Search This Blog

Wednesday, June 25, 2014

Akaun FB ibu remaja malang digodam


  • Akaun FB ibu remaja malang digodam

SHAH ALAM - Akaun Facebook wanita yang didakwa ibu kepada remaja malang, Muhammad Firdaus Dullah, 15, telah digodam sejak malam semalam.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, akaun tersebut telah diceroboh sekitar jam 7 petang kelmarin dengan menggunakan nama Syah RilekCrew.

Penggodam turut memuatnaik status yang mengundang kemarahan di akaun Facebook kepunyaan Imashima Lola itu, menyebabkan ramai pelayar Facebook meninggalkan komen dan kata-kata kecaman kepada pemilik asal akaun tersebut.

Pemilik asal akaun tersebut masih dalam tahanan reman polis sejak Ahad lalu, dijangka dibebaskan hari ini.

Wanita berkenaan didakwa ibu kepada Muhammad Firdaus apabila beberapa keping gambar dipercayai Muhammad Firdaus telah dikongsi dalam akaun Facebook berkenaan.

Muhammad Firdaus sebelum ini telah ditemui Jabatan Imigresen Negeri Sembilan yang diketuai Pengarahnya, Faizal Fazri Omar, ketika mengadakan operasi memburu pendatang asing tanpa izin (Pati) di Flat Taman Semarak, Nilai.

Remaja malang ini ditemui dalam sebuah bilik rumah yang kotor dan terdapat kesan najis serta air kencing. Keadaannya yang kurus kering, dipercayai kerana kekurangan zat makanan dan dalam keadaan diri yang tidak terurus.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001 dan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Warga emas maut ketika membeli belah


  • Seorang warga emas rebah ketika membeli belah di Zon Bebas Cukai Rantau Panjang dan meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung.Seorang warga emas rebah ketika membeli belah di Zon Bebas Cukai Rantau Panjang dan meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung.

RANTAU PANJANG - Belumpun reda dengan isu perpindahan peniaga dari pasar lama Rantau Panjang ke pasar baharu Rantau Panjang, penduduk dikejutkan dengan kematian seorang warga emas ketika membeli belah jam 3 petang, kelmarin.

Ketua Polis Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati, warga emas dikenali sebagai Raja Hussin Raja Ali, 65, itu rebah dipercayai serangan penyakit jantung.

Menurutnya, mangsa dipercayai membeli belah bersama ahli keluarga lain dengan melalui laluan pejalan kaki bersebelahan pasar lama Rantau Panjang.

“Setibanya dekat bank, mangsa yang berasal dari Bukit Perakti Pasir Puteh rebah seterusnya dikerumuni ahli keluarga dan penduduk.

“Mangsa dibawa ke Hospital Pasir Mas dan pihak hospital mengesahkan mangsa mati mengejut. Tiada sebarang unsur jenayah seperti didakwa penduduk,” katanya yang turut menasihati penduduk agar tidak mensensasikan sebarang berita tanpa mengetahui fakta sebenar.

Dalam pada itu, Haliludin berkata, tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku atau kes ugutan di pasar lama Rantau Panjang.

Menurutnya, pihak polis sentiasa mengawal keadaan di sini, namun percaya peniaga di sini amat berdisiplin.

“Mereka akur berpindah pada hari notis terakhir dikeluarkan, malah kerja meroboh berjalan lancar tanpa sebarang insiden.

“Mungkin ada pihak sengaja mahu memburukkan imej peniaga di Rantau Panjang dengan menyebarkan berita palsu,” katanya.

Cantas Khas: 7 lelaki ditahan


  • Antara dadah yang dirampas susulan penahanan tujuh lelaki dalam Ops Cantas Khas IPD Tanah Merah.Antara dadah yang dirampas susulan penahanan tujuh lelaki dalam Ops Cantas Khas IPD Tanah Merah.

TANAH MERAH - Polis menahan tujuh lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah dalam Ops Cantas Khas ‘Total Enforcement’, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah, dekat sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Abdul Aziz Mahmud berkata, tujuh lelaki berusia 22 hingga 37 tahun itu ditahan dalam tiga tangkapan di lokasi berasingan sekitar daerah ini.

Menurutnya, hasil penahanan tujuh lelaki terbabit, polis merampas sebanyak 313 pil dipercayai dadah jenis yaba, 54 pil eramin 5, 34 pil ubat batuk, 10 pil methamphetamine dan 1.25 gram syabu.

“Tangkapan dibuat hasil Ops Bersepadu Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan Jabatan Siasatan Jenayah, IPD Tanah Merah. Kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1), Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya, semalam.

Menurut Abdul Aziz, tangkapan pertama dibuat berhampiran sebuah stesen minyak di Jalan Pasir Mas-Tanah Merah apabila polis menahan seorang lelaki berusia 32 tahun serta merampas 60 pil yaba dan 50 pil eramin 5.

Katanya, tangkapan kedua pula melibatkan penahanan tiga lelaki berusia 20, 22 dan 30 tahun di Taman Barakah, dekat sini, serta rampasan 253 pil yaba, 1.25 gram syabu, empat pil eramin 5 dan 34 pil ubat batuk.

“Ujian awal saringan air kencing mendapati suspek positif methamphetamine. Suspek berusia 20 tahun turut disiasat mengikut Peraturan 25(1)(N) Pendaftaran Negara 1959 kerana gagal mengemukakan kad pengenalan,” katanya.

Tambahnya, tangkapan turut dibuat pegawai Balai Polis Gual Ipoh apabila menahan tiga lelaki berusia 22, 34 dan 37 tahun di hadapan sebuah stesen minyak di Kuala Paku, dekat Gual Ipoh.

“Sebanyak 10 pil dipercayai dadah jenis methamphetamine dirampas. Ujian awal saringan air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis tersebut,” katanya.

Abdul Aziz memberitahu, pihaknya turut memeriksa sebanyak 47 kenderaan membabitkan 25 kereta, 14 motosikal dan lapan lori dalam sekatan jalan raya di hadapan Pondok Polis Alor Pasir dalam operasi sama.

“Sebanyak lapan saman dikeluarkan kepada pesalah trafik. Seramai 52 individu iaitu 40 lelaki dan 12 perempuan diperiksa dalam operasi berkenaan.

“Bagi pemantauan di bank, kedai emas dan pajak gadai sekitar bandar, sebanyak 151 pemantauan dibuat iaitu 47 kali oleh unit kereta peronda, cawangan pencegahan jenayah (23), bit (31), detektif (20) dan rakan cegah jenayah (30),” katanya.

Rumah tak berpenghuni musnah


  • Keadaan rumah Tai San yang musnah terbakar, semalamKeadaan rumah Tai San yang musnah terbakar, semalam

MUAR – Sebuah rumah tidak berpenghuni musnah dalam satu kebakaran di Jalan Salleh, malam kelmarin.

Kejadian yang berlaku jam 1.50 pagi telah mengejutkan pemilik rumah berkenaan yang kini menetap di Johor Bahru apabila menerima panggilan telefon daripada jiran berdekatan rumah berkenaan.

Tay Tai San,54, berkata, dia hairan apabila kejadian itu berlaku memandangkan bekalan elektrik di rumah terbabit sudah dipotong pada 2003.

“Saya terima panggilan jam 5 pagi dan segera pulang ke Muar untuk melihat sendiri rumah pusaka milik keluarga terbakar.

“Sejak rumah ini kosong, saya sewakan kepada rakan yang menjalankan perniagaan menjual roti dan difahamkan menjadi stor simpan barang,” katanya.

Katanya, dia tidak mengesyaki perbuatan sesiapa dan menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.

Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Muar, Ishak Kassim berkata, dua jentera bersama 12 anggota dikejarkan ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan jam 1.55 pagi.

