Search This Blog

Thursday, June 19, 2014

Hukuman gila kalah judi



Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

Kajang: Dua remaja lelaki membuat ‘pertaruhan gila’ apabila menjadikan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun sebagai ‘bahan hukuman’ dalam pertandingan permainan komputer diatur mereka.

Dalam kejadian jam 2 pagi Ahad lalu, seorang daripada remaja lelaki terbabit yang tewas dalam permainan komputer itu didenda supaya memperkosa mangsa di sebuah rumah di Batu 9. Cheras di sini.


Sumber polis berkata, kejadian malang itu menimpa mangsa selepas dia menemani rakan perempuannya bertemu dua suspek di kediaman berkenaan.

Menurutnya, mangsa pada mulanya keluar bersama suspek untuk minum di sebuah restoran di Hulu Langat, di sini.


“Selepas selesai minum mereka kemudian singgah di rumah seorang suspek lelaki itu yang berusia 17 tahun. Mereka dikatakan bermain permainan komputer dan membuat pertaruhan.




Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/19

Lagi bot bawa 27 penumpang karam pagi ini


HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Belum pun selesai usaha mengesan mangsa tongkang karam di Banting semalam, satu lagi kejadian bot karam berlaku di Kuala Langat kira-kira jam 10 pagi ini.

Bot pancung yang membawa 27 penumpang itu dilaporkan karam perairan Beacon Air Gila di perairan Sepang kira-kira 30 batu nautika dari Pelabuhan Klang Utara.

Menurut Pengarah  Operasi Daerah Maritin 4 Klang, Leftenan Komander Maritim Mohd Hambali Ya'acob 18 mangsa berjaya diselamatkan, manakala sembilan lagi dilaporkan masih hilang.

Dalam pada itu, perkembangan uasaha menyelamat penumpang tongkang karam di Banting hari ini menemui satu lagi mayat yang menjadikan jumlah keseluruhan kematian setakat ini sebayak 10 orang.

Tragedi tongkang karam itu berlaku pada awal pagi Rabu di luar pantai Selangor, berdekatan Sungai Air Hitam, Banting.

Tongkang tersebut membawa 97 penumpang yang terdiri daripada pendatang asing Indonesia.

Mayat yang ditemui semalam telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk bedah siasat.

Sehingga malam tadi,  jumlah mangsa yang diselamatkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) adalah 62 orang (49 lelaki, 12 wanita dan 1 kanak-kanak) dengan 26 dikhuatiri masih hilang.

Operasi mencari dan menyelamat hari ini diteruskan dengan operasi di laut dan tinjauan melalui udara.

Pihak berkuasa bagaimanapun tidak menolak kemungkinan ada mangsa yang barangkali terselamat dan bersembunyi kerana takut berdepan dengan tindakan undang-undang.

Difahamkan, jarak lokasi kejadian dari daratan adalah kira-kira 200 hingga 300 meter. - HARAKAHDAILY 19/6/2014

Iraq minta AS lancar serangan udara


BAGHDAD 19 Jun - Kerajaan Iraq, hari ini secara rasmi meminta bantuan Amerika Syarikat (AS) untuk melancarkan serangan udara ke atas kedudukan kumpulan militan yang menguasai beberapa bandar dan kawasan utama di negara ini sejak lebih seminggu lalu.
Menteri Luar Iraq, Hoshyar Zebari berkata, permintaan itu dibuat berdasarkan perjanjian keselamatan antara Washington-Baghdad dan serangan udara perlu dilancarkan dengan segera bagi mematahkan kemaraan militan Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL).
Bagaimanapun, Zebari menegaskan bahawa tindakan ketenteraan sahaja tidak akan mencukupi dan penyelesaian secara politik perlu dilaksanakan bagi menyelesaikan krisis tersebut.
Awal minggu ini, AS menempatkan kapal pengangkut pesawat di Teluk Parsi dan mengerahkan sejumlah anggota tentera untuk meningkatkan tahap keselamatan di Iraq, tetapi Washington masih belum memberi maklum balas terhadap permintaan Baghdad untuk melancarkan serangan udara ke atas ISIL. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140619/lu_10/Iraq-minta-AS-lancar-serangan-udara#ixzz354Nk9zH8
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Bot karam di Pulau Carey: Mayat ke-12 ditemui


KUALA LANGAT 19 Jun - Mayat ke-12 insiden tongkang karam di Perairan Sungai Hitam, Pulau Carey semalam, ditemui di perairan Pantai Morib petang ini.
Mangsa ditemui oleh nelayan kira-kira pukul 1 petang tadi dan menjadikan kesemua mayat yang ditemui setakat pukul 2 petang ini ialah 12 orang dengan 24 lagi masih hilang. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140619/je_22/Bot-karam-di-Pulau-Carey-Mayat-ke-12-ditemui#ixzz354NQE5tO
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiga parah, bas langgar 4 kenderaan di Lebuhraya Persekutuan


SHAH ALAM 19 Jun - Tiga orang cedera parah dalam kemalangan membabitkan sebuah bas henti-henti dengan empat kenderaan termasuk sebuah motosikal di KM16.1 Lebuhraya Persekutuan berdekatan Plaza Tol Batu Tiga di sini pagi tadi.
Dalam kejadian pukul 8.30 pagi itu, bas yang membawa 15 penumpang dari Klang ke Kuala Lumpur dikatakan cuba mengelak sebuah kenderaan pada laluan yang sama sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh besi penghadang jalan.
Ketua Bahagian Trafik dan Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, DSP Goh Lee Shen berkata, bas berkenaan dipercayai hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan sehingga melanggar tiga kenderaan iaitu masing-masing sebuah Proton Wira, Toyota Camry dan Perodua Myvi yang datang dari arah bertentangan.
Katanya, bas itu kemudiannya merempuh satu lagi besi penghadang jalan di laluan motosikal dan melanggar sebuah motosikal yang sedang melalui laluan berkenaan sebelum terbabas ke kawasan berumput.
"Tiga mangsa mengalami kecederaan ialah penunggang motosikal, pemandu Proton Wira dan seorang penumpang bas," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Goh berkata kesemua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk rawatan lanjut. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140619/dn_24/Tiga-parah-bas-langgar-4-kenderaan-di-Lebuhraya-Persekutuan#ixzz354NH2nNT
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Penyanyi wanita Pakistan ditembak mati


2014/06/19 - 15:06:26

PESHAWAR, Pakistan: Lelaki bersenjata yang tidak dikenali menembak mati penyayi wanita popular Pakistan di Peshawar dalam serangan terbaharu ke atas artis wanita, menurut pihak berkuasa.

Gulnar, 38, yang lebih dikenali sebagai Muskan, ditembak empat lelaki bersenjata yang menyerbu masuk ke rumah beliau semalam. Beliau meninggal dunia di hospital.

“Penyanyi Gulnar ditembak mati,” kata ketua bali polis, Riazul Haq.

Serangan terhadap penyanyi wanita sering berlaku di Khyber-Pakhtunkhwa, negeri di barat laut Pakistan, kerana bidang seni dianggap maksiat. - AFP

Seorang maut, tiga sesak nafas terhidu gas di loji Kertih


2014/06/19 - 15:30:04

CHUKAI: Seorang maut manakala tiga lagi mengalami sesak nafas selepas terhidu gas ketika kerja membaik pulih paip di loji gas PETRONAS Kertih, di sini, malam tadi. 

