Search This Blog

Tuesday, June 17, 2014

Tukang gunting rambut kelar leher pelanggan

Darah mangsa memenuhi kaki lima di depan kedai.
Darah mangsa memenuhi kaki lima di depan kedai.
SEORANG tukang gunting rambut didakwa selepas mencederakan pelanggannya dengan sengaja menggunakan pisau pencukur di kedainya, Jack’s Barber Shop di Newscastle.

Lloyd Dobrodumow, 44, yang menggunakan nama samaran Demon Barber di laman Twitter dikatakan mencederakan Robert Charles Smith, 31, sehingga menyebabkan mangsa menerima jahitan sepanjang 15 hingga 17 sentimeter.

Hakim daerah Stephen Earl berkata, kes itu tidak boleh dipandang remeh kerana mangsa mengalami kecederaan serius termasuk di bahagian saraf, otot dan kelenjar.

Dipetik oleh Mail Online, ketika kejadian sekitar pukul 5.09 petang (waktu tempatan) itu, mangsa dilihat berlari keluar dari kedai sambil memegang lehernya yang berlumuran darah dan menjerit meminta tolong.

Polis memaklumkan, mangsa dikejarkan ke Newcastle Royal Victoria Infirmary dan kini berada dalam keadaan stabil.

“Disebabkan kejadian itu, saya terpaksa menutup kedai pada pukul 6 petang kerana pasukan keselamatan dan pihak polis memenuhi kawasan sekitar. Beberapa jam selepas itu, saya buka semula kedai namun tiada pelanggan dan terpaksa menutupnya semula,” menurut saksi.

Jurucakap polis Northumbria mengesahkan kejadian dan suspek kini didakwa atas kesalahan mencederakan dengan niat.

Atlet sekolah maut ditembak

Pelajar dan ibu bapa memenuhi kawasan sekolah untuk mengikuti perkembangan kejadian.
Pelajar dan ibu bapa memenuhi kawasan sekolah untuk mengikuti perkembangan kejadian.
SEORANG pelajar tahun akhir maut ditembak manakala gurunya cedera selepas pelajar bersenjatakan senapang separa automatik melepaskan tembakan di bilik persalinan gimnasium di Sekolah Tinggi Reynolds di Portland, Oregon.

Mangsa, Emilio Hoffman maut di tempat kejadian dan kini pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan sama ada penyerang sengaja menyasarkan mangsa sebagai sasaran utama atau tidak.

Sejurus menerima panggilan sekitar pukul 8 pagi (waktu tempatan), anggota polis bergegas ke tempat kejadian dan menemui mangsa terbaring berlumuran darah dan telah meninggal dunia.

Jurucakap polis Carey Kaer memberitahu, penyerang ditemui di dalam tandas yang terletak tidak jauh dari lokasi mangsa dan pihaknya tidak menolak kemungkinan suspek membunuh diri selepas membunuh mangsa.

“Kami menggunakan rakaman kamera litar tertutup untuk menyiasat dan mengesahkan kematian. Mangsa ditemui mati di bilik berasingan dan penyerang adalah seorang pelajar lelaki,” katanya dipetik Daily Mail.

Sementara itu, rakan sekelas mangsa menyifatkan Hoffman sebagai seorang rakan yang baik, pendiam dan merupakan pemain bola sepak terbaik bagi pasukan sekolahnya.

Tiga maut motosikal bertembung


Keadaan ketiga-tiga motosikal milik mangsa terlibat yang remuk teruk.
Keadaan ketiga-tiga motosikal milik mangsa terlibat yang remuk teruk.
RAUB- Tiga remaja maut apabila motosikal yang ditunggangi masing-masing bertembung antara satu sama lain di Kilometer 21, Jalan Raub ke.Ulu Dong, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, kejadian terbabit berlaku di satu selekoh selepas simpang menuju ke Kampung Budu.

