Search This Blog

Sunday, June 29, 2014

16 maut saluran gas meletup di India


  • Letupan saluran paip gas di Andhra Pradesh tersebut turut merebak ke bandar Negaram.Letupan saluran paip gas di Andhra Pradesh tersebut turut merebak ke bandar Negaram.

NEW DELHI - INDIA . Sekurang-kurangnya 16 maut manakala lebih 10 lagi cedera dalam insiden letupan saluran paip gas di Andhra Pradesh di selatan India, awal pagi semalam.

Media NDTV melaporkan kebanyakan mangsa rentung berikutan api marak mencapai ketinggian sehingga 20 meter dan dipercayai turut merebak ke bandar Negaram kira-kira 550 kilometer dari Hyderabad.

Dalam satu kenyataan, pengendali Gas Authority of India Limited (GAIL) memaklumkan kebakaran yang tercetus di sebuah saluran paip berukuran 46 sentimeter itu berjaya dikawal selepas dua jam.

Sementara itu, jurucakap polis memberitahu punca kejadian masih disiasat dan pihaknya kini memberi tumpuan kepada operasi menyelamat, dipetik dari laporan dpa.

Artis, model jual tubuh


Surabaya: Sejumlah model dan artis terkenal Indonesia diyakini terbabit dalam sindiket pelacuran yang mengenakan bayaran antara Rp15 juta (RM4,000) hingga Rp25 juta (RM6,680)

Kegiatan itu terbongkar selepas polis Jawa Timur menahan seorang model berasal dari Surabaya di sebuah bilik hotel empat bintang.

Jurucakap polis berkata, model berusia 25 tahun itu mengenakan bayaran Rp15 juta sebelum bersetuju melayan kehendak seorang lelaki tempatan.

“Selepas ditangkap dan dibawa ke balai polis untuk disoal siasat, model itu mengaku tidak beroperasi sendirian, malah ada ejen yang mencari pelanggan,” katanya.

Jurucakap polis itu berkata, ejen terbabit juga bukan sembarangan, sebaliknya seorang penyampai televisyen dan pengelola majlis keraian.

Hasil maklumat berkenaan, katanya, penyampai televisyen itu juga ditangkap.


Selain suspek, polis juga merampas pelbagai barang bukti, termasuk wang tunai, dua telefon BlackBerry dan kondom terpakai.




Kata jurucakap terbabit, penyampai televisyen itu mendakwa model yang ditangkap itu bukan satu-satunya selebriti yang ditawarkan untuk ditiduri.

“Dia mengaku ada stok model dan artis yang boleh dibayar untuk memuaskan nafsu.

“Sekurang-kurangnya ada 25 selebriti yang boleh disewa melalui penyampai televisyen berkenaan,” katanya.

Pegawai kanan polis Jawa Timur, Heru Purnomo pula berkata, kes berkenaan sedang diteliti.

“Kami masih cuba mendapatkan maklumat lanjut untuk mengetahui sejauh mana aktiviti ini beroperasi,” katanya.

Sumber pula berkata, kegiatan penyampai televisyen itu sudah berjalan sejak beberapa tahun lalu.

Katanya, sebahagian besar pelanggan mereka ialah lelaki golongan atasan atau ahli perniagaan.

“Kebanyakan urusan mereka berjalan melalui Facebook atau telefon, termasuk penetapan harga dan lokasi,” katanya.

- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/29

Minta kebenaran sentuh kemaluan


Manila: Pihak berkuasa mencadangkan seorang atase buruh dan seorang pemandu atase negara itu dikenakan tindakan kerana terbabit dalam skandal seks pekerja Filipina di luar negara.

Sumber Jabatan Kehakiman Filipina berkata, kedua-dua suspek berpangkalan di Arab Saudi itu berdepan pertuduhan salah laku dan mencabul.

Katanya, tindakan dibuat selepas pihak berkuasa menerima aduan daripada empat wanita di negara terbabit.

“Seorang daripada mereka berkata, atase terbabit menghubunginya ketika dia mahu mendapatkan bantuan daripada pegawai Pejabat Pekerja Luar Negara Filipina (Polo) kerana dirogol majikannya.

“Ketika dalam perjalanan ke pejabat sumber manusia, atase terbabit meminta mangsa membenarkan dia menyentuh kemaluannya,” katanya.

Sumber itu berkata, kejadian berlaku pada 5 Februari lalu.

Katanya, wanita terbabit turut menerima panggilan lucah dan ugutan daripada suspek ketika dia cuba menguruskan penghantaran pulang ke negara asal.

Menurut sumber berkenaan, kejadian itu sangat memalukan.

“Sangat tidak patut lelaki terbabit menggunakan jawatannya untuk bertindak di luar batasan terutama ke atas wanita yang menghadapi masalah di negara asing,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Kehakiman dilaporkan menggugurkan dua lagi aduan yang dibuat mangsa ke atas suspek.

Aduan pertama digugurkan kerana pengadu gagal hadir ketika siasatan awal dijalankan, manakala aduan kedua digugurkan kerana kekurangan bukti.

Sementara itu, tuduhan salah laku seks bakal dikenakan ke atas pemandu kepada seorang lagi atase berdasarkan laporan seorang pembantu rumah Filipina yang berlindung di pejabat Polo.- Agensi

Gadis cedera dibelasah bapa


Kuala Kangsar: Hanya kerana enggan mengikut bapanya pulang ke rumah disebabkan lebih selesa tinggal bersama ibu saudaranya, seorang remaja perempuan berusia 17 tahun cedera di muka, mata dan badan selepas dibelasah bapanya.

Dalam kejadian jam 2.15 pagi, Rabu lalu, suspek yang datang bersama rakannya turut membelasah bapa saudara mangsa yang ketika itu cuba menenangkan keadaan sehingga menyebabkan mukanya bengkak.

Menurut sumber, ketika kejadian, mangsa yang baru pulang daripada makan bersama sepupunya terkejut dengan tindakan bapanya datang bersama rakan dan terus membelasahnya.

Katanya, suspek menelefon anaknya sehari sebelum kejadian dan memintanya pulang ke rumah, tetapi anaknya enggan berbuat demikian kerana mendakwa sering dibelasah bapanya di rumah.

“Suspek yang datang bersama rakannya terus membelasah anaknya sebelum bapa saudara mangsa datang untuk meredakan keadaan.

Bagaimanapun, bapa saudara mangsa pula dibelasah rakan suspek sehingga menyebabkan bengkak di muka.