KEMALANGAN MELIBATKAN SEBUAH BAS, SEBUAH KERETA PROTON WIRA DAN SEBUAH MOTORSIKAL

KEMALANGAN MELIBATKAN SEBUAH BAS, SEBUAH KERETA PROTON WIRA DAN SEBUAH MOTORSIKAL DI SELEPAS TOL BATU 3, FEDERAL HIGWAY MENGHALA KLANG PADA PUKUL 8.45 PAGI TADI TERDAPAT 6 ORANG CEDERA. OPERASI MENYELAMAT OLEH BBP SUBANG JAYA








Bekas jurugambar sambilan maut


  • Keadaan remuk motosikal ditunggang Muhammad Hasrul dan Mitsubishi Lancer yang
melanggar penunggang terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh.Keadaan remuk motosikal ditunggang Muhammad Hasrul dan Mitsubishi Lancer yang melanggar penunggang terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh.
TEMERLOH - Sepupu kepada mangsa kemalangan maut membabitkan sebuah kereta Mitsubishi Lancer dan sebuah motosikal di Kilometer 120 Jalan Kuala Lumpur Kuantan dekat Kampung Paya Pulai, di sini malam kelmarin menceritakan dia bagaikan mendapat petanda buruk beberapa jam sebelum kemalangan tersebut berlaku.

Kemalangan membabitkan Muhammad Hasrul Hamdan 24, bekas jurugambar sambilan TV9 dan TV3 itu seperti sudah diberikan petanda kepada sepupu mangsa Muhammad Hanafi Rozali 22, yang sentiasa teringatkan arwah beberapa jam sebelum itu.

Menurutnya, dua hari sebelum kejadian dia sentiasa terbayangkan wajah arwah dan asyik memikirkan soal keselamatan arwah yang tidak bekerja sejak berhenti menjadi jurugambar sambilan televisyen.

“Beberapa minit sebelum kejadian, semasa menadah tangan berdoa di masjid, dalam doa saya itu pun terbayang wajah arwah,” katanya ketika ditemui di tanah perkuburan Islam Kampung Tanjung Besar di sini semalam.

Muhammad Hanafi berkata, sehari sebelum itu juga dia sempat memaklumkan kepada bapa saudaranya mengenai nasibnya jika arwah sudah tiada kerana arwah sememangnya rapat dengannya.

“Kami sangat rapat, hanya terpisah kerana kerja, biasanya pada sebelah petang kami bersama hampir setiap malam berborak hingga jam 2 ke 3 pagi di tangga rumahnya,” katanya.

Muhammad Hanafi berkata, semasa kejadian, dia menerima panggilan telefon dari arwah jam 9.11 malam tetapi tidak sempat mengangkat kerana sedang menunggang motosikal.

“Saya memang dalam perjalanan untuk bertemunya, saya dan beberapa rakan memang berjanji untuk main badminton.

“Saya singgah di hadapan kedai dekat rumah, masa itu jam 9.14 malam dan kami sempat berborak dengannya beberapa minit, arwah kemudian terus melintas jalan dengan motosikalnya dan ketika itulah sebuah kereta dipandu laju merempuhnya.

“Saya sempat memanggil namanya dan mengajarnya mengucap, masa itu dia angguk tanda faham, tiga kali saya ajar dia mengucap, kemudian ambulans bawanya ke hospital dan arwah meninggal dunia lebih kurang hampir jam 4 pagi,” katanya.

Jenazah Allahyarham Muhammad Hasrul disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tanjung Besar kira-kira jam 9.30 pagi semalam.

Turut sama menziarahi, Presiden Kelab Media Pahang Nik Naizi Husin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Anuar Othman mengesahkan kejadian dan siasatan masih dijalankan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1997.

Rumah terbakar gara-gara lupa tutup api cerek


  • Hafis (kiri) menyerahkan sumbangan Muip kepada Mass Azni.Hafis (kiri) menyerahkan sumbangan Muip kepada Mass Azni.
ROMPIN – Kecuaian meninggalkan rumah ketika cerek air yang sedang dimasak atas dapur menyebabkan kediaman sepasang suami isteri di Kampung Sarang Tiong, dekat sini terbakar dan kini terpaksa menumpang di rumah emak.

Mass Azni Mat Nayan, 31, berkata, mereka sekeluarga kini tinggal di rumah emaknya yang terletak berhampiran kediaman mereka sementara menanti rumah selesai dibaik pulih.

Menurutnya, hampir 30 peratus rumahnya terjejas akibat kejadian itu terutama di bahagian dapur.

“Sekarang kami menumpang di rumah emak, mujur dia tinggal seorang diri, jadi sekurang-kurangnya dapatlah kami menemaninya,” katanya.

Menceritakan kejadian itu Mass Azni berkata, kediamannya terbakar disebabkan kecuaiannya meninggalkan rumah ketika sedang menjerang air atas dapur, namun dia bersyukur kerana 70 peratus bahagian rumah selamat dari kebakaran.

Katanya, dia bersama suami merancang untuk membaiki rumah menggunakan wang bantuan yang diberi Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Pahang (Muip) Cawangan Kuala Rompin dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Rompin.

Sementara itu, Pegawai hal Ehwal Islam Muip Rompin, Mohd Hafis Mohd Saad berkata, sumbangan itu bertujuan meringankan beban mangsa dan seterusnya memulihkan semangat mangsa yang menempuh saat sukar selepas ditimpa musibah.

Penjawat awam ditahan positif dadah


  • Penjawat awam (tiga, kanan) yang ditahan di Bukit Besi dibawa ke IPD Dungun untuk siasatan lanjut.Penjawat awam (tiga, kanan) yang ditahan di Bukit Besi dibawa ke IPD Dungun untuk siasatan lanjut.
DUNGUN – Seorang penjawat awam adalah antara 12 yang ditahan positif dadah dalam satu operasi dilakukan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah, dekat sini.

Suspek yang berusia 30-an dan berasal dari Kampung Raja Besut itu ditahan hasil serbuan polis selepas menerima maklumat risikan mengatakan dia terbabit dengan penyalahgunaan dadah.  

Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methampethamine.

Selain penjawat awam berpakaian seragam itu, operasi sama yang diketuai Inspektor Mohd Ridhuan Ismain turut menahan seorang wanita berusia 20an di Felda Kerteh kerana memiliki pil kuda yang ditemui dalam genggamannya.

Seorang lelaki Melayu yang juga suami kepada wanita terbabit turut diberkas mengikut Langkah-langkah Pencegahan Khas kerana terbabit dengan penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan operasi tersebut dan kesemua suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut.

Buruh tak sempat nikmati hasil habuan


  • Suhaimi dipenjarakan enam bulan oleh Mahkamah Majistret, Kuala Terengganu, semalamSuhaimi dipenjarakan enam bulan oleh Mahkamah Majistret, Kuala Terengganu, semalam

KUALA TERENGGANU - Malang berganda! Seorang buruh bukan saja gagal menikmati habuan ketika cuba memecah masuk masjid, tetapi juga terpaksa meringkuk di penjara selama enam bulan.

Majistret Abdul Hayyi Salim membuat keputusan itu selepas Suhaimi Ismail, 31, dari Pangsapuri Ladang Gemilang, di sini, mengaku salah memecah masuk dan cuba mencuri dengan mengumpil pintu utama Masjid Tok Ku, Tuan Besar Chabang Tiga, di sini.

Dia mengaku salah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan pecah masjid pada jam 3.50 pagi, 11 Jun lalu.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Miky Dunstan Muda, manakala Suhaimi tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, tindakan Suhaimi yang cuba memecah masuk masjid berkenaan disedari seorang penduduk kampung yang tinggal berhampiran masjid berkenaan.

Curiga dengan tindak tanduk Suhaimi, lelaki berusia 40 tahun dan bekerja sendiri itu  mengambil keputusan untuk memerhati tindakan tertuduh selama lima minit.

Suhaimi kemudian berjaya memecah masuk masjid berkenaan dan lelaki terbabit bertindak menghampiri Suhaimi yang ketika itu cuba memecahkan tabung masjid menggunakan pemutar skru dan penukul.

Ketika cuba menahan Suhaimi, berlaku pergelutan antara mereka yang mana tertuduh cuba menikam lelaki terbabit menggunakan pemutar skru.

Kejadian itu menyebabkan tertuduh bengkak di muka dan calar di badan sebelum lelaki terbabit bersama rakannya menghubungi polis untuk tindakan lanjut.

