Search This Blog

Tuesday, July 15, 2014

Dirogol lepas dipaksa naik motosikal


WARTAWAN SINAR HARIAN
15 Julai 2014


KUALA TERENGGANU - Seorang remaja perempuan berdepan detik hitam dalam hidupnya apabila mendakwa dirogol teman lelakinya selepas dipaksa menaiki motosikal tanpa kerelaan, dalam satu kejadian di sebuah rumah di Kampung Jeram, Manir, di sini.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 1.25 petang pada April lalu ketika mangsa yang berusia 15 tahun, berada di luar kawasan sekolahnya di Manir sebelum dihampiri teman lelaki berusia 20-an.

Menurut sumber, mangsa ketika itu ingin pulang ke rumahnya, namun suspek memaksa mangsa agar ‘lepak’ sekejap di rumahnya.

“Mangsa menolak pelawaan itu kerana mahu pulang segera ke rumah, namun tindakan itu menyebabkan suspek mula naik angin apabila bertindak kasar menarik tangan mangsa dengan kuat, bertujuan memaksa mengikutinya.

“Tindakan suspek itu menyebabkan pinggang mangsa sakit dan bimbang kejadian lebih buruk berlaku, mangsa terpaksa mengikut kehendak suspek dengan menaiki motosikal tersebut tanpa kerelaannya,” katanya.

Sumber berkata, sebaik tiba di rumah suspek, dia membawa mangsa masuk ke dalam biliknya dan di situlah, mangsa mendakwa dirogol suspek.

“Sejurus kejadian, mangsa pulang ke rumahnya, tetapi tidak membuat laporan polis kerana bimbang akan diapa-apakan suspek.

“Bagaimanapun selepas hampir tiga bulan merahsiakan perbuatan keji suspek itu, mangsa nekad membuat laporan di Balai Polis Manir, di sini, kelmarin. Susulan laporan dibuat, suspek ditahan polis beberapa jam kemudian,” katanya.

Sementara itu, Majistret Nurunaim Abdullah membenarkan suspek ditahan reman selama empat hari sehingga Khamis ini untuk siasatan lanjut.

Marah hendak dicerai, potong kemaluan suami


15 Julai 2014

KUALA LUMPUR - Gara-gara marah kerana mahu diceraikan, seorang wanita warga Myanmar nekad memotong kemaluan suaminya di rumah lelaki itu di Taman Wilayah, Selayang, di sini pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, wanita berusia 40 tahun yang telah tinggal berasingan pergi ke rumah suaminya yang juga warga Myanmar untuk berbincang.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, setelah suaminya membenarkan wanita itu masuk dan beliau terus tidur di ruang tamu, wanita itu secara tiba-tiba bertindak memotong kemaluan suaminya dengan pisau.

"Mangsa berusia 40 tahun itu yang telah tertidur berasa sakit di bahagian kemaluannya dan dia terkejut apabila kemaluannya berlumuran darah.

Mangsa melihat isterinya memegang pisau dan dia terus melarikan diri dari rumah itu. Mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut dan kini dilaporkan stabil," katanya di sini hari ini.

Munusamy berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata dan usaha untuk mengesan suspek masih dipergiatkan. - Bernama

2 kapten kapal didenda RM100,000 lakukan urus niaga diesel tidak sah


2014/07/15
KOTA TINGGI: Dua kapten kapal tangki warga asing dikenakan denda maksimum RM100,000 masing-masing oleh Mahkamah Sesyen hari ini selepas mengaku bersalah memiliki dan melakukan urus niaga diesel secara tidak sah, Mei lalu.

Hasanul Idris, 44, dari Indonesia dan Kyaw Zay Yaa, 51, warga Myanmar, yang dituduh secara berasingan, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Salawati Djambari selepas tuduhan dibacakan.

Hasanul, Kapten MT Christine dituduh melakukan urus niaga borong dan runcit 280,191 liter diesel di dalam kapalnya tanpa lesen sah di Jeti TJ&TJ, Sungai Buah Besar, Pengerang pada pukul 11 pagi pada 19 Mei lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Kyaw, Kapten Kapal MT TJ 99 pula didakwa melakukan kesalahan serupa membabitkan 248,506 liter diesel di perairan Tanjung Belungkor di sini pada 8.30 malam, 6 Mei lalu menurut Seksyen 22 (1) akta sama.

Kedua-dua seksyen itu membawa hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tiga tahun jika sabit kesalahan.

Kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah meringankan hukuman selain meminta maaf kepada kerajaan Malaysia.
Hakim Salawati memerintahkan kedua-dua tertuduh membayar denda RM100,000 atau sebulan penjara dan kapal serta kargo mereka dilucut hak serta diserahkan kepada kerajaan Malaysia.

Sementara itu dalam satu lagi kes, Kapten Kapal MT Inter, Pan Bunk Long dari Thailand mengaku tidak bersalah atas tuduhan sama melibatkan 163,460 liter diesel di Jeti Mohamed Long, Tanjong Surat di sini pada 3.30 pagi, 6 Jun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 21 akta sama.

Hakim Salawati membenarkan tertuduh yang diwakili peguam Zamri Idrus diikat jamin sebanyak RM60,000 dengan dua penjamin warga Malaysia, selain memerintahkan tertuduh menyerahkan pasport antarabangsanya kepada mahkamah serta perlu melapor diri dua kali sebulan di Balai Polis Gugusan Adela di sini, sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 12 Ogos ini untuk sebutan semula.

Pendakwaan masing-masing dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Zaileen Zubir, Aimi Zahiah Abd Rahim dan Alison Chan.

- BERNAMA

4 lagi individu ditahan bantu siasatan kes kematian model Estonia


2014/07/15

JOHOR BAHRU: Polis Johor menahan empat lagi individu bagi membantu siasatan kes kematian model warga Estonia, Regina Soosalu di Pulau Rawa, Mersing pada 1 Julai lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Johor, Datuk Hasnan Hassan berkata tangkapan itu membabitkan tiga lelaki dan seorang wanita berumur di antara 24 hingga 27 tahun.

Mereka ditahan kerana mempunyai sebab-sebab yang munasabah untuk membantu siasatan polis dalam kes ini, katanya di dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata sejak Ahad hingga hari ini, polis sudah membebaskan tiga individu yang ditahan sebelum ini selepas percakapan mereka direkod.

Bagaimanapun, dua lelaki masih ditahan polis.

Hasnan juga meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan pihak polis selesai dan meminta sebarang maklumat disalurkan kepada Bilik Gerakan Polis Johor di talian 07-2212999.

- BERNAMA

Dua penunggang motosikal maut kemalangan


14 Julai 2014


KUANTAN - Dua penunggang motosikal maut dalam dua kemalangan berasingan di daerah Maran, semalam.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, satu kemalangan di Kilometer 161.9 Lebuh Raya Pantai Timur arah ke Kuala Lumpur telah meragut nyawa seorang lelaki keturunan Orang Asli yang dipercayai dalam perjalanan ke Cameron Highlands dari rumahnya.

"Kemalangan yang berlaku kira-kira jam 11.30 pagi itu menyebabkan mangsa yang berketurunan Orang Asli, Muhammad Rizal a/l Ramli, 23, dan menetap di Kampung Api Larat, Mukim Bebar mati di tempat kejadian," katanya di sini hari ini.
   
Katanya, sebaik tiba ditempat kejadian motosikal mangsa dipercayai telah terbabas lalu melanggar besi penghadang di sebelah kiri jalan arah ke Kuala Lumpur.
   
Dalam kemalangan berasingan sebelum itu, katanya seorang penunggang motosikal Amerullah Muhammad Jeffre, 21, berasal dari Felda Jengka 2, Bandar Jengka turut maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas.
   
