Search This Blog

Wednesday, July 2, 2014

Maut dihempap kayu


Bidor : Seorang warga emas yang menunggang basikal maut selepas muatan kayu dari sebuah lori tiba-tiba menghempapnya dalam kejadian di kilometer 65.7 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur di sini pagi tadi.
Dalam kejadian jam 7.45 pagi, mangsa Tan Lee Meng, 64, dalam perjalanan dari Tapah menuju ke Sungkai. 
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Dinkeliaw ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkata akibat kejadian itu mangsa meninggal dunia ditempat kejadian selepas mengalami cedera parah. 

Menurutnya, siasatan mendapati apabila tiba ditempat kejadian selepas melalui jalan selekoh tiba-tiba lori dari arah sama membawa muatan kayu bergegaji terbalik ke kiri jalan dan menghempap mangsa.
Foto

"Mangsa yang cedera parah maut ditempat kejadian.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tapah untuk tindakan lanjut dan siasatan berhubung kejadian masih dijalankan,"katanya. 

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/02

Maut dilanggar selepas berbuka

Oleh Junaidi Ladjana

Penampang: Seorang lelaki yang baru selesai berbuka puasa maut apabila dirempuh kenderaan ketika melintas jalan dalam kejadian di Jalan Putatan, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, mangsa berusia 20-an yang belum dikenal pasti identiti dipercayai meninggal dunia di lokasi kejadian akibat mengalami kecederaan parah di kepala dan badan. 
Difahamkan, ketika kejadian, mangsa baru selesai berbuka puasa di Bazar Ramadan pekan Putatan, di sini, dan dalam perjalanan menuju ke perhentian bas di seberang jalan untuk pulang ke rumahnya di Kampung Meruntum. 

Bagaimanapun ketika melintas jalan tiba-tiba kenderaan jenis pacuan empat roda merempuh mangsa sebelum pemandu kenderaan memecut meninggalkan lokasi kejadian.
Foto
MANGSA dirempuh kenderaan ketika melintas jalan. FOTO Mohd Adam Arinin

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Ratan Kumar Singh ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan mayat dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/02

Lelaki maut rempuh kontena

Shah Alam: Seorang lelaki warga India maut manakala seorang lagi cedera selepas lori yang mereka naikinya merempuh belakang sebuah kontena dalam kejadian di Persiaran Anggerik Mokara, Kota Kemuning, di sini, hari ini.
Dalam kejadian jam 1 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Gopi, 30, yang juga kelindan lori berkenaan maut selepas mendapat kecederaan parah di bahagian perut ekoran rempuhan kuat. 
Pemandu lori berkenaan, Saiful Bahri Yahya, 31, hanya cedera ringan di bahagian kening dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk rawatan lanjut. 

Kejadian dipercayai berpunca apabila lori yang dipandu Saiful gagal mengelak kontena yang berada di hadapannya sebelum merempuh bahagian belakang kenderaan itu.
Foto
KEADAAN lori yang terbabit kemalangan. FOTO Abdul Jabar Idris

Kemalangan juga menyebabkan kesesakan di laluan berkenaan sepanjang tiga kilometer dan mayat dihantar ke HTAR untuk bedah siasat.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/02

Bayi perempuan dua tahun dimasukkan ke HPP disyaki JE


2014/07/02 - 21:54:35
GEORGETOWN Seorang bayi perempuan berusia dua tahun dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) kerana disyaki dijangkiti Japanese Encephalitis (JE).

Bayi berkenaan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya pada 12 Jun lalu sebelum dipindahkan ke HPP minggu lalu.

Difahamkan, ibu bapa bayi itu memaklumkan anaknya mengalami demam, loya dan sakit kepala.

Doktor di HPP dikatakan sudah menjalankan satu siri ujian darah ke atas bayi itu dan hasilnya dijangka diketahui Jumaat ini.

Setakat ini, terdapat dua kes JE di Pulau Pinang termasuk kes pertama yang berlaku pada awal tahun ini namun tidak didedahkan kepada umum manakala kes kedua membabitkan murid tahun enam Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Selamat dekat Tasek Gelugor disahkan positif JE pada 23 Mei lalu. 

Warga emas maut selepas terlanggar bas persiaran


2014/07/02 - 22:51:32
KULIM: Seorang warga emas maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah bas persiaran di persimpangan berhampiran Sekolah Menengah Lunas, dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Abdullah Arshad berkata sebelum kejadian yang berlaku kira-kira pukul 1 tengah hari itu, mangsa, M. Ramumurthi, 60, dari Taman Sentosa, Lunas, dekat sini dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas mengambil cucunya di sekolah berkenaan.

"Mangsa dikatakan telah melanggar belakang sebuah bas persiaran yang sedang membelok ke persimpangan Taman Desa Permai sebelum terjatuh lalu meninggal dunia di tempat kejadian.

"Sementara itu cucu mangsa, P. Karthina, 15, pula cedera parah dan kini sedang dirawat di Hospital Kulim," katanya ketika dihubungi.

Menurut Abdullah, hasil bedah siasat menunjukkan punca mangsa mati adalah akibat kecederaan parah di kepala. - BERNAMA 

Kebakaran rumah melibatkan sebuah dapur gas di Taman Bahagia, Temerloh

Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia)'s photo.

Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia)'s photo.

