Search This Blog

Monday, July 14, 2014

Dua lelaki pecah mesin ATM `cari penyakit'


Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

Kuala Lumpur: Cubaan dua lelaki untuk memecahkan mesin ATM tidak berjaya apabila penggera berbunyi dalam kejadian di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, di sini, 4.20 pagi ini.

Menurut Jurucakap polis, dua lelaki yang dianggarkan berusia 30-an itu dikatakan cuba memecah sebuah mesih ATM menggunakan tukul besi sebelum penggera pada mesin berkenaan berbunyi.
Jurucakap itu berkata, sebaik mendengar penggera berbunyi dua suspek terus melarikan diri tanpa sempat melarikan wang di dalam mesin terbabit.

"Pihak polis sedang meneliti rakaman CCTV (kamera litar tertutup) bagi mengesan wajah suspek kerana dipercayai suspek tidak memakai topeng ketika cuba memecah mesin terbabit," kata jurucakap polis di lokasi kejadian.


Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian berkenaan boleh menghubungi polis bagi membantu siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/14

Cikgu buat laporan polis sangka kes culik


Oleh Hadzlihady Hassan

Balik Pulau: Kecoh apabila wanita menjerit ketika ditarik masuk ke kereta disangka kejadian menculik budak perempuan masih bersekolah di Taman Desa Genting, di sini, malam tadi.

Birpun sangkaan kurang tepat, polis tetap menahan dua lelaki warga Bangladesh di rumah sewa mereka bagi membantu siasatan kejadian berkenaan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan.


Kejadian terbongkar apabila seorang guru wanita membuat laporan polis selepas mendakwa terlihat budak perempuan ditarik seorang lelaki ke dalam kereta, dalam kejadian 11.30 malam.

Ketika itu, guru terbabit mendakwa mangsa menjerit meminta pertolongan namun dia sekeluarga tidak dapat membantu kerana terdapat beberapa lelaki lain dalam kereta berkenaan.


Namun, guru terbabit sempat mencatat nombor pendaftaran Proton Wira putih yang dinaiki mereka.


Susulan daripada laporan yang dibuat itu, polis menjejaki suspek di sebuah rumah di kawasan Balik Pulau, kira-kira jam 4 pagi ini, dan mangsa turut ditemui dalam rumah terbabit.

Siasatan lanjut kemudian mendapati suspek seorang lelaki warga Bangladesh yang menarik mangsa iaitu wanita warga Indonesia yang juga teman wanitanya ke dalam kereta.

Suspek dikatakan tidak berpuas hati dengan wanita Indonesia itu, berusia lingkungan 20-an, yang didakwa kerap mengikis wangnya setiap kali mereka bertemu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintendan Siti Nor Salawati Daud mengesahkan kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/14

Kena tahan ketika sedang rehat


Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque

Shah Alam: Polis Selangor tahan dua lelaki berusia 25 dan 27 tahun dan merampas heroin seberat 4.5 kilogram bernilai RM290,000 dalam serbuan di kawasan rehat dan rawat (R&R), Ulu Bernam, Jumaat lalu.

Serbuan kira-kira 2.30 petang itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.
Suspek ditahan polis ketika mahu menghantar dadah berkenaan kepada pelanggan yang menunggu di kawasan R&R.

Hasil siasatan lanjut mendapati dadah yang dirampas mampu untuk membekalkan bekalan kepada 7,655 penagih.


Kedua-dua suspek kini ditahan reman sehingga 18 Julai ini untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/14

Warga emas tinggal bersendirian sasaran peragut


BESUT: Warga emas yang tinggal bersendirian dan memakai barang kemas berharga perlu lebih berhati-hati kerana mereka menjadi sasaran penyamun dan peragut di daerah itu akhir-akhir ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, DSP Noorzainy Mohd Noor memberitahu kejadian terbaru berlaku pagi semalam apabila mangsa yang berumur 76 tahun dari Kampung Amer dekat sini disamun dua lelaki bermotosikal di halaman rumahnya.
Katanya, dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu semasa Esah Awang berada di halaman rumahnya, tiba-tiba dia didatangi dua lelaki yang tidak dikenali menaiki motosikal yang terus menghampirinya sambil menghunuskan pisau dilehernya.

"Oleh sebab ketakutan mangsa tidak dapat berbuat apa-apa apabila salah seorang daripada suspek mengambil rantai leher emasnya dengan memotongnya dengan menggunakan gunting yang dibawanya di samping meragut gelang tangannya walaupun mangsa cuba menghalang," kata Noorzainy kepada pemberita di sini hari ini.


Kesemua barang kemas yang dilarikan itu dianggarkan bernilai RM8,000, katanya.


Kedua-dua suspek melarikan diri dengan motosikal meninggalkan mangsa tergamam yang kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Raja di sini.

Dalam kejadian 5 Julai lalu, seorang warga emas Habsah Awang Ngah, 76, dari Kampung Apal, Jabi juga kerugian RM3,000 apabila seorang lelaki yang berpura-pura meminta air untuk membasuh muka dan kepala telah memegang lehernya dari belakang sebelum meragut rantai leher emasnya kira-kira jam 12.30 tengahari. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/14

Masih hidup


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Zakia ada menghubungi isteri, Sharifah Erna Berson malam tadi menyatakan dia selamat meskipun kini ditahan oleh penculik. 
"Dia ada menghubungi isteri dia semalam yang hanya mengatakan dia ok kecuali berada dengan beberapa orang dan tidak menyatakan lokasi ditahan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 

Khalid berkata, pihaknya masih menunggu panggilan selanjutnya daripada kumpulan penculik itu untuk mengenal pasti kedudukan sebenar Zakia.
Foto
LOKASI serangan hendap di mana Zakia (gambar kecil) diculik dan rakan sekerjanya terkorban. FOTO Bernama

Menurut Khalid, polis secara dasarnya mengetahui identiti beberapa individu yang terlibat dalam serangan hendap pada malam Sabtu lalu.

Setakat ini, katanya polis tidak menerima sebarang permintaanwang tebusan 
daripada kumpulan penculik berkenaan. 

Dalam pada itu, Khalid berkata, pihaknya telah meneliti sistem kamera litar tertutup (CCTV) di pusat peranginan itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan. 

"Kita pasti ada penglibatan dalang-dalang di kawasan berhampiran yang berhubung dengan pihak musuh kerana mereka boleh bertindak sedemikian," katanya. 

Beliau berharap masyarakat tidak membuat spekulasi berhubung insiden berkenaan. 

"Kita lihat kebelakangan ini beberapa tindakan penjenayah melakukan pelbagai jenayah yang dipercayai mereka ingin melakukan satu lagi penculikan tapi kerana kehadiran pasukan keselamatan kawasan itu, mereka tidak dapat melakukannya," katanya. 

Khalid juga tidak menolak kemungkinan penjenayah terbabit sanggup membunuh dan menembak pasukan keselamatan untuk membalas dendam apabila usaha penculikan gagal. 

