Search This Blog

Tuesday, July 8, 2014

Kemalangan ngeri yang berlaku di Lebuhraya NKVE.

Kemalangan ngeri yang berlaku di Lebuhraya NKVE...bila besi jatuh dari lori dan menghentam kereta ini.. .Dengan izin Allah.. keluarga ni selamat...

Israel tingkatkan serangan di Gaza


8 Julai 2014


TEBING BARAT - PALESTIN. Sekurang-kurangnya sembilan pejuang Palestin terbunuh selepas Israel melancarkan serangan udara di tengah dan selatan Semenanjung Gaza, tengah malam semalam.

Menurut Al Jazeera, Rejim Zionis menyasarkan tapak milik Briged Qassam, sayap bersenjata Hamas yang menguasai kawasan Genting Gaza di sekitar kawasan tinggalan lapangan terbang di luar bandar Rafah, berhampiran sempadan Israel.

Dua pejuang dari pasukan Al Hussinin, kumpulan tentera milik Fatah maut ketika serangan menyasarkan kem pelarian Bureij di tengah Gaza, manakala tujuh pejuang dari pasukan Al Qassam, sayap bersenjata Hamas terbunuh apabila serangan udara melanda terowong Rafah, di selatan Gaza.

Difahamkan, serangan tercetus selepas pembunuhan remaja berumur 16 tahun, Mohammed Abu Khdeir pada 2 Julai lalu yang menyebabkan pertempuran selama empat hari di Baitulmuqaddis dan puluhan bandar di Israel.

Buruh rogol remaja mengaku tidak salah

Tertuduh keluar dari mahkamah selepas mengaku tidak salah di hadapan hakim.
Tertuduh keluar dari mahkamah selepas mengaku tidak salah di hadapan hakim.
KOTA BHARU - Seorang buruh yang didakwa merogol remaja berusia 14 tahun di sebuah rumah di Kampung Paloh Rawo, Machang, mengaku tidak salah di mahkamah sesyen di sini, semalam.  

Tertuduh, Muhamad Rusydi Buliamin, 21, didakwa merogol mangsa yang berusia 14 tahun empat bulan di dalam bilik sebuah rumah di kampung berkenaan antara jam 1 sehingga 2.30 pagi, 1 Jun 2011.

Dakwaan terhadap tertuduh dibuat mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara yang boleh sampai 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Intan Nur Hilwani Mat Rifin memohon penangguhan untuk pengurusan kes. Pihak pendakwaan juga tidak menawarkan jaminan ke atas tertuduh.

Hakim, Mohd Yusof Yunus kemudian membenarkan kes ditangguhkan ke tarikh 7 Ogos depan dan tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin.

Tertuduh ditahan pihak berkuasa pada 1 Julai 2014 susulan laporan polis yang dibuat oleh mangsa. Tertuduh tidak diwakili peguam pada prosiding itu.

GRO warga asing dicekup

Sebahagian daripada 79 GRO warga Vietnam yang ditahan pada serbuan, awal pagi semalam.
Sebahagian daripada 79 GRO warga Vietnam yang ditahan pada serbuan, awal pagi semalam.
JOHOR BAHRU - Pelbagai taktik digunakan pelayan pelanggan (GRO) warga asing untuk mengelak dicekup pihak berkuasa termasuk menggunakan orang tengah menyamar sebagai kekasih mereka.

Bagaimanapun, ia berjaya dibongkar sepasukan polis dari cawangan Pencegahan Kongsi Gelap Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

Pegawai Turus D7 IPK Johor, Deputi Superintendan Adzli Abu Shah berkata, seramai 79 GRO warga Vietnam berusia 16 hingga 45 tahun ditahan dalam operasi selama empat jam itu.

“Berdasarkan pemeriksaan, lapan daripada mereka tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah.

“Hasil siasatan awal turut mendapati pusat hiburan ini tidak menyediakan khidmat GRO dan yang ditahan adalah pelayan luar yang menawarkan perkhidmatan secara sambilan,” katanya kepada media selepas serbuan, awal pagi semalam.

Adzli berkata, dalam operasi itu pihaknya turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun kerana cuba mengganggu tugas anggota.

Menurutnya, lelaki terbabit mendakwa salah seorang gadis yang ditahan adalah teman wanitanya dan bukan GRO selain mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota serta bertindak ganas sehingga berlaku pergelutan ketika cuba ditahan dipercayai kerana di bawah pengaruh alkohol.

Tegas Adzli, pihaknya tidak akan melayan mana-mana pihak yang mendakwa GRO ditahan adalah teman wanita mahupun isteri mereka.

“Jika benar sekalipun, kita tetap akan siasat kerana mereka menjalankan kegiatan tidak bermoral.

“Pemeriksaan terhadap premis berkenaan mendapati, mereka tidak melakukan kesalahan malah mempunyai lesen perniagaan yang sah,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 63 Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki pasport atau dokumen perjalanan sah dan Peraturan 39B Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial.

Adzli juga mengesahkan lelaki tempatan yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.

Tiga motosikal hangus terbakar

Rasman (dua, kiri) menyampaikan sumbangan kepada Amirzan selepas rumah kakitangan Felcra Sungai Ara terbakar, malam kelmarin.
Rasman (dua, kiri) menyampaikan sumbangan kepada Amirzan selepas rumah kakitangan Felcra Sungai Ara terbakar, malam kelmarin.
KOTA TINGGI - Kediaman seorang kakitangan Felcra Sungai Ara, dekat sini, hangus dijilat api dalam kebakaran jam 11.35 malam kelmarin.

Bagaimanapun, pemiliknya, Amirzan Ahmad, 31, berada di Kuantan, Pahang ketika kejadian kerana menjenguk isteri dan anaknya di kampung sejak Khamis lalu.

Amirzan mengetahui mengenai kejadian selepas dihubungi jirannya.

“Sejak bertugas tujuh tahun lalu sebagai pegawai ladang di sini, saya tinggal bersendirian di  rumah kakitangan Felcra, manakala anak dan isteri tinggal di rumah mertua.
“Ketika mendapat tahu berita itu, saya bersama isteri sedang membeli kelengkapan untuk hari raya. Saya bergegas pulang dan sampai di sini jam 5 pagi.

“Saya terkejut melihat keseluruhan rumah terbakar. Tidak ada satu barang pun yang sempat diselamatkan termasuklah dokumen serta tiga motosikal yang mana dua daripadanya milik rakan yang perlu dibaiki,” katanya, semalam.

Beliau kemudiannya menerima kunjungan Adun Sedili, Rasman Ithnain bersama Majlis Agama Islam Johor daerah Kota Tinggi serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menyampaikan sumbangan.

Hadir sama, Kadi daerah Kota Tinggi, Mohd Fauzi Bachok; Pengurus Felcra Sungai Ara, Bahaman Ibrahim dan Ketua Wanita Umno Cawangan Felcra Sungai Ara, Asiah Hashim.

Sementara itu, Rasman berharap mangsa sabar dengan ujian itu dan pihaknya bersama agensi kerajaan akan cuba membantu mangsa mengikut kesesuaian yang diperlukan.

