Search This Blog

Thursday, June 26, 2014

Kebakaran Kedai Perabot Soon Huat


Pada 23/05/2014 telah berlaku kebakaran Kedai Perabot Soon Huat. BBDP Kota Tinggi yang telah menerima panggilan kecemasan telah menghantar 3 buah jentera bomba berserta 2 pacuan 4x4 dengan kekuatan anggota seramai 25 orang ke lokasi kejadian. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.








Kebakaran lagi...

Bilik setor di tingkat 1 UIAM, Jalan Universiti terbakar dalam kejadian yang berlaku petang tadi.



Kemalangan melibatkan 2 kenderaan di KM171.4 Lebuhraya PLUS Arah Selatan

Kemalangan melibatkan 2 kenderaan di KM171.4 Lebuhraya PLUS Arah Selatan (Parit Buntar) pada pukul 6.43 petang semalam. Seorang wanita maut di tempat kejadian dan 7 lagi cedera ringan. Operasi berkenaan dilakukan oleh BBP Serdang Kedah









Pesawat komersial Pakistan diserang


  • Pesawat Airbus A310 itu membawa 178 penumpang dari Arab Saudi diserang di lapangan terbang di Pakistan.Pesawat Airbus A310 itu membawa 178 penumpang dari Arab Saudi diserang di lapangan terbang di Pakistan.
PESHAWAR - PAKISTAN. Seorang penumpang wanita maut manakala tiga lagi cedera selepas pesawat penerbangan Pakistan International Airlines (PIA) dari Riyadh diserang ketika ia cuba mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Bacha Khan, menurut pihak berkuasa, kelmarin.

Jurucakap syarikat penerbangan, Mashud Tajwar memberitahu tembakan yang tepat mengenai pesawat PK-756 itu telah dilepaskan dari luar lapangan terbang tersebut.

"Ia berada pada ketinggian 1,500 meter ketika insiden menggemparkan itu. Bagaimanapun, juruterbang berjaya mengawal keadaan dan mendarat dengan selamat," katanya dipetik AFP.

Sementara itu, pegawai kanan polis, Muhammad Faisal memaklumkan, sekurang-kurangnya lima peluru mengenai pesawat terbabit.

Susulan daripada kejadian itu, operasi penerbangan pesawat tersebut telah digantung buat sementara waktu. 

Wanita maut selepas 'selfie'


  • Wanita maut selepas 'selfie'

SEORANG wanita maut selepas berkongsi gambar 'selfie' semasa dalam perjalanan ke sebuah majlis di Amerika Syarikat.

Collette Moreno, 26, yang duduk di tempat duduk penumpang maut dalam insiden itu apabila kereta yang dinaiki bertembung dengan kenderaan lain ketika pemandu cuba memotong sebuah lori.

Kereta yang mereka naiki bertembung dengan kenderaan lain dari arah bertentangan, lapor sebuah portal.

Pemandu kereta tersebut, Ashley Theobald merupakan sahabat baik kepada mangsa. Ketika insiden itu, mereka dalam perjalanan ke Tasik Ozarks di Missouri dan memakai tali pinggang keledar.

Theobald, 26, berkata, dia cuba untuk memintas lori yang mengeluarkan banyak asap semasa kejadian. Moreno merupakan penghidap asma dan asap menyebabkan dia batuk.

"Saya cuba untuk memintas dan sebuah lagi lori datang dari arah depan," ujar Theobald.

Lapan minit sebelum kejadian, Moreno mengambil gambar 'selfie' bersama Theobald, yang menunjukkan mereka sedang menikmati perjalanan tersebut.

Peronda Lebuhraya Missouri berkata, Theobald boleh didakwa atas pemanduan cuai.

Perompak tawar diri jadi kekasih!


  • Razak terpaksa mengemas kembali barangan di bilik tidur yang berselerak selepas diselongkar perompak.Razak terpaksa mengemas kembali barangan di bilik tidur yang berselerak selepas diselongkar perompak.

BANDAR BAHARU – Pelik tapi benar! Detik berhadapan dengan penyamun sepatutnya menjadi saat mendebarkan boleh bertukar menjadi satu koleksi cerita lucu yang mungkin diingati sampai bila-bila.

Situasi itulah yang berlaku kepada seorang gadis apabila seorang daripada empat lelaki yang memecah masuk kediamannya di Kampung Permatang Pasir, awal pagi semalam, menawarkan diri untuk menjadi teman lelaki.

Gadis dikenali Nurul, 24, penuntut sebuah universiti berkata, lelaki berusia lingkungan 25 tahun itu mengakui meminatinya dalam diam dan berhasrat untuk menjadikannya teman wanita.

Menurutnya, lelaki itu juga memaklumkan sering memerhatikannya terutama di majlis keramaian yang diadakan di kawasan itu.

“Dalam sibuk mereka cari barang, lelaki itu setia berada dekat dengan saya, dia tak ikat saya, cuma ajak saya berbual-bual, hampir satu jam juga kami berbual.

“Dia juga kata nak jadi rakan dalam Facebook dan mahukan nombor telefon supaya senang untuk berbual nanti. Saya tak dapat kenal siapa mereka, sebab pakai
topeng,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Hadir sama, Setiausaha Pertubuhan Sukarela Keselamatan dan Kebajikan Islam Kerian (PSKK), Abdul Sukur Ahmad.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, empat lelaki berusia lingkungan 20 hingga 50 tahun itu dipercayai memecah masuk rumah berkenaan melalui pintu belakang sebelum mengikat tiga ahli keluarga lain iaitu, kakak, abang ipar dan anak saudara Nurul.

Selain wang ringgit, barang kemas, dua komputer riba, telefon bimbit dan sebuah gitar dengan nilai keseluruhan hampir RM10,000 turut dilarikan kumpulan itu.

Nurul berkata, ketika kejadian, dia sedang tidur dalam biliknya sebelum dikejutkan dua lembaga hitam yang berdiri di atas katil.

Katanya, tergamam dengan kehadiran dua lelaki tidak dikenali itu, dia cuba menjerit meminta tolong, namun mulutnya segera ditutup.

“Saya disuruh baring atas katil, seorang daripada mereka ada cuba buat sesuatu, namun dihalang seorang lagi rakan.

“Saya rasa mungkin itu ketua kumpulan sebab dia siap bagi amaran akan membelasah  mereka sekiranya saya diapa-apakan,” katanya.

