Search This Blog

Sunday, July 13, 2014

Budak 11 tahun mangsa dera ibu tiri

Noor Azam menunjukkan gambar kanak-kanak 11 tahun dengan kesan kecederaan di pipi kanan yang dipercayai menjadi mangsa penderaan.
Noor Azam menunjukkan gambar kanak-kanak 11 tahun dengan kesan kecederaan di pipi kanan yang dipercayai menjadi mangsa penderaan.
BUKIT BERUNTUNG - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dipercayai menjadi mangsa dera ibu tirinya sejak beberapa tahun lalu berdasarkan kesan fizikal dan kemurungan.

Kejadian itu telah lama disedari datuknya, namun bimbang diancam anak sendiri menyebabkan perkara itu dirahsiakan.

Ketua Umno Cawangan Seroja Indah, Noor Azam Halal yang menyedari kejadian itu berkata, beliau telah memanggil datuk kanak-kanak terbabit untuk mendapatkan perkara sebenar sebelum membawanya membuat laporan polis.

“Budak ini belajar di sebuah sekolah rendah di Bukit Beruntung. Menurut datuknya, apa saja dilakukan budak ini serba tak kena bagi ibu tirinya, silap sikit saja budak ini dipukul, dibaling dengan objek keras.

“Sebelum ini, bila budak ini datang sekolah guru bertanya kenapa cedera dan luka begini, tapi sebab ketakutan budak ini diam saja dan nampak murung.

“Tapi setelah didesak  akhirnya budak ini mengaku kerap dipukul ibu tirinya,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Menurutnya, perkara itu sudah lama sedari, namun tidak dapat didedahkan atas beberapa faktor.

Namun, apabila mendapat tahu kes dera itu berlaku lagi terhadap kanak-kanak terbabit maka laporan polis perlu dibuat segera bagi mengelak terus menjadi mangsa.

Katanya, ibu bapa kandung kanak-kanak terbabit bercerai dan bapanya berkahwin wanita Indonesia.

“Semua tinggal serumah tapi nampak hidup keluarga budak ini macam susah sebab dia pergi sekolah dengan baju lusuh, duit belanja pun tak ada tapi pelajarannya bagus.

“Datuknya mengakui geram dan kesal dengan perbuatan menantunya dan anaknya yang tidak bertindak menghalang perbuatan itu, tapi dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana bimbang disisihkan,” katanya.

Beliau berkata, pendedahan itu dibuat atas dasar keprihatinan dan simpati serta mahu langkah sewajarnya diambil untuk menyelesaikan kes tersebut.

Katanya, beliau akan mendapatkan laporan lengkap pemeriksaan doktor dan mahu ibu tiri kanak-kanak terbabit diambil tindakan dan kanak-kanak itu yang kini ditempatkan di Wad Kanak-Kanak Hospital Selayang diberi perlindungan.

Maut dihempap pokok balak

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Dungun untuk pemeriksaan lanjut. Gambar kecil: Hamiro Ramli
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Dungun untuk pemeriksaan lanjut. Gambar kecil: Hamiro Ramli
DUNGUN - Usaha seorang penebang balak menyelamatkan diri sebaik melihat pokok yang ditebang condong tidak berhasil apabila pokok terbabit tumbang terkena sebatang pokok lain sebelum menghempapnya.

Kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu berlaku ketika mangsa, Hamiro Ramli, 33, bersama seorang rakan sedang melakukan kerja menebang pokok balak di kawasan hutan dekat kampung Rantau Panjang, Jerangau.

Sebaik menyedari pokok yang ditebang tumbang, mangsa cuba menyelamatkan diri, namun sebatang pokok lain tiba-tiba turut tumbang lalu menimpanya.

Mangsa cuba diselamatkan rakannya, namun dia yang parah di bahagian kepala selain patah tangan kanan maut serta-merta di tempat kejadian.

Mayatnya dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Menurutnya, jenazah mangsa dituntut ahli keluarga untuk dibawa pulang ke kampung halaman di Tanah Merah, Kelantan.

Tersepit lori rempuh pokok

Seorang kenalan menenangkan mangsa yang cedera selepas tersepit dalam lori dipandunya.
Seorang kenalan menenangkan mangsa yang cedera selepas tersepit dalam lori dipandunya.
ARAU - Seorang pemandu lori sampah E-Idaman terpaksa menahan kesakitan hampir 40 minit sebelum dikeluarkan anggota bomba selepas tersepit akibat kemalangan di Jalan Tambun Tulang, Simpang Empat dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.20 petang itu, mangsa, Fauzi Yahya, 45, dipercayai dalam perjalanan menghala ke Simpang Empat bersama kelindan, Shabani Desa, 49, selepas membuang sampah di tapak pelupusan sampah di Padang Siding, Arau.

Menurut seorang saksi, lori yang dipandu  mangsa tiba-tiba hilang kawalan lalu melanggar pokok sebelum mangsa tersepit di tempat duduknya.

Bagaimanapun Shabani hanya cedera ringan sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF).

Menurut jurucakap bomba, pihaknya menerima panggilan pada jam 1.30 petang dan sebuah jentera termasuk kenderaan bantuan awal dari Balai Bomba Arau dikerah ke tempat kejadian.

Katanya, pihaknya mengambil masa kira-kira 15 minit sebelum berjaya mengeluarkan mangsa.

"Mangsa cedera di kaki kemudian dibawa ke HTF untuk mendapatkan rawatan," katanya.

Fauzi merupakan pesara tentera dipercayai baru bekerja di syarikat itu sejak sebulan lalu.

Anak TKP Operasi Bomba maut nahas

Nur Aqilah
Nur Aqilah
GUA MUSANG - Seorang anak perempuan Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat, maut apabila kereta dinaikinya terbabas sebelum terbalik di Kilometer 42 Jalan Gua Musang-Kuala Krai  berhampiran  Tanah Rancangan Chiku 3, dekat sini, pagi semalam.
   
Nur Aqilah Mahadi, 23, anak Datuk Mahadi Mohd Ali, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala sementara tiga lagi termasuk pemandu yang juga abang mangsa cedera ringan.
   
Tiga yang cedera ringan dalam kejadian itu ialah ibu mangsa, Datin Nik Razainon Hassan, 56, pemandu kereta itu, Muhamad Aizudin, 24, dan kakak mangsa, Nor Anida, 27, menerima rawatan di Hospital Gua Musang (HGM).
   
Ketua Polis Daerah, Superintendan Saiful Bahri Abdullah berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 10 pagi ketika sekeluarga terbabit menaiki kereta Perdana V6 dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur dan mangsa berada di tempat penumpang belakang.
    
Beliau berkata, Muhamad Aizudin yang memandu kereta itu dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan lain tetapi terkejut apabila sebuah lori cuba keluar dari simpang tiga berhampiran menyebabkan keretanya terbabas sebelum terbalik ke dalam ladang sawit.

 Sementara itu, ibu mangsa, Nik Razainon ketika ditemui di HGM berkata, beliau yang duduk di sebelah pemandu terasa kereta dipandu anaknya, Mohd Aizudin bergoyang sebaik tiba di tempat kejadian.

Katanya, beliau sempat bertanya anak lelakinya mengenai keadaan itu sebelum kereta itu terbabas lalu terbalik menyebabkan beliau tersepit bersama arwah.

“Saya memang tidak tahu apa yang berlaku lagi selepas itu, tetapi sempat melihat arwah dalam keadaan cedera parah di kepala dan meminta tolong kepada orang ramai cepat memberi bantuan,” katanya.

Ambil tindakan terhadap lambakan peniaga asing


BERNAMA | .
KUALA LUMPUR: Lima badan bukan kerajaan (NGO) menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap warga asing yang berleluasa berniaga di sekitar ibu kota.
  
Mereka merupakan Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (Irim), Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Malay, Chinese, Indian and Others (MCIO) dan Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah.
  
