Search This Blog

Tuesday, July 29, 2014

Selangor catat 2,000 kemalangan dalam 5 hari


  • PDRM

KUALA LUMPUR - Sebanyak 2,288 kemalangan jalan raya dilaporkan di Selangor sehingga Jumaat sejak Ops Selamat 5 dilancarkan Isnin lepas, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat.

Beliau berkata, jumlah itu meningkat sebanyak 119 kes berbanding tempoh yang sama tahun lepas iaitu sebanyak 2,169 kes.
  
"Daripada 2,288 kes itu, 16 adalah kes kemalangan maut yang meragut 18 nyawa termasuk nyawa 10 penunggang motosikal.
  
"Daripada jumlah besar itu, sebanyak 1,135 kes berlaku di jalan-jalan bandar di seluruh Selangor," katanya kepada pemberita selepas Program Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Ops Payung 5 di sini, semalam.
  
Menyentuh mengenai kes pecah rumah sepanjang lima hari Ops Selamat 5 bermula, Abu Samah berkata sehingga semalam sebanyak 48 kes dilaporkan di seluruh Selangor berbanding tahun lepas sebanyak 81 kes dalam tempoh yang sama, iaitu penurunan sebanyak 33 kes.
  
Op Selamat 5/2014 Sempena Aidilfitri akan berlangsung selama 15 hari bermula 21 Julai.
  
Abu Samah dalam pada itu menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati di jalan raya berikutan warga kota mula balik ke kampung masing-masing sejak semalam.

Perompak gagal larikan wang lepas 'bom' mesin ATM


  • pdrm

HULU SELANGOR - Meskipun menggunakan bahan letupan, sekumpulan perompak gagal melarikan wang daripada sebuah mesin juruwang automatik (ATM) sebuah bank di Bukit Beruntung di sini awal pagi ini.
 
Dalam kejadian pukul 5 pagi itu, sejenis bahan letupan dipasang di pusat perkhidmatan bank terbabit yang menempatkan tiga ATM, dua mesin deposit tunai(CDM), dua mesin deposit cek dan dua mesin pusingan semula tunai.
 
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Selangor Asisten Komisioner Rooslan Radzi berkata letupan itu bukan sahaja mengakibatkan kerosakan teruk
pada kesemua mesin terbabit malah menyebabkan cermin bahagian depan bank pecah selain keretakan pada dinding dan siling bangunan bank berkenaan.
 
"Polis percaya bahan letupan itu dibuat sendiri dan hasil siasatan juga mendapati satu lagi bahan letupan diletakkan di luar bank namun tidak meletup.
 
Forensik dan Unit Anjing masih menjalankan siasatan lanjut.
 
 "Kita percaya kejadian ini sebagai cubaan rompakan walaupun barang-barang dalam bank mahupun mesin ATM tidak diusik oleh penjenayah selepas kejadian itu,"
katanya kepada pemberita di lokasi kejadian hari ini.
 
Beliau berkata polis akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan bank bagi mengenal pasti kumpulan penjenayah itu.
 
Rooslan juga berkata tiada pengawal keselamatan ditempatkan di bank berkenaan semasa kejadian.
 
Sementara itu, seorang pegawai bank yang enggan dikenali berkata kejadian itu merupakan yang pertama berlaku di bank berkenaan sejak beroperasi pada 1997. - Bernama

Van terbabas, wanita Kemboja maut


29 Julai 2014

SHAH ALAM - Seorang wanita warga Kemboja maut selepas van yang dinaiki bersama lima anggota keluarganya terbabas dan terbalik di Persiaran Kuala Selangor dekat sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Azisman Alias berkata Jamilah Ali, 44, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.  

Beliau berkata dalam insiden pukul 5.40 petang itu, Ford Econovan yang dipandu seorang daripada anak Jamilah dikatakan hilang kawalan mengakibatkan ia terbabas ke sebelah kiri laluan sebelum terbalik.

