Search This Blog

Thursday, July 31, 2014

Maut terlebih makan kambing


Alor Gajah: Keriangan sekumpulan bekas pelajar sekolah mengadakan perjumpaan Hari Raya sambil menikmati kambing bakar di tepi pantai, malam tadi bertukar kejutan menyedihkan apabila seorang daripada mereka sakit perut dan maut ketika dirawat di sebuah klinik di Masjid Tanah di sini, kira-kira 11 pagi ini.
Menurut sumber, Abdul Kader Joned, 45, anak bungsu dari sembilan beradik mengadu sakit perut dan pinggang selepas dikatakan makan terlalu banyak daging kambing bakar menyebabkan dia dihantar ke Klinik Kesihatan Masjid Tanah untuk rawatan. 

Terdahulu, katanya, Abdul Kader menyertai satu perjumpaan bekas rakan sekolah menengahnya di pantai peranginan Pengkalan Balak dekat sini, malam tadi yang turut menyediakan kambing bakar.
Foto
JENAZAH Abdul Kader dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat. FOTO Arifin Salleh

Sumber itu berkata, Abdul Kader makan kambing bakar dalam jumlah yang banyak sebelum mengalami masalah sakit perut.

"Mangsa mengadu pada beberapa rakannya dan dihantar ke klinik berkenaan namun keadaannya semakin lemah dan kritikal. 

“Dia disahkan meninggal dunia ketika dirawat tiga doktor di klinik berkenaan," katanya. 

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Mohamad Laham berkata, mangsa didapati tiada rekod perubatan lampau dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan diklinik berkenaan. 

"Mayat mangsa kemudian dihantar ke Bilik Mayat Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya. 

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/31

Perompak 'beraya' di banglo



MOHAMAD KAMAL, adik kepada Mohamad Kamsul menunjukkan tingkap yang diumpil penjenayah yang menceroboh masuk ke rumah ibu mereka semalam.


PERAK TENGAH – Sambutan Hari Raya Aidilfitri buat sebuah keluarga besar di Kampung Sejagop dekat sini semalam menjadi mimpi ngeri apabila rumah banglo yang didiami dimasuki lima penjenayah yang kemudian melarikan barangan berharga yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM100,000.
Semasa kejadian pukul 3 pagi, rumah tersebut didatangi 21 orang daripada lima keluarga yang pulang menyambut Aidilfitri bersama ibu mereka.
Semua mangsa yang berumur lima tahun hingga 59 tahun semasa kejadian sedang nyenyak tidur di ruang tamu dan bilik masing-masing sebelum dikejutkan ‘tetamu’ tidak diundang pada awal pagi.
Pemilik rumah itu, Halijah Ahmad, 59, berkata, dia yang tidur di ruang tamu bersama seorang anak perempuannya terjaga selepas terdengar sesuatu bunyi sebelum ternampak kelibat lima lelaki dan ada antara mereka memegang parang berada dalam rumah.
Kata Halijah, kelima-lima lelaki itu yang bercakap loghat bahasa Indonesia kemudian meminta dia dan anak perempuannya supaya tidak melawan sebelum mereka kemudian diikat.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0731&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz392hJBlJH 
Hakcipta terpelihara 

Haram berselfie di tanah perkuburan


Oleh MAZLINA ABDUL MAJID, JALALUDDIN BAHARIN dan NURUL NAFISAH MAZLAN

GAMBAR daripada Instagram seorang pelakon menunjukkan dia berselfie di tanah perkuburan di Sabah baru-baru ini.


KUALA LUMPUR - Dua pendakwah bebas menyifatkan tindakan seorang selebriti mengambil gambar selfie di sebuah tanah perkuburan Islam baru-baru ini sebagai haram.
Perbuatan itu juga tegas salah seorang pendakwah bebas, Datuk Mohd. Dauh Che Ngah mencerminkan bahawa individu berkenaan memiliki akhlak sangat rendah dan memalukan agama Islam.
"Dia seorang artis yang dikenali ramai, bukan orang biasa, perbuatannya itu seolah-olah mahu menunjuk-nunjuk supaya apa yang dilakukannya itu akan jadi tumpuan.
"Ia (perbuatan berselfie) sudah jatuh haram. Pada masa sama, dia telah mencemarkan kesucian Islam kerana mempamerkan sikap tidak baik kepada orang bukan Islam.
"Mereka (orang bukan Islam) akan tertanya-tanya, inikah perangai seorang Islam? Pergi ke kubur tunjuk perbuatan tidak senonoh dengan berselfie apatah lagi ada yang mendakwa dia terpijak kubur orang lain," katanya yang kurang senang dengan perlakuan artis berkenaan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0731&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz392fSuRBv 
Hakcipta terpelihara 

37 rakyat Malaysia jadi buruan





KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan seramai 21 daripada 37 rakyat Malaysia yang tersenarai dalam laman web Polis Antarabangsa (Interpol) membabitkan individu yang dicari bagi membantu kes-kes jenayah komersial.
Sehingga semalam, PDRM menyenaraikan seramai 37 rakyat negara ini yang dipercayai sudah melarikan diri ke luar negara selepas menyedari mereka dikehendaki bagi membantu siasatan kes-kes jenayah.
Mengikut senarai tersebut, 21 individu iaitu 17 lelaki dan empat wanita yang dicari bagi menyelesaikan kes-kes jenayah komersial yang kebanyakannya melibatkan kes-kes seperti memalsukan kad kredit, penipuan dalam urusan pinjaman wang dan penipuan berkaitan teknologi maklumat.
Jurucakap polis Bukit Aman berkata, senarai 21 rakyat negara ini yang dicari bagi kes-kes komersial itu bukan sahaja dikehendaki oleh PDRM malah mereka juga dicari pihak berkuasa negara lain seperti Amerika Syarikat (AS), Vietnam, Brunei, Indonesia, China, Kuwait dan India.
"Senarai rakyat Malaysia dalam laman web Interpol itu ada dalam kalangan mereka sudah dicari beberapa tahun lalu namun sehingga sekarang belum dapat dikesan kerana mereka melarikan diri ke beberapa buah negara lain sebaik menyedari lokasi persembunyian mereka dikesan," kata jurucakap polis itu ketika dihubungi Kosmo! di sini baru-baru ini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0731&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz392et1b6D 
Hakcipta terpelihara 

Anak maut hari raya kedua


  • Mohd Zulkhairi (kanan) mewakili Basir menyerahkan bantuan kepada Mohamad.Mohd Zulkhairi (kanan) mewakili Basir menyerahkan bantuan kepada Mohamad.

KUALA NERUS - Ketibaan Syawal tahun ini seperti tidak bererti buat pasangan suami isteri Zaharah Dollah dan Mohamad Abd Rahman, 78, apabila anak sulung mereka menemui ajal setelah tercampak dari bot yang dinaikinya.
Kejadian dilaporkan berlaku selepas bot dinaiki mangsa hilang kawalan lalu terlanggar batang kelapa sebaik menyusuri sungai di Jeti Merang, kelmarin.

Lebih menyedihkan, kejadian malang yang menimpa pekerja di Laguna Redang di Pulau Redang, Rushdi Mohamad, 38, berlaku ketika semua ahli keluarganya masih bergembira menyambut lebaran yang baru memasuki hari kedua.

