Search This Blog

Friday, August 1, 2014

Kereta terbabas terbalik di pintu masuk tren bawah tanah



SEBUAH kereta BMW terbalik di pintu masuk ke stesen tren bawah tanah di stesen tren bawah tanah Elephant dan Castle, selatan London kelmarin.


LONDON - Sebuah kereta BMW terbabas dan merempuh besi penghadang sebelum terjatuh di pintu masuk stesen kereta tren tanah di sini, lapor akhbar MailOnline kelmarin.
Menurut akhbar berkenaan, tiada mangsa yang cedera parah dalam kemalangan itu yang berlaku pada pukul 8 malam waktu tempatan kelmarin.
Kereta berwarna perak itu dipandu oleh seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an manakala seorang penumpang wanita berumur dalam lingkungan 20-an berada di kerusi penumpang.
Kenderaan tersebut hampir terbalik selepas melanggar besi penghadang dan jatuh ke pintu masuk stesen tren bawah Elephant and Castle, selatan London yang sibuk dengan para pengguna.
Polis masih menyiasat kemalangan itu yang berlaku di hadapan orang ramai di lokasi kejadian. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0801&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz399iPpamq 
Hakcipta terpelihara 

Belasah abang ipar selepas minta maaf


2014/08/01 - 05:52:09
Seorang lelaki memukul dan menendang abang iparnya kerana tidak berpuas hati dengan sikap mangsa yang tidak memandang mukanya ketika dia meminta maaf di rumah bapanya di Kampung Atas Tol di sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.15 tengah malam itu, mangsa yang berusia 40 tahun, cedera di muka dan mulut.
Makan di dapur

Sebelum kejadian itu, mangsa bersama isteri dan bapa mentuanya sedang makan di dapur rumah itu sebelum dihampiri adik iparnya. Suspek yang bekerja sebagai pemandu teksi kemudian ingin meminta maaf kepada mangsa.

Bagaimanapun, mangsa tidak memandang muka adik iparnya hingga menyebabkan lelaki itu naik angin, lalu memukulnya.

14 terkorban termasuk 10 askar pertempuran di timur Ukraine


2014/08/01 - 17:50:16
KIEV: Empat belas orang terkorban termasuk sekurang-kurangnya 10 askar kerajaan ketika pertempuran berdekatan lokasi nahas pesawat MH17, kata jurucakap tentera Ukraine hari ini.

"Jumlah yang dikenalpasti ialah 14 orang mati tapi empat mayat belum dapat dipastikan identiti dan mungkin askar Ukraine atau pengganas," kata jurucakap tentera, Oleksiy Dmytrashkivsky.


Katanya, kira-kira 10 askar Ukraine mati dalam pertempuran di bandar Shakhtarsk kira-kira 25 kilometer dari lokasi nahas MH17. - AFP 

Polis buru penyebar khabar angin @WhatsApp


Oleh Na'imah Mohamed
Shah Alam: Polis akan membuat laporan terhadap penyebaran khabar angin mengenai kejadian tujuh kanak-kanak ditetak seorang lelaki di Pandamaran, Klang yang disebarkan menerusi media sosial.




Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, penyebaran khabar angin berkenaan adalah semata-mata untuk menimbulkan kekacauan di negeri ini dan pihak polis tidak akan berdiam diri.

"Kita akan buat laporan polis sebelum membuka kertas siasatan kerana perbuatan ini sangat jahat dengan niat untuk menimbulkan huru-hara.


"Tiada sebarang kejadian seumpama itu dilaporkan dan penyebar SMS serta WhatsApp berkenaan akan diburu serta dikenakan tindakan sepatutnya," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini, sebentar tadi.


Abdul Rahim turut menasihatkan orang ramai agar bertenang dan tidak membuat tindakan melulu seperti melakukan kekecohan selepas menerima SMS berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/01

Perompak larikan treler muatan tembaga


Oleh Na'imah Mohamed
Shah Alam: Sekumpulan lima penjenayah nekad mengikat dua pengawal keselamatan sebelum melarikan dua treler berisi 12 gelung tembaga bernilai RM1.7 juta dalam kejadian di Taman Perindustrian Subang Hi-Tech dekat sini, awal pagi tadi.




Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, sebuah treler ditemui di tepi jalan di Sunway Kayangan, kira-kira setengah jam selepas rompakan dipercayai ditinggalkan berikutan kenderaan itu mengalami masalah.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, sebaik pihaknya menerima maklumat kejadian, sepasukan polis membuat rondaan sebelum menemui treler berkenaan di tepi jalan.


"Suspek dipercayai meninggalkan treler itu selepas muatannya jatuh akibat masalah pengendalian kenderaan.


"Polis sedang memburu lima lelaki terbabit dan giat mengesan sebuah lagi treler dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/01

Polis Selangor tahan 6 penyerang pusat siber


Shah Alam: Enam lelaki berusia dalam lingkungan 20-an ditahan polis selepas dipercayai terbabit dalam kejadian serangan ke atas sekumpulan lelaki di sebuah pusat siber di Taman Bayu Perdana di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, enam lelaki berusia antara 15 hingga 30 tahun cedera parah akibat ditetak ketika sedang bermain permainan online di pusat siber berkenaan. 

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, enam suspek terbabit ditahan di sekitar Klang dalam operasi besar-besaran dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan.
Foto
MANGSA yang ditetak sekumpulan penyerang dalam keadaan koma dengan seluruh badannya dibalut untuk mengelakkan kecederaan bertambah teruk di Hospital Tuanku Ampuan Rahimah. FOTO Recqueal Raimi

"Semua enam lelaki yang cedera parah berasal dari Sabah dan motif kejadian tiada kena-mengena dengan soal perkauman ataupun agama, sebaliknya ia dipercayai akibat dendam.

"Saya minta orang ramai agar tidak panik dengan khabar angin yang disebarkan menerusi WhatsApp serta media sosial itu kerana polis akan memburu dan menyiasat individu tidak bertanggungjawab terbabit," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, hari ini. 

Katanya, mangsa yang cedera dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Rahimah Klang.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/01

Amah maut dalam kejadian samun di Kampung Attap


2014/08/01 - 08:40:43
KUALA LUMPUR: Seorang amah wanita warga Filipina ditemui mati di sebuah bilik stor di pangsapuri Jalan Choo Cheng Khay, Kampung Attap di sini, malam tadi.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Rany, 35, dipercayai dibunuh dalam kejadian samun sebelum mayatnya ditemui majikannya setelah pulang daripada makan malam di luar pada kira-kira jam 9 malam.


Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata mayat mangsa yang masih lengkap berpakaian ditemui dengan dua kesan kecederaan di kepala dipercayai akibat dipukul dengan objek tumpul dan keras.

Bagaimanapun, emak kepada tuan rumah yang menghidap strok berusia 75 tahun itu tidak dicederakan oleh suspek, katanya kepada pemberita di sini awal pagi ini.

"Wanita itu hanya boleh mendengar tetapi tidak boleh bercakap serta tidak diapa-apakan oleh suspek ketika menyamun rumah tersebut," katanya.

Menurut Zainuddin amah berkenaan telah berkhidmat dengan keluarga majikannya selama setahun 10 bulan dan ditugaskan untuk menjaga warga emas itu yang lumpuh itu.

Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai berlaku pada kira-kira 10.30 malam, apabila pintu dan jeriji rumah tersebut tidak dikunci.
"Polis tidak menemui sebarang senjata yang digunakan oleh suspek untuk memukul mangsa kecuali seterika berhampiran mayat mangsa...siasat masih dijalankan," katanya.

Menurutnya, motif pembunuhan dipercayai samun dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat. - BERNAMA 

Empat suspek disyaki letup mesin ATM diberkas


2014/08/01 - 18:55:37
SHAH ALAM: Empat suspek yang dipercayai meletupkan mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah bank di Bukit Beruntung dekat sini Rabu lepas diberkas semalam.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata mereka yang berumur lingkungan 30-an diberkas dalam dua serbuan di Tanjong Karang dan Puchong.


"Polis turut merampas sebuah kereta. Seorang suspek didapati mempunyai rekod jenayah lampau yang sama yang dilakukannya di Jenjarom, Subang Jaya, Puchong dan Shah Alam,

"Dia dipercayai dalang kepada kumpulan tersebut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata kumpulan itu dipercayai aktif sejak tahun lepas dan modus operandi mereka ialah menggunakan bom buatan sendiri yang berasaskan mercun.

