Search This Blog

Saturday, August 2, 2014

Letupan gas ragut 24 nyawa


Kejadian itu menyebabkan konkrit dan kereta melambung ke udara serta memusnahkan tebing jalan.

Letupan awal pagi semalam itu berlaku di kawasan yang padat penduduk, tempat beberapa kilang petrokimia mengendalikan saliran paip bersebelahan dengan sistem kumbahan di Kaohsiung, bandar pelabuhan di barat daya negara itu.
Antara mangsa ialah anggota bomba yang tiba untuk menyiasat kebocoran gas beberapa jam sebelum letupan yang turut memusnahkan lima kereta bomba.

Daripada 24 yang terbunuh, empat ialah anggota bomba, kata Agensi Kebakaran Kebangsaan.

“Tengah malam semalam, rumah mula bergegar. Saya menyangka ia gempa bumi. Tetapi, apabila membuka pintu, saya melihat kepulan asap dan terbau gas,” kata Chen Qing-tao, 38, yang tinggal tidak jauh dari kawasan utama letupan.
Foto
TEBING jalan raya pecah akibat letupan gas di Kaohsiung, semalam.
Kebakaran dipercayai berpunca daripada kebocoran gas propana, bahan petrokimia yang bukan untuk kegunaan awam.

Bagaimanapun, punca dan sumber kebocoran masih tidak diketahui, kata pegawai.
Saluran gas yang meletup itu milik syarikat kerajaan, CPC Corp. Syarikat berkenaan, dalam kenyataannya berkata, ia tidak menunjukkan sebarang masalah sebelum letupan. Rakaman yang disiarkan stesen televisyen TVBS menunjukkan penduduk mencari mangsa di depan deretan kedai sementara anggota penyelamat menarik keluar mangsa dari runtuhan.

Perdana Menteri Jiang Yi-huah berkata, lima letupan menggegarkan bandar raya itu.

Kebanyakan yang cedera terdiri daripada mereka yang berada di kawasan berhampiran, selepas terkena serpihan atau dihempap kereta yang melambung akibat letupan itu. - AP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/02

Pak belang baham tangan


Saksi berkata, kanak-kanak berusia 11 tahun itu meraung: “Saya akan mati, tangan saya putus” selepas dia dibaham ketika dikatakan cuba menghulurkan daging menerusi kandang itu.

Sementara itu, adik mangsa berusia tiga tahun dipercayai menyaksikan kejadian di zoo di Cascavel itu.
Rakaman video yang dimuat naik melalui laman Liveleak menunjukkan mangsa dipapah melintasi sekatan keselamatan. Bapanya dikatakan membenarkannya memasuki kawasan larangan itu walaupun terdapat tanda amaran.

Guru muzik, Ricardo Espindola yang turut berada di tempat kejadian berusaha membantu bapa mangsa sementara menunggu ambulans tiba.

“Dia memberi makanan kepada harimau itu dan bergurau dengan binatang itu sambil mengusap haiwan itu dengan tangannya,” kata Espindola.
Foto
PARAMEDIK merawat mangsa di tempat kejadian sebelum dia dikejarkan ke hospital.
Menurutnya, selepas melihat harimau itu, Espindola beredar dan kemudian terdengar kanak-kanak itu meraung. “Saya berlari semula ke situ dan melihat bapa mangsa mendukungnya dengan tangan kanak-kanak itu terkulai. Saya segera menelefon ambulans.

“Kanak-kanak berkenaan dalam keadaan terkejut dan merapu dengan meraung yang dia akan mati selepas dibaham,” kata Espindola, semalam.
Mangsa dirawat oleh paramedik di tempat kejadian sebelum dibawa ke hospital dan doktor dipercayai terpaksa memotong tangan mangsa. Menurut seorang pekerja, harimau yang diberi nama Hu itu adalah antara haiwan yang paling ‘comel’ di zoo itu. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/02

Sembunyi 81,000 kes jenayah


2014/08/02 - 07:58:18
Tokyo: Polis Osaka mengaku tidak melaporkanlebih 81,000 kesalahan jenayah selama beberapa tahun dalam usaha terdesak membersihkan imej menyedihkan wilayah itu kerana jenayah jalanan.

Pendedahan dibuat awal minggu ini apabila pihak berkuasa yang malu berkata mereka merahsiakan data itu daripada statistik jenayah kebangsaan antara 2008 dan 2012.


Penipuan itu, yang merangkumi hampir 10 peratus daripada semua jenayah di kawasan itu ketika tempoh berkenaan, bermakna Tokyo mencatatkan perangkaan jenayah terburuk.

Majoriti jenayah yang disembunyikan adalah kecurian, termasuk puluhan ribu kes kecurian kenderaan dan basikal, tetapi beratus lagi kesalahan lebih serius seperti menyerang dan merompak di tempat awam malah kes bunuh juga mungkin dirahsiakan daripada data jenayah rasmi, lapor akhbar Asahi.

Pegawai atasan menafikan mereka mengarahkan data itu disembunyikan, dan hampir 100 pegawai dikenakan tindakan tatatertib berhubung penipuan itu, kata mereka.

Namun pegawai bawahan memberitahu media utama pihak berkuasa berdepan tekanan hebat daripada ahli politik popular kawasan berkenaan untuk mengubah imej bandar raya itu sebagai sarang jenayah.

Di peringkat antarabangsa, Jepun antara yang mencatatkan kadar jenayah paling rendah di dunia. Namun di kalangan rakyatnya, Osaka dilihat lebih bahaya daripada pusat bandar utama lain.

Jumpa 5 anak selepas lima tahun kena penjara

Jumpa 5 anak selepas lima tahun kena penjaraBanduan wanita ditemuramah oleh pemberita di Penjara

Pengkalan Chepa. Kota Bharu: Sambutan Aidilfitri kali ini memberi seribu erti bagi ibu tunggal kepada lima cahaya mata apabila buat julung kalinya berpeluang menemui ahli keluarga, selepas lima tahun meringkuk dalam penjara akibat kesalahan dadah.

Banduan yang dikenali sebagai Tina, 55, dijatuhkan hukuman gantung akibat kesalahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, dan ditempatkan di Penjara Kajang, sebelum ini tidak berpeluang langsung menemui ahli keluarga sejak tahun 2009.

Bagaimanapun, hukuman gantung itu diringankan kepada penjara 16 tahun itu menyebabkan Tina berpeluang menemui ahli keluarga, terutama anakanaknya buat pertama kali. Lebih bermakna, detik pertemuan itu pada hari penuh bermakna iaitu Aidilfitri.

“Sejak meringkuk di Penjara Kajang, saya tidak pernah bermimpi untuk berjumpa anakanak kerana akur dengan keputusan mahkamah. Namun berkat doa siang malam untuk berjumpa mereka akhirnya dimakbulkan.

“Penantian saya selama lima tahun akhirnya terbalas. Jika sebelum ini, saya hanya meraikan Aidilfitri di sebalik tirai besi, namun kali ini selepas dipindahkan di Penjara Pengkalan Chepa awal tahun, saya akhirnya berpeluang menemui ahli keluarga.

Dipenjara hina keluarga diraja


2014/08/02
Bangkok: Seorang pemuzik Thailand dipenjarakan 15 tahun kerana menghina keluarga diraja, kata pegawai mahkamah semalam, dalam sabitan terbaharu menurut undang-undang kontroversi Lelaki berusia 28 tahun itu didapati bersalah menyiarkan mesej menghina monarki di laman Facebook antara 2010 dan 2011, kata pegawai mahkamah di wilayah Ubon Ratchathani, tanpa memberikan butiran lanjut.