Menceritakan detik menyedihkan itu, Zaharah, 63, berkata malam sebelum kejadian anaknya meminta dia mengejutkannya awal pagi kerana perlu menaiki bot seawal jam 6.30 pagi di jeti berkenaan.

“Makcik kejutkan dia kira-kira jam 6 pagi kerana dia menaiki bot pada jam 6.30 pagi, dan ketika itu dia tidak menunjukkan sebarang perubahan pelik.     

“Bagaimanapun, sehari sebelum kejadian, iaitu pada pagi 1 Syawal, dia kurang bercakap berbanding hari-hari biasa sedangkan sebelum ini dia seorang anak yang sangat ramah.

“Malah, pada tahun ini juga dia telah memberikan duit raya kepada semua adik beradik yang lain.

"Sebelum ini, duit raya hanya diberikan kepada adik-adik yang belum berkahwin dan anak-anak saudara sahaja,” kata Zaharah menceritakan perihal anak sulung daripada sembilan beradik itu ketika ditemui di kediaman keluarga di Kampung Tengah Mengabang Telipot.

Menurut Zaharah, arwah yang masih bujang sempat berseloroh dengan ibu saudaranya sehari sebelum kejadian, mengenai dirinya yang mungkin tidak sempat berkahwin ketika diajukan mengenai hal tersebut.

“Meskipun sedih dengan kejadian yang menimpanya (Rushdi), apatah lagi dia seorang anak yang baik dan banyak membantu keluarga, namun makcik reda dengan pemergiannya,” katanya.

Menurutnya, Rushdi yang telah lebih 10 tahun bekerja dengan syarikat yang berpangkalan di Pulau Redang itu, merupakan seorang yang disenangi bukan sahaja dalam kalangan ahli keluarga dan sanak saudara, malah rakan-rakannya yang lain.

Beliau berkata, meskipun Rushdi membesar dan tinggal bersama neneknya di Mengabang Telipot, Tepuh, hubungannya dengan ahli keluarga yang lain tetap rapat seperti biasa.

Semalam, Sinar Harian melaporkan seorang lelaki berusia 38 tahun maut akibat tercampak keluar daripada bot yang hilang kawalan dan kemudian melanggar batang kelapa kira-kira lima minit berlepas dari jeti Merang.

Rushdi disahkan maut di tempat kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Supritendan Abdul Rahman Raja Mohamed memberitahu, dalam kejadian kira-kira jam 6.45 pagi itu, mangsa bersama tujuh yang lain difahamkan mahu ke Pulau Redang.                                  

Dalam pada itu, Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Nerus, Datuk Basir Ismail menerusi pembantunya, Mohd Zulkhairi Saidi turut menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa bagi meringankan beban.

Bayi maut tercampak nahas kereta


  • Keadaan kereta Perodua Kancil yang dinaiki kesemua mangsaKeadaan kereta Perodua Kancil yang dinaiki kesemua mangsa

GEMAS – Seorang bayi berusia setahun tiga bulan maut tercampak selepas kereta dinaiki lima sekeluarga terbabas ke bahu jalan dan merempuh tiang papan tanda, sebelum terbalik masuk ke dalam semak di Kilometer 42.8 Jalan Tampin-Gemas di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 9.25 pagi itu, Muhammad Amir Zikri Abdullah maut di tempat kejadian, manakala abangnya, Norhakimi Fakihin Abdullah, 7, disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban, petang semalam.

Kedua-dua mangsa dikatakan dalam perjalanan bersama ibu saudaranya, Zulikha Yahya, 26, dan neneknya, Noraini Mohd Yusuf, 55, dari Shah Alam, Selangor, menuju ke Segamat, Johor.
Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Wooi Kooi Cheang berkata, kejadian berlaku apabila kenderaan jenis Perodua Kancil dinaiki keluarga berkenaan terbabas ke kiri jalan sebaik tiba di persimpangan masuk ke Jelai.

Beliau berkata, Zulikha yang memandu kereta cedera di tangan kanan, sementara Noraini mengalami luka-luka di muka, kepala dan badan. Kedua-duanya dikejarkan ke hospital berdekatan bagi rawatan lanjut.

"Mayat Muhammad Amir pula dihantar ke Hospital Tampin untuk bedah siasat. Norhakimi dihantar di  Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah, bagaimanapun dirujuk kepada Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban. Namun, mangsa dilaporkan meninggal dunia petang
semalam.

"Manakala seorang lagi adik-beradik mangsa dikenali sebagai Nurfahrin Fakihin Abdullah, 6, hanya cedera ringan," katanya.

Susulan kejadian itu, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Gemas dikejarkan ke lokasi kejadian bagi membantu mangsa.

Mangsa dikeluarkan oleh orang awam dan dikejarkan ke hospital bagi rawatan lanjut.

Difahamkan, ibu kepada kanak-kanak malang itu kini berada di Scotland.

Sementara itu, adik Noraini, Ramlah Mohd Yusuf, 51, berkata, dia terkejut apabila menerima panggilan telefon daripada kakaknya yang memberitahu mereka terbabit dalam kemalangan.

Menurutnya, sepatutnya pada tahun ini kakaknya itu tidak pulang beraya di kampung, namun akhirnya merubah fikiran pada malam sebelum kejadian dan memaklumkan menerusi WhatsApp.

“Sebenarnya, apabila dia beritahu nak pulang, saya tidak sedap hati kerana sejak seminggu lalu saya sering terbayangkan kereta Kancil biru yang dinaiki mangsa.

“Entah kenapa saya asyik terbayang dan termenung apabila diberitahu akan pulang. Malah, dada saya juga berdebar-debar," katanya.

Menurutnya, dia sepatutnya berjumpa dengan arwah Muhammad Amir pada hari raya tahun lalu dan ketika itu dia masih lagi kecil.

"Kini kami menunggu kepulangan ibunya yang bekerja dengan syarikat penerbangan di Scotland. Ibunya sudah enam bulan bekerja di sana dan terkejut dengan kejadian ini," katanya.

139 kematian lapan hari Ops Selamat


2014/07/31
Kuala Lumpur: Sebanyak 139 kematian dengan 127 kes kemalangan maut dilaporkan di seluruh negara sepanjang lapan hari Ops Selamat dilaksanakan.

Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Fuad Latiff, berkata sepanjang tempoh itu, 10,349 kemalangan dilaporkan berlaku di lebuh raya, Jalan Persekutuan, jalan bandaran dan pelbagai jalan lain.


“Sejak Op Selamat dilancarkan pada 21 Julai lalu, 117,957 saman dikeluarkan kepada pesalah trafik atas pelbagai kesalahan jalan raya. Sebanyak 1,598 saman untuk kesalahan memotong di lorong kecemasan,” katanya di sini, semalam.

Saman maksimum

Fuad berkata, saman maksimum RM300 dikenakan ke atas pemandu yang melakukan kesalahan memotong di lorong kecemasan.

Katanya, jika pesalah trafik itu ditahan ketika melakukan kesalahan, mereka perlu membayar saman serta-merta.