Kebakaran rumah melibatkan sebuah dapur gas di Taman Bahagia, Temerloh. Tiada kecederaan dilaporkan. Operasi pemadaman dilakukan oleh BBP Temerloh

Sebuah kereta jenis proton savy terbakar di km15 jln Kuala Krai - Gua Musang


Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia)'s photo.
Sebuah kereta jenis proton savy terbakar di km15 jln Kuala Krai - Gua Musang. Api berjaya dipadam oleh anggota Bomba dari Balai Kuala Krai. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.Info dari Rakan FB Bomba saudara Azroy Azly - Terima kasih

Kemalangan di Jalan Temerloh Kuala Kurau

Kemalangan jalanraya di Jalan Temerloh Kuala Kurau berhampiran Bukit Lada petang semalam melibatkan sebuah lori dan sebuah teksi. Seorang warga emas (melayu) tersepit di bahagian pemandu dan dapat dikeluarkan oleh anggota dan diserahkan kepada pihak Ambulan untuk tindakan lanjut. Operasi berkenaan dilakukan oleh BBP Temerloh



Lori muatan tong gas terbabas dan terbalik di KM90.1 Lebuhraya PLUS Arah Selatan (Gurun)






Kemalangan Jalan Raya kereta terbabas dan terjunam ke dalam sungai di Kg Penglima Bayu Tanah Merah


Kemalangan Jalan Raya kereta terbabas dan terjunam ke dalam sungai di Kg Penglima Bayu Tanah Merah pada pukul 12.43 tengahari semalam. Seorang perempuan dewasa, seorang kanak-kanak perempuan dan seorang kanak lelaki maut di tempat kejadian. PPgB Hanafi bin Mohd , Ketua Balai bomba Tanah Merah bersama 7 anggota ke lokasi kejadian dan membuat operasi penyelamatan.



Kejadian tanah runtuh di Jalan Hang Tuah menghala ke Bukit Bintang








Kejadian tanah runtuh di Jalan Hang Tuah menghala ke Bukit Bintang di tengah persimpangan lampu isyarat disebabkan pergerakan tanah pada kira-kira pukul 10.38 pagi tadi. Laluan jalan menghala ke Bukit Bintang telah ditutup manakala jalan ke Jalan Pudu serta Hang Tuah dibuka seperti biasa. Tiada kecederaan dilaporkan. Pasukan Bomba sedang membuat pemantauan dilokasi kejadian. Operasi berkenaan dilakukan oleh BBP Hang Tuah

Kemalangan jalanraya di hadapan Shell RTC Gopeng Perak malam semalam

Kemalangan jalanraya di hadapan Shell RTC Gopeng Perak malam semalam melibatkan sebuah lori kontena dan sebuah motosikal. Mangsa seramai 2 orang (perempuan) berumur 20an. Seorang maut ditempatkan kejadian manakala seorang lagi cedera parah. Operasi menyelamat berkenaan dilakukan oleh BBP Gopeng


Gempar jasad bayi terapung di parit

Gempar jasad bayi terapung di parit - HMetro
Bagan Serai: Penduduk kampung berhampiran Parit J, Jalan Matang Buluh, di sini, gempar berikutan penemuan jasad bayi cukup sifat ditemui terapung di dalam parit berhampiran sebuah sekolah, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.15 tengah hari semalam, mayat bayi itu dijumpai orang ramai yang menggunakan jambatan berdekatan kawasan itu.
Saksi kejadian Mohd Salihin Rahman, 35, berkata, ketika melalui jambatan itu, dia hairan melihat orang ramai berkumpul di tepi jambatan sambil menyaksikan sesuatu yang terapung di dalam parit.
Menurutnya, dia pada mulanya menyangka terdapat mangsa terjatuh ke dalam parit berkenaan namun terkejut apabila mendapati objek terapung yang disaksikan orang ramai adalah jasad seorang bayi.
“Dianggarkan bayi berkenaan baru berusia beberapa hari berdasarkan keadaan ditemui. Sungguh keji perbuatan manusia sanggup mencampakkan bayi tidak berdosa itu ke dalam parit.
“Kalau tidak mahu menjaga bayi itu sekalipun, janganlah buat sedemikian kerana haiwan pun sayangkan anak, inikan pula manusia,” katanya sewaktu ditemui di lokasi kejadian.
Mohd Salihin berkata, dia begitu terkilan dengan sikap individu tidak berperikemanusiaan itu kerana dikala umat Islam menyambut puasa masih ada lagi yang sanggup melakukan perbuatan sedemikian. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian Superintendan Mat Fauzi Nayan ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat bayi perempuan itu.

Maut ke pekan tukar mentol motosikal


Alor Gajah: “Anak meminta izin pergi ke pekan untuk menukar mentol lampu motosikal. Setengah jam kemudian, saya dimaklumkan dia terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori tanah,” kata Mansor Abdul Karim, 60, bapa kepada Mohd Shuib, 23, yang terbunuh dalam kemalangan di Kuala Sungai Baru, di sini, kelmarin.

Menurut Mansor, dia sempat berpesan dengan arwah supaya tidak menunggang laju kerana jalan kampung kurang elok selain banyak ternakan berkeliaran di atas jalan. Katanya, anak keempat daripada lima beradik itu bekerja di sebuah syarikat penapisan minyak di Terengganu dan pulang bercuti di kampung sempena menyambut kedatangan Ramadan bersama keluarga.


“Pagi tadi (kelmarin), selepas sahur saya sempat berbual seketika dengan arwah sebelum dia memberitahu ditugaskan ke Johor Bahru. Dalam perbualan pagi itu, saya berpesan supaya dia menunggang motosikal dengan berhati-hati.



“Malah, Mohd Shuib sempat berseloroh dengan ibunya, Lela Abu Bakar, 50, apabila memberitahu sudah lama tidak menunggang motosikal yang ditinggalkan di kampung,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini, kelmarin.


