Search This Blog

Thursday, July 24, 2014

Dituduh tipu empat individu


  • Anuar (tengah) mengaku tidak bersalah atas 72 pertuduhan menipu di Mahkamah Majistret Ipoh, semalam.Anuar (tengah) mengaku tidak bersalah atas 72 pertuduhan menipu di Mahkamah Majistret Ipoh, semalam.

IPOH - Seorang bekas penjual kereta terpakai mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, atas 71 pertuduhan menipu empat individu berjumlah RM107,700 sejak Oktober 2007 hingga 9 Mac lalu.

Anuar Shaari, 50, didakwa menipu Law Ah Chung @ Lai Lau Chiang, 80, dengan memperdaya mangsa supaya menyerahkan RM60,000 sebagai bayaran mendapatkan kenderaan daripada lelongan Jabatan Kastam.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di Pasir Puteh pada Oktober 2007.

Majistret Haslinda A Raof menetapkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin dan 22 Ogos ini sebagai sebutan semula kes.

Dalam mahkamah berasingan, Anuar turut menghadapi dua pertuduhan menipu P Balakrishnan, 63, dengan cara sama.

Tertuduh meminta mangsa menyerahkan RM3,500 di Taman Rishah, di sini, kira-kira jam 3 petang, Julai tahun lalu.

Bagi pertuduhan seterusnya, dia turut memperdaya mangsa sama dengan memintanya mendepositkan RM500 ke dalam akaun Maybank cawangan Silibin milik tertuduh kira-kira jam 3.24 petang, 28 Julai lalu.

Majistret Nur Melati Diana Wahab menetapkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin dan 22 Ogos ini sebagai sebutan semula kes.

Dalam perkembangan sama, Anuar turut berdepan 59 pertuduhan menipu iaitu menerima dan meminta wang berjumlah RM39,700 daripada Ahmad Chin Abdullah, 77, dengan alasan sama.

Dia dituduh melakukannya di Maybank, Jalan Sultan Idris Shah, di sini, dari Oktober hingga Disember lalu.

Bagi kes itu, Haslinda menetapkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin dan 5 September ini sebagai sebutan semula kes.

Dalam pada itu, Anuar mengaku tidak bersalah bagi 10 pertuduhan menipu Choo Cheng Chuah, 56, atas kesalahan sama dengan menerima RM4,000.

Dia dituduh melakukan perbuatan tersebut di Malayan Banking Berhad, Jalan Yang Kalsom antara Januari hingga Mac tahun ini.

Nur Melati Diana menetapkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dan 18 Ogos ini sebagai sebutan semula kes.

Bagi semua 72 pertuduhan itu, Anuar didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Pekerja kilang plastik berdepan tali gantung


KOTA BHARU - Seorang pekerja kilang plastik berdepan hukuman mati selepas didakwa atas tuduhan mengedar 81.1 gram dadah jenis methamphetamine di mahkamah majistret, di sini, hari ini.

Tuduhan terhadap Mohd Al-Amin Abdul Rahman,37, dibuat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Al-Amin dituduh mengedar dadah dengan anggaran berat kasar 81.1 gram metamphetamine di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa, di sini, pada jam 1.50 petang, 15 Julai 2014.

Prosiding dijalankan di hadapan Majistret, Mohamad Nasrudin Mohamed. Pada prosiding itu tiada pengakuan direkodkan.

Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nurliyana Md Zukri tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh dan memohon tarikh sebutan lain untuk pengurusan kes.

Nasrudin menetapkan 2 September depan untuk tarikh berikutnya dan jaminan tidak dibenarkan.

Pada serbuan lalu, tertuduh ditahan ketika melalui balai  pelepasan LTSIP untuk menaiki penerbangan ke Subang, Selangor.

Semasa pemeriksaan tubuh, pihak berkuasa mendapati sesuatu diselitkan pada bahagian pinggangnya sebelum dia bertindak melarikan diri ke tingkat atas.

Apabila berjaya ditahan, polis menjumpai dua bungkus plastik cerah berisi ketulan kristal yang dipercayai dadah bernilai RM16,800.

Peniaga mercun untung puluhan ribu


  • mercun

PULANGAN lumayan hasil jualan mercun menjadi faktor utama segelintir individu berniaga mercun biarpun menyedari perbuatan tersebut menyalahi peraturan dan boleh meragut nyawa seseorang.

Seperti pepatah, kucing mana yang menolak ikan, sesiapa pun akan kelabu mata apabila melihat keuntungan diperoleh kerana berbekalkan modal RM1,000 boleh mencecah RM10,000.

Mendekati individu yang berniaga mercun di bazar Ramadan di negeri ini, rata-rata mereka mengakui tindakan tersebut hanya bagi mencari pendapatan lebih untuk digunakan sebagai persiapan keperluan hari raya.

Malah, mereka tidak menafikan turut menjual mercun terlarang, namun bukannya secara terbuka, selain berurus niaga dalam keadaan penuh kebimbangan kerana khuatir diserbu pihak berkuasa.

Kisah peniaga di Dungun

Hanya ingin dikenali sebagai Kak Sah, ibu tunggal berusia 40-an yang sudah tiga tahun berniaga mercun ini mengakui, demi mendapatkan wang lebih dia ambil keputusan tersebut kerana berniaga barang lain, keuntungan diperoleh agak kecil.

Menurutnya, menjalankan urus niaga yang salah di sisi undang-undang bukan sekadar ibarat ‘pandai makan, pandai simpan’, tetapi juga perlu licik menghidu kehadiran pihak berkuasa.

 Kak Sah turut mengakui dia sendiri pernah beberapa kali berdepan tindakan barang jualannya dirampas.

“Rata-rata peniaga mercun seperti saya tahu kegiatan ini menyalahi undang-undang, namun demi belanja raya, kami buat juga. Untung niaga ini besar, harga sepeket mercun RM4 boleh dijual RM10, siapa yang tidak mahu?

"Setiap kali musim perayaan, Kak Sah dapat untung banyak... boleh cecah RM8,000," katanya.

Kata Kak Sah, bekalan bukan sahaja sukar diperoleh tetapi jualan juga secara bersembunyi kerana penguat kuasa melakukan kawalan ketat.

"Tahun ini hampir tiada pembekal yang tawarkan mercun dan jika ada hanya bunga api serta mercun tertentu sahaja.

“Saya cuba minta mercun popular dan mendapat permintaan tinggi seperti mercun bola, tetapi mereka tidak sanggup beri kerana tidak mahu tanggung risiko," katanya.

Menurutnya, tahun sebelum ini dia tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan stok kerana pembekal mencarinya.

Namun, rezekinya tidak lagi selumayan dahulu.

Katanya, dahulu setiap kali musim perayaan pelanggan yang sudah tahu dia menjual mercun akan cuba mencarinya untuk mendapatkan mercun yang dilarang.
Kisah peniaga Di Hulu Terengganu

"Saya tidak jual mercun bahaya, semua ini yang biasa-biasa sahaja."

Demikian antara jawapan diberikan seorang peniaga bunga api dan mercun di daerah ini tatkala diajukan pertanyaan berkaitan jenis-jenis mercun dijualnya.