“Kita tidak bertolak-ansur dan tiada pengurangan akan diberikan untuk jumlah saman memotong di lorong kecemasan kerana ia adalah kesalahan serius.
Sementara itu, Fuad berkata, seramai 19,421 orang awam membuat laporan sebagai pemberitahuan akan meninggalkan rumah masing-masing untuk bercuti Aidilfitri dengan mengisi borang Maklumat Balik Kampung bagi memudahkan polis membuat rondaan dan pemantauan.

“Sepanjang Op Selamat, 24,440 rumah dipantau oleh anggota kami yang melakukan rondaan berkala untuk memastikan tiada sebarang kejadian jenayah seperti pecah rumah,” katanya.

Anak terkulai macam kena tembak

Anak terkulai macam kena tembakAbdul Rahman menunjukkan meter motosikal yang pecah akibat letupan mercun bola yang mengorbankan Mohd Hafi Rayan di Kampung Ithnin Maarof, Simpang Renggam, kelmarin. - Foto ADNAN IBRAHIM

Simpang Renggam: “Sebaik mercun bola meletup, Mohd Hafi Rayan yang berada dalam dakapan saya terkulai bagaikan terkena tembakan,” kata Abdul Rahman Endot yang menceritakan detik anak bongsunya berusia dua tahun terkena mercun pada 1 Syawal. 


Dalam kejadian jam 12.45 tengah hari di Kampung Ithnin Maarof di sini, mangsa yang cedera di dada, muka, tangan kiri dan kecederaan dalaman, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Kluang.

Abdul Rahman cedera ringan di muka, telinga dan bibir.

Abdul Rahman ketika ditemui semalam, berkata sebelum kejadian, beliau bersama anaknya menyertai kumpulan marhaban bersama penduduk kampung.

Berlumuran darah

Sebaik memberhentikan motosikal di hadapan sebuah rumah bagi menantikan kunjungan kumpulan marhaban, tiba-tiba sebiji mercun bola jatuh dari atas pokok dipercayai dibaling oleh seseorang sebelum meletup di hadapan mereka.

Selepas mercun bola itu meletup, Hafi Rayan terus terkulai dan berlumuran darah.
Berikutan itu, mangsa dikejarkan ke Klinik Simpang Renggam untuk rawatan awal sebelum dirujuk ke Hospital Kluang. 

MESIN ATM KENA 'BOM': Petunjuk positif rakaman CCTV


2014/07/31 - 06:11:32
Kuala Lumpur: Polis mempunyai petunjuk positif dalam usaha menjejaki suspek kes letupan mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah bank di Bukit Beruntung Rawang, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Rahim Jaafar, berkata petunjuk itu diperoleh berdasarkan bukti di lokasi termasuk telefon bimbi yang ditemui dipercayai milik suspek.


Teliti CCTV

Katanya, polis sedang meneliti kamera litar tertutup (CCTV) bank berkenaan dan beberapa lagi lokasi dipercayai dilalui suspek bagi mendapatkan gambaran jelas kejadian itu.

“Berdasarkan maklumat saksi dan bukti di lokasi, polis percaya suspek lebih daripada dua orang dan mereka juga disyaki orang tempatan.

“Berdasarkan petunjuk itu, kami percaya kes ini dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

Polis sedang mengumpul maklumat bagi membuat tangkapan dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Dalam kejadian jam 5 pagi itu, sebuah bank rosak teruk selepas sekumpulan penjenayah menggunakan bahan letupan untuk meletupkan pusat perkhidmatan bank itu yang menempatkan tiga ATM, dua mesin pendeposit tunai (CDM) dan mesin deposit cek dan dua mesin pusingan semula tunai.

Bagaimanapun, mereka gagal memperoleh wang dari mesin berkenaan.

Suspek kemudian dilihat melarikan diri dengan menaiki motosikal mini scrambler.

Ceramah naib juara Pencetus Ummah disiasat


2014/07/31 - 06:14:12
Georgetown: Polis sedang menyiasat naib juara program realiti Pencetus Ummah, Shahul Hameed MPH Seeni Mohd, atas dakwaan menyampaikan ceramah yang berbaur perkauman dan kebencian agama.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, berkata siasatan dilakukan selepas MIC, Parti Progresif Penduduk (PPP) dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Hindu negeri ini membuat laporan polis mengenai perkara itu.


“Kes akan dirujuk kepada Bukit Aman untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi BH di sini, semalam.

Semalam, kira-kira 30 ahli Putera, Pemuda dan Wanita MIC Pulau Pinang bersama wakil PPP serta beberapa NGO Hindu berkumpul pada jam 10 pagi di Balai Polis Jalan Patani di sini, bagi membuat laporan polis dan meminta siasatan dijalankan terhadap penceramah bebas terbabit.

Dalam perkembangan berkaitan, Bukit Aman menerusi Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat), Datin Asmawati Ahmad, menasihatkan orang ramai termasuk penceramah bebas tidak menyentuh sensitiviti kaum lain dalam menyampaikan ceramah agama masing-masing.

10 maut, 200 terperangkap bukit runtuh


2014/07/31 - 06:05:09
Sekurang-kurangnya 10 terbunuh manakala 200 lagi dikhuatiri terperangkap dalam kejadian bukit runtuh di sebuah kampung di barat India berikutan hujan monsun yang lebat.

Pasukan keselamatan bergegas ke perkampungan terpencil di daerah Pune dekat negeri Maharashtra, apabila sebuah bukit runtuh menyebabkan lumpur dan batuan mula menimpa kediaman di awal pagi ketika kebanyakan penduduk sedang tidur.


“Sekurang-kurangnya 10 yang terkorban sudah dikeluarkan,” kata jurucakap wanita kepada Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan menerusi emel kepada AFP.

“Dua berjaya di selamatkan. Menurut pihak berkuasa daerah itu, 150 hingga 200 lagi dikhuatiri masih terperangkap,” katanya. Komander Wilayah Pasukan Tindak Balas Bencana Kebangsaan (NDRF) Alok Avasthy berkata tanah runtuh itu menyebabkan lebih 50 kediaman musnah di kampung Malin.

Seramai 300 anggota penyelamat dikerahkan ke kampung itu, namun hujan berterusan menjejaskan operasi, kata pihak berkuasa.

Sesuatu menyedihkan

Perdana Menteri Narendra Modi menyifatkan kehilangan nyawa itu sebagai sesuatu yang menyedihkan di Twitter, manakala rakaman menunjukkan petugas keselamatan membawa mangsa menggunakan pengusung ke arah kenderaan, sambil disaksikan orang ramai.
Jentera berat digerakkan dalam usaha menyelamatkan mereka yang dikhuatiri terperangkap, manakala kira-kira 30 ambulans bergegas ke tempat kejadian, demikian menurut pegawai kerajaan tempatan, Saurav Rao memberitahu agensi berita Press Trust of India.

“Jumlah sebenar mangsa masih tidak diketahui kerana kita bergerak secara perlahanlahan untuk memastikan mereka yang terperangkap dikeluarkan dengan selamat,” kata Rao. AFP

Loji kuasa Gaza dimusnahkan


  • Kepulan asap kelihatan selepas serangan Israel di timur Gaza di sepanjang sempadan antara Israel dan Gaza City. - Foto EPAKepulan asap kelihatan selepas serangan Israel di timur Gaza di sepanjang sempadan antara Israel dan Gaza City. - Foto EPA

GAZA - PALESTIN. Pengeboman tanpa henti Israel ke atas Gaza menasuki episod baru apabila rejim Zionis telah memusnahkan logi kuasa milik negara berkenaan.