Presiden Ikhlas Mohd Ridzuan Abdullah berkata kehadiran peniaga asing terutama warga Indonesia, Pakistan dan Bagladesh yang berniaga secara haram bukan sahaja memberi kesan kepada pendapatan peniaga tempatan malah menjejaskan ekonomi negara.
  
"Lambakan peniaga warga asing di kawasan Masjid India, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Haji Taib mendatangkan kebimbangan kepada peniaga tempatan.

Mereka dipercayai menggunakan lesen peniaga tempatan untuk berniaga.
  
"Ia perlu dikekang. Contohnya jika sebuah kilang mengambil 500 pekerja warga asing, pihak kilang itu perlu mengawal dan jangan membenarkan mereka keluar sesuka hati menjalankan aktiviti lain daripada kawasan kilang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
  
Mohd Ridzuan meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Jabatan Imigresen memantau dan menyita tapak perniagaan peniaga tempatan jika didapati mereka menyewakannya kepada warga asing.
  
"Kita memberi tempoh tiga hari kepada pihak berkuasa untuk membersihkan peniaga warga asing yang memonopoli kawasan ibu kota sebelum protes besar-besaran diadakan," tegasnya.

Anggota polis dilapor maut di Pulau Mabul


HARAKAHDAILY | .
KOTA KINABALU: Tahap kawalan keselamatan di perairan pantai timur Sabah terus menjadi persoalan apabila terbaru lapan lelaki bersenjata berpakaian ala tentera dilapor menceroboh ke Pulau Mabul, Semporna malam tadi.

Dilaporkan turut berlaku tembak menembak antara kumpulan itu dengan pihak keselamatan sehingga seorang anggota polis terbunuh manakala seorang lagi diculik.

Laporan Mstar Online menyebut, kejadian tembak-menembak itu berlaku sejurus sebelum tengah malam apabila lapan lelaki bersenjata itu memasuki pulau itu pada kira-kira pukul 11.30 malam Sabtu.

Isu pencerobohan dan penculikan di beberapa resot di pantai timur Sabah semakin menjadi-jadi dan sebelum ini beberapa kejadian serupa telah berlaku.

Dalam kes terbaru satu cubaan menculik oleh tujuh lelaki bersenjata di pusat ternakan ikan dalam sangkar di Kampung Bangau Bangau di Semporna turut berlaku. - HARAKAHDAILY 13/7/2014

Mahu Jais siasat sejadah berimej makhluk di surau

Md Nasa (kanan) dan Dr Mohd Hisham menunjukkan lakaran gambar menyerupai makhluk pada sejadah
yang kebanyakannya digunakan di surau dan masjid.
Md Nasa (kanan) dan Dr Mohd Hisham menunjukkan lakaran gambar menyerupai makhluk pada sejadah yang kebanyakannya digunakan di surau dan masjid.
SABAK BERNAM – Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Daerah Sabak Bernam meminta Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengenal pasti sejadah yang mengandungi gambar makhluk yang terdapat di surau dan masjid, disimpan atau dibakar agar tidak digunakan jemaah.

Pengerusi Unit Penggunanya, Md Nasa Md Yatimi berkata, hasil pemerhatian Perkim di kebanyakan masjid dan surau di daerah itu mendapati terdapat pelbagai gambar makhluk menyerupai manusia, patung dan haiwan pada sejadah.

Menurutnya, Jais seharusnya mengeluarkan satu garis panduan kepada umat Islam bagi memastikan sejadah yang digunakan di surau dan masjid termasuk di setiap rumah tidak mengandungi unsur pemujaan terhadap makhluk lain selain ALLAH.

“Kita minta Jais memandang serius perkara ini kerana tidak mahu umat Islam terus menggunakan sejadah yang berunsur pemujaan yang boleh merosakkan akidah,” katanya.

Md Nasa berkata, umat Islam yang menggunakan sejadah setiap kali menunaikan solat di rumah juga perlu memastikan ia bebas daripada sebarang unsur yang tidak sepatutnya.

Pengarah Dakwah Perkim Daerah Sabak Bernam, Dr Mohd Hisham Surgi berkata, selain Jais, Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga diminta supaya memastikan sejadah yang diimport dari negara luar tidak mengandungi unsur terbabit.

Menurutnya, kemasukan sejadah dari negara luar yang mengandungi gambar makhluk dipercayai berpunca daripada kilang pembuatannya milik bukan Islam.

“KDN perlu memandang serius berhubung perkara ini kerana kita tak mahu ada pihak luar cuba menggugat kesucian Islam dengan sewenang-wenangnya menjual barangan yang boleh mendatangkan perbuatan syirik.

“Apabila syirik berlaku, maka doa yang menjadi senjata mukmin tidak akan termakbul dan mereka (musuh Islam) dalam senyap telah melemahkan umat Islam secara halus,” katanya.

Selain itu katanya, sejadah yang mempunyai lakaran pelbagai corak juga menjejaskan kekhusyukan umat Islam ketika mengerjakan ibadah wajib itu.

“Perkim berharap supaya Jais dan KDN dapat memastikan sejadah yang digunakan di kebanyakan surau dan masjid serta dijual di pasaran tidak mengandungi unsur syirik yang boleh menjejaskan akidah umat Islam.

“Kita mencadangkan supaya semua surau dan masjid tidak menggunakan sejadah yang bercorak dan hanya menggunakan satu warna bagi memelihara kesucian sewaktu beribadah,” katanya kepada Sinar Harian.

Tongkang bawa air tin ke Batam karam di Pelabuhan Johor


Oleh Mary Victoria Dass

Pasir Gudang: Sebuah tongkang membawa muatan air tin ke Batam, Indonesia, karam di perairan Pasir Gudang berhampiran Pelabuhan Johor, di sini, 10.30 malam, Khamis lalu.

Dalam kejadian berkenaan, tongkang dikatakan itu baru berlayar dari pelabuhan terbabit.
Difahamkan, ketika berada di kedudukan sejauh kurang lima meter dari pelabuhan itu, tongkang berkenaan senget kerana dimasuki air.

Ia mengakibatkan tongkang itu karam manakala muatan air tin yang dibawa terapung.


Beberapa anak kapal sempat menyelamatkan diri dan mereka juga tidak mengalami sebarang kecederaan.




Difahamkan, tongkang berdaftar di Indonesia itu mematuhi peraturan ditetapkan pengurusan pelabuhan termasuk membawa muatan mengikut had dibenarkan.

Jurucakap bahagian komunikasi korporat pelabuhan berkenaan berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan berkaitan kejadian itu.

"Kami perlu merujuk kepada jabatan keselamatan pelabuhan sebelum menyalurkan sebarang maklumat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/13

Otak tersembul


Dungun: “Saya menggigil ketakutan apabila melihat otak tersembul di kepalanya,” kata Ramli Omar, 53, yang menyaksikan rakannya maut ditimpa pokok di kawasan pembalakan di Kampung Rantau Panjang, Jerangau, dekat sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 3.30 petang, Hamiro Ramli, 33, dari Gual Ipoh, Tanah Merah, Kelantan menebang balak apabila tiba-tiba pokok tumbang lalu menghempapnya. 
Ramli yang bekerja sebagai pemandu jentolak berkata, ketika kejadian, hanya dia dan mangsa berada di kawasan atas bukit itu, manakala rakan setugas lain bekerja di kawasan bawah bukit.

“Mangsa ketika itu menebang sebatang pokok besar manakala saya berada di atas jentolak dan bersedia menarik pokok ditebang mangsa.
Foto
MAYAT Hamiro di lokasi kejadian.

“Sebaik pokok besar ditebang itu mula tumbang, arwah berlari untuk menjauhkan diri. Bagaimanapun, sebatang pokok berhampiran turut tumbang lalu menimpa mangsa,” katanya ketika ditemui di Bilik Forensik Hospital Dungun, semalam.