Kejadian serangan oleh sekumpulan lapan lelaki pada 11.10 malam Sabtu lalu itu, turut mengorbankan rakan sekerja Zakia, Koperal Abul Rajah Jamuan, 32 tahun. - Bernama-- BERNAMA
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/14

Ugutan bunuh dalam FB


Alor Setar: Mahkamah Majistret di sini, hari ini mengeluarkan perintah tahanan reman terhadap seorang blogger bagi membantu siasatan berhubung kes mengugut bunuh Menteri Besar Kedah dan Setiausaha Sulit Sultan Kedah.
Suspek berusia 37 tahun ditahan di Shah Alam, Selangor petang semalam, direman selama empat hari bermula hari ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah. 
Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, suspek ditahan kira-kira jam 5.45 petang semalam di Shah Alam, Selangor.

Katanya, tindakan terhadap suspek dilakukan selepas polis menerima sebanyak empat laporan polis daripada pelbagai pihak yang tidak berpuas hati terhadap kenyataan dibuat di laman Facebook (FB) pada Jumaat lalu.
Foto
SUSPEK dibawa ke Mahkamah Alor Setar. FOTO Sharul Hafiz Zam

"Berikutan daripada laporan dibuat itu, polis menjalankan satu operasi dan berjaya menahan suspek petang semalam," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/14

Polis jatuh sungai ditendang lelaki


2014/07/14
Polis jatuh sungai ditendang lelaki
ANGGOTA polis membantu mengangkat motosikal anggota trafik yang terbabas ke dalam sungai selepas ditendang seorang lelaki bermotosikal dalam Ops Cantas Khas, di sekitar Mambang Diawan, Kampar, awal pagi semalam.

Kampar: Seorang anggota polis terhumban ke dalam anak sungai selepas motosikalnya ditendang oleh seorang lelaki bermotosikal yang sedang dikejar dalam Ops Cantas Khas, di sekitar Mambang Diawan dekat sini, awal pagi semalam.

Pada masa sama, seorang Inspektor polis cedera di tangan dan dahi dan mendapat rawatan di Hospital Kampar selepas dipercayai terjatuh ketika sedang mengejar suspek.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon, berkata kejadian berlaku ketika pihaknya sedang melakukan Ops Cantas Khas sekitar Mambang Diawan antara jam 11 malam kelmarin sehingga 3 pagi semalam membabitkan dua pegawai dan 16 anggota.

“Ketika operasi dijalankan, berlaku kemalangan membabitkan seorang anggota berpangkat Lans Koperal kerana motosikal yang ditunggangnya terbabas ke dalam anak sungai selepas ditendang oleh seorang suspek lelaki ketika dia dikejar oleh anggota operasi.

Kebakaran kotak suis di Ekspo Dataran Temerloh

Kebakaran kotak suis di Ekspo Dataran Temerloh pada pukul 8.56 malam tadi. Operasi dilakukan oleh BBP Temerloh.





Kemalangan di Jalan Temerloh - Triang

Kemalangan di Jalan Temerloh - Triang pada pukul 6.18 pagi tadi melibatkan 2 buah kenderaan muatan kelapa sawit dan kayu getah. 2 mangsa cedera (1 lelaki dewasa india & 1 perempuan dewasa india). Operasi menyelamat dilakukan oleh BBP Temerloh



4 beranak antara didakwa berkelakuan tidak senonoh


14 Julai 2014

BATU GAJAH - Tujuh lelaki termasuk empat beranak masing-masing didenda antara RM500 dan RM450 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan berkelakuan tidak senonoh dengan memaki hamun dan bergaduh di Perkarangan Balai Polis Pusing di sini pada Jumaat lepas.
 
Majistret Solehah Noratikah Ismail mengenakan hukuman denda RM500 terhadap S Mathekumar, 22, dan K Ganasen, 44, atau enam bulan penjara jika gagal membayar denda.
 
Lima lagi tertuduh, V Vicneswaran, 28, R Shammugam, 65, serta tiga anaknya iaitu S. Yogeswaran, 34, Zaid Shammugam, 29, dan S Loggarajan, 25, didenda RM450 atau empat bulan penjara jika gagal membayar denda.
 
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada 9.30 malam, 11 Julai lepas  dan didakwa mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 serta dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 94 akta sama.
 
Menurut fakta kes kesemua tertuduh bergaduh sambil tolak-menolak serta memaki hamun antara satu sama lain di perkarangan balai polis berkenaan.
 
Pengadu bersama sepasukan anggota polis menghampiri mereka dan memperkenalkan diri sebagai anggota polis dengan menunjukkan kad kuasa, namun tidak dihiraukan oleh mereka.
 
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Liyana Zawani Mohd Radzi memohon supaya mahkamah mengenakan hukuman yang dapat memberi pengajaran kepada mereka.  

Katanya Mathekumar dan Ganasen mempunyai rekod jenayah lampau masing-masing berkaitan kes dadah dan gaduh.
 
Kesemua tertuduh tidak diwakili peguam. - Bernama

'Mujurlah anak saya menjerit'

Ching Chuk (dua kanan) menenangkan anaknya yang masih terkejut dengan insiden itu sambil diperhatikan Chong Siang (kanan).
Ching Chuk (dua kanan) menenangkan anaknya yang masih terkejut dengan insiden itu sambil diperhatikan Chong Siang (kanan).
KUANTAN – Jeritan seorang kanak-kanak berusia lapan tahun yang terkejut dengan kehadiran seorang lelaki tidak dikenali ketika berada di dalam kereta ibunya membatalkan niat penjenayah berkenaan untuk bertindak lebih jauh.

Bagaimanapun, lelaki itu sempat merampas telefon bimbit berjenama Samsung S5 yang dipegang kanak-kanak berkenaan sebelum melarikan diri.

Ibu mangsa, Phang Ching Chuk, 38, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9.45 pagi di hadapan rumahnya di Lorong seri Setali 32, Taman Tunas Jaya.

Menurutnya, selepas mengambil anaknya di sekolah dia pulang ke rumah untuk mengambil beg duit dan meninggalkan anaknya di dalam kereta yang diparkir dalam pagar di hadapan rumah mereka.

Katanya, dia turut mematikan enjin kereta dan membawa sekali kunci ke dalam rumah kerana bimbang anaknya akan menekan pelbagai butang automatik di dalam kereta.

“Saya buka sedikit pintu hadapan bagi mengelak kejadian terkunci dari dalam dan ketika itu anak saya sedang memegang telefon milik saya.

“Saya masuk ke dalam rumah untuk mengambil beg duit untuk keluar makan, tetapi tiba-tiba saya terdengar anak menjerit dan bergegas keluar," katanya.

Ching Chuk berkata, ketika berada di pintu, dia dapati seorang lelaki sedang lari menuju ke sebuah kereta yang menunggu di luar rumah.

“Saya terus mendekati anak dan membawa dia segera ke dalam rumah serta mengunci pintu kerana takut.

“Anak saya amat terkejut dan takut, dia memberitahu lelaki tidak dikenali itu merebut telefon yang berada di tangannya tetapi terus melarikan diri apabila dia menjerit," katanya.

Menurutnya, dia mengesyaki lelaki berkenaan ingin mencuri kereta tetapi tindakannya tidak meninggalkan kunci di dalam kereta dan anak pula menjerit membuatkan suspek cabut lari.

“Selain telefon, saya juga kehilangan lesen memandu dan kad pengenalan yang diselit pada sarung telefon.

“Selepas itu saya terus membuat laporan polis tetapi masih terkejut dengan insiden ini,” katanya kepada pemberita ketika kunjungan Adun Teruntum, Sim Chong Siang ke kediamannya, di sini, kelmarin.

