Search This Blog

Thursday, July 3, 2014

Anak berang bapa enggan jual rumah


  • kes pukul

JOHOR BAHRU – Berang apabila hasratnya untuk menjual kediaman keluarga ditentang, seorang lelaki tergamak memukul bapa kandungnya hingga cedera.

Pegawai Kebajikan Masyarakat, Manayi Ibrahim berkata, dalam kejadian 14 Jun lalu, warga emas berumur 75 tahun itu cedera di dahi dan mata akibat dipukul anak lelakinya selepas berlaku pertengkaran.
Menurutnya, warga emas itu menghalang tindakan anaknya berusia 40-an yang ingin menjual kediaman mereka di Taman Muhibbah, Ulu Tiram, menyebabkan suspek hilang pertimbangan.

“Mangsa bukan sahaja dipukul malah turut dihalau dari rumah. Mangsa meminta bantuan jiran untuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI) sebelum membuat laporan polis.

“Berdasarkan maklumat mangsa, mereka tinggal serumah, namun hubungannya dengan suspek dan tiga anak lain renggang,” katanya semalam.

Manayi berkata, mangsa kecewa dengan tindakan anak-anaknya sehingga enggan pulang ke kediamannya dan rela hidup di rumah orang tua.

“Mangsa khuatir jika dia kembali ke rumah, suspek akan mengulangi perbuatan sama selagi dia tidak memenuhi permintaan terbabit,” katanya.

Katanya, anak mangsa meminta bapanya menarik balik laporan polis yang telah dibuat, bagaimanapun mangsa tetap dengan keputusan supaya kes berkenaan diteruskan.

“Suspek mendakwa bapanya cedera akibat terjatuh, bagaimanapun berdasarkan laporan perubatan, lebam pada mata dan benjolan di dahi warga emas terbabit bukan akibat terjatuh.

“Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menempatkan mangsa di Rumah Seri Kenangan mengikut Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 sementara kes ini berjalan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Bas langgar pembahagi jalan

Transjakarta Tabrak Pembatas Jalan di Kampung Melayu Jakarta

Diduga sopir mengantuk, sebuah bus Transjakarta  menabrak pembatasa jalan di Jalan Otista Raya, Kampung Melayu, Jakarta Timur, Kamis (3/7/2014) pagi.

Bus Trasnjakarta rute Pusat Grosir Cililitan (PGC)-Harmoni itu sebagian kepalanya hampir menyeberang ke jalur berlawanan setelah menabrak pembatas jalan tersebut.

Tidak ada korban jiwa dalam kecelakaan bus JMT 002 itu.Transjakarta Tabrak Pembatas Jalan di Kampung Melayu Jakarta
Diduga sopir mengantuk, sebuah bus Transjakarta menabrak pembatasa jalan di Jalan Otista Raya, Kampung Melayu, Jakarta Timur, Kamis (3/7/2014) pagi.
Bus Trasnjakarta rute Pusat Grosir Cililitan (PGC)-Harmoni itu sebagian kepalanya hampir menyeberang ke jalur berlawanan setelah menabrak pembatas jalan tersebut.
Tidak ada korban jiwa dalam kecelakaan bus JMT 002 itu.

Dua tentera maut kereta perisai terbalik

Keadaan kereta perisai yang terbalik hingga meragut nyawa dua anggota tentera dan dua lagi cedera parah. - Foto Sinar Harian oleh Ridauddin Daud
Keadaan kereta perisai yang terbalik hingga meragut nyawa dua anggota tentera dan dua lagi cedera parah. - Foto Sinar Harian oleh Ridauddin Daud
Kemalangan maut yang melibat sebuah kereta perisai tentera di Kuala Kangsar.....

KUALA KANGSAR - Dua anggota tentera ​masing-masing ​berpangkat Koperal dan Sarjan maut apabila kereta perisai tentera yang ​dinaiki ​bersama dua lagi anggota ​hilang kawalan ​sebelum terbalik di Kilometer 232 Lebuhraya Utara Selatan (arah selatan), petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.46 petang itu, mangsa, Sarjan Bayong Burma maut di tempat kejadian, sementara Koperal Che Mohd Fatanah Che Ismail, 31, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kuala Kangsar.

Dua lagi anggota dikenali Lans Koperal Freaddy Barlabas, 29, dan Koperal Sharifuddin Abdullah, 36, dilaporkan parah di beberapa bahagian badan dan sudah menerima rawatan di hospital sama.

Siasatan awal mendapati, kenderaan dipercayai dipandu Freaddy yang dalam perjalanan dari Kedah untuk menjalani latihan menembak di Negeri Sembilan itu, hilang kawalan akibat tayar pecah.

Keadaan itu menyebabkan, kenderaan terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik ke bahu kiri laluan.

Penyamar polis culik Atiqah


SALMIYAH HARUN | .
KUALA LUMPUR:Seorang gadis lepasan STPM yang hilang di Kuala Krai sejak 28 Jun lalu disyaki diculik oleh sekumpulan sendiket yang menyamar sebagai polis.

Abang mangsa Zailani Ibrahim tidak menolak wujudnya sendiket untuk menculik anak gadis dengan cara memukau mereka.

Nurul Atiqah Ibrahim, 19, dilaporkan hilang di hadapan sebuah bank di bandar Kuala Krai.

Menurut Zailani, mereka menyamar sebagai perisik polis dan mensasarkan anak-anak gadis yang bekerja di kedai-kedai menjual kain sekitar bandar itu.

"Mereka akan pergi kedai-kedai sambil sembang-sembang dengan budak-budak perempuan. Mereka cakaplah kalau ada apa-apa masalah (kena kacau) bagitahu abang," katanya

Sebaik sahaja Nurul Atiqah hilang, Zailani berjaya menghubungi adiknya melalui telefon bimbit tetapi adiknya tidak mahu bercakap sebaliknya seolah-olah mahu berhubung melalui SMS sahaja.

"Dia balas SMS menggunakan bahasa standard bukannya loghat Kelantan, jadi saya mengsyaki sms itu bukan dari adik saya. Dalam SMS itu dia maklum adik saya lari ikut lelaki terbabit.

"Dan mesej akhir, adik saya hantar kepada sepupunya beritahu, 'aku pening aku tak tahu apa-apa'," katanya.

Ekoran kejadian itu, beliau telah membuat laporan polis pada 29 Jun lalu.
 
Menurut Zailani, adiknya itu seorang yang baik dan tidak berkawan dengan mana-mana budak liar sekali gus menolak adiknya hilang kerana mengikuti kawan seperti itu.

"Tauke tempat dia kerja pun cakap dia budak yang baik, dengar kata. Jadi saya tidak percaya dia ikut budak-budak liar, saya tahu siapa adik saya," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Bagaimanapun beliau melahirkan rasa bimbang terhadap situasi adiknya yang mula bekerja di bandar itu sebaik selepas tamat peperiksaan STPM.

"Saya pun pernah meminta dia berhenti kerja kerana tidak sedap hati dan dia dengar apa yang saya cakap, jadi dia pun berhenti,"katanya.

Apa yang dikesalkan, katanya, selepas lima hari beliau membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Krai sehingga kini satu pun maklumat tentang perkembangan adiknya belum diterima.

Sehingga kini, beliau dan ahli keluarga tidak dapat menggambarkan bagaimana perasaan mereka sejak Nurul Atiqah hilang tanpa khabar berita.

"Saya minta jasa baik tuan puan di luar sana mendoakan keselamatan adik saya dan dihantar pulang dengan selamat, "ujar Zailani yang tidak putus-putus berikhtiar termasuklah mengadakan solat hajat.

Beliau turut memuat naik gambar adiknya itu di laman facebooknya dan maklumat kehilangan adiknya itu mula di kongsi oleh pengguna media sosial itu.