Katanya, melihat kejadian itu, dia turun dari jentolak untuk melihat keadaan mangsa, tetapi ketika itu mangsa meninggal dunia dalam keadaan otak tersembul dan patah tangan kanan.

Seorang lagi rakan mangsa, Syukri Yunus, 35, berkata, ketika berehat tengah hari kelmarin, arwah berkelakuan pelik apabila naik ke beberapa kawasan berbukit di tempat kerja untuk mencari isyarat telefon.

“Saya bertanya dia buat apa dan dia jawab mahu cari isyarat telefon kerana teringin benar bercakap dengan isteri dan anaknya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/13

Gagal hantar syabu hampir RM600,000


Oleh Omar Osman

Sungai Petani: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kedah membongkar kegiatan mengedar dadah jenis syabu yang disorok dalam sebatang kayu berlubang selepas menyerbu sebuah bot di perairan Batu Feringgi, Pulau Pinang pada Rabu lalu.

Dalam serbuan kira-kira jam 2 petang, dadah seberat 3,065 gram bernilai RM582,350 itu ditemui dimuatkan dalam tiga kotak.
Pengarah JKDM Kedah Datuk Abd Aziz Abdul Latif berkata, batang kayu terbabit ditemui di atas enjin bot yg ditutup dengan beberapa tong air dan minyak.

Menurutnya, dadah terbabit dipercayai cuba dibawa keluar dari negara ini untuk dihantar ke negara jiran.


Katanya, tiada tangkapan dibuat dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk tindakan lanjut.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/13

Presiden JMM lapor kes diugut bunuh


2014/07/13

Ampang: Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah, membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang selepas mendakwa menerima ugutan bunuh terhadap dirinya dan keluarga, awal pagi semalam.

Ugutan bunuh yang diterima beliau itu dipercayai susulan kelantangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu dalam mendesak tindakan tegas diambil terhadap sindiket mesin judi haram yang berleluasa, baru-baru ini.

Azwanddin berkata ugutan yang diterima melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) itu dipercayai dihantar oleh individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kongsi gelap.

“Nombor berkenaan didaftarkan di luar negara dan diterima pada jam 1.16 pagi tadi (semalam). Kandungan SMS itu menyuruh saya jangan mengganggu perniagaan mereka, jika saya sayang pada diri serta keluarga.

“Pengirim SMS itu mengugut supaya saya jangan jadi hero kerana dia tahu di mana rumah saya dan juga tahu di mana anak saya bersekolah,” katanya selepas membuat laporan polis, semalam.

“Bagaimanapun, ia (ugutan) tidak akan melemahkan semangat kami dalam JMM untuk membongkar dan mendedahkan premis judi haram yang ada di seluruh negara.

“Ini termasuk pendedahan yang akan dibuat kelak mengenai sebuah premis judi haram yang jaraknya 300 meter dari balai polis berhampiran di ibu kota,” katanya.

Seorang polis marin terbunuh, seorang lagi hilang diserang di Pulau Mabul


2014/07/13
 
gambar sebelum  gambar berikut
Foto
AHLI keluarga anggota polis yang maut akibat serangan hendap kumpulan bersenjata di Pulau Mabul, Koperal Ab Rajah Jamuan, tidak dapat menahan kesedihan di Hospital Semporna, sebentar tadi. - Foto NSTP

Foto
AHLI keluarga anggota polis yang maut akibat serangan hendap kumpulan bersenjata di Pulau Mabul, Koperal Ab Rajah Jamuan, tidak dapat menahan kesedihan di Hospital Semporna, sebentar tadi. - Foto NSTP
Foto
MAYAT Koperal Ab Rajah Jamuan yang terkorban dalam serangan hendap kumpulan bersenjata di Pulau Mabul, dipindahkan ke Hospital Tawau untuk bedah siasat. - Foto NSTP
Foto
ANGGOTA polis yang terkorban dalam kejadian serangan hendap oleh sekumpulan pengganas di Pulau Mabul, Semporna, malam tadi, Koperal Ab Rajah Jamuan (gambar kecil) manakala seorang lagi hilang dipercayai diculik, Konstabel Zakia Alip (kanan sekali). - Foto Abdul Rahemang Taiming
Foto
Khairin Zafran, setahun, memegang gambar bapanya, Koperal Ab Rajah Jamuan ketika ditemui di rumahnya di Semporna, hari ini. - Foto Abdul Rahemang Taiming
Foto
ISTERI Koperal Ab Rajah Jamuan, Salamah Amad, 26, memegang anak tunggalnya, Khairil Zafran, setahun, ketika ditemubual media di rumahnya di Batu 2, Semporna, hari ini. - Foto Abdul Rahemang Taiming
KOTA KINABALU: Seorang anggota polis marin terbunuh, manakala seorang lagi hilang dipercayai diculik oleh sekumpulan pengganas yang menyerang hendap sebuah resort di Pulau Mabul, malam tadi.

Dalam kejadian jam 11.10 malam itu, sekumpulan lapan lelaki berpakaian gelap serta bertopeng, dikatakan naik ke jeti resort berkenaan sebelum melepaskan tembakan rambang.

Difahamkan, ketika kejadian dua anggota polis terbabit sedang makan menyebabkan mereka tidak sempat mencari perlindungan walaupun dapat membalas tembakan.

Anggota polis yang terkorban ialah Koperal Ab Rajah Jamuan manakala anggota yang hilang ialah Konstabel Zakiah Aleip.

Menurut sumber, sebuah bot ronda polis marin yang cuba memberi bantuan turut diserang, namun anggota terbabit dapat berlindung daripada tembakan.

Pasukan keselamatan sedang menjalankan gerakan besar-besaran bagi mengesan kumpulan bersenjata terbabit di sekitar perairan Semporna hingga ke sempadan selatan Filipina," katanya ketika dihubungi BH.

Difahamkan, tiada pelancong resort berkenaan mengalami kecederaan kerana ketika kejadian kebanyakan mereka berada dalam bilik penginapan masing-masing.

2 parah, 29 cedera dalam kebakaran pawagam di Sandakan


2014/07/13

SANDAKAN: Polis mengesahkan dua mangsa parah, manakala 29 lagi cedera ringan dalam kebakaran sebuah pawagam di Bandar Ramai-Ramai di sini, petang semalam, berbanding cuma dua cedera dalam laporan awal.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Rowell Marong, berkata laporan rasmi itu hanya dimaklumkan kepada pihaknya pagi ini.

Katanya, dua yang parah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Duchess of Kent kerana tidak sedarkan diri dipercayai akibat masalah pernafasan.

"Berdasarkan laporan rasmi, ada 31 mangsa cedera dalam kebakaran itu.

"Dua yang dimasukkan ke ICU dipercayai kerana terhidu asap beracun dan berada dalam keadaan stabil, manakala selebihnya cedera ringan," katanya ketika dihubungi BH, sebentar tadi.