Mengakui baru mula berniaga barangan berkenaan pada tahun ini, peniaga berusia sekitar 30-an dan bertutur dalam loghat tempatan ini berkata, berniaga bunga api serta mercun adalah kerja sampingan sahaja kerana dia juga menjual barangan lain di bazar Ramadan.

Menurutnya yang hanya dikenali sebagai Amin, secara kebetulan kawannya dari Kelantan menawarkan stok mercun dan bunga api.

"Disebabkan untung lumayan, tertarik untuk cuba berniaga pada hari-hari tertentu sahaja.

“Jika kesihatan tidak mengizinkan, saya berniaga bunga api ini kerana tidak larat buat persiapan jualan utama saya itu," katanya.

Kata Amin, berniaga mercun dan bunga api mudah, letak sahaja atas meja, pelanggan akan berkerumun.

"Jika berniaga makanan atau minuman, banyak yang kena buat, perlu buat persiapan dari rumah, memasak dan menyediakan keperluan," katanya.

Menurutnya, perbelanjaan untuk hari raya meningkat saban tahun disebabkan kenaikan harga barangan dan setiap tahun jugalah dia perlu berusaha untuk mendapatkan wang lebih.

“Saya hanya keluarkan modal kira-kira RM500 sahaja untuk mercun dan bunga api... kawan kata keuntungan nanti lebih sekali ganda.

"Lebih untung lagi kalau kita jual mercun yang popular seperti mercun bola atau telur," katanya.

Namun, Amin tidak sanggup menjual mercun berkenaan kerana berbahaya apatah lagi banyak kes mangsa mercun yang berlaku disebabkan mercun bola.

"Saya hanya jual bunga api dan mercun biasa seperti Pop-pop serta gasing,” katanya.

Wanita terjun dari tingkat dua


  • Wanita warga Indonesia diangkat oleh anggota perubatan dari PPUM setelah mengalami kecederaan berikutan tindakan luar kawalnya itu.Wanita warga Indonesia diangkat oleh anggota perubatan dari PPUM setelah mengalami kecederaan berikutan tindakan luar kawalnya itu.

PETALING JAYA - Panik pintu rumah diketuk pihak polis, seorang wanita warga asing nekad terjun dari tingkap bilik tidurnya di tingkat dua bangunan Mentari Court, di sini, semalam.

Bagaimanapun, dia bernasib baik kerana hanya mengalami kecederaan ringan di kaki namun berjaya ditahan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, pihak polis berjaya menahan suspek terbabit selepas dia meraung kesakitan selepas tindakan tidak disangka-sangka itu.

"Selepas menjalankan pemeriksaan dokumentasi, kami mendapati suspek tidak mempunyai dokumen perjalanan yang lengkap.
"Suspek kemudian dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi mendapatkan rawatan susulan," katanya.
Azmi berkata, polis akan menjalankan siasatan lebih lanjut dan terperinci berhubung insiden berkenaan.

Dalam pada itu, menyentuh mengenai operasi bersepadu yang dijalankan, Azmi memberitahu seramai 119 individu ditahan.

Jelasnya, bagi tangkapan narkotik, tujuh individu ditahan atas kesalahan memiliki dadah jenis heroin dan pil khayal dengan kuantiti yang sedikit.

Tambahnya, operasi yang dijalankan di Mentari Court dan Desa Mentari itu adalah sebagai langkah pencegahan jenayah memandangkan kawasan ini mencatatkan kadar indeks jenayah tinggi.

Rahsia nafsu songsang terbongkar


  • Wan Abd Aziz Wan Abd Aziz

KUALA TERENGGANU - Usia baru menjangkau 15 tahun, tetapi kerana dipercayai terpengaruh dengan video lucah, seorang remaja lelaki memaksa sepupu lelakinya berusia lima tahun lakukan perkara sumbang dalam kejadian di Kijal, Chukai, Kemaman.

Rahsia remaja tersebut yang bernafsu songsang terbongkar selepas kelakuan jijiknya itu disedari ibu mangsa yang juga ibu saudara suspek, kira-kira jam 12.35 tengah hari, 17 Jun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, sebelum itu, ibu mangsa yang sedang berehat di rumahnya telah dimaklumkan seorang lagi anak saudaranya yang ternampak mangsa bersama suspek berada di kawasan semak belakang sebuah rumah.

Katanya, ibu mangsa yang bimbang kejadian tidak diingini bergegas ke lokasi dimaksudkan dan tergamam apabila melihat anaknya sedang melakukan perkara tersebut.

“Suspek yang terkejut dengan kehadiran ibu saudaranya segera memberhentikan perbuatan terkutuknya itu.

“Hasil siasatan awal mendapati, suspek yang tinggal berhampiran rumah mangsa sememangnya rapat dengan mangsa dan sebelum ini sering bermain dengannya, malah suspek juga dikatakan kerap membawa mangsa ke dalam semak itu,” katanya.

Wan Abd Aziz berkata, susulan kejadian itu, ibu mangsa membuat laporan di Balai Polis Kijal kelmarin untuk tindakan lanjut.

Jelasnya, siasatan sedang dijalankan dan usaha memburu suspek yang melarikan diri giat dilakukan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii.

Trauma selepas rumah dirempuh


  • Kenderaan pacuan empat roda yang merempuh rumah kedai di Guchil Tujuh, kelmarin.Kenderaan pacuan empat roda yang merempuh rumah kedai di Guchil Tujuh, kelmarin.

KUALA KRAI - Kejadian sebuah kenderaan pacuan empat roda merempuh sebuah rumah kedai selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah bas dan sebuah kereta di Guchil Tujuh, di sini petang kelmarin, menyebabkan dua beradik mengalami trauma.

Pemilik rumah kedai, Mohd Ramdzan Mohd Salleh, 51, berkata, kejadian menyebabkan dua anaknya, Mubammad Iman Zafron, 4, dan Dhiya Haisya, 2, takut untuk masuk ke rumah kedai berkenaan.

Menurutnya, kedua-dua anaknya itu akan menangis apabila hendak dibawa masuk ke premis berkenaan dan ditempatkan di sebuah lagi rumah mereka di Pasir Era.

"Bukan hanya menangis berterusan, malah kedua-dua anak saya itu tidak dapat tidur malam akibat kejadian itu.

"Tambahan pula ia merupakan kejadian pertama kami alami sejak mendiami rumah kedai yang dibina sekitar 1965. Saya benar-benar terkejut dengan kejadian tidak diduga ini," katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Ramdzan berkata, sebelum ini pernah berlaku beberapa kemalangan di depan kedai tersebut dan kejadian kelmarin menyebabkan dia sekeluarga kerugian sekitar RM60,000 apabila bahagian depan rumah kedai rosak teruk.

Tambahnya, meja dan beberapa peralatan lain yang digunakan untuk berniaga kedai makan turut mengalami kerosakan.

Sementara itu, anak keduanya, Nur Suhada, 26, berkata, dia sedang menonton televisyen di ruang tamu ketika mendengar dua dentuman kuat dan segera bangun melihat apa yang berlaku.

