Search This Blog

Wednesday, July 9, 2014

Lambakan tulang babi jadi topik hangat

Gambar tulang haiwan yang dipercayai babi di dalam kolam seperti yang tersebar.
Gambar tulang haiwan yang dipercayai babi di dalam kolam seperti yang tersebar.
IPOH -  Jika tidak kerana saluran pembetung pecah, taktik pengusaha sebuah kolam menternak ikan air tawar di Jalan Ipoh-Batu Gajah, dekat Papan, di sini, menjadikan haiwan dipercayai babi sebagai makanan ikan patin tidak akan terbongkar.

Segala-galanya bermula menerusi pendedahan individu yang menyiarkan beberapa gambar penemuan tulang haiwan yang didakwa babi di laman sosial yang kemudiannya menjadi viral apabila dikongsi lebih 26,000 warga maya.

Individu yang bertanggungjawab mendedahkan maklumat itu, Mohamad Khirul Adnan Hamid, 26, berkata, penemuan awal kolam tersebut berpunca daripada maklumat diterima daripada seorang rakan tiga hari lalu.

“Yang disampaikan pada saya pada mulanya bukanlah kolam ikan patin seperti mana yang kita lihat, sebaliknya dia hanya katakan di situ ada sebuah lombong emas,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Mohamad Khirul  berkata, sebaik mendapat maklumat, dia bergegas ke tempat kejadian dan mendapati kawasan sekitar dipenuhi orang ramai pelbagai bangsa menangkap ikan.

“Seolah-olah seperti ada ‘pesta’ pada ketika itu, yang datang lihat pun ada, yang datang kutip ikan pun ada. Tapi, saya ada tegur kepada pengunjung Islam, jangan tangkap ikan tersebut, saya cakap ikan tu makan babi, mereka faham.

“Ketika itu juga saya terlihat lambakan tulang serta kepala babi di sekitar dan dalam kolam. Lebih mengejutkan adalah, saya dapat lihat dengan mata dan kepala sendiri,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di kolam berkenaan mendapati, tulang-tulang haiwan terbabit tidak begitu kelihatan berbanding gambar yang tersebar. Ketika itu, wakil Pejabat Perikanan Negeri Perak dan wakil Pejabat Daerah dan Tanah Kinta baru selesai membuat pemeriksaan di tempat itu.

Berdasarkan keluasan kira-kira 1 hektar, dianggarkan ribuan ikan air tawar khususnya ikan patin diternak di dalam kolam itu.


Terkejut, tak tahu

Penduduk, Ammar Mustaqim Ali, 23, berkata, walaupun sering menggunakan jalan utama berdekatan kolam ikan terbabit, dia langsung tidak tahu menahu akan kejadian yang berlaku sehinggalah ia disebarkan melalui laman Facebook, semalam (kelmarin).

“Memang tak tahu dan penemuan ini mengejutkan memandangkan selama ini saya anggap kolam itu kolam ikan biasa saja,” katanya.

“Bukan untuk lahirkan suasana yang kurang enak tetapi bagi saya seseorang penternak yang bertanggungjawab seharusnya menghormati kehidupan, pemakanan dan budaya seseorang Muslim,” katanya.


Siasatan awal dakwa tulang babi

Jabatan Perikanan Perak tidak menolak kemungkinan kolam ikan patin yang terletak di Jalan Ipoh-Batu Gajah dekat Papan, di sini, dipenuhi dengan timbunan tulang dan serpihan rangka babi.

Ketua Cawangan Pembangunan Akuakulturnya, Noraisah Hashim berkata, buat masa ini perkara terbabit belum boleh disahkan, namun berdasarkan anatomi bentuk struktur angka yang ditemui, pihaknya tidak menolak ia mirip haiwan berkenaan.

“Kalau dilihat dari pandangan mata kasar, anggapan kami ianya adalah serpihan tulang dan rangka babi namun kami belum boleh memberikan jawapan sebenar kerana perkara tersebut masih dalam siasatan,” katanya.

Noraisah berkata, pihaknya menerima laporan berhubung isu berkenaan kira-kira jam 2 petang kelmarin selepas ia tersebar secara meluas di laman media sosial Facebook.

“Kami menerima maklumat itu selepas beberapa kakitangan kami menyedari isu terbabit selepas ia dikatakan kecoh di Facebook.

“Oleh itu, beberapa pegawai dan anggota diarahkan ke tempat kejadian untuk membuat siasatan awal,” katanya.

Menurutnya, kolam ikan patin itu juga merupakan sebuah kolam semula jadi yang digunakan pemilik untuk menternak pelbagai spesies ikan air tawar terutamanya jenis patin.

“Daripada bangkai yang ditemui kami percaya pemilik menternak ikan daripada jenis patin, namun terdapat juga ikan air tawar sepertitalipia, belida dan haruan yang turut ditemui di dasar kolam.

“Malah, kolam itu juga menggunakan air bukit berhampiran sebagai sumber kolam berkenaan,” katanya.


Sukar siasat: JAIPK

Sementara itu, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) mengesahkan mengetahui tentang kejadian berkenaan, bagaimanapun belum ada sebarang tindakan dibuat.

Menurut sumber jabatan berkenaan, pihaknya masih meneliti perkara tersebut bagi melihat bidang kuasa tugas untuk mengendalikan isu itu.

“Jika kolam berkenaan berdaftar dan ada memohon sijil halal, kita akan bertindak. Tetapi jika ia tidak berdaftar, maka sukar untuk kita bertindak.

“Kita tidak boleh bertindak di luar bidang kuasa. Kolam ini milik persendirian dan terpulang kepada pemilik bagaimana untuk mengusahakannya. Takkan kita nak pergi sita,” katanya.

Menurutnya, cuma inisiatif yang akan buat mungkin mengadakan perbincangan dengan pemilik kolam untuk menjalankan penternakan mengikut garis panduan Islam.


Jangan takut jika

sudah termakan Umat Islam tidak perlu takut jika sudah termakan sesuatu sumber yang tidak diketahui telah tercemar dengan unsur najis seperti babi.

Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, sumber tersebut masih dalam kategori yang harus dimakan jika makanan utama bercampur antara yang najis dan bukan najis.

“Keadaan ini termasuk dalam konsep istihlak iaitu pencampuran najis yang sedikit dan najis yang banyak, jika ikan tersebut makan benda suci lebih banyak daripada benda najis, maka ia tidak menjadikan seluruh tubuhnya menjadi najis dan masih harus untuk dimakan.

“Bagi yang memang sumber makanan tersebut hanya memakan babi, dan umat Islam tidak tahu serta termakan, ulama sepakat mengatakan mereka dimaafkan,” katanya, semalam.

Beliau mengulas mengenai dakwaan sebuah kolam menternak ikan air tawar di Ipoh yang didakwa menggunakan bangkai babi sebagai makanan ikan.

Menurutnya, dalam kes ini konsep Istihalah juga boleh berlaku (proses perubahan zat yang membolehkan bahan-bahan haram berubah menjadi halal) kerana ia telah diproses dan berlaku secara semula jadi tanpa ada campur tangan manusia sehingga menjadikan ia harus dimakan.