Bapa dakwa anak cedera dipukul sekumpulan remaja


13/07/2014 1:47pm

SEREMBAN - Seorang bapa mendakwa anak lelakinya dipukul oleh sekumpulan remaja dalam kejadian di sebuah rumah kedai bertingkat yang terbengkalai di Bandar Seremban Selatan, Sungai Gadut dekat sini, Khamis lepas.
Mohd Azzian Basin, 43, mendakwa dalam kejadian 9.30 malam itu, anaknya, Mohd Nadzmi Aqiff, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban Jaya 2, mengalami sakit di dada dan tangan kanan serta bengkak di pipi sebelah kiri.
"Anak saya menaiki motosikal untuk ke sebuah stesen minyak di Taman Seremban Jaya (berhampiran Bandar Seremban Selatan) apabila dia ditahan dalam perjalanan oleh sekumpulan sembilan remaja yang menaiki lima motosikal.
"Mereka kemudian bertindak memukul anak saya, sebelum memaksa anak saya menaiki satu daripada motosikal mereka dan membawa anak saya ke sebuah rumah kedai bertingkat yang terbengkalai di situ (Bandar Seremban Selatan). Apabila sampai di situ, anak saya ditumbuk dan ditendang oleh tiga daripada mereka.
"Malah, seorang daripada mereka mengeluarkan sebilah pisau dan mengugut untuk membunuh anak saya. Anak saya kata dia tidak tahu apakah motif mereka berbuat demikian,” katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya di Bandar Seremban Selatan, hari ini.
Mohd Azzian, seorang Penghulu telah membuat laporan polis dan berharap polis dapat menjalankan siasatan mengenai kes itu.
"Saya mengetahui kejadian itu Jumaat lepas dan terus membawanya ke Hospital Tuanku Jaafar untuk rawatan,” katanya. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0713&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_06.htm#ixzz37KFjE9P3 
Hakcipta terpelihara 

Terperangkap dalam rumah berasap


Oleh Siti A’isyah Sukaimi

Putrajaya: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun berdepan detik mencemaskan apabila ruang tamu rumahnya terbakar ketika dia ditinggalkan bersendirian oleh ibu bapanya di kuarters kerajaan Presint 18, di sini petang semalam.

Dalam kejadian jam 4 petang di tingkat satu Pangsapuri 18R12 Presint 18 itu, mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan sebaliknya kejadian itu disedari jiran mangsa yang kemudian menghubungi pasukan bomba dan penyelamat Putrajaya untuk bantuan kecemasan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Putrajaya Muhamad Hafidz Yaacob berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati kanak-kanak berkenaan terkurung di dalam rumah berkenaan dan gagal keluar kerana terkunci dari dalam.

Beliau berkata, pihaknya terpaksa memotong pintu jeriji sebelum kanak-kanak itu akhirnya berjaya dikeluarkan 10 minit kemudian tanpa mengalami sebarang kecederaan.

“Saya difahamkan, kebakaran itu dikesan jiran mangsa yang melihat kepulan asap keluar dari rumah sebelum menghubungi pasukan bomba dan penyelamat.

“Jiran mangsa gagal memasuki rumah berkenaan untuk mengeluarkan kanak-kanak berkenaan kerana pintu jeriji rumah berkunci,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Katanya, pihaknya terpaksa memasang tangga pada beranda rumah bagi menyelamatkan mangsa selain bertindak mengumpil pintu jeriji bagi menyelamatkan kanak-kanak itu,” katanya.

Muhamad Hafidz berkata, sebaik berjaya mengeluarkan mangsa, pihaknya membuka tingkap rumah bagi membuat pengudaraan untuk mengeluarkan asap kebakaran.

“Kami mengambil masa 10 minit untuk memadam kebakaran.

“Kami masih menyiasat punca kejadian termasuk menyiasat dakwaan kanak-kanak itu bermain api di dalam rumah,” katanya.

Katanya, buat masa ini, pihaknya tidak mempunyai bukti mengenai dakwaan itu namun, pihak forensik sedang menyiasat lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/11

Hantar mesej cabut nyawa


Kuala Lumpur: ‘Lu (awak) mahu mati sendiri (bunuh diri) atau kita buat lu mati sakit. bayar hutang! jangan mahu lari’. Itu adalah antara SMS ugutan diterima seorang mekanik motosikal selepas gagal menjelaskan hutang ceti haram yang digunakan untuk bertaruh judi bola sepak Piala Dunia.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Lan, 35, memberitahu dia kini hidup ibarat pelarian gara-gara berhutang ceti haram (along) membabitkan jumlah RM20,000 pada 29 Jun lalu. 
Menurutnya, dia meminjam wang daripada seorang along yang menawarkannya pinjaman bagi pertaruhan bola sepak membabitkan perlawanan pusingan kedua antara Uruguay dan Colombia.

“Saya meletakkan semua wang pertaruhan pada ‘bookie’ kerana yakin 100 peratus Uruguay mampu membelasah Colombia.
Foto
LAN menunjukkan mesej ugutan bunuh yang dihantar along.

“Malah, kelibat bintang penyerang Uruguay seperti Luis Suarez dan Edinson Cavani menyebabkan saya yakin pasukan itu mampu mencatatkan kemenangan besar, sekali gus memasuki pusingan suku akhir Piala Dunia,” katanya.

Menurutnya, along itu yang turut memberi pinjaman kepada beberapa rakannya di sebuah kopitiam di Rawang di sini, kemudian memberikannya wang berkenaan dengan syarat dia membayar RM1,200 seminggu termasuk faedah pinjaman sekitar 10 peratus.

“Dia hanya mahukan salinan Mykad saya selain lokasi bengkel saya bekerja. Saya tidak fikirkan risiko ketika itu kerana yakin pertaruhan itu berbaloi dan saya akan mendapat pulangan berganda.

“Sebelum ini saya pernah bertaruh dan menang,” katanya.

Dia yang bertaruh dengan memasukkan wang ke dalam akaun bank ‘bookie’ bagaimanapun hampir pitam apabila pasukan Uruguay tewas kepada Colombia.

“Ketika itu barulah saya tahu sukar untuk membayar RM1,200 seminggu atau RM4,800 sebulan berikutan gaji saya hanya sekitar RM2,000 sebulan,” katanya.

“Saya cuba hubungi Along dan minta supaya jumlah bayaran hutang itu dikurangkan. Namun permintaan saya itu ditolak kerana Along mendakwa saya sudah bersetuju dengan syarat sebelum ini.

“Malah Along minta saya dapatkan bantuan dari ahli keluarga dan dan jual kereta jika tidak mampu bayar hutang itu. Malah Along berulang kali menghantar SMS dan datang ke bengkel saya meminta hutang berkenaan,” katanya.

Akibat tak dapat membayar hutang itu, mangsa bertindak mengambil ‘cuti’ dan lari bersenbunyi di rumah adiknya di Ampang.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/11

Lori terbabas punca sesak 26km


Jakarta: Kesesakan lalu lintas memang bukan perkara luar sudah biasa di kebanyakan bandar di Indonesia, namun apabila ia membabitkan jarak sehingga 26 kilometer pasti sesuatu amat menyeksakan.

Dalam satu kejadian di daerah Cikarang, kemalangan sebuah lori di lebuh raya menghala ke Jakarta mengakibatkan kesesakan teruk pada pengguna jalan raya di kawasan itu.
Menurut seorang petugas pengurusan lebuh raya, Novi, kesesakan bermula dari kawasan Tol Cikarang sehingga Cikarang Utama.

“Kemalangan berlaku kira-kira jam 6.15 pagi (waktu tempatan),” katanya.


Dia berkata lori terbabit terbabas dan melanggar penanda jalan di lorong kanan menyebabkan papan tanda itu roboh.


“Kerja pengalihan terpaksa dilakukan, tetapi ia mengganggu aliran lalu lintas,” katanya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/13

Empat cedera angkara dendam cinta lama


Pattaya: Dendam cinta lama menjadi punca satu kemalangan motosikal yang mengakibatkan empat orang cedera, termasuk seorang kanak-kanak 4 tahun, awal pagi semalam.

Dalam kejadian di Soi Bongkot di Pattaya, Khun Wirawan, 19, menunggang motosikal bersama teman lelaki barunya, Khun Egapan, 18, apabila mereka bertembung dengan Khun Pugrit, 17.

Pertemuan itu mencetuskan pergaduhan apabila Pugrit berasa tidak puas hati dan mengarahkan rakannya membelasah Egapan.

Egapan dan Wirawan kemudian melarikan diri dengan menaiki motosikal dan dia dikejar Pugrit dan rakannya.

Kejadian jadi lebih tidak terkawal apabila satu daripada motosikal itu bertembung pula dengan motosikal ditunggang seorang wanita - yang tiada kaitan dalam konflik itu - serta anaknya.


