Search This Blog

Sunday, July 20, 2014

Koperal tak sempat pulang raya


  • Orang ramai melihat kereta mangsa yang remuk teruk akibat merempuh belakang lori dalam kejadian nahas di Kampung Gong Medang semalam.Orang ramai melihat kereta mangsa yang remuk teruk akibat merempuh belakang lori dalam kejadian nahas di Kampung Gong Medang semalam.

BESUT - Hasrat seorang anggota polis untuk menyambut hari raya bersama dua anak dan ibunya di kampung tidak kesampaian apabila dia maut selepas Perodua kelisa yang dipandunya merempuh belakang lori di Kampung Gong Medang dekat Kampung Raja, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, Koperal Tuan Robi Che Noh, 36, yang merupakan anggota polis Pasukan Gerakan Am (PGA) memandu seorang diri dari arah Kuala Terengganu ke Kampung Raja.

Dia dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Gong Badak ke kampungnya di Kampung Berangan Masjid, Tumpat, Kelantan.

Menurut ibu mangsa, Tuan Zariah Tuan Hassan, 60, anaknya dalam perjalanan pulang selepas selesai bertugas jam 7 pagi semalam di Kem PGA Gong Badak, Kuala Terengganu.

“Saya terkejut apabila dapat panggilan daripada polis memberitahu anak saya meninggal dunia selepas terlibat kemalangan,” katanya yang ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Besut di sini.

Tuan Zariah berkata, kali terakhir dia bertemu anak ketiga dari enam beradik itu pada Sabtu minggu lalu ketika arwah pulang ke kampung.

Katanya, dia perasan ada perubahan pada diri Tuan Robi ketika pulang tempoh hari apabila arwah berubah menjadi pendiam tetapi sibuk mengecat dan membersih kawasan rumah.

Tuan Robi yang telah berpisah dengan isterinya juga telah membeli pakaian raya untuk dua anaknya yang berusia enam dan lima tahun.

“Saya tak sangka keterujaan arwah untuk beraya bersama saya dan dua anaknya tidak kesampaian,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, kejadian berlaku apabila sebuah lori dari Setiu ke arah Kampung Raja memberi isyarat belok ke kanan.

Menurutnya, pemandu lori tersebut memberhentikan lorinya untuk ke tapak projek di sebelah kanan jalan dan tiba-tiba kereta yang dipandu mangsa merempuh belakang lori tersebut.

“Mangsa dipercayai gagal mengelak lori yang berhenti itu dan dia meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan dalaman,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke bilik mayat Hospital Besut untuk bedah siasat sebelum dituntut waris.

Pemandu lori, Yaakub Seman, 61, tidak mengalami kecederaan dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Maut tercampak dari kenderaan


  • Keadaan kereta mangsa yang terbalik.Keadaan kereta mangsa yang terbalik.

NILAI – Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera ringan selepas kenderaan serba guna (MPV) jenis Toyota Avanza dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 272 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, di sini petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa, Yaw Ern Nian, 23, beralamat dari Kinrara, Puchong meninggal dunia di tempat kejadian selepas dipercayai tercampak daripada kenderaan dinaikinya.

Jurucakap polis berkata, ketika kejadian, kesemua mangsa dipercayai dalam perjalanan dari arah Seremban menuju ke Kuala Lumpur.

“Namun sejurus sampai di lokasi kejadian, kereta berkenaan yang dipandu eorang lelaki berusia 58 tahun tiba-tiba hilang kawalan lalu melanggar pengadang plastik jalan.

“Kejadian itu mengakibatkan kereta terbabit berpusing beberapa kali dan memasuki laluan pembinaan jalan sebelum terbalik," katanya.

Tambahnya, Ern Nian yang duduk di bahagian belakang tercampak keluar dan maut di tempat kejadian akibat cedera parah di  kepala dan badan.

"Manakala pemandu kereta terbabit dan seorang lagi penumpang wanita hanya cedera ringan. Mereka dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Supritendan Abdullah Roning ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Koperal tak sempat pulang raya


  • Orang ramai melihat kereta mangsa yang remuk teruk akibat merempuh belakang lori dalam kejadian nahas di Kampung Gong Medang semalam.Orang ramai melihat kereta mangsa yang remuk teruk akibat merempuh belakang lori dalam kejadian nahas di Kampung Gong Medang semalam.

BESUT - Hasrat seorang anggota polis untuk menyambut hari raya bersama dua anak dan ibunya di kampung tidak kesampaian apabila dia maut selepas Perodua kelisa yang dipandunya merempuh belakang lori di Kampung Gong Medang dekat Kampung Raja, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, Koperal Tuan Robi Che Noh, 36, yang merupakan anggota polis Pasukan Gerakan Am (PGA) memandu seorang diri dari arah Kuala Terengganu ke Kampung Raja.

Dia dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Gong Badak ke kampungnya di Kampung Berangan Masjid, Tumpat, Kelantan.

Menurut ibu mangsa, Tuan Zariah Tuan Hassan, 60, anaknya dalam perjalanan pulang selepas selesai bertugas jam 7 pagi semalam di Kem PGA Gong Badak, Kuala Terengganu.