Dalam kejadian jam 6 petang, mangsa yang menunggang motosikal Kawasaki dikatakan terbabas sebelum digilis sebuah lori tanah dari arah bertentangan.


Mansor berkata, dia mengetahui kejadian itu selepas menerima panggilan daripada seseorang yang memberitahu arwah terbabit dalam kemalangan dengan lori tanah dan mengalami kecederaan parah.

“Mulanya saya tidak percaya mengenai kejadian menimpa arwah, namun terdetik naluri di hati saya untuk melihat apa yang berlaku sebelum bergegas ke tempat kejadian bersama isteri.


“Luluh hati saya apabila melihat motosikal arwah terperosok di bawah lori manakala Mohd Shuib terbaring kaku tidak jauh dari situ,” katanya.

Menurutnya, arwah yang cedera parah tidak sedarkan diri sebelum pemeriksaan perubatan dilakukan anggota paramedik Klinik Kesihatan Kuala Sungai Baru mengesahkan Mohd Shuib sudah meninggal dunia.


“Beberapa tahun lalu, dua abangnya terlebih dulu pergi menghadap Ilahi dalam kemalangan jalan raya dan kini gilirannya pula meninggal dunia dengan cara sama. Namun, saya sekeluarga reda dengan apa yang berlaku,” katanya.


Menurutnya, jenazah anaknya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ramuan Cina Besar, di sini.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Mohamad Laham berkata, mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala dan badan meninggal dunia di tempat kejadian.


“Siasatan awal polis mendapati mangsa menunggang motosikal seorang diri dari arah Ayer Molek ke Kuala Sungai Baru sebelum hilang kawalan ketika melalui satu selekoh dan terbabas ke laluan bertentangan dan terbabit kemalangan dengan sebuah lori tanah tanpa muatan.


“Pemandu lori berkenaan tidak mengalami kecederaan dan siasatan lanjut mengenai kejadian sedang dilakukan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/02

‘Parti basah’ kena serbu


Oleh Norfaisal Jahuri
Melaka: Sekumpulan individu dikesan menganjurkan ‘parti basah’ di kolam renang milik persendirian di sebuah kawasan resort di Jasin, di sini, kelmarin.

Difahamkan, parti berkenaan dianjurkan oleh sebuah syarikat pengurusan acara dengan mengenakan tiket bernilai RM35 setiap seorang bagi menyertai aktiviti yang turut menyediakan pelbagai minuman keras.


Parti bermula jam 5 petang hingga 1 pagi itu dikatakan turut dihadiri pengunjung beragama Islam, namun serbuan dilakukan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dan Jabatan Agama Islam Melaka pada lewat malam tidak menemui peserta beragama Islam berpesta di parti berkenaan.



Ketika serbuan dilakukan kira-kira jam 10 malam, kebanyakan pengunjung berada di dalam kolam dan sebahagian mereka dipercayai sudah mabuk akibat pengambilan arak yang disediakan penganjur.


Setiausaha MPHTJ Shahdan Othman berkata, pihaknya bergegas ke lokasi berkenaan untuk membuat pemeriksaan selepas menerima aduan awam mengenai parti liar itu.


Katanya, sejurus tiba, pihaknya mendapati parti itu masih berlangsung dengan pengunjung berada di kawasan kolam.

“Pemeriksaan lanjut mendapati penganjur tidak mempunyai permit untuk menganjurkan parti itu. Kita turut merampas dan menyita pengadun bunyi yang digunakan penganjur untuk memainkan muzik di kawasan kolam,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Shahdan berkata, pihaknya kesal dengan tindakan penganjur melakukan aktiviti berkenaan yang dikhuatiri turut membabitkan kegiatan tidak bermoral.

Katanya, walaupun penganjur menganjurkan parti itu di tempat persendirian, mereka perlu memohon permit terlebih dulu bagi membolehkan MPHTJ menyemak aktiviti sebenar yang dijalankan.


“Kita amat komited dalam mencegah sebarang bentuk aktiviti liar dan negatif yang dijalankan di kawasan pentadbiran MPHTJ. Sekiranya ia dilakukan, kita akan menghalangnya.


“MPHTJ tidak mahu sebarang masalah timbul sekiranya perkara tidak diingini berlaku terutama ketika umat Islam menjalankan ibadat di bulan Ramadan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/02

Pemandu mulut berbuih


Oleh Sitie Nurhajatulziemah Mohd Nor
Rembau: Seorang wanita yang dipercayai pitam ketika memandu nyaris maut apabila kereta dinaikinya merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda dari arah bertentangan sebelum melanggar pagar sekolah di Kilometer 23.5, Jalan Seremban-Tampin, dekat Chembong, semalam.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa berusia 31 tahun yang memandu kereta Proton Wira dari arah Seremban ke Rembau berada dalam keadaan separuh sedar di tempat duduk pemandu ketika anggota Balai Bomba dan Penyelamat Rembau membantu mengeluarkannya yang mengalami kecederaan di kaki dan badan.


Pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang mahu dikenali sebagai Chan, 40, berkata, ketika kejadian dia gagal mengelak kereta dipandu wanita terbabit apabila kenderaan berkenaan memasuki laluannya secara tiba-tiba.


 
“Saya terkejut dan tergamam kerana kejadian berlaku terlalu pantas.


“Selepas perlanggaran itu, saya bergegas keluar dari kenderaan kerana ternampak kepulan asap di bahagian enjin,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.


Menurutnya, orang ramai yang menyaksikan kejadian menghubungi ambulans dan bomba untuk mendapatkan bantuan.

“Ketika menghampiri mangsa, saya mendapati mangsa dalam keadaan separuh sedar dengan keadaan mulutnya berbuih,” katanya.


Jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang memandu kereta dipercayai pitam lalu masuk ke laluan bertentangan dan merempuh Toyota Hilux berkenaan sebelum melanggar pagar sekolah.

“Kereta mangsa turut dinaiki dua kanak-kanak perempuan yang mengalami kecederaan ringan dan dikejarkan orang ramai ke klinik berhampiran.


“Mangsa yang mengalami kecederaan di kaki dan tangan dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.


Ketua Polis Daerah Rembau Deputi Superintendan Mizan Md Dom ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian berkenaan dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/02

Masuk sekolah jual kelentong


Oleh Khairulmizan Yahya
Maran: Dengan hanya ‘menjaja’ logo Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), seorang lelaki yang menyamar sebagai jurulatih futsal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berjaya menipu pengurusan sebuah sekolah di bandar ini menyebabkan seorang pelajar kerugian RM265.

Dalam kejadian pada 23 Jun lalu, ‘jurulatih’ lingkungan 30-an itu pergi ke sekolah berkenaan kononnya bagi menguruskan pengambilan pelajar ke Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) sambil membawa borang kosong berlogo KPM.


Difahamkan, tanpa usul periksa pihak sekolah berkenaan membenarkan lelaki terbabit mengadakan pemilihan selain turut memanggil ibu bapa untuk diberikan taklimat mengenai pengambilan itu.



Abang mangsa mahu dikenali Mohd, 24, berkata dia dimaklumkan oleh adik lelakinya berusia 16 tahun yang juga pelajar tingkatan empat sekolah berkenaan mengenai pemilihan itu dan memintanya datang mendengar taklimat.


“Saya pergi ke sekolah bersama ibu kira-kira jam 5 petang dan adik memaklumkan dia berjaya terpilih bersama seorang lagi rakannya,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Katanya, lelaki terbabit yang dikenali sebagai Najib kemudian datang ke rumahnya kira-kira jam 7.45 malam pada hari sama untuk membincangkan mengenai yuran pendaftaran serta memintanya membayar wang pendahuluan RM265.

“Kami terus membayar jumlah berkenaan tanpa mengesyaki apa-apa memandangkan pemilihan itu dibuat melalui pihak sekolah.


“Saya terkejut apabila pihak sekolah menghubungi kami pada sebelah malam dan memaklumkan lelaki terbabit sebenarnya penipu selepas mereka melakukan pencarian di Internet serta menemui blog yang memaparkan mengenai lelaki itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Maran Deputi Superintendan Sulaiman A Hamid, mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu, namun menolak dakwaan suspek dikehendaki polis kerana terbabit dalam kes pemerdagangan orang seperti yang tersebar di Internet, baru-baru ini.


“Kes berkenaan diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang kerana ia membabitkan kes penipuan namun tiada maklumat mengatakan lelaki terbabit dikehendaki polis kerana kes pemerdagangan orang.


“Saya berharap orang ramai tidak sewenang-wenangnya menyebarkan maklumat tidak tepat kerana jika benar lelaki itu adalah suspek kes pemerdagangan orang, sudah tentu ia kes yang sangat serius,” katanya.


Kejadian itu mendapat perhatian ramai apabila ia mula tersebar di laman sosial Facebook (FB) sejak kelmarin.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/02

Sembelih budak sebelum berbuka


Beluran: Kegembiraan seorang kanak-kanak lelaki yang bersiap sedia untuk berbuka puasa bersama keluarga bertukar tragedi apabila dikelar di leher dengan pisau pemotong daging oleh bapa saudaranya sehingga mati.
Kejadian berlaku jam 6 petang kelmarin di sebuah restoran di Kampung Gambaron Telupid, dekat sini.

Mangsa, Mohamad Khairul Abdullah, 4, yang cedera parah di leher dikejarkan ke Klinik Kesihatan Telupid, dekat sini, untuk rawatan lanjut namun gagal diselamatkan.
Difahamkan, ketika kejadian itu, mangsa bersama ahli keluarganya termasuk suspek yang juga bapa saudaranya sedang menunggu waktu untuk berbuka puasa di restoran makanan terbabit yang juga milik ibu mangsa.

Bagaimanapun, suspek dikatakan memanggil mangsa lalu membawanya ke bahagian belakang restoran sebelum bertindak mengelar leher mangsa dengan menggunakan pisau pemotong daging yang diambil dari restoran berkenaan.

Selepas kejadian itu, mangsa yang kesakitan menjerit sebelum disedari oleh keluarganya lalu bergegas membawa mangsa ke klinik untuk rawatan, namun mangsa tidak dapat diselamatkan.
Foto
LOKASI kejadian mangsa dikelar bapa saudaranya di restoran makanan.
Ketua Polis Daerah Beluran Superintendan V Sivanathan berkata, pihaknya yang menerima panggilan mengenai kejadian itu jam 7 malam kemudian bergegas ke lokasi kejadian dan suspek berusia 23 tahun berjaya ditahan.

Menurutnya, siasatan awal polis mendapati suspek adalah bapa saudara kepada mangsa dan kejadian berlaku ketika suspek mahu berbuka puasa di restoran berkenaan bersama keluarganya.
“Pada masa itu, suspek mengambil sebilah parang pemotong daging lalu memanggil mangsa yang ketika itu bermain berhampiran kipas elektrik di dalam restoran berkenaan.

“Suspek kemudian membawa mangsa ke belakang restoran berhampiran tandas lalu bertindak mengelar leher mangsa dengan parang yang dibawanya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, mangsa yang cedera parah di leher kemudian menjerit kesakitan sebelum ahli keluarga mangsa terdengar lalu melihat mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah.