Pengarahnya, Mohammed al Sharif berkata, krisis terbaru itu telah menyebabkan 1.8 juta rakyat Gaza menderita lebih daripada 20 jam sehari.

Menurut sebuah pertubuhan hak asasi manusia, Amnesty International, pemusnahan stesen kuasa merupakan satu hukuman koektif buat rakyat Palestin.

Lebih memburukkan keadaan lagi,  serangan tersebut dikatakan telah  mengganggu sistem bekalan air Gaza.

Dalam pada itu, pegawai stesen jana kuasa Gaza, Fathi Sheikh Khalil berkata, pihaknya memerlukan masa yang lama bagi membaiki kerosakan yang telah dilakukan oleh tentera Israel.

"Semuanya telah dibakar, kami memerlukan sekurang-kurangnya satu tahun untuk membaiki kilang kuasa, turbin, tangki minyak dan bilik kawalan," katanya seperti yang dipetik melalui laporan sebuah portal hari ini.

Bagaimanapun katanya lagi, kesemua pekerja yang terperangkap semasa kebakaran di stesen janakuasa tersebut telah selamat dikeluarkan.

Hasil pemeriksaan awal mendapati kerosakan stesen kuasa itu telah melumpuhkan sistem pam air, sekaligus memaksa penduduk untuk memulakan catuan air bagi kegunaan harian mereka.

Kanak-kanak maut dirempuh pesawat


  • Pesawat kecil tersadai  selepas merempuh seorang kanak-kanak dan bapanya di tepi Pantai Florida.Pesawat kecil tersadai selepas merempuh seorang kanak-kanak dan bapanya di tepi Pantai Florida.

MIAMI – AMERIKA SYARIKAT. Seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 9 tahun dan bapanya maut dirempuh sebuah pesawat kecil di pantai peranginan Florida, semalam.

Mengesahkan kejadian tersebut, jurucakap Jabatan Syerif Daerah Sarasota, Wendy Rose berkata, mangsa, Oceana Irizarry bersama bapanya Ommy Irizarry, 36, sedang bersiar di pantai pada Ahad lalu ketika dirempu pesawat yang sedang melakukan pendaratan kecemasan di lokasi kejadian.

Menurut Rose, bapa mangsa maut ditempat kejadian manakala Irizarry meninggal dunia ketika dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

Bagaimanapun, juruterbang pesawat, Karl Kokomoor dan penumpang pesawat tersebut, David Theen tidak mengalami sebarang kecederaan.

Difahamkan, juruterbang bagi pesawat kecil Piper Cherokee 1972 tidak dapat berpatah balik ke Lapangan Terbang Venice dan terpaksa melakukan pendaratan di Pantai Caspersen.

Kokomoor yang juga merupakan seorang ketua eksekutif dan presiden sebuah firma kejuruteraan, mendakwa dia tidak menyedari kehadiran mangsa di pantai tersebut.

“Saya tidak nampak mereka. Saya hanya sedar mengenai kemalangan tersebut sebaik sahaja kami mendarat,” katanya.

Dakwanya lagi, dia terpaksa membuat keputusan untuk mendarat berikutan pesawatnya telah kehilangan altitud penerbangan.

Siasatan penuh kini dijalankan oleh Persekutuan Pentadbiran Penerbangan (FAA) dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara.

18 maut tanah runtuh di India

18 maut tanah runtuh di India ANGGOTA penyelamat mengusung mangsa tanah runtuh keluar dari lokasi kejadian di perkampungan terpencil di barat India, awal pagi tadi. - Foto AP 

NEW DELHI: Hujan lebat menyebabkan tanah runtuh teruk di perkampungan terpencil di barat India sehingga mengorbankan sekurang-kurangnya 18 orang dan menghanyutkan kediaman serta kemungkinan ramai yang terperangkap dalam sisa runtuhan, kata pegawai hari ini.

Pegawai pengurusan bencana berkata, anggota penyelamat bertungkus lumus sepanjang malam menggunakan lampu limpah yang dipasang pada jip dan jentolak berjaya menyelamatkan tujuh orang. Keadaan mereka dilaporkan stabil.

Bagaimanapun, hujan lebat berterusan dan keadaan jalan raya yang kurang baik menyukarkan anggota penyelamat dan penghantaran bantuan daripada sampai ke Ambegaon iaitu perkampungan dalam daerah Pune, wilayah Maharashtra.

Komander Pasukan Tindak Balas Bencana Kebangsaan, Alok Avasthy berkata, 18 mayat sudah dijumpai dari bawah lumpur, batu, pokok dan sisa runtuhan lain.

"Semua yang ada di atas kawasan bukit runtuh ke bawah," kata pegawai daerah, Suresh Jadhav. - AP 

Persiapan kahwin jadi abu


“Ini dugaan berganda bukan saja untuk saya, tetapi untuk ahli keluarga yang lain kerana kami kini tinggal sehelai sepinggang kerana tidak dapat menyelamatkan apa-apa barang kecuali kereta Proton Putra milik abang,” kata Sharnizad Rahmat, 31.
Kebakaran jam 3.15 petang kelmarin menyebabkan rumah keluarganya di Felda Bukit Cherakah, di sini, musnah, pada hari kedua umat Islam menyambut hari lebaran dan menyebabkan kerugian lebih RM100,000.
Menurutnya, beliau sekeluarga meninggalkan rumah berkenaan jam 2.15 petang kerana membawa ibunya Rohaniyah Ab Samad, 67, ke Hospital Sungai Buloh (HSB) bagi mendapatkan rawatan bengkak kaki.
Katanya, jam 3.25 petang ketika menunggu ibunya menerima rawatan, beliau menerima panggilan daripada seorang jiran yang memaklumkan rumahnya terbakar dan api marak membakar struktur rumah.
“Sebaik menerima panggilan itu, saya dan seorang lagi abang bergegas pulang ke rumah dan dalam keadaan yang cemas saya hanya fikir untuk menyelamatkan rumah dan barang serta dokumen yang disimpan.
“Sebaik tiba, saya lihat api sudah marak membakar keseluruhan rumah dan saya tidak dapat menyelamatkan apa-apa termasuk tiga buah motosikal di dalam rumah,” katanya, semalam.
Beliau berkata, mereka sekeluarga kini tinggal sementara waktu di rumah mentua abangnya yang terletak berhampiran sebelum berpindah ke bangunan tahfiz bersebelahan Masjid Felda Bukit Cherakah.
Katanya, beliau bersyukur kerana ketika kejadian rumahnya tidak berpenghuni kerana ia mungkin akan menyebabkan kehilangan nyawa selain berterima kasih kepada ahli keluarga dan jiran yang menghulurkan bantuan seperti pakaian.
Sementara itu, Komander Operasi Penguasa Kanan Bomba II Rosdi Shafie berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 3.20 petang sebelum sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik dan Bestari Jaya dikejarkan ke tempat kejadian.
Menurutnya, api dapat dikawal jam 4 petang sebelum dipadamkan sepenuhnya jam 5.28 petang dengan kekuatan 12 pegawai termasuk anggota.
Foto

“Sehingga kini bomba masih menyiasat punca kebakaran dan pasukan forensik kebakaran juga sudah dihantar untuk menjalankan siasatan di lokasi kejadian,” katanya.
Foto
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/31

Peluru lekat di dahi


Banting: Tiga lelaki ditahan selepas mencederakan seorang lelaki dengan menggunakan senapang angin dalam kejadian di Jalan Jugra, di sini, petang semalam.
Menurut sumber, mangsa yang berusia 31 tahun cedera di bahagian dahi akibat tembakan dilepaskan seorang daripada tiga suspek terbabit.
Dalam kejadian jam 4.45 petang itu, mangsa bersama adik iparnya menaiki sebuah kereta sebelum dikejutkan dengan kejadian itu.

