Search This Blog

Friday, June 27, 2014

Ibu remaja OKU terabai didakwa


BERNAMA | .
SEREMBAN: Ibu remaja orang kurang upaya (OKU) Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang dijumpai dalam keadaan terabai di Flat Taman Semarak, Nilai baru-baru ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan mengabaikan dan meninggalkan anak tanpa pengawasan.
  
Lolanopita Sadi, 40, yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh.
  
Kedua-dua kesalahan didakwa dilakukan di Flat Taman Semarak, Nilai, antara Januari lepas hingga 21 Jun lepas.
  
Bagi pertuduhan mengabaikan anaknya itu, wanita itu didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman  denda hingga RM20,000 atau penjara hingga 10 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
  
Pertuduhan meninggalkan anak tanpa pengawasan dibuat mengikut Seksyen 33(c) akta sama yang membawa hukuman denda hingga RM5,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya.

Hakim kemudian menetapkan tertuduh diikat jamin  RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Julai bagi sebutan semula kes.
  
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Terrirudin Mohd Salleh manakala tertuduh diwakili peguam Hanif Hassan.
    
Muhammad Firdaus dijumpai dalam keadaan menyayat hati serta kurus sehingga menampakkan benjolan tulang oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam sebuah
bilik di Flat Semarak, Taman Semarak Fasa 2 di Nilai, Sabtu lepas.
    
Remaja malang itu ditemui Pengarah Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman ketika operasi bersepadu di kawasan flat berkenaan selepas melakukan pemeriksaan di rumah itu.
    
Muhammad Firdaus kini ditempatkan di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) untuk rawatan pemulihan. - Bernama

Pemilik stesen minyak dirompak di Tawau


27 Jun 2014


TAWAU - Seorang pemilik stesen minyak dirompak sebanyak RM40,000 oleh tiga lelaki di Jalan Utara Baru di sini tengah malam tadi.
   
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Awang Besar Dullah berkata dalam kejadian kira-kira 12.10 tengah malam itu, kesemua suspek memakai topi besbol.
   
Wang itu merupakan hasil kutipan harian syarikat berkenaan.
   
"Mangsa baru keluar dari stesen minyaknya dan sedang menuju ke kereta  apabila didatangani sebuah kereta. Seorang suspek keluar dari kereta itu dan merampas bungkusan berisi wang daripada mangsa dan turut memukul kepala mangsa dengan spanar," katanya dalam satu kenyataan.
   
Beliau berkata pihak polis kemudiannya menemui sebuah kereta yang digunakan suspek yang terbabas berhampiran Kompleks Sukan Tawau, kira-kira 800 meter dari tempat kejadian.
   
Turut ditemui dalam kereta itu ialah dua bilah parang dan wang tunai RM45, katanya.
   
Suspek sedang diburu. - Bernama

10 tahun bawah rumah


Tumpat: Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) berusia 30-an yang dipercayai dikurung lebih 10 tahun di bawah rumah, diselamatkan anggota polis bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), di Kampung Pasir Pekan Hulu, di sini, petang tadi.
Serbuan ke rumah itu dilakukan kira-kira jam 3.30 petang selepas polis dan JKM mendapat maklumat daripada penduduk kampung terbabit. 
Wanita terbabit ditemui dalam keadaan kurus kering dan tidak terurus selepas dikurung dalam sebuah bilik konkrit di bawah rumah berkenaan. 

Ketua Polis Daerah Superintendan Zaharuddin Rasip berkata, keluarga mangsa akan dipanggil untuk diambil keterangan.
Foto
WANITA OKU dipercayai dikurung lebih 10 tahun di dalam bilik di bawah rumah. FOTO Syamsi Suhaimi

"Berdasarkan maklumat, ibu bapa OKU ini Sudah meninggal dunia dan dia dijaga abangnya. Ketika serbuan, tiada ahli keluarga berada di situ," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/27

ke alangan diPusat Bandar Damansara

Two evenings ago, June 24 6pm, my father barely escaped death at Pusat Bandar Damansara MRT's construction site. (near HELP Uni) A slab of metal fell from the site onto the main road and crushed the passenger side of the car. Luckily it did not fall on the driver’s side or he would have been killed instantly. If anyone else had been in the car with him, they would have died.
How many more incidents like this will happen before we allow this negligence to go unnoticed. We are thankful that the damages are on the car and not the person but how can they ensure that this won't happen again?
Someone must be accountable for this! Share this. I'm sure most of you use this road and just remember. This could be you.



Kemalangan jalanraya selekoh MRSM Langkawi

Kemalangan jalanraya selekoh MRSM Langkawi pada pukul 3.27 petang tadi melibatkan 2 buah kenderaan avanza dan viva.
3 mangsa tempatan & 3 mangsa pelancong dari Taiwan cedera. 10 angggota dari balai langkawi terlibat dlm kejadian ini.


Nyaris maut kereta dihempap besi di Jalan Lapangan Terbang Subang

KUALA LUMPUR - Seorang pemandu kereta lelaki dan penumpang wanita nyaris maut apabila beberapa batang besi di tapak pembinaan LRT di Jalan Lapangan Terbang Subang menghala ke Lebuhraya Persekutuan menghempap kereta yang dinaiki mereka, hari ini.
Dalam kejadian pukul sembilan pagi, besi itu terlepas dari mesin pengangkut semasa kerja mengangkat batang besi dijalankan dan terkena kenderaan mangsa jenis Honda Civic.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, siasatan awal mendapati beberapa besi daripada tiang 88 projek LRT terbabit terjatuh dan menimpa kenderaan mangsa.
"Selepas dihempap besi, sebuah lagi kenderaan iaitu van jenis Nissan Vanette dari arah belakang turut merempuh kereta yang dipandu mangsa, bagaimanapun pemandu van tidak cedera.
Kedua-dua mangsa yang cedera dihantar ke Sime Darby Medical Centre untuk mendapatkan rawatan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. - Bernama





Lola didakwa abai anak OKU

Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad

Seremban: Ibu remaja kurang upaya, Muhammad Firdaus Dullah, 15, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban, hari ini atas dua kesalahan iaitu sengaja mengabaikan anaknya itu sejak Januari lalu hingga minggu lalu dan membiarkannya tanpa pengawasan.
Lolanopita Sadi, 40, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bilik di rumah mereka di Blok 15-1-9 Flat Semarak, Nilai, dekat sini.
Bagi pertuduhan pertama, pekerja pembantu penyajian di sebuah syarikat katering di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu didakwa mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu dengan sengaja mengabaikan anaknya itu dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi di rumah mereka antara Januari lalu hingga jam 2.30 pagi, 21 Jun lalu.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda hingga RM20,000 atau penjara 10 tahun penjara atau kedua-duanya.
Foto
LOLANOPITA didakwa mengabaikan dan meninggalkan anaknya tanpa pengawasan. FOTO Hazreen Mohamad

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa membiarkan anaknya itu tanpa pengawasan yang berpatutan pada 21 Jun lalu, kira-kira jam 2.30 pagi.