“Saya terkejut apabila dapat panggilan daripada polis memberitahu anak saya meninggal dunia selepas terlibat kemalangan,” katanya yang ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Besut di sini.

Tuan Zariah berkata, kali terakhir dia bertemu anak ketiga dari enam beradik itu pada Sabtu minggu lalu ketika arwah pulang ke kampung.

Katanya, dia perasan ada perubahan pada diri Tuan Robi ketika pulang tempoh hari apabila arwah berubah menjadi pendiam tetapi sibuk mengecat dan membersih kawasan rumah.

Tuan Robi yang telah berpisah dengan isterinya juga telah membeli pakaian raya untuk dua anaknya yang berusia enam dan lima tahun.

“Saya tak sangka keterujaan arwah untuk beraya bersama saya dan dua anaknya tidak kesampaian,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, kejadian berlaku apabila sebuah lori dari Setiu ke arah Kampung Raja memberi isyarat belok ke kanan.

Menurutnya, pemandu lori tersebut memberhentikan lorinya untuk ke tapak projek di sebelah kanan jalan dan tiba-tiba kereta yang dipandu mangsa merempuh belakang lori tersebut.

“Mangsa dipercayai gagal mengelak lori yang berhenti itu dan dia meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan dalaman,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke bilik mayat Hospital Besut untuk bedah siasat sebelum dituntut waris.

Pemandu lori, Yaakub Seman, 61, tidak mengalami kecederaan dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kecurian kabel susahkan 250 keluarga


  • Che Mat menunjukkan kabel utama di menara itu yang dipercayai dipotong oleh penagih dadah untuk dijual.Che Mat menunjukkan kabel utama di menara itu yang dipercayai dipotong oleh penagih dadah untuk dijual.

GUA MUSANG - Kecurian kabel di menara sebuah syarikat telekomunikasi sejak Isnin lalu menyebabkan seramai 250 keluarga peneroka di Tanah Rancangan Felda Perasu, di sini terputus hubungan dengan kawasan luar.

Kegiatan dipercayai berlaku pada jam 2 petang apabila penduduk terserempak dua lelaki berusia sekitar 20-an dipercayai penagih dadah ketika keluar dari kawasan menara dengan membawa dawai yang sudah siap diproses.

Tinjauan Sinar Harian juga mendapati beberapa kabel utama di menara terbabit dipotong, selain berselerak di sekitar kawasan tersebut, manakala pintu pagar kawasan menara terbuka dipercayai diumpil.

Seorang peneroka, Mat Zain Hassan, 63 memaklumkan, sebelum ini kawasan menara itu telah beberapa kali menjadi sasaran penagih dadah untuk kegiatan mencuri kabel.

Menurutnya, kejadian kali ini dipercayai lebih teruk berbanding sebelum ini apabila talian telefon mudah alih terputus terus.

"Perkara itu disedari beberapa peneroka apabila talian telefon mudah alih mereka terputus secara tiba-tiba sebelum bergegas ke kawasan menara untuk melihat apa yang terjadi.

"Sebaik tiba di kawasan menara, penduduk terserempak dua lelaki terbabit yang baru keluar melalui pagar menara dengan membawa dawai siap diproses untuk dijual," katanya.

Mat Zain mengakui penduduk agak takut untuk menahan kedua-dua lelaki terbabit kerana bimbang terpaksa berdepan dengan kejadian tidak diingini, tambahan kedua-dua lelaki itu membawa senjata tajam.

"Kami harap pihak pengurusan Celcom dapat datang membaiki kabel serta kerosakan di menara itu agar peneroka tidak menghadapi masalah untuk menghubungi keluarga di luar tanah rancangan ini," katanya.

Sementara itu, Che Mat Harun, 60 berkata, peneroka tanah rancangan itu memang mengenali dua lelaki terbabit tetapi tidak mahu bertindak kerana pernah menerima ugutan daripada keluarga mereka sebelum ini agar jangan mengganggu mereka.

Che Mat berharap agar agar talian Celcom tidak mengalami nasib sama seperti talian tetap disediakan Telekom Malaysia yang sudah lama tidak berfungsi kerana semua kabel dicuri tanpa ada pemasangan baharu sejak lima tahun lalu.

176 nelayan, pembantu pelantar warga asing dicekup


  • Sebahagian warga asing yang dicekup dalam operasi, semalam.Sebahagian warga asing yang dicekup dalam operasi, semalam.

HUTAN MELINTANG - Polis berjaya menahan 176 warga asing, termasuk 26 wanita dalam satu serbuan di Pelantar Ikan, Jalan Tepi Sungai, di sini, kira-kira jam 7 pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata,  daripada jumlah itu, seramai 67  pendatang asing tanpa izin (Pati), termasuk 56 lelaki ditahan kerana tinggal melebihi tempoh masa dan tiada dokumen perjalanan sah.

“Segelintir warga asing sanggup terjun dalam sungai untuk meloloskan diri, namun gagal dan terpaksa menyerah selepas gagal berenang kerana arus deras.