Sementara itu, Chong Siang berkata, pihak berkuasa harus meningkatkan pemantauan bagi membanteras gejala seperti ini.

“Difahamkan kejadian ragut agak tinggi di daerah ini dan kita berharap pengawalan akan dipertingkatkan.

“Kepada wanita juga diharapkan lebih berhati-hati ketika keluar rumah dan mengelak daripada menjadi mangsa penjenayah,” katanya.

Anak TKP operasi bomba maut


WARTAWAN SINAR HARIAN
14 Julai 2014

Kereta dinaiki empat sekeluarga mangsa terbalik di Chiku 3.
Kereta dinaiki empat sekeluarga mangsa terbalik di Chiku 3. Kereta dinaiki empat sekeluarga mangsa terbalik di Chiku 3.


Nur Aqilah Mahadi
Nur Aqilah Mahadi
GUA MUSANG - Anak perempuan Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Mahadi Mohd Ali, maut dalam kemalangan di Kilometer 42 Jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Tanah Rancangan Chiku 3, dekat sini, pagi semalam.

Manakala isterinya, Datin Nik Razainon Hassan, 56, dan dua lagi anaknya Muhamad Aizudin, 24, dan Nor Anida, 27, cedera ringan serta menerima rawatan di Hospital Gua Musang (HGM).

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi ketika keempat beranak yang menaiki kereta Perdana V6 itu dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur.

Nur Aqilah Mahadi, 23, yang berada di tempat duduk penumpang belakang meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Ketua Polis daerah, Superintendan Saiful Bahri Abdullah berkata, Muhamad Aizudin yang memandu kereta terbabit dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan lain, namun terkejut dengan kehadiran sebuah lori yang cuba keluar dari simpang tiga berhampiran.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan kenderaan yang dipandu anak lelaki Mahadi terbabas sebelum terbalik ke dalam ladang sawit.

“Tiga lagi mangsa tersepit dalam kereta yang terbalik itu termasuk mangsa yang cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat mangsa dihantar ke HGM untuk bedah siasat,” katanya.

Sementara itu, ibu mangsa, Nik Razainon berkata, dia yang duduk di sebelah pemandu memang rasa kereta dipandu anaknya, Muhamad Aizudin dalam keadaan bergoyang sebaik tiba di tempat kejadian.

Katanya, dia sempat bertanya kepada anak lelakinya itu mengenai keadaan berkenaan dan hanya beberapa minit selepas itu kereta mereka terus terbabas lalu terbalik menyebabkannya tersepit dalam kereta bersama arwah.

“Saya memang tidak tahu apa yang berlaku selepas itu, tetapi sempat melihat arwah dalam keadaan cedera parah di kepala dan meminta tolong. Orang ramai cepat memberi bantuan,” katanya ketika ditemui di HGM.

Nik Razainon berkata, dia memang sudah seminggu berada di Kampung Kota, Kota Bharu untuk menziarahi ibunya yang sakit, manakala tiga anaknya itu baharu pulang ke kampung kelmarin, sebelum bertolak semula ke Kuala Lumpur bersamanya pagi semalam.

“Arwah terpaksa pulang segera ke Kuala Lumpur kerana esoknya dia bekerja dan tidak boleh cuti panjang berikutan baharu bekerja dengan sebuah syarikat swasta di ibu kota,” katanya.

Katanya, suaminya Mahadi berada di Miri, Sarawak, kerana ada tugas rasmi dan sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu.

Pelajar cedera kena mercun buatan sendiri


RUBIAH OMAR
14 Julai 2014
Mohd Sabri (kiri) turun padang melawat mangsa mercun buatan sendiri, Muhammad Fahmi di wad HSNZ, semalam.
Mohd Sabri (kiri) turun padang melawat mangsa mercun buatan sendiri, Muhammad Fahmi di wad HSNZ, semalam. 


KUALA TERENGGANU - “Sejurus mercun itu meletup, saya terus lari masuk ke dalam rumah tanpa menoleh ke belakang kerana takut. Tapi selepas terdengar suara adik kembar saya menjerit kesakitan, barulah saya melihat semula ke belakang dan terkejut lihat mukanya penuh dengan darah."

Demikian cerita Muhammad Fikri Adri, 14, selepas adik kembarnya, Muhammad Fahmi, 14, cedera terkena mercun buatan sendiri di kediaman mereka di Kampung Bukit Chatak, Dungun, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, Muhammad Fahmi cedera di bahagian badan dan melecur di muka, manakala dua lagi rakan mereka, Ahmad Alfisyahrin Derasid, 14 dan Muhammad Faiz Izzuddin Ibrahim, 13, hanya mengalami cedera ringan.

Menceritakan detik kejadian, Muhammad Fikri berkata, dia dan adiknya serta dua lagi rakan sebelum itu mencipta mercun buatan sendiri dengan mengambil belerang daripada mercun bola dibeli mereka, dan meletakkannya ke dalam penutup botol.

“Sebaik memampatkan belerang di dalam botol plastik, adik (mangsa) cuba menebuk tudung botol untuk meletakkan sumbu dan mungkin tersalah tebuk menyebabkan secara tiba-tiba ia meletup.

“Saya bernasib baik kerana semasa kejadian, saya berada agak jauh dari mereka dan disebabkan itulah, saya sempat melarikan diri dan letupan itu tidak terkena saya,” katanya ketika ditemui di wad Hospital Sultanah NurZahirah (HSNZ), di sini, semalam.

Muhammad Fikri berkata, insiden yang hampir meragut nyawa adik serta dua rakannya itu akan dijadikan pengajaran selepas ini.

“Sebenarnya, sebelum ini kami tak pernah main mercun buatan sendiri dan ini kali pertama kami mencuba. Tak sangka pula kejadian ini menimpa ke atas kami,” katanya.

Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Mohd Sabri Alwi ketika ditemui semasa melawat mangsa di wad HSNZ berkata, pihaknya dimaklumkan mangsa, Muhammad Fahmi dalam keadaan stabil.

“Saya diberitahu kecederaan mangsa tidaklah membimbangkan dan kecederaan pada bahagian matanya mungkin tidak menjejaskan penglihatan. Hanya terdapat sedikit calar di dalam mata.

“Insya-Allah dalam beberapa hari lagi, mangsa mungkin boleh keluar dari wad,” katanya.

Kejutan tarawih

Api marak dengan cepat sebelum memusnahkan rumah pusaka bapa mertua seorang pegawai pelajaran yang pernah berkhidmat sebagai guru.
Api marak dengan cepat sebelum memusnahkan rumah pusaka bapa mertua seorang pegawai pelajaran yang pernah berkhidmat sebagai guru.
DUNGUN - Kira-kira 100 jemaah yang sedang mengikuti solat tarawih di sebuah surau dikejutkan dengan kejadian kebakaran melibatkan sebuah rumah kosong berdekatan surau terbabit, milik penduduk dekat sini, malam kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 9 malam itu menyebabkan rumah pusaka milik bapa mertua seorang guru itu, ranap apabila api yang tidak dikenal pasti puncanya itu merebak dengan cepat hingga keseluruhan rumah.

Sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Dungun yang tiba beberapa minit selepas menerima panggilan kecemasan bagaimanapun berjaya mengawal api daripada merebak ke rumah berdekatan.

