Search This Blog

Friday, July 11, 2014

Lega anak hilang ditemui


  • Keratan Sinar Harian 9 Julai lalu.Keratan Sinar Harian 9 Julai lalu.

KUALA SELANGOR - Keprihatinan seorang lelaki membantu mengecam remaja perempuan dilaporkan hilang sejak 26 Jun lalu ketika mahu bersahur di sebuah restoran di Gombak akhirnya menamatkan penantian keluarga Fatimah Jasin, 50.

Tindakan pantas seorang lelaki dikenali Roslan mengecam muka Siti Nor Asma Zaidi, 17, selepas terbaca mengenai berita kehilangannya dalam surat khabar sebelum menghubungi nombor telefon Fatimah tertera.

Fatimah berkata, dia menerima panggilan  seorang lelaki mendakwa ternampak anaknya makan di sebuah restoran di Gombak sebelum mengesahkannya melalui carian berita online.

“Lelaki itu kata dia ternampak anak akak tapi pada awalnya was-was sebab tak ingat muka...bila dia kata dia belek semula berita dalam telefon untuk mengesahkan wajah Asma.

“Bila dia kata memang itu Asma...akak cukup lega bila dikatakan dia selamat. Kemudian Roslan pun perhatikan anak akak itu yang dikatakan ditemani seorang lelaki dan kemudiannya melihat arah Asma pergi ke tempat lain.

“Lepas terima maklumat, akak tak fikir panjang terus hubungi polis,” katanya yang terharu dengan keprihatinan orang ramai yang mengesan anak perempuannya.

Fatimah berkata, sebelum penemuan itu dia turut menerima panggilan daripada Asma sekitar jam 8.30 malam kelmarin menggunakan nombor telefon lain.

“Masa itu Asma bagi tahu dia selamat dan kakak angkatnya nak bawa dia balik..bila akak tanya dia dimana, dia cakap tak tahu dan minta akak tunggu di rumah saja...masa itu perasaan campur aduk.

“Tapi akak berdoa tak putus-putus supaya Asma selamat...Syukur alhamdulillah ada insan baik seperti Roslan maklum lokasi anak akak,” katanya semalam.

Lebih kurang jam 1 petang semalam Asma selamat tiba di rumahnya di Jalan Permatang Pasir, Kampung Pasir Tuntong selepas dibawa pulang ahli Pertubuhan Islam Gabungan Amal (Pertiga).

Fatimah berterima kasih kepada semua pihak yang banyak membantunya mencari dan mengesan anak ketujuh dari 11 beradik itu.

“Bila nampak muka Asma, hati akak cukup gembira sebab dia selamat. Lepas ini akak akan bawa dia ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor untuk laporan sebelum bawa ke Hospital Tanjong Karang untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

Tiga pelajar diperintah jalani pemulihan


  • Tiga pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di Asajaya yang menggelar diri mereka sebagai ‘pailang’ (samseng) memasuki pejabat pendaftar mahkamah selepas dijatuhi hukuman di Mahkamah Majistret di Kota Samarahan hari ini. - Foto BernamaTiga pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di Asajaya yang menggelar diri mereka sebagai ‘pailang’ (samseng) memasuki pejabat pendaftar mahkamah selepas dijatuhi hukuman di Mahkamah Majistret di Kota Samarahan hari ini. - Foto Bernama

SAMARAHAN - Tiga pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di sini terpaksa melupakan hasrat untuk berhari raya bersama keluarga apabila Mahkamah Majistret di sini memerintahkan mereka menjalani pemulihan di tiga Sekolah Tunas Bakti berasingan selama dua tahun berkuatkuasa hari ini.

Majistret Zulhairil Sulaiman memerintahkan ketiga-tiga tertuduh berusia 16 tahun itu dihantar ke Sekolah Tunas Bakti di Terengganu, Melaka dan Miri.

Ketiga-tiga tertuduh diarah ditempatkan sementara di Taman Seri Puteri Kuching sebelum dihantar ke Sekolah Tunas Bakti.

Zulhairil mengeluarkan perintah itu di dalam kamarnya, selepas mereka mengaku bersalah pada 23 Jun lepas menyebabkan kecederaan dengan sengaja ke atas seorang pelajar perempuan tingkatan tiga sekolah yang sama pada 9.40 pagi, 25 April lepas.

Tindakan mereka membelasah mangsa dimuat naik di YouTube. Mereka didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nornisla Abd Latif, manakala ketiga-tiga pelajar berkenaan tidak diwakili peguam. - Bernama

Kelindan lori maut tercampak


  • Keadaan mangsa yang tercampak di atas jalan. Gambar kecil: Aiman Zamir.Keadaan mangsa yang tercampak di atas jalan. Gambar kecil: Aiman Zamir.

REMBAU – “Semasa menghubungi talian kecemasan untuk memaklumkan terdapat kemalangan sebuah lagi lori gagal mengelak lalu merempuh lori yang melanggar lori kami,” kata kelindan lori kasut, Chai Yok Lai, 67, ketika ditemui di lokasi kemalangan di kilometer 230, Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), arah Selatan, berhampiran susur masuk hentian rehat Pedas, dekat sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah malam itu, seorang kelindan lori muatan Unifi, Aiman Zamir Aminulah, 18, maut akibat tercampak ke atas jalan, manakala dua lagi pemandu lori cedera dan dikejarkan ke hospital terdekat bagi rawatan lanjut.

Menurut Yok Lai, ketika kejadian, dia yang sedang tidur terkejut sebaik mendengar bunyi dentuman kuat dan sebaik pemandu lori, Fang Siong, 77, memberhentikan lori di lorong kecemasan, mereka turun bagi melihat bahagian belakang lori yang dilanggar oleh lori lain.

“Dalam masa sama, saya terus menghubungi talian kecemasan dan tiba-tiba sebuah lagi lori merempuh lori muatan besi yang melanggar bahagian belakang lori kami.

“Selepas itu, lori yang baru merempuh lori besi terbalik dan terdapat mangsa yang tercampak ke atas jalan,” katanya.

Abang kepada pemandu lori muatan Unifi, Asrul Jasmi, 29, berkata, dia menerima panggilan daripada adiknya, Mohd Azri, 27, yang menyatakan dia terbabit dalam kemalangan dan kelindannya maut.