Katanya, pihaknya tiba di lokasi kejadian lima minit kemudian dan mendapati rumah berkenaan sudah terbakar keseluruhannya tetapi keadaan api masih marak.

“Kerja-kerja memadamkan api sedikit sukar kerana tekanan air pada pili bomba di kawasan itu rendah.

"Keadaan itu menyebabkan pasukan bomba terpaksa berulang alik ke kawasan yang agak jauh untuk  mengisi semula air apabila air pada jentera habis.

“Operasi tamat jam 4.30 pagi, bagaimanapun punca sebenar kejadian dan nilai kerugian masih lagi dalam siasatan,” katanya.

Kes Asiana Airlines: Juruterbang dituduh cuai


  • Asiana Airlines

KUMPULAN penyiasat Amerika Syarikat yang menjalankan siasatan ke atas kemalangan penerbangan pesawat Asiana Airlines 214 yang terhempas di San Francisco hampir setahun lalu mendakwa juruterbang yang mengemudi pesawat terbabit tidak diberikan latihan lengkap dan sempurna.

Laporan CNN memetik Pengerusi Lembaga Keselamatan dan Pengangkutan Negara AS, Christopher Hart berkata, faktor anak kapal yang kurang diberi latihan dan tidak dibiasakan dengan sistem pengemudian pesawat Boeing 777 telah membawa kepada insiden kemalangan ke atas pesawat yang membawa hampir 300 penumpang dan anak kapal.

Dalam pada itu, laporan akhir yang dikeluarkan oleh pasukan penyiasat mendakwa salah seorang juruterbang pesawat terbabit secara tidak sengaja mematikan salah satu sistem automatik yang mengawal kelajuan pesawat di udara.

Hasil siasatan juga mendapati juruterbang pesawat tersebut turut menangguhkan keputusan untuk mendarat dengan alasan untuk mengelakkan kemalangan walaupun pesawat tersebut didapati terbang rendah.

Laporan itu bagaimanapun menolak andaian sistem pengemudian pesawat Boeing 777 sebagai salah satu punca berlakunya kemalangan terbabit.

Malah, pakar penerbangan yang turut menyiasat insiden terbabit juga bersetuju bahawa sistem nagivasi dan automasi pesawat Boeing 777 adalah salah satu sistem pesawat yang paling selamat dan paling canggih dalam sejarah penerbangan.

Pada 6 Julai tahun lalu, sebuah pesawat Boeing 777 Asiana Airlines 214 dilaporkan telah terhempas di San Francisco sehingga mengorbankan tiga penumpang manakala 187 yang lain cedera.

“Sistem automasi pesawat Boeing 777 lebih kompleks, ianya menjadi satu cabaran buat juruterbang untuk memahami sistem tersebut.

“Dalam hal in, juruterbang lebih bergantung kepada sistem automatik yang tidak difahami sepenuhnya oleh juruterbang itu sendiri, akibatnya, mereka terbang terlalu rendah dan terlalu perlahan sehingga berlanggar dengan tembok batu di penghujung landasan,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Punca kemalangan masih disiasat sehingga kini.

Dua mayat mangsa bot karam ditemui


Oleh Nur Saliawati Salberi

Shah Alam: Dua lagi mayat mangsa bot karam yang membawa 27 penumpang yang terbalik di Beacon Api Gila, perairan Sepang pada Rabu lalu dijumpai masing-masing jam 7.45 dan 11.30 pagi tadi.

Penemuan dua mayat itu menjadikan mangsa yang masih hilang seramai dua orang termasuk seorang kanak-kanak.


Mayat mangsa ditemui terapung oleh sekumpulan nelayan di tepi pantai yang kebetulan melalui kawasan berkenaan.

Mayat pertama ditemui berhampiran Kuala Sepang Kecil dan mayat kedua pula dijumpai di tepi pantai Tanjung Rhu, Sungai Pelek, Sepang.


Pasukan penyelamat dikejarkan ke lokasi sebelum membawa mayat ke pusat operasi di Sepang Kecil.


Memandangkan keadaan mayat yang mulai reput, anggota penyelamat gagal mengenal pasti jantina kedua-dua mayat itu.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/25

Serangan maut ratusan lebah


Oleh Sitie Nurhajatulziemah Mohd Nor

Rembau: Seorang lelaki warga emas maut manakala anak dan cucu cedera disengat ratusan lebah hutan di kebun durian miliknya di Kampung Pabai, Meku, dekat sini, kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.

Sebelum kejadian itu, mangsa Hashim Ibrahim, 78, bersama seorang anak lelaki, Shahrani, 38, dan cucu, Amirul Ashraf Fadil, 19, pergi ke kebun berkenaan untuk menebas semak.


Isteri warga emas terbabit, Sharifah Mat Rashid, 71, berkata, dia menerima panggilan daripada anak lelakinya itu memaklumkan kejadian menimpa mereka.

"Anak saya memberitahu bapanya secara tiba-tiba diserang ratusan lebah menyebabkan dia dan cucu saya cuba membantu namun, mereka turut disengat.


"Berikutan kejadian itu, anak saya meminta bantuan orang ramai tetapi suami saya meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya ketika ditemui di perkarangan Hospital Tampin, di sini.


Mangsa dibawa ke bilik mayat hospital berkenaan untuk bedah siasat manakala anak dan cucu menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital sama.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/25

Pemandu ambulans cedera kemalangan

Teks dan foto oleh Mohd Khidir Zakaria

Port Dickson: Pemandu ambulans Klinik Kesihatan Port Dickson menempuh detik mencemaskan apabila kenderaan dipandunya terbabas sebelum dilanggar dari belakang oleh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di jalan Lukut-Port Dickson pagi tadi.
Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu difahamkan kedua-dua kenderaan itu dari Lukut menghala ke bandar Port Dickson. 
Ambulans itu juga difahamkan dalam perjalanan balik ke Klinik Kesihatan Port Dickson selepas menghantar pesakit di Pusat Hemodialisis Mawar (PHM), di Lukut, dekat sini. 

Pemandu ambulans yang dikenali sebagai Ravi, 50, memberitahu ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang dari PHM selepas menghantar pesakit dari Hospital Port Dickson.
Foto

Saksi kejadian, Ariffin Ariff, 46, berkata, ketika itu dia sedang memandu di belakang kedua-dua kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu.

Katanya, MPV jenis Proton Exora itu melanggar ambulans dua kali menyebabkan ia ternaik ke pembahagi jalan dan melanggar dua pasu bunga. 

"Dalam keadaan kenderaan agak banyak ketika itu, keadaan sedikit cemas apabila kedua-dua kereta itu tertunda sejauh hampir 40 meter ke depan. 

"Lebih membimbangkan ialah dua pasu bunga besar bergolek dan pecah di laluan bertentangan dan sebatang tiang elektrik tumbang di tengah-tengah pembahagi jalan," katanya. 

Katanya, ketika kejadian, pemandu MPV itu dikatakan mengalami sawan menyebabkan dia tidak dapat mengawal kenderaannya. 

Mangsa pemandu kereta Exora itu dikejarkan ke Klinik Kesihatan Port Dickson untuk menerima rawatan dan kemudiannya dirujuk Hospital Port Dickson (HPD), manakala pemandu ambulans hanya cedera di kaki. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Abd Wahab Harun berkata, punca kemalangan masih dalam siasatan. 

"Pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut dan saksi diminta tampil memberikan maklumat di Balai Polis Port Dickson di talian 06-6472222," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/25

Kedah rampas tanah dijadikan ladang ketum - Mukhriz


25/06/2014 9:16pm

ALOR SETAR - Kerajaan Negeri Kedah akan merampas tanah-tanah yang dijadikan ladang ketum bagi mengekang penyalahgunaan air ketum dalam kalangan masyarakat negeri ini.
Semasa mengeluarkan amaran itu, Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir berkata, seksyen dalam Kanun Tanah Negara memperuntukkan bahawa kerajaan negeri boleh merampas tanah-tanah yang melanggar syarat seperti tanah sawah yang dijadikan ladang ketum.
“Kerajaan negeri tidak teragak-agak merampas tanah itu jika didapati bersalah (menanam ketum) dan pemilik-pemilik tanah persendirian juga tidak terkecuali menerima tindakan sama jika menanam pokok ketum.
"Ini kerana penanaman ketum adalah satu kesalahan di negeri ini walaupun masih belum ada akta yang melibatkan ketum diwartakan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco negeri di Wisma Darul Aman di sini hari ini.
Beliau berkata, polis serta Pejabat Tanah dan Galian juga menyalurkan maklumat mengenai kawasan-kawasan yang dikenal pasti terlibat dengan kegiatan menanam ketum.
“Undang-undang sedia ada memperuntuk hukuman denda dan pesalah yang melakukan kesalahan berulang kali juga dikenakan denda sama.
"Oleh itu, kerajaan negeri mengambil keputusan untuk merampas tanah-tanah yang dijadikan ladang ketum,” katanya. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0625&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_28.htm#ixzz35fD53XHg 
Hakcipta terpelihara 

Datin rugi RM30,000 rumah di Sungai Isap dipecah masuk


25/06/2014 9:20pm

KUANTAN - Seorang wanita bergelar Datin mengalami kerugian kira-kira RM30,000 setelah kediamannya di Sungai Isap di sini dipecah masuk dalam kejadian yang disedari petang semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh, mangsa yang berusia 50-an hanya menyedari kejadian itu sebaik tiba di rumah bersama anak-anaknya pada pukul 4 petang semalam.
"Ketika kejadian, mangsa tidak berada di rumah kerana ke Kuala Lumpur bersama anak-anaknya atas urusan peribadi selama empat hari sejak Jumaat lepas.
"Bagaimanapun sebaik tiba di rumahnya petang semalam, beliau terkejut apabila mendapati keadaan rumah dan bilik tidurnya dalam keadaan berselerak,” katanya kepada Bernama di sini hari ini tanpa mengulas lanjut tentang identiti mangsa.
Mangsa mendapati sejumlah barangan kemas selain mata wang asing dan sebuah komputer riba yang kesemuanya dianggar bernilai RM30,000 dilarikan penjenayah sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0625&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_29.htm#ixzz35fCxwsUT 
Hakcipta terpelihara 

Lima lelaki menyamar anggota polis ditahan kerana peras ugut warga asing


25/06/2014 9:25pm

DUNGUN - Polis menahan lima lelaki termasuk seorang anggota Rela kerana disyaki terbabit dalam kes memeras ugut beberapa warga asing dengan menyamar sebagai anggota polis di sini.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub berkata, helah mereka termasuk dua warga Indonesia itu tidak bertahan lama selepas diberkas pihak polis semalam setelah mangsa membuat laporan polis.
Berikutan itu, polis menahan suspek utama berumur 45 tahun yang telah mendapat taraf kerakyatan tetap itu di sekitar Paka di sini kira-kira pukul 12.15 tengah hari semalam.
"Susulan penahanan suspek utama itu, kita berjaya menjejaki dan menahan empat lagi ahli kumpulan itu termasuk seorang anggota Rela yang kesemuanya berumur lingkungan 20 hingga 45 tahun dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Uda kira-kira pukul 2 petang hari yang sama,” katanya.
Menurutnya dalam serbuan itu, polis merampas tiga pasport yang dirampas daripada warga asing berkenaan, cota, jaket dan topi berlogo polis yang disorokkan di dalam longgokan kayu dan zink berhampiran kediaman mereka.
Polis turut merampas sebuah kereta yang digunakan untuk melakukan kegiatan tersebut. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0625&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_30.htm#ixzz35fCqjZDa 
Hakcipta terpelihara 

Anggota polis antara enam ditahan disyaki pengganas Sulu


25/06/2014 10:01pm

KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis berpangkat koperal antara enam yang ditahan kerana disyaki menganggotai kumpulan pengganas Sulu dalam satu operasi khas sekitar daerah Kunak di Sabah hari ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menamakan anggota polis sebagai Koperal Zainuddin Mislani.
Turut ditahan Abu Bakar Jayari@Alex, 60; anak Abu Bakar, Ilyasa Abu Bakar@Maharaja Omar; Kassim Ibrahim dan Industan@Md. Bustan Lumatang@Hindustan, 55.
Dalam kenyataan hari ini, Khalid berkata, operasi itu turut menyaksikan penahanan Sitti Nukah Abdul Lama, 56, yang juga isteri Kassim.
"Tangkapan terbaharu oleh Cawangan Khas Bukit Aman dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) ini adalah susulan daripada insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah pada Februari tahun lepas,” katanya.
Tambahnya, polis turut merampas kad keanggotaan dan sijil pelantikan ’panglima’ kesultanan Sulu, beberapa dokumen berkaitan kesultanan Sulu serta beberapa bilah senjata tajam.
"Kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 124(C) Kanun Keseksaan dan akan disiasat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA). - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0625&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_31.htm#ixzz35fCftNMA 
Hakcipta terpelihara 

Polis tahan pelajar tingkatan lima larikan kenderaan bersama dua kanak-kanak


25/06/2014 10:13pm

KUALA LUMPUR - Polis hari ini menahan seorang pelajar tingkatan lima yang disyaki terbabit dalam kejadian melarikan sebuah kereta bersama dua kanak-kanak di Taman Perindustrian Puchong, Isnin lepas.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, lelaki itu ditahan dalam sebuah rumah teres, Jalan 4/4B, Taman Puchong Perdana, dekat sini pada kira-kira pukul 2.15 pagi.
Katanya, bertindak atas maklumat orang awam polis menahan lelaki yang tinggal berseorangan dalam rumah itu.
"Di rumah suspek, kami menemui sepasang baju sekolah menengah (lelaki), sebilah pisau pemotong kertas warna merah jambu, sebuah beg sekolah berwarna hitam, sebuah beg silang berwarna coklat, wang tunai berjumlah RM117 serta sebuah dompet berwarna hitam,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379(A) Kanun Keseksaan kerana mencuri dan Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0625&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_32.htm#ixzz35fCKXamj 
Hakcipta terpelihara 

Kemalangan dua buah lori di jalan Batu Kurau Taiping berhadapan dengan Taman Wira

Kemalangan dua buah lori di jalan Batu Kurau Taiping berhadapan dengan Taman Wira.
Maklumat dan gambar dikongsi bersama oleh rakan FB Bomba Saudara John Britto JayBee - Terima Kasih
Add caption
Add caption

Isteri Kantoi Buat Projek Ketika Suami Keluar Main Futsal


124

By Mohamad C.W June 24, 2014 : 9:13 am


BESUT – Angkara mencintai isteri orang, seorang lelaki terpaksa bermalam dua malam di hospital akibat cedera dibelasah penduduk kampung apabila perbuatan terkutuk mereka dilihat suami wanita itu sendiri.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam kelmarin, lelaki berumur 20 tahun yang bekerja sebagai tukang jahit dari Kampung Pangkal Changgong, Machang, Kelantan itu cedera di beberapa bahagian badan termasuk kepala apabila dipukul penduduk kampung.

Difahamkan, dalam kejadian di sebuah kampung di kawasan Jabi yang terletak beberapa kilometer dari Kampung Renek di sini, lelaki terbabit dibelasah ketika berada di dalam rumah sewa wanita itu.

Mangsa dan wanita berkenaan dibawa ke Balai Polis Jertih sebelum diserahkan kepada Pejabat Agama Daerah.

Sebelum itu, kira-kira jam 10 malam, wanita itu dikatakan telah pergi menghantar suaminya yang berusia 23 tahun bermain futsal di sebuah gelanggang futsal di kawasan Jertih.