"Kejadian berlaku kira-kira jam 3 pagi, ketika mangsa dalam perjalanan dari Bandar Jengka menuju ke rumahnya dan sebaik melalui satu selekoh, motosikal mangsa tiba-tiba terbabas ke kanan jalan lalu terjatuh ke dalam longkang," katanya.
   
Akibat itu katanya,  mangsa yang parah di kepala dan badan dibawa ke Hospital Jengka sebelum disahkan mati semasa menerima rawatan pada jam 5.30 pagi.
   
Kata Mohamed Fauzi, kedua-dua kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama

11 GRO dicekup dalam Ops Noda

Anggota polis memeriksa salah seorang pasport GRO warga asing yang ditahan.
Anggota polis memeriksa salah seorang pasport GRO warga asing yang ditahan.
KUANTAN - Pasukan D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang berjaya menahan 11 wanita yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) warga asing dalam satu serbuan di sebuah pusat karaoke di Jalan Haji Ahmad, dekat sini awal pagi semalam.

Dalam operasi kira-kira jam 1.30 pagi itu, kesemua mereka membabitkan enam warga Vietnam, empat dari Thailand dan satu dari Laos sedang leka melayan pelanggan di tingkat bawah premis dua tingkat itu.

Difahamkan, kesemua mereka mendapat komisen ke atas setiap set minuman keras yang ditempah pelanggan, selain upah sebanyak RM200 jika ada pelanggan yang mahu bermalam.

Hasil pemeriksaan awal mendapati GRO berkenaan datang ke negara ini dengan menggunakan pas lawatan sosial manakala 3 wanita Vietnam didapati tiada dokumen perjalanan.

Pegawai Turus D7, Asisten Superintendan Azlihan Ishak berkata, penjaga premis turut ditangkap kerana membenarkan warga asing itu bekerja tanpa permit kerja yang sah.

“Ketika serbuan, mereka didapati berada di ruang bawah dan sedang melayan 37 pelanggan lelaki dan wanita yang sedang minum,” katanya.

Azlihan berkata, ketika polis sedang membawa kesemua mereka keluar, seorang  daripada wanita terbabit bertindak kasar dan tidak mahu bekerjasama dengan polis.

“Ekoran itu, kita terpaksa menggari mereka sebelum kesemua yang ditangkap di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurutnya, kesemua mereka akan disiasat di bawah Seksyen 6(3), Seksyen 55 Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 39(b) Akta Imigresen 1959/63.

Beliau berkata, pemilik premis yang membuka pusat karaoke di tingkat atas dan tempat minum di ruang bawah mempunyai lesen perniagaan bermula 1 Julai lalu dan tamat tempoh 30 Julai ini.

2 maut, 19 Pati dikhuatiri lemas di Tanjung Piai

Dua mangsa yang berjaya diselamatkan dalam kejadian bot pancung karam di perairan Tanjung Piai ketika di bawa ke Jeti Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sungai Pulai, Gelang Patah di Johor Bahru hari ini. - Foto Bernama
Dua mangsa yang berjaya diselamatkan dalam kejadian bot pancung karam di perairan Tanjung Piai ketika di bawa ke Jeti Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sungai Pulai, Gelang Patah di Johor Bahru hari ini. - Foto Bernama
JOHOR BAHRU - [Dikemaskini] Dua pendatang asing tanpa izin warga Indonesia maut manakala 19 dikhuatiri lemas selepas bot pancung yang dinaiki kira-kira 80 orang dilaporkan karam di perairan Tanjung Piai, dekat Pontian awal pagi tadi.
  
Penolong Pengarah (Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat) negeri, Mohd Rizal Buang berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada 1.33 pagi itu, berlaku di kira-kira tiga batu nautika dari Tanjung Piai.
  
Beliau berkata, kejadian berlaku akibat pelanggaran bot pancung itu dengan bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia semasa Ops Tumpas.
  
"Pihak bomba berjaya menyelamatkan 61 mangsa tetapi dua daripadanya (seorang lelaki dan wanita) meninggal dunia manakala 10 mangsa cedera dan dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk rawatan dan 49 mangsa terselamat," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.
  
Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa diteruskan mulai 8 pagi ini melibatkan 20 anggota Bomba dan Penyelamat Negeri.

Sementara itu, operasi menyelamat dan mencari (SAR) telah dibahagikan kepada empat sektor meliputi kawasan seluas enam batu nautika antara Tanjung Pelepas dan Tanjung Piai.

Operasi SAR yang diketuai APMM itu, turut disertai bomba, Jabatan Pertahanan Awam dan Jabatan Laut.

"Bomba ditugaskan untuk mencari di Sektor D, sekitar dua batu nautika dari Tanjung Pelepas. Keadaan laut kini masih air pasang, kita jangkakan akan surut sekitar 4.30 petang. Pasang surut air laut sedikit sebanyak mempengaruhi operasi SAR," kata Mohd Rizal.

Pihak bomba menggunakan dua bot laju jenis kevlar dan tiga bot aluminium dalam operasi yang dijangka diteruskan sehingga 7 malam ini. - Bernama

Sijil halal roti ditarik balik

Kilang roti berkenaan tidak lagi beroperasi selepas diarah tutup. Gambar kanan: Keadaan bahagian dalam kilang yang dikatakan milik sebuah syarikat roti di Ipoh.
Kilang roti berkenaan tidak lagi beroperasi selepas diarah tutup. Gambar kanan: Keadaan bahagian dalam kilang yang dikatakan milik sebuah syarikat roti di Ipoh.
IPOH - Sejak kelmarin, di media sosial termasuk sebuah laman blog, heboh memperkatakan keadaan jijik sebuah kilang membuat roti di sini.

Berdasarkan entri sebuah blog kelmarin, mendedahkan beberapa gambar dikatakan dimuat naik seorang pengguna Facebook keadaan kilang berkenaan yang kotor.

Bagaimanapun, hasil siasatan Sinar Harian mendapati isu berkenaan bukan baharu sebaliknya gambar yang tersiar merupakan gambar sebulan yang lalu.

Malah, tinjauan ke kilang berkenaan mendapati ia tidak lagi beroperasi seperti biasa dan hanya menempatkan beberapa lori syarikat terbabit.


Jaipk lawat kilang

Maklum balas yang diterima daripada Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) mengesahkan kilang yang dimaksudkan sudah diambil tindakan.

Operasi ke atas kilang terbabit dijalankan pada 12 Jun yang lalu melibatkan Jaipk, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Hasil pemeriksaan, kita mendapati kilang ini menggunakan logo Halal tanpa perakuan Jaipk malah sijil halal yang dimiliki tidak diperbaharui selama dua tahun.

“Sebanyak tiga lori roti disita dalam operasi itu. Syarikat terbabit didapati melakukan kesalahan di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 yang boleh dikenakan denda sehingga RM 250,000,” kata sumber Jaipk, semalam.


Kilang diarah tutup

Sementara itu, Exco Perak, Datuk Samsudin Abu Hassan berkata, tindakan lanjut telah diambil kilang roti yang beroperasi di Jalan Kuala Kangsar sebelum bulan Ramadan lagi selepas didapati kilang tersebut beroperasi dalam keadaan kebersihan yang tidak mengikut piawaian.

Beliau berkata, tindakan berkenaan telah diambil oleh pihak Jabatan Kesihatan dan MBI.

Menurutnya, lesen perniagaan premis tersebut dibatalkan dan tidak lagi beroperasi sehingga kini.