Menurutnya, ketika dihubungi dia juga dalam perjalanan menuju ke Melaka menghantar muatan sama dan baru sahaja melalui persimpangan susur keluar Pedas-Linggi.

“Jika diikutkan adik saya dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Johor Baharu. Saya bergegas ke lokasi dan sebaik tiba saya lihat sudah terdapat mayat di atas jalan, sementara adik saya pula cedera di bahagian kepala.

“Adik saya dan seorang lagi pemandu lori dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Ibrahim Sharif berkata, kejadian itu membabitkan tiga lori.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, lori yang membawa muatan kasut dilanggar di bahagian belakang oleh lori muatan besi. Dalam masa yang sama datang sebuah lori muatan Unifi gagal mengelak lalu melanggar bahagian belakang lori muatan besi berkenaan.

“Kelindan lori muatan Unifi maut di lokasi kejadian akibat tercampak dan mayatnya dihantar ke Hospital Tampin untuk proses bedah siasat," katanya.

Guna kereta anak curi kabel


  • Mohd Salleh (dua, kanan) menunjukkan kabel yang dirampas daripada suspek.Mohd Salleh (dua, kanan) menunjukkan kabel yang dirampas daripada suspek.

LEDANG – Seorang bapa menyalah guna kereta Honda Civic milik anak perempuannya untuk mencuri kabel telekomunikasi di sekitar daerah ini, 7 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Mohd Salleh Abd Razak berkata, bagaimanapun suspek ditahan di Pencawang Celcom Parit Zing, Bukit Gambir ketika leka mencuri.

“Serbuan jam 12.30 malam dilakukan  anggota Balai Polis Bukit Gambir dan menemui 148 batang kabel tersebut yang dianggarkan berharga RM15,000.

“Kesemua kabel dijumpai siap dipotong sepanjang setengah dan satu meter serta diisi dalam kereta,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang, semalam.

Beliau berkata, pihaknya turut menjumpai satu bilah parang dan alat pemotong kabel yang dipercayai digunakan ketika mencuri kabel tersebut.

“Siasatan awal mendapat suspek berusia 41 tahun itu positif dadah jenis syabu empat rekod lampau berkaitan dadah dan curi motosikal pada 2004, 2005, 2009 dan 2011.

“Dengan tertangkapnya suspek, polis dapat menyelesaikan beberapa kes kecurian kabel tahun ini dan disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya.

Kejar ibu dengan tukul besi


  • Mohd Nur Hafizuddin dijatuhkan hukuman penjara oleh Mahkamah Majistret, Kuala
Terengganu, semalamMohd Nur Hafizuddin dijatuhkan hukuman penjara oleh Mahkamah Majistret, Kuala Terengganu, semalam

KUALA TERENGGANU- Seorang mekanik terpaksa menyambut lebaran di sebalik tirai besi apabila dijatuhi hukuman penjara 10 bulan selepas mengaku salah melakukan ugutan jenayah terhadap ibu kandungnya, di Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Mohd Nur Hafizuddin Mohd Khalid, 27, dari Kampung Bukit Bayas, di sini, mengaku salah dengan sengaja telah melakukan ugutan jenayah terhadap ibunya, Fatimah Hamzah, 49, dengan cara mengejar dan mengacukan sebatang tukul besi kepada mangsa.

Dia mengaku salah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah itu pada 6 Julai lalu, lebih kurang jam 11 pagi, di kediaman mereka di Kampung Bukit Bayas, di sini.

Dengan itu, Mohd Nur Hafizuddin mengaku salah melakukan kesalahan yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai tempoh tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Miky Dunstan Muda di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.

Berdasarkan fakta kes, sebelum kejadian, mangsa yang ketika itu berada di rumah sedang berehat telah dihampiri anak lelakinya itu meminta wang berjumlah RM100.

Bagaimanapun, mangsa memaklumkan yang dia tidak mempunyai wang sebanyak itu menyebabkan Mohd Nur Hafizuddin naik angin sebelum bertindak mengambil sebatang tukul besi dan mengugut mahu memukul mangsa sekiranya masih berdegil enggan menyerahkan wang diminta.

Melihatkan keadaan anaknya yang seperti orang hilang akal, mangsa nekad melarikan diri keluar dari rumah berkenaan dan ketika itu juga, Mohd Nur Hafizuddin mengejar mangsa sambil mengacukan tukul besi di tangannya.

Sinar Harian keluaran 9 Julai lalu ada melaporkan hanya kerana kehendaknya untuk mendapatkan RM100 tidak penuhi, seorang mekanik tergamak mengugut akan memukul ibu kandungnya dengan tukul besi.

Taufan Neoguri mengganas, 3 maut di Pulau Kyushu

Neoguri turut menyebabkan tanah runtuh dan banjir lumpur di bandar Nagiso di wilayah Nagano.
Neoguri turut menyebabkan tanah runtuh dan banjir lumpur di bandar Nagiso di wilayah Nagano.
TOKYO - JEPUN . Sekurang-kurangnya tiga orang termasuk kanak-kanak maut manakala puluhan lagi cedera, semalam selepas taufan Neoguri yang membawa angin kencang sehingga 130 kilometer sejam membadai selatan Pulau Kyushu.

Agensi Meteorologi Jepun memaklumkan Neoguri membadai kawasan berhampiran bandar Akune sekitar jam 7 pagi (waktu tempatan) selepas ia menyeberangi pulau Okinawa.

Kerajaan Jepun telah bersiap sedia dari awal termasuk mengadakan mesyuarat pengurusan bencana bagi membincangkan langkah terbaik menangani ancaman Neoguri yang dijangka terus bergerak ke seluruh kepulauan Jepun.

Sementara itu, pihak berkuasa tempatan melaporkan taufan tersebut juga telah menyebabkan kemusnahan yang teruk dan menjejaskan ratusan jadual penerbangan sejak awal minggu lalu menurut laporan AFP.

KEMALANGAN - LEBUH AMJ SEMABOK, Melaka


Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Gen 2, terbabas dan masuk kedalam longkang, Bagaimana pun mangsa seorang pemandu lelaki melayu berjaya diselamatkan dan diserahkan kepada pihak ambulans untuk di bawa kehospital.






Lapan kenderaan remuk dilanggar bas


Nibong Tebal: Lapan kenderaan remuk selepas dilanggar sebuah bas kilang ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat Tambun Indah, Jalan Bukit Tambun, Batu Kawan di sini, jam 7.40 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Superintendan Shafien Mamat berkata, ketika kejadian kesemua kenderaan itu dari arah Simpang Ampat.
Namun bas berkenaan dipercayai mengalami masalah kerosakan brek melanggar deretan kenderaan terbabit.

