Search This Blog

Tuesday, June 24, 2014

44 pelajar SK Pendang keracunan makanan


ALOR SETAR 24 Jun - Seramai 44 pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Pendang dikejarkan ke Pusat Kesihatan Pendang kerana disyaki mengalami keracunan makanan pagi tadi.
Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Ismail Abu Taat berkata, kesemua pelajar itu mengalami simptom demam, muntah dan sakit perut setelah menjamah makanan di kantin sekolah pada waktu rehat. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140624/dn_30/44-pelajar-SK-Pendang-keracunan-makanan#ixzz35ZXZX5nt
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kedai emas dirompak lebih RM80,000 di Miri


24/06/2014 9:50pm

MIRI - Sebuah kedai emas kerugian lebih RM80,000 apabila dirompak dua lelaki tidak dikenali bersenjatakan kapak pada pukul 2 petang tadi.
Premis perniagaan tersebut yang terletak tidak jauh dari sebuah restoran makanan segera dirompak dalam tempoh lima minit sahaja dan selepas merompak kedua-dua lelaki tersebut melarikan diri menggunakan motosikal.
Sewaktu kejadian hanya seorang sahaja pekerja bertugas di kedai emas tersebut dan difahamkan tidak mempunyai pengawal keselamatan.
Ketua Polis Miri, Gan Tian Kee berkata, wajah kedua-dua suspek tersebut tidak dapat dicam kerana sewaktu merompak menggunakan helmet bertutup penuh.
"Siasatan sedang diteruskan untuk memburu kedua-dua suspek berkenaan," katanya. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0624&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_37.htm#ixzz35ZXOYMTw 
Hakcipta terpelihara 

Mayat warga emas punca bau busuk


Oleh Mohd Rizal Abdullah

Kuala Lumpur: Bau busuk di sebuah rumah di Desa Setapak membongkar kematian seorang warga emas kira-kira jam 4 petang tadi.


Mangsa yang berumur lingkungan 70-an itu ditemui mati dalam keadaan terlentang.




Kejadian disedari oleh jiran mangsa yang menghidu bau busuk dalam kediaman mangsa seterusnya membuat laporan polis.
Menurut sumber, mangsa yang tinggal seorang diri dipercayai mati sejak beberapa hari lalu.
Sumber itu berkata, kematian mangsa kemungkinan disebabkan serangan jantung berikutan penemuan bekas ubat berhampiran mangsa.

Sementara itu, jurucakap polis berkata kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan mayat mangsa diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/24

Hidup mewah bawa padah


  • Pasangan ini membeli rumah agam bernilai RM2.7 juta.Pasangan ini membeli rumah agam bernilai RM2.7 juta.

GARA - gara terlalu taksub mengumpul koleksi barangan sains fiksyen, sepasang suami isteri di Britain menerima padah selepas mereka dihukum penjara kerana mencuri 2.3 juta pound (RM13 juta) dari sebuah syarikat.

Julie Nikerson, 55, dari West Yorkshire dijatuhi hukuman penjara lima tahun selepas disabit kesalahan kerana melakukan pengubahan wang haram dan penipuan ketika bekerja di jabatan kewangan di sebuah syarikat dobi sejak 2005.

Wanita tersebut didakwa menggunakan wang tersebut untuk membeli sebuah rumah agam bernilai 500,000 pound (RM2.7 juta), perbelanjaan bercuti berjumlah 200,000 pound (RM1.1 juta) termasuk membeli kostum Star Trek berharga 16,000 pound (RM88,000).

Pasangan tertuduh, Anthony, 48, pula dihukum penjara 30 bulan kerana bersubahat dengan isterinya.

Dia mengaku ada memindahkan 925,000 pound (RM5 juta) ke dalam akaun perniagaannya antara Julai 2009 dan Disember 2012.

Anthony mendakwa dia menjadi gelap mata dengan tindakan isterinya walaupun menyedari ia adalah perbuatan pecah amanah.

"Pasangan tersebut mahu hidup mewah walaupun ia sebenarnya di luar kemampuan mereka," kata jurucakap polis.

Susulan daripada itu, mahkamah mengarahkan kesemua 1,000 koleksi barangan sains fiksyen milik mereka termasuk helmet Darth Vader yang dirampas pihak berkuasa supaya dilelong.

Dalam satu kenyataan, pengurus  di pusat lelongan Wilsons di Northern Ireland, Aidan Larkin memaklumkan, koleksi tersebut sukar diperoleh di pasaran.

“Ia jarang ditemui dan hanya boleh didapati dalam sesi lelongan khas,” katanya menurut laporan Daily Mail.

Taktik seludup dadah terbongkar


  • Taktik seludup dadah terbongkar

TAKTIK seorang lelaki di Amerika Syarikat yang cuba melontarkan bola sepak mengandungi heroin, ganja, tembakau, beberapa telefon bimbit dan pengecas di dalam sebuah penjara terbongkar selepas perbuatan itu dihidu pihak berkuasa.