Pasangan suami isteri maut kemalangan

Keadaan kemalangan maut membabitkan dua buah kenderaan yang melekat sehingga
keempat-empat mangsa tersepit di Kilometer 35 Jalan Tampin-Gemas, dekat Kampung Tenai,
semalam. Gambar kecil: Mahusin dan Rahama.
Keadaan kemalangan maut membabitkan dua buah kenderaan yang melekat sehingga keempat-empat mangsa tersepit di Kilometer 35 Jalan Tampin-Gemas, dekat Kampung Tenai, semalam. Gambar kecil: Mahusin dan Rahama.
TAMPIN – Tiga termasuk pasangan suami isteri maut apabila kereta dinaiki mereka bertembung sesama sendiri di Kilometer 35 Jalan Tampin - Gemas, dekat Kampung Tenai, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira 1.25 petang itu, Mahusin Dollah, 51, maut di lokasi kejadian, manakala isterinya, Rahama Mohd Salleh, 57, disahkan meninggal dunia di wad kecemasan dan trauma Hospital Tampin, selepas kereta jenis Proton Iswara dinaikinya bertembung sebuah Proton Satria.

Sementara anak pasangan berkenaan, Norasyikin Mahusin, 18, cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Tampin bagi rawatan lanjut.

Kesemua mangsa beralamat di Rumah Pangsa Murah, Jalan Harmoni 14, Taman Harmoni Kajang, Semenyih, Selangor.

Jurucakap polis berkata, seorang lagi yang maut adalah pemandu Proton Satria yang masih belum dikenalpasti identiti.

"Pemandu Proton Satria itu disahkan maut di wad kecemasan dan trauma Hospital Tampin. Bagaimanapun, kita menjumpai banyak kad nama Abd Halim Md Jhom dalam kereta itu.

“Berdasarkan siasatan awal, kereta dipandu Mahusin dipercayai gagal memotong kenderaan lalu bertembung dengan Proton Satria itu," katanya di lokasi kejadian, semalam.

Sepasukan anggota bomba diketuai  Pegawai Bomba Kanan II Abu Omar Abdullah begegaske lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.

Menurut Abu Omar, anggota bomba mengambil masa hampir setengah jam bagi mengeluarkan keempat-empat mangsa yang tersepit di dalam kereta.

“Kita mengeluarkan anak mangsa (Norasyikin) yang tersepit di tempat duduk belakang penumpang terlebih dahulu memandangkan mangsa masih lagi sedar dan lebih mudah untuk dikeluarkan.

“Kemudian, kita mengeluarkan Rahama diikuti pemandu kereta Proton Satria dan terakhir Mahusin memandangkan dia sudah disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan," katanya.

Sementara itu, saksi kejadian, Mohd Hafizuddin Amin, 25, berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan dari Gemencheh menuju ke arah Gemas dan terlihat di cermin sisi serta pandang belakang keretanya sebuah kenderaan cuba memotong keretanya.

"Kejadian berlaku sekelip mata. Pada masa itu azan Zuhur sedang berkumandang di radio.  Alih-alih saya dengar bunyi benda meletup dan melihat cermin dari cermin sisi tingkap asap putih dari kenderaan yang bertembung serta melekat," katanya.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Wooi Kooi Cheang mengesahkan kejadian.

Mayat kesemua mangsa dihantar ke Hospital Tampin untuk bedah siasat.

Lelaki maut dilanggar lari

Keadaan Saga BLM bertembung dengan Saga biru di simpang keluar masuk Melang.
Keadaan Saga BLM bertembung dengan Saga biru di simpang keluar masuk Melang.
KUALA PILAH – Seorang lelaki yang menjadi mangsa langgar lari maut selepas motosikal ditungganginya bergesel dengan sebuah kereta di Kilometer 17, Jalan Tampin-Bahau, malam kelmarin.

Mangsa, G Mariappan, 31, yang cedera parah di kepala meninggal dunia jam 12.15 malam selepas disahkan oleh pihak Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Azmi Abdul Rahim berkata, dalam kejadian kira-kira 10.30 malam, mangsa merupakan penunggang motosikal Honda EX5 bersama pemboncengnya, N Maruthamuthu, 47, dari arah Bahau menuju ke arah Tampin.

“Bagaimanapun setibanya di tempat kejadian, motosikal mangsa telah bergesel dengan sebuah kenderaan yang belum diketahui jenisnya dari arah sama.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa dan pembonceng hilang kawalan lalu terbabas memasuki laluan bertentangan sebelum tercampak beberapa meter ke bahu kanan jalan tersebut.

“Mangsa dikejarkan ke HTAN bagi menerima rawatan bagaimanapun disahkan meninggal dunia selepas itu. Manakala, pembonceng pula patah kaki kiri dan kini di rawat di HTAN,” katanya di temui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah, semalam.

Katanya, saksi kejadian boleh terus menghubungi pihak polis di Bahagian Trafik IPDKP di atas talian 06-4842222 sambungan 310 kepada Inspektor Kusmass bagi membantu siasatan lanjut.

Dalam perkembangan lain  katanya, empat kereta rosak teruk selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 2, Jalan Melang-Kuala Pilah berhadapan bazar Ramadan Melang, 5.10 petang kelmarin.

Menurut Azmi, kereta Nissan Sunny dipandu Mohd Farizal Ismail, 28, hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan apabila mengalami kerosakan di bahagian stereng.

“Kenderaan itu telah bergesel dengan sebuah kereta proton Saga BLM hingga menyebabkan kereta itu berpusing lalu memasuki laluan bertentangan, sebelum melanggar sebuah kereta jenis Kia Spectra yang berada di tepi jalan tersebut serta sebuah kereta Proton Saga yang kebetulan mahu keluar simpang Melang ke arah kanan jalan,” katanya.

Kata Azmi, akibat pelanggaran itu, keempat-empat kereta terbabit rosak teruk di bahagian depan serta pintu pemandu.

"Kesemua pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Sehubungan itu, Azmi menasihatkan kepada pengguna jalan raya supaya melakukan pemeriksaan kenderaan terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan.

“Saya berharap, semua pemilik kenderaan perlu lebih berwaspada serta melakukan pemeriksaan kenderaan secara terperinci sebelum mulakan perjalanan bagi mengelakkan kemalangan berlaku,” katanya.

Azizul Raheem bebas

Shalwati dan suaminya, Azizul Raheem.
Shalwati dan suaminya, Azizul Raheem.
KUALA LUMPUR - Pegawai Tourism Malaysia di Sweden, Azizul Raheem Awalludin yang dipenjara di negara itu kerana memukul anaknya, akan dibebaskan pada 5 petang ini (waktu Malaysia).
      
Perkara itu disahkan Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin ketika dihubungi Bernama hari ini.

"Pegawai Wisma Putra dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan membawa balik Azizul ke kedutaan kita di sana. Pada masa yang sama, kita juga memohon supaya Azizul dapat bertemu dan melawat Shalwati (isterinya) secepat mungkin.

"Ini kerana dijangkakan pada 15 Julai ini, Azizul akan pulang ke Malaysia," katanya.