Menurut mangsa kebakaran, Abdul Rahman Hussin, 58, ketika kejadian dia berada di rumahnya tidak jauh dari situ dan bergegas ke lokasi sebaik mendapat maklumat rumah pusaka bapa mertuanya hangus.

Kata Abdul Rahman, rumah itu baru sahaja dikosongkan adik iparnya, Hasbullah Shamsudin kira-kira setahun lalu dan kini, dia sedang merancang untuk membaik pulih rumah papan yang hampir usang itu.

“Kami baru sahaja merancang untuk membaikinya, tapi nak buat macam mana, tak ada rezeki. Nasib baik tidak ada barangan berharga dalam rumah ini kerana semuanya telah dikosongkan ipar saya masa pindah dahulu,” katanya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Dungun, Nor Azizi Che Noh berkata, tiga jentera bomba bersama pasukan penyelamat dibawa ke lokasi untuk memastikan api berjaya dikawal.

“Bomba masih menyiasat punca kebakaran dan nilai kerugian dialami,” katanya.

Penjaga parkir maut kereta terbabas

Mangsa maut ditempat kejadian.
Mangsa maut ditempat kejadian.
KUALA LUMPUR – Seorang penjaga parkir maut apabila kereta yang dipandunya terbabas dalam kemalangan di terowong Jalan Tun Razak arah Bulatan Pahang, di sini, semalam.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 7.20 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Arokianathan, 30, dalam perjalanan daripada tempat kerja untuk pulang ke rumah.

Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain berkata, sebelum itu, mangsa yang menaiki kereta Nissan Murano dipercayai terlibat dalam kemalangan kecil melibatkan sebuah kereta Proton Wira di hadapan Istana Budaya.

Menurutnya, Proton Wira yang datang dari arah bertentangan bertembung dengan kereta mangsa di bahagian depan.

“Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu. Mangsa kemudiannya meneruskan perjalanan hingga ke Jalan Tun Razak sebelum melanggar tiang lampu.

“Mangsa yang bekerja sebagai penjaga parkir di Kuala Lumpur maut di tempat kejadian akibat cedera parah,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini pihaknya masih menyiasat punca kejadian.

Katanya lagi, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pertempuran terbaharu di Libya


14 Julai 2014


TRIPOLI -LIBYA.  Pertempuran sengit tercetus antara militia Zintan dan kumpulan penentang di sekitar lapangan terbang antarabangsa sehingga menjejaskan jadual penerbangan, menurut pihak berkuasa, semalam.

Jurucakap polis memaklumkan sebuah roket turut dibedil dalam perimeter lapangan terbang tersebut sekitar jam enam pagi (waktu tempatan).

Sementara itu, Sel Operasi Revolusioner Libya (OCLR) mengaku mendalangi serangan yang menyasarkan kumpulan bersenjata tersebut.

Difahamkan, insiden pertempuran tersebut berlaku beberapa minggu selepas proses pengundian  Parlimen baharu  Libya yang bertujuan untuk menggantikan barisan Kongres Agung Kebangsaan (GNC).

Memetik laporan Al Arabiya, pada 6 Julai lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya Libya bertindak membatalkan keputusan undian di 24 pusat mengundi selepas ia didakwa dicemari penipuan.

Tayar meletup, nyaris maut

Kenderaan dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan dan menyebabkan kereta terbabas
Kenderaan dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan dan menyebabkan kereta terbabas
KUALA LUMPUR - Seorang lelaki nyaris maut setelah kenderaan dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan dalam kejadian di Jalan Travers kira-kira jam 1.30 pagi ,semalam.

Mangsa, Tan Boon Sun,55, hilang kawalan selepas tayar kenderaan miliknya dipercayai pecah ketika sedang memandu di laluan berkenaan.

Ketua Polis Balai Travers, Asisten Superitenden Edmond Wong berkata, ekoran daripada itu, mangsa berkenaan kemudiannya gagal mengawal kenderaan jenis Mercedez miliknya sehingga menyebabkan ia terbabas dan merempuh pembahagi jalan.

“Sebelum kejadian itu, saya yang sedang berada di balai turut mendengar bunyi kuat akibat rempuhan itu dan bergegas ke lokasi untuk melihat situasi yang berlaku,” katanya kepada Sinar Harian ,semalam.

Menurut Edmond, ketika pihaknya tiba di lokasi, mangsa berkenaan telah dikeluarkan dari kenderaan oleh orang awam yang melalui jalan itu.

Edmond berkata, disebabkan oleh rempuhan itu, mangsa berkenaan mengalami kecederaan di bahagian dada dan kepala.

“Mangsa masih sedar ketika dikeluarkan oleh orang awam dan mengadu sakit dada serta kepala,” katanya.

Tambahnya, mangsa berkenaan kini berada dalam stabil dan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi membolehkan dia menerima rawatan selanjutnya.

Dalam pada itu, Edmond memaklumkan bahawa pihaknya akan menjalankan siasatan terperinci selepas ini bagi mengetahui punca sebenar kejadian berkenaan.

Datuk 48 cucu khalwat dengan isteri orang


WARTAWAN SINAR HARIAN
14 Julai 2014


KUALA TERENGGANU - Seorang datuk kepada 48 cucu dan empat cicit didenda RM2,400 selepas didapati bersalah atas pertuduhan khalwat di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu, semalam.

Alias Salleh, 78, yang masih beristeri dan mempunyai 18 anak itu turut berdepan hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda.

Bagaimanapun, dia yang juga seorang bekas guru dan berkahwin sebanyak 25 kali itu memilih menjelaskan denda berkenaan.

Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh didapati bersalah berkhalwat mengikut Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001.

Berdasarkan pertuduhan, Alias didapati berkhalwat dengan seorang tukang cuci berstatus isteri orang, Zalina Ismail, 31, di sebuah rumah di Taman Perumahan Wakaf Tengah, di sini, kira-kira jam 5 pagi pada 10 Mei lalu.

Sebelum kejadian, Alias dan wanita terbabit yang berasal dari Kampung Mengabang Telong, Batu Rakit, ditahan berdua-duaan di dalam rumah berkenaan oleh sepasukan polis, yang kemudian mendapati mereka tiada sebarang hubungan suami isteri atau mahram.

Pendakwaan dibuat Timbalan Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Nik Mohd Shahril Irwan Mat Yusof, manakala Alias tidak diwakili peguam syarie.

Terdahulu, Kamalruazmi dalam penghakimannya menasihatkan warga emas itu bertaubat atas kesalahannya, apatah lagi pada usia emas seperti itu kesalahan sedemikian tidak sepatutnya dilakukan.

“Dengan peringkat umur kamu ini, bukan waktu yang munasabah dan sesuai untuk kamu buat kesalahan seperti ini. Kamu nak balik menghadap ALLAH dah...hukuman yang mahkamah jatuhkan kepada kamu tidak boleh menebus kesalahan yang kamu lakukan ini. Insaf dan bertaubatlah,” katanya.

Maut jatuh tingkat 12 ditolak teman lelaki

Anggota bomba menurunkan mayat mangsa yang tersangkut pada bumbung di sebuah kondominium di Ara Damansara, semalam.
Anggota bomba menurunkan mayat mangsa yang tersangkut pada bumbung di sebuah kondominium di Ara Damansara, semalam.
PETALING JAYA - Mayat seorang wanita warga India ditemui di atas balkoni tingkat dua sebuah kondominium di Jalan PJU1/41A, Ara Damansara, di sini, petang semalam.

