Search This Blog

Saturday, July 5, 2014

Hilang selepas ke pasar pagi


  • Nurul Atikah dikatakan hilang selepas pergi ke pasar pagi bersama rakannya, 28 Jun lalu.Nurul Atikah dikatakan hilang selepas pergi ke pasar pagi bersama rakannya, 28 Jun lalu.

KUALA KRAI - Sebuah keluarga dari Kampung Bedal dekat sini, kehilangan seorang anak perempuan di bandar Kuala Krai, 28 Jun lalu.

Nurul Atikah Ibrahim, 20, didakwa ke pasar pagi di Kuala Krai bersama rakannya sebelum dilaporkan hilang.

Bagaimanapun rakannya yang juga sebaya dengannya pulang awal kerana perlu ke tempat kerja dan meninggalkan Nurul Atikah sendirian.

Berikutan kehilangan itu, keluarga mangsa telah pun membuat laporan polis pada 29 Jun lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai.

Abang mangsa, Zalani Ibrahim , 28,  berkata mereka sekeluarga bimbang keselamatan adiknya yang disifatkan seorang yang lemah lembut dan tidak mempunyai masalah dengan ahli keluarga yang lain.

Katanya, kehilangan Nurul Atikah membuatkan keluarganya buntu dan merayu orang ramai yang mengetahui adiknya berada agar maklumkannya ke balai polis berhampiran.

“Sejak adik hilang, kami tidak menerima sebarang berita darinya. Kami sekeluarga merayu sesiapa yang mengetahui adiknya berada supaya memaklumkannya kepada kami atau menghubungi balai polis berdekatan,” katanya.

Tambahnya, dia amat menghargai sekiranya ada pihak yang turut berikhtiar mengadakan solat hajat agar dia segera ditemui sempena bulan mulia ini. Bagi sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai Nurul Atikah, boleh menghubungi Zalani di talian 017-3730151.

Dua mayat ditemui dengan kesan tikaman


BERNAMA | .
BUTTERWORTH: Dua mayat dipercayai warga asing ditemui dengan beberapa kesan tikaman di tepi landasan keretapi di Kampung Jawa, Perai di sini pagi tadi.
  
Jurucakap polis berkata mayat ditemui kira-kira pukul 9.15 pagi berdekatan antara satu sama lain.
  
"Satu mayat ditemui dengan lapan kesan tikaman di dada, perut, tangan, belakang serta bahu, manakala satu lagi terdapat kesan kelar di leher dan tikaman di dada, rusuk dengan perut terburai," katanya.
  
Dua buah basikal turut ditemui berhampiran mayat yang dipercayai milik mangsa.
  
Pihak polis percaya kedua-duanya dalam perjalanan pulang dari kilang tempat mereka bekerja.
  
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Rusli Mohd Noor berkata tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada kedua-dua mayat.
  
"Kita sedang siasat motif kejadian dan kita minta sesiapa yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian agar menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan," katanya. - Bernama

Dua lelaki warga asing dibunuh kejam


BUKIT MERTAJAM 5 Julai - Mayat dua lelaki dipercayai warga asing ditemui dengan beberapa kesan tikaman di tepi landasan kereta api di Jalan Kampung Jawa, Perai, dekat sini pagi tadi.
Mayat pertama ditemukan orang awam kira-kira pukul 9.30 pagi sebelum dilaporkan kepada pihak polis.
Pemeriksaan polis di tempat kejadian kemudiannya menemukan satu lagi mayat tidak jauh dari lokasi penemuan mayat pertama.
Difahamkan, terdapat kesan kecederaan serius pada kedua-dua mayat dengan kesan tikaman yang menyebabkan perut terburai selain kesan kelar di leher. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140705/je_10/Dua-lelaki-warga-asing-dibunuh-kejam#ixzz36ay4Kf7S
© Utusan Melayu (M) Bhd 

9 maut tanah runtuh di lombong emas


JAKARTA 4 Julai - Kira-kira sembilan orang maut dalam kejadian tanah runtuh di lombong emas haram di kawasan pedalaman timur Indonesia, kata pegawai rasmi, semalam.
Ketua mencari dan menyelamat, Marsudi, berkata, setakat ini, seramai empat orang masih didapati hilang, manakala dua lagi berjaya diselamatkan selepas kejadian tanah runtuh melanda perkampungan Dageuwo, wilayah Papua tersebut.
Anggota penyelamat terpaksa diterbangkan ke lokasi kejadian kerana ia sukar dihubungi melalui jalan darat selain terletak di kawasan pergunungan.
Marsudi berkata, kesemua mangsa dipercayai adalah pelombong haram. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140705/lu_03/9-maut-tanah-runtuh-di-lombong-emas#ixzz36ah6Zp7W
© Utusan Melayu (M) Bhd 

DBKL sita 18 gerai, tahan 32 warga asing berniaga


Oleh Asmah Rusman
Kuala Lumpur: Operasi Bazar Aidilfitri dan peniaga warga asing atau Ops Tegas kendalian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertukar kecoh apabila peniaga marah sebaik gerai miliknya disita anggota penguat kuasa.

Bagaimanapun, insiden hampir 15 minit itu dileraikan dan satu perbincangan dilakukan antara kedua-dua pihak yang memutuskan agar notis amaran dikeluarkan sebelum satu pemeriksaan susulan dilakukan selepas ini.


Penguasa Jabatan Penguatkuasa DBKL, Mohd Heriyadi Mohd Noor berkata, kejadian itu berpunca salah faham peniaga di bazar Jalan Chow Kit yang membuka khemah jualan atas jalan raya sedangkan syarat lesen melarang mereka berbuat demikian.

"Mereka mendakwa penganjur tidak memberitahu perkara itu malah sehingga kini lesen bazar juga masih belum diperoleh meskipun sudah menjalankan perniagaan sejak 29 Jun lalu," katanya.


Oleh itu, Mohd Heryadi berkata pihaknya meminta penganjur iaitu Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Melayu Wilayah Persekutuan dan Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Bumiputera buat pemeriksaan dan menyemak semula syarat yang ditetapkan dalam lesen.


Operasi di Jalan Chow Kit dan Bukit Bintang itu bermula 8 malam dan berakhir tengah malam tadi, menyita 18 gerai dan khemah tanpa lesen serta menahan 32 warga asing disyaki menjalankan perniagaan dan bekerja tanpa dokumen sah.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/05

Bayi antara dua terbunuh dalam kemalangan dekat Kamunting


Kamunting: Dua maut termasuk bayi berusia enam bulan manakala tiga cedera dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di KM200 lebuh raya PLUS arah utara, pada 3.20 pagi ini.

Dalam kejadian itu, kemalangan berlaku apabila lori membawa muatan tong gas merempuh belakang lori simen.


Kemalangan itu menyebabkan pemandu lori tong gas patah kaki, isterinya pengsan dan bayi perempuan mereka terbunuh.

Jurucakap Bomba berkata dalam kejadian itu seorang kelindan lori simen turut terbunuh apabila digilis lori datang dari arah sama.


Menurutnya, pada masa sama Proton Exzora turut terbalik akibat hilang kawalan selepas merempuh tong gas yang jatuh atas jalan.


"Pemandu kenderaan terbabit hanya cedera dan dihantar ke hospital untuk tindakan lanjut.

"Toyota Wish yang dinaiki empat sekeluarga terselamat dalam kejadian itu," katanya.

Beliau berkata pihaknya menggunakan alat keselamatan untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kejadian itu.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/05

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Bahau


Oleh Abnor Hamizam Abd Manap
Bahau: Dua lelaki maut dalam kemalangan berasingan di KM10 dan KM22 Jalan Bahau-Keratong, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian pertama di KM10, lori membawa muatan kelapa sawit menghala ke Bahau dipercayai mengalami masalah brek menyebabkan hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan.