“Jika sesebuah premis itu terlibat dengan aktiviti pengeluaran makanan, jika mereka tidak berjaya menjaga aspek kebersihan dan piawaian yang telah ditetapkan, tindakan undang-undang sememangnya akan diambil,” katanya pada sidang media selepas mengadakan Lawatan Kerja ke Kilang Penapisan Minyak Kelapa Sawit Intergrated  Formation Sdn Bhd, di Kamunting, semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, Samsudin berkata, sebelum ini lawatan ke kilang bihun di Kampar juga telah dilakukan pihaknya.

“Kita dapati semuanya dalam keadaan bersih dan terkawal, namun dari sudut pandangan pihak Jabatan Kesihatan operasi premis tersebut terpaksa ditutup selama tiga minggu,” katanya.

Samsudin berkata, perkara utama yang perlu diberikan perhatian oleh mana-mana premis yang menjalankan perniagaan berasaskan makanan, mereka seharusnya memenuhi standard dan juga piawaian kebersihan yang telah ditetapkan.

Ketika Sinar Harian mendapatkan maklum balas syarikat roti berkenaan, wakil syarikat itu ketika dihubungi mengakui kilang berkenaan sudah pun ditutup dan kini berpindah di tempat baharu.

Buruh maut motosikal rempuh lori tangki


15 Julai 2014

BELURAN - Seorang buruh maut selepas motosikal ditungganginya merempuh sebuah lori tangki minyak sawit di Km 40, Jalan Beluran-Telupid semalam.
 
Ketua Polis Daerah Beluran Superintendan Sivanathan Velautham berkata, akibat rempuhan dalam kejadian 10.15 pagi itu, Sabrul Sabang, 18, terhumban ke kanan jalan dan disahkan mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Beluran.
 
Buruh sebuah kilang memproses minyak kelapa dekat sini itu dipercayai memasuki laluan bertentangan lalu merempuh bahagian kanan hadapan lori tersebut, katanya di sini hari ini.
 
Menurutnya pemandu lori berusia 52 tahun tidak mengalami kecederaan. - Bernama

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang


15 Julai 2014


MELAKA - Tiga belas orang daripada empat keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Jawa, di sini awal hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu, Yazid Md Tahir berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.13 pagi dan dua jentera bersama 16 anggota digegaskan ke lokasi.

"Ketika bomba tiba, api dalam keadaan marak dan kira-kira 80 peratus rumah setinggan itu telah musnah," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Menurutnya struktur rumah daripada kayu dan kedudukan yang rapat menyebabkan api marak dengan cepat, namun pasukan bomba berjaya mengawal api daripada merebak ke 20 rumah berhampiran dalam masa 10 minit.

Kebakaran dapat dikawal sepenuhnya pada pukul 6 pagi, katanya.

Kebakaran itu melibatkan tujuh buah rumah namun tiga tidak berpenghuni, katanya menambah semua mangsa dapat menyelamatkan diri tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Yazid berkata, kebakaran turut memusnahkan beberapa kenderaan dan kerugian keseluruhan dianggar RM200,000.

Punca kejadian dalam siasatan, katanya. - Bernama

Warga Australia ditemui mati tergantung


15 Julai 2014


KUALA LUMPUR - Seorang ekspatriat warganegara Australia ditemui mati tergantung dalam rumahnya di Jalan Mont Kiara 1, di sini, menurut polis.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah berkata, pengarah urusan sebuah syarikat pengeluar makanan berumur 40-an itu ditemui tergantung dalam bilik tidurnya oleh pembantu rumahnya pada jam 6.45 petang semalam.

"Kira-kira jam 8 malam, polis tiba di alamat berkenaan dan menemui lelaki itu mati dengan kabel elektrik di lehernya di dalam sebuah bilik," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Katanya, polis juga menemukan sepucuk nota, dipercayai ditulis oleh lelaki terbabit kepada anak dan isterinya yang tinggal di Belanda.

"Nota itu bersifat peribadi dan polis tidak dapat mendedahkannya," katanya.

Muhammad Azlee berkata kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan telah dimaklumkan kapada Suruhajaya Tinggi Australia.

Katanya, mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat. - Bernama

Pelajar ditetak dengan pedang samuarai


MIRI - Seorang pelajar nyaris maut ditetak dengan pedang samurai oleh dua lelaki yang merompaknya di perhentian bas di Taman Tunku semalam.

Dalam kejadian 10.10 malam itu, mangsa yang berusia 25 tahun berjaya melarikan diri ke dalam rumahnya yang terletak berdekatan perhentian bas berkenaan.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Gan Tian Kee berkata bagaimanapun mangsa luka di belakang dan tengkuk.

Dia kemudiannya dihantar ke Hospital Miri dan dirawat sebagai pesakit luar.

Beliau berkata ibu mangsa telah membuat laporan polis.

"Mangsa bersama seorang rakan lelakinya sedang duduk berbual di perhentian bas itu apabila mereka didatangi dua lelaki dengan sebuah kereta.

"Kedua-dua lelaki itu keluar dari kereta mereka dan meminta wang serta telefon bimbit mangsa. Mangsa lari ke rumahnya dengan dikejar suspek yang bersenjatakan pedang samurai pendek dan menetak mangsa," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata suspek bagaimanapun merompak rakan mangsa barangan bernilai RM1,500 tanpa mencederakannya. - Bernama

Padah pukul bekas isteri

Tertuduh akan dihantar ke penjara bagi menjalani hukuman yang diputuskan.
Tertuduh akan dihantar ke penjara bagi menjalani hukuman yang diputuskan.
KOTA BHARU - Padah memukul bekas isteri, seorang pencuci kereta dihukum penjara tiga bulan oleh mahkamah majistret, di sini, semalam.

Hukuman diputuskan Majistret, Mohd Isa Mohamad selepas tertuduh, Mohd Nazam Yusoff, 27, mengaku bersalah.

Tertuduh didakwa dengan sengaja memukul Nur Azmina Ismail, 21, dengan tangan dan kaki hingga menyebabkan kesakitan kepada mangsa di tepi katil di wad Hospital Raja Perempuan Zainab II, di sini, pada jam 12 tengah hari, 4 Mei 2014.

Sebelum insiden itu, mangsa berada di hospital kerana menjaga anak yang mendapat rawatan penyakit jantung. Tertuduh datang bertemu mangsa untuk meminta wang, namun mangsa enggan menyebabkan tertuduh memarahinya.

Tertuduh memukul mangsa dengan tangan di belakang bahu dan menyepak paha kiri mangsa, menyebabkan mangsa kesakitan.

Pendakwaan terhadap tertuduh dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan oleh Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nurliyana Md Zukri.

Hukuman diarah berkuat kuasa daripada tarikh tertuduh ditahan pada 5 Mei 2014.

Samun lepas langgar belakang

Antara kenderaan yang pernah dilapor samun berjaya ditemui semula selepas polis menahan enam lelaki.
Antara kenderaan yang pernah dilapor samun berjaya ditemui semula selepas polis menahan enam lelaki.
PUCHONG – Berpura-pura melanggar bahagian but kereta sebelum menyamun dan melarikan kenderaan milik mangsanya.

Itu taktik digunakan sekumpulan penyamun bagi memerangkap mangsanya supaya turun dari kenderaan kononnya bagi membincangkan kemalangan yang berlaku.

Tidak sampai seminit, rakan suspek akan tiba di lokasi kejadian secara tiba-tiba menyamun barangan berharga sebelum seorang daripada mereka masuk ke dalam kenderaan milik mangsa dan melarikan diri.
Bagaimanapun, kegiatan kumpulan penjenayah dipercayai bergiat aktif sejak empat bulan lalu akhirnya tumpas apabila enam lelaki berusia lingkungan  20-an ditahan awal Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razimi Ahmad berkata, suspek akan bertindak seolah-olah tidak sengaja melanggar bahagian belakang kereta mangsa.

