Search This Blog

Monday, June 23, 2014

Peneroka maut terperosok bawah lori


  • Jenazah mangsa dibawa keluar dari Unit Forensik HKT. Gambar kecil: IsmailJenazah mangsa dibawa keluar dari Unit Forensik HKT. Gambar kecil: Ismail

KOTA TINGGI – Gara-gara lampu isyarat rosak, seorang peneroka Felda Air Tawar 2 di sini, yang dalam perjalanan ke bandar Kota Tinggi maut selepas dilanggar sebuah lori di Kilometer 41.5 Johor Bahru-Mersing.

Kejadian di simpang empat lampu isyarat Pasak kira-kira jam 11.20 pagi semalam, mengakibatkan mangsa Ismail Md Amin, 69, maut di tempat kejadian akibat cedera parah selepas terperosok bawah lori terbabit.

Isteri mangsa, Zaleha Monel, 67, yang ditemui di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi (HKT) berkata, suaminya sering berulang alik ke bandar Kota Tinggi berseorangan menaiki motosikal untuk membeli barang.

“Arwah tidak membenarkan saya mengikutnya ke bandar sejak kejadian ragut yang menimpanya setahun lalu kerana khuatir keselamatan saya.

“Kali terakhir saya berjumpa arwah pagi tadi (semalam), ketika itu dia memberitahu hendak ke bandar Kota Tinggi membeli air minuman.

“Tidak sampai satu jam dia keluar, saya dimaklumkan oleh jiran bahawa suami terlibat dalam kemalangan,” kata ibu tiga anak ini.

Zaleha berkata, arwah merupakan seorang yang disenangi terutama kanak-kanak yang belajar mengaji di rumah mereka.
“Kami tinggal berdua di rumah, kesemua anak sudah berkahwin dan tinggal di rumah masing-masing. Seminggu lagi berpuasa, tinggallah mak cik sorang-sorang di rumah,” katanya yang redha dengan ujian tersebut.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, kejadian berlaku apabila lori yang datang dari arah Johor Bahru menghala ke Mersing tidak sempat mengelak motosikal mangsa yang datang dari arah kanan.

Menurutnya, ekoran itu, mangsa termasuk ke bawah lori dan maut di tempat kejadian.

Jelasnya, punca kemalangan dipercayai disebabkan lampu isyarat yang tidak berfungsi bagaimanapun pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) telah dimaklumkan untuk tindakan selanjutnya.

Mayat dihantar ke HKT untuk bedah siasat dan dituntut waris untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Air Tawar 2.

Kes disiasat di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mati akibat bunuh diri


  • Pegawai penyiasat memeriksa mayat sebelum dibawa ke Hospital Tangkak untuk bedah siasat.Pegawai penyiasat memeriksa mayat sebelum dibawa ke Hospital Tangkak untuk bedah siasat.
LEDANG – Polis mengesahkan mayat lelaki yang ditemui dalam keadaan tertiarap dengan lehernya terjerut getah paip dalam tandas sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Kesang Laut di sini, kelmarin akibat bunuh diri.

Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Mohd Salleh Abd Razak berkata, hasil bedah siasat ke atas mayat tersebut menjurus kepada bunuh diri berdasarkan ikatan getah paip pada leher mangsa.

“Getah paip itu kepunyaan pemilik rumah berkenaan yang digunakan untuk menyiram pokok bunga dan pokok buah-buahan.

“Mangsa berusia 32 tahun dan berasal dari Segamat berdasarkan  maklumat pengenalan diri yang ditemui bersama mayat,” katanya kkepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, mangsa dipercayai sudah meninggal dunia lebih seminggu berikutan keadaan mayat yang sudah berulat dan berbau busuk.

Kira-kira jam 7.30 pagi kelmarin, sepasang suami isteri menjumpai mayat seorang lelaki dengan leher dijerut dengan getah paip dalam sebuah tandas di rumah tidak berpenghuni itu.

Fatimah Yunos, 42, dan suami mula menyedari mayat itu selepas terhidu  bau busuk semasa hendak memetik buah di dusun  belakang rumah pusaka ibu mertuanya.

Janin dalam lubang tandas


  • Janin berusia 32 minggu yang ditemui dalam lubang tandas.Janin berusia 32 minggu yang ditemui dalam lubang tandas.

TAIPING – Tidak berhati perut!! Mungkin itu perumpamaan yang wajar diberikan kepada individu tersebut  kerana sanggup membuang janin berusia kira-kira 32 minggu dalam lubang tandas di sebuah restoran makanan segera, Jalan Kota, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, janin perempuan itu ditemui dalam lubang tandas wanita.

Menurut seorang saksi yang enggan dikenali berkata, ketika ingin menggunakan tandas tersebut dia terkejut melihat ada sesuatu dalam lubang tandas.

“Saya terkejut kerana terdapat janin dalam lubang tandas tersebut.

“Berikutan kejadian itu, saya segera memaklumkan kepada kakitangan restoran makanan segera tersebut dan mereka terus menghubungi pihak polis," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, polis melalui bilik gerakan menerima panggilan daripada salah seorang kakitangan restoran tersebut, memaklumkan penemuan janin perempuan.

Menurutnya, selepas bedah siasat dilakukan, didapati janin  perempuan itu berusia kira-kira 32 minggu.

“Sehingga kini difahamkan masih tidak ada saksi yang melihat individu bertindak membuang janin tersebut ke dalam lubang tandas,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam perkembangan sama, Yusuf berkata, janin tersebut kemudiannya dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat.

“Siasatan dilakukan di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkannya ke balai polis berhampiran bagi tujuan membantu siasatan.

“Jika sabit kesalahan, individu yang terlibat boleh dikenakan hukuman penjara selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Didera sebab minta makan


  • Sukri menunjukkan kesan lebam di kaki anaknya yang didakwa didera oleh bekas isterinya.Sukri menunjukkan kesan lebam di kaki anaknya yang didakwa didera oleh bekas isterinya.

KUALA TERENGGANU - Seorang bapa mendakwa anak perempuannya yang berumur 7 tahun menjadi mangsa dera bekas isteri setelah dicubit sehingga lebam hanya kerana meminta makanan.

Dia hanya merupakan pekerja pelantar minyak memberitahu, hanya mengetahui kejadian malang menimpa anaknya itu apabila melihat beberapa kesan lebam di tangan dan kaki dipercayai akibat dicubit.

“Kalau betul bekas isteri terlalu bencikan saya, jangan jadikan anak sebagai mangsa. Apa salah dia sehingga diperlakukan sedemikian rupa?