Oleh itu, dia didakwa melakukan kesalahan Seksyen 33(c) Akta sama, sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM5,000 atau dipenjara sehingga dua tahun atau keduanya sekali.

Pendakwaaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Terrirudin Mohd Salleh manakala tertuduh diwakili Peguam Hanif Hassan.

Sehubungan itu, Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh, menetapkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin manakala sebutan kes pada 24 Julai depan.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/27

4 kes tipu khidmat umrah dikesan


Mohamed Nazri
KUALA LUMPUR 26 Jun - Sebanyak empat kes penipuan perkhidmatan menunaikan umrah telah direkodkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dari tahun 2011 hingga Jun tahun ini.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, sebanyak tiga kes tersebut melibatkan syarikat agensi pelancongan berlesen, manakala satu lagi kes daripada syarikat pelancongan tidak berlesen.
"Tiga syarikat berlesen yang dibatalkan itu ialah J&J Mesra Travel & Tours, Seven Seas Travel & Tours dan Yadh Travel & Tours, manakala syarikat tidak berlesen pula ialah Arlief Juara Kembara," katanya.
Beliau menjawab soalan Senator Datuk Megat Zulkarnain Omardin sama ada kerajaan mempunyai majlis khas bagi mengawal selia pengendalian umrah dalam sidang Dewan Negara hari ini.
Mohamed Nazri berkata, kementerian juga mengambil inisiatif menubuhkan Jawatankuasa Khas Pengendalian Pakej Umrah bagi mengawal selia pengendalian umrah di negara ini.
Beliau berkata, jawatankuasa itu akan bertindak sebagai jawatankuasa penyelaras mengenai isu-isu berhubung pengendalian umrah dan akan turut memperincikan keperluan mewujudkan lesen khas umrah serta penetapan harga minimum pakej umrah.
"Jawatankuasa ini akan melibatkan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Kementerian Luar, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA)," katanya.
Sementara itu, Mohamed Nazri berkata, sebanyak 58 syarikat agensi pengendalian umrah yang berdaftar dengan Kerajaan Arab Saudi sahaja yang boleh menawarkan pakej umrah di negara ini.
"Senarai syarikat-syarikat tersebut dipamerkan dalam laman web kementerian dan orang ramai perlu melihat senarai tersebut bagi mengelakkan daripada ditipu," jelasnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Parlimen/20140627/pa_02/4-kes-tipu-khidmat-umrah-dikesan#ixzz3AjIWLCDT
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Ugut mahu tikam ibu kandung


  • Mohd Faris mengaku salah mengugut mahu menikam ibu kandungnya menggunakan sebilah pisau di mahkamah majistret, di sini, semalam.Mohd Faris mengaku salah mengugut mahu menikam ibu kandungnya menggunakan sebilah pisau di mahkamah majistret, di sini, semalam.
KUALA TERENGGANU - Seorang pemuda tergamak mengugut hendak menikam ibunya menggunakan pisau kerana bengang permintaannya untuk mendapatkan RM150 tidak ditunaikan, Ahad lalu.

Namun, perbuatan Mohd Faris Sa’at @ Yusuf, 28, itu menerima pembalasan setimpal apabila dijatuhi hukuman penjara setahun oleh mahkamah majistret, di sini, semalam.

Majistret Abdul Hayyi Salim membuat keputusan itu selepas Mohd Faris mengaku salah dengan sengaja melakukan ugutan jenayah terhadap ibunya yang berusia 67 tahun, dengan mengacukan sebilah pisau di kediaman mereka di Mengabang Telipot, di sini, kira-kira jam 1 petang pada 22 Jun lalu.

Berdasarkan fakta kes, kira-kira jam 1 petang, Mohd Faris menghampiri mangsa yang sedang berehat bersama bapanya untuk meminta wang, sebelum mengugut mahu menikam mangsa jika tidak memberikan wang dimintanya dengan memegang sebilah pisau.

Melihat situasi tegang itu, bapanya memberi RM150 kerana takut dengan ugutan itu, selain bimbang anaknya cederakan mangsa.

Sindiket dadah: Rakyat Malaysia antara ditahan


26 Jun 2014

SINGAPURA - Biro Narkotik Pusat (CNB) menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah di Singapura berikutan tertangkapnya lima lelaki termasuk ketua sindiket dan merampas 2.1 kilogram heroin.
   
Heroin yang dirampas itu dianggarkan bernilai lebih S$220,000 (RM563,200) dan cukup untuk menampung kira-kira 1,000 penagih dadah di Singapura selama seminggu, kata CNB dalam satu kenyataan pada Khamis.
   
Dalam serbuan sebelum subuh pada Rabu, beberapa kumpulan pegawai CNB dikerah ke beberapa kawasan di Jurong West dan mengekori suspek yang
dipercayai ketua sindiket rakyat Singapura berumur 47 tahun, anggota sindiket dan seorang daripada pelanggan mereka, seorang pengedar dadah warga Singapura, 66 tahun.
   
Kesemua mereka dipercayai sedang menunggu penghantaran baharu dadah yang dibawa masuk ke Singapura menggunakan keldai dadah.
   
Pegawai CNB yang membuat intipan di sekitar Jurong West Avenue 1 ternampak suspek, dipercayai kurier dadah, lelaki warga Malaysia berumur 34 tahun, bertemu dengan suspek, dipercayai pengedar dadah warga Singapura.
 
Selepas suspek dan warga Malaysia itu berpecah, sepasukan pegawai CNB mengekori mereka lalu memberkas suspek rakyat Singapura terbabit di Bukit Batok East Avenue 3 dan merampas 670 gram heroin daripada lelaki itu.
   
Lelaki warga Malaysia yang sama itu kemudian dilihat bertemu dengan seorang daripada anggota sindiket, lelaki warga Singapura berumur 44 tahun dan apabila kedua-dua mereka berpecah, para pegawai CNB memberkas lelaki warga Malaysia dan merampas 955 gram heroin dan wang tunai berjumlah S$10,000 (RM25,000) yang dijumpai dalam kenderaannya.
   