“Selaku wakil Umno Bahagian Kota Tinggi, kita bersama agensi terbabit menyampaikan bantuan segera seperti makanan asas, tikar, pakaian dan pelbagai lagi. Kita difahamkan kejadian tersebut telah menyebabkan rumah yang didiami mangsa musnah keseluruhannya.

“Kita juga turut memberikan bantuan wang tunai kepada mangsa. Oleh kerana mangsa tinggal di rumah kakitangan dan bukan di atas tanah persendirian, maka mangsa tidak boleh mendapatkan bantuan untuk pembinaan rumah. Bagaimanapun, kita akan sentiasa membantu mangsa mengikut keperluannya,” katanya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi, Azman Jantan ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memberitahu, seramai enam anggota bersama sebuah jentera dikerahkan ke tempat kejadian.

“Panggilan diterima bomba pada jam 11.35 malam manakala sampai di tempat kejadian pada jam 12.09 minit seterusnya berjaya mengawal api dalam tempoh sembilan minit kemudian.

“Ketika sampai di tempat kejadian, api marak membakar bangunan rumah yang separuh kekal itu. Tiada kemalangan jiwa berlaku dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 1 pagi. Punca kebakaran dan kerugian juga masih dalam siasatan,” katanya.

Kayu terpelanting tembusi dahi

 Keadaan pekerja kilang papan warga Nepal yang cedera akibat dahinya ditembusi sebatang kayu sebesar jari telunjuk dan sepanjang 1.5 meter, di Gemas semalam. - Foto Bernama
Keadaan pekerja kilang papan warga Nepal yang cedera akibat dahinya ditembusi sebatang kayu sebesar jari telunjuk dan sepanjang 1.5 meter, di Gemas semalam. - Foto Bernama
GEMAS – Seorang pekerja kilang papan warga Nepal melalui detik ngeri apabila dahinya ditembusi sebatang kayu sepanjang kira-kira satu meter di sebuah kilang, d sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.50 pagi itu, mangsa, Basanta Limbu, 30, terpaksa menahan kesakitan selepas serpihan kayu terbang serta terpelanting menembusi dahinya ketika dia sedang memotong kayu di kilang berkenaan.

Menurut sumber, susulan insiden berkenaan, majikannya segera menghubungi Klinik Kesihatan Gemas bagi membantu menghantar mangsa mendapatkan rawatan lanjut di hospital terdekat.

“Bagaimanapun, sebaik bantuan tiba, mangsa sukar untuk dimasukkan ke dalam ambulans disebabkan kayu yang menembusi bahagian dahinya agak panjang serta terkena bahagian dalam ambulans berkenaan.

“Pihak klinik menghubungi bomba bagi membantu mereka memotong kayu berkenaan sebelum mangsa dapat dibawa ke hospital,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Gemas diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) 1, Kamaruddin Salleh, dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan pada jam 8.51 pagi.

Menurutnya, bomba terpaksa menggunakan alat  khas bagi memotong kayu sepanjang 0.5 meter di sebelah kiri dahi mangsa.

“Manakala, di sebelah kanan kepala mangsa pula, kayu yang menembusinya adalah kira-kira 0.12 meter.

"Kita memotong kayu berkenaan dengan berhati-hati bagi mengurangkan risiko ke atas mangsa," katanya.

ikan patin makan babi

BERITA PANAS!!!!Edisi kntoiii,bila mana Allah nak tunjuk pada kita supya kita berfikir mana HALAl HARAM...
Lokasi di jalan ipoh-bt gajah
sebuah kolam penternakan ikan patin telah pecah dan menjadi tumpuah semua warga ipoh..
Bila mana saya sampai...satu perkara yang amat mngejutkan,bila kolam kering segala rahsia terbongkar.terdapat tulang BABI,KEPALA BABI di dalam kolam....YA,ikan tu makan babi,dan kita makan ikan tu...tak nafikan 99% penternak ikan non muslim bagi makan babi...biasa saya dengar bagi makan usus babi..kali ini sekor babi di campak dalam kolam....
Saya ingin nasihatkan kalau boleh jangan la makan ikan keli,ikan patin,limau bali tambun..
Saya akan bongkar satu dmi satu...
Wait and see...
Dulu aku xde fb,boleh cerita pada org tapi orang tak percaya..sekarang tak boleh nak tipu dah laa...




sumber: fb

Penoreh getah mati ditikam

Jiran-jiran terdekat berkumpul di depan rumah mangsa pada hari kejadian.
Jiran-jiran terdekat berkumpul di depan rumah mangsa pada hari kejadian.
GUA MUSANG – Seorang penoreh getah mati selepas ditikam di perut dan dipukul dengan benda keras di kepala oleh seorang suspek lelaki yang dikenalinya di rumahnya di Kampung Jerek Luark, Bertam dekat sini, petang kelmarin.

Mangsa, Isa Hamat, 64, meninggal dunia kira-kira jam 7.15 malam kelmarin selepas 10 jam menerima rawatan kecemasan di Hospital Gua Musang (HGM) kerana kecederaan parah di kepala dan kesan tikaman di dadanya.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Saiful Bahri Abdullah berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 8 pagi ketika mangsa berada bersama suspek yang berusia 36 tahun dalam rumahnya dan kejadian itu disedari jiran berdekatan.

Menurutnya, jiran berkenaan terus bergegas ke tempat kejadian melihat mangsa dalam keadaan berlumuran darah sebelum dikejarkan ke HGM untuk menerima rawatan.

“Hasil daripada kejadian itu, kita menahan suspek tersebut yang rapat dengan mangsa untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan kita juga belum mengetahui punca kejadian,” katanya.

Isteri mangsa, Che Eshah Hamid, 58, ketika ditemui di rumahnya berkata, ketika kejadian dia baru tiba di rumah anaknya yang terletak tidak jauh dari situ sebelum bergegas pulang semula sebaik menerima berita berkenaan.

Che Eshah berkata, sebaik tiba di rumah keadaan suaminya  berlumuran darah, sejurus selepas itu menantunya terus bergegas menghantar mangsa ke HGM untuk menerima rawatan.

“Saya seperti tidak percaya kejadian itu berlaku kerana arwah suami menganggap suspek sebagai anak angkat kerana kerap berada di rumah setiap hari dan hairan juga kenapa perkara itu boleh berlaku.

“Rasa gementar  melihat keadaan kecederaan suami yang berlumuran darah. Sebilah pisau juga ditemui, ia  diletakkan di bawah badan suami yang terlentang,” katanya kepada Sinar Harian.

Pelajar samseng ikut rakan samun warga Filipina


  • Enam suspek berjaya dicekup selepas menyamun seorang wanita di Puchong Jaya, semalam.Enam suspek berjaya dicekup selepas menyamun seorang wanita di Puchong Jaya, semalam.

PUCHONG – Dua remaja yang masih bersekolah masing-masing berusia 16 dan 17 tahun berlagak samseng melakukan samun bersama empat lagi rakan mereka di sekitar Puchong.

Difahamkan, mereka tinggal di kawasan perumahan sama dan mensasarkan mangsa yang berjalan kaki.

Sumber berkata, kesemua suspek bagaimanapun tumpas di tangan polis 10 minit selepas menyamun seorang wanita warga Filipina di Puchong Jaya, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.45 pagi itu, mangsa yang berusia 30 tahun dikatakan berjalan kaki bersama dua rakannya di Persiaran Puchong Jaya Selatan.

Tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Perodua Alza warna putih berhenti di sebelah mangsa dan keluar seorang lelaki.

“Suspek terus menumbuk muka mangsa dan merampas beg tangan yang disandang mengandungi I Pad, telefon bimbit serta sejumlah wang tunai,” katanya.

Perbuatan kejam suspek menyebabkan mangsa terjatuh dan mengalami kecederaan di muka serta bahu.

Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota dari Cawangan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang diketuai Inspektor Shuhaimi Yaakob berjaya mengesan kereta dinaiki kesemua suspek beberapa meter dari lokasi kejadian.

Suspek diekori hampir tiga kilometer dan berjaya diberkas di Jalan Kewajipan USJ 1.

Kesemua suspek didapati beralamat di taman perumahan sama dan berusia antara 16 hingga 20 tahun.

“Polis merampas enam telefon bimbit, sebuah kamera digital, I Pad dan sejumlah wang tunai.

“Dua daripada ahli geng terbabit mengaku pernah melakukan jenayah samun sejak awal tahun lalu,” katanya.

Pesawat AirAsia tergelincir di Brunei


  • Gambar pesawat AirAsia yang dikatakan tergelincir semasa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei. - Foto Ihsan ABN NEWSGambar pesawat AirAsia yang dikatakan tergelincir semasa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei. - Foto Ihsan ABN NEWS

KUALA LUMPUR - AirAsia mengesahkan bahawa Penerbangan AK 278 tergelincir di landasan semasa melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei kira-kira pukul 4 petang.

AirAsia dalam satu kenyataan di sini berkata, penerbangan itu berlepas dari Kuala Lumpur dan dijadualkan mendarat di Bandar Seri Begawan pada 4 petang sebelum tergelincir "sedikit" di landasan semasa hendak mendarat. 

Menurut kenyataan itu,  pesawat itu membawa 102 penumpang dan tujuh kru dan mereka telah selamat keluar dari pesawat. Tiada laporan mengenai kecederaan.

"Kakitangan perkhidmatan kami kini membantu memenuhi keperluan semua penumpang terbabit," menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, untuk mengenal pasti punca insiden, kumpulan syarikat penerbangan itu sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan dan akan memaklumkan maklumat terkini sepatutnya. - Bernama

Bayar gaji RM52 sejam


2014/07/08
Oleh Muhd Amirul
Faiz Ahmad
amifaiz@bh.com.my

Sindiket tawar kerja di Asia Barat terbongkar selepas 256 mangsa buat laporan

Kuching: Bayaran kira-kira £12 (RM52) sejam! Itu jumlah gaji ditawarkan sindiket bagi tujuan memperdayakan sekumpulan penduduk di sini, bagi mendapatkan pekerjaan di Asia Barat, terutama Qatar.

Berdasarkan modus operandi digunakan, sindiket terbabit mendakwa boleh membantu penduduk mendapatkan pekerjaan dalam sektor minyak dan gas dengan tawaran gaji lima angka, selain pelbagai kemudahan lain, termasuk tiket penerbangan, tempat tinggal dan bonus.

Minta yuran RM350

Bagaimanapun, mana-mana individu yang mahu menggunakan perkhidmatan mereka perlu membayar RM350 seorang sebagai yuran perkhidmatan yang akan dikembalikan bersama wang belanja RM20,000 sekiranya berjaya memperoleh pekerjaan di negara terbabit.

BUFET RAMADAN JUAL ARAK


2014/07/08

Pengurusan premis buat promosi tanpa sijil halal, upah pekerja Islam

Kuala Lumpur: Sebuah restoran di Jalan Yap Kwan Seng, di sini, yang mempromosi bufet Ramadan, dikesan turut menjual minuman keras kepada pengunjung.

Pengusahanya juga menawarkan bufet Ramadan walaupun tanpa sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), yang boleh mengelirukan umat Islam.

Kegiatan itu terbongkar selepas Bahagian Hab Halal JAKIM menerima aduan orang ramai dan anggota penguat kuasa yang diketuai Penolong Pengarah Bahagian Hab Halal JAKIM, Muhammad Khalid Othman, melakukan pemeriksaan mengejut di restoran itu pagi semalam.

Lanyakan berlagak


Pelabuhan Klang: Empat lelaki tergamak melihat seorang pemandu lori dibelasah mereka dalam keadaan ‘nyawa-nyawa ikan’ kira-kira 10 minit sebelum melarikan diri dalam pergaduhan di sebuah restoran di Bandar Sultan Suleiman, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa berusia 42 tahun itu dikatakan baru tiba di restoran berkenaan untuk membeli minuman. 
Menurut saksi yang enggan dikenali berkata, ketika mangsa pergi ke bahagian dalam restoran untuk mengambil minuman, tiba-tiba seorang daripada empat lelaki berusia 30-an hingga 40-an itu yang sudah berada di restoran berkenaan memanggilnya. 

“Mangsa yang tidak menge- syaki apa-apa kemudian pergi bertemu mereka. Mangsa dan keempat-empat lelaki itu kemudian kelihatan seperti berbincang, namun selepas beberapa minit berlaku pertengkaran.
Foto
ANGGOTA forensik menjalankan siasatan di tempat kejadian, semalam.

“Kumpulan terbabit kemudian terus memukul sehingga mangsa terjatuh sebelum memijak badan serta kepala mangsa menyebabkan kecederaan parah pada bahagian muka. Disebabkan mangsa hanya berseorangan, beliau tidak dapat melawan atau melarikan diri,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Beliau berkata, tindakan lelaki itu menyebabkan mangsa pengsan di tempat kejadian. Kumpulan lelaki itu tidak terus melarikan diri sebaliknya duduk kira-kira 10 minit di restoran berkenaan sambil memerhatikan mangsa yang berada dalam keadaan parah. 


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/08

1,750,021 masih diburu


Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa

Kuala Lumpur: Seramai 1,750,021 juta pesalah trafik yang memilik waran tangkap masih menjadi buruan polis trafik walaupun operasi ‘Ops Warta Khas’ sudah jalankan sejak 16 Jun lalu.

Sehingga kini polis hanya berjaya mengesan 16,486 pesalah jalan raya yang mempunyai waran tangkap dalam tempoh 12 hari operasi dilakukan sehingga 27 Jun lalu.


Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Fuad Abd Latiff berkata, berdasarkan maklumat diperoleh pihaknya mendapati negeri Selangor mendahului negeri-negeri lain dalam jumlah waran tangkap tertunggak.

Menurutnya, sebanyak 441,884 waran tangkap yang masih belum diselesaikan di Selangor diikuti Kuala Lumpur (261,723), Pulau Pinang (215,458), Perak (146,000) dan Negeri Sembilan (108,000).


“Dalam tempoh 12 hari ‘Op Warta Khas’ dijalankan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) secara keseluruhan dapat menahan dan menyelesaikan sebanyak 16,486 kes waran tangkap saman trafik,” katanya pada sidang media Op Warta Khas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, semalam.


Menurutnya, operasi dijalankan itu menunjukkan peningkatan ketara dari segi jumlah penyelesaian waran tangkap dan saman berbanding tempoh sama sebelum operasi khas berkenaan dijalankan.