Jurucakap polis berkata, Proton Persona yang datang dari arah bertentangan bertembung dengan lori berkenaan menyebabkan pemandunya tersepit dan parah.

Bagaimanapun, mangsa berusia 64 tahun hanya disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah, dekat sini.


"Sejam kemudian satu lagi kemalangan berlaku di KM22 jalan sama, sebuah lori dikatakan hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan.


"Sebuah lori datang dari Keratong berjaya mengelak namun kereta yang berada di belakang lori berkenaan tidak sempat mengelak menyebabkan berlaku pertembungan," katanya.

Mangsa berusia 25 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/05

Dua mayat ditemui dengan kesan tikaman di Perai


Butterworth: Dua mayat dipercayai warga asing ditemui dengan beberapa kesan tikaman di tepi landasan keretapi di Kampung Jawa, Perai, di sini, pagi ini.

Jurucakap polis berkata mayat ditemui berdekatan antara satu dengan lain, 9.15 pagi.


"Satu mayat ditemui dengan lapan kesan tikaman di dada, perut, tangan, belakang serta bahu, manakala satu lagi terdapat kesan kelar di leher dan tikaman di dada, rusuk dengan perut terburai," katanya.

Dua basikal turut ditemui berhampiran mayat yang dipercayai milik mangsa.


Pihak polis percaya kedua-duanya dalam perjalanan pulang dari kilang tempat

mereka bekerja.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor berkata tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada kedua-dua mayat.

"Kita sedang siasat motif kejadian dan kita minta sesiapa yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian agar menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan," katanya. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/05

Pemandu teksi maut ditikam


Oleh Mohd Rizal Abdullah
Kuala Lumpur: Seorang pemandu teksi mati dibunuh seorang lelaki yang cuba menyamunnya di Jalan Pudu Ulu Cheras, berhampiran Hotel V Garden, di sini, kira-kira 6.30 pagi ini.

Dalam kejadian itu, mangsa berumur lingkungan 60 an itu mati di tempat kejadian dipercayai ditikam oleh suspek.


Difahamkan, suspek adalah penumpang teksi berkenaan dan cuba menyamun mangsa sehingga berlakukan pergelutan

Sementara itu, jurucakap polis berkata, sejurus menerima maklumat awam mengenai kejadian itu, anggota polis dikerahkan ke tempat kejadian dan suspek dapat ditahan ketika sedang ingin melarikan diri menggunakan kereta mangsa.


Menurutnya, suspek ditahan dan siasatan mendapati suspek mempunyai rekod kesalahan lampau.


Kes disiasat mengikut seksyen 302 kanun keseksaan kerana membunuh.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/05

Pemandu teksi maut ditikam


Oleh Mohd Rizal Abdullah
Kuala Lumpur: Seorang pemandu teksi mati dibunuh seorang lelaki yang cuba menyamunnya di Jalan Pudu Ulu Cheras, berhampiran Hotel V Garden, di sini, kira-kira 6.30 pagi ini.

Dalam kejadian itu, mangsa berumur lingkungan 60 an itu mati di tempat kejadian dipercayai ditikam oleh suspek.


Difahamkan, suspek adalah penumpang teksi berkenaan dan cuba menyamun mangsa sehingga berlakukan pergelutan

Sementara itu, jurucakap polis berkata, sejurus menerima maklumat awam mengenai kejadian itu, anggota polis dikerahkan ke tempat kejadian dan suspek dapat ditahan ketika sedang ingin melarikan diri menggunakan kereta mangsa.


Menurutnya, suspek ditahan dan siasatan mendapati suspek mempunyai rekod kesalahan lampau.


Kes disiasat mengikut seksyen 302 kanun keseksaan kerana membunuh.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/05

Dua pekerja Filipina lemas dalam tangki simpanan minyak sawit di Bintulu


05/07/2014 4:43pm

BINTULU - Dua pekerja warga Filipina mati lemas dalam tangki simpanan minyak di sebuah kilang kelapa sawit di zon perindustrian Kidurong semalam.
Jermie Onggolan Otat, 24, dan Rudolfo Jr. Bation, 30, terjatuh dalam tangki itu, yang mengandungi air ketika melakukan kerja-kerja kimpalan.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu ketika dihubungi Bernama berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 9.16 malam dan mengambil masa 15 minit mengeluarkan kedua-dua mangsa.
"Kedua-dua mayat sudah dihantar ke Hospital Bintulu untuk bedah siasat,” katanya. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0705&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_15.htm#ixzz36ae3GKBZ 
Hakcipta terpelihara 

Rumah tempatkan 18 pelajar Madrasah Baitil Hamdi musnah dalam kebakaran


05/07/2014 6:07pm

ALOR GAJAH - Sebuah rumah yang menempatkan 18 pelajar perempuan Madrasah Baitil Hamdi di Taboh Naning di sini musnah dalam satu kebakaran hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah, R. Bajiyen berkata, pihaknya menerima panggilan pada 1.51 petang dan tiba di tempat kejadian lima minit kemudian.
Beliau berkata, bomba berjaya mengawal kebakaran lima minit kemudian dan api dipadam sepenuhnya pada 2.51 petang.
"Rumah kayu itu musnah kira-kira 80 peratus namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan kerana ketika kejadian, pelajar berada di surau berdekatan untuk solat Zohor,” katanya kepada pemberita.
Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0705&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_17.htm#ixzz36adoDkDg 
Hakcipta terpelihara 

Rumah tempatkan 18 pelajar Madrasah Baitil Hamdi musnah dalam kebakaran


05/07/2014 6:07pm

ALOR GAJAH - Sebuah rumah yang menempatkan 18 pelajar perempuan Madrasah Baitil Hamdi di Taboh Naning di sini musnah dalam satu kebakaran hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah, R. Bajiyen berkata, pihaknya menerima panggilan pada 1.51 petang dan tiba di tempat kejadian lima minit kemudian.
Beliau berkata, bomba berjaya mengawal kebakaran lima minit kemudian dan api dipadam sepenuhnya pada 2.51 petang.
"Rumah kayu itu musnah kira-kira 80 peratus namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan kerana ketika kejadian, pelajar berada di surau berdekatan untuk solat Zohor,” katanya kepada pemberita.
Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0705&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_17.htm#ixzz36adoDkDg 
Hakcipta terpelihara 

Saksi nampak tayar melambung tinggi

Orang awam mengerumuni lokasi kejadian, petang kelmarin.
Orang awam mengerumuni lokasi kejadian, petang kelmarin.
KUALA KANGSAR - “Saya lihat ada satu tayar besar melambung ke udara sehingga melepasi pembahagi jalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum ternampak asap tebal.”

Demikian menurut seorang saksi kemalangan ngeri melibatkan kereta perisai milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengorbankan dua anggota di sini, kelmarin.

Abd Momin Khushairy, 39, anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kuala Kangsar berkata, ketika kejadian, dia bersama tiga lagi anggota jabatan itu menaiki ambulans yang dalam perjalanan pulang dari menghantar mangsa kemalangan di Hospital Taiping.

Menurutnya, secara kebetulan ketika tiba di lokasi kejadian, dia terdengar dentuman kuat, disusuli asap tebal sebelum ternampak objek berupa tayar melambung tinggi.

“Mujur tayar itu tidak kena kenderaan di laluan bertentangan. Jika tidak, mungkin akan berlaku kemalangan juga di laluan sebelah sana.

“Jarak ambulans dengan kenderaan tentera itu kira-kira 50 meter sahaja. Bagaimanapun, kami tidak nampak kemalangan itu,” katanya.

Dalam insiden kira-kira jam 6.15 petang di Kilometer 232.6 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah Selatan itu, Sarjan Bayong Burma, 31, maut di tempat kejadian, sementara Koperal Che Mohamad Fatanah Che Ismail, 31, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Kangsar.