"Semua yang ditahan bekerja sebagai nelayan dan pembantu di pelantar ikan," katanya.

Difahamkan, seramai 34 pegawai dan 118 anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak terlibat dalam serbuan itu.

Menurutnya, semua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Hutan Melintang untuk dokumentasi sebelum di bawa ke lokap IPD Hilir Perak untuk siasatan mengikut Seksyen 15 (1) (c) dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen.

"Majikan yang dikesan menggaji Pati boleh didakwa mengikut Seksyen 55A akta sama kerana membawa masuk Pati secara tidak sah.

"Majikan juga boleh disiasat mengikut Seksyen 55B kerana menggaji Pati, Seksyen 55E kerana membenarkan masuk dan tinggal di premis dan Seksyen 56(1)(d) kerana melindungi Pati," katanya.

17 peniaga kena kompaun


  • Alwi (dua, kiri) ketika mengetuai Ops Harga bersama 20 pegawai KPDNKK di Pasar Besar Dungun, pagi kelmarin.Alwi (dua, kiri) ketika mengetuai Ops Harga bersama 20 pegawai KPDNKK di Pasar Besar Dungun, pagi kelmarin.

DUNGUN – Kedegilan pengguna mematuhi peraturan kawalan harga menyebabkan 17 peniaga dikompaun serta merta selain pelbagai barangan mereka dirampas dalam Ops Harga, dekat sini, kelmarin.

Ketua Pegawai Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri, Alwi Abdul Hamid berkata, operasi terbabit dilancarkan pihaknya bagi memastikan peniaga mematuhi peraturan kawalan harga dan tidak mengambil kesempatan untuk menaikkan harga sempena musim perayaan tidak lama lagi.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan terhadap lebih 300 premis, seramai 17 peniaga dikenakan kompaun serta merta kerana pelbagai kesalahan, antaranya termasuk tidak mematuhi tanda harga dan menggunakan alat timbang sukat yang tidak disahkan.

“Keseluruhan nilai kompaun yang dikenakan kepada pengguna yang melakukan kesalahan berjumlah RM2,450 manakala nilai rampasan berjumlah RM4,225.

“Kita akan meneruskan operasi sama sehinggalah menjelang musim perayaan nanti agar peniaga tidak melanggar peraturan ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengetuai operasi melibatkan 20 pegawai KPDNKK dekat sini.

Menurut Alwi, kegagalan peniaga mematuhi peraturan ditetapkan menyebabkan mereka boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 dengan kadar denda maksimum sehingga RM100,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama dan sekali ganda hukuman pada kesalahan kedua.

Beliau yang juga Timbalan Pengarah KPDNKK negeri juga turut menyarankan orang ramai agar dapat menyalurkan maklumat kepada pihaknya jika ada peniaga yang didapati mengambil kesempatan menaikkan harga barangan sesuka hati pada musim perayaan Aidilfitri nanti.

Lepas tembakan amaran untuk selamatkan kawan


  • Mangsa yang cedera parah dibawa ke Hospital Sungai Buloh.Mangsa yang cedera parah dibawa ke Hospital Sungai Buloh.

RAWANG - Melihat rakannya bertarung nyawa dibelasah sekumpulan penjenayah, seorang lelaki terpaksa melepaskan beberapa das tembakan amaran untuk meleraikan pergaduhan di perkarangan sebuah rumah di Kota Emerald, di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, dalam kejadian jam 12.05 tengah malam itu, mangsa bersama rakannya berada di perkarangan rumah dan tiba-tiba didatangi dua kumpulan penjenayah.

“Kira-kira 15 ahli daripada kedua-dua kumpulan itu datang ke rumah tersebut dengan menaiki tiga kereta,” katanya.

Menurutnya, sebahagian daripada suspek bersenjatakan parang dan mereka bertindak menyerang mangsa yang berumur 27 tahun.

Ali berkata, melihat insiden tersebut, rakan mangsa terus menghubungi polis.

“Rakannya masuk ke dalam rumah dan mengambil selaras senapang lalu melepaskan lebih kurang sembilan das tembakan ke udara,” katanya.

Menurutnya, Pasukan Pencegah Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak tiba di lokasi kejadian lima minit kemudian berjaya menahan tiga daripada ahli kedua-dua kumpulan terbabit.

Lelaki yang melepaskan tembakan itu turut dipanggil untuk bantu siasatan.

Katanya, polis membuat rondaan di sekitar kawasan insiden berjaya menahan dua lagi suspek pada jam 5 pagi.

“Kesemua suspek yang ditahan adalah warga tempatan berumur 20 hingga 27 tahun dan kami tidak menemui senjata yang digunakan suspek memandangkan beberapa suspek melarikan diri,” katanya.

Polis turut rampas tiga kereta dinaiki suspek dan masih siasat punca kejadian.

Katanya, mangsa cedera di  badan dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan.

“Kami akan memburu saki-baki kumpulan berkenaan," katanya.

Wanita nafi keluarkan kenyataan perkauman


Tawau: Wanita yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman di akaun Facebook (FB) terhadap tragedi pesawat MH17 menafikan berbuat demikian.