Beliau berkata, operasi Op Warta Khas adalah mirip dengan Op Warta yang dimulakan Februari lalu tetapi dijalankan dengan lebih tegas untuk memburu orang kena saman (OKS) yang sudah dikeluarkan waran tangkap.

“Kita tidak menyatakan ini sebagai satu kejayaan tetapi kita dapat lihat peningkatan dalam penyelesaian waran tangkap iaitu kira-kira 60 peratus apabila ia dilaksanakan.

“Baki waran tangkap 1.75 juta dilihat sebagai satu jumlah yang besar,” katanya.

Tambahnya, Op Warta dan Op Warta Khas akan diteruskan memandangkan saman dan waran tangkap sentiasa dikeluarkan oleh mahkamah.

Beliau menjelaskan, tangkapan menerusi Op Warta dan Op Warta Khas dibuat terhadap mereka yang mempunyai saman trafik seperti terbabit kemalangan jalanraya, menggunakan telefon bimbit ketika memandu, tidak memakai tali pinggang keledar dan memandu melebihi had laju,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/08

Konon tak tahu larangan JAKIM


Oleh Rizanizam Abdul Hamid

Kuala Lumpur: Masih terdapat segelintir pengusaha restoran yang tidak mendapat pengiktirafan sijil halal mendakwa tidak tahu mengenai larangan penggunaan kain rentang Bufet Ramadan sebagai tarikan.

Penolong Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Muhammad Khalid Osman berkata, dalam satu serbuan di sebuah restoran di ibu negara yang turut menyediakan minuman keras semalam, pekerjanya mendakwa mereka tidak tahu kesalahan yang dilakukan.


“Ops Bufet Ramadan itu dilakukan selepas kami menerima aduan awam berhubung tindakan pemilik premis menawarkan bufet Ramadan tanpa mempunyai logo halal JAKIM.

“Pemasangan kain rentang menggunakan perkataan Bufet Ramadan adalah mengelirukan kerana Ramadan merujuk kepada Islam sedangkan premis makanan itu turut menyediakan minuman keras serta tidak mempunyai logo halal JAKIM,” katanya kepada pemberita semalam.


Menurutnya, premis berkenaan diberi amaran keras selain kain rentang promosi bufet Ramadan turut dirampas.


Serbuan itu dilakukan 16 pegawai JAKIM, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/08

60 tahanan Boko Haram lolos diri


Maiduguri, Nigeria: Lebih 60 wanita dan remaja perempuan yang diculik Boko Haram bulan lalu di timur laut Nigeria dilaporkan berjaya melepaskan diri daripada tahanan, tetapi 200 pelajar perempuan masih ditahan kumpulan berkenaan.

Penduduk tempatan, Abbas Gava yang bekerjasama dengan pihak keselamatan di Borno berkata, dia menerima maklumat berkenaan daripada rakannya yang mengatakan 63 daripada wanita serta remaja perempuan yang diculik sudah pulang ke rumah masing-masing.


“Mereka memberanikan diri dan mengambil kesempatan melepaskan diri ketika penculik keluar untuk melaksanakan operasi,” katanya dalam satu kenyataan.

Pertempuran berlaku antara tentera dan kumpulan pemberontak itu Jumaat lalu selepas serangan dilakukan Boko Haram di Damboa yang menyebabkan 53 anggotanya dan enam askar terbunuh.


Pemberontak berkenaan menyerang berek dan stesen polis ketika tentera keluar melakukan rondaan di kampung-kampung berhampiran.


Sementara itu, aktivis pergerakan Bring Back Our Girls cuba berarak ke istana presiden di Abuja, kelmarin untuk memberi tekanan kepada kerajaan berhubung nasib lebih 200 pelajar perempuan yang diculik di Chibok pada 14 April lalu, namun diarahkan pulang oleh pasukan keselamatan.

“Sudah 83 hari berlalu sejak mereka diculik. Kami berarak selama 68 hari namun tiada siapa pun mendengar desakan kami jadi kami sepakat membawa protes ini ke kediamannya supaya dia tahu kami masih tidak putus harapan,” kata aktivis Aisha Yesufu, semalam.

Daripada 276 pelajar perempuan yang diculik April lalu, 57 berjaya menyelamatkan diri manakala 219 masih hilang. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/08

Anak kecil pecah rahsia


Budak perempuan berusia sembilan tahun itu membuat laporan di balai polis mengenai kegiatan ibu bapanya baru-baru ini. 
Dia dengan tenang memasuki balai polis di Barnesville, Minnesota dan menceritakan kepada pegawai bahawa ibu bapanya menanam ganja di bawah rumah mereka. 

Menurutnya, dia membuat keputusan untuk mendapatkan bantuan selepas tidak tahan dengan bau asap ganja yang membuatnya sakit.
Foto
LADANG ganja di bawah rumah kanak-kanak itu.

Dia juga bimbang dengan kesihatan anjingnya kerana ibu bapanya sering menghembus asap ganja ke dalam mulut haiwan kesayangannya itu.

“Dia sangat berani, bijak dan fasih. Dia memberi keterangan seperti orang dewasa,” kata jurucakap polis, Ryan Beattie. 

Lebih mengagumkan, kata Beattie, budak itu lebih pintar berbanding kanak-kanak seusianya. 

Dia menjelaskan dengan terperinci mengenai jenis dadah yang tidak mungkin diketahui kanak-kanak lain. 

Pihak berkuasa menyerbu rumah terbabit dan polis menemui pokok ganja di tempat seperti yang diceritakan kanak-kanak berkenaan. 

Turut ditemui ialah bahan yang diuji positif dadah jenis methamphetamine. 

Setakat ini, polis belum menetapkan jenis tuduhan yang akan dikenakan ke atas pasangan suami isteri itu kerana masih menanti keputusan ujian makmal bagi mengesahkan tumbuhan dan bahan kimia yang ditemui di rumah itu.- AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/08

Perdaya saudara baru


Oleh Rosliza Mohamed

Kota Bharu: Sekumpulan individu yang menggelar diri mereka Geng Puteri dikesan aktif memasuki beberapa perkampungan Orang Asli Kelantan termasuk di Kuala Betis dan Kuala Lah, Gua Musang dipercayai cuba memperdaya mereka yang baru memeluk Islam.

Kumpulan itu didakwa menjual barangan perhiasan tertentu yang mempunyai unsur tahyul dan khurafat untuk memesongkan akidah masyarakat Orang Asli dengan harga ditetapkan mencecah RM600.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Datuk Mohd Sani Mistam berkata, pihaknya mengesan kegiatan itu berlaku sejak dua bulan lalu hasil maklumat pihak tertentu.

“Perkara ini serius kerana kumpulan tidak bertanggungjawab ini sengaja menggunakan barang seperti rantai dan gelang yang bermotif alam untuk memperdaya masyarakat.

“Orang Asli mudah percaya kepada sebarang kaitan dengan alam dan atas sebab itu mereka cenderung membeli dan pakai kerana dakwa akan akibatkan musibah jika tidak memakaikan.