Motosikal dicuri 'pengail' tabung masjid


  • Peralatan dipercayai digunakan penjenayah untuk mengambil wang dari tabung masjid.Peralatan dipercayai digunakan penjenayah untuk mengambil wang dari tabung masjid.

KUALA TERENGGANU - Bukan sahaja nyaris cedera akibat diserang semasa dalam usaha membantu menangkap lelaki yang cuba mencuri duit tabung masjid, malah seorang pemuda terpaksa menanggung kerugian apabila motosikal Honda Wave miliknya dilarikan penjenayah terbabit.

Kejadian tragis itu berlaku kira-kira jam 5.30 pagi, berhampiran Masjid Kampung Kubang Ikan, Chendering, di sini, Isnin lalu.

Mangsa, Abdul Halim Abdul Ghani, 28, berkata, sebelum insiden itu, dia bersama empat lagi rakan sekampungnya sedang menyaksikan perlawanan bola di sebuah kedai makan berhampiran masjid berkenaan.

“Sedang kami asyik menonton perlawanan bola, secara tiba-tiba bilal masjid datang ke kedai memaklumkan ada orang sedang ambil duit dari tabung masjid.

“Ketika berbincang untuk mengambil langkah selanjutnya, kami ternampak seorang lelaki tak dikenali melarikan diri dari pintu belakang masjid dan kami bertindak mengejarnya,” katanya.

Rampas motosikal

Abdul Halim berkata, menyedari dirinya dikejar, lelaki itu merampas sebuah motosikal dinaiki seorang penduduk kampung yang ketika itu dalam perjalanan ke masjid sama untuk menunaikan solat Subuh.

“Terkejut dengan tindakan suspek, saya nekad mengejarnya dengan menunggang motosikal sementara rakan lain pula mengejar dengan Perodua Myvi.

"Rakan yang memandu Perodua Myvi  nekad melanggar suspek dari arah belakang bagi menghalangnya melarikan diri," katanya.

Kata Abdul Halim, lelaki itu kemudiannya bertindak mengayun parang ketika dia dan rakan lain cuba memberkasnya.

Bimbang dicederakan Abdul Halim dan rakannya menjauhkan diri daripada lelaki tersebut.

Katanya lagi, peluang itu digunakan lelaki berkenaan untuk melarikan diri ke arah Jalan Permint Jaya, Chendering, di sini, dengan merampas motosikal miliknya.

Dia kemudiannya membuat satu laporan di Balai Polis Chendering.

Nampak kelibat manusia meniarap

Sementara itu, bilal masjid berkenaan, Che Ku Ahmad Che Ku Jaafar, 54, berkata, lebih kurang jam 5 pagi sejurus tiba di masjid untuk membuka lampu, dia ternampak kelibat susuk tubuh manusia sedang meniarap di sebelah tabung dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, sebaik sahaja lampu dibuka, suspek melarikan diri ke arah ruang solat wanita.

“Saya cuba mengejarnya, tapi suspek lari begitu pantas sebelum hilang menyebabkan saya minta tolong lima pemuda kampung yang ketika itu berada di kedai berhampiran sedang menonton perlawanan bola,” katanya.

Che Ku Ahmad berkata, kejadian sama juga pernah berlaku sebelum ini.

“Mujur saya tiba tepat pada masanya, jika tidak tentu lebih banyak wang berjaya dilarikan suspek terbabit,” katanya.

Nyaris dihempap pokok nyiur


  • Bahagian ruang tamu dan dapur ranap dihempap pokok kelapaBahagian ruang tamu dan dapur ranap dihempap pokok kelapa 
KEMAMAN - Seorang ibu tunggal dan anak bongsunya yang sedang nyenyak tidur nyaris maut dihempap sebatang pokok kelapa yang tumbang menimpa pondok mereka hanya beberapa sentimeter dari tempat dua beranak itu tidur, dalam kejadian ribut Jumaat lalu.

Akibat musibah itu, bahagian ruang tamu dan dapur pondok yang didiami mangsa ranap, manakala hanya bilik tidur selamat.

Rosnani Mat Il, 43, yang juga ibu empat anak berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, dia dan anak bongsunya, Siti Normariana Abdullah, 16, terjaga dari tidur apabila dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat seperti bunyi ledakan bom.

“Lepas gosok-gosok mata, saya pandang ke arah ruang tamu… tapi alangkah terperanjatnya saya dan anak lepas tengok bahagian ruang tamu dan dapur pondok kami hancur dihempap pokok nyiur.

“Waktu itu kami baru sahaja tidur lebih kurang 10 minit, kami tidur awal sebab hujan renyai-renyai dan ribut kuat sejak jam 8 malam lagi,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya di Jalan Che Teng, Chukai, semalam.

Pokok kelapa yang terletak kira-kira tiga meter di depan rumah mangsa itu dipercayai tumbang selepas dipukul ribut kuat.

Bagaimanapun, Rosnani bersyukur kerana pokok berkenaan tidak menghempap bahagian bilik tidurnya.

“Syukur kepada ALLAH SWT sebab saya dan anak dilindungi, kalau tidak mungkin saya dan anak sudah tak bernyawa atau cedera parah,” katanya yang buat sementara waktu tumpang berteduh di rumah jirannya.

Kata Rosnani, dia sekeluarga tinggal di pondok itu sejak 15 tahun lalu, namun beberapa tahun lalu, hanya dia dan anak bongsunya mendiami pondok berkenaan kerana tiga anaknya yang lain sudah berumah tangga.

Musibah tersebut mengakibatkan mangsa menanggung kerugian kira-kira RM2,000 disebabkan beberapa perabot, dapur gas dan pinggan mangkuk turut musnah.

Pengerusi JKKK Kampung Tengah, Chukai, Rohaizman Abu Bakar berkata, mangsa dua beranak sudah menerima sumbangan dalam bentuk kewangan daripada Pejabat Ahli Parlimen Kemaman untuk meringankan beban yang ditanggung.

“Selain itu, pihak JKKK juga akan mengadakan mesyuarat untuk menentukan bentuk sumbangan lain yang boleh kita salurkan kepada keluarga ini bagi memastikan mereka dapat meneruskan kehidupan seperti biasa,” katanya.

Warga emas maut motosikal rempuh kereta


  • Anggota JPAM memberi bantuan awal kepada mangsa di tempat kejadianAnggota JPAM memberi bantuan awal kepada mangsa di tempat kejadian

MARANG -  Seorang warga emas maut selepas motosikal ditungganginya merempuh bahagian belakang sebuah kereta jenis Perodua Viva di Rusila, jam 2.05 petang, kelmarin.

Mangsa, Osman Abdullah, 75, beralamat dari Kampung Surau Haji Mat meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Risikin Satiman berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila Perodua Viva dari arah Kuala Terengganu menghala ke Marang berhenti di lampu isyarat di Rusila.

Menurutnya, pada masa sama datang motosikal yang ditunggang mangsa dari arah belakang dan melanggar bahagian belakang sebelah kiri kereta terbabit.

“Akibat rempuhan, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC 135 cedera parah di kepala dan dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk rawatan, namun mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 10.23 malam,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pemandu lori dihadap ke mahkamah


  • Rahim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam.Rahim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam.

KUALA TERENGGANU - Seorang pemandu lori dihadapkan di Mahkamah Majistret, di sini, semalam, atas dakwaan memiliki pelbagai jenis mercun dan bunga api seberat 9,599 kilogram bernilai RM191,980.

Bagaimanapun, Rahim Abdul Rahman, 50, dari Pasir Mas, Kelantan, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan ketika pertuduhan mengikut Seksyen 135 (1) (e) Akta Kastam 1967 dibacakan di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi.

Rahim didakwa bersama seorang lagi yang masih bebas mengangkut barang larangan iaitu 327 kotak kertas mengandungi mercun dan bunga api pelbagai jenama  seberat 9,599 kilogram yang ditaksirkan bernilai RM191,980 menggunakan sebuah lori bernombor pendaftaran PJY 8877.