Menurut sumber, insiden dipercayai berlaku apabila mangsa, Gita Rani, 36, ditolak kekasihnya selepas timbul pertelingkahan.

"Jiran mangsa pernah mendengar mereka bertengkar beberapa kali sejak menyewa di situ beberapa bulan lalu," katanya.

Difahamkan mayat mangsa ditemui penduduk yang kemudiannya bertindak memaklumkan kepada polis.

Ketua operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Mohd Nazri Hashim berkata, pihaknya menerima panggilan meminta bantuan mengambil mayat terbabit kira-kira jam 2 petang.

Seramai 14 anggota termasuk pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 7, Petaling Jaya dan Jalan Penchala terbabit dalam operasi itu.

“Kami berjaya menurunkan mayat kira-kira jam 4.45 petang sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim ketika dihubungi, mengesahkan kejadian.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa bekerja sebagai tukang jahit.

“Mayat dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat dan kes akan disiasat,” katanya.

2 mesej selamat tinggal


Oleh Junaidi Ladjana, Norasikin Daineh dan Ardyhansah Amat

Semporna: Dua mesej terakhir dihantar suami Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, sejam sebelum ditembak mati menjadi tanda kenangan sedih seumur hidup buat Salamah Amad, 26.

Mesej itu bertanyakan mengenai anak lelaki tunggal mereka, Khairine Zafran yang berusia setahun pada 26 Julai ini dan satu mesej lagi bertanya mengenai Salamah.
‘Tidur sudah Khairine’ dan ‘sayang buat apa’ itu diterima Salamah jam 10 malam dan lebih dua jam selepas itu dia menerima khabar suami dikahwini pada 2008 itu terbunuh dalam serangan hendap di Water Bungalow Resort, Pulau Mabul.

Kata Salamah, perkhabaran itu umpama mimpi kerana tidak langsung menyangka suaminya itu akan meninggalkan mereka dua beranak terlalu cepat.


“Sepanjang Ramadan ini kami hanya sempat berbuka beberapa kali saja kerana arwah diarah menjalankan tugas pengawasan di laut,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bubul Batu 2, dekat sini, semalam.






Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/14

Sampai hati ibu!


Oleh Azma Razana Johari

Tasek Gelugor: Sejak bapa mereka meninggal dunia dua tahun lalu akibat strok, kehidupan enam adik beradik berusia lima hingga 22 tahun itu hanya bergantung serta menumpang kasih dengan ibu kandung.

Bagaimanapun, kasih sayang ibu rupa-rupanya tidak bertahan lama apabila wanita terbabit meninggalkan semua anaknya sejak enam bulan lalu selepas berkahwin dengan seorang lelaki awal tahun lalu.

Lebih memeritkan apabila wang pencen arwah bapa mereka yang bekerja di Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi membiayai keperluan rumah serta membayar yuran persekolahan tidak pernah mereka rasai.

Sebaliknya, wang pencen yang menjadi hak mereka dihabiskan ibu bagi menampung keperluan suami baru yang tidak bekerja.


Selepas kematian bapa dan ditinggalkan ibu, tanggungjawab sebagai ketua keluarga itu kini dipikul anak sulung iaitu Noor Hamizah Basir, 22, yang sanggup menjaga adik-adiknya.




Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/14

Sarang video lucah budak diserbu


Manila: Dua apartmen di wilayah Cavite, Filipina yang disyaki menjadi lokasi penghasilan klip video lucah kanak-kanak dan disiarkan secara langsung di Internet diserbu Biro Siasatan Kebangsaan (NBI) Jumaat lalu.

Pengarah bahagian jenayah siber NBI, Ronald Aguto berkata, kedua-dua lokasi itu diletakkan dalam pengawasan berdasarkan maklumat disalurkan penduduk mengenai kegiatan pornografi kanak-kanak yang dijalankan untuk pasaran antarabangsa seperti Greece.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/14

Rumah terbakar angkara mercun


Dungun: Kenakalan sekumpulan remaja bermain mercun berhampiran rumah penduduk dipercayai menjadi punca sebuah rumah di Jalan Nibong Stesen di sini, terbakar malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, sebuah rumah tidak berpenghuni musnah terbakar dipercayai terkena mercun, namun kepantasan sekumpulan anggota bomba bergegas ke tempat kejadian mengawal api daripada menyambar lima rumah berhampiran.


Seorang penduduk berdekatan yang enggan namanya disiarkan berkata, dia terserempak dengan beberapa remaja yang sering bermain mercun di situ.

Katanya, ketika melalui kawasan itu untuk ke masjid bersolat Tarawih ada beberapa remaja dan kanak-kanak bermain mercun di situ dan dia tidak menolak kemungkinan mercun menjadi punca rumah terbabit terbakar.


“Saya tidak nampak, jadi susah untuk membuktikan namun kawasan itu sering menjadi tempat remaja bermain mercun,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, malam kelmarin.


Penduduk bersebelahan, Razina Abdul Wahab, 38, berkata dia terdengar beberapa letupan dan sebaik mengintai dari tingkap, mendapati api membakar rumah itu.

Katanya, dia mengarahkan empat anaknya yang berusia enam hingga 15 tahun keluar dari rumah kerana bimbang api itu boleh merebak ke rumahnya.


“Saya berlari keluar dari rumah memaklumkan kepada beberapa jiran bersebelahan kerana bimbang kebakaran itu merebak ke rumah kami.

“Mujurlah bomba pantas tiba ke tempat kejadian dan berjaya mengawal api daripada merebak ke rumah kami semua,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/14

Tragedi kereta bergoyang


Oleh Ramli Ibrahim

Gua Musang: “Din... kenapa kereta bergoyang ni?” tanya Datin Nik Razainon Che Hassan, 56, isteri Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Datuk Mahadi Mohd Ali sebelum kereta dinaikinya terbabas dan terbalik di Kilometer 42 Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat bandar Chiku, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu, anak keempatnya, Nur Aqilah, 23, yang berkhidmat dengan syarikat swasta di Kuala Lumpur, cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.


Nik Razainon dan anaknya, Mohd Aizudin, 24, yang memandu kereta kereta Perdana V6 itu serta seorang lagi anak perempuannya, Nur Anida, 27, cedera.

Ketika ditemui di Hospital Gua Musang (HGM), di sini, Nik Razainon berkata, mereka dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menghabiskan seminggu di Kampung Kota, Kota Bharu.


“Saya berada di tempat duduk penumpang depan manakala Anida dan Aqilah di belakang, mungkin sedang tidur.


“Saya sempat melihat Aizudin memandu dalam keadaan cemas selepas terkejut melihat sebuah lori cuba keluar dari simpang tiga.

“Sempat juga saya jerit kepadanya ‘Din.... kenapa kereta bergoyang’ dan beberapa minit selepas itu, kereta kami terbabas dan terbalik menyebabkan kami semua tersepit,” katanya.


Nik Razainon berkata, dia tergamam melihat Nur Aqilah yang tersepit dan kaku di tempat duduk belakang malah langsung tidak memberikan reaksi ketika orang ramai datang membantu.

