Search This Blog

Thursday, July 10, 2014

Pekerja kelab malam cedera ditetak dua lelaki


10 Julai 2014


IPOH - Seorang pekerja kelab malam di bandar raya ini cedera di dahi akibat ditetak dua lelaki dalam pergaduhan di luar kawasan kelab malam itu awal pagi ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Ahmad Termizi Abdul Haq berkata, suspek berumur 22 dan 23 tahun berjaya ditahan polis di Greentown di sini pada pukul 4.35 pagi sejurus selepas kejadian hasil maklumat orang awam.

"Berlaku pergaduhan di antara suspek dan mangsa yang berumur 29 tahun di luar kelab malam. Dua lelaki yang membawa pedang samurai serta sebilah parang itu bertindak agresif terhadap mangsa dengan menetak mangsa di bahagian dahi," katanya kepada pemberita hari ini.

Katanya kedua-dua suspek ditahan reman selama enam hari bermula hari ini untuk siasatan.

Mangsa yang dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini menerima lapan jahitan di dahi, katanya. - Bernama

Saksi: Kepala Norazita pecah

Arzanna dan Kwek Chuwn Hui
Arzanna dan Kwek Chuwn Hui
SHAH ALAM - “Saya ingat saya yang kena tembak,” kata saksi pendakwaan kes bunuh kakitangan Ambank cawangan USJ Sentral, Norazita Abu Talib, 37, yang mati ditembak, tahun lalu.

Ketua Perkhidmatan Ambank cawangan itu, Arzanna Abdullah, 43, berkata, pada hari kejadian, dia dan Norazita sedang memasukkan wang kutipan di dalam bilik simpanan duit sebelum berlakunya insiden tersebut.

Saksi memberitahu pengawal keselamatan, Ardi Hamzah, menariknya keluar dari bilik itu sebelum seorang rakan sekerja datang menariknya ke bilik operasi.

Melalui bilik operasi, katanya, dia ternampak Ardi meluru ke bilik simpanan duit dan mencangkung di depan pintu besi, sebelum pengawal keselamatan itu keluar dari pintu depan, membawa beg.

Apabila tertuduh pergi, saksi memberitahu dia meminta bantuan daripada dua rakan sekerja yang lain untuk melihat Norazita.

“Saya syak dia (Norazita) kena tembak kerana mereka tengok kepalanya pecah,” katanya.

Menurutnya, dia dengan segera menghubungi ketuanya, Alice Wong untuk memaklumkan kejadian tersebut.

Beliau sekali lagi menghubungi pihak atasan untuk memaklumkan insiden itu sebelum polis datang dan mengambil keterangannya.

“Sekitar jam 6 petang, sebelum memasukkan duit, dia berdiri di tepi pintu dan bertanyakan pukul berapa saya masukkan wang.

“Saya hairan kerana sebelum ini dia tidak pernah bertanyakan perihal itu dan saya jawab tidak pasti,” katanya pada sesi pemeriksaan utama oleh Ketua Pendakwa Negeri Selangor, Mohd Azari Haron.

Sementara itu, Pegawai Penyiasat Kanan, Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah Subang Jaya, Assisten Superintendan Kwek Chuwn Hui, 34, memberitahu, salinan kad pengenalan milik Ardi yang diperolehi daripada penyelia syarikat keselamatan itu telah dianalisa oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), namun salinan kad pengenalan itu palsu.

Menurutnya, selain salinan kad pengenalan milik Ardi, turut dianalisa adalah kesan cap jari pada dokumen asal pembukaan akaun dan pasport sah La Ode Ardi Rasila.

“Hasil analisa mendapati, kesan cap jari itu adalah merujuk kepada orang yang sama iaitu La Ode Ardi Rasila,” katanya.

Menjawab pertanyaan Mohd Azari, Chuwn Hui, membuat pengecaman bahawa Ardi adalah La Ode yang berada di kandang tertuduh.

La Ode, 37, dituduh membunuh Norazita antara jam 6 petang hingga jam 6.30 petang di Bangunan Ambank, Jalan USJ Sentral, Subang Jaya pada 23 Oktober 2013.

Asyraf Md Kamal turut bertindak sebagai Timbalan Pendakwa Raya bersama Mohd Azari Haron, manakala tertuduh diwakili peguam bela, Selvi yang dilantik oleh Kedutaan Indonesia.

Nenek cedera diragut

Anak sulung mangsa, Saimi Husien memeriksa luka didahi ibunya yang cedera akibat kejadian ragut di hadapan rumahnya di Kampung Kok Pasir.
Anak sulung mangsa, Saimi Husien memeriksa luka didahi ibunya yang cedera akibat kejadian ragut di hadapan rumahnya di Kampung Kok Pasir.
TUMPAT - Seorang nenek kehilangan seutas rantai leher emas bernilai RM10,000 apabila diragut seorang lelaki di halaman rumahnya di kampung Kok Pasir, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian pada jam 7.45 pagi itu, mangsa, Norsiah @ Siti Minah Baba, 66 cedera selepas bergelut dengan peragut dalam usahanya menyelamatkan rantai emas berkenaan.

“Ketika bergelut itu, makcik terjatuh menyebabkan luka di dahi dan cedera di bahu,” katanya ketika ditemui di rumahnya.

Menceritakan detik cemas itu, Norsiah berkata, kejadian itu berlaku dengan tiba-tiba apabila dia didatangi seorang lelaki ketika bersendirian di halaman rumah di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Kok Pasir.

"Ketika itu makcik sedang menunggu untuk memandikan cucu, Alisa Amirul Rashid yang baru berusia lima tahun.

“Tiba-tiba lelaki itu masuk ke halaman rumah dan makcik sempat bertanya kepadanya, kenapa masuk ke kawasan rumah kami,” katanya.

Menurut Norsiah, tanpa sepatah kata, lelaki tersebut terus pergi ke bahagian belakang rumah, kemudian berpatah balik menghampirinya dan meragut rantai emas yang dipakainya.

Norsiah berkata, dia meminta tolong dengan memanggil nama anaknya tetapi tidak didengari mereka kerana secara kebetulan, lagu Negaraku sedang dimainkan di kawasan sekolah.

"Selepas terjatuh ketika bergelut dengan peragut itu, makcik terlantar atas simen selama lebih kurang lima minit sebelum anak makcik datang membantu.

"Makcik tak kenal peragut yang menaiki kereta jenis Proton Perdana berwarna hitam itu," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Supritendan Zaharudin Rasip ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut dan siasatan sedang di lakukan serta suspek utama sedang di kesan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana curi ragut.

Rogol: Individu kelima dituduh

Tertuduh akan ditahan sementara menunggu kes disebut semula.
Tertuduh akan ditahan sementara menunggu kes disebut semula.
KOTA BHARU - Seorang remaja berusia 18 tahun menjadi individu kelima berdepan tuduhan terbabit kejadian rogol 38 di sebuah rumah kosong di Ketereh, 20 Mei lalu.

Remaja dari Bunut Payong, di sini itu mengaku tidak bersalah di mahkamah sesyen, di sini, semalam.

Tertuduh didakwa merogol mangsa yang berusia 17 tahun dan dilakukan dengan kehadiran orang lain, antara jam 7.30 dan 11 malam, 20 Mei 2014.

Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 376(2)(c) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.

Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Ahmad Salam Yusof memohon sebutan semula pada tarikh singkat dan tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh.

Hakim, Mohd Yusoff Yunus kemudiannya menetapkan 13 Julai depan dan tidak membenarkan jaminan terhadapnya.

Pada 11 Jun 2014, empat termasuk dua remaja bawah umur di hadapkan ke mahkamah sesyen dan majistret, di sini, atas tuduhan merogol dua remaja perempuan berusia 15 dan 17 tahun pada kejadian sama.

Akhbar sebelum ini melaporkan dua remaja perempuan berkenaan dirogol secara bergilir-gilir oleh 38 lelaki dalam kejadian di sebuah rumah kosong di Ketereh.

Polis dalam satu kenyataan media selepas itu berkata hanya 21 suspek terbabit dalam kejadian berbanding 38 yang dilaporkan sebelumnya.

Polis maut, empat lagi cedera

Keadaan kereta polis yang dipandu Allahyarham Sharudin.
Keadaan kereta polis yang dipandu Allahyarham Sharudin.
GUA MUSANG - Seorang anggota polis maut, empat cedera, manakala tiga lagi terselamat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 10, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, kira-kira jam 3.45 petang kelmarin.