Seorang lagi anggota sindiket warga Singapura berumur 32 tahun, dipercayai mahu bertemu dengan lelaki warga Malaysia, juga ditangkap dan wang tunai berjumlah S$7,200 (RM18,400) dirampas daripadanya.
   
Dalam operasi susulan, sekumpulan pegawai CNB melancarkan serbuan di sebuah unit perumahan milik ketua sindiket berumur 47 tahun itu.
   
Kesemua kelima lelaki disiasat kerana disyaki menjalankan kegiatan mengedar dadah. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dijatuhi hukuman mati. - Bernama

Pemandu terjunam jambatan meninggal dunia


KEMAMAN - Selepas dua hari bertarung nyawa setelah kereta yang dipandu terjunam 15 meter dari jambatan Bukit Kuang, di sini, pemandu kenderaan itu meninggal dunia hari ini.
  
Mangsa Nazlie Ali, 27, mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan pada 8.30 pagi ini.
  
Dalam insiden pukul 4.45 petang Selasa itu, mangsa yang berasal dari Marang memandu bersendirian dan dipercayai terbabas di KM149, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan sebelum melanggar besi penghadang jambatan Bukit Kuang.
  
Rempuhan kuat itu menyebabkan kereta mangsa menjunam sebelum terhempas ke tanah setinggi 15 meter yang menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke Hospital Kemaman.
Artikel berkaitan: Kereta terbang 20 meter
  
Ketua Polis Daerah Kemaman Che Suza Che Hitam ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan meminta pihak tidak bertanggungjawab menghentikan khabar angin yang mengatakan mangsa adalah suspek yang terbabit dalam kejadian jenayah.
  
"Polis telah membuat semakan dan mengesahkan mangsa bukanlah suspek yang dikehendaki sebagaimana khabar angin yang tersebar luas di media sosial.

Perbuatan ini amat dikesali kerana mendatangkan aib kepada mangsa dan keluarganya," kata beliau. - Bernama

Mengaku tidak bersalah hina Sultan Mizan


  • Nik Ahmad Ruknuddin mengaku tidak bersalah atas dakwaan menghina Sultan Mizan melalui Facebook miliknya, semalam.Nik Ahmad Ruknuddin mengaku tidak bersalah atas dakwaan menghina Sultan Mizan melalui Facebook miliknya, semalam.

KUALA TERENGGANU - Seorang pemuda mengaku tidak bersalah di mahkamah majistret di sini, semalam terhadap tuduhan melakukan penghinaan ke atas Sultan Mizan Zainal Abidin melalui Facebook miliknya, tiga tahun lalu.

Nik Ahmad Ruknuddin Rabani Nik Arif, 27, dari Kubang Kerian, Kota Bharu didakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Zafirah Rosli.

Tertuduh didakwa melakukan penghinaan ke atas Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (ketika itu) dengan cara mengubah wajah Sultan Mizan.
Selain itu, tertuduh didakwa menggunakan gambar ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai gambar profil di dalam akaun Facebooknya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 13 Jun 2011, kira-kira jam 9 malam di Taman Shah Bandar, di sini.

Tertuduh berdepan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Majistret Abdul Hayyi Salim membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan pada 10 Julai depan untuk lantikan peguam.

Sebelum ini perbuatan seorang suspek dipercayai terbongkar apabila beberapa Ahli Jawatankuasa (AJK) Terengganu FC yang ketika itu sedang berada di Taman Shah Bandar, pada 13 Jun 2011, telah menerima satu komen dari Rakyat Kelantan melalui telefon pintar mengenai gambar Yang di-Pertuan Agong yang telah diedit.

Cubaan culik depan sekolah


  • Surat peringatan kepada ibu bapa yang tersebar di laman sosial.Surat peringatan kepada ibu bapa yang tersebar di laman sosial.

KEMAMAN – Seorang murid tahun enam di sebuah sekolah daerah ini mengalami detik menakutkan apabila cuba diculik dua lelaki tidak dikenali, yang menaiki sebuah kereta Perodua Kancil berwarna putih ketika pulang dari kelas tambahan pada 28 Mei lalu.

Ketika kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa yang baru keluar dari pagar Sekolah Kebangsaan Pusat, Kemaman, terkejut apabila dua lelaki mencurigakan itu memanggilnya datang ke arah mereka.

Menurut sumber, sebaik melihat murid itu keluar dari pintu pagar sekolah, dua lelaki itu yang pada awalnya berada dalam Perodua Kancil putih yang diletakkan berhadapan sekolah dan tidak jauh dari pintu pagar, membuka pintu kenderaan itu sebelum memanggil mangsa.

Takut dengan gerak-geri mencurigakan kedua-dua lelaki itu, murid terbabit yang pulang berjalan kaki ke rumah yang terletak di taman perumahan bersebelahan sekolah, berpatah balik dengan berlari masuk semula ke dalam kawasan sekolah.

Kelas tambahan dihadiri murid itu adalah kelas pada hari kedua kerana pihak sekolah mengadakan kelas tambahan cuti terancang selama tiga hari, bermula sehari sebelum kejadian.

Susulan kejadian itu, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu mengedarkan surat kepada ibu bapa dan penjaga semua murid bertarikh 22 Jun lalu, berhubung pemantauan keselamatan anak atau jagaan masing-masing.

Dalam surat itu, PIBG mengingatkan ibu bapa atau penjaga agar menepati masa dalam menghantar dan mengambil anak-anak atau murid jagaan masing-masing bagi memastikan keselamatan semua murid terjamin.

PIBG juga mengharapkan keprihatinan dan kerjasama ibu bapa atau penjaga demi keselamatan murid-murid sekolah itu.

Surat ditandatangani Yang Dipertua (YDP) PIBG sekolah itu, Shah Haru Sidek tersebar di laman sosial termasuk dalam aplikasi WhatsApp sejak beberapa hari lalu.

Namun ketika ditemui Sinar Harian semalam, beliau enggan mengulas berhubung perkara berkenaan.

Mangsa 'kereta terbang' maut


  • Laporan akhbar kelmarin.Laporan akhbar kelmarin.
KEMAMAN – Selepas tiga hari koma, mangsa kemalangan yang jatuh dari Jambatan Bukit Kuang berketinggian 15 meter, meninggal dunia pagi semalam ketika dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, Pahang.