Katanya, ketika itu dia terkejut apabila melihat sebuah kenderaan pacuan empat roda merempuh dinding kedai bapanya dan turut trauma akibat kejadian tersebut.

"Sama seperti adik, saya juga tidak dapat tidur malam selepas kejadian itu dan berasa takut apabila mengenangnya," katanya.

Pegawai Bomba Kanan II, Abdul Razak Harun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian daripada orang awam pada kira-kira jam 5.21 petang.

Menurutnya, ketika tiba di tempat kejadian, pasukan bomba mendapati kenderaan pacuan empat roda terbabit terperosok dalam rumah kedai dan pemandunya yang merupakan seorang wanita dihantar ke hospital.

"Wanita berkenaan cedera, manakala suaminya tidak mengalami sebarang kecederaan. Pemandu kereta jenis Proton Iswara bersama anak lelakinya berusia 6 tahun tidak cedera, begitu juga dengan pemandu dan penumpang bas," katanya.

Isteri tolak gurauan lucah dibelasah


  • Mohd Zulkarnain dipenjara enam bulan selepas mengaku salah sengaja mencederakan isterinya di mahkamah majistret, semalam.Mohd Zulkarnain dipenjara enam bulan selepas mengaku salah sengaja mencederakan isterinya di mahkamah majistret, semalam.

KUALA TERENGGANU - Gara-gara enggan melayan gurauan lucah suami, seorang ibu tujuh anak cedera dibelasah suami.

Bagaimanapun, tindakan suaminya, Mohd Zulkarnain Ismail, 44, menerima pembalasan apabila dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh mahkamah majistret, di sini, semalam.

Dia mengaku salah sengaja menyebabkan kecederaan kepada Che Alirawati Che Abdullah, 36.

Mohd Zulkarnain, seorang buruh, melakukan kesalahan itu di rumah mereka di Kampung Surau Haji Daud, di sini, pada 21 Mei lalu, kira-kira jam 7.15 petang.

Dengan itu, Mohd Zulkarnain mengaku salah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai tiga tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa raya Nurzafirah Rosli di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi, manakala Mohd Zulkarnain diwakili peguam bela Muhammad Hayatuddin Mohamad.

Mengikut fakta kes, Che Alirawati sedang berehat di rumah apabila Mohd Zulkarnain datang dan memukulnya, dia juga menghantukkan kepalanya di kepala mangsa.

Dia kemudian memukul kepala dan badan isterinya di hadapan anak-anak mereka.

Kejadian tersebut berpunca apabila mangsa enggan melayan gurauan lucahnya sebelum itu.

Akibat perbuatan suaminya, Alirawati mengalami sakit di seluruh badan dan bengkak di kepala.

Bimbang akan keselamatannya, Alirawati lari dari rumah dan bernasib baik kerana terserempak dengan kereta peronda polis.

Anggota polis peronda itu membawanya ke Balai Polis Kuala Terengganu untuk membuat aduan.

Dia mengadu bahawa suaminya seorang penagih dadah dan kerap memukul anak-anak mereka.

Susulan laporan berkenaan, Mohd Zulkarnain ditangkap di hadapan rumah mereka pada 22 Mei lalu, kira-kira jam 4.45 pagi.

Hasil ujian saringan ke atas air kencingnya mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine.

Cucu selamatkan datuk, nenek



  • Keadaan rumah berkembar di Kampung Batu 15 yang musnah dalam kebakaran, kelmarinKeadaan rumah berkembar di Kampung Batu 15 yang musnah dalam kebakaran, kelmarin

BATU KURAU - Kepantasan seorang cucu berjaya menyelamatkan nyawa datuk dan neneknya yang uzur daripada menjadi mangsa kebakaran rumah berkembar didiami mereka di Kampung Batu 15, di sini, kira-kira jam 6.30 petang, kelmarin.

Ibunya, Asniza Mat Desa, 42, berkata, ketika kejadian dia bersama suami dan dua anaknya keluar berniaga di bazar Ramadan Batu Kurau.

"Namun, seorang anak yang ikut berniaga balik berehat sebelum melihat percikan api di bahagian peti sejuk. Dia cuba cabut suis dan padam api, tapi tak berjaya.

"Selepas itu, dia terus dukung  atuk dan neneknya untuk menyelamatkan mereka daripada kebakaran," katanya.

Menurutnya, kebakaran itu menyebabkan keluarga mertuanya kerugian hampir RM200,000 apabila semua perkakasan musnah.

“Kami juga sedih dan terkilan kerana semua persiapan raya musnah, selain dokumen penting. Kini kami tinggal sehelai sepinggang.

“Kami anggap ini ujian dan bersyukur kerana seluruh ahli keluarga selamat dan tiada yang cedera,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting, Penolong Penguasa Mohd Taufiq Abd Sattar berkata, dua rumah berukuran 70x40 dan 30x40 kaki persegi itu musnah kira-kira 60 peratus.

“Dalam operasi itu, seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting bersama empat anggota balai Taiping serta 18 anggota Pasukan Bomba Sukarelawan Batu Kurau dikerahkan ke tempat kejadian.

“Sehingga kini punca kejadian masih lagi dalam siasatan,” katanya

Angin hitam bawa musibah


Temerloh: Ketika umat Islam bersiap menyambut Aidilfitri kurang seminggu lagi, 228 keluarga membabitkan seramai 1,192 penghuni terpaksa menanggung kesedihan apabila rumah mereka rosak dibadai ribut yang melanda 12 kampung di Mentakab, Lanchang dan Kuala Krau, di sini, petang kelmarin.
Tinjauan dilakukan Harian Metro menyaksikan kebanyakan rumah rosak teruk selepas atap dan bahagian lain diterbangkan angin kuat sejauh hampir 50 meter.
Akibat kejadian disusuli hujan lebat kira-kira jam 5 petang itu, peralatan rumah khususnya barangan elektrik rosak akibat terkena air selain persiapan hari raya seperti kuih muih dan baju raya turut terjejas.
Malah, keadaan sekeliling rumah juga menyaksikan banyak pokok tumbang sehingga ada yang menghempap rumah berhampiran.
Seorang mangsa, Rozilah Osman, 52, berkata, ketika kejadian dia berlindung di dapur rumahnya dan terdengar bunyi yang kuat dan menakutkan.
Katanya, dalam usaha menyelamatkan diri dan anak-anaknya, dia sempat melihat pusaran angin berwarna seakan hitam berpusar melalui tingkap sebelum memusnahkan garaj rumahnya.
“Saya bersyukur kami semua selamat dan hanya garaj kereta saja diterbangkan angin ke atas pokok selain beberapa pokok durian tercabut akibat angin kuat ini,” katanya.
Seorang lagi mangsa, Mohd Salleh Jarab, 48, berkata, dia bersyukur kerana anak lelakinya yang berusia setahun terselamat dalam kejadian itu biarpun hampir ditimpa dinding rumah yang runtuh.
“Saya terkejut kerana pada masa kejadian, anak saya tidur di atas katil berhampiran dinding berkenaan namun lega kerana bucu katil menghalangnya daripada terkena anak saya.
“Saya terus berlari mendapatkannya dan ketika itu hanya terfikir keselamatan enam anak yang saya bawa berlindung di dapur sebelum melaungkan azan,” katanya.
Bagi Yazi Samad, 56, kejadian itu menyebabkan semua barangan untuk sambutan Aidilfitri keluarganya musnah.
Katanya, dia bersyukur semua ahli keluarga yang berada di dalam rumah berkenaan selamat dan tidak mengalami kecederaan.
Sementara itu, Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah meluangkan masa mengunjungi penduduk dan mangsa ribut di Kampung Gajah Mati dan Kampung Batu Kapur di sini.
Baginda bertitah, rakyat jangan mudah melatah ketika menghadapi dugaan dan cabaran Allah SWT sebaliknya perlu bersabar dan tabah.
“Kita perlu banyak bersabar dan berdoa supaya semuanya selamat, apatah lagi pada bulan Ramadan yang mulia ini yang mengajar supaya banyak bersabar,” katanya.
Selain itu, baginda memberi jaminan mangsa ribut akan diberikan bantuan oleh Kerajaan Pahang dan Majlis Ugama Islam dan Adat Melayu Pahang (MUIP) selain Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Foto
TENGKU Abdullah melawat rumah Yazi yang musnah selepas dilanda ribut di Kampung Batu Kapor.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/24