“Si kecil yang tidak tahu apa-apa itu hanya minta makanan tetapi bekas isteri tergamak mencubitnya sehingga lebam,” katanya yang hanya mahu dikenal sebagai Sukri, 40-an.

Kata bapa kepada tiga anak yang berusia antara 2 hingga 7 tahun itu, dia dan bekas isterinya sudah hampir lima tahun tinggal berasingan sebelum bercerai secara sah pada Mei lalu.

“Sejak kami tinggal berasingan, anak perempuan saya itu dan seorang adiknya berusia 5 tahun tinggal bersama saya di Kampung Mengabang Telipot," katanya.

Kata Sukri, anaknya yang bongsu berusia 2 tahun pula tinggal bersama bekas isteri di Kampung Bukit Tunggal, di sini.

“Bagaimanapun, pada April lalu, bekas isteri ada mengambil kedua-dua anak kami dan tidak menghantar semula sehinggalah sekarang.

"Malah dalam tempoh itu dia langsung tidak menghantar anak kami ke sekolah dan saya hanya tahu selepas dimaklumkan pihak sekolah,” dakwanya.

Sukri mendakwa, segala perbuatan dan tindak tanduk bekas isterinya itu terbongkar apabila pihak sekolah ada menghubunginya Rabu lalu memaklumkan anak sulungnya itu mengalami sakit perut sebelum dia dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, untuk rawatan susulan.

Dakwanya lagi, semasa diperiksa terdapat beberapa kesan lebam di tangan dan kaki mangsa dan mangsa memaklumkan dia dipukul ibunya ketika meminta makanan.

“Ketika ditanya, dia mendakwa sering dipukul dan tidak diberikan makanan yang secukupnya oleh bekas isteri selain tidak dihantar ke sekolah.

“Anak saya (mangsa) turut mendakwa dipukul di tangan, kaki dan badan oleh bekas isteri saya menggunakan rotan dan tangan.

“Tidak mungkin anak saya berbohong apatah lagi memang terdapat kesan lebam di anggota badannya,” dakwanya yang terkilan dengan tindakan bekas isterinya itu.

Susulan kejadian itu, Sukri yang tidak berpuas hati dengan tindakan bekas isterinya mengambil keputusan membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut.

Pelancong Vietnam menangis dipenjara lima bulan


23 Jun 2014


KUALA LUMPUR - Seorang pelancong wanita warga Vietnam menangis teresak-esak selepas Mahkamah Majistret hari ini menjatuhkan hukuman penjara lima bulan terhadapnya kerana mencuri pakaian di sebuah pusat beli-belah.

Majistret Erry Shahriman Nor Aripin menjatuhkan hukuman itu selepas To Thi Kim Thoa, 23, mengaku bersalah dan mengarahkannya menjalani hukuman itu bermula pada tarikh tangkap iaitu 11 Jun.

Wanita itu didakwa mencuri sehelai baju dan dua helai seluar bernilai RM475 di sebuah kedai di Bangsar Village di sini pada 5.40 petang hari berkenaan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.

To hanya diam membisu di kandang tertuduh ketika mahkamah mengarahkannya membuat rayuan. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nor Diana Nor Azwa manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Dalam kes berasingan, seorang tukang jubin dipenjara tujuh hari selepas mengaku bersalah mencederakan rakannya menggunakan sebatang kayu tiga hari lepas.

Majistret Zuraini Abdul Razak menjatuhkan hukuman itu terhadap Lim Kian Chet, 38, (he) dan mengarahkannya menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkap iaitu 20 Jun lepas.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Ong Chuan Wan, 57, di tepi Jalan Jinjang Aman di sini pada 12.45 tengah hari, 20 Jun.

Terdahulu, Lim yang tidak diwakili peguam merayu mahkamah meringankan hukuman kerana perlu menjalani pembedahan untuk memotong kaki kanannya.

Mengikut fakta kes, Lim bertindak memukul bahagian kepala dan tangan kiri mangsa sehingga luka menggunakan sebatang kayu selepas gagal mendapatkan wang berjumlah RM20 yang dimintanya daripada mangsa.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Haderiah Siri.

Dalam pada itu, seorang lelaki, Ariff Zakaria, 21, mengaku tidak bersalah atas tuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap Primang Abdul Wahid, 31, di Projek Perumahan Rakyat Taman Mulia di sini pada 3 petang, 28 Mac lepas.

Mahkamah kemudian menetapkan 8 Julai ini untuk sebutan semula kes.  

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya N. Joy Jothi manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - Bernama

Perogol kanak-kanak beri rasuah kepada bapa mangsa


  • mahkamah

KOTA KINABALU - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara tiga hari terhadap perogol kanak-kanak yang telah disabitkan selepas lelaki itu mengaku salah memberi sogokan kepada bapa kanak-kanak perempuan itu supaya menarik balik laporan rogol terhadapnya.
  
Hakim Ishak Bakri turut mengenakan hukuman denda RM10,000 atau dua bulan penjara jika gagal membayar denda itu selepas lelaki berumur 41 tahun itu mengaku bersalah pada 4 Jun lepas.
  
Riduan Masmud mengaku menyogok bapa mangsa sebanyak RM10,000 dalam tiga pertemuan di Jalan Tuaran Bypass dekat sini pada 18 April tahun lepas.
 
Pada 3 Februari, dia dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan dua sebatan dengan rotan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Ummu Khaltom Abd Samad selepas didapati bersalah merogol gadis itu di dalam sebuah kereta yang diparkir di tepi jalan dekat Air Terjun Kionsom di Inanam dekat sini antara 9 pagi dan 10 pagi pada 18 Februari tahun lepas.
 
Menurut pihak pendakwa raya, Riduan menawarkan wang kepada bapa mangsa untuk membolehkannya mengahwini budak perempuan itu yang ketika kejadian berumur 12 tahun, dan sebagai dorongan kepada mangsa untuk menarik balik laporan rogol terhadapnya.
   
Riduan diwakili peguam Ram Singh manakala pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Kevin Morais.
  
Pada 20 Mei tahun lepas, Riduan memberitahu mahkamah bahawa dia telah berkahwin dengan budak perempuan itu.
  
