Search This Blog

Saturday, July 12, 2014

Polis Miri tahan anak ancam bunuh ibu bapa dengan senapang


12/07/2014 6:21pm

MIRI - Seorang lelaki berusia 31 tahun ditahan polis hari ini tadi setelah bapanya melaporkan kepada pihak berkuasa tindakan anaknya mengancam untuk membunuh ibu bapa kandung sendiri petang semalam.
Ketua Polis Daerah Miri, Gan Tian Kee ketika mengesahkan tangkapan itu berkata, suspek telah ditahan pukul 11.20 pagi tadi di Pondok Kebun, Ladang South Wind di sini dan turut dirampas selaras senapang buatan sendiri dan lima peluru yang dipercayai digunakan untuk mengancam kedua-dua mangsa.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan berdasarkan maklumat daripada bapanya, anaknya sering bertindak agresif apabila mabuk,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Suspek yang dipercayai mabuk pada mulanya hanya bertengkar dengan ibu bapanya di sebuah kebun berhampiran sebuah rumah panjang dikenali Rumah Wing, Sungai Poh Suai Niah pukul 4 petang semalam.
Bagaimanapun, setibanya di rumah suspek turut merosakkan barangan di dalam rumah serta mengancam hendak membakar rumah dan mengancam kedua orang tuanya menggunakan senapang buatan sendiri memaksa bapa mangsa yang berusia 58 tahun membuat laporan polis. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0712&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_14.htm#ixzz37GePd1rN 
Hakcipta terpelihara 

Tiga maut dalam dua runtuhan


CASABLANCA 12 Julai - Dua buah bangunan runtuh semalam di bandar ini, mengorbankan tiga orang manakala 26 orang yang lain cedera.
Kejadian tersebut berlaku di daerah Bourgone sebelum waktu subuh ketika kebanyakan umat Islam sedang bersahur.
Sebuah bangunan lima tingkat di mana tingkat keenam yang masih dalam pembinaan secara haram runtuh menyebabkan sebuah pangsapuri yang berhampiran turut musnah. - dpa


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140712/lu_02/Tiga-maut-dalam-dua-runtuhan#ixzz37GcHscel
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Maut tersepit selepas diheret lori

Keadaan kemalangan di  kilometer 42.5, Jalan Seremban-Tampin, dekat sini, hari ini.
Keadaan kemalangan di kilometer 42.5, Jalan Seremban-Tampin, dekat sini, hari ini.
REMBAU – “Nadi mangsa sangat lemah... Ketika saya panggil beberapa kali, mangsa hanya menyahut melalui hembusan nafas di hidung yang turut mengeluarkan darah,” luah orang awam, Nasuha Ibrahim, 21.
Nasuha yang ketika itu sedang bekerja sambilan di kedai membuat kuih meluru ke lokasi kemalangan sebaik dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat.
“Pada masa itu, kereta Produa Kancil mangsa dalam keadaan mengiring dan saya terus memeriksa nadinya. Nadinya lemah dan saya minta bantuan orang awam untuk menegakkan kembali kereta berkenaan kerana kedudukannya yang menghimpit badan mangsa,” katanya.
Nasuha berkata, selepas itu dia cuba memaklumkan kepada keluarga mangsa dan dengan paparan nama “Isteri” di telefon mangsa, dia segera menghubungi nombor berkenaan.
“Saya memaklumkan kepada isteri mangsa suaminya terlibat dalam kemalangan dan menyuruhnya segera datang ke GiatMara Rembau.
“Bagaimanapun tidak lama kemudian isteri mangsa menghubungi saya kembali dalam keadaan cemas dan memohon bantuan mengambilnya di Seremban kerana tidak mempunyai pengangkutan untuk ke sini,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.
Dalam kejadian itu, seorang lelaki maut selepas keretanya dilanggar dan diseret oleh kepala lori dari arah bertentangan di kilometer 42.5, Jalan Seremban-Tampin, dekat sini, kira-kira 7.30 pagi tadi.
Mangsa, Mostofa Saffa, 54, yang berasal dari Seksyen 18, Shah Alam, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian badan.
Sementara itu, Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Rembau, Mohd Yusof Samad dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kira-kira jam 7.25 pagi dan tiba di lokasi 15 minit kemudian.
Yusof berkata, sebaik tiba di lokasi mendapati mangsa tersepit sedikit di bahagian kaki di tempat duduk pemandu dan pihak bomba mengambil masa kurang dari dua minit untuk mengeluarkan mangsa.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Ibrahim Sharif ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan menyatakan punca kemalangan berkenaan masih lagi dalam siasatan.
“Mayat mangsa di hantar ke Hospital Tampin untuk proses bedah siasat.

Tujuh beranak disamun menjelang waktu sahur


12 Julai 2014

ROMPIN - Tujuh beranak disamun tiga lelaki dipercayai warga asing bersenjatakan parang dan kayu di rumah mereka di Penempatan Rompin Utama Tebu Hitam di sini, awal pagi semalam.
       
Dalam kejadian pukul 2 pagi itu, mangsa berumur 46 tahun yang bekerjasebagai pemandu van ladang tembikai dan isteri, ibu mentua serta empat anaknya yang sedang tidur di bilik berasingan dikejutkan suspek sebelum dikumpulkan dalam satu bilik di tingkat bawah rumah dan diikat dengan dawai.
       
"Selepas menggeledah rumah mangsa, suspek kemudian melarikan beberapa barang milik mangsa," kata Ketua Polis Daerah Rompin DSP Johari Jahaya kepada pemberita di sini hari ini.
       
Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek  melarikan diri dengan menaiki kereta Perodua Kembara dan dua buah motosikal.
       
Kata Johari, mangsa kehilangan sebuah Samsung tab, tiga buah telefon bimbit jenama Nokia, sebuah laptop jenama Asus, tiga utas jam tangan, kamera digital, al-Quran digital, buku bank, barang kemas, dua pisau pemotong daging dan wang tunai RM1,700 dengan jumlah keseluruhan kira-kira RM7,200.
       
Katanya suspek dipercayai masuk ke rumah mangsa dengan mengumpil pintu belakang. - Bernama

Rumah nenek terbakar, tong gas meletup

Rumah nenek terbakar, tong gas meletup
JERTEH - Rumah kedai yang didiami seorang warga emas terbakar apabila tabung gas memasak yang sedang digunakannya meletup di Kampung Apal dekat sini pagi tadi.
  
Ketika kejadian 11.30 pagi itu, Esah Ghani, 70, sedang memasak makanan sebagai persediaan untuk dijual kepada pelanggan berbuka puasa.
  