“Mangsa kemudian dibawa terus ke Klinik Kesihatan Telupid, dekat sini, untuk rawatan lanjut namun mangsa gagal diselamatkan.

“Suspek kemudian ditahan oleh ahli keluarganya yang lain sebelum diserahkan kepada pihak polis. Sebilah parang dipercayai digunakan ketika kejadian ditemui di lokasi kejadian,” katanya.

Sivanathan berkata, polis tidak mengetahui punca suspek bertindak sedemikian kerana suspek tidak bergaduh atau marah dengan sesiapa di restoran berkenaan.

“Berikutan itu, kami percaya suspek mungkin mengalami masalah mental. Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Duchees of Kent Sandakan untuk bedah siasat,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/02

Isteri lari rumah tak tahan dipukul


Kuala Terengganu: Tidak sanggup menjadi mangsa belasahan suaminya selain kerap diugut, seorang wanita nekad melarikan diri dari rumah bagi mendapatkan bantuan dalam kejadian di Kampung Wakaf Beruas, Ahad lalu.

Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 5.20 petang ketika mangsa berusia 28 tahun menyiapkan hidangan untuk berbuka puasa sebelum berlaku perselisihan faham antara dia dan suaminya.


Katanya, dalam pertengkaran itu, suspek berusia 28 tahun yang gagal mengawal kemarahannya memukul muka mangsa.



“Kemarahan mangsa tidak berakhir di situ apabila suspek bertindak memukul belakang badan mangsa menggunakan kayu menyebabkan wanita itu sakit di seluruh badan.


“Melihat keadaan suspek yang semakin agresif, mangsa segera keluar dari rumah bagi mendapatkan bantuan bagi melarikan diri.


“Pada masa sama, mangsa menahan sebuah kereta yang kebetulan melalui kawasan rumahnya dan meminta pemandu terbabit menghantarnya ke balai polis berhampiran,” katanya.

Sumber berkata, mangsa mendakwa suaminya kerap memukul dan mengugutnya sebelum ini jika berlaku pertengkaran antara mereka walaupun ia membabitkan hal kecil.


Katanya, mangsa yang bimbang keselamatan diri dan anak-anaknya mengambil keputusan membuat laporan di Balai Polis Chabang Tiga untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Majistret Nurunaim Abdullah membenarkan suspek direman tiga hari sehingga hari ini untuk siasatan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/02

Jutawan soya gigit jari


Kuala Lumpur: Dijanjikan kemewahan dan bakal bergelar jutawan jika menjadi pelabur dalam perniagaan kilang memproses air soya dan jus buah-buahan menyebabkan seorang wanita kerugian RM760,000 apabila wang pelaburannya lesap dilarikan sepasang suami isteri.
Lebih malang berpuluh cek yang diterima mangsa, Pang Ping Foong, 47, kononnya sebagai komisen selepas melabur juga gagal ditunaikan menyebabkan mangsa kini buntu, tambahan pula wang pelaburan yang dibuat itu adalah hasil simpanan dan pinjaman daripada saudara-mara.
Difahamkan, mangsa adalah antara 50 pelabur yang ditipu pasangan suami isteri berusia 44 tahun dan 33 tahun terbabit dengan nilai kerugian keseluruhan dianggarkan mencecah RM3 juta.

Sebelum ini, kilang memproses air soya dan buah-buahan itu beroperasi di Salak Selatan, tetapi ia sudah ditutup, manakala pemiliknya pula lesap serta gagal dikesan.
Foto
MANGSA melihat laporan polis yang dibuat.

Pang berkata, dia mengenali pasangan suami isteri berkenaan pada Ogos 2012 selepas diperkenalkan oleh rakan yang mengajaknya untuk menjadi pelabur dalam syarikat milik pasangan berkenaan.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/02

Curi ‘kereta tua’


Kuala Lumpur: Sekumpulan penjenayah curi dikenali ‘Geng Koloi’ yang bermaharajalela melakukan jenayah di sekitar ibu kota dikesan menjadikan kereta model lama tempatan dan Jepun sebagai sasaran operasi.
Kegiatan suspek bagaimanapun berjaya ditumpaskan selepas empat ahli kumpulan itu ditahan dalam dua serbuan dilakukan pihak polis di Cheras, di sini dan Shah Alam, Selangor pada 23 dan 27 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, tiga ahli kumpulan itu berjaya diberkas dalam serbuan pertama pasukan khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di sebuah rumah di Cheras.
Menurutnya, polis kemudian memberkas seorang lagi ahli kumpulan itu di Shah Alam selain menemui semula enam kereta dipercayai dicuri sindiket berkenaan sejak tahun lalu.

“Enam kereta curi yang ditemui semula itu membabitkan tiga model Proton Satria, satu kereta model Proton Putra, satu kereta Proton Waja dan satu kereta Honda Civic.

“Semua kereta itu ditemui semula di sebuah bengkel di Cheras dan Shah Alam yang dipercayai dijadikan tempat menyembunyikan kenderaan dicuri itu,” katanya pada sidang media di IPD Cheras, di sini, semalam.
Foto
MOHAN (dua kanan) bersama pegawainya melihat 6 buah kereta curi selepas sidang akhbar kes curi kereta di sekitar Cheras.
Beliau berkata, nilai semua kenderaan dicuri itu dianggarkan sekitar RM80,000.

“Polis turut merampas beberapa peralatan mencuri kenderaan yang digunakan kumpulan suspek untuk melakukan jenayah.
“Semua suspek berusia 30 hingga 40 tahun dipercayai menggunakan modus operandi dengan mencuri kereta lama di kawasan yang sunyi. Suspek sering berlegar di kawasan sasaran sebelum salah seorang anggota sindiket bertindak mencuri kereta sambil diawasi rakan lain,” katanya.