Dia sedang menunggu rayuannya didengar bagi sabitan merogol itu. - Bernama

Hasrat 29 Pati Myanmar masuk Malaysia gagal


  •  Mohd Zakaria (kiri) bertanya sesuatu kepada pati yang ditahan Mohd Zakaria (kiri) bertanya sesuatu kepada pati yang ditahan

BUKIT KAYU HITAM - Hasrat 29 pendatang asing tanpa izin (Pati) warga Myanmar untuk bekerja di Changlun terbantut selepas ditahan anggota tentera dari Batalion Ketiga Rejimen Sempadan yang mengawal di kawasan sempadan di sini, semalam.

Panglima Enam Briged, Brigadier Jeneral Mohd Zakaria Yadi berkata, pendatang itu cuba memasuki kawasan sempadan melalui lubang tikus dengan mengumpan dua rakan sebagai cubaan.

“Sebenarnya, kita mengesan pergerakan mereka dari awal lagi apabila cuba mengumpan anggota kita dengan kemasukan dua rakan terlebih dahulu. Kalau dua orang ini berjaya masuk, barulah yang lain akan ikut serta.

“Tetapi kita tidak makan umpan itu lebih awal. Kita biar mereka semua masuk, kemudian baru kita baham semua umpan hingga selesai,” katanya kepada media, hari ini.

Menurutnya, operasi penangkapan yang bermula jam 10 malam hingga 3 pagi itu berjaya menahan 26 lelaki dan tiga perempuan yang berumur sekitar 30 hingga 40-an.

Beliau berkata, mereka ditahan ketika cuba menghampiri laluan keselamatan iaitu kira-kira 500 meter dari kawasan berpagar.

“Sebelum tangkapan dibuat, mereka cuba bergerak dalam beberapa kumpulan kecil supaya tidak disedari pihak berkuasa.

“Bagaimanapun, kawalan ketat tentera 24 jam dapat mengekang dan menghindar pintu pagar sempadan dibolosi,” katanya.

Mohd Zakaria berkata, pergerakan pendatang pada ketika itu dipercayai menuju ke arah Bukit Tangga yang berdekatan dengan Universiti Utara Malaysia (UUM) sebelum dijemput oleh ejen atau individu tertentu.

“Siasatan awal mendapati mereka masuk ke negara kita bukan dengan memotong pagar tetapi memanjat pokok di sebelah sempadan Thailand untuk melintasi dahannya supaya dapat melepasi pagar negara kita.

“Walaupun sempadan kita tidak ada pokok tetapi di sebelah Thailand, mereka buat ladang terlalu hampir dengan pagar sempadan. Mereka panjat pokok dan lompat masuk ke kawasan Malaysia,” katanya.

Sementara itu, seorang pati berumur 26 tahun ketika ditemui mengakui masuk ke Malaysia untuk mencari pekerjaan.

Dia yang pernah menetap di Changlun selama enam tahun mampu memperolehi pendapatan sekurang-kurangnya RM1,500 sebulan.

Sebelum ini, dia memasuki Malaysia melalui ejen dengan bayaran RM2,000 seorang.

Cubaan bunuh seorang lelaki gagal


  • Mangsa dipindahkan ke ICU selepas mendapat rawatan kecemasan di HRPB, semalam.Mangsa dipindahkan ke ICU selepas mendapat rawatan kecemasan di HRPB, semalam.

IPOH – Seorang lelaki cedera parah selepas terkena tembakan di bahagian perut sehingga terkeluar usus ketika sedang berjalan kaki sendirian di Khantan, Chemor di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, mangsa yang berusia 24 tahun itu dipercayai dalam perjalanan menuju ke kedai serbaneka berhampiran rumah sewanya.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, berdasarkan maklumat awal, mangsa yang berasal dari Chemor dihalang secara tiba-tiba oleh sebuah kereta jenis Proton Satria.

“Seorang lelaki yang keluar dari kenderaan itu bertindak mengacu sesuatu kepada mangsa. Mangsa yang ketakutan, lari menyelamatkan diri sehinggalah terdengar bunyi letupan.

“Mangsa dapati perutnya terluka terus menyembunyikan diri di tempat tinggalnya itu. Kira-kira jam 9 pagi, adik mangsa ternampak abangnya cedera bertindak menghantar abangnya mendapatkan rawatan,” katanya ketika ditemui di sini.

Menurutnya, mangsa yang parah mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan disahkan stabil di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Hasil semakan mendapati mangsa mempunyai tujuh rekod jenayah lampau dalam penglibatan kes dadah dan samun.

“Bagaimanapun, kita masih menjalankan siasatan dan dalam proses mengumpul maklumat berikutan mangsa masih lemah dalam kejadian itu. Kita tidak dapat mengenal pasti jenis senjata api yang digunakan,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh.

Lelaki pecah masuk kafe internet diburu


23 Jun 2014


KUANTAN - Polis Rompin meminta orang ramai yang dihampiri oleh individu menawarkan komputer riba, kamera digital dan telefon bimbit pada harga murah agar membuat laporan di balai polis berdekatan.
 
Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superintendan Johari Jahaya berkata, ini kerana barangan terbabit mungkin hasil samun sebuah kafe siber di Simpang Sepayang, pagi semalam.
 
"Pemilik kafe siber itu hanya menyedari premisnya dipecah masuk kira-kira jam 8.50 pagi semalam semasa membuka pintu kedai apabila mendapati beberapa barangan elektronik dan wang tunai telah hilang sebelum membuat laporan polis.
 
"Antara yang dilapor hilang ialah wang tunai sebanyak RM950, sebuah komputer riba jenama Acer, satu kamera digital jenama Canon, sebuah telefon bimbit jenama Samsung," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.
 
Beliau berkata, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup, suspek seorang lelaki berusia 30-an dan memecah masuk ke premis dengan mengumpil dinding bahagian belakang kedai terbabit.  - Bernama

Taliban serang Nato


  • Sebahagian kenderaan musnah dalam serangan.Sebahagian kenderaan musnah dalam serangan.

KABUL - AFGHANISTAN. Pejuang Taliban melancarkan lapan serangan roket ke arah lapangan terbang Jalalabad yang menempatkan sebuah pangkalan tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato), kelmarin.

Menurut AFP, Media tempatan melaporkan, kumpulan pejuang itu mengaku bertanggungjawab terhadap serangan tersebut dan mendakwa mereka memasang lapan bahan letupan di pangkalan terbabit.

"Taliban mengancam meningkatkan serangan ke atas tentera Amerika Syarikat (AS) dan Afghanistan. Mereka juga menyasarkan pangkalan tentera, misi diplomatik dan konvoi kenderaan, sebelum pengunduran tentera AS pada hujung tahun ini.