‘Dah nak jadi’


Kuala Terengganu: “Perkara sudah terjadi, tiada guna saya menyimpan dendam,” kata Irawan, 26, mangsa letupan mercun yang mencederakan enam warga Lombok, Indonesia di Kampung FELDA Jerangau, Ahad lalu.
Menurut Irawan, dia dan rakan lain menganggap kejadian yang menimpa mereka adalah ujian daripada Tuhan dan menerimanya dengan hati terbuka.
Katanya, walaupun ada antara mereka terpaksa berehat panjang dan mengalami kecacatan kekal pada anggota badan, tidak sedikitpun timbul rasa marah atau dendam terhadap rakannya, Hairi, 30, yang menyebabkan letupan mercun itu.
“Dia (Hairi) langsung tidak berniat untuk mencederakan dan tidak terfikir insiden itu boleh menimpa kami berenam.
Walaupun dia yang menyebabkan insiden ini, saya yakin dia amat menyesal dengan kejadian yang berlaku.
“Kami semua satu kampung dan perkara ini tidak sesekali memutuskan persahabatan kami semua,” katanya ketika ditemui di Wad Ortopedik HSNZ, di sini, semalam.
Irawan berkata, dia bersyukur kerana dia dibenarkan pulang semalam berikutan kesan lecur pada kedua belah kakinya beransur pulih.
Katanya, dia berharap rakan lain yang masih mendapatkan rawatan itu lebih tabah dan sabar menerima dugaan itu.
Sementara itu Salman Johari, 25, berkata, dia masih trauma dan tidak mampu melupakan kejadian yang hampir meragut nyawanya itu.
“Setiap kali terdengar bunyi letupan mercun, hati saya terganggu dan terbayang kejadian itu.

Buat sementara waktu, biarlah saya berehat dulu di wad dan mungkin akan berfikir sama ada mahu pulang ke kampung halaman atau tidak selepas ini,” katanya.
Foto
IRAWAN menerima rawatan di HSNZ.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/24

Mimpi berjalan


Oleh Fardy Bungga

Kuala Lumpur: Seorang wanita warga asing yang ditemui terjatuh dari tingkat dua pangsapuri di Mentari Court di sini, awal pagi semalam, memberi alasan berjalan dalam mimpi sebelum terjun dari tingkap kediamannya.

Dalam kejadian jam 1 pagi semalam, mangsa dipercayai cuba melarikan diri sebaik menyedari Operasi bersepadu membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dilakukan di pangsapuri itu.

Wanita yang dikenali sebagai Meldawati, 30-an, itu ditemui anggota polis dalam keadaan kesakitan sebelum ambulans dipanggil untuk memberikan rawatan kepadanya.

Jurucakap polis berkata, mangsa yang disoal siasat mendakwa seperti bermimpi sebelum membuka tingkap biliknya dan terjun ke kawasan tempat letak kenderaan di bawah pangsapuri.

“Tindakan itu menyebabkan mangsa cedera parah di kaki dan pinggang akibat hentakkan kuat di lantai konkrit.

“Wanita itu kemudian dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Sementara itu ketua operasi yang juga Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, seramai 119 individu ditahan membabitkan 77 lelaki dan 42 wanita berusia lingkungan 18 hingga 60 tahun.

Katanya, tangkapan membabitkan 110 pendatang tanpa izin dari Indonesia, Myanmar, Filipina, Bangladesh, Nepal, China, Vietnam, India, dan Pakistan.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/24

Tak peduli tiada lesen


Kuala Lumpur: Memandu tanpa lesen dikesan antara kesalahan paling tinggi dilakukan pengguna jalan raya sepanjang Operasi Bersepadu Hari Raya dilaksanakan sejak Isnin lalu, dengan merekodkan 1,099 kesalahan daripada 3,792 notis saman yang dikeluarkan pelbagai agensi penguatkuasaan.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, tujuh kesalahan utama iaitu memandu laju, tidak memakai tali pinggang kaledar, melanggar lampu isyarat dan beberapa lagi kesalahan merekodkan jumlah kesalahan kedua paling tinggi iaitu 995 kesalahan.
“Kedua-dua kesalahan itu adalah bersifat umum dan saya pasti semua pengguna jalan raya sedar terhadap salah laku berkenaan.
Tiada alasan untuk itu dan seharusnya pengguna jalan raya peka dengan keadaan berkenaan terutama dua kesalahan terbabit.
“Sejak operasi bersepadu dilaksanakan kelmarin (Isnin), kita sudah melakukan pemeriksaan terhadap 15,341 kenderaan di seluruh negara dan daripada jumlah itu 3,792 notis saman dikeluarkan dan menyita 18 kenderaan atas pelbagai kesalahan,” katanya selepas operasi bersepadu yang dilakukan di Plaza Tol Sungai Besi Arah Selatan, di sini, semalam.
Ismail berkata, operasi bermula Isnin lalu dijangka berakhir pada 5 Ogos ini sempena Aidilfitri dan ia bertujuan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya terutama pada waktu perayaan itu.
Beliau berkata, menerusi operasi bersepadu yang dilaksanakan setiap tahun, pihaknya dapat melihat ‘trend’ penurunan yang agak ketara memandangkan pelbagai inisiatif serta langkah penguatkuasaan dilakukan bagi mengurangkan risiko tragedi kemalangan maut.
“Untuk tujuan itu juga kita sudah menempatkan anggota JPJ di 119 lokasi seluruh negara bagi melaksanakan tugas pemeriksaan kenderaan termasuk langkah penguatkuasaan undang-undang dan fokus utama adalah pemeriksaan bas ekspres.
“Kita turut menempatkan anggota di 28 kawasan rehat dan rawat (R&R) di sepanjang lebuh raya di seluruh negara.