Raja Bhumibol Adulyadej, 86, dimuliakan ramai rakyat Thai dan dilindungi undangundang diraja yang tegas.


Menurut undang-undang itu sesiapa yang disabitkan bersalah menghina raja, ratu, pemangku raja atau waris berdepan hukuman penjara sehingga 15 tahun bagi setiap tuduhan.

Mahkamah menjatuhkan hukuman ke atas pemuzik itu selama tiga tahun bagi enam tuduhan dan empat bulan bagi setiap 12 tuduhan melanggar akta jenayah komputer. Namun selepas mengaku salah kepada semua tuduhan, hukumannya dikurang kepada 15 tahun penjara.

“Suspek berulang kali mengaku salah dan dalam kes ini hakim menjatuhkan hukuman minimum bagi kedua-dua tuduhan,” kata pegawai mahkamah.

Cake terima aduan lebih 20 kes gores dan menang

Yusoff Ismail
Yusoff Ismail
ALOR SETAR - Persatuan Pengguna Kedah (Cake) menerima lebih 20 aduan berhubung kes penipuan peraduan gores dan menang daripada pelbagai pihak termasuk kalangan golongan profesional sehingga Julai tahun ini.

Presidennya, Datuk Yusoff Ismail berkata, walaupun kerap kali meminta orang ramai supaya berhati-hati daripada terjebak ke dalam sindiket penipuan seperti itu namun masih ramai yang terpengaruh.

Menurutnya, aduan yang diterima termasuk daripada kalangan guru, bekas pensyarah, jururawat, kontraktor termasuk anggota pasukan keselamatan.

“Bagi mengelak diri dari menjadi mangsa, kita jangan layan sebarang pelawaan mana-mana agen jualan langsung yang cuba menarik tumpuan dengan memberi hadiah percuma ketika masuk ke dalam kompleks membeli-belah.

“Selalunya apabila dilayan ia akan membuka jalan untuk mereka memerangkap mangsa,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, kebanyakan kes dapat diselesaikan namun mereka perlu campur tangan termasuk menghantar notis kepada syarikat terbabit serta berulang kali melakukan susulan supaya memulangkan semula wang mangsa.

Terdahulu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kedah menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya atau memberi layanan kepada ejen-ejen gores dan menang yang menawarkan penjualan barangan mereka dengan berpeluang memenangi hadiah istimewa.

Saranan itu dibuat susulan daripada kelicikan sindiket penipuan gores dan menang yang menggunakan taktik terbaru cuba memperdaya orang ramai terutamanya golongan warga emas dan pesara dengan menawarkan hadiah berupa pakej mengerjakan umrah, pelancongan selain barangan seperti kereta serta motosikal.

Difahamkan bagi mengelak kegiatan dikesan, sindiket itu kerap menukar nama syarikat dan lokasi premis.

Yusoff berkata, pengguna juga diminta lebih berwaspada tanpa mengambil mudah menyerahkan kad kredit atau debit kepada agen jualan ketika diminta berbuat demikian kerana membuka peluang kepada mereka melakukan transaksi pengeluaran keseluruhan wang yang ada dalam kad secara dalam talian.

“Kita juga menggesa supaya Bank Negara Malaysia (BNM) memantau penggunaan mesin elektronik perbankan mudah alih supaya tidak boleh digunakan secara berleluasa sebaliknya hanya tempat-tempat tertentu sahaja yang dibenarkan seperti di pasaraya serta stesen minyak.

“Penggunaan secara meluas tanpa kawalan termasuk boleh digunakan di pasar malam boleh menyebabkan lebih ramai pengguna cenderung untuk ditipu walaupun tidak membawa wang tunai sewaktu membeli belah,” katanya.

Terpedaya helah ejen jualan

Gambar sekadar hiasan.
Gambar sekadar hiasan.
ALOR SETAR - Gara-gara terpedaya dengan helah ejen jualan langsung sebuah syarikat elektrik yang menawarkan bayaran ansuran serendah RM50 sebulan, sepasang suami isteri terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM2,000 dalam sekelip mata.

Nur Akma, 27, kakitangan awam (bukan nama sebenar) berkata, kejadian itu berlaku beberapa bulan lalu sewaktu bersama suami pergi ke sebuah kompleks membeli-belah untuk membeli barangan keperluan rumah.

Menurutnya, sewaktu melangkah masuk ke dalam kompleks berkenaan secara tiba-tiba mereka disekat beberapa ejen jualan langsung yang meminta supaya singgah sebentar melihat barangan yang dijual.

“Dalam hati saya ketika itu memang tidak terlintas langsung untuk membeli barangan yang dijual kerana hanya membawa cukup wang membeli barangan rumah.

“Namun sewaktu duduk dan mendengar penerangan mereka, salah seorang penjual itu memberi beberapa pilihan barangan elektrik dengan tawaran bayaran ansuran serendah RM50 sebulan walaupun harga sebenar barang sekitar RM2,000,” katanya.

Disebabkan tertarik dengan tawaran berkenaan, beliau mula meneliti barangan yang disenaraikan dan membuat keputusan untuk membeli salah satu daripadanya.

“Mulanya saya bagi alasan tidak bawa duit tunai tetapi mereka pandai pujuk dengan mencari cara lain untuk memastikan saya membelinya. Mereka minta kad kredit atau debit, tanpa sedar seperti terpukau saya segera ambil dari beg kemudian segera serahkan kepada mereka.

“Sewaktu meletakkan kad itu pada mesin elektronik perbankan mudah alih mereka menyatakan hanya memotong bayaran RM50 sebagai bayaran muka dan barangan berkenaan boleh terus dibawa pulang ke rumah,” katanya.

Bagaimanapun, beliau terkejut apabila menerima bil transaksi dari bank berjumlah RM2,000 iaitu harga keseluruhan barangan bukan RM50 ansuran bulanan seperti dijanjikan.

“Saya rasa amat tertipu dan segera melaporkan perkara itu kepada Persatuan Pengguna Kedah (Cake) bagi menuntut semula wang berkenaan serta mahu orang lain mengambil iktibar kisah yang terjadi kepada kami.

“Syukurlah hasil campur tangan Cake termasuk mengeluarkan notis kepada syarikat terbabit kami mendapat semula wang itu walaupun terpaksa dikenakan sedikit caj serta memulangkan semula barangan yang dibeli,” katanya.

Sanggup sembunyi dalam semak


  • Anggota polis mengeluarkan saman terhadap pelajar terlibatAnggota polis mengeluarkan saman terhadap pelajar terlibat

KULIM - Polis menahan seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun di lampu isyarat Jalan Kilang lama kira-kira jam 4 pagi semalam kerana menunggang secara merbahaya.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Abdullah Arshad berkata, suspek cuba melarikan diri sebaik ternampak kehadiran polis bagaimanapun terbabas di tepi jalan.

Bimbang ditahan polis, suspek mencampakkan motosikalnya di tepi jalan sebelum melarikan diri ke dalam semak berhampiran.