Beliau juga meminta orang ramai menghubungi beliau di talian 017-9750151 atau 017-3730151 sekiranya ada yang menjumpai adiknya. -HARAKAHDAILY 3/7/2014

Puluhan mangsa masih terperangkap


  • Operasi mencari dan menyelamat giat dilakukan. Foto: AFPOperasi mencari dan menyelamat giat dilakukan. Foto: AFP

NEW DELHI - INDIA. Lebih 40 pekerja binaan masih terperangkap dalam runtuhan bangunan di Chennai, India.

Menteri Wilayah Selatan, J Jayalalithaa berkata, seramai 72 mangsa terperangkap dalam runtuhan kelmarin.

“Seramai 20 mangsa diselamatkan. Punca runtuhan disebabkan struktur binaan kurang kukuh dan tidak mengikut piawaian,” katanya.

Media AP melaporkan, lima individu ditahan termasuk pemilik bangunan berkenaan.

Kelmarin, bangunan 12 tingkat yang masih dalam pembinaan itu runtuh menyebabkan 17 maut.

4 maut, pesawat rempuh bangunan


  • Fokker 50 musnah teruk selepas merempuh bangunan di Utawala. Foto: ReutersFokker 50 musnah teruk selepas merempuh bangunan di Utawala. Foto: Reuters

NAIROBI - KENYA. Seramai empat orang terbunuh selepas pesawat kargo merempuh bangunan sejurus berlepas dari lapangan terbang utama di ibu negara Kenya, semalam.

Pihak berkuasa penerbangan dalam satu kenyataan berkata, kejadian berlaku pada awal pagi selepas pesawat merempuh bangunan kedai bertingkat di Utawala kira-kira 3 kilometer dari lapangan terbang.

"Pesawat kargo Fokker 50 dengan muatan empat penumpang telah merempuh sebuah bangunan komersial sebaik sahaja berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Jomo Kenyatta Nairobi.

"Kesemua mangsa maut di tempat kejadian," menurut kenyataan itu yang dipetik  Reuters

Tentera Pakistan lancar serangan


  • Tentera Pakistan bersedia sebelum memulakan operasi ketenteraan di bandar Miranshah. - Foto AFPTentera Pakistan bersedia sebelum memulakan operasi ketenteraan di bandar Miranshah. - Foto AFP

BANNU - PAKISTAN. Tentera Pakistan kelmarin melancarkan serangan darat di utara Waziristan sekali gus memulakan fasa baharu dalam serangan terhadap Taliban selepas hampir 500,000 penduduk melarikan diri.

Pegawai keselamatan memberitahu, tentera berpindah dari Miranshah iaitu bandar utama di utara Waziristan sekitar pukul 9.30 pagi )waktu tempatan) selepas serangan udara dan pengeboman yang menyasarkan penduduk tercetus dua minggu lalu.

Tentera dalam satu kenyataan berkata, pihaknya turut menemui terowong bawah tanah dan kilang membuat bom di Miranshah.

"Selepas semua penduduk dipindahkan, operasi ketenteraan di sekitar Miranshah akan dimulakan di mana setiap rumah akan diperiksa oleh pasukan askar infantri dan kumpulan perkhidmatan khas,"menurut kenyataan itu.

Difahamkan, operasi peringkat pertama terhad kepada serangan udara dan  bermula sehari selepas pemberontak menyerang lapangan terbang di selatan Karachi yang membunuh 26 orang, laporan dipetik dari AFP.

Angkara Skizofrenia


  • CandelariaCandelaria

MIAMI - Seorang pelajar, Ronnie Candelaria yang menderita sindrom Skizofrenia bertindak menembak rakannya kerana mempercayai lelaki itu adalah jelmaan syaitan.

Pegawai polis Miami berkata, suspek warga Amerika Syarikat berusia 21 tahun, menembak rakan karibnya, Anthony Sikora, 23, selepas menonton filem Breaking Bad dan The Punisher.

“Dia memandu kereta ke rumah mangsa di West Kendall. Satu tembakan dilepaskan dari dalam kereta mengenai ibu mangsa berusia 62 tahun. Suspek kemudian naik ke tingkat atas dan melepaskan satu lagi das tembakan ke arah mangsa yang ketika itu berada di dalam biliknya,” katanya kepada MirrorDaily.

Miami Herad melaporkan, Candelaria menderitai Skizofrenia sejak tahun lalu hingga terpaksa bergantung pada ubat-ubatannya.

Ketika disoal siasat,  dia mengaku mahu membunuh rakannya kerana mendengar satu bisikan misteri yang menyuruhnya berbuat demikian.

Difahamkan, suspek ke rumah mangsa tanpa pengetahuan sesiapa.

Ibunya, Anania Welfredo berkata, Candelaria mengambil kunci kereta miliknya tanpa diberitahu.

“Keadaannya kini semakin teruk apabila mendapat tekanan lebih kuat iaitu bersabit tuduhan membunuh. Dia kini terpaksa bergantung sepenuhnya kepada ubat-ubatan dengan dos lebih tinggi berbanding di rumah,” katanya.  

Tonton bola lepas bunuh keluarga


  • Tonton bola lepas bunuh keluarga

MILAN - ITALI. Seorang peminat bola sepak didakwa mengelar leher isteri dan dua anaknya sebelum pergi menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia melibatkan pertembungan England dan Itali di sebuah pub.

Polis tempatan sebagai berkata, perunding komputer Carlo Lissi, 31, dituduh membunuh isterinya, Cristina Omes, 38, dan dua anaknya, Giulia, 5, serta Gabriele, 20 bulan, di rumah mereka di Motta Visconti, berhampiran Milan, Itali.

“Kami menemui kesan kelar di leher mangsa termasuk kesan tikaman di beberapa bahagian anggota mangsa,” katanya kepada MirrorDaily.

Menurutnya, Lissi mengaku membunuh isterinya sebelum menetak dua anak-anaknya.

Difahamkan, suspek kemudian meninggalkan rumah kira-kira jam 11.30 malam untuk menonton perlawanan Piala Dunia dengan rakan-rakannya.

“Suspek membuang senjata yang digunakan untuk membunuh kesemua mangsa sebelum pergi ke sebuah pub untuk menyaksikan perlawanan bola sepak antara England dan Itali,” katanya.

Suspek kemudiannya menghubungi polis dan berpura-pura meminta bantuan menyatakan isterinya membunuh diri dan dua anak mereka.

Pegawai penyiasat berkata, suspek mengadu pintu rumahnya terbuka dan turut mendapati wang tabungannya lesap.

“Siasatan tertumpu ke arah pembunuhan dua kanak-kanak dan kami dapati senjata untuk membunuh tiada di tempat kejadian,” katanya.

Bagaimanapun, Lissi akhirnya mengaku melakukan pembunuhan itu kerana dia mempunyai kekasih.

Kemalangan Jalanraya melibatkan sebuah kereta dan sebuah lori pasir di Batu 10 Kg. Bongsu, Jalan Mentakab-Karak



Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia)'s photo.
Kemalangan Jalanraya melibatkan sebuah kereta dan sebuah lori pasir di Batu 10 Kg. Bongsu, Jalan Mentakab-Karak pada pukul 12.08 tengahari semalam. Mangsa 1 lelaki dewasa dan 1 wanita dewasa cedera parah. Operasi berkenaan dilakukan oleh BBP Mentakab
Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia)'s photo.

Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia)'s photo.

Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia)'s photo.