Kesemua mercun dan bunga api itu adalah barang yang dilarang pengimportannya di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2012.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Kilometer 406.5 Lebuhraya Pantai Timur, Hulu Terengganu, jam 11 malam, pada 10 Jun lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman denda tidak kurang 10 kali nilai barangan dan tidak melebihi 20 kali nilai barangan atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Rozianti menetapkan 16 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes di Mahkamah Majistret Kuala Berang dan membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM30,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Kastam Diraja Malaysia Terengganu, Mohd Zaizul Azli Mohamed Zain, manakala Rahim tidak diwakili peguam.
Sinar Harian Jumaat lalu melaporkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia Terengganu merampas 327 kotak mercun dan bunga api pelbagai jenis daripada sebuah lori yang dalam perjalanan dari Kelantan ke Johor Bahru.

Penduduk gempar rumah 'diserbu'


  • Kakitangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar melakukan bedah siasat ke atas ayam yang mati pada latihan simulasi menangani wabak selesema burung di Kampung Jedok, dekat Tanah Merah. Kakitangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar melakukan bedah siasat ke atas ayam yang mati pada latihan simulasi menangani wabak selesema burung di Kampung Jedok, dekat Tanah Merah.
TANAH MERAH - Suasana Kampung Jedok, di sini, yang selalunya tenang bertukar sesak dengan kehadiran puluhan kakitangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang 'menyerbu' dua rumah penduduk kampung itu, semalam.

'Serbuan' bagi mengawasi ancaman wabak selesema burung (H5N1) yang boleh meragut nyawa itu dilakukan selepas puluhan ayam milik dua penduduk terbabit mati disyaki berpunca daripada virus tersebut.

Dengan diawasi anggota polis, pasukan serbuan yang memakai sut perlindungan, penutup mulut dan sarung tangan memeriksa ayam di reban, mengambil sampel dan menyembur bahan kimia bagi mengawal penularan wabak.

Pemeriksaan ke atas reban ayam milik dua penduduk terbabit turut disertai anggota Pasukan Bertindak Pantas (RAT), Jabatan Perkhidmatan Veterinar dari Putrajaya dan kakitangan Jabatan Kesihatan.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan, Dr. Azri Adzhar berkata, kehadiran pegawai dan kakitangan agensi kerajaan terlibat adalah untuk menjalani latihan simulasi bagi menangani kecemasan veterinar berkaitan H5N1.

Katanya, latihan simulasi berdasarkan senario sebenar itu bagi menguji tahap dan sistem kesiapsiagaan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dalam menangani kes kecemasan veterinar.

Maut kerana Piala Dunia


18 Jun 2014

BEIJING - CHINA. Dua peminat bola sepak China meninggal dunia kerana dipercayai keletihan akibat berjaga terlalu lama untuk menonton Piala Dunia 2014.

Sabtu lalu, seorang lelaki berusia 25 tahun di bandar Suzhou ditemui mati di hadapan komputernya ketika menonton perlawanan antara Chile dan Australia.

Dalam kejadian berasingan di bandar timur laut Shenyang, seorang bekas pemain bola sepak kebangsaan China pula dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung selepas menyaksikan pertembungan  antara Sepanyol dan Belanda di kediamannya.

Difahamkan, waktu siaran Piala Dunia 2014 yang bermula antara jam 3 dan 6 pagi (waktu tempatan) menjadi punca ramai peminat bola sepak di negara itu tidak mendapat rehat dan tidur secukupnya.

Sembilan terbunuh dalam nahas bas di Jawa Barat


18 Jun 2014


JAKARTA - INDONESIA. Sembilan orang, kebanyakannya remaja terbunuh manakala 12 lagi cedera selepas bas yang membawa sekumpulan pelajar yang dalam lawatan sambil belajar merempuh sebuah van mini di Subang, Jawa Barat, pada Selasa.
 
"Nahas antara bas dan van mini berlaku kerana pemandu bas tidak dapat mengawal stereng kenderaan," ketua bahagian trafik Kepolisian Nasional, Pudji Hartanto dipetik sebagai berkata oleh Jakarta Globe pada Rabu.
 
Bas itu dilaporkan membawa 54 pelajar sekolah tinggi Al-Huda di Cengkareng, Jakarta Barat, yang dalam perjalanan pulang selepas melawat Muzium Geologi di Bandung.
 
Jurucakap polis Jawa Barat, Martinus Sitompul berkata jalan, tempat berlaku kemalangan, adalah curam dan licin dan selepas merempuh van mini yang datang dari arah bertentangan, bas itu berpusing dan melanggar ladang teh.
 
Polis mengenal pasti pemandu bas itu sebagai Dasril Asmara, 64 tahun.
 
Sembilan orang termasuk Dasril diisytiharkan terbunuh sementara sekurang-kurangnya 12 orang lagi pelajar cedera parah dan empat yang lain cedera ringan. - Bernama

Sorok dadah bawah perut


18 Jun 2014


MIAMI -  FLORIDA. Taktik seorang lelaki seberat 240 kilogram yang menyembunyikan ganja di bawah perutnya akhirnya terbongkar.

Perbuatan Christopher Mitchell  berjaya dihidu pihak berkuasa selepas dia berkelakuan mencurigakan selain tidak memakai tali pinggang keledar ketika kenderaannya ditahan polis.

Menurut laporan AP, pada mulanya, Mitchell cuba mengelirukan anjing pengesan dengan menyembur penyegar permaidani, namun muslihat itu gagal.

Hasil pemeriksaan polis berjaya menemui ganja seberat 23 gram di bawah lipatan perutnya.

Tiga penyerang Dataran Tiananmen dihukum mati


  • Kereta tersebut turut terbakar selepas ia merempuh orang ramai di Dataran Tiananmen terbabit, Oktober lalu.Kereta tersebut turut terbakar selepas ia merempuh orang ramai di Dataran Tiananmen terbabit, Oktober lalu.

BEIJING - CHINA. Sebuah mahkamah China, kelmarin menjatuhkan hukuman mati ke atas tiga lelaki yang didakwa melakukan serangan berdarah di Dataran Tiananmen di wilayah Xinjiang, Oktober lalu.

Hakim turut menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap seorang penyerang manakala empat tertuduh lain dihukum penjara lima hingga 20 tahun.

Media tempatan melaporkan, kesemua tertuduh dipercayai turut melakukan beberapa siri keganasan di sekitar Xinjiang sejak Disember 2012.

Dalam kejadian menggemparkan itu, seramai lima orang maut manakala 40 lagi cedera selepas sebuah kereta merempuh orang ramai di dataran tersebut.

49 perusuh di Sri Lanka ditahan


19 Jun 2014


ALUTGAMA - SRI LANKA. Polis kelmarin menahan 49 individu disyaki terlibat dalam serangan keganasan anti-Islam di Sri Lanka, Ahad lalu.

Pegawai polis memaklumkan, kesemua mereka adalah penganut Buddha dan Islam. Mereka ditahan  selepas melakukan serangan selama 36 jam hingga mengakibatkan empat maut dan lebih 80 yang lain cedera.

"Setakat ini, 49 individu ditahan untuk siasatan dan 25 di reman, dijangka lebih banyak tangkapan akan dilakukan selepas ini," katanya kepada AFP.

Sementara itu, perintah berkurung di beberapa bandar penduduk Islam terutamanya di Beruwala dan Alutgama ditarik balik serta ratusan anggota tentera telah dikerah untuk membantu polis mengawal keselamatan.  

Chef masak nasi guna minyak petrol


19 Jun 2014
CONAKRY - GUINEA. Ratusan pengunjung sebuah restoran di ibu negara Guinea dimasukkan ke hospital akibat keracunan selepas dipercayai memakan nasi yang dimasak dengan menggunakan minyak petrol.

Doktor yang enggan dikenali memberitahu, kesemua 114 mangsa dilaporkan mengalami sakit perut, cirit birit dan muntah setelah menikmati hidangan di restoran tersebut lapor AFP.

"Kejadian dipercayai berpunca daripada kecuaian chef yang menggunakan petrol untuk menyediakan hidangan nasi berkenaan," katanya.