“Remaja terbabit bukan saja ditampar, malah dipukul serta ditumbuk suspek berulang kali sehingga menyebabkannya cedera di muka, mata dan badan,” katanya.

Menurutnya, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar sejurus selepas kejadian.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan punca kejadian masih dalam siasatan.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/29

Rempuh polis


Oleh Mohd Rizal Abdullah

Subang Jaya: Tiga penjenayah ‘lalok’ selepas mengambil dadah bertindak agresif merempuh kereta peronda polis Ibu Pejabat Polis Subang Jaya berhampiran Batu 3, Subang Jaya di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 4.50 petang itu, suspek yang menaiki kereta Proton Perdana menggunakan cermin gelap dikesan anggota polis dalam keadaan mencurigakan berhampiran stesen kereta api di kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, suspek yang menyedari kehadiran polis menjadi panik dan cuba melarikan diri.

Menurutnya, pemandu kereta terbabit menjadi agresif merempuh bahagian pintu hadapan kereta peronda polis berkenaan.

“Susulan itu anggota polis terbabit menggunakan alat pembesar suara dalam usaha meminta suspek menyerah diri.

Bagaimanapun suspek terus memecut lari dari kawasan itu.

“Suspek dikesan melarikan diri menghala ke arah Seksyen 22, Shah Alam sebelum merempuh motosikal ketika melalui kawasan berkenaan,” katanya.

Menurutnya, anggota polis Subang Jaya dibantu Unit Peronda Polis Shah Alam memintas kereta suspek di kawasan Seksyen 20.

“Bagaimanapun suspek bertindak mengundurkan kenderaan dan merempuh bahagian pintu kanan kereta peronda polis sekali lagi.

“Suspek berusia 25 hingga 30-an akhirnya ditahan polis.


Siasatan mendapati kereta dinaiki suspek disahkan adalah kereta dicuri,” katanya.

Menurutnya, ketiga-tiga suspek didapati positif mengambil dadah hasil ujian dilakukan di IPD Subang Jaya.

“Dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau bersabit kes dadah.




Dua suspek adalah warga tempatan dan seorang lagi adalah warga Thailand,” katanya.

Menurutnya semua suspek ditahan reman selama empat hari bermula semalam mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/29

Budak rentung, OKU terselamat


Oleh Junaidi Ladjana dan Cleo Will

Tenom: “Seorang gadis orang kurang upaya (OKU) menangis ketakutan di dalam bilik sejurus melihat anak saudaranya rentung. Saya sempat menarik gadis itu keluar dari dalam rumah yang terbakar,” kata Jerry, 26, yang cuba menyelamatkan dua mangsa kebakaran di Kampung Melalap di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi, Jerry bagaimanapun gagal menyelamatkan anak saudara gadis OKU itu dikenali sebagai Itham Nick Ivan berusia empat tahun.



Mangsa ditemui rentung di dalam sebuah bilik di dalam rumah itu sebaik api dipadamkan anggota bomba dan penyelamat.

Ketika kejadian, mangsa bersama OKU berusia 20-an dan seorang ibu saudaranya berada di dalam rumah, manakala bapa mangsa dipercayai pergi ke Hospital Tenom, di sini, untuk menghantar isterinya yang mahu bersalin.

Foto
ANGGOTA bomba mengangkat mayat mangsa sebelum dihantar ke Hospital Tenom untuk bedah siasat.

Foto
TEMPAT mayat mangsa ditemui anggota bomba.

Difahamkan, ibu saudara mangsa berusia 35 tahun memasak di dapur manakala gadis OKU itu berada di dalam bilik tidur sebelum kebakaran tercetus.


Ibu saudara mangsa yang menyedari kejadian itu bergegas keluar dari rumah meminta bantuan bagi menyelamatkan gadis OKU dan kanak-kanak lelaki yang terperangkap di dalam rumah.


Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/29

Mayat tersangkut


Oleh Shamsudin Husin

Chukai: “Hati bapa mana tak sebak apabila melihat tubuh anak tersangkut dan melekat pada besi penghadang pembahagi lebuh raya,” kata Shafie Bilal Ismail, 43, bapa kepada Muhammad Shafiq, 15, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 302.6 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6 petang, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala selepas motosikal Yamaha LC ditunggangnya bertembung dengan sebuah motosikal Honda EX-5 ditunggangi seorang buruh ladang warga Indonesia, Muhsan, 47, yang turut meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.


Difahamkan, ketika kejadian, mangsa yang juga anak ketiga daripada lima beradik menunggang secara berkumpulan dengan beberapa rakannya.

Akibat kejadian itu, Muhammad Shafiq tercampak dari motosikalnya sejauh lima meter lalu tersangkut pada besi penghadang pembahagi lebuh raya.

Foto

Foto
MAYAT Muhsan ditutup kertas selepas terbabit kemalangan di Kilometer 302.6 LPT2.

Shafie berkata, kali terakhir dia berjumpa arwah jam 1 tengah hari ketika anaknya memaklumkan mahu solat Jumaat sambil menyatakanmaklumkan tidak tahu bila akan pulang.



Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/29

Malaysiakini tuntut Kamaludin tarik diri


2014/06/28 - 09:30:53

Kuala Lumpur: Penerbit Malaysiakini dan dua yang lain memohon supaya seorang hakim Mahkamah Tinggi mendengar kes saman fitnah yang difailkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Setiausaha Kerjanya, Datuk Ab Rauf Yusoh terhadap mereka berhubung penerbitan dua artikel.

Dalam permohonan Mkini Dotcom Sdn Bhd itu, Ketua Editor Malaysiakini, Steven Gan dan Ketua Pengarangnya, Fathi Aris Omar, meminta Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Wira Kamaludin Md Said menarik diri daripada mendengar saman fitnah itu atas alasan bahaya berat sebelah yang nyata.

Saman itu ditetapkan untuk pendengaran di hadapan Kamaludin.

Ketiga-tiga defendan berkata, Pesuruhjaya Kehakiman dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Ketua Hakim Negara.

Mereka berkata, Pesuruhjaya Kehakiman tidak menikmati jaminan tempoh penugasan, selain tidak ada jaminan bahawa mereka akan dilantik sebagai hakim Mahkamah Tinggi.

Mahkamah menetapkan 8 Julai ini untuk pengurusan kes bagi permohonan berkenaan di hadapan timbalan pendaftar. - BERNAMA

Warga Kanada didakwa edar 32,240g dadah


2014/06/28 - 09:24:01

Sepang: Seorang peniaga warga Kanada dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sepang, semalam atas pertuduhan mengedar dadah, yang juga tangkapan pertama sejak Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) dibuka pada 2 Mei lalu.