Sementara itu, abang ipar mangsa dikenali Razak, 35, tidak menolak kemungkinan, kumpulan lelaki itu merupakan orang tempatan.

“Saya percaya mereka memecah masuk rumah kami melalui salah satu pintu belakang rumah dan melarikan diri dengan meredah semak-samun di belakang rumah, ini kejadian pertama berlaku di rumah ini.

“Apa-apapun saya bersyukur, semua ahli keluarga selamat walaupun ada antara mereka ugut akan memperkosa adik ipar saya sekiranya melawan,” katanya.

Laporan polis dibuat di Balai Polis Bandar Baharu, jurucakap polis ketika ditemui mengesahkan kejadian dan menegaskan siasatan masih sedang dijalankan.

Dalam pada itu, Abdul Sukur menegaskan, PSKK menawarkan kesediaan untuk membantu polis dalam mempertingkatkan rondaan di sekitar kawasan Kampung Permatang Pasir terutama pada waktu malam.

Suspek ditahan ketika tidur


2014/06/26 - 05:13:52

Suspek ditahan ketika tidur
Rashid bersama isteri, Karniyurtini dan Muhammad Naqiuddin membaca laporan kejadian, ketika ditemui di rumah mereka di Subang Jaya, semalam. - Foto Saifullizan Tamadi
Subang Jaya: Suspek kes larikan dua budak lelaki kelmarin, berkeras tidak tahu menahu mengenai kejadian itu ketika pasukan polis menahan remaja berusia 17 tahun itu di rumahnya, 2.30 pagi semalam.

Kedegilan remaja yang masih bersekolah itu menyebabkan suasana pagi rumah ibunya di taman perumahan Puchong Perdana menjadi kecoh tetapi dapatkan ditenangkan apabila ibunya memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis.

Sebelum itu, ibu suspek sendiri membuka pintu rumah bagi membolehkan pasukan polis masuk ketika remaja yang masih bersekolah itu nyenyak tidur.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, penahanan remaja itu susulan penemuan kereta PROTON Gen 2 yang dilarikan suspek pada jam 6.30 petang kelmarin, oleh orang awam.

Hantar pasukan forensik

“Kita hanya dimaklumkan penemuan kereta yang dijumpai di Jalan Mawar 1 itu pada jam 8.30 malam, sebelum menghantar sepasukan forensik bagi membuat pemeriksaan dan siasatan di tempat kejadian.

“Kereta itu diletakkan di bahu jalan 500 meter dari lokasi kejadian yang dilaporkan,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Yahaya berkata, hasil padanan cap jari yang diperoleh, pihaknya kemudian menyerbu sebuah rumah teres dan menahan suspek yang ketika itu sedang tidur.

“Pemeriksaan lanjut di dalam bilik suspek menemui wang tunai sebanyak RM117 dipercayai diperoleh selepas melarikan kenderaan berkenaan,” katanya.

Pengecaman orang awam

Beliau berkata, maklumat tangkapan itu juga turut dibantu hasil pengecaman orang awam yang berada di lokasi kejadian serta kanak-kanak berusia sembilan tahun yang dilarikan itu.

“Suspek direman mulai hari ini (semalam) selama empat hari sehingga Sabtu ini,” katanya.

Dalam kejadian 7.15 pagi kelmarin, Muhammad Naqiuddin Rashid dan adiknya Muhammad Thaqiff dilarikan suspek yang mencuri kereta ibunya Karniyurtini Ishak, 35.

Kejadian dikatakan berlaku ketika mangsa ditinggalkan bersama adik bongsunya di dalam kereta yang tidak dimatikan enjin ketika ibu mereka menghantar dua lagi adiknya di rumah pengasuh.

Pelajar rabit telinga kiri digigit ‘Suarez’


2014/06/26 - 04:48:06

Tambun: Umpama meniru aksi Luis Suarez! Seorang pelajar Tingkatan Satu, rabit pada telinga kiri akibat digigit rakan sekelas, yang berang susulan salah faham di antara mereka.

Dalam kejadian jam 5 petang Isnin itu, mangsa bukan setakat berdarah di telinga, tetapi turut lebam tubuh badan akibat ditumbuk rakan berkenaan.

Pergelutan berlaku selepas mangsa bertanyakan rakannya, sama ada membaling pen ke arahnya, tetapi pertanyaan itu menimbulkan kemarahan rakan terbabit yang kemudian mengajak mangsa bertumbuk. Mangsa dikejar


Mangsa yang takut, menjauhkan diri tetapi tindakan itu menyebabkan remaja berkenaan mengejar sebelum menolaknya hingga terjatuh sebelum menumbuknya berulang kali.

Selain menumbuk pada badan dan kepala, suspek bertindak lebih ganas apabila menggigit telinga kiri mangsa hingga berdarah. Mangsa tidak berani melawan kerana bimbang dipukul lebih teruk.

Bapa buat laporan polis
Bapa mangsa yang mengetahui kejadian itu selepas sesi persekolahan, membawa anaknya membuat laporan di Balai Polis Tambun, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes berkenaan tetapi enggan mengulas lanjut.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria, berkata pihaknya masih belum menerima sebarang laporan mengenai pergaduhan itu.

Beliau menyifatkan pergaduhan sebagai kes disiplin di peringkat sekolah yang perlu ditangani oleh pengurusannya dengan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pelajar terbabit mengikut peraturan sedia ada.

3,121 pesalah trafik ditahan


2014/06/26 - 03:42:50

Bachok: Polis menahan 3,121 pesalah trafik dalam 1,340 operasi menerusi Ops Warta Khas di seluruh negara sehingga kelmarin.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Salleh Mat Rasid (gambar), berkata pesalah trafik terbabit dikesan dalam pemeriksaan ke atas 69,005 pemandu sepanjang operasi yang bermula 16 Jun lalu.

“Sepanjang operasi itu yang dijadualkan sehingga Jumaat ini, polis melakukan sekatan jalan raya dan rondaan khusus di tempat yang dikenal pasti untuk mengesan pesalah trafik,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pemeriksaan khas Standard Pelaksanaan Tugasan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok di sini, semalam.

Melawat IPD Kota Bharu

Selain itu, Salleh turut melawat IPD Kota Bharu.

Ops Warta Khas dilancarkan bagi mengesan 1.9 juta pesalah trafik di seluruh negara.