"Mangsa duduk di bahagian penumpang belakang sebelah kiri kereta Honda City dipandu adik iparnya sebelum terdengar bunyi seakan-akan letupan.
Foto

"Sebaik menoleh ke belakang, pemandu kenderaan itu mendapati mangsa mengalami kecederaan dengan peluru di dahinya dan terus ke Hospital Banting untuk rawatan," katanya.

Mangsa masih dirawat di Hospital Banting dilaporkan dalam keadaan stabil.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika dihubungi mengesahkan ketiga-tiga suspek berusia antara 24 hingga 34 tahun itu ditahan.

Menurut beliau, polis turut merampas senapang angin buatan sendiri yang disyaki digunakan dalam kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata.

Difahamkan, polis melakukan serbuan di sebuah premis perkhidmatan ekzos berdekatan kawasan kejadian.

Dalam serbuan itu, polis menemui selaras senapang angin termasuk beberapa komponen membuat senjata itu manakala tiga suspek yang ditahan untuk membantu siasatan adalah pemilik premis dan dua pelanggan.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/31

Kemalangan meningkat 50%


MUAR 27 Julai - Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) mencatatkan rekod 31,975 kes kemalangan dengan 539 daripadanya membabitkan kematian bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong berkata, jumlah tersebut menunjukkan peningkatan kira-kira 50 peratus berbanding 236 kes bagi tempoh sama tahun lalu.
"Jumlah kemalangan akan meningkat apabila musim perayaan dan langkah-langkah sewajarnya harus dilakukan sebelum perayaan bagi pengguna jalan raya supaya berhati-hati dan memandu dengan berhemah.
"Untuk itu, pelbagai kempen keselamatan jalan raya diadakan dalam memupuk kesedaran kepada semua pengguna jalan raya dan selalu dipertingkatkan menjelang musim perayaan," katanya semasa merasmikan Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung Ke-16, di sini hari ini.
Beliau berkata, statistik kemalangan daripada pihak polis di negeri ini tahun lalu adalah 64,600 kes dan daripada jumlah itu, 1,133 membabitkan kematian dengan 1,046 mati serta-merta di tempat kejadian.
Siew Kiong berkata, antara faktor menyumbang terhadap statistik tersebut adalah sikap pengguna selain keadaan persekitaran sesak serta kenderaan yang bermasalah.
"Apa yang kita boleh lakukan untuk mengelakkan kemalangan adalah setiap pengguna mesti bertolak ansur, mengamalkan pemanduan berhemah dan sentiasa mengamalkan sikap yang baik ketika berada di jalan raya," katanya.
Menurutnya, usaha mengurangkan kadar kemalangan jalan raya tidak seharus dipikul 100 peratus oleh kerajaan kerana perkara berkenaan memerlukan kerjasama semua pihak kerana semuanya mempunyai peranan dan tanggungjawab.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau berharap pihak korporat dan syarikat swasta mengambil bahagian dalam kempen keselamatan jalan raya dengan menganjurkan program mereka sendiri bagi melahirkan kesedaran pengguna.
"Saya berharap sempena musim perayaan ini semua pengguna jalan raya supaya lebih tanggungjawab dan berhati-hati ketika pulang ke kampung masing-masing supaya selamat bertemu keluarga tersayang," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140728/je_07/Kemalangan-meningkat-50#ixzz38zyIHnN5
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Suspek bunuh budak diburu - Polis


KLUANG 30 Julai - Polis memulakan siasatan berhubung kejadian kanak-kanak berusia dua tahun yang maut akibat letupan mercun di Kampung Haji Ithnin Maarof, Simpang Renggam di sini Isnin lalu dan akan memburu suspek terlibat walaupun keluarga mangsa belum membuat sebarang laporan.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Roze Shaari berkata, siasatan awal menunjukkan kejadian pada pukul 12.45 tengah hari itu telah mengorbankan Mohd. Hafi Rayan dan turut mencederakan bapanya, Abdul Rahman Endot, 43, yang sedang mendukung mangsa.
"Polis akan tetap memburu suspek yang menyebabkan kematian dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 304(b) dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan mengakibatkan kecederaan kepada mangsa.
"Polis juga sudah mengambil keterangan bapa mangsa dan juga beberapa saksi bagi membantu siasatan. Kita juga amat berharap saksi lain yang berada di lokasi kejadian untuk tampil memberi maklumat kepada polis bagi membolehkan suspek ditangkap," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, di sini hari ini.
Menurut Mohd. Roze, letupan mercun itu berlaku betul-betul di hadapan dua beranak itu mengakibatkan kanak-kanak tersebut maut manakala bapanya turut mengalami kecederaan di bibir dan gangguan pendengaran yang memerlukan kira-kira tiga minggu untuk pulih.
Katanya, jenis mercun yang digunakan belum dikenal pasti, namun siasatan awal menunjukkan bukan daripada jenis yang sering ditemui di negara ini dan sampelnya sudah dihantar untuk proses pengecaman.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140731/je_04/Suspek-bunuh-budak-diburu---Polis#ixzz38zy5YLtV
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sindiket curi kabel tumpas


SUM Chang Keong menunjukkan kabel tembaga yang dirampas daripada sindiket curi kabel telekomunikasi dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, Perak, semalam.
IPOH 30 Julai - Polis menumpaskan sindiket curi kabel tembaga menara telekomunikasi yang dipercayai terlibat dalam sekurang-kurangnya 10 kes sejak awal tahun ini berikutan penahanan tiga lelaki di sekitar kawasan Tambun kelmarin.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, kejayaan itu hasil maklumat orang awam mengenai seorang lelaki yang melarikan kabel tembaga menggunakan sebuah kereta dari menara telekomunikasi di Kampung Tawas dekat sini pada pukul 2 petang kelmarin.
Beliau berkata, berdasarkan nombor pendaftaran kenderaan yang digunakan suspek, polis berjaya mengesan lelaki tersebut di Desa Tambun pada pukul 4.30 petang.
"Soal siasat ke atas suspek yang berusia 32 tahun itu akhirnya membawa kepada penahanan dua lagi lelaki, masing-masing berusia 37 dan 52 tahun di sekitar Tambun yang mengaku terlibat dalam sindiket berkenaan.
"Polis turut merampas kabel tembaga yang sudah siap dipotong dan sedia untuk dileburkan bernilai RM10,000, sebuah kereta Perodua Viva dan gergaji besi,'' katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan suspek ditahan sehingga esok.
"Siasatan awal mendapati suspek terlibat dalam sekurang-kurangnya 10 kes curi kabel menara telekomunikasi di sekitar Ipoh sejak awal tahun ini," jelasnya.
Sementara itu, kata Sum Chang, polis berjaya menahan dua lelaki warga Vietnam yang merompak sebuah kedai barangan perkakasan di Jalan Kuala Kangsar dekat sini pada 3.43 pagi Ahad lalu.
Katanya, suspek ditahan di hadapan premis tersebut oleh anggota polis yang membuat rondaan setelah mengesan suspek yang berada dalam keadaan mencurigakan.
Tambahnya, hasil siasatan polis menemui barangan curi termasuk komputer riba, dua buah kamera, lima telefon bimbit dan peralatan yang digunakan untuk memecah masuk ke kedai berkenaan seperti kuku kambing, pemutar skru serta topeng muka.
"Kedua-dua suspek yang berusia 31 dan 24 tahun direman 14 hari sehingga 10 Ogos depan di bawah Akta Imigresen. Suspek didapati menyalahgunakan pas pelawat ke negara ini untuk merompak," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140731/je_02/Sindiket-curi-kabel-tumpas#ixzz38zxrUZEi
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Hasrat enam nelayan hanyut menyambut Aidilfitri tercapai