Lans Koperal Fredi Barnabas, 29, dan Koperal Mohd Sarifudin Abdullah, 36, cedera parah apabila kereta perisai Sibmas 6x6 yang dalam perjalanan dari Kedah untuk latihan menembak di Negeri Sembilan itu hilang kawalan lalu merempuh pembahagi jalan sebelum terbalik ke bahu kiri laluan.

Abd Momin berkata, keadaan di lokasi ketika itu tidak ubah seperti di medan perang, terutamanya apabila ada anggota yang tertiarap di lebuh raya, sementara terdapat beberapa lagi kenderaan milik ATM berada berhampiran antara satu sama lain.

“Kami segera mengalihkan dua anggota tentera yang berada di atas jalan kerana bimbang tumpahan diesel yang berlaku boleh bahayakan mereka.

“Anggota lain pula membantu mengeluarkan mangsa yang berada dalam kenderaan. Kemudian, kami memberi rawatan awal kepada mangsa sebelum menghantar dua mangsa ke Hospital Kuala Kangsar untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Ghuzlan Salleh berkata, siasatan dilakukan akan meneliti beberapa aspek dan mendapatkan pandangan daripada beberapa pihak lain.

Katanya, antara aspek yang akan diberi perhatian khusus adalah situasi jalan sewaktu kemalangan serta keadaan semasa kenderaan itu.

“Kita juga akan siasat dakwaan mengatakan tayar pecah menyebabkan kemalangan itu terjadi.

"Jika dilihat pada fizikal, memang kita boleh lihat tayar itu pecah, namun siasatan harus dilakukan bagi mengenal pasti sama ada tayar itu pecah sebelum atau selepas berlakunya kemalangan," katanya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kenderaan itu hilang kawalan dan terbabas serta melanggar tebing di sebelah kanan jalan sebelum terbalik ke kiri laluan.

Kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalanraya 1987.

‘Kerana sayang aku turutkan’


Oleh Mohd Rafi Mamat
Kuantan: Sayang membabi buta hingga memakan diri. Itu yang terpaksa ditanggung seorang isteri muda apabila menjadi hamba dadah kerana terikut-ikut tabiat suaminya.

Noni, 21, berkata, kerana sayang dan cintakan arwah suami, dia sanggup lakukan apa saja termasuk turut sama menagih dadah jenis syabu pada usia 15 tahun.


“Saya dan arwah suami sama-sama terbabit dengan aktiviti menagih dadah di rumah, kehidupan kami sebagai pasangan suami isteri menjadi lebih bahagia dan begitu setia apabila kami khayal dibuai pengaruh bahan terlarang itu,” katanya yang kini menjalani Perintah Kehadiran Wajib (PKW) Jabatan Penjara Malaysia.

Dia yang menjadi isteri ketika masih remaja kini mempunyai seorang cahaya mata berusia enam tahun berkata, rakan lain yang turut terbabit dengan dadah jenis syabu itu turut mempengaruhinya mencuba walaupun pada peringkat awal perasaan takut begitu menebal bagi dirinya.


Katanya, setiap hari arwah suami menghabiskan RM100 untuk membeli dadah dan sebagai isteri yang manja dia hanya menumpang saja sambil melayan suami yang begitu penyayang dan bertanggungjawab.




Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/05

Senator paling berpengaruh Filipina disyaki rasuah


Manila: Mahkamah semalam mengarahkan Senator Juan Ponce Enrile ditahan kerana disyaki terbabit dalam skandal rasuah menggemparkan Filipina.

Dianggap antara politikus paling berpengaruh di Filipina, Enrile, 90, pernah bertugas sebagai menteri pertahanan dan penguat kuasa undang-undang tentera di bawah diktator Ferdinand Marcos.

Enrile dituduh menggelapkan hampir AS$4 juta (RM12.7 juta) dana kerajaan.

Di samping itu, Pegawai mahkamah berkata, selain Enrile, hakim juga mengeluarkan waran tangkap ke atas empat suspek lain, termasuk seorang pembantu ahli politik.



Sementara itu, jurucakap Enrile berkata, ahli politik berkenaan sedang berunding dengan pasukan peguamnya.

Dia adalah ahli anggota Senat ketiga Filipina diarah ditahan bagi membantu siasatan kes rasuah berkenaan.


- AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/05

Pencuri bodoh


Geneva: Seorang pencuri telefon bimbit ditahan selepas polis menemui gambarnya melalui telefon bimbit miliknya yang tercicir di tempat kejadian.

Menurut jurucakap polis, lelaki warga Romania yang berusia kira-kira 20-an tahun itu mencuri telefon bimbit di sebuah kedai di tengah Geneva yang ditinggalkan untuk dibaiki.

Tetapi kerana tergesa-gesa untuk meninggalkan tempat itu dia tertinggal telefon miliknya.

Pemilik kedai berkenaan berjaya mengenalpasti suspek menerusi telefon yang ditinggalkannya, sekali gus membolehkan polis menangkapnya di sebuah kafe, Rabu lalu.

Lelaki berkenaan yang juga disyaki menetap di Switzerland secara haram, menafikan melakukan sebarang kesalahan.



- AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/05

Tiga kategori tipu kad pengenalan


Georgetown: Seramai 105 individu rakyat tempatan dan asing ditahan selepas disyaki terbabit dengan aktiviti pemalsuan kad pengenalan bagi tempoh September 2013 hingga April lalu.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, namun pemeriksaan dilakukan dalam sistem data pengimbas Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendapati butiran diri pemegang dokumen itu seperti tertera pada kad pengenalan terbabit tidak wujud.


Beliau berkata, hasil siasatan dilakukan mendapati ada tiga kategori sindiket pemalsuan kad pengenalan iaitu membabitkan warga asing, individu tertentu mengambil kesempatan memperoleh wang mudah dan menjadikan warga asing di ladang, kampung baru dan taman perumahan mangsa.



“Kami memandang serius perkara ini, operasi pemantauan dan pemeriksaan secara berterusan dipergiatkan untuk mengesan aktiviti pemalsuan kad pengenalan membabitkan semua agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN,” katanya.


Terdahulu, beliau hadir pada Majlis Berbuka Puasa Warga KDN Peringkat Negeri Pulau Pinang di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/05

Menyamar pelarian


Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa
Kuala Lumpur: Menyamar sebagai pelarian dengan menggunakan kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) dijadikan taktik oleh pengganas Pembebasan Harimau Tamil Eelam (LTTE) Sri Lanka untuk tinggal dan menjadikan Malaysia pangkalan operasi mereka.

Ini didedahkan polis hasil penahanan empat anggota kanan kumpulan LTTE yang bersembunyi di Malaysia dengan menggunakan kad UNHCR selain menghasilkan pasport palsu pelbagai negara untuk membantu pergerakan kumpulan berhaluan kiri itu.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, empat anggota kumpulan LTTE itu termasuk seorang pakar membuat bahan letupan ditahan Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman dalam beberapa siri serbuan di Kuala Lumpur dan Selangor Khamis lalu.



Katanya, keempat - empat suspek berusia antara 32 hingga 45 tahun itu disyaki terbabit dalam melancarkan serangan di Sri Lanka selain merancang untuk mengaktifkan kumpulan LTTE dengan menjadikan Malaysia sebagai pangkalan operasi.


“Seorang daripada mereka disyaki terbabit dalam cubaan membunuh Bekas Presiden Sri Lanka, Chandirka Kumaratunga pada 18 Disember 1999 manakala seorang lagi terbabit dalam aktiviti pemalsuan dokumen perjalanan, pas pelajar warga asing dan aktiviti penyeludupan manusia, “Seorang lagi dipercayai pakar menghasilkan bahan letupan dan yang keempat pula terbabit dalam pengumpulan dan penyaluran maklumat kepada LTTE untuk tujuan merancang serangan,” katanya dalam kenyataan, semalam.