Azizul Raheem dijatuhi hukuman penjara kerana memukul keempat-empat anaknya sejak September 2010, dan telah menjalani hukuman tiga bulan di Sweden bermula 28 Mac lepas.

Mahkamah Daerah Solna di Stockholm menjatuhi hukuman penjara 10 bulan terhadap Azizul Raheem dan 14 bulan terhadap isterinya, Shalwati Norshal bagi kesalahan itu.

Bagaimanapun mahkamah mengurangkan hukuman penjara apabila masing-masing hanya perlu menjalani satu pertiga daripada jumlah hukuman itu.

Shalwati, seorang guru yang sedang bercuti tanpa gaji, akan dibebaskan tiga bulan lagi.

Empat anak pasangan itu yang pada mulanya diletakkan di bawah jagaan keluarga angkat bukan Islam kerana kes berkenaan, telah diserahkan kepada Kedutaan Malaysia di sini pada 30 Januari lepas.

Mereka pulang ke Malaysia pada 31 Januari lepas dan kini dijaga oleh ibu dan bapa saudara mereka di Kelantan.

Hamzah berkata, kes itu tidak menjejaskan hubungan dua hala Malaysia-Sweden sebaliknya kerjasama semakin erat dan kukuh antara kedua-dua negara. - Bernama

Kunci mangsa rogol: Suami isteri antara ditahan

kes rogol
MELAKA - Pasangan suami isteri antara enam individu yang ditahan bagi membantu siasatan kes wanita mangsa rogol yang ditinggalkan di premis berkunci di Taman Seri Krubong di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman berkata, suami isteri berusia 32 dan 26 tahun yang dipercayai dalang kes terbabit ditahan di dua lokasi berasingan bermula 6.40 petang semalam.
"Lelaki tersebut ditahan di pekan Rembia, Alor Gajah manakala isterinya menyerah diri di Balai Polis Rembia beberapa jam selepas penahanan suaminya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata siasatan awal polis mendapati lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu memiliki dua rekod jenayah lampau melibatkan ugutan jenayah dan dadah.
Katanya empat lagi lelaki berusia 55 hingga 62 tahun kemudian ditahan bagi membantu siasatan dengan dua daripadanya masing-masing menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah dan Balai Polis Rembia manakala dua lagi ditahan di rumah mereka di Taman Seri Krubong dan Durian Tunggal.
Salehhudin berkata kesemua mereka ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (Akta 670). - Bernama

Diesel dirompak dari 'MT Ai Maru' bukan seludup

Minyak

PUTRAJAYA - Minyak diesel sebanyak 700,000 liter bernilai RM2.1 juta, yang dirompak dari kapal tangki 'MT Ai Maru' ditawan lanun di 31 Batu Nautika Timur Tanjung Sedili, Johor pada 15 Jun lepas, bukannya diesel seludup tetapi dibawa sebuah kapal tangki super di Singapura.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Datuk Mohd Puzi Ab Kahar berkata, ia berdasarkan penelitian terhadap dokumen yang dikemukakan pengurus kanan syarikat kapal Singapura yang memberikan kerjasama kepada Maritim Malaysia untuk menjalankan siasatan.

Beliau berkata, 14 anak kapal warga Thailand dan kapten warga Indonesia, yang sebelum ini ditahan untuk siasatan penglibatan orang dalam, juga dibenarkan pulang minggu lepas.

Dalam kejadian 8 malam itu, kapal berkenaan yang didaftarkan di Honduras dan dalam perjalanan dari Singapura ke Kemboja, telah dirampas kumpulan lanun yang dilaporkan menggunakan bot laju.

Sebanyak 700,000 liter minyak diesel telah dipam ke dalam sebuah kapal yang tidak dapat dipastikan.

Mohd Puzi berkata, siasatan masih dijalankan terhadap bahan bukti yang ditemui di atas kapal itu iaitu sarung parang dan satu kelongsong peluru kosong.

Menurutnya tangkapan terhadap lanun terlibat juga sukar dilakukan kerana memerlukan kerjasama dengan negara lain.

APMM sedang mengumpulkan semua dokumen berkaitan kejadian itu bagi melengkapkan siasatan, yang kini mencapai 50 peratus, katanya. - Bernama

Lelaki Kemboja dipukul, van dibakar

Van yang dibakar dalam kejadian terbabit.
Van yang dibakar dalam kejadian terbabit.
KOTA BHARU - Seorang lelaki warga Kemboja bukan sahaja dipukul malah van yang dinaikinya dibakar selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Banggol, Pantai Cahaya Bulan di sini pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, mangsa, Manan Lah yang menaiki van terbabit dipercayai dari arah Pantai Cahaya Bulan ke Kota Baharu.

Mangsa dilaporkan melanggar sebuah motosikal yang dinaiki sepasang suami isteri serta anak mereka yang berusia lapan bulan dari arah yang sama ketika cuba memotong sebuah kenderaan di hadapannya.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, menurut saksi yang ditemui, mangsa tidak nampak motosikal dinaiki suami isteri dan anaknya ketika memotong.

“Akibat kejadian itu, keluarga pemilik motosikal berkenaan datang memukul lelaki terbabit dan membakar vannya.

“Namun saksi tidak mengetahui siapa yang memukul lelaki Kemboja itu memandangkan orang ramai juga turut berkumpul di kawasan kejadian.

Azham berkata, pasangan suami isteri itu serta anaknya yang dalam kesakitan kemudiannya dihantar ke hospital untuk menerima rawatan susulan.

“Setakat ini kita masih menyiasat punca kejadian dan  mengesan pihak yang terlibat dalam insiden terbabit.

“Kes disiasat di bawah seksyen Seksyen 435 Kanun Keseksaan (KK) kerana melakukan  (Khianat dgn api) dan Sek 323 Kanun Keseksaan (KK) (Sengaja menyebabkan cedera).

Rayu ringan hukuman kerana 'baru nak kahwin'

mahkamah

KUALA LUMPUR - Seorang juruteknik yang tidak diwakili peguam merayu dikenakan hukuman ringan atas alasan 'baru nak kahwin' selepas didapati bersalah mencuri wayar tembaga di sebuah kondominium.

Tertuduh, Mohd Basri Zakaria, 27, mengaku mencuri empat gelung wayar tembaga bernilai RM400 milik pengurusan Endah Ria Condo di Sri Petaling Brickfields, di sini, pada 5.30 petang, 5 Julai lepas. 

Majistret Nur Azura Murah menjatuhkan hukuman penjara satu hari dan denda RM1,000 selepas tertuduh mengaku salah.

Mohd Basri didakwa melakukan kesalahan itu bersama seorang lagi yang masih bebas di tempat menyimpan barangan, Endah Ria Condo. 

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda dan jika kesalahan kali kedua atau yang kemudian boleh dikenakan hukuman penjara dan juga denda atau sebatan.

Bagaimanapun rayuan Mohd Basri dibantah Pegawai Pendakwa, Inspektor Nom Pot Prackdit yang memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran. 