Abdi Ahmed Robleh, 54, didakwa mengedar dadah berbahaya jenis Cathinone atau daun khat dengan anggaran berat 32,240 gram di Cawangan Pemeriksaan Penumpang 2 (CPP2), Balai Ketibaan Antarabangsa klia2, jam 7.35 pagi, 14 Jun lalu.

Lelaki berkenaan didakwa mengikut mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika bersabit kesalahan.
Daun khat jarang diseludup ke negara ini tetapi pernah ada beberapa kes sebelum ini” Chik Omar Chik Lim, Pengarah Kastam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)

Tiada sebarang pengakuan direkodkan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Aizatul Akma Maharani dan mahkamah menetapkan 15 Ogos depan untuk sebutan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Syalia Ain Zainuddin manakala lelaki berkenaan diwakili peguam.

Sementara itu, Pengarah Kastam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Datuk Chik Omar Chik Lim, mengesahkan kes itu adalah tangkapan pertama membabitkan dadah di klia2.

“Lelaki itumembawa bagasi yang berisi dadah berbahaya jenia chatinone (daun khat). Dia hanya menyimpan daun dalam beg biasa dan diletakkan dalam bagasi.
“Daun khat jarang diseludup ke negara ini tetapi pernah ada beberapa kes sebelum ini,” katanya.




Tunjuk perasaan bantah Karzai


2014/06/28 - 07:35:00
Tunjuk perasaan bantah Karzai
Penyokong calon presiden Afghanistan Abdullah Abdullah melaungkan slogan ketika tunjuk perasaan di Kabul semalam. - Foto AP

Kabul: Calon pilihan raya presiden Afghanistan Abdullah Abdullah semalam mengetuai beribu-ribu penunjuk perasaan berhimpun di istana Presiden bagi meningkatkan bantahan terhadap penipuan besar-besaran pengundian sehingga mencetuskan krisis politik di negara itu.

Abdullah sebelum ini berikrar akan menolak keputusan pilihan raya dan menegaskan beliau menjadi mangsa penipuan kertas undi pada pilihan raya 14 Jun lalu, apabila pengiraan menunjukkan beliau ketinggalan jauh di belakang pesaingnya Ashraf Ghani.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melahirkan kebimbangan keganasan etnik mungkin tercetus, ketika tentera asing diketuai Amerika Syarikat bersiap sedia meninggalkan negara itu, berikutan ketegangan memuncak antara penyokong kedua-dua calon, Abdullah menyertai bantahan dengan sebuah trak kecil, memandu bersama orang ramai sambil mengibarkan bendera.

“Presiden kami adalah Abdullah Abdullah,” jerit penyokong sambil menyalahkan Presiden Hamid Karzai, berikutan masalah politik yang berterusan. Karzai dilarang untuk bertanding buat kali ketiga.

Abdullah mendakwa, Karzai, gabenor wilayah dan polis berpakat dalam pilihan raya terbabit.

Kira-kira 15,000 orang menyertai bantahan, kata polis dan saksi Reuters. Ada sebilangan penunjuk perasaan menyuarakan kemarahan dengan merosakkan poster Karzai dan menjerit slogan memarahi presiden itu dan suruhanjaya pilihan raya bebas.

“Kami mahukan mujahidin kembali. Kami tidak mahu teknokrat dan hamba Yahudi dan Kristian,” kata bekas mujahid, Badam Gul.
“Kami mahukan keadilan. Tiada penipuan dan ini tidak dapat diterima kami. Kami akan berjuang untuk hak sehingga ke titisan darah terakhir dalam tubuh kami.”

Perarakan aman

Perarakan berkenaan diadakan secara aman dan diuruskan dengan baik oleh penganjur. Air diedarkan kepada penunjuk perasaan dan penganjur membentuk kepungan pelindung di sekitar lokasi yang sensitif seperti Hotel Serena di mana ramai pegawai tinggi Afghanistan dan asing tinggal.

Satu perjanjian dengan Washington untuk membenarkan kehadiran tentera Amerika Syarikat lebih kecil selepas pemergian mereka belum ditandatangani, berikutan Karzai mahu menyerahkannya kepada pengganti beliau.

Wakil tertinggi PBB di Afghanistan memberi amaran risiko “konfrontasi berlarutan dengan bahaya keganasan” pada taklimat kepada Majlis Keselamatan Rabu lalu dan menggesa Abdullah untuk mengembalikan proses pilihan raya.

Abdullah merayu PBB untuk campur tangan bagi menyelamatkan pilihan raya, satu penyelesaian yang turut disokong Karzai. - REUTERS

Wanita OKU kena kurung 10 tahun


2014/06/28 - 07:04:05

Wanita OKU kena kurung 10 tahun
Rubiah (kanan) melawat Nazitah dipercayai dikurung lebih 10 tahun di bawah rumahnyadi Kampung Pasir Pekan Hulu. - Foto Syamsi Suhaimi

Kota Bharu: Lagi orang kurang upaya (OKU) diabaikan dan kali ini membabitkan seorang wanita yang dipercayai tinggal seorang diri serta dikurung dalam sebuah bilik di bawah rumah lebih 10 tahun lalu.

Wanita berusia 30-an dikenali sebagai Nazitah itu ditemui dalam keadaan menyayat hati dengan badan kurus kering, berbau busuk serta tiada kemudahan elektrik di Kampung Pasir Pekan Hulu, di sini, semalam.

Dia berjaya diselamatkan pihak polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) apabila ditemui pada kira-kira jam 3.30 petang. Bilik yang tidak ubah sepertilokap itu dikunci dari luar turut mempunyai katil usang dan bilik mandi. Beberapa bungkusan makanan ringan dan botol kosong juga kelihatan berada berhampiran katil mangsa.


Penemuan wanita malang itu hasil maklumat Ketua Pemuda Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK), Aiman Yusri Mohd Yusof, yang memaklumkannya kepada pihak polis dan JKM, sebelum pemeriksaan dijalankan.

Pasukan penyelamat dan pihak media yang tiba di lokasi kejadian sempat mendengar rintihan wanita berkenaan, yang mendakwa lapar kerana tidak makan seharian.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Zaharuddin Rasip, yang ditemui di lokasi kejadian berkata, pihaknya menjalankan pemeriksaan terhadap kediaman berkenaan selepas mendapat maklumat.
Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, polis terkejut melihat keadaan wanita malang yang dikurung itu dalam keadaan gelap dan tidak terurus.