MAT Sah Sidek ( dua dari kiri) bersama awak-awak bot selamat tiba di Jeti LKIM Kuala Dungun, Terengganu, semalam. - UTUSAN/EZZUAN AHMAD
DUNGUN 30 Julai - Kepulangan enam nelayan dari Kuala Dungun di sini yang dikhuatiri hilang ketika keluar menangkap ikan 15 Julai lalu melenyapkan kesedihan keluarga yang menunggu mereka untuk bersama menyambut Aidilfitri.
Bagi anggota keluarga yang membayangkan pelbagai kemungkinan buruk, kepulangan mereka pada lewat petang hari raya pertama merupakan hadiah Aidilfitri paling bermakna.
Mereka sepatutnya pulang seminggu sebelum itu namun bot yang dinaiki mengalami kerosakan enjin dan dihanyutkan arus sehingga memasuki perairan Vietnam, kira-kira 630 kilometer dari Kuala Dungun.
Nelayan terbabit iaitu tekong bot, Mat Sah Sidek, 45, serta lima awak-awaknya iaitu Almi Awang, 44; Shah Kamarul Mat Sah, 23; Mohd. Abdullah, 50; Mohd. Padeli Jusoh, 36, dan Mohd. Jefrizal Jaafar, 30, ditemui dalam keadaan keletihan selepas tujuh hari terputus bekalan makanan.
Mat Shah berkata, sepanjang tempoh hanyut itu mereka terjumpa dengan lebih 30 bot nelayan asing namun rayuan meminta tolong tidak diendahkan.
Malah katanya, Almi nekad terjun dari bot dan berenang naik ke atas sebuah bot nelayan asing sebagai jalan akhir untuk meminta bantuan namun bukan sahaja rayuannya tidak dipedulikan malah dia ditumbuk.
"Selepas puas merayu, akhirnya mereka memberikan kami sedikit makanan di samping membantu membaiki bot kami dan dua hari selepas itu bot kami berjaya dihidupkan," katanya.
Mat shah berkata, dalam perjalanan pulang, bot mereka sekali lagi kehabisan minyak dan sebuah kapal dari negara ini membantu memberi empat tong minyak sebelum mereka meneruskan perjalanan pulang.
"Apabila tiba di perairan Pulau Tenggol, bot kami sekali lagi kehabisan minyak sebelum mereka berjaya menghubungi majikan dan sebuah bot lain dihantar menarik bot kami menuju Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Dungun.
Dalam pada itu, isterinya, Kamariah Mohd. Nor, 50, bersyukur di atas kepulangan suami dan anaknya, Shah Kamarul.
"Setiap hari saya menangis memikirkan nasib suami dan anak. Setelah diberitahu oleh pemilik bot yang mereka selamat, saya terus bergegas ke Jeti LKIM Dungun.
"Raya tahun ini cukup bermakna bagi saya kerana anak dan suami balik dalam keadaan selamat. Saya ingat mereka sudah tiada," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan daripada isteri tekong bot terbabit berhubung kehilangan sekumpulan nelayan itu pada 25 Julai lalu.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140731/je_07/Hasrat-enam-nelayan-hanyut-menyambut-Aidilfitri-tercapai#ixzz38zx4rnu5
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Hasrat enam nelayan hanyut menyambut Aidilfitri tercapai


MAT Sah Sidek ( dua dari kiri) bersama awak-awak bot selamat tiba di Jeti LKIM Kuala Dungun, Terengganu, semalam. - UTUSAN/EZZUAN AHMAD
DUNGUN 30 Julai - Kepulangan enam nelayan dari Kuala Dungun di sini yang dikhuatiri hilang ketika keluar menangkap ikan 15 Julai lalu melenyapkan kesedihan keluarga yang menunggu mereka untuk bersama menyambut Aidilfitri.
Bagi anggota keluarga yang membayangkan pelbagai kemungkinan buruk, kepulangan mereka pada lewat petang hari raya pertama merupakan hadiah Aidilfitri paling bermakna.
Mereka sepatutnya pulang seminggu sebelum itu namun bot yang dinaiki mengalami kerosakan enjin dan dihanyutkan arus sehingga memasuki perairan Vietnam, kira-kira 630 kilometer dari Kuala Dungun.
Nelayan terbabit iaitu tekong bot, Mat Sah Sidek, 45, serta lima awak-awaknya iaitu Almi Awang, 44; Shah Kamarul Mat Sah, 23; Mohd. Abdullah, 50; Mohd. Padeli Jusoh, 36, dan Mohd. Jefrizal Jaafar, 30, ditemui dalam keadaan keletihan selepas tujuh hari terputus bekalan makanan.
Mat Shah berkata, sepanjang tempoh hanyut itu mereka terjumpa dengan lebih 30 bot nelayan asing namun rayuan meminta tolong tidak diendahkan.
Malah katanya, Almi nekad terjun dari bot dan berenang naik ke atas sebuah bot nelayan asing sebagai jalan akhir untuk meminta bantuan namun bukan sahaja rayuannya tidak dipedulikan malah dia ditumbuk.
"Selepas puas merayu, akhirnya mereka memberikan kami sedikit makanan di samping membantu membaiki bot kami dan dua hari selepas itu bot kami berjaya dihidupkan," katanya.
Mat shah berkata, dalam perjalanan pulang, bot mereka sekali lagi kehabisan minyak dan sebuah kapal dari negara ini membantu memberi empat tong minyak sebelum mereka meneruskan perjalanan pulang.
"Apabila tiba di perairan Pulau Tenggol, bot kami sekali lagi kehabisan minyak sebelum mereka berjaya menghubungi majikan dan sebuah bot lain dihantar menarik bot kami menuju Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Dungun.
Dalam pada itu, isterinya, Kamariah Mohd. Nor, 50, bersyukur di atas kepulangan suami dan anaknya, Shah Kamarul.
"Setiap hari saya menangis memikirkan nasib suami dan anak. Setelah diberitahu oleh pemilik bot yang mereka selamat, saya terus bergegas ke Jeti LKIM Dungun.
"Raya tahun ini cukup bermakna bagi saya kerana anak dan suami balik dalam keadaan selamat. Saya ingat mereka sudah tiada," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan daripada isteri tekong bot terbabit berhubung kehilangan sekumpulan nelayan itu pada 25 Julai lalu.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140731/je_07/Hasrat-enam-nelayan-hanyut-menyambut-Aidilfitri-tercapai#ixzz38zx4rnu5
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Seorang maut, 25 buah rumah atas air terbakar