Mengulas lanjut, Salleh berkata, polis akan terus memburu pesalah trafik berikutan waran tangkap yang belum diselesaikan masih banyak.
Mengenai pemeriksaan khas Standard Pelaksanaan Tugasan, Salleh berkata, 10 pasukan pemeriksa ditubuhkan untuk memantau dan meneliti keperluan fizikal, pematuhan tugas anggota dan pegawai serta kebajikan mereka di 10 IPD di Kelantan.

Berhubung Ops Selamat yang akan dilancarkan setiap kali musim perayaan, beliau berkata operasi berkenaan akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lalu, berlaku penurunan kadar kemalangan jalan raya sebanyak dua peratus.

“Ini menunjukkan tanda positif dan diharapkan peratusan itu akan terus berkurangan dengan syarat pengguna jalan raya mematuhi peraturan dan arahan pihak berkuasa,” katanya. 

Adik raja Sepanyol bakal dibicara


2014/06/26 - 03:13:44

Adik raja Sepanyol bakal dibicara
Puteri Cristina meninggalkan mahkamah Palma de Mallorca selepas dinamakan sebagai suspek rasuah dan pembersihan wang haram pada 8 Februari lalu. - Foto AP
Madrid: Seorang hakim Sepanyol José Castro semalam mencadangkan supaya Puteri Cristina de Borbon yang juga adik kepada Raja Felipie Vl didakwa atas satu kesalahan rasuah selepas siasatan dilakukan terhadapnya.

Ketika membacakan hasil siasatan yang mengambil masa empat tahun, di Mahkamah Palma de Mallorca, Castro berkata beliau mengekalkan keputusan bahawa puteri itu adalah suspek di dalam kes berkenaan, bersama beberapa orang lain termasuk suaminya, Inaki Urdangarin.

“Ini adalah prosedur penting di dalam sistem perundangan Sepanyol. Semua suspek kes itu kini boleh mengemukakan rayuan. Jika mahkamah lebih tinggi menolak rayuan itu, pendakwa bebas mengemukakan pendakwaan secara rasmi ke atas beliau,” kata sumber kehakiman. 

Enam penceroboh diberkas di Kunak


2014/06/26 - 04:51:44

Enam penceroboh  diberkas di Kunak
Operasi oleh pasukan keselamatan sempena Ops Gasak Ke-22 di Kunak, semalam.
Kota Kinabalu: Enam individu, termasuk seorang wanita yang dipercayai penceroboh Sulu ditahan dalam satu operasi khas polis Cawangan Khas (SB) Bukit Aman, di sekitar daerah Kunak, awal pagi semalam.

Mereka yang terdiri daripada lima warga tempatan dan seorang individu yang dipercayai berasal dari Filipina ditahan selepas didapati mempunyai kaitan dengan kesultanan Sulu yang cuba membuat tuntutan terhadap Sabah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata pihaknya turut merampas kad keahlian dan sijil pelantikan Panglima Kesultanan Sulu dalam serbuan itu di beberapa lokasi berasingan di Kunak.

Jumpa senjata tajam

“Dalam serbuan yang turut disertai oleh pasukan keselamatan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), kita turut menemui dokumen berkaitan kesultanan Sulu dan beberapa senjata tajam yang mungkin bakal digunakan untuk kegiatan serangan atau keganasan.

“Sehubungan itu, semua mereka ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 124 (C) Kanun Keseksaan dan turut disiasat mengikut Akta Keselamatan Khas (Langkah-Langkah Khas) 2012, SOSMA,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan Bukit Aman, semalam.

Katanya, lima rakyat tempatan yang ditahan dikenali sebagai Abu Bakar Jayari @ Alex, 61; Ilyasa Abu Bakar (Maharaja Omar); Zainuddin Mislani; Industan @ Md Bustan Lumatang @ Hindustan, 56; Sitti Nukah Abdul Lama, 55 dan suaminya, Kassim Ibrahim, yang dipercayai warga Filipina.
“Setakat ini pasukan keselamatan masih menyiasat sejauh mana pembabitan enam individu terbabit berhubung tuntutan ke atas Sabah dan kemungkinan mereka ada kaitan dengan kumpulan penceroboh di Lahad Datu, tahun lalu,” katanya.

Sementara itu sumber berkata keenam-enam suspek itu adalah antara individu yang ditahan dalam Ops Gasak Ke-22, oleh pasukan keselamatan yang diselaraskan oleh ESSCOM, pagi semalam.

Sementara itu, Ketua Pengarah ESSCOM, Datuk Mohammad Mentek, menafikan berlaku tembak- menembak membabitkan penjenayah rentas sempadan di Kunak, pagi semalam.

Beliau menegaskan, penyebaran khabar angin melalui laman sosial, termasuk aplikasi WhatsApp kononnya berlaku ketegangan di daerah itu tidak benar.

Bagaimanapun, katanya, keadaan itu mungkin disebabkan ESSCOM melancarkan Ops Gasak Ke-22 di pangkalan Kunak.

Keputusan rayuan kes bunuh Altantuya ditangguh


2014/06/26 - 05:02:47

Putrajaya: Mahkamah Persekutuan semalam, menangguhkan keputusan rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar yang dituduh membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, kepada satu tarikh yang ditentukan kemudian.

Panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria, membuat keputusan itu selepas selesai mendengar hujah pihak pendakwaan dan pembelaan selama tiga hari bermula Isnin lalu.

Empat lagi hakim termasuk Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum selain tiga Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Ahmad Maarop.

Pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah, manakala Azilah selaku responden pertama diwakili peguam, Kuldeep Kumar dan Sirul selaku responden kedua oleh Kamarul Hisham Kamaruddin.

Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos tahun lalu melepas dan membebaskan Azilah dan Sirul, yang juga anggota Unit Tindakan Khas (UTK) daripada sabitan hukuman mati atas tuduhan membunuh Altantuya pada 2006.

Pada 9 April 2009, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati ke atas mereka selepas didapati bersalah melakukan pembunuhan itu di Mukim Bukit Raja, Klang, antara 10 malam 19 Oktober 2006 dan 1 pagi 20 Oktober 2006.