Ini bertujuan mewujudkan kehadiran pihak berkuasa dalam kalangan orang awam selain melaksanakan pemeriksaan terhadap bas ekspres,” katanya.
Foto
ANGGOTA JPJ mengadakan Ops Bersepadu Hari Raya mengesan pesalah lalu-lintas di musim perayaan.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/24

Asrama berdentum


Melaka: “Ketika hujan lebat disusuli angin kencang, kami dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat dan kaca berderai,” kata Mohd Fahim Mohd Farid, 21, menceritakan detik kawasan Kediaman Siswa/Siswi Politeknik Melaka (KAMSIS) di Taman Bertam Perdana, Pulau Gadung di sini dipukul ribut, semalam.
Kejadian jam 5.45 pagi mengakibatkan lebih 10 motosikal pelajar diletakkan di kawasan tempat letak kenderaan rosak selepas dihempap bumbung dari salah satu blok kediaman berkenaan yang diterbangkan angin. 
Ribut turut mengakibatkan dua pelajar lelaki cedera selepas terkena serpihan kaca apabila tingkap cermin di 15 bilik di bangunan lima tingkat itu pecah ditiup angin kencang dan lima khemah disewa bagi pelajar menunaikan solat Tarawih musnah. 

Kejadian turut menyebabkan dua bas sekolah yang diletakkan di bahu jalan di hadapan KAMSIS rosak teruk selepas dihempap dua pokok tumbang.
Foto
ANTARA gerai yang musnah dilanda ribut.

Mohd Fahim berkata, ketika kejadian dia yang baru selesai bersahur dan menunggu masuk waktu Subuh terkejut selepas mendengar bunyi dentuman kuat ketika hujan lebat melanda kawasan berkenaan.

“Keadaan sangat menakutkan ketika itu kerana dentuman berkenaan disusuli dengan bunyi deruan angin kencang dan kaca berderai, saya tidak nampak apa yang berlaku kerana hari masih gelap ketika itu. 

“Namun selepas hujan reda, kami turun untuk melihat apa yang berlaku dan terkejut mendapati puluhan motosikal dihempap bumbung, khemah terbalik dan tingkap di beberapa bilik pecah dipukul ribut,” katanya 


Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/24

Tinggal lori penuh mercun


Butterworth: Cubaan individu tertentu melambakkan bekalan mercun dan bunga api sempena musim perayaan ini gagal apabila Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Pulau Pinang merampas bahan letupan dianggarkan bernilai RM419,617 membabitkan jumlah cukai RM272,823.
Cubaan menyeludup masuk 443 kotak bahan letupan seberat 10,598 kilogram (kg) itu dipatahkan selepas kastam menemui mercun dan bunga api disimpan dalam dua lori yang ditinggalkan di tepi jalan berhampiran jalan masuk ke Kampung Jambatan Merdeka, Jalan Kedah, Kepala Batas di sini, pada jam 6.40 pagi Jumaat lalu.
Pengarah KDRM negeri Datuk Zulkifli Yahya berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai lori itu yang disyaki membawa bahan mencurigakan dalam perjalanan dari Bukit Kayu Hitam, Kedah menghala ke negeri ini.
“Susulan maklumat itu, kami berusaha mengesan kenderaan terbabit sebelum ditemui ditinggalkan di tepi jalan, namun ketika itu pemandunya sudah meloloskan diri.
“Kejayaan ini dianggap antara paling besar bagi kastam Pulau Pinang dengan rampasan sehingga lebih 10,000 kg mercun dan bunga api bernilai lebih setengah juta termasuk nilai cukai,” katanya pada sidang media di Kompleks Pencegahan Kastam, semalam.
Beliau berkata mengikut, 240 kotak mercun dan bunga api seberat 6,120 kg bernilai RM296,812 ditemui hasil pemeriksaan terhadap lori pertama manakala baki 203 kotak mercun dan bunga api seberat 4,469 kg bernilai RM122,805 lagi ditemui dalam lori kedua.
Menurutnya, antara jenis mercun dan bunga api dirampas ialah jenis thunder clap, saturn missiles, vietnam periuk api, happy boom, assorted cakes dan mercun bola yang boleh mendatangkan kecederaan parah sekiranya berlaku letupan pada jarak dekat.
Katanya, kedua-dua lori berkenaan serta bahan muatannya disita kastam bagi membantu siasatan kes berkenaan termasuk mengesan pemandu dan dalang menguruskan kemasukan mercun dan bunga api berkenaan secara tidak sah.
“Orang awam perlu faham mercun tertakluk kepada Permit Import di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2012.
Bagi kesalahan ini boleh disabit mengikut Seksyen 135 (1) (e), Akta Kastam 1967 (Semakan 1980) iaitu mengangkut barang-barang belum lulus kastam atau barang larangan.
“Jika disabitkan kesalahan boleh didenda sehingga 10 kali ganda nilai rampasan dan tidak melebihi 20 kali ganda nilai barang atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Zulkifli berkata, pihaknya amat mengalu-alukan kerjasama orang ramai dalam bentuk penyaluran maklumat mengenai aktiviti penyeludupan membabitkan rokok, dadah, minuman keras dan mercun.
Beliau berkata, pihaknya memberi jaminan identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan demi menjamin keselamatan individu berkenaan yang sanggup bekerjasama dalam usaha melumpuhkan aktiviti penyeludupan hanya merugikan negara.
“Kami turut memberikan ganjaran dalam bentuk wang tunai kepada pemberi maklumat bagi setiap kes yang menghasilkan kejayaan.

Selain itu, Orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol kastam 1-800-88-885.
Foto
Zulkifli (kiri) bersama Pegawai Penguatkuasa Kastam, Boon Lee, menunjukkan mercun dan bunga api yang dirampas.

Bagi maklumat mengenai penyeludupan dadah boleh berhubung terus dengan Unit Narkotik Kastam di talian 04-3318920.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/24

Masuk ruang pejabat elak kena tembakan


Menurut saksi yang mahu dikenali sebagai Mohamad, ketika kejadian dia berada dalam pejabat dan baru selesai membuka kedai sebelum terdengar bunyi tembakan.
Katanya, dia terdengar bunyi seperti cermin diketuk selain suara lelaki menjerit mengarahkan seseorang supaya duduk.

“Selepas keadaan reda saya keluar meninjau keadaan sebelum ternampak kelibat tiga lelaki bertopeng membawa beg dan menaiki Perodua Myvi,” katanya, semalam.
Foto
CERMIN pameran barang kemas yang dipecahkan perompak.

Sementara itu, Ketua Polis Klang Selatan Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya mendapat maklumat kejadian samun berlaku di kedai emas BS Jewellery Pasaraya Giant Jalan Kebun, di sini, jam 11 pagi semalam.

“Dalam kejadian itu, empat lelaki bertopeng hitam yang menaiki kenderaan jenis Perodua Myvi disyaki menggunakan pintu alternatif untuk memasuki pasar raya berkenaan.

“Seorang suspek dipercayai bersenjatakan pistol disyaki semi auto dan melepaskan tiga tembakan masing-masing dua dalam pasar raya dan satu di luar pasar raya berkenaan,” katanya.