"Bahan yang digunakan untuk meletupkan mesin ATM tersebut dipercayai meletup lebih awal," katanya.

Abdul Rahim berkata seorang lagi suspek dilihat sempat melarikan diri dengan motosikal jenis 'scrambler'.
Beliau berkata keempat-empat suspek yang ditahan itu direman selama tujuh hari sehingga Khamis ini.

Dalam kejadian itu, kumpulan penjenayah tersebut gagal memecahkan tiga mesin ATM dan beberapa mesin lain yang terdapat di pusat perkhidmatan bank berkenaan.

Sementara itu Abdul Rahim berkata belum terdapat tangkapan dibuat berhubung kejadian 10 lelaki mengamuk dan mencederakan beberapa pengunjung kafe siber di Taman Bayu Perdana, Klang semalam. - BERNAMA 

Derita ‘penunggu’ gua


Gua Musang: Keghairahan seorang bomoh warga Indonesia yang bertapa untuk menambah ilmu berakhir dengan tragedi apabila dia terpaksa menahan kesakitan hampir 24 jam akibat patah tangan kiri selepas terjatuh dalam sebuah gua di Rancangan Tanah FELDA Chiku, di sini, Selasa lalu.
Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, mangsa Khairul Anwar Rudin, 31, yang dalam perjalanan keluar dari gua dan berada pada ketinggian 10 meter bersama rakannya dipercayai terjatuh selepas terkejut melihat seekor ular putih. 
Mangsa berjaya diselamatkan Bomba dan Penyelamat pada jam 2.45 petang kelmarin selepas dia ditemui seorang peneroka yang kebetulan berada di kawasan berkenaan. 

Dia yang dikejarkan ke Klinik Kesihatan Chiku 3 untuk menerima rawatan kini dilaporkan stabil, manakala rakannya Haslinda Isa, 44, tidak cedera.
Foto
PASUKAN penyelamat membawa keluar mangsa yang cedera dari dalam gua. Gambar kecil, Khairul Anwar.

Menceritakan detik cemas itu, Haslinda berkata, mereka mula masuk ke dalam gua berkenaan pada jam 11 pagi Selasa untuk bertapa.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/01

Mengerang bakar diri di tandas


Kulim: “Ketika kejadian saya sedang berada di gerai melayan pelanggan tiba-tiba terkejut mendengar seorang wanita menjerit sambil berlari keluar dari tandas.
“Saya kemudian bergegas masuk ke dalam tandas dan mendengar suara orang mengerang kesakitan. Namun apabila saya menendang pintu yang berkunci itu, saya mendapati seorang wanita sudah terbakar,” kata Othman Ali Babjan, 42, saksi kejadian seorang wanita dipercayai membunuh diri dengan membakar dirinya dalam tandas awam di Medan Selera Taman Tunku Putra, Jalan Bayu berhampiran Pasar Awam Kulim, di sini, semalam. 
Dalam kejadian jam 8.30 pagi, mangsa berusia lingkungan 30-an yang belum dikenal pasti identitinya dipercayai membunuh diri dengan membakar diri berikutan penemuan sebotol plastik yang hampir cair di sebelah tangan kanan mangsa serta beg galas di belakangnya. 

Othman berkata, dia terdengar jeritan wanita terbabit dan melihat api sedang marak melalui lubang udara di tepi tandas dan terus berlari ke arah tandas terbabit.
Foto
ANGGOTA polis membawa mayat mangsa untuk dihantar ke hospital manakala gambar kecil ialah tandas awam lokasi mangsa ditemui.

“Pada mulanya saya sangka tandas terbabit terbakar dan bergegas untuk memadamkan api. Tandas wanita itu mempunyai dua pintu bilik air dan ketika kejadian, bilik sebelah kanan sedang marak terbakar.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/01

Mayat amah berlumur darah

Oleh Mohd Rizal Abdullah

Kuala Lumpur: Seorang pembantu rumah warga Filipina ditemui mati di sebuah flat di Jalan Atap, kira-kira jam 11.30 malam tadi.
Menurut sumber, mangsa, 34, ditemui oleh keluarga majikannya yang baru pulang ke kediaman itu.
Keluarga majikannya yang dikenali sebagai Alen berkata, dia menemui mangsa di sebuah bilik dalam keadaan berlumuran darah.

"Ketika pulang ke rumah, kami nampak mangsa terbaring dalam keadaan berdarah. Bagaimanapun, barang berharga mangsa tidak terusik," katanya.
Foto
FLAT kediaman yang dihuni mangsa.

Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan kejadian itu dan kes masih dalam siasatan.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/01

Lelaki ditikam, dikerat dua


Kulaijaya: Seorang lelaki bukan sahaja ditikam malah mayatnya dikerat dua sebelum dibungkus dalam dua beg plastik hitam berasingan dan dicampakkan ke dalam parit di Kilometer 24.3 Lebuhraya PLUS arah selatan, di sini.
Menurut sumber, mayat yang dijumpai oleh petugas Projek Penyelenggaraan Lebuhraya Berhad (PROPEL) jam 11.20 pagi tadi, dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum dicampakkan ke dalam parit berkenaan. 
"Tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui dan mayat dipercayai berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun itu mempunyai kesan tikaman di bahagian belakang badan dan leher," katanya. 

Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Ruslan Khalid mengesahkan penemuan mayat berkenaan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Foto
ANGGOTA forensik mengangkat mayat lelaki yang ditemui di dalam dua plastik hitam berasingan. FOTO Hairul Anuar Abd Rahim

"Pihak polis meminta kerjasama saksi kejadian untuk tampil menyalurkan maklumat bagi menyelesaikan siasatan kes ini," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/01

Maafkan pencuri biri-biri


Tabuk (Arab Saudi): Seorang lelaki Saudi yang membeli seekor biri-biri untuk mengadakan jamuan sempena hari raya semalam terpaksa berbelanja lebih apabila haiwan itu dicuri.

Kejadian berlaku selepas dia berhenti di sebuah kedai selama 10 minit setelah membeli biri-biri itu di sebuah pasar berhampiran.


“Saya membeli haiwan ini dengan harga SR1,800 (RM1,533). Tetapi ia dicuri selepas beberapa minit. “Saya terpaksa kembali ke pasar untuk membeli seekor lagi,” katanya ketika ditemui.

Lelaki itu bagaimanapun memberitahu akhbar Okaz, dia tidak bercadang membuat laporan polis mengenai kejadian itu, sebaliknya memaafkan pencuri berkenaan, sempena hari raya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/01

Dibelasah, dibogel depan orang ramai


Yulin: Seorang perempuan diserang, dibelasah dan dibogelkan beberapa gadis lain di khalayak umum selepas dia disyaki menjadi perempuan simpanan.

Dalam kejadian terbaru menunjukkan orang awam lebih gemar mencari keadilan sendiri itu, anggota polis didakwa tidak mengendahkan kejadian berkenaan.

Media semalam melaporkan, pergaduhan itu berlaku di depan sebuah kedai menjual barangan elektronik di bandar ini.



Tidak dinyatakan apa yang menyebabkan serangan ganas berkenaan berlaku namun saksi berkata, mereka mengesyaki ia ada kaitan dengan hubungan sulit mangsa dengan lelaki lain.

Selepas dibelasah, pakaian mangsa dikoyakkan dan dibiar dalam keadaan separuh bogel.

Saksi berkata, jeritan mangsa meminta perbuatan itu dihentikan tidak dipeduli penyerang.


- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/31

Lumpur ‘telan’ kampung


Bagaimanapun, pihak berkuasa berkata, peluang menemui mangsa yang masih hidup dalam kejadian di Malin, kampung di daerah Pune di negeri Maharashtra itu, amat tipis.

Kejadian yang berlaku awal kelmarin meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa dan lebih 100 orang dilapor hilang, dikhuatiri mati.
Seorang pegawai daerah, Suresh Jadhay berkata, kira-kira 40 rumah tertimbus dalam bencana itu.

Usaha menyelamat tidak dapat dijalankan dengan lancar kerana hubungan komunikasi yang buruk, keadaan jalan raya berbahaya, ditambah pula dengan hujan berterusan.

Kejadian itu hanya diketahui selepas seorang pemandu bas melintasi kawasan berkenaan dan melihat kampung itu hilang dari pandangan selepas ditimbus tanah dan lumpur.
Foto
PEKERJA penyelamat mengusung mayat seorang mangsa selepas mengeluarkannya dari timbunan lumpur di tempat bencana, semalam.
“Pemandu itu kembali ke bandar berhampiran dan memaklumkannya kepada pihak berkuasa. Semua yang ada di gunung itu runtuh,” kata Jadhar.