Mangsa, Nazlie Ali, 27, yang beralamat di Kampung Padang, Merchang, Marang disahkan menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 8.30 pagi akibat pendarahan otak.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, mayat mangsa dituntut keluarga kira-kira jam 2.15 petang dan dimandikan di Surau Air Putih di Kuantan, sebelum dibawa pulang untuk disemadikan di kampung halaman Allahyarham.

Dalam nahas tragik Selasa lalu, Nazlie cedera parah dan tidak sedarkan diri sebaik kereta Proton Satria Neo yang dipandu sendirian, terbang sejauh 20 meter dari jambatan paling tinggi di Pantai Timur itu dalam kejadian kira-kira jam 4.45 petang.

Sebelum nahas, mangsa yang dalam perjalanan dari rumahnya di Marang ke Chukai, dikatakan bergesel dengan sebuah lori di lorong kiri ketika melalui selekoh atas jambatan itu, hingga menyebabkan kenderaannya hilang kawalan lalu melanggar besi pengadang dan meluncur sejauh 20 meter ke bawah jambatan.

Mangsa yang tercampak keluar daripada keretanya yang remuk, dikejarkan segera ke Unit Kecemasan Hospital Kemaman sebelum dipindahkan ke HTAA beberapa jam kemudian.

Beberapa orang yang berada di lokasi kejadian yang menggemparkan pengguna jambatan itu, turut menyebarkan gambar kemalangan tersebut ke laman sosial, sebelum tersebarnya poster kononnya mangsa adalah seorang daripada tiga suspek kes samun bersenjata dan rogol, serta sangat dikehendaki polis.

Bagaimanapun, Che Suza berkata, spekulasi itu tidak benar kerana hasil semakan dibuat pihaknya mendapati, nama mangsa tiada dalam senarai orang dikehendaki.

“Jadi, saya nasihati orang ramai agar tidak mudah membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat di laman sosial tanpa mendapat pengesahan daripada pihak berkaitan.

"Langkah itu bagi mengelakkan tersebarnya fitnah yang boleh memberi kesan kepada pihak yang didakwa,” katanya.

Tiga rumah hangus sekelip mata


  • Hanif melihat buku sekolahnya yang terbakar.Hanif melihat buku sekolahnya yang terbakar.

SIMPANG RENGGAM - Tiga keluarga di Blok 3, Kampung Sahari, di sini, hilang tempat berteduh apabila rumah sewa yang mereka diami terbakar, malam kelmarin.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 11 malam itu, menyebabkan lebih kurang 13 mangsa di tiga rumah di blok berkenaan tidak sempat menyelamatkan dokumen dan barang keperluan berikutan api marak  dengan cepat.

Menurut mangsa, Hanif Azmi, 16, kejadian berlaku pantas sehingga dia tidak sempat menyelamatkan kad pengenalan dan buku pelajarannya.

Jelasnya, sewaktu kejadian, dia sedang tidur di dalam bilik berdekatan dapur rumahnya.

“Saya tersedar apabila terasa kaki sangat panas dan mendapati kebakaran bermula di bahagian dapur sebelum merebak ke seluruh rumah saya dan jiran lain.

“Saya terus ke ruang tamu untuk mengejutkan mak yang sedang tidur dan hanya sempat mencapai telefon bimbit serta mengalihkan kereta dan motor,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sementara itu, Mohd Hafiz Misbah, 31, berkata, kejadian berlaku selepas dia pulang daripada menonton bola sepak di luar.

Menurutnya, apabila tiba di rumah, dia melihat dapur rumah jirannya sudah terbakar lalu terus berlari masuk ke rumah untuk mengejutkan isteri dan anak.

“Barang yang cuba diselamatkan antaranya mesin basuh turut terbakar kerana tidak menyangka kayu bumbung akan jatuh dan menghempap barangan tersebut.
“Kami ingat barang itu sempat diselamatkan, tetapi akhirnya terbakar juga. Kami sekeluarga reda dengan apa yang berlaku dan sekarang ini kami menumpang di rumah ahli keluarga terdekat sementara menanti untuk mendapatkan rumah sewa  baharu,” katanya.

Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Liang Teck Meng dan Adun Layang-Layang, Abd Mutalip Abdul Rahim, turut melahirkan rasa simpati kepada mangsa terlibat.

Kedah rampas tanah ditanam ketum


2014/06/27 - 03:10:15

Alor Setar: Kerajaan Kedah akan merampas tanah milik penduduk yang didapati disalahgunakan bagi tujuan penanaman pokok ketum berskala besar, berkuat kuasa serta merta.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata tindakan itu akan diambil mengikut Kanun Tanah Negara kerana kerajaan negeri mendapati perlu ada usaha mengekang penularan gejala penagihan daun ketum di negeri ini.

"Kita akan menguatkuasakan tindakan ini dengan segera. Kita beri amaran kepada mana-mana pihak yang menyalahgunakan permit diberi, contohnya jika permit tanaman padi tapi pemiliknya mengusahakan pokok ketum, kita akan rampas.

"Ini kerana ada seksyen tertentu membenarkan kerajaan negeri merampas tanah berikutan melanggar syarat tertentu khususnya bagi penanaman ketum ini termasuk tanah milikan persendirian," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat kerajaan negeri, di sini semalam.

Mukhriz berkata, tindakan tegas terpaksa diambil berikutan penyalahgunaan daun ketum itu yang kebiasaannya dibuat minuman dan dicampur dengan bahan lain, menjadi semakin serius di negeri ini.

Katanya, Pejabat Tanah dan Galian bekerjasama dengan polis bagi mendapatkan maklumat serta mengenal pasti pihak tidak bertanggungjawab yang sewenang-wenangnya menanam pokok ketum pada skala besar bagi meraih keuntungan secara mudah.

"Saya mempengerusikan mesyuarat anti dadah Kebangsaan semalam (kelmarin) dan mendapat tahu masalah ini semakin berleluasa di Kedah dan tindakan harus diambil sebelum terlambat.
"Kita akan sasarkan kawasan yang wujudnya perladangan ketum sebagai fokus bagi tindakan rampasan ini termasuk adanya lokasi bagi kerja pemprosesan daun ketum," katanya.

Budak dilarikan nekad lompat dari motosikal


2014/06/27 - 03:13:17
Gombak: “Sebelum terjadi perkara yang lebih buruk, saya nekad melompat melarikan diri ketika dia memperlahankan motosikal,” dakwa murid Tahun Enam yang berjaya melepaskan diri daripada diculik, di Taman Melewar, di sini petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, beliau yang sedang berjalan kaki dari surau ke padang bola di taman perumahannya, tiba-tiba didatangi seorang lelaki dari belakang yang kemudian menariknya menaiki motosikal sebelum memecut ke arah Kampung Padang Balang.