Apabila pulang ke rumah, wanita itu dikatakan menghubungi buah hatinya dan mangsa datang ke rumah tersebut kerana telah membuat temu janji sebelum itu.

Difahamkan sejam kemudian, suami wanita itu menghubungi isterinya, namun tidak ada jawapan menyebabkan dia mengesyaki sesuatu lantas pulang ke rumah bersama rakannya untuk mengetahui apa yang berlaku.

Apabila tiba di rumah, dia dapati sebuah kereta Perodua Myvi berada di hadapan rumahnya sebelum dia mengintip melalui lubang rumah dan mendapati isterinya bersama seorang lelaki dalam keadaan kurang sopan.

Si suami kemudian masuk ke dalam rumah bersama penduduk kampung, menyebabkan berlaku pergelutan antara lelaki tersebut dan penduduk kampung.

Suami wanita itu yang bekerja sendiri kemudian menghubungi penguat kuasa syariah pejabat agama daerah sebelum pasangan itu diserahkan kepada pihak polis.

Difahamkan pasangan suami isteri itu mempunyai seorang anak berusia setahun lebih, tetapi ketika kejadian anak mereka berada dalam jagaan ibu bapa wanita berkenaan di Kampung Guntung, Setiu.

Menurut sumber, mangsa mengaku ketika kejadian dia baru selesai mengadakan hubungan seks dengan wanita berkenaan dan mereka berkenalan sejak awal tahun lagi.

Lelaki itu juga mendakwa kononnya dia tidak tahu wanita itu berstatus isteri orang kerana wanita terbabit memberitahu dia belum bersuami menyebabkan dia menjalin hubungan dengan suri rumah itu.

Dikatakan juga, lelaki tersebut mengenali pasangannya selepas dia tersalah nombor telefon menyebabkan dia menghubungi wanita itu dan dari situ hubungan mereka terus mesra dan sudah beberapa kali bertemu di pekan Jertih sebelum ini.

Lelaki yang cedera di bahagian muka, kaki dan anggota badan itu dirawat di Hospital Besut sebelum dibenarkan keluar semalam namun ditahan semula oleh penguatkuasa pejabat agama saerah untuk diambil keterangan.

Pemangku Ketua Polis Daerah, DSP Noorzainy Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan daripada suami wanita berkenaan dan tangkapan tersebut.

Menurutnya, pasangan tersebut diserahkan kepada pejabat agama daerah untuk tindakan seterusnya. -Sinar Harian

Suami Isteri Dan Anak Saudara Maut Kemalangan

Sepasang suami isteri serta seorang anak saudara mereka maut dalam satu kemalangan jalan raya di Kilometer 42, Jalan Setiawan-Teluk Intan, Perak.

Kenderaan dinaiki mereka dipercayai terbabas lalu merempuh sebuah treler.

Pasangan suami-isteri yang maut itu adalah Osman Mohamad berusia 70 tahun dan isterinya, Ainon Montak, 66 tahun.

Kedua-duanya maut di tempat kejadian manakala anak saudara mereka, Zaiton Menan, 53 tahun, meninggal dunia di Hospital Teluk Intan.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, kereta yang dinaiki mangsa terbabas lalu memasuki laluan bertentangan.

Sebuah treler yang datang dari arah bertentangan tidak sempat mengelak, terus merempuh kenderaan itu.

Pemandu treler bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketika kejadian, ketiga-tiga mangsa dalam perjalangan pulang selepas bercuti di Pulau Pang


Dua Rakan Kongsi Cedera Ditembak

Dua rakan kongsi dalam perniagaan bijih besi cedera setelah terkena tembakan dilepaskan oleh dua suspek yang menaiki motosikal.

Kejadian berlaku jam satu pagi tadi di Bandar Baru Rawang, Selangor.

Mangsa yang cedera dikenali sebagai Lim Yui Chow  48 dan Yap Kooi Fong 41 tahun.

Lim cedera di lengan kiri.

Manakala Yap di perut.

Siasatan awal mendapati mangsa cuba disamun oleh suspek.

Bagaimanapun mangsa memecut kereta mereka .

Suspek kemudian melepaskan dua das tembakan ke arah kereta mangsa.

Mangsa yang cedera sempat ke balai polis  berdekatan untuk membuat laporan.

Siasatan sedang dijalankan sama ada kes bermotif samun atau musuh perniagaan.

Dua orang cedera parah dalam satu kemalangan membabitkan sembilan kenderaan

Dua  orang cedera parah dalam satu kemalangan membabitkan sembilan kenderaan, termasuk empat buah lori, di kilometer 365.9 Lebuh Raya Utara Selatan, berdekatan Slim River pagi tadi. Menurut Jabatan Bomba Dan Penyelamat  kemalangan  berlaku jam 5.45 pagi tadi. Tumpahan minyak dari sebuah kenderaan dipercayai punca beberapa kenderaan lain terbabas dan berlanggar sesama sendiri. Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Slim River terpaksa mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas untuk menarik kenderaan yang tersangkut di antara satu sama lain. - See more at: http://www.tv3.com.my/beritatv3/berita_terkini/2_Parah_Dalam_Kemalangan_Babit_9_Kenderaan.html#sthash.bOXqVHd1.dpuf

Pelajar bunuh diri kalah pertaruhan Piala Dunia


Beijing: Seorang pelajar kolej di China membunuh diri selepas kalah dalam pertaruhan membabitkan Piala Dunia.

Pelajar tahun kedua yang dikenali sebagai Lin itu, terjun dari tingkat tujuh sebuah bangunan kampusnya kelmarin selepas kalah sebanyak RM9,642 dalam pertaruhan judi bola sepak.


Seorang saksi berkata, dia terdengar mangsa berkata ‘jangan paksa saya!’ dan ‘beri saya masa dua hari lagi dan saya akan pulangkan wang kamu’.



“Dia bercakap di telefon kira-kira 10 minit. Saya nampak dia meletakkan telefon dan tiba-tiba di hilang dari pandangan,” katanya dalam satu kenyataan.


Lin dikejarkan ke hospital di Panyu dalam wilayah Guangdong namun doktor gagal menyelamatkannya.


Seorang lagi saksi yang juga rakan sekelas Lin menyatakan di kehilangan sejumlah besar wang selepas bertaruh dalam beberapa perlawanan Piala Dunia.

“Kami dengar dia meminjam sejumlah besar wang dan kadar faedahnya tinggi.” katanya. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/25

Pemandu mati disangka tidur


Kuala Lumpur: Pengguna Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) berhampiran Hotel One World di sini, terkejut apabila lelaki yang disangkakan tertidur di dalam van sebaliknya didapati sudah mati.
Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, mangsa yang berusia 40-an ditemui dalam keadaan kepala tersembam di bahagian stereng.
Sumber polis berkata, kenderaan mangsa sebelum itu didapati berhenti dan berada di bahu lebuh raya selama beberapa jam. 

Menurutnya, orang ramai yang mulanya menyangka mangsa tertidur bagaimanapun bertindak memeriksa kenderaan itu dan cuba mengejutkan mangsa.
Foto
MANGSA diserang sakit jantung ketika memandu.

“Bagaimanapun mangsa tidak memberi tindak balas ketika cermin kenderaan diketuk. Susulan itu orang ramai segera menghubungi pihak polis bagi memaklumkan kejadian itu.

“Mangsa yang diperiksa dipercayai mengalami serangan sakit jantung sebelum meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, mayat mangsa sudah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/25

Serah diri lepas lari 14 jam


Oleh Rosliza Mohamed

Kota Bharu: Seorang lelaki yang melarikan diri selepas dituduh di mahkamah kerana merogol kelmarin, ditahan semula selepas dia tampil menyerah diri bersama peguamnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas, jam 11.20 pagi, semalam.

Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata, lelaki berusia 20-an itu melarikan diri ketika anggota polis mahu menggarinya di Mahkamah Pasir Mas.


Menurutnya, lelaki berkenaan dihadapkan ke mahkamah kira-kira jam 9 pagi kelmarin, bagi menghadapi tuduhan merogol awal bulan ini.

“Lelaki itu gagal membayar wang jaminan yang diperintahkan mahkamah menyebabkan dia dihantar ke Penjara Pengkalan Chepa, dekat sini.


“Bagaimanapun, ketika anggota polis mahu menggarinya, dia melarikan diri tetapi menyerah diri 14 jam selepas kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/25

Rumah Pengarah Kesihatan Sabah dimasuki pencuri


Kota Kinabalu: Pengarah Kesihatan Sabah Dr Christina Rundi, kerugian kira-kira RM15,000 apabila rumahnya di Taman Tuan Huatt, Jalan Kepayan Ridge, di sini, pagi tadi, dimasuki pencuri.
Difahamkan, ketika kejadian, mangsa tiada di rumah kerana berada di Semenanjung atas urusan kerja.
Kejadian hanya disedari jiran mangsa kira-kira jam 10 pagi tadi yang melihat pintu rumah mangsa terbuka sebelum menghubungi pengarah terbabit.

Mangsa hanya membuat laporan polis kira-kira jam 9.40 malam tadi, sebaik tiba di Kota Kinabalu.
Foto
POLIS forensik menjalankan siasatan di rumah mangsa di Taman Tuan Huatt, Jalan Kepayan Ridge, Kota Kinabalu. FOTO Mohd Adam Arinin

Siasatan awal mendapati, penjenayah dipercayai memanjat pagar hadapan rumah mangsa lalu mengumpil geriji besi sebelum melarikan beberapa barangan kemas dan barangan berharga lain.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/25

Wanita terlepas hukuman gantung


2014/06/24 - 03:31:41

Wanita terlepas hukuman gantung
Margaret Charles
Wanita terlepas hukuman gantung
Margaret Charles
Alor Setar: “Saya anggap ini satu pengajaran... jangan mudah percaya orang terutama yang tidak kita kenali,” kata Margaret Charles, 29, yang terlepas hukuman gantung sampai mati, semalam.

Itu reaksi operator kilang yang berasal dari Kuching, Sarawak, yang dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini, daripada tuduhan mengedar dadah jenis Methamphetamine seberat 2,702.3 gram di Kompleks Imigresen, Bukit Kayu Hitam, dekat sini, dua tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab, membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes berkenaan.

Sejurus mendengar keputusan itu, Margaret yang berbaju T putih dan berkain labuh hitam, menitiskan air mata.

Dia dituduh mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar dadah di Unit Bas/Jalan Kaki Lorong Pemeriksaan Bas, Kompleks Imigresen, Bukit Kayu Hitam, jam 12.10 tengah hari pada 29 Mei 2012.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya daripada Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Mohd Khairuddin Idris.

Mulakan hidup baharu
Margaret yang masih terkejut dengan keputusan itu, berkata dia akan pulang ke Sarawak untuk mulakan hidup baharu.

“Saya tak tahu nak cakap apa kerana masih terkejut... namun bersyukur kerana terlepas daripada hukuman gantung,” katanya kepada pemberita di luar mahkamah.

Wanita itu yang diwakili Datuk Naran Singh, mendakwa kejadian menimpa dirinya berpunca daripada perkenalannya dengan seorang lelaki warga Afrika dikenali sebagai Kingsley, 40-an, menerusi Facebook.

“Kesilapan ini tidak akan diulangi,” katanya.

Terdahulu, Mohd Zaki ketika membacakan keputusan penghakiman, berkata pendakwa gagal membuktikan tertuduh mempunyai kawalan atau pemilikan terhadap beg pakaian mengandungi dadah berkenaan walaupun pada perbicaraan awal berjaya membuktikan sebaliknya.

“Tertuduh dalam keterangan pembelaan bersumpah, mengaku beg itu bukan kepunyaannya, malah tidak pernah meletakkan barangan miliknya dalam beg atau membawa beg itu sepanjang menginap di hotel bersama seorang rakan ketika di Bangkok.

“Tertuduh juga mengaku tidak tahu kandungan beg, hanya mengikuti Kingsley ke Bangkok. Malah, dia mengaku Kingsley adalah individu yang meletakkan beg itu di atas mesin pengimbas di Unit Bas/Jalan Kaki Lorong Pemeriksaan Bas, Kompleks Imigresen Bukit Kayu Hitam dan memintanya mengambil beg itu selepas diperiksa,” katanya.

Kena 15 tahun bunuh tanpa niat


2014/06/24 - 03:31:19

Ipoh: Seorang mekanik dijatuhi dihukum penjara 15 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam, selepas mengaku salah membunuh tanpa niat suami teman wanitanya di rumah mangsa di Sitiawan, dua tahun lalu.

N Ravi Kumar, 30, dijatuhi hukuman itu terhadap tuduhan pilihan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan.

Pelaksanaan hukuman berkuat kuasa dari tarikh dia ditahan pada 13 Februari 2012.

Dia didakwa menyebabkan kematian N Rajendhran, 50, di Kampung Deralik, kira-kira jam 12 tengah malam, 4 Februari 2012.

Pada awalnya, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori sebelum dipinda kepada Seksyen 304 (a) kanun sama, iaitu hukuman penjara sehingga 30 tahun.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Rosidah Abu Bakar, manakala Ravi Kumar diwakili Terence Naidu.

Hakim Lee Swee Seng dalam penghakimannya, berkata mahkamah mengambil kira kepentingan awam, pengakuan bersalah dan ia jenayah pertama dilakukan Ravi Kumar, selain fakta tertuduh diserang terlebih dahulu oleh mangsa hingga cedera sebelum berlaku pergaduhan yang menyebabkan mangsa parah.
“Mahkamah juga mengambil kira pertimbangan sebab pergaduhan dan fakta bahawa tertuduh berpeluang melarikan diri dari tempat kejadian selepas mangsa tidak lagi berupaya,” katanya.

Mengikut fakta kes, Rajendhran meminta isterinya, S Hemala, 30, mengatur pertemuan dengan Ravi Kumar untuk membincangkan soal hubungan tertuduh dengan wanita itu sebelum tertuduh ke rumah mangsa jam 11.50 malam pada hari kejadian.

Boko Haram mengganas lagi

Boko Haram mengganas lagi
Anggota kumpulan kempen #BringBackOurGirls mengadakan perbincangan di Abuja ketika meneruskan bantahan terhadap penculikan 200 murid perempuan 14 April lalu. - Foto Reuters 
Maiduguri: Kumpulan militan menculik lebih 60 gadis dan wanita serta 31 budak lelaki dari beberapa kampung di timur laut Nigeria, kata saksi semalam.

Ibu pejabat kementerian pertahanan di Abuja di dalam kiriman twitternya menyatakan bahawa pihaknya sedang berusaha mengesahkan beberapa laporan mengenai penculikan gadis di negeri Borno.

“Pasukan keselamatan sedang menyiasat laporan penculikan besarbesaran di negeri Borno.

Kami menerima maklumat militan menyerbu kawasan perkampungan akhir minggu lalu,” kata sumber keselamatan.

Sukar untuk mengesahkan laporan dari Kummabza, 150 kilometer dari Maiduguri, ibu negeri Borno dan ibu pejabat tentera yang gagal menghalang serangan hampir setiap hari oleh pejuang Boko Haram.

Berdepan kritikan

Kerajaan dan tentera Nigeria berdepan kritikan kerana tindak balas lambat kepada penculikan lebih 200 pelajar perempuan pada 14 April lalu.
Penduduk Kummabza, Aji Khalil, semalam berkata penculikan berlaku Sabtu lalu dalam serangan yang mengorbankan empat penduduk kampung.