Dalam prosiding semalam, Tun Abdul Majid, dalam hujah penggulungannya, berkata mahkamah harus mengambil kira mengenai log panggilan telefon Azilah yang menunjukkan beliau berada di Puncak Alam berdekatan lokasi kejadian malam pembunuhan dan bukan di Wangsa Maju seperti yang didakwa dalam alibinya.

Polis lanjut tempoh reman ibu Firdaus


2014/06/26 - 05:05:49

Polis lanjut tempoh reman ibu Firdaus
Keratan akhbar BH keluaran 25 Jun 2014.
Seremban: Tempoh tahanan reman ibu Muhammad Firdaus Dullah, remaja orang kelainan upaya (OKU) yang berakhir semalam, disambung tiga hari lagi hingga Sabtu ini.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdullah Roning, berkata tempoh reman itu dilanjutkan bagi membolehkan siasatan terhadap wanita berusia 40 tahun itu dijalankan secara terperinci.

Katanya, hasil siasatan yang dijalankan membolehkan polis mendapat beberapa maklumat berkaitan kes anaknya, tetapi siasatan perlu diteruskan bagi mengumpulkan maklumat penting lain.

“Kita juga akan memanggil bapa tiri Firdaus dalam tempoh terdekat, bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Ibu remaja itu ditahan kira-kira jam 11.30 malam, Sabtu lalu, untuk disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak 2001, iaitu perbuatan berkaitan penganiayaan, pengabaian, kecuaian atau mendedahkan kanak-kanak kepada kemungkinan kecederaan fizikal, mental dan emosi.

Akta itu memperuntukkan hukuman denda hingga RM20,000 atau penjara hingga 10 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Remaja itu ditemui ketika operasi Jabatan Imigresen negeri untuk memburu pendatang tanpa izin di rumah pangsa Taman Semarak.
Ketika ditemui, tubuh Firdaus dipenuhi najis dan air kencing kering, manakala bajunya reput. Keadaan bilik yang didiaminya juga dipenuhi najis dan sampah sarap. Dia kini dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) dan keadaannya dilaporkan semakin stabil.

Abdullah berkata, pendakwaan terhadap wanita itu hanya dapat dilakukan selepas mendapat arahan daripada Peguam Negara.

Kekasih dalam beg


Beijing: Seorang lelaki di Liaoning ditahan kerana menyumbat teman wanitanya ke dalam bagasi dan membawa mangsa pulang ke rumahnya selepas kekasihnya itu cuba memutuskan hubungan mereka.

Menurut sumber, lelaki dikenali sebagai Wang itu mengikat teman wanitanya Mu dan menyumbat wanita itu ke dalam beg berkenaan di Xi’an sebelum membawanya pulang ke rumahnya di Liaoning.


“Dia bagaimanapun ditahan polis sebaik tiba di Liaoning hasil maklumat diberikan dua pemandu yang diupah Wang untuk membawanya pulang.

“Pemandu berkenaan melaporkan terdengar bunyi seperti tangisan dari dalam beg berkenaan sebelum melihat seorang wanita di dalamnya,” katanya.


Mereka cuba memujuk Wang membebaskan Mu sebelum menghubungi polis.


Imej dirakamkan CCTV menunjukkan Wang dan Mu mendaftar masuk ke sebuah hotel pada jam 10 pagi.

Wang kemudian dilihat meninggalkan hotel itu dalam keadaan resah pada jam 3 petang malah keluar dari pintu sisi bangunan berkenaan sambil mengheret sebuah beg besar.

Polis menerima panggilan daripada pemandu terbabit sekitar jam 11 malam.

Wang memberitahu polis Mu kekasihnya dan tidak dapat menerima apabila wanita berkenan meminta memutuskan hubungan.

Sebaliknya, dia memujuk Mu dengan berjanji menjaganya dengan baik jika mengikutnya pulang ke Liaoning selain mahu mengupah pembantu rumah untuknya. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/26

‘Bookie’ tunggu kaki judi dicekup


Klang: Walaupun sudah diingatkan pihak berkuasa mengenai tindakan bakal dikenakan terhadap ‘bookie’ sempena Piala Dunia 2014, namun masih ada pihak yang sanggup mengambil risiko semata-mata untuk mendapat keuntungan segera.
Ini kerana hasil lumayan diperoleh sepanjang perlawanan bola sepak itu menyebabkan ada antara individu ‘gelap mata’ walaupun tahu bakal ditahan polis.
Terbaru, seorang dalang perjudian bola sepak ditahan dalam serbuan di depan sebuah kafe di Bandar Botanik, dekat sini, ketika menonton perlawanan Piala Dunia, tengah malam semalam.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, serbuan dibuat selepas pihaknya mendapat maklumat orang awam mengenai kegiatan suspek sejak Piala Dunia 2014 bermula.
“Lelaki berusia 42 tahun itu ditahan jam 12.30 tengah malam bersama beberapa barangan seperti tablet, kertas taruhan, buku bank, pasport serta RM34.
“Ketika itu suspek duduk di bangku di kaki lima seorang diri sambil menonton perlawanan serta menunggu kaki judi meletakkan taruhan terhadap pasukan pilihan masing-masing,” katanya, semalam.
Kamarul berkata, hasil siasatan awal pihaknya mendapati suspek menggunakan laman web www.ibc128.com untuk meletakkan pertaruhan dibuat pelanggan.
“Polis akan memburu sindiket perjudian itu menerusi Ops Soga dan selagi ada taruhan walau dalam jumlah kecil, kita tetap membuat tangkapan.” katanya
Foto
ANGGOTA memeriksa barangan dirampas daripada seorang bookie.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/26

Seksa terseret 80 meter bawah kereta


Dalam kejadian jam 9 pagi itu, pengguna jalan raya terpaksa membunyikan hon dan menahan pacuan empat roda berkenaan kerana pemandunya tidak sedar kenderaannya merempuh motosikal mangsa bersama anaknya.
Sumber berkata, lelaki berusia 48 tahun itu terpaksa menahan kesakitan selepas diseret tetapi bernasib baik apabila pemandu pacuan empat roda segera memberhentikan kenderaannya sebaik ditahan orang ramai.
"Kemalangan berlaku apabila kedua-dua kenderaan itu dalam perjalanan ke Pending dari arah jambatan berkenaan, namun pemandu pacuan empat roda tidak menyedarinya lalu merempuh.