Dipercayai paip penyambung pada tong gas telah disambar api hingga menyebabkan sebuah tong gas turut meletup.
  
Zuraida Ibrahim, 41, berkata dia terkejut apabila mendengar letupan kecil dari rumah neneknya yang terletak bersebelahan rumahnya.
  
"Apabila menjenguk keluar, saya dapati rumah nenek tiri saya itu sedang dijilat api dan dia sempat menyelamatkan diri.
  
“Api merebak dengan cepat hingga hingga menyebabkan keseluruhan rumahnya termasuk televisyen, peti sejuk dan mesin basuh tidak dapat diselamatkan,” katanya kepada pemberita.
   
Ketua Balai Bomba Jerteh, Penolong Penguasa Bomba Mustafa Ismail berkata pihaknya yang menghantar 11 anggota dengan dua jentera sempat mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah berdekatan.
  
Anggota Dewan Undangan Negeri Jabi, Iskandar Jaafar turut melawat rumah mangsa. - Bernama

Guna mercun halau harimau gagal

Mangsa kini dirawat di HRPZ II.
Mangsa kini dirawat di HRPZ II.
KOTA BHARU - Seorang penoreh wanita cedera di mata kanan serta tiga jari kiri melecur apabila mercun bola yang dinyala untuk menghalau harimau meletup depan mata di Teluk Bayu, Jeli, kelmarin.

Kejadian berlaku kira- kira jam 12.30 tengahari dalam ladang getah milik mangsa,  Fakariah A’alrinah Jusoh,42, yang ketika itu sedang menoreh manakala anak bongsunya Zikri Haziq Mohammad Ruzali, 3, sedang tidur di pondok berdekatan.

Menurut Fakariah A'alrinah, sudah menjadi kebiasaan dia dan suami akan turun menoreh bermula jam 5 pagi sehingga petang.

“Ketika sedang menoreh, saya terdengar bunyi harimau mengaum. Akibat terlalu terkejut, saya terus berlari ke pondok untuk mengambil mercun.

“Setelah membakar mercun itu, namun saya tidak sempat lontar dengan cepat. Akibatnya, saya mengalami kecederaan dan saya terus ambil air untuk basuh dan balut tangan yang melecur," katanya kepada media ketika ditemui di wad Dahlia Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), semalam.

Mangsa yang berasal dari Kampung Pasir Dusun itu berkata, ketika kejadian, hanya dia dan anak bongsunya yang berada di ladang getah tersebut kerana suaminya mempunyai urusan di luar.

“Sejurus kejadian, saya menelefon ayah untuk bawa saya ke Hospital Jeli sebelum dihantar ke HRPZ II bagi rawatan lanjut,” katanya.

Katanya, dia sentiasa menyimpan mercun bola yang digunakan untuk menghalau binatang buas demi keselamatan dia dan sekeluarganya sejak tinggal di situ setahun yang lalu.

Maut selepas pulang dari tarawih


12 Julai 2014
Pihak berkuasa memeriksa trak polis yang dipehuni kesan tembakan.
Pihak berkuasa memeriksa trak polis yang dipehuni kesan tembakan.



BANGKOK - THAILAND . Seramai tiga anggota polis Thailand maut ditembak ketika mereka dalam perjalanan pulang ke balai polis selepas selesai menunaikan solat tarawih di daerah Krong pinang di wilayah Yala, semalam.

Ketika kejadian, mangsa dipercayai baru pulang dari Masjid Ban Ladoo di kampung Sa-eh sebelum diserang hendap sekurang-kurangnya 10 penyerang ketika kenderaan dinaiki mangsa melalui sebuah ladang getah kira-kira pukul 10.50 malam (waktu tempatan).

Difahamkan, polis peronda yang berada berhampiran bergegas ke tempat kejadian selepas terdengar bunyi tembakan dan insiden berbalas tembakan berlangsung lebih 10 minit, menurut laporan Bangkok Post.

Angka Korban Serangan Israel Meningkat 83 Orang


Diterbitkan: Jumaat, 11 Julai 2014 10:01 AM

GAZA CITY: Bedilan bertubi-tubi tentera udara Israel ke atas Semenanjung Gaza yang memasuki hari keempat pada Jumaat menyaksikan angka kematian mencecah 83 orang.

Angka kematian pada Khamis pula mencecah 32 orang.

Kebanyakan yang terkorban dalam tempoh 24 jam lalu adalah di Khan Yunis, di selatan Gaza apabila Israel melancarkan serangan kira-kira jam 1 pagi waktu tempatan.

Serangan itu disasarkan ke sebuah kafe ketika peminat bola sepak menyaksikan perlawanan separuh akhir Piala Dunia antara Argentina dan Holland.

Sembilan orang maut manakala sekurang-kurangnya 15 lagi cedera.

Beberapa jam kemudian, pesawat perang Israel membedil dua rumah di bandar itu, menyebabkan empat wanita dan empat kanak-kanak terbunuh.

Satu lagi serangan membunuh seorang lelaki berusia 19 tahun dan ayahnya berusia 75 tahun.

Di tengah Gaza, seorang lelaki maut dalam serangan udara terhadap sebuah kem pelarian di Nusseirat.

Di Zeitun, timur Gaza City, serangan roket membunuh seorang lelaki yang sedang menunggang motosikal pada lewat petang.mstar

Enam Lagi Maut Terkena Bedilan Peluru Israel


Diterbitkan: Jumaat, 11 Julai 2014 2:41 PM
Enam maut dalam serangan di Rafah.

GAZA CITY: Bedilan peluru yang dilancar tentera Israel pada Jumaat mengorbankan enam rakyat Palestin.

Serangan itu turut dilancarkan ke rumah seorang pejuang jihad Islam, Abdel Razzaq al-Ghannam.

Enam rakyat Palestin termasuk seorang wanita dan kanak-kanak berusia tujuh tahun antara yang maut dalam serangan yang dilancarkan di Rafah, selatan Gaza.
Manakala, 15 orang lagi dilaporkan cedera parah.
IKLAN
Saksi berkata, Abdel Razzaq tiada dirumahnya ketika serangan berlaku.