Khalil ialah anggota salah satu kumpulan pengawal kampung yang berjaya dalam menangkis serangan Boko Haram dengan senjata primitif.

Kaunselor kanan dari kampung Damboa memberitahu penculikan berlaku tetapi enggan dikenali kerana tidak dibenarkan memberikan maklumat kepada wartawan.

“Warga tua yang selamat dalam serangan berjalan kaki sehingga 25 kilometer mencari perlindungan di kampung lain,” katanya. 

3 pelajar mengaku salah pukul rakan

3 pelajar mengaku salah pukul rakan
Keratan akhbar laporan BH 8 Jun lalu. 
Samarahan: Tiga pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di Asajaya, di sini, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret semalam atas tuduhan mendatangkan kecederaan ke atas seorang rakan sekolah, April lalu. 



Seorang daripada mereka juga menghadapi tuduhan berasingan melakukan ugutan jenayah terhadap mangsa sama.

Semua tertuduh berusia 16 tahun, masing-masing dari Kampung Sungai Mata, Kampung Tambey dan Kampung Melayu, membuat pengakuan itu di depan Majistret Zulhairil Sulaiman.

Teliti laporan akhir

Zulhairil menetapkan 11 Julai ini untuk menjatuhkan hukuman selepas meneliti laporan akhlak ketiga-tiga tertuduh.

Ketiga-tiga mereka mengaku salah mendatangkan kecederaan kepada mangsa berusia 15 tahun dan didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, manakala seorang lagi turut mengaku salah mengugut mangsa mengikut Seksyen 506 kanun sama.

Tiga pelajar itu hadir di mahkamah ditemani ibu bapa masing-masing dan dibenarkan ikat jamin RM5,000 seorang serta dikehendaki melapor diri di balai polis berhampiran setiap minggu sementara menunggu hukuman.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Nisla Abd Latif, manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mengikut fakta kes, pada jam 9.40 pagi 25 April lalu, ketika mangsa berada dalam Kelas 3G di sekolah itu, dia dipanggil seorang pelajar perempuan tingkatan empat yang mengarahkannya ke tingkat tiga di tepi bilik makmal sekolah.

Apabila sampai di tingkat tiga, dia mendapati beberapa pelajar perempuan lain sedang menunggunya sebelum seorang daripada mereka bertanya mengapa menipu mereka.

Sebelum sempat dijawab, mangsa terus dibelasah, dipukul dan disepak selain salah seorang tertuduh mengugutnya supaya tidak memberitahu kejadian itu kepada sesiapa.

Bagaimanapun, perbuatan berkenaan dirakam dan kemudian video yang tidak disertakan tarikh rakaman, tersebar di laman sosial Facebook (FB) dan Youtube. 

Asrama madrasah tahfiz hangus


2014/06/25 - 05:18:02 AM

Shah Alam: Seramai 24 pelajar Madrasah Tahfiz al-Quran Waattalim Al-Islamiah (MUTQAN) di sini, tinggal sehelai sepinggang apabila bangunan asrama musnah dalam kebakaran petang semalam.

Dalam kejadian pada jam 5.10 petang itu, pelajar tidak sempat menyelamatkan sebarang kelengkapan diri atau dokumen penting.

Alami kerugian RM100,000

Guru Besar, Redhuwan Zaini, 27, berkata pihaknya menanggung kerugian hampir RM100,000 selepas dewan makan, pejabat serta bilik guru turut musnah.

“Selain peralatan elektrik seperti komputer riba, rekod milik pelajar dan dokumen penting juga terbakar. Bagaimanapun, saya bersyukur semua pelajar selamat dan menganggapnya ujian supaya lebih mengingati Allah,” katanya.

Beliau berkata, buat sementara waktu, semua pelajar ditempatkan di Masjid Taman Sri Muda bagi membolehkan kerja pembersihan serta penyelenggaraan dilakukan.

Pelajar, Mohd Iskandar Zulkarnain Mohd Nasir, 15, berkata hatinya sayu sebab kejadian itu berlaku menjelang Ramadan.
“Ketika kejadian kami baru selesai solat Asar dan mahu memulakan bacaan al-Quran. Tiba-tiba kami berbau hangit dan bila keluar, api sedang marak.

“Saya sedih bila kenangkan al-Quran kesayangan terbakar. Namun, kami selalu diingatkan bahawa setiap musibah ada hikmahnya,” katanya.

Tiga langkah atasi penipuan pakej umrah


2014/06/25 - 05:43:49
Kuala Lumpur: Kerajaan semalam mengumumkan tiga langkah drastik bagi menangani masalah penipuan pakej umrah di negara ini, termasuk penubuhan majlis kawal selia umrah.

Majlis itu akan diterajui Bahagian Pelesenan Pelancongan, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Kerajaan juga bercadang mengeluarkan lesen khas umrah bagi memudahkan pemantauan pengendalian pakej umrah dan menyenaraikan 59 syarikat pelancongan sah yang diberi visa umrah oleh Kerajaan Arab Saudi dalam laman web kementerian itu, www.motac.gov.my.

Pada masa sama, kementerian itu juga akan menamakan semua syarikat yang disenaraihitamkan dalam laman web sama.

Semua langkah itu diumumkan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Ia bertujuan menangani isu penipuan pakej umrah yang disifatkan semakin kritikal oleh kementerian berkenaan susulan beberapa siri pendedahan BH mengenainya sejak 5 Mei lalu.

BH melalui laporan khasnya mendedahkan peningkatan hampir 100 peratus kes tuntutan penipuan umrah di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) yang difailkan tahun lalu, iaitu 761 kes berbanding 381 kes pada tahun 2012 serta meningkat setiap tahun.
Pandang serius penipuan

Mohamed Nazri berkata, kerajaan memandang serius isu penipuan pakej umrah yang turut dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat, baru-baru ini.

Menyifatkan penipuan pakej umrah sebagai ‘perbuatan hina’, beliau berkata, majlis kawal selia umrah itu akan ditubuhkan dalam tempoh terdekat, manakala pengeluaran lesen khas umrah akan membabitkan pindaan kepada Akta Industri Pelancongan 1992.

“Selain semua langkah ini, kita juga akan meningkatkan kesedaran masyarakat kerana tidak ada gunanya tindakan tanpa kesedaran masyarakat,” katanya merujuk kepada kes penipuan harga pakej umrah yang terlalu rendah.

Mohamed Nazri berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Bumiputera Malaysia (BUMITRA) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Hadir sama Presiden BUMITRA, Mohd Ayub Hassan; Timbalannya, Ayob Mat Aris dan Setiausaha Bahagian Pelesenan Pelancongan, Kudratullah Fatimy Afandi.

Peralat imam

Akhbar ini baru-baru ini melaporkan ramai umat Islam diperdaya dengan tawaran pakej umrah serendah RM1,400, selain memperalatkan imam, tokoh agama dan selebriti serta bergerak dari surau ke masjid untuk menipu mangsa.

Susulan laporan BH, banyak pihak termasuk BUMITRA mencadangkan kerajaan menubuhkan badan khas untuk mengawal selia pengendalian jemaah umrah yang melebihi 200,000 setiap tahun, selain penetapan harga minimum pakej dan lesen khas untuk syarikat pengendali umrah.

Mengulas lanjut, Mohamed Nazri, berkata pihaknya masih mengkaji keanggotaan majlis itu, termasuk cadangan penetapan harga minimum pakej umrah.

“Kita juga sedang meminda akta untuk mengenakan hukuman lebih tinggi,” katanya merujuk kepada hukuman denda RM50,000 ke atas mereka jika sabit kesalahan menipu pakej pelancongan, termasuk pakej umrah. 