Sehingga semalam, 30 mayat sudah ditemui dan lapan berjaya di tarik keluar dengan selamat, kata pegawai penyelamat, Sachin Tamboli. Suresh Dhonde, yang bekerja di bandar berhampiran ketika kejadian berkata, dua anggota keluarganya berjaya meloloskan diri dari rumahnya yang runtuh.
“Enam yang lain tertimbus dan masih belum ditemui,” katanya.

Penduduk yang terselamat, dibantu orang ramai dari kawasan berhampiran, membantu pasukan penyelamat menggali lumpur dan mengalihkan pokok yang tumbang serta bongkah batu. Pihak berkuasa menjangka jumlah kematian akan meningkat. Pegawai kanan Pasukan Bantuan Bencana Kebangsaan, Sandeep Rai Rathore menganggarkan kira-kira 100 penduduk kampung itu yang terletak di kaki gunung Sajyadri, hilang dan dikhuatiri mati. - AP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/01

Jeneral peras ugut penjaja ditahan


Bangkok: Seorang pegawai tentera Thai berpangkat jeneral ditahan semalam kerana disyaki melakukan peras ugut di kawasan pelacuran di Bangkok.

Jurucakap Kementerian Pertahanan Leftenan Kolonel Burin Tongprapai berkata, Major Jeneral Jenronnarong Detwan, 56, ditahan tentera awal kelmarin di sebuah hotel berhampiran kawasan Patpong dan dituduh memeras ugut wang daripada golongan penjaja.


“Dia adalah pegawai kanan tentera paling kanan pernah ditahan kerana peras ugut,” katanya yang mengetuai tangkapan berkenaan.

Patpong adalah kawasan yang menyediakan hiburan dewasa khususnya untuk pelancong.


Pihak tentera yang mengambil alih kepemimpinan negara itu pada 22 Mei lalu memulakan siasatan terhadap jeneral terbabit selepas menerima aduan daripada penjaja yang menjual barangan tiruan termasuk produk berjenama dan DVD.


Jenronnarong bagaimanapun menafikan tuduhan terhadapnya.

“Dia mendakwa mengambil wang daripada penjaja untuk membayar pemilik hak cipta barangan yang dijual mereka.

“Dia kini menghadapi siasatan jenayah dan tentera,” kata Burin.

Jurucakap junta Kolonel Winthai Suvaree mengesahkan tangkapan berkenaan. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/01

Terhumban ke lereng bukit


  • Kenderaan mangsa terhumban kira-kira 20 meter di Ladang Sungai Ular, petang kelmarin.Kenderaan mangsa terhumban kira-kira 20 meter di Ladang Sungai Ular, petang kelmarin.

SUNGAI ULAR - Seorang lelaki nyaris maut apabila kenderaan jenis Toyota yang dipandunya terbabas sebelum terhumban ke lereng bukit setinggi 20 meter di Ladang Sungai Ular, kira-kira jam 6 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Abdullah Arshad berkata, mangsa dipercayai datang dari arah Kulim menuju ke Serdang sebelum terlibat kemalangan.

Menurut beliau, berdasarkan laporan diterima, mangsa dikatakan cuba mengelak lembu, bagaimanapun gagal mengawal kenderaannya.

“Memandangkan curam terlalu tinggi, dua jentera penunda terpaksa digunakan untuk menarik kenderaan mangsa ke tebing.

"Kemalangan itu mengakibatkan kesesakan lalu lintas hampir dua kilometer, bagaimanapun berjaya dikawal anggota trafik yang berada di tempat kejadian," katanya.

Menurutnya, Jalan Sungai Ular ke Serdang berombak, berlopak dan bengkang bengkok.

Untuk itu katanya, setiap pengguna jalan raya harus berhati-hati terutama pada waktu malam kerana jalan itu terlalu gelap.

Suspek kes pukul diburu


WARTAWAN SINAR HARIAN
1 Ogos 2014


MUAR – Lima daripada 15 lelaki yang terlibat dalam pergaduhan di taman permainan sebuah perumahan di Pagoh, dekat sini, malam kelmarin ditahan polis untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, suspek berusia lingkungan 20-an ditahan dalam beberapa serbuan rumah sekitar Pagoh bermula jam 11 malam hingga 10 pagi semalam.

“Usaha menjejaki saki baki kumpulan itu masih diteruskan  bagi mengenal pasti sama ada mereka terbabit dalam kumpulan kongsi gelap atau sebaliknya.

“Mereka disyaki terbabit mencederakan dua lelaki menggunakan senjata tajam sehingga menyebabkan keduanya dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF),” katanya.

Azman berkata, salah seorang suspek menghubungi mangsa kira-kira jam 11 malam kelmarin dan memintanya pergi ke taman permainan taman di tempat kejadian.

“Mangsa lingkungan 20-an pergi ke taman itu seorang diri, sebelum didatangi kira-kira 15 lelaki lain yang menunggang tiga motosikal dan tiga kereta ke taman itu.

“Mangsa tiba-tiba diserang sekumpulan lelaki menggunakan kayu, parang dan topi keledar hingga lebam di seluruh badan,” katanya.

Katanya, abang mangsa dimaklumkan mengenai kejadian itu bergegas ke lokasi dan turut diserang sebelum semua suspek melarikan diri.

Beliau berkata, abang mangsa membuat laporan polis selepas mendapatkan rawatan di hospital berkenaan.

Terpedaya helah ejen jualan


  • Gambar sekadar hiasan.Gambar sekadar hiasan.

ALOR SETAR - Gara-gara terpedaya dengan helah ejen jualan langsung sebuah syarikat elektrik yang menawarkan bayaran ansuran serendah RM50 sebulan, sepasang suami isteri terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM2,000 dalam sekelip mata.

Nur Akma, 27, kakitangan awam (bukan nama sebenar) berkata, kejadian itu berlaku beberapa bulan lalu sewaktu bersama suami pergi ke sebuah kompleks membeli-belah untuk membeli barangan keperluan rumah.

Menurutnya, sewaktu melangkah masuk ke dalam kompleks berkenaan secara tiba-tiba mereka disekat beberapa ejen jualan langsung yang meminta supaya singgah sebentar melihat barangan yang dijual.

“Dalam hati saya ketika itu memang tidak terlintas langsung untuk membeli barangan yang dijual kerana hanya membawa cukup wang membeli barangan rumah.

“Namun sewaktu duduk dan mendengar penerangan mereka, salah seorang penjual itu memberi beberapa pilihan barangan elektrik dengan tawaran bayaran ansuran serendah RM50 sebulan walaupun harga sebenar barang sekitar RM2,000,” katanya.

Disebabkan tertarik dengan tawaran berkenaan, beliau mula meneliti barangan yang disenaraikan dan membuat keputusan untuk membeli salah satu daripadanya.

“Mulanya saya bagi alasan tidak bawa duit tunai tetapi mereka pandai pujuk dengan mencari cara lain untuk memastikan saya membelinya. Mereka minta kad kredit atau debit, tanpa sedar seperti terpukau saya segera ambil dari beg kemudian segera serahkan kepada mereka.

“Sewaktu meletakkan kad itu pada mesin elektronik perbankan mudah alih mereka menyatakan hanya memotong bayaran RM50 sebagai bayaran muka dan barangan berkenaan boleh terus dibawa pulang ke rumah,” katanya.

Bagaimanapun, beliau terkejut apabila menerima bil transaksi dari bank berjumlah RM2,000 iaitu harga keseluruhan barangan bukan RM50 ansuran bulanan seperti dijanjikan.

“Saya rasa amat tertipu dan segera melaporkan perkara itu kepada Persatuan Pengguna Kedah (Cake) bagi menuntut semula wang berkenaan serta mahu orang lain mengambil iktibar kisah yang terjadi kepada kami.

“Syukurlah hasil campur tangan Cake termasuk mengeluarkan notis kepada syarikat terbabit kami mendapat semula wang itu walaupun terpaksa dikenakan sedikit caj serta memulangkan semula barangan yang dibeli,” katanya.

Dua warga asing rentung dalam kebakaran


1 Ogos 2014


KOTA KINABALU - Dua lelaki warga asing ditemui rentung selepas sederet rumah kedai musnah dalam satu kebakaran di pekan Menggatal dekat sini awal hari ini.