"Polis kemudiannya meminta suspek keluar dari persembunyiannya dan meminta dia bekerjasama sebelum dibawa balik ke balai polis, pemeriksaan dijalankan mendapati suspek tidak mempunyai lesen memandu manakala cukai jalan motosikalnya juga sudah tamat tempoh.

“Dari keterangan dibuat pelajar itu, motosikal jenis Honda Wave ditunggangnya milik bapanya yang berada di Sabah. Kita menghubungi ibunya dan meminta datang ke balai untuk membuat tuntutan motosikal berkenaan," katanya.

Abdullah berkata, polis mengingatkan ibu bapa supaya tidak membenarkan anak mereka di bawah umur menunggang motosikal.

"Ini adalah kerana 90 peratus dari kemalangan maut sepanjang bulan Julai melibatkan pelajar sekolah berusia antara 14 hingga 16 tahun,” katanya.

Menurutnya syarikat insurans tidak akan membayar sebarang pampasan sekiranya penunggang motosikal di bawah umur dan cukai jalan serta perlindungan insurans tamat tempoh terlibat dalam kemalangan.

"Ini bukan sahaja membahayakan diri mereka malah pengguna jalan raya lain.

"Menunggang secara merbahaya atau terlibat dalam perlumbaan haram merupakan satu kesalahan serius di mana  suspek terlibat boleh dikenakan hukuman denda atau penjara atau kedua-duanya sekali," katanya.

Sanggup sembunyi dalam semak


  • Anggota polis mengeluarkan saman terhadap pelajar terlibatAnggota polis mengeluarkan saman terhadap pelajar terlibat

KULIM - Polis menahan seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun di lampu isyarat Jalan Kilang lama kira-kira jam 4 pagi semalam kerana menunggang secara merbahaya.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Abdullah Arshad berkata, suspek cuba melarikan diri sebaik ternampak kehadiran polis bagaimanapun terbabas di tepi jalan.

Bimbang ditahan polis, suspek mencampakkan motosikalnya di tepi jalan sebelum melarikan diri ke dalam semak berhampiran.

"Polis kemudiannya meminta suspek keluar dari persembunyiannya dan meminta dia bekerjasama sebelum dibawa balik ke balai polis, pemeriksaan dijalankan mendapati suspek tidak mempunyai lesen memandu manakala cukai jalan motosikalnya juga sudah tamat tempoh.

“Dari keterangan dibuat pelajar itu, motosikal jenis Honda Wave ditunggangnya milik bapanya yang berada di Sabah. Kita menghubungi ibunya dan meminta datang ke balai untuk membuat tuntutan motosikal berkenaan," katanya.

Abdullah berkata, polis mengingatkan ibu bapa supaya tidak membenarkan anak mereka di bawah umur menunggang motosikal.

"Ini adalah kerana 90 peratus dari kemalangan maut sepanjang bulan Julai melibatkan pelajar sekolah berusia antara 14 hingga 16 tahun,” katanya.

Menurutnya syarikat insurans tidak akan membayar sebarang pampasan sekiranya penunggang motosikal di bawah umur dan cukai jalan serta perlindungan insurans tamat tempoh terlibat dalam kemalangan.

"Ini bukan sahaja membahayakan diri mereka malah pengguna jalan raya lain.

"Menunggang secara merbahaya atau terlibat dalam perlumbaan haram merupakan satu kesalahan serius di mana  suspek terlibat boleh dikenakan hukuman denda atau penjara atau kedua-duanya sekali," katanya.

Denggi ragut tujuh nyawa di Kelantan

nyamuk aedes denggi
KOTA BHARU - Kes demam denggi di Kelantan semakin membimbangkan setelah tujuh kematian dicatatkan dalam tempoh Januari hingga Julai lalu berbanding 2013 yang tidak merekodkan kes kematian.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata, dalam tempoh tujuh bulan itu, 5,367 kes dicatatkan berbanding 756 kes dalam tempoh yang sama pada 2013.

"Ini menunjukkan peningkatan yang agak tinggi iaitu sebanyak 575 peratus berbanding 2013," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata jajahan Kota Bharu merupakan penyumbang tertinggi kepada kes demam denggi iaitu 79 peratus diikuti Tumpat (10.2 peratus), Bachok (3.6 peratus) dan Tanah Merah (1.7 peratus).

Ahmad Razin berkata 295 lokaliti kes dicatatkan dan daripada jumlah tersebut 39 lokaliti telah dikesan sebagai bintik panas.

"Sebagai contoh, Taman Peradang di sini merupakan sebuah lokaliti kes melibatkan 1,484 penduduk.

"Daripada jumlah penduduk itu, sebanyak 128 orang atau 8.6 peratus telah disahkan menghidap demam denggi dalam tempoh Januari hingga Julai," katanya.   

Beliau meminta agar  masyarakat mengambil berat isu kesihatan dengan sentiasa memastikan kawasan sekeliling rumah dibersihkan secara berkala.   

"Masyarakat perlu memastikan bahawa aktiviti cari dan musnah tempat pembiakan nyamuk aedes dilakukan setiap hari termasuklah melakukan kerja-kerja pembersihan sehingga 200 meter daripada kediaman masing-masing,"  katanya. - Bernama

Makmal proses dadah terbakar


Alat dan serbuk putih yang sedang dimasak dan ditinggalkan suspek.
Alat dan serbuk putih yang sedang dimasak dan ditinggalkan suspek.
KUALA LUMPUR – Sebuah kondominium dipercayai dijadikan makmal memproses dadah di Taman Sungai Besi, Cheras, di sini, terbakar jam 12 tengah hari, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Wan Abdullah Ishak, pemeriksaan di dalam kediaman itu menemui pelbagai peralatan memproses dadah dan serbuk putih disyaki syabu.

Beliau berkata, tiada tangkapan dibuat, namun dipercayai suspek lelaki tempatan terdiri daripada tiga hingga lima orang termasuk penyewa rumah berkenaan.

Katanya, pihaknya  menemui kesan cap jari dan pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan itu juga dijalankan bagi bantu siasatan.

Sementara itu, Penolong Kanan Penguasa Bomba Kuala Lumpur, M Letchumanan berkata, ketika tiba di lokasi kejadian, rumah berkenaan kosong dan berkunci menyebabkan pihak pengurusan diminta  membuka pintu kerana bimbang api akan merebak dan berlaku letupan.

“Namun amat mengejutkan apabila mendapati asap itu berpunca daripada kebakaran campuran bahan kimia dipercayai dadah,”katanya.

Mayat dikerat dua ditemui


  • Anggota polis mengangkat mayat lelaki itu untuk dibawa ke hospital bagi bedah siasat.Anggota polis mengangkat mayat lelaki itu untuk dibawa ke hospital bagi bedah siasat.

KULAIJAYA - Mayat seorang lelaki dipercayai dikerat dua sebelum dibungkus secara berasingan dalam dua beg plastik hitam, ditemui dalam parit berhampiran Kilometer 24.3 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, di sini, semalam.

Mayat itu dijumpai pekerja Projek Penyelenggaraan Lebuhraya Bhd (Propel) kira-kira jam 11.20 pagi, dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum dicampak ke parit berkenaan.

Difahamkan, tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui bersama mangsa yang dipercayai berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun, selain terdapat kesan tikaman di bahagian belakang badan serta leher.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintenden Ruslan Khalid mengesahkan kejadian dan berkata, polis akan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti identiti mayat yang dipercayai dibunuh antara satu hingga dua hari lalu.

Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan saksi kejadian diminta tampil untuk menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan.

Mayat difahamkan dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat.

Hina Islam perlu didakwa walau sudah mohon maaf


  • Dipetik melalui laman sosial Facebook Khairy Jamaluddin Abu Bakar Dipetik melalui laman sosial Facebook Khairy Jamaluddin Abu Bakar

SHAH ALAM – Mana-mana pihak yang menghina agama Islam perlu didakwa meskipun sudah meminta maaf.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pihak-pihak tersebut perlu diberi pengajaran tanpa mengira kaum.

“Kiki minta maaf tapi kena dakwa (seperti yang sepatutnya). Yang ini pun kena dakwa. Beri pengajaran sedikit.

“Bertindak tegas dan cepat pada siapa sahaja tak kira kaum,” katanya yang dipetik melalui laman sosial Facebooknya, semalam.

Beliau memuat naik paparan skrin status Facebook seorang pengguna Facebook yang melahirkan rasa tidak puas hari terhadap laungan azan Subuh.

Terdapat juga paparan skrin pengguna tersebut meminta maaf dan memberitahu telah memadam status berkenaan.

Sementara itu, Pertubuhan SukaGuam Malaysia (SukaGuam) menggesa pihak berkuasa memburu dan mendakwa individu tersebut yang mempersendakan agama Islam meskipun telah memohon maaf.

“Sebagaimana yang berlaku dalam kes wanita Melayu bernama Kiki baru-baru ini, dalam tempoh lebih kurang seminggu, pihak berkuasa dapat mengesan beliau seterusnya dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhi hukuman.

“Sehubungan itu, SukaGuam menggesa pihak berkuasa, SKMM dan pihak berwajib menggunakan semua saluran yg ada untuk mengesan individu bernama Kelvin Yip itu dan menghadapkannya ke muka pengadilan secepat mungkin,” kata Pengerusinya, Datuk Khairul Anwar Rahmat dalam satu kenyataan.

Menurutnya, sekiranya pihak berkuasa lewat bertindak, rakyat bakal membuat kesimpulan wujudnya pendakwaan terpilih di negara ini.

“Jangan kerana beliau bukan berbangsa Melayu, pihak berkuasa teragak-agak mengambil tindakan kerana bimbang dikritik.

“Adakah mendakwa orang Melayu seperti Kiki sahaja dianggap cekap? Manakala orang bukan Melayu yang melakukan kesalahan dibiarkan kerana bimbang dikritik?,” katanya.

Pihaknya turut menyuarakan kebimbangan trend penggunaan laman sosial yang semakin berani memainkan isu sensitif.

Warga asing ditemui maut, dipercayai dibunuh


2 Ogos 2014


NIBONG TEBAL - Seorang warga asing ditemui mati dalam keadaan tertiarap di tepi jalan berhampiran pencawang elektrik di Tasek Chempedak, Simpang Ampat di sini pagi tadi.

Mangsa dipercayai dibunuh berikutan terdapat kesan cedera pada badan, perut, betis dan pipi mangsa akibat senjata tajam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Deputi Superintendan Shariffudin Abdullah berkata mangsa yang berpakaian seluar pendek dan baju T didapati terikat kedua-dua tangannya.

Tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui bersama mangsa. - Bernama

Leher diacu golok sebelum barang kemas dilarikan


2 Ogos 2014


BESUT - Seorang warga emas disamun barang kemas bernilai kira-kira RM30,000 di rumahnya di Kampung Gelam Mas, Kampung Raja di sini semalam.

Karimah Mohd Noor, 61, kehilangan dua utas gelang permata berlian, sebentuk cincin berlian dan emas serta sepasang subang emas kepada tiga orang penyamun.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, kejadian berlaku kira-kira 5.40 petang apabila mangsa didatangani tiga individu termasuk dua wanita yang berpura-pura mahu menyewa sebuah bilik.

"Dua daripada suspek kemudiannya dibawa melihat bilik yang mahu disewakan sementara seorang suspek menunggu di luar rumah.

"Ketika mangsa leka menunjukkan bilik tersebut, tiba-tiba seorang suspek mengeluarkan sebilah golok dan mengacu di tengkuknya dan mengarahkan mangsa menanggalkan barang kemas yang dipakainya," katanya kepada pemberita hari ini.

Noorzainy berkata, kesemua suspek kemudiannya melarikan diri dengan sebuah kereta.

Sementara itu dalam kes berasingan, seorang petani berumur 27 tahun cedera akibat dilibas dengan parang oleh seorang suspek di Kampung Padang Bual, Hulu Besut awal pagi tadi.

Ketika itu mangsa sedang bermain karom dengan rakan-rakannya di sebuah kedai runcit kira-kira pukul 1 pagi.

Noorzainy berkata, mangsa telah menegur suspek yang sebelum itu telah dilihat mengangggu beberapa penduduk kampung, tetapi suspek terus mengeluarkan parang dan melibas mangsa. - Bernama

Tidak simpan dendam walau hilang anak


  • Seorang ahli keluarga terdekat membawa jenazah Amir untuk dikebumikan di Subang Jaya, Selangor. Gambar kecil: Haslida.Seorang ahli keluarga terdekat membawa jenazah Amir untuk dikebumikan di Subang Jaya, Selangor. Gambar kecil: Haslida.

TAMPIN - "Mana mungkin saya salahkan adik," kata Haslida Yahya, 29, ibu kepada bayi yang maut tercampak apabila kereta dinaiki lima sekeluarga terbabas dan merempuh tiang papan tanda sebelum terbalik di Kilometer 42.8 Jalan Tampin - Gemas, dalam kejadian kira-kira 9.25 pagi Rabu lalu.

Haslida berkata demikian merujuk kepada adiknya, Zulikha Yahya, 26, yang memandu kenderaan menyebabkan seorang daripada anak Haslida, Muhammad Amir Zikri Abdullah, setahun tiga bulan, maut dalam nahas itu.

Seorang lagi anak Haslida, Norhakimi Fakihin Abdullah, 7, dikejarkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah akibat cedera parah bersama ibu mereka, Noraini Mohd Yusuf, 55, yang turut cedera. Manakala, mayat Muhammad Amir pula dibawa ke Hospital Tampin.

Ketika kejadian, Haslida berada di Scotland kerana menjalani latihan praktikal selama enam bulan.

Katanya, ketika dimaklumkan tentang kejadian meragut nyawa anaknya itu, dia dalam perjalanan menaiki bas dari Scotland menuju ke London bagi menyelesaikan tugasan praktikal bersama sebuah syarikat swasta agensi pelancongan di United Kingdom (UK).

Haslida berkata, selepas mendapat berita itu, fikirannya hanya untuk mendapatkan tiket pulang ke Malaysia melihat sendiri keadaan anaknya.

Sebaik tiba di KLIA kira-kira 10.30 malam, katanya, dia terus ke HTAN untuk berjumpa Zulikha dan ibunya terlebih dulu sebelum melihat sendiri keadaan Hakimi yang masih dirawat sekitar 1 pagi.

Katanya, sebaik berjumpa, Zulikha terus meminta maaf dan berasa sangat bersalah.

“Saya tenangkan dia. Saya katakan ini semua takdir dari Ilahi. Mana mungkin saya salahkan adik dan emak saya kerana mereka sudah bersusah payah menjaga anak-anak saya sejak saya menjalani latihan praktikal pada 15 April lalu.