Menurut polis, objek dilemparkan Christen Deon-Sterling Moore dari Detroit dipercayai tersasar dan tidak jatuh di tempat riadah banduan.

"Moore akhirnya ditahan pengawal penjara ketika cuba melarikan diri dengan sebuah kenderaan," kata pegawai di G Robert Cotton Correctional Facility.

Susulan itu, dia berdepan dakwaan memiliki dan menyeludup dadah serta menceroboh kawasan penjara.

Jika disabit kesalahan, setiap pertuduhan itu membawa hukuman penjara sehingga lima tahun.

Media tempatan melaporkan, tindakan pihak berkuasa menghentikan kawalan dan rondaan di penjara negeri telah menyebabkan ia terdedah dengan anasir jenayah dari luar.

Bagaimanapun, jurucakap penjara negeri Michigan, Russ Marlan cuba untuk mempertahankan peraturan tersebut yang didakwa lebih efektif daripada sebelum ini.

"Idea ini dicetuskan oleh warden kami. Penggunaan lampu di sekitar pagar penjara dan kamera pengawasan sebenarnya sangat membantu untuk mengesan penceroboh," jelasnya menurut laporan Daily Mail.

Tersalah ‘landing’, lesen juruterbang digantung


WARTAWAN SINAR HARIAN
24 Jun 2014


HANOI – VIETNAM. Pihak penerbangan Vietnam hari ini menggantung seorang krew penerbangan pesawat Vietjet Air setelah kapal terbang terbabit dilaporkan mendarat di lapangan terbang lain.

Menurut jadual penerbangan asal, pesawat VJ 8575 yang ketika itu membawa 200 penumpang dijadualkan mendarat di Central Highlands, Da Lat namun melencong ke tenggara dan terpaksa mendarat Lapangan Terbang Cam Ranh, berdekatan dengan Kota Pelancongan, Nha Trang.

Menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Vietnam (CAAV), insiden terbabit berpunca daripada kegagalan koordinasi krew yang tidak mengikut prosedur standard penerbangan yang ditetapkan bagi pesawat terbabit.

Dalam kenyataan terbabit, CAAV turut mengesahkan pihaknya telah menggantung lesen penerbangan juruterbang dan krew lain yang terlibat buat sementara dalam tempoh siasatan sedang dijalankan.

Walau bagaimanapun jumlah anak kapal yang terlibat dengan penggantungan itu tidak didedahkan.

Bunuh diri kalah ‘betting’ Piala Dunia


WARTAWAN SINAR HARIAN
24 Jun 2014


GUANGDONG - CHINA. Seorang pelajar kolej dilaporkan melompat dari aras tujuh bangunan kampusnya selepas kerugian hampir $3,000 dalam pertaruhan Liga Piala Dunia Fifa 2014, lapor media pada hari ini.

Pelajar tahun kedua kolej tersebut yang hanya dikenali dengan Lin mengambil keputusan untuk terjun dari bangunan selepas menerima satu panggilan telefon yang memaksanya untuk menyerahkan wang taruhan secepat mungkin.

“Saya mendengar dia berkata ‘jangan paksa saya’, dan ‘ berikan saya masa dua hari lagi dan saya akan pulangkan semula duit itu’ menerusi telefon.

“Dia berbual menerusi panggilan tersebut dalam 10 minit, saya nampak dia mematikan panggilan dan berdiri, kemudian dia hilang begitu sahaja,” kata saksi tersebut kepada pemberita.

Lin kemudiannya dikejarkan ke sebuah hospital di Panyu, Guangdong namun doktor gagal menyelamatkannya.

Menurut seorang rakan sekelasnya, mangsa telah kehilangan kira-kira 20,000 yuan ($3,200) dalam beberapa pertaruhan Liga Piala Dunia 2014.

“Dia meminjam duit yang banyak dan faedah yang dikenakan terhadap pinjamannya semakin meningkat,” katanya.

Bagaimanapun, pihak media gagal mendapatkan nama pasukan Piala Dunia yang disokong mangsa.

Kebakaran kereta di Regency 1 kondominium Mont Kiara

24 Jun 2014 Jam 1217hrs Kebakaran kereta di Regency 1 kondominium Mont Kiara kebakaran melibatkan sebuah kereta yang berada di lot parking bertingkat. Tiada mangsa dilaporkan. Punca dan kerugian masih dalam siasatan.