Mangsa yang juga pemandu kereta polis terbabit, Sarjan Sharudin Mohd Shah, 54, dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gua Musang meninggal dunia di Hospital Gua Musang (HGM), jam 7.15 petang kerana mengalami kecederaan dalaman.

Empat lagi yang cedera menerima rawatan di hospital sama ialah pemandu kenderaan jenis Wolkswagen Passat, Nik Mohd Fareez Nik Ahmad Azman, 27; penumpang, Mohd Zaki Ramli, 31; Che Mohd Faizul Che Abdullah, 29, dan Mohd Nuhairi Mat Jusoh, 30.

Tiga sekeluarga dari Taman Wangi Gua Musang yang terselamat ialah pemandu kenderaan jenis Perodua Myvi, Razlan Mohamad, 37; isterinya, Roziani Md Razali, 30, dan adik lelakinya, Syakiran Md Razaki, 22.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Saiful Bahri Abdullah berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan ke Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh, untuk urusan rasmi.

Menurutnya, semasa dalam perjalanan itu, kenderaan Proton Preve milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan dua kereta yang menghala ke Gua Musang.

“Kereta mangsa dan  Wolkswagen Passat remuk teruk, manakala Perodua Myvi hanya mengalami kerosakan kecil,” katanya.

Saiful Bahri berkata, Allahyarham Sharudin berkhidmat sejak 1979 sebelum ditempatkan di Cawangan Jenayah IPD Gua Musang, meninggalkan seorang balu dan empat anak, masing-masing dua lelaki dan dua perempuan.

"Mayat mangsa dibedah siasat di HGM, sebelum dituntut keluarganya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu 11 Ketereh, Kota Bharu, petang semalam," katanya.

Pemuda Vietnam putus kaki

Keadaan kereta dinaiki keluarga Zuraiha selepas bertembung dengan Mercedes Benz dipandu Tengku Nasruddin.
Keadaan kereta dinaiki keluarga Zuraiha selepas bertembung dengan Mercedes Benz dipandu Tengku Nasruddin.
MARANG – Gara-gara dikatakan gagal memotong, pemuda Vietnam maut dalam keadaan mengerikan apabila kaki kanannya putus dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 21.5 Jalan Kuala Terengganu ke Kuantan di sini, malam semalam.

Mangsa, Le Ngoc Toan, 30, yang datang dari arah Kuala Terengganu menuju ke Dungun turut tercampak kira-kira 30 meter selepas motosikal Yamaha SS110 ditungganginya bertembung sebuah kereta Mercedes Benz.

Turut terkorban dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, seorang penumpang hadapan kereta Proton Iswara, Zuraiha Zainal Abidin, 33.

Difahamkan, kemalangan dipercayai berlaku selepas motosikal ditunggang Le Ngoc memotong Proton Iswara dinaiki Zuraiha bersama suami serta empat anaknya yang dalam perjalanan ke rumah kakak iparnya di Paka, Dungun.

Namun, Le Ngoc gagal memasuki lorongnya semula dan bertembung Mercedes Benz dipandu Tengku Nasruddin Tengku Mahmud, 41, yang datang dari arah bertentangan hingga menyebabkan kereta tersebut hilang kawalan lalu bertembung Proton Iswara.

Sementara itu, suami Zuraiha, Badrul Hisham Bakar, 39, cedera parah apabila kaki kirinya patah manakala anak lelakinya, Muhammad Adam Muamzar, 6, cedera di kepala.

Tiga lagi anaknya yang berada di bahagian penumpang belakang, Muhammad Adam Wazif, 8; Nur Nia Dzaira, 4, serta Qaseh Eva Qaizara, 1, cedera ringan dan menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

Dalam pada itu, Tengku Nazruddin dan dua penumpang Mercedes Benz, Tengku Yusof Tengku Mahmud, 58, yang merupakan bekas Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun dan Mohd Nasrul Nizam Mohd Nasir, 33, tidak cedera.

Kemalangan turut menyebabkan keadaan lalu lintas terganggu, namun ketibaan polis dan sepasukan lima anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Marang tidak lama selepas itu berjaya mengawal kesesakan di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Risikin Satiman mengesahkan menerima laporan dan mayat dua mangsa dihantar ke HSNZ untuk bedah siasat.

Sembunyi emas dalam seluar dalam

Tiga lelaki warga Pakistan ditahan untuk pemeriksaan.
Tiga lelaki warga Pakistan ditahan untuk pemeriksaan.
SENAWANG - Tiga pekerja ladang warga Pakistan ditahan Jabatan Imigresen Negeri ditepi perhentian tol di Senawang di sini, kelmarin kerana disyaki tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Lebih mengejutkan, hasil daripada penahanan ketiga-tiga warga Pakistan yang berumur lingkungan 40-an itu, turut membawa kepada penemuan barang kemas seberat 83 gram dan sejumlah wang tunai RM2,500, yang disembunyikan di dalam seluar dalam dua daripada tiga lelaki tersebut ketika pemeriksaan pada anggota badan dilakukan.

Pengarah Jabatan Imigresen Negeri, Faizal Fazri Othman berkata, pihaknya melakukan pemeriksaan secara kebetulan ke atas kesemua mereka kira-kira  2 petang, kelmarin, selepas mereka dilihat dalam keadaan yang mencurigakan.

“Hasil daripada pemeriksaan yang dilakukan, mereka yang bekerja di Shah Alam didapati gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri kepada pihak berkuasa.

“Oleh demikian, kita membawa mereka ke pejabat untuk pemeriksaan lebih lanjut dengan turut membuat pemeriksaan pada anggota badan sebelum menemui barang kemas dan wang tunai yang telah disembunyikan di dalam seluar dalam dua daripada tiga lelaki tersebut,” katanya.

Katanya, daripada soal siasat selepas penemuan barang kemas dan wang tunai tersebut, mereka dipercayai baharu sahaja pulang dari membeli barang kemas di Kuala Pilah sebelum singgah di Senawang.

“Tindakan suspek ketika ditahan kelmarin amat meragukan bagaimanapun, mereka telahpun ditahan dan akan  dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen untuk siasatan lanjut mengikut di bawah Sekyen 6 (1)(c) Peraturan-peraturan Imigresen 1959/63 kerana tiada  dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya.

Mayat wanita ditemui terapung di sungai


  • Mayat dibawa ke Jabatan Forensik HRPB untuk bedah siasat.Mayat dibawa ke Jabatan Forensik HRPB untuk bedah siasat.

IPOH – Mayat seorang wanita lengkap berpakaian tanpa pengenalan diri ditemui terapung di Sungai Pinji, berhampiran kawasan Taman Desa Pelancongan, Simpang Pulai, di sini, petang semalam.

Jurucakap polis berkata, mayat wanita dipercayai berusia lingkungan 40 tahun itu ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam yang melalui kawasan tersebut kira-kira jam 2 petang.

Katanya, polis meminta bantuan anggota Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai untuk mengeluarkan mayat ke tebing sungai.

Menurut sumber, hanya luka-luka kecil ditemui pada mayat tersebut dipercayai akibat terkena serpihan batu.

“Bagaimanapun, siasatan awal mendapati tiada kecederaan serius ditemui pada mayat wanita terbabit. Selain itu, mangsa turut memakai pelindung lutut (knee guard) di kakinya,” katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan akan dibedah siasat pada 10 Julai ini.

“Berikutan itu, beliau sesiapa yang kehilangan ahli keluarga atau rakan diminta tampil ke balai polis berhampiran dengan segera,” katanya.

Lelaki, anak saudara maut dalam nahas


10 Julai 2014

KUALA PILAH - Seorang anak saudara dan bapa saudaranya maut dalam nahas di KM19.5, Jalan Kuala Pilah-Tampin berhampiran persimpangan Rumah Rakyat Kuala Johol dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Azmi Abdul Rahim berkata mangsa dikenali sebagai Aman Shah Zakariya, 33, dan anak saudaranya Nor Suhaila Mohd Azizlan, 12.

Anak lelaki Aman Shah, Mohd Shahrul Iqwan, 6, pula cedera parah di kepala dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi itu.