Kedua-dua mangsa warga Pakistan itu dikenali sebagai Zariskhan, 20, dan Assarkhan, 43.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, mereka menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 1.40 pagi. - Bernama

Anak belum tahu ayah sudah tiada


  • Keadaan kereta mangsa ketika kemalangan pada 5 Julai lalu.Keadaan kereta mangsa ketika kemalangan pada 5 Julai lalu.

GEMENCHEH – “Setiap masa, saya akan sedekahkan surah al-Fatihah buat arwah suami dan anak lelaki," kata  Musliha Mustafa, 31, isteri kepada mangsa kemalangan di Kilometer 240 Lebuhraya Utara - Selatan, dalam kejadian 5 Julai lalu.

Dalam kejadian kira-kira 4.45 petang itu, suami Musliha, Mohd Fauzan Saien, 28, dan anak mereka, Muhammad Firas Mohd Fauzan, 3 bulan, maut di lokasi kejadian.

Turut maut, sepupu Mohd Fauzan, Muhammad Yunus Zulsyafiq Salim, 21, apabila kenderaan dinaiki mereka terbabas ke kiri jalan dan merempuh papan tanda petunjuk jalan.

Menurut Musliha, walaupun terpaksa melalui detik keperitan apabila kehilangan suami dan anak bongsunya, dia reda dengan ketentuan Ilahi dan menganggap tragedi berkenaan sebagai dugaan dalam hidupnya.

Bagaimanapun, katanya, masih terngiang-ngiang perbualan suaminya dengan anak perempuannya, Qistinabatrisya, 2, untuk menjaganya apabila sudah dewasa nanti.

“Saya anggap itu hanya kata-kata seorang ayah kepada anak untuk mengajarkan tentang tanggungjawab apabila sudah dewasa nanti. Rupa-rupanya itu adalah pesanan arwah suami yang terakhir.

“Kini, saya perlu kuat untuk cepat sembuh daripada kecederaan akibat kemalangan itu, lebih-lebih lagi kedua-dua tangan patah. Tulang pinggul Qistinabatrisya pula yang sudah lari dari kedudukan asal terpaksa disimen hingga ke hujung kaki," katanya ketika ditemui di Taman Muhibah, dekat sini.

Musliha berkata, Qistinabatrisya memerlukan lebih perhatian akibat kecederaan agak serius dan hanya terlantar kerana sukar bergerak.

Namun begitu, ada sesuatu perkara yang belum diselesaikan apabila Musliha masih belum dapat memberitahu kepada anaknya itu bahawa ayahnya sudah tiada.

“Qistinabatrisya rapat dengan ayahnya. Jadi, saya sukar menerangkan padanya ayahnya sudah tiada lebih-lebih lagi usianya masih kecil lagi dan tidak memahami apa berlaku.

“Dalam fikiran Qistinabatrisya, ayahnya berada di kampung (Kampung Sungai Besar, Selangor) kerana bekerja  di sana. Bagi memujuknya jika merindukan ayahnya, saya akan hubungi mertua saya dan Qistinabatrisya akan berbual-bual dengan neneknya," katanya.

Semasa berbual-bual, katanya, neneknya akan memberitahu ayahnya bekerja dan tidak boleh bercakap dengannya.

“Malah, sekiranya Qistinabatrisya mendengar bunyi motosikal dia pasti akan bertanyakan kemungkinan ayahnya pulang ke rumah," katanya.

Musliha berkata, sekiranya ada peluang, dia mahu menziarah pusara suami dan anak itu di Selangor, namun kesihatan kami dua beranak tidak mengizinkan.

“Sebelum tragedi ini, arwah suami ada memberitahu kepada adik saya sekiranya apa-apa berlaku kepadanya dia mahu disemadikan di kampung halamannya," katanya.

Sementara itu, menyorot kembali kenangan lama, Musliha berkata, pertemuan dengan arwah suaminya empat tahun lalu semasa sama-sama bekerja di sebuah kilang di Selangor telah membawa kepada ikatan perkahwinan selepas setahun berkawan.

“Jadi suami sudi datang ke sini (Gemencheh) bekerja dan menetap di sini.  Bagaimanapun, pada hari kejadian, kami sekeluarga sebenarnya dalam perjalanan pulang untuk menetap terus di Selangor.

“Saya harap akan terus kuat walaupun sering terkenangkan tragedi berkenaan," katanya.

Pengemis kaut untung mudah


  • Mereka didakwa dihantar dan dijemput pulang dengan menaiki van.Mereka didakwa dihantar dan dijemput pulang dengan menaiki van.

SUNGAI BULOH - Ahli Jawatankuasa (AJK) Persatuan Pasar Malam Paya Jaras mendesak pihak bertanggungjawab mengambil tindakan sewajarnya terhadap sindiket pengemis warga asing yang semakin berlarutan di kawasan tersebut.

Pengerusi persatuan berkenaan, Mohd Isa Talib berkata, sejak tahun lalu, bilangan pengemis warga asing di kawasan berkenaan semakin bertambah dan situasi itu dipercayai didalangi pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengaut keuntungan cara mudah.

Menurutnya, kebiasaannya pengemis berkenaan akan datang secara berkumpulan pada hari operasi pasar malam bagi menjalankan kegiatan mereka.

“Mereka akan dihantar seramai empat hingga lima orang pada hari operasi pasar malam untuk meraih simpati dan meminta bantuan wang daripada orang awam.
“Hakikatnya, setiap daripada mereka sihat tubuh badan dan mampu untuk bekerja sendiri,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, pengemis warga asing tersebut akan diturunkan di lokasi berbeza sekitar tapak pasar malam itu bagi mengelakkan kegiatan mereka dihidu masyarakat awam.
Menurutnya, selepas operasi perniagaan tamat, pengemis berkenaan akan dijemput semula dengan menaiki van di lokasi tertentu yang telah ditetapkan.

“Kegiatan mereka agak licik dan sukar untuk dikesan dan beberapa peniaga juga pernah melihat mereka diturunkan di suatu lokasi berhampiran kawasan ini,” katanya.


Makin dihalau, makin ramai datang

Dalam pada itu, Bendahari Persatuan Pasar Malam Paya Jaras, Nik Mat Leong Abdullah berkata, pihak JKKK kawasan berkenaan pernah beberapa kali mengambil tindakan untuk menghalau pengemis warga asing berkenaan sebelum ini.

Namun begitu, Nik Mat memaklumkan tindakan berkenaan dilihat tidak berhasil memandangkan semakin ramai pengemis yang tertumpu ke kawasan ini.

“Jika mereka benar-benar tidak berkemampuan kami tak kisah, tapi kebanyakan daripadanya bergerak di bawah satu sindiket yang aktif sejak beberapa tahun kebelakangan ini,” katanya.

Katanya, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan sewajarnya bagi membolehkan kegiatan berkenaan tidak lagi berlarutan dan jumlah pengemis warga asing juga dapat dikawal.

Polis, JKM sentiasa pantau

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Asisten Komisioner Junaidi Bujang memaklumkan bahawa pihak berkuasa sememangnya sedia maklum mengenai kewujudan sindiket berkenaan dan beberapa siri perbincangan bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut dijalankan sebelum ini.

Menurutnya, pihaknya sentiasa membantu dalam memantau kegiatan berkenaan bagi mengelakkan pihak tidak bertanggungjawab cuba untuk mengambil kesempatan.
“Kita sentiasa jalankan perbincangan bersama JKM dan beberapa operasi juga pernah dilaksanakan,” katanya.

Katanya, pihak berkuasa akan meneruskan pemantauan bagi mengesan dalang dan suspek yang menjalankan kegiatan sindiket berkenaan khususnya di sekitar kawasan itu.

Amah maut dalam kejadian samun di Kg Attap


1 Ogos 2014


KUALA LUMPUR - Seorang amah wanita warga Filipina ditemui mati di sebuah bilik stor di pangsapuri Jalan Choo Cheng Khay, Kampung Attap di sini, malam tadi.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Rany, 35, dipercayai dibunuh dalam kejadian samun sebelum mayatnya ditemui majikannya setelah pulang daripada makan malam di luar pada kira-kira 9 malam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, mayat mangsa yang masih lengkap berpakaian ditemui dengan dua kesan kecederaan di kepala dipercayai akibat dipukul dengan objek tumpul dan keras.  