“Nilai sebenar produk itu hanya RM2 tetapi meraka sanggup menipu dengan menjualnya sehingga RM600 untuk menakut-nakutkan masyarakat,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama pemimpin masyarakat Orang Asli di sini, kelmarin.

Hadir sama Pengarah JAKOA Kelantan dan Terengganu Faridah Mat.

Mohd Sani berkata, tidak menafikan kegiatan kumpulan terbabit licik dan pihaknya sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa lain untuk memantau kegiatan berkenaan daripada merebak.

“Setakat ini kita tak pasti apa tujuan sebenar mereka ke perkampungan Orang Asli, sama ada mahu memurtadkan atau sebaliknya.

“Tetapi kita memandang serius isu ini dan tidak mahu ada kejadian lain atau pihak lain yang mengambil kesempatan,” katanya.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/08

Angkut masuk enam Myanmar


Oleh Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz

Temerloh: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas tuduhan mengangkut enam pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar yang diseludup masuk ke Malaysia, bulan lalu.

Tertuduh, Che Mohd Azuwan Che Hashim, 29, dari Lalang Pepuyu, Tanah Merah, Kelantan bagaimanapun tidak mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Habibah Mohamed Yusof.



Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa mengangkut Tan Khan Kim, Kyaw San Mim, Oo Shawe Then, Oo Lha Tun, Maung Pu Shanu dan Khen Deih Piang dengan menggunakan kereta Honda Accord berwarna hitam.

Dia melakukan kesalahan itu di Kilometer 134.2 Lebuhraya Pantai Timur arah Kuala Lumpur pada jam 4 pagi, 16 Jun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda sehingga RM250,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nik Rabiatul Adawiah Soupy manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pihak pendakwaan menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, tertuduh merayu jumlah itu dikurangkan atas alasan dia tidak mempunyai pekerjaan.

Habibah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dan menetapkan 12 Ogos depan untuk sebutan semula kes.

Sementara itu di Mahkamah Sesyen berasingan, enam warga Myanmar berkenaan dituduh tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh berikutan mereka tidak memahami pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Melayu.

Mereka didakwa memasuki Malaysia tanpa dokumen perjalanan sah di lokasi, masa dan tarikh sama.

Semua tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Hakim Jamaluddin Mat kemudiannya menetapkan tarikh 7 Ogos depan untuk sebutan semula bagi mendapatkan khidmat jurubahasa Myanmar.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/08

Mengerang putus nyawa


Keningau: Seorang lelaki mengerang kesakitan selama beberapa saat sebelum tidak sedarkan diri apabila kereta dipandunya bertembung treler membawa muatan simen dalam kejadian di Kilometer 10, Jalan Keningau-Tambunan, berhampiran Kampung Binaong, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 6.40 pagi, mangsa, Masirin Enin, 32, dari Kampung Toboh Baru Luagan Keningau, disahkan meninggal dunia setibanya di Hospital Keningau untuk mendapatkan rawatan kecederaan parah di dada, pinggang dan kaki akibat tersepit. 
Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Superintenden Robert Salisip David, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. 

“Mangsa memandu kereta jenis Proton Wira seorang diri dan dalam perjalanan dari pekan ini menuju ke Tambunan, manakala treler terbabit dari arah bertentangan.
Foto
KEADAAN kereta dipandu Masirin.

“Sebaik tiba di laluan lurus di lokasi kejadian, kedua-dua kenderaan terbabit bertembung menyebabkan treler berkenaan terhumban ke dalam parit di kiri jalan,” katanya.

Katanya, pemandu treler lingkungan 40-an hanya cedera ringan. 


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/08

Esakan denda khalwat RM4,900


Kuala Terengganu: Seorang pelajar institusi pengajian tinggi menangis teresak-esak apabila dijatuhi hukuman denda RM4,900 atau sembilan bulan penjara jika gagal menjelaskan denda berkenaan oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, atas dua pertuduhan berkhalwat, tahun lalu.

Siti Noor Syaidatul Husna Mohd Yusof, 21, yang sebelum ini pernah ditangkap berkhalwat bersama teman lelaki di sebuah hotel pada April tahun lalu sekali lagi mengulangi kesalahan sama bersama seorang lelaki di sebuah rumah tiga bulan kemudian.

Bagaimanapun, kesalahan kedua pada Julai lalu, tertuduh ditahan bersama dua lagi rakan wanitanya juga berusia 21 tahun.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa berada di dalam bilik sebuah hotel di Jalan Sultan Sulaiman, di sini, bersama Syed Mustaffa Syed Zainal A'biden, 24, yang tiada hubungan suami isteri atau mahram, jam 1.10 pagi pada 5 April 2013.

Bagi kesalahan itu, Siti Noor Syaidatul Husna yang didakwa mengikut Seksyen 31(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat dikenakan hukuman denda RM2,200 atau tiga bulan penjara jika gagal menjelaskan denda berkenaan oleh Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail.

Bagaimanapun, kes pasangannya, Syed Mustaffa masih dalam proses perbicaraan.

Mengikut fakta kes, serbuan dilakukan pegawai dan anggota penguat kuasa syariah daerah Kuala Terengganu ke bilik berkenaan dan sebaik pintu diketuk, ia dibuka seorang lelaki.

Pemeriksaan lanjut ke dalam bilik itu mendapati terdapat seorang perempuan yang tiada hubungan suami isteri atau mahram turut berada di dalamnya.

Bagi pertuduhan kedua, Siti Noor Syaidatul Husna sekali lagi ditangkap berkhalwat bersama dua rakan wanitanya dan seorang lelaki yang tiada hubungan suami isteri atau mahram di sebuah rumah di Kampung Tok Jembal, di sini, jam 4.45 pagi pada 27 Julai 2013.

Mengikut fakta kes, serbuan dilakukan pegawai dan anggota penguat kuasa syariah daerah Kuala Terengganu selepas menerima maklumat awam.

Sebaik tiba di rumah itu, pintu rumah dibuka Siti Nadhirah Kamrul Anuar, 21, selepas diketuk selama tiga minit sebelum pemeriksaan menemui ada dua lagi wanita iaitu Siti Noor Syaidatul Husna dan Nur Aini Fazni Mohd Lazim, 21, masing-masing di bilik berasingan.

Pemeriksaan turut menemui seorang lelaki, Muhammad Arif Mohd Nor, 22, yang juga teman lelaki Siti Noor Syaidatul Husna di dalam sebuah bilik lain.

Bagi kesalahan itu, Kamalruazmi mengenakan hukuman denda RM2,700 atau enam bulan penjara jika gagal membayar denda terhadap Siti Noor Syaidatul Husna manakala teman lelakinya dikenakan denda RM2,600 atau lima bulan penjara jika gagal membayar denda.

Rakannya, Nur Aini Fazni pula dikenakan denda RM2,400 atau empat bulan penjara jika gagal menjelaskan denda manakala Siti Nadhirah pula dikeluarkan waran tangkap kerana gagal hadir ke mahkamah.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/08

Pelaburan RM1j lebur


Oleh Mahaizura Abd Malik dan Wahid Aziz

Kuala Lumpur: Lebih 30,000 ahli yang menyertai satu skim pelaburan tidak diiktiraf kerajaan dari seluruh negara kerugian lebih RM1 juta sejak setahun lalu.