Menurut fakta kes, Mohd Basri dipercayai masuk kawasan kondominium itu setelah mendaftar diri sebagai pelawat di kondominium terbabit sebelum ditangkap oleh pengawal keselamatan yang mengesan dia mencuri di tingkat sembilan bangunan itu. - Bernama

Kemalangan jalan raya melibatkan Motosikal dan Van

Kemalangan jalan raya melibatkan Motosikal dan Van di Kg Banggol Jln PCB Kota Bharu, Kelantan. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Operasi berkenaan dilakukan oleh BBP Kota Bharu




Kemalangan jalan raya berlaku di jalan Jeram Besu, Raub.

Kemalangan jalan raya berlaku di jalan Jeram Besu, Raub. Seorang mangsa lelaki tersepit didalam kereta dan di dapati telah meninggal dunia. Operasi berkenaan dilakukan oleh BBP Raub
Add caption
Add caption
Add caption

Kemalangan jalan raya di KM 10, berhampiran kem tentera (Kem Semor) Jalan Gua Musang -Kuala Krai

Kemalangan jalan raya di KM 10, berhampiran kem tentera (Kem Semor) Jalan Gua Musang -Kuala Krai melibatkan 3 kenderaan. Kemalangan tersebut menyebabkan mangsa cedera ringan. Operasi berkenaan dilakukan oleh BBP Gua Musang.



Kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta terbabas ke dalam longkang

Kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta terbabas ke dalam longkang di hadapan petronas Permatang Pauh, Pulau Pinang. Mangsa seorang mangsa lelaki melayu lingkungan 20 tahun berjaya diselamatkan anggota Bomba. Operasi berkenaan dilakukan oleh BBP Perda.



Kebakaran Bas Ekspres 2 tingkat di KM181.7 PLUS Arah Selatan berhampiran Tol Lipat Kajang

Kebakaran Bas Ekspres 2 tingkat di KM181.7 PLUS Arah Selatan berhampiran Tol Lipat Kajang, Melaka. Bas terbabit dalam perjalanan dari KL - JB bersama 38 orang termasuk pemandu selamat. Operasi pemadaman dilakukan oleh BBP Ayer Keroh dan BBP Jasin Bistari



A



Kitab YAASIN Tidak Terbakar Walaupun Rumah Hangus Di Ratah oleh API.

Kitab YAASIN Tidak Terbakar Walaupun Rumah Hangus Di Ratah oleh API.
Kebakaran melibatkan sebuah rumah di Kg Melayu Panchor Muar Johor. Operasi berkenaan dilakukan oleh BBP Muar dan BBP Bukit Gambir.


Ditumbuk adik ketika bela ibu

Mohd Khairul Anuar dipenjara tiga bulan selepas mengaku salah di Mahkamah Majistret, Kuala Terengganu, semalam, mencederakan abangnya.
Mohd Khairul Anuar dipenjara tiga bulan selepas mengaku salah di Mahkamah Majistret, Kuala Terengganu, semalam, mencederakan abangnya.
KUALA TERENGGANU - Niat murni seorang abang cuba menyelamatkan ibunya daripada terus dimaki hamun membawa padah apabila cedera ditumbuk dan disepak adiknya sendiri.

Bagaimanapun, perbuatan biadab si adik, Mohd Khairul Anuar Yusof, 24, menerima pembalasan apabila dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh mahkamah majistret, di sini, semalam.

Hukuman itu diputuskan selepas Mohd Khairul Anuar mengaku salah dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas abangnya, Mohamad Isma Fida Yusof, 27, dengan cara menumbuk dan menyepak sehingga mangsa terjatuh.

Dia mengaku melakukan kesalahan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan itu di sebuah rumah di Kampung Bukit Kubang Jambu, di sini, pada 11 Mac 2013, kira-kira jam 8.15 malam.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Miky Dunstan Muda di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian ketika berada di rumah, mangsa ada terdengar adiknya itu mengugut hendak memukul ibu mereka yang berusia 51 tahun sekiranya permintaannya untuk mendapatkan RM20 tidak dipenuhi.

Ketika dua beranak itu sedang bertengkar, mangsa cuba menghalang adiknya daripada terus bersikap kurang ajar dengan ibu mereka tetapi Mohd Khairul Anuar telah menumbuk dan menyepak mangsa hingga terjatuh.

Susulan tindakan itu, mangsa mengalami luka di bahagian dahi akibat terkena batu, luka di siku lengan kiri dan lebam serta luka di bahagian dada.

Bagaimanapun, pergaduhan itu berjaya dileraikan adik lelaki mereka berusia 21 tahun yang ketika itu baru balik dari kedai.

Motosikal hancur

Keadaan motosikal ditunggang mangsa berkecai akibat kemalangan tersebut Gambar kecil: Mangsa, Kamarul Ariffin
Keadaan motosikal ditunggang mangsa berkecai akibat kemalangan tersebut Gambar kecil: Mangsa, Kamarul Ariffin
PEKAN – Seorang penunggang motosikal maut dalam satu kejadian kemalangan di kilometer 57 Jalan Kuantan-Segamat, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 pagi itu, seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut ketika dalam perjalanan dari Muadzam Shah menghala ke Kuantan.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Yahaya Othman berkata, kemalangan berkenaan melibatkan motosikal jenis Yamaha YZF-R1 998 s.p yang ditunggang mangsa sendirian dan sebuah lori 12 tayar jenis Hino membawa muatan bijih besi.

Menurutnya, kedua-dua kenderaan datang dari arah Segamat menghala ke Kuantan di mana kejadian berlaku apabila motosikal ditunggang mangsa, Kamarul Ariffin Sudinman, 30, merempuh belakang lori berkenaan.

“Ketika kejadian lori berkenaan sedang bergerak perlahan kerana mendaki bukit di kawasan tersebut sebelum mendengar satu dentuman kuat datang dari arah belakang lori yang dipandunya.

“Pemandu lori berusia 25 tahun dan berasal dari Felda Sungai Retang, Jerantut itu kemudiannya memberhentikan lorinya di tepi jalan sebelum melihat kepulan asap, motosikal serta susuk tubuh mangsa di atas jalan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Yahaya berkata, mangsa yang beralamat di Lorong Sekolah Kanan 3D, Desa Anggerik Pekan meninggal dunia serta merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

Yahaya berkata, mayat mangsa telah di bawa ke Hospital Pekan bagi tujuan bedah siasat.

Padah simpan rokok seludup

Tertuduh dibawa polis untuk dihantar menjalani hukuman penjara selepas gagal menjelaskan denda sehingga semalam.

Tertuduh dibawa polis untuk dihantar menjalani hukuman penjara selepas gagal menjelaskan denda sehingga semalam.

KOTA BHARU - Padah menyimpan 288 karton rokok seludup bernilai RM4,536.40, empat tahun lalu, seorang suri rumah didenda RM50,000 oleh mahkamah tinggi, di sini, semalam.

Hukuman diputuskan Hakim, Datuk Azman Abdullah ke atas Zainun Hamid, 48, selepas membenarkan rayuan yang difailkan pihak pendakwaan Kastam Diraja Malaysia terhadap penghakiman di mahkamah majistret pada 27 Mei 2013.

Azman dalam keputusannya berkata, selepas meneliti fakta dan alasan penghakiman lalu, mahkamah dengan ini memutuskan membatalkan perintah Tuan Majistret di bawah Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah dan digantikan denda RM50,000 gagal bayar penjara selama lima bulan.