Ekoran itu, Egapan dan Wirawan yang turut terjatuh mengalami kecederaan.

Jurucakap polis berkata, Egapan patah tangan tetapi dia bernasib baik kerana tidak menjadi sasaran belasahan Pugrit.

“Kumpulan remaja yang mengejar mangsa melarikan diri sebelum polis tiba,” katanya.


- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/13

Warga emas sasaran anak, cucu serakah


Mombasa: Ratusan ibu bapa di Kenya dilapor menemui ajal di tangan zuriat sendiri atas pelbagai alasan, termasuk dituduh menjadi ahli sihir dan untuk merebut harta.

Kebanyakan mereka terbunuh akibat digantung, dibakar atau dicekik oleh anak atau cucu masing-masing.
Jika tidak tergamak membunuh sendiri, sesetengah pihak mengupah samseng setempat untuk melakukan perbuatan itu bagi pihak mereka.

Keadaan itu, lapor media semalam, menimbulkan kebimbangan di kalangan pemimpin Kenya.


Siasatan polis di Kilifi, Lamu dan Kwale mendapati golongan warga emas menjadi sasaran ketamakan anak dan cucu yang mahu menguasai harta mereka lebih awal.


Dalam kes tertentu, kata seorang pemimpin tempatan, Teddy Mwambire, ada golongan muda membunuh ibu bapa yang menyara mereka.

“Tanpa ibu bapa, jualan kelapa atau hasil tanaman lain dapat masuk terus ke kantung mereka,” katanya.

Minggu lalu portal berita The Standard menemui 19 individu bersembunyi di sebuah rumah di Ganze, Kilifi, bagi mengelak diburu anak sendiri.

Kata Mwambire, seseorang hanya perlukan upah kira-kira RM145 serta seekor kambing untuk merasuah pihak berkuasa bagi mengelak dikenakan tindakan.

Seorang pengurus rumah perlindungan pula berkata, kira-kira 400 warga emas dibunuh di Kilifi sejak empat tahun lalu. — Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/13

Marah bapa, rogol anak


Ranchi, India: Seorang ketua kampung mengarahkan seorang budak perempuan dirogol sebagai hukuman terhadap bapa mangsa membelasah jiran mereka yang cuba mencabul serta menceroboh rumah mereka.

Media semalam melaporkan, bapa mangsa terkejut apabila seorang lelaki mabuk masuk ke rumah mereka pada tengah malam kelmarin untuk mencabul isterinya.
Untuk menyelamatkan keadaan, bapa mangsa membelasah jirannya itu, menyebabkan dia terpaksa melarikan diri.

Jurucakap polis berkata, keesokan harinya lelaki terbabit mengadu kepada ketua kampung di sebuah kawasan petempatan di daerah Bokara di negeri Jharkhand.


Kata jurucakap polis itu, sebagai balasan kerana dibelasah, ketua kampung terbabit membenarkan anak perempuan lelaki itu dirogol.


“Kebenaran itu diberi kononnya sebagai hukuman terhadap bapa mangsa yang bertindak ganas,” katanya.

Suspek kemudian mengheret budak perempuan berusia 10 tahun itu dari rumahnya ke belukar berhampiran untuk diperkosa.

Saksi berkata, kejadian itu disaksikan ibu mangsa.

Budak perempuan itu kemudian ditemui ibunya dalam keadaan berlumuran darah kira-kira sejam kemudian.

Jurucakap polis berkata, penduduk kampung tidak campur tangan atau cuba menyelamatkan budak terbabit kerana bimbang mereka pula menjadi sasaran serangan.

“Polis kemudian dimaklumkan mengenai insiden itu dan ketua kampung berkenaan ditangkap,” katanya.

Kejadian itu adalah serangan seksual melampau terbaru di India - negara yang mencatatkan kes seumpama sekali setiap 22 minit.

Biro Rekod Jenayah Kebangsaan menyatakan sebanyak 24,923 kes rogol berlaku di seluruh India pada 2012, namun aktivis hak wanita mendakwa realiti di negara itu jauh lebih menggerunkan.- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/13

Anggota PGM gugur di Pulau Mabul


Kejadian itu disahkan Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mazlan Lazim, selepas beliau dihubungi, awal pagi ini.
Sementara itu, menurut sumber ‎mangsa, Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, dipercayai hilang namun kemudian ditemui semula dan meninggal dunia dipercayai ditembak dalam kejadian terbabit. 

Mangsa dikatakan sempat membalas tembakan sekumpulan lelaki terbabit sebelum gugur dalam pertempuran itu.
Foto
GAMBAR Pulau Mabul
Foto
JENAZAH mangsa dihantar ke Hospital Besar Tawau untuk dibedah siasat.

Katanya, rakan mangsa, Kostabel Zakiah Aliep, 26, hilang dipercayai dilarikan kumpulan lelaki berkenaan yang memakai pakaian berceloreng.

Allahyarham Ab Rajah yang barasal dari Semporna dikatakan sudah berkeluarga bertugas sebagai jurumudi kapal rondaan air 1, di balai polis Pulau Mabul dan pernah bertugas di Kampung Acheh. 

Zakiah turut dikatakan sudah berkeluarga dan mempuyai seorang anak dan sebelum ini bertugas di Pulau Pinang.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/13

Pelik kerap terima saman had laju

Billy (kanan) dan Abdul Talib menunjukkan Proton Satria Neo 1.6 Auto miliknya yang kerap dikenakan saman.
Billy (kanan) dan Abdul Talib menunjukkan Proton Satria Neo 1.6 Auto miliknya yang kerap dikenakan saman.
KAMUNTING - Seorang pemilik kereta, Abdul Talib Salleh, 45, bimbang apabila kerap menerima saman atas kesalahan memandu melebihi had laju dan mendakwa ada kenderaan yang jenis, warna dan nombor pendaftarannya mirip Proton Satria Neo yang dibelinya 7 Mei lalu.

Menurutnya, selain saman kesalahan memandu melebihi had laju, dia turut menerima panggilan telefon daripada seorang pegawai polis mendakwa keretanya ditahan selepas melanggar sekatan jalan raya.

"Saya syak ada individu lain yang menggunakan kenderaan jenis, warna dan nombor pendaftaran yang sama dengan kereta yang dibeli.

"Saya juga bimbang, kenderaan itu digunakan untuk kegiatan jenayah yang boleh menyebabkan saya berdepan pelbagai masalah," katanya.

Menurutnya, dua laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping berhubung kejadian berkenaan.

"Saya juga harap siasatan mengenainya dapat dilakukan dengan terperinci dan mengelakkan kes ini berulang," katanya.

Sementara itu, Penasihat Pengguna Taiping, Dr Billy Toh berkata, tindakan mangsa membuat laporan polis adalah tepat kerana ia adalah isu serius.

"Malah, mangsa juga boleh meminta kenderaan atau individu terbabit yang datang berurusan ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Puspakom ditahan," katanya.

Kanak-kanak maut jatuh tingkat lima


SHAH ALAM – Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun maut selepas terjatuh dari balkoni tingkat lima rumahnya di Flat PKNS Seksyen 24, dekat sini, kelmarin.

Menurut sumber, kejadian jam 2 petang itu berlaku apabila mangsa, Muhamad Iman Qayyum@Abdullah dikatakan cuba mengambil alat permainan di atas bumbung balkoni, sebelum besi penghadang itu tiba-tiba patah menyebabkan dia menggelongsor jatuh ke bawah.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa bersama ibunya di rumah.

“Mangsa jatuh dan meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah. Kejadian hanya disedari oleh salah seorang penghuni tingkat bawah yang terkejut selepas terdengar bunyi benda jatuh di hadapan rumahnya.

Mayat dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk bedah siasat. Jenazah kemudiannya dibawa pulang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21, semalam.

Sumber polis mengklasifikasikan kejadian sebagai mati mengejut dan tiada sebarang unsur jenayah dikesan.