Bagaimanapun, emak kepada tuan rumah yang menghidap strok berusia 75 tahun itu tidak dicederakan oleh suspek, katanya kepada pemberita di sini awal pagi ini.

"Wanita itu hanya boleh mendengar tetapi tidak boleh bercakap serta tidak diapa-apakan oleh suspek ketika menyamun rumah tersebut," katanya.

Menurut Zainuddin amah berkenaan telah berkhidmat dengan keluarga majikannya selama setahun 10 bulan dan ditugaskan untuk menjaga warga emas itu yang lumpuh itu.

Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai berlaku pada kira-kira 10.30 malam, apabila pintu dan jeriji rumah tersebut tidak dikunci.

"Polis tidak menemui sebarang senjata yang digunakan oleh suspek untuk memukul mangsa kecuali seterika berhampiran mayat mangsa...siasat masih dijalankan," katanya.  

Menurutnya, motif pembunuhan dipercayai samun dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat. - Bernama

Lelaki maut dalam kemalangan langgar lari


31 Julai 2014


KUCHING - Seorang lelaki dipercayai mangsa kemalangan langgar lari ditemui mati di tepi Jalan Kampung Mambong-Kampung Sarig dekat sini hari ini.

Mangsa Roger Guide, 55, dari Kampung Mambong dipercayai dilanggar sebuah kenderaan ketika berjalan kaki pulang ke rumah selepas menghantar buah rambutan dan durian ke rumah saudaranya di Kampung Sarig.

Menurut saudara mangsa, kira-kira 5 pagi tadi beliau menerima panggilan telefon daripada anak saudara mangsa memaklumkan dia menemui Roger terbaring di tepi jalan.

"Kami terus ke tempat kejadian tetapi mendapati mangsa telah pun meninggal dunia dan kemudian menelefon polis dan ambulans untuk membawa mangsa ke Hospital Umum Sarawak," katanya.

Laporan polis telah dibuat tetapi sehingga sekarang tiada siapa yang tampil mengaku bertanggungjawab menyebabkan kemalangan maut itu. - Bernama

32 GRO asing ditahan di Perai


31 Julai 2014

BUKIT MERTAJAM - Seramai 32 wanita pelayan pelanggan (GRO) ditahan di pusat hiburan di Jalan Baru, Perai dekat sini pagi tadi.  

Mereka terdiri daripada 20 orang warga Vietnam, tujuh Thai dan lima China yang ditahan dalam Op Noda pada pukul 1 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Mazlan Kesah yang mengesahkan penahanan itu berkata mereka yang berumur sekitar 20 dan 30-an didapati menyalah guna pas lawatan dan tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

"Kesemua mereka dipercayai bekerja sebagai GRO di pusat berkenaan," katanya. - Bernama

Lelaki ditemui mati di belakang stesen minyak


31 Julai 2014


SHAH ALAM - Seorang lelaki ditemui mati dengan kesan luka di kepala dan dahi di belakang sebuah stesen minyak di Seksyen 13 di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Ruslan Abdullah berkata, mangsa dikenal pasti sebagai Zainulazli Zahari, 31, berasal dari Kampung Pasir Dusun, Kelantan.

Katanya, polis menerima panggilan orang awam pada 6.44 pagi mengenai mayat yang ditemui dalam keadaan terlentang di belakang stesen minyak itu dan sebaik tiba di lokasi lelaki itu disahkan meninggal dunia.

Beliau berkata sebelum itu polis juga menerima laporan pada 6.20 pagi mengenai seorang lelaki yang ditemui dalam keadaan parah di kawasan berhampiran tempat mayat itu ditemui.

Ruslan berkata lelaki tempatan berusia 30-an itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang kerana cedera pada bahagian kepala dan patah tangan kanan.

Katanya siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa dipercayai diserang oleh sekumpulan lapan hingga 10 orang pekerja asing yang tinggal di kawasan berhampiran tempat kejadian. - Bernama

Budak tujuh tahun ditemui lemas di Sg Acheh


31 Julai 2014


NIBONG TEBAL - Seorang pelajar lelaki tahun satu yang hilang ketika keluar bersama bapanya ke kolam ternakan ikan di Jalan Sungai Udang, Sungai Acheh semalam, ditemui mati lemas hari ini.

Pegawai Operasi Mencari dan Menyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Penolong Penguasa Fauzi Shuib berkata mayat Khor Yi Jia dijumpai tengah hari tadi setelah usaha mencari dan menyelamat mangsa yang dihentikan pada pukul  11.30 malam tadi di sambung semula pada pukul 7 pagi hari ini.

"Mayat mangsa Khor Yi Jia, tujuh tahun, dari Sekolah Jenis Kebangsaan Yok Eng, telah dijumpai lebih kurang 200 meter dari  kawasan yang (dia) dilaporkan hilang pada pukul 12.31 tengah hari tadi," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari  ini.

Katanya, seramai 10 orang anggota bomba termasuk penyelam dengan bantuan 10 anggota polis marin menyertai operasi itu.

Mangsa dilaporkan hilang ketika berada di pelantar sangkar ternakan ikan yang terletak berhampiran Jambatan Kedua Pulau Pinang. - Bernama

36 kaki judi termasuk 2 wanita ditahan


31 Julai 2014


MELAKA - Seramai 36 kaki judi termasuk dua wanita yang sedang leka bermain mesin judi dicekup polis dalam Ops Dadu Bersepadu di tiga premis berasingan di Cheng dan Paya Rumput di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Superintendan Razali Bakar berkata dua lelaki dipercayai penjaga dua daripada tiga premis tersebut turut ditahan bersama 58 set komputer dalam serbuan lebih sejam bermula 2 petang tadi.

Beliau berkata kesemua kaki judi berusia 20 hingga 30-an itu ditahan dalam operasi membabitkan 20 anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka dan Daerah Melaka Tengah serta Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah.

Kesemua kaki judi itu ditahan mengikut Seksyen 6 Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dua penjaga premis terbabit pula disiasat mengikut Seksyen 4B akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM100,000 untuk setiap mesin atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

"Kebanyakan pengusaha premis mesin judi dikesan sentiasa berpindah tempat baharu untuk meneruskan perniagaan setelah premis mereka diserbu pihak berkuasa," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Razali berkata polis menjalankan 105 serbuan dan menahan 164 individu serta merampas 2,253 set komputer dalam usaha membanteras aktiviti berkenaan di daerah Melaka Tengah sejak Januari lepas hingga hari ini. - Bernama

Penjual bunga maut terhidu asap dalam kebakaran


31 Julai 2014


KUALA TERENGGANU - Seorang penjual bunga ditemui mati dipercayai akibat terhidu asap dalam kebakaran di rumahnya di Kampung Cherong Lanjut di sini.

Gwe Teng Lai, 70, ditemui terbaring di hadapan pintu dengan beberapa kecederaan kecil oleh seorang jirannya pada pukul 5 petang tadi.

Menurut jiran lelaki tersebut Foo Chia Chun, 24, dia menyedari kebakaran tersebut ketika sedang berehat bersama neneknya dan dia lantas bergegas ke rumah jirannya itu di samping berteriak meminta tolong dari orang ramai.

"Oleh sebab risaukan keselamatan Pak Cik Teng Lai yang tinggal seorang diri, saya memberanikan diri ke rumahnya ketika api mula marak dan berteriak memanggilnya.

"Ketika itu dia yang berada di dalam rumah sempat menyahut panggilan saya sebelum dia rebah sejurus berada di hadapan pintu utama rumahnya.

"Pada masa yang sama, saya terdengar beberapa bunyi letupan kecil yang datang dari arah dapur," kata Chia Chun di tempat kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Kamerul Bieza Mohd Kassim berkata mangsa ditemui terbaring tidak bernyawa di hadapan pintu rumahnya dipercayai akibat sesak nafas.

Beliau berkata rumah papan mangsa musnah keseluruhannya.  

Punca kebakaran masih disiasat. - Bernama

Kanak-kanak lemas di Pengkalan Balak


1 Ogos 2014


ALOR GAJAH - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang hilang selepas mandi bersama beberapa orang sepupunya di pantai Pengkalan Balak di sini petang semalam, ditemui lemas tengah malam tadi.
 
Mayat Wan Putera Izz Danish Wan Azrol Affendi, ditemui anggota bomba pada 12.19 tengah malam dalam keadaan meniarap di tepi pantai kira-kira satu kilometer dari tempat dia dilaporkan hilang.
 