"Pemandu bas berkenaan dipercayai hilang kawalan hingga menyebabkan bas kilang itu melanggar deretan kenderaan di hadapannya yang ketika itu sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat.
Foto
BAS yang langgar kenderaan berkenaan dipercayai mengalami masalah kerosakan brek.

"Kami tidak menerima laporan berhubung kecederaan membabitkan pemandu atau penumpang lapan kenderaan berkenaan," katanya.

Bas berkenaan juga tidak membawa sebarang penumpang dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/11

Ikut sampai hujung nyawa


Kuala Pilah: “Kakak meminta saya membeli baju rayanya awal dan kelihatan bersungguh-sungguh. Saya menuruti permintaannya itu dengan membeli baju raya untuk dipakai kami sekeluarga, minggu lalu.
“Kebiasaannya setiap tahun, kami membeli baju raya pada minggu terakhir puasa sebelum sambutan Aidilfitri,” luah Rozita Zakariya, 37, ibu kepada Nor Suhaila Mohd Azizlan,12, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 19.5 Jalan Kuala Pilah-Tampin berhampiran Simpang Rumah Rakyat Kuala Johol, dekat sini, pagi semalam. 
Kemalangan membabitkan tiga kenderaan itu turut mengorbankan bapa saudara mangsa, Aman Shah Zakariya, 33, manakala anak lelaki Aman Shah iaitu Mohd Shahrul Iqwan, 6, cedera di kepala dan kini dirawat di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban. 

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi, sebuah treler membawa muatan kelapa sawit dari arah Tampin dipercayai cuba mengelak sebuah motosikal yang berhenti untuk masuk ke simpang kanan jalan menyebabkan berlaku pergeseran.
Foto
ANGGOTA Bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit selepas kereta Perodua Viva yang dipandunya merempuh lori muatan sawit di Kilometer 19.5 jalan Kuala Pilah-Tampin.

Pemandu treler hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta Perodua Viva dinaiki ketiga-tiga mangsa menyebabkan dua daripada mereka maut di tempat kejadian.

Rozita berkata, kali terakhir dia dan suaminya Mohd Azizlan Zahari, 38, bertemu mereka kira-kira jam 2 petang kelmarin selepas adik lelakinya, Aman Shah yang tinggal bersama keluarganya mengajak Suhaila untuk pulang ke kampung di FELDA Palong 1, dekat sini, untuk berbuka puasa. 

“Arwah memang kerap ke rumah nenek dan datuknya, tetapi semalam dia bersungguh-sungguh mahu mengikut pak ciknya, Aman Shah. Adik lelaki saya ada memberitahu mereka akan pulang hari ini (semalam), selepas sahur,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah, di sini, semalam. 

Menurutnya, dia menerima berita kemalangan itu kira-kira jam 7.40 pagi semalam daripada salah seorang jiran yang menghubunginya sebelum bergegas ke tempat kejadian. 


Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/11

Kerabat diraja ditahan kes bunuh model


Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein

Johor Bahru: Seorang kerabat diraja antara dua lelaki yang ditahan kelmarin, bagi membantu siasatan kes pembunuhan model sambilan Estonia, Regina Soosalu yang mayatnya ditemui di pantai Pulau Rawa, Mersing, 1 Julai lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Hasnan Hassan berkata, dua lelaki itu ditahan di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah Mersing pada jam 12.30 tengah malam kelmarin, sebelum dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Tinggi bagi mendapatkan perintah reman.


“Mahkamah membenarkan kedua-dua suspek direman sehingga 16 Julai ini mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah. Sehingga kini, tujuh suspek sudah ditahan bagi membantu siasatan,” katanya di sini, semalam.

Menurut Hasnan, seorang suspek berusia 27 tahun yang ditahan itu tinggal di Kuala Lumpur manakala seorang lagi lelaki berusia 30 tahun.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/11

Nafi kebas RM1j


Shah Alam: Seorang pekerja pendawaian dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan memperdayakan pengurus besar sebuah syarikat membabitkan kerugian hampir RM1 juta pada Mac lalu.
P Krishnamoorthy, 49, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim G Ramesh.
Krishnamoorthy didakwa menipu pengurus besar Syarikat Metrod (M) Sdn Bhd Raymond Hoo Weng Keong untuk menyerahkan sekeping cek CIMB Bank milik syarikat bernilai RM991,629.30 kepada Wan Mahrom Shah Wan Musa, 45, untuk pembayaran bil elektrik syarikat berkenaan kononnya dengan kadar diskaun dua peratus.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di no 3, Lengkuk Keluli 2, Bukit Raja Prime Industrial Park Klang pada 25 Mac lalu.
Bagi pertuduhan itu Krishnamoorthy berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebat serta boleh didenda jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Raimi Mohd Ramli yang mengendalikan kes menawarkan jaminan RM20,000 terhadap tertuduh.
Krishnamoorthy yang diwakili peguam V Kumar Aval bagaimanapun, memohon jaminan terhadapnya diri- ngankan dengan alasan dia menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi serta perlu menanggung bil perubatannya.
Ramesh menetapkan 13 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan Krishnamoorthy diikat jamin RM10,000 selain diperintahkan untuk menyerahkan pasportnya sehingga kes selesai.
Sementara itu, empat lagi rakan tertuduh, Wan Mahrom Shah Wan Musa, 45, Mohd Norhafiz Ashraf Mohd Shamsuddin, 27,P Surendiran, 36 dan B Murugan, 40,turut didakwa bersubahat dengan penipuan Krishnamoorthy.
Foto
KRISHNAMORTHY dibawa ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menipu pembayaran bil elektrik hampir RM1 juta.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/11

‘Dia mahu kahwin’


Oleh Nor Azura Abdul Jalil

Kuala Lumpur: Seorang bakal pengantin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan mendatangkan kecederaan terhadap seorang wanita ketika menyamun mangsa, Ahad lalu.

Syahfadhil Mulop, 25, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Azwarnida Affandi.

Mengikut pertuduhan, dia bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa melakukan perbuatan itu terhadap B Chandera, 51, dengan meragut seutas rantai leher emas dan seutas rantai perkahwinan milik mangsa di tepi jalan berhampiran sebuah pasar raya di Jalan Cheras, dekat sini, jam 12 tengah hari Ahad lalu.

Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Nadiah Malek Fauzie tidak menawarkan jaminan atas alasan kesalahan yang dilakukan adalah serius.

Bagaimanapun, peguam Nik Mohamed Ikhwan Nik Mahamud yang mewakili tertuduh memohon mahkamah membenarkan ikat jamin kerana tertuduh akan berkahwin tiga bulan lagi dan kini menolong ibunya menjual nasi kerabu.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran tempat tinggal setiap bulan.

Sebutan kes ditetapkan 11 Ogos ini.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/11

Maut leher ditikam


Oleh Mohd Rizal Abdullah

Puchong: Seorang lelaki warga Myanmar dipercayai ahli sindiket pemalsuan dokumen warga asing ditemui mati dalam keadaan ngeri apabila lehernya ditikam pisau berulang kali oleh pembunuh.

Dalam kejadian jam 8.30 malam kelmarin, mangsa dikenali sebagai Phay Hein,40, ditemui terbaring berlumuran darah di kaki lima Jalan Taman Perindustrian Maju Jaya, Bukit Puchong, di sini.

Sumber polis berkata, mangsa ditemui orang awam terbaring dengan kesan darah di muka dan badan akibat hentakan kuat di kepala selain tikaman di bahagian leher dan rusuk kanan.

Menurutnya, mangsa bertugas sebagai ejen menguruskan dokumen pendatang asing dan berada di negara ini sejak 10 tahun lalu.

“Difahamkan sebelum kejadian, mangsa dilihat berada di restoran bersama anak lelaki dan rakannya yang terletak 100 meter dari tempat kejadian.

“Mangsa diserang dua suspek lelaki ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya yang terletak berdekatan restoran itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, pihaknya giat mengumpul bukti selain berusaha mengesan suspek yang terbabit dalam kes itu.

Menurutnya, polis tidak menolak kemungkinan kejadian itu bermotifkan dendam membabitkan pemalsuan dokumen palsu warga asing.

“Polis masih melakukan siasatan bagi mengesan suspek terbabit dalam kes itu.



Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubung balai polis berhampiran,” katanya.

Difahamkan, kejadian bunuh membabitkan warga Myanmar di kawasan itu kerap berlaku berikutan ramai warga asing menjadikan kawasan itu lokasi berkumpul untuk menikmati minuman keras sehingga mabuk.

Dia berkata, kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/11

Tercekik nasi lihat pegawai agama


Oleh Omar Osman

Sungai Petani: Seorang warga emas berusia 56 tahun yang sedang menjamu selera tidak mampu bercakap kerana tercekik nasi akibat terkejut apabila melihat sepasukan pegawai Pejabat Agama Daerah Kuala Muda (PADKM) menyerbu sebuah kedai kopi di Tikam Batu, dekat sini, semalam.

Dalam serbuan jam 11.30 pagi itu, kira-kira 10 lelaki bertempiaran lari sebaik menyedari kehadiran pegawai PADKM dan penguat kuasa Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK), tetapi malang menimpa warga emas itu kerana tidak mampu berlari disebabkan menggunakan tongkat.


Ketika disoal siasat, warga emas berkenaan mengaku sedang makan sepinggan nasi berlaukkan ikan dan meminum kopi ais mendakwa dihantar oleh rakannya ke kedai kopi itu untuk makan.

Malah, warga emas berkenaan yang menggunakan tongkat akibat serangan angin ahmar itu mendakwa datang ke kedai kopi milik bukan Islam itu untuk menjamu selera kerana ia menjual masakan Melayu berikutan pemiliknya mengupah tukang masak Melayu untuk memasak lauk-pauk.


Ketua Penguat Kuasa PADKM Zaiferi Zainul Abidin berkata, warga emas terbabit diambil keterangan dan akan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 14 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Kedah 2014 dengan dia boleh didenda RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan jika sabit kesalahan.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/11

Serah mangsa kepada Kedutaan China


Oleh Ardyhansah Amat

Kota Kinabalu: Pengurus pusat penternakan ikan warga China yang diculik di Pulau Baik, Lahad Datu, Mei lalu, akan diserahkan kepada Kedutaan Besar China di Kuala Lumpur sebelum berlepas pulang ke negara asalnya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, operasi menyelamat dilancarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya membawa pulang Yang Zailin, 34, ke negeri ini dan paling penting, ke pangkuan keluarganya.


“Mangsa disahkan selamat dan polis akan mengambil keterangan daripadanya sebelum diserahkan kepada kedutaan.

“Apa yang penting, dia (mangsa) berjaya diselamatkan kerana sudah menjadi tanggungjawab polis untuk menjaga keselamatan, bukan sahaja rakyat tempatan tetapi membabitkan pelancong asing,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Taklimat Penstrukturan Semula Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), di sini, semalam.


Terdahulu, dalam kejadian 6 Mei lalu, kumpulan lima lelaki termasuk dua bersenjatakan M-16, menceroboh pusat penternakan ikan di Pulau Baik sebelum melarikan mangsa, kira-kira jam 2.45 pagi.


Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai taklimat penstrukturan semula ESSCOM, Khalid menjelaskan pertemuan itu khusus memberi penerangan mengenai pemerintah eksekutif berkaitan agensi keselamatan di kawasan itu.

“Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail sudah memberi penerangan terperinci mengenai struktur baru ESSCOM seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Justeru, penerangan ini untuk memberi pemahaman kepada semua pihak yang terbabit dengan ESSCOM berkaitan tanggungjawab masing-masing,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/11

‘Culik’ balik di kubu Abu Sayyaf


Kota Kinabalu: Pengawal kubu Abu Sayyaf yang masih asyik menjamah hidangan berbuka puasa dipercayai membantu pasukan keselamatan yang berjaya menyelinap masuk ke kubu kumpulan berkenaan di Patikul, Kepulauan Jolo, tengah malam, kelmarin sebelum menyelamatkan tebusan warga China yang diculik di Pulau Baik, Silam, pada 6 Mei lalu.
Meskipun kehadiran pasukan keselamatan akhirnya dihidu dan dihujani beberapa das tembakan ketika dalam perjalanan pulang, namun misi menyelamatkan pengurus pusat ternakan ikan dalam sangkar, Yang Zailin, 34, dianggap berjaya dan selamat tanpa sebarang kecederaan. 
Menurut sumber, satu pasukan khas terdiri daripada beberapa anggota komando dibentuk dalam menjayakan misi menyelamat tebusan, selepas beberapa minggu pihak berkuasa melakukan risikan dan intipan. 