Menurutnya, dua lagi suspek menggunakan tukul besi untuk memecahkan cermin pameran barang kemas dan mengambil pelbagai jenis barang kemas di rak pameran yang dianggarkan RM200,000.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/24

Lembu ‘sumpit’ dalam kereta


Pasir Puteh: Tiga sahabat termasuk seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang terbabit dalam sindiket mencuri lembu dengan menggunakan sumpit sebagai senjata pelali diberkas dalam serbuan di Kampung Lot 23, Cherang Ruku, di sini, awal pagi kelmarin.
Dalam serbuan jam 5.30 pagi itu, dua lelaki berusia 25 dan 29 tahun berasal dari Jengka, Pahang ditangkap bersama remaja bawah umur itu ketika baru tiba di pekarangan rumah berkenaan selepas selesai mencuri empat lembu di Kuala Krai.
Ketua Polis Daerah Deputi Superintendan Mohd Kamal Zainal berkata, intipan dilakukan selama setengah jam di rumah berkenaan sebelum Proton Iswara dipandu suspek berusia 29 tahun bersama remaja perempuan yang sudah tidak bersekolah itu tiba di rumah berkenaan.

Katanya, sebaik seorang pegawai memperkenalkan diri, suspek cuba melarikan diri dengan terus masuk ke rumah sebelum bersembunyi di sebalik almari, namun dapat diberkas.
Foto
DUA lembu ditemui dalam keadaan terikat yang dalam keadaan separuh sedar.

“Hasil pemeriksaan lanjut, dua lembu ditemui dalam keadaan terikat yang dalam keadaan separuh sedar akibat disumpit ubat pelali terperosok di tempat duduk belakang.


Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/24

‘Polis’ kebas jongkong emas


Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

Kuala Lumpur: Seorang ahli perniagaan tidak hanya diculik dan dipaksa menyerahkan dua jongkong emas, malah turut dicampak penjenayah di kawasan tanah perkuburan.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi kelmarin, mangsa berusia 44 tahun dilarikan dua penjenayah yang menyamar anggota polis ketika mangsa berada di stesen minyak di Jalan Loke Yew.

Sumber polis berkata, mangsa yang berhenti untuk mengisi minyak mendakwa dihampiri dua lelaki yang memperkenalkan diri sebagai anggota polis.

Menurutnya, dua lelaki itu mengacukan parang pada leher mangsa sebelum menariknya masuk ke dalam kereta dan beredar dari kawasan itu.

“Ketika berada di dalam tawanan suspek, mata mangsa ditutup dengan kain hitam sebelum suspek memeriksa seluruh badan mangsa.

“Suspek seolah-olah mengetahui mangsa menyimpan barang berharga apabila menemui dua jongkong emas yang disimpan di dalam poket seluar mangsa,” katanya.

Menurutnya, suspek kemudian merampas emas dan wang tunai milik mangsa yang dianggarkan bernilai hampir RM50,000.

“Mangsa yang ketakutan hanya berdiam diri dan akur dengan arahan suspek.

“Suspek kemudian membawa mangsa ke kawasan tanah perkuburan Cina di Sungai Besi sebelum mengarahkan mangsa keluar dari kenderaan,” katanya.

Menurutnya, mangsa hanya kerugian emas seberat kira-kira 300 gram dan tidak cedera.

“Dia kemudian meminta bantuan orang awam sebelum membuat laporan di Balai Polis Tun HS Lee untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad mengesahkan kejadian itu dan memberitahu, siasatan lanjut sedang dilakukan bagi menjejaki suspek.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/24

Gelora noda bekas isteri


Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein

Johor Bahru: Padah merogol bekas isterinya sehingga mendatangkan kecederaan tahun lalu, seorang pengawal keselamatan dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun dan 10 kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Hakim Rozilah Salleh membuat keputusan itu selepas memutuskan tertuduh yang berusia 38 tahun, gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan pada akhir kes pembelaan.

Bapa kepada empat anak itu didakwa merogol bekas isterinya sehingga menyebabkan kecederaan di rumah lama mereka di Taman Anggerik Kempas di sini, pada jam 2 pagi, 29 Ogos tahun lalu.

Sebelum hukuman dijatuhkan, tertuduh hanya tunduk diam, tetapi selepas dipujuk hakim, dia memohon hukuman ringan dan berharap tidak dikenakan sebatan kerana menghidap kencing manis.

“Saya tetap mahu beritahu saya tidak bersalah.



Tetapi saya terima keputusan hakim, cuma saya mohon hukuman ringan penjara dari tarikh saya ditangkap dan tidak dikenakan sebat kerana ada kencing manis,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Nor Iffa Zarilla Abd Rahman meminta mahkamah tidak memberi pengecualian hukuman sebatan kepada tertuduh.

“Sekiranya tertuduh disahkan mempunyai masalah kesihatan, itu bidang kuasa pihak penjara untuk memutuskan pelaksanaan hukuman sebatan terbabit,” katanya.

Sementara itu, mangsa yang diceraikan talak tiga pada 2008 tidak hadir ke mahkamah kerana bekerja, menyerahkan keterangan impak mangsa (VIS) secara bertulis kepada mahkamah.

Berdasarkan VIS, wanita berusia 36 tahun itu mengakui masih trauma dengan kejadian berkenaan serta malu diperlakukan sedemikian di ruang tamu rumah di hadapan anaknya.

“Saya malu dengan anak, tertekan kerana bukan saja dirogol, tetapi dicederakan dengan pisau.

Dia ceroboh rumah sewa saya dan kononnya mahu ajak saya dan anak keluar minum, rupanya dia bawa ke rumah lama kami.


Saya ikutkan kerana saya takut.

“Saya mohon hukuman berat terhadapnya kerana bimbang jika dia berada di luar, dia terus mengganggu dan saya takut kerana dia berani bunuh saya,” katanya.

Pertuduhan yang dibuat terhadap tertuduh mengikut Seksyen 376(2)(a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 376(2) kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Tertuduh didakwa pada 23 September 2013, dibebaskan bagi tuduhan berkenaan, tetapi pihak pendakwaan membuat rayuan pada 19 November menyebabkan Mahkamah Tinggi di sini, memerintahkan dia membela diri Jun lalu.

Seramai lapan saksi pendakwaan sepanjang perbicaraan, manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam, mengemukakan empat saksi ketika prosiding pembelaan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/24

Tinggal kembar


Tasek Gelugor: Tiga beradik tidak sempat meraikan Aidilfitri bersama apabila dua daripada mereka lemas ketika bermain dekat kolam ikan terbiar berhampiran rumah datuk mereka di Kampung Matahari Naik, Pokok Tampang, dekat sini, pagi semalam.
Sebelum kejadian pada jam 8.30 pagi itu, tiga beradik berkenaan Muhammad Zakwan Ramli, dan kembarnya, Muhammad Zaki, 4, serta adik mereka Muhammad Hakim, 2, bermain di luar rumah, manakala ibu mereka, Juliana Ahmad, 33, menjaga datuk mereka, Ahmad Din, 74, yang sakit. 
Sebelum kejadian, Juliana yang menjaga bapanya yang diserang strok memanggil nama Muhammad Zakwan beberapa kali untuk memastikan mereka tidak ke kolam terbiar terletak 50 meter dari rumah berkenaan. 