Mangsa cuba lawan

Menceritakan semula detik mencemaskan itu, beliau berkata, walaupun takut, dia cuba melawan, tetapi suspek terus merentap tangannya berulang kali dan memaksanya menaiki motosikal.

Ibu remaja OKU didakwa atas dua tuduhan


2014/06/27 - 10:45:16
SEREMBAN: Lolanopita Sadi, 40, ibu remaja kurang upaya, Muhammad Firdaus Dullah, didakwa atas dua pertuduhan mengabaikan dan meninggalkan anak tanpa pengawasan di Mahkamah Sesyen di sini, pagi ini.

Tertuduh menghadapi dua pertuduhan mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibaca.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa mengabaikan anaknya, iaitu kesalahanmengikut Seksyen 33(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.


Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum denda hingga RM20,000 atau penjara hingga 10 tahun atau kedua-duanya.

Tertuduh turut didakwa mengikut Seksyen 33(c) akta yang sama, iaitu meninggalkan anaknya tanpa pengawasan yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum denda hingga RM5,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya.

Kedua-dua kesalahan didakwa dilakukan di Taman Semarak, Nilai, antara antara Januari lalu hingga 21Jun lalu.
Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh kemudian menetapkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM7,000 dan seorang penjamin. Beliau kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 24 Julai ini.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwaraya, Ahmad Terrirudin Mohd Salleh, manakala Hanif Hassan mewakili tertuduh.

Firdaus ditemui dalam keadaan menyedihkan ketika operasi Jabatan Imigresen Sabtu lalu, dengan keadaan tubuhnya kurus kering, manakala keadaan bilik didiaminya sangat kotor, termasuk terdapat najis yang telah kering.

Dia kini ditempatkan di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) untuk rawatan pemulihan.

Anak perempuan mangsa feri karam bunuh diri


Seoul: Anak perempuan seorang kru Sewol feri penumpang yang karam bersama beratus-ratus pelajar sekolah April lalu dilapor membunuh diri semalam.

Seorang pegawai polis di Busan berkata, wanita terbabit dikenali sebagai pelajar yang rajin dan sudah mengulangkaji pelajaran sejak beberapa tahun lalu untuk menduduki peperiksaan dijalankan kerajaan.


Dalam nota terakhir ditinggalkannya, wanita itu berkata, menjadi penjawat awam adalah impian terakhirnya.



“Tapi saya tidak fikir itu takdir saya. “Terima kasih atas sokongan yang diberikan selama ini dan maafkan saya,” katanya dalam nota kepada suaminya itu.


Feri Sewol yang membawa 476 penumpang dan kru karam ketika dalam perjalanan dari Incheon ke Pulau Jeju pada 16 April lalu. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/27

Dihalau kerana bau asap rokok


Berlin: Sebuah mahkamah memerintahkan seorang warga emas keluar dari tempat tinggal yang didiami sekurang-kurang sejak 40 tahun lalu selepas jiran mengadu tidak tahan dengan bau asap rokoknya.

Friedhelm Adolfs, 75, diberi masa sehingga hujung tahun ini untuk mengosongkan apartmen di bandar Duesseldorf selepas rayuan terhadap keputusan mahkamah sebelum ini gagal.


Menurut mahkamah daerah, merokok bukan punca seseorang penghuni diusir daripada menetap di situ.



Namun, disebabkan pesara itu membiarkan asap rokok meresap hingga ke ruang depan apartmen itu, ia menimbulkan ketidakselesaan penghuni lain.


Difahamkan, warga emas berkenaan gagal menghilangkan bau asap rokok dan membersihkan bekas abu rokoknya.


Menurut sumber, Adolfs juga pernah diberi amaran beberapa kali pada 2012, namun gagal untuk mengubah sikapnya.

“Walaupun gagal dalam rayuan sebelum ini, pesara itu dibenarkan untuk membawa kes ini ke mahkamah persekutuan,” katanya ketika ditemui.


Kes itu mendapat liputan meluas di Jerman, menjadikan Adolfs perokok tegar kedua selepas Helmut Schmidt, 95, bekas Canselor yang terkenal kerana tabiat tidak lekang daripada rokok walaupun ketika temu bual di televisyen.

Sementara itu, 16 negeri di Jerman mengharamkan pengunjung menyalakan rokok di bar dan restoran sejak Julai 2008. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/27

CEO bank Albania ditembak


Tirana, Albania: Seorang ketua dan pengasas bersama satu daripada bank persendirian terbesar di Albania ditembak mati semalam.

Menurut jurucakap kejadian berlaku ketika Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Banka Credins, Artan Santo berjalan memasuki pejabatnya.


Seorang saksi memberitahu media, dia melihat dua individu menaiki motosikal berhenti berbual dengan Santo.



Sejurus kemudian seorang daripada mereka melepaskan enam das tembakan.


Polis berkata satu daripada tembakan itu disasar ke kepala Santo.


Santo, 58, memegang jawatan CEO dan pengarah bank itu sejak 11 tahun lalu.

Polis masih menyiasat motif pembunuhan itu. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/27

Mengadu diperkosa selepas setahun


Meerut, India: Seorang wanita memfailkan aduan kepada polis Selasa lalu selepas lapan remaja yang merogolnya tahun lalu dan menyebarkan video terkutuk itu di media sosial.

Menurut mangsa yang berusia 20 tahun itu, selama ini dia tidak berani mendedahkan maklumat kepada polis kerana takut suspek akan memuat naik video itu di Internet dan merosakkan reputasinya.


Jurucakap polis berkata, selepas mangsa mengetahui rakaman itu tersebar di Facebook mangsa terus membuat laporan polis. “Empat daripada lapan suspek ditahan Selasa lalu sementara pencarian besar-besaran dijalankan untuk menangkap yang lain,” katanya kepada media semalam.

Kata jurucakap itu mangsa mendakwa keluar makan tengah hari bersama seorang daripada suspek pada Ogos tahun lalu di Basadha.


Tidak lama kemudian, empat lelaki lain tiba dan mereka membawanya ke tempat terpencil sebelum tiga lagi lelaki muncul. “Kejadian rogol berlaku di situ dan rakaman video diambil.