Awie akui beri keterangan kepada polis



INILAH gambar wanita yang tersebar di internet didakwa sebagai Rozana Misbun.


KUALA LUMPUR – Penyanyi rock terkenal tanah air, Awie atau nama sebenarnya Azhar Othman, 45, mengakui telah dipanggil pihak polis untuk membantu siasatan mengenai dakwaan dia memukul isterinya, Rozana Misbun, 36, baru-baru ini.
Penyanyi utama kumpulan Wings itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut dan menyerahkan siasatan itu kepada pihak polis.
Awie yang ditanya mengenai tiga keping gambar wanita yang tersebar di internet didakwa sebagai Rozana yang cedera teruk dipukul berkata, dia masih belum melihat gambar tersebut.
“Jika benar gambar itu tersebar, saya serahkan kepada pihak berkuasa untuk sebarang tindakan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0629&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz35yMYYl54 
Hakcipta terpelihara 

Kurung langkah terbaik


NORAZAMAN (tengah) bersama Ismail (kiri) melawat Nasitah di Hospital Tumpat, Kelantan semalam. Di kanan ialah Dr. Norlaili.


TUMPAT – Anggota keluarga wanita orang kurang upaya (OKU) yang ditemui dikurung di sebuah bilik kecil di bawah rumah di Kampung Pasir Ulu di sini kelmarin menyifatkan tindakan itu jalan terbaik yang mampu mereka lakukan.
Ismail Ibrahim, 57, abang tiri kepada Nasitah Yahya, 44, berkata, beliau dan anggota keluarga yang lain berbuat demikian kerana bimbangkan keselamatan adik tirinya itu.
“Saya nak lepaskan dia tidak boleh sebab dia perempuan dan dia tidak boleh bergaul dengan orang ramai sebab dia garang, rumah pun pernah dia bakar kerana dia agresif,” dakwanya.
“Pernah sekali ketika di Pulau Pinang, dia buang mangkuk dari tingkat dua rumah ke bawah. Tidak tahu hendak buat macam mana lagi, kami dah ikhtiar,” katanya ketika ditemui di Hospital Tumpat di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0629&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz35yMILPyL 
Hakcipta terpelihara 

Polis bebaskan LaBeouf



LABEOUF (tengah) keluar dari Mahkamah Komuniti Midtown, New York kelmarin. - Agensi


NEW YORK - Pelakon filem Hollywood, Shia LaBeouf dibebaskan oleh polis kelmarin selepas dia ditangkap kerana mengganggu satu persembahan teater muzikal Broadway dengan menjerit dan merokok, menurut beberapa laporan media.
LaBeouf yang dikenali kerana membintangi filem Transformers dibawa keluar dari dewan persembahan teater Cabaret oleh beberapa anggota polis selepas dia melakukan perbuatan tersebut pada Khamis lalu.
Menurut portal hiburan The Hollywood Reporter, kedua-dua tangan LaBeouf digari semasa dia dibawa keluar dari dewan itu.
Pelakon itu turut berkata kepada seorang pengawal keselamatan: "Adakah anda mengetahui siapakah saya?"
Menurut para pendakwa raya, LaBeouf turut menyumpah seorang anggota polis.
Pelakon itu membayar tiketnya dan menawarkan buah beri kepada seorang wanita dan menyalakan rokok.
LaBeouf yang memakai baju T dan dilaporkan mabuk semasa kejadian menghadapi dakwaan melakukan kekacauan dan mengganggu ketenteraman.
Dia dijangka muncul di sebuah mahkamah pada 24 Julai depan untuk menghadapi dakwaan itu.
LaBeouf, 28, enggan memberikan sebarang kenyataan kepada media selepas dia dibebaskan. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0629&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz35yLuFjff 
Hakcipta terpelihara 

Militan: Anggota Rela, TLDM ditahan


ANGGOTA polis menahan seorang daripada dua suspek militan dalam operasi di Sandakan, Sabah, kelmarin.
KUALA LUMPUR 28 Jun - Polis menahan dua lelaki terdiri daripada anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan militan baharu yang ditumpaskan baru-baru ini, dalam serbuan di Perak dan Sabah, pada Rabu lalu dan semalam.
Dalam serbuan pertama, anggota polis Bahagian Counter Terrorism, Cawang­an Khas, Bukit Aman telah menahan seorang anggota Rela berusia 46 tahun di Kuala Kangsar, Perak yang disyaki menghasilkan raifal buatan sendiri serta membekalkan peluru kepada anasir-anasir militan untuk menjalani latihan menembak di Gunung Arang Para, Kampung Nyior Ketior, Kuala Kangsar, pada Disember tahun lalu.
Turut dirampas dalam operasi itu adalah sepucuk raifal buatan sendiri dan 433 butir peluru.
Pada semalam pula, polis menahan anggota TLDM di Sandakan, Sabah kerana disyaki bertanggungjawab membantu kumpulan militan menyeludup masuk dari Selatan Filipina ke Sandakan pada 11 Jun lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, tangkapan terbaharu itu merupakan susulan kepada operasi khas ke atas anasir militan yang dilancarkan oleh Bahagian Counter Terrorism sejak 28 April lalu.
"Jumlah keseluruhan anasir militan yang ditangkap setakat ini adalah seramai 19 orang," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Pada 28 April lepas, sembilan individu dipercayai terlibat dengan kegi­atan militan ditahan Bahagian Counter Terrorism. Beberapa siri tangkapan lain dilakukan beberapa hari kemudian melibatkan seorang anggota TLDM bersama dua rakannya di Sandakan dan seorang penoreh getah Kuala Kangsar.
Khalid seterusnya berkata, berikutan kedua-dua serbuan itu, polis hari ini menyerbu sebuah rumah di Shah Alam yang dipercayai dijadikan lokasi selamat, tempat pertemuan serta transit oleh anasir militan asing yang mempunyai hubung­an dengan anasir militan tempatan.
Beliau berkata, kesemua yang ditangkap tersebut disyaki melakukan kesalahan berkaitan keganasan mengikut Akta 574 Kanun Keseksaan dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kes Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140629/je_05/Militan-Anggota-Rela-TLDM-ditahan#ixzz35yKYWEhS
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Penyepit makanan tertusuk ke mulut kanak-kanak