Kebakaran setinggan di Kg Pondo, Pulau Gaya



Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia)'s photo.
Kebakaran setinggan di Kg Pondo, Pulau Gaya pada pukul 12.49 tengahari tadi. Kebakaran dapat dikawal sepenuhnya pada pukul 2.05 petang tadi.
Kebakaran melibatkan 20-30 buah rumah dan anggran luas kawasan kebakaran 1 ekar. Tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kebakaran ini.
Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia)'s photo.

Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia)'s photo.

Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia)'s photo.

Datuk nafi tipu urusan jual tanah


Shah Alam: Seorang perunding bergelar Datuk dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas tuduhan menggunakan dua dokumen palsu dalam urusan jual beli tanah di kawasan Dengkil, Sepang, Mac lalu.

Ariffin Ab Hamid, bagaimanapun tidak mengaku bersalah atas tuduhan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim G Ramesh dan minta dibicarakan.


Tertuduh didakwa bersama bekas juruukur Jabatan Tanah dan Galian Selangor, Mohamad Yaacob Markom, 55, menggunakan dua dokumen palsu sebagai cagaran berharga iaitu ‘Power of Attorney’ dan ‘Sale and Purchase Agreement’ antara Prestasi Tulin Sdn Bhd dan Sunshine Haven Sdn Bhd dengan tujuan memindahkan hak milik hartanah berkenaan kepada Sunshine Haven. Kesalahan itu dilakukan di pejabat Tetuan Abdul Aziz & Associates beralamat di No 68A, Jalan Nova U5/N, Nova Business Centre, Subang Bestari, di sini, kira-kira jam 11.30 pagi, 7 Mac lalu.



Tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 467 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda.


Prosiding dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Izalina Abdullah, yang tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap Ariffin berikutan kesalahan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan itu adalah kesalahan yang tidak boleh diikat jamin (non-bailable offence).


Bagaimanapun, peguam bela tertuduh, Khadzar Yusof, memohon mahkamah supaya membenarkan anak guamnya diikat jamin dengan jumlah jaminan yang berpatutan atas alasan tertuduh memberi kerjasama kepada pihak polis sepanjang siasatan.

“Tertuduh secara sukarela menyerah diri di Balai Polis Sepang hari ini (semalam) apabila pegawai penyiasat memanggilnya serta tidak bercadang untuk melarikan diri.


“Selain itu, seorang lagi tertuduh (Mohamad Yaacob) dibenarkan diikat jamin sebelum ini,” katanya.

Ramesh kemudian membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM13,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes ditetapkan pada 8 Julai ini.


Tertuduh juga diperintahkan mahkamah supaya melaporkan diri di Balai Polis Seksyen 15, di sini, pada hari Ahad ketiga setiap bulan sehingga kes selesai.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/03

550 murid terjejas suis utama terbakar


Shah Alam: Sesi persekolahan kira-kira 550 murid Sekolah Agama Integrasi, Seksyen 19, di sini, terjejas apabila suis utama di bangunan sekolah yang menempatkan pejabat pentadbiran tiba-tiba terbakar, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi, suis kotak utama bekalan elektrik yang terletak dalam bilik Tenaga Nasional Berhad (TNB) berkeluasan 12 meter persegi terbakar dipercayai akibat litar pintas.


Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Jumari Hussin berkata, kebakaran membabitkan suis utama itu mengakibatkan bilik Guru Besar dan Penolong Kanan serta pusat pentadbiran dan bilik darjah terputus bekalan elektrik.



“Kami menerima panggilan pada jam 9.02 pagi daripada kakitangan sekolah sebelum sebuah jentera bersama 12 anggota termasuk pegawai ke lokasi kejadian dan Unit Kecemasan Perkhidmatan Penyelamat Perubatan (ERMS) dikejarkan ke tempat kejadian,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.


Beliau berkata, kebakaran berkenaan dipadam menggunakan alat debu kering kerana api akan merebak dan membahayakan kakitangan sekolah sekiranya menggunakan air.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/03

Tumpas samun kali ke-3


Oleh Abnor Hamizam Abd Manap
Jempol: Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itu nasib seorang penyamun apabila dia akhirnya ditangkap polis selepas tiga kali melakukan kegiatan samun.

Dalam kejadian pertama pada 22 Jun lalu, suspek berusia 25 tahun berasal dari Bera, Pahang, menyamun sebuah kedai jualan langsung di Bandar Seri Jempol.


Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata, dalam kejadian jam 5.20 petang itu suspek dikatakan berpura-pura untuk menukar bedak yang dibelinya sebelum itu daripada kedai berkenaan dengan bedak baru.



Hamzah berkata, bagaimanapun suspek bertindak masuk ke kaunter juruwang dan mengacukan pisau menyebabkan juruwang berkenaan menyerahkan RM2,000 kepada suspek.


“Susulan laporan dibuat mangsa berhubung kejadian itu, polis mengambil langkah aktif melakukan pengesanan terhadap suspek yang dikenal pasti identitinya berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Jempol, semalam.


Beliau berkata, kemungkinan suspek berasakan kegiatannya seperti gagal dihidu polis, mendorong dia melakukan dua lagi samun ke atas dua kedai lain di pekan Bahau, tengah hari kelmarin.

“Pada jam 1.30 tengah hari semalam (kelmarin) suspek dikesan menyamun sebuah premis di Bahau dan 15 minit selepas itu dia menyamun pula sebuah kedai di pekan sama.


“Hasil siasatan, polis mendapati suspek menggunakan modus operasi masuk ke dalam kedai dengan memakai topi keledar sebelum bertanyakan kepada jurujual sama ada pemilik kedai ada atau tidak.

“Jika pekerja terbabit menjawab tiada, ketika itulah suspek mengeluarkan pisau dan merompak mangsa,” katanya.


Menurut Hamzah, di premis pertama di Bahau, suspek melarikan syiling kira-kira RM500 yang disimpan dalam satu bekas manakala di premis kedua dia menyamun wang tunai dianggarkan RM900.


Beliau berkata, bertindak atas aduan, polis menjalankan operasi bersepadu bagi menangkapnya.


“Suspek ditangkap di Mahsan kira-kira jam 2 petang oleh anggota polis peronda apabila cuba melarikan diri menggunakan motosikal Honda EX5 miliknya,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/03

Tiga pelatih dalam ladang sawit


Tasek Gelugor: Tiga pelatih Pusat Rawatan dan Pemulihan (CCRC) Kampung Selamat yang melarikan diri dari pusat tahanan itu petang kelmarin, dipercayai bersembunyi dalam kawasan ladang sawit berhampiran.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, tiga pelatih terbabit disyaki bersembunyi dalam kawasan ladang sawit bersempadan dengan negeri Kedah, tidak jauh dari CCRC berkenaan.


“Kami percaya semua pelatih itu masih berada di sekitar kawasan CCRC berkenaan berikutan tidak dapat bergerak jauh kerana sedar sedang diburu pihak berkuasa.



“Makluman sudah diberikan kepada Polis Kontinjen Kedah bagi mendapatkan kerjasama dalam usaha mengesan mereka,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/03

Putus urat jari angkara salah faham


Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
Kuala Lumpur: Urat jari tangan kiri putus, selain menerima puluhan jahitan di kepala dan badan. Itulah nasib malang menimpa seorang ahli perniagaan selepas ditetak tiga ‘pembunuh upahan’ yang dibayar rakan kongsi wanitanya.

Mangsa berusia 31 tahun yang turut terlantar di hospital selama seminggu dikatakan diserang sekumpulan lelaki pada jam 4 pagi, 20 Jun lalu berhampiran premis di Kepong.


Sumber polis berkata, kejadian itu berpunca salah faham antara mangsa dan rakan kongsinya berusia 30-an berhubung perniagaan pusat siber kafe dimiliki bersama.



Menurutnya, kejadian berlaku apabila mangsa dihubungi suspek wanita terbabit sebelum memintanya untuk berjumpa dan berbincang masalah perniagaan dihadapi.


“Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa kemudian bersetuju untuk berjumpa dengan rakan kongsinya itu di Kepong.


“Bagaimanapun, ketika sedang berbincang dengan wanita terbabit, kepala mangsa tiba-tiba dipukul dengan kayu dari belakang,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang cuba mempertahankan diri sebaliknya ditetak berulang kali di tangan, badan dan kaki menggunakan parang menyebabkan mangsa mengerang kesakitan.


Sumber berkata, mangsa yang cedera parah cuba melarikan diri meminta bantuan, namun dikejar seorang lagi lelaki yang mengejar mangsa dengan kereta.

“Suspek lelaki itu kemudian melanggar mangsa menyebabkan mangsa terpelanting dan terbaring di jalan raya.


“Salah seorang suspek cuba menikam mangsa, namun mangsa sempat memegang tangan penjenayah. Kumpulan penjenayah itu bertindak melarikan diri selepas sebuah teksi berhenti di kawasan itu,” katanya.


Menurutnya, mangsa yang berlumuran darah kemudian diselamatkan sebelum dibawa ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan.


“Mangsa yang mengalami kecederaan parah tampil membuat laporan di Balai Polis Kepong kelmarin, selepas dibenarkan keluar dari Hospital Selayang,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy yang dihubungi wartawan mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/03

Tubuh montok terhempas


Oleh Asmah Rusman
Kuala Lumpur: Sekumpulan pelacur warga asing melakukan aksi lagak ngeri apabila nekad terjun dari tangga eskalator setinggi lima meter di sebuah pusat beli-belah di Jalan Pudu di sini, bagi mengelak diberkas polis.

Dalam kejadian jam 9.15 malam kelmarin, kira-kira lima wanita pelacur terbabit cedera pada kaki selepas terhempas jatuh di lantai pusat beli-belah berkenaan sebelum berjaya ditahan.


Asisten Superintendan Shahrulnizam Jaafar berkata, semua wanita warga asing itu yang terbabit dalam kegiatan pelacuran cuba melarikan diri selepas menyedari kehadiran sepasukan anggota Unit Pencegahan Maksiat, Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman.



Menurutnya, polis berjaya menahan 39 wanita warga asing itu membabitkan 20 wanita warga China, 18 warga Vietnam dan seorang Myanmar.


“Semua mereka berusia antara 20 dan 40 tahun itu dipercayai menjalankan aktiviti pelacuran di kawasan berkenaan secara bergerak beramai-ramai.


“Mereka akan berjalan di sekitar kawasan itu untuk ‘memburu’ pelanggan dengan bayaran serendah RM30 hingga RM50,” katanya.

Katanya, siasatan lanjut mendapati semua wanita terbabit melakukan aktiviti berkenaan secara individu tanpa melalui mana-mana ejen khas.


Dia yang mengetuai operasi itu memberitahu pihaknya terlebih dahulu mengepung lokasi itu sebelum menyerbu kawasan yang dikenal pasti berdasarkan risikan anggotanya sejak seminggu lalu.

“Ada antara mereka yang cuba melarikan diri dan terjun melalui tangga eskalator. Akibatnya beberapa wanita terbabit mengalami cedera ringan.


“Hasil pemeriksaan mendapati kebanyakan wanita terbabit memiliki pasport yang sudah tamat tempoh. Semua wanita terbabit kemudian ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk siasatan lanjut,” katanya.


Lokasi itu sudah kerap kali diserbu pihak berkuasa namun kumpulan pelacur terbabit masih lagi aktif dan seolah-olah tidak mengendahkan tindakan diambil.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/03

Suspek disiasat kes lain


Slim River: Suspek lelaki berusia 57 tahun yang disyaki menculik dan mencabul seorang kanak-kanak perempuan berumur sembilan tahun yang direman sehingga semalam kini dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah bagi membantu siasatan membabitkan beberapa kes lain di daerah itu.

Ketua Polis Daerah Tanjung Malim Superintendan Othman Nayan berkata, suspek sebelum ini direman selama empat hari dan disambung selama tiga hari lagi yang berakhir semalam selepas dibenarkan mahkamah.


“Suspek hanya akan dihadapkan ke mahkamah selepas siasatan terhadapnya berhubung beberapa kes lain yang mempunyai sangkut-paut dengannya di beberapa negeri selesai disiasat.



“Difahamkan, selain terbabit dengan kes jenayah di Tapah, suspek juga dikehendaki Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan kerana terbabit dalam empat lagi kes jenayah di Tampin,” katanya, semalam.


Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari, 25 Jun lalu, suspek dikatakan menjadikan tawaran jualan buku sebagai helah memperdaya dan melarikan seorang murid perempuan tahun tiga sebelum mencabul kehormatan mangsa berhampiran sebuah kawasan perkuburan Cina di Jalan Slim Lama, di sini.


Mangsa bagaimanapun berjaya melarikan diri sebelum terserempak dengan seorang wanita yang kemudian membawanya ke Balai Polis Slim River.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/03

Kelar diri suruh ditahan


Kampar: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar, dekat sini, gempar apabila seorang lelaki secara tiba-tiba memasuki bangunan berkenaan untuk ‘menyerah diri’ dan meminta dirinya ditahan ketika beberapa anggota polis baru selesai berbuka puasa, di sini, kelmarin.

Lebih mengejutkan, lelaki berkenaan bertindak memecahkan cermin tingkap dan mengelar lehernya beberapa kali dengan serpihan kaca tingkap yang dipecahkan selepas pihak polis tidak menahannya kerana tiada sebab untuk berbuat demikian.


Dalam kejadian jam 7.40 malam itu, R Sasindran, 30, yang juga seorang anggota RELA berasal dari Sungai Buloh, Selangor, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah dan kehilangan banyak darah.


 
Menurut adik perempuannya, R Nagarani, 26, abangnya itu keluar dari rumah mereka di Sungai Buloh, Selangor sejak Isnin lalu dengan memaklumkan ada kerja yang perlu dilakukan termasuk ke rumah ibu saudara mereka di Serdang.


Katanya, mereka sekeluarga tidak mengesyaki apa-apa kerana Sasindran tidak menunjukkan sebarang kelakuan pelik ketika keluar dari rumah kira-kira jam 2 petang, Isnin lalu.


“Beberapa jam selepas abang keluar dari rumah, ibu saya ada menelefonnya kerana bimbang abang tidak pulang ke rumah dan dia mengatakan ke Serdang untuk bertemu ibu saudara, tetapi malangnya ibu saudara sudah pergi ke Nilai, Negeri Sembilan.

“Abang kemudian memberitahu ibu yang dia ingin ke Ipoh kerana ada sedikit kerja dan kemudian terus mematikan telefon bimbit tanpa dapat dihubungi lagi,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, semalam.


Nagarani berkata, mereka sekeluarga dikejutkan dengan panggilan telefon kira-kira jam 1 pagi, semalam, dari pihak polis yang mengatakan Sasindran sudah meninggal dunia.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/03

Putus urat jari angkara salah faham


Kuala Lumpur: Urat jari tangan kiri putus, selain menerima puluhan jahitan di kepala dan badan. Itulah nasib malang menimpa seorang ahli perniagaan selepas ditetak tiga ‘pembunuh upahan’ yang dibayar rakan kongsi wanitanya.

Mangsa berusia 31 tahun yang turut terlantar di hospital selama seminggu dikatakan diserang sekumpulan lelaki pada jam 4 pagi, 20 Jun lalu berhampiran premis di Kepong.


Sumber polis berkata, kejadian itu berpunca salah faham antara mangsa dan rakan kongsinya berusia 30-an berhubung perniagaan pusat siber kafe dimiliki bersama.