"Kereta mereka dalam perjalanan dari Felda Palong 1 menuju Melekai, Johol apabila sebuah lori kelapa sawit dari arah bertentangan dipercayai hilang kawalan selepas mengelak sebuah motosikal, lalu merempuh kereta mereka," kata Azmi.

Beliau berkata Aman Shah tersepit di tempat duduk pemandu. Anaknya yang duduk di bahagian belakang tercampak keluar. - Bernama

Pekerja kelab malam cedera ditetak dua lelaki


10 Julai 2014

IPOH - Seorang pekerja kelab malam di bandar raya ini cedera di dahi akibat ditetak dua lelaki dalam pergaduhan di luar kawasan kelab malam itu awal pagi ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Ahmad Termizi Abdul Haq berkata, suspek berumur 22 dan 23 tahun berjaya ditahan polis di Greentown di sini pada pukul 4.35 pagi sejurus selepas kejadian hasil maklumat orang awam.

"Berlaku pergaduhan di antara suspek dan mangsa yang berumur 29 tahun di luar kelab malam. Dua lelaki yang membawa pedang samurai serta sebilah parang itu bertindak agresif terhadap mangsa dengan menetak mangsa di bahagian dahi," katanya kepada pemberita hari ini.

Katanya kedua-dua suspek ditahan reman selama enam hari bermula hari ini untuk siasatan.

Mangsa yang dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini menerima lapan jahitan di dahi, katanya. - Bernama

Tiga terbunuh dalam ribut taufan di Jepun

Ribut taufan Neoguri yang melanda Jeju sejak awal minggu ini. - Foto Reuters
Ribut taufan Neoguri yang melanda Jeju sejak awal minggu ini. - Foto Reuters
TOKYO – JEPUN. Sekurang-kurangnya tiga terbunuh dalam sebuah ribut taufan Neoguri yang melanda selatan Jepun malam tadi.

Pegawai Agensi Meteorologi  dipetik sebagai berkata, taufan tersebut melanda Pulau Okinawa terlebih dahulu sebelum membadai selatan Jepun.

“Angin kencang dan hujan lebat mula melanda perairan pantai bahagian barat Bandar Akune di selatan Pulau Kyushu pada jam 10 malam semalam,” katanya kepada sebuah portal.

Menurutnya, ribut yang melanda sejak awal minggu ini turut membawa kelajuan angin dari 25 km/jam hingga 126 km/jam.

Sehubungan dengan itu, kerajaan Jepun dilaporkan telah bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan kesemua pemimpin negara itu bagi membincangkan langkah terbaik bagi menangani ribut taufan yang kerap melanda di negara tersebut.

Salah seorang pegawainya berkata, ribut taufan Neoguri akan membawa hujan lebat serta akan menyebabkan banjir dan tanah runtuh, menjadikan kawasan petempatan yang didiami penduduk berada dalam keadaan bahaya.

Menurutnya lagi, susulan daripada ribut yang melanda pada awal minggu ini, pihak polis terpaksa mengeluarkan amaran kepada setengah juta punduduk bagi mencari perlindungan di Okinawa.

Wanita diragut depan rumah


9 Julai 2014


TUMPAT - Seorang wanita warga emas kerugian RM10,000 selepas seutas rantai leher emas miliknya diragut seorang lelaki dalam kejadian di rumahnya di depan Sekolah Kebangsaan Kok Pasir di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintenden Zaharudin Rasip berkata, dalam insiden pukul 7.45 pagi itu, Norsiah @ Siti Minah Baba, 66, sedang memandikan cucunya di depan rumah sebelum didatangi suspek.

"Mangsa yang terkejut dan curiga dengan kehadiran lelaki terbabit kemudian bertanyakan tujuan kedatangannya ke situ," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, suspek yang memandu kereta Proton Perdana itu kemudian terus menghampiri mangsa dan bertindak meragut rantai yang dipakai wanita berkenaan sebelum berlaku pergelutan.

Akibat pergelutan itu, mangsa rebah dan terbaring di halaman rumahnya buat beberapa ketika manakala suspek melarikan diri bersama barang kemas berkenaan.

Zaharudin berkata, anak mangsa yang menyedari kejadian itu bergegas ke halaman rumah untuk menyelamatkan mangsa.

Beliau berkata, mangsa sempat menjerit meminta tolong namun tidak didengari sesiapa kerana ketika itu, pembesar suara di sekolah berhampiran sedang memainkan lagu Negaraku.

Zaharudin berkata, pihaknya sedang membuat siasatan lanjut berhubung kes ragut itu dan menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati bagi mengelak kejadian sama berulang. - Bernama

Tiga maut dalam tempoh 24 jam

Kereta Viva dan Honda City yang remuk teruk dalam kemalangan di Jalan Tok Kenali, Kubang Kerian, malam kelmarin.
Kereta Viva dan Honda City yang remuk teruk dalam kemalangan di Jalan Tok Kenali, Kubang Kerian, malam kelmarin.
KOTA BHARU - Dalam tempoh tidak sampai 24 jam, tiga maut termasuk dua beranak dalam nahas jalan di Jalan Tok Kenali, Kubang Kerian dan Wakaf Siku di sini, kelmarin.

Dalam kejadian pertama di Jalan Tok Kenali, jam 10.45 malam melibatkan ibu dan anak itu, kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan kereta lain.

Noor Aziemah Mat Ruki, 28, dan ibunya, Azizah Deraman, 49, maut di tempat kejadian setelah parah di kepala dan badan akibat pertembungan antara Perodua Viva dinaiki mereka dengan Honda City.

Ibu saudara mangsa, Rozita Yunus, 50-an, dan anak saudaranya dikenali sebagai Norain dilaporkan kritikal dan ditempatkan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Pemandu Honda City bersama isteri dan anak lelakinya yang dalam perjalanan dari rumah mereka di Pasir Tumboh ke bandar, cedera namun stabil.

Anak ketiga mangsa, Mohd Nor Azly Mat Ruki, 23, berkata, ibunya yang dipercayai keluar dari rumah jam 9.50 malam, memandu kereta terbabit, manakala kakak sulungnya, duduk di tempat penumpang hadapan.

“Mereka hantar anak saya (Nursalsabila, 9 bulan) ke rumah mertua di Pasir Tumboh kerana isteri saya (Norliza Salleh) tinggal di sana.

“Ibu dan kakak ke rumah mertua, untuk ambil anak saya. Tak sangka mereka pergi meninggalkan kami serentak. Ia berlaku hanya 500 meter dari rumah kami,” katanya di luar bilik unit forensik HUSM.

Mohd Azly berkata, dia hanya menerima panggilan telefon daripada abangnya, Noraziman, 25, sejurus selepas kejadian dan ketika itu dia baru habis kerja sebagai jurujual.

“Di lokasi, saya lihat mayat kakak dan ibu ditutup dengan kain,” katanya.

Mayat dibawa ke hospital untuk bedah siasat.

Sementara itu, dalam kemalangan di Wakaf Siku, kira-kira jam 11.30 malam, mangsa, Mohammad Amirul Hashim yang duduk di sebelah pemandu, maut di tempat kejadian selepas kereta jenis Toyota Avanza yang dipandu rakannya, Wan Muhammad Aisraf Solahhudin terbabas di atas susur jambatan Sultan Yahya Petra di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman mengesahkan menerima kedua-dua laporan kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Ratapan Ramadan di bumi Gaza

Kanak-kanak parah dalam bedilan di Khan Yunis, kawasan serangan paling dahsyat. - Foto: AFP
Kanak-kanak parah dalam bedilan di Khan Yunis, kawasan serangan paling dahsyat. - Foto: AFP
GAZA - PALESTIN. Ketika umat Islam di seluruh dunia gembira menjalani puasa dan tarawih, ribuan saudara Islam di bumi Palestin meratap hiba dan menyelamatkan diri dari serangan roket bertubi-tubi sejak malam kelmarin.

Serangan dalam bulan Ramadan ini bukan kali pertama dilancarkan Zionis. Serangan pertama pernah berlaku ketika Intifada Pertama pada 8 Disember 1987 hingga 13 September 1993 iaitu dalam tempoh enam tahun.

Ini bermakna penduduk Gaza pernah berhadapan situasi getir sebanyak enam kali Ramadan dan serangan digelar Operasi Perlindungan Sempadan yang berlaku Isnin lalu adalah kali ke tujuh.