“Pasukan keselamatan bergerak dengan menaiki sebuah bot dari Sandakan kira-kira jam 4 petang menuju sempadan negara jiran dan seterusnya menghampiri Jolo sebelum tiba di Patikul pada jam 8 malam (kelmarin).

“Sejurus tiba, pasukan terus melancarkan misi membawa pulang tebusan dengan selamat dan segera meninggalkan lokasi,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Sumber berkata, sebaik menyelinap masuk, pasukan berusaha membawa keluar tebusan secepat mungkin. 


Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/11

Terperangkap dalam rumah berasap


Oleh Siti A’isyah Sukaimi

Putrajaya: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun berdepan detik mencemaskan apabila ruang tamu rumahnya terbakar ketika dia ditinggalkan bersendirian oleh ibu bapanya di kuarters kerajaan Presint 18, di sini petang semalam.

Dalam kejadian jam 4 petang di tingkat satu Pangsapuri 18R12 Presint 18 itu, mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan sebaliknya kejadian itu disedari jiran mangsa yang kemudian menghubungi pasukan bomba dan penyelamat Putrajaya untuk bantuan kecemasan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Putrajaya Muhamad Hafidz Yaacob berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati kanak-kanak berkenaan terkurung di dalam rumah berkenaan dan gagal keluar kerana terkunci dari dalam.

Beliau berkata, pihaknya terpaksa memotong pintu jeriji sebelum kanak-kanak itu akhirnya berjaya dikeluarkan 10 minit kemudian tanpa mengalami sebarang kecederaan.

“Saya difahamkan, kebakaran itu dikesan jiran mangsa yang melihat kepulan asap keluar dari rumah sebelum menghubungi pasukan bomba dan penyelamat.

“Jiran mangsa gagal memasuki rumah berkenaan untuk mengeluarkan kanak-kanak berkenaan kerana pintu jeriji rumah berkunci,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Katanya, pihaknya terpaksa memasang tangga pada beranda rumah bagi menyelamatkan mangsa selain bertindak mengumpil pintu jeriji bagi menyelamatkan kanak-kanak itu,” katanya.

Muhamad Hafidz berkata, sebaik berjaya mengeluarkan mangsa, pihaknya membuka tingkap rumah bagi membuat pengudaraan untuk mengeluarkan asap kebakaran.

“Kami mengambil masa 10 minit untuk memadam kebakaran.



“Kami masih menyiasat punca kejadian termasuk menyiasat dakwaan kanak-kanak itu bermain api di dalam rumah,” katanya.

Katanya, buat masa ini, pihaknya tidak mempunyai bukti mengenai dakwaan itu namun, pihak forensik sedang menyiasat lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/11

Hantar mesej cabut nyawa


Kuala Lumpur: ‘Lu (awak) mahu mati sendiri (bunuh diri) atau kita buat lu mati sakit. bayar hutang! jangan mahu lari’. Itu adalah antara SMS ugutan diterima seorang mekanik motosikal selepas gagal menjelaskan hutang ceti haram yang digunakan untuk bertaruh judi bola sepak Piala Dunia.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Lan, 35, memberitahu dia kini hidup ibarat pelarian gara-gara berhutang ceti haram (along) membabitkan jumlah RM20,000 pada 29 Jun lalu. 
Menurutnya, dia meminjam wang daripada seorang along yang menawarkannya pinjaman bagi pertaruhan bola sepak membabitkan perlawanan pusingan kedua antara Uruguay dan Colombia.

“Saya meletakkan semua wang pertaruhan pada ‘bookie’ kerana yakin 100 peratus Uruguay mampu membelasah Colombia.
Foto
LAN menunjukkan mesej ugutan bunuh yang dihantar along.

“Malah, kelibat bintang penyerang Uruguay seperti Luis Suarez dan Edinson Cavani menyebabkan saya yakin pasukan itu mampu mencatatkan kemenangan besar, sekali gus memasuki pusingan suku akhir Piala Dunia,” katanya.

Menurutnya, along itu yang turut memberi pinjaman kepada beberapa rakannya di sebuah kopitiam di Rawang di sini, kemudian memberikannya wang berkenaan dengan syarat dia membayar RM1,200 seminggu termasuk faedah pinjaman sekitar 10 peratus.

“Dia hanya mahukan salinan Mykad saya selain lokasi bengkel saya bekerja. Saya tidak fikirkan risiko ketika itu kerana yakin pertaruhan itu berbaloi dan saya akan mendapat pulangan berganda.

“Sebelum ini saya pernah bertaruh dan menang,” katanya.

Dia yang bertaruh dengan memasukkan wang ke dalam akaun bank ‘bookie’ bagaimanapun hampir pitam apabila pasukan Uruguay tewas kepada Colombia.

“Ketika itu barulah saya tahu sukar untuk membayar RM1,200 seminggu atau RM4,800 sebulan berikutan gaji saya hanya sekitar RM2,000 sebulan,” katanya.

“Saya cuba hubungi Along dan minta supaya jumlah bayaran hutang itu dikurangkan. Namun permintaan saya itu ditolak kerana Along mendakwa saya sudah bersetuju dengan syarat sebelum ini.

“Malah Along minta saya dapatkan bantuan dari ahli keluarga dan dan jual kereta jika tidak mampu bayar hutang itu. Malah Along berulang kali menghantar SMS dan datang ke bengkel saya meminta hutang berkenaan,” katanya.

Akibat tak dapat membayar hutang itu, mangsa bertindak mengambil ‘cuti’ dan lari bersenbunyi di rumah adiknya di Ampang.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/11

Puluhan ribu hilang rumah


Puluhan ribu penduduk pula digesa segera mencari tempat perlindungan. Taufan itu menyebabkan beberapa orang maut dan banyak kerosakan mencetuskan kelam-kabut di banyak bandar kecil ketika penduduk setempat bergelut menyelamatkan harta benda masing-masing. Lebih 500 rumah di beberapa wilayah dinaiki air dan stesen penyiar NHK melaporkan, kira-kira 130,000 orang dinasihat meninggalkan kediaman masing-masing untuk menyelamatkan diri. Pegawai kerajaan mengingatkan mengenai ancaman banjir dan tanah runtuh. Neoguri membadai Akune City di selatan Pulau Kyushu yang didiami 13 juta penduduk pagi semalam.