SEORANG lelaki maut dan 25 buah rumah atas air di Kampung Gentisan, Sepanggar di Kota Kinabalu musnah terbakar, semalam.
KOTA KINABALU 29 Julai - Kira-kira 200 orang penduduk di Kampung Gentisan, Sepanggar dekat sini tinggal sehelai sepinggang apabila rumah atas air yang didiami mereka musnah dalam kebakaran hari ini.
Kejadian kira-kira 2.30 petang yang memusnahkan 25 buah rumah itu turut mengorbankan seorang penduduk.
Mangsa, Anuar Husni yang berusia 20-an terkorban ketika dipercayai cuba menyelamatkan barangan milik keluarganya.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Nordin Fauzi berkata, mangsa meninggal dunia akibat sesak nafas setelah terhidu asap dari kawasan kebakaran.
"Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut beliau, dianggarkan sebanyak 25 buah rumah atas air musnah dalam kebakaran tersebut, namun punca kejadian belum diketahui.
Jelasnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan sekitar pukul 2.37 petang dan tiba di tempat kejadian pada pukul 2.50 petang.
Tambahnya, sebanyak 27 anggota termasuk pegawai bomba terlibat dalam operasi menyelamat dan memadam kebakaran, selain dibantu oleh pasukan bomba dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Sepanggar.
"Empat buah jentera bomba dari dua buah balai bomba masing-masing dari Lintas dan Kota Kinabalu digunakan dalam operasi memadam kebakaran di perkampungan atas air tersebut," katanya.
Sementara itu, saudara mangsa, Mohd. Nuralim Tarawi, 23, berkata, arwah bekerja di pelantar minyak di Sarawak dan baru sahaja tiba di kampung untuk menyambut Aidilfitri.
"Arwah memang selalu kata mahu balik sini sambut Aidilfitri. Memang dia sudah lama tak pulang ke kampung. Tak sangka pula kepulangannya kali ini adalah yang terakhir," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140730/je_03/Seorang-maut-25-buah-rumah-atas-air-terbakar#ixzz38zddP69a
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tikam kekasih bekas teman wanita kerana cemburu


MUAR 30 Julai - Gara-gara cemburu bekas kekasih berfoya-foya dengan teman baharu, seorang lelaki berang dan nekad menyerang lelaki berkenaan hingga cedera parah di sebuah pusat hiburan di Jalan Abdul Rahman di sini, Ahad lalu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, suspek yang berusia 30-an dipercayai menggunakan pisau untuk menikam kedua-dua belah bahu mangsa selain menyebabkan luka di pergelangan tangan kiri.
Sebelum itu, suspek meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap bekas kekasihnya yang berusia 20-an hingga menarik perhatian orang ramai sebelum berlaku pertengkaran dan pergelutan antara kedua-dua lelaki tersebut.
Difahamkan, ketika bergelut suspek mengeluarkan senjata tajam dipercayai pisau lalu menikam mangsa sebelum bertindak melarikan diri dari pusat hiburan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, mangsa yang terbaring dengan kesan luka di bahu dan tangan dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) bagi mendapatkan rawatan.
"Unit kecemasan hospital itu melaporkan kejadian tersebut dan bertindak atas maklumat berkenaan, anggota di Pondok Polis HPSF menjalankan siasatan awal dan mendapati kejadian berlaku di sebuah pusat hiburan," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Azman berkata, pihaknya sudah pun mengenal pasti suspek dan kini berusaha memburunya bagi membantu siasatan.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata dan orang ramai mempunyai maklumat diminta menghubungi Balai Polis Muar atau hotline Ibu Pejabat Polis Daerah di talian 06-9526001.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140731/je_05/Tikam-kekasih-bekas-teman-wanita-kerana-cemburu#ixzz38zdKhqdF
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kakak bimbang adik tidak pulang


LOH Sook Fun (kanan) memegang gambar adik, Loh Kai Choong manakala Lew Lee Ying (kiri) menunjukkan gambar suami serta anaknya, Tan Cho Yaw dan Kenny Tan Yaw Wee semasa sidang akhbar di Wisma MCA, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/AZLAN HADI ABU BAKAR
KUALA LUMPUR 30 Julai - Seorang wanita melahirkan rasa bimbang setelah adik lelakinya yang bekerja sebagai juruwang tidak pulang ke rumah dan gagal dihubungi sejak enam bulan lalu.
Loh Kai Choong, 34, tidak pulang ke rumahnya selepas pergi ke tempat kerjanya di Kuantan, Pahang pada September tahun lalu.
Kakaknya, Loh Sook Fun, 39, berkata, adiknya itu memberitahu yang dia mahu ke Kuantan untuk menyelesaikan urusan kerjanya di sana dengan memandu sebuah kereta jenis Wira Aeroback bernombor pendaftaran WLK 1211.
"Sejak keluar bekerja pada hari tersebut, dia terus tidak pulang ke rumah dan usaha menghubunginya melalui telefon bimbit juga gagal," katanya dalam sidang akhbar di pejabat Biro Pengaduan dan Perkhid­matan Awam MCA di sini hari ini.
Sook Fun juga telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya dekat sini berhubung kehilangan adik lelakinya pada 21 Jun lalu.
Sehubungan itu, beliau berharap mereka yang mempunyai sebarang maklumat mengenai adiknya itu supaya menghubungi Biro Aduan Awam MCA di talian 03-2203 3888.
Dalam pada itu, seorang lagi wanita merayu suaminya yang telah menghilangkan diri bersama anak lelakinya sejak lapan bulan lalu supaya pulang ke pangkuan keluarga.
Wanita itu, Lew Lee Ying, 34, amat berharap suaminya, Tan Cho Yaw dapat kembali semula kerana terlalu merindui anak lelakinya, Kenny Tan Yaw Wee yang berusia 11 tahun.
Lee Ying yang menetap di Kluang, Johor memberitahu, suami­nya tidak pulang ke rumah sejak menghantarnya ke rumah abang­nya di Seremban, Negeri Sembilan dengan alasan mahu pulang ke kampung di Singapura untuk berjumpa ibu bapanya.
"Sehingga kini, saya masih bingung kenapa suami bertindak sedemikian sedangkan kami langsung tidak bergaduh atau berselisih faham sebelum itu.
"Saya harap dia segera pulang kerana saya terlalu rindukan anak lelaki kami," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140731/je_06/Kakak-bimbang-adik-tidak-pulang#ixzz38zdXMnsY
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Budak maut angkara mercun