“Malah, saya juga menunaikan permintaan adik untuk melihat jasad Amir sebelum dikebumikan di Subang Jaya dengan membawa jenazahnya ke HTAN," katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Tampin, dekat sini, semalam bagi menuntut jenazah Amir.

Katanya, selepas ini, dia akan menemani Hakimi yang masih dirawat di HTAN.

"Kali terakhir saya membuat panggilan video dengan anak-anak saya ialah sekitar empat hari sebelum hari raya.

“Saya akan berada di sini dan akan berhadapan dengan segala kemungkinan. Jika perlu habiskan baki praktikal di UK, saya ingin bawa anak-anak saya termasuk Nurfahrin Fakihin Abdullah, 6, kerana tidak mahu berpisah lagi," katanya.

Penyamun rentap beg berisi wang


  • Chandra Segaran menunjukkan lokasi dia dan seorang kakitangannya cuba disamun tiga lelaki bersenjatakan parang di Silibin kelmarin.Chandra Segaran menunjukkan lokasi dia dan seorang kakitangannya cuba disamun tiga lelaki bersenjatakan parang di Silibin kelmarin.

IPOH – Seorang pembantu pengurus sebuah restoran makanan segera berdepan detik mencemaskan apabila nyaris disamun tiga lelaki bersenjatakan parang ketika membawa wang hasil jualan harian berjumlah RM16,000 di Silibin, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa, P Chandra Segaran, 30, yang ditemani seorang kakitangannya sedang menghidupkan enjin motosikal untuk ke bank berhampiran dilanggar sebuah kereta jenis Honda Civic di hadapan restoran terbabit.

Menurutnya, dia terkejut apabila ternampak seorang lelaki yang memegang parang meluru ke arahnya sambil merentap beg berisi wang dipegangnya.

“Saya cemas apabila seorang daripada lelaki yang mukanya ditutup dengan kain hitam cuba merentap beg dipegang saya. Tanpa fikir panjang, saya terus melawan dan melarikan diri dengan masuk semula ke dalam restoran,” katanya di sini, semalam.

Chandra Segaran berkata, tindakannya masuk semula ke dalam restoran berjaya menggagalkan usaha penyamun terbabit merampas wang milik majikan yang dibawanya itu.

“Boleh dikatakan ada lebih 20 orang termasuk pekerja menyaksikan kejadian itu, menyebabkan kesemua penyamun itu lari dengan kereta.

“Tindakan penyamun terbabit agak agresif kerana melakukan jenayah pada waktu siang ketika restoran dipenuhi pelanggan,” katanya yang tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurutnya, ia merupakan kejadian keempat membabitkan pekerja di restoran itu dan dia tidak menolak kemungkinan gerak geri pekerja diperhatikan oleh suspek.

“Kali terakhir berlaku dua tahun lalu di mana rakan sekerja saya menerima lapan jahitan akibat ditetak dan kejadian sama berlaku pada saya dengan hampir ditetak pula oleh mereka (suspek)," katanya.

Chandra Segaran berkata, walaupun terdapat kamera litar tertutup (CCTV) di premis itu,dia berharap pihak berkuasa dapat meningkatkan kawalan supaya keselamatan orang awam lebih terjamin,” katanya yang masih trauma dengan kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut dengan mengesan suspek-suspek berkenaan berdasarkan nombor pendaftaran kenderaan terbabit.

Kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan iaitu cubaan merompak.

Lori terbalik cuba elak kereta


  • Sampah bertaburan atas jalan raya selepas lori yang dipandu mangsa terbalik.Sampah bertaburan atas jalan raya selepas lori yang dipandu mangsa terbalik.

GEORGETOWN - Gara-gara mahu mengelak daripada merempuh sebuah kereta yang tiba-tiba berhenti mengejut seorang pemandu lori sampah dan kelindanya nyaris maut apabila kenderaan yang dinaiki mereka terbalik dalam satu kejadian di Jalan Masjid Negeri di sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.40 pagi itu, lori dipandu mangsa berusia 37 hilang kawalan selepas cuba mengelak daripada merempuh kenderaan terbabit sebelum terbalik di tepi jalan.

Bagaimanapun, pemandu dan seorang kelindan lori berkenaan warga Indonesia tidak mengalami sebarang kecederaan.
Akibat kejadian itu sampah dalam lori berkenaan bertaburan atas jalan dan menghalang laluan berkenaan.

Namun tidak berlaku kesesakan trafik berikutan kenderaan yang semakin berkurangan pada awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalthrash Wahid ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenalpasti punca kejadian sebenar.

Sehubungan itu, beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian berkenaan agar dapat menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, di talian 04-2181887.

Katanya, kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Rumah hangus di pagi Syawal


  • Jabedah ditemani seorang cucunya melihat sisa-sisa barang yang hangus dalam kebakaranJabedah ditemani seorang cucunya melihat sisa-sisa barang yang hangus dalam kebakaran

ROMPIN – “Makcik sedih,” begitulah reaksi Jabedah Salleh, 72, apabila kediamannya yang terletak di Kampung Bahagia, dekat sini musnah sepenuhnya akibat kebakaran kira-kira jam 11 pagi pada 1 Syawal lalu.

Jabedah berkata, sebelum ini, dia tinggal bersama seorang anak perempuan, menantu dan tiga cucu namun selepas kejadian itu, dia sekeluarga menumpang di rumah seorang lagi anaknya di Perumahan Nelayan Sungai Puteri, di sini.

Menurutnya, dia amat sedih dan tidak menyangka rumah yang didiami lebih 40 tahun itu ditimpa musibah ketika umat Islam sedang berseronok menyambut Aidilfitri.

“Semua barang makcik musnah kerana api cepat merebak dan dalam keadaan kelam kabut kami sekeluarga termasuk tetamu yang datang beraya ketika itu hanya sempat menyelamatkan diri.

“Makcik terlalu sedih namun hanya mampu bersabar dan reda dengan dugaan yang menimpa kami lebih-lebih lagi pada hari raya pertama,” katanya.

Korban bot karam meningkat kepada 34 orang


Jakarta: Pasukan penyelamat Indonesia menemui lebih banyak mayat mangsa kejadian bot karam yang berlaku baru-baru ini menjadikan jumlah korban meningkat kepada 34 kematian semalam.

Kejadian yang berlaku di dua sungai berbeza itu menyaksikan bot yang membawa penumpang untuk pulang berhari raya di kampung halaman masing-masing karam selepas didakwa membawa muatan berlebihan.


Menurut pegawai agensi bencana tempatan, Mujiono, sebanyak 17 mayat lagi ditemui di Sungai Barombang, Sumatera Utara, kawasan bot yang membawa 48 penumpang karam awal kelmarin selepas dikatakan terlanggar tunggul.



Antara yang terkorban termasuk enam kanak-kanak berusia lingkungan 7 bulan hingga 11 tahun.


Mujiono berkata, 28 daripada mangsa diselamatkan manakala tiga lagi masih belum ditemui.


Di Kalimantan Tengah pula, pasukan penyelamat menemui dua lagi mayat di Sungai Kapuas dalam kejadian serupa Selasa lalu yang menyaksikan sebuah feri yang membawa 70 penumpang karam. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/02

Penjenayah tinggal treler gelung tembaga tepi jalan


Bagaimanapun, dalam kejadian jam 6.30 pagi, sebuah treler yang dilarikan ditemui di tepi jalan di Sunway Kayangan, di sini, 11 kilometer dari tempat kejadian 30 minit selepas kejadian apabila suspek gagal mengawal kenderaan itu menyebabkan muatannya terjatuh.