Rempuhan itu menyebabkan motosikal dinaiki dua beranak terbalik.
“Seorang daripada mangsa dikatakan tersangkut dengan kedua-dua tangan memegang besi penghadang pacuan empat roda manakala anak lelaki mangsa berusia 25 tahun terbaring di lokasi kemalangan.
“Kemalangan itu menyebabkan penunggang motosikal itu parah dan orang awam segera menghulurkan bantuan mengeluarkan mangsa yang terperangkap di bawah kenderaan itu,” katanya.
Katanya, anak penunggang motosikal itu hanya cedera ringan dan kedua-dua mereka dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan.
“Sebelum itu, mangsa diberi rawatan oleh seorang doktor yang kebetulan berada tidak jauh dari lokasi kejadian sementara menunggu pegawai perubatan tiba di tempat kejadian,” katanya.
Pemandu pacuan empat roda itu enggan ditemu bual dipercayai ketakutan akibat kejadian itu.
Jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut masih dijalankan.
Foto
SEORANG doktor memberi bantuan awal kepada mangsa kemalangan.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/26

Rakan diperkosa depan mata


Miri: “Saya merayu supaya rakan saya (pembantu rumah) dilepaskan tetapi penjenayah tidak mempedulikan rayuan saya, sebaliknya terus menarik rakan saya itu dan membuka seluarnya sebelum dirogol di depan saya,” kata pembantu rumah Yulida Zailan, 39, mengenai perbuatan keji seorang daripada lima penjenayah yang bukan saja memecah rumah majikannya, malah merogol rakan sekerjanya wanita warga Indonesia berusia 33 tahun dalam kejadian di Taman Desa Indah 2 di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 2.30 pagi, penjenayah yang bersenjatakan parang dan memakai penutup muka menceroboh rumah berkenaan melalui pintu belakang dengan memotong jeriji tingkap. 
Ketika kejadian, majikan mangsa bercuti di Sabah manakala anak lelakinya tiada di rumah dengan hanya Yulida dan mangsa bersama seorang anak perempuan majikannya berusia enam tahun berada di rumah ketika itu. 

Yulida berkata, ketika rakannya dirogol, dia tidak mampu berbuat apa-apa kerana terlalu cemas dan bimbang dirinya turut menjadi mangsa rogol.
Foto
YULIDA menunjukkan tempat kejadian.

“Walaupun rakan saya menangis dan berulang kali merayu dilepaskan, namun rayuannya tidak dihiraukan, sebaliknya lelaki itu tetap bertindak ganas memperkosanya.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/26

Gigit telinga balas balingan


Oleh Mohd Hafizee Mohd Arop

Ipoh: Hanya disebabkan salah faham berkaitan pen yang dibaling seorang rakan, seorang pelajar tingkatan satu sebuah sekolah menengah, di sini, cedera di telinga selepas digigit rakannya.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang, Isnin lalu, telinga mangsa bukan saja berdarah, tetapi mengalami lebam di beberapa bahagian badan akibat dibelasah oleh rakannya itu.

Sumber berkata, pergaduhan itu dipercayai berlaku selepas mangsa bertanyakan kepada rakannya itu sama ada dia ada membaling pen ke arahnya.

Menurutnya, pertanyaan mangsa itu menyebabkan rakannya itu marah sebelum mengajak bertumbuk, namun mangsa enggan disebabkan takut dibelasah rakannya itu.

“Rakan mangsa yang masih tidak berpuas hati terus mengejar mangsa dan menolak mangsa menyebabkan mangsa jatuh sebelum membelasah menggunakan tangan.

“Mangsa kemudiannya digigit di bahagian telinga sehingga menyebabkan telinganya berdarah dan terus dibelasah di badan serta kepala.



“Selepas membelasah mangsa, rakannya itu terus meninggalkan mangsa dan perbuatan itu bukanlah kali pertama berlaku,” katanya.

Mangsa kemudian dibawa oleh bapanya untuk membuat laporan di Balai Polis Tambun, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkaitan pergaduhan itu.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria ketika diminta mengulas kejadian itu berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan berkaitan pergaduhan itu.

Katanya, pergaduhan itu membabitkan kes disiplin di peringkat sekolah dan seharusnya pihak sekolah mengambil tindakan sewajarnya terhadap pelajar terbabit mengikut peraturan ditetapkan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/26

Tenggelam diheret buaya


Rompin: “Saya masih ingat ketika buaya itu membaham kaki kiri. Amat mengerikan dan membuatkan saya mahu mencari rumah lebih selamat bagi mengelak kejadian itu tidak berulang,” kata pencari udang galah, Ewa Judak, 30, mangsa serangan buaya di Sungai Rompin dekat sini, malam Sabtu lalu.
Ewa berkata, dia bersama isteri, Norashikin Rantau, 16, menumpang di rumah ibu mentuanya di Kampung Deraman buat sementara waktu sehingga kecederaan kakinya pulih sebelum mencari rumah baru yang jauh dari sungai.
Katanya, dia kini amat bimbang untuk ke Sungai Rompin kerana dibimbangi akan dibaham buaya.

“Saya juga akan menukar pekerjaan kerana tidak mahu lagi bertembung dengan buaya, terutama isteri mengandung tiga bulan anak pertama. Lebih baik saya cari rumah dan pekerjaan lebih selamat.
Foto
EWA menceritakan detik cemas dibaham buaya. Gambar kecil, keadaan kaki mangsa yang dibaham buaya.

“Ada penduduk kampung memberi amaran berhati-hati kerana pernah melihat buaya tahun lalu, namun saya anggap ia perkara biasa dan tidak membahayakan,” katanya, ketika ditemui di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, semalam.

Menceritakan kejadian kira jam 8.30 malam itu, Ewa yang tinggal di rumah rakit berhampiran Kampung Tebu Hitam, dekat sini, berkata dia mandi seorang diri di sungai berkenaan apabila berasa kaki kirinya digigit sebelum menyedari ia buaya.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/25

Sindiket kecut perut


Oleh Fardy Bungga

Kuala Lumpur: Sindiket penyeludupan barangan tiruan di sekitar ibu kota ‘panas punggung’ apabila Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kuala Lumpur bertindak agresif merampas pelbagai produk tiruan dan cetak rompak bernilai RM2 juta sejak Januari lalu.

Rampasan membabitkan 214 kes itu dilakukan hampir setiap minggu oleh anggota KPDNKK bagi memastikan kegiatan penjualan produk tiruan dapat dikekang sepenuhnya terutama menjelang musim perayaan.