Menurutnya, pihaknya merampas pasport palsu pelbagai negara dan cop rasmi Jabatan Imigresen Malaysia dan beberapa kedutaan asing.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/05

Bunuh sebelum bakar


Batu Pahat: Misteri kawasan semak yang dipenuhi asap membawa kepada penemuan mayat dalam keadaan rentung dipercayai dibunuh sebelum dibakar di Kampung Seri Paya, Ayer Hitam di sini, petang semalam.

Mayat yang belum dikenal pasti jantina dan identiti itu ditemui penduduk kampung yang baru pulang dari kebun kira-kira jam 6.30 petang.


Polis percaya mayat itu mungkin dibakar menggunakan tayar kerana ada kesan tayar yang hangus di lokasi kejadian.



Mayat yang rentung seratus peratus itu dipercayai dibakar di kawasan itu pada hari sama kejadian berikutan keadaan persekitaran yang masih dipenuhi asap.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisoner Din Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, siasatan lanjut masih dijalankan.


“Setakat ini kita masih menyiasat kes terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 kanun keseksaan,” katanya.

Din berkata, pihaknya juga mengharapkan kerjasama daripada orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut untuk menghubungi balai polis berhampiran.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/05

Peniaga roti John mohon maaf


Shah Alam: “Selepas berita mengenai kejadian yang menimpa anak saya disiarkan Harian Metro dan tersebar di Facebook, peniaga roti John terbabit ada menghubungi saya semalam (kelmarin) dan melahirkan kekesalan serta memohon maaf atas apa yang berlaku.

“Peniaga terbabit benar-benar menyesal dengan apa yang berlaku kerana beliau juga turut mengalami sakit perut. Dengan permohonan maaf yang dibuat peniaga terbabit dan dengan kemuliaan Ramadan ini, saya membatalkan hasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya,” kata Hamdan Mohd Nasir, 40.


Hamdan adalah bapa kepada empat beradik Nurul Qaisarah Hamdan, 13, Muhammad Qayyim, 11, Nur Qatrunnada, 9, dan Nurul Qasihdayana, 4, yang terpaksa dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahiman (HTAR), Klang kerana mengalami keracunan makanan selepas menikmati juadah roti John yang dibeli di bazar Ramadan Taman Sri Muda, di sini, Ahad lalu.



Beliau berkata, keputusannya itu turut dipengaruhi keadaan anak ketiganya Muhammad Qayyim yang semakin pulih walaupun masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HTAR.


“Muhammad Qayyim sudah sedar dan menunjukkan tindak balas ketika namanya dipanggil, pagi tadi (semalam) dan ini satu petanda positif walaupun doktor ada memaklumkan jangkitan kuman akibat keracunan itu boleh menyebabkan jangkitan pada otak,” katanya.


Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, satu siasatan menyeluruh dijalankan pihaknya kerana perkara yang berlaku adalah serius.

Menurutnya, jenis kuman yang terdapat dalam roti John yang didakwa menjadi punca empat beradik keracunan makanan Selasa lalu akan dikenal pasti terlebih dulu.


Katanya, bagi memastikan perkara sama tidak berulang, pihaknya akan terus menjalankan pemantauan di bazar Ramadan untuk memantau tahap kebersihan premis yang menjual makanan serta minuman.

“Kami memandang serius kejadian ini dan berharap perkara sama tidak akan berulang.


“Saya juga ingin menasihatkan orang ramai agar memberikan perhatian kepada tahap kebersihan gerai makanan kerana bimbang kualiti makanan juga terjejas,” katanya. Dalam pada itu, Timbalan Pengarah Komunikasi Korporat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Sharin Ahmad ketika dihubungi berkata, pihaknya akan menunggu laporan daripada Jabatan Kesihatan Selangor terlebih dulu sebelum sebarang tindakan susulan diambil.


Harian Metro semalam melaporkan kegembiraan empat beradik menikmati roti John sebagai juadah berbuka bertukar episod hitam dalam hidup mereka apabila dikejarkan ke hospital selepas mengalami sakit perut sehari kemudian.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/05

Cabut lari digertak wanita


Kuala Lumpur: Tindakan berani seorang wanita menggertak dan mengambil gambar dua penjenayah cuba mencuri kenderaan yang menyamar sebagai pekerja agensi tarik kereta menyebabkan suspek melarikan diri.

Dalam kejadian jam 2 petang semalam, mangsa yang berusia 32 tahun hampir dirompak penjenayah ketika berada di kawasan meletak kenderaan sebuah pusat beli-belah di Selayang, Gombak.


Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Zeti, berkata, kejadian berlaku ketika dia sedang memandu kereta Perodua Kelisa bersendirian untuk membeli barang dapur.



Menurutnya, kereta dipandunya secara tiba-tiba dipintas dan dihadang sebuah kereta Perodua Viva dinaiki dua suspek terbabit.


Dia berkata, dua lelaki yang dianggarkan berusia pertengahan 30-an itu secara tiba-tiba mengarahkannya keluar daripada kenderaan dan menyerahkan kunci kereta.


“Seorang suspek memberitahu bahawa dia ditugaskan pihak bank untuk merampas kereta itu kerana saya gagal membayar ansuran bulanan. “Saya yang terkejut dengan arahan lelaki itu terus mengajaknya berbincang di pintu masuk pasar raya itu. Saya berasa sangsi kerana kereta itu tidak lagi terikat dengan pinjaman bank berikutan semua baki ansuran sudah dijelaskan,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Sentul di sini, semalam.

Tidak puas hati dengan tindakan suspek yang cuba memperdayakannya, Zeti meminta suspek menunjukkan surat arahan dari bank bagi menarik kereta itu selain memberitahu nama pemilik sebenar kenderaan dipandu.


“Malangnya suspek gagal menunjukkan sebarang bukti dokumen selain memberitahu nama sebenar pemilik kereta ini,” katanya, Bagaimanapun, tembelang kedua-dua penjenayah terbongkar apabila seorang suspek berpura-pura menelefon seorang `pegawai bank’ dan bertutur dalam bahasa Tamil.

“Dia mendakwa mendapatkan maklumat daripada pegawai bank yang mengarahkan kereta saya ditarik. Namun saya tambah pelik apabila dia memberitahu bahawa pegawai bank itu bernama Faizal sedangkan dia berbual dalam bahasa Tamil.


“Saya kemudian bertindak berani mengeluarkan telefon bimbit dan merakam gambar suspek dan kereta dipandu. Tindakan saya itu menyebabkan penjenayah tersentak seketika,” katanya.


Terkejut dengan tindakan mangsa, suspek kemudian terus melarikan diri dari lokasi kejadian.


Sementara itu Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R. Munusamy ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan dan berkata siasatan lanjut akan dijalankan pihaknya berhubung kejadian itu.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/05

Mangsa sindiket digesa tampil


Kuala Lumpur: Polis menasihatkan mana-mana individu yang pernah menjadi mangsa kepada sindiket eksploitasi manusia tampil membuat laporan agar siasatan menyeluruh dapat dijalankan sehingga pihak yang bertanggungjawab dapat dibawa ke muka pengadilan.

Gesaan itu disuarakan Penolong Pengarah Unit Anti Pemerdagangan Orang (ATIP) Bukit Aman Asisten Komisioner Mohd Zaki Masroh yang meminta mangsa agar segera membuat laporan polis agar pihak bertanggungjawab dapat diberkas.


Beliau berkata, polis sentiasa menjalankan pemantauan dan risikan dari semasa ke semasa berhubung sindiket berkenaan namun maklumat dan laporan mangsa dilihat mampu membantu siasatan polis seterusnya menjadi satu kelebihan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekiranya mereka ini dihadapkan ke mahkamah.



“Saya minta mereka tampil (buat laporan polis), jangan takut. Sekiranya terdapat laporan, siasatan dapat dijalankan dengan lebih berkesan. Sekiranya mereka tinggal di mana-mana rumah perlindungan, pusat berkenaan boleh tampil membawa mangsa membuat laporan polis,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.