Dalam serangan lebih 72 jam itu, dilaporkan oleh beberapa media bahawa angka korban mencecah lebih 40 nyawa dengan ratusan cedera parah selepas Zionis menyasarkan 160 kawasan di Genting Gaza dengan menggunakan 90 roket.

Bedilan dan serangan
Semalam, Ketua operasi Jeneral Moti Almoz berkata, serangan akan ditingkatkan ke 430 kawasan di Gaza dengan 118 lagi roket bakal dilancarkan

“Sasaran termasuk 120 pelancar roket tersembunyi di 10 kubu kuat dan kawalan pusat Hamas serta terowong, katanya.

Media tempatan melaporkan, sejak serangan meningkat kelmarin, kepulan asap roket membedil bangunan dan rumah dapat dilihat.

Sekurang-kurangnya lima roket rejim Zionis dapat dipintas melalui sistem anti-peluru berpandu Iron Drone dan berbanding 24 yang dilancarkan dalam tempoh 24 jam.

Sementara itu, Kumpulan pejuang Hamas Briged Ezzedine al-Qassam mendakwa, mereka dapat melakukan beberapa pintasan roket dan melancarkan serangan balas roket M75 di pusat komersil Israel.

Bagaimanapun media Barat melaporkan, Hamas mula bergerak untuk melakukan cubaan serangan laut dengan menggunakan roket jarak jauh Meal untuk membedil Tel Aviv dan bandar di utara Hadera iaitu kira-kira 100 kilometer (km) dari Gaza.

“Hamas melakukan kejutan selepas berjaya mengenal pasti ‘kawasan paling lemah’ untuk menyerang Israel,” menurut laporan itu.

Tentera Israel pula mendakwa, lebih 40 roket dilancarkan ke selatan wilayah yang didudukinya hanya dalam tempoh beberapa jam dan 30 darinya didakwa jatuh di wilayahnya.

Difahamkan, siren kecemasan kedengaran di 10 lokasi termasuk di Beit Shemesh yang terletak 80 kilometer dari Genting Gaza.

Manakala 16 roket mengena bandar Beersheva, kira-kira 40 km dari Gaza.

Briged Ezzedine al-Qassam mengaku bertanggungjawab di atas serangan terbabit sebelum Israel melancarkan serangan balas udara tidak kurang dari 30 sasaran di Rafah.

40,000 tentera Zionis siap siaga
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengesahkan seramai 40,000 tenteranya bersiap sedia untuk melancarkan serangan darat.
Jumlah itu sudah diluluskan oleh Kabinet Israel kelmarin ketika Zionis melancarkan bedilan.
Jika benar dakwaan itu maka, kejadian ini bakal mengulangi Intifada kedua yang berlaku pada 2000 hingga 2005 hingga menyebabkan 3,354 nyawa terkorban.
Gaza guna roket buatan Syria 

Media melaporkan, Briged Ezzedine al-Qassam menggunakan roket buatan Syria M302 seberat 120 kilogram yang boleh menembak pada jarak 100 km.
Mac lalu, Tentera Laut Israel, Shayetet 13 merampas kapal Klos C sarat dengan peluru berpandu jarak jauh M302 yang belayar dari Iran ke Sudan.
Difahamkan, pelayaran itu mempunyai kaitan dengan cubaan penyeludupan dilakukan Briged Ezzedine al-Qassam.
Selain M302, terdapat juga peluru berpandu jarak sederhana buatan Iran, Fajr-5 dan pelbagai roket jarak dekat.
Punca serangan

Serangan ini adalah perkembangan terbaharu paling buruk sejak November 2012.
Situasi kembali memuncak selepas insiden seorang remaja Palestin diculik dan dibunuh kejam oleh pelampau Yahudi minggu lalu.
Remaja terbabit dikatakan telah dibakar oleh kumpulan pelampau terbabit. Kejadian itu adalah serangan balas Jun lalu apabila Israel mendakwa kumpulan Hamas menculik tiga remaja di Tel Aviv.
Namun, sehingga kini Israel belum memberikan sebarang bukti terhadap tuduhan terbabit.

Apa juga yang berlaku di Gaza kini turut dirasai rakyat di Malaysia. Jika dilihat, punca sebenarnya serangan adalah selepas Hamas dan Fatah berjaya bergabung membentuk kerajaan perpaduan.
Perkara itu paling membimbangkan Israel dan Amerika Syarikat dan akhirnya menjadi kenyataan jua.
Namun, Zionis lebih senang untuk memberi alasan bahawa serangan itu dilakukan susulan kes penculikan tiga remaja. Tetapi, di manakah logiknya jika kehilangan tiga remaja Israel itu boleh mengheret kepada serangan satu wilayah Gaza?

Peluk erat anak sambil menangis

Motosikal yang dinaiki mangsa dan Toyota Innova rosak teruk selepas bertembung dalam kemalangan di Kampung Batu 4 Binjai, awal pagi semalam. Gambar kecil: Muhamad Hafiz
Motosikal yang dinaiki mangsa dan Toyota Innova rosak teruk selepas bertembung dalam kemalangan di Kampung Batu 4 Binjai, awal pagi semalam. Gambar kecil: Muhamad Hafiz
KEMAMAN – “Lepas siap berbuka puasa semalam, suami tiba-tiba peluk erat dua anak kami sambil air matanya bercucuran,” kata Norahimah Endut, 32, yang tidak menduga sikap aneh itu menjadi petanda dua anaknya akan kehilangan bapa.

Suaminya, Muhamad Hafiz Abd Ghani, 27 yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Klinik Kesihatan Batu 2 ½ di Jalan Air Putih maut serta merta di lokasi kejadian apabila motosikal Modenas ACE 115 yang ditunggangi sendirian bertembung dengan sebuah kenderaan jenis Toyota Innova  dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi semalam.

Akibatnya, mangsa cederaan parah di kepala dan badan serta motosikalnya rosak teruk, namun pemandu lelaki Toyota Innova itu yang berusia lingkungan 30-an tidak mengalami sebarang kecederaan biarpun kenderaannya turut rosak.

Nahas di Kilometer 6 Jalan Chukai–Air Putih di Kampung Batu 4 Binjai itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan ke tempat kerjanya selepas pulang mengambil air minuman di rumahnya.

Menurut Norahimah, biarpun perilaku suaminya agak pelik namun tidak terlintas di fikirannya suaminya itu akan meninggal dunia.

“Arwah sebelum ini tak pernah peluk anak sambil air mata berlinangan begitu sebab sibuk dengan kerjanya dan sentiasa mengejar masa, lebih-lebih lagi arwah juga kerap kerja lebih dari lapan jam sehari.

“Waktu arwah peluk anak sulung, Puteri Daniel, 8, dan anak bongsu, Putera Danies, 4, saya pandang sahaja. Saya tak sangka itulah dakapan terakhir arwah buat anak-anak.

“Ujian ini cukup besar bagi saya sekeluarga, namun saya reda kerana ALLAH lebih sayangkan arwah,” katanya sebak ketika ditemui di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Kemaman.

Selepas berbuka puasa, mangsa kemudiannya keluar bekerja kira-kira jam 8 malam sebelum menghubungi isterinya semula lebih kurang jam 1 pagi dan memberitahu mahu pulang awal ke rumah untuk mengambil air minuman.

Katanya, kebiasaannya arwah suaminya yang baru tiga bulan bekerja di klinik kesihatan itu pulang bersahur di rumah.

“Arwah sebelum ini bertugas sebagai pengawal keselamatan di sekolah di kawasan Felda Seberang Tayor,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam mengesahkan menerima laporan kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Gigit tangan perompak


Kuala Lumpur: Seorang pengurus sebuah kedai serbaneka terpaksa menggigit tangan seorang perompak bersenjatakan parang dalam usaha mematahkan cubaan suspek melarikan wang tunai miliknya berjumlah RM7,000.
Dalam kejadian jam 1 tengah hari semalam, mangsa yang berusia 21 tahun dirompak penjenayah berhampiran kawasan Jinjang, Sentul, di sini, ketika sedang dalam perjalanan menuju ke bank berhampiran. 
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munasamy berkata, kejadian berlaku ketika mangsa mahu memasukkan wang hasil jualan kedainya selama dua hari ke dalam bank. 

Katanya, dua penjenayah yang menaiki motosikal dikatakan muncul mendadak sebelum cuba meragut beg dibawa mangsa.
Foto
KEADAAN tangan mangsa yang cedera ditetak penjenayah.