Menurut jurucakap perkhidmatan kecemasan Gaza, Ashraf al-Qudra, kira-kira 95 orang maut dalam serangan yang dilancarkan Israel sejak Selasa lalu.
Tentera Isreal telah melancarkan 407 roket dan bom mortar dalam seranga yang dikenali sebagai operasi perlindungan sempadan Israel itu.mstar

Pemilik Lamborghini Gallardo Lihat Kereta Rempuh Tembok


Diterbitkan: Jumaat, 11 Julai 2014 12:48 PM

SEORANG pemilik kereta sukan, Lamborghini Gallardo hanya mampu melihat keretanya yang sedang dipandu oleh pemandu kenderaan tetamu sebuah hotel merempuh simen konkrit sehingga menyebabkan kerosakan bernilai RM818,000.
Kejadian itu berlaku di hadapan lobi Hotel Le Meridien, New Delhi ketika pemiliknya, Nipun Miglani sedang menunggu keretanya untuk pulang.
Millionaire's nightmare: Valet crashes prize Lamborghini
Mengikut kemalangan yang berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) hotel, kereta sukan itu gagal dikawal pemandu ketika kawasan tersebut sesak dengan kenderaan lain.
IKLAN
Lamborghini Gallardo itu tiba-tiba bergerak laju melanggar belakang sebuah kereta sebelum merempuh tembok konkrit hotel hingga pecah.
Akibatnya, kereta mewah itu mengalami kerosakan teruk di bahagian depan.
Pemiliknya, Miglani memberitahu bahawa dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap hotel berikutan kerosakan kereta tersebut.
Harga sebuah kereta import dan kos mendapatkan alat ganti di India lebih mahal daripada negara lain kerana duti import.

Tiga polis Thai ditembak pemisah


Bangkok: Tiga anggota polis mati ditembak dalam serang hendap oleh kumpulan pemisah di selatan Thai, semalam.

Seorang pegawai berkata, ketiga-tiga anggota berkenaan yang beragama Islam dengan seorang daripadanya berpangkat timbalan komander daerah berada di luar sebuah masjid di daerah Krong Pinang di Yala selepas selesai menunaikan solat apabila mereka diserang.


Jurucakap polis Yala Kolonel Bantue Chuwet berkata, pihaknya yakin serangan berkenaan dilakukan kumpulan pemisah.



Seorang imam yang turut berada berhampiran mangsa cedera selepas ditembak di kaki.


Lebih 6,000 orang terbunuh dalam keganasan di tiga wilayah paling selatan Thailand sejak kegiatan kumpulan pemisah bermula pada 2004 - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/12

Van sekolah masuk kolam


Beijing: Lapan murid tadika dan tiga orang dewasa maut selepas van dinaiki terjunam ke dalam sebuah kolam.

Bas berkenaan dalam perjalanan menghantar mangsa pulang dari sekolah di kawasan pergunungan wilayah Hunan sebelum terbabas ke dalam kolam itu.


Van itu dikeluarkan daripada kolam berkenaan pagi semalam dengan mangsa kanak-kanak dan pemandu van ditemui di dalam manakala dua guru dijumpai sejam kemudian.

Sumber melaporkan, van itu membawa 11 penumpang walaupun hanya mempunyai tujuh tempat duduk. Bapa seorang kanak-kanak yang maut dilaporkan berkata van itu sering membawa penumpang melebihi had muatan.


Dua tahun lalu, 19 kanak-kanak maut apabila sebuah van yang diubah suai menjadi bas sekolah merempuh treler.


Kejadian itu menimbulkan kemarahan orang ramai yang mempertikaikan keselamatan bas sekolah di kawasan pedalaman di China yang secara amnya kurang mendapat bantuan kewangan pendidikan menyebabkan kanak-kanak terpaksa berjalan jauh untuk ke sekolah. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/12

Hukuman bunuh diganti penjara


Beijing: China semalam meringankan hukuman mati terhadap ahli perniagaan Wu Ying yang pernah disenaraikan antara ahli perniagaan terkaya di negara itu kepada penjara seumur hidup bagi kesalahan menipu.

Wu, 33, seorang pendandan rambut menjadi kaya selepas membina empayar perniagaannya, dihukum mati pada 2009 selepas didapati bersalah menipu pelabur membabitkan wang berjumlah 380 juta yuan (RM195 juta).


Hukuman itu bagaimanapun dikritik orang ramai yang menganggapnya terlalu keras dan dianggap menyasarkan usahawan serta dilihat cara kerajaan China mengawal kebebasan dalam perniagaan.

Mahkamah Agung China menangguhkan hukuman itu selama dua tahun pada 2012.


Mengikut perundangan China, hukuman mati yang ditangguhkan boleh diringankan kepada penjara seumur hidup jika pesalah terbabit tidak melakukan kesalahan lain dalam tempoh penangguhan itu. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/12

Dua lagi tewas


Oleh Betty Subaryati

Kota Bharu: Sehingga semalam, dua lagi individu di Kelantan maut akibat deman denggi, menjadikan jumlah keseluruhannya mencecah enam orang.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata, mangsa terbaru itu dilaporkan meninggal dunia minggu lalu.

“Kematian mereka sudah pun disahkan Kementerian Kesihatan berpunca daripada denggi,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Tanpa memperincikan maklumat kematian itu, Dr Ahmad Razin berkata pihaknya akan terus bekerjasama dengan pelbagai agensi bagi membasmi penularan wabak denggi yang kini memasuki gelombang kedua.

Katanya, usaha ditumpu kepada kawasan panas kebanyakannya di bandar ini, Tumpat, Bachok dan Tanah Merah, dengan khidmat agensi lain dikerahkan untuk aktiviti cari dan musnah tempat pembiakan Aedes mulai esok.

“Pasukan ini adalah khidmat bantuan yang membabitkan 100 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Pertahanan Awam Negeri Kelantan (JPAM) dananggota Ikatan Relawan Malaysia (RELA) Daerah Kota Bharu.

“Dalam pada itu kita terus berharap masyarakat bekerjasama menjaga kebersihan persekitaran rumah masing-masing dalam usaha kita mengurangkan pembiakan Aedes,” katanya.

Difahamkan, tanpa kesedaran dan kerjasama daripada orang ramai menjaga persekitaran tempat tinggal mereka, usaha membasmi sarang aedes sukar dibendung.

Sejak Januari sehingga Ahad, 2,898 kes demamm denggi dilaporkan di seluruh negeri Kelantan, meningkat 327.4 peratus berbanding hanya 678 kes untuk tempoh sama tahun lalu.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/12

32 Uighur dijel


Beijing: China semalam memerintahkan 32 penduduk wilayah Xinjiang di penjara kerana memuat turun atau menghantar video berkait dengan keganasan.

Laman web rasmi kerajaan tempatan, Tianshan melaporkan, tiga daripada mereka dipenjara seumur hidup manakala 29 lagi dipenjara antara empat hingga 15 tahun.


Mereka yang dihukum berbangsa Uighur berdasarkan nama yang disiarkan dalam laporan di laman web Tianshan itu. Kesemua 11 kes itu membabitkan kawasan di sekitar Xinjiang termasuk ibu negerinya Urumqi, Aksu, Turpan dan Hotan.