Mohd Zaki sebagai mengulas laporan mengenai dua wanita warga India yang menjadi mangsa eksploitasi manusia apabila mereka mendakwa ditipu oleh agensi pekerjaan yang membawa masuk wanita berkenaan untuk bekerja, namun tidak menerima gaji sehingga hampir sembilan bulan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/05

Mayat rentung di kebun


Batu Pahat : Penduduk Kampung Seri Paya Ayer Hitam disini, gempar apabila menemui mayat dalam keadaan rentung dipercayai dibunuh sebelum dibakar di sekitar kebun di kampung itu, lewat petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mayat yang belum dikenal pasti jantina dan identiti itu ditemui penduduk kampung yang baru pulang dari kebun.
Difahamkan mayat itu dibakar bersama tayar kerana terdapat kesan tayar yang hangus ditemui di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisoner Din Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, siasatan lanjut masih dijalankan.
Foto
MAYAT yang belum dikenal pasti ditemuui rentung dekat kawasan kebun di Kampung Seri Ayer Hitam, Batu Pahat, petang tadi.

"Setakat ini kita masih menyiasat kes terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 kanun keseksaan kerana bunuh," katanya
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/05

Dipaksa makan sajian basi


Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz
Kuala Lumpur: Sudahlah ditipu ejen pekerjaan yang menawarkan gaji lumayan, sebaik tiba ke negara ini ia mereka turut didera majikan sehingga ada yang tergamak mencurah air panas dan memaksa mereka memakan makanan basi.

Itu nasib dua wanita warga India yang menerima layanan buruk daripada majikan mereka sebaik tiba ke Malaysia selepas mendakwa ditipu oleh ejen pekerjaan selain pasport mereka turut dirampas oleh ejen sebaik mereka tiba di Malaysia.


Menceritakan detik hitam itu, Sweeta, 27, memberitahu pada mulanya dia berasa berat hati untuk datang ke Malaysia bagi mencari rezeki bagaimanapun, demi mencari wang bagi membiayai kehidupan keluarga selain turut ingin mencari wang bagi merawat adik tirinya yang mempunyai masalah mental dia membuat keputusan untuk datang negara ini.



Pertemuan dengan seorang ejen pekerjaan di Selatan India selepas diperkenalkan oleh saudaranya pada enam bulan lalu ternyata bertukar menjadi mimpi ngeri dalam hidupnya.


“Dia (ejen) pekerjaan memberitahu saya akan mendapat kerja dengan gaji yang lumayan sebaik datang ke Malaysia. Saya hanya perlu menjaga kanak-kanak dan diberikan gaji sehingga RM2,000.


“Saya dibawa masuk ke Malaysia menggunakan pas lawatan sosial sebelum ejen pekerjaan berjanji akan menukarkan ia kepada pas bekerja selepas saya bekerja beberapa bulan di negara ini. “Namun, semuanya hanya janji tinggal janji apabila sebaik saya tiba ejen terus menghantar saya kepada majikan dan turut merampas pasport saya,” katanya kepada Harian Metro selepas berjaya diselamatkan oleh Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) di sini.

Sweeta memberitahu, dia mula didera dan dilayan seperti binatang oleh majikannya selepas sebulan bekerja di sebuah rumah di ibu negara apabila dia bertanyakan mengenai gajinya.


Gadis malang itu mendakwa, dia sering dipukul dan dipaksa memakan makanan basi oleh majikannya gara-gara lambat menyiapkan kerja rumah selain turut diarah tidur di lantai dapur.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/05

Bahan peledak bom ikan punca letupan


2014/07/05 - 01:37:23
Kota Kinabalu: Siasatan awal bomba mendapati beberapa letupan yang kedengaran dalam kebakaran besar di Kampung Pondo, Pulau Gaya, kelmarin, dipercayai berpunca daripada bahan peledak untuk membuat bom ikan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Nordin Fauzi, berkata ia berdasarkan siasatan awal susulan maklumat yang diterima daripada orang awam di tempat kejadian.

Bagaimanapun, siasatan lanjut akan dijalankan walaupun pada peringkat awal ini letupan itu dipercayai daripada bahan untuk membuat bom ikan. Setakat ini punca sebenar kebakaran belum diketahui dan masih dalam siasatan, katanya ketika dihubungi BH di sini, semalam. 

RM12.4j ubat tak daftar dirampas


2014/07/05 - 01:39:41
Putrajaya: Kementerian Kesihatan merampas 181 jenis ubat tidak berdaftar dianggarkan bernilai RM12.4 juta, yang sebahagian besarnya ubat generik bagi rawatan Erectile Dysfunction atau mati pucuk, dipercayai untuk pasaran antarabangsa.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu kenyataan semalam, berkata tangkapan pada 6 Jun lalu itu dibuat di sebuah gudang di Hab Antarabangsa Kawasan Perdagangan Bebas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Gudang ini diserbu Cawangan Penguat Kuasa Farmasi Selangor dan Bahagian Perkhidmatan Farmasi Kementerian kesihatan, yang menemui ubat perangsang seks tidak berdaftar serta ubat preskripsi untuk pasaran antarabangsa.

Selain ubat sildenafil dan tadalafil untuk mati pucuk, ubat generik lain untuk rawatan penyakit darah tinggi, anti kolesterol dan antibiotik turut dirampas.

Pengedaran ubat ini didalangi sindiket yang membabitkan syarikat beroperasi di India, Singapura dan Malaysia manakala pesanan oleh pelanggan dibuat secara atas talian dengan domain berpusat di London.

Gudang di Malaysia bertindak sebagai hab penyimpanan dan pembungkusan sebelum dihantar kepada pelanggan, kebanyakannya di Amerika Syarikat, menggunakan bungkusan berlabel Health Supplement, katanya.

1,000 bungkusan sehari
Tambah beliau, sindiket yang beroperasi sejak Mac lalu itu, menghantar lebih 1,000 bungkusan sehari di mana ubat dihantar oleh pengilang di India melalui pesanan sebuah syarikat di Singapura dan maklumat pelanggan serta alamat hantaran di e-mel kepada wakil di Malaysia.

Syarikat yang beroperasi di Malaysia akan menyemak e-mel serta memilih dan melabel ubat sebelum membungkusnya untuk penghantaran.

Dr Noor Hisham menegaskan, ubat yang dirampas itu bukan saja melanggar Akta Racun 1952 serta Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, malah turut melanggar Akta Hak Cipta kerana beberapa ubat untuk rawatan mati pucuk yang dirampas itu masih berpaten. 

Kerani tipu kad tambah nilai RM1.3j


2014/07/05 - 01:40:50
Ipoh: Seorang kerani syarikat pengedaran telekomunikasi ditahan polis kerana dipercayai terbabit kes pecah amanah membabitkan penipuan kad tambah nilai telefon bimbit bernilai RM1.3 juta.

Wanita berusia 33 tahun itu dipercayai mengubah suai invois asal di syarikat tempatnya bekerja, di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Perak, Superintendan Maszely Minhad, berkata suspek ditahan susulan laporan polis yang dibuat oleh pengarah pengurusan syarikat telekomunikasi berkenaan di Balai Polis Sungai Senam, di sini, pada 26 Mei lalu.

Katanya, kes itu dikesan selepas pihak syarikat yang beroperasi di Medan Ipoh Bistari, di sini mendapati wujud kekeliruan pada stok tambah nilai dalaman syarikat itu ketika meneliti laporan bagi tempoh Januari hingga Mac lalu.

Ubah suai invois

Suspek disyaki mengubah suai invois berjumlah kira-kira RM1.3 juta di mana dia mengeluarkan stok berkenaan dengan memberikan arahan kepada kakitangan penghantaran tanpa pengetahuan penjaga stor.

Hasil daripada siasatan yang dijalankan, polis menahan suspek petang semalam (kelmarin) dan mendapatkan perintah tahanan reman di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini (semalam), katanya di sini, semalam.
Maszely berkata, suspek direman bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan serta denda jika sabit kesalahan.