“Pulang ke Kuala Lumpur hari ini (semalam) kerana saya sudah seminggu di kampung menjaga ibu yang sakit manakala anak-anak termasuk arwah, datang kelmarin.


“Suami berada di Miri, Sarawak kerana tugas sudah dimaklumkan dan akan tiba petang ini (semalam), ” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Superintendan Saiful Bahri Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.


Katanya, siasatan dijalankan dan mangsa cedera dihantar ke HGM untuk rawatan.


“Mayat mangsa dihantar ke HGM untuk bedah siasatan. Jenazahnya sudah dituntut keluarga dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kota, Kota Bharu,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/14

Keluarga penjenayah samun pengurus


Kuala Lumpur: Seorang pengurus kelas bahasa Inggeris kerugian hampir RM5,000 selepas disamun sebuah keluarga penjenayah yang berpura-pura datang ke premisnya di Puchong Jaya untuk bertanyakan mengenai kursus yang ditawarkan, kelmarin.

Dalam kejadian jam 5.15 petang itu, penjenayah terbabit yang terdiri daripada seorang lelaki, seorang kanak-kanak perempuan dan dua wanita termasuk seorang sarat mengandung memasuki premis mangsa.


Difahamkan mereka menggunakan taktik mengalih tumpuan mangsa dengan wanita mengandung berpura-pura berbual manakala ahli keluarga lain mengambil beg sandang yang diletakkan di bawah meja.



Mangsa yang mahu dikenali sebagai Chong, 43, berkata, ketika kejadian dia sedang bersiap untuk menutup premis sementara menunggu kelas terakhir tamat sebelum sebuah keluarga masuk dan mula bertanyakan mengenai pelan pembelajaran ditawarkan di situ.


“Saya tidak berasa curiga kerana mereka seperti sebuah keluarga malah disertai seorang wanita mengandung selain seorang kanak-kanak kecil yang mungkin berusia enam atau tujuh tahun.


“Selain itu, wanita yang bukan berbangsa Cina itu juga sangat fasih berbahasa Mandarin dan ia menarik perhatian saya sehingga fokus menjawab segala pertanyaannya,” katanya yang ditemui semalam.

Menurutnya, selepas seketika, semua ahli keluarga terbabit keluar meninggalkan premis seperti biasa tanpa menimbulkan sebarang keraguan.


Chong berkata, dia hanya menyedari kehilangan begnya ketika mahu mengembalikan baki wang kepada seorang pelanggan kira-kira 10 minit selepas keluarga itu beredar.

“Beg itu berisi wang tunai kira-kira RM3,000, tablet jenis Samsung dan sebuah cakera keras yang mengandungi banyak dokumen penting.


“Mereka sangat licik kerana ibu bapa lain yang berada di premis ini menunggu anak mereka juga tidak menyedari sebarang kelakuan mencurigakan kumpulan terbabit,” katanya.


Dia berkata, kejadian seumpama itu bukan kali pertama berlaku di sekitar Puchong kerana seorang rakannya turut memberitahu dirompak dengan cara sama.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/14

Tragedi dua kekasih


Petaling Jaya: Pertengkaran sepasang kekasih sejak beberapa hari lalu berakhir tragedi apabila seorang wanita warga India maut dipercayai ditolak kekasihnya dari tingkat 12 di Kondominium D’ Aman Crimson, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, mayat wanita berusia lingkungan 30 tahun itu dijumpai tersangkut di tingkat dua selepas terjatuh dari tingkat 12 kondominium terbabit.

Seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Rosdi berkata, dia berada di kedai runcit di bawah kondominium berkenaan sebelum terdengar jeritan kuat.
Rosdi berkata, dia terkejut apabila seorang rakan memberitahu terdapat mayat wanita tersangkut di tingkat dua kondominium terbabit.

“Saya tidak menyangka mangsa adalah wanita yang sebelum ini saya kerap terdengar dia dan pasangannya bertengkar.

“Saya tidak menyangka pertengkaran mereka sebelum ini boleh menjadi tragedi sebegini kerana saya sering melihat wanita itu yang bekerja di sebuah kedai jahit berhampiran kondominium ini,” katanya di sini, semalam.
Foto
WANITA warga India jatuh 12 tingkat dipercayai ditolak kekasihnya.
Sementara itu, jurucakap polis berkata, mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.

Menurutnya, kekasih mangsa melarikan diri dan kini sedang dikesan polis bagi membantu siasatan.
“Pasangan itu sudah menetap di kondominium terbabit kira-kira lapan bulan lalu dan sering bertengkar sejak akhir-akhir ini sehingga menarik perhatian jiran,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi polis bagi membantu siasatan.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/14

Kegiatan perjudian Piala Dunia tumpas


Sungai Petani: Polis Bukit Aman menumpaskan satu kegiatan perjudian Piala Dunia 2014 yang beroperasi di sebuah rumah di Taman Kempas di sini, yang dipercayai mengendalikan pertaruhan harian mencecah RM100,000.
Dalam serbuan kira-kira jam 11 malam tadi, empat lelaki berusia antara 20 dan 32 tahun ditahan selepas dipercayai anggota kepada sindiket yang menguruskan pertaruhan secara dalam talian di rumah terbabit. 
Ketua Operasi Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman Superintendan Amir Rashid Derani, berkata pihaknya percaya rumah berkembar dua tingkat itu disewa khusus sindiket sejak kira-kira sebulan lalu, untuk dijadikan sebagai markas kegiatan judi terbabit. 

"Dalam serbuan itu, kami mendapati rumah berkenaan dalam keadaan gelap berikutan sindiket terbabit menutup semua tingkap dan pintu menggunakan pelekat khas bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Foto

"Semua suspek yang berasal dari Kuala Lumpur ditahan mengikut Seksyen 6 Akta Pertaruhan 1953 (Akta 495), jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM200,000 serta boleh dipenjara bagi tempoh tidak lebih lima tahun," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/14

Maut terjatuh tingkat 10


Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, polis menerima panggilan awam jam 3.30 pagi dan mendapati mangsa sudah tidak bergerak.
Katanya, pegawai perubatan yang tiba juga mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia dan mayat dibawa ke Hospital Selayang untuk bedah siasat.

“Mangsa seorang lelaki berusia 24 tahun, masih bujang dan tinggal bersama keluarga di Blok B, Fortune Avenue, Taman Usahawan Kepong.
Foto
MAYAT mangsa dipercayai terjatuh dari rumahnya di tingkat 10. Gambar kecil, mangsa.

“Siasatan mendapati tiada unsur jenayah berlaku dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/14

Dalang bocor maklumat operasi ESSZONE diburu: PM

Dalang bocor maklumat operasi ESSZONE diburu: PM
NAJIB berbuka puasa bersama penduduk Kuantan di Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MKP) Satu, semalam. Turut hadir, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
 Kuantan:Datuk Seri Najib Razak berkata ada dalang yang membocorkan maklumat pergerakan kawalan anggota keselamatan menyebabkan kumpulan bersenjata dari Selatan Filipina mudah menceroboh Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZONE) dan melakukan pelbagai jenayah.

Perdana Menteri berkata, berikutan itu kumpulan bersenjata dari selatan Filipina yang mempunyai maklumat terbabit melakukan serangan pada waktu malam bagi mengelakkan pergerakan mereka dikesan seterusnya dipatahkan anggota keselamatan.