“Kes berkenaan secara amnya membabitkan penggunaan telefon bimbit dan Internet untuk menyimpan, memuat turun dan menghantar fail video serta audio berunsur kekerasan.


“Semuanya bertujuan menganjurkan, mengajak atau membabitkan diri dalam organisasi pengganas,” kata Tianshan.


China bertindak tegas terhadap lebih 40 kumpulan yang didakwanya ‘pengganas’ dan menahan lebih 400 orang di Xinjiang sejak 23 Mei tahun lalu.

Hukuman penjara Khamis lalu itu usaha terbaru China untuk mengawal kumpulan yang didakwanya bertanggungjawab ke atas beberapa serangan.

Beijing menyalahkan kumpulan pemisah Islam dari wilayah Xinjiang yang mempunyai ramai penduduk Islam etnik Uighur.

Kumpulan Uighur dalam buangan dan aktivis hak asasi manusia berkata, dasar kerajaan China di Xinjiang termasuk kekangan terhadap umat Islam menjadi punca penduduk tidak berpuas hati dakwaan yang dinafikan Beijing.

Xinjiang kaya dengan sumber semula jadi dan terletak di sempadan dengan Asia Tengah penting bagi pembangunan tenaga di China. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/12

Dituduh latih pengganas


Oleh Wan Asrudi Wan Hasan

Kuala Kangsar: Seorang pengusaha ladang sawit dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas pertuduhan memberi latihan ketenteraan kepada individu yang bersedia membabitkan diri dalam perbuatan pengganas, Disember tahun lalu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Muamar Gadaffi Mohamad Shafawi, 30, ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noordura Mohamed Din.

Muamar Gadaffi didakwa dengan niat untuk memajukan tujuan ideologi dan perbuatan itu yang boleh dianggap sebagai diniatkan untuk mengugut orang awam di Syria.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Bukit Ara Para, Kampung Ketior Dalam, Mukim Senggang, di sini antara jam 2 petang hingga 4 petang pada 25 hingga 27 Disember lalu.

Kesalahan itu boleh dihukum mengikut Seksyen 130F(a) Kanun Keseksaan (Akta 574) dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara bagi tempoh sehingga 30 tahun dan denda.

Majistret tidak membenarkan tertuduh diikat jamin berikutan tiada peruntukan jaminan bagi kesalahanan itu.

Tertuduh diwakili peguam Mohd Fitri Asmuni manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Shukor Abu Bakar.



Mahkamah menetapkan 18 Julai ini bagi sebutan semula kes.

Sementara itu dua lagi rakannya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini atas kesalahan memiliki dua pucuk senapang dan peluru berjumlah 504 dari pelbagai jenis dan saiz.

Penoreh getah, Mohd Amin Abdul Rahman, 29, dan pekerja ladang, Abdul Rahman Ramli, 46, mengaku bersalah atas semua tuduhan itu.

Mohd Amin didakwa memiliki tanpa kebenaran selaras senapang buatan sendiri jenis 0.22, pertuduhan kedua kerana memiliki 41 peluru jenis 0.22 tanpa lesen dan permit yang sah, manakala pertuduhan ketiga, memiliki tujuh peluru jenis 12 Gauge.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/12

Nafi cuba bunuh isteri


Oleh Salman Hamat

Butterworth: Seorang pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas tuduhan cubaan membunuh isterinya dengan niat pada Ogos 2012.

Tertuduh, N Premananth, 43, kelihatan tenang ketika pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.

Premananth dituduh mengelar leher isterinya menggunakan sebilah pisau di sebuah rumah di No 67, 15/SS2, Bandar Tasek Mutiara, Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan (SPS), jam 7.30 pagi, 1 Ogos 2012.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan denda serta penjara hingga 20 tahun sekiranya mendatangkan kecederaan pada mangsa.

Terdahulu, peguam tertuduh, R S N Rayer merayu kepada mahkamah supaya anak guamnya itu dibenarkan untuk diikat jamin dengan alasan dia menyara ibu bapanya serta dua lagi anaknya.

“Diharapkan mahkamah dapat memberikan jaminan kepada tertuduh dan mempertimbangkan jumlah bayaran dikenakan mengikut kemampuan untuk dibiayai oleh tertuduh sekiranya dia dibenarkan untuk dijamin, “Tertuduh hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan di Kuala Lumpur dan dia sanggup mematuhi peraturan ditetapkan sekiranya dibenarkan untuk diikat jamin,” katanya.

Rayuan itu bagaimanapun dibantah oleh Timbalan Pendakwa Raya Maziyah Mansor dengan alasan tertuduh boleh menyebabkan kacau ganggu terhadap keluarga mangsa dan mempunyai potensi untuk melarikan diri.

Meor Sulaiman kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Ogos ini sebagai tarikh sebutan semula kes.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/12

Van putih kembali

Oleh Saiful Shahrin Ahmad Fauzi

Parit Buntar: Van putih yang digeruni kerana kerap dikaitkan dengan kes penculikan kanak-kanak muncul kembali apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun nyaris menjadi mangsa.
Dalam kejadian jam 10 malam, Selasa lalu, mangsa yang baru pulang dari sembahyang tarawih dan menaiki basikal hampir diculik dua lelaki berhampiran Jalan Sempadan, berhampiran Masjid Permatang Tok Mahat, dekat sini. 
Mangsa, Mohd Syafiq Nor berkata, dia didekati seorang lelaki berusia 20-an yang menaiki motosikal jenis Honda EX5 ketika sedang mengayuh basikal di kawasan pekarangan masjid.

“Lelaki itu meminta saya menunjukkan arah ke Hospital Parit Buntar dan memujuk saya mengikutnya dengan alasan lebih mudah untuk memberi pandu arah kepadanya.
Foto
MOHD Syafiq (kanan) ditemani Rohani menceritakan pengalamannya.

“Tanpa ragu-ragu, saya meletakkan basikal di kawasan parkir kenderaan di masjid dan mengikut lelaki itu untuk membantunya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Harapan, Sungai Acheh, dekat sini, semalam.

Menurutnya, dalam perjalanan ke hospital, lelaki terbabit hanya bertanyakan umurnya selain arah, namun sebaik menghampiri pintu masuk ke hospital, dia terkejut kerana lelaki terbabit tidak menuju ke hospital, sebaliknya melencong masuk ke persimpangan kawasan sekolah berhampiran.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/12

Nafi bakar isteri hidup-hidup


Oleh Norul Awatif Romli

Alor Setar: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah, semalam atas pertuduhan membakar isterinya dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Abi Padang Machang, Kangar, Perlis pada awal bulan ini.