LI Kaiyi terpaksa menjalani pembedahan otak selepas sebatang penyepit tertusuk ke dalam mulutnya, sementara (gambar kecil) kanak-kanak itu kini telah dibenarkan pulang dan masih perlu menjalani rawatan susulan. - AGENSI
BEIJING 28 Jun - Seorang kanak-kanak lelaki China terpaksa menjalani pembedahan selepas sebatang penyepit makanan tajam tertusuk ke dalam mulutnya sehingga me-
nembusi ke bahagian otak apabila terjatuh ketika sedang bermain bersama kawan-kawannya.
Mail Online melaporkan, kejadian itu berlaku pada 15 Jun lalu di Yueyang, wilayah Hunan selepas kanak-kanak itu, Li Kaiyi, 18 bulan, makan malam di rumah rakan ibu bapanya.
Kaiyi yang ketika itu bersama ibu bapanya, memegang penyepit kayu tersebut ketika berlari sebelum terjatuh menyebabkan objek terbabit tertusuk ke dalam mulutnya.
Dia dikejarkan ke hospital untuk menjalani pembedahan membuang objek berkenaan.
Doktor bedah di, Liu Jinfang berkata, penyepit tersebut tertusuk sehingga menembusi tisu otak sedalam dua sentimeter, tetapi Kaiyi bernasib baik kerana saraf otaknya tidak cedera.
Kanak-kanak tersebut kemudiannya dibenarkan keluar dari hospital dan sedang menjalani proses pemulihan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140629/lu_02/Penyepit-makanan-tertusuk-ke-mulut-kanak-kanak#ixzz35yIfFIEV
© Utusan Melayu (M) Bhd 

PAF gembur kubu persembunyi di Mirali


BANNU, Pakistan 29 Jun - Tentera Udara Pakistan semalam, menggempurkan kubu kuat persembunyian kumpulan militan di barat laut sebagai sebahagian serangan besar-besaran, mengorbankan 18 anggota militan.
Pesawat Tentera Udara Pakistan (PAF) mengebom kubu persembunyian anggota militan di kawasan pedalaman di bandar Mirali lewat Jumaat, ketika menyasarkan kubu anggota militan yang terletak di luar Miranshah, di bandar utama North Waziristan yang mana separuh daripada penduduknya melarikan diri.
“Pesawat PAF meletupkan enam kubu persembunyian yang disahkan sebagai lokasi persembunyian pengganas, " kata tentera dalam satu kenyataan semalam. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140629/lu_05/PAF-gembur-kubu-persembunyi-di-Mirali#ixzz35yIGGI1d
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Ditembak selepas tonton piala dunia


  • Jaafar bercakap kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah ManjungJaafar bercakap kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung

MANJUNG - Seorang pengusaha kolam udang di sini cedera ditembak, dipercayai dilakukan sekumpulan lelaki ketika dalam perjalanan pulang selepas menonton perlawanan bola sepak piala dunia di Ayer Tawar, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Jaafar Baba berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pihak Hospital Seri Manjung kira-kira jam 3.20 pagi semalam mengatakan ada seorang lelaki yang cedera dirawat di hospital itu.

Menurutnya, polis segera ke hospital dan mendapatkan keterangan mangsa mengenai berhubung kejadian tersebut.

“Berdasarkan keterangan mangsa yang berusia 36 tahun, kejadian berlaku di Ayer Tawar selepas dia selesai menonton bola sepak piala dunia di kolam udang miliknya.

“Selepas itu mangsa menaiki kereta seorang diri untuk pulang ke rumah. Selepas 10 meter meninggalkan kolam udang, mangsa  terdengar bunyi yang kuat lalu memberhentikan kereta untuk melihat apa yang berlaku,” katanya ketika ditemui dalam sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata, mangsa melihat empat lelaki tidak dikenali menunggang motosikal dipercayai telah menembak ke arah kereta mangsa.

“Mangsa mendapati cermin kanan bahagian pemandu dan cermin belakang pecah akibat ditembak.

“Dalam keadaan ketakutan, mangsa memandu kenderaan sejauh 500 meter dari tempat kejadian untuk meminta pertolongan sebelum menyedari bahu kanannya cedera,” katanya.

Jaafar berkata, hasil siasatan polis juga turut menemui lima kesan tembakan di kereta dan beberapa biji peluru.

Katanya, motif kejadian tembakan itu sedang disiasat dan suspek masih lagi diburu.

“Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

 “Saya minta kepada mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini supaya tampil dan menghubungi kami dengan segera untuk membantu siasatan,” katanya.

Lembu ditembak pelali sebelum dicuri


  • Rosman (kiri) memegang jarum pelali yang digunakan pencuri untuk menembak lembu.Rosman (kiri) memegang jarum pelali yang digunakan pencuri untuk menembak lembu.

BESUT - Kejadian mencuri lembu dengan cara menembak menggunakan ubat pelali sebelum melarikan lembu berkenaan di sekitar Kampung Padang Buluh, dekat sini, kembali berulang selepas kejadian terakhir dilaporkan pada Mac lalu.

Dalam kejadian Selasa lalu, seekor lembu milik penduduk hilang dipercayai dicuri, bagaimanapun dua lagi tidak sempat dilarikan selepas pencuri terserempak dengan penduduk kampung.

Mangsa, Rosman Awang, 52, berkata, kejadian minggu lepas adalah kedua berlaku terhadap lembu peliharaannya pada tahun ini, selepas pertama kali berlaku pada akhir Mac lalu.

“Saya fikir pencuri yang sama kerana mereka menggunakan cara sama mencuri lembu yang dilepaskan di dalam ladang iaitu menembak dengan jarum yang mengandungi ubat pelali sebelum melarikan lembu tersebut.

“Salah seekor lembu betina milik seorang rakan yang dijaga saya bernilai kira-kira RM1,500 telah hilang. Manakala, dua ekor lembu betina milik saya yang tak sempat dilarikan ditemui dalam keadaan separuh sedar serta terdapat jarum berhampiran lembu,” katanya.

Rosman berkata, salah seekor lembu yang tidak sempat dilarikan itu bunting dan akibat ditembak pelali menyebabkan ia keguguran, manakala anak lembu yang dilahirkan mati.
Menurutnya, dia terpaksa memberi lembunya air kelapa sebagai penawar selain memberi ubat.

“Akibat kejadian berulang itu menyebabkan penternak lembu di sini melahirkan rasa bimbang terhadap keselamatan lembu peliharaan, dan berharap pihak berkenaan mengambil langkah mengatasi masalah ini,” katanya.