Hasil pemeriksaan terhadap treler berkenaan, polis mengesahkan ia adalah satu daripada treler dilarikan lima suspek terbabit dan dipercayai ditinggalkan di kawasan berkenaan selepas menyedari kejadian itu disaksikan orang ramai.
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, sebaik menerima maklumat, sepasukan polis dikejarkan ke lokasi sebelum membuat rondaan dan menemui treler berkenaan di tepi jalan dalam keadaan mencurigakan.

“Berdasarkan keadaan muatan treler berkenaan yang sudah terkeluar, kami percaya suspek gagal mengendali kenderaan itu sehingga memaksa mereka meninggalkannya di tepi jalan dan melarikan diri.

“Bagaimanapun sebuah lagi treler dan polis kini giat menjalankan siasatan termasuk mendapatkan cap jari daripada treler yang ditinggalkan,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, semalam.
Foto
POLIS melakukan siasatan di tempat kejadian, semalam.
Abdul Rahim berkata, berdasarkan keterangan daripada dua pengawal keselamatan yang diikat, semua suspek adalah lelaki berusia 20-an hingga 30-an .

Katanya, kedua-dua mangsa tidak cedera dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan iaitu melakukan rompakan berkumpulan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/02

Letupan gas ragut 24 nyawa


Kejadian itu menyebabkan konkrit dan kereta melambung ke udara serta memusnahkan tebing jalan.

Letupan awal pagi semalam itu berlaku di kawasan yang padat penduduk, tempat beberapa kilang petrokimia mengendalikan saliran paip bersebelahan dengan sistem kumbahan di Kaohsiung, bandar pelabuhan di barat daya negara itu.
Antara mangsa ialah anggota bomba yang tiba untuk menyiasat kebocoran gas beberapa jam sebelum letupan yang turut memusnahkan lima kereta bomba.

Daripada 24 yang terbunuh, empat ialah anggota bomba, kata Agensi Kebakaran Kebangsaan.

“Tengah malam semalam, rumah mula bergegar. Saya menyangka ia gempa bumi. Tetapi, apabila membuka pintu, saya melihat kepulan asap dan terbau gas,” kata Chen Qing-tao, 38, yang tinggal tidak jauh dari kawasan utama letupan.
Foto
TEBING jalan raya pecah akibat letupan gas di Kaohsiung, semalam.
Kebakaran dipercayai berpunca daripada kebocoran gas propana, bahan petrokimia yang bukan untuk kegunaan awam.

Bagaimanapun, punca dan sumber kebocoran masih tidak diketahui, kata pegawai.
Saluran gas yang meletup itu milik syarikat kerajaan, CPC Corp. Syarikat berkenaan, dalam kenyataannya berkata, ia tidak menunjukkan sebarang masalah sebelum letupan. Rakaman yang disiarkan stesen televisyen TVBS menunjukkan penduduk mencari mangsa di depan deretan kedai sementara anggota penyelamat menarik keluar mangsa dari runtuhan.

Perdana Menteri Jiang Yi-huah berkata, lima letupan menggegarkan bandar raya itu.

Kebanyakan yang cedera terdiri daripada mereka yang berada di kawasan berhampiran, selepas terkena serpihan atau dihempap kereta yang melambung akibat letupan itu. - AP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/02

25 terkorban letupan paip gas



SEORANG anggota penyelamat dan anjing berjalan di sepanjang kawah yang terbentuk akibat letupan paip gas di Kaohsiung semalam.


KAOHSIUNG - Lima letupan saluran paip gas bawah tanah menyebabkan 25 orang terkorban dan 267 lagi cedera di bandar raya kedua Taiwan di sini kelmarin.
Beberapa letupan kuat itu menghamburkan api setinggi bangunan 15 tingkat ke udara, membakar seluruh blok bangunan dan meranapkan banyak kedai kecil.
Pihak berkuasa penyelamat berkata, anggota-anggota polis dan tentera telah dikerah untuk membantu pasukan bomba selepas letupan dan kebakaran pada waktu tengah malam itu memusnahkan sebuah daerah di bandar pelabuhan ini yang dipenuhi kedai serta bangunan pangsapuri.
Empat anggota bomba merupakan antara mangsa yang terkorban dalam letupan yang menyebabkan satu kawah panjang terbentuk.
Laporan media menyatakan, angka kematian dipercayai akan terus meningkat.
KAWAH panjang yang terbentuk ekoran letupan paip gas bawah tanah.


Mengulas bencana tersebut, Presiden Ma Ying-jeou berikrar akan melaksanakan langkah-langkah tegas bagi mengelakkan insiden serupa berulang.
"Kami akan melaksanakan langkah-langkah kawalan dan pemeriksaan untuk mengelakkan bencana itu daripada berulang," kata Ying-jeou dalam satu kenyataan yang disiarkan stesen televisyen Taiwan.
Letupan tersebut menyebabkan api merebak di daerah berkenaan dan asap menjulang tinggi ke udara. Api juga dilihat keluar dari longkang dan sistem kumbahan manakala air membanjiri jalan-jalan raya.
Beberapa penduduk tempatan berkata, letupan kuat itu menyebabkan bangunan-bangunan bergegar seperti dilanda gempa bumi dengan beberapa kedai kecil runtuh dan sejumlah kereta terbalik.
"Kami telah menghantar beberapa mangsa yang parah ke wad kecemasan," kata seorang doktor kepada stesen televisyen tempatan. -Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0802&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz39BKzBoY8 
Hakcipta terpelihara 

Seorang pesakit Ebola akan dirawat di AS



KHEMAH khas yang akan digunakan untuk merawat pesakit Ebola di Universiti Emory, Atlanta.