Dia yang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, jam 10 pagi semalam, mendakwa tidak lagi menggunakan akaun FB itu.


Dalam laporannya, dia mendakwa akaun FB itu disalahgunakan pihak tertentu untuk menulis status berunsur fitnah dan perkauman.

Bagaimanapun, usaha menemubual wanita itu gagal selepas dia enggan membuat ulasan sehingga siasatan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) selesai.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Awang Besar Dullah mengesahkan menerima laporan polis dibuat oleh wanita terbabit.


“Selain itu, polis turut menerima dua aduan awam berhubung kenyataan berbaur perkauman di FB menerusi akaun Sim Kwang Yung Sim.

“Polis memandang serius perkara ini dan siasatan akan dijalankan,” katanya.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/20

Padah ugut tembak isteri


Sibu: Tindakan seorang lelaki berusia 43 tahun mengugut mahu menembak isteri dan ibu mentuanya mengundang padah apabila dia dicekup polis di sebuah pusat membeli-belah di Jalan Tun Abg Haji Openg, di sini, kelmarin.

Difahamkan suspek melakukan ugutan melalui panggilan telefon ketika mangsa membeli-belah di situ dan kejadian terbabit berpunca daripada perselisihan faham.


Sumber berkata, dalam kejadian jam 8.30 malam itu, mangsa yang bimbang dengan keselamatan mereka bergegas ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan. Bagaimanapun, katanya, suspek yang mengekori mangsa sejak dari awal lagi mengejar mereka dengan kenderaannya, malah turut melanggar belakang kereta mangsa. “Kereta mangsa dilanggar ketika tiba di Balai Polis Sibu, namun perlanggaran itu tidak teruk, sebaliknya ia lebih kepada tindakan menakut-nakutkan mangsa. “Mangsa seterusnya membuat laporan polis dan suspek ditahan jam 11.30 malam di balai polis berkenaan,” katanya. Menurutnya, ketika ditahan, suspek memberi tiga butir peluru yang didakwa ditemuinya dekat rumahnya di Rejang Park Sibu, di sini, tetapi tiada senjata dirampas. “Selepas ditahan, isteri dan ibu mentua lelaki terbabit meminta polis menyerahkannya ke Hospital Sibu kerana didakwa mengalami masalah mental.

“Polis kemudian menghantar lelaki berkenaan ke hospital untuk tindakan lanjut,” katanya.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/20

Rumah jadi stor mercun


Jitra: Seorang lelaki berusia 36 tahun ditahan selepas pemeriksaan di rumahnya di Kampung Kodiang Lama Luar, Kodiang, menemui pelbagai jenis mercun diharamkan, kelmarin.

Pada masa sama, pada serbuan jam 11 malam itu, polis turut mendapati lelaki terbabit turut menggunakan rumahnya sebagai stor menyimpan mercun.


Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superintendan Abd Rahim Abdullah berkata, serbuan dijalankan jam 11 malam itu hasil risikan serta maklumat awam.

“Siasatan awal mendapati, lelaki terbabit memperoleh bekalan mercun daripada seorang pembekal dari negara jiran sebelum menjualnya di bazar Ramadan di Kodiang sejak awal Ramadan lalu bagi menambah pendapatan.


“Mercun terbabit ditemui di dalam sebuah daripada bilik di rumah terbabit. Ketika serbuan, suspek yang berehat terkejut melihat kehadiran anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu yang datang untuk melakukan pemeriksaan di dalam rumahnya.


“Pemeriksaan menemui 347 kotak dan bungkusan mengandungi mercun jenis ‘Magic Boom’, ‘Double Thunder Glap’, ‘Caixiyingmen’ dan banyak lagi dianggarkan bernilai RM7,000.

“Siasatan mendapati suspek hanya mempunyai lesen untuk menjual bunga api ‘Happy Boom’ dan ‘Pop-pop’ tetapi mengambil peluang menjual mercun yang dilarang termasuk mercun bola,” katanya pada sidang media di IPD Kubang Pasu, semalam.


Abd Rahim berkata, suspek dipercayai hanya mengeluarkan modal RM2,500 untuk membeli mercun terbabit tetapi mampu memperoleh keuntungan sehingga RM4,500 berdasarkan nilai pasaran.



Katanya, suspek yang sudah berkahwin dipercayai memperoleh bekalan mercun yang dihantar seorang lelaki warga Thailand dikenali sebagai Abe berusia 30-an pada setiap hari sebelum menjualnya berikutan mendapat sambutan tinggi.


“Ini rampasan terbesar membabitkan mercun bagi bulan ini dan suspek direman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957, sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya.


Menurut Abd Rahim, sejak awal bulan ini, pihaknya merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai RM12,150 membabitkan 12 kes dengan kebanyakannya dilaporkan berlaku berhampiran sempadan Bukit Kayu Hitam.