Pasangan khalwat beri alasan nak kahwin

Pegawai pejabat agama, masjid dan jawatankuasa penduduk
memeriksa dokumen pasangan.
Pegawai pejabat agama, masjid dan jawatankuasa penduduk memeriksa dokumen pasangan.
SELAYANG - “Kami memang niat nak kahwin tapi tak tahu macam mana caranya.” Itu alasan pasangan yang dicekup bersekedudukan dalam sebuah rumah di Selayang Sejati, malam semalam.

Pasangan berusia 25 dan 18 tahun itu dicekup penduduk sekitar jam 8.30 malam selepas bapa saudara kepada remaja perempuan itu membuat aduan kepada pihak surau.

Difahamkan remaja itu tinggal bersama kakaknya yang kini bekerja di luar daerah sejak dua bulan lalu sementara rumah itu dijadikan port pasangan itu bersekedudukan sejak sebulan lalu.

Nasihat dan teguran sebelum ini sudah diberikan namun tidak diendahkan sebaliknya beberapa kali lelaki yang juga penduduk di sini dilihat berulang alik ke situ.

Pengerusi JKKK Selayang Baru, Jumari Talip berkata, jawatankuasa menerima aduan sekitar jam 7.30 melihat lelaki yang bekerja sebagai penghantar surat bertandang ke rumah pasangannya itu.

Ketika pintu diketuk, pasangan tersebut memberikan kerjasama dan mereka didapati berdua-duaan dalam rumah itu.

“Mereka menggunakan alasan mahu berbuka puasa bersama tapi tetap salah kerana berdua-duaan dan bukan muhrim.

“Selepas perbincangan dan kaunseling dibuat dan memanggil penjaga masing-masing, kedua-dua pihak bersetuju untuk dinikahkan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan umat Islam menghormati bulan Ramadan dan mengelak mencemarinya dengan perkara-perkara yang dilarang.

Jumari turut meminta supaya orang awam menyalurkan maklumat sekiranya terdapat masalah sama dalam usaha membendung maksiat.

Dada berlubang


Dungun: Dada seorang remaja lelaki berlubang akibat tertusuk serpihan botol plastik manakala pasangan kembarnya cedera di perut selepas mercun buatan sendiri menggunakan belerang dimampatkan di dalam botol plastik dihasilkan mereka meletup di Kampung Bukit Chatak, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian jam 11 pagi, serpihan botol plastik di dada Mohd Fahmi Adri, 14, berjaya dikeluarkan sebelum bahagian berlubang dijahit dan keadaannya stabil, manakala kembarnya Mohd Fikri yang cedera di perut turut menerima beberapa jahitan. 
Mohd Fahmi pada mulanya dirawat di Hospital Dungun sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut, manakala Mohd Fikri hanya dirawat di Hospital Dungun. 

Selain Mohd Fahmi dan Mohd Fikri, dua lagi rakan mereka, Ahmad Alfisyahrin Derasid, 14, dan Muhammad Faiz Izzuddin Ibrahim, 13, yang berada di tempat kejadian cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Dungun.
Foto
MOHD Fahmi cedera akibat main mercun buatan sendiri.

Abang pasangan kembar itu Mohd Hakim Adri, 19, berkata, seorang daripada kembar itu dikatakan cuba menebuk tudung botol plastik berisi belerang yang dijadikan mercun buatan sendiri untuk meletakkan sumbu sebelum berlaku letupan sehingga mencederakan empat sahabat terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/13

Tembok runtuh hempap pondok pekerja ragut 11 nyawa


2014/07/07

Tembok runtuh hempap pondok pekerja ragut 11 nyawa
PASUKAN penyelamat menjalankan operasi mencari mangsa yang terselamat di tapak bangunan 11 tingkat dalam pembinaan yang runtuh, di pinggir bandar selatan India Chennai - Foto REUTERS

New Delhi: Sebuah tembok runtuh semalam dalam kejadian di selatan India menyebabkan 11 orang termasuk seorang kanak-kanak mati, kira-kira seminggu selepas sebuah bangunan runtuh di negeri yang sama meragut sejumlah 61 orang, kata pihak berkuasa.

Tembok dinding terbabit runtuh menimpa pondok buruh berikutan hujan lebat di daerah Tiruvallur, Tamil Nadu, kata seorang pegawai kerajaan tempatan.

Empat wanita antara yang maut
Hujan lebat melemahkan struktur. Ada dua atau tiga lagi laporan seperti ini tetapi tidak membabitkan jumlah kematian atau kecederaan” S P Selvan, pegawai kanan Pasukan Bencana Kebangsaan

Empat wanita dan seorang kanak-kanak adalah antara yang terbunuh, kata pegawai daerah Tiruvallur, K Veera Raghava Rao kepada Press Trust of India.

Sekumpulan buruh dari negeri jiran Andhra Pradesh sedang bekerja di sebuah gudang di Rao, lapor agensi terbabit. Pekerja buruh dan keluarga mereka sering kali tinggal di kawasan pembinaan berhampiran.

“Sebelas mayat mangsa dihantar ke hospital daerah dan kami sedang menguruskan bedah siasat sekarang,” kata pegawai kanan polis daerah, P Chandr-asekaran.

Terperangkap
Mereka tidak dapat mengesahkan sama ada masih ramai yang terperangkap atau bilangan yang sudah berjaya diselamatkan.

S P Selvan, seorang pegawai kanan Pasukan Bencana Kebangsaan, berkata hujan lebat di bandar terbabit menyebabkan tembok berkenaan runtuh.

“Hujan lebat melemahkan struktur. Ada dua atau tiga lagi laporan seperti ini tetapi tidak membabitkan jumlah kematian atau kecederaan,” katanya.

Runtuhan tembok adalah siri kematian terbaru membabitkan pembinaan di India. Runtuhan sebuah blok penduduk 11 tingkat hujung minggu lalu di Chennai menyebabkan 61 orang terbunuh. - AFP

Pemandu putus kaki lori terbalik


2014/07/13

Klang: Kehidupan seorang pemandu lori tangki berubah serta-merta apabila kaki kanannya putus akibat kenderaan yang dipandunya terbalik ketika mengelak sebuah kereta yang tiba-tiba memintas di hadapannya.

Dalam kejadian pada jam 10 malam kelmarin, Muhammad Shah Musa, 40, memandu lori tangki dengan muatan minyak sawit menghala ke Klang.

Kereta memintas

Katanya, ketika menghampiri tempat kejadian di Kilometer 3.5 Lebuh Raya Lembah Klang Baru (NKVE) sebuah kereta tiba-tiba memintas lori tangki yang dipandunya untuk memasuki susur keluar ke Plaza Tol Setia Alam, mengakibatkannya gagal mengawal kenderaan dan terbabas merempuh penghadang jalan.

Mangsa yang mempunyai lima anak masih bersekolah itu berkata, dia buntu memikirkan cara untuk meneruskan kehidupannya kerana tidak lagi berdaya untuk memandu lori kerana pekerjaan itu adalah punca rezeki keluarganya selama ini.

Katanya, Aidilfitri kali ini pasti kelam baginya sekeluarga ekoran ‘perubahan’ kekal dialaminya selepas kaki kanannya putus.

Pasangan kembar cedera mercun ciptaan meletup


2014/07/13
Dungun: Sepasang remaja kembar masing-masing terpaksa menerima jahitan di dada dan perut, akibat terkena serpihan botol plastik yang meletup ketika mereka cuba meletakkan sumbu pada mercun buatan sendiri.

Dalam kejadian jam 11 pagi semalam di Kampung Bukit Chatak, di sini, Mohd Fahmi Adri, 14, dan kembarnya, Mohd Fikri dikatakan sedang mencipta mercun baharu sambil disaksikan dua rakan mereka.

Dua rakan mereka itu, Ahmad Alfisyahrin Derasid, 14, dan Muhammad Faiz Izzuddin Ibrahim, 13, turut cedera akibat letupan mercun itu.