Beliau berkata kereta dicuri dipercayai dijual kepada pembeli dalam kalangan mekanik dan pembeli komponen kereta terpakai dengan harga murah.

“Siasatan polis mendapati salah seorang suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan pernah ditahan di Simpang Renggam, Johor.

“Polis percaya berjaya menyelesaikan 29 kes kecurian kereta yang dilaporkan berlaku membabitkan kumpulan ini,” katanya.

Beliau memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 379 (a) Kanun Keseksaan kerana mencuri kereta dan Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana memiliki dan menyimpan barang curi.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/02

Lelaki maut, rakan patah kaki


Kuala Lumpur: Seorang pekerja kedai cuci kenderaan maut manakala rakannya patah kaki selepas kereta dinaiki mangsa terbabas dan melanggar pembahagi besi jalan berhampiran Plaza Tol Jalan Duta menghala utara di sini.

Dalam kejadian jam 6.35 pagi semalam, mangsa, S Krishnan, 22, bersama rakannya, R Sharan, 27, yang berasal dari Batu Arang, Selangor itu memandu kereta Perodua Myvi warna putih menghala dari Kuala Lumpur ke Sungai Buloh.


Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur , Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain berkata, kenderaan dinaiki mangsa itu dipercayai dipandu laju sebelum terbabas dan merempuh pembahagi besi jalan.



Menurutnya, akibat perlanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan badan dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/02

Ada bukti angkara orang dalam


Bagan Serai: Penduduk kampung berhampiran Parit J, Jalan Matang Buluh, di sini, gempar berikutan penemuan jasad bayi cukup sifat ditemui terapung di dalam parit berhampiran sebuah sekolah, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.15 tengah hari semalam, mayat bayi itu dijumpai orang ramai yang menggunakan jambatan berdekatan kawasan itu.


Saksi kejadian Mohd Salihin Rahman, 35, berkata, ketika melalui jambatan itu, dia hairan melihat orang ramai berkumpul di tepi jambatan sambil menyaksikan sesuatu yang terapung di dalam parit.



Menurutnya, dia pada mulanya menyangka terdapat mangsa terjatuh ke dalam parit berkenaan namun terkejut apabila mendapati objek terapung yang disaksikan orang ramai adalah jasad seorang bayi.


“Dianggarkan bayi berkenaan baru berusia beberapa hari berdasarkan keadaan ditemui. Sungguh keji perbuatan manusia sanggup mencampakkan bayi tidak berdosa itu ke dalam parit.


“Kalau tidak mahu menjaga bayi itu sekalipun, janganlah buat sedemikian kerana haiwan pun sayangkan anak, inikan pula manusia,” katanya sewaktu ditemui di lokasi kejadian.

Mohd Salihin berkata, dia begitu terkilan dengan sikap individu tidak berperikemanusiaan itu kerana dikala umat Islam menyambut puasa masih ada lagi yang sanggup melakukan perbuatan sedemikian. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian Superintendan Mat Fauzi Nayan ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat bayi perempuan itu.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/02

Penunggang motor maut dirempuh lori


Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Lee Boon Ken, 28, maut di tempat kejadian dan pemandu lori turut cedera parah.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ipoh, Deputi Superintendan Wan Shahruddin Wan Omar berkata, pemandu lori terbabit cedera akibat bahagian depan kenderaannya remuk selepas merempuh motosikal mangsa dan merempuh sebatang pokok di tepi jalan.
“Akibat daripada rempuhan kuat itu, penunggang motosikal maut di tempat kejadian dan pemandu lori pula cedera.

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat dan mangsa yang cedera juga dihantar ke hospital sama bagi menerima rawatan, bagaimanapun identitinya masih belum dikenal pasti setakat ini,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, kemalangan dipercayai berpunca dari lori berkenaan yang dalam perjalanan dari Ipoh ke Simpang Pulai, di sini, yang terbabas lalu memasuki ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan motosikal ditunggang mangsa.
Foto
KEADAAN lori yang bertembung motosikal, semalam.
“Siasatan lanjut berhubung kemalangan maut itu masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/02

Umi ‘pergi’ bawa 2 adik

Oleh Rosliza Mohamed

Tanah Merah: “Ketika kami terlupa mengangkat kain di ampaian semalam (kelmarin), Umi terlalu marah dan tidak pernah saya melihat dia berkelakuan garang seperti itu.
“Saya pun tidak tahu mengapa dan tidak sangka, itu kali terakhir kami dapat melihat Umi,” kata Ikram Ifi Ubaidullah, 13. 
Dia anak kepada Norsuzilawati Husin, 39, yang maut dalam kemalangan bersama dua anak lain, Irfan Azmi Qayyum, 12 dan Iqbal Haris Putra Ubaidullah, 5, selepas kereta dinaiki terbabas dan terhumban ke dalam sungai dalam kejadian di Sungai Rotan Air Tawar, Kampung Panglima Bayu, di sini, semalam. 

Dalam kejadian jam 12.40 tengah hari itu, ibu kepada tujuh anak yang juga seorang peniaga barang keperluan harian dipercayai membawa anaknya keluar berniaga dan dalam perjalanan dari Tanah Merah ke Jeli.
Foto
ANGGOTA bomba menarik kenderaan mangsa yang terbabas ke Sungai Rotan Air Tawar, semalam.