Apabila mangsa turun, dia disamun manakala kenderaan miliknya akan dilarikan.

“Aktiviti kumpulan ini berjaya ditumpaskan Ketua Polis Balai Puchong , Asisten Superintendan Chai Chee Boon bersama pasukannya yang berjaya menahan enam lelaki di sekitar Puchong dan Kinrara.

“Tiga buah kereta masing-masing Isuzu Demax, Perodua Myvi dan Toyota Altis yang sebelum ini pernah dilapor disamun berjaya ditemui semula,” katanya.

Beliau berkata, empat daripada suspek yang ditahan masing-masing mempunyai beberapa rekod jenayah lampau

Jumpa burung dalam Elmo


Arizona: Ejen persekutuan di San Luis terkejut apabila menemui dua burung kakak tua hidup di dalam patung lembut Elmo ketika memeriksa barangan sepasang suami isteri di sempadan AS-Mexico.

Agensi Kastam dan Perlindungan Sempadan berkata pakar pertanian menemui burung berkenaan selepas patung itu dibelah apabila imbasan X-ray menunjukkan sesuatu yang pelik pada patung berkenaan.
Burung terbabit dirampas dan dikuarantin sebelum diserahkan kepada Jabatan Pertanian manakala pasangan itu didenda AS$300 (RM954).

Burung yang memasuki Amerika Syarikat perlu diperiksa dan dikuarantin kerana dibimbangi membawa penyakit berbahaya. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/15

Sarang video lucah budak diserbu


Manila: Dua apartmen di wilayah Cavite, Filipina yang disyaki menjadi lokasi penghasilan klip video lucah kanak-kanak dan disiarkan secara langsung di Internet diserbu Biro Siasatan Kebangsaan (NBI) Jumaat lalu.

Pengarah bahagian jenayah siber NBI, Ronald Aguto berkata, kedua-dua lokasi itu diletakkan dalam pengawasan berdasarkan maklumat disalurkan penduduk mengenai kegiatan pornografi kanak-kanak yang dijalankan untuk pasaran antarabangsa seperti Greece.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/14

Lelaki didapati bersalah kelar leher dua budak


Camden, New Jersey: Seorang lelaki semalam disabitkan kesalahan membunuh budak lelaki berusia enam tahun yang cuba menyelamatkan kakaknya daripada serangan seksual.

Osvaldo Rivera didapati bersalah dan berdepan hukuman penjara seumur hidup.


Pihak berkuasa daerah Camden berkata suspek memecah masuk rumah kanak-kanak berkenaan pada 2012 ketika mangsa sedang tidur, manakala ibu mereka berada di hospital.



Sumber keselamatan berkata, Rivera cuba mencabul kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun apabila adik mangsa campur tangan untuk menyelamatkan budak terbabit. Rivera mengelar leher pasangan adik-beradik berkenaan namun kanak-kanak perempuan terbabit sempat melarikan diri ke rumah jiran untuk meminta pertolongan.


Malangnya budak lelaki berusia enam tahun itu meninggal dunia.


Ketika kejadian dua budak perempuan lain - berusia sembilan dan 14 tahun - berada dalam rumah sama tetapi tidak dicederakan. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/14

Padah upah pelajar tipu


Beijing: Polis Jumaat lalu menahan seorang lelaki di wilayah Hubei kerana disyaki mengupah pelajar supaya menduduki peperiksaan gaokao bagi mereka yang tidak mampu berdepan tekanan ujian berkenaan.

Zhang Xuanli dan seorang lagi ejen dipercayai mengupah 11 pelajar kolej untuk menggantikan pelajar di Qixian dan Togxu pada 6 dan 7 Jun lalu.


Menurut Xinhua, pelajar yang menggunakan pengganti dibatalkan keputusan peperiksaan selain diharamkan menduduki peperiksaan berkenaan selama tiga tahun.

Selain itu, 10 ibu bapa yang membuat bayaran untuk pengganti terbabit diturunkan pangkat dalam agensi kerajaan manakala 13 kakitangan awam serta guru turut diambil tindakan kerana terbabit dalam penipuan itu. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/15

Sorok dadah dalam lampin anak


Philadelphia: Seorang bapa berusia 25 tahun didakwa cuba menyembunyikan heroin dalam lampin anaknya ketika ditahan kerana mencuri di sebuah kedai.

Michael Penn, ditahan polis ketika mencuri di kedai Verizon itu Jun lalu.


Ketika kejadian, Michael Penn, mendukung anak lelakinya berusia lapan bulan dan anak perempuan berusia lima tahun.

Menurut polis, selepas diarah untuk melepaskan anaknya, dia dilihat memasukkan sesuatu dalam lampin bayi terbabit.


Pemeriksaan pada lampin itu menemui 16 paket heroin yang ditanda nama seperti ‘Death’ dan ‘Bioshock.’ - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/15

‘Erna, abang selamat’


Khalid berkata, panggilan telefon berkenaan diterima oleh isteri Zakiah, Sharifah Erna Berson, 22, pada jam 9.30 malam, kelmarin. 
Menurutnya, panggilan telefon itu bertujuan memaklumkan Zakiah dalam keadaan selamat, namun masih dikawal oleh penculik berkenaan. 

“Saya mengesahkan Zakiah ada menghubungi isterinya menyatakan dia selamat meskipun dikawal oleh penculik terbabit.

“Bagaimanapun, lokasi di mana Zakiah disembunyikan masih belum diketahui,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/15

Letupan tong gas gegar PPR


Kuala Lumpur: Seorang lelaki warga emas melecur di muka, tangan dan kaki akibat letupan tong gas di rumahnya yang turut menggegarkan kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Maluri, Cheras di sini, petang semalam.
Kejadian jam 4 petang itu menyebabkan mangsa yang berusia 70 tahun dikejarkan ke Unit Rawatan Kebakaran Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas melecur hampir 20 peratus.

Difahamkan, akibat letupan itu, semua tingkap rumah mangsa yang terletak di tingkat 11 pecah dan bunyi letupan mampu didengari satu kilometer dari lokasi kejadian.
Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pudu Pegawai Bomba Kanan Abu Hassan Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung letupan itu pada jam 4.44 petang.

“Bertindak atas maklumat itu, seramai enam anggota bersama sebuah satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pudu bergegas ke lokasi kejadian dan tiba 11 minit kemudian.

“Siasatan awal mendapati gas di rumah mangsa terbuka menyebabkan bahan berkenaan memenuhi ruang dan tidak berjaya meresap keluar sehingga menyebabkan berlakunya letupan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Foto
MANGSA (kanan) diberi rawatan awal oleh anggota JPAM sebelum dibawa ke HKL.
Beliau berkata, kejadian itu tidak menyebabkan kebakaran tetapi bomba memantau dan memastikan tiada lagi sisa gas.

“Mangsa diserahkan kepada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sebelum dibawa ke HKL untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/14

Pelancong dengar 10 das tembakan


Semporna: “Pada mulanya, saya cuma dengar dua das tembakan, tetapi tidak lama kemudian, tembakan sambung-menyambung dan saya rasa mungkin mencecah 10 das tembakan,” kata seorang pelancong, Tong Hui Leong, 44, ketika menceritakan kejadian serang hendap di Water Bungalow Resort, Pulau Mabul, dekat sini, semalam.

Tong yang berasal dari Singapura dan menginap di resort itu sejak 9 Julai lalu berkata, dia datang bersama dua rakannya untuk mengadakan aktiviti menyelam di kawasan berkenaan, namun tidak menyangka berlaku serangan hendap yang mengorbankan seorang anggota keselamatan di situ pada Sabtu lalu.


“Pada malam kejadian, kami tidur lebih awal dari biasa iaitu kira-kira jam 9 malam kerana ingin menonton perlawanan Piala Dunia.