Maut terperosok bawah treler


  • Jenazah Hafizie diusung penduduk untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gual Kulim, Batu Karang.Jenazah Hafizie diusung penduduk untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gual Kulim, Batu Karang.

RANTAU PANJANG - Seorang mekanik maut dalam kemalangan selepas kereta yang dipandu terperosok ke bawah treler di Kelar Pasir Mas, jam 3 petang kelmarin.

Ketua Polis Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, mangsa, Mohd Hafizie Azmi, 25, memandu kereta Satria GTI dari To Uban ke Cabang Tiga Kelar bertembung dengan treler dari arah bertentangan.

“Kemalangan menyebabkan Hafizie mengalami kecederaan parah di kepala dan maut dua jam selepas dimasukkan ke Hospital Pasir Mas,” katanya.

Sementara itu, isteri mangsa, Nur Syazwani Mat Samsudin, 25, berkata, dia tidak menyangka perubahan sikap yang ditunjukkan arwah suami rupanya petanda dia akan pergi meninggalkan mereka buat selamanya.

Menurutnya, suaminya yang bekerja sebagai mekanik di Ampang, Selangor mengambil cuti selama seminggu untuk pulang ke kampung.

“Arwah sanggup berhijrah ke negeri itu semata-mata untuk bekerja bagi menyara dua anak kami berusia 13 bulan dan lima tahun.

“Dia baharu sahaja pulang. Namun, arwah ada berpesan, supaya jangan lupa ambil wang deposit rumah sewanya di Ampang kerana dia tidak akan ke sana lagi.

“Dia kata, jika dia pergi ke sana, dia mungkin tidak akan pulang semula ke sini sama ada raya Aidilfitri mahupun Aidiladha,” katanya ketika ditemui di rumah ibu mertuanya dekat Kampung Pusu 40, di sini, semalam.

Jenazah Hafizie dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gual Kulim, Batu Karang jam 11 pagi.

Sementara itu, Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, El-Taraff Mohd Zachrian berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.04 petang dan lapan anggota bergegas ke tempat kejadian dengan menaiki satu jentera.

“Setibanya di tempat kejadian, mangsa tersepit di tempat duduk pemandu berjaya dikeluarkan orang awam,” katanya.

Perompak larikan kereta


  • Malek menunjukkan jeriji besi dalam bilik tidur di bahagian belakang yang dipotong dan dibengkokkanMalek menunjukkan jeriji besi dalam bilik tidur di bahagian belakang yang dipotong dan dibengkokkan

KEMAMAN - Seorang pesara guru kerugian kira-kira RM100,000 apabila perompak yang memecah masuk rumahnya turut melarikan kereta Honda City miliknya yang diletakkan di hadapan rumah dalam kejadian di Kampung Mak Lagam, malam kelmarin.

Ketika kejadian, mangsa, Malek Deraman, 66, tiada di rumah dan hanya mengetahui kejadian itu apabila seorang buruh warga Bangladesh berusia 30 tahun yang melakukan kerja-kerja binaan di hadapan rumah menghubunginya kira-kira jam 10.30 malam.

Malek yang juga bapa kepada tiga anak berkata, semasa dihubungi, dia berada di rumah anak keduanya di Kuala Terengganu kerana baru pulang dari menemani anak sulungnya, Azlina, 34, berkursus selama seminggu di Pejabat Kastam Rantau Panjang, Kelantan.

“Buruh itu beritahu dia nampak seorang lelaki pandu kereta saya dan bawa keluar dari pintu pagar rumah setelah pecahkan mangga pintu pagar.

“Lepas tahu perkara itu, saya dengan dua anak, menantu dan cucu bergegas pulang ke Mak Lagam. Sebaik sampai di rumah kira-kira jam 2 pagi memang kereta sudah lesap dan lepas masuk ke dalam rumah saya dapati rumah berselerak,” katanya.

Pada masa sama, jiran bersebelahan rumah mangsa yang diberitahu mengenai kejadian itu oleh buruh terbabit bertindak menghubungi polis.

Dua televisyen turut hilang

Malek berkata, selepas diperiksa, didapati dua televisyen jenis LCD yang salah satunya adalah sumbangan banjir dan masing-masing diletakkan dalam bilik tidur serta dapur lesap.
“Pencuri masuk ke dalam rumah saya melalui tingkap bilik tidur belakang kerana jeriji besi di bilik tidur itu dipotong dan dibengkokkan.

“Lepas rembat TV, pencuri keluar menerusi pintu dapur kerana pintu dapur ternganga ketika kami pulang,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Kata Malek, ketika meninggalkan rumah minggu lalu dia tertinggal kunci pendua keretanya di dalam laci di dalam bilik tidurnya.

“Biasanya saya tak pernah tinggalkan kunci kereta di rumah ketika keluar, tapi semasa tinggalkan rumah minggu lalu, saya sangka saya dah ambil kunci tapi rupa-rupanya saya tertinggal,” katanya.

Mangsa yang juga bapa tunggal kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian itu kira-kira jam 10 pagi, semalam.

Sementara itu, buruh terbabit, Mohamad Munirun Zaman Akon berkata, dia terkejut selepas melihat lampu di dalam rumah mangsa terpasang kerana dia mengetahui mangsa tiada di rumah.

“Waktu itu saya keluar dari bilik sebab hubungi keluarga di Bangladesh. Lepas tengok lampu terpasang saya dekati rumah pakcik Malek dan saya nampak seorang lelaki berseluar pendek dan memakai singlet buka pintu pagar rumah dan bawa keluar kereta,” katanya.

Sebar gambar kereta dalam WhatsApp

Tindakan jiran tetangga menyebarkan maklumat mengenai kes pecah rumah dan gambar kereta yang dicuri dalam aplikasi WhatsApp Messenger membantu mangsa mengesan kenderaannya itu.

Malek berkata, kira-kira 11 pagi, dia mendapat maklumat keretanya berada di atas Jambatan Bukit Kuang dan dalam perjalanan menghala ke Kuala Terengganu dengan huruf B dan 8 pada nombor pendaftaran kereta dicabut.

“Selepas itu, kereta tersebut dikejar polis kerana melanggar lampu isyarat dekat stesen Tenaga Nasional Bhd (TNB) sebelum (kereta) hilang di bandar Ketengah Jaya. Beberapa jam kemudian, saya dapat maklumat daripada Rakan Cops kereta itu dilihat di Rusila Marang,”
katanya sambil memberitahu keretanya dibeli pada 2011.