Katanya, daripada jumlah kes terbabit, 10 daripadanya sudah dituduh di mahkamah membabitkan jumlah denda antara RM1,000 hingga RM3,000 setiap seorang.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/20

Tersepit atas traktor sendiri


Bagan Serai: Seorang pengurus tapak projek maut dihempap selepas tersepit pada besi yang diubah suai di sebuah traktor dalam kejadian di Kilometer 198.8, Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Bagan Serai, kelmarin.
Dalam kejadian jam 4.30 petang, Lee Ka Toh, 35, mati akibat cedera parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kerian Superintendan Mat Fauzi Nayan ketika dihubungi berkata, pihaknya dimaklumkan berkaitan kejadian oleh kakitangan syarikat penyelenggara tapak projek itu, jam 4.45 petang.
“Siasatan awal mendapati besi penahan berat yang diubah suai terjatuh ke atas leher dan kepala mangsa menyebabkannya tersepit di atas traktor.

“Mangsa maut di tempat kejadian akibat cedera parah. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Mat Fauzi berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarganya semalam.
Foto
KEADAAN mangsa ketika ditemui.
Sementara itu, seorang daripada pekerja di tapak projek berkenaan yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian mereka menunggu masa untuk pulang.

“Sementara menunggu rakan lain membersihkan diri, mangsa memaklumkan dia mahu membersihkan peralatan di atas traktor sebelum menyimpannya di dalam stor.
“Selepas hampir 10 minit, dia tidak muncul lalu kami pergi ke lokasi traktor dan menemui mangsa dalam keadaan mengerikan,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/20

Dua penjenayah dikehendaki tumpas


TEMERLOH 19 Julai - Dua penjenayah maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Jalan Kampung Bangau Tanjong di sini malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, kedua-dua suspek itu yang dikehendaki polis cuba melarikan diri dengan melanggar kereta peronda sebelum melepaskan tembakan ke arah anggota keselamatan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata demikian dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140719/je_07/Dua-penjenayah-dikehendaki-tumpas#ixzz37y1J8laR
© Utusan Melayu (M) Bhd 

10,000 liter diesel subsidi dirampas


ANGGOTA penguat kuasa PDNKK negeri memeriksa lori tangki minyak di Jeti Parameswara, Bandar Hilir, Melaka, semalam.
MELAKA 19 Julai - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK) negeri merampas 10,000 liter minyak diesel bersubsidi bernilai RM27,200 di Jeti Parameswara, Bandar Hilir dekat sini hari ini.
Serbuan tersebut dilakukan pada pukul 12.15 tengah hari sewaktu pemandu lori terbabit sedang memindahkan bahan api tersebut dari sebuah lori tangki minyak ke sebuah kapal penunda yang berlabuh tidak jauh dari situ.
Timbalan Pengarah PDNKK negeri, Jamil Buang berkata, dua lelaki iaitu pemandu lori berusia 57 tahun dan pemandu kapal penunda berusia dalam lingkungan 30-an telah ditahan bagi membantu siasatan penyelewengan minyak diesel bersubsidi.
Menurutnya, penguat kuasa juga turut menahan kapal penunda terbabit dan lori tangki minyak mengikut Akta Ka­walan Bekalan 1961.
"Serbuan ini dilakukan hasil intipan anggota penguat kuasa PDNKK sejak sebulan lalu dan kita dapati aktiviti pemindahan minyak diesel berlaku empat kali seminggu.
"Hasil pemeriksaan awal, minyak diesel ini dijual kepada pengusaha feri yang berulang-alik dari Melaka ke Bengkalis. Dipercayai mereka menjual bahan api ini mengikut harga industri iaitu RM2.70 satu liter,'' ujarnya ketika dihubungi hari ini.
Menurut Jamil, minyak diesel tersebut dibeli di beberapa stesen minyak di negeri ini dengan harga RM2 satu liter dan dimuatkan melalui lori satu tan setiap hari.
Jelasnya, bahan api dikumpul di satu lokasi lain sebelum proses pemindahan ke lori tangki minyak yang didaftarkan di alamat Perindustrian Bukit Rambai dilakukan.
Beliau menambah, pihaknya tidak pasti sejauh mana kebenaran bahan api itu dijual kepada pengusaha feri yang menjalankan operasi di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) dan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bandar Hilir di sini.
Ujarnya, hasil siasatan awal juga mendapati kapal penunda dan lori tangki berkenaan tidak mempunyai lesen bunkering iaitu penyaluran minyak ke kapal serta lesen borong petrol atau diesel.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140720/je_04/10000-liter-diesel-subsidi-dirampas#ixzz37y1Byv00
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tangan berlubang terkena mercun bola