“Bagaimanapun, kira-kira jam 11 malam, saya yang berada di dalam bilik terdengar bunyi tembakan dan hentakan kaki seolah-olah orang sedang berlari di kawasan berkenaan,” katanya.


Menurut Tong, mereka tidak berganjak dari bilik untuk melihat keadaan di luar sehinggalah pintu bilik diketuk oleh pasukan keselamatan.


“Saya tidak berani keluar kerana bimbang dengan keselamatan kami, tetapi selepas kejadian, beberapa anggota keselamatan mengetuk pintu bilik untuk memeriksa keselamatan kami,” katanya.

Menurutnya, mereka menginap di sebuah bilik kira-kira 20 meter dari tempat kejadian sejak Rabu lalu sebelum mendaftar keluar hari ini.


Terdahulu, tinjauan Harian Metro di kawasan resort berkenaan mendapati kawasan perairan dalam keadaan tenang dan beroperasi seperti biasa termasuk pelancong yang masih menjalankan aktiviti mereka.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/15

Tragedi dua kekasih


Petaling Jaya: Pertengkaran sepasang kekasih sejak beberapa hari lalu berakhir tragedi apabila seorang wanita warga India maut dipercayai ditolak kekasihnya dari tingkat 12 di Kondominium D’ Aman Crimson, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, mayat wanita berusia lingkungan 30 tahun itu dijumpai tersangkut di tingkat dua selepas terjatuh dari tingkat 12 kondominium terbabit.

Seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Rosdi berkata, dia berada di kedai runcit di bawah kondominium berkenaan sebelum terdengar jeritan kuat.
Rosdi berkata, dia terkejut apabila seorang rakan memberitahu terdapat mayat wanita tersangkut di tingkat dua kondominium terbabit.

“Saya tidak menyangka mangsa adalah wanita yang sebelum ini saya kerap terdengar dia dan pasangannya bertengkar.

“Saya tidak menyangka pertengkaran mereka sebelum ini boleh menjadi tragedi sebegini kerana saya sering melihat wanita itu yang bekerja di sebuah kedai jahit berhampiran kondominium ini,” katanya di sini, semalam.
Foto
WANITA warga India jatuh 12 tingkat dipercayai ditolak kekasihnya.
Sementara itu, jurucakap polis berkata, mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.

Menurutnya, kekasih mangsa melarikan diri dan kini sedang dikesan polis bagi membantu siasatan.
“Pasangan itu sudah menetap di kondominium terbabit kira-kira lapan bulan lalu dan sering bertengkar sejak akhir-akhir ini sehingga menarik perhatian jiran,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi polis bagi membantu siasatan.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/14

Maut terjun kondominium


Kuala Lumpur: Gara-gara ingin melarikan diri daripada pemeriksaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), seorang penjawat awam maut selepas terjun dari tingkat dua sebuah kondominium di Jalan Bukit Ceylon, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 3 petang itu, lelaki berusia 49 tahun terbabit dipercayai terjun melalui tingkap kediamannya selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa yang melakukan pemeriksaan berhubung kes dadah di situ.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, siasatan awal polis mendapati lelaki berkenaan cuba melarikan diri selepas menyedari kehadiran kastam yang menerima maklumat berkaitan dadah di kediaman lelaki itu.
“Dalam pemeriksaan itu, kastam menjumpai beberapa pil dan paket disyaki dadah serta syabu,” katanya di sini, semalam.

Zainuddin berkata, polis turut dapati dua wanita warga Thailand berada di rumah lelaki itu semasa operasi dijalankan kastam selain menemui kondom di bilik mangsa yang dipercayai sudah digunakan.

“Dua wanita berkenaan mempunyai pasport dan tempoh visa yang masih sah laku, namun mereka gagal memberikan alasan munasabah mengapa mereka berada di rumah dan kami mengesyaki kedua-dua wanita berkenaan adalah pelacur,” katanya.
Foto
KONDOMINIUM yang menjadi lokasi mangsa terjun dari tingkat dua kediamannya.
Beliau berkata, pemeriksaan polis di bilik mangsa turut menemui pistol tiruan jenis AirSort Gun M-188 dan sebilah pisau jenama Columbia yang disembunyikan di dalam laci.

Katanya, mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat dan siasatan lanjut sedang dijalankan polis.
“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki itu boleh menyalurkan kepada polis untuk membantu siasatan,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/14

Ugut tikam ibu enggan cuti buat pasport hilang


Kuala Lumpur: Berang ibunya enggan mengambil cuti untuk menemani membuat pasport yang hilang menyebabkan seorang lelaki tergamak cuba menikam ibunya dengan gunting malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 11.40 malam itu, mangsa yang berusia 45 tahun diserang anaknya berusia 20-an di kediaman mereka di Jalan Ipoh, di sini.


Sumber polis berkata, kejadian berlaku ketika mangsa berada di ruang tamu rumahnya sebelum dihampiri anaknya itu.



Menurutnya, suspek kemudian mengarahkan ibunya mengambil cuti bekerja supaya dapat menemaninya ke pejabat Imigresen untuk membuat pasport.


Menurut sumber, ibunya memberitahu dia tidak boleh mengambil cuti dan meminta anaknya pergi sendiri ke pejabat imigresen untuk urusan itu.


“Suspek yang tidak berpuas hati memarahi ibunya itu dengan menghamburkan kata-kata kesat sebelum merampas beg tangan mangsa berisi wang tunai dan dokumen peribadi.

“Terkejut dengan tindakan anaknya itu, mangsa memarahi suspek dan meminta anaknya itu memulangkan semula barangan diambilnya itu,” katanya.


Sumber berkata, salah seorang lagi anak mangsa menyedari kejadian itu datang membantu dan meminta abangnya bertenang dan mengawal perasaan.

“Sebaliknya suspek mengambil gunting dan mengugut ingin menikam mangsa menyebabkan ibunya ketakutan,” katanya.


“Suspek yang dipujuk supaya tidak mencederakan ibu kandungnya sendiri kemudian bertindak keluar dari rumah berkenaan,” katanya.


Bimbang kejadian sama berulang mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Sentul, di sini.


Jurucakap polis Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul mengesahkan kejadian itu dan siasatan dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/15

Pemandu van hampir ditikam


Kuala Lumpur: Seorang pemandu van membawa muatan rokok diculik dan dilarikan seorang perompak sebelum hampir ditikam di perut oleh penjenayah.

Dalam kejadian jam 1.30 petang kelmarin, mangsa yang berusia 42 tahun bagaimanapun terselamat apabila penjenayah mengarahkan mangsa keluar dari kenderaan dipandu selepas dilarikan sejauh lebih tiga kilometer.


Sumber polis berkata, mangsa yang membawa pelbagai jenama rokok bernilai RM35,000 diserang penjenayah ketika berada di Taman Tenaga Cheras, di sini.



Mangsa dikatakan baru sahaja masuk ke dalam van dipandu sebelum suspek datang dan bertindak mengacukan pisau ke perutnya.


“Mangsa kemudian diarahkan memandu van hampir 15 minit sebelum diarahkan berhenti di kawasan sunyi berhampiran sebuah pangsapuri.


“Suspek meminta mangsa mengikut saja arahan dan tidak cuba melawan kerana mendakwa seorang lagi rakannya turut mengekori di belakang kenderaan itu,” katanya.

Dia berkata, suspek kemudian merampas sebuah telefon pintar dan kunci motosikal milik mangsa selain wang tunai hasil jualan rokok sebanyak RM2,000.