Katanya, ia termasuk kejadian terbaharu serangan hendap di sebuah resort di Pulau Mabul, malam kelmarin sehingga mengorbankan seorang anggota polis marin, Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, manakala Konstabel Zakiah Aleip, 26, hilang, dipercayai ditawan.
Menegaskan pihak berkuasa sedang mengesan dalang membocorkan maklumat itu, Najib berkata, pihak musuh mendapat maklumat kawalan pasukan keselamatan secara mendalam yang antaranya berpunca daripada masyarakat di kawasan berkenaan yang tidak mengenali sempadan antara dua negara (Malaysia dan Filipina).

Serang hendap sebelum sahur


2014/07/14

Semporna: Lapan suspek bersenjata yang menyerang hendap dua anggota Pasukan Polis Marin (PPM) di Mabul Water Bungalow Resort, Pulau Mabul, malam kelmarin, disyaki kumpulan sama yang gagal dalam cubaan menculik penternak ikan pada 7 Julai lalu.

Siasatan awal Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) percaya serangan hendap itu ada kaitan cubaan mendalangi penculikan di resort terbabit sambil membalas dendam.

Komander ESSCOM, Datuk Abdul Rashid Harun, tidak menolak kemungkinan kumpulan terbabit cuba melakukan penculikan di Pulau Mabul, tetapi bertembung anggota PPM yang berada di situ.

“Tindakan mereka juga dipercayai ada kaitan dengan tindak balas terhadap pasukan keselamatan yang meningkatkan operasi penguatkuasaan di kawasan terbabit.

“Jika ini puncanya, ia adalah pengorbanan anggota pasukan keselamatan dalam mencegah kejadian penculikan.

Kejadian ini juga menunjukkan kami berdepan musuh yang datang pada bila-bila masa dan memerlukan setiap anggota pasukan siap siaga sepanjang masa” katanya di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11.10 malam kelmarin, Koperal Ab Rajah Jamuan dan Konstabel Zakiah Aliep, anggota Bot Ronda RH40 PPM, singgah di jeti Mabul Water Bungalow Resort di Pulau Mabul, untuk berlindung berikutan laut bergelora.

31 leka tonton Transformers cedera pawagam terbakar

31 leka tonton Transformers cedera pawagam terbakar
STACY menunjukkan tangannya yang cedera dalam kebakaran di sebuah pawagam, di Sandakan. 
Sandakan: Polis mengesahkan dua mangsa parah, manakala 29 lagi cedera ringan dalam kebakaran sebuah pawagam di Bandar Ramai-Ramai, di sini, petang kelmarin, berbanding cuma dua cedera dalam laporan awal.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Rowell Marong, berkata laporan rasmi itu hanya dimaklumkan kepada pihaknya oleh Hospital Duchess of Kent, semalam.

Beliau berkata, dua yang parah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital berkenaan kerana tidak sedarkan diri dipercayai akibat masalah pernafasan.
“Berdasarkan laporan rasmi, ada 31 mangsa cedera dalam kebakaran itu. Dua yang dimasukkan ke ICU dipercayai kerana terhidu asap beracun dan kini dalam keadaan stabil, manakala selebihnya cedera ringan,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

BH semalam melaporkan dua lelaki cedera ringan dalam kebakaran pawagam di bangunan One Kapitol Plaza kira-kira jam 3.30 petang, kelmarin.

Bukit Aman tumpaskan judi Piala Dunia di Sungai Petani


2014/07/14

Sungai Petani: Polis Bukit Aman menumpaskan satu kegiatan perjudian Piala Dunia 2014 yang beroperasi di sebuah rumah di Taman Kempas, di sini, yang dipercayai mengendalikan pertaruhan harian mencecah RM100,000.
Dalam serbuan kira-kira jam 11 malam tadi, empat lelaki berusia antara 20 dan 32 tahun ditahan selepas dipercayai anggota kepada sindiket yang menguruskan pertaruhan secara dalam talian di rumah terbabit.

Ketua Operasi Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Superintendan Amir Rashid Derani, berkata pihaknya percaya rumah berkembar dua tingkat itu disewa khusus sindiket sejak kira-kira sebulan lalu, untuk dijadikan sebagai markas kegiatan judi terbabit. 

Gempa 6.1 magnitud gegar utara Chile


2014/07/14
SANTIAGO: Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud menggegar pesisir pantai utara Chile awal pagi tadi, demikian menurut Agensi Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Bagaimanapun, tiada laporan kerosakan atau kematian dilaporkan setakat ini.

Menurut agensi itu, gempa berlaku pada jam 4.54 petang waktu tempatan dan berpusat 22 kilometer barat Chile pada kedalaman 35.7 kilometer. - AFP 

Penduduk takut ancaman gajah



DUA orang penduduk kampung melihat seorah gajah betina yang berjaya ditangkap Perhilitan di Pasir Puteh Sabtu lepas.


PASIR PUTEH - Lebih 1,000 penduduk di empat buah kampung di daerah ini hidup dalam ketakutan ekoran kemunculan beberapa ekor gajar liar berkeliaran merosakkan tanaman mereka di kampung itu sejak tiga bulan lalu.
Kampung-kampung terlibat ialah Kampung Kandis, Kampung Bukit, Kampung Jeram Linang dan Kampung Lepan Rambai di sini.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Mukim Batu Berendam, Kamaruzaman Jusoh berkata, meskipun Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri berjaya menangkap seekor gajah betina, namun kelmarin penduduk mendakwa terserempak tiga ekor gajah lagi berkeliaran di kawasan hutan lipur Jeram Linang di sini.
Ujarnya, minggu lepas beberapa penduduk mendakwa mereka terserempak seekor gajah sedang berendam di dalam kolam di kawasan rekreasi di sini.
"Sudah menjadi satu kelaziman sekumpulan gajah masuk ke kebun penduduk di beberapa buah kampung di mukim ini terutama pada musim durian
"Kumpulan gajah ini akan merosakkan pokok pisang, pokok kelapa, nanas dan pelbagai lagi tanaman penduduk," katanya di sini semalam.
Seorang penoreh getah, Shaari Omar, 38, berkata, Perhilitan perlu bertindak segera menangkap gajah-gajah terbabit bagi mengelak kejadian tidak diingini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0714&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz37OQyhFk7 
Hakcipta terpelihara 

Cubaan seludup syabu gagal di Batu Feringghi



ABD. AZIZ (dua dari kiri) menunjukkan syabu di dalam kotak bijirin Koko Krunch dirampas kastam pada sidang akhbar di Sungai Petani semalam.


SUNGAI PETANI – Jabatan Kastam Diraja Malaysia negeri berjaya menumpaskan kes penyeludupan dadah apabila merampas tiga bungkusan dadah jenis syabu seberat 3.06 kilogram bernilai lebih RM582,000 dalam serbuan ke atas sebuah bot di perairan Batu Feringghi, Pulau Pinang Rabu lepas.
Pengarahnya, Datuk Abd. Aziz Abdul Latif berkata, bertindak atas maklumat diterima sepasukan kastam bertindak menyerbu bot yang tiada nombor pendaftaran itu pada pukul 2 petang ketika melintas di perairan Batu Feringghi.
“Ketika menghampiri bot berkenaan untuk melakukan serbuan, tiga lelaki disyaki warga asing telah terjun ke dalam laut melarikan diri.
“Hasil pemeriksaan kastam menjumpai tiga bungkusan dadah dibalut dengan kertas minuman berjenama Milo dan bijirin Koko Krunch di dalam bongkah kayu berwarna hitam di bot berkenaan,” katanya di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0714&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz37OR3YFpJ 
Hakcipta terpelihara 

Empat suspek bunuh pindah lokap


KERATAN Kosmo! 4 Julai 2014.