"Kejadian berlaku ketika kesemua mangsa dalam perjalanan dari arah Klang menghala ke Sungai Buloh," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Azisman juga berkata anggota keluarga Jamilah yang lain, termasuk pemandu dan suaminya yang duduk di bahagian depan van berkenaan, cedera ringan.

Jenazah Jamilah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk bedah siasat. - Bernama

Kebakaran: Enam treler hampir musnah


29 Julai 2014


BUTTERWORTH - Enam treler hampir musnah dalam satu kebakaran yang berlaku di Taman Ampang Jajar dekat sini lewat malam tadi.
 
Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri M. Vijayan berkata Balai Bomba Prai menerima panggilan pada 9.04 malam dan tiba di tempat kejadian enam minit kemudian.
 
Beliau berkata, sejurus tiba, pihaknya mendapati enam penggerak utama treler terbakar dan anggota bomba cuba mengawal api agar tidak merebak ke treler lain.
 
"Dengan jumlah tiga buah jentera dan 29 anggota bomba dengan bantuan tiga bomba sukarela, kami mengambil masa lima minit untuk mengawal sebelum memadam api sepenuhnya pada 9.40 malam," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
 
Vijayan berkata, daripada sejumlah 10 treler yang diparkir di kawasan kejadian, enam terbakar sebanyak 60 peratus.
 
Bagaimanapun, katanya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran serta anggaran kerugian masih disiasat.  - Bernama

Lima lot kedai kayu hangus


Kuala Terengganu: Sebanyak lima lot kedai kayu hangus dalam kebakaran di Jalan Banggol, pagi tadi.
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 5.45 pagi di sebuah kedai sebelum merebak dan memusnahkan kelima-lima lot dalam tempoh kurang 10 minit. 
Pegawai Pusat Gerakan Operasi Bomba negeri Mohd Hasbullah Halipah berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 6 pagi dan tiba di tempat kejadian lima minit selepas itu. 

"Seramai 22 anggota dengan empat jentera dari Balai Bomba Jalan Kota dan Jalan Hiliran dikerahkan dalam operasi ini.
Foto
FOTO Aswadi Alias

"Pihak kami berjaya mengawal kebakaran dari merebak kira-kira 6.30 pagi. Sebanyak 80 peratus daripada keseluruhan lima kedai sementara ini musnah," katanya sambil menambah pihaknya masih menyiasat punca kebakaran dan jumlah kerugian.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/29

Empat sekeluarga nyaris maut jatuh gaung


Oleh Raja Noraina Raja Rahim
Seremban: Empat sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak perempuan nyaris maut apabila kereta yang dinaiki mereka terjunam ke dalam gaung di Jalan Sungai Gadut-Rembau, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 6.50 petang itu, kereta jenis Proton Saga dipandu seorang wanita dikatakan hilang kawalan lalu terbabas dan terjunam dalam gaung sedalam hampir lima meter.


Jurucakap polis berkata, semua mangsa terselamat dan berjaya dikeluarkan dengan bantuan tujuh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Senawang.

Menurutnya, tiga wanita terbabit parah manakala kanak-kanak itu mengalami kecederaan ringan dikejarkan Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban untuk mendapatkan rawatan.


Beliau berkata, mereka dalam perjalanan menghala ke Seremban selepas pulang berhari raya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/29

Gempa bumi sederhana melanda Papua New Guinea


2014/07/29
KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.8 pada skala Richter melanda New Guinea, Papua New Guinea jam 7 pagi hari ini,.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa bumi itu adalah 6.9 darjah Selatan dan 143.9 darjah Timur, 92 km di tenggara Mendi, Papua New Guinea dan 3,086 km di tenggara Semporna, Sabah.