Pengarah Bomba Melaka Sohaimi Mohamed berkata pihaknya menerima panggilan pada 7.41 petang semalam dan tiba di lokasi kejadian lapan minit kemudian sebelum memulakan operasi mencari dan menyelamat.
 
"Operasi mencari di laut hanya dapat dilakukan seketika sahaja disebabkan cuaca berangin dan laut berombak namun kita teruskan pencarian di tepi pantai sebelum menemui mayat mangsa," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
 
Sementara itu, bapa mangsa Wan Azrol Affendi Yunos, 39, ketika ditemui berkata dia pada mulanya tidak membenarkan anak sulungnya itu mandi di pantai berkenaan namun terpaksa bersetuju selepas dipujuk anaknya.

"Saya mengawasinya mandi bersama sepupunya dari jauh tapi dalam lima hingga 10 minit saya terleka sekejap dan apabila sedar dia dah tak ada...saya tidak dengar apa-apa jeritan pun sebelum itu," katanya.
 
Wan Azrol berkata dia kemudian berusaha mencari anaknya itu namun tidak menemuinya sebelum menghubungi bomba.
 
Katanya Wan Putera Izz Danish yang tinggal bersama bekas isterinya di Puchong, Selangor dibawa pulang beraya bersamanya di Melaka pada Selasa lepas.
 
"Dua hari sebelum kejadian dia memberitahu saya nak tinggal terus dengan saya sebab nak jaga adiknya," katanya.  - Bernama

Tembak hanya untuk 'suka-suka'


  • Tembak hanya untuk 'suka-suka'

KUALA LANGAT – Tiga lelaki ditahan berhubung kejadian tembak pistol angin di Jalan Jugra di hadapan Taman Banting Baru, di sini, kelmarin.

Menurut jurucakap polis, kesemua individu berusia lingkungan 25 hingga 34 tahun ini direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Katanya, siasatan awal mendapati, kejadian tidak berunsurkan dendam tetapi bermotif hanya 'suka-suka'.

Menurut jurucakap itu, pihaknya masih menyiasat motif kejadian sebenar dan selaras senapang yang digunakan untuk menembak mangsa dirampas bagi membantu siasatan.

“Kejadian ini turut menyebabkan seorang kerani sekolah berusia 31 tahun cedera di bahagian kepala sebelum dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata kerana memiliki senjata tanpa lesen,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Selangor, Asisten Komisioner Rooslan Radzi mengesahkan kejadian berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.54 petang kelmarin, seorang lelaki hampir maut apabila terkena peluru pistol angin di kepala ketika berada dalam kereta di bahagian belakang sebelah kiri.

Rumah terbakar, warga emas maut


  • Keadaan rumah mangsa yang hangus sama sekali.Keadaan rumah mangsa yang hangus sama sekali.

KUALA TERENGGANU - Seorang warga emas maut dipercayai sesak nafas akibat asap tebal apabila kediamannya di Cherong Lanjut, di sini, hangus terbakar, petang semalam.

Mangsa, Gwe Teng Lai, 70, yang bekerja sebagai penjual bunga orkid di pasar tani, menetap seorang diri di kediaman itu ketika kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang.

Menurut seorang saksi yang juga jiran mangsa, Foo Chia Chun, 23, dia keluar rumah kira-kira jam 5.10 petang dan mendapati terdapat kepulan asap dan rumah mangsa sedang marak terbakar, sebelum bertindak untuk cuba memadamkan kebakaran.

“Saya cuba memanggilnya dan dia menyambut sahutan sekali. Kemudian saya nampak dia pakai seluar, sebelum pengsan di depan pintu rumah. Saya cuba memanggilnya lagi tetapi dia tidak menyahut.

“Pada masa itu, api sudah marak dan saya tidak mampu berbuat apa-apa untuk membantu. Apabila pihak perubatan datang, mereka sahkan dia sudah tidak bernyawa,” katanya.

Sementara itu, Komander Operasi, PgB Mohamed Zulkhairul Mohamed Razilah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.11 petang.

Susulan itu dua jentera dengan kekuatan anggota seramai 11 orang dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu ke tempat kejadian.

“Rumah jenis separa kekal itu musnah 100 peratus dan kita dapati terdapat seorang mangsa berbangsa Cina berumur 70 tahun di tempat kejadian tetapi disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan. Punca kebakaran masih lagi dalam siasatan,” katanya.

Tiga lagi rumah teres terbakar


  • Keadaan satu daripada tiga rumah di Taman Sri Kota yang terbakar semalam.Keadaan satu daripada tiga rumah di Taman Sri Kota yang terbakar semalam.

TAIPING - Selepas tiga kediaman dan satu dapur sebuah tokong di Jalan Aun Chuan, Pokok Assam, musnah terbakar kelmarin, tiga lagi rumah teres di Taman Sri Kota rentung semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Penolong Penguasa Hasna Rashid berkata, dalam kejadian kira-kira 7.36 malam itu, dua jentera dengan kekuatan 14 anggota bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat daripada orang awam.

Menurutnya, operasi memadam kebakaran itu turut dibantu lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting.

"Kebakaran dapat segera dipadamkan dan rumah pertama hanya musnah lima peratus iaitu di bahagian bumbung bilik.

“Rumah kedua pula mengalami kemusnahan sebanyak 40 peratus membabitkan ruangan dapur dan bilik. Manakala rumah ketiga hanya bumbung dapurnya terbakar," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata, penghuni rumah pertama dan kedua sempat keluar menyelamatkan diri.

Katanya, bagi rumah kedua, penghuninya keluar makan malam dan hanya pulang ke rumah berkenaan pada musim perayaan.

“Tiada kecederaan dilaporkan dan punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Hasna berkata, operasi memadamkan kebakaran tiga kediaman tersebut tamat kira-kira jam 8.04 malam.

Tiga motosikal terlibat kemalangan, seorang maut


WARTAWAN SINAR HARIAN
31 Julai 2014


MELAKA - Seorang lelaki maut apabila motosikal ditungganginya terbabit kemalangan dengan dua lagi motosikal lain di Jalan Tambak Bugis, Alai Melaka, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 10 malam itu, Mohd Hairul Abd Ghani, 27, dari Kampung Telok Emas, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di tengkuk dan sebahagian anggota badan.

Menurut saksi, kemalangan dipercayai berlaku apabila salah sebuah motosikal terbabit cuba memotong kenderaan di laluan sama.

Bagaimanapun, motosikal yang memotong kenderaan itu telah berlanggar dengan dua buah motosikal lain dari arah bertentangan.

Empat lagi mangsa lain yang menunggang serta membonceng motosikal itu cedera dan kini dirawat di Hospital Melaka.

Sementara itu, bapa mangsa, Abd. Ghani Hitam, 52, berkata, sebelum kejadian, dia sekeluarga sempat keluar berhari raya menziarahi sanak- saudara di sebelah siang.

“Pada sebelah malam, dia memberitahu hendak keluar sebentar untuk membeli rokok. Tapi, saya tidak sangka dia terlibat dalam kemalangan," katanya ketika ditemui di perkarangan Bilik Mayat Hospital Melaka, semalam.

Abang mangsa, Mohd Sharil, 30, pula menyifatkan adiknya seorang yang aktif dalam kegiatan kampung termasuk marhaban dan kompang.

“Bukan sahaja kami sekeluarga kehilangannya malah rakan-rakan sekampung juga turut merasainya apatah lagi arwah aktif dalam persatuan,” katanya.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Sallehuddin Abdul Rahman mengesahkan kejadian dan meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu tampil membantu siasatan.

'Mujur jiran tolong padam api'


  • Nazri (kiri) menunjukkan kepada Mohd Azri Salehuddin keadaan bilik yang menjadi punca kebakaran yang nyaris memusnahkan rumahnya.Nazri (kiri) menunjukkan kepada Mohd Azri Salehuddin keadaan bilik yang menjadi punca kebakaran yang nyaris memusnahkan rumahnya.

MUADZAM SHAH – “Saya sekeluarga sangat bernasib baik kerana jiran-jiran membantu memadamkan api, jika tidak kemungkinan kami kehilangan rumah ini,” kata seorang penduduk Bukit Ibam, Mohd Nazri Zulkifly, 40-an, yang nyaris kehilangan rumahnya akibat kebakaran.

Menurutnya, kebakaran di salah sebuah bilik di rumahnya itu disedari oleh anak perempuan bongsunya yang berumur 5 tahun yang menjerit selepas melihat asap keluar dari bilik berkenaan.