PUTRAJAYA - Empat lelaki termasuk seorang suspek utama kes bunuh Timbalan Ketua Pengarah Kastam (TKP) Bahagian Perkastaman/Cukai Dalam Negeri, Datuk Shaharuddin Ibrahim (gambar) semalam dihantar kepada polis Kajang untuk membantu siasatan kes samun di situ pada Mei tahun lalu.
Sumber memberitahu, suspek-suspek berusia di antara 21 hingga 35 tahun itu diserahkan selepas tempoh reman maksimum selama 14 hari bagi membantu polis menjalankan siasatan kes bunuh itu tamat.
Mereka sebelum ini ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur bagi proses soal siasat.
Bagaimanapun katanya, siasatan berhubung kes bunuh itu masih diteruskan dan polis sedang berusaha untuk mendapatkan beberapa bukti penting bagi tujuan pendakwaan kelak.
"Kes samun di Kajang berlaku pada Mei tahun lalu dan suspek ada melepaskan tembakan dalam kejadian tersebut.
"Siasatan susulan masih diteruskan dan kita harap kes bunuh itu dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0714&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz37OR9sdyx 
Hakcipta terpelihara 

UPP patah cubaan seludup mercun



MOHD. HAFIZ (kanan) menunjukkan antara mercun yang dirampas pada sidang akhbar di Kompleks UPP Chuping, Padang Besar di sini, semalam.


PADANG BESAR - Cubaan tiga lelaki warga tempatan menyeludup mercun dari Thailand untuk dijual di negara ini berjaya dipatahkan apabila kesemua mereka ditahan Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) di Kilometer 24, Jalan Padang Besar-Ulu Pauh di sini kelmarin.
Komander UPP Chuping, Asisten Superintendan Mohd. Hafiz Abd. Rahim berkata, hasil risikan yang dijalankan, pihaknya telah menahan kereta jenis Proton Waja dinaiki ketiga-tiga lelaki berkenaan pada pukul 9.50 malam.
"Hasil pemeriksaan yang dilakukan, kami berjaya mengesan 24 jenis mercun pelbagai jenis yang disembunyikan di bahagian but kereta.
"Bagi mengaburi pihak berkuasa, mercun ini disorok di ruang menyimpan tayar simpanan," katanya pada sidang akhbar di Kompleks UPP Chuping di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0714&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz37ORFY5Wb 
Hakcipta terpelihara 

Koperal maut, konstabel hilang


PEMANDANGAN Mabul Water Bungalows Resort, Pulau Mabul di Semporna yang diserang hendap pengganas Sulu kelmarin.


SEMPORNA - Seorang anggota polis marin terbunuh manakala seorang lagi diculik selepas mereka diserang hendap sekumpulan pengganas bersenjata berat dalam kejadian di sebuah resort di Pulau Mabul, perairan Semporna di timur Sabah malam kelmarin.
Kejadian pada pukul 11.10 malam itu berlaku ketika kedua-dua anggota polis dari Balai Polis Pulau Mabul sedang bertugas di Mabul Water Bungalows Resort sebelum didatangi sebuah bot dinaiki lapan lelaki.
Kumpulan lelaki dipercayai pengganas Sulu yang memakai seluar celoreng, berbaju hitam dan bertopeng serta bersenjata api dipercayai jenis Calibrre 7.62 terus menyerang hendap dengan melepaskan tembakan ke arah kedua-dua mangsa yang berada di resort berkenaan.
Tembakan itu menyebabkan Koperal Ab. Rajah Jamuan, 32, terkorban di tempat kejadian manakala rakan setugasnya, Konstable Zakia Aleip, 26, hilang disyaki dilarikan kumpulan berkenaan.
ZAKIA yang hilang dipercayai diculik pengganas Sulu belum diketahui nasibnya.


Difahamkan, dua lagi anggota polis yang menaiki sebuah bot ronda polis marin berhampiran resort itu turut menjadi sasaran penyerang hendap.
Kumpulan suspek itu dipercayai telah melepaskan sekurang-kurangnya 10 das tembakan rambang ke arah jeti, bot ronda polis marin termasuk kedai makan dan pejabat penyambut tamu di resort berkenaan.
Pengarah Operasi Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Abdul Rashid Harun berkata, siasatan polis mengenai kejadian tersebut mengesyaki serangan itu bermotif untuk melakukan penculikan atau sebagai tindak balas terhadap penguatkuasaan ketat oleh pihak berkuasa di perairan Sabah.
"Kita percaya kejadian ini berlaku atas dua sebab. Pertamanya, kumpulan ini berkemungkinan ingin melakukan penculikan di resort berkenaan namun berjaya digagalkan oleh anggota kita.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0714&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz37OQ7V3Tr 
Hakcipta terpelihara 

Suami terkorban pada bulan puasa



SALAMAH dan anaknya Khairin sedih mengenangkan suaminya yang terkorban ketika ditemui di kediamannya di Semporna semalam.


SEMPORNA - Salamah Ahmad, isteri kepada anggota polis yang terbunuh selepas diserang hendap sekumpulan pengganas di sebuah resort di Pulau Mabul malam kelmarin, terkilan kerana hajat arwah suaminya menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama anak tunggal mereka tidak kesampaian.
Koperal Ab. Rajah Jamuan, 32, dari Kampung Bubul, Batu Dua, meninggal dunia selepas ditembak sekumpulan lelaki ketika bertugas di resort itu manakala rakan setugasnya, Konstabel Zakia Aleip, 26, pula hilang dilarikan kumpulan lelaki terbabit.
Salamah, 26, berkata, kejadian yang menimpa suaminya itu amat menyedihkan dirinya namun selepas memikirkan pemergiannya pada bulan Ramadan sebagai satu pergorbanan besar buat negara, dia reda.
"Kali terakhir saya berjumpa suami adalah pada Jumaat lalu dan ketika itu kami sempat berbuka puasa bersama-sama," katanya ketika ditemui di kediamannya di sini semalam.
Salamah memberitahu, arwah suaminya sangat sayangkan anaknya, Khairin Zafran, setahun dan setiap kali berhubung melalui telefon arwah pasti akan bertanyakan khabar mengenai anak lelakinya itu.
Zakia yang berasal dari Tenghilan, dekat Kota Kinabalu pula telah berkahwin dengan Sharifah Erna Berson dan dikurniahkan seorang anak yang baru berusia kira-kira tiga bulan.
Abang Zakia, Zakria, 31, berkata, dia mendapat berita mengenai kehilangan adiknya daripada rakan-rakannya pada pukul 4 pagi semalam selepas bersahur.
"Selepas rakan-rakan memberitahu ada insiden serang hendap di Pulau Mabul dan adik saya hilang, saya menghubungi isterinya yang kemudian memberitahu adik saya tidak pulang ke rumah.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0714&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz37OQHZF00 
Hakcipta terpelihara