TANGAN kanan Muhammad Kamarul Nizam Razak berbalut selepas dirawat kerana cedera sewaktu bermain mercun di Bandar Seri Bandi, Kemaman, Terengganu, malam kelmarin.
KEMAMAN 19 Julai - Kegembiraan 10 kanak-kanak bermain mercun ketika berbuka puasa membawa padah apabila salah seorang daripada mereka berlubang tapak tangan selepas sebiji mercun bola yang dipegangnya meletup dalam kejadian di Bandar Seri Bandi, dekat sini, Rabu lalu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 petang itu, mangsa, Muhammad Kamarul Nizam Razak, 8, yang juga murid Sekolah Kebangsaan Seri Bandi 2 dikatakan mengutip mercun bola yang tidak meletup sejurus dilempar kanak-kanak lain yang bermain di hadapan rumahnya.
Muhammad Kamarul Nizam berkata, dia meraung kesakitan selepas mercun itu meletup di tapak tangan kanannya sementara muka dan bajunya dipenuhi darah yang terpercik.
"Saya tengok tangan berubah jadi warna hitam dan juga ada kesan darah beku. Tapi, mujurlah kesemua lima jari saya masih ada," katanya yang masih lemah ketika dikunjungi wartawan petang semalam.
Sementara itu, datuk saudara mangsa, Ali Abd, Haq, 44, berkata, dia yang sedang berbuka puasa bersama anak saudaranya, Rashida Jusop, 17, ketika kejadian terus meluru keluar rumah apabila terdengar jeritan Muhammad Kamarul Nizam.
Menurutnya Ali, dia kemudian nampak beberapa kanak-kanak mengerumuni cucu saudaranya yang sedang menangis menahan sakit.
"Tapak tangan dan jari-jemarinya jadi bengkak. Tangannya juga bertukar jadi hitam kesan belerang yang hangus. Saya nampak ada lubang kecil di tengah-tengah tapak ta-ngannya itu dan sebaik sahaja dibasuh, darah keluar banyak dari lubang itu selain timbul juga bonjolan-bonjolan air di sekitar tapak tangan dan jarinya itu," katanya yang bekerja sebagai buruh ladang sawit di Ladang Tebak.
Difahamkan, ketika kejadian, kira-kira 10 kanak-kanak yang terdiri daripada kalangan anak jiran tetangga sedang bermain mercun di hadapan rumah Ali hingga menarik minat Muhammad Kamarul Nizam untuk makan dengan cepat sebelum keluar melihat rakan-rakannya itu bermain.
Mangsa kemudiannya dihantar untuk mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Seri Bandi di sini sebelum dirujuk ke Hospital Kemaman dan ditahan di dalam wad selama sehari serta dibenarkan pulang ke rumah kira-kira jam 3 petang kelmarin.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140720/je_03/Tangan-berlubang-terkena-mercun-bola#ixzz37y10hVwV
© Utusan Melayu (M) Bhd 

18 penumpang selamat, bas ekspres terbabas


LAZZUAN Ishak mengeluarkan barang peribadinya setelah bas dipandunya terbabas akibat hilang kawalan berhampiran kawasan Rehat dan Rawat Gurun di Jerai, Kedah, semalam. - MINGGUAN/Ismail Kamadin
JERAI 19 Julai - Seramai 18 penumpang sebuah bas eks­pres yang menuju ke Terminal Bas Shahab Perdana, Alor Setar mengalami detik-detik mencemaskan apabila kenderaan yang dinaiki mereka terbabas menuju ke ladang kelapa sawit berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gurun di sini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, kecekapan pemandu bas tersebut, Lazzuan Ishak, 39, menyelamatkan keadaan daripada menjadi lebih buruk apabila dia berjaya mengelak daripada melanggar deretan pokok jati di tepi lebuh raya berkenaan.
Menurut Lazzuan, kejadian itu berlaku apabila bas yang dipandunya tiba-tiba hilang kawalan setelah tayar ha­dapan sebelah kirinya mele­tup secara tiba-tiba.
"Ketika itu saya sedang memandu dengan kelajuan 90 kilometer sejam. Tiba-tiba terdengar bunyi letupan dan serta merta bas hilang kawalan de­ngan bergerak ke kiri jalan.
"Saya cuba membrek dan memusingkan stereng ke kanan untuk membolehkan bas terus berada di atas lebuh raya, namun keadaan tidak dapat dikawal menyebabkan kami merempuh penghadang jalan di sebelah kiri sebelum menjunam di kawasan yang sedikit berbukit," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Bas tersebut bertolak dari Kuantan, Pahang kira-kira pukul 9 malam tadi menuju ke Alor Setar sebelum menyambung perjalanannya ke Kangar, Perlis.
NUR Hazwani Jamaludin yang cedera di muka diberi rawatan selepas sebuah bas ekspres yang dinaikinya terbabas dipercayai hilang kawalan.
Akibat kejadian itu, seorang penumpang, Nur Hazwani Jamaludin, 24, yang duduk di kerusi paling hadapan cedera di muka akibat terpelanting dan terhantuk di bahagian hadapan bas berkenaan.
Sementara itu, seorang lagi penumpang yang hanya mahu dikenali sebagai Kamarul memberitahu, kebanyakan penum­pang ketika itu sedang tidur dan awalnya tidak menyedari mengenai kejadian itu.
"Ketika bunyi letupan itu kedengaran dan bas tidak stabil, keadaan masih lagi senyap. Hanya setelah bas merempuh penghadang jalan, barulah kebanyakan penumpang tersedar dan menjerit ketakutan," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Arifin ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
"Kami sudah mengambil keterangan pemandu bas tersebut. Setakat ini kejadian itu dipercayai berpunca tayar pe­cah, namun siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 42 (3) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140720/je_02/18-penumpang-selamat-bas-ekspres-terbabas#ixzz37y0s3Osl
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Ketua Geng Didi ditembak mati