TAWAR RM70,000 BELI PASPORT

TAWAR RM70,000 BELI PASPORTPutrajaya: Dua rakyat tempatan yang disyaki terbabit dengan sindiket menjual pasport Malaysia kepada warga asing ditahan ketika seorang daripadanya menyogok RM70,000 kepada pegawai Imigresen sebagai bayaran mengeluarkan satu pasport. 


Serbuan dilakukan Jabatan Imigresen bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menahan dua lelaki itu di dua tempat berasingan di sekitar Puchong antara jam 10 malam hingga jam 12 tengah malam kelmarin. 

Sindiket itu dikesan mempunyai rangkaian antarabangsa menguruskan dokumen perjalanan ke negara tertentu, hasil maklumat empat warga Sri Lanka dan tiga rakyat Malaysia yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 1 Jun lalu. 


Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mohd Jamidan Abdullah, dalam kenyataannya mengesahkan penahanan itu bagi membantu siasatan penjualan pasport Malaysia yang mengandungi butiran yang dipalsukan untuk kegunaan warga asing. 

Gunting tertusuk dekat mata



SEORANG ibu mendukung anaknya selepas sebilah gunting tertusuk dekat mata anaknya di sebuah hospital di Hangzhou, China kelmarin.


HANGZHOU - Seorang budak lelaki di China terpaksa dibedah untuk membuang sebilah gunting yang tertusuk dekat salah satu matanya, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Insiden itu berlaku di sebuah kilang pakaian di bandar Cixi, dalam wilayah Henan, tengah China sekitar tengah hari kelmarin.
Ketika kejadian, ibunya sedang bekerja di kilang itu apabila mangsa yang berusia tiga tahun dan dikenali sebagai Ozawa datang berlari-lari sambil menangis kerana terdapat gunting tertusuk dekat mata kanannya.
Mangsa kemudian dibawa sebuah hospital awam di Cixi sebelum dihantar ke hospital di Hangzhou untuk menerima rawatan.
Menurut doktor, mangsa akan sembuh tetapi penglihatan mata kanannya dikhuatiri terjejas akibat kemalangan tersebut. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0705&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz36XnXLTin 
Hakcipta terpelihara 

Jejambat Piala Dunia runtuh



SEBUAH bas dihempap jejambat yang runtuh di bandar Belo Horizonte, Brazil kelmarin.


BELO HORIZONTE, Brazil - Sebuah jejambat yang sedang dibina di sini runtuh kelmarin menyebabkan dua orang terbunuh.
Kemalangan itu turut mengakibatkan sebuah bas, dua buah trak dan sebuah kereta terperangkap di bawah runtuhan konkrit.
Brazil yang sebelum ini dipuji kerana berjaya memastikan setiap perlawanan bola sepak pusingan akhir Piala Dunia berlangsung berjalan dengan lancar kini mendapat malu ekoran tragedi tersebut.
Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan tempatan mengeluarkan satu kenyataan lewat kelmarin bahawa dua pegawai telah mengesahkan bahawa angka korban sebanyak dua orang manakala 19 lagi mangsa cedera.
Setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada terdapat pelancong asing yang terbunuh atau cedera itu.
Punca jejambat tersebut runtuh juga tidak dapat dipastikan tetapi syarikat pembinaan Cowan menyatakan pasukan penyiasat di lokasi kejadian belum mengeluarkan sebarang kenyataan.
"Ia kedengaran seperti gempa bumi atau bom," kata seorang guru yang tinggal di sebuah bangunan apartmen yang terletak cuma 20 meter dari prasarana tersebut, Alexandra Pereira.
Dalam pada itu, pihak berkuasa gagal mengenal pasti sama ada mangsa yang berada di dalam kereta itu berjaya menyelamatkan diri. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0705&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz36XnMxZFn 
Hakcipta terpelihara 

Shaharuddin ditembak Geng 36?


KUALA LUMPUR 4 Julai - Kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Shaharuddin Ibrahim tahun lalu, dipercayai angkara perbuatan Geng 36 yang berdendam disebabkan kegiatan mereka dihalang oleh ketegasan mangsa ketika menjalankan tugas.
Menurut sumber, ini berikutan empat suspek yang ditahan kelmarin, merupakan ahli kongsi gelap terbabit yang aktif dengan pelbagai kegiatan jenayah seperti penyeludupan, pengedaran dadah serta curi kontena.
"Mereka ini juga pernah terlibat dengan pelbagai kes lain termasuk tembak dan samun. Jadi mungkin disebabkan dendam kerana dadah yang diseludup dirampas di pelabuhan atau lapangan terbang, maka mereka jadikan Shaharuddin sebagai sasaran," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Rabu lalu, suspek utama kes pembunuhan itu berjaya diberkas polis di sebuah rumah di Ampang, Selangor kira-kira pukul 5 pagi.
Polis turut menahan tiga lagi rakan suspek dalam serbuan lain di Batu Caves, Selangor dan kesemua suspek kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya dekat sini serta ditahan reman selama seminggu untuk siasatan lanjut.
Dalam kejadian pada pukul 8.15 pagi, 26 April tahun lalu, Allahyarham Shaharuddin ditembak mati ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya dari rumahnya di Dengkil.
Dua hari selepas kejadian itu, seorang penguat kuasa kanan Kastam yang enggan dikenali mendedahkan, tidak menolak kemungkinan pembunuhan itu adalah akibat sindiket jenayah penyeludupan yang tidak berpuas hati dengan mangsa, berikutan skop kerja Shaharuddin berkaitan dengan bidang import dan eksport.
Sumber itu seterusnya berkata, saki-baki suspek pembunuhan tersebut kini dipercayai masih berada di sekitar Lembah Klang dan pihak polis sedang mengatur strategi untuk memburu mereka.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140705/je_03/Shaharuddin-ditembak-Geng-36#ixzz36Xmaj1Jk
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Awie mengaku tidak bersalah