Kata Malek, dia juga dimaklumkan terdapat sebuah Proton Iswara berwarna merah yang bernombor pendaftaran bermula dengan huruf D mengekori keretanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan memberitahu pihaknya sedang mengesan suspek.

Peronda lebuh raya maut


  • Keadaan kenderaan dinaiki mangsa dan lori tangki setelah terlibat kemalangan di KM415.1 LPT
II, petang semalam.Keadaan kenderaan dinaiki mangsa dan lori tangki setelah terlibat kemalangan di KM415.1 LPT II, petang semalam.

HULU TERENGGANU - Hasrat seorang peronda Lebuhraya Pantai Timur (LPT) II bergelar raja sehari pada 3 Syawal ini tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan setelah Toyata Hilux dipandunya dirempuh lori tangki di Kilometer 415.1 LPT II, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.50 petang itu, Razali Ishak, 44, dari Kampung Teluk Kemudi, Ajil, meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah di badan.

Difahamkan, sebelum kemalangan, Razali, yang mula bertugas sebagai peronda pertengahan tahun lalu bersama rakan setugasnya, Saifudin Mohamad, 35, berhenti di lorong kecemasan.

Waktu itu mereka dari arah menghala ke Kuala Terengganu menjalankan rondaan.

Bagaimanapun, secara tiba-tiba kenderaan mereka dirempuh sebuah lori tangki membawa muatan minyak sawit dipandu seorang lelaki yang dipercayai hilang kawalan.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Pegawai Bomba Kanan II Zuraidi Mohd Yusuf berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 4.16 petang sebelum lapan pegawai dan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

“Mangsa tersepit di tempat pemandu berjaya dikeluarkan kira-kira lima minit kemudian, manakala rakan mangsa dikeluarkan orang awam yang berada di tempat kejadian.

“Kemalangan bukan sahaja mengakibatkan lori tangki terbalik ke dalam longkang, tetapi pemandunya berusia 34 tahun turut tercampak di tepi jalan, manakala Toyata Hilux dinaiki mangsa pula berada berhampiran longkang iaitu kira-kira 20 meter dari lori,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya, manakala pemandu lori dan rakan mangsa dibawa ke hospital untuk rawatan.

Kebakaran: Kanak-kanak lelaki empat tahun rentung


28 Jun 2014


KOTA KINABALU - Seorang kanak-kanak lelaki empat tahun rentung dalam kebakaran di Kampung Melalap, Tenom yang terletak kira-kira 173km dari sini, hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Mohd Affendy K. Ramin berkata mayat Itham Nick Ivan, ditemui rentung di bilik tidurnya pada 7.40 pagi.

Beliau berkata pasukan bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Tenom tiba di tempat kejadian kira-kira 20 minit selepas menerima panggilan.

"Pasukan bomba dengan kekuatan 13 anggota menggunakan dua jentera dan satu utiliti berjaya memadam api sepenuhnya pada 8.45 pagi," katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tenom Runzi Thani berkata bomba menemui kanak-kanak berkenaan yang dipercayai tinggal bersama emak saudaranya, rentung di bilik tidur selepas anggota bomba selesai memadamkan kebakaran.|

"Rumah jenis kekal itu terbakar 80 peratus," katanya.

Punca kejadian dan jumlah kerugian belum dikenal pasti. - Bernama

Wanita OKU disahkan pesakit mental


  • Mangsa dibawa keluar setelah dipercayai dikurung sejak 10 tahun lalu.Mangsa dibawa keluar setelah dipercayai dikurung sejak 10 tahun lalu.

TUMPAT - Pengarah Hospital Tumpat, Dr Norlaili Sabariah Mohd Ghazali mengesahkan tiada kes penderaan ke atas wanita kurang upaya (OKU) yang ditemui dikurung selama 10 tahun di bawah rumah, semalam.                

Menurutnya, sebaik sahaja wanita tersebut dirujuk ke hospital ini pada jam 4.30 petang semalam, mangsa ditemui dalam keadaan stabil dan bersih.                                         

Tambah Norlaili, mangsa adalah pesakit mental dan tercicir rawatan sejak tiga tahun sejak lalu.

Semalam, wanita OKU itu ditemui dikurung di bawah rumah oleh ahli keluarganya di Pasir Pekan Hulu, di sini.

Wanita itu, dipercayai ditemui dalam keadaan tidak terurus dan berbau busuk dengan dipenuhi najis di persekitaran tempat kurungannya semasa serbuan polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pelajar, buruh Indonesia maut dalam kemalangan


28 Jun 2014


KEMAMAN - Dua penunggang motosikal maut selepas motosikal mereka bertembung dalam kejadian di KM302 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Seri Bandi di sini lewat petang semalam.

Dalam kejadian 6.05 petang itu, Muhamad Syafiq Shafie, 15, yang mengalami kecederaan parah di kepala serta paha dan buruh warga Indonesia Muhsan, 47, berasal dari Lombok yang mengalami kecederaan parah pada anggota badan, maut di tempat kejadian.

Kemalangan itu berlaku apabila motosikal yang ditunggang Muhamad Syafiq yang berasal dari Kampung Bukit Takal Kemaman, dipercayai melawan arus sebelum bertembung dengan motosikal jenis Honda EX5 yang ditunggangi warga asing terbabit.

Akibat pertembungan itu Muhamad Syafiq yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC melanggar besi pembahagi jalan.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Che Suza Che Hitam ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Katanya mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Kemaman untuk dibedah siasat. - Bernama

Kes wanita OKU dikurung dalam siasatan


  • wanita OKU dikurung

TUMPAT - Kes wanita kurang upaya (OKU) yang diselamatkan semalam selepas ditemui dikurung di bawah rumah di Pasir Pekan Hulu, di sini disiasat di bawah Seksyen 342 Kanun Keseksaan (Kurungan Salah).        

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superitendan Zaharudin Rasip berkata, abang mangsa sudah dipanggil untuk siasatan sebelum kes ini diserahkan kepada Peguam Negara.                                              

"Mangsa sekarang dirawat di Hospital Tumpat dan dalam tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat," katanya.

Kurung dia sahaja yang mampu kami lakukan'


  • Mangsa dibawa keluar setelah dipercayai dikurung sejak 10 tahun lalu.Mangsa dibawa keluar setelah dipercayai dikurung sejak 10 tahun lalu.