“Kejadian berlaku sekitar jam 11.30 malam kelmarin di mana dua dari mangsa yang berusia 15 dan 18 tahun meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi mangsa berusia 18 meninggal dunia ketika menerima
rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HosHas) Temerloh,” katanya.

Menurutnya, ketika polis tiba di tempat kejadian dua penunggang yang meninggal dunia masih belum dialihkan, manakala seorang mangsa telah dibawa ke Hospital Raub.

“Mangsa yang dikejarkan ke Hospital Raub mengalami kecederaan di dalam perut dan kemudiannya dikejarkan ke HosHas. Namun sekitar 7 pagi, mangsa terbabit disahkan meninggal dunia,” katanya.

Tambahnya, tiada saksi yang melihat kejadian berlaku namun berdasarkan kedudukan motosikal terlibat di tempat kejadian, dipercayai ketiga-tiga motosikal terbabit bertembung antara satu sama lain apabila sampai di selekoh.

“Dipercayai motosikal salah seorang mangsa datang dari arah Ulu Dong, manakala dua lagi motosikal dari arah bertentangan,” katanya.

Seorang mangsa berusia 18 tahun berasal dari Kampung Chinchin, seorang lagi yang juga berusia 18 tahun berasal dari Kampung Bedu, Pamah Kulat manakala mangsa yang berusia 15 tahun berasal dari Perumahan Lechar.

Wan Mohd Samsudin berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta tampil ke balai polis berdekatan untuk membantu siasatan.

Maut dilibas besi

Oleh Mohd Hasbi Sidek

Shah Alam: Seorang pelajar tingkatan dua maut akibat dilibas dengan sebatang besi dalam satu kejadian di Bestari Jaya, Kuala Selangor, kira-kira 9.30 malam semalam.
Difahamkan, mangsa sebelum itu menunggang motosikal yang mengeluarkan bunyi kuat di tempat kejadian sebelum ditemui oleh orang awam dengan keadaan berlumuran darah. 
Pasukan perubatan dari Hospital Sungai Buloh yang menerima maklumat dari orang awam bergegas ke tempat kejadian untuk memberi rawatan. 

Mangsa kemudian dibawa ke hospital itu dan disahkan meninggal dunia kira-kira jam 10.30 akibat pendarahan teruk akibat luka di peha kanan.
Foto

Polis yang menerima laporan dari pihak hospital menjalankan siasatan susulan dan menahan seorang lelaki berusia 30 tahun untuk membantu siasatan.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/16

Datuk kambing Kajang ditembak


Kajang: “Saya tergamam melihat majikan terbaring berlumuran darah sejurus terdengar bunyi letupan di luar pasar,” kata seorang pekerja kepada peniaga daging kambing bergelar Datuk yang nyaris maut ditembak di jalan belakang Pasar Besar Kajang, semalam.
Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, mangsa, Datuk Dr Abd Ghani Abdullah, 50, nyaris mati selepas terkena dua das tembakan yang mengenai bahagian bahu kiri dan bawah telinga kanannya.
Pekerjanya, V Devarasa, 60, berkata, kejadian berlaku ketika mereka baru saja sejam memulakan perniagaan.

“Semua orang di dalam pasar terkejut dan bergegas keluar untuk melihat apa yang berlaku sebaik terdengar bunyi letupan itu.
Foto
POLIS memeriksa lokasi mangsa ditembak. Gambar kecil, Dr Abd Ghani.