Timbalan Pengarah KPDNKK Kuala Lumpur Rosli Ahmad berkata, kebanyakan produk dirampas adalah baju, seluar, kasut, beg tangan dan telefon bimbit cetak rompak yang menggunakan jenama terkenal untuk menarik orang ramai membelinya.

Menurutnya, rampasan tidak hanya membabitkan produk pakaian malah KPDNKK turut merampas produk makanan seperti kicap dan bihun yang didapati turut dicetak rompak jenama asalnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/26

Pelajar larikan dua beradik ditangkap


Puchong : Polis menahan seorang pelajar tingkatan lima disyaki membawa lari sebuah kereta Proton Gen 2 bersama seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun dan bayi tiga bulan di Puchong, semalam.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, suspek pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah di Puchong itu ditahan di rumahnya 2.15 pagi hari ini.
Beliau berkata penahanan suspek adalah berdasarkan maklumat orang awam dan kanak-kanak sembilan tahun yang dibawa lari semalam.

Katanya, pemeriksaan di dalam bilik mangsa menemui sebilah pisau pemotong kertas dipercayai digunakan untuk mengugut mangsa dan pakaian seragam sekolah, beg sandang, dompet jenama Levi's dan wang tunai berjumlah RM117.
Foto

Katanya, suspek akan direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian jam 7 pagi semalam, mangsa dan adiknya diarah turun di kawasan kilang di Taman Perindustrian Puchong selepas dilarikan sejauh hampir lima kilometer.

Kejadian dikatakan berlaku ketika mangsa ditinggalkan bersama adik bongsunya itu di dalam kereta yang tidak dimatikan enjin ketika ibu mereka menghantar dua lagi adiknya masing-masing berusia tiga dan lima tahun ke rumah pengasuh.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/25

Rampas sijil ‘panglima’

Kuala Lumpur: Sijil pelantikan ‘panglima’ kesultanan Sulu antara dokumen dirampas daripada enam termasuk seorang anggota polis berpangkat koperal yang ditahan kerana disyaki pengganas dalam satu operasi khas sekitar daerah Kunak di Sabah, semalam.
Turut dirampas ialah kad keanggotaan kumpulan pengganas yang mereka sertai, beberapa dokumen berkaitan kesultanan Sulu serta beberapa senjata tajam.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan semalam, berkata, anggota polis ditahan itu dikenali sebagai Koperal Zainuddin Mislani.

Menurutnya, turut ditahan Abu Bakar Jayari@Alex, 60; anak Abu Bakar, Ilyasa Abu Bakar@Maharaja Omar; Kassim Ibrahim (disyaki pendatang tanpa izin) bersama isterinya, Sitti Nukah Abdul Lama, 56, dan Industan@Md Bustan Lumatang@Hindustan, 55.
Foto
ANGGOTA tentera melakukan persiapan sebelum Ops Gasak di Kunak.
Foto

“Tangkapan terbaru oleh Cawangan Khas Bukit Aman dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) ini susulan insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah pada Februari tahun lepas,” katanya.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/26

Tertuduh arah diam sebelum lari


La Ode


SHAH ALAM – Seorang kerani bank memberitahu Mahkamah Tinggi di sini semalam, tertuduh La Ode Ardi Rasila memberi isyarat tangan supaya diam sebelum dia melarikan diri selepas melakukan pembunuhan dan merompak duit di AmBank cawangan USJ dekat sini.
Saksi pendakwaan ke-10, Laila Azwa Samingan berkata, selain isyarat tangan La Ode turut mengeluarkan kata-kata ‘diam’ sebanyak dua kali kepadanya semasa tertuduh hendak keluar melalui pintu utama bank tersebut.
Laila Azwa, 28, memberitahu, ketika itu dia berada di pintu gelongsor berhampiran kawasan bilik kebal bank yang berhadapan pintu utama bagi memeriksa bunyi letupan yang berlaku secara tiba-tiba.
“Sebelum bunyi letupan, saya berada di kaunter bagi melakukan kerja-kerja memproses cek bersama Ifasri Wahyuni Mansur.
“Tiba-tiba saya mendengar bunyi letupan yang agak kuat dan apabila saya menoleh ke belakang saya melihat La Ode sedang menarik Arzanna Abdullah (rakan mangsa mati ditembak) di bahagian peti besi manakala saya bersama Ifasri pula pergi melihat apa yang berlaku,” katanya ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Asyraf Md. Kamal di sini semalam.
La Ode, 37, menghadapi dua pertuduhan iaitu membunuh dan melepaskan tembakan sehingga menyebabkan kematian Norazita Abu Talib, 37, di premis AmBank cawangan USJ Sentral 2, Petaling Jaya di sini antara pukul 6 petang dan 6.30 petang pada 23 Oktober 2013.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0626&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz35hIvawCr 
Hakcipta terpelihara 

Enam pengganas Sulu terbabit pencerobohan Lahad Datu ditahan



ANGGOTA polis Cawangan Khas dan Esscom menahan enam pengganas Sulu di Kunak, Sabah semalam.


KUALA LUMPUR - Seramai enam individu termasuk seorang anggota polis yang dipercayai pengganas Sulu dan terbabit dalam pencerobohan di Lahad Datu, Sabah pada Februari tahun lalu berjaya ditahan polis di Kunak, Sabah semalam.
Lima lelaki dan seorang wanita itu diberkas sepasukan polis Cawangan Khas Bukit Aman bersama Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dalam satu operasi khas di sekitar daerah Kunak antara pukul 5.30 pagi hingga 6 pagi semalam.
Mereka yang ditahan ialah Abu Bakar Jayari yang turut dikenali sebagai Alex, 61, serta anaknya, Ilyasa Abu Bakar yang juga dikenali sebagai Maharaja Omar serta seorang anggota polis, Zainuddin Mislani.
Selain itu, turut ditahan ialah Industan @ Md. Bustan Lumatang, 56, Kassim Ibrahim dan isterinya, Sitti Nukkah Abdul Lama, 57.
Kesemua yang ditahan merupakan rakyat tempatan kecuali Kassim yang dipercayai merupakan pendatang tanpa izin.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan semalam memberitahu, turut dirampas semasa tangkapan adalah kad keahlian dan sijil pelantikan Panglima Kesultanan Sulu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0626&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz35hIn22bd 
Hakcipta terpelihara 

Lelaki terselamat lepas diseret 80 meter



BEGINILAH keadaan seorang penunggang motosikal yang terperosok di bawah sebuah pacuan empat roda selepas diseret sejauh 80 meter di Jalan Datuk Marican Salleh, Kuching, Sarawak semalam.