TUMPAT - Anggota keluarga wanita orang kurang upaya (OKU) yang ditemui dikurung di sebuah bilik kecil di bawah rumah di Tumpat semalam menyifatkan tindakan itu jalan terbaik yang mampu mereka lakukan.
Ismail Ibrahim, 57, abang tiri kepada wanita berusia 44 tahun itu, berkata beliau dan anggota keluarga yang lain berbuat demikian kerana bimbangkan keselamatan wanita tersebut.
"Saya nak lepaskan dia tidak boleh sebab dia perempuan dan dia tidak boleh bergaul dengan orang ramai sebab dia garang, rumah pun pernah dia bakar kerana dia agresif," dakwanya.
"Pernah sekali ketika di Pulau Pinang, dia buang mangkuk dari tingkat dua ke bawah. Tidak tahu hendak buat macam mana lagi, kami dah ikhtiar," kata Ismail kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Tumpat di sini hari ini.
Semalam, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan polis menemui Nasitah Yahya dikurung di dalam sebuah bilik berukuran 5.8 meter persegi dan setinggi lebih dua meter dan dipercayai berada dalam keadaan demikian sejak 10 tahun lalu selepas kematian ibu bapanya, di Kampung Pasir, Pekan Hulu di sini.
Ismail menjelaskan beliau tidak menyediakan bekalan air dan elektrik di bilik berkenaan kerana khuatir akan membahayakan mangsa.
"Dulu kita ada letak televisyen dan paip air tetapi dia pecahkannya.
"Saya hantar makanan tiap-tiap hari dan lampu kita sediakan dari luar dan akan menyala bermula 7 malam," katanya.
Ismail berkata dia dan anggota keluarga bersyukur pihak JKM mengambil perhatian perkara itu.
Sementara itu, Timbalan Pengarah JKM Kelantan Norazaman Abdul Manaf berkata pihaknya mendapati mangsa tidak didaftarkan sebagai OKU.
"Kita telah semak rekod kita dan Nasitah belum berdaftar sebagai OKU dan kita akan ambil tindakan segera. Untuk tindakan awal, kita luluskan bantuan segera RM300 dengan harapan dapat beli keperluan yang perlu," kata Norazaman.
Beliau berkata pihaknya masih menunggu laporan penuh daripada  hospital bagi menentukan tindakan yang akan diambil selanjutnya termasuk menempatkannya di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK).
Pengarah Hospital Tumpat Dr Norlaili Sabariah Mohd Ghazali berkata pemeriksaan awal mendapati mangsa pernah mengalami sakit mental.
"Mangsa dah stabil dan kita dapati sebelum ini dia telah didiagnos sebagai pesakit mental tetapi kita perlu pengesahan pakar.

"Bagaimanapun, dia tidak kronik dan masih boleh menerima rawatan," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed mahu masyarakat lebih aktif menyalurkan maklumat mengenai mereka yang kurang bernasib baik di kawasan masing-masing kepada pihak berkuasa untuk diberi pembelaan. - Bernama

Salah sangka: Polis Mexico tembak ejen AS


28 Jun 2014


Media di Amerika Syarikat melaporkan mengenai tembakan oleh polis Mexico. Media di Amerika Syarikat melaporkan mengenai tembakan oleh polis Mexico.
< 1 / 1 >
NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Sebuah helikopter polis Mexico dilaporkan menembak ejen penguatkuasa sempadan Amerika Syarikat (AS) kerana menyangka mereka adalah pengedar dadah, semalam.

Ekoran insiden itu, pihak berkuasa Mexico mengumumkan, ia adalah satu kesilapan, lapor CNN.

Bagaimanapun, dalam kejadian itu, tidak ada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku.

Helikopter berkenaan terbang melepasi sempadan Arizona dan berada kira-kira kurang 1 km dari sempadan Mexico-AS.

Ketika kejadian, polis Mexico sedang menjalankan operasi membanteras dadah.

Lelaki mengamuk, 11 cedera ditikam


28 Jun 2014


LA PAZ - Seramai 11 orang cedera termasuk sembilan kritikal selepas seorang lelaki bersenjatakan pisau mengamuk di Lapangan Terbang Antarabangsa di sini, menurut timbalan menteri dalam negeri, Jorge Perez kelmarin.

Perez memaklumkan insiden itu berlaku selepas petugas Bolivian Airlines menolak permintaan suspek yang mahu membeli tiket ke Chile.

"Lelaki berumur 40 tahun tersebut meluru ke arah orang ramai dan menikam sesiapa yang menghalang laluannya. Kami akan melakukan ujian psikiatri ke atasnya kerana suspek dipercayai mengalami masalah mental," kata jurucakap polis, menurut laporan AFP.

Padah guna pengecas USB murah


28 Jun 2014

SYDNEY - AUSTRALIA . Pihak berkuasa Australia, semalam mengeluarkan amaran mengenai penggunaan pengecas USB murah selepas seorang wanita maut akibat terkena renjatan elektrik di Gosford, April lalu.

Sheryl Anne Aldeguer, 28, ditemui mati dalam keadaan memakai fon kepala dan memangku komputer riba selain terdapat kesan melecur di bahagian dada serta telinganya.

Susulan daripada itu, jurucakap Jabatan Perdagangan New South Wales, Lynelle Collins memberi amaran kepada orang ramai agar tidak membeli pengecas USB dengan harga murah kerana ia biasanya tidak mematuhi piawaian keselamatan.

"Saya juga mahu menasihatkan pengguna supaya tidak menggunakan telefon bimbit atau peranti lain ketika sedang dicas bagi mengelakkan kejadian tidak diingini daripada berlaku," katanya, menurut laporan AFP.

16 maut saluran gas meletup di India


  • Letupan saluran paip gas di Andhra Pradesh tersebut turut merebak ke bandar Negaram.Letupan saluran paip gas di Andhra Pradesh tersebut turut merebak ke bandar Negaram.

NEW DELHI - INDIA . Sekurang-kurangnya 16 maut manakala lebih 10 lagi cedera dalam insiden letupan saluran paip gas di Andhra Pradesh di selatan India, awal pagi semalam.

Media NDTV melaporkan kebanyakan mangsa rentung berikutan api marak mencapai ketinggian sehingga 20 meter dan dipercayai turut merebak ke bandar Negaram kira-kira 550 kilometer dari Hyderabad.

Dalam satu kenyataan, pengendali Gas Authority of India Limited (GAIL) memaklumkan kebakaran yang tercetus di sebuah saluran paip berukuran 46 sentimeter itu berjaya dikawal selepas dua jam.

Sementara itu, jurucakap polis memberitahu punca kejadian masih disiasat dan pihaknya kini memberi tumpuan kepada operasi menyelamat, dipetik dari laporan dpa.