“Saya lihat doktor (panggilan kepada mangsa) sudah terbaring berlumuran darah dan tidak sedarkan diri di tempat letak kereta di bahagian belakang pasar berkenaan,” katanya.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/17

‘Kereta sardin’ ragut nyawa


Temerloh: Tindakan tidak masuk akal seorang lelaki dipercayai tekong darat membawa 10 warga Myanmar untuk perjalanan lebih 500 kilometer dari Kelantan ke Kuala Lumnpur menggunakan kereta mengundang padah apabila empat daripada mereka terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 134 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) berhampiran susur keluar Plaza Tol Temerloh, dekat sini, awal pagi semalam.
Kejadian jam 4.30 pagi itu menyebabkan empat lelaki warga Myanmar berusia 30-an meninggal dunia di tempat kejadian selepas tercampak keluar dari kereta sejauh 10 meter manakala tujuh yang lain cedera.
Difahamkan, tempat duduk bahagian belakang kereta Honda Accord model tahun 2001 berwarna hitam itu ditanggalkan bagi memuatkan lapan warga Myanmar manakala dua lagi duduk di bahagian penumpang depan.

Pemandu kereta, Che Mohd Azuwan Che Hashim, 30, dari Kampung Layang Pepuyu, Tanah Merah, Kelantan, dikatakan memulakan perjalanan membawa 10 warga Myanmar terbabit yang semuanya tiada dokumen pengenalan dan perjalanan sah jam 10 malam kelmarin dari Rantau Panjang, Kelantan.
Foto
ANGGOTA polis memeriksa kereta Honda Accord yang terbabit kemalangan di LPT, semalam.

Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Mohd Anuar Othman berkata, ketika tiba di tempat kejadian kereta itu terbabas ke kiri dan melanggar bukit sebelum masuk ke dalam longkang lebuh raya berkenaan.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/17

Pengusaha ikan, pekerja diculik


Kunak: Seorang pengusaha ikan dalam sangkar dan seorang pekerjanya warga Filipina diculik sekumpulan lelaki di kawasan pemilikan ikan dalam sangkar Kampung Air Sepang, tengah malam tadi.
Mangsa yang berusia 32 tahun dan pekerjanya 20 tahun dilarikan empat lelaki bertopeng tidak dikenali kira-kira jam 12.40 tengah malam.
Difahamkan, lelaki terbabit memakai pakaian gelap dan bersenjata itu masuk ke kawasan berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Senior Asisten Komisioner Omar Mammah berkata, dua suspek naik ke atas rumah di pusat ternakan itu dan menculik kedua-dua mangsa manakala dua lagi menunggu di atas bot.
Foto
DUA suspek naik ke atas rumah di pusat ternakan dan menculik kedua-dua mangsa. FOTO Abdul Rahemang Taiming

Keadaan yang gelap ketika kejadian menyebabkan mangsa gagal dikesan selepas suspek melarikan diri dengan menaiki bot dari kawasan terbabit.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/16

Empat maut, tujuh cedera


Temerloh: Empat maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta yang dinaiki 11 individu di Kilometer 134 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) berhampiran susur keluar tol Temerloh, di sini, awal pagi tadi.
Kejadian jam 4.30 pagi itu menyebabkan empat lelaki berusia 20an termasuk tiga warga Myanmar maut di tempat kejadian akibat parah di kepala dan anggota badan. 
Pemangku Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK)Pahang Asisten Superintendan Zainalabidin Othman berkata, kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda Accord yang dipandu seorang lelaki tempatan bersama sepuluh penumpang disyaki warganegara Myanmar. 

Katanya, mangsa yang terbunuh adalah pemandu kereta, Che Mohd Azuwan Che Hashim, 30, dari Tanah Merah, Kelantan manakala tiga lagi mangsa masih tidak diketahui identiti mereka kerana tiada sebarang pengenalan diri ditemui.
Foto

"Nahas dipercayai berlaku ketika mereka dalam perjalanan dari Rantau Panjang, Kelantan menghala ke Kuala Lumpur.