Mendedahkan perkara itu, Presiden Lembaga Kesedaran Pencegahan Jenayah Datuk Seri Dr Saharuddin Awang Yahya berkata, skim berkenaan yang dianjurkan sebuah syarikat berselindungkan di bawah satu syarikat yang memiliki memiliki lesen jualan langsung sah daripada kerajaan.


“Pengendali skim ini nyata pandai memperdayakan orang ramai dengan mensasarkan penduduk luar bandar dan golongan berpendapatan rendah selain menggunakan nama golongan kenamaan dan selebriti untuk menyakinkan operasi mereka.

“Malah, mereka bijak menawarkan ganjaran sebulan sekali seperti kereta mewah dan wang tunai kepada ahli yang menyertai dengan yuran penyertaan keahlian serendah RM300.


“Sedangkan wang dan ganjaran terbabit diperoleh daripada yuran yang dikumpul dari ahli seluruh negara,” katanya kepada pemberita di pejabat pertubuhan itu di Laman Rimbunan Kepong di sini, semalam.


Turut hadir Naib Presiden Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia Dr Lee Nan Sang.

Saharuddin yang juga Presiden Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia berkata, keengganan mangsa tampil menyalurkan aduan dan maklumat menyukarkan pihak berkuasa melumpuhkan operasi skim berkenaan.

“Kebanyakan mangsa enggan tampil bekerjasama dan ambil pusing kerana hanya mengeluarkan modal RM300 saja.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/08

Kayu tembus kepala


Gemas: Nasib seorang pekerja kilang papan warga Nepal ibarat nyawa di hujung tanduk apabila dahinya ditembusi serpihan kayu sepanjang satu meter, pagi semalam.
Kejadian mengerikan jam 8.51 pagi itu berlaku apabila serpihan kayu berkenaan dipercayai terpelanting dari mesin pemotong lalu tertusuk dahi mangsa secara menyerong hingga menembusi bahagian kanan kepala mangsa.
Mangsa, Basanta Limbu, 30, bagaimanapun bernasib baik kerana serpihan kayu itu tidak mengenai bahagian otaknya, malah tindakan majikannya menghubungi Klinik Kesihatan Gemas (KKG) dengan segera membolehkan dia diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Segamat, Johor untuk rawatan lanjut.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Gemas, Penguasa Bomba Kanan I Kamaruddin Salleh berkata, sejurus menerima panggilan kecemasan itu, enam pegawai bomba dikejarkan ke tempat kejadian bagi membantu mangsa.
Foto
KAKITANGAN Klinik Kesihatan Gemas dan anggota bomba membantu mangsa tertusuk serpihan kayu.

Katanya, disebabkan kayu yang tertusuk di dahi mangsa agak panjang, ia menyukarkannya dibawa masuk ke dalam ambulans.

“Selepas mengkaji keadaannya, kita memutuskan untuk menggunakan pemotong hidraulik berbanding pisau atau gergaji bagi mengurangkan impak kecederaan lebih serius kepada mangsa selain meminimumkan kesakitan dialaminya,” katanya.

Beliau berkata, mangsa kelihatan menahan sakit sepanjang proses yang mengambil masa enam minit itu namun tidak menjerit atau meronta-ronta, selain dibantu oleh kakitangan perubatan KKG.

“Selepas dipotong, mangsa dihantar ke Hospital Segamat untuk menjalani pembedahan mengeluarkan baki serpihan kayu pada dahinya,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/08

Kesan 4,361 pembakaran terbuka


Kuala Lumpur: Sebanyak 4,361 kes pembakaran terbuka dikesan sejak awal tahun ini sehingga semalam, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel.

Palanivel berkata, daripada jumlah itu, pembakaran kawasan pertanian merekodkan bilangan kes tertinggi iaitu sebanyak 1,432 kes, diikuti kawasan belukar (1,001 kes), kawasan hutan (897 kes), kawasan pembinaan (132 kes), tapak pelupusan sampah (69 kes) dan kawasan industri (34 kes).


Selain itu, sebanyak 796 kes dicatatkan bagi pembakaran terbuka kecil yang lain, katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, bagi tempoh sama, Jabatan Alam Sekitar telah mengenakan kompaun kepada 297 kes pembakaran terbuka dan mengeluarkan notis amaran bagi 94 kes lain.


Tambahnya, mana-mana pihak yang disabitkan kesalahan melakukan pembakaran terbuka boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali berdasarkan Seksyen 29(A) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.


“Kompaun maksimum sebanyak RM2,000 juga boleh dikenakan atas setiap kesalahan,” katanya. -BERNAMA

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/08

Pesalah trafik terus diburu

Pesalah trafik terus diburuMohd Fuad (kanan) bersama Timbalan Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohamad Akhir Darus, pada sidang media, di Bukit Aman, semalam.

 Kuala Lumpur: Pemilik baki lebih 1.5 juta saman dengan waran tangkap tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang.

Itu amaran polis selepas mengumumkan berjaya menyelesaikan 250,000 waran tangkap terhadap pesalah trafik dalam Ops Warta yang dilancarkan sejak Februari hingga 27 Jun lalu.

Ada lebih 1.7 juta pesalah trafik yang memiliki waran tangkap dikesan dalam rekod polis.

Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Fuad Abd Latiff, berkata operasi mengesan pesalah trafik terbabit akan dilakukan secara berterusan.

Beliau berkata sepanjang operasi itu, seramai 16,486 individu ditahan dalam sekatan jalan raya dalam tempoh itu.

Secara keseluruhan sebanyak 1,750,021 waran tangkap masih belum dijelaskan tetapi kira-kira 250,000 waran tangkap dapat diselesaikan sejak Februari hingga selesai Ops Warta Khas pada 27 Jun lalu.

“Polis akan meneruskan Ops Warta sehingga dapat menyelesaikan baki waran tangkap itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman, semalam.
Katanya Selangor mencatatkan jumlah saman tertunggak paling banyak diikuti dengan Kuala Lumpur yang mencatatkan sebanyak (261,000); Perak (146,000) dan Negeri Sembilan (108,000).

“Orang ramai yang memiliki saman dan masih belum menjelaskannya supaya berbuat demikian di mana-mana kaunter bayaran saman trafik Ibu Pejabat Polis Daerah yang berdekatan bagi mengelakkan daripada ditahan.

“Ini kerana semua rekod pesalah trafik masih tersimpan dalam sistem Cops PDRM dan hanya akan dipadamkan apabila mereka menjelaskan bayaran saman atau menyelesaikan waran ke atas mereka,” katanya.

Sepanjang tempoh Ops Warta dijalankan, pihaknya juga turut mengeluarkan 4,026 saman kepada pemandu kenderaan yang didapati menggunakan nombor pendaftaran yang tidak mengikut spesifikasi yang dibenarkan.

7 lelaki gagal culik pemilik sangkar ikan


2014/07/08

7 lelaki gagal culik  pemilik sangkar ikan
Rumah diserang tujuh lelaki dalam kejadian rompakan bersenjata di kawasan ternakan ikan dalam sangkar di Perairan Bangau-Bangau, Semporna, semalam. - Foto Norasikin Daineh

Polis dapat maklumat hasil risikan sejak seminggu lalu

Semporna: Kecekapan pasukan keselamatan menghidu rancangan penculikan terbaharu di perairan ini, berjaya menggagalkan cubaan culik didalangi tujuh lelaki di ladang ternakan ikan dalam sangkar berhampiran Pulau Bangau-Bangau di sini, semalam.