“Suspek kemudian mengarahkan mangsa keluar dari van sekiranya tidak mahu ditikam. Mangsa kemudian akur dengan arahan itu sebelum ditinggalkan di bahu jalan. “Mangsa bagaimanapun tidak dapat mengecam wajah sebenar suspek berikutan suspek memakai topi dan cermin mata hitam,” katanya.

Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Cheras di sini, berhubung kejadian itu bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan pihak polis.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/15

Janda ditipu ‘Tengku mati’


Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa

Kuala Lumpur: Harapan seorang pegawai tinggi kerajaan berstatus janda untuk mendirikan rumah tangga bersama seorang ahli perniagaan bergelar ‘Tengku’ berkecai apabila mangsa sebaliknya ditipu RM40,000 oleh suspek yang dipercayai sindiket penipuan Internet.

Mangsa yang berusia 50-an sebelum itu dikatakan berkenalan dan bercinta dengan suspek yang hanya dikenalinya melalui laman sosial Facebook sejak dua tahun lalu.


Sumber polis berkata, suspek memperkenalkan diri sebagai ahli perniagaan dan menggunakan gelaran Tengku pada awal perkenalan dengan mangsa.

“Menyedari mangsa mula jatuh cinta kepadanya, suspek cuba meraih simpati mangsa kononnya dia mempunyai beban hutang perniagaan yang perlu dilangsaikan.


“Malah, suspek mendakwa menghidap penyakit kronik menyebabkan dia kerap meminta wang dari wanita terbabit,” katanya.




Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/15

Impian sambung belajar punah


Kuala Lumpur: Impian tiga penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) melanjutkan pelajaran terbantut apabila permohonan mereka mengeluarkan wang simpanan pekerja (KWSP) ditolak dan mendakwa tanpa alasan munasabah.
Seorang penuntut terbabit yang mengikuti pengajian Kejuruteraan Petroleum, Amirul Rahim, 30, mendakwa membuat permohonan mengeluarkan wang caruman KWSP bagi membiayai yuran pengajiannya.

Menurutnya, permohonan dibuat pada awal Jun lalu selepas mereka menerima surat sokongan daripada pihak universiti.
“Diploma Eksekutif ini ditawarkan kepada golongan individu yang bekerja dan mahu mengikuti pengajian itu secara separuh masa selama dua tahun.

“Kami sudah memulakan pengajian sejak Februari lalu dengan yuran pendaftaran RM5,000 manakala bakinya RM15,000 dibayar melalui wang KWSP seperti disarankan pihak IPTA,” katanya.

Amirul berkata, dia bagaimanapun terkejut apabila dua kali permohonannya ditolak pihak KWSP melalui jawapan dikirimkan melalui SMS.
Foto
Amirul menunjukkan surat sokongan dan permohonannya bagi mengeluarkan wang KWSP untuk menyambung pelajaran.
“Saya kemudian merujuk ke ibu pejabat KWSP di Jalan Raja Laut di sini, untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung penolakan itu.

“Pegawai KWSP terbabit memberi alasan permohonan itu ditolak berikutan kursus yang saya ambil tidak sesuai dengan pengalaman kerja sebelum ini,” katanya.
Dia bagaimanapun pelik berikutan perkara itu tidak menjadi isu ketika dia menghadiri sesi temu duga bersama pihak IPTA berkenaan.

Katanya, akibat gagal membayar baki yuran itu, dia dan dua rakannya tertekan dan tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran.

“Apabila saya persoalkan perkara ini, mereka hanya menjawab ia prosedur dan tidak mampu berbuat apa-apa sedangkan permohonan saya mempunyai bukti kukuh dan bukannya daripada IPTA tidak berdaftar.

“Permohonan saya itu disertakan bersama surat tawaran, surat sokongan IPTA dan majikan selain salinan kad pelajar,” katanya.

Menurutnya, tindakan KWSP menyekat hasrat mereka melanjutkan pengajian mungkin menyebabkan mereka menamatkan pengajian akibat masalah kewangan.

Sementara itu pihak KWSP yang dihubungi menjelaskan setiap pencarum yang ingin membuat pengeluaran wang bagi pembayaran yuran pengajian perlu mematuhi beberapa syarat ditetapkan untuk setiap jenis pengeluaran mereka.

Ketua Komunikasi Korporat Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP Ahmad Fauzi Kamarudin berkata, terdapat dua syarat ditetapkan bagi ahli yang mengikuti pengajian diploma eksekutif atau diploma profesional di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

“Dua syarat berkenaan adalah mempunyai sekurang-kurangnya tiga kredit dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan sekurang-kurangnya tiga tahun pengalaman bekerja dengan pengesahan majikan yang menyatakan tempoh perkhidmatan dan jawatan pekerja,” katanya.

Beliau berkata, semakan terhadap tiga penuntut itu mendapati mereka gagal memenuhi syarat pertama ditetapkan.

“Meskipun penama mempunyai pengalaman bekerja tujuh tahun, namun permohonan beliau tidak dapat dipertimbangkan kerana kredit yang diperoleh dalam peperiksaan SPM kurang daripada syarat,” katanya.

Bagaimanapun ahli boleh membuat rayuan sekiranya permohonan kali pertama mereka ditolak. Semakan juga boleh dibuat di kaunter bagi mengetahui maklumat lanjut.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/15

Pekerja salun dibelasah, tanggung malu aksi dirakam


Kuala Terengganu: Seorang pekerja salun rambut bukan saja menanggung kesakitan apabila dibelasah tanpa sebab, tetapi turut menanggung malu apabila aksinya dipukul dirakam dalam kejadian berhampiran sebuah salun rambut di Jalan Sultan Sulaiman, di sini, Khamis lalu.

Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku jam 12.30 tengah hari ketika remaja perempuan berusia 17 tahun berada di tempat kerjanya sebelum didatangi seorang perempuan yang memanggilnya supaya mengikutinya ke sebuah lorong kecil berhampiran kedai mangsa.


Katanya, mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa akur dengan arahan wanita terbabit dan sebaik sampai di lokasi yang dimaksudnya, wanita terbabit menuduh mangsa menfitnahnya.



“Terkejut dengan tuduhan itu, mangsa menafikan dakwaan itu dan tindakan itu menyebabkan suspek naik angin sebelum memukul mangsa menggunakan topi keledar.


“Belum sempat mangsa berbuat apa-apa, seorang lagi rakan suspek muncul sebelum tiba-tiba menyepak dan memukul mangsa beberapa kali,” katanya.


Sumber berkata, selain dibelasah, mangsa mendakwa seorang lagi rakan suspek turut merakam aksi dia dibelasah tanpa menghiraukan rayuan mangsa yang minta dilepaskan.

Katanya, selepas puas membelasah mangsa, semua suspek beredar meninggalkan mangsa yang sedang kesakitan.


“Sebelum beredar, suspek turut mengugut akan memukul mangsa lagi sambil mengingatkan perkara itu belum selesai lagi menyebabkan mangsa ketakutan,” katanya.

Susulan kejadian itu, mangsa yang bimbang keselamatannya membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut.


Difahamkan, lima suspek berusia 18 hingga 30-an yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu ditahan polis beberapa jam selepas laporan dibuat bagi membantu siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/15

Lelaki ditemui mati di dapur


Kuala Lipis: Bau busuk bangkai anjing di ruang tamu di sebuah rumah Taman Perumahan Kilat, dekat sini, membawa kepada penemuan mayat tuannya di dapur kediaman itu, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, A Sivaraman, 53, yang bekerja sebagai pemotong rumput dipercayai mati sejak sebulan lalu sebelum mayatnya ditemui anggota polis dari Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).


Ketua Polis Daerah Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, sebelum itu, beberapa penduduk di taman berkenaan mengadu terhidu bau kurang menyenangkan di dalam rumah mangsa sebelum memberanikan diri untuk pemeriksaan.