Menurutnya, kejadian berlaku apabila mangsa dihubungi suspek wanita terbabit sebelum memintanya untuk berjumpa dan berbincang masalah perniagaan dihadapi.


“Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa kemudian bersetuju untuk berjumpa dengan rakan kongsinya itu di Kepong.


“Bagaimanapun, ketika sedang berbincang dengan wanita terbabit, kepala mangsa tiba-tiba dipukul dengan kayu dari belakang,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang cuba mempertahankan diri sebaliknya ditetak berulang kali di tangan, badan dan kaki menggunakan parang menyebabkan mangsa mengerang kesakitan.


Sumber berkata, mangsa yang cedera parah cuba melarikan diri meminta bantuan, namun dikejar seorang lagi lelaki yang mengejar mangsa dengan kereta.

“Suspek lelaki itu kemudian melanggar mangsa menyebabkan mangsa terpelanting dan terbaring di jalan raya.


“Salah seorang suspek cuba menikam mangsa, namun mangsa sempat memegang tangan penjenayah. Kumpulan penjenayah itu bertindak melarikan diri selepas sebuah teksi berhenti di kawasan itu,” katanya.


Menurutnya, mangsa yang berlumuran darah kemudian diselamatkan sebelum dibawa ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan.


“Mangsa yang mengalami kecederaan parah tampil membuat laporan di Balai Polis Kepong kelmarin, selepas dibenarkan keluar dari Hospital Selayang,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy yang dihubungi wartawan mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/03

Cekik mati suami kekasih


Sabak Bernam: Seorang lelaki sanggup membunuh suami kenalan wanitanya semata-mata selepas hubungannya dengan isteri mangsa terbongkar.
Malah, mayat mangsa yang dibunuh dengan cara dicekik itu dibuang ke dalam parit cetek di Jalan Haji Omar, Kampung Banting, di sini 23 Jun lalu.
Mayat mangsa ditemui anaknya sendiri yang kebetulan melalui jalan berkenaan untuk ke kedai, jam 8.30 pagi keesokan harinya.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, sebelum kejadian, mangsa yang berusia 44 tahun keluar dari rumahnya kira-kira jam 9 malam dipercayai untuk berjumpa suspek yang menjalin hubungan sulit dengan isterinya.
Foto
NOOR Mushar (dua dari kanan) menunjukkan kereta dipercayai tempat mangsa dicekik sampai mati.

Menurutnya, mangsa yang bekerja sebagai juruelektrik menaiki kereta suspek yang berusia 41 tahun dan dipandu seorang lelaki lain ke satu lokasi yang tidak diketahui.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/03

Amuk serang kedai


Yangon: Polis Myanmar semalam melepaskan tembakan untuk meleraikan pergaduhan antara penduduk Islam dan pelampau Buddha di bandar Mandalay.

Menurut kenyataan polis Mandalay, lebih 600 anggota polis dikerahkan selepas kira-kira 300 penganut Buddha termasuk 30 sami membaling batu ke arah kedai minum dimiliki seorang lelaki Muslim pada jam 11 malam.


“Seorang anggota polis, tiga lelaki Buddha dan seorang lelaki Muslim cedera dibaling batu. Dua daripada lelaki Buddha terbabit kini dirawat di hospital Mandalay manakala yang lain mendapat rawatan pesakit luar,” katanya.

Polis menembak peluru getah untuk mengawal mereka yang berhimpun sehingga akhirnya bersurai sekitar jam 3.15 pagi dengan bantuan sami.


Seorang saksi yang tinggal di kejiranan Muslim berhampiran berkata, sekumpulan pelampau Buddha berhimpun di depan kedai berkenaan selepas timbul khabar angin pemiliknya merogol seorang wanita Buddha.


Katanya, anggota polis berdiri di antara dua kumpulan itu dalam usaha menghalang pelampau Buddha terbabit terus menyerang.

“Malah pihak polis turut diserang dan dibaling batu,” katanya yang enggan namanya disiarkan atas sebab keselamatan.

Menurutnya, pelampau Buddha turut menggeledah kedai berhampiran dan membakar kenderaan sebelum akhirnya disuraikan, namun masih membuat bising bertujuan mengganggu penduduk kejiranan itu sehingga jam 6 pagi.

Sementara itu, polis mengesahkan laporan sudah dibuat berhubung tuduhan rogol terhadap pemilik kedai berkenaan dan membuat pengawasan di situ selepas dimaklumkan ia mungkin menjadi sasaran pihak yang tidak berpuas hati. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/03

Potong tangan anak tiri


Fujian (China): Seorang wanita memotong tangan kanan anak tirinya yang berusia tujuh tahun dengan pisau dan membuangnya ke dalam saluran najis di luar rumah mereka.

Kejadian berlaku Sabtu lalu apabila suspek yang dikenali dengan nama keluarganya, Wu, 35, secara mengejut melakukan perbuatan itu.


Ia disedari oleh datuk mangsa selepas mendengar jeritan kanak-kanak itu.

Berikutan kejadian ngeri itu, anggota keluarga dan jiran kanak-kanak berkenaan, Xiao Ting, melancarkan gerakan mencari tangan mangsa di kawasan berhampiran dan pada masa sama menahan wanita berkenaan.


Bapa Xiao Ting berkata, isterinya mengidap penyakit mental dan bergantung kepada ubat untuk menenangkan perasaannya.


Dia dilapor memberitahu anggota keluarganya supaya tidak mencetuskan kemarahan wanita itu.

Menurut laporan, Wu tinggal bersama-sama keluarga suaminya sejak tiga tahun lalu dan mempunyai seorang anak sendiri.

Wu kini ditahan untuk siasatan lanjut. -Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/03

Kelar muka suami kencing merata-rata


Billings (Amerika Syarikat): Seorang wanita berusia 52 tahun dituduh mengelar muka suaminya kerana kencing merata-rata di bilik air.

Menurut dokumen mahkamah, Shery Lyn Downs ditahan Isnin lalu selepas polis tiba di tempat kejadian.


Jurucakap polis berkata, suami Shery yang berusia 68 tahun ditemui duduk di tangga sambil menekap mukanya dengan tuala yang berlumuran darah.

Dia memberitahu polis isterinya cuba mengelar lehernya.


Polis yang memasuki rumah berkenaan menemui darah di ruang tamu dan titisan darah menghala ke bilik tidur.


Shery berada di dalam rumah berkenaan dalam keadaan mabuk tetapi tidak cedera.

Dia mulanya memberitahu polis suaminya mencederakan dirinya sendiri dan mendakwa lelaki itu mencetuskan masalah dengan kencing merata-rata.

Di hospital, mangsa memberitahu isterinya berang kerana dia kencing di atas lantai di bilik air.

Dia berada di dalam bilik tidur apabila isterinya cuba dua kali untuk masuk dengan membawa pisau dan mengugut membunuhnya.

Kali kedua dia masuk ke bilik tidur itu, Shery bertindak mengelar muka suaminya.

Menurut sumber, mangsa luka beberapa sentimeter di muka dan memerlukan pembedahan khas. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/03

Kelar muka suami kencing merata-rata


Billings (Amerika Syarikat): Seorang wanita berusia 52 tahun dituduh mengelar muka suaminya kerana kencing merata-rata di bilik air.

Menurut dokumen mahkamah, Shery Lyn Downs ditahan Isnin lalu selepas polis tiba di tempat kejadian.


Jurucakap polis berkata, suami Shery yang berusia 68 tahun ditemui duduk di tangga sambil menekap mukanya dengan tuala yang berlumuran darah.

Dia memberitahu polis isterinya cuba mengelar lehernya.


Polis yang memasuki rumah berkenaan menemui darah di ruang tamu dan titisan darah menghala ke bilik tidur.