Juliana berkata, mulanya dia yakin tiga anaknya itu hanya bermain sekitar rumah kerana Muhammad Zakwan menyahut panggilannya sebanyak tiga kali.
Foto
MUHAMMAD Zakwan (kiri) ditemui lemas.

“Saya hairan apabila panggilan kali keempat tidak disahut Muhammad Zakwan menyebabkan saya tertanya-tanya sama ada mereka masih berada dekat rumah atau tidak.

“Bagi mendapatkan kepastian, saya keluar untuk membuat pemeriksaan dan mendapati hanya Muhammad Zaki berada dekat rumah sambil menunjuk ke arah kolam. 

“Saya bergegas ke kolam dan terkejut apabila mendapati Muhammad Zakwan dan Muhammad Hakim sudah terapung,” katanya ketika ditemui di Hospital Kepala Batas (HKB). 


Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/24

TransAsia terhempas


Agensi Berita Pusat Taiwan memetik Menteri Pengangkutan Taiwan Yeh Kuang-shih sebagai berkata 47 orang terperangkap dan dikhuatiri mati dalam kejadian itu, manakala 11 lagi cedera selepas pesawat terbabit terbakar ketika membuat cubaan mendarat kali kedua. 
Menurutnya, pesawat itu membawa 58 penumpang dan anak kapal. 

Penerbangan GE222, pesawat ATR-72 milik TransAsia Airways dilaporkan menuju ke arah pulau Penghu dari bandar pelabuhan Kaohsiung di selatan Taiwan.
Foto
RANGKA pesawat milik TransAsia yang terhempas, semalam.

Pesawat berkenaan terhempas di perkampungan Xixi dan gambar disiarkan media tempatan menunjukkan anggota bomba terpaksa menggunakan lampu suluh untuk memeriksa lokasi kemalangan dalam keadaan gelap.

Taiwan dibadai taufan Matmo awal pagi Selasa lalu dan jabatan kaji cuaca negara itu memberi amaran hujan lebat sepanjang petang walaupun ribut lebih kuat membadai di tengah tanah besar China. - AP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/24

Polis nyaris maut bom 20kg meletup


Pattani: Empat polis sempadan cedera, dua daripadanya parah apabila sebuah bom seberat 20 kilogram (kg) meletup di lebuh raya di daerah Muang, semalam.

Letupan jam 6 pagi di Tambon Rusamilae turut mengakibatkan kerosakan kenderaan pikap dipandu anggota polis terbabit.
Anggota polis yang cedera dikenali sebagai Sarjan Pakphum Chan-metha, Sarjan Major Kanan Nanthasak Phetchsen, Sarjan Sitthiporn Sopa-wang dan Sarjan Major Somjit Rattanapan.

Pakphum dan Nanthasak dilaporkan dalam keadaan kritikal apabila mengalami kecederaan di kepala. Mereka dihantar ke Hospital Songkhlanagarind di Songkhla menggunakan helikopter. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/24

Abu Sayyaf bebas 3 tahanan


Manila: Golongan disyaki anggota kumpulan Abu Sayyaf semalam membebaskan tiga pekerja sosial di selatan Filipina.

Langkah itu diambil elepas kerajaan menahan pembayaran dana antikemiskinan yang memaksa sebuah bandar miskin mendesak kumpulan berkenaan berbuat demikian.


Setiausaha Kebajikan Sosial Corazon Soliman berkata, tiga pekerja sosial dan rakan mereka itu diculik Khamis lalu di Talipao, wilayah Sulu, ketika membuat pemeriksaan terhadap keluarga yang menerima bantuan kewangan.

Katanya, kerajaan menahan pemberian bantuan kewangan tunai kepada ribuan keluarga miskin di situ untuk menjamin keselamatan mangsa. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/24

Panik amaran palsu


Ketua majlis pengurusan bencana di kawasan terbabit Henry Buzar berkata, punca panik yang melanda Candelaria, 88 kilometer (km) dari Manila dan beberapa kawasan miskin lain masih dalam siasatan, kata pegawai pertahanan awam. 
Seorang wanita berusia 63 mati akibat sakit jantung ketika cuba melarikan diri dari rumahnya menggunakan motosikal. 

“Kami tidak tahu dari mana datangnya khabar angin itu. Tiba-tiba kami menerima maklumat orang ramai berpindah disebabkan bimbang ancaman tsunami.
Foto
PENDUDUK di bandar Navotas di timur Manila membersihkan kawasan kediaman mereka mengemas selepas dilanda taufan Matmo.

“Keadaan terlalu kelam-kabut.
“Saya mengarahkan pekerja menghalang orang ramai dan memaklumkan mereka amaran itu palsu namun gagal menghentikan penduduk daripada terus panik,” katanya. 

Hampir seribu orang bersesak-sesak di dalam bas bini dan lori untuk berkumpul di dewan orang ramai Candelaria bagi menyelamatkan diri. 

Namun kumpulan berkenaan perlahan-lahan beredar selepas tiada tsunami seperti dikhabarkan. 

Menurut Buzar, dia pelik dengan tindakan penduduk itu kerana tiada sebarang amaran gempa bumi dikeluarkan malah ramai yang lari juga tidak tinggal berhampiran kawasan pesisiran pantai. 

Cuaca mendung dan hujan lebat dibawa taufan Matmo serta pesanan ringkas (SMS) disebarkan melalui telefon bimbit dipercayai mencetuskan kekeliruan walaupun kawasan pedalaman negara itu tidak terkena taufan berkenaan. 


Sekurang-kurangnya 20 ribut melanda Filipina setiap tahun dan negara itu turut sering berdepan ancaman gempa bumi. 

Bencana terbaru, taufan Rammasun yang membadai Filipina bulan lalu mengakibatkan 98 maut dan lima hilang. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/24

Tutup bandar kerana wabak bubonik


Yumen: Pegawai China menutup sebahagian besar sebuah bandar raya selepas seorang penduduk yang digigit seekor tikus mati akibat dijangkiti wabak bubonik.

Mangsa berusia 38 tahun dari bandar Yumen di wilayah Gansu dijangkiti wabak berkenaan minggu lalu.


Ekoran kejadian berkenaan, kira-kira 30,000 penduduk diarah supaya tidak meninggalkan bandar berkenaan sementara polis mengadakan sekatan jalan raya di sekeliling bandar itu.



Menurut laporan pihak keselamatan, 151 orang yang pernah berhubung secara langsung dengan mangsa sudah dikuarantin.


Stesen televisyen China melaporkan, mereka yang dikuarantin bagaimanapun dalam keadaan stabil.


Bandar berkenaan dikatakan mempunyai bekalan beras, tepung dan minyak yang mencukupi untuk semua penduduknya selama sebulan.

Pihak berkuasa China juga memperuntukkan kira-kira RM500,000 untuk kerja-kerja menyuntik.


Wabak bubonik disebarkan oleh kutu tikus luar seperti marmot.

Walaupun ia boleh dirawat secara berkesan, tetapi pesakit mungkin mati 24 jam selepas dijangkiti. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/24

Dugaan menjelang Aidilfitri



TENGKU ABDULLAH berkenan mendengar cerita Mat Saat Saheh, 95, tentang kejadian ribut yang menerbangkan bumbung rumahnya di Kampung Batu Kapor, Mentakab, Pahang kelmarin.