AWIE dihadapkan ke Mahkamah Ampang, Selangor semalam atas tuduhan mencederakan isterinya awal bulan lalu. - UTUSAN/ZAINI HUSIN
KUALA LUMPUR 4 Julai - Vokalis kumpulan rock Wings, Awie dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang dekat sini hari ini atas pertuduhan mencederakan isterinya, awal bulan lalu.
Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah kepada Rozana Misbun, 36, di rumah mereka di Taman Ukay Bistari, Ukay Perdana, Ampang dekat sini, kira-kira pukul 1.30 petang, 2 Jun lalu.
Pendakwaan terhadap ikon rockers itu dikemukakan mengikut Seksyen 325 Kanun Kesek­saan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda.
Timbalan Pendakwa Raya, Suhaimi Ibrahim yang mengendalikan pendakwaan mencadangkan bapa kepada lima anak itu diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.
Peguam Hazman Harun yang mewakili penyanyi itu pula memohon agar jumlah tersebut dikurangkan atas alasan anak guamnya adalah seorang selebriti dan kemungkinan dia melarikan diri adalah sangat tipis.
Selain itu katanya, Awie juga memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis ketika siasatan.
Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM9,000 dengan dua penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 11 Ogos ini untuk serahan dokumen.
Sepanjang prosiding, Awie yang memakai blazer hitam serta berseluar jeans biru kelihatan tenang dan sesekali memandang para wartawan yang duduk di galeri awam.
Yang turut hadir ialah dua lagi anggota kumpulan Wings, Joe dan Eddy serta beberapa rakannya yang lain.
Awie yang ditemui pemberita di luar mahkamah ketika menjawab pertanyaan sama ada kes ini akan mencalar perjalanan kariernya sebagai seorang artis, memberitahu:
"Saya serah kepada Tuhan, jika rezeki saya cuma setakat ini, saya terima. Tapi saya percaya kes ini tidak akan mengganggu (karier). Saya minta maaf sa­ngat-sangat, saya tak boleh nak komen panjang kerana takut mengganggu prosiding."
Awie yang terkenal dengan filem Sembilu, Merah dan Hantu Kak Limah Balik Rumah juga memberitahu, dia tidak menyangka perkara tersebut boleh berakhir seteruk ini.
Sebelum ini, akhbar melaporkan mengenai seorang rockers yang didakwa mengasari isteri sendiri dalam satu kejadian di Ampang, Selangor awal Jun lalu.
Berikutan laporan tersebut, ramai yang menuding jari mengatakan individu ber­kenaan adalah Awie namun artis itu me­minta pihak yang menuduh mengemukakan bukti mengenai kejadian tersebut.
Bagaimanapun ketika kontroversi mengenai perkara tersebut semakin reda, tiba-tiba tersebar pula tiga keping gambar dipercayai isteri Awie dalam keadaan lebam di mata dan hidung dalam aplikasi Whatsapp dan dimuat turun di laman sosial Facebook.
Penyanyi rock itu yang juga menjadi pelakon utama teater Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal dan Supermokh Sebuah Muzikal dilaporkan berkahwin dengan Rozana secara rahsia di Selatan Thailand pada 2005.
Terdahulu Awie pernah berkahwin dengan penyanyi Arni Nazira pada Di­sember 1998 sebelum bercerai pada Oktober 2006.
Pada 28 November 2005, Awie dan abang kepada bekas penyanyi Kumpulan Kristal, Ainol Eqraf, Fairul Ezly Ramli pernah dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan bergaduh sesama mereka di tempat awam setelah Mahkamah Majistret Ampang berpuas hati dengan pembelaan mempertahankan diri dalam kejadian itu.
Sementara adik Awie, Muhamad Nazri Othman, 40, yang dituduh bersama-sama melakukan perbuatan itu di lobi Kelab Oakleaf Bukit Antarabangsa, Ampang Jaya, pada pukul 1.45 pagi, 26 September 2002, dikenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan jaminan RM1,000.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140705/ma_01/Awie-mengaku-tidak-bersalah#ixzz36XbZSCaj
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Keputusan kes Rambo Bentong bunuh, rogol remaja 6 Ogos


RABIDIN Satir yang juga dikenali 'Rambo Bentong' dibawa ke Mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang semalam untuk membela diri atas tuduhan merogol dan membunuh seorang remaja lima tahun lalu.
TEMERLOH 4 Julai - Nasib 'Rambo Bentong' atau nama sebenarnya Rabidin Satir yang menghadapi tuduhan merogol dan membunuh seorang remaja berusia 17 tahun di Kampung Ketari, Bentong, lima tahun lalu, akan diketahui di Mahkamah Tinggi di sini pada 6 Ogos ini.
Hakim Datuk Ab. Karim Ab. Rahman menetapkan tarikh tersebut untuk keputusan selepas selesai mendengar keterangan secara bersumpah daripada Rabidin, 43, dan hujah penggulungan di akhir kes pembelaan daripada pihak pendakwaan serta pembelaan.
Dalam prosiding hari ini, tertuduh membuat kenyataan secara bersumpah dari kandang saksi selepas disahkan sihat dan tidak mengalami sebarang masalah kesihatan oleh doktor pakar Hospital Bentong.
Rabidin memberi keterangan dalam dialek Dusun yang kemudian diterjemah oleh jurubahasa kepada mahkamah.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Mustaffa manakala peguam-peguam, Richard Bong Chong Fook dan Rafika Shariah Mohd. Hassan mewakili tertuduh.
Rabidin sebelum ini diperintah membela diri atas tuduhan membunuh Annie Kok Yin Cheng, 17, antara pukul 11.30 malam, 7 Mac 2009 dan 1.50 petang, keesokan harinya di Lot 4168 Kampung Ketari Bentong, Bentong dekat sini.
Dakwaan terhadap tertuduh dari Kampung Libang Ulu, Tambunan, Sabah itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Lelaki itu turut didakwa di bawah Seksyen 376(4) kanun sama kerana merogol mangsa sehingga menyebabkan kematiannya di tempat dan masa yang sama. Seksyen itu memperuntukkan hukuman mati atau penjara sehingga 30 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali.
Pada 14 Mei lalu, Mahkamah Tinggi menangguhkan perbicaraan ke atas Rabidin kerana tertuduh langsung tidak bermaya selepas menerima sebatan 24 kali atas beberapa kesalahan rogol dan liwat dilakukannya sebelum ini.
Sewaktu dibawa sekali lagi ke mahkamah pada 12 Jun lalu iaitu setelah lebih sebulan menjalani hukuman sebat, dia kelihatan masih lemah serta tidak menjawab sebarang soalan ketika ditanya oleh jurubahasa menyebabkan sekali lagi prosiding pembelaan ditangguhkan.
Sebelum ini, pada 5 Februari tahun lalu, Rabidin dihukum penjara berjumlah 115 tahun dan sebatan 50 kali selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Raub terhadap empat pertuduhan merogol dan satu pertuduhan melakukan seks luar tabii ke atas empat mangsa berumur antara lapan hingga 17 tahun.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140705/ma_02/Keputusan-kes-Rambo-Bentong-bunuh-rogol-remaja-6-Ogos#ixzz36XbLtoqO
© Utusan Melayu (M) Bhd 

4 disyaki pengganas LTTE ditahan



SALAH seorang yang disyaki ahli kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam yang diberkas oleh anggota Cawangan Khas, Bukit Aman, kelmarin.
KUALA LUMPUR 4 Julai - Setelah enam tahun bersembunyi di dalam negara, empat lelaki termasuk seorang pakar membuat bahan letupan yang disyaki ahli kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) ditangkap Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas, Bukit Aman dalam tiga serbuan di Lembah Klang, semalam.
Kesemua warganegara asing berusia 30-an itu ditangkap dalam serbuan di sekitar ibu negara dan Selangor, kira-kira pukul 11 pagi dan 8 malam.
Tangkapan itu adalah yang kedua pada tahun ini selepas penahanan tiga warganegara asing dipercayai dari kumpulan sama di Petaling Jaya dan Klang, Selangor, pada 14 Mei lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, keempat-empat suspek terbaharu itu dipercayai adalah anggota kanan LTTE yang terlibat dalam melancarkan serangan di Sri Lanka.
Katanya, suspek juga dikatakan merancang untuk mengaktifkan semula kumpulan pengganas itu dengan cuba menjadikan Malaysia sebagai pangkalan operasi mereka.
"Suspek pertama yang merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) adalah seorang pakar membuat bahan letupan.
"Suspek kedua, dipercayai individu yang terlibat dalam cubaan membunuh bekas Presiden Sri Lanka, Chandirka Kumaratunga pada 18 Disember 1999, yang dalam kejadian itu, melibatkan penyerang berani mati wa-nita.
"Selain itu, suspek ketiga didapati bersubahat dengan seorang suspek warganegara Sri Lanka yang ditangkap oleh pasukan tersebut pada 14 Mei lalu kerana dipercayai merancang untuk menyerang pejabat konsulat asing di Chennai dan Bangalore, India.
"Siasatan mendapati suspek turut disyaki terlibat dalam pemalsuan dokumen perjalanan, pas pelajar warga asing dan aktiviti penyeludupan manusia. Suspek keempat pula terlibat dalam pengumpulan dan penyaluran maklumat kepada LTTE bagi merancang serangan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Khalid memberitahu, berikutan penahanan itu, polis turut merampas sejumlah pasport palsu pelbagai negara bersama cop rasmi palsu Jabatan Imigresen serta kedutaan-kedutaan asing.
Jelasnya, polis memandang serius aktiviti anasir pengganas asing yang cuba menjadikan negara ini sebagai transit, tempat perlindungan dan pangkalan operasi.
"Kita tidak menolak kemungkinan perkara-perkara ini terjadi akibat ada segelintir pihak yang mengeksploitasi kad UNCHR untuk mengelak ditangkap pihak berkuasa.
"Ini terbukti apabila sejak 2009, seramai tujuh daripada 14 anasir LTTE yang ditangkap adalah pemegang kad UNHCR," katanya yang memberitahu kesemua ditahan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63.
Sementara itu, sumber menjelaskan, suspek pertama merupakan seorang individu berbahaya kerana berkemampuan untuk mencipta pelbagai bahan letupan untuk digunakan dalam serangan berani mati.
Kata sumber, sebahagian besar yang ditangkap semalam telah lama menetap di negara ini dan disyaki masuk ke Malaysia sejak 2009 lagi.
"Mereka menyeludup masuk ke negara ini dan menyamar menjadi sebahagian masyarakat asing di sini dengan melakukan aktiviti-aktiviti seharian termasuk menjalankan perniagaan serta berkahwin bagi menutup kegiatan sebenar mereka.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140705/je_02/4-disyaki-pengganas-LTTE-ditahan#ixzz36XbFyeke
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Genneva disaman RM146 juta