Tertuduh Akmal Zakwan Ahmad Zaini, 23, membuat pengakuan berkenaan apabila pertuduhan dibacakan di Unit Kebakaran Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Kangar Rosli Osman kira-kira jam 11.30 pagi.


Mengikut kertas pertuduhan, Akmal didakwa melakukan perbuatan itu terhadap isterinya Shafikah Ismail, 23, di sebuah rumah di Kampung Abi Padang Machang kira-kira jam 9.30 pada 6 Julai lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan jika sabit kesalahan.


Pendakwaan dijalankan Ketua Unit Pendakwaan Perlis Badius Zaman Ahmad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/12

Bahaya doktor palsu


Kuala Lumpur: Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan kewujudan farmasi dan ‘doktor’ palsu yang dikesan sewenang-wenang menjual ubat-ubatan dikawal dan racun berjadual secara haram kepada orang ramai.
Pemilik premis yang seolah-olah beroperasi seperti farmasi yang diberi lesen oleh Bahagian Penguatkuasa Farmasi KKM dikesan menjual pelbagai ubatan terlarang antaranya ubat batuk, antibiotik, pil pencegah kehamilan dan pelbagai ubat-ubatan psikotropik. 
Ketua Seksyen Pencegahan Cawangan Penguatkuasaan Farmasi (CPF) Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur, Mohd Shahid Yahaya berkata, tindakan menyamar sebagai pakar farmasi bertauliah dan menjual ubat-ubatan di bawah Akta Racun Berjadual secara terbuka di kaunter premis adalah satu kesalahan serius. 

Menurutnya, ubat-ubatan yang dijual itu perlu melalui doktor perubatan sah atau doktor gigi yang akan membuat pemeriksaan kesihatan terlebih dulu sebelum mengeluarkan arahan kebenaran pemberian ubat-ubatan.
Foto
RAMPASAN jualan ubat secara haram di klinik.

“Orang ramai seharusnya perlu berjumpa doktor dan membuat pemeriksaan kesihatan sebelum doktor mengesahkan jenis penyakit dan ubat yang perlu diambil.

“Meskipun mereka mempunyai surat bertulis atau pengesahan doktor mengenai pengambilan ubatan itu, namun penjualan di kaunter kedai atau kedai ubat-ubatan tradisional adalah menyalahi undang-undang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/12

Tukar sekolah serta-merta


Oleh Mohd Khidir Zakaria

Port Dickson: Guru yang didakwa melempar kasut hingga menyebabkan seorang murid perempuan tahun dua cedera di dahi, ditukarkan serta-merta ke sebuah sekolah lain di daerah ini berkuatkuasa semalam.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) Datuk Kalsom Khalid berkata, keputusan dibuat selepas pihaknya memanggil guru terbabit untuk memberi penjelasan berhubung tindakannya itu.


“Arahan dikeluarkan berkuatkuasa mulai hari ini (semalam). Terdahulu, kita panggil guru terbabit untuk membantu siasatan kes apa yang berlaku kepada murid perempuan itu bagi mendapatkan penjelasan lanjut kes berkenaan.

Pihak jabatan mengendalikan kes ini dengan adil dan berharap isu ini sudah selesai selepas mendapat penjelasan dan surat arahan serta-merta penukaran guru itu juga sudah dipersetujui, katanya ketika dihubungi semalam.


Kalsom berkata, pihak kaunselor JPNS dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) akan memberi kaunseling kepada guru berkenaan.


“Pemantauan dari masa ke semasa juga akan dilakukan ke atas guru berkenaan supaya kejadian seperti ini tidak berulang.

“Selain itu, surat tunjuk sebab akan dikeluarkan segera untuk tindakan seterusnya sebagai prosedur biasa kes-kes sedemikian.

“Saya berharap agar isu ini tidak dipanjangkan lagi bagi membolehkan ia dapat diselesaikan dengan cara baik,” katanya.

Menurutnya, pihak JPNS dan PPD Port Dickson serta pihak sekolah sudah mengadakan pertemuan dengan ibu bapa murid untuk memohon maaf pada hari kejadian.

Kita kesal dengan kejadian itu dan sudah mengadakan pertemuan dengan kedua-dua pihak ibu bapa murid dan guru untuk memohon maaf dan guru berkenaan mengakui kesilapannya, katanya.

Akhbar ini semalam melaporkan murid tahun dua di sebuah sekolah di sini, mendakwa cedera selepas dibaling lasut oleh guru ketika bermain bersama dua rakan di belakang kelas pada sesi pembelajaran dan pengajaran Pendidikan Moral, kelmarin.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/12

Buang keladak kebas pasir


Gombak: Sebuah syarikat kontraktor yang dipertanggungjawabkan membuang keladak di dalam Empangan Batu di sini sebaliknya dikesan menjalankan kegiatan mencuri pasir secara besar-besaran di kawasan itu.
Kegiatan berkenaan yang dijalankan sejak beberapa bulan lalu dibongkar Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya hasil serbuan dilakukan semalam. 
Dalam serbuan jam 10 pagi itu, pihak SPRM diketuai Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguasa Mohd Yussuf Zakaria melakukan pemeriksaan menyeluruh di kawasan empangan yang diwartakan sebagai Zon Perlindungan 2011. 

Difahamkan, kegiatan curi pasir itu dilakukan kontraktor yang dilantik oleh Jabatan Pengaliran Saliran (JPS) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk melakukan kerja pembuangan kelodak serta mendalamkan Sungai Batu di kawasan empangan berkenaan.
Foto
SEBAHAGIAN pasir yang dikeluarkan dari kawasan Empangan Batu.

Menurut jurucakap LUAS, kontraktor terbabit didapati melakukan pencerobohan di kawasan zon perlindungan empangan dengan mengorek serta menggunakan jentera tanpa kebenaran.

“Terdapat dua kesalahan dilakukan iaitu melakukan pengeluaran pasir tanpa permit dan meletakkan jentera (ponton) di dalam kawasan empangan yang boleh menyebabkan pencemaran air jika berlaku tumpahan diesel. 

“Jika berlaku tumpahan diesel ia boleh menyebabkan loji air yang menjadi sumber bekalan air terawat tercemar,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan. 


Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/12

‘Saintis’ ecstasy dicekup


Kuala Lumpur: Sekumpulan empat lelaki termasuk seorang wanita tempatan berlagak tidak ubah seperti ‘saintis’ apabila dikesan aktif memasak dadah ecstasy menggunakan pelbagai cecair kimia di sebuah rumah di Setapak di sini.
Suspek berusia 21 tahun hingga 49 tahun itu dikesan menuntut ilmu ‘memasak’ dadah ecstasy itu dari sindiket antarabangsa sejak enam bulan lalu.
Kegiatan jenayah itu bagaimanapun dibongkar selepas sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju melakukan serbuan mengejut ke kediaman itu jam 1 pagi, Rabu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Narkotik Kuala Lumpur Asisten Komisioner Wan Abdullah Ishak berkata, kelima-lima suspek dipercayai melakukan kegiatan memproses dadah jenis pil ecstasy untuk pasaran tempatan dan dijual di pusat hiburan di ibu negara.
Foto
ALAT membuat dadah yang dirampas polis ketika serbuan.

“Kami percaya lima suspek ini pakar dalam membuat dan memproses dadah ecstasy berdasarkan penemuan barangan memproses dadah di kediaman itu. Soal siasat mendapati resipi membuat dadah itu dipelajari suspek daripada rangkaian sindiket dadah antarabangsa,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.

Difahamkan salah seorang suspek ditahan adalah pakar dalam mengadun dan memproses bahan kimia untuk dijadikan dadah ecstasy.

Wan Abdullah berkata, pihak polis turut merampas 585 biji pil ecstasy, 13 biji pil kuda, syabu seberat tujuh gram, ketamin seberat 65 gram dan serbuk ecstasy lebih 1 kilogram yang dianggarkan bernilai jutaan ringgit.

Katanya, siasatan awal polis mendapati sindiket itu menjadikan rumah berkenaan sebagai makmal mini selain dijadikan ‘markas’ untuk mengedar dadah di ibu negara.

Beliau berkata, semua suspek yang ditahan turut positif mengambil dadah syabu dan polis masih lagi mengesan sekiranya kumpulan berkenaan mempunyai saki baki anggota yang masih bebas.

“Pihak polis mendapati sindiket dadah ditahan itu dalam usaha untuk mengawal pasaran dadah ecstasy di ibu negara. Mereka cuba merumus ramuan baru untuk memastikan dadah dihasilkan lebih kuat kesannya kepada pelanggan.

“Suspek dikesan menjadikan pelanggan pusat hiburan sebagai sasaran utama kegiatan memasarkan pil ecstasy itu,” katanya.

Beliau memberitahu semua suspek ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/12

'Budak pailang' dihukum


Kota Samarahan: Mahkamah Majistret Kota Samarahan mengarahkan tiga pelajar perempuan yang terbabit dalam video 'budak pailang' dihantar ke Sekolah Tunas Bakti selepas mengaku salah mencederakan seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Asajaya di sini, April lalu.
Majistret Zulhairil Sulaiman menetapkan hukuman itu selepas meneliti laporan akhlak ketiga-tiga pelajar berkenaan.
Mereka masing-masing akan dihantar ke Sekolah Tunas Bakti di Miri, Terengganu dan Melaka selama dua tahun.

Ketiga-tiga tertuduh diarahkan ditempatkan di Taman Sri Puteri, Telaga Air sebelum dihantar ke Sekolah Tunas Bakti masing-masing.
Foto
TIGA pelajar perempuan yang terbabit dalam video 'budak pailang' akan dihantar ke Sekolah Tunas Bakti. FOTO Mohd Roji Kawi

Pendakwaan dibacakan Timbalan Pendakwaraya Nur Nisla Abd Latiff.

Pada 23 Jun lalu, tertuduh mengaku salah di mahkamah yang sama atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah dan mendatangkan kecederaan kepada seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun di sebuah sekolah menengah di Asajaya.

Video tertuduh membelasah mangsa dimuatnaik di Youtube dan menjadi viral di Internet.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/11

‘Iskandah’ pula


Johor Bahru: Hanya kerana satu huruf, Jabatan Imigresen negeri ini membongkar satu kegiatan memalsukan cop keluar dari negara ini ketika memeriksa pasport milik pelayan pelanggan (GRO) asing dalam serbuan ke atas sebuah pusat karaoke eksklusif di bandar raya ini, malam kelmarin.
Dalam serbuan jam 12.30 tengah malam itu, operasi dilakukan 25 anggota penguat kuasa yang diketuai Timbalan Penolong Pengarah Jabatan Imigresen Johor Kharulanuar Abu Bakar memeriksa premis hiburan yang terletak di Taman Sentosa.
Katanya, 12 GRO warga Vietnam berusia antara 22 dan 30 tahun ditahan dalam serbuan yang dilakukan hasil maklumat dan intipan pihaknya sebelum ini.

“Ketika pemeriksaan, kami mendapati semua wanita asing berkenaan menyalahgunakan pas lawatan sosial ke negara ini dengan bekerja sebagai GRO di pusat karaoke terbabit.
Foto
ANGGOTA penguat kuasa Jabatan Imigresen Johor memeriksa GRO warga asing yang ditahan dalam serbuan di Taman Sentosa, kelmarin.

“Malah, lebih mengejutkan pemeriksaan ke atas pasport milik dua daripada wanita asing terbabit mendapati ada kecurigaan berhubung cop keluar dari negara ini yang dipercayai palsu,” katanya.


Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/12

Hentakan hampa


Klang: Dua lelaki yang mahu menyamun sebuah kedai emas di Persiaran Raja Muda Musa, di sini, petang kelmarin terpaksa pulang hampa apabila cermin ruang pameran premis berkenaan tidak pecah walaupun dihentak beberapa kali.
Dalam kejadian kira-kira 5.50 petang itu, dua lelaki berusia lingkungan 20-an itu meluru masuk ke dalam kedai emas berkenaan sambil mengacukan pisau ke arah pengawal keselamatan.
Sumber berkata, suspek kemudian mengarahkan pengawal keselamatan berusia 60-an itu untuk duduk di satu sudut kedai berkenaan selain meminta tiga pekerja kedai berkenaan untuk diam dan tidak melakukan apa-apa.

Menurutnya, seorang lagi suspek yang membawa tukul besi kemudian menghentak cermin ruang pameran yang mempunyai pelbagai barang kemas beberapa kali dengan harapan ia pecah dan seterusnya membolehkan mereka melarikan barang kemas itu.
Foto
CERMIN pamer barang kemas yang retak dihentak dalam cubaan samun, kelmarin.

Menurut sumber, selepas beberapa minit menghentak cermin itu, suspek bertambah berang kerana cermin ruang pameran hanya retak, namun tidak pecah sekali gus menyebabkan hasrat mereka untuk mendapatkan barang kemas tidak berjaya.


Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/12

Lelaki tembak empat kanak-kanak serta ibu bapa mereka dihadap ke mahkamah


2014/07/11
SPRING (Texas): Lelaki yang menembak mati empat kanak-kanak antara empat hingga 14 tahun, serta ibu bapa mereka di sebuah rumah di Houston, dihadapkan ke mahkamah hari ini atas tuduhan membunuh.

Ronald lee Haskell, 33 memasuki rumah berkenaan, milik bekas isterinya selepas menyamar sebagai penghantar barang. Dia ke rumah itu untuk mencari bekas isterinya dan menahan kanak-kanak terbabit dengan mengacukan pistol.

Lelaki itu kemudian membawa mereka masuk ke bilik dan menembak kanak-kanak berkenaan serta ibu bapa mereka kecuali seorang remaja perempuan, kata pihak berkuasa.

“Sepanjang pengalaman saya selama 40 tahun, belum pernah saya lihat kes amat ngeri seperti ini,” kata Konstabel Ron Hickman.

Lelaki terbabit kini ditahan tanpa jaminan. Di Texas kesalahan membunuh membawa hukuman mati. - Reuter

Tauke pasar mini didenda RM25,000

Tauke pasar mini didenda RM25,000
AH KON dan Pett Youn didenda RM25,000 selepas mengaku bersalah simpan rokok seludup pelbagai jenama di pasar mini mereka November tahun lalu. 
Ayer Keroh: Sepasang suami isteri masing-masing di denda RM12,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam atas pertuduhan menyimpan rokok seludup pelbagai jenama di pasar Ah Kon dan Pett Youn didenda RM25,000 selepas mengaku bersalah simpan rokok seludup pelbagai jenama di pasar mini mereka November tahun lalu.

Gan Ah Kon, 65, dan isterinya, Yong Pett Youn, 54, didakwa bersama- sama menyimpan barang larangan import iaitu sebanyak 19,936 batang rokok pelbagai jenama bernilai RM1,226.80 dengan niat untuk mengelak larangan import. Majistret Sasha Diana Sabtu juga memerintahkan tertuduh dipenjara dua tahun jika gagal membayar denda.

Kesalahan itu didakwa di Pasar Mini Youn, Jalan Desa Duyong 11, Taman Desa Duyong di sini, jam 10.30 pagi, pada 22 November 2013.
Bagi kesalahan itu, mereka dituduh mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 135(1)(iii)(aa) akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dijatuhi hukuman denda RM12,268 hingga RM24,536 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Mengaku salah 

Kedua-dua tertuduh mengaku salah terhadap tuduhan itu di hadapan Majistret Sasha Diana. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Kastam Diraja Malaysia Melaka, James Ho, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Bakal pengantin nafi cederakan mangsa ragut


2014/07/11
Kuala Lumpur: Seorang bakal pengantin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas pertuduhan mendatangkan cedera terhadap seorang wanita ketika samun, Ahad lalu. Syahfadhil Mulop, 25, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim, Azwarnida Affandi.

Dituduh ragut 2 rantai emas

Tertuduh yang membantu ibunya menjual nasi kerabu, didakwa bersama seorang lagi yang masih bebas, mendatangkan kecederaan terhadap B Chandra, 51, dengan meragut dua rantai leher emas termasuk rantai perkahwinan milik mangsa. Kesalahan didakwa dilakukan di tepi jalan berhampiran Pasaraya Checkers, Jalan Cheras di sini, kira-kira jam 12 tengah hari, 6 Julai lalu.

Bagi pertuduhan itu, Syahfadhil didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan. Timbalan Pendakwa Raya, Nadiah Malek Fauzie, tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh berikutan kesalahan dilakukan adalah serius.

Bagaimanapun, peguam Nik Mohamed Ikhwan Nik Mahamud memohon mahkamah membenarkan ikat jamin terhadap tertuduh atas alasan anak guamnya akan melangsungkan perkahwinan tiga bulan lagi. Katanya, tertuduh tinggal bersama keluarga dan tiada kemungkinan untuknya tidak hadir ke mahkamah.

Azwarnida membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran pada minggu pertama dan ketiga setiap bulan. Mahkamah menetapkan 11 Ogos ini untuk sebutan semula kes.

Stok minyak masak, tepung gandum dirampas

Stok minyak masak, tepung gandum dirampas
RAZALI(dua dari kanan) memeriksa kotak dipenuhi botol dan plastik minyak masak di sebuah gudang di Kampung Kolam, Padang Besar, semalam.
 Padang Besar: Stok minyak masak dan tepung gandum bernilai RM60,000 dirampas di sekitar sini dipercayai untuk diseludup ke negara jiran.

Timbalan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Perlis,Razali Lebai Salleh, berkata dalam serbuan pertama 8,933 kilogram(kg) minyak masak bungkusdan 12,050 kilogram tepung gandum pelbagai jenama dirampas kerana dipercayai disorok di premis berkenaan untuk diseludup dengan anggaran nilai RM50,000.

“Dalam serbuan berasingan di sebuah lagi gudang menyimpan bawang pula, anggota kami bersama Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) merampas 500 kilogram (kg) minyak masak pek 1kg setiap satu, selain 480kg minyak masak dalam botol serta 5,410kg tepung gandum pelbagai jenama yang nilainya dianggarkan RM9,000.
Disyaki mahu diseludup

“Semua barang disyaki untuk diseludup ke negara jiran kerana diselitkan dalam muatan bawang,” katanya. Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Sementara itu, Razali berkata, dalam satu lagi serbuan di sebuah lagi gudang berdekatan, penguat kuasa KPDNKK merampas 500kg minyak masak pek 1kg, selain 480kg minyak masak dalam botol serta 5,410kg tepung gandum pelbagai jenama yang nilainya dianggarkan RM9,000.

“Pemeriksaan awal mendapati lesen pemilik gudang untuk menyimpan minyak masak dan tepung gandum tamat awal tahun ini.

Buruh dijel 4 tahun, denda RM10,000


MASRUFI yang dijatuhi hukuman penjara dan denda di Mahkamah Majistret Ampang semalam.