Sejurus berjaya memampatkan belerang dalam sebuah botol plastik, mangsa dikatakan cuba menebuk tudung botol terbabit untuk meletakkan sumbu, sebelum mercun meletup dan mencederakan keempat-empat mereka.

Letupan kuat

Menceritakan kejadian, abang mangsa, Mohd Hakim, 19, berkata beliau terkejut apabila tiba-tiba terdengar bunyi letupan kuat sebelum Mohd Fahmi berlari masuk ke dalam rumah memaklumkan dia cedera terkena mercun berkenaan.

“Saya terkejut melihat kecederaan adik dan tanpa berlengah segera membawa mereka ke Hospital Dungun.
“Saya mengusung adik dan memasukkan dia ke dalam kereta sambil mengarahkan mangsa yang lain mengikut saya ke hospital untuk menerima rawatan,” katanya ketika ditemui di Hospital Dungun, di sini, semalam.

Katanya, sebaik tiba di hospital, doktor yang membuat pemeriksaan menemui satu lubang di dada Mohd Fahmi akibat terkena serpihan botol yang diisi bahan letupan.

“Pegawai perubatan berjaya mengeluarkan serpihan dan dadanya terpaksa dijahit. Dia juga cedera di badan, jari kedua-dua belah tangan dan melecur di muka.

Muka, badan melecur

“Mohd Fikri turut menerima jahitan di perut akibat terkena serpihan botol yang meletup, selain kecederaan dan melecur di badan dan muka. Dua lagi rakannya turut mengalami kecederaan ringan dan diberi rawatan sebagai pesakit luar.

“Saya masih menunggu keputusan doktor sama ada kedua-dua belah mata adik parah atau sebaliknya dan saya berdoa agar kecederaannya tidak serius,” katanya.

Mohd Hakim berkata, Mohd Fahmi kemudian dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu sebaik sedarkan diri untuk rawatan lanjut.

Seorang polis marin terbunuh, seorang lagi hilang diserang di Pulau Mabul


2014/07/13
 
KOTA KINABALU: Seorang anggota polis marin terbunuh, manakala seorang lagi hilang dipercayai diculik oleh sekumpulan pengganas yang menyerang hendap sebuah resort di Pulau Mabul, malam tadi.

Dalam kejadian jam 11.10 malam itu, sekumpulan lapan lelaki berpakaian gelap serta bertopeng, dikatakan naik ke jeti resort berkenaan sebelum melepaskan tembakan rambang.

Difahamkan, ketika kejadian dua anggota polis terbabit sedang makan menyebabkan mereka tidak sempat mencari perlindungan walaupun dapat membalas tembakan.

Menurut sumber, sebuah bot ronda polis marin yang cuba memberi bantuan turut diserang, namun anggota terbabit dapat berlindung daripada tembakan.

Pasukan keselamatan sedang menjalankan gerakan besar-besaran bagi mengesan kumpulan bersenjata terbabit di sekitar perairan Semporna hingga ke sempadan selatan Filipina," katanya ketika dihubungi BH.

Difahamkan, tiada pelancong resort berkenaan mengalami kecederaan kerana ketika kejadian kebanyakan mereka berada dalam bilik penginapan masing-masing.

Pengasas YSLM cabut lari




KUALA LUMPUR – Pengasas syarikat jualan langsung YSLM yang disahkan haram, Zhang Jian (gambar kecil) dipercayai telah melarikan diri ke luar negara selepas kegiatannya terbongkar Jumaat lalu.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Alias Ahmad berkata, syarikat itu didapati mengadakan satu majlis di Ipoh, Perak kelmarin namun lelaki warganegara China itu tidak hadir dan dipercayai telah melarikan diri ke luar negara.
“Hari ini (semalam) mereka sepatutnya mengadakan satu lagi program di Johor Bahru dan beberapa hari lagi pula di Pulau Pinang.
“Pegawai kementerian akan memantau perkembangan ini dan akan menahannya (Zhang Jian) jika dia hadir untuk diambil keterangan,” katanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0713&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz37IideHJo 
Hakcipta terpelihara 

Pemburu maut tertembak diri sendiri



ANGGOTA polis sedang memeriksa mayat Teraji selepas tertembak dirinya sendiri di ladang getah sekitar Felda Laka Selatan, Changlun, Kedah kelmarin.


CHANGLUN – Keseronokan dua lelaki keluar berburu bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka maut tertembak diri sendiri di ladang getah Felda Laka Selatan di sini kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, mangsa A. Teraji, 59, dari Kampung Lanjut Malau, Pokok Sena pergi memburu di sekitar ladang itu bersama anak saudaranya, A. Jhabistih, 26, dengan menaiki dua buah motosikal.
Bagaimanapun, ketika sedang memburu, motosikal yang dinaiki mangsa terlanggar lubang menyebabkan mangsa terjatuh sebelum secara tidak sengaja tertarik picu senapang patah yang disandangnya.
Tembakan itu tepat mengenai bahagian kiri kepala mangsa menyebabkan dia maut di tempat kejadian.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0713&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz37IiRg1ZI 
Hakcipta terpelihara 

Tiga cedera dalam larian lembu jantan



SEEKOR lembu jantan tersebut terjatuh semasa mengejar para peserta larian haiwan itu.


LLAMELLI, Wales - Satu rakaman kamera keselamatan merakamkan gambar imej putih di dalam sebuah pub di sini, lapor Irish Mirror semalam.
Pemilik pub itu, David Langley-Evans, 49, berkata, pada mulanya dia tidak percaya kewujudan imej tersebut apabila pertama kali melihatnya menerusi rakaman kamera itu.
Namun, selepas melihat rakaman tersebut, dia mahu pakar-pakar makhluk halus membuat kajian bagi mengenal pasti imej itu.
Rakaman kamera keselamatan itu menunjukkan imej tersebut muncul dengan tiba-tiba dan bergerak ke arah meja kopi di dalam pub berkenaan.
Langley-David dan isterinya menganggap kejadian itu merupakan salah satu siri ganjil yang dialaminya.
"Saya telah melihat imej itu dengan mata saya sendiri. Kini, saya mempunyai bukti dan orang ramai mula mempercayai saya," katanya.
Menurutnya, dalam tempoh 10 tahun lalu, dia telah menyaksikan pergerakan benda-benda ganjil di dalam pubnya.
"Saya kerap menghiburkan para tetamu kami dengan pengalaman yang ganjil dan indah. Saya mendengar bunyi, lihat cahaya ganjil dan benda-benda ganjil lain." tambahnya.
Isteri, Langley-David, Christina berkata, terdapat bunyi-bunyi ganjil pada waktu malam di tangga pub tersebut.
Namun, katanya, apabila disiasat, tiada seorang pun manusia yang berada di kawasan tersebut. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0713&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz37IhTT8Fw 
Hakcipta terpelihara 