Bagaimanapun, sebaik tiba di kawasan itu, kereta Proton Iswara Aeroback dinaiki mangsa secara tiba-tiba terbabas ke kiri jalan sebelum terjunam ke dalam sungai.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/02

Perompak menangis rancangan jahat gagal


Georgia (Amerika Syarikat): Seorang perompak menangis apabila rancangannya merompak sebuah hotel di sini tidak berjaya.

Rakaman video menunjukkan perompak itu, selepas mencuri sejumlah kecil wang, meninggalkan hotel Days Inn di sini dengan menutup mukanya.


Kerani hotel itu membenarkan dia mengambil wang di kaunter.

Kerani itu berkata, perompak terbabit kecewa lalu menangis selepas diberitahu dia memberitahunya dia tidak mempunyai akses kepada peti simpanan dan kamera keselamatan.

Foto
GAMBAR menunjukkan perompak terbabit menangis selepas gagal merompak.



“Suspek yang bersenjatakan pistol meninggalkan hotel itu dengan menangis sambil menutup mukanya,” kata polis.


Ini bukan kejadian pertama yang mengecewakan perompak.

Januari lalu, seorang lelaki yang cuba merompak sebuah bank, berusaha sedaya-upaya menarik pintu tertera perkataan ‘tolak.’ - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/02

Polis lumpuhkan Geng Koloi


2014/07/02 - 05:12:51
Polis lumpuhkan Geng Koloi
Mohan Singh (tiga dari kiri) bersama pegawainya melihat sebuah daripada enam kereta curi selepas sidang media kes curi kereta di sekitar Cheras, semalam. - Foto Mohd Yusni Ariffin

Empat lelaki ditahan termasuk ketua kumpulan curi kereta lama

Kuala Lumpur: Polis melumpuhkan satu sindiket curi kereta lama dikenali Geng Koloi selepas menahan empat lelaki termasuk ketua kumpulan itu dalam beberapa serbuan, minggu lalu.

Berikutan penahanan suspek di sekitar Cheras dan Shah Alam sejak 23 Jun hingga Jumaat lalu, polis merampas tiga PROTON Satria serta masing-masing sebuah PROTON Putra, Honda Civic dan PROTON Waja yang dicuri bernilai RM80,000.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh, berkata suspek yang berusia 30 hingga 40 tahun itu ditahan selepas polis menubuhkan pasukan khas pada 20 Jun lalu bagi membanteras kegiatan berkenaan.

Budak 4 tahun maut dikelar bapa saudara


2014/07/02 - 03:53:43
Budak 4 tahun maut dikelar bapa saudara
Lokasi kejadian mangsa dikelar bapa saudaranya di sebuah restoran di Kampung Gambaron Telupid, Beluran. - Foto Fieza Fariez

Sandakan: Seorang kanak-kanak berusia empat tahun maut dikelar di leher oleh bapa saudaranya menggunakan parang pemotong daging di sebuah restoran di Kampung Gambaron, Telupid, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6 petang, Mohamad Khairul Aize Abdullah, dikatakan bermain di restoran itu ketika suspek mahu berbuka puasa di premis berkenaan.

Restoran berkenaan adalah milik ibu mangsa. Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan V Sivanathan, berkata suspek yang berusia 23 tahun, kemudian membawa anak saudaranya ke belakang restoran sebelum mengambil sebilah parang, lalu mengelar leher budak itu.


Katanya, keluarga mangsa menyedari kejadian itu selepas terdengar jeritan kesakitan mangsa.

“Mangsa dikejarkan ke Klinik Kesihatan Telupid tetapi meninggal dunia sebaik tiba,” katanya.

Sivanathan berkata, suspek yang tidak melarikan diri selepas mengelar leher anak saudaranya, ditahan oleh anggota keluarga mangsa dan diserahkan kepada polis.
Masalah mental

“Siasatan awal mendapati suspek mempunyai masalah mental. Suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut. Parang yang dipercayai digunakan suspek turut ditemui di lokasi,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Akil rasa tak bersalah


Jakarta: Bekas ketua hakim Mahkamah Perlembagaan yang diselubungi skandal, Akil Mochtar, kekal berlagak tidak bersalah walaupun selepas dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

Menjawab soalan pemberita, Akil menegaskan dia tidak bersalah atas tuduhan rasuah dan mengubah wang haram dihadapinya.


“Ini satu pakatan. Ia perbuatan dendam,” katanya tanpa mengulas lanjut.

Bekas anggota Parti Golkar itu sebelum ini dipetik berkata dia tidak menyesal kerana dakwaan terhadapnya semuanya palsu.


Mahkamah Antirasuah malam kelmarin menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap Akil kerana menerima rasuah dan imbuhan bernilai sehingga 60 bilion Rupiah (RM16.2 juta) daripada 15 pertikaian pilihan raya daerah yang dikendalikan Mahkamah Perlembagaan.


Mahkamah turut memutuskan Akil bersalah atas tuduhan mengubah wang haram membabitkan beberapa bilion rupiah sejak 2002.

Akil berkata dia akan merayu terhadap keputusan itu.

“Saya akan merayu kepada Tuhan,” katanya.

Ketika menjadi ketua Mahkamah Perlembagaan Akil pernah dipetik sebagai berkata orang yang mengambil rasuah patut dirampas harta dan dipotong jarinya.

Sehubungan itu, semalam, dia berkata dia bersedia telinganya dipotong.

“Saya akan memotong telinga dan misai,” katanya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/02

Nafi pegawai JPJ terbabit

Nafi pegawai JPJ terbabit
Hamzah Masri 
Kuala Lumpur: Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia (KPPJSM) menafikan ada ahlinya terbabit dalam kegiatan menerima sogokan untuk lesen gerenti lulus.

