KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi kuat bermagnitud 7.0 pada skala Richter telah berlaku di Near Coast of Chiapas, Mexico pada jam  7.24 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata, pusat gempa itu terletak di 15.0 darjah Utara dan 92.1 darjah Barat, 786 km di tenggara Puebla, Mexico.

Menurut jabatan itu, tiada ancaman tsunami berikutan gempa itu namunpihaknya sedang memantau perkembangan tersebut. - Bernama