Lubang jerlus berhampiran stadium Piala Dunia


  • Sebuah lubang terbentuk di kawasan setinggan berhampiran Stadium Arena das Dunas menyebabkan tanah runtuh.Sebuah lubang terbentuk di kawasan setinggan berhampiran Stadium Arena das Dunas menyebabkan tanah runtuh.

NATAL - BRAZIL. Sekurang-kurangnya 150 keluarga di kawasan setinggan terpaksa dipindahkan kerana kewujudan lubang jerlus di sebuah penempatan berhampiran Stadium Arena das Dunas.

Saksi berkata, lubang itu tiba-tiba terbentuk menyebabkan kawasan sekitarnya berlaku tanah runtuh selepas hujan lebat melanda sejak minggu lalu.

Difahamkan, penduduk percayai, kewujudan lubang itu mempunyai kaitan dengan projek pembinaan stadium berdekatan yang dibina secara tergesa-gesa.

Menurut Reauters, Keadaan ini menyebabkan struktur tanah di sekitar kawasan itu terjejas dan kurang kukuh.

Stadium Arena das Dunas yang menjadi venue perlawanan kumpulan D antara Itali dan Uruguay, Selasa ini hanya terletak 6.5 kilometer dari kawasan kejadian.

Ditikam kerana hijab


23 Jun 2014

ESSEX - BRITAIN. Seorang warga Arab Saudi yang juga penuntut Universiti Essex maut ditikam 16 kali kerana memakai hijab ketika berjalan di bandar Colechester, Britain.

Menurut MailOnline, Nahid Almanea, 31, ditikam di kepala, leher, badan dan lengan oleh individu tidak dikenali.

Menurut polis, mangsa dipercayai menjadi sasaran Islamophobia kerana pakaiannya.

"Kami sudah menyebarkan rakaman CCTV yang diambil 20 minit sebelum insiden itu berlaku. Seorang suspek berusia 52 tahun ditahan untuk disoal siasat," katanya.

Geng kerat jari mangsa culik ditahan


  • PDRM

KUANTAN - Dua remaja perempuan adalah antara lapan anggota kumpulan ganas 'Geng Padu' yang ditahan dalam dua serbuan di sebuah rumah di Jalan Bukit Ubi di sini Rabu lepas.
        
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Zakaria Ahmad berkata, anggota kumpulan itu yang berumur lingkungan 17 hingga 32 tahun ditahan antara pukul 11.45 pagi dan 4.30 petang.
        
Kumpulan ini aktif melakukan kegiatan jenayah di sini sejak awal tahun ini dan setakat ini dipercayai terlibat dalam lapan kes yang melibatkan tiga kes samun, dua kes pecah rumah, satu kes curi kenderaan dan satu kes memiliki pistol.
        
"Malah siasatan awal mendapati kumpulan ini juga terlibat dalam satu kes penculikan dan pengurungan salah membabitkan seorang mangsa wanita pada 1 Mei lepas di Indera Mahkota.
        
"Dalam kes ini mangsa telah didera selain dikerat jarinya kerana dipercayai menjadi tali barut polis," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen Pahang di sini hari ini.
 
Zakaria berkata, pihak polis turut merampas sepucuk pistol colt automatic 22 special magnum bersama 14 butir peluru yang dipercayai baru dibeli dari negara jiran.
        
"Kumpulan ini berbahaya, sangat berani, ganas dan menggunakan parang dan pisau semasa menyamun. Polis percaya jika belum tertangkap, kumpulan ini juga akan menggunakan pistol," katanya.
        
Hasil samun seperti telefon bimbit, TV LCD serta sebilah pedang samurai, sebuah pacuan empat roda dan kereta turut dirampas.
        
Beliau berkata kesemua mereka yang dipercayai penagih ditahan reman sehingga 1 Julai. - Bernama

kecelakaan jalan raya di highway LPT dekat Bukit Besi

Hari ini PAS Pusat Umumnya dan PAS Terengganu Khasnya telah kehilangan seorang lagi Murabbi.
Almarhum Dato Ustaz Abu Bakar Chik disahkan meninggal di Hospital Hulu Tetengganu akibat kecelakaan jalan raya di highway LPT dekat Bukit Besi lebih kurang 4.30 pagi tadi.


Kereta terbakar

Kereta  terbakar selepas Hasmizie dan Ustaz Abu Bakar Chik keluar dari kenderaan tersebut.

Kemalangan jalanraya di Kg. Baru, Nenasi

Kemalangan jalanraya di Kg. Baru, Nenasi pada jam 4. 56 petang semalam. Mangsa seorang lelaki dan 2 orang perempuan cedera dan diserahkan kepada pihak Ambulan. Operasi menyelamat berkenaan dilakukan oleh BBP Nenasi


Kemalangan bas dan lori di KM187 Arah Selatan (Ayer Keroh)

Kemalangan bas dan lori di KM187 Arah Selatan (Ayer Keroh) pada pukul 6.51 pagi tadi. Mangsa seramai 25 orang, 10 cedera dan 1 cedera parah dan yang lain tidak mengalami kecederaan. Operasi berkenaan dilakukan oleh BBP Ayer Keroh






COOPMART MASJID AT-TAQWA DI CEROBOH (KECURIAN) 23.6.14.










Percutian berakhir dengan tragedi


  • Anggota polis mengusung mayat doktor Alexander Isaac untuk dibawa ke Hospital Port Dickson bagi proses bedah siasat. Jalaluddi nAnggota polis mengusung mayat doktor Alexander Isaac untuk dibawa ke Hospital Port Dickson bagi proses bedah siasat. Jalaluddi n

PORT DICKSON – Kegembiraan seorang doktor bercuti bersama keluarga berakhir tragedi apabila dia ditemui mati lemas selepas tiba-tiba tenggelam ketika mandi-manda di Pantai Bayu Beach Resort, Batu 5, Jalan pantai, kira-kira jam 9.55 pagi semalam.

Sinar Harian difahamkan, mangsa, Alexander Isaac Gurubatham, 80, turun mandi ke kawasan pantai itu bersama ahli keluarganya sekitar jam 9 pagi.

Bagaimanapun, kira-kira 30 minit kemudian, mangsa yang sedang mandi di pantai itu tiba-tiba tenggelam dan kejadian itu turut disaksikan oleh ahli keluarganya.

Anak lelaki mangsa dan ahli keluarga bertindak menyelamatkan mangsa, namun tidak berjaya.