ABDUL Rahman Endot menceritakan kejadian anaknya, Mohd. Hafi Rayan yang maut terkena mercun di Simpang Renggam, Johor, semalam. - UTUSAN/AMIN FARIJ HASAN
KLUANG 30 Julai - Ketika masyarakat Islam di negara ini bergembira menyambut kedatangan Syawal, kemeriahan tersebut tidak dirasai keluarga Abdul Rahman Endot, 43, yang kehilangan anak bongsu mereka angkara mercun pada hari pertama Aidilfitri di Simpang Renggam di sini kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 12.45 tengah hari itu, mangsa, Mohd. Hafi Rayan berada dalam dakapan bapanya yang ketika itu mengikuti rombongan marhaban ke rumah jiran di Kampung Ithnin Maarof sebelum sebiji mercun meletup di hadapan mereka.
Abdul Rahman berkata, kejadian berlaku sewaktu dia sedang meletakkan motosikalnya di bawah pokok durian dan menyebabkan kecederaan parah di bahagian dada, muka dan tangan kiri anaknya itu sementara dia sendiri mengalami kecederaan di bibir, leher serta koyak pada gegendang telinga kiri.
"Ketika kejadian, saya hendak meletakkan motosikal sebelum secara tiba-tiba sebiji mercun jatuh di hadapan anak saya dan meletup. Kejadian berlaku dengan pantas sebelum saya dapati bahagian dada kiri anak saya terkoyak sebesar enam sentimeter," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mohd. Hafi Rayan disahkan meninggal dunia pada pukul 1.17 petang sewaktu mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Simpang Renggam di sini dan mayatnya kemudian dibawa ke Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom sebelum dikebumikan pada sebelah malam di Tanah Perkuburan Islam Kampung Haji Ithnin Maarof.
Menurut Abdul Rahman, pada hari kejadian, anaknya bangun tidur awal dan berkeras mahu mengikutnya menyertai rombongan marhaban yang merupakan tradisi tempatan setiap kali sambutan Aidilfitri.
"Saya reda dengan kehilangan anak ketiga saya itu, namun pada masa sama berasa terkilan kerana sehingga kini tiada pihak tampil mengaku bertanggungjawab. Saya tidak mahu menuduh sesiapa, tetapi saya amat berharap individu yang bertanggungjawab akan mengaku salah dan menjernihkan keadaan.
"Buat waktu ini, sukar untuk saya memaafkan individu terbabit, saya serahkan perkara ini kepada pihak polis," katanya yang bertugas sebagai seorang juruteknik di Pasir Gudang.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140731/je_03/Budak-maut-angkara-mercun#ixzz38zd68dfd
© Utusan Melayu (M) Bhd 

21 diikat, RM100,000 lesap


SALAH seorang ahli keluarga mangsa, Mohd. Kamal Abdul Karim menunjukkan tingkat yang dipecah oleh lima lelaki bersenjatakan parang dalam kejadian rompakan di Pasir Salak, Perak, semalam. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
PASIR SALAK 30 Julai - Sambutan Aidilfitri sebuah keluarga di Kampung Sejagop, Seberang Perak dekat sini bertukar menjadi mimpi ngeri apabila kerugian RM100,000 selepas kediaman mereka dipecah masuk lima lelaki bersenjatakan parang awal pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, seramai 21 ahli keluarga di rumah itu yang balik kampung untuk menyambut raya turut diikat dan diugut akan dicederakan jika membuat bising.
Menceritakan detik cemas tersebut, salah seorang ahli keluarga mangsa, Mohamad Kamsul Abdul Karim, 33, memberitahu, dia menyedari kediamannya di­pecah masuk setelah dikejutkan oleh kumpulan lelaki berkenaan.
Menurutnya, salah seorang daripada perompak berkenaan meletakkan parang di lehernya dan mengarahkannya supaya tidak menjerit.
"Kesemua ahli keluarga saya termasuk ibu, adik beradik dan anak saudara saya diikat kaki dan tangan dan dikumpulkan di ruang tamu. Kami terpaksa menurut segala kemahuan mereka yang setiap seorangnya bersenjatakan parang.
"Mereka menggeledah rumah dan mengarahkan semua wang diserahkan. Kumpulan itu turut melarikan kereta jenis Naza Citra. Saya anggarkan kerugian RM100,000," katanya ketika ditemui di kediamannya di sini hari ini.
Tambah Mohamad Kamsul, kumpulan perompak berkenaan berbadan besar dan tegap serta tidak memakai penutup muka.
"Mereka dipercayai memecah masuk melalui tingkap bahagian depan sebelum melarikan diri melalui pintu dapur pada pukul 5 pagi," katanya yang membuat laporan polis di Balai Polis Jejawi, Kota Setia, Sungai Ragam dekat sini.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Deputi Superintenden Leong Ah Kow ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memberitahu pihaknya masih menjalankan siasatan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140731/je_01/21-diikat-RM100000-lesap#ixzz38zczCt00
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kebakaran hutan di Riau, Kalimantan Barat sukar dikawal


Gambar fail tidak bertarikh, merakamkan pemandangan udara menunjukkan kebakaran di kawasan pertanian di Rokan Hilir, Bengkalis di wilayah Riau, Pulau Sumatera. - AFP
JAKARTA 30 Julai - Kebakaran hutan di wilayah Riau dan Kalimantan Barat di Indonesia semakin buruk dan tidak terkawal, sekali gus mengundang ancaman jerebu yang berpanjangan ke negara jiran terutamanya Malaysia dan Singapura.
Agensi berita Antara memetik kenyataan jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Alam Nasional (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho sebagai berkata, imej satelit yang dirakamkan semalam menunjukkan 143 kebakaran berlaku di Riau dan 268 lagi di Kalimantan Barat.
Menurut Sutopo, kebakaran hutan dan belukar di Riau setakat ini telah memusnahkan kawasan seluas kira-kira 848 hektar dan jumlah tersebut dijangka bertambah kerana masih terdapat maklumat kebakaran yang tidak dikira.
Memetik data rasmi yang dikumpulkan BNPB, Sutopo berkata, pecahan kebakaran yang direkodkan di Riau meliputi 46 kes di Rohil, Bengkalis (24), Dumai (35), Indragiri Hilir (6), Indragiri Hulu (3), Kampar (2), Kuansing (7) dan Pelalawan (10).
Di Kalimantan pula katanya, sebanyak 15 kes kebakaran berlaku di Bengkayang dan Kubu Raya, Kapuas (25), Kayong Utar (7), Ketapang (19), Landak dan Melawi (8), Pontianak (19), Sambas (65), Sekadau (5), Singkawang (2) dan Sintang (47).
"BNPB telah meminta pihak pentadbiran di wilayah terlibat untuk lebih aktif mengekang kebakaran hutan dan belukar.
"Langkah mencegah bencana itu lebih berkesan berbanding memadamkan api terutamanya di kawasan tanah gambut," katanya.
Sementara itu, Pengarah BNPB, Syamsul Maarif telah mengarahkan penggunaan helikopter di Pontianak untuk memadamkan kebakaran selain penglibatan sukarelawan.
"Di Riau sahaja, seramai 200 anggota tentera daripada unit tentera darat dan tentera udara serta 500 anggota polis dihantar untuk memadamkan kebakaran," katanya.
Hampir setiap tahun, masalah kebakaran hutan dan belukar di dua wilayah terbabit menyebabkan jerebu yang turut menjejaskan kualiti udara di negara berjiran termasuk Malaysia dan Singapura.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140731/lu_03/Kebakaran-hutan-di-Riau-Kalimantan-Barat-sukar-dikawal#ixzz38zcGEN9x
© Utusan Melayu (M) Bhd