“Alasan utama kerana kepentingan awam mengatasi kepentingan tertuduh, jika tertuduh menyedari mempunyai penyakit yang dikatakan serius sepatutnya mengelak daripada melakukan kesalahan sebegini.

“Perniagaan yang bersih tanpa menjual barangan larangan adalah satu perniagaan yang boleh dijalankan, jika tidak mementingkan keuntungan cepat dan tamak. Oleh itu, mana-mana pihak yang menjalankan aktiviti haram perlu melalui keperitan apabila tertangkap,” katanya.

Azman juga memberitahu tertuduh bahawa pada kesalahan pertama, mahkamah bersedia untuk memberi denda yang minimum dan jika berulangan, hukuman penjara boleh dikenakan.

Zainun didakwa menyimpan barangan larangan import itu di sebuah premis di Jalan Tok Bali Semarak, Pasir Puteh, pada jam 3.15 petang, 7 Disember 2010.

Antara rokok itu termasuk 12 karton Gudang Garam Surya 12; 46 karton Tex; 44 karton Canyon; 57 karton Minna; 55 karton Astro; 63 karton D&J dan 11 karton Crazy Horse.
Dalam penghakiman lalu, Zainun dilepaskan dengan bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan cagaran RM10,000 dengan seorang penjamin. Sekiranya bon gagal dilaksanakan, denda RM50,000 dan jika gagal membayar denda tersebut, 24 bulan penjara.

Kastam diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Aimie Yusreena Yunus.

Mercun meletup dalam mata

- Gambar hiasan
- Gambar hiasan
KUALA TERENGGANU - Seorang kanak-kanak lelaki nyaris buta apabila mata kirinya cedera terkena mercun ketika sedang menikmati juadah berbuka bersama keluarga di Dataran Shahbandar, di sini, Jumaat lalu.

Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira jam 7.45 malam, ketika mangsa yang berusia 8 tahun sedang makan bersama keluarganya sebelum secara tiba-tiba sebiji mercun dipercayai mercun katak melantun ke arahnya.

“Mangsa anak sulung daripada dua beradik datang ke kawasan rekreasi itu bersama orang tuanya dan adiknya untuk berbuka puasa.

“Bagaimanapun, ketika sedang menikmati juadah berbuka, secara tiba-tiba sebiji mercun tercampak dan masuk ke dalam mata kiri mangsa sebelum meletup di dalam mata kanak-kanak itu,” katanya.

Kata sumber lagi, kejadian berlaku begitu pantas sehinggakan bapa mangsa, 38, tidak sempat membantu walaupun sebelum itu ada ternampak mercun terpelanting ke arah lokasi mereka sekeluarga makan.

“Panik melihat anaknya menangis dan meraung kesakitan, bapa mangsa segera membawa kanak-kanak itu ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk rawatan lanjut.

“Hasil pemeriksaan doktor memaklumkan terdapat belerang mercun di dalam mata mangsa selain memaklumkan ada luka pada matanya dan perlu mendapatkan rawatan susulan,” katanya.

Menurut sumber, bapa mangsa mendakwa sebelum kejadian, ada seorang perempuan bersama tiga kanak-kanak bermain mercun katak berhampiran tempat kejadian.

“Malah, bapa mangsa memaklumkan ada menegur mereka agar tidak bermain mercun di situ tetapi mendakwa tegurannya tidak diendahkan,” katanya.

Kata sumber lagi, difahamkan selepas kejadian itu, ada beberapa orang awam yang berada di tempat kejadian datang meminta maaf kepada keluarga mangsa, namun disebabkan keadaan agak kelam kabut, bapa mangsa tidak sempat mengambil maklumat individu tersebut.

Susulan insiden itu, bapa mangsa membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu kerana bimbang mata kiri anaknya mengalami kecacatan kekal selain tidak mahu kejadian sama menimpa orang lain.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan dan menurutnya kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya.

Jurutera terkejut jumpa mayat

Di sinilah kawasan seorang jurutera menemui mayat lelaki di tepi jalan, di Seksyen 15, Shah Alam, semalam.
Di sinilah kawasan seorang jurutera menemui mayat lelaki di tepi jalan, di Seksyen 15, Shah Alam, semalam.
SHAH ALAM - Seorang jurutera yang sedang membuat kerja pemetaan terkejut apabila menemui mayat seorang lelaki di tepi jalan di Jalan Takal 15/21, di sini, semalam.

K Logas, 28, dipercayai dibunuh sebelum mayatnya dijumpai jurutera itu kira-kira jam 1 pagi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, polis tiba di lokasi sejam selepas menerima panggilan orang awam.

“Mangsa dipercayai ditikam di badan beberapa kali," katanya.

Beliau berkata, pihaknya tidak menemui senjata yang digunakan dalam insiden itu.

“Kami masih menyiasat motif dan punca kejadian. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Mayat dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat.

Ajal dua penunggang remaja

Motosikal milik Muhammad Ikhwan Hakim tersandar di tepi jalan selepas kemalangan maut di KM18 Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur di persimpangan Jalan Kubur, Ijok.
Motosikal milik Muhammad Ikhwan Hakim tersandar di tepi jalan selepas kemalangan maut di KM18 Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur di persimpangan Jalan Kubur, Ijok.
KUALA SELANGOR - Tak sampai tempoh 24 jam, dua remaja yang juga penunggang motosikal maut dalam dua kemalangan berasingan di Kuala Selangor dan Ijok, malam kelmarin.

Mangsa pertama, Muhammad Ikhwan Hakim Mohd Khusairi, 15, terbunuh dalam kemalangan membabitkan sebuah lori satu tan muatan kosong di KM18 Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur di persimpangan Jalan Kubur, Ijok.

Dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu, mangsa dipercayai menunggang motosikal seorang diri dalam perjalanan dari arah Kuala Selangor menghala ke Ijok sebelum dikatakan bertembung sebuah lori yang sedang membelok masuk ke Jalan Kubur.

Akibat pelanggaran itu, mangsa dikatakan bergesel dengan tepi lori lalu terbabas dan melanggar tiang elektrik. Mangsa kemudiannya tercampak kira-kira tujuh meter ke dalam semak.

Sumber berkata, pihak polis menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 130 pagi sebelum pasukan penyiasatan trafik yang diketuai Inspektor Mohd Elmi Othman bergegas ke lokasi kejadian.

“Hasil siasatan awal mendapati, mangsa mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Motosikal milik mangsa mengalami kersakan teruk di bahagian depan.

“Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk dibedah siasat bagaimanapun jenazah sudah dituntut ahli keluarga untuk dikebumikan di Sabak Bernam.

“Bagi pemandu lori yang juga seorang lelaki Melayu, dia turut mengalami kecederaan di bahagian muka dan masih menerima rawatan di hospital sama,” katanya kepada Sinar Harian.

Bagi kejadian kedua membabitkan seorang remaja, S Eswaran, 17, yang terbunuh selepas bertembung dengan seorang lagi penunggang motosikal di KM45 Jalan Klang-Teluk Intan di persimpangan masuk ke Mahkamah Majistret Kuala Selangor.