“Suspek diancam supaya merahsiakan kejadian itu jika tidak mahu aksi berkenaan disebarkan kepada pihak lain,” kata jurucakap polis.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/27

Jengah sindiket


Pelabuhan Klang: Tindakan sindiket penyeludupan diesel subsidi berselindung di sebalik stor kitar semula gagal mengaburi mata pihak berkuasa apabila diserbu penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), semalam.
Dalam serbuan sempena Ops Titik di kawasan Perindustrian Bagan Hailam jam 3 pagi semalam itu, sebanyak 56,000 liter diesel bernilai lebih RM500,000 dirampas manakala tujuh lelaki termasuk seorang warga tempatan ditahan. 
Pengarah Penguat Kuasa KPDNKK Mohd Roslan Mahayudin berkata, serbuan dijalankan KPDNKK Putrajaya dan Selangor dengan dibantu Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) selepas mendapat maklumat mengenai kegiatan itu daripada orang awam. 

“Bertindak daripada maklumat terbabit, kita telah menjalankan risikan selama tiga hari sebelum membuat serbuan awal pagi tadi (semalam) dengan kekuatan 18 anggota diketuai Penolong Pengarah Penguatkuasa Megat Zulkifli Megat Abdul Halim.
Foto
BOT tunda ditahan ketika penyeludup sibuk pam diesel.

“Ketika serbuan, semua suspek sedang sibuk memindahkan diesel ke bot tunda yang berlabuh di bahagian belakang pusat kitar semula berkenaan untuk dibawa ke satu destinasi yang masih belum dikenal pasti,” katanya.

Mohd Roslan berkata, sindiket terbabit dipercayai menggunakan lori dan juga van yang telah diubah suai untuk membeli diesel subsidi di stesen minyak sekitar Lembah Klang sebelum dikumpulkan di pusat kitar semula itu. 

Katanya, selain merampas diesel, pihaknya turut merampas empat tangki, 30 tong fiber dan tong besi yang digunakan sindiket berkenaan. 

“Sehingga semalam (kelmarin), KPDNKK telah merekodkan sebanyak 194 kes diseluruh negara dengan nilai rampasan sebanyak RM10.6 juta manakala di Selangor sahaja merekodkan 18 kes dengan nilai rampasan RM1.4 juta,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/27

Jumlah sebenar lebih ramai


Oleh Fuad Hadinata Yaacob

Petaling Jaya: Polis kini sedang menjejaki lebih ramai anggota militan susulan penahanan enam individu termasuk seorang wanita disyaki pengganas dalam operasi khas di sekitar daerah Kunak, Sabah kelmarin.

Senarai mereka disyaki itu lebih ramai daripada diumumkan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya kini bekerjasama dengan pihak berkuasa Filipina untuk menjejaki mereka.

Beliau berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan ada tokoh tertentu di Selatan Filipina berusaha mengaktifkan kembali kumpulan pengganas Sulu termasuk cuba meraih sokongan penduduk tempatan.

Katanya, kerjasama dengan pihak berkuasa Filipina itu juga untuk memastikan tiada kebangkitan semula kumpulan pengganas terbabit.

“Penahanan ini bukan langkah jangka pendek dan pemantauan berterusan dilakukan bagi memastikan tiada kebangkitan semula.

“Jika pembendungan ini tidak dilakukan mereka akan menggunakan pendekatan tertentu termasuk menculik mangsa untuk membiayai aktiviti kumpulan mereka dan ia memberi kesan tidak baik kepada negara,” katanya mengulas mengenai penahanan enam individu berkenaan kelmarin.

Beliau sebelum itu ditemui selepas Majlis Pelancaran I-Kad untuk pelajar antarabangsa yang dilakukan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, di sini, semalam.

Kelmarin, polis Cawangan Khas Bukit Aman dan pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) menahan Abu Bakar Jayari@Alex, 60; anak Abu Bakar, Ilyasa Abu Bakar@Maharaja Omar; Kassim Ibrahim (disyaki pendatang tanpa izin) bersama isterinya, Sitti Nukah Abdul Lama, 56; Industan@Md Bustan Lumatang@Hindustan, 55, serta Koperal Zainuddin Mislani.

Mereka yang terdiri daripada lima warga tempatan dan seorang dipercayai dari Filipina itu ditahan selepas didapati mempunyai kaitan dengan Kesultanan Sulu yang membuat tuntutan terhadap Sabah.

Antara dokumen dirampas daripada mereka, sijil pelantikan ‘panglima’ kesultanan Sulu, kad keanggotaan kumpulan pengganas, beberapa dokumen berkaitan kesultanan Sulu serta senjata tajam.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/27

Stor tilam UIAM berapi


Petaling Jaya: “Saya sangka latihan kebakaran sebaik terdengar bunyi loceng amaran. Namun kami terkejut apabila asap mula memenuhi bilik asrama,” kata penuntut kejuruteraan, Zairi Ali, 19, yang terselamat selepas bangunan asrama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Seksyen 17 di sini, terbakar petang semalam.
Dalam kejadian jam 3 petang itu, dia dan 10 rakan lain yang berada di tingkat tiga bangunan lima tingkat itu bergegas melarikan selepas menyedari kebakaran berlaku di tingkat bawah asrama didiami.
“Saya sempat lihat api mula merebak dan membakar tingkat satu bangunan asrama. Kebakaran berlaku di ruang stor yang dipenuhi tilam dan perabot lama.

“Mujur kami sempat melarikan diri dan tidak terperangkap dalam kebakaran mengejut itu,” katanya ketika ditemui wartawan.
Foto
TINGKAT satu bangunan asrama UIAM di Petaling Jaya yang terbakar, semalam.
Foto
KEADAAN stor yang menempatkan tilam dan perabot lama.

Menurutnya, 20 rakan lain yang menghuni asrama itu turut terselamat dalam kejadian kebakaran itu.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.02 petang dan jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara dan Seksyen 7 tiba di lokasi kejadian sembilan minit kemudian.

Menurutnya, kebakaran berlaku di tingkat satu bangunan lima tingkat apabila tilam yang berada di ruang berkenaan terbakar.

“Api berjaya dipadamkan pada jam 3.46 petang. Tiada mangsa tercedera dalam kejadian itu.

“Punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/27

Miang tak sedar diri


Slim River : Seorang murid perempuan berusia sembilan tahun menempuh detik cemas apabila diculik di sebuah stesen bas sebelum dicabul di kawasan kubur Cina Jalan Slim Lama, di sini, oleh seorang lelaki dalam kejadian petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu mangsa yang berada seorang diri berhampiran stesen bas itu didekati suspek berusia 57 tahun lalu berpura-pura bertanya kepada mangsa sama ada mahu membeli buku, sebelum mengajak kanak-kanak itu menaiki keretanya.
Suspek kemudian memberhentikan kenderaannya berhampiran kawasan kubur berkenaan lalu cuba pegang dan cium mangsa sebelum meninggalkannya.

Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Superintendan Othman Nayan berkata, mangsa dijumpai oleh orang awam yang melalui jalan berkenaan.
Foto
KENDERAAN dipercayai milik suspek yang ditahan polis.

Menurutnya, mangsa ditemui dalam keadaan ketakutan dibawa oleh orang awam ke Balai Polis Slim River untuk tindakan lanjut.

"Bapa mangsa yang dimaklumkan mengenai kejadian oleh seorang lagi anak perempuannya yang melihat mangsa menaiki kereta suspek bertindak melaporkan kejadian di Balai Polis Slim River.

"Berikutan kejadian, suspek yang disyaki memandu sebuah kereta Proton Wira Aeroback terbabit berjaya dikesan dan ditahan dalam satu sekatan polis kira-kira jam 3 petang," katanya.

Menurutnya suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 363 dan 354 Kanun Keseksaan iaitu menculik dan mencabul.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/26

Tidur masuk longkang


Butterworth: “Sebelum itu, semua penumpang sedang lena dan hanya terjaga selepas kejadian mengejutkan ini. Malah, saya yang duduk di belakang turut tercampak beberapa meter ke hadapan, namun bersyukur kerana tidak cedera parah,” kata ketua jurulatih acara lompatan bagi skuad olahraga negara, Mohd Mansahar Abdul Jalil, 54, semalam.
Beliau antara tujuh penumpang yang melalui detik cemas apabila bas ekspres dinaiki hilang kawalan sebelum masuk ke dalam longkang sedalam empat meter dalam kejadian di Jalan Baru Perai, di sini, jam 6 pagi semalam. 
Menurutnya, ketika kejadian dia dalam perjalanan ke Perlis untuk menghadiri kejohanan olahraga dan menaiki bas berkenaan di Simpang Pulai, Perak, jam 3.15 pagi. 

“Saya yang duduk di kerusi di belakang tiba-tiba terjaga selepas merasakan bas berkenaan bergoyang seperti tidak stabil, diikuti dentuman kuat selepas terjunam ke dalam longkang.
Foto
ORANG ramai mengerumuni bas yang terhumban masuk ke dalam longkang sewaktu dalam perjalanan dari Melaka menuju Perlis, semalam.
Foto
MOHD Mansahar keluar dari bas ekspress yang dinaikinya yang terbabas ke dalam longkang.

“Lutut sakit dipercayai akibat terhentak ketika tercampak ke depan dan kami bernasib baik kerana orang awam membantu penumpang keluar dari bas, manakala kenderaan itu tersekat di dalam longkang,” katanya.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/27

Orang gaji bakar rumah cuba bunuh anak majikan


NURMI MUHAMAD


KUALA LUMPUR – Tindakan pantas seorang lelaki dapat menyelamatkan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun daripada mati rentung dalam cubaan membunuhnya oleh pembantu rumah di Jalan Safa 3, Desa Park City, Kepong dekat sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, lelaki berusia dalam lingkungan 40-an itu menyedari api sedang marak di bahagian atas rumah dua tingkat berkenaan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0627&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz35nO9Fm9A 
Hakcipta terpelihara 

3 juta alami gangguan air


KIRI: Priscilla, Omar


KUALA LUMPUR – Kira-kira tiga juta penduduk di Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air ekoran bekalan elektrik terputus dan tiga Loji Rawatan Air (LRA) di Selangor gagal menampung permintaan sejak kelmarin.
Gangguan bekalan air itu melibatkan lima kawasan iaitu di Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam dan Hulu Langat dan ia berlarutan sehingga semalam.
Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Priscilla Alfred berkata, loji yang terlibat dengan gangguan bekalan elektrik ialah LRA Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) di Bukit Badong, Kuala Selangor.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0627&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz35nNyd7Hc 
Hakcipta terpelihara 

Rakan sorok wang dalam stoking


SHAH ALAM - Sejumlah RM21,800 yang merupakan sebahagian wang rompakan AmBank cawangan USJ dekat sini ditemui semula di pondok pengawal sebuah kilang di mana rakan tertuduh, La Ode Ardi Rasila bekerja sehari selepas rompakan dan pembunuhan pegawai bank tersebut berlaku.
Saksi pendakwaan ke-12, Inspektor Mohd. Hairul Isa memberitahu Mahkamah Tinggi di sini semalam, wang berkenaan ditemui pada 24 Oktober 2013 selepas disorokkan oleh rakan tertuduh yang dikenali sebagai Lapolo Lariala, 29, di tempat kerjanya di Cosway Sdn. Bhd., USJ.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0627&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz35nNlQHNC 
Hakcipta terpelihara 

Polis tumpas sindiket judi



MAZLAN (dua dari kiri) memerhati antara peralatan digunakan untuk tujuan perjudian yang dirampas polis pada sidang akhbar di Bukit Aman, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Polis berjaya menumpaskan sindiket perjudian perlawanan bola sepak Piala Dunia 2014 yang membuat pertaruhan sehingga RM7.5 juta sehari dengan tertangkapnya empat ahli sindiket berkenaan di sini semalam.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mazlan Mansor berkata, serbuan pukul 4.30 petang di sebuah premis di Kompleks Metro Pudu, Cheras di sini itu dilakukan hasil maklumat dan risikan pihaknya selama empat minggu menerusi Ops Soga V.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0627&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz35nNeerLt 
Hakcipta terpelihara 

Budak 9 tahun mangsa cabul



PENGANGGUR yang disyaki mencabul seorang pelajar darjah tiga diberkas di Taman Desa Impian, Sungkai kelmarin.