Shery berada di dalam rumah berkenaan dalam keadaan mabuk tetapi tidak cedera.

Dia mulanya memberitahu polis suaminya mencederakan dirinya sendiri dan mendakwa lelaki itu mencetuskan masalah dengan kencing merata-rata.

Di hospital, mangsa memberitahu isterinya berang kerana dia kencing di atas lantai di bilik air.

Dia berada di dalam bilik tidur apabila isterinya cuba dua kali untuk masuk dengan membawa pisau dan mengugut membunuhnya.

Kali kedua dia masuk ke bilik tidur itu, Shery bertindak mengelar muka suaminya.

Menurut sumber, mangsa luka beberapa sentimeter di muka dan memerlukan pembedahan khas. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/03

157 mesin judi dirampas dalam lapan serbuan


JOHOR BAHRU 4 Julai - Sebanyak 157 mesin judi haram dan wang tunai RM6,540 dirampas dalam serbuan di lapan premis mesin judi haram di sekitar bandar raya ini awal pagi kelmarin.
Operasi yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) negeri yang bermula pada pukul 11 malam hingga 4 pagi itu turut menahan lapan penjaga premis bersama 57 orang berusia antara 20 hingga 50-an yang sedang leka bermain mesin berunsur perjudian.
Pegawai Turusnya, Deputi Supritendan Adzli Abu Shah berkata, premis yang diserbu itu bukan sahaja berselindung di bawah nama pusat hiburan keluarga malah turut menggunakan kamera litar tertutup (CCTV) dan pintu kebal bagi mengelak dikesan.
Katanya, modus operandi itu digunakan oleh kebanyakan pemilik premis yang terlibat dengan sindiket perjudian di negeri ini bagi membolehkan kegiatan mereka berjalan lancar.
“Sindiket perjudian sering mengubah taktik mereka bertujuan mengaburi mata pihak berkuasa. Ada yang mempunyai permit pusat hiburan keluarga, namun menggunakan pintu kebal dan CCTV tidak seperti pusat hiburan keluarga yang lain.
“Ada juga yang tidak mempunyai permit, namun beroperasi sebagai pusat hiburan keluarga dan menawarkan perkhidmatan perjudian," katanya ketika ditemui selepas operasi berakhir semalam.
Adzli berkata, kebanyakan sindiket judi haram berkenaan tidak lagi menggunakan cara konvensional sebaliknya menawarkan perkhidmatan perjudian secara tebus kredit.
“Kaki judi akan bermain permainan yang disediakan dan cuba untuk mengutip seberapa banyak markah sebelum menebus di kaunter untuk mendapatkan wang tunai.
“Kesemua yang ditahan ketika serbuan memberikan kerjasama yang baik. Polis akan mengambil keterangan mereka bagi membantu siasatan dan akan meneruskan operasi bagi membanteras kegiatan judi haram daripada berleluasa," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6(2) Enakmen Negeri Johor (Hiburan). - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140704/je_04/157-mesin-judi-dirampas-dalam-lapan-serbuan#ixzz36TaOOxnJ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

‘Polis Kanibal’ tak bersalah


Gilberto Valle, 30 masih menunggu hukuman selepas didapati bersalah tahun lalu setelah mahkamah diberitahu mengenai keinginannya memakan ‘daging wanita’ diluahkan dalam perbualan di Internet.
Dia juga menyimpan pangkalan data mengenai wanita yang ingin dirogol, dibunuh dan dimasak.

Pendakwa raya berkata, Valle melayari Internet untuk mencari resipi masakan daging manusia.
Foto
VALLE

Bagaimanapun, keputusan bersalahnya dibatalkan oleh seorang hakim semalam selepas peguamnya berhujah bahawa perlembagaan Amerika Syarikat tidak menghalang dan mencampuri urusan rakyatnya untuk berkhayal.

Peguamnya berkata, Valle tidak pernah melakukan kekejaman walaupun selepas hampir setahun berkhayal menculik, membunuh dan memakan puluhan wanita, termasuk bekas isterinya.

Hakim Gardephe berkata: “Semua bukti yang ditemui menunjukkan tertuduh hanya berkhayal.”

Bagaimanapun, tuduhan lebih ringan yang dikenakan ke atas Valle kerana mengakses pangkalan data pihak penguatkuasa undang-undang tanpa kebenaran, dikekalkan. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/03

Bekas Presiden Perancis didakwa rasuah



SARKOZY (tengah) dibawa menaiki sebuah kereta polis di Paris kelmarin.


PARIS - Bekas Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy didakwa kerana melakukan rasuah dan menyebarkan pengaruhnya, kata pihak pendakwa raya semalam.
Tindakan yang difailkan pendakwa raya itu akan menjejaskan peluang Sarkozy kembali aktif dalam bidang politik.
Keputusan itu dibuat selepas bekas Presiden itu disoal siasat selama 15 jam.
Sarkozy juga merupakan bekas ketua negara ini yang pertama ditahan berhubung satu siasatan jenayah.
Dia ditahan di sebuah balai polis di pinggir Paris berhubung satu percubaan untuk mempengaruhi keputusan perbicaraan mahkamah dalam kes rasuah melibatkannya.
Menurut pendakwa raya, selepas ditahan, Sarkozy dihadapkan di depan seorang hakim untuk didakwa berasaskan bukti-bukti awal.
Dia kemudian dibebaskan semasa siasatan berhubung kesnya itu sedang berlangsung.
Sarkozy akan dihukum sehingga 10 tahun penjara jika disabitkan kesalahan.
"Situasi itu serius dan dakwaan tersebut juga serius," kata Perdana Menteri, Manuel Valls kepada stesen televisyen BFM. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0703&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz36MOvLKlN 
Hakcipta terpelihara 

Bekas Presiden Perancis didakwa rasuah



SARKOZY (tengah) dibawa menaiki sebuah kereta polis di Paris kelmarin.


PARIS - Bekas Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy didakwa kerana melakukan rasuah dan menyebarkan pengaruhnya, kata pihak pendakwa raya semalam.
Tindakan yang difailkan pendakwa raya itu akan menjejaskan peluang Sarkozy kembali aktif dalam bidang politik.
Keputusan itu dibuat selepas bekas Presiden itu disoal siasat selama 15 jam.
Sarkozy juga merupakan bekas ketua negara ini yang pertama ditahan berhubung satu siasatan jenayah.
Dia ditahan di sebuah balai polis di pinggir Paris berhubung satu percubaan untuk mempengaruhi keputusan perbicaraan mahkamah dalam kes rasuah melibatkannya.
Menurut pendakwa raya, selepas ditahan, Sarkozy dihadapkan di depan seorang hakim untuk didakwa berasaskan bukti-bukti awal.
Dia kemudian dibebaskan semasa siasatan berhubung kesnya itu sedang berlangsung.
Sarkozy akan dihukum sehingga 10 tahun penjara jika disabitkan kesalahan.
"Situasi itu serius dan dakwaan tersebut juga serius," kata Perdana Menteri, Manuel Valls kepada stesen televisyen BFM. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0703&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz36MOvLKlN 
Hakcipta terpelihara 