Hanya lebih kurang 20 minit kemudian, mayat mangsa terapung sekitar 50 meter  dari lokasi dia dilihat tenggelam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd Wahab Harun berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Hasil bedah siasat yang dijalankan di Unit Forensik Hospital Port Dickson mendapati, punca kematian adalah lemas,” katanya.

Dikatakan, mangsa yang menetap di Taman Pantai 3, Bukit Pantai, Kuala Lumpur datang ke Port Dickson dan menginap di Bayu Becah Resort bersama isteri, anak dan cucunya sejak Jumaat lalu.

Keberanian wanita bongkar kes ragut


  • Mohd Mokhtar menunjukkan sebahagian barangan yang dirampas daripada penjenayah berkenaan.Mohd Mokhtar menunjukkan sebahagian barangan yang dirampas daripada penjenayah berkenaan.

JOHOR BAHRU – Tindakan berani seorang wanita yang menjadi mangsa ragut mengejar suspek telah berjaya membongkar 12 kes berkaitan di sekitar kawasan Johor Bahru.

Dalam kejadian 5.20 petang, 16 Jun lalu, beg tangan mangsa diragut ketika dia menunggang motosikal.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar  Mohd Shariff berkata, mangsa bertindak pantas mengejar suspek lalu melanggar peragut berkenaan menyebabkan terjatuh.

“Suspek berjaya ditangkap dengan bantuan orang awam dan merampas semula barang milik mangsa.

“Hasil tangkapan ini, polis melakukan serbuan ke di sebuah rumah di Kempas Baru dan menahan tiga lelaki dan seorang perempuan yang dipercayai rakan sekumpulan suspek,” katanya.

Turut dirampas, sebilah pisau dan tiga telefon bimbit dan kesemua yang ditahan berusia 21 hingga 35 tahun disahkan tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau.

Beliau berkata, kejayaan ini membolehkan polis menyelesaikan 12 kes ragut dan samun di kawasan Johor Bahru.

Sementara itu Mohd Mokhtar memberitahu, hasil pemeriksaan dan pemantauan berterusan menerusi Ops Cantas yang digerakkan di seluruh negara sejak Ogos tahun lalu, telah berjaya menurunkan kadar jenayah.

Beliau berkata, hasil ops tersebut seramai 640,911 individu telah diperiksa dari 1 Januari hingga 19 Jun lalu.

“Hasil pemeriksaan ini, seramai 10 602 suspek ditahan yang disyaki terlibat dalam pelbagai jenis kesalahan termasuk 144 daripadanya individu yang dikehendaki polis dan mempunyai waran tangkap.

“Polis komited menjalankan operasi yang telah, sedang dan akan diteruskan pada masa akan datang untuk melakukan pencegahan jenayah,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Menurut Mohd Mokhtar, daripada jumlah individu yang ditahan itu, sebanyak 4019 didakwa di mahkamah manakala 5528 dibebaskan dengan jaminan polis dan 885 masih ditahan di lokap.

Jelasnya, selain menahan individu yang terlibat dalam jenayah ini, polis turut melakukan pemeriksaan ke atas 137 644 kereta dan lebih 200 000 motosikal.

“Hasilnya 236 kereta dirampas dipercayai dicuri untuk digunakan bagi kegiatan jenayah selain 294 motosikal disita,” katanya.

Kebakaran 2 kedai makan dan 1 bengkel kereta di Lepar Utara 1, Jengka Pahang





Kebakaran 2 kedai makan dan 1 bengkel kereta di Lepar Utara 1, Jengka Pahang pada pukul 5.44 petang tadi. Tiada kecederaan dilaporkan. Operasi pemadaman dilakukan oleh BBP Jengka dan BBP Jerantut

Sorok dadah dalam tanah


  • Pasangan suami isteri yang disyaki memiliki 80 botol heroin dibawa ke Mahkamah Majistret Dungun bagi mendapatkan perintah tahanan reman untuk siasatan lanjut.Pasangan suami isteri yang disyaki memiliki 80 botol heroin dibawa ke Mahkamah Majistret Dungun bagi mendapatkan perintah tahanan reman untuk siasatan lanjut.
DUNGUN - Sepasang suami isteri berdepan hukuman gantung sampai mati kerana kesalahan memiliki dadah berbahaya.

Ketua Polis Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub berkata, pasangan yang baharu mempunyai seorang  anak berusia 11 bulan itu ditahan kerana turut disyaki menjadi pembekal kepada penagih sekitar.

Rahsia penglibatan pasangan lelaki berusia 20 dan isterinya 17 tahun itu terbongkar selepas lima anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah diketuai Sub Inspektor Ismail Omar menyerbu rumah sewa pasangan terbabit di Kampung Balai Besar, kira-kira jam 9 malam, 20 Jun lalu.

Ahmad Zailani berkata, hasil pemeriksaan di dalam rumah, polis menemui 10 botol plastik mengandungi serbuk putih disyaki dadah heroin dengan berat anggaran 50 gram.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut menemui 70 botol lagi dadah yang disembunyikan dalam tin ditanam di dalam tanah, berdekatan rumah sewa pasangan tersebut.

“Semua dadah ini dianggarkan seberat 450 gram dengan nilai pasaran  RM36,000.

“Rampasan dadah ini adalah yang terbesar bagi kontinjen Terengganu tahun ini dan sejak empat tahun lalu,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis  Daerah, dekat sini, pagi semalam.

Suspek lelaki seorang buruh kontrak manakala isterinya difahamkan anak seorang pensyarah sebuah pusat pengajian tinggi awam tempatan tidak bekerja.

Wang tunai RM6,600 dipercayai hasil jual beli dadah juga turut dirampas bersama suspek.

Ahmad Zailani berkata, siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan pihaknya percaya suspek baru terlibat dengan aktiviti menyalahi undang-undang itu.

Pasangan lelaki yang berasal dari Seberang Pintasan dan isterinya dari Kampung Sura Dungun itu kini ditahan reman selama tujuh hari bermula 21 hingga 28 Jun untuk disiasat mengikut seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati mandatori jika sabit kesalahan.

Wakil rakyat kena tumbuk ketika sarapan pagi


  • Lelaki yang tumbuk Kok Seong dibawa ke balai polis, semalam.Lelaki yang tumbuk Kok Seong dibawa ke balai polis, semalam.
BAHAU - Ahli Parlimen Rasah, Teoh Kok Seong sedang bersarapan di sebuah kedai makan dekat Taman Satelite, dekat sini, apabila diserang seorang lelaki, semalam.