Ia diramal tiba di Pulau Honshu yang menempatkan Tokyo dan Osaka hari ini. - AFP
Foto
SEORANG lelaki membersihkan kawasan rumahnya yang terjejas di Nagiso di wilayah Nagano semalam.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/11

Kerabat diraja antara ditahan


2014/07/11

Johor: Polis menahan dua lelaki termasuk seorang kerabat diraja bagi membantu siasatan kes bunuh model sambilan warga Estonia, Regina Soosalu, 29, yang mayatnya ditemui di pantai Pulau Rawa, Mersing, awal bulan ini.

Kerabat diraja yang berusia 27 tahun dan seorang lagi berumur 30 tahun ditahan selepas hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Mersing untuk merekodkan kenyataan mereka berhubung kes itu, kira-kira jam 12.30 tengah malam semalam.

Kena reman tujuh hari

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Hasnan Hassan, berkata kedua-dua lelaki itu yang tinggal di Kuala Lumpur, kemudian dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Tinggi sebelum ditahan reman tujuh hari sehingga Rabu ini.

“Dengan penahanan dua lelaki itu, tujuh orang sudah ditahan bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Kelmarin, Hasnan dalam satu sidang media mengesahkan kematian wanita itu sebagai sebagai kes bunuh berikutan ada beberapa kesan kecederaan di badan mangsa.

Lelaki dalang judi Piala Dunia ditahan



MIOR FARIDALATRASH (kanan) menunjukkan komputer yang dirampas daripada seorang lelaki di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, George Town semalam.


GEORGE TOWN - Polis berjaya menumpaskan sindiket judi haram membabitkan bola sepak piala dunia selepas menahan seorang lelaki di sebuah rumah di Jalan Semarak Api, Bandar Baru Air Itam di sini kelmarin.
Lelaki berusia 43 tahun itu ditahan menerusi Ops Soga V selepas sepasukan polis membuat serbuan di rumah berkenaan kira-kira pukul 12.05 tengah malam.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata, ketika serbuan, suspek dipercayai sedang mengendalikan pertaruhan menggunakan dua komputer riba.
"Ketika diserbu, skrin pada kedua-dua komputer berkenaan masih terbuka dan memaparkan sebuah laman sesawang berkaitan kegiatan pertaruhan haram perlawanan bola sepak Piala Dunia.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0711&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz376sd1r55 
Hakcipta terpelihara 

Maut digilis treler ketika mahu hadiri temu duga latihan



ANGGOTA bomba dan penyelamat mengangkat jenazah Azah Syazwani untuk dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar semalam.


ALOR SETAR - Luahan seorang gadis bahawa dia berasa berat hati untuk menghadiri temu duga satu skim latihan di sebuah hotel di sini membawa petanda buruk apabila dia menemui ajal dalam satu kemalangan di Batu 2, Jalan Langgar di sini semalam.
Kejadian kira-kira pukul 7.45 pagi itu berlaku ketika mangsa, Azah Syazwani Mohamad Diauddin, 23, (gambar kecil) dalam perjalanan untuk menemui rakannya, Nailil Syuhartini Md. Zin, 24, di sebuah pasar raya besar di sini sebelum bersama-sama ke hotel tersebut bagi menghadiri temu duga.
Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal jenis Modenas Kriss yang ditunggang Azah Syazwani, graduan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, bergesel dengan sebuah treler membawa muatan kayu menyebabkan mangsa terperosok ke bawah kenderaan itu sebelum digilis dan tersepit di celah tayar.
Rakan mangsa, Nailil Syuhartini memberitahu, kali terakhir dia menghubungi Azah Syazwani kira-kira pukul 7.30 pagi dan mangsa memberitahu dia sudah mahu keluar dari rumah kakaknya di Taman Serindit di sini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0711&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz376sUy1uD 
Hakcipta terpelihara 

Nasib Azizul Raheem dilindungi



RAKAMAN TV3 menunjukkan Azizul Raheem berbuka puasa bersama ahli keluarganya di Stockholm, Sweden kelmarin.


KUALA LUMPUR - Kerjaya dan sumber pendapatan Azizul Raheem Awalludin yang baru dibebaskan dari penjara Sweden kelmarin akan dilindungi sejajar dengan jaminan yang diterima daripada pimpinan tertinggi negara sebelum ini.
Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, soal jawatan Azizul Raheem yang merupakan Pegawai Tourism Malaysia di Sweden dan isterinya, Shalwati Norshal, seorang guru bercuti tanpa gaji akan diuruskan sebaik sahaja mereka pulang ke tanah air.
"Kita akan bantu dari sudut perundangan dan kebajikan Azizul Raheem dahulu yang akan pulang ke Malaysia minggu hadapan manakala Shalwati selepas dia dibebaskan September depan.
"SukaGuam mahu lihat dahulu reaksi pihak majikan mereka sebelum memberi sebarang bantuan susulan kerana kami yakin Azizul Raheem tidak bersalah sepenuhnya, dia cuma seorang bapa yang mahu mendisiplinkan anak-anak," katanya di sini semalam.
Beliau berkata demikian bagi mengulas perancangan untuk Azizul Raheem selepas dia dibebaskan dari penjara Vastervik Norra di Sweden kelmarin dan dia dijangka pulang ke tanah air pada 15 Julai ini untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama anak-anaknya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0711&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz376sNZCbE 
Hakcipta terpelihara 

Mangsa culik Lahad Datu selamat




KOTA KINABALU - Seorang pengurus syarikat ternakan ikan dalam sangkar warga China yang diculik oleh lima lelaki bersenjata di Pulau Baik, Lahad Datu pada Mei lalu berjaya diselamatkan awal pagi semalam.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, warga China itu, Yang Zai Lin (gambar) telah dibawa ke Sandakan dan diterbangkan ke Kuala Lumpur petang semalam sebelum diserahkan kepada pihak kedutaan China untuk tindakan lanjut.
Katanya, mangsa yang berasal dari Guangzhao kemudian akan dihantar pulang ke negaranya selepas segala urusan berkaitan diselesaikan.
"Apa yang penting, kita berjaya menyelamatkan mangsa dan siasatan akan tetap dijalankan," katanya selepas menghadiri sesi taklimat khas penstrukturan semula Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0711&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz376sACWuH 
Hakcipta terpelihara 

Skim cepat kaya YSLM diharam


INILAH sekeping risalah skim piramid YSLM yang diedarkan di Malaysia.