“Bilik yang terbakar itu merupakan bilik salah seorang anak lelaki saya yang kebetulan ketika kejadian dia tiada di rumah.

“Anak perempuan saya yang bongsu menjerit selepas melihat asap keluar dari bilik itu dan saya terus pergi membuka pintu bilik tersebut untuk melihat keadaan dalamnya. Saya lihat api sedang marak dan mula merebak ke bilik menjahit isteri saya,” katanya.

Mohd Nazri yang bekerja sebagai guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Aur berkata, jiran-jiran yang datang membantu dengan memadamkan api menggunakan paip getah berjaya mengawal api daripada terus merebak.

“Kami menjerit minta tolong dengan jiran dan ramai yang datang membantu. Kami cuba memadamkan api menggunakan paip getah dan seterusnya berjaya menyelamatkan rumah dari terbakar selepas api dapat dikawal.

“Alat-alat menjahit isteri saya dan kain tempahan juga sempat diselamatkan. Jika tidak tentu kami menanggung kerugian yang lebih banyak selain terpaksa bertanggungjawab atas kain tempahan yang musnah,” katanya.

Nazri turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada jiran yang membantu hingga berjaya menyelamatkan rumahnya dan pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Muadzam Shah yang turut datang memadam kebakaran.

Sementara itu, Pegawai Hal Ehwal Islam Muip Muadzam Shah, Mohd Azri Salehuddin, berkata, Muip menghulurkan sumbangan bencana supaya dapat meringankan beban mangsa seterusnya memberi kekuatan untuk menempuh saat sukar selepas ditimpa musibah.

“Pihak Muip berharap bantuan yang diberikan akan dapat memberi kekuatan kepada mangsa sekeluarga agar dapat membaiki kerosakan di dua bilik yang terbakar tersebut dan di mana-mana bahagian rumah yang turut terjejas,” katanya.

Hati-hati ke mesin ATM


WARTAWAN SINAR HARIAN
1 Ogos 2014


KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu akan mempertingkatkan rondaan cegah jenayah bagi mengelak jenayah pecah rumah dan jenayah-jenayah lain berlaku sempena musim cuti perayaan ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, antara lokasi yang diberi tumpuan utama termasuklah kawasan perumahan; bangunan perniagaan; institusi kewangan dan premis jualan barangan emas serta pajak gadai.

“Kita akan lakukan rondaan cegah jenayah bermula seminggu sebelum cuti raya dan berakhir seminggu selepas cuti raya. Lokasi yang dikenal pasti agak berisiko untuk berlakunya jenayah akan diberi tumpuan lebih.

“Sebab itu, kita gesa orang ramai isi borang yang disediakan di setiap balai polis berhampiran sebelum meninggalkan kediaman atau premis perniagaan masing-masing.
“Ini bagi memudahkan kita mengenal pasti lokasi yang tidak berpenghuni bagi mempertingkatkan kekerapan rondaan cegah jenayah,” katanya.

Selain itu, katanya, orang ramai yang ingin menjalankan urusan pengeluaran wang tunai di mesin ATM sepanjang musim cuti perayaan ini diingatkan tidak sesekali melakukan urusan itu bersendirian.

“Jika boleh bawa teman semasa berurusan kerana pada musim cuti perayaan inilah, penjenayah suka mengambil kesempatan dengan menunggu sambil memerhati gerak geri individu yang berurusan di mesin ATM,” katanya.

Beliau turut menasihatkan individu yang baru selesai membuat urusan pengeluaran wang tunai agar jangan terus balik sebaliknya singgah dahulu di kedai berhampiran.

“Jika perlu, masuk dahulu ke kedai berhampiran mesin ATM bagi melengahkan masa sebagai tips keselamatan untuk mengaburi mata penjenayah.

“Selain itu, orang ramai dinasihatkan menggunakan laluan berbeza dan elak menggunakan laluan sama terutamanya laluan yang sunyi,” katanya.

Warga emas maut diseret


  • Keadaan motosikal yang terlibat dalam kemalangan semalam.Keadaan motosikal yang terlibat dalam kemalangan semalam.

KOTA BHARU - Seorang warga emas maut selepas terseret sejauh 44 meter, akibat dirempuh sebuah motosikal jenis Yamaha 125ZR berhampiran selekoh Bunut Payong, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 9.20 pagi itu, mangsa Ong Foo Nong, 78, yang berjalan kaki sambil menolak basikalnya dipercayai dilanggar selepas penunggang motosikal dari arah Wakaf Che Yeh ke Kota Bharu gagal mengelak mangsa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Idris Ab Rafar berkata, penunggang remaja berusia 18 tahun itu, cuba membrek namun jarak yang terlalu dekat menyebabkan motosikal berkenaan melanggar basikal yang ditolak mangsa dan menyebabkan warga emas itu terseret.

“Manakala penunggang motosikal juga turut melambung di atas bahu jalan berhampiran sebuah syarikat insurans di sini.

“Penunggang motosikal berkenaan mengalami kecederaan namun dilaporkan stabil dan ditempatkan di zon kuning wad Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) manakala mayat warga emas berkenaan di hantar ke unit forensik untuk bedah siasat,” katanya.

Idris berkata, motosikal terbabit mengalami kerosakan di bahagian hadapan manakala basikal rosak di bahagian tengah sebelah kiri.

“Kes disiasat di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan ( APJ) 1987 dan sebarang maklumat lanjut boleh salurkan kepada balai terdekat,” katanya.

Terdengar bunyi percikan api


  • Rumah didiami dua beranak dijilat api sebelum musnah dalam kejadian kebakaran kelmarin.Rumah didiami dua beranak dijilat api sebelum musnah dalam kejadian kebakaran kelmarin.

TANAH MERAH - Kegembiraan dua beranak menyambut Aidilfitri bertukar duka apabila rumah didiami mereka musnah dalam kebakaran pada hari raya kedua di Kampung Bukit Bunga, dekat sini, kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 10.45 malam itu menyebabkan mangsa, Selamah Mat Taib, 78, dan anaknya, Mohd Barisan Zakaria, 42, hilang tempat berteduh dan tinggal sehelai sepinggang.

Menurut Selamah, kejadian dipercayai bermula dari bilik anaknya itu berlaku ketika dia sedang membaca al-Quran selepas baharu pulang dari masjid berdekatan.

“Selepas hampir setengah jam baca al-Quran, makcik terdengar bunyi percikan api dari bilik anak dan bila jenguk dalam bilik, api sudah menyala,” katanya, semalam.

Selamah berkata, ketika kejadian memusnahkan rumah yang didiami sejak lebih 20 tahun itu, dia hanya bersendirian kerana anaknya tiada di rumah.

“Makcik cuba juga padam api guna air dalam periuk tetapi api makin besar (marak),” katanya yang bersyukur kerana sempat menyelamatkan diri sebelum mendapatkan bantuan jiran.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan II, Abdullah Mamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Jeli berkata, panggilan kecemasan diterima pihaknya pada jam 10.55 malam.

“Seramai lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat Jeli bersama empat anggota sukarelawan bomba terlibat dalam operasi mengawal api dan memadam kebakaran,” katanya.

Tambahnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan, manakala anggaran kerugian dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Jeritan selamatkan 2 pendaki gua


    Khairul Anwar dibawa keluar oleh anggota bomba dengan menggunakan tali.
    Khairul Anwar dibawa keluar oleh anggota bomba dengan menggunakan tali.
  • Khairul Anwar diberi rawatan awal di dalam gua sebelum dibawa keluar.Khairul Anwar diberi rawatan awal di dalam gua sebelum dibawa keluar.

GUA MUSANG - Misteri suara seorang wanita menjerit di puncak gua di Rancangan Tanah Felda Chiku 6, dekat sini, terjawab apabila menemui rakan lelakinya iaitu seorang warga Indonesia yang cedera apabila terjatuh dalam gua itu, petang kelmarin.

Wanita terbabit, Haslinda Isa, 44, menjerit meminta pertolongan kepada seorang peneroka yang memasuki kawasan ladang sawit dan menghampiri gua itu kira-kira jam 11 pagi untuk membantu rakannya, Khairul Anwar Rudin, 31, yang patah tangan kiri.

Mangsa yang tinggal di Hulu Langat Selangor itu berjaya diselamatkan pasukan anggota bomba dari Balai Bomba Penyelamat Gua Musang kira-kira jam 2.15 petang dan dikejarkan ke Pusat Kesihatan Chiku 3 untuk rawatan.