Susulan kejadian itu, keadaan dihospital berkenaan kecoh seketika apabila ramai pesakit dan pelawat lain mengesyaki kehadiran mangsa keracunan adalah disebabkan wabak Ebola.

Pasangan kekasih gelap ditetak suami


  • Suspek (kiri) kelihatan mendukung anaknya sebelum ditahan pihak polis di lokasi kejadian.Suspek (kiri) kelihatan mendukung anaknya sebelum ditahan pihak polis di lokasi kejadian.

ALOR SETAR - Tindakan curang seorang isteri yang bermadu kasih dengan kekasih gelapnya membawa padah apabila perbuatan mereka dihidu suami wanita berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, suspek dikatakan baru pulang ke rumah daripada berniaga dan mendapati isterinya sedang berdua-duaan dengan teman lelakinya dalam sebuah bilik di rumah mereka, di Jalan Rakyat, Langgar, di sini.

Berang melihat perbuatan isterinya itu, suspek dikatakan terus bertindak menyerang dan menetak isterinya dan lelaki berkenaan yang juga pekerjanya menggunakan sebilah parang.

Akibat tetakan tersebut, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian paha, kaki dan tangan dan dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) sejurus kejadian.

Menurut saksi yang enggan dikenali, suspek merupakan seorang peniaga chow kuey tiaw dekat sini dan tinggal bersama isteri dan seorang anak perempuan dalam lingkungan usia lima tahun.

“Pasangan suami isteri ini baru sahaja berpindah dan menyewa di sini kira-kira dua minggu lalu.

“Saya tidak mengenali mereka secara dekat dan menyedari kejadian apabila melihat kehadiran polis ke rumah mereka,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Polis Mohd Nashir Ya, ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan kejadian berkenaan.

Menurut beliau, suspek berusia 29 tahun berjaya ditahan di lokasi kejadian.

“Mangsa merupakan isteri suspek berusia awal 30-an dan seorang lelaki yang merupakan pekerja kepada wanita tersebut berusia 19 tahun.

“Wanita berkenaan cedera di bahagian paha kanan akibat diserang suaminya menggunakan senjata tajam, manakala pasangannya cedera serta patah kaki dan tangan,” katanya.

Tambah Nashir, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya.

Difahamkan, suspek kini direman untuk membantu siasatan kes sehingga 24 Jun ini. Manakala kedua-dua mangsa masih menerima rawatan di HSB.

Bengang ibu solat, mengaji


  • Ismail mengaku salah mengancam ibunya di Mahkamah Majistret, Kuala Terengganu, semalam.Ismail mengaku salah mengancam ibunya di Mahkamah Majistret, Kuala Terengganu, semalam.

KUALA TERENGGANU - Seorang penganggur tergamak mengugut mahu membunuh ibunya hanya kerana bengang dengan wanita itu menunaikan solat dan mengaji al-Quran setelah mendakwa dirinya telah mengamalkan serta bertukar agama kepada Kristian.

Ismail Mansor, 34, dari Kampung Sungai Ikan, Tepoh, di sini, mengaku salah melakukan ugutan jenayah iaitu mengancam hendak mendatangkan cedera kepada ibunya, Mek Azizah Yusof, 55, dengan niat menyebabkan mangsa merasa cemas di Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Kesalahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan itu dilakukan di kediaman mereka di Kampung Sungai Ikan, Tepoh, di sini, pada 13 Jun lalu, kira-kira jam 9 malam.

Susulan pengakuan bersalah itu, anak kedua daripada tiga beradik itu berdepan hukuman penjara selama boleh sampai  dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Bagaimanapun, Majistret Nurunaim Abdullah menetapkan 1 Julai depan sebagai tarikh jatuh hukum dan membenarkan Ismail diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, semasa ibu malang itu berada di rumah menonton televisyen, secara tiba-tiba datang Ismail yang hendak menghentak kepalanya dengan lesung batu sambil berkata 'aku hendak bunuh mu' beberapa kali.

Terkejut melihat keadaan anaknya yang seperti dirasuk, suri rumah terbabit terus melarikan diri masuk ke dalam bilik tidurnya sebelum mengambil keputusan melarikan diri ke rumah jiran bagi mendapatkan bantuan.

Difahamkan, Ismail bertindak sedemikian kerana marah dan melarang mangsa solat serta mengaji kerana mendakwa telah mengamalkan dan bertukar agama kepada Kristian.

Bimbang keselamatan diri dan ahli keluarga pada masa akan datang, mangsa membuat laporan polis dan susulan itu pada 15 Jun lalu, kira-kira jam  2.15 pagi, Ismail ditangkap di rumahnya.

'Ingat asap orang bakar sampah'


  • Kebakaran stor mencetuskan panik pelanggan dan penghuni sebuah hotel di Jalan Siakap, Bagan Serai.Kebakaran stor mencetuskan panik pelanggan dan penghuni sebuah hotel di Jalan Siakap, Bagan Serai.

BAGAN SERAI - Kebakaran stor simpanan kayu berhampiran sebuah hotel dan restoran di Jalan Siakap, di sini mencemaskan orang ramai berikutan asap yang tebal dan api yang marak terlalu hampir dengan premis tersebut.

Dalam kejadian jam 3.10 petang, kebakaran itu disedari seorang pekerja hotel setelah terlihat kepulan asap keluar dari stor menyimpan kayu yang terletak berhampiran sebuah restoran di sini.

Pekerja restoran, Nazieratul Ayu Junid,20, berkata, sewaktu membasuh tangan di singki yang terletak di bahagian belakang restoran, dia terkejut melihat kepulan asap keluar dari stor kayu terbabit dan menyangka ada seseorang sedang membakar sampah di situ.

Menurutnya, dia pada mulanya tidak mengendahkannya, namun mula cemas mendapati julangan api mula keluar dari segenap ruang stor terbabit.

“Cemas dengan kejadian itu, saya segera berlari memaklumkan kejadian itu kepada majikan yang kemudiannya segera menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai bagi mendapatkan pertolongan.

“Kejadian itu turut menyebabkan beberapa pelanggan yang sedang menjamu selera termasuk pekerja restoran dan hotel bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri kerana bimbang sekiranya berlaku letupan.

“Kami bersyukur tindakan pantas anggota bomba daripada berjaya memadamkan kebakaran dari terus merebak,” katanya sewaktu ditemui media di sini.

Sementara itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan menegaskan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Tempurung kepala berkecai


  • Mangsa disyaki terjatuh dari tingkat 11 flat berkenaan.Mangsa disyaki terjatuh dari tingkat 11 flat berkenaan.

KLANG - Seorang lelaki berusia 36 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 11, Blok D, Flat Permai Indah, Pandamaran, di sini semalam.

Dalam kejadian sekitar jam 3 petang itu, tubuh mangsa menghempap sebuah kereta jenis Proton Saga yang di parkir di pekarangan flat.

Hentaman kuat itu menyebabkan cermin hadapan kereta retak menyebabkan serpihan daging dan tempurung kepala mangsa melekat di bahagian hadapan kereta itu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, akibat hentaman kuat itu, kepala mangsa pecah dan tempurung kepalanya berkecai.

“Kita tidak mempunyai maklumat lengkap berkenaan kejadian memandangkan tiada saksi yang melihat mangsa ke tingkat 11 flat itu sebelum kejadian.

“Polis turut menjalankan siasatan di rumah di tingkat 11 itu namun tiada penghuni,” katanya.

Menurutnya, kejadian hanya disedari orang awam selepas mendengar bunyi mangsa jatuh menghempap kereta.

“Setakat ini, motif kejadian disyaki bunuh diri. Hasil siasatan ke atas mangsa mendapati dia tinggal di Jalan Jati, Pandamaran,” katanya kepada Sinar Harian.

Bagaimanapun katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Sementara itu, pemilik kereta Proton Saga berusia 30an yang tinggal di flat itu, terkejut dengan kejadian itu.