ATLANTA - Seorang rakyat Amerika Syarikat (AS) yang dijangkiti virus Ebola akan pulang dalam masa beberapa hari lagi untuk dirawat di sebuah pusat pengasingan di sini, kata beberapa pegawai kelmarin.
Pusat khas di Universiti Emory, AS itu beroperasi bersama Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) yang terletak berhampiran.
Media AS, Atlanta Journal-Constitution melaporkan hanya empat pusat berkenaan dibina di AS dan berfungsi untuk merawat penyakit berjangkit yang serius.
Kelmarin, CDC mengeluarkan amaran perjalanan ke beberapa negara Afrika termasuk Guinea, Sierra Leone dan Liberia.
Warga AS itu merupakan antara dua warga AS yang dijangkiti Ebola di Liberia. Mereka kini berada dalam keadaan stabil tetapi serius.
Liberia di Afrika Barat merupakan negara yang mencatat kematian tertinggi wabak Ebola.
Dua rakyat AS berkenaan ialah Dr. Kent Brantly dari Texas dan Nancy Writebol yang merupakan seorang mubaligh dari Carolina Utara.
Writebol sebelum ini membantu merawat mangsa-mangsa Ebola di sebuah hospital di Monrovia.
Saluran berita AS, CNN yang memetik kenyataan sumber mendedahkan kelmarin bahawa sebuah penerbangan sewa khas AS telah meninggalkan Georgia untuk memindahkan dua rakyat AS itu.
Sekurang-kurangnya seorang daripada mereka akan dirawat di Emory.
Dalam pada itu, pihak berkuasa Nigeria mengkuarantin dua orang yang disyaki dijangkiti virus Ebola dan memantau 69 yang lain, menurut laporan akhbar Nigeria, Punch semalam.
Semua 71 orang itu pernah berhubungan dengan seorang juruperunding kerajaan Liberia, Patrick Sawyer yang meninggal dunia di sebuah hospital di Lagos akibat Ebola pada minggu ini.
"Kami sedang mengesan semua individu yang pernah berhubungan dengan Sawyer. Setakat hari ini (semalam) seramai 69 orang telah diletakkan di bawah pemantauan manakala dua lagi dikuarantin," kata Menteri Kesihatan Nigeria, Onyebuchi Chukwu.
Mengulas perkembangan membimbangkan itu, beberapa pegawai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberitahu bahawa wabak Ebola semasa di Afrika Barat yang merangkumi negara Guinea, Sierra Leone, Liberia dan kini Nigeria adalah yang terburuk setakat ini.
Setakat 31 Julai lalu, WHO menyatakan 1,323 kes Ebola telah disahkan dengan 729 kematian berlaku.
Dua doktor yang merawat pesakit Ebola masing-masing di Sierra Leone dan Liberia turut maut akibat jangkitan virus itu.
Penyakit Ebola menyebabkan pendarahan dengan risiko kematian mencecah 90 peratus.
Virus tersebut berjangkit melalui darah dan cecair badan lain.
Antara tanda-tanda penyakit itu ialah demam, sakit otot, sakit kepala, tekak kering, muntah, cirit-birit, masalah buah pinggang dan hati, pendarahan dalaman serta luaran. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0802&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz39BKJjeY9 
Hakcipta terpelihara 

Penganggur didakwa bunuh warga emas


KUALA LUMPUR 31 Julai - Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh jirannya, seorang wanita warga emas menggunakan sebilah pisau, pada minggu lalu.
Rasid Oasis, 34, didakwa membunuh Swa Kim Chia @ Chua Ah May, 71, di rumah di No. 95A, Jalan Union persimpangan Jalan Sentul, di sini, kira-kira pukul 6.30 petang, 23 Julai lalu.
Tertuduh hanya mengangguk tanda faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Zuraini Abdul Razak. Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.
Rasid yang berasal dari Sabah, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 30 September ini bagi sebutan semula kes sementara menunggu laporan forensik dan laporan kimia.
Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Nom Phot Prakdit manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140801/ma_02/Penganggur-didakwa-bunuh-warga-emas#ixzz39BIyjnv4
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Mayat dikerat dijumpai di lebuh raya


JOHOR BAHRU 1 Ogos - Mayat seorang lelaki yang dipercayai dikerat beberapa bahagian badan sebelum dibungkus dalam dua beg plastik hitam ditemui di Kilometer 24.3, Lebuh Raya Utara-Selatan, arah selatan, berhampiran Kulaijaya hari ini.
Menurut sumber, bungkusan plastik mengandungi mayat mangsa berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun itu ditemui seorang pekerja Projek Penyelenggaraan Lebuhraya (Propel) dalam sebatang parit di tepi lebuh raya berkenaan pukul 11.20 pagi.
Katanya, mangsa dipercayai dibunuh antara satu hingga dua hari lalu di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di kawasan berkenaan.
Katanya, tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui dan pemeriksaan ke atas mangsa mendapati terdapat beberapa kesan tikaman di bahagian belakang badan serta leher.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Supritendan Ruslan Khalid ketika dihubungi hari ini mengesahkan penemuan mayat tersebut namun enggan mengulas lanjut kerana masih dalam siasatan.
"Mangsa yang belum dikenal pasti identitinya itu dipercayai mati dibunuh. Bagaimanapun, polis masih menunggu laporan bedah siasat daripada Hospital Sultanah Aminah terlebih dahulu," katanya.
Ruslan berkata, pihaknya telah menubuhkan satu pasukan khas bagi mengesan suspek dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu diminta melaporkannya di mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140802/je_06/Mayat-dikerat-dijumpai-di-lebuh-raya#ixzz39BIajcQJ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Amah warga Filipina dibunuh penyamun


Anggota polis mengangkat mayat amah warga Filipina di flat di Jalan Choo Cheng, Kuala Lumpur, malam semalam. - UTUSAN/Roy Azis Abd. Aziz
KUALA LUMPUR 1 Ogos - Seorang amah warga Filipina maut akibat dipukul di bahagian kepalanya oleh penjenayah yang dipercayai cuba menyamun keluarga majikannya di sebuah flat di Jalan Choo Cheng Khay, di sini malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam, mayat mangsa berusia 35 tahun itu ditemui berlumuran darah dalam sebuah stor oleh salah seorang ahli keluarga majikannya yang baru pulang selepas bekerja.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, siasatan awal mendapati ada dua kesan luka di bahagian kepala mangsa dipercayai akibat dipukul dengan objek tumpul.
"Tiada kesan pecah masuk rumah berkenaan dan kita dapati te-lefon bimbit milik mangsa telah hilang selain terdapat kesan geledah dalam rumah.
"Berdasarkan tanda-tanda itu kita percaya kejadian ini bermotifkan samun," katanya di sini hari ini.
Zainuddin berkata, semasa kejadian, mangsa hanya tinggal bersama ibu kepada majikannya tetapi wanita berusia 75 tahun itu terlantar sakit akibat diserang strok.
"Buat masa ini, polis tidak mengambil keterangan daripada wanita warga emas itu memandang dia tidak boleh bercakap serta melihat. Namun begitu, kita akan meneliti mana-mana kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran bagi mengesan suspek," ujarnya.
Menurut Zainuddin, polis turut menemukan sebilah pisau yang di-tinggalkan oleh penjenayah terbabit namun dipercayai hanya helah bagi mengaburi siasatan pihak berkuasa.
Beliau berkata, mangsa yang ditemui mati dalam keadaan mengiring itu sudah bekerja selama setahun 10 bulan bersama keluarga tersebut dan mempunyai seorang anak berusia 12 tahun di negara asalnya.
Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Ke-seksaan kerana membunuh.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140802/je_04/Amah-warga-Filipina-dibunuh-penyamun#ixzz39BIBQaad
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Penganggur dituduh bunuh ibu kandung


KUALA LUMPUR 1 Ogos - Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibu kandungnya, bulan lalu.
Teng Lye Choo, 45, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Ong Kok Mui @ Wong Pek Lin, 74, di rumah mereka di No. 774F, Jalan Sentul, di sini antara pukul 8 pagi, 24 Julai lalu dan 10.38 pagi, keesokan harinya,
Timbalan Pendakwa Raya, Ooi Chean Ling mengemukakan pertuduhan terhadap lelaki yang tidak diwakili peguam bela itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Tertuduh hanya mengangguk tanda faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Norashikin Sahat dan tiada sebarang pengakuan direkodkan daripadanya.
Mahkamah menetapkan 30 September ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan forensik dan kimia.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140802/ma_02/Penganggur-dituduh-bunuh-ibu-kandung#ixzz39BHxJ19s
© Utusan Melayu (M) Bhd 