KUCHING - Berpantang maut sebelum ajal. Begitulah yang terjadi pada seorang penunggang motosikal yang nyaris maut selepas diseret sejauh hampir 80 meter oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam satu kemalangan di Jalan Datuk Marican Salleh di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 3 petang itu, mangsa yang berusia 40-an sedang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss bersama anak lelakinya sebelum dirempuh dari arah bertentangan oleh sebuah kereta jenis Toyota Mark X yang tiba-tiba hilang kawalan.
Menurut seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Syed Ibrahim, akibat rempuhan kuat itu, kedua-dua mereka tercampak ke atas jalan raya sebelum mangsa diseret oleh sebuah pacuan empat roda jenis Isuzu D-Max yang juga datang dari arah bertentangan.
"Mangsa terselamat selepas berpaut pada ekzos kenderaan pacuan empat roda tersebut ketika diseret sejauh hampir 80 meter bagi mengelakkan dirinya digilis hingga maut.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0626&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz35hIfsKFA 
Hakcipta terpelihara 

Henti teroka hutan serta-merta



PENEROKAAN hutan tidak terkawal ekoran pelaksanaan satu projek Tenaga Nasional Berhad di Hutan Simpan Lentang di Bentong, Pahang tidak sepatutnya berlaku.


KUALA LUMPUR - Jabatan Perhutanan diarah menghentikan semua kerja penerokaan hutan bagi tujuan pembangunan dan pertanian terutama di Cameron Highlands, Pahang sebelum ia diperluaskan ke kawasan lain terutama di Hutan Simpan Lentang di Bentong.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel berkata, tindakan tersebut diambil kerana kerajaan memandang serius aktiviti penerokaan hutan yang semakin berleluasa ketika ini.
"Saya ambil maklum beberapa kawasan lain (termasuk di kawasan Hutan Simpan Lentang) yang terjejas teruk apabila hutannya diteroka (untuk pembinaan menara talian penghantaran elektrik Tenaga Nasional Berhad) dan kita akan menyiasat sebelum tindakan diambil," katanya.
Beliau ditemui Kosmo! selepas menghadiri majlis perasmian Pusat Konservasi Panda Gergasi dan sambutan ulang tahun ke-50 Zoo Negara, Hulu Klang dekat sini semalam.
Beliau yang juga Presiden MIC menyatakan demikian setelah meneliti siri laporan khas Kosmo! pada 22, 23 dan 25 Jun lalu mengenai aktiviti penerokaan hutan di beberapa kawasan di Raub, Bentong dan Cameron Highlands, Pahang untuk tujuan pembangunan dan pertanian.

ALIRAN air sungai di Hutan Simpan Lentang, tertimbus selepas ia diteroka ekoran pelaksanaan projek TNB.


Palanivel berkata, beliau juga telah mengarahkan Jabatan Perhutanan supaya bekerjasama dengan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) untuk menanam semula pokok di kawasan-kawasan yang terjejas teruk sebelum ini.
Katanya, kerja-kerja penanaman semula tersebut dijangka bermula pada September depan di Cameron Highlands.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0626&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz35hI7UrMC 
Hakcipta terpelihara 

Polis Thai tangkap lebih 1,000 kaki judi Piala Dunia


BANGKOK - Polis Thailand menyatakan semalam bahawa pihaknya menangkap lebih 1,000 orang termasuk empat warga asing dalam operasi membanteras pertaruhan haram semasa Piala Dunia.
Tangkapan tersebut dibuat susulan usaha lebih meluas junta tentera mengekang gejala perjudian untuk mengekalkan keharmonian masyarakat di negara itu.
"Sejak Piala Dunia bermula, kami telah menangkap seramai 1,023 orang kerana pertaruhan haram dengan majoriti mereka merupakan kaki judi," kata Mejar Jeneral Polis, Chantavit Ramsut.
"Pada awal kelmarin, polis dan beberapa pegawai tentera menangkap empat warga asing kerana disyaki melakukan pertaruhan haram di sebuah sauna di pusat bandar Bangkok," tambahnya.
Menurut Chantavit, dua suspek itu merupakan warga Macau, seorang dari Hong Kong dan seorang lagi rakyat Malaysia.
"Mereka dipercayai menjadi bookie," ujar Chantavit.
Semua suspek yang berusia dalam lingkungan 50-an boleh didenda atau dipenjara selama dua tahun jika didapati bersalah.
"Mereka juga akan didakwa kerana bekerja secara haram di Thailand," katanya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0626&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz35hHL6Psm 
Hakcipta terpelihara 

Lelaki guna AK-47 tembak jet PIA



REUTERS
DUA kru PIA dilihat di sisi mayat seorang wanita yang dibunuh di dalam pesawat mereka di sebuah hospital di Peshawar kelmarin.


PESHAWAR - Sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah sebuah jet penumpang yang melakukan pendaratan di barat daya Pakistan dengan menyebabkan seorang penumpang wanita maut, manakala dua anak kapal cedera.
Pesawat milik Penerbangan Antarabangsa Pakistan (PIA) itu berlepas dari Riyadh di Arab Saudi dan bersiap sedia untuk mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Bacha Khan, Peshawar apabila ia ditembak lewat kelmarin.
Ketika kejadian, pesawat berkenaan membawa lebih 170 penumpang.
Pihak berkuasa memberitahu, lapan butir peluru yang ditembak beberapa penyerang tidak dikenali telah mengenai pesawat itu semasa berada pada ketinggian 1,500 meter.
Namun, kapal terbang tersebut berjaya mendarat dengan selamat.
"Tembakan itu dilepaskan di luar lapangan terbang," kata jurucakap PIA, Mashud Tajwar.
"Seorang penumpang wanita dan dua pramugara cedera, wanita itu meninggal dunia semasa dirawat di hospital," tambahnya.
Menurut jurucakap berkenaan, punca kejadian masih tidak dapat dipastikan tetapi PIA tidak menerima sebarang ancaman sebelum ini.
Dalam pada itu, pegawai polis Peshawar, Muhammad Faisal berkata, laporan forensik mendapati lapan butir peluru itu berasal dari senjata api raifal AK-47 yang ditembak pada jarak sekitar lima kilometer dari landasan.
"Peluru-peluru itu mengenai ekor pesawat," jelasnya.
Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab berhubung serangan tersebut menyebabkan beberapa penerbangan di lapangan terbang tersebut ditangguhkan untuk seketika.
Insiden itu berlaku dua minggu selepas kumpulan Taliban menyerang Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah di Karachi, selatan Pakistan sekali gus memusnahkan rundingan damai yang dibuat antara Taliban dengan kerajaan Pakistan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0626&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz35hGDwJmF 
Hakcipta terpelihara 