Berdasarkan maklumat awal itu, polis mengarahkan pemilik sangkar ikan meninggalkan pelantar yang menempatkan ternakan ikan yang menjadi tempat tinggal mereka dengan bermalam di pekan ini buat sementara waktu.

Arahan itu menyelamatkan pengusaha Sangkar Ikan Ah Chai di Pulau Bangau-Bangau, kira-kira 2.5 batu nautika dari pekan ini, selepas kumpulan bersenjata menyerbu pelantar itu, jam 1 pagi semalam.

16 maut helikopter terhempas


2014/07/08
16 maut helikopter terhempas
Anggota tentera Vietnam meninjau keadaan helikopter yang terhempas di Hanoi, semalam. - Foto AP
Lima lagi cedera, masalah teknikal punca nahas 


Hanoi: Sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh, manakala lima lagi cedera apabila helikopter tentera terhempas ketika menjalani satu latihan harian, lapor media tempatan, di sini, semalam.

Timbalan Komander Tentera, Leftenan Jeneral Vo Van Tuan berkata, pesawat itu membawa 21 penumpang dan terhempas ketika latihan payung terjun, membunuh 16 orang dan mencederakan lima yang lain. Penumpang yang mati adalah anggota tentera.

“Berdasarkan siasatan awal kami, kemalangan berpunca daripada masalah teknikal. Cuaca baik ketika kejadian dan saya boleh katakan ia tidak membabitkan perbuatan sabotaj,” katanya.

Sumber tentera yang tidak mahu dikenali memaklumkan, helikopter Mi-171 buatan Rusia itu terhempas awal pagi di daerah Thach sebelah barat bandar Hanoi.

“Ada beberapa penumpang di dalam penerbangan berkenaan dan kini kami sedang memeriksa lokasi kemalangan dan punca kemalangan itu. Nahas itu berlaku ketika latihan payung terjun dilakukan,” katanya.

Keluarkan bunyi pelik
Akhbar Thanh Nien dipetik sebagai berkata terdapat 21 penumpang keseluruhan dalam penerbangan terbabit. Tiga anak kapal, dua pelatih dan 16 askar ketika latihan itu dijalankan.

Penduduk tempatan yang enggan namanya disiarkan memberitahu AFP, helikopter malang itu dikatakan menghadapi masalah sebelum terhempas dan terbakar.

“Saya terdengar helikopter itu mengeluarkan bunyi yang pelik dan ketika keluar saya lihat helikopter sudah meletup dengan kepulan asap hitam memenuhi ruang udara,” katanya. - AFP

Cameron Highlands kritikal

Cameron Highlands  kritikal
Hampir setiap hari berlaku pembakaran terbuka di Cameron Highlands. - Gambar hiasan 
Penerokaan, pembakaran terbuka semakin tidak terkawal

Kuala Lumpur: Kegiatan pembakaran terbuka dan penerokaan bukit tidak terkawal di Cameron Highlands berada pada tahap kritikal.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G Palanivel, berkata pemantauan kementerian mendapati hampir setiap hari berlaku pembakaran hutan di situ serta kejadian tanah runtuh.

Katanya, pencerobohan hutan dan bukit dilakukan oleh pendatang asing yang dipercayai mengambil upah daripada rakyat tempatan bagi tujuan pertanian.

MISTERI 1.8 JUTA MYKAD HILANG

MISTERI 1.8 JUTA MYKAD HILANG
Susulan BH bongkar isu warganegara ekspres 
Kuala Lumpur: Enam hingga tujuh orang daripada setiap 100 rakyat Malaysia melaporkan kehilangan MyKad sehari!

Mengikut statistik dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tahun lalu, bilangan MyKad yang hilang meningkat setiap tahun, iaitu daripada 397,079 (2010), 413,068 (2011), 429,137 (2012) dan 565,157 (2013 sehingga 30 Oktober).
Ini bermakna lebih 1.8 juta MyKad dilaporkan hilang dalam tempoh 46 bulan atau purata 39,230 MyKad sebulan, bersamaan 1,307 MyKad yang hilang dalam tempoh sehari.

Persoalan yang timbul ialah betulkah kehilangan berlaku dan ke mana perginya 1.8 juta MyKad yang hilang itu.

Polis tahan bapa bunuh anak


INILAH rumah sewa tempat Muhammad Hafiz mati dipukul bapa sendiri di Kampung Jawa, Melaka semalam.


ALOR GAJAH - Seorang bapa yang dipercayai memukul anak sendiri dengan kayu hingga mati ditahan polis ketika bersembunyi di rumah rakannya di Jalan Melekek, Kampung Padang di sini pagi semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Superintendan Abd. Rahman Jid berkata, bapa berusia 52 tahun itu ditahan pada pukul 2.30 pagi dan merupakan suspek utama kematian Muhamad Hafiz, 17.
Beliau berkata, penahanan tersebut dibuat tidak sampai 24 jam selepas suspek melarikan diri ekoran kejadian yang berlaku di Kampung Jawa di sini pagi kelmarin.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0708&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz36pKzwgP1 
Hakcipta terpelihara 

Banglo Yusof diceroboh penyamun


YUSOF melepaskan tiga tembakan ketika rumahnya di Taman Melawati, Hulu Klang diceroboh perompak semalam.


AMPANG JAYA - Pengarah dan penerbit filem terkemuka, Datuk Yusof Haslam kerugian kira-kira RM10,000 selepas banglo enam tingkat miliknya di Taman Melawati, Hulu Klang dekat sini diceroboh tiga lelaki berpakaian serba gelap semalam.
Ketika kejadian pada pukul 2.30 pagi, Yusof atau nama penuhnya Mohd. Yusof Md. Haslam Khan sedang menonton televisyen di tingkat enam sebelum dikejutkan dengan jeritan pembantu rumahnya dari tingkat tiga.
Yusof, 60, yang mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan jeritan itu terus mengambil pistol jenama Glock miliknya lalu melepaskan satu das tembakan ke arah dinding di tangga rumahnya sebagai amaran dan menakut-nakutkan penceroboh terbabit.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0708&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz36pMCXeyL 
Hakcipta terpelihara 

Warga British bulan madu di hospital


ALYSON (kiri) menemani Jonathan yang sedang dirawat di PPUKM, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Insiden pergaduhan pengantin baharu, Jonathan Kemp dengan isterinya tengah malam Sabtu lalu menyebabkan rancangan mereka untuk berbulan madu di Bali, Indonesia terpaksa dibatalkan.
Pasangan yang baru seminggu berkahwin itu terpaksa menghabiskan masa cuti mereka di hospital selepas Jonathan, 27, ditemui dalam keadaan mabuk dengan kesan kecederaan di beberapa bahagian anggota badan.
Dia ditemui mabuk di Salak Selatan, Sungai Besi dekat sini kira-kira pukul 3.30 petang hari sama kehilangannya.
Jonathan ketika ditemui di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) semalam memberitahu, dia tidak tahu bagaimana kecederaan terjadi pada tangan, belakang badan serta kakinya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0708&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz36pLyuFVJ 
Hakcipta terpelihara 

PATI gagal balik kampung



SEBAHAGIAN PATI yang ditahan ketika menyusup keluar ke Indonesia menggunakan perairan Parit Jawa, Muar kelmarin.