Kok Seong duduk bersama Adun Bahau, Chew Seh Yong apabila seorang lelaki berusia sekitar 50-an menghampirinya kira-kira jam 10 pagi.

"Lelaki itu tiba-tiba menumbuk dada kiri saya dua kali. Dia kemudian cuba baling kerusi ke arah saya, tapi sempat dihalang," katanya.

Menurutnya, keadaan itu mengejutkan pelanggan-pelanggan.

"Bagaimanapun, semuanya terkawal selepas anggota polis tiba kurang 10 minit (selepas kejadian) dan menahan lelaki itu," katanya.

Kok Leong membuat laporan di Balai Polis Bandar Seri Jempol dan dibawa ke Hospital Jempol untuk pemeriksaan.

Pemimpin DAP itu berkata, dia, tidak akan mengambil tindakan terhadap lelaki tersebut kerana menyifatkan ia sebagai cabaran yang harus dihadapi selaku wakil rakyat.

Menurutnya, beliau mengenali lelaki itu sejak tiga tahun lalu semasa menjadi Adun Bahau.

"Dia pernah datang ke Pejabat Pusat khidmat Dun Bahau semasa itu. Saya tak pasti lelaki itu ada masalah kesihatan atau tidak, tapi dia pernah minta saya buatkan kain rentang kerana dia rasa tidak puas hati terhadap Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak).

"Saya tolak permintaannya kerana ia tak masuk akal. Sejak itu, dia akan menyerang saya setiap kali berjumpa, tidak kira di mana pun,” katanya.

Lelaki yang tumbuk Kok Seong dibawa ke balai polis, semalam.

Remaja maut, teman lelaki parah


22 Jun 2014


BUKIT MERTAJAM - Seorang remaja perempuan maut manakala teman lelakinya cedera parah selepas motosikal yang mereka naiki dilanggar sebuah kereta di Kilometer 8.6 Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) di sini awal, hari ini.
   
Dalam kejadian pada kira-kira 3.15 pagi itu, Nor Farizah Suhaimy, 18, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala manakala Saiful Helmi Zulkiflee, 22, kritikal.
   
Difahamkan ketika kejadian, Saiful Helmi tidak menggunakan lorong khas yang disediakan sebaliknya menunggang motosikal di lorong kiri lebuh raya berkenaan.
   
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor berkata, motosikal mangsa dilanggar dari arah belakang oleh kereta yang dipandu Tan Jian Hong, 26, berikutan keadaan gelap di kawasan berkenaan.

"Kemalangan itu telah menyebabkan motosikal mangsa terperosok di bahagian hadapan kereta manakala pasangan kekasih berkenaan terpelanting ke jalan raya dan mereka mengalami kecederaan parah.
   
"Pemandu kereta berkenaan meneruskan pemanduan selepas beberapa rakan mangsa yang menunggang bersamanya bertindak menyerangnya dengan membaling batu dan memecahkan cermin kereta," katanya.
   
Rusli berkata, Jian Hong memandu sehingga tiba di simpang Kampung Tok Elong sebelum keretanya terbabas ke dalam longkang di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, Jian Hong cedera di bahagian kepala akibat terkena batu serta dikejarkan ke hospital swasta dan dilapor dalam keadaan stabil.
   
Katanya, jenazah Nor Farizah dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat manakala Saiful Helmi turut dirawat di hospital sama.
   
Sementara itu, Suhaimy Yakin, 40, berkata Nor Farizah meminta izin untuk keluar pada pukul 9 malam untuk bertemu rakannya namun dia tidak memberi kebenaran.
   
"Dia tetap hendak keluar apabila dijemput rakannya, dan saya hanya tahu mengenai kemalangan yang menimpanya pada kira-kira 5 pagi ini," katanya. - Bernama

Lari perut berdarah


Oleh Muhammad Apendy Issahak

Ipoh: Seorang lelaki yang berjalan pulang ke rumah selepas membeli barang di kedai serbaneka 24 jam di Khantan, di sini, parah akibat ditembak individu tidak dikenali, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, mangsa yang berusia 24 tahun ditembak dari belakang ketika cuba melarikan diri daripada suspek yang menaiki kereta Proton Satria berwarna hitam yang tiba-tiba menghalang laluannya.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, akibat kejadian itu, mangsa yang cedera di perut sempat menyelamatkan diri dan pulang ke rumahnya.

“Berdasarkan maklumat awal diperoleh, ketika kejadian mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang selepas membeli barang di kedai serbaneka, sebelum secara tiba-tiba dihampiri kereta.

“Mangsa melihat seorang lelaki daripada kenderaan terbabit mengacukan sesuatu yang kelihatan seperti senjata api sebelum mangsa yang ketakutan melarikan diri, namun belum sempat mangsa lari jauh, tiba-tiba dia terdengar bunyi letupan dan merasakan perutnya luka serta berdarah.

“Mangsa tidak berhenti dan terus lari pulang ke rumahnya,” katanya ketika ditemui pada majlis penutup Hari Kesedaran Jenayah dan Kempen Tolak Rasuah Peringkat Kontinjen Perak di Padang Polo Ipoh, di sini, semalam.

Beliau berkata, selepas kejadian, mangsa tidak terus mendapatkan rawatan dan kejadian itu hanya disedari adik lelakinya yang datang ke rumah mangsa jam 9 pagi.

“Adik mangsa yang terkejut melihat abangnya berlumuran darah membawa mangsa ke klinik berhampiran, namun pihak klinik tidak menerima dan mengarahkan mereka mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini.

“Mangsa dihantar ke Jabatan Kecemasan HRPB untuk rawatan jam 11.10 pagi dan laporan mengenai kejadian itu dibuat jam 2 petang oleh anggota polis yang bertugas di pondok polis hospital berkenaan,” katanya.

Katanya, polis belum dapat mengambil keterangan daripada mangsa secara keseluruhan mengenai kejadian itu kerana mangsa masih dalam keadaan lemah.

“Setakat ini, polis belum mengetahui kawasan sebenar tempat kejadian untuk menjalankan siasatan dan memastikan sama ada mangsa ditembak menggunakan senjata api atau senapang angin.