“Mangsa yang ketika itu mahu masuk ke dalam keretanya cuba melawan penjenayah. Dia bertindak menggigit sekuat hati tangan suspek menyebabkan penjenayah terpaksa melepaskan beg mangsa.


Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/10

Batal 91 lesen jualan langsung


Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad dan Amran Yahya

Kuala Pilah : Sebanyak 91 lesen lesen syarikat jualan langsung atau pemasaran pelbagai peringkat (MLM) yang melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid (AJLSAP) 1993 termasuk menipu pelanggan, dibatalkan dari 2003 hingga 1 Julai lalu.




Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hasan Malek berkata, pihaknya memandang serius kesalahan itu dan membuka 335 kertas siasatan dari 2008 hingga 1 Julai lalu membabitkan rampasan berjumlah RM7.99 juta.

"Apabila terlalu ramai orang terbabit, sudah tentu ada pihak tidak bertanggungjawab cuba mengaut keuntungan mudah dan cepat melalui penipuan.


"Kita mengawal aktiviti itu menggunakan AJLSAP 1993. Antara kesalahan sering dilakukan ialah membuat perubahan lesen seperti nama, alamat syarikat dan pemegang saham, mengemukakan maklumat palsu semasa atau pada bila-bila masa selepas pemberian lesen dan menyebabkan kepentingan pelanggan atau pihak yang berurusan terancam," katanya pada sidang media selepas majlis berbuka puasa bersama masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Menanti dan Yayasan Sahabat di sini, malam ini.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Pilah berkata, mengikut Seksyen 4 AJLSAP 1993, individu yang menjalankan perniagaan jualan langsung tanpa lesen boleh didenda RM250,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama, manakala bagi kesalahan berikutnya denda RM500,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya.

Katanya, syarikat yang didapati bersalah pula berdepan denda RM1 juta bagi kesalahan pertama dan RM2 juta bagi kesalahan berikutnya.

"Mengikut Seksyen 27b akta sama, individu yang menjalankan perniagaan menggunakan skim piramid boleh didenda antara RM500,000 hingga RM5 juta atau lima tahun penjara atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama, manakala bagi kesalahan berikutnya denda RM1 juta hingga RM10 juta atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya.

"Bagi syarikat pula, denda kesalahan pertama ialah RM1 juta hingga RM10 juta dan kesalahan berikutnya denda RM10 juta hingga RM50 juta," katanya.

Mengulas lanjut, Hasan berkata, Industri Jualan Langsung (IJL) di negara ini adalah berdaya saing dalam menjana pendapatan negara dan menjadi antara penyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

"Dalam Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8), industri ini menyumbang RM23.4 bilion dan meningkat 15.9 peratus atau RM27.13 bilion dalam RMK-9 (2006-2010).

"Pada 2012, industri ini menyumbang RM9.76 bilion kepada ekonomi domestik dan kita menjangkakan ia meningkat kepada RM12 bilion pada tahun ini," katanya.

Beliau berkata, pihaknya menjangkakan IJL akan terus berkembang dengan sasaran sumbangan berjumlah RM54.5 bilion dalam RMK-10 (2011-2015).

"Unjuran ini berdasarkan pertumbuhan memberangsangkan industri ini yang mencatatkan peningkatan jualan setiap tahun. Untuk rekod setakat ini 452 syarikat jualan langsung berdaftar di seluruh negara," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/10

Tragedi pelamin berdarah


Kota Bharu: “Arwah akan menyambut dua menantu selepas Aidilfitri ini dan salah seorang menantu itu adalah bakal suami anaknya yang meninggal dunia bersama dia,” kata Lijah Man, 81, ibu kepada Azizah Deraman, 49, yang maut bersama anak sulungnya dalam kejadian kemalangan di Jalan Wakaf Stan, di sini, kelmarin.
Kejadian jam 10.45 malam itu menyebabkan Azizah dan anaknya Noor Aziemah Mat Ruzki, 28, meninggal dunia di tempat kejadian kerana parah di bahagian badan dan kepala akibat tersepit. 
Lijah berkata, Azizah yang juga ibu tunggal sudah mula melakukan persiapan untuk majlis perkahwinan anak bongsunya Nor Amira Elena, 20, yang dijadualkan berlangsung Oktober ini. 

“Malah, arwah Noor Aziemah juga bakal menjadi raja sehari apabila merancang bertunang Mei depan. Malangnya dia terbabit dalam kemalangan ini dan kami sekeluarga sangat sedih mengenang majlis yang tidak disertai mereka,” katanya di sini, semalam.
Foto
AHLI keluarga mangsa tidak dapat menahan sebak sejurus tiba di lokasi kejadian.

Warga emas itu ditemui selepas majlis pengebumian jenazah di Tanah Perkuburan Pulau Raja dekat sini kira-kira jam 2.30 petang semalam.

Dalam kejadian itu, kereta Perodua Viva dipandu Noor Aziemah bersama tiga penumpang iaitu ibunya, kakak ipar Rozita Yunus, 49, dan anak Rozita, Nur Ain Afinie Abdullah, 8, dari arah Kubang Kerian menghala ke Wakaf Stan bertembung dengan Honda City yang dipandu Muzainuha Mohamed, 33. 

Pertembungan itu mengakibatkan kedua-duanya maut, manakala Rozita patah kaki kanan dan Nur Ain Afinie koma. Turut cedera adalah Muzainuha selain isterinya Nor Hafiza Daud, 34, yang menduduki tempat duduk penumpang belakang serta anaknya Mohd Darwis, 4. 

Ibunya Zaiton Mohd, 55, dan adik Mardiah Mohamed, 26, serta seorang anak perempuannya Duratul Nasiha, 6, tidak mengalami kecederaan. 

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/10

Bala peragut tamak


Oleh Hadzlihady Hassan

Georgetown: Perasaan tidak puas hati dan tamak walaupun selepas memperoleh hasil ragut lebih RM4,000 dalam cubaan pertama membawa padah bagi seorang penoreh getah apabila dia ditahan ketika cuba meragut kali kedua dalam tempoh dua jam, petang kelmarin.

Dalam kejadian pada jam 2.30 petang itu, suspek berusia 39 tahun itu ditahan orang ramai selepas meragut beg tangan wanita warga Belgium di tepi jalan Lebuh Ah Quee, di sini.

Mangsa yang geram kerana beg tangannya diragut nekad mengejar suspek yang cuba menakutkan wanita berkenaan dengan mengeluarkan alat renjatan elektrik, tetapi tindakan itu akhirnya mengundang padah apabila orang awam yang melihat kejadian terbabit menahan suspek dan menyerahkannya kepada polis.

Ketua Polis Dearah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, mangsa pada mulanya merakam foto kenangan bersama rakannya di kawasan terbabit sebelum suspek meragut beg tangannya.

“Mangsa mengejar suspek, namun penjenayah berkenaan mengeluarkan alat renjatan elektrik dan cuba menakut-nakutkan wanita terbabit.

“Bagaimanapun, tindakannya itu menarik perhatian orang awam yang kemudian menahan suspek sebelum menyerahkannya kepada polis,” katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati suspek turut terbabit dalam kejadian ragut di Jalan Nagore, di sini, dua jam sebelum itu.

“Dalam kejadian itu, suspek meragut beg tangan seorang wanita berusia 35 tahun yang bekerja sebagai ejen insurans ketika mangsa baru turun dari keretanya.

“Beg terbabit mengandungi RM4,000 milik pembeli insurans serta dua telefon pintar milik mangsa dan polis turut menemui kembali barang diragut suspek daripada wanita itu,” katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan dan semakan mendapati suspek mempunyai 11 rekod jenayah lampau dan dia akan direman bagi membantu siasatan.

“Siasatan awal mendapati suspek berusia 39 tahun berasal dari Grik, Perak dan sudah berkahwin serta mempunyai dua anak.

“Suspek didapati bekerja sebagai penoreh getah dan dia kini ditahan bagi membantu siasatan,” katanya.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/10

Rebah lepas makan kuih


Oleh Amran Yahya

Kuala Pilah: “Selepas makan kuih itu (pulut panggang) mangsa pergi ke singki sebelum saya terdengar dia batuk beberapa kali lalu rebah ke lantai,” kata pekerja restoran N Jegan, 22, mengenai kejadian seorang pelanggan lelaki meninggal dunia secara tiba-tiba di sebuah restoran di pekan ini, petang kelmarin.