Dadah RM2.2 juta dirampas


2014/06/25 - 05:25:49

Kuala Lumpur: Polis menumpaskan dua sindiket penyeludupan dadah selepas menahan empat lelaki dan seorang wanita dalam dua serbuan berasingan di Nilai, Negeri Sembilan dan Putrajaya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim, berkata polis merampas 391,900 pil dipercayai dadah psikotropik dan syabu seberat 1.6 kilogram yang secara keseluruhan dianggarkan bernilai RM2.2 juta.

Menurutnya, dalam serbuan jam 10.30 malam pada Khamis lalu, polis menahan sepasang suami isteri warga tempatan yang menaiki sebuah kereta Proton Waja, di Nilai, selepas didapati berada dalam keadaan mencurigakan.

“Suspek dipercayai dalam perjalanan menghantar dadah kepada dalang sindiket pengedaran berikutan pemeriksaan polis yang kemudiannya menemui lima kotak berisi pil dipercayai dadah psikotropik di dalam kereta itu.”

“Susulan tangkapan itu, sejam kemudian, kita menahan dalang terbabit iaitu seorang lelaki warga tempatan dan seorang lelaki warga India yang menaiki sebuah kereta BMW di Putrajaya,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman, semalam.

Menurutnya, dadah yang dirampas itu dipercayai diseludup dari negara jiran melalui kargo selepas dipercayai disembunyikan dalam beberapa barang berdaftar yang dibenarkan.

Pasar bekalan di sekitar Lembah Klang
“Sindiket yang dipercayai aktif sejak beberapa bulan lalu, memasarkan bekalan dadah mereka kepada pengedar kecil-kecilan di sekitar di Lembah Klang,” katanya.

Dalam serbuan kedua, Noor Rashid berkata, sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) mematahkan cubaan menyeludup masuk dadah di balai ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Ahad lalu.

“Kita menahan seorang lelaki Pakistan yang cuba menyeludup dadah dengan menggunakan taktik membalut lapan bungkusan dadah syabu di kedua-dua betis, kira-kira jam 10 malam,” katanya.

Semua suspek yang berusia dalam lingkungan 23 hingga 42 tahun itu ditahan reman untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tak guna istilah C4


Oleh Siti A'isyah Sukaimi

Putrajaya: Timbalan Pendakwa Raya Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah memberitahu Mahkamah Persekutuan, di sini, semalam bahawa pihak pendakwaan dan saksi tidak pernah merujuk bahan letupan digunakan dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu adalah C4.

Sebaliknya beliau berkata, bahan letupan C4 dilaporkan oleh pihak media sedangkan pihak pendakwaan dan saksi tidak pernah menggunakan istilah berkenaan.



Katanya, Mahkamah Rayuan terkhilaf dalam undang-undang dan fakta apabila mengatakan responden pertama mempunyai kawalan dan jagaan bahan letupan dengan mengambil kira saksi pendakwaan ke-16 sahaja tanpa memperhalusi keterangan saksi pendakwaan ke-11 di mana ia jelas menunjukkan responden mempunyai peluang untuk menyimpan bahan letupan yang tidak digunakan selepas tamat latihan.

Tun Abdul Majib berkata, demikian dalam prosiding rayuan pendakwa terhadap pembebasan dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar yang masuk hari kedua, semalam.


Seramai lima hakim bersidang semalam diketuai oleh Hakim Negara Tun Arifin Zakaria yang bersidang bersama Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum serta tiga Hakim Mahkamah Persekutuan masing-masing Tan Sri Abdull Hamid Embong; Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Ahmad Maarop.

Azilah dan Sirul Azhar juga hadir pada prosiding semalam dan masing-masing diwakili peguam bela iaitu J Kuldeep Kumar dan Kamarul Hisham Kamaruddin.

Pada masa sama, Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup ketika ditemui media berkata, bahan letupan yang digunakan dalam kes pembunuhan Altantuya ialah Pentaerythritol Tetranitrate (PETN) dan Cyclotrimethylenetrinitramine (RDX).

Sementara itu, J Kuldeep Kumar yang mewakili Azilah dalam prosiding berkata, Mahkamah Rayuan betul dalam keputusannya bahawa bahan letupan adalah dikawal sepenuhnya oleh pihak UTK.


Katanya, responden pertama (Azilah) hanya mempunyai latihan asas dan tidak pernah terbabit dalam sebarang operasi untuk mengendalikan bahan letupan.

Prosiding bersambung hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/25

Balaci tauke dadah


Kuala Lumpur: Sepasang suami isteri yang mengejar kehidupan mewah sanggup menjadi `budak suruhan’ sindiket dadah antarabangsa dengan menjual beratus ribu biji pil khayal dipercayai dadah psikotropik untuk pasaran tempatan.
Pasangan berusia 20-an itu dipercayai diupah dengan bayaran lumayan oleh seorang lelaki warga India yang dipercayai dalang sindiket penyeludupan pil khayal itu ke negara ini.
Kegiatan jenayah itu yang beroperasi sejak beberapa bulan lalu bagaimanapun berjaya ditumpaskan selepas sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman mengekori dan memberkas pasangan suami isteri itu di Nilai, Negeri Sembilan pada jam 10.30 malam Khamis lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, pihak polis kemudian berjaya merampas 391,900 pil psikotropik dianggar bernilai RM2 juta yang disembunyikan di dalam kereta Proton Waja dinaiki suspek.
Menurutnya, suspek ditahan ketika dalam perjalanan ke Putrajaya untuk menghantar pil khayal itu.
“Semua pil khayal itu yang diisi di dalam lima kotak dipercayai mahu dihantar kepada dalang sindiket itu yang sedang menunggu di Putrajaya.
“Susulan itu, kami membuat satu lagi serbuan dan berjaya menangkap seorang lelaki warga India dan seorang lelaki tempatan yang sedang menunggu di dalam sebuah kereta model BMW di tepi jalan di Putrajaya di sini,” katanya.
Foto
NOOR Rashid (tengah) menunjukkan pil khayal yang dirampas JSJN Bukit Aman.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/25

Nahas berdedai


Slim River: Seorang kelindan lori parah selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan sembilan kenderaan di Kilometer 365.9 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah Selatan, di sini, semalam.
Kemalangan membabitkan lima lori dan empat kereta itu dipercayai berpunca daripada tumpahan minyak daripada sebuah daripada kenderaan terbabit mengakibatkan kenderaan lain terbabas dan berlanggar sesama sendiri, jam 6 pagi.
Ketua Polis Daerah Tanjung Malim Superintendan Othman Nanyan berkata, pada mulanya kemalangan itu hanya membabitkan sebuah lori membawa muatan durian yang melanggar lori membawa muatan sawit kisar.
Katanya, akibat perlanggaran terbabit menyebabkan minyak daripada lori yang membawa sawit kisar itu tertumpah dan tujuh lagi kenderaan melalui kawasan itu terbabas serta berlanggar sesama sendiri.
Menurutnya, empat kereta yang terbabit dalam kemalangan itu, dua kereta Perodua Myvi, Nissan Sylphy, dan Perodua Viva manakala lima lori terbabit, sebuah treler dan tiga lori 10 tan.
“Siasatan awal mendapati, tumpahan minyak berkenaan menyebabkan kenderaan yang datang seterusnya gagal mengawal kereta bermula daripada kereta Myvi diikuti kenderaan lain.
“Kemalangan itu mengakibatkan kelindan lori terbabit seorang lelaki cedera parah di pinggang dan dirawat di Hospital Slim River, manakala seorang wanita yang memandu kereta Perodua Viva cedera ringan mendapatkan rawatan pesakit luar di hospital sama,” katanya.
Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Slim River Yusli Abd Latif berkata, pihaknya menerima panggilan jam 6.03 pagi dan tiba di tempat kejadian beberapa minit selepas itu.
Katanya, bomba menggunakan peralatan kecemasan bagi mengeluarkan mangsa tersepit serta memisahkan kenderaan tersangkut antara satu sama lain.