Sepasang kekasih didakwa ingkar arahan polis


Irwan Junaidi Zakaria (depan) dan Azlina Shamsudin (kanan) diiringi polis setelah hadir ke mahkamah atas pertuduhan mengingkari arahan polis untuk memberhentikan kenderaan di Mahkamah Majistret Balik Pulau, Pulau Pinang, semalam. - UTUSAN/AZMAN ASMAYATIM
BALIK PULAU 2 Julai - Sepasang kekasih dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas lima tuduhan termasuk mengingkari arahan polis, mendatangkan bahaya kepada dua anggota polis serta memiliki dadah seberat 3.7 gram di tepi jalan Simpang Empat, Jumaat lalu.
Irwan Junaidi Zakaria, 33, dan pasangannya, Azlina Shamsudin, 30, masing-masing mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan tersebut dibacakan kepada mereka di hadapan Majistret Muhammad Najib Ismail.
Mengikut pertuduhan pertama, mereka berdua didakwa mengingkari arahan polis dengan tidak memberhentikan kenderaan dinaiki mereka di tepi jalan berhampiran Simpang Empat di sini kira-kira pukul 5 petang, 27 Jun lalu.
Irwan Junaidi dan Azlina didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda sehingga RM10,000 jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, pasangan itu didakwa membahayakan nyawa atau keselamatan anggota polis dengan menghimpit dan tidak memberhentikan kenderaan dinaiki sehingga mampu mendatangkan bahaya kepada Konstabel Kent Denis dan Konstabel Ahmad Faizal pada masa, tarikh dan tempat yang sama.
Kedua-dua pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tiga bulan atau denda RM500 atau kedua-duanya.
Pasangan itu juga didakwa atas dua pertuduhan memiliki bersama amphetamine seberat 3.6 gram dan 0.1 gram heroin pada masa, tarikh dan tempat yang sama manakala Irwan Junaidi turut didakwa positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.
Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.
Muhammad Najib memerintahkan Irwan Junaidi diikat jamin RM9,500 sementara Azlina berjumlah RM7,500, masing-masing dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan sementara menunggu sebutan kes pada 18 Ogos ini.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Edward Chan manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam bela.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140703/je_10/Sepasang-kekasih-didakwa-ingkar-arahan-polis#ixzz36MBuVRDT
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiga wanita warga China menyamar bomoh dicekup


KOTA KINABALU 2 Julai - Kelicikan tiga wanita warganegara China menyamar sebagai bomoh sehingga mampu mengaut keuntungan 'atas angin' RM69,000 sejak enam bulan lalu, berakhir selepas mereka diberkas sepasukan polis di hadapan Hotel Mandarin, di sini kelmarin.
Ketiga-tiga suspek berusia antara 43 dan 45 tahun itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri, kira-kira pukul 11.30 pagi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Supritendan Saiman Kasran berkata, ketika ditahan kesemua suspek dipercayai sedang 'mengumpan' mangsa di sekitar hotel berkenaan.
Jelasnya, modus operandi mereka adalah salah seorang daripadanya akan berpura-pura mendekati dan memegang tangan mangsa sambil menangis meminta pertolongan supaya mencari tempat berubat kononnya untuk suaminya yang sakit tenat.
"Tidak lama kemudian, suspek kedua akan mendekati mereka sebelum memberitahu dia tahu tempat berubat selain mendakwa terdapat ahli keluarga mangsa juga terkena sihir.
"Suspek ketiga yang menyamar sebagai bomoh pula akan meyakinkan mangsa bahawa ahli keluarganya bakal ditimpa musibah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah Saiman, mangsa yang terpedaya diarah menyerahkan barang kemas dan sejumlah wang tunai ke dalam beg plastik berwarna hitam bagi tujuan 'membuang sial' sebelum bomoh palsu itu menukarnya kepada botol mineral serta buah epal seterusnya mengarahkan mangsa hanya membukanya selepas tiga hari.
"Siasatan awal mendapati kesemua suspek datang sebagai pelancong sebelum menyamar menjadi 'bomoh' membuang sial dan terlibat sekurang-kurangnya enam kes di sekitar negeri ini," katanya.
Beliau berkata, semasa pemeriksaan terhadap suspek, polis menemukan wang tunai pelbagai mata wang antaranya RM4,350; 2,500 Yuan (RM1,293); HK$$460 (RM190) dan 14 Baht (RM1.30)," katanya.
Ujar beliau, pihaknya turut merampas beberapa beg plastik hitam mengandungi botol air yang dipercayai digunakan untuk jenayah itu.
Tambah beliau, pemeriksaan pada pasport suspek mendapati ketiga-tiga mereka sering mengunjungi Brunei, Indonesia, Kemboja, Thailand dan negara ini.
"Kita tidak menolak kemungkinan ketiga-tiga suspek mempunyai rangkaian penipuan antarabangsa dengan modus operandi yang sama," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140703/je_11/Tiga-wanita-warga-China-menyamar-bomoh-dicekup#ixzz36MBXrvxJ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tahanan polis larikan diri ketika waktu sahur


LABUAN 2 Julai - Polis Labuan sedang memburu seorang tahanan lelaki warga Filipina yang melarikan diri dari lokap Ibu Pejabat Polis Daerah di sini ketika waktu sahur awal pagi tadi.
Ketua Polis Labuan, Supt Adzhar Othman berkata tahanan berumur 26 tahun itu bersama seorang lagi tahanan lelaki warga tempatan telah mencederakan sentri sebelum merampas kunci dan meloloskan diri dengan memanjat pagar.
Bagaimanapun,tahanan warga tempatan berumur 35 tahun itu berjaya ditangkap, katanya dalam pada sidang akhbar mengenai kejadian itu di sini hari ini.
Susulan kejadian itu, beliau berkata polis mengadakan sekatan jalan raya di jalan-jalan utama, di sini. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140702/je_14/Tahanan-polis-larikan-diri-ketika-waktu-sahur#ixzz36MC0a6ES
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Suspek kes bunuh Timbalan KP Kastam ditahan


KUALA LUMPUR 2 Julai - Suspek utama kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Shaharuddin Ibrahim tahun lalu akhirnya berjaya diberkas polis di sebuah rumah di Ampang kira-kira pukul 5 pagi ini.
Menurut sumber, polis turut menahan tiga lagi rakan suspek dalam serbuan lain di Batu Caves.
"Kesemua suspek kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya dan ditahan reman selama seminggu untuk siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 8.15 pagi 26 April lalu, Allahyarham Shaharuddin ditembak mati ketika dalam perjalanan dari rumahnya di Dengkil untuk ke pejabatnya.
Mangsa yang duduk di sebelah pemandu kenderaan pacuan empat roda (4WD) ditembak tiga das dari jarak dekat oleh seorang daripada dua lelaki menaiki motosikal di persimpangan lampu isyarat di Lebuh Sentosa, Putrajaya.
Kejadian berlaku ketika kereta mangsa bersama pemandunya berhenti di persimpangan lampu isyarat berkenaan, apabila dua lelaki itu tiba-tiba muncul dari belakang dan melepaskan tembakan ke arah mangsa.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140703/je_12/Suspek-kes-bunuh-Timbalan-KP-Kastam-ditahan#ixzz36MBmO7nc
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Suspek kes bunuh Timbalan KP Kastam ditahan


KUALA LUMPUR 2 Julai - Suspek utama kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Shaharuddin Ibrahim tahun lalu akhirnya berjaya diberkas polis di sebuah rumah di Ampang kira-kira pukul 5 pagi ini.
Menurut sumber, polis turut menahan tiga lagi rakan suspek dalam serbuan lain di Batu Caves.
"Kesemua suspek kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya dan ditahan reman selama seminggu untuk siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 8.15 pagi 26 April lalu, Allahyarham Shaharuddin ditembak mati ketika dalam perjalanan dari rumahnya di Dengkil untuk ke pejabatnya.
Mangsa yang duduk di sebelah pemandu kenderaan pacuan empat roda (4WD) ditembak tiga das dari jarak dekat oleh seorang daripada dua lelaki menaiki motosikal di persimpangan lampu isyarat di Lebuh Sentosa, Putrajaya.
Kejadian berlaku ketika kereta mangsa bersama pemandunya berhenti di persimpangan lampu isyarat berkenaan, apabila dua lelaki itu tiba-tiba muncul dari belakang dan melepaskan tembakan ke arah mangsa.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140703/je_12/Suspek-kes-bunuh-Timbalan-KP-Kastam-ditahan#ixzz36MBmO7nc
© Utusan Melayu (M) Bhd 