Bagaimanapun katanya, penduduk melakukan pemeriksaan di rumah itu menemui bangkai anjing berulat sebelum mengesyaki ada sesuatu tidak kena lalu menghubungi Balai Polis Kuala Lipis untuk meminta bantuan.


Katanya, sepasukan anggota CPJ yang tiba di tempat kejadian membuat pemeriksaan di dalam rumah sebelum menemui mayat mangsa di dapur.


“Sebahagian daripada badan lelaki itu sudah tinggal rangka sebelum mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lipis (HKL) untuk bedah siasat dijalankan.

“Siasatan awal mendapati, mangsa yang tinggal seorang diri di rumah peninggalan ibunya disahkan bukan mangsa bunuh sebaliknya mati akibat dipercayai masalah hati,” katanya di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/15

Hajat hantar beras terbantut di jalan


Kuala Terengganu: Hajat seorang lelaki menyerahkan sekampit beras kiriman kakak kepada kedua ibu bapanya tidak kesampaian apabila dia terbabit dalam kemalangan jalan raya, malam kelmarin.

Kejadian berlaku di persimpangan lampu isyarat Kampung Simpang Tokku, di sini, ketika Mohamad Sohimi Shafie, 24, yang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumah keluarganya di Kampung Pengadang Baru, di sini, pada jam 7.30 malam.


Sebaik tiba di tempat kejadian, Mohamad Sohimi yang menunggang motosikal Yamaha 125Z gagal mengelak daripada melanggar motosikal Honda EX5 ditunggang seorang lelaki yang datang dari Jalan Kuala Berang menghala ke bandar.

Mohamad Sohimi berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, dia yang datang dari arah Pasar Chabang Tiga, di sini meneruskan perjalanan kerana lampu isyarat hijau sebelum melanggar motosikal.


“Saya cuba mengelak daripada melanggar motosikal berkenaan tetapi tidak sempat kerana ia berlaku secara tiba-tiba,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, kelmarin.


Berikutan kejadian itu, Mohamad Sohimi yang bekerja dengan sebuah syarikat aksesori kereta di Jalan Tok Lam, cedera tangan dan kaki kanan dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini.

Sementara itu, bapa Mohamad Sohimi, Shafie Ibrahim, 53, berkata dia mengetahui anak ketiga daripada enam beradik itu kemalangan selepas dihubungi seseorang menggunakan telefon bimbit anaknya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/15

2 ditahan ketika jual beli dadah


2014/07/15
2 ditahan ketika jual beli dadah
Ravichandran (kiri) menunjukkan dadah yang dirampas di kawasan R&R Ulu Bernam pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor, Shah Alam. - Foto Roslin Mat Tahir

Shah Alam: Cubaan dua lelaki menggunakan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di Lebuh Raya Utara Selatan, bagi mengaburi mata pihak berkuasa ketika mengadakan transaksi jual beli dadah, gagal selepas mereka diserbu pihak berkuasa, Jumaat lalu.

Dalam serbuan kira-kira jam 2.30 petang di Agro Bazaar, di kawasan R&R Ulu Bernam, di lebuh raya berkenaan, polis bukan saja menahan dua lelaki tempatan yang berusia 25 dan 27 tahun, malah turut merampas dadah jenis heroin seberat hampir lima kilogram dianggarkan bernilai RM290,000.

Tangkapan dan rampasan itu dijalankan oleh pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor diketuai oleh Asisten Superintendan Muhd Husni Manaf selepas menjalankan pemerhatian dan serta berdasarkan kepada maklumat orang awam.


Terima maklumat

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Superintendan R Ravichandran, berkata ketika serbuan, kedua-dua lelaki terba-bit dalam perjalanan untuk bertemu pelanggan di kawasan tempat letak kereta di kawasan R&R berkenaan.

“Dua kereta jenis Proton Wira dan Wira Aeroback yang disyaki digunakan dalam transaksi berkenaan turut dirampas.
“Kedua-dua lelaki terbabit yang masing-masing bekerja sebagai pengawal keselamatan dan pemandu lori itu ditahan reman selama tujuh hari sehingga 18 Julai ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, semalam.

Ravichandran berkata, siasatan mendapati kedua-dua lelaki terbabit mempunyai rekod kesalahan lampau mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 berkaitan kesalahan mengguna dadah.

Beliau berkata, kedua-dua suspek dipercayai ahli sebuah sindiket pengedaran dadah yang berpusat di kawasan Utara Semenanjung dan dikesan bergiat sejak sebulan lalu.

“Mereka dipercayai bergiat aktif mencari pasaran di Lembah Klang dan polis sedang mengesan saki baki sindiket ini.

“Nilai pasaran bahan berkenaan dianggarkan bernilai RM290,000 dan dipercayai boleh diagihkan kepada seramai 7,655 penagih sehari sekiranya diedar dalam bentuk tiub,” katanya.

Muka melecur, penglihatan terjejas teruk

Muka melecur, penglihatan terjejas teruk
Mohamad Sharil parah di muka dan badan selepas terkena belerang mercun bola di Kampung Kuala Bekah, Kuala Terengganu, semalam.- Foto Khairul Hamizy Ramlee
 Mangsa disambar api belerang 80 biji mercun bola

Kuala Terengganu: Seorang pelajar Tingkatan Tiga melecur di muka dan dada selain mengadu penglihatannya terjejas teruk, akibat disambar api letupan belerang yang dikeluarkan daripada 80 biji mercun bola yang ditanam dalam pasir di Kampung Kuala Bekah dekat sini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang Sabtu lalu, ketika mangsa, Mohamad Sharil Ismail, 15, sedang bermain mercun bersama lima rakan sebayanya.

Seludup mercun bagaikan pesta


PELBAGAI jenis mercun dan bunga api yang dijual di pekan Munduk, Thailand menarik perhatian rakyat Malaysia untuk membelinya.


SUNGAI GOLOK (Selatan Thailand) – Kegiatan penyeludupan mercun pada musim perayaan tidak ubah seperti ‘pesta’ apabila peniaga-peniaga mercun dari Malaysia, terutama Kelantan mampu meraih pendapatan lumayan sehingga RM11,000 sebulan.
Penyamaran Kosmo! selama beberapa hari di sini mendapati ramai rakyat Malaysia yang masuk ke Selatan Thailand untuk membeli pelbagai jenis mercun untuk diseludup masuk dan dijual di pasaran Kelantan dan seluruh negara.
Seorang penyeludup mercun berusia 44 tahun dari Rantau Panjang mendakwa, dia telah melakukan kerja menyeludup mercun sejak lapan tahun lalu.
Kegiatan itu paling aktif dilakukan pada sekitar dua bulan sebelum sesuatu perayaan termasuk Hari Raya Aidilfitri.
“Kerja menyeludup memang susah sikit kerana saya terpaksa menunggu keadaan yang baik untuk mengeluarkan barang-barang dibawa ke Rantau Panjang melalui pangkalan haram.
“Walaupun kerja menyeludup mercun ini susah, untung yang saya dapat dua hingga tiga kali ganda daripada harga asal yang saya beli daripada kedai di Thailand.
“Hasil menyeludup mercun saya boleh dapat RM11,000 sebulan kerana saya hantar terus kepada peniaga-peniaga di Kelantan yang membuat pesanan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Katanya, dia membeli mercun bola kecil dengan harga RM15 satu beg plastik berisi 200 biji di Thailand.
Dia kemudian menjual semula mercun itu di Kelantan pada harga RM50 satu beg plastik.
“Penyeludup adakalanya menjadi orang tengah antara peniaga mercun di Kelantan dan tauke mercun di Thailand.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0715&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz37UIf8T2e 
Hakcipta terpelihara 