KUALA PILAH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengesahkan skim cepat kaya YSLM yang diasaskan oleh seorang warganegara China sebagai haram kerana dipercayai telah mengutip RM300 juta daripada orang ramai tanpa mengikut undang-undang.
Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Alias Ahmad berkata, pengasasnya, Zhang Jian, 26, mendakwa dia orang terkaya di dunia dan mahu membantu rakyat Malaysia untuk menjadi kaya dengan cepat.
Bagaimanapun siasatan pihaknya mendapati dakwaan syarikat itu tidak benar.
Beliau berkata, lelaki itu datang ke Malaysia awal tahun ini untuk mewujudkan skim penipuan itu.
"Siasatan mendapati skim ini adalah haram kerana ia langsung tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan juga tiada lesen daripada KPDNKK.
"Jadi saya katakan ia syarikat haram kerana bergerak secara tidak teratur dan tidak mengikut undang-undang," katanya ketika ditemui selepas majlis berbuka puasa bersama penduduk kawasan Dewan Undangan Negeri Seri Menanti di Kampung Galau/Mertang di sini malam kelmarin.
Turut hadir, Menteri KPDNKK, Datuk Seri Hasan Malek merangkap Ahli Parlimen Kuala Pilah.
YSLM mengunakan sistem piramid iaitu seseorang perlu mencari orang bawah bagi membolehkan pelabur menerima separuh daripada pelaburan pertama berjumlah RM300.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0711&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz376s1JfPQ 
Hakcipta terpelihara 

Dua lagi suspek ditahan polis



LOKASI Pulau Rawa yang terletak di Mersing, Johor. Gambar kecil, Regina Soosalu.


JOHOR BAHRU - Polis menahan dua lagi lelaki semalam bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan model sambilan warga Estonia, Regina Soosalu, 30, yang dijumpai mati di Pulau Rawa, Mersing dekat sini pada 1 Julai lalu.
Setakat ini sebanyak tujuh suspek ditahan berhubung kes tersebut.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Hasnan Hassan, kedua-dua lelaki terbabit masing-masingnya berusia 27 hingga 30 tahun itu ditahan di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Mersing pada pukul 12.30 tengah malam tadi.
Katanya, kedua-dua suspek yang tinggal di Kuala Lumpur telah dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Tinggi di sini untuk mendapat perintah reman hingga 16 Julai ini.
"Penahanan mereka dibuat bagi membantu siasatan kes berkenaan," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Difahamkan, kesemua mereka yang ditahan itu merupakan kenalan mangsa dan sebahagiannya pekerja pusat peranginan di pulau berkenaan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0711&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz376rtLDBE 
Hakcipta terpelihara 

Bakal pengantin didakwa ragut wanita


KUALA LUMPUR 10 Julai - Seorang bakal pengantin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan meragut seorang wanita, Ahad lalu.
Syahfadhil Mulop, 25, bersama-sama seorang lagi yang masih bebas didakwa meragut dua utas rantai termasuk seutas rantai emas milik B. Chandera di tepi jalan berhampiran pasar raya Chekers, Jalan Cheras, Cheras di sini kira-kira pukul 12 tengah hari, 6 Julai lalu.
Timbalan Pendakwa Raya, Nadiah Malek Fauzie mengemukakan pertuduhan terhadap penjual nasi kerabu itu mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Peguam Nik Mohamed Ikhwan Nik Mahamud yang mewakili tertuduh memohon agar mahkamah menetapkan jumlah jaminan yang rendah kerana anak guamnya akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi selain membantu ibunya berniaga.
Hakim Azwarinda Affandi membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan melaporkan diri di balai polis berhampiran dua bulan sekali sebagai syarat jaminan.
Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 11 Ogos ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140711/ma_03/Bakal-pengantin-didakwa-ragut-wanita#ixzz376qIiivG
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lelaki Nigeria edar dadah dihukum gantung


PUTRAJAYA 10 Julai - Seorang bekas penuntut warganegara Nigeria diperintah menjalani hukuman gantung sampai mati atas kesalahan mengedar dadah jenis methamphetamine selepas Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan rayuan pendakwa raya.
Panel lima hakim diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif memutuskan demikian secara sebulat suara dan mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan Nolose Albert Raleshome, 35, pada 9 Disember tahun lalu.
Beliau yang bersidang bersama Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum; Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Tan Sri Hasan Lah dan Datuk Ramly Ali mengembalikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mensabitkannya terhadap tuduhan itu.
Hakim Md. Raus dalam keputusannya berpuas hati bahawa tiada percanggahan di antara keterangan ahli kimia, Muzaiyanah Mohd. Kaprawi di mahkamah dan laporan kimia yang disediakannya berhubung analisis dadah berkenaan.
Mahkamah Rayuan ketika membebaskannya berpendapat wujud percanggahan di antara kedua-duanya sama ada butiran dadah itu telah dihomogenkan sewaktu dianalisis.
Warganegara Nigeria itu didapati mengedar methamphetamine seberat 707.5 gram di tempat letak kereta Medan Selera 118 di Taman Len Seng, Cheras di ibu negara pada pukul 12 tengah hari, 30 Disember 2010.
Dia ditahan selepas polis menemui beg berisi bungkusan berwarna hitam mengandungi serbuk hablur di dalam kereta yang dipandunya.
Bagaimanapun, responden dalam keterangan bela diri menyatakan bahawa dia tidak mengetahui kewujudan dadah itu yang ditinggalkan di dalam kereta tersebut oleh seorang wanita yang merupakan kekasih kepada rakannya.
Raleshome diwakili oleh peguam Ramkarpal Singh manakala pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Awang Armadajaya Awang Mahmud.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140711/ma_02/Lelaki-Nigeria-edar-dadah-dihukum-gantung#ixzz376q8BHR0
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kerajaan P. Pinang bimbang kejadian ragut di George Town