TEMERLOH - Kurang seminggu lagi, umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri, sebanyak 228 buah keluarga dari lapan buah kampung sekitar Lanchang, Mentakab dan Kuala Krau di sini menghadapi dugaan apabila kediaman mereka rosak dipukul ribut yang melanda lewat petang kelmarin.
Dianggarkan seramai 1,192 mangsa terlibat dalam kejadian itu dengan jumlah kerugian masih belum dapat ditentukan.
Kejadian ribut dan hujan lebat selama lebih 90 minit sejak pukul 5 petang itu menyebabkan banyak bumbung kediaman diterbangkan angin, dinding rumah roboh, pokok tumbang dan kerosakan pada bangunan awam.
Namun penduduk kampung berkenaan bernasib baik kerana bencana yang menimpa mereka itu mendapat perhatian Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang berkenan melawat mangsa semalam.
Baginda juga berkenan menyampaikan sendiri bantuan bagi meringankan beban mangsa.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0724&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz38KwwBaz4 
Hakcipta terpelihara 

Hilang dua cahaya mata serentak


TASEK GELUGOR – Seorang ibu sanggup terjun ke sebuah kolam terbiar demi menyelamatkan dua anaknya yang dikhuatiri lemas di kolam yang terletak di hadapan rumah mereka di Kampung Matahari Naik, Pokok Tampang di sini.
Bagaimanapun, usahanya gagal apabila dua permata hatinya, Muhammad Zakhwan Ramli, 4, dan Muhammad Hakim, 2, telah meninggal dunia akibat lemas.
Juliana Ahmad, 33, yang begitu sedih dengan insiden itu berkata, kehilangan dua anaknya telah meragut kegembiraannya untuk menyambut lebaran yang hanya tinggal beberapa hari lagi.
Ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Kepala Batas, cerita suri rumah itu, Muhammad Zakhwan dan Muhammad Hakim sedang bermain bersama kembar Muhammad Zakhwan iaitu Muhammad Zaki di hadapan rumahnya kira-kira pukul 7.30 pagi.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0724&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz38Kw0Pdo7 
Hakcipta terpelihara 

47 maut, pesawat terhempas di Taiwan



SERPIHAN badan pesawat ATR-72 milik syarikat TransAsia yang terhempas kelihatan dekat sebuah lapangan terbang di Pulau Penghu, Taiwan semalam.


TAIPEI - Sebuah pesawat domestik Penerbangan TransAsia terhempas semasa mendarat di sebuah pulau di pantai barat Taiwan semalam menyebabkan 47 orang terbunuh, kata Pentadbiran Aeronautik Awam (CAA).
Menurutnya, pesawat 70 tempat duduk jenis ATR-72 itu terhempas dekat landasan bersama 54 orang penumpang dan empat anak kapal.
"Suasana kelam-kabut berlaku di lokasi kejadian," kata pengarah CAA, Jean Shen kepada agensi berita Reuters.
Menurut pihak berkuasa, seramai 11 orang yang cedera telah dihantar ke hospital.
Kemalangan itu berlaku di Pulau Penghu yang turut dikenali sebagai Pulau Pescadores.
Butiran lanjut mengenai kemalangan udara itu tidak dapat dipastikan setakat ini.
Namun, nahas itu berlaku ketika taufan Matmo melanda Taiwan semalam dengan membawa hujan lebat dan angin kencang.
Penerbangan TransAsia merupakan syarikat penerbangan berpangkalan di Taiwan yang memiliki sebanyak 23 pesawat Airbus dan ATR.
Sebahagian besar laluan syarikat itu melibatkan laluan domestik selain beberapa penerbangan menuju ke Jepun, Thailand dan Kemboja di Asia.
Selain kemalangan semalam, Majlis Keselamatan Penerbangan Taiwan memberitahu, TransAsia mengalami lapan kemalangan sejak tahun 2002 termasuk enam yang melibatkan pesawat ATR-72. - Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0724&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz38KuFIQD4 
Hakcipta terpelihara 

2 beradik lemas di kolam ikan terbiar


SEORANG penduduk, Ahmad Bakar menunjukkan kolam ikan terbiar yang menjadi lokasi dua beradik lemas di Kampung Matahari Naik, Tasek Gelugor, Pulau Pinang, semalam. - UTUSAN/Sazali Che Din
TASEK GELUGOR 23 Julai - Seorang ibu, Juliana Ahmad, 33, hanya mampu menangis apabila tindakannya untuk terjun menyelamatkan dua anak lelakinya yang terapung di permukaan kolam ikan terbiar di hadapan rumahnya hanya sia-sia kerana mereka sudah mati lemas.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi ini di Kampung Matahari Naik, Pokok Tampang di sini, Muhammad Zakwan Ramli, 4, bersama adiknya Muhammad Hakim, 2, lemas selepas terjatuh dalam kolam sedalam dua meter berkenaan yang terletak kira-kira 30 meter dari rumah mereka.
Bapa mangsa, Ramli Abdul, 36, berkata, dia yang sedang bertugas sebagai pengawal keselamatan di Balik Pulau dekat sini, menerima panggilan telefon daripada isterinya untuk dimaklumkan mengenai kejadian, terus bergegas ke Hospital Kepala Batas.
"Betapa sedihnya hati saya apabila melihat dua anak lelaki sudah kaku dan tidak bergerak lagi.
"Semuanya berlaku dalam sekelip mata dan tidak sangka kami sekeluarga kehilangan dua orang anak sekaligus menjelang Hari Raya Aidilfitri ini," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.
Kata Ramli, dia berasa sebak apabila terkenangkan kedua-dua anaknya itu tidak dapat memakai baju Melayu Teluk Belanga yang dibeli baru-baru ini.
Difahamkan dua beradik itu termasuk kembar Muhammad Zakwan iaitu Muhammad Zaki bermain di ruang tamu, manakala ibunya sedang menjaga datuk mereka yang sakit.
Bagaimanapun, Juliana yang berasa risau apabila mendapati anak-anaknya tidak berada dalam rumah keluar mencari dan menemui Muhammad Zaki keseorangan di halaman rumah.
Ibu saudara mangsa, Noranisah Ahmad berkata, Juliana kemudian bertanya kepada Muhammad Zaki tentang dua lagi adiknya sebelum ditunjukkan arah kolam berkenaan.
"Ketika itu, ibu mereka terus bergegas ke kolam dan terkejut mendapati anaknya sudah terapung dalam kolam itu," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Berangan, Omar Abdul Hamid berkata, pihaknya akan melakukan tinjauan di kawasan kolam berkenaan dan jika mendapati terbiar dan tidak digunakan lagi, beliau akan mencadangkan kepada pemilik supaya menimbusnya semula.
"Saya juga akan minta pemilik kolam ini supaya memasang pagar kerana terdapat rungutan daripada orang kampung bahawa kanak-kanak suka datang mandi di sini dan berbahaya kerana kolam tersebut agak dalam," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140724/je_03/2-beradik-lemas-di-kolam-ikan-terbiar#ixzz38KqJ6Upb
© Utusan Melayu (M) Bhd