Katanya, kereta itu yang sudah diubahsuai dan akibat kejadian itu dia berhasrat menjualnya.

Bapa mengaku tidak bersalah cabul anak


WARTAWAN SINAR HARIAN
19 Jun 2014

KOTA BHARU - Seorang pembantu am mengaku tidak bersalah di mahkamah sesyen di sini, sebentar tadi terhadap tuduhan memasukkan jari ke kemaluan anak perempuannya berusia 15 tahun, April lalu.

Tuduhan terhadap lelaki yang berusia 37 tahun itu dibuat di hadapan hakim, Mohd Yusoff Yunus.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu dengan memasukkan jari ke kemaluan mangsa berusia 15 tahun lapan bulan di sebuah rumah di Kampung Kenor, Kuala Krai antara jam 2.30 petang hingga 3.30, April 2014.

Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Peniaga kain mati ditetak


19 Jun 2014


GEORGETOWN - Seorang peniaga kain mati ditetak di hadapan kedainya berhampiran Pasar Chowrasta, Jalan Penang di sini hari ini.

Mayat Mohamed Badusha Kalandar Masthan, 41, ditemui orang awam dalam keadaan berlumuran darah dengan kecederaan parah di leher, muka serta seluruh badan pada jam 8.30 pagi.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata peniaga kain itu= dikatakan bertengkar dengan seorang lelaki yang berniaga bunga di belakang premisnya.

"Pertengkaran itu menjadi pergaduhan serius sehingga menyebabkan kematian mangsa," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata suspek telah menyerah diri Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut tidak lama selepas kejadian dan motif pembunuhan masih dalam siasatan.

Mayat lelaki itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat, katanya. - Bernama

'Geng Botak’' cuba rogol guru, pelajar ditahan


2014/06/19 - 02:18:37
Miri: Tujuh anggota 'Geng Botak' termasuk suspek utama yang disyaki melakukan samun dan cuba merogol seorang guru serta pelajar Tingkatan Dua ditahan polis di lokasi berasingan sejak dua hari lalu.

Ketua Polis Miri, Asisten Komisioner Gan Tian Kee, berkata semua suspek itu adalah lelaki rakyat tempatan berumur 20 hingga 35 tahun.


“Permohonan perintah tahanan reman akan dibuat pada petang ini (semalam), kita yakin dengan tangkapan semua suspek ini dapat menyelesaikan beberapa kes jenayah samun,” katanya di sini, semalam.

Temui semula barang kemas

Gan berkata, polis turut menemui semula barang kemas dan telefon bimbit milik seorang guru wanita berusia 23 tahun yang disamun suspek utama berusia 20-an, Isnin lalu.

Dalam kejadian jam 4 petang Isnin lalu, ketika guru wanita itu bersama ibunya berada di ruang tamu rumah mereka di Taman Ceria di sini, mereka didatangi seorang lelaki tidak dikenali yang memakai topi keledar dan bersenjatakan parang.

Suspek mengacukan parang ke arah mangsa dan ibunya sambil mengarahkan mereka melucutkan barang kemas dipakai dan menyerahkan wang tunai.
Suspek kemudian meminta mangsa duduk di sofa sebelum mengoyakkan pakaiannya. Bagaimanapun, tindakan mangsa menjerit meminta tolong menyebabkan lelaki itu melarikan diri.

Polis percaya lelaki sama beberapa jam sebelum itu cuba merogol seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun, tetapi gagal.

Kemalangan jalan raya di Batu 4 Kg Jawa, Rompin ke Johor Bharu

Kemalangan jalan raya di Batu 4 Kg Jawa, Rompin ke Johor Bharu melibatkan 1 treler, sebuah produa kancil dan sebuah motosikal pada pukul 6.10 petang semalam. Seorang mangsa maut di tempat kejadian. Operasi berkenaan dilakukan oleh BBP Rompin



Kemalangan motosikal berkuasa tinggi melanggar tiang lampu

Kemalangan motosikal berkuasa tinggi melanggar tiang lampu di bypass Kemaman-Gambang pukul 4.35 petang semalam dan menyebabkan penunggang maut di tempat kejadian. Operasi berkenaan dilakukan oleh BBP Indera Mahkota



Lima sekeluarga nyaris maut, rumah hangus


19 Jun 2014


KUANTAN - Lima sekeluarga nyaris maut setelah rumah mereka hangus dalam kebakaran yang berlaku di Felda Bukit Goh di sini hari ini.
 
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang Anuar Hassan berkata kesemua penghuni rumah sempat melarikan diri sebelum api marak membakar kediaman mereka dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi.
 
"Sebaik menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira jam 9.09 pagi, tiga buah jentera dari Balai Bomba Kuantan dan Indera Mahkota dengan kekuatan 10 anggota bergegas ke tempat kejadian," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
 
Beliau berkata api berjaya dikawal kira-kira setengah jam kemudian.
 
Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. - Bernama

Kereta bertembung, seorang maut

Keadaan kedua-dua kenderaan yang terbabit dalam kemalangan di jalan utama Felda Palong 9,10 dan 11, semalam.
Keadaan kedua-dua kenderaan yang terbabit dalam kemalangan di jalan utama Felda Palong 9,10 dan 11, semalam.
PALONG - Seorang maut, manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di jalan utama Felda Palong 9,10 dan 11, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 10.55 pagi itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Mohd Rashid Idris, 49, yang  beralamat di Felda Palong 15.

Manakala, dua yang cedera berusia 29 dan 51 tahun, kedua-duanya merupakan anggota polis bantuan Felda Wilayah Raja Alias.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superitendan Hamzah Alias berkata, kejadian berlaku apabila pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dipandu polis bantuan terbabit hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan dan bertembung Honda Civic dinaiki Mohd Rashid secara berseorangan.

"Pacuan empat roda itu dalam perjalanan menghala ke Palong 9, manakala Honda Civic dari arah bertentangan. Tiba di lokasi kejadian, pacuan empat roda itu tiba-tiba hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan.

“Masing-masing gagal mengelak sebelum bertembung. Pemandu Honda Civic tersepit di tempat pemandu dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua anggota polis bantuan itu cedera di kaki dan kini dirawat di Hospital Jempol.

“Sementara, jenazah yang tersepit itu berjaya dikeluarkan anggota Bomba dan Penyelamat Balai Seri Jempol, sebelum dibawa ke hospital sama untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarganya petang tadi (semalam)," katanya di sini, semalam.

Beliau berkata,  punca sebenar kejadian masih disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Mereka yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.

Bot karam ditemui di muara Kuala Langat

Mangsa dipercayai warga Indonesia ditemui dalam tragedi tongkang karam di Perairan Sungai Hitam Pulau Carey, Teluk Panglima Garang, Banting. - Foto Sinar Harian SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Mangsa dipercayai warga Indonesia ditemui dalam tragedi tongkang karam di Perairan Sungai Hitam Pulau Carey, Teluk Panglima Garang, Banting. - Foto Sinar Harian SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
KUALA LUMPUR - [Video] Bot nelayan membawa 97 pendatang asing tanpa izin yang dilaporkan karam lewat tengah malam tadi telah ditemui di muara Kuala Langat, hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata bot tersebut dipercayai dalam perjalanan dari Kampung Ayer Hitam Pulau Carey menuju ke Aceh.

"Hasil daripada maklumat yang diterima, jenis bot yang karam adalah bot nelayan (pun pun) dan dipercayai seramai lebih kurang 97 orang penumpang berada di atas bot tersebut.

"Namun, bot yang karam telah dijumpai di Muara Kuala Langat oleh Seaboat KM Danga. Adalah dipercayai bot berkenaan bertolak dari Kampung Ayer Hitam Pulau Carey menuju ke Aceh," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Sementara itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) dilaporkan telah menemui dua mayat manakala 37 lagi dikhuatiri masih hilang.

"Gerakan mencari dan menyelamat telah diaktifkan seawal jam 1 pagi di mana Kapal Maritim Danga, Bot Kilat 15 dan Bot Kilat 32 telah dihantar ke lokasi dengan serta merta diketuai Lt Kdr (M) Mohd Hambali Ya'akub.