Mangsa yang menunggang motosikal seorang diri itu dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bandar Baru Kuala Selangor selepas bertemu rakannya di Taman Paduka, di sini kira-kira jam 9 malam.

Sumber berkata, dalam kejadian itu mangsa dikatakan  tidak menyedari kehadiran sebuah motosikal yang datang dari arah bertentangan ketika sedang membelok di persimpangan dan berlaku pelanggaran.

“Akibatnya, mangsa terpelanting ke lorong kiri manakala seorang lagi penunggang motosikal  yang juga seorang lelaki berusia 18 tahun tercampak di tengah jalan.

“Eswaran mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Tanjong Karang manakala seorang lagi penunggang motosikal dikejarkan ke hospital sama kerana mengalami kecederaan parah.

“Bagaimanapun penunggang motosikal terbabit dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Muhd Taib Ahmad mengesahkan menerima laporan berhubung dua kes kemalangan itu berkata, kes masih disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Langgar rakan dengan bot laju

Bot dipercayai digunakan untuk melanggar mangsa
Bot dipercayai digunakan untuk melanggar mangsa
PERBUATAN kejam Paul Gerlach, 51, dan Louis Borzoni, 50, membunuh rakan mereka akhirnya menerima padah selepas kedua-dua tertuduh dijatuhi hukuman penjara seumur hidup oleh Winchester Crown Court.

Menurut pihak berkuasa di London, kejadian menggemparkan tersebut berlaku selepas pertengkaran antara mereka dan Rico Dardis, 30, yang ketika itu turut sama bersantai di atas bot di luar pantai Christchurch Bay di Dorset, Mei tahun lalu.

Mereka bertindak menolak mangsa jatuh ke dalam laut sebelum melanggar dengan kipas bot laju sehingga menyebabkan kedua-dua kakinya putus.

Bagaimanapun, perbuatan mereka dirakamkan pengunjung yang berada dengan lokasi kejadian dan dia bertindak segera membuat aduan kepada polis.

Media melaporkan, mayat mangsa ditemui terapung tidak jauh dari kawasan tersebut dan salah satu kakinya masih tersangkut pada kipas bot milik kedua-dua tertuduh.

Difahamkan, polis turut menemui sebuah beg mengandungi tuala berdarah dan pisau pemotong daging bersama mereka ketika tangkapan dibuat.

Dalam satu kenyataan, Hakim Justice Blake turut menyifatkan perbuatan mereka sebagai tidak berperikemanusiaan.

"Kedua-dua tertuduh tidak menunjukkan rasa menyesal walaupun telah membunuh tanpa belas kasihan," katanya dipetik Daily Mail.

Pengadil bola maut ditumbuk

Anggota perubatan bergegas ke tengah padang selepas mendapati Bieniewicz pengsan sejurus ditumbuk.
Anggota perubatan bergegas ke tengah padang selepas mendapati Bieniewicz pengsan sejurus ditumbuk.
GARA-gara mahu melayangkan satu kad merah, seorang pengadil maut akibat ditumbuk dalam satu perlawanan bola sepak di Livonia, Amerika Syarikat.

Jurucakap Hospital Detroit Receiving, Alton Gunn mengesahkan kematian John Bieniewicz dua hari selepas mangsa diserang seorang pemain yang tidak berpuas hati dengan keputusannya.

Susulan daripada insiden itu, Baseel Abdul-Amir, 36, dihadapkan ke mahkamah di Livonia atas dakwaan menyerang dengan niat untuk membunuh.

Bagaimanapun, tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin AS$500,000 (RM1.6 juta) dan sebutan semula kes ditetapkan pada Khamis ini.

Dalam satu kenyataan, peguam Brian Berry memaklumkan, anak guamnya memberi kerjasama dan menyerah diri kepada pihak berkuasa selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu.

"Baseel gagal mengawal kemarahan hingga menyebabkan dia bertindak menumbuk kepala mangsa," katanya menurut FOXSports.com.

Sementara itu, rakan mangsa, Jim Acho memaklumkan, Bieniewicz menjadi pengadil bola sepak sejak 20 tahun lalu.

"Dia menjadi pengadil hanya untuk mengisi masa lapang memandangkan Bieniewicz merupakan seorang juruteknik dialisis di Hospital Kanak-kanak Mott," menurutnya.

April tahun lalu, Ricardo Portillo meninggal dunia selepas koma selama hampir seminggu akibat ditumbuk pemain berumur 17 tahun ketika kejohanan bola sepak di Taylorsville, Utah dekat Salt Lake City.

Difahamkan, remaja itu mengaku bersalah atas tuduhan membunuh.

Lapan cedera kes tembakan di Yala


8 Julai 2014


YALA - Lapan orang cedera termasuk dua parah apabila sebuah kenderaan mengangkut penumpang yang menuju ke Bandar Yala diserang dua lelaki bersenjata pagi tadi.

Kejadian 6.40 pagi itu berlaku berdekatan Kampung Berangan, Mukim Purung, Daerah Krong Pinang, ketika kenderaan itu sedang membawa 10 orang penumpang.
   
Menurut saksi yang berada dalam kenderaan berkenaan, dua orang lelaki pada mulanya melepaskan tembakan ke arah orang ramai yang berdiri di tepi jalan dan apabila kenderaan tersebut sampai di situ mereka turut melepaskan tembakan ke arah kenderaan itu.
   
Pemandunya dilaporkan terus memandu kereta tersebut ke Hospital Pusat Yala untuk memberi rawatan kepada mangsa.
   
Ketua Polis Wilayah Yala, Mej Jen Pol, Songkiat Wathakul berkata penumpang kenderaan itu kebanyakannya orang awam yang membawa buah-buahan dan sayur-sayuran untuk dijual di pasar pagi di Bandar Yala. - Bernama

'Tidak usir tanpa notis'


2014/07/09
Sydney beri tempoh 72 jam, langkah dipuji peguam hak asasi manusia

Sydney: Australia semalam berjanji di mahkamah tidak akan mengusir bot dipenuhi pemohon suaka Tamil, termasuk kanak-kanak, ke Sri Lanka tanpa memberikan notis 72 jam, langkah yang dipuji peguam hak asasi manusia sebagai kejayaan kecil.

Sesi keterangan Mahkamah Tinggi berhubung nasib 153 pemohon suaka yang dipintas di laut oleh Australia ditangguhkan sejam selepas ikrar bagi membolehkan kerajaan membincangkan langkah selanjutnya dengan peguam yang bertindak bagi golongan itu.

Peguam hak asasi manusia mengemukakan cabaran perundangan berikutan pintasan itu dan Ahad lalu mengusir 41 lagi pemohon suaka Sri Lanka dalam bot berasingan oleh Australia, yang dasar keras imigresen menjadi tonggak kejayaan mereka dalam pilihan raya tahun lalu.

Semua 41 pemohon suaka itu hadir di mahkamah di bandar raya Galle semalam. Polis Sri Lanka berkata mereka didakwa meninggalkan negara itu secara haram dan jika didapati bersalah akan berdepan hukuman penjara, membangkitkan kebimbangan mengenai pencabulan hak.