JMM sedia bantu PDRM banteras mesin judi haram


OMAR Salleh (dua dari kiri) menyerahkan memorandum kepada wakil Ketua Polis Negara, ASP Fadzil Ismail di Ibu Pejabat Polis, Bukit Aman, Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 2 Julai - Jaringan Melayu Malaysia (JMM) bersedia menggerakkan ahlinya bagi membantu pihak polis membendung kegiatan mesin judi haram yang berleluasa di negara ini.
Timbalan Presidennya, Omar Saleh berkata, ia bagi membantu pihak berkuasa mendapatkan maklumat, data serta bukti untuk bertindak memandangkan kaedah penguatkuasaan sedia ada kurang berkesan.
"Dalam hal ini, kita tidak boleh berdiam diri. Kita akan menghantar memorandum kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bagi mendesak agar mengambil tindakan segera tanpa menyembunyikan sesiapa di sebalik kegiatan ini.
"Kita melihat terdapat pertambahan yang mendadak premis-premis ini sekaligus mengundang rasa kurang senang dalam kalangan umat Islam malah dikhuatiri menjadi masalah kepada masyarakat setempat," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman selepas menghantar satu memorandum kepada Khalid di sini hari ini.
Sebelum ini, Utusan Malaysia dalam laporannya mendedahkan tentang kegiatan judi haram yang semakin berleluasa dengan hampir semua daerah mempunyai premis mesin judi dan setiap satu premis mempunyai tidak kurang 30 mesin.
Omar berkata, semua pihak termasuk agensi kerajaan di peringkat negeri dan Persekutuan, pihak berkuasa tempatan (PBT), polis, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan media perlu melancarkan perang terhadap aktiviti judi haram.
"Semua pihak digesa memainkan peranan penting dan tegas. Ini kerana usaha membanteras gejala mesin slot atau mesin judi haram adalah mustahil untuk diselesaikan tanpa melibatkan kerjasama daripada semua pihak termasuk masyarakat," ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140703/je_08/JMM-sedia-bantu-PDRM-banteras-mesin-judi-haram#ixzz36MBO4q3l
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Budak lelaki ditikam bapa saudara


KecederaaN di bahagian badan yang dialami oleh Mohamad Danish Aidil Yahaya setelah ditikam bapa saudaranya dalam kejadian di rumah mereka di Jalan Bayam, Paya Rambai, di Kota Bharu, Kelantan, semalam.
KOTA BHARU 2 Julai - Angkara salah faham mengenai wang bantuan, seorang lelaki mengamuk dan tergamak menikam anak saudaranya yang berusia lima tahun di kediaman mereka di Jalan Bayam, Paya Rambai, di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3.15 petang itu, mangsa, Mohamad Danish Aidil Yahaya, cedera di kiri dan kanan badan selepas ditikam sebanyak dua kali oleh suspek menggunakan sebilah pisau pemotong.
Bagaimanapun kanak-kanak itu dilaporkan stabil dan kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).
Ibu mangsa, Che Muji Ramli, 41, berkata, sebelum kejadian, Mohamad Danish Aidil sedang bermain dengan rakannya di belakang rumah.
Menurutnya, dia bergegas keluar dari rumah apabila terdengar suara seseorang sedang menjerit-jerit dan tergamam melihat abang sulungnya sedang memegang mangsa sambil mengacukan sebilah pisau pemotong.
"Dia mengancam mahu menikam anak saya selagi tidak beritahu wang bantuan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) yang sepatutnya diterima bulan ini.
"Saya merayu supaya dia ingat Tuhan namun dia bertindak menikam kanan badan anak saya sehingga bajunya berlumuran darah," katanya ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainan II (HRPZZ II), di sini hari ini.
Menurut Muji, suspek kemudian membawa Mohamad Danish Aidil masuk ke dalam rumah dan bertindak menikam kanak-kanak itu sekali lagi di bahagian kiri badannya.
"Anak saya hanya mampu menangis kesakitan. Ketika itu saya dan beberapa ahli keluarga nekad bergelut dengan dia dan merampas semula anak saya," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Supritendan Azham Othman berkata, kejadian dipercayai berlaku selepas suspek yang berusia 44 tahun berang kerana wang bantuan JKM masih belum diterima.
"Difahamkan, suspek dan anak-anak Che Muji menerima bantuan sebanyak RM60 seorang dan wang tersebut dimasukkan ke dalam akaun bank yang sama.
"Namun pada hari kejadian, wang belum masuk menyebabkan suspek berang dan menuntut penjelasan," katanya.
Menurut Azam, suspek telah ditahan untuk membantu siasatan yang dibuat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140703/je_09/Budak-lelaki-ditikam-bapa-saudara#ixzz36MBIrer9
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Berjudi di bulan Ramadan, lima ditahan di Tawau


TAWAU 2 Julai - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) hari ini menahan lima individu termasuk tiga wanita dalam satu operasi bersepadu Ramadan di sekitar bandar ini.
Pegawai Tadbir Agama JHEAINS Tawau, Abdul Imam Basirun berkata, mereka yang berumur di antara 20 dan 30 tahun itu ditahan dalam operasi selama tiga jam bermula pukul 10 pagi di sebuah pusat perjudian.
"Mereka diitahan ketika sedang leka berjudi tanpa menyedari kehadiran penguatkuasa JHEAINS yang sedang menjalankan operasi bersepadu sempena bulan Ramadan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, kesemua yang ditahan akan didakwa di bawah Seksyen 90 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Sabah yang boleh membawa denda sebanyak RM3,000 dan penjara setahun atau kedua-duanya sekali.
Abdul Imam berkata, dalam operasi tersebut pihaknya juga telah memeriksa beberapa buah premis makanan dan mengedarkan risalah yang berkaitan dengan kesalahan menjual makanan dan tidak berpuasa di bulan Ramadan. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140702/je_13/Berjudi-di-bulan-Ramadan-lima-ditahan-di-Tawau#ixzz36MANsq7l
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lima remaja ditahan bersama dadah bernilai RM5,000


ALOR GAJAH 2 Julai - Polis menahan lima lelaki dan merampas dadah bernilai RM5,000 dalam serbuan berasingan di Hutan Percha di sini dan Gemas, Negeri Sembilan, Sabtu lepas.
Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, DSP Abd Rahman Jid berkata, dalam serbuan pertama pada 12.15 tengah hari, tiga remaja berusia 19 hingga 21 tahun ditahan di ladang kelapa sawit Menggong, Hutan Percha di sini bersama 50 paket kecil plastik lutsinar disyaki mengandungi dadah jenis heroin bernilai RM2,500.
"Ketika serbuan, ketiga-tiga penganggur itu sedang menunggu pelanggan dipercayai dari kawasan di sekitar Felda Menggong, Hutan Percha dan Machap," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata, susulan tangkapan itu, anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Alor Gajah (BSJND) dengan kerjasama anggota BSJND Tampin menahan dua lagi remaja berusia 19 dan 21 tahun di sebuah rumah di Kampung Tiong Gemas, Negeri Sembilan dalam serbuan pukul 8 malam hari yang sama.
Katanya hasil pemeriksaan di rumah terbabit, polis menjumpai satu plastik berisi tiga paket plastik lutsinar disyaki mengandungi dadah jenis heroin bernilai RM2,500. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140702/je_12/Lima-remaja-ditahan-bersama-dadah-bernilai-RM5000#ixzz36MAIO7OH
© Utusan Melayu (M) Bhd