersihkan kolam, Wan Intisa memberitahu ternampak bapanya terbaring di dalam kolam seperti sedang tidur,” katanya.

“Saya bergegas melihat dan terkejut melihat suami tidak sedarkan diri di dalam kolam itu dan melihat semua ikan di dalam kolam mati.


“Saya cuba masuk ke dalam kolam itu namun sebaik kaki dimasukkan air saya terasa seperti terkena renjatan elektrik,” katanya ketika ditemui di HRPZ II di sini, semalam.

Menurut Ruzila, dia kemudian menutup suis mesin oksigen sebelum masuk ke dalam kolam dan mengeluarkan suaminya.


“Ketika itu sudami sudah tidak bernyawa dan badannya panas.


“Anggota polis tiba tidak lama kemudian sebelum dia dibawa ke hospital untuk dibedah siasat,” katanya.


Menurutnya, suaminya sering membasuh kolam ikan itu tiga hari sekali kerana dia suka memelihara ikan.


“Sebelum ini suami akan menutup suis mesin oksigen di kolam ikan, namun entah kenapa hari ini dia terlupa berbuat demikian.


“Mungkin sudah ajalnya dan kami sekeluarga reda dengan pemergiannya,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok Deputi Superintendan Abdul Hamid Che Ahmad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.


“Pemeriksaan terhadap mangsa, didapati tiada sebarang unsur jenayah,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/03

Tauke inap desa disamun RM30,000


Jertih: Tiga penjenayah termasuk dua wanita berpura-pura mahu menyewa inap desa milik seorang warga emas sebelum menyamun mangsa dengan melarikan pelbagai barang kemas bernilai RM30,000 dalam kejadian di Kampung Gelam Mas, Kampung Raja, di sini, kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut Deputi Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, kejadian dipercayai berlaku pada jam 5.40 petang ketika wanita berusia 61 tahun berada di rumahnya sebelum menerima satu panggilan daripada seorang wanita yang kononnya mahu menyewa inap desa miliknya.


Katanya, mangsa kemudian didatangi tiga suspek termasuk dua wanita dan tanpa mengesyaki niat jahat mereka, mangsa membawa dua suspek melawat bilik yang ada.

“Ketika itu, seorang lagi suspek wanita menunggu di luar dan sebaik berada di dalam rumah, suspek lelaki mula menunjukkan belangnya apabila tiba-tiba mengeluarkan sebilah golok lalu meletakkan di tengkuk mangsa.


“Suspek kemudian mengarahkan mangsa diam dan menyerahkan barangan berharga yang ada sambil mengugut akan menyembelih warga emas itu sekiranya berbuat bising.


“Bimbang keselamatannya, mangsa terpaksa akur dengan arahan suspek dengan menyerahkan pelbagai barangan kemas yang dipakainya,” katanya.

Menurut Noorzainy, tiga suspek itu melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta Proton Persona menghala ke Kampung Keluang, di sini.


Katanya, kejadian itu menyebabkan mangsa kerugian hampir RM30,000 apabila dua gelang emas permata dan berlian, sebentuk cincin berlian, sebentuk cincin emas dan sepasang subang emas dilarikan suspek.



“Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan berkumpulan menggunakan senjata,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/03

Tetak mati abang


Kota Belud: Akibat mabuk, seorang adik tergamak menetak abangnya dengan parang sehingga maut dalam kejadian di Kampung Tiong Kamburoan, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 9 malam itu, mangsa, Lojimin Makking, 35, maut selepas mengalami pendarahan teruk akibat cedera di beberapa anggota badan termasuk tangan kanan yang hampir putus.

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa bersama suspek yang berusia 29 tahun bersama-sama minum minuman keras sehingga mabuk, sebelum pulang ke rumah mereka.
Sumber berkata, sebaik tiba di rumah, suspek ke dapur untuk minum, disusuli mangsa dari arah belakang.

Bagaimanapun, katanya, mangsa tiba-tiba memarahi suspek termasuk menendang pintu dan kerusi, selain cuba memukul suspek tanpa diketahui puncanya.

“Suspek yang mengelak daripada terkena pukulan sebelum ternampak parang dan mengambilnya.
Foto
RUMAH yang menjadi lokasi pergaduhan dan pembunuhan di Kampung Tiong Kamburoan.
“Suspek menetak mangsa di bahagian belakang badan dan tangan kanan sebelum mangsa meninggal dunia akibat pendarahan teruk dan tangan kanannya hampir putus,” katanya.

Menurutnya, ketika kejadian hanya dua beradik itu berada di dalam rumah. Katanya, suspek yang panik berlari keluar dari rumah bagi mendapatkan bantuan jiran sebelum ahli keluarganya pulang ke rumah.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Belud Asisten Superintendan Hassan Majid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan daripada ahli keluarga mangsa pada jam 4 pagi semalam, iaitu selepas hampir tujuh jam insiden berlaku.

Katanya, ahli keluarga mangsa dipercayai panik sehingga lewat membuat laporan polis.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, polis menemui mayat seorang lelaki di ruang tamu rumah itu selepas dialihkan dari dapur oleh ahli keluarga yang lain.

“Polis turut menahan suspek yang juga adik lelaki kepada mangsa di rumah itu. Mayat mangsa di dibawa ke Hospital Kota Marudu untuk dibedah siasat,” katanya.

Hassan berkata, suspek akan direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/03

Diperdaya beli tanah


Alor Gajah: Tiga beradik kerugian RM340,000 selepas ditipu seorang broker tanah wanita dalam urusan jual beli tanah di sekitar Lendu, di sini, sejak September tahun lalu sehingga Februari lalu.
Salah seorang mangsa, Asisten Superintendan Jamaluddin Abu Hassan, 49, yang bertugas di Balai Polis Pudu, Kuala Lumpur membuat laporan polis di Balai Polis Alor Gajah, semalam, selepas wanita itu memberikan cek tendang berjumlah RM350,000 kononnya untuk memulangkan semula wang yang sudah dibayar kepadanya selepas tanah yang dijual sebenarnya dijual kepada orang lain. 
Menurutnya, wanita yang berusia 34 tahun itu pada mulanya menawarkan untuk menjual 1.21 hektar (tiga ekar) daripada 2.42 hektar tanah (enam ekar) yang ditanam dengan pokok getah milik ibu saudaranya kerana terdesak memerlukan wang pada harga RM80,000 sehektar. 

Bagaimanapun, katanya, dia mahu membeli keseluruhan 2.42 hektar tanah itu untuk dirinya dan dua adiknya iaitu Mohd Norizam, 44, dan Siti Norazmah, 31.
Foto
MOHD Norizam menunjukkan salinan laporan polis serta cek tendang dan resit pembayaran jual beli tanah selepas diperdaya wanita dakwa broker tanah.

“Sebagai permulaan, urusan pembelian tiga ekar tanah (1.21 hektar) untuk saya, wanita terbabit meminta saya mendepositkan wang berjumlah RM240,000 ke dalam satu akaun bank atas nama Noorazlina Ismail dan bayaran itu saya jelaskan pada 30 September tahun lalu,” katanya yang ditemui di Balai Polis Alor Gajah, semalam.


Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/03