"Sehingga kini, seramai 60 mangsa telah berjaya diselamatkan dan ditempatkan di Balai Polis Teluk Panglima Garang, dua mayat telah ditemui manakala 37 mangsa lagi dikhuatiri masih hilang," katanya.

Gerakan mencari dan menyelamat masih diteruskan melibatkan Maritim, Jabatan Bomba dan Penyelemat Malaysia, Pasukan Gerakan Marin, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ugut cederakan bapa guna cangkul

Nazri dipenjarakan selama 15 bulan selepas mengaku salah melakukan ugutan jenayah terhadap bapa sendiri.
Nazri dipenjarakan selama 15 bulan selepas mengaku salah melakukan ugutan jenayah terhadap bapa sendiri.
KUALA TERENGGANU - Seorang pemuda tergamak menggunakan sebatang cangkul untuk mengugut mahu mencederakan bapa sendiri yang juga seorang warga emas.

Bagaimanapun, perbuatan pemuda berkenaan, Nazri Mohamad, 26, dari Tepoh, di sini, akhirnya menerima pembalasan setelah dijatuhi hukuman 15 bulan penjara oleh mahkamah majistret, di sini, semalam.

Hukuman itu diputuskan selepas dia mengaku salah melakukan ugutan jenayah terhadap bapanya, Mohamad Ali, 67, dengan menggunakan sebatang cangkul dan mengugut mahu mencederakannya, dengan niat hendak menyebabkan mangsa ketakutan.

Nazri mengaku melakukan kesalahan itu pada 3 April lalu, kira-kira jam 10 malam di kediaman mereka di Kampung Petaling, Tepoh, di sini.

Dengan itu, dia mengaku salah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah yang memperuntukkan hukuman penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Zafirah Rosli di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi.

Berdasarkan fakta kes, semasa bapa malang itu sedang berehat di rumah kira-kira jam 10 malam 3 April lalu, dia dikejutkan dengan kehadiran tertuduh dalam keadaan mengamuk dan mengejar sebelum mengugut dirinya dengan menggunakan sebatang cangkul.

Bagaimanapun, bapanya itu berjaya menyelamatkan diri sebelum insiden itu disedari anak sulungnya yang cuba masuk campur dengan menghalang tertuduh daripada terus bertindak biadab terhadap bapa mereka, tetapi tidak berjaya.

Bimbang bapa mereka dan ahli keluarga lain diapa-apakan tertuduh, anak sulung mangsa nekad membuat laporan di Balai Polis Batu Rakit, kira-kira jam 1.15 pagi dan kira-kira jam 12.30 tengah hari pada hari sama, tertuduh berjaya ditangkap.

Sembilan mayat ditemui, 27 lagi masih hilang

Bot karam
BANTING - Sembilan mayat warga Indonesia ditemui lemas dalam kejadian sebuah bot, yang dipercayai membawa 97 penumpang, karam kira-kira dua batu nautika dari Sungai Air Hitam di sini, tengah malam tadi.

Sehingga 7 petang tadi, seramai 61 orang dapat diselamatkan manakala 27 lagi masih hilang.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Sani Harul berkata sembilan mayat itu terdiri daripada tujuh lelaki dan dua wanita.

"Mayat mereka ditemui di persisiran pantai dan terapung di permukaan air. Kita masih menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa.

"Jumlah mangsa yang belum ditemui mungkin bertambah atau berkurangan memandangkan tiada catatan khas bilangan penumpang yang menaiki bot itu," katanya kepada pemberita di Pusat Kawalan Operasi Mencari dan Menyelamat di sini, hari ini.

Beliau berkata kawasan pencarian kini diperluaskan kepada empat hingga lima batu nautika dari Pantai Sungai Air Hitam.

"Operasi malam ini akan diteruskan dan hanya dihentikan jika cuaca tidak mengizinkan," katanya. Sani berkata seramai 160 pegawai dan anggota serta sebuah kapal dan sebuah helikopter Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan sebuah helikopter milik Unit Udara Polis Diraja Malaysia terbabit dalam opeerasi itu.

"Operasi ini turut membabitkan tujuh bot nelayan, lima bot APMM, tiga bot Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, tiga bot Jabatan Bomba dan Penyelamat serta sebuah bot Polis Marin," katanya.

Bot itu dipercayai berlepas dari Jeti Sungai Judah, Pulau Carey kira-kira 11 malam dan karam sejam kemudian. 

MERS 999 menerima panggilan pertama mengenai kejadian itu kira-kira 12.20 tengah malam tadi.

Pada 3.20 pagi tadi, sebanyak 31 orang ditemui pihak Kastam di Jeti Restoran Viking, Jugra dan kemudian disiasat.

Pada 10.30 pagi tadi, seramai 30 orang lagi ditemui di lokasi Ladang West Pulau Carey.

Mayat pertama pula ditemui berhampiran Kapal Korek Sungai Langat pada 10.55 pagi, manakala dua lagi mayat ditemui pada 2.15 petang di Tanjung Rhu dan Muara Pulau Carey diikuti penemuan mayat keempat di Perairan Pulau Carey pada 3 petang.

Kira-kira 10 minit kemudian, dua lagi mayat ditemui di Air Hitam sebelum satu lagi mayat ditemui dua jam kemudian di Perairan Tanjung Rhu.

Pada 6 petang tadi, satu lagi mayat ditemui di Tanjung Rhu 20 minit kemudian, mayat kesembilan ditemui di Pantai Bangkong, Pulau Carey.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata kejadian itu berlaku kerana bot berkenaan dipercayai membawa muatan yang berlebihan.

"Bot ini dipercayai berlepas waktu malam menuju ke Tanjung Balai, Sumatera. "Bot ini bersaiz 20 kaki lebar (6.09 meter) dan 5 kaki panjang (1.52 meter) merupakan bot barangan dan bukannya untuk membawa penumpang...kebiasaannya ia hanya mampu membawa 40 penumpang sahaja," katanya.

Beliau berkata polis akan melakukan siasatan menyeluruh mengikut Akta AntiPemerdagangan Orang (Pindaan) yang merangkumi antipenyeludupan migran. - Bernama

Wanita cedera ditetak dalam kejadian samun


18 Jun 2014

KUCHING - Seorang wanita cedera di bahagian belakang kepala, muka dan lengan kanannya akibat ditetak dengan sebilah pisau pemotong daging oleh seorang lelaki dalam kejadian samun di Lorong Keranji, Tabuan Desa di sini pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 11 pagi apabila rumah wanita berumur 56 tahun itu dimasuki seorang lelaki berbadan besar.

Beliau berkata menurut laporan yang dibuat menantu wanita berkenaan, Chew Ma Ing , 26, lelaki itu masuk melalui pintu belakang rumah yang tidak dikunci, dan mengambil pisau pemotong daging di dapur rumah itu sebelum menyerang mangsa.

"Wanita itu kini menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak, dan antara barang yang dilaporkan hilang ialah dua unit komputer riba Acer dan dua unit telefon bimbit Samsung," katanya ketika dihubungi di sini.

Menurutnya Chew yang berada di pejabat semasa kejadian bergegas pulang selepas menerima panggilan dari seorang saudaranya. Siasatan mendapati lelaki itu melarikan diri dengan membonceng motosikal yang ditunggang rakannya yang menunggu di hadapan rumah. - Bernama

Bas tertusuk besi penghadang jalan

Dua mekanik RapidKuantan berusaha mengeluarkan besi penghadang jalan yang menembusi bas RapidKuantan sambil diperhatikan orang ramai setelah terlibat dalam kemalangan di Kilometer 13, Jalan Kuantan-Pekan berhampiran Taman Indera Sempurna di Kuantan petang tadi. - Foto Bernama
Dua mekanik RapidKuantan berusaha mengeluarkan besi penghadang jalan yang menembusi bas RapidKuantan sambil diperhatikan orang ramai setelah terlibat dalam kemalangan di Kilometer 13, Jalan Kuantan-Pekan berhampiran Taman Indera Sempurna di Kuantan petang tadi. - Foto Bernama
KUANTAN - Tiga penumpang dan seorang pemandu bas RapidKuantan nyaris maut setelah bas yang dinaiki terbabas lalu tertusuk besi penghadang jalan dalam kemalangan di Kilometer 13, Jalan   Kuantan-Pekan berhampiran Taman Indera Sempurna di sini, hari ini.

Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas, Rosli Daud berkata kejadian berlaku kira-kira 3.40 petang apabila tayar depan bahagian kiri bas berkenaan tiba-tiba meletup menyebabkan bas itu hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar besi penghadang jalan.

"Berikutan kejadian itu besi penghadang jalan dianggarkan sepanjang lima meter telah menembusi dari lantai sebelah kiri bas sehingga ke bahagian cermin belakang bas.

"Ia mengakibatkan seorang penumpang iaitu pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mat Kilau, Rasydan Hakimi Saari, 13 patah kaki kiri, manakala dua lagi penumpang hanya mengalami cedera ringan," katanya kepada pemberita di sini.

Menurutnya, pemandu bas berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan manakala penumpang yang cedera dibawa keluar oleh orang ramai sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk mendapatkan rawatan.

Rosli berkata pihaknya dengan kerjasama kakitangan RapidKuantan mengambil masa lebih sejam untuk mengeluarkan besi penghadang jalan yang tertusuk pada bas henti-henti bandar itu.

Difahamkan ketika kejadian bas berkenaan dalam perjalanan dari Pekan ke hentian Bandar untuk menghantar penumpang tersebut.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi RapidKuantan, Zainurul Hakim ketika dihubungi berkata pihaknya akan menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian. - Bernama

'Geng Botak’' cuba rogol guru, pelajar ditahan


2014/06/19 - 02:18:37

Miri: Tujuh anggota 'Geng Botak' termasuk suspek utama yang disyaki melakukan samun dan cuba merogol seorang guru serta pelajar Tingkatan Dua ditahan polis di lokasi berasingan sejak dua hari lalu.

Ketua Polis Miri, Asisten Komisioner Gan Tian Kee, berkata semua suspek itu adalah lelaki rakyat tempatan berumur 20 hingga 35 tahun.

“Permohonan perintah tahanan reman akan dibuat pada petang ini (semalam), kita yakin dengan tangkapan semua suspek ini dapat menyelesaikan beberapa kes jenayah samun,” katanya di sini, semalam.

Temui semula barang kemas

Gan berkata, polis turut menemui semula barang kemas dan telefon bimbit milik seorang guru wanita berusia 23 tahun yang disamun suspek utama berusia 20-an, Isnin lalu.

Dalam kejadian jam 4 petang Isnin lalu, ketika guru wanita itu bersama ibunya berada di ruang tamu rumah mereka di Taman Ceria di sini, mereka didatangi seorang lelaki tidak dikenali yang memakai topi keledar dan bersenjatakan parang.

Suspek mengacukan parang ke arah mangsa dan ibunya sambil mengarahkan mereka melucutkan barang kemas dipakai dan menyerahkan wang tunai.
Suspek kemudian meminta mangsa duduk di sofa sebelum mengoyakkan pakaiannya. Bagaimanapun, tindakan mangsa menjerit meminta tolong menyebabkan lelaki itu melarikan diri.

Polis percaya lelaki sama beberapa jam sebelum itu cuba merogol seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun, tetapi gagal.

Lima lemas, 31 hilang


Shah Alam: Lima mayat membabitkan empat lelaki dan seorang wanita ditemui berhampiran lokasi kejadian tongkang karam di perairan Sungai Air Hitam, Banting, setakat 5 petang ini.
Sementara itu, seramai 61 mangsa sudah diselamatkan manakala 31 masih hilang, selepas bot yang membawa 97 penumpang karam kira-kira 12 malam semalam.
Menurut sumber, bot berkenaan dalam perjalanan keluar dari perairan Sungai Air Hitam, Pulau Carey ke Acheh, Indonesia.

"Keadaan air surut menyebabkan bot tidak dapat menghampiri sungai dan operasi menyelamat mengalami sedikit kesukaran.Foto

"Semua mangsa yang berjaya diselamatkan kini sudah dihantar ke Balai Polis Teluk Panglima Garang," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/18

Janin reput di kumbahan


Oleh Arifin Salleh

Alor Gajah: Dua pekerja penyelenggaraan terkejut besar selepas menemui janin hampir reput di loji kumbahan di Taman Lubok Redan, Masjid Tanah, di sini, pagi semalam.

Janin dipercayai berusia enam bulan itu ditemui Fadzli Abd Rahman, 19 dan rakannya Shahrizam Ramli, 29, ketika mereka bertugas kira-kira jam 11.10 pagi.


Menurut sumber, janin itu dipercayai dibuang melalui lubang tandas rumah penduduk berhampiran sebelum tersekat pada perangkap sampah di loji kumbahan terbabit.



Fadzli berkata, ketika melakukan kerja penyelenggaraan, dia melihat satu objek sebesar tapak tangan menyerupai anggota manusia hampir reput terapung. “Ketika melakukan kerja, secara tiba-tiba objek dipercayai janin itu timbul di permukaan air lalu saya mengangkatnya dan terkejut apabila objek itu menyerupai bayi.


“Saya memanggil Shahrizan sebelum kami membawa naik objek itu dan selepas diamati ia janin manusia,” katanya.


Menurutnya, janin hampir reput masih lengkap dengan kepala terbelah, mata, hidung, rambut serta kaki.

Kata Fadzli, dia mulanya menyangkakan objek terapung itu bangkai haiwan tersangkut pada besi perangkap sampah.


“Janin yang tidak diketahui jantinanya itu ditemui dalam keadaan amat menyedihkan kerana sudah cukup sifat.

“Kali terakhir saya ke loji kumbahan ini pada Sabtu lalu, namun tidak menemui kejadian pelik,” katanya.


Berikutan kejadian itu, Fadzli membuat laporan di Balai Polis Kuala Sungai Baru mengenai penemuan itu.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Mohamad Laham mengesahkan kejadian dan berkata, pihaknya menunggu laporan bedah siasat untuk siasatan lanjut.


“Janin cukup sifat itu ditemui dua pekerja loji rawatan kumbahan ketika melakukan kerja pembersihan sebelum memaklumkan kejadian di Balai Polis Kuala Sungai Baru.


“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai penemuan janin itu diminta tampil bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/19

Pelajar kolej nyaris dinoda


Kuala Lumpur: Seorang penuntut kolej swasta nyaris menjadi mangsa rogol lelaki gila seks selepas dia ditarik suspek ke dalam kawasan semak di kawasan Taman Maluri, Cheras, kelmarin.

Bagaimanapun, mangsa berusia 22 tahun dapat menyelamatkan diri selepas bergelut dengan suspek, selain menjerit meminta tolong.


Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa berjalan kaki berseorangan ke kolej berhampiran sebelum terserempak dengan suspek.



Menurut sumber, mulanya mangsa tidak mempedulikan lelaki terbabit, namun suspek menarik tangannya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/19

Tragedi tongkang tenggelam


Anggota Bomba dan Penyelamat mengusung mayat salah seorang warga Indonesia yang ditemui mati lemas.


KUALA LANGAT - Sembilan mati lemas manakala 27 lagi hilang apabila tongkang yang dinaiki 97 pendatang asing tanpa izin (PATI) karam di muara Sungai Kuala Langat dekat Pulau Carey di sini semalam.
Semasa kejadian pada pukul 12.30 tengah malam itu, 61 penumpang tongkang terbabit iaitu 48 lelaki, 12 wanita dan seorang kanak-kanak perempuan berjaya diselamatkan pasukan penyelamat yang diketuai Maritim Malaysia (APMM).


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0619&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz352QRc6Jw 
Hakcipta terpelihara