Presidennya, Hamzah Masri, berkata selagi belum dibuktikan secara jelas, pihaknya berpendapat tidak ada kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terbabit dengan kegiatan tidak bermoral itu.

Saya mencadangkan siasatan menyeluruh dibuat membabitkan semua pihak. Apa yang saya lihat daripada pembongkaran dibuat BH, pegawai penilai JPJ hanya terbabit di peringkat akhir sedangkan penyelewengan sudah berlaku sejak awal” Hamzah Masri, Presiden Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia
Namun, beliau mahu siasatan menyeluruh dijalankan dan tindakan tegas dikenakan terhadap semua pihak yang terbabit sekiranya terbukti kegiatan itu berlaku.

Malah, katanya, jika ada kakitangan JPJ terbabit, ia menunjukkan individu itu tidak berintegriti dan tindakan tatatertib perlu diambil terhadapnya.

“Jika ada pun, kes kakitangan tidak berintegriti dan tidak beretika hanya kecil jumlahnya.

Syor siasatan menyeluruh

“Saya mencadangkan siasatan menyeluruh dibuat membabitkan semua pihak. Apa yang saya lihat daripada pembongkaran dibuat BH, pegawai penilai JPJ hanya terbabit di peringkat akhir sedangkan penyelewengan sudah berlaku sejak awal.
“Wartawan melaporkan tenaga pengajar sendiri yang tawarkan untuk latihan ala kadar dan ujian sambil lewa. Itu menunjukkan yang penyelewengan berlaku di peringkat tenaga pengajar lagi. Mereka juga perlu disiasat, bukan hanya salahkan JPJ,” katanya.

Pulih moral pegawai

Hamzah berkata, siasatan menyeluruh, adil dan tidak menganiaya mana-mana pihak perlu untuk mengembalikan moral pegawai penilai JPJ yang tentunya merosot selepas pembongkaran mengenai sogokan untuk lesen gerenti lulus disiarkan BH.

“Bukan semua pegawai penilai JPJ buat benda ini dan bukan semuanya tidak berintegriti. Tidak wajar kerana apa yang berlaku ini menjatuhkan moral mereka.

“Kita mahu bukti yang cukup dan pihak berkuasa, termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh siasat dan bertindak jika perlu. Selagi ia belum dibuktikan, kesatuan berpendirian ia tidak berlaku,” katanya.

Beliau mengulas pembongkaran BH semalam mengenai lesen gerenti lulus yang boleh diperoleh dengan sogokan di antara RM150 hingga RM500 tanpa menghadiri kelas memandu.

Remaja diberkas kerana tipu ibu


DI Kampung Delima dekat Kota Kinabalu inilah lokasi remaja tipu ibu ditangkap pada Khamis lalu.


KOTA KINABALU – Tindakan seorang remaja yang tergamak mereka-reka cerita mendakwa dirinya diculik bagi mendapat wang tebusan RM2,000 untuk berhibur tidak menjadi apabila dia ditangkap di depan rumahnya di Kampung Delima di sini baru-baru ini.
Suspek yang berusia 18 tahun dan sudah tidak bersekolah itu diberkas pukul 3 pagi pada Khamis lalu ketika berlegar-legar di depan rumah bersama dua rakannya yang berusia 17 dan 23 tahun.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0702&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz36GO5VBL1 
Hakcipta terpelihara 

Pelajar kolej maut, parah dalam nahas selepas berbuka puasa


KAMPAR - Seorang pelajar perempuan Kolej Komuniti Gopeng di sini maut manakala rakannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka merempuh sebuah treler di Kilometer 16, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur berhampiran Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Gopeng dekat sini malam kelmarin.
Dalam kejadian pukul 8.30 malam itu, mangsa yang maut, Nur Ammizzah Mohd. Ramli, 21, dikatakan dalam perjalanan dari Ipoh menghala ke Kampar dengan menunggang motosikal jenis Modenas Passion manakala rakannya yang cedera, Nur Faiz Nur Zainal Abidin, 20, membonceng motosikal tersebut.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0702&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz36G3h3Pkh 
Hakcipta terpelihara 

Budak mati dikelar bapa saudara



INILAH parang pemotong daging yang digunakan untuk mengelar Mohamad Khairul.


TELUPID - Kegembiraan sebuah keluarga untuk berbuka puasa bersama bertukar menjadi mimpi ngeri apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun mati dikelar bapa saudaranya di sebuah restoran di Kampung Gambaron dekat sini kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, mangsa, Mohamad Khairul Aize Abdullah dan ahli keluarganya yang lain termasuk suspek sedang berkumpul di restoran milik ibu mangsa untuk berbuka puasa.
Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan V. Sivanathan berkata, lelaki berusia 23 tahun itu yang dipercayai mempunyai penyakit mental kemudian mengambil sebilah parang pemotong daging sebelum memanggil mangsa yang sedang bermain di dalam restoran berkenaan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0702&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz36G3U2vkv 
Hakcipta terpelihara 

Isteri maafkan suami demi anak-anak


AAINA mencium tangan suaminya selepas selesai prosiding di Mahkamah Majistret Kota Bharu kelmarin.


KOTA BHARU – Demi kasih kepada anak-anak, seorang wanita sanggup memaafkan suami yang memukul dan mengugutnya dengan pisau sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian mata pada bulan lepas.
Tindakan Aaina Azura Rosli, 30, menyebabkan Majistret Nik Habri Muhamad kelmarin membuat keputusan untuk melepas serta membebaskan Mohd. Zailani Kari, 30, daripada pertuduhan selepas tertuduh membayar kompaun RM100 kepada isterinya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0702&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz36G34Ie2u 
Hakcipta terpelihara