Judi: Melaka mula potong bekalan elektrik, air


ALOR GAJAH 12 Julai - Pemotongan bekalan elektrik dan air akan mula dilaksanakan terhadap mana-mana premis pusat perjudian siber tanpa lesen yang akan digempur dalam operasi besar-besaran di negeri itu bermula minggu depan.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ismail Othman berkata, gerakan bersepadu kali ini akan melibatkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) di samping polis dan penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT).
Menurutnya, operasi bersepadu kali ini dijangka berkesan bagi memastikan premis yang telah diserbu beberapa kali tidak beroperasi semula selepas bekalan air serta elektrik dipotong.
"Saya terkejut bagaimana pemilik premis di Taman Semabok Perdana yang digempur oleh penguat kuasa Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) adalah kali ke-10 sejak 2012 tetapi masih beroperasi.
"Ini cukup jelas membuktikan pemilik premis tidak takut apabila hanya komputer disita dan mereka dikenakan kompaun tetapi kali ini pergerakan bersepadu kita melibatkan pemotongan bekalan elektrik dan air.
"PBT telah diarahkan untuk menggempur semua premis kafe siber tanpa lesen dan jika premis ini beroperasi semula apabila mendapatkan bekalan elektrik contohnya dari kedai sebelah, kedai terbabit juga akan kita potong bekalan elektrik," tegasnya.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri di kediamannya di Kampung Permatang, Kuala Sungai Baharu, Masjid Tanah di sini semalam.
Beliau mengulas operasi penguat kuasa MBMB bersama empat anggota polis di empat lokasi di bandar raya ini kelmarin sehingga berjaya menyita 92 unit komputer.
Salah sebuah daripada premis yang diserbu di Taman Semabok Perdana itu pernah digempur sebanyak sembilan kali oleh penguat kuasa MBMB dan telah menyita 176 unit komputer tetapi masih beroperasi seperti biasa apabila diserbu untuk kali ke-10.
Mengulas lanjut, Ismail menegaskan kerajaan negeri memandang serius kegiatan premis pusat judi berkomputer masih beroperasi walaupun sudah beberapa kali diserbu oleh penguat kuasa PBT.
"Melalui operasi memotong bekalan elektrik dan air, saya yakin premis ini boleh disekat daripada terus menjalankan kegiatan haram," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140713/je_04/Judi-Melaka-mula-potong-bekalan-elektrik-air#ixzz37IgjwZm0
© Utusan Melayu (M) Bhd 

YSLM masih aktif atur majlis


KUALA LUMPUR 12 Julai - Syarikat jualan langsung (MLM), YSLM yang disahkan sebagai sebuah syarikat haram didapati masih aktif mengaturkan majlis dengan kerjasama syarikat lain di beberapa buah negeri.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Alias Ahmad berkata, semalam syarikat itu didapati mengadakan satu majlis di Ipoh, Perak tetapi pengasasnya dikenali sebagai Zhang Jian, 26, tidak hadir dan dipercayai berada di luar negara.
"Hari ini mereka sepatutnya mengadakan satu lagi program di Johor Bahru dan beberapa hari lagi pula di Pulau Pinang. Pegawai kementerian memantau perkembangan ini dan akan menahannya jika dia hadir untuk diambil keterangan,’’ katanya kepada pemberita selepas menyertai Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek mengadakan tinjauan mesra di Bazar Ramadan Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini hari ini.
Kelmarin, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengesahkan YSLM yang berpangkalan di Pulau Pinang sebagai syarikat haram kerana tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) selain didapati tidak mempunyai lesen yang dikeluarkan oleh kementerian berkenaan.
Menurut Alias, kementerian itu turut mengkaji penglibatan beberapa syarikat lain dengan YSLM termasuk syarikat CDTUP International Sdn. Bhd. (CDTUP) yang memperoleh lesen jualan langsung daripada kementerian.
Katanya, siasatan men­da­pati aktiviti CDTUP amat aktif dalam konteks bekerja­sama dengan YSLM.
"Meskipun syarikat jualan langsung itu mempunyai lesen dengan kementerian, kita tidak akan teragak-agak untuk membatalkannya jika mempunyai bukti kukuh mengaitkan penglibatannya bersama YSLM,’’ katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140713/je_06/YSLM-masih-aktif-atur-majlis#ixzz37IgcxOLS
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Dua 'penjenayah' cilik dicekup pecah rumah


KUCHING 12 Julai - Ketika rakan sebayanya sedang lena tidur di rumah, dua kanak-kanak lelaki berusia 10 dan 11 tahun di sini, sudah pandai melakukan jenayah.
Pada waktu malam, mereka merayau-rayau di kawasan perumahan di Jalan Bako di sini untuk memecah masuk rumah penduduk.
Namun perbuatan dua ‘penjenayah' cilik tersebut akhirnya terbongkar apabila dicekup oleh penduduk semasa memecah masuk sebuah rumah di situ, kira-kira pukul 11 malam tadi.
Sumber memberitahu, dua kanak-kanak terbabit mengambil kesempatan memecah masuk untuk mencuri di rumah berkenaan selepas mendapati kediaman itu belum dihuni oleh pemiliknya.
"Pemilik rumah tersebut dikatakan masih dalam proses mahu berpindah masuk.
"Kesempatan itulah digunakan oleh dua kanak-kanak terbabit untuk mencuri barang-barang berharga. Kehadiran mereka bagaimanapun disedari oleh jiran bersebelahan lalu memaklumkan kepada anggota Skim Rondaan Sukarela serta penduduk sebelum menangkap kedua-duanya," katanya ketika ditemui di sini.
Menurut sumber itu, pemeriksaan mendapati kedua-dua kanak-kanak berkenaan memasuki rumah tersebut melalui tingkap belakang yang tidak mempunyai jeriji setelah mengumpil dengan objek keras.
Tambahnya, kedua-dua suspek kemudian diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140713/je_05/Dua-penjenayah-cilik-dicekup-pecah-rumah#ixzz37IgVKD8y
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lagi laporan polis ekoran ugutan tembak MB Kedah


MOHD. Noor Mohd. Amin (tengah) bersama sebahagian wakil NGO yang berhimpun secara aman bagi membantah perbuatan tidak bertanggungjawab pemilik akaun Facebook Padi Jantn di IPD Baling, Kedah, semalam.
BALING 12 Julai - Lagi laporan polis dibuat terhadap pemilik akaun laman sosial Facebook, Padi Jantn yang mengugut untuk menembak Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir dan Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Baling, Mohd. Noor Mohd. Amin berkata, polis perlu mengambil tindakan tegas bagi membendung budaya negatif dalam kalangan pengguna laman sosial itu.
"Ini merupakan perbuatan tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang tidak menyenangi keamanan di negara ini.
"Pihak kerajaan terutamanya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu mengambil tindakan segera ke atas pemilik akaun tersebut kerana boleh mencetuskan huru-hara jika tidak dibendung," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling, hari ini.
Kata Mohd. Noor, perkara itu bukan satu isu yang kecil dan tidak boleh dipandang ringan kerana melibatkan ketenteraman rakyat di negara ini.
Sementara itu, dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Majlis Ulama Muda Daerah Baling (Maulana) turut membuat laporan polis berkaitan perkara sama.
Setiausaha Perkasa Daerah Ba­ling, Basrah Ibrahim, turut mahukan tindakan tegas diambil terhadap mereka yang cuba menimbulkan sentimen politik serta mengapi-apikan rakyat.
"Kami mahukan tindakan tegas diambil terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab ini kerana mencetuskan unsur-unsur perkauman yang boleh menimbulkan kemarahan rakyat," kata Basrah.
Wakil daripada Maulana, Mohd. Sabri Abd. Aziz pula berkata, ugutan bunuh itu amat berbahaya kepada perpaduan rakyat.
"Ugutan bunuh itu boleh memecahkan perpaduan dalam masyarakat, tambahan pula umat Islam sedang menjalani ibadah puasa, jadi mereka harus menghormati sentimen orang Islam," katanya.
Sebelum ini, satu akaun Facebook atas nama Padi Jantn yang diletakkan gambar kedua-dua pemimpin tersebut telah mengeluarkan komen berunsur ugutan berbunyi ‘jika ada sesiapa yang sanggup bagi aku pistol dan peluru nescaya aku akan tembak mampus dua makhluk ini dulu sebelum tembak Sonny Ho si kafir harbi’.
Satu lagi komen ialah ‘dengan puak ini bukan boleh cakap dengan Facebook bro! Kena cakap dengan peluru. Sama la juga dengan Zionis dan Yahudi dalam UMNO, kena cakap dengan peluru or anak panah ja’.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140713/je_01/Lagi-laporan-polis-ekoran-ugutan-tembak-MB-Kedah#ixzz37Ig6Oxz4
© Utusan Melayu (M) Bhd