KUALA LUMPUR 4 Julai - Sebanyak 1,065 pedagang emas memfailkan saman terhadap syarikat pelaburan emas, Genneva Malaysia Sdn. Bhd. (Genneva), di Mahkamah Tinggi di sini untuk menuntut ganti rugi berjumlah lebih RM146 juta atas dakwaan memungkiri kontrak perjanjian jual beli emas.
Saman tersebut difailkan oleh Murshid Meam Ghouse Musa Meam dan 1,064 yang lain melalui firma guaman, Tetuan Raj, Ong & Yudistra pada 30 Jun lalu dan salinannya diperoleh pihak media, hari ini.
Mereka menamakan Genneva defendan pertama dan Bank Negara Malaysia (BNM) defendan kedua.
Dalam pernyataan tuntutan, mereka mendakwa merupakan pembeli pertama kali telah tidak menerima produk emas yang dibeli daripada Genneva sehingga menanggung kerugian RM48,816,915.
Mereka selaku pihak plaintif juga mendakwa, Genneva tidak menyediakan emas mahupun nilai emas yang dibeli sebanyak RM81,952,471 dan tidak membayar harga jualan kepada mereka membabitkan kerugian RM15,255,953.
Pihak plaintif sehubungan itu antara lain menuntut ganti rugi khas RM15,255,953 selain emas fizikal dipulangkan kepada mereka.
Secara alternatif, pihak plaintif mahukan ganti rugi khas ke atas emas fizikal dipulangkan sebanyak RM130,769,386 selain ganti rugi yang tidak dinyatakan jumlahnya daripada syarikat pelaburan terbabit.
Jumlah keseluruhan yang dituntut plaintif ialah RM146,025,339.
Turut dituntut oleh pihak plaintif, perintah bahawa BNM menyerahkan emas fizikal dan wang yang telah diputuskan untuk dibayar kepada mereka.
Peguam Yudistra Darma Dorai yang mewakili plaintif mengesahkan, pihaknya telah menyerahkan writ saman dan pernyataan tuntutan itu kepada kedua-dua defendan semalam.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140705/ma_03/Genneva-disaman-RM146-juta#ixzz36XaKvIMn
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Isteri maut dikelar suami selepas bergaduh


SIBU 5 Julai - Seorang wanita berusia 52 tahun maut dikelar suami yang muda 30 tahun daripadanya dalam pergaduhan di rumah mereka di Flat Sibu Jaya di sini semalam.
Kejadian menimpa wanita malang itu disedari jirannya setelah terdengar bunyi bising dari rumah pasangan tersebut pada kira-kira pukul 1 petang.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Zulkifli Hassan berkata, jiran mangsa berkejar ke rumah tersebut setelah mengesyaki berlaku sesuatu yang tidak diingini, terkejut melihat mangsa berlumuran darah akibat dikelar di leher.
Beliau berkata, suami mangsa berusia 22 tahun melarikan diri ke pusat bandar tetapi sempat dikejar dan ditangkap penduduk tidak lama selepas kejadian.
“Pemeriksaan mendapati mangsa yang merupakan seorang surirumah sudah meninggal dunia di tempat kejadian.
“Polis masih menyiasat punca kejadian tetapi tidak menolak kemungkinan faktor cemburu sebagai motif pembunuhan," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini malam tadi.
Menurut Zulkifli, pasangan itu yang berkahwin pada 2012 mempunyai seorang anak lelaki berusia tiga tahun tetapi kanak-kanak itu tiada di rumah semasa kejadian.
Katanya, suspek yang bekerja sebagai operator jentera berat di Kapit dekat sini kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu dan akan direman untuk siasatan lanjut hari ini.
Tambahnya, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sibu untuk dibedah siasat. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140705/je_01/Isteri-maut-dikelar-suami-selepas-bergaduh#ixzz36XYJ5aAf
© Utusan Melayu (M) Bhd 

9 maut tanah runtuh di lombong emas


JAKARTA 4 Julai - Kira-kira sembilan orang maut dalam kejadian tanah runtuh di lombong emas haram di kawasan pedalaman timur Indonesia, kata pegawai rasmi, semalam.
Ketua mencari dan menyelamat, Marsudi, berkata, setakat ini, seramai empat orang masih didapati hilang, manakala dua lagi berjaya diselamatkan selepas kejadian tanah runtuh melanda perkampungan Dageuwo, wilayah Papua tersebut.
Anggota penyelamat terpaksa diterbangkan ke lokasi kejadian kerana ia sukar dihubungi melalui jalan darat selain terletak di kawasan pergunungan.
Marsudi berkata, kesemua mangsa dipercayai adalah pelombong haram. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140705/lu_03/9-maut-tanah-runtuh-di-lombong-emas#ixzz36XXqO8Zk
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lapangan Terbang Kabul diserang Taliban


KABUL 4 Julai - Anggota kumpulan militan Taliban melancar serangan bom roket ke arah Lapangan Terbang Antarabangsa Kabul semalam, sekali gus menyebabkan kawasan hangar pesawat terbakar namun tiada kematian dilaporkan, kata pegawai.
Roket yang dilancarkan menyasar ke arah unit tentera di lapangan terbang itu, termasuk pangkalan utama pasukan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan terminal berasingan untuk penerbangan awam ke bandar raya besar seperti Dubai, New Delhi dan Istanbul.
Tiga buah roket mendarat dalam kawasan tentera lapangan terbang Kabul dari lokasi tidak diketahui. Sebahagian kawasan terbakar, menurut kenyataan polis Kabul. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140705/lu_01/Lapangan-Terbang-Kabul-diserang-Taliban#ixzz36XXUOW6J
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sindiket latih kanak-kanak mencuri dihukum


PARIS 4 Julai - Sekumpulan warga Romania yang melatih kanak-kanak di Paris untuk mencuri dompet dan telefon mudah alih berskala besar dijatuhi hukuman penjara lapan tahun hari ini.
Tertuduh seramai 19 orang, yang dibicarakan di mahkamah dengan digambarkan sebagai etnik Roma, disabitkan bersalah dengan kegiatan penipuan. Turut didakwa tiga orang warga Maghribi yang menerima dan menjual semula barang-barang yang dicuri.
Dengan berpangkalan di sebuah khemah sementara yang terletak di pinggir bandar di utara Paris itu, kumpulan sindiket tersebut didapati telah beroperasi dalam satu rangkaian melibatkan 40 pencuri juvana antara tahun 2011 dan 2012.
Selain dijatuhkan hukuman, setiap pesalah turut diperintah buang daerah dari Perancis selama-lamanya selepas menjalani hukuman mereka. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140705/lu_02/Sindiket-latih-kanak-kanak-mencuri-dihukum#ixzz36XXB5yNE
© Utusan Melayu (M) Bhd