Bagaimanapun, gempa itu tidak menimbulkan ancaman tsunami threat, kata kenyataan itu. – BERNAMA 

Mayat lelaki ditemui terapung di Sungai Retang


2014/07/29
KUANTAN: Mayat seorang lelaki ditemui terapung di Sungai Retang, Jerantut berhampiran jambatan di sungai itu, hari ini.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superinetendan Azid Ismail berkata, mayat Mohamad Firdaus Kamaruzaman, 21, yang berpakaian lengkap ditemui orang awam kira-kira pukul 4 petang tadi yang kemudiannya melaporkannya kepada polis.


"Siasatan awal mendapati mangsa yang berasal dari FELDA Sungai Retang, baru sahaja keluar dari Pusat Serenti Jerantut, Khamis lalu.

Menurut keterangan keluarganya, mangsa dipercayai keluar dari rumahnya kira-kira jam 12 tengahari Sabtu lalu dan tidak pulang ke rumah selepas itu," katanya ketika dihubungi Bernama, semalam.

Beliau berkata, polis percaya mangsa mandi di sungai itu sebelum terjatuh dan lemas.

Bagaimanapun, katanya polis masih menyiasat tentang perkara itu dan mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Daerah Jerantut untuk dibedah siasat. - BERNAMA

Wanita Kemboja maut dalam nahas di pesisiran Kuala Selangor


2014/07/29
SHAH ALAM: Seorang wanita warga Kemboja maut selepas van yang dinaiki bersama lima anggota keluarganya terbabas dan terbalik di Persiaran Kuala Selangor dekat sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Azisman Alias, berkata Jamilah Ali, 44, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.


Beliau berkata, dalam insiden jam 5.40 petang itu, Ford Econovan yang dipandu seorang daripada anak Jamilah dikatakan hilang kawalan mengakibatkan ia terbabas ke sebelah kiri laluan sebelum terbalik.

"Kejadian berlaku ketika kesemua mangsa dalam perjalanan dari arah Klang menghala ke Sungai Buloh," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Azisman juga berkata, anggota keluarga Jamilah yang lain, termasuk pemandu dan suaminya yang duduk di bahagian depan van berkenaan, cedera ringan.

Jenazah Jamilah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk bedah siasat. - BERNAMA

Hasrat untuk pulang beraya tidak kesampaian


ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit dalam satu kemalangan di Kilometer 40, Jalan Timur-Barat, Gerik, Perak semalam.


GERIK - Hasrat sepasang suami isteri serta dua anak mereka untuk beraya di Ajil, Terengganu tidak kesampaian selepas tiga daripadanya maut manakala seorang bayi parah apabila Proton Persona yang dinaiki bertembung dengan bas ekspres di Kilometer 40, Jalan Timur - Barat di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, Farizul Ahmad, 29, isterinya, Suraida Che Hashim, 29, yang masing-masing merupakan kakitangan Imigresen di Depot Tahanan Belantik, Sik, Kedah maut di tempat kejadian.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0728&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz38nv45qZj 
Hakcipta terpelihara 

Remaja terjatuh sungai dikhuatiri lemas


Oleh Mohd Hafizee Mohd Arop
Ipoh: Seorang remaja berusia 16 tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Perak berdekatan Kampung Gajah, dekat sini, kira-kira jam 5 petang tadi.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (Bomba) berkata, kerja-kerja mencari dan menyelamat masih dijalankan selepas pihaknya menerima panggilan daripada orang ramai yang menyedari kejadian itu kira-kira jam 5.10 petang tadi.
 



Menurutnya, anggota yang tiba di tempat kejadian mendapat maklumat daripada orang awam berkenaan kehilangan mangsa dan kerja-kerja mencari serta menyelamat terus dijalankan.
 
Katanya, pihaknya juga sudah membuka bilik gerakan mencari yang diketuai Balai Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar termasuk bantuan Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh.

 
"Kita akan menggerakkan semua aset dimiliki bagi mencari mangsa walaupun keluasan sungai agak luas. Kita juga menerima bantuan daripada agensi-agensi lain seperti polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/28