Negara Barat sudah lama menyuarakan kebimbangan kepada Sri Lanka berhubung tuduhan pencabulan hak asasi manusia ketika fasa akhir perang menentang pemisah Tamil yang berakhir pada 2009.

Sri Lanka berkata, ramai pemohon suaka adalah pendatang ekonomi, tetapi kumpulan hak berkata penduduk Tamil memohon perlindungan politik untuk mengelakkan penderaan, rogol dan keganasan lain dilakukan tentera.

Keterangan di Mahkamah Tinggi mengenai pintasan bot kedua mendedahkan butiran operasi, menghalang usaha mengekalkan kerahsiaan berhubung apa yang digelar Operasi Sempadan Berdaulat.

Perlis bantu wanita mangsa bakar suami

Perlis  bantu wanita mangsa bakar suami
Keratan akhbar BH pada 7 Julai. 
Alor Setar: Kerajaan negeri Perlis akan menyalurkan bantuan kepada Shafikah Ismail, 23, yang kini bertarung untuk meneruskan kehidupan selepas dibakar suaminya di Kampung Abi Padang Machang, di Perlis, Ahad lalu.

EXCO Kebajikan Masyarakat, Rela Ahmad, berkata kerajaan negeri menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut akan memberikan kaunseling secara intensif kepada mangsa dan keluarganya.

“Saya amat terkejut ketika mendapat tahu mengenai perkara ini kerana ia tidak pernah berlaku sebelum ini dan kerajaan negeri melihatnya sebagai suatu kes yang amat serius.

Adakan sesi kaunseling

“Pasti mangsa dan keluarga suami isteri itu mengalami kesedihan dan gangguan emosi yang jika tidak diberikan perhatian sewajarnya ia boleh menyebabkan tekanan.

“Atas sebab itu kita akan mengadakan sesi kaunseling yang dikelolakan oleh JKM untuk membantu keluarga selain memberikan sokongan moral,” katanya kepada pemberita selepas melawat Shafikah di Unit Kebakaran di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini semalam.

Beri sokongan emosi, moral

Pada masa sama, Rela yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bintong berkata, kaunselor yang ditugaskan untuk membantu Shafikah kelak akan memberikan sokongan emosi dan moral secukupnya bagi mangsa itu meneruskan kehidupan.

Pada jam 9.30 pagi Ahad lalu, suspek didakwa mencurahkan petrol dan membakar isterinya dalam bilik air di rumah mereka di Kampung Abi Batas Paip, Kangar, dipercayai disebabkan cemburu.

Mangsa terbakar 35 peratus di bahagian atas anggota badan, muka, dan di hadapan kemaluan, manakala suaminya pula terbakar 11 peratus di bahagian kaki dan lengan.

MCA terima 270 kes hutang along judi bola


2014/07/09

Kuala Lumpur: MCA menerima aduan membabitkan 270 kes hutang along dipercayai berpunca daripada perjudian Piala Dunia 2014 dengan nilai RM5 juta.

Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong, berkata statistik itu berdasarkan kajian pihaknya sepanjang Piala Dunia berlangsung serta aduan daripada mereka yang terjebak dalam kegiatan itu.

Pada seminggu pertama bulan ini sahaja, 15 kes hutang along diterima yang bernilai RM1.4 juta.

“Ini sebahagian masalah sosial di negara kita, walaupun banyak laporan akhbar dan media sosial mengenai masalah ahlong, mereka tetap membuat pinjaman.

“Lebih menyedihkan, kebanyakan hutang ini disebabkan oleh kegiatan perjudian yang boleh memusnahkan masa depan mereka,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Wisma MCA di sini, semalam.

Chong berkata, kebanyakan mangsa membuat pinjaman sekitar RM20,000 dan ada yang mencapai RM80,000.

Mayat bayi di tapak sampah


2014/07/09 -
Mayat bayi di tapak sampah
Abdul Rahman menunjukkan lokasi mayat bayi lelaki yang ditemui di tapak pelupusan sampah Bukit Gemuk, Tawau, semalam.

Tawau: Seorang pekerja tapak pelupusan sampah Bukit Gemuk di Jalan Bombalai di sini, terkejut apabila mendapati objek dikuis ketika mengumpul sisa buangan di kawasan itu adalah mayat bayi lelaki yang dipercayai baharu dilahirkan.

Dalam kejadian jam 11.40 pagi itu, Abdul Rahman Khamis, 30-an, sedang mencari bahan buangan untuk dikitar semula.

Ketika mengorek timbunan sampah, dia terkejut apabila menemui plastik hitam berisi mayat bayi lelaki serta bungkusan mengandungi uri.

Abdul Rahman kemudian menghubungi polis untuk memaklumkan penemuan mayat bayi berkenaan.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Awang Besar Dullah, berkata mayat bayi lelaki yang cukup sifat, dipercayai baru dibuang kerana tiada kesan kecederaan ditemui di mayat berkenaan.

“Kita masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti individu yang bertanggungjawab melakukan perbuatan itu,” katanya.

Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Tawau untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

Mangsa lacur dikurung


2014/07/09

Mangsa lacur dikurung
Anggota polis memeriksa premis mangsa pemerdagangan manusia yang dilacur sebelum diselamatkan di Taman Seri Krubong, Krubong, Melaka.

Melaka Tengah: Seorang wanita tempatan yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan manusia, diselamatkan polis ketika dikurung di sebuah premis di Taman Seri Krubong, di sini semalam.

Mangsa berusia 22 tahun dan berasal dari Perak, ditinggalkan seorang diri di tingkat atas premis dua tingkat itu yang dikunci dari luar di bahagian bawah.

Dia turun ke premis di tingkat bawah sebelum meminta bantuan orang ramai yang melalui kawasan itu, kira-kira jam 2.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Salehhudin Abdul Rahman, berkata pihaknya yang menerima panggilan daripada orang awam, menghantar sepasukan anggota ke lokasi dan berjaya menyelamatkan mangsa selepas memo-tong pintu jeriji besi premis berkenaan.


Tak diberi makan

“Wanita terbabit mendakwa dibawa menaiki kereta dari tempat tinggalnya di Rembia, Alor Gajah oleh dua lelaki, kira-kira jam 10 malam tadi (kelmarin) ke rumah kedai berkenaan. Dia juga mendakwa dilacurkan kepada tiga lelaki sebelum ditinggalkan berseorangan di premis berkenaan.
“Ketika ditemui, wanita itu dalam keadaan letih kerana mendakwa tidak diberi makan sepanjang dikurung,” katanya.

Haram umat Islam makan ikan diberi bangkai: Mufti


2014/07/09

Ipoh: Haram bagi umat Islam memakan ikan yang diberi makan bangkai babi tanpa dikuarantin selama tiga hari.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata ikan seperti itu hanya boleh dimakan jika tempoh kuarantin berkenaan dilakukan termasuk diberi makan makanan lain sepanjang tempoh itu.

Katanya, bagaimanapun jika umat Islam memakan ikan terbabit tanpa mengetahui ternakan itu diberi makan bangkai babi, ia tidak menjadi kesalahan.

“Bagi ikan makan (bangkai) babi, ikan itu bukan babi, tetapi menjadi makanan najis.