Kejadian mengejutkan itu berlaku jam 4 petang dan sebelum itu mangsa, Tee Wan Ka, 65, dikatakan datang ke restoran untuk makan kuih pulut panggang dibelinya di bazar Ramadan berhampiran.

Jegan berkata, dia perasan selepas makan kuih itu, Tee bangun menuju ke sinki yang terletak di penjuru belakang kedai untuk mencuci tangan.

“Beberapa pelanggan di dalam restoran cuba membantu dan selepas melihat keadaannya yang sudah tidak bergerak, seorang daripada mereka menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kuala Pilah dan Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) untuk bantuan,” katanya.

Katanya, mangsa disahkan mangsa meninggal dunia oleh kakitangan perubatan di tempat kejadian pada jam 4.30 petang dan mayatnya dibawa ke HTAN.

Menurut Jegan, rumah Tee terletak 50 meter dari restoran dan dia sering datang ke restoran itu untuk minum teh terutama pada waktu petang.

“Seorang ahli keluarga terdekat mangsa yang ditemui, beritahu Tee menghidap penyakit kanser kerongkong dan ini kemungkinan punca kematiannya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Superintendan Azmi Abdul Rahim berkata, polis tidak melakukan siasatan berikutan mangsa mempunyai rekod menghidap penyakit kanser kerongkong dan perkara itu disahkan keluarganya.

“Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/10

Dua ladang ternak ikan guna organ babi


Shah Alam: Jabatan Perikanan Negeri Selangor mengesan dua ladang ternakan ikan tidak berdaftar di negeri ini yang disyaki memberi organ babi sebagai makanan kepada ternakan mereka.

Pengarahnya, Sufian Sulaiman berkata, ladang berkenaan masing-masing terletak di Batu Arang dan Kuang, Rawang, memelihara ikan keli serta patin dan siasatan dilakukan selepas pihaknyamenemui bukti fizikal yang disyaki tulang babi sekitar kolam berkenaan.

“Kami menemui tulang tetapi kami perlu jalankan beberapa ujian untuk memastikan ia adalah tulang babi dan kita sedang menunggu keputusan ujian DNA terhadap tulang yang ditemui itu.

“Kami sudah memberi amaran kepada penternak supaya tidak melakukan kesalahan itu dan sekiranya amaran tidak diendahkan, tindakan tegas akan diambil termasuk menyita ladang ternakan mereka,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Mohd Sufian berkata, di Selangor terdapat lebih 10,000 kolam ternakan ikan yang berdaftar dan pihaknya akan terus membuat pemantauan di semua kolam ternakan secara lebih terperinci bagi mengelakkan hasil ternakan yang diberi makan babi dijual kepada umum.

“Pihak kami juga sedang mengenal pasti semula kolam ternakan yang ada di Selangor dan akan membuat pemeriksaan lanjut dari semasa ke semasa.

“Penternak perlu mematuhi Akta Makanan 1983 yang bertujuan melindungi orang awam daripada bahaya kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan menggunakan makanan dan perkara yang berkaitan dengannya supaya dapat memastikan hasil ternakan tiada unsur babi,” katanya.

Harian Metro semalam melaporkan, pemeriksaan yang dijalankan Jabatan Perikanan Perak terhadap sebuah kolam ternakan ikan patin yang kering berhampiran kawasan Lahat, menemui rangka dan serpihan tulang haiwan dipercayai babi.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/10

Hasrat raya bersama berkecai


Klang: “Memang tidak dinafikan perasaan saya sekarang sangat sayu kerana tahun ini saya berhasrat untuk beraya bersama Hafiz memandangkan sebelum ini arwah tinggal dengan keluarga angkat,” kata Siti Habibah Ismail, 38, ibu kepada Muhamad Hafiz Abd Ghani, 17, yang meninggal dunia akibat dibelasah bapanya 5 Julai lalu.
Katanya, sejak dari kecil, arwah tinggal dengan keluarga angkatnya di sini (Klang) dan ini tahun pertama mereka akan beraya bersama, namun hajat itu tidak kesampaian kerana arwah terlebih dahulu pergi meninggalkan kami. 
“Selain saya, sembilan lagi adik beradiknya turut masih merasai kehilangan abang sulung mereka tambahan lagi tragedi yang menimpa Hafiz berpunca kerana arwah mahu mencari kerja supaya dapat memberi mereka makanan yang lebih enak seperti kanak-kanak lain. 

“Saya reda dengan pemergian Hafiz, namun adik lelaki arwah yang berusia 16 tahun sangat merasa ketiadaan Hafiz kerana mereka berdua sangat rapat sepanjang arwah tinggal dengan kami sejak Oktober tahun lalu,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan wang sumbangan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Klang di Rantau Panjang, di sini, semalam.
Foto
BORHANUDIN menyampaikan sumbangan kepada Siti Habibah di rumahnya, semalam.

Menurutnya, dia bersyukur dan berterima kasih kepada individu dan organisasi yang prihatin memberi sumbangan kepada dia sekeluarga untuk meringankan beban ditanggung.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/10

Budak didera turut tak dibenar berbuka


Oleh Amir Abd Hamid dan Mohd Firdaus Ibrahim

Subang Jaya: Menyedihkan apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun menjadi mangsa penderaan ibu kandungnya apabila mangsa kerap ditampar dan dipukul berulang kali.

Mangsa turut tidak dibenarkan menjamah makanan ketika berbuka puasa oleh ibunya di rumah didiami di Putra Height, di sini.


Sumber berkata, dalam kejadian terbaru jam 6 petang Isnin lalu, suspek berusia 25 tahun yang bekerja sebagai kerani itu bertindak memukul mangsa kerana mendakwa anaknya didakwa sering menipu.

“Kecederaan dialami mangsa bagaimanapun menimbulkan tanda tanya guru taska tempat mangsa belajar di Seksyen 27, Shah Alam sebelum memaklumkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.


Sumber itu berkata, sepasukan pegawai dan anggota JKM yang bergegas ke rumah mangsa mendapati kanak-kanak malang itu ditinggalkan sendirian.


“Kanak-kanak itu dibawa ke JKM dan satu laporan polis dibuat berhubung kejadian itu,” katanya.

Susulan laporan itu, suspek yang bekerja di Shah Alam ditahan di rumahnya kira-kira jam 5 petang kelmarin selepas pulang dari kerja.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan suspek direman empat hari.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/10

Cirit bubur lambuk bazar Ramadan


Tanjung Karang: Lima lagi mangsa keracunan makanan akibat makan sajian dijual di bazar Ramadan dilaporkan di negeri ini menjadikan ia kes kedua dalam tempoh kira-kira 10 hari selepas kes pertama dilaporkan hari pertama Ramadan lalu.
Selepas kejadian menimpa sebuah keluarga di Taman Sri Muda, Shah Alam kini giliran dua keluarga di daerah ini menerima nasib sama, namun akibat juadah berbeza kerana kali ini punca kejadian dipercayai akibat bubur lambuk. 
Kelima-lima mangsa iaitu empat kanak-kanak dan seorang dewasa mengalami keracunan makanan selepas dipercayai menikmati bubur lambuk yang dibeli di pasar Ramadan, di sini, petang kelmarin. 

Akibatnya, mereka dirawat di Hospital Tanjung Karang (HTK) selepas muntah-muntah sehingga tidak bermaya selain mengalami kekurangan air dalam badan.
Foto
AZMI (kanan) bersama keluarga di HTK, semalam.

Pengarah HTK, Dr Mohd Zamri Saim, mengesahkan pihaknya sedang merawat lima pesakit yang dipercayai mengalami keracunan makanan dan sedang melakukan pemantauan dengan meletakkan pesakit di wad berisiko sederhana bagi memastikan mereka tidak mengalami masalahkekurangan air dalam badan.

“Mereka kini stabil dan akan mendapatkan sampel makanan yang disyaki untuk diuji. 

“Kita juga memaklumkan perkara ini kepada Inspektor Kesihatan dari Pejabat Kesihatan Kuala Selangor dan sudah dimaklumkan mereka sedang menjalankan siasatan dan mengambil keterangan daripada mangsa bagi mengesahkan punca keracunan makanan,” katanya. 