“Polis juga masih menunggu laporan daripada pihak perubatan untuk mengetahui punca kecederaan mangsa selain kebenaran bagi menyoal siasat mangsa dengan lebih lanjut selepas keadaan mangsa stabil,” katanya.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/23

Dikeroyok jiran 4 beranak


Kuala Terengganu: “Saya tidak berdaya membalas balik serangan empat beranak itu,” kata Mohd Amir Amzar Zanuwa, 23, yang hampir putus tangan kanan selepas mendakwa diserang dengan gergaji oleh seorang lelaki bersama isteri dan dua anak di Felda Kertih 5, Kampung Ketengah Jaya, Dungun, Jumaat lalu.
Kejadian jam 3 petang itu dipercayai berpunca apabila tukang rumah berkenaan bertanyakan mengenai SMS berbaur makian dihantar anak lelaki jiran sekampungnya yang berusia 17 tahun. 
Ketika mangsa pulang daripada menunaikan solat Jumaat di kampung itu, dia berhenti di rumah keluarga suspek bagi mendapatkan penjelasan mengenai SMS berkenaan namun belum sempat bertanya, bajunya ditarik remaja terbabit dan berlaku pergelutan. 

Pada masa sama, muncul ibu remaja lelaki berkenaan berusia 50-an yang memukul kepala mangsa dari belakang dengan sebatang kayu menyebabkan dia terjatuh ke dalam longkang berhampiran.
Foto
MOHD AMIR dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Mohd Amir Amzar berkata, dia yang mengerang kesakitan diserang dengan gergaji oleh suami wanita itu yang berusia 60-an.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/23

‘Dia tetap keluar rumah’


Oleh Azma Razana Johari

Seberang Jaya: “Dia tetap keluar rumah walaupun dilarang saya dan ibunya,” kata Suhaimy Yakin, 40, bapa kepada Nor Farizah, 18, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 8.6, Lebuh Raya Butterworth Kulim Ekspressway (BKE) di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 3.15 pagi itu, Nor Farizah yang membonceng motosikal bersama rakan lelakinya, Saiful Helmi Zulkiflee, 22, maut di tempat kejadian, manakala Saiful cedera parah selepas dilanggar sebuah kenderaan dari belakang.



Menurut Suhaimy, kira-kira jam 9 malam kelmarin, arwah ada meminta izin untuk keluar, namun dia dan isteri tidak membenarkannya.

“Saya sendiri tidak menyangka dia tetap keluar ketika dijemput rakan lelaki menunggang motosikal,” katanya yang menetap di Kulim, Kedah.

Foto
KERETA yang terbabas masuk longkang dikejar sekumpulan penunggang motosikal.

Foto
KEADAAN motosikal yang dilanggar kereta.

Menurutnya, jam 5 pagi, dia dikejutkan kehadiran beberapa rakan arwah yang memberitahu Nor Farizah terbabit dalam kemalangan.


“Rakan anak saya datang ke rumah dan memberitahu arwah terbabit kemalangan dan maut di tempat kejadian sebelum bergegas ke Hospital Seberang Jaya (HSJ),” katanya.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/23

Empat maut nahas dua kereta


Baling: Empat orang termasuk tiga sekeluarga maut apabila kereta dinaiki bertembung dalam kemalangan di Jalan Kulim-Baling berhampiran Kampung Binjol Tawar, dekat sini, jam 5.40 petang tadi.
Difahamkan, seorang mangsa mati di tempat kejadian, manakala tiga lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Baling dan Hospital Kulim antara jam 8 malam hingga 9 malam tadi. 
Sumber berkata, kejadian berlaku apabila kereta Perodua Kancil dalam perjalanan dari arah Baling menuju ke Kulim, cuba memotong sebuah kenderaan lain sebelum bertembung dengan Nissan Sentra berkenaan. 

Berikutan itu, katanya lelaki yang juga pemandu Perodua Kancil disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas cedera parah dan tersepit pada tempat duduk pemandu kenderaan yang remuk.
Foto

"Penumpang Nissan Sentra terbabit yang turut cedera dikejarkan ke Hospital Baling, di sini, namun disahkan meninggal dunia.

"Manakala isteri dan anak lelaki kepada pemandu kereta Perodua Kancil berkenaan turut disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kulim," katanya. 

Katanya, pihak polis sedang mengenal pasti identiti mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/23

Padah lelap sekejap


Georgetown: Gara-gara terlelap seorang remaja lelaki nyaris maut apabila kereta dipandunya terbabas sebelum dilanggar kereta di belakangnya di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu berhampiran Queensbay Mall, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi, mangsa yang mahu dikenali sebagai Alan, 20-an berkata, dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Teluk Kumbar.


“Saya tidak sedar bagaimana kemalangan ini boleh berlaku, apabila saya tersedar kaki saya sakit dan tidak dapat bergerak.

“Ketika itu saya terlelap beberapa minit dan hanya sedar selepas kereta berpusing kerana melanggar pembahagi jalan,” katanya.


Difahamkan, mangsa ketika itu dalam perjalanan pulang dari Georgetown selepas bertemu rakannya.


Jurucakap polis berkata, keadaan di kawasan itu gelap menyebabkan pemandu yang datang dari arah sama tidak sempat mengelak kereta mangsa yang ketika itu berada di tengah jalan.

“Mangsa memandu Proton Wira, manakala pemilik kenderaan yang merempuhnya pula seorang wanita yang memandu Perodua Myvi.

“Mangsa bagaimanapun bernasib baik kerana sempat keluar daripada keretanya,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/23

Wartawan Australia antara 16 ditahan


Kuantan: Polis Pahang menahan 16 orang termasuk dua wanita dan Pengerusi Kumpulan Himpunan Hijau, Wong Tack, selepas menyertai perhimpunan di depan kilang Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) di Gebeng, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, semua individu terbabit ditahan selepas masih enggan bersurai walaupun sudah dinasihatkan berbuat demikian pada jam 4 petang.


“Seorang wanita yang ditahan ialah wartawan bebas warga Australia. Polis tidak menggunakan kekerasan dalam menahan mereka. Semua individu terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Dareah (IPD) Kuantan.

“Mereka ditahan mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan kerana terbabit dalam perhimpunan haram,” katanya dalam sidang media berhampiran dengan kilang berkenaan.


Dalam pada itu, Abdul Aziz berkata, perhimpunan itu disertai kira-kira 500 orang membabitkan 100 kereta dan tiga bas yang kebanyakannya datang dari luar negeri ini.


Katanya, bagaimanapun keadaan terkawal memandangkan polis bersiap sedia menghadapi perhimpunan itu.