JOHOR BAHRU - Niat sekumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indo- nesia untuk pulang menyambut Aidilfitri di kampung halaman terbantut apabila mereka ditahan ketika sedang menyusup keluar ke sempadan Malaysia-Indonesia menggunakan perairan Parit Jawa, Muar kelmarin.
Menurut Ketua Penguat Kuasa Maritim Pangkalan Batu Pahat, Leftenan Komander Ma ritim Iskandar Ishak, dalam operasi kira-kira pukul 2.15 pagi itu, 17 PATI termasuk tekong dan pembantu bot berkenaan berjaya dicekup.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0708&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz36pLgr3D9 
Hakcipta terpelihara 

Penganggur didakwa seludup pendatang Myanmar


TEMERLOH - Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan mengangkut enam orang pendatang haram warga Myanmar yang diseludup masuk ke negara ini.
Che Mohd. Azuwan Che Hashim, 30, didakwa melakukan kesalahan tersebut pada pukul 4 pagi, 16 Jun lalu menggunakan sebuah kereta jenis Honda Accord warna hitam di Kilometer 134.2, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) arah ke Kuala Lumpur dalam daerah Temerloh.
Kesalahan tersebut boleh dihukum di bawah Seksyen 20J Akta Antipemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih lima tahun dan denda tidak lebih RM250,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0708&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz36pLXzsC0 
Hakcipta terpelihara 

256 mangsa ditipu kerja di Qatar


KUCHING - Seramai 256 orang kempunan untuk bekerja di pelantar minyak di Qatar dengan bayaran gaji yang lumayan apabila polis menahan seorang lelaki yang mendakwa ejen pencari pekerja di Sri Aman dekat sini Jumaat lalu.
Lelaki itu ditahan selepas dipercayai mengutip bayaran sebanyak RM350 daripada mereka yang berminat bekerja di negara itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak, Superintendan Mohd. Firdaus Abdullah berkata, suspek seorang lelaki berusia 27 tahun ditahan di rumahnya di Sri Aman pada pukul 8 malam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0708&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz36pLNvWGh 
Hakcipta terpelihara 

Blog siar seruan berjihad dipantau


HULU TERENGGANU - Kementerian Komunikasi dan Multimedia sedang memantau pengendali laman web dan blog yang membuat tawaran kepada rakyat Malaysia untuk menjadi tentera pejuang jihad di Syria dan Iraq.
Timbalan Menteri, Datuk Jailani Johari berkata, kementerian sedar semakin banyak laman web dan blog yang menyiarkan tawaran itu sejak kebelakangan ini dengan pelbagai fakta yang mengelirukan rakyat Malaysia.
"Kementerian melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga bekerjasama rapat dengan pelbagai agensi penyiasatan untuk kes ini termasuk Polis Diraja Malaysia.
"Biasanya, SKMM akan bantu dari segi forensik sekiranya diminta PDRM kerana mengikut perundangan, perkara ini adalah di bawah bidang kuasa polis kerana ia adalah kesalahan jenayah," katanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0708&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz36pLBijYY 
Hakcipta terpelihara 

80 PATI diberkas di Bandar Penawar


SEBAHAGIAN daripada PATI yang ditahan oleh Polis Marin Wilayah Dua dan Rela di pesisir pantai Bandar Penawar, Johor, kelmarin. - UTUSAN/AMIN FARIJ HASAN
KOTA TINGGI 7 Julai - Seorang bayi berusia sembilan bulan antara 80 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang ditahan ketika hendak pulang ke negara mereka untuk menyambut Ramadan dan Aidilfitri, dalam serbuan di kawasan hutan pesisir pantai Bandar Penawar di sini semalam.
Serbuan pukul 9 malam itu dilakukan oleh 26 pegawai dan anggota Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua dengan kerjasama anggota Jabatan Sukarelawan Rakyat (Rela).
Komander PPM Wilayah Dua, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, siasatan awal mendapati, mereka yang ditahan berusia antara sembilan bulan hingga 60 tahun serta terdiri daripada 66 lelaki, 12 wanita, seorang kanak-kanak dan seorang bayi.
Katanya, mereka ditahan semasa berkumpul di satu tempat yang dijadikan pusat transit sebelum berjalan sejauh lapan kilometer ke pesisir pantai yang dikenal pasti untuk menaiki bot.
"Operasi itu dilakukan ekoran maklumat orang awam," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, kesemua mereka ditempatkan di satu tempat di dalam kawasan hutan tersebut sejauh lebih tiga kilometer dari jalan utama serta dikawal tonto yang memantau dari sebuah pondok berdekatan jalan.
Sepanjang memasuki kawasan yang dijadikan pusat transit berkenaan, kelihatan longgokan polisterin berisi sisa makanan malam yang dipercayai dibuang PATI sebelum itu.
Khon Chiang berkata, hasil siasatan awal mendapati, kesemua PATI berkenaan bekerja di negeri lain dan datang ke situ dengan menggunakan bas ekspres sebelum diambil pihak sindiket.
Menurut beliau, mereka kini ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/63 pindaan 2002 kerana masuk ke negara ini melalui laluan tidak diwartakan, Seksyen 6(1) (c) akta sama kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan Seksyen 15 (4) akta sama kerana berada di Malaysia melebihi tempoh yang dibenarkan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140708/je_11/80-PATI-diberkas-di-Bandar-Penawar#ixzz36pHy8yDc
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Perselisihan faham punca warga emas dibunuh - Polis


GUA MUSANG 7 Julai - Siasatan awal polis mendapati kes bunuh seorang warga emas yang membabitkan anak angkatnya di Kampung Jerek Baru, di sini pagi kelmarin berpunca daripada perselisihan faham.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Saiful Bahri Abdullah berkata, siasatan terperinci mengenai kes tersebut masih dijalankan.
Beliau berkata, suspek yang berusia 36 tahun ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam.
"Kita turut menjalankan ujian air kencing ke atas suspek dan keputusannya negatif. Siasatan kita mendapati berlaku perselisihan faham antara mereka sebelum terjadinya pertengkaran.
"Ekoran itu suspek bertindak kejam memukul kepala mangsa dengan objek keras dan menikamnya beberapa kali di bahagian perut," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Akhbar hari ini melaporkan seorang lelaki berusia 65 tahun maut dipercayai dihentak dengan objek keras dan ditikam oleh anak angkatnya sendiri di rumahnya di Kampung Jerek Baru, di sini pagi kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, mangsa, Isa Hamad ditemui terlentang dan berlumuran darah oleh jirannya dalam rumah tersebut.
Semasa kejadian, isteri mangsa, Che Esah Hamid, 58, berada di rumah anak perempuannya dan mangsa pula berseorangan di rumah.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140708/je_12/Perselisihan-faham-punca-warga-emas-dibunuh---Polis#ixzz36pHq2mfg
© Utusan Melayu (M) Bhd