SLIM RIVER – Bagi memuaskan nafsunya, seorang lelaki tergamak meninggalkan isteri dan anak lelakinya di bandar ini selama setengah jam sebelum dia melarikan seorang pelajar perempuan darjah tiga untuk dicabul.
Dalam kejadian pukul 1.30 tengah hari kelmarin, suspek mendekati mangsa di sebuah stesen bas di sini dengan mengumpannya menaiki kereta Proton Wira Aeroback selepas berjanji untuk membeli buku buatnya.
Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Superintendan Othman Nayan berkata, sebaik mangsa masuk ke dalam kereta, suspek terus mengugut akan mencederakan mangsa sekiranya dia cuba melarikan diri.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0627&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz35nNTBsmz 
Hakcipta terpelihara 

Lelaki Thailand maut tertikam diri sendiri ketika mabuk


ALOR SETAR 26 Jun - Seorang lelaki warga Thailand yang baru tiga bulan tinggal di negara ini maut setelah tertikam dirinya sendiri ketika dalam keadaan mabuk di rumah sewanya di Pekan Tanah Merah, Pendang dekat sini semalam.
Difahamkan, ketika kejadian mangsa, Amporn Bunmanat, 34, yang mengambil upah sebagai pesawah, tinggal bersendirian manakala isterinya, Jirawan, 45, dan seorang anak perempuan berada di Padang Besar, Perlis.
Menurut majikannya, Nazri Abdul Rahman, 50, dia mengetahui kejadian itu setelah mendapat panggilan daripada isteri mangsa kira-kira pukul 12 tengah malam.
"Ketika sampai di rumahnya, saya dapati mangsa telah tertiarap di lantai dan terdapat kesan torehan di bahagian perut namun ketika itu dia masih bernyawa, jadi saya segera menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
"Sebelum ini dia memang pernah mengambil minuman keras namun tidak banyak berbanding semalam. Saya lihat ada dua botol besar minuman keras," katanya kepada pemberita di rumah mayat Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini hari ini.
Nazri berkata, mangsa meninggal dunia di hospital kira-kira pukul 2 pagi iaitu dua jam selepas mereka tiba di HSB.
Tambahnya, berdasarkan telefon bimbit mangsa, dia ada menghubungi isterinya sekitar pukul 7.55 petang namun gagal.
"Isterinya memaklumkan pada saya, dia menerima panggilan daripada mangsa kira-kira pukul 9 malam yang memaklumkan mengenai kejadian tersebut. Mangsa juga tidak pernah memberitahu dia ada masalah dan dia merupakan seorang yang mudah mesra," katanya.
Ujar Nazri, mayat mangsa akan dibakar di Watt Siam Padang Pusing, Pendang.
Usaha wartawan untuk menemui isteri mangsa gagal kerana dia tidak boleh berbahasa Melayu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Supritendan Abdul Aziz Ahmad gagal dihubungi bagi mendapatkan pengesahan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140627/je_08/Lelaki-Thailand-maut-tertikam-diri-sendiri-ketika-mabuk#ixzz35n3SkwOV
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Asrama lelaki UIAM terbakar



Orang ramai melihat bangunan asrama lelaki Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa yang terbakar di Petaling Jaya, semalam.
KUALA LUMPUR 26 Jun - Seramai 800 penghuni asrama lelaki Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) , Seksyen 16, Petaling Jaya dekat sini cemas apabila sebuah stor di tingkat satu bangunan lima tingkat yang didiami mereka musnah dijilat api hari ini.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu. Ia hanya memusnahkan tilam-tilam serta perabot lama yang disimpan di dalam stor berkenaan.
Timbalan Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.02 petang dan jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat Damansara dan Seksyen 7, Petaling Jaya telah tiba sembilan minit kemudian.
"Kebakaran berlaku di ruangan menyimpan tilam. Api berjaya dipadamkan pada pukul 3.46 petang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mohd. Sani berkata, punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Sementara itu, jurucakap Bahagian Perhubungan dan Komunikasi Korporat UIAM berkata, semasa kejadian, kebanyakan penghuni asrama Mahallah Abu Bakar itu sedang menghadiri kelas manakala pelajar yang berada di dalam bangunan itu pula berjaya menyelamatkan diri setelah mendengar loceng kecemasan.
Katanya, buat masa ini, penghuni asrama berkenaan tidak dipindahkan ke bangunan lain kerana insiden tersebut tidak menjejaskan bilik penginapan pelajar kecuali mereka yang tinggal di tingkat satu akan dipindahkan ke tingkat atas.
"Ibu-bapa tidak perlu risau dengan keadaan anak-anak mereka kerana pihak universiti sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan yakin bangunan berkenaan masih selamat untuk didiami," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140627/je_06/Asrama-lelaki-UIAM-terbakar#ixzz35n3KgnT2
© Utusan Melayu (M) Bhd 

8 nyaris maut bas masuk longkang



SEORANG lelaki memeriksa bas ekspres yang terhumban ke dalam longkang besar di Jalan Baru Perai, Butterworth, Pulau Pinang, semalam. - UTUSAN/Sazali Che Din
BUTTERWORTH 26 Jun - Tujuh penumpang dan pemandu sebuah bas ekspres berdepan detik cemas apabila kenderaan itu terhumban ke dalam longkang sedalam empat meter di Jalan Baru, Perai dekat sini pagi ini.
Bagi menyelamatkan diri, salah seorang penumpang bas bertindak nekad memecahkan cermin tingkap untuk keluar dari kenderaan itu sementara menunggu bantuan.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Rusli Mohd. Noor berkata, dalam kejadian pukul 6 pagi itu, pemandu bas berusia 25 tahun dikatakan cuba mengelak sebuah kereta di hadapannya sebelum hilang kawalan dan merempuh pagar longkang di jalan berkenaan.
Menurut beliau, ketika kejadian, terdapat tujuh penumpang dalam bas berkenaan kerana beberapa penumpang telah turun di lokasi lain.
"Mereka yang terdiri daripada lima lelaki dan dua wanita berjaya keluar dari bas melalui cermin hadapan dan tingkap bas yang pecah akibat kemalangan itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Rusli berkata, bas berkenaan bertolak dari Melaka kira-kira pukul 11 malam tadi untuk ke Kangar, Perlis dan ketika kejadian sedang menuju ke Terminal Butterworth yang terletak kira-kira tiga kilometer dari situ untuk menurunkan penumpang.
Katanya, pihaknya telah mengambil sampel darah pemandu bas berkenaan untuk ujian alkohol dan dadah.
Sementara itu, seorang penumpang yang hanya mahu dikenali sebagai Azri ,28, berkata, ketika kejadian beliau sedang tidur sebelum terdengar bunyi dentuman kuat.
"Saya mendapati bas sudah berada dalam longkang. Saya terkejut kerana ini merupakan kejadian pertama yang menimpa saya setelah bertahun-tahun menggunakan perkhidmatan bas," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140627/je_05/8-nyaris-maut-bas-masuk-longkang#ixzz35n3CBa9P
© Utusan Melayu (M) Bhd