"Siasatan awal mendapati kenderaan dinaiki mereka terbabas ke kiri jalan lalu terbalik menyebabkan empat mangsa tercampak keluar dan mati di tempat kejadian," katanya. 
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/16

Padah elak sekatan jalan

Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

Petaling Jaya: Dua remaja parah apabila motosikal yang ditunggang mereka merempuh dua kereta selepas didakwa dibaling dengan lampu mata arah (beacon) oleh anggota penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sekatan jalan di Plaza Tol Taman Medan di sini, malam semalam.
Dalam kejadian 9 malam minggu itu, kedua-dua mangsa yang berusia 15 tahun dikatakan cuba mengelak sekatan jalan JPJ dengan melalui lorong tunai di plaza tol berkenaan sebelum motosikal itu terbabas dan melanggar dua kereta yang sedang diperiksa.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, mangsa yang parah di bahagian kepala akibat kemalangan itu dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan.

"Kami akan menyiasat dakwaan bapa mangsa itu. Buat masa ini keterangan daripada kedua-dua mangsa belum dapat diambil kerana masih menerima rawatan di PPUM," katanya dalam satu kenyataan, malam ini.
Foto
SEORANG daripada mangsa mengalami kecederaan di kepala sedang dirawat di PMUM. FOTO ihsan pembaca Harian Metro

Beliau berkata, pihaknya sudah mengambil keterangan pegawai dan anggota JPJ yang bertugas semasa sekatan dijalankan dan siasatan terperinci sedang dijalankan.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/16

Peluk tiang selamat nyawa


Oleh Muhaamad Hafis Nawawi dan Nurul Huda Kosnon

Kuala Lumpur: Seorang wanita warga China bertarung nyawa dengan memeluk tiang balkoni di tingkat lapan sebuah kondominium di Jalan Pria Taman Maluri, Cheras di sini, selepas mangsa terperangkap di dalam kebakaran, semalam.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa berusia 20-an gagal keluar menyelamatkan diri menggunakan pintu utama kediaman selepas api merebak dengan cepat.


Kebakaran dipercayai berpunca daripada kerosakan alat penyaman udara yang menyebabkan api menyambar perkakas di dalam kediaman.

Mangsa yang panik melarikan diri ke balkoni kediaman dihuni sebelum memanjat keluar dan berdiri sambil berpaut pada tiang balkoni.


Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 3.08 petang dan bergegas ke lokasi kejadian.




Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/17

Drebar ‘cabut’ tinggal bos


Melaka: Pelik apabila seorang lelaki tiba-tiba melarikan diri selepas menyerahkan kad pengenalan dan lesen memandunya kepada polis trafik yang melakukan pemeriksaan dalam Ops Warta di Jalan Pulau Gadong, di sini, semalam.

Lelaki berusia 24 tahun itu dikatakan langsung tidak menunjukkan tindakan mencurigakan sebelum secara tiba-tiba melarikan diri dan meninggalkan Toyota Estima.


Dia yang dipercayai bekerja sebagai pemandu itu turut meninggalkan majikannya bersama seorang lagi pekerja di dalam kenderaan berkenaan.

Ketua Turus Trafik negeri Deputi Superintendan Mohd Sham Abdullah berkata, lelaki terbabit tidak melakukan kesalahan trafik ketika diperiksa dan tindakannya melarikan diri amat mengejutkan.


“Selepas pemeriksaan dilakukan lelaki itu didapati tidak memiliki kesalahan trafik, sebaliknya mempunyai rekod kesalahan lampau membabitkan kes dadah,” katanya ketika ditemui selepas Ops Warta di Balai Panjang, Lebuh Alor Gajah-Muar-Jasin (AMJ), di sini, semalam.




Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/17

Dua sahabat karib mati bersama


Jasin: Hasrat dua sahabat karib untuk tiba awal ke destinasi dituju tidak kesampaian apabila mereka terbunuh selepas tercampak keluar dari kenderaan dinaiki dalam kemalangan di Kilometer 190.9, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 2 pagi, mangsa, B Karrthigevan, 23, yang memandu Proton Pesona bersama rakannya, N S Raaguvaren, 22, dari Kuala Lumpur dikatakan dalam perjalanan menuju ke Singapura atas urusan kerja sebelum kenderaan dinaiki hilang kawalan.