TLDM minta kebenaran tembak penceroboh




LUMUT - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan memohon kepada kerajaan untuk membenarkan pasukan keselamatan melepaskan tembakan terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang menceroboh masuk kawasan perairan Sabah.
Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar (gambar) berkata, cadangan peraturan itu sebagai salah satu usaha untuk menghalang kumpulan pengganas dari Filipina menceroboh ke negara ini.
Beliau berkata, peraturan sedia ada tidak membenarkan pasukan keselamatan menembak apabila ternampak suatu yang menghalang pasukan keselamatan termasuk TLDM untuk membanteras kumpulan pengganas.
"Saya fikir sudah tiba masanya Peguam Negara harus memikirkan perkara ini supaya memudahkan pengawasan keselamatan perairan negara di pantai timur Sabah," katanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0715&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz37UIXmUi5 
Hakcipta terpelihara 

Zakia hidup dalam tawanan





SEMPORNA – Anggota polis marin, Konstabel Zakia Aleip yang diculik dalam serang hendap di Mabul Water Bungalows Resort, Pulau Mabul di sini kelmarin selamat dalam tawanan kumpulan pengganas Sulu itu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, perkara tersebut dimaklumkan oleh isteri Zakia, Sharifah Erna Benson yang memberitahu, dia menerima panggilan telefon daripada suaminya lewat malam kelmarin.
“Panggilan itu hanya melibatkan mereka berdua (pasangan itu) sahaja.
“Konstabel Zakia memberitahu isterinya, dia okay dan kini berada dengan individu tertentu,” kata beliau ketika ditemui di sini semalam.
Sehubungan itu, beliau, pihaknya dengan agensi keselamatan lain sedang mengenal pasti lokasi anggota tersebut ditahan dan sedang menanti panggilan seterusnya daripada Zakia, 26, atau kumpulan yang menculiknya.
Khalid memberitahu, secara dasarnya pasukan keselamatan mengenali identiti kelapan-lapan lelaki yang memakai baju celoreng dan bersenjata terbabit namun enggan mendedahkan perkara itu.
“Kita sudah lihat rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian dan siasatan lanjut mengenai insiden itu sedang lakukan.
“Selain itu, kita yakin ada penglibatan dalang-dalang di kawasan berhampiran yang memberi maklumat kepada musuh sehingga mereka boleh bertindak sedemikian,” kata beliau.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0715&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz37UIQnRpm 
Hakcipta terpelihara 

Isteri harap suami bebas sebelum Aidilfitri


SHARIFAH mengharapkan suaminya Zakia (gambar kecil) dibebaskan sebelum Aidilfitri.


SEMPORNA - "Saya sangat berharap suami dapat pulang untuk sambut Aidilfitri bersama kami."
Demikian harapan Sharifah Erna Benson, 23, isteri kepada Konstabel Zakia Aleip, yang hilang selepas diculik kumpulan pengganas Sulu dalam serang hendap di Mabul Water Bungalows Resort di Pulau Mabul di sini Sabtu lalu.
Sharifah berkata, kehadiran Hari Raya Aidilfitri tahun ini begitu dinantikan kerana ia merupakan yang pertama akan disambut bersama anak sulung mereka, Muhammad Hisham yang berusia empat bulan.
"Saya hanya mahu suami saya selamat walau di mana dia berada dan dalam tempoh dua minggu ini saya mahu dia dibebaskan oleh kumpulan penculik dan pulang berhari raya bersama kami," kata Sharifah ketika dihubungi di sini semalam.
Cerita wanita itu, sebelum kejadian, suaminya tidak menunjukkan sebarang perubahan melainkan hanya tergesa-gesa untuk ke Pulau Mabul bersama rakan sekerja pada Jumaat lalu.
"Suami sempat berpesan agar saya jaga diri dan jaga anak dengan baik. Saya akan tunaikan permintaan suami saya itu dengan sebaiknya," katanya sedih.
Ditanya mengenai panggilan telefon suaminya, Sharifah enggan mengulas mengenai perkara itu.
"Saya cuma mahu dia (suami) pulang dan bersama kami," jelasnya yang akan pulang semula ke kampung halamannya di Kota Kinabalu lewat petang semalam.
Sementara itu, jenazah Allahyarham Koperal Ab. Rajah Jamuan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bubul, Batu 3.5 di sini semalam.

SALAMAH menaburkan bunga ke atas pusara arwah suaminya, Ab. Rajah di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bubul, Batu 3.5, Semporna semalam.


Jenazah Allahyarham sebelum itu disembahyangkan di rumah keluarganya di Kampung Bubul, Batu 2 kira-kira pukul 9 pagi sebelum kerandanya dibaluti Jalur Gemilang dan diusung sepasukan anggota polis marin.
Pengebumian yang bermula pukul 9.35 pagi itu disempurnakan dengan penuh istiadat kepolisan sebagai menghargai keberanian dan keperwiraan Allahyarham ketika berbalas tembakan dengan pengganas Sulu.
Ibu Allahyarham, Kamsiah Indnan, 59, gagal mengawal emosi dan pengsan sebaik melihat jenazah anak kesayangannya itu dikebumikan sehingga terpaksa dipapah ketika jenazah Ab. Rajah dimasukkan ke dalam liang lahad.
Isteri Allahyarham, Salamah Amad, 26, kelihatan tenang sepanjang pengebumian jenazah suaminya. Selepas selesai pengebumian tersebut, Salamah menerima Jalur Gemilang daripada Komander Pasukan Polis Marin Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0715&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz37UIEmgbo 
Hakcipta terpelihara 

RM500,000 lesap ditipu Mr. Mike



KEBANJIRAN warga Afrika di negara ini menjadi salah satu faktor meningkatnya kes-kes penipuan. - Gambar hiasan.


KUALA LUMPUR - Seorang staf sebuah jabatan agama di sini bukan sahaja menjadi mangsa penipuan sindiket didalangi warga Afrika malah lebih malang apabila wanita itu terpaksa menanggung hutang kira-kira RM500,000.
Kejadian itu berlaku apabila mangsa yang berusia 50-an itu dikatakan berkenalan dengan seorang lelaki yang mendakwa dirinya dari Eropah dengan memperkenalkan diri sebagai Mr. Mike menerusi laman Facebook pada awal tahun ini.
Semakin hari, mangsa dan lelaki itu semakin akrab sehingga mereka kerap berbual melalui panggilan telefon selain berbalas pesanan menerusi e-mel atau Facebook.
Kira-kira sebulan selepas perkenalan, Mike menawarkan diri untuk menghantar satu bungkusan berisi wang tunai dan barangan berharga lain termasuk emas sebagai tanda percintaan kepada mangsa.
Bagaimanapun, sebelum sempat menerima bungkusan tersebut, mangsa yang sudah berkahwin dan mempunyai anak menerima panggilan daripada seseorang yang mendakwa ejen menghantar bungkusan dari luar negara.
Ejen itu memaklumkan bungkusan tersebut tidak dapat diserahkan kepada mangsa sebelum mangsa menjelaskan cukai kerana bungkusan itu mengandungi wang tunai.
Bagi menyelesaikan masalah itu, ejen itu meminta mangsa membuat pembayaran.
Mangsa yang teruja untuk mendapatkan bungkusan itu mengikut arahan ejen terbabit dengan membuat bayaran sehingga berjumlah hampir RM500,000 menggunakan wang yang dipinjam daripada kakak angkatnya yang berusia 60-an.
Kesemua pembayaran itu dibuat menerusi dua buah akaun bank iaitu akaun bank milik seorang lelaki dan satu lagi akaun bank milik perempuan yang kedua-duanya warga tempatan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0715&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz37UI4CjP4 
Hakcipta terpelihara