AMPANG JAYA – Seorang warga emas dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan denda RM10, 000 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan memandu secara cuai sehingga menyebabkan empat kematian termasuk sepasang suami isteri dalam kemalangan di Lebuh raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Bukit Antarabangsa pada Mei tahun lalu.
Majistret Noor Farah Hazwani Osman menjatuhkan hukuman itu setelah tertuduh, Masrufi Sain, 67, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.
Sekiranya tertuduh gagal membayar denda, dia boleh dikenakan hukuman penjara enam bulan lagi dan juga lesen digantung selama tiga tahun.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0712&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz37CiWwb4u 
Hakcipta terpelihara 

Reman 3 suspek bunuh pegawai kastam disambung



ANGGOTA polis mengiringi tiga suspek kes pembunuhan Shaharuddin yang disamun reman di Mahkamah Majistret Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Tempoh tahanan reman ke atas tiga suspek yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Shaharuddin Ibrahim di sini disambung tujuh hari lagi mulai semalam.
Perintah sambung reman itu telah dikeluarkan oleh Majistret Nur Dahlia Azmi mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah dan mereka disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Dua daripada suspek berkenaan merupakan adik-beradik iaitu pengimpal berusia 31 tahun dan pengawal keselamatan berusia 32 tahun.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0712&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz37CiIyZf0 
Hakcipta terpelihara 

Penganggur cuba samun rumah ditangkap, diikat pada tiang elektrik


ORANG ramai mengikat suspek pada sebatang tiang selepas dia ditangkap cuba menceroboh sebuah rumah di Kampung Bakau Tinggi, Chukai, Kemaman kelmarin.


KEMAMAN - Cubaan seorang penganggur untuk memecah masuk sebuah rumah di Kampung Bakau Tinggi, Cukai di sini kelmarin membawa padah apabila dia ditangkap oleh penduduk kampung.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi, suspek yang dikehendaki polis bagi kes curi di Kuantan, Pahang itu diikat pada sebatang tiang elektrik sebelum diserahkan kepada pihak polis.
Seorang penduduk yang enggan dikenali memberitahu, dia yang kebetulan melalui kawasan rumah tersebut ternampak kelibat seorang lelaki cuba memecah masuk rumah mangsa.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0712&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz37Ci6qQh5 
Hakcipta terpelihara 

Dituduh cuba bunuh isteri


PREMANANTH yang dituduh cuba membunuh isterinya dibawa ke Mahkamah Sesyen, Butterworth, Pulau Pinang semalam.


BUTTERWORTH - Seorang pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam terhadap pertuduhan cubaan membunuh isterinya, dua tahun lepas.
N. Premananth, 43, didakwa cuba membunuh R. Saraswathy, 39, dengan cara mengelar leher isterinya itu di rumah No. 67, Lorong 15/SS2 Bandar Tasek Mutiara Seberang Perai Selatan dekat sini pada pukul 7.30 pagi, 1 Ogos 2012.
Premananth didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan didenda serta hukuman penjara maksimum 20 tahun jika perbuatan itu menyebabkan kecederaan kepada mangsa, jika sabit kesalahan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0712&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz37Chw64RB 
Hakcipta terpelihara 

100 orang terbunuh di Gaza


SEJUMLAH penduduk berhimpun di sebuah lokasi serangan tentera Israel di Rafah, selatan Gaza semalam.


GAZA - Bilangan kematian penduduk Palestin akibat serangan tentera Israel di Gaza mencecah 100 orang dalam serangan yang masuk hari keempat semalam.
Angka terbaharu itu melibatkan dua orang yang terbunuh dalam serangan udara Israel di tengah Gaza.
Israel sebelum ini mendakwa serangan ke atas Gaza dilancarkan untuk menamatkan bedilan roket Hamas yang mengenai beberapa kawasan dan bandar termasuk di Tel Aviv serta Baitulmuqaddis.
Sebuah sayap ketenteraan pergerakan Hamas turut memberi amaran ia berhasrat untuk menyerang Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion di Israel.
Menurut sayap ketenteraan Hamas itu, ia akan melakukan serangan tersebut menerusi roket yang dilancarkan dari Gaza.
Satu kenyataan sayap itu berharap, tiada pesawat lain yang akan terbang di lapangan terbang tersebut ketika serangan roket dilancarkan.
Satu serangan roket turut dilancarkan ke wilayah Yahudi itu dari Lebanon.
Roket itu mendarat di utara Israel menyebabkan tentera Israel melancarkan serangan artileri untuk memusnahkannya.
Tentera Israel berkata, serangan itu tidak menyebabkan kecederaan, kematian dan kerosakan di kawasan dekat Metula.
Jurucakap tentera Israel, Peter Lerner berkata, pihaknya akan mengemukakan aduan kepada Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lebanon ekoran serangan roket tersebut.
Menurutnya, pasukan itu memantau perkembangan di sempadan Lebanon dengan Israel.
Dalam pada itu, beberapa pegawai perubatan Gaza memberitahu, empat orang maut dalam serangan Israel pada waktu sahur semalam.
"Satu serangan udara rejim Zionis mengenai sebuah rumah di bandar Gaza dan meragut nyawa seorang doktor," kata beberapa pegawai Palestin.
Tiga lagi orang awam terkorban apabila jet Yahudi mengebom sebuah rumah tiga tingkat di Rafah, menurut beberapa pegawai perubatan dan penduduk setempat.
BEBERAPA penduduk membawa mayat anggotasebuah keluarga yang terbunuh dalam serangan tentera Israel di Rafah,selatan Gaza semalam.


Serangan Israel itu turut melibatkan bedilan kereta kebal di timur Rafah manakala jet-jet rejim Zionis turut melancarkan serangan bom dekat sempadan Gaza-Mesir.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyatakan kelmarin dalam satu ucapan televisyen bahawa serangan ke atas Gaza berjalan seperti yang dirancang dan akan ditingkatkan pada masa depan.
Beliau dan beberapa pegawai kanan rejim Zionis turut menimbang beberapa pilihan dalam kempen ketenteraan ke atas Palestin termasuk melancarkan serangan darat tanpa mendedahkan tarikhnya.
Kali terakhir Israel melancarkan serangan darat ke atas Gaza adalah pada awal 2009.
Dalam pada itu di Gaza, jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri bertegas untuk tidak menyerah kalah.
"Kami tersepit dan kami tidak mengalami kerugian. Malah, kami bersedia untuk berperang sehingga ke titisan darah yang terakhir," katanya.
Tentera Israel menyatakan, lebih 470 bedilan roket disasarkan ke arah Israel sejak Selasa lalu.
Serangan roket itu dilancarkan Hamas dan beberapa kumpulan pejuang lain.
Namun, serangan itu tidak menyebabkan kematian atau kecederaan serius.
Israel pula membedil lebih 860 sasaran dalam serangan balas ke atas Gaza.
Dalam satu perbincangan telefon kelmarin, Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama memberitahu Netanyahu bahawa AS bersedia untuk menjadi orang tengah berhubung rundingan satu gencatan senjata antara Israel dan Palestin.
Nada serupa dinyatakan Presiden Perancis, Francois Hollande yang meminta gencatan senjata diadakan ekoran bimbang dengan kematian penduduk awam yang terus meningkat di Gaza. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0712&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz37CgiZKJl 
Hakcipta terpelihara