78 kes pecah, lari mesin ATM


Mohd. Bakri Mohd. Zinin (kiri) beramah mesra dengan pengurus keselamatan pada Majlis Perjumpaan Pengurus-pengurus Keselamatan Institusi Perbankan Negara bersama PDRM di pejabat Bank Islam, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/Suriya Bonma
KUALA LUMPUR 25 Jun - Sebanyak 78 kes pecah dan melarikan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang tahun lalu.
Selangor mencatatkan angka tertinggi dengan 28 kes diikuti Johor (19); Kuala Lumpur (10); Pahang (4); Sabah, Perak dan Negeri Sembilan (3); Kedah dan Pulau Pinang (2) serta Perlis, Melaka, Kelantan dan Sarawak (1).
Sejak Januari hingga Mei lalu, sebanyak sembilan kes dicatatkan di seluruh negara dengan Selangor dan Kelantan mencatatkan tiga kes diikuti Sarawak, Kuala Lumpur dan Terengganu dengan satu kes.
Bagi kes rompakan bank pula, masing-masing satu kes dicatatkan pada tahun lalu dan tahun ini.
Pada 2013, sebanyak dua rompakan berlaku ketika proses perjalanan wang (cash in transit) berbanding satu kes pada tahun ini.
Beberapa kelemahan dikesan PDRM sehingga menyebabkan berlakunya jenayah pecah ATM serta rompakan bank selain isu kemampuan kamera litar tertutup (CCTV) serta pengawal keselamatan yang diupah.
Perkara itu dinyatakan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd. Bakri Mohd. Zinin yang berkata, ciri-ciri keselamatan perbankan negara masih mempunyai ruang untuk ditambah-baik.
"Ada perkara yang telah baik tetapi masih ada yang harus diperbaiki. Sebagai contoh ATM, pihak perbankan seluruh negara harus memikirkan mekanisme terbaik agar sistem itu tidak dapat dibolosi penjenayah.
"Masih banyak yang perlu bank lakukan dan baiki untuk mengatasi masalah ini," katanya ketika ditemui dalam Majlis Perjumpaan Pengurus-Pengurus Keselamatan Institusi Perbankan Negara bersama PDRM di pejabat Bank Islam, di sini hari ini.
Mengulas tentang penggunaan senjata api dalam kalangan pengawal keselamatan bank, Mohd. Bakri memberitahu, perkara itu amat dititik beratkan oleh PDRM kerana pihaknya tidak akan membenarkan sewenang-wenangnya pengeluaran lesen carry and use kepada syarikat keselamatan.
"Kita melihat keperluan dalam pemberian lesen senjata api dan perkara itu pun akan diteliti sebaik-baiknya dahulu kerana melibatkan soal keselamatan rakyat," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140626/je_05/78-kes-pecah-lari-mesin-ATM#ixzz35hCuk3fc
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kes seludup senjata api meningkat


Khalid Abu Bakar (kanan) bersalaman dengan pegawai Imigresen Thailand selepas melancarkan Unit Risikan Sempadan di Bukit Kayu Hitam, Kedah, semalam. - Utusan/Ismail Kamadin
KUBANG PASU 25 Jun - Kes penyeludupan senjata api dari negara jiran meningkat dengan 287 tangkapan dan 292 rampasan senjata api dilakukan pihak berkuasa tahun lalu berbanding cuma 163 tangkapan dan 199 rampasan pada 2012.
Jumlah itu dilihat jauh mengatasi statistik 2010 yang mencatatkan 92 tangkapan dan 177 rampasan senjata api serta 121 tangkapan dan 190 rampasan senjata api pada 2011.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bagaimanapun menjelaskan, peningkatan rampasan itu adalah hasil kewujudan Unit Risikan Sempadan (URS) dan Pangkalan Utara Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman sejak tahun lalu.
"Unit ini ditubuhkan pada tahun lepas khusus untuk memberi fokus kepada empat perkara iaitu penyeludupan senjata api, kereta curi, penyeludupan dan pemerdagangan manusia serta mengesan penjenayah dikehendaki.
"Ternyata, apa yang dilakukan ini berhasil terutamanya menerusi kerjasama erat dengan polis Thailand di Songkhla dalam meningkatkan hasil risikan bagi menangkap lebih ramai penjenayah dan merampas lebih banyak senjata daripada dibawa masuk ke Malaysia," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan unit dan jabatan tersebut di Balai Polis Bukit Kayu Hitam, di sini hari ini.
URS mempunyai kekuatan 21 anggota dan lapan pegawai serta di seorang pegawai kanan polis berpangkat Deputi Supritendan (DSP).
Unit tersebut dibahagikan kepada zon utara yang merangkumi Kedah, Perak dan Perlis serta Zon Timur di Kelantan.
Ia berperanan sebagai pemberi maklumat dan risikan kepada kepada bahagian-bahagian operasi untuk diambil tindakan susulan.
Mengulas lanjut, katanya, keberadaan URS dan jabatan berkenaan di sempadan juga dilihat sebagai antara mekanisme terbaik bagi memperbaiki kedudukan Malaysia yang diletakkan pada tahap tiga dalam Laporan Pemerdagangan Manusia 2014 yang dikeluarkan Amerika Syarikat baru-baru ini.
"Dalam laporan itu, kita diletakkan sebaris dengan Thailand dan Venezuela. Jadi sudah tentu kedua-dua negara berjiran ini mahu sama-sama memperbaiki kedudukan dan itu akan menjadi pendorong kuat untuk kita menjalin hubungan lebih erat," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140626/je_03/Kes-seludup-senjata-api-meningkat#ixzz35hCnJBSG
© Utusan Melayu (M) Bhd