Menurutnya, semua mangsa dapat diselamatkan dan operasi tamat jam 7.45 pagi.
Foto
BOMBA mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan, semalam.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/25

Kereta mewah RM20,000


Oleh Muhammad Apendy Issahak

Ipoh: Menawarkan kenderaan mewah dari negara jiran dengan harga serendah RM20,000, satu sindiket penyeludupan kereta mewah akhirnya tumpas dengan tertangkapnya empat lelaki termasuk dua penjawat awam selain rampasan enam kenderaan di sekitar Perak, Lembah Klang dan Pahang pada hujung bulan lalu.

Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan) Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Datuk Hassan Ibrahim berkata, pada jam 4.30 petang 26 Mei lalu, anggota kastam Teluk Intan merampas kenderaan Toyota Lexus GS300 yang disyaki barang larangan di pekarangan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM), Batu 5, Teluk Intan.

Menurutnya, susulan rampasan itu, pihaknya membuat tangkapan empat lelaki berusia antara 30-an dan 40-an dipercayai anggota sindiket menjual kenderaan dari Singapura tanpa permit, dengan dua daripadanya penjawat awam.

“Dengan tertangkapnya anggota sindiket penyeludupan dan penjualan kenderaan tanpa permit itu, lima lagi kenderaan mewah Toyota Estima, Honda Odyssey, Honda Accord Euro R, dan dua Toyota Wish yang keseluruhannya dianggarkan bernilai RM210,000 turut dirampas dengan nilai cukai keenam-enam kenderaan dirampas adalah RM536,240.

“Kelima-lima pembeli kenderaan terbabit turut ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 135(1)(d), Akta Kastam 1967 dan mereka yang ditahan juga penjawat awam termasuk yang mempunyai jawatan tinggi,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat JKDM Perak, di sini semalam.

Hassan berkata, modus operandi digunakan sindiket terbabit adalah dengan membawa masuk kenderaan mewah yang hampir tamat tempoh untuk dilupuskan dari Singapura secara sah dan sebaik dibawa masuk anggota sindiket atau ejen mengiklankan kenderaan terbabit melalui media sosial untuk mencari pembeli.

Katanya, sindiket itu dipercayai turut menggunakan helah dengan mengatakan kenderaan berkenaan barangan rampasan kastam dan mempunyai ‘orang dalam’ yang boleh mendapatkan dokumen serta pendaftaran kenderaan mewah terbabit.

“Sindiket ini membawa kenderaan dari negara jiran secara sah dan sepatutnya kenderaan berkenaan hanya boleh berada di negara ini untuk tempoh 30 hari saja, namun ia tidak ‘pulang’ dan sebaliknya dijual serta cuba didaftarkan di negara ini dengan bantuan ‘orang dalam’ secara haram.

“Pembeli sasaran pula golongan penjawat awam dan pihak kastam tidak menolak kemungkinan pembeli mengetahui kenderaan terbabit barang larangan, tetapi kerana harga yang murah serta status sebagai penjawat awam termasuk yang berjawatan tinggi membuatkan mereka berani mendapatkan kenderaan mewah berkenaan secara tidak sah,” katanya.

Menurutnya, seorang daripada empat lelaki diberkas yang juga dalang utama sindiket berkenaan, sudah didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan mengikut Seksyen 135(1)(e), Akta Kastam 1967, pada 5 Jun lalu yang kini menunggu untuk perbicaraan, manakala tiga lagi termasuk dua penjawat awam pula, dibebaskan dengan jaminan mengikut Seksyen 116 akta sama untuk siasatan lanjut.

“Siasatan lanjut dijalankan termasuk mengesan ahli sindiket penyeludupan ini yang dipercayai sudah lama beroperasi di Malaysia dan orang ramai terutama penjawat awam dinasihatkan tidak tertipu dan terpengaruh dengan mana-mana pihak, kononnya menjual kereta yang dirampas kastam dengan mudah serta murah.

“Jika disabitkan kesalahan memiliki barang larangan kastam boleh dikenakan denda sehingga 20 kali ganda nilai barang atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/25

‘Dia tanya bila nak pulang’


Shah Alam: “Kak Ita (Norazita Abdul Talib) bergerak dan berpusing ke arah saya sebelum rebah,” kata seorang kakitangan AmBank, Ifasri Wahyuni Mansur, 21, ketika memberi keterangan di Mahkamah Tinggi, di sini, semalam, dalam perbicaraan pembunuhan seorang kakitangan bank, 23 Oktober tahun lalu.
Menurut Ifasri Wahyuni, pada petang sebelum kejadian, hanya ada empat kakitangan bank di dalam premis itu iaitu Arzanna Abdullah (Kak Ana), Norazita (Kak Ita), Laila Azwa dan seorang pengawal keselamatan iaitu tertuduh La Ode Ardi Rasila, 36. 
“Tertuduh datang ke kawasan mesin fotostat di bahagian belakang bank dan bertanyakan soalan yang pelik. Dia (La Ode) bertanya bila saya mahu pulang dan dan sama ada lama lagi hendak siap kerja kerana dia (La Ode) ada perkara perlu dilakukan. Tidak lama kemudian saya mendengar bunyi kuat dan nampak asap keluar ketika sedang melakukan pemfailan di kaunter operasi. 

“Saya pusing ke belakang dan nampak Kak Ana terjatuh dekat pintu bilik simpanan wang, dia minta saya untuk tengokkan Kak Ita yang sudah terbaring, tetapi tertuduh mengacukan ‘pump gun’ dan arahkan saya masuk ke kaunter operasi,” katanya.
Foto
LA ODE dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.

Ifasri Wahyuni memberitahu mahkamah selepas mengikut arahan tertuduh masuk ke kaunter operasi, Arzanna sekali lagi memintanya melihat keadaan Norazita.

“Ketika itu saya sekali lagi masuk ke bilik simpanan dan melihat La Ode mengambil beg hitam dan ‘pump gun’ sebelum beredar. Ketika itu saya lihat Kak Ita masih bergerak. Dia berpusing ke arah saya dan Laila Azwa sebelum rebah dan tidak bergerak lagi,” katanya yang juga saksi kesembilan pada perbicaraan hari kedua kes pembunuhan Norazita di Mahkamah Tinggi, di sini, semalam. 


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. 


Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/25

Hujan peluru


Gombak: Seorang lelaki dan teman wanitanya disifatkan amat bernasib baik apabila masih terselamat walaupun dihujani tembakan pistol oleh penjenayah dari jarak kurang satu meter.
Dalam kejadian jam 1 pagi semalam, mangsa ditembak penjenayah ketika berada di dalam kenderaan oleh seorang suspek yang dipercayai cuba menyamun mangsa di Bandar Baru Rawang 2 di sini, awal pagi semalam. 
Sumber polis berkata, kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa sedang berjalan kaki ke kawasan meletak kenderaan untuk pulang ke rumah. 

Menurutnya, mangsa lelaki berusia 48 tahun menyedari kelibat seorang lelaki yang mengekori mereka dalam keadaan mencurigakan sebelum mangsa mengarahkan teman wanitanya yang berusia 43 tahun segera masuk ke dalam kereta.
Foto
DUA mangsa ditembak di kawasan rumah kedai berhampiran Bandar Baru Rawang, semalam.

“Menyedari dua mangsa cuba melarikan diri, suspek bertindak mengejar mangsa dan mengetuk cermin kereta dinaiki itu.

“Tindakan mangsa yang enggan membuka pintu kereta menyebabkan suspek berang sebelum mengeluarkan sepucuk pistol. Suspek kemudian melepaskan tembakan ke arah cermin sebelah pemandu kereta mangsa,” katanya. 

Menurutnya, suspek melepaskan sekurang-kurangnya tiga das tembakan dari jarak dekat. 


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/25