Haslinda ketika ditemui di Pusat Kesihatan Chiku 3 berkata, dia baru pulang dari Kuala Lumpur untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga di Rancangan Tanah Felda Chiku 5 sebelum merancang untuk mendaki gua itu bersama Khairul Anwar.

Menurutnya, dia mendaki gua itu sejak pagi Selasa lalu semata-mata mahu menuntut ilmu dan bertapa di gua terbabit bersama Khairul Anwar.

“Kami tidak berniat untuk bermalam, disebabkan kami menemui pelbagai kejadian aneh hingga memaksa kami berada di dalam gua semalaman.

“Ketika dalam perjalanan untuk turun semula petang Selasa lalu kaki Khairul Anwar tergelincir apabila cuba melompat selepas ternampak ular besar berwarna putih menyebabkan dia terjatuh dalam gua berkenaan,” katanya.

Haslinda berkata, berikutan kejadian itu, dia terpaksa menemani Khairul Anwar dan kira-kira jam 11 pagi kelmarin dia sempat memanggil seorang lelaki yang dipercayai peneroka yang menghampiri gua itu serta menceritakan mengenai kejadian terbabit.

“Mujur saya ternampak peneroka itu memasuki kawasan ladang dan menghampiri gua sebelum saya meminta tolong memanggil pasukan penyelamat bagi membantu Khairul Anwar yang cedera, jika tidak mungkin kami berdua akan berada dalam gua itu beberapa malam lagi," katanya.

Ketika kerja penyelamat dijalankan, Khairul Anwar yang separuh sedar berjaya dibawa turun anggota bomba dengan bantuan polis dan penduduk kampung. Haslinda tidak mengalami sebarang kecederaan, namun turut menerima rawatan di klinik sama sebagai pesakit luar.

Ketua Operasi Penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Mohd Razani Mamat ketika ditemui di tempat kejadian berkata, pihaknya menerima panggilan jam 10.48 pagi sebelum bergegas ke tempat kejadian dengan sebuah jentera bersama enam anggota.

Beliau mengakui gua itu jarang didaki orang ramai dan pihaknya mengambil masa lebih dua jam untuk membawa turun dua mangsa yang berada di dalam gua terbabit.

“Kita menggunakan pelbagai kepakaran yang ada bagi melakukan kerja menyelamat yang dianggap paling sukar dan bersyukur semua tugas itu berjalan lancar tanpa ada sebarang kejadian tidak dingini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Saiful Bahri Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan terbabit dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Tiga maut dalam tiga kemalangan


WARTAWAN SINAR HARIAN
31 Julai 2014


PORT DICKSON - Tiga maut dalam tiga kejadian kemalangan berasingan di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supritendan Abd. Wahab Harun berkata, kejadian pertama berlaku kira-kira 5 pagi di Kilometer 10 Jalan Lukut-Port Dickson membabitkan sebuah kereta jenis pacuan empat roda terbabas melanggar pokok.

Menurutnya, kereta dipandu dari arah Sepang ke Port Dickson hilang kawalan lalu terbabas melanggar pokok di bahu jalan sebelum terbalik.

"Mangsa, penumpang warga Indonesia, Abdul Aziz, 25, maut di tempat kejadian akibat cedera parah sementara pemandu kereta, Sam Woon How, 31, tersepit di tempat duduk.

Anggota bomba mengambil masa 10 minit untuk mengeluarkan mangsa dan mangsa dihantar ke Hospital Port Dickson.

Dalam kejadian kedua, penunggang motosikal yang memegang kad pengenalan pemastautin tetap, Mahyuni Ahmad, 48, maut setelah motosikalnya dirempuh di Kilometer 14.8 Jalan Lukut-Sepang.

"Kejadian berlaku pada 11.15 pagi dan dipercayai mangsa yang menunggang bersendirian dari arah Lukut hendak masuk ke simpang Taman Jimah Jaya.

"Mangsa membelok ke kanan lalu dirempuh pacuan empat roda yang sedang menuju ke Lukut dari arah Sepang," katanya.

Sementara itu, dalam kejadian ketiga, mangsa, K Lecmanan, 30, maut di tempat kejadian apabila motosikalnya dilanggar sebuah lori tangki.

"Mangsa dari arah Dataran Segar telah keluar simpang dengan membelok ke kirinya secara tiba-tiba, kemudiannya dilanggar lori tangki dari arah Port Dickson ke Lukut," katanya.

Imam masjid di China maut ditikam


  •  Jume Tahir,

XINJIANG - CHINA. Imam masjid terbesar di China, Masjid Id Kah menemui ajal di masjid tersebut selepas ditikam di pekarangan masjid itu pada pagi semalam.
Mengesahkan kejadian tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Kestabilan dan Kejiranan Kashgar, Abdugheni Dolkun berkata, mangsa, Jume Tahir, 74, diserang dan ditikam selepas meninggalkan masjid itu di pagi sambutan kedua Aidilfitri.
“Arwah ialah seorang yang sangat warak dan kuat agama. Seseorang telah membunuhnya.
“Sejak kebelakangan ini, beliau banyak berucap secara terbuka mengenai pandangannya terhadap keganasan yang tercetus di barat Xinjiang dan menyalahkan puak pemisah,” katanya melalui laporan sebuah portal hari ini.
Menurutnya lagi, beliau seorang yang pemaaf, disenangi dan tidak mempunyai musuh di kejiranan tersebut.
“Namun ada seorang guru pernah mendakwa bahawa dia dimusuhi kerana menyokong penindasan kerajaan Uighur dan imam tersebut juga pernah dituduh menjadikan masjid tersebut sebagai markas untuk menyebarkan propaganda ajaran komunis,” katanya lagi.
Jenazahnya dikebumikan melalui sebuah upacara kecil di Kashgar, pada hari yang sama.
Menurut laporan tesebut lagi, beliau merupakan Timbalan Kongres Kebangsaan China dan Naib Presiden Persatuan Islam Xinjiang

Tidak sangka jadi mangsa tembakan


MOHD. Syukur Shafie menceritakan detik-detik dia terkena tembakan semasa berada dalam kereta sewaktu ditemui di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor, semalam. - UTUSAN/Saharuddin Abdullah
KLANG 31 Julai - "Saya tidak sangka rasa pedih, panas dan lelehan darah di dahi adalah akibat terkena peluru senapang angin".
Demikian kata mangsa serangan peluru senapang angin, Mohd. Syu-kur Shafie, 31, yang berasa kejadian berlaku dengan pantas sehingga dia sedang duduk bahagian kiri belakang kereta merasai terdapat objek menembusi di dahinya.
Mohd. Syukur berkata, dia turut tercedera di tengah dahi dan di bahagian mata kiri akibat terkena serpihan tingkap kaca yang pecah.
"Ketika itu, saya bersama dua ipar sedang menuju ke stesen minyak dari Kelanang ke pekan Banting.
"Saya menoleh ke arah cermin dan secara tiba-tiba berasa pedih dan panas akibat tembakan tersebut," katanya ketika ditemui di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini hari ini.
Menurut Syukur, dia telah meminta abang iparnya untuk melihat dan mendapati sebiji bebola kecil besi telah menembusi dahinya.
"Kami berasa terkejut dan bergegas menuju ke Hospital Banting untuk mendapatkan rawatan.
"Namun, saya telah dibawa ke HTAR dengan menaiki ambulans dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi dan peluru berbentuk bola besi itu berjaya dikeluarkan malam tadi," katanya.
Akibat tembakan senapang angin itu juga, kata Mohd. Syukur, serpihan kaca masih tertinggal di mata kirinya dan rawatan dijangka dibuat esok.
Dalam pada itu, empat lelaki tempatan telah ditahan di sebuah kedai di kawasan tersebut pada hari kejadian dan dipercayai suspek tembakan tersebut.
Kesemua lelaki yang berusia antara 28 sehingga 34 tahun itu telah direman selama tujuh hari bermula semalam.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abd. Rahim Jaafar berkata, tangkapan telah dibuat dan pihak polis turut merampas senapang angin tersebut.
"Pihak polis telah menjumpai senjata tersebut di sebuah kedai milik salah seorang suspek," katanya.
Tambah Abd. Rahim, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata Api.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140801/je_01/Tidak-sangka-jadi-mangsa-tembakan#ixzz395Thhece
© Utusan Melayu (M) Bhd