Kelmarin, Polis Pahang mendapat perintah Mahkamah Majistret, di sini, untuk melarang penganjur Himpunan Hijau dan orang ramai menyertai perhimpunan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/23

Dua beradik parah ditetak


Port Dickson: Dua beradik yang juga pekerja sebuah kilang di Seremban, dekat sini putus telinga kiri dan parah di belakang badan seleps diserang oleh seorang lelaki tidak dikenali di rumah mereka di sebuah taman di Meranti, Bandar Springhill, di sini, malam tadi.
Sumber berkata, dalam kejadian jam 10 malam itu, mangsa, S Kalairasan, 27, putus telinga kiri selepas diserang menggunakan botol arak manakala adiknya, S Pavitran, 19, parah di badan selepas ditetak menggunakan parang.
Katanya, sebelum kejadian kedua dua mangsa sedang menonton televisyen bersama keluarga sebelum Pavitran keluar di halaman rumah untuk mengambil angin.

"Ketika itu dua lelaki yang menaiki kereta jenis Proton Waja berhenti di rumah mangsa sebelum seorang suspek dianggarkan berusia 20-an keluar daripada kenderaan dan bertanyakan Pavitran mengenai abangnya.
Foto

"Menyedari kehadiran sebuah kereta, Kalairasan keluar rumah sebelum suspek berkenaan yang ketika itu memegang botol arak memecahkan botol terbabit dan menyerang mangsa menyebabkan putus telinga kiri.

"Terpinga-pinga melihat abangnya diserang Pavitran bertanyakan sebab abangnya dicederakan sebelum dia pula ditetak selepas suspek mengambil parang di dalam kereta dinaikinya," katanya.
Kata sumber, dalam keadaan cedera parah, dua beradik terbabit berlari memasuki rumah dan mengunci pintu jeriji dan suspek terus melarikan diri.

"Dua mangsa terbabit kini dibawa ke Hospital Port Dickson untuk rawatan lanjut," katanya. 

Menurutnya, punca kejadian mungkin disebabkan dendam dan pihaknya masih menyiasat kes berkenaan.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/23

Kren ‘makan’ tuan


Cameron Highland: Seorang pemandu kren maut selepas kenderaan berat yang sedang dibaiki di Kebun Heng Yang Cheong, Lembah Bertam, di sini, tiba-tiba jatuh dan menghempap dirinya, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa, Kee Thian Chyi, 31, yang juga pemandu kenderaan berat terbabit dipercayai sedang membaiki kerosakan kren berkenaan yang terletak di atas bukit setinggi kira-kira 400 meter.
Ketua Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands Yusry Abdullah Sani berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 12.33 tengah hari memaklumkan ada kren yang terjatuh dan menghempap pemandu di kawasan berkenaan.
Katanya, sebaik tiba di tempat kejadian, pihaknya mendapati mangsa sudah meninggal dunia akibat dihempap kren berkenaan.
“Kita berdepan kesukaran dalam operasi mengeluarkan mangsa berikutan kawasan berbukit menyebabkan pihaknya terpaksa mengambil masa kira-kira setengah jam untuk menarik kren terbabit.
“Kejadian di atas bukit menyebabkan pihaknya terpaksa mendapatkan bantuan lori daripada pekebun kawasan itu untuk membawa peralatan menyelamat ke lokasi berkenaan,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya menggunakan peralatan teleskopik hidraulik bagi menaikkan kren jenis Yanmar itu untuk mengeluarkan mangsa yang kemudian didapati sudah meninggal dunia.
“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom (HSHK), di sini, untuk di bedah siasat,” katanya.
Foto
ANGGOTA bomba sedang mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit di bawah kren.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/23

Takdir mati di bahu jalan


Shah Alam: Seorang penunggang motosikal maut apabila kenderaan ditunggangnya dirempuh dalam kejadian langgar lari di susur ke Bukit Jelutong dari Lebuhraya Guthrie menghala ke Sungai Buloh, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa A Suresh Kumar, 28, yang dalam perjalanan pulang ke rumah dari sebuah kedai makan mati di tempat kejadian selepas motosikalnya dirempuh dari belakang dan menyebabkan dia tercampak ke bahu jalan.
Difahamkan, polis kini mengesan kenderaan terbabit yang dipercayai sebuah kenderaan MPV berdasarkan penemuan serpihan badan kenderaan itu yang ditemui di tempat kejadian.
Menurut Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Shah Alam Deputi Superintendan Goh Lee Shen, mangsa menunggang motosikal jenis Modenas Kriss maut di tempat kejadian akibat kecederaan serius di kepala dan kaki.
“Susulan rempuhan itu, mangsa tercampak 14 meter ke bahu jalan sebelah kiri dan terkena besi penghadang jalan menyebabkan kepalanya pecah.
“Mayat mangsa sudah dihantar ke HTAR (Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang) untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarganya,” katanya.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan saksi kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Inspektor Muhammad Alwi Mustapa di talian 019-2663429.
Foto
KEADAAN motosikal mangsa yang dirempuh dari belakang.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/23

Cari jasad bayi


Shah Alam: Sekurang-kurangnya seorang bayi dikhuatiri lemas bersama empat penumpang lain dalam kejadian bot terbalik yang membawa 27 pendatang tanpa izin di Beacon Api Gila jam 5 pagi 18 Jun lalu.
Ini berikutan penemuan beberapa barangan peribadi dipercayai milik mangsa bot karam berkenaan oleh pasukan penyelamat, iaitu Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menemui beg hitam mengandungi pengecas telefon, botol susu dan susu tepung selain menemui bungkusan sabun serta daging mentah. 
Selain itu pasukan penyelamat turut menemui dua beg galas, beberapa helai pakaian, beg dompet, empat jam tangan serta pengecas telefon kira-kira 1.5 batu nautika daripada Pantai Morib pada jam 3 petang semalam. 

Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Klang Leftenan Komander Mohd Hambali Yaakup berkata, selain barangan berkenaan satu lagi mayat mangsa yang membawa 27 pendatang itu ditemui nelayan di kawasan Batu Laut, pada jam 9.35 pagi, semalam.
Foto
PASUKAN penyelamat mengangkat sisa bot karam.

Penemuan mayat wanita itu menjadikan mangsa yang hilang bagi kes berkenaan setakat ini ialah lima individu iaitu empat lelaki dan seorang kanak-kanak manakala jumlah yang selamat ialah 20 termasuk empat wanita.

Menurutnya, sebaik dimaklumkan mengenai penemuan mayat itu, anggota penyelamat dihantar ke lokasi sebelum membawanya ke pos kawalan Sepang Kecil untuk dihantar ke hospital. 

“Memandangkan keadaan mayat yang mulai reput selepas lima hari berada dalam air, anggota penyelamat mengalami kesukaran membawa naik mayat ke darat. 


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/23