Kemalangan di KM365.9 Lebuhraya Arah Selatan melibatkan 1 treler, 3 buah lori 10 tan dan 5 buah kereta

Kemalangan di KM365.9 Lebuhraya Arah Selatan pada pukul 6.03 pagi tadi melibatkan 1 treler, 3 buah lori 10 tan dan 5 buah kereta. Mangsa seorang lelaki dan seorang perempuan berbangsa cina cedera parah manakala 12 orang yang lain selamat.
Kemalangan berpunca dari tumpahan minyak sebuah kenderaan yang terbabas. Anggota bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan rescue tool dan winch untuk menarik kenderaan yang tersangkut diantara satu sama lain. Operasi berkenaan dilakukan oleh BBP Slim River


Kemalangan jalanraya di Kampung Kerla, Pasir Mas Kelantan

Kemalangan jalanraya di Kampung Kerla, Pasir Mas Kelantan pada pukul 3.05 petang tadi melibatkan lori dan sebuah kereta. Pemandu kereta cedera parah manakala pemandu treler tidak mengalami kecederaan. Operasi berkenaan dilakukan oleh BBP Pasir Mas



Kemalangan jalanraya di KM106 Arah utara Pagoh, sebuah hilux melanggar belakang lori

Kemalangan jalanraya di KM106 Arah utara Pagoh, sebuah hilux melanggar belakang lori pukul 4.30 petang tadi, Operasi berkenaan dilakukan oleh BBP Yong Peng - info dari saudara Lassen Reich. Terima kasih.



Kemalangan jalanraya di Lebuhraya Kulim-Baling berhampiran Bukit Sarang Ayam

Kemalangan jalanraya di Lebuhraya Kulim-Baling berhampiran Bukit Sarang Ayam pada pukul 12.06 tengahari tadi melibatkan sebuah kereta dan sebuah van. Mangsa seramai 5 orang, 2 lelaki dan 3 wanita cedera parah. Operasi berkenaan dilakukan oleh BBP Kulim Hi Tech dibantu oleh BBP Kulim





Pemuda cedera kereta terjunam 15 meter


Oleh Rosli Ilham
Chukai: Seorang pemuda melalui detik mencemaskan selepas kereta Proton Satria Neo dipandunya terbabas sebelum terjatuh dari Jambatan Bukit Kuang, dekat sini, setinggi 15 meter, petang tadi.
Kemalangan di Kilometer 149 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan itu menyebabkan mangsa Nazlie Ali, 27, yang berasal dari Kampung Padang Marang, Merchang, Marang patah tangan kiri dan cedera di kepala dalam kemalangan yang berlaku kira-kira jam 4.45 petang.
Kejadian itu dipercayai berlaku apabila mangsa dikatakan gagal mengawal kenderaannya selepas melalui satu selekoh di situ sebelum melanggar penghadang jambatan.
Rempuhan kuat itu menyebabkan kereta yang dipandunya itu berpusing sebelum terjatuh dari jambatan terbabit.
Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu kemudiannya bergegas memberi bantuan mangsa yang tersepit di tempat duduknya.
Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Chukai turut dipanggil ke tempat kejadian untuk membantu mangsa.
Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Che Suza Che Hitam ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian dan mangsa yang cedera kemudiannya dikejarkan dengan ambulans ke Hospital Kemaman.

Di lokasi kemalangan...Al-Marhum Ustaz Abu Bakar Chik

Kebakaran melibatkan bilik air di Taman Indera Sempurna, Kuantan

Kebakaran melibatkan bilik air di Taman Indera Sempurna, Kuantan pada pukul 1.35 petang tadi. Ketika kejadian tiada penghuni di rumah. Panggilan dibuat oleh jiran yang ternampak api dari rumah berkenaan. Operasi berkenaan dilakukan oleh BBP Taman Tas






Kemalangan melibatkan sebuah lori tergelincir dan terbalik di dalam tali air, Selinsing, Bagan Serai

Kemalangan melibatkan sebuah lori tergelincir dan terbalik di dalam tali air, Selinsing, Bagan Serai pada pukul 5.44 petang tadi. Mangsa seorang pemandu berbangsa cina maut di tempat kejadian. Operasi berkenaan dilakukan oleh BBP Bagan Serai




Kemalangan di lebuhraya langkawi

Kemalangan di lebuhraya langkawi pada pukul 8 malam tadi melibatkan sebuah kenderaan jatuh gaung dan menghempap bumbung rumah. Gaung tersebut dianggarkan 10 meter dalam. Seorang warga Jerman cedera ringan. Operasi berkenaan dilakukan oleh BBP Langkawi








Kemalangan melibatkan lori dan kereta di Sungai Durian, Teluk Intan.

Kemalangan melibatkan lori dan kereta pada pukul 4.50 petang tadi di Sungai Durian, Teluk Intan. Mangsa 5 orang, 2 daripadanya meninggal di tempat kejadian akibat tersepit dan 2 lagi cedera parah dan seorang lagi tiada kecederaan. Operasi berkenaan dilakukan oleh BBP Teluk Intan