GEORGE TOWN 10 Julai - Kerajaan negeri bimbang dengan kejadian jenayah terutama ragut di bandar warisan ini walaupun indeks jenayah keseluruhannya dilaporkan menurun sebanyak lapan peratus, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.
Beliau berkata walaupun Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi menyatakan indeks jenayah menurun lapan peratus bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini, namun itu belum memadai.
"Indeks jenayah turun tidak cukup, yang penting rakyat mesti selamat dan berasa selamat. Kerajaan negeri akan bekerja rapat dengan polis untuk mengurangkan jenayah ragut supaya rakyat berasa selamat terutama di kawasan 'hotspot'," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Lim berkata satu kes samun dan dua ragut dilaporkan berlaku dalam tempoh tiga hari di kawasan warisan George Town melibatkan pelancong asing.
Pada 6 Julai lepas, pasangan dari Hong Kong bertembung dengan individu menyamar polis semasa berjalan di persimpangan Lebuh Pantai dan Jalan Penang dan sejumlah RM6,000 wang tunai disamun.
Pada 8 Julai pula, pelancong wanita England diragut di Lebuh Ah Quee pada pukul 2 petang dan satu lagi kes ragut melibatkan warga asing juga di tempat yang sama pada pukul 4 petang.
Sementara itu, Abdul Rahim berkata Pulau Pinang merekodkan 39 kes curi ragut membabitkan pelancong asing dari tahun 2013 hingga semalam, dengan dua kes terbaru dilapor minggu ini. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140710/je_13/Kerajaan-P-Pinang-bimbang-kejadian-ragut-di-George-Town#ixzz376pt5wKm
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kanak-kanak, bapa saudara maut nahas


KUALA PILAH 10 Julai - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dan bapa saudaranya maut dalam kemalangan ngeri selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan lori membawa muatan kelapa sawit di Kilometer 19.5 Jalan Kuala Pilah-Tampin, Kuala Johol dekat sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, mangsa yang maut ialah Nursuhaila Nabila Mohamad Azizlan yang beralamat di Kampung Dusun Besar, Johol dan bapa saudaranya yang juga pemandu Perodua Viva, Aman Shah Zakariya, 33, dari Gemas, di sini.
Seorang lagi penumpang kereta itu, ialah anak Aman Shah, Muhamad Shahrul Ikhwan, 6, dilaporkan cedera ringan.
Nahas dipercayai berlaku apabila lori kelapa sawit dari arah Tampin yang melepasi jambatan sempit, cuba mengelak sebuah motosikal jenis Honda EX5 di tengah jalan yang mahu membelok kanan ke kawasan Rumah Rakyat Kuala Johol.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Azmi Abdul Rahim berkata, kedua-dua kenderaan itu kemudian bergesel sebelum lori berkenaan hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan kereta yang dipandu Aman Shah dari arah Kuala Pilah.
"Akibat rempuhan itu, pemandu kereta dan penumpang belakang meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala," katanya.
Tambah Azmi, penunggang motosikal, Salbiah Tairi, 48, hanya mengalami kecederaan ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah, manakala pemandu lori berusia 47 tahun pula tidak mengalami kecederaan.
Susulan kejadian itu, polis menahan pemandu lori berusia 47 tahun ditahan bagi membolehkan polis mengambil sampel darah dan air kencing.
"Keputusan ujian air kencing mendapati lelaki dari Alor Gajah, Melaka itu bebas dadah,’’ ujarnya.
Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke HTAN di sini untuk dibedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140711/je_10/Kanak-kanak-bapa-saudara-maut-nahas#ixzz376pk7haT
© Utusan Melayu (M) Bhd 

KPDNKK sahkan YSLM syarikat haram



HASAN Malek bersama Alias Ahmad menunjukkan risalah skim piramid YSLM yang didapati haram kerana tidak berdaftar dengan SSM dalam sidang akhbar sempena majlis Iftar Ramadhan Datuk Seri Hasan Malek Bersama Dewan Undangan Negeri Seri Menanti di Masjid Kariah Galau/Mertang, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, kelmarin. - utusan/ASWAD YAHYA
KUALA PILAH 10 Julai - Sebuah syarikat jualan langsung (MLM) iaitu YSLM yang berpangkalan di Pulau Pinang disahkan sebagai syarikat haram kerana tidak berdaftar deng­an Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Selain itu syarikat berkenaan juga tidak mempunyai lesen yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Seri Alias Ahmad memberitahu, syarikat tersebut diasaskan oleh seorang warga China yang mendakwa dia lelaki terkaya di dunia iaitu Zhang Jian, 26.
Menurut beliau, berdasarkan maklumat yang diterima pihaknya, skim itu mula dikesan dan beroperasi awal tahun ini dan pihak­nya telah menjalankan siasatan terhadap aktiviti berkenaan sejak beberapa bulan lalu.
"Berdasarkan pemerhatian pihak kami syarikat ini menjalankan perniagaan secara dalam talian yang mana mereka yang melabur minimum RM300 akan memperoleh RM2,700 sehingga RM6,000 sebulan tanpa bekerja.
"Hasil maklumat diperoleh, sebanyak RM300 juta wang pelaburan telah dikumpul sejak beroperasi pada awal tahun ini namun kita telah menerima dua aduan kes mengenai perkara itu sejak dua bulan lalu. Kertas siasatan telah diserahkan kepada pihak Peguam Negara untuk tindakan lanjut," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Menanti dan Yayasan Sahabat di Masjid Kariah Kampung Galau dan Mertang, di sini semalam.
Yang turut hadir, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek.
Alias memberitahu, susulan itu pihak­nya telah menyerbu dua syarikat kosmetik CDTUP yang dipercayai mempunyai hubung kait dengan YSLM di Selangor dan Pulau Pinang kelmarin dan hasilnya, beberapa risalah berkaitan MLM berkenaan ditemui.
Kata beliau, golongan sasar bagi syarikat itu adalah bersifat terbuka dan terdiri daripada segenap lapisan masyarakat dengan mengedarkan promosi menerusi penyampaian risalah, papan tanda dan secara dalam talian.
"Mengenai Zhang Jian, kita akan be­kerjasama dengan Jabatan Imigresen untuk mengesannya sama ada masih berada di Malaysia atau sebaliknya dan dia akan dipanggil untuk memberikan keterangan.
"Kita meminta orang ramai yang tertipu dengan skim ini supaya tampil untuk memberikan maklumat," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140711/je_09/KPDNKK-sahkan-YSLM-syarikat-haram#ixzz376pYhv6K
© Utusan Melayu (M) Bhd