TEMERLOH 19 Julai - Polis melumpuhkan kegiatan jenayah Geng Didi selepas menembak mati dua lelaki termasuk ketuanya dalam kejadian berbalas tembak di Jalan Kampung Bangau Tanjung, di sini malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, kedua-dua suspek iaitu Mohd. Fahmi Hisham Rahim, 28, atau dikenali dengan panggilan Didi dan Mohd. Shazmier Mohd. Yusof, 24, mati di tempat kejadian selepas terkena beberapa das tembakan.
Seorang lagi rakan jenayah mereka cedera selepas terkena tembakan di betis kanan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, kedua-dua suspek yang maut bersama dua lagi rakan mereka dikatakan meninjau kawasan Kampung Bangau Tanjung untuk melakukan aktiviti samun dengan menaiki sebuah kereta.
Beliau berkata, sepasukan polis yang sedang bertugas kemudian menahan kereta suspek berhampiran Hotel Sri Malaysia selepas didapati dipandu dalam keadaan mencurigakan.
"Semasa pasukan kita memperkenalkan diri secara tiba-tiba salah seorang suspek yang duduk di tempat penumpang belakang melarikan diri sementara suspek yang memandu pula terus merempuh kenderaan polis sebelum memecut hingga memaksa polis terpaksa melepaskan tembakan yang mengenai tayar kereta berkenaan.
"Selepas mengejar kira-kira satu kilometer akhirnya kereta suspek dapat dipintas dan semasa pasukan polis hendak melakukan pemeriksaan, tiba-tiba terdengar beberapa das tembakan dari dalam kereta dan dalam usaha mempertahankan diri pasukan polis telah membalas tembakan.
"Seorang suspek dilihat cuba melarikan diri dengan keluar dari kereta tetapi berjaya ditangkap dan pemeriksaan di dalam kereta pula mendapati dua suspek yang berada di bahagian hadapan telah mati," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh di sini hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Polis Negeri, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani; Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Zakaria Ahmad dan Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Annuar Othman.
Tambah Mohmad, pemeriksaan di dalam kereta suspek menemukan sepucuk revolver Smith & Wesson, sebilah parang, sebilah pisau, dua kuku kambing, satu playar, satu pemotong besi dan satu ragum.
Ujar beliau, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971 yang membawa kepada hukuman mati.
"Berdasarkan siasatan, kumpulan yang mula aktif sejak tujuh tahun lalu ini yang mempunyai rangkaian di beberapa buah negeri dengan melakukan jenayah kekerasan.
"Dengan tertumpasnya kumpulan ini, pihak polis berjaya menyelesaikan 10 kes samun dan satu kes cubaan bunuh di Kedah, tiga kes samun di Perak, satu kes cubaan bunuh di Selangor dan satu kes curi kenderaan di Pahang," katanya.
Sementara itu, Mohmad berkata, berdasarkan siasatan, suspek utama iaitu Mohd. Fahmi Hisham yang berasal dari Kluang, Johor mempunyai 12 rekod jenayah, enam rekod dikehendaki serta lima kes dadah manakala, Mohd. Shazmier yang berasal dari Paya Pulai, Temerloh mempunyai empat rekod jenayah dan satu kes dadah.
"Hasil daripada pemeriksaan, kereta suspek menggunakan nombor pendaftaran palsu yang dilaporkan dicuri di Triang, Bera pada pukul 10 pagi semalam. Pada masa ini polis sedang giat memburu suspek yang terlepas dan juga rangkaian kumpulan ini dan kita sedang berusaha mendapatkan maklumat daripada seorang suspek ditahan yang berasal dari Sungai Petani," ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140720/je_01/Ketua-Geng-Didi-ditembak-mati#ixzz37y0jEL4q
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Skandal seks, Berlusconi dibebaskan


MILAN 19 Julai - Bekas Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi (gambar) yang sebelum ini disabit kesalahan membayar perkhidmatan seks dengan gadis bawah umur dan menyalah guna kuasanya bagi melindungi perbuatannya itu, akhirnya dibebaskan daripada pertuduhan tersebut semalam.
Keputusan mengejut itu diumumkan sebuah mahkamah di sini semalam, sekali gus membolehkan beliau kembali aktif dalam politik negara ini.
Pada Jun tahun lalu, Berlusconi, 77, dijatuhi hukuman penjara selama tujuh tahun selepas disabit kesalahan membayar perkhidmatan seks penari kelab malam, Karima El-Mahroug, 17 yang turut dikenali sebagai Ruby the Heartstealer dalam satu parti di vila peribadinya. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140720/lu_07/Skandal-seks-Berlusconi-dibebaskan#ixzz37y0D4D7Z
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Rammasun landa China, lapan terkorban