Sementara itu, bapa seorang daripada mangsa, Azmi Abdul Azis, 33, yang menetap di Taman Raja Musa, di sini berkata, dia tidak menyangka bubur lambuk yang dibeli untuk dua orang anaknya, Muhammad Zul Rayyan Nazmi yang berusia dua tahun dan Nurzulaikha Qystina, yang berusia lima tahun menyebabkan anaknya itu muntah-muntah dan mengalami cirit-birit hingga dikejarkan ke wad kecemasan HTK jam 1 pagi, semalam berkemungkinan mengalamin dihidrasi atau kekurangan air dalam badan.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/10

Suami tak tahu isteri meninggal


Kuala Terengganu: Empat beradik menyambut Aidilfitri tanpa belaian ibu tersayang tahun ini apabila wanita berkenaan maut dalam kemalangan di Kilometer 21.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Kelulut, di sini, jam 9 malam kelmarin.
Lebih memilukan apabila bapa kanak-kanak terbabit, Badrulhisham Bakar, 38, yang tidak mengetahui isterinya, Zuraiha Zainal Abidin, 34, meninggal dunia di tempat kejadian asyik bertanyakan keadaan wanita terbabit ketika dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini bersama empat anaknya yang turut mengalami kecederaan ringan.
Kemalangan membabitkan dua kereta termasuk milik kerabat Istana Terengganu, Tengku Nasruddin Tengku Mahmud, 41, dan sebuah motosikal itu turut meragut nyawa penunggang motosikal terbabit seorang lelaki Vietnam dikenali sebagai Le Ngoc Toan berusia 30 tahun.

Ibu saudara Zuraiha, Rosmaliza Kadir, 41, berkata, Badrulhisham dikatakan patah kaki kiri dan Muhammad Adam Muamzar, 6, cedera di kepala manakala tiga lagi anak mereka Muhammad Adam Wazif, 8, Nur Nia Dzaira, 4 dan Qaseh Eva Qaizara, 2, cedera ringan.
Foto
DUA kenderaan yang terbabit nahas remuk teruk.
Foto
PENUNGGANG motosikal maut di tempat kejadian.

“Badrulhisham berkali-kali bertanyakan kepada saya keadaan isterinya dan saya tidak sampai hati memberitahu kejadian sebenar kerana masih kebingungan serta trauma dengan apa yang terjadi,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik HSNZ, di sini, malam kelmarin.

Rosmaliza yang tinggal di Putera Jaya, Setiu berkata, dia dan suami, Aziz Yahya, 39, mengetahui kejadian menimpa anak saudaranya selepas menerima panggilan telefon daripada adiknya yang tinggal di Kuala Lumpur.

Menurutnya, ketika kejadian arwah yang tinggal di Pasir Mas, Kelantan dalam perjalanan ke rumah iparnya di Kampung Santong, Paka, Dungun dengan menaiki Proton Iswara dipandu suami bersama empat anaknya.

“Arwah bertolak dari Pasir Mas jam 3 petang dan berbuka puasa bersama keluarga di Pantai Batu Buruk sebelum meneruskan perjalanan ke Paka,” katanya.

Katanya, kali terakhir dia menemui arwah pada awal Jun lalu ketika pulang ke rumah keluarga di Kampung Durian Hijau, Kok Lanas, Kota Bharu.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/10

Kecoh lepas kalah


Penonton di Stadium The Meneiao di Belo Horizonte menitiskan air mata apabila pasukan mereka dimalukan dengan kekalahan 1-7 kepada Jerman dalam perlawanan separuh akhir Piala Dunia, sekali gus menamatkan impian untuk menjulang piala itu di negara sendiri. 
Gambar pergaduhan antara penyokong Brazil di stadium itu turut tersebar. 

Di samping itu, pasukan polis antirusuhan dikerah berjaga-jaga di beberapa bandar utama.
Foto
POLIS bertindak untuk mengawal ketenteraman selepas keganasan tercetus di Belo Horizonte selepas perlawanan.

Di Rio de Janeiro, polis dikejarkan ke pantai Copacabana berikutan laporan kejadian menembak.

Pihak berkuasa juga mengerahkan pasukan keselamatan ke Sao Paulo selepas penyokong bola sepak dilapor membakar sebuah bas. 

Di Recife, tempat Fifa Fan Fest diadakan, pergaduhan berlaku selepas gol ketiga Jerman dijaringkan. 

Pergaduhan juga dilapor berlaku dalam kalangan peminat Brazil dan Jerman yang menonton perlawanan itu di sebuah kelab malam di wilayah Belo Horizonte. 

Sekumpulan remaja dilapor menyerang dan merompak pelancong berhampiran hotel terkenal, Copacabana Palace. Polis menahan lapan orang dan menyifatkan keadaan dalam kalangan peminat di situ sebagai tegang. 

Presiden Dilma Rousseff, yang berdepan dengan pilihan raya Oktober depan dan diramalkan sukar mempertahankan jawatan itu selepas kekalahan pasukan tuan rumah, menulis di Twitter untuk mententeramkan rakyat Brazil. 

“Seperti kebanyakan rakyat Brazil, saya juga sedih dengan kekalahan ini. Tetapi jangan biarkan kekalahan itu memusnahkan kita. Ayuh, kita bangkit semula,” katanya. 

Sementara itu, akhbar tempatan menyifatkan kekalahan itu amat memalukan. 

Pasukan Brazil yang diketuai David Luiz diejek sebaik perlawanan berakhir, kekalahan paling teruk Brazil dalam sejarah bola sepaknya. 

Perlawanan itu juga menjadi acara sukan paling banyak dibincangkan di Twitter dengan 35.6 juta pesanan dihantar oleh pengguna. 

Ia juga mencatatkan rekod bagi paling banyak tweet seminit sebaik Sami Khedira menjaringkan gol kelima Jerman pada minit ke-29 dengan 580,166 tweet seminit. 

Empat gol dalam masa tujuh setengah minit mengejutkan peminat bola sepak, bukan saja di Brazil, malah di seluruh dunia. 

Di Sao Paulo, antara bandar raya terbesar Brazil, ribuan peminat berhimpun di Vila Madalena. 

Seorang peminat, Samir Kelvin memeluk tiang lampu sambil menangis: “Saya tidak ada apa lagi. Saya rakyat Brazil dan saya telah dimalukan.” 

Tidak jauh dari situ, seorang wanita, dengan terisak-isak berkata: “Memalukan. Sungguh me malukan.” - AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/10

Tragedi lewat malam


Dalam kejadian itu, Noor Aziemah Mat Ruki, 28, dan ibunya Azizah Deraman, 49, maut di tempat kejadian berikutan parah di kepala dan badan akibat pertembungan antara kereta Perodua Viva dinaiki mereka dengan sebuah kereta Honda City.
Pemandu Honda City bersama isteri dan anak lelakinya yang dalam perjalanan dari rumah mereka di Pasir Tumboh ke bandar, turut mengalami kecederaan tetapi tidak serius.

Mayat dua beranak terbabit dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk bedah siasat manakala tiga mangsa yang terselamat turut mendapatkan rawatan di hospital sama.
Foto
KEADAAN kereta yang bertembung mengakibatkan dua beranak terkorban di Jalan Tok Kenali, Kubang Kerian, malam ini.
Foto
MAYAT dua beranak yang dikeluarkan daripada kereta yang kemalangan.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu Anuar Mohd Taib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 10.48 malam.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kami dapati dua mangsa terbabit tersepit dalam kereta yang remuk teruk pada bahagian depan.

"Kami terpaksa mengambil masa 10 minit untuk mengeluarkan mayat mangsa," katanya
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/09

Dua maut potong tak lepas


Dungun: Dua maut manakala seorang lelaki dan anak lelakinya parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 21.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Kelulut, di sini, 9.10 malam tadi.
Mangsa yang maut seorang warga Vietnam, Le Ngoc Toan, 30, yang menunggang motosikal dan Zuraiha Zainal Abidin, 33, yang menaiki kereta Proton Iswara. 
Suami Zuraiha, Badrul Hisham Bakar, 39, parah selepas patah kaki kiri dan anak lelakinya Muhammad Adam Muamzar, 6, parah di kepala. 

Tiga lagi anaknya, Muhammad Adam Wazif, 8, Nur Nia Dzaira, 4, dan Qaseh Eva Qaizara, 1, cedera ringan dan menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
Foto
KEADAAN kereta Proton Iswara yang terbabit kemalangan.

Kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal Yamaha 110SS yang ditunggang warga Vietnam dipercayai memotong sebuah kenderaan sebelum bertembung dengan sebuah Kereta Mercedes Benz yang dipandu Tengku Nasruddin Tengku Mahmud, 41, dari arah bertentangan.

Pertembungan itu menyebabkan kereta terbabit terbabas ke kanan jalan lalu bertembung pula dengan kereta Proton Iswara yang datang dari arah Marang ke Dungun. 

Dua lagi penumpang kereta Mercedes Benz itu, bekas Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, Tengku Yusof Tengku Mahmud, 56, dan Penolong Pendaftar UiTM Dungun, Mohd Nasrul Nizam Mohd Nasir, 33, hanya cedera ringan. 

Ketua Polis Daerah Deputi Superintendan Risikin Satiman mengesahkan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/09

Gigit tangan perompak


Kuala Lumpur: Seorang pengurus sebuah kedai serbaneka terpaksa menggigit tangan seorang perompak bersenjatakan parang dalam usaha mematahkan cubaan suspek melarikan wang tunai miliknya berjumlah RM7,000.
Dalam kejadian jam 1 tengah hari semalam, mangsa yang berusia 21 tahun dirompak penjenayah berhampiran kawasan Jinjang, Sentul, di sini, ketika sedang dalam perjalanan menuju ke bank berhampiran. 
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munasamy berkata, kejadian berlaku ketika mangsa mahu memasukkan wang hasil jualan kedainya selama dua hari ke dalam bank. 

Katanya, dua penjenayah yang menaiki motosikal dikatakan muncul mendadak sebelum cuba meragut beg dibawa mangsa.
Foto
KEADAAN tangan mangsa yang cedera ditetak penjenayah.

“Mangsa yang ketika itu mahu masuk ke dalam keretanya cuba melawan penjenayah. Dia bertindak menggigit sekuat hati tangan suspek menyebabkan penjenayah terpaksa melepaskan beg mangsa.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/10

Parang makan tuan


Muar: Seorang penjenayah mengalami nasib malang kerana bukan saja dibelasah, termasuk dengan kerusi, malah cedera parah ditetak mangsanya dengan parangnya sendiri ketika cuba menyamun sebuah rumah di Tanjung Selabu, Sungai Raya, Bukit Pasir di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, Lau Teng Siew, 43, sendirian dalam rumah apabila mendengar pintu depan diketuk dan menyangka rakannya datang untuk membetulkan paip bocor menyebabkan dia membukanya.
“Secara kebetulan saya tidak mengunci jeriji besi sebaliknya hanya mengunci pintu kayu dan sebaik membuka pintu, tiba-tiba kepala ditetak menyebabkan darah mengalir di dahi hingga menutup penglihatan saya.

“Saya mencapai kerusi kayu dan memukul lelaki di depan saya beberapa kali hingga kerusi itu patah sebelum mencapai parang dipegangnya dan menetak lelaki itu,” katanya ketika ditemui di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini, semalam.
Foto
SUSPEK dibawa keluar dari wad kecemasan selepas diberikan rawatan.
Foto
Add caption

Menurutnya, dia tidak nampak dengan jelas kerana penglihatannya terganggu dengan darah namun terus memukul penyerangnya bertalu-talu sehingga semua tiga kerusi digunakan patah.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/10

Ugut bunuh diri mahu anak kekal di Australia

Ugut bunuh diri mahu anak kekal di Australia
Kanak-kanak Sri Lanka dalam kumpulan pencari suaka yang akan dihantar pulang oleh Australia menunggu di luar mahkamah majistret di Galle, kelmarin. - Foto AFP
 Sydney: Sekumpulan ibu di sebuah kem pencari suaka dilaporkan cuba membunuh diri untuk memastikan anak mereka dapat menetap di Australia, memberi tekanan kepada Perdana Menteri, Tony Abbott yang berkata bahawa beliau tidak akan terpedaya dengan ugutan moral.

Sydney Morning Herald berkata, wanita terbabit cuba membunuh diri masing-masing minggu ini selepas dimaklumkan bahawa mereka akan dibawa dari pusat tahanan di Pulau Christmas ke Papua New Guinea atau Nauru.

Mana-mana pencari suaka yang tiba di Australia selepas 19 Julai 2013 tidak boleh menetap di negara itu tidak kira sama ada mereka adalah pelarian sebenar.

Dihantar penahanan

Mereka sebaliknya akan dihantar ke kemudahan tahanan atau penempatan di kepulauan Pasifik.

Suruhanjaya Hak Asasi Kemanusiaan Australia berkata mereka menyedari bahawa tujuh wanita yang cuba membunuh diri, mengancam untuk membunuh diri atau mencederakan diri mereka sendiri di Pulau Christmas sejak dua hari lalu.
“Sejak beberapa minggu kami menyedari seramai 13 pencari suaka yang jatuh dalam kategori ini,” kata seorang jurucakap.

Dakwaan itu berlaku ketika Australia berhadapan dengan tekanan membabitkan dasar imigresen kontroversinya itu, dan Mahkamah Tinggi akan mengambil tindakan membabitkan 153 rakyat Sri Lanka yang masih ditahan.

Mereka pada masa ini ditahan dalam sebuah bot ketika peguam mempertikaikan bahawa mana-mana penghantaran pulang semula ke Colombo adalah tidak sah, kerana dibimbangi keselamatan mereka dalam perjalanan pulang.

Bot lain membawa 41 rakyat Sri Lanka sudah kembali. Orang dewasa dalam bot berkenaan kelmarin didakwa di sebuah mahkamah Galle kerana cuba untuk meninggalkan Sri Lanka secara haram. - AFP

Tentera bom kubu Taliban

 Tentera bom kubu Taliban
Rakyat Pakistan melarikan diri dari kawasan operasi tentera terhadap Taliban di Utara Waziristan dengan membawa barang menggunakan kereta sorong. - Foto AFP 
Peshawar: Lebih 800,000 penduduk melarikan diri daripada serangan tentera besar-besaran terhadap Taliban di sebuah kawasan puak Pakistan, kata pihak berkuasa semalam.

Berpuluh ribu keluarga meninggalkan kawasan puak Utara Waziristan ke bandar berhampiran Bannu.

Beratus-ratus lagi berpindah lebih jauh hingga ke bandar Lakki Marwat, Karak dan Dera Ismail Khan sejak serangan bermula pada pertengahan Jun.
Pegawai dari Pihak berkuasa Pengurusan Bencana FATA (FDMA) berkata mereka memeriksa sekiranya ada pertindihan pendaftaran yang akan mengurangkan angka berkenaan.

Pihak berkuasa tentera menggunakan kereta kebal dan pesawat di Utara Waziristan dan berikrar untuk menghapuskan kubu kuat yang digunakan pemisah untuk melancarkan serangan maut sejak beberapa tahun lalu.


Penduduk pindah
“Kira-kira 833,274 penduduk atau 66,726 keluarga berpindah dari Utara Waziristan berdaftar di bandar seperti Bannu dan Peshawar sehingga petang Selasa,”kata ketua pengarah FDMA, Arshad Khan kepada AFP.

Khan berkata sejumlah 361,459 adalah kanak-kanak dan 248,633 adalah wanita.


Serangan jet

Tentera berkata, jet turut melakukan pengeboman kelmarin dan memusnahkan tujuh tempat persembunyian pemisah di kampung Degan, kubu kuat militan Taliban, membunuh sekurang-kurangnya 13 pemisah.

Sehingga kini, 399 militan dan 20 askar terbunuh dalam serangan berkenaan, kata tentera.

Bagaimanapun wartawan dihalang ke kawasan itu menjadikan sukar untuk mengesahkan dakwaan tentera mengenai bilangan dan identiti mereka yang terbunuh.

Serangan dilancarkan pada 15 Jun selepas satu serangan dramatik di lapangan terbang Karachi bulan lalu membunuh berpuluh orang dan mengakhiri proses rundingan damai Taliban Pakistan.

Kawasan pergunungan berkenaan menjadi tempat persembunyian militan Islam sejak beberapa tahun, termasuk Al-Qaeda dan tempat asal Tehreek-e-Taliban Pakistan selain pejuang asing seperti Uzbek dan Uighur. - AFP