“Jika orang Islam tidak tahu maka tiada masalah, tetapi jika tahu tidak boleh dimakan serta-merta, kena kurung tiga hari dan diberi makan makanan lain dan selepas itu baru boleh dimakan.

“Adalah haram hukumnya jika proses kuarantin tidak dilakukan kerana ikan itu menjadi makanan najis,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas siasatan Jabatan Perikanan Perak di sebuah kolam ternakan ikan patin yang kering di Jalan Ipoh-Batu Gajah di Lahat, menjumpai tulang haiwan yang dipercayai babi.
Bagaimanapun, Harussani berkata, beliau belum dimaklumkan kes pengusaha kolam ternakan patin di Lahat memberi makan bangkai haiwan itu.

Beliau bagaimanapun menasihati umat Islam supaya sentiasa berhati-hati dan menjaga makanan yang dimakan sejajar dengan kehendak agama.

Tulang babi di kolam ikan

Tulang babi di kolam ikan
Sebahagian serpihan tulang dipercayai babi dijumpai di dasar kolam ikan patin berhampiran kawasan Lahat. - Foto L Manimaran
 Ipoh: Pemeriksaan Jabatan Perikanan Perak di sebuah kolam ternakan ikan patin yang kering berhampiran kawasan Lahat di sini, menemui rangka dan serpihan tulang haiwan dipercayai babi.

Pemeriksaan diketuai oleh Pegawai Perikanan, Rohaizad Mustaffa bersama empat anggotanya di kolam itu pada jam 4 petang kelmarin, selepas penemuan dipercayai tulang dan tengkorak haiwan itu di kolam berkenaan yang terletak di Jalan Ipoh-Batu Gajah tersebar di media sosial dan blog.

Mirip tulang, rangka babi


Siasatan awal mendapati terdapat beberapa rangka dan tulang yang ditemui mirip tulang dan rangka babi terdampar di dasar kolam yang kering kerana masalah sistem saliran.

Susulan itu, sampel serpihan tulang berkenaan diambil untuk pengesahan lanjut.

Ketua Cawangan Pembangunan Akuakultur Pejabat Perikanan negeri, Noraisah Hashim, berkata pihaknya menerima laporan itu pada jam 2 petang kelmarin susulan penyebaran berita itu secara meluas di laman sosial Facebook.
“Beberapa kakitangan kami turut menyedari isu disebarkan di Facebook.
Berikutan itu, beberapa anggota diarah membuat siasatan awal ke lokasi berkenaan dan menemui tulang dan rangka berkenaan.

“Buat masa ini, kami belum dapat mengesahkan sama ada ia tulang babi, namun berdasarkan anatomi dan bentuk struktur beberapa rangka ditemui, kami percaya ia adalah kepunyaan haiwan itu.

“Kami menghantar sampel tulang itu untuk siasatan lanjut. Mungkin kita akan dapat mengenal pasti jenis tulang itu tidak lama lagi,” katanya ketika ditemui selepas meninjau kolam berkenaan, semalam.

Noraisah berkata, kolam seluas satu hektar itu juga didapati menggunakan sumber air bukit sebagai punca airnya dan daripada bangkai ikan yang ditemui, pihaknya percaya pemilik kolam berkenaan menternak patin sebagai ternakan utama walaupun pemantauan turut mendapati ikan tilapia, belida dan haruan turut ditemui di sekitar dasar kolam.

Sementara itu, individu yang bertanggungjawab menyebarkan maklumat berhubung isu berkenaan, Mohamad Khirul Adnan Hamid, 26, berkata dia pergi ke kolam itu selepas mendapat maklumat mengenai kerosakan kolam berkenaan pada jam 2 petang kelmarin.

Katanya, setibanya di sana dia melihat orang ramai mengerumuni kolam itu selepas ikan mula kelihatan di permukaan dasar kolam kerana air surut.

Taufan Neoguri badai Okinawa


Tokyo: Taufan Neoguri membadai kepulauan Okinawa di selatan Jepun semalam, memaksa lebih setengah juta penduduk mencari perlindungan.

Taufan itu yang dianggap yang terburuk sejak beberapa tahun kebelakangan, merosakkan bangunan, menumbangkan pokok serta melumpuhkan sistem pengangkutan darat dan udara.


Neoguri yang membawa angin selaju 216 kilometer sejam bersama-sama dengan hujan lebat, turut menyebabkan ratusan penerbangan dibatalkan.



Pihak berkuasa berkata, sekurang-kurangnya seorang terbunuh dan beberapa lagi cedera dalam bencana itu.


Mangsa yang terbunuh ialah lelaki berusia 62 tahun yang dipercayai mati selepas dia tercampak dari botnya dalam laut yang bergelora berhampiran tanah besar Jepun.


Agensi kaji cuaca sebelum ini memberi amaran ombak mungkin mencapai ketinggian 45 meter.

Polis berkata, antara mangsa yang cedera ialah wanita berusia 83 tahun.


Sekolah di kepulauan berkenaan ditutup sementara bekalan elektrik kepada 70,000 keluarga terputus.

Agensi Kaji Cuaca Jepun mengeluarkan amaran tahap paling tinggi, petang kelmarin kepada penduduk di pulau utama Okinawa dan menggesa 590,000 penduduk supaya mencari tempat lebih selamat untuk berlindung.


Taufan Neoguri melanda kurang setahun selepas Taufan Haiyan yang membawa angin paling kencang pernah dicatatkan dalam sejarah, membadai tengah Filipina November lalu, menyebabkan lebih 7,300 orang hilang.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/09

Perut bocor


Seremban: Seorang pelajar kolej swasta terpaksa menahan kesakitan selepas tiang lampu sepanjang 10 meter tertusuk di bahagian perutnya menyebabkan pasukan bomba dipanggil bagi memotong besi berkenaan, pagi semalam.
Kemalangan ngeri yang berlaku kira-kira jam 5.30 pagi itu menyebabkan lelaki warga Nigeria berusia 22 tahun terbabit terperangkap dalam kereta jenis Honda Accord lebih 10 minit sementara tiang lampu itu dipotong menggunakan alat pemotong besi. 
Jurucakap polis berkata, kereta dinaiki mangsa bersama tiga rakan senegaranya melanggar tiang lampu yang sudah tumbang berhampiran Plaza Tol Setul, Lebuh raya Kajang-Seremban (LEKAS), di sini. 

“Akibat rempuhan itu, kereta mereka berpusing beberapa kali sebelum tiang lampu itu menusuk bahagian perut mangsa yang duduk di bahagian penumpang hadapan, manakala pemandu dan dua lagi penumpang tidak mengalami kecederaan.
Foto
LELAKI warga Nigeria yang parah menanti bantuan perubatan.

“Mangsa tidak boleh dikeluarkan dari kereta kerana keadaan tiang lampu yang panjang menembusi bahagian enjin kereta sebelum menembusi perut mangsa,” katanya.

Berikutan itu, pasukan bomba dipanggil bagi membantu mengeluarkan mangsa dengan memotong tiang lampu berkenaan. 

Sementara itu, Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, N Sundarum berkata, pihaknya menerima panggilan jam 5.31 pagi dan tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/09