OMBAK besar dibawa Taufan Rammasun, menghempas beberapa buah bot dan boleh mendatangkan ancaman banjir ke jalan raya berhampiran di Haikou, wilayah Hainan, selatan China, kelmarin. - REUTERS
BEIJING 19 Julai - Taufan Rammasun terus mengganas apabila meragut nyawa lapan orang di selatan China semalam, menurut laporan media tempatan hari ini selepas bencana itu mengakibatkan 77 orang maut di Filipina.
Taufan terkuat melanda China dalam tempoh 41 tahun itu, tiba di wilayah Hainan, semalam sebelum membadai tanah besar semalam dan hari ini, lapor agensi berita Xinhua.
Rammasun diramal membawa hujan lebat hari ini dan esok sebelum menuju ke barat daya China dan ke utara Vietnam.
Taufan tersebut melanda beberapa bandar di wilayah Guangxi, Guangdong dan Hainan yang menyebabkan pokok-pokok tumbang serta bekalan elektrik terputus akibat angin kuat selaju 150 kilometer sejam.
Rammasun turut menjejaskan perkhidmatan penerbangan domestik dan antarabangsa di Lapangan Terbang Nanning Wuxu di Nanning, mengakibatkan kira-kira 1,300 penumpang terkandas.
Di Filipina, Rammasun membadai Manila serta selatan Pulau Luzon termasuk daerah Bicol yang menyebabkan bekalan elektrik terputus selama empat hari.
Kemusnahan akibat taufan di negara itu dianggar bernilai AS$136 juta (RM433 juta) yang melibatkan kawasan pertanian, infrastruktur, jalan raya dan jambatan.
Dalam pada itu, biro cuaca melaporkan, Filipina akan mengalami Ribut Matmo yang membawa hujan lebat di bahagian timur negara ini dengan angin selaju 95 kilometer sejam sehingga 120 kilometer sejam, namun ribut diramal tidak akan sampai ke bahagian darat negara ini.
Rammasun melanda Filipina ketika negara kepulauan ini masih dalam proses baik pulih daripada taufan besar Haiyan yang menyebabkan lebih 6,200 nyawa terkorban dan empat juta penduduk berpindah, November lalu. - REUTERS/dpa


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140720/lu_06/Rammasun-landa-China-lapan-terkorban#ixzz37y02rI12
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kotak hitam MH17 tiada pada Ukraine


KIEV 20 Julai - Majlis Keselamatan Ukraine menyatakan, kotak hitam pesawat penumpang Malaysia Airlines MH17 yang di tembak jatuh pada Khamis kerana memasuki ruang udara kawasan konflik di timur Ukraine tidak diserahkan kepada kerajaan Ukraine.
Jurucakap negara itu, Andriy Lysenko berkata, setakat ini dia tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai kotak hitam tersebut.
"Kami tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai kotak hitam. Tiada salah seorang daripada mereka telah menyerahkan kotak hitam itu kepada Ukraine," katanya yang mengulangi pendirian Kiev bahawa pihaknya bersetuju mengadakan gencatan senjata jika pemberontak meletakkan senjata, menyerahkan kawalan sempadan dan membenarkan pemantau antarabangsa untuk menyiasat tempat kejadian. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140720/lu_03/Kotak-hitam-MH17-tiada-pada-Ukraine#ixzz37xzY9y96
© Utusan Melayu (M) Bhd 

43 maut, enam cedera dalam kemalangan di China


BEIJING 20 Julai - Seramai 43 orang terkorban dalam dalam satu kemalangan di antara sebuah bas dan sebuah van yang membawa cecair mudah terbakar di selatan China, lapor media tempatan semalam.
Kemalangan yang berlaku di wilayah Hunan itu terjadi pada awal pagi apabila sebuah van melanggar bahagian belakang sebuah bas penumpang sekali gus terbakar lalu meletup, kata agensi berita rasmi Xinhua.
Selain itu, enam mangsa lain cedera termasuk empat di antaranya mengalami kebakaran serius. Sebanyak lima buah kenderaan lagi turut rosak teruk, kata Xinhua. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140720/lu_01/43-maut-enam-cedera-dalam-kemalangan-di-China#ixzz37xzOxYqc
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Taufan Rammasun landa selatan China, 14 terkorban


BEIJING 20 Julai - Taufan Rammasun terus mengganas apabila mengorbankan 14 orang di China sejak ia melanda negara itu petang Jumaat, kata media tempatan kelmarin selepas bencana itu melanda sebahagian Filipina dan mengorbankan 77 orang.
Taufan terkuat yang melanda China dalam tempoh 41 tahun itu mula tiba di selatan kepulauan China di Hainan pada Jumaat lalu sebelum membadai tanah besar kelmarin dan semalam, kata agensi berita rasmi Xinhua.
Kerajaan telah mengarahkan usaha menyeluruh dilakukan bagi mencegah kehilangan nyawa akibat taufan berkenaan, yang dikenal pasti merupakan taufan terkuat pernah melanda selatan China. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140720/lu_02/Taufan-Rammasun-landa-selatan-China-14-terkorban#ixzz37xzFhmWq
© Utusan Melayu (M) Bhd