MAT Sah Sidek ( dua dari kiri) bersama awak-awak bot selamat tiba di Jeti LKIM Kuala Dungun, Terengganu, semalam. - UTUSAN/EZZUAN AHMAD
DUNGUN 30 Julai - Kepulangan enam nelayan dari Kuala Dungun di sini yang dikhuatiri hilang ketika keluar menangkap ikan 15 Julai lalu melenyapkan kesedihan keluarga yang menunggu mereka untuk bersama menyambut Aidilfitri.
Bagi anggota keluarga yang membayangkan pelbagai kemungkinan buruk, kepulangan mereka pada lewat petang hari raya pertama merupakan hadiah Aidilfitri paling bermakna.
Mereka sepatutnya pulang seminggu sebelum itu namun bot yang dinaiki mengalami kerosakan enjin dan dihanyutkan arus sehingga memasuki perairan Vietnam, kira-kira 630 kilometer dari Kuala Dungun.
Nelayan terbabit iaitu tekong bot, Mat Sah Sidek, 45, serta lima awak-awaknya iaitu Almi Awang, 44; Shah Kamarul Mat Sah, 23; Mohd. Abdullah, 50; Mohd. Padeli Jusoh, 36, dan Mohd. Jefrizal Jaafar, 30, ditemui dalam keadaan keletihan selepas tujuh hari terputus bekalan makanan.
Mat Shah berkata, sepanjang tempoh hanyut itu mereka terjumpa dengan lebih 30 bot nelayan asing namun rayuan meminta tolong tidak diendahkan.
Malah katanya, Almi nekad terjun dari bot dan berenang naik ke atas sebuah bot nelayan asing sebagai jalan akhir untuk meminta bantuan namun bukan sahaja rayuannya tidak dipedulikan malah dia ditumbuk.
"Selepas puas merayu, akhirnya mereka memberikan kami sedikit makanan di samping membantu membaiki bot kami dan dua hari selepas itu bot kami berjaya dihidupkan," katanya.
Mat shah berkata, dalam perjalanan pulang, bot mereka sekali lagi kehabisan minyak dan sebuah kapal dari negara ini membantu memberi empat tong minyak sebelum mereka meneruskan perjalanan pulang.
"Apabila tiba di perairan Pulau Tenggol, bot kami sekali lagi kehabisan minyak sebelum mereka berjaya menghubungi majikan dan sebuah bot lain dihantar menarik bot kami menuju Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Dungun.
Dalam pada itu, isterinya, Kamariah Mohd. Nor, 50, bersyukur di atas kepulangan suami dan anaknya, Shah Kamarul.
"Setiap hari saya menangis memikirkan nasib suami dan anak. Setelah diberitahu oleh pemilik bot yang mereka selamat, saya terus bergegas ke Jeti LKIM Dungun.
"Raya tahun ini cukup bermakna bagi saya kerana anak dan suami balik dalam keadaan selamat. Saya ingat mereka sudah tiada," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan daripada isteri tekong bot terbabit berhubung kehilangan sekumpulan nelayan itu pada 25 Julai lalu.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140731/je_07/Hasrat-enam-nelayan-hanyut-menyambut-Aidilfitri-tercapai#ixzz38zx4rnu5
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Budak terperangkap dalam kereta lebih sejam


Anggota bomba dan penyelamat berusaha membuka pintu kereta untuk menyelamatkan Marisa Mohd. Hashim yang terperangkap lebih satu jam di Kuala Terengganu, semalam.
KUALA TERENGGANU 1 Ogos - Gara-gara tertekan butang kunci kenderaan automatik, seorang budak perempuan berusia setahun enam bulan terperangkap lebih satu jam di dalam kereta ibunya.
Kejadian mencemaskan di sebuah pasar raya di Seberang Jertih, Besut kira-kira pukul 10 pagi ini itu turut menyebabkan sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat terpaksa dipanggil untuk mengeluarkan mangsa.
Insiden itu berlaku semasa ibu mangsa, Dr. Zaleha Mohd. Zahid, sedang memasukkan barang-barang keperluan yang baharu dibelinya dari pasar raya berkenaan sementara anaknya, Marisa Mohd. Hashim dibiarkan memegang kunci kenderaan berkenaan di bahagian tempat duduk hadapan.
Bagaimanapun budak itu tertekan butang kunci automatik sehingga menyebabkan pintu kenderaan berkenaan tertutup dan terkunci.
Menurut saksi yang enggan dikenali, ibu kanak-kanak tersebut berusaha untuk membuka pintu keretanya sejurus selepas anaknya terperangkap tetapi cubaan itu gagal sehingga sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seberang Jertih terpaksa dipanggil.
Katanya, anggota bomba yang tiba di tempat kejadian cuba membuka pintu kereta itu secara manual tetapi masih tidak berjaya.
"Bomba kemudian mencungkil dan memecahkan cermin kecil di bahagian sebelah pemandu dan barulah budak itu berjaya dikeluarkan kira-kira pukul 11.30 pagi," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140802/je_05/Budak-terperangkap-dalam-kereta-lebih-sejam#ixzz39BHozkea
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Budak 11 tahun mati lemas



ANGGOTA bomba dan penyelamat mengusung mayat Wan Putera Izz Danish Wan Azrol Affendi yang ditemui lemas di Pantai Putera Sayang, Pengkalan Balak, Alor Gajah, Melaka, semalam.
ALOR GAJAH 1 Ogos - Kemeriahan sambutan Syawal sebuah keluarga yang berkumpul dengan sanak-saudaranya di Pantai Putera Sayang, Pangkalan Balak di sini, bertukar pilu apabila seorang daripadanya mati lemas, malam tadi.
Mayat Wan Putera Izz Danish Wan Azrol Affendi, 11, ditemui pasukan penyelamat kira-kira satu kilometer daripada lokasi mangsa dilaporkan hilang oleh keluarganya pada pukul 12.19 tengah malam.
Menurut bapa mangsa, Wan Azrol Affendi Wan Yunos, 39, anak sulungnya itu didapati hilang ketika sedang bermain di pantai tersebut bersama dua sepupunya berusia tujuh dan 10 tahun, pada pukul 7.30 malam.
"Saya pada awalnya melarang dia (mangsa) bermain di pantai itu namun dia tetap beria-ia untuk pergi. Saya tawarkan duit raya tetapi tidak diendahkan sehinggalah akhirnya saya me-ngalah dan membenarkannya.
"Meskipun demikian saya pantau pergerakannya di gigi air tetapi tak sangka pula kejadian itu berlaku dengan pantas. Bila saya toleh, dia sudah tiada," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Jelas Wan Azrol, dia bersama ahli keluarganya yang lain kemudian mencari mangsa di sepanjang pantai itu tetapi gagal lalu menghubungi pasukan bomba dan penyelamat.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat negeri, Sohaimi Mohamed berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 7.41 malam dan tiba di lokasi lapan minit kemudian.
"Pada pukul 9.13 malam, pencari-an dalam air dilakukan Pasukan Penyelamat Dalam Air (PPDA) namun terpaksa dihentikan pada 10.30 malam disebabkan cuaca buruk dengan angin kencang. Kita bernasib baik kerana mayat mangsa ak-hirnya ditemui di tepi pantai tidak lama selepas itu," katanya.
Tambah beliau, operasi mencari itu melibatkan seramai 30 anggota penyelamat terdiri daripada bomba, polis, PPDA dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140802/je_03/Budak-11-tahun-mati-lemas#ixzz39BHd8en5
© Utusan Melayu (M) Bhd