Sumber berkata, kereta dinaiki mangsa terbabas lalu merempuh penghadang tengah menyebabkan kenderaan itu berpusing beberapa kali dan melencong ke arah lorong kiri lebuh raya.



“Kereta itu kemudian merempuh penghadang kiri sebelum melantun dan berpusing.


“Pada masa sama, penumpang kereta terbabit tercampak keluar melalui pintu penumpang sebelah kiri yang terbuka.


“Pemandu kereta pula tercampak ke dalam longkang dan kedua-dua mangsa mati di tempat kejadian kerana parah pada anggota badan,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Menurutnya, dua sahabat itu difahamkan bekerja di Singapura kira-kira setahun lalu dan berkawan sejak kecil.


Sementara itu, pengguna lebuh raya dikenali sebagai Sulaiman, 50-an, berkata, dia melihat percikan api pada jarak 200 meter sebelum menyedari ia berpunca daripada kemalangan berkenaan. “Ketika menuruni kawasan berbukit, saya nampak percikan seperti bunga api sebelum melihat serpihan kenderaan bertaburan di atas jalan.

“Saya lihat tubuh manusia terbaring dan tidak bergerak lalu memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan untuk menghulurkan bantuan,” katanya.


Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Muhd Nur Hishamudin Hashim berkata, kedua-dua mangsa dipercayai tercampak keluar dari kenderaan dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/17

Pemandu ada rekod miliki barang curi


Temerloh: Siasatan polis mendapati pemandu kereta Honda Accord yang membawa 10 penumpang warga Myanmar mempunyai rekod jenayah iaitu memiliki barang curi pada 2003.

Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Mohd Anuar Othman berkata, Che Mohd Azuwan Che Hashim, 30, berasal dari Kampung Layang Pepuyu, Tanah Merah, Kelantan, yang juga pemilik kereta berkenaan turut mengubah suai kenderaan itu dengan membuang tempat duduk belakang selain menggunakan cermin gelap yang tidak melepasi tahap ketelusan cahaya dibenarkan.


Beliau berkata, siasatan awal mendapati kemungkinan Kuala Lumpur bukan destinasi terakhir mereka, namun maklumat lanjut akan diperoleh daripada pemandu terbabit.



“Setakat ini kami hanya memperoleh maklumat daripada empat warga Myanmar yang cedera berhubung kemalangan berkenaan, namun motif serta tujuan mereka ke Kuala Lumpur atau destinasi lain belum jelas,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), di sini, semalam.


Beliau mengulas mengenai kemalangan membabitkan 11 individu termasuk 10 warga Myanmar berusia 20 hingga 40 tahun di di Kilometer 134 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) berhampiran susur keluar Plaza Tol Temerloh, dekat sini, jam 4.30 pagi semalam.


Kejadian itu menyebabkan empat lelaki warga Myanmar meninggal dunia di tempat kejadian selepas tercampak keluar dari kereta sejauh 10 meter manakala tujuh lagi cedera.

Sementara itu, menurut sumber 10 lelaki warga Myanmar terbabit berkemungkinan melarikan diri akibat gerakan memburu pekerja asing oleh pemerintah di negara jiran. “Mereka memasuki negara ini berkemungkinan untuk mengelak daripada ditahan dan menggunakan khidmat tekong darat untuk ke destinasi tertentu,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/17

Tragedi elak serpihan bonggol


Alor Gajah: “Menggigil badan apabila melihat penunggang motosikal itu terjatuh dan terseret di atas jalan menuju ke arah saya.

“Nasib baik saya sempat mengelak ke kanan dan hanya terlanggar motosikal ditunggangnya,” kata Kamisah Mohd Shah, 35, selepas Perodua Viva dipandunya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah motosikal ditunggang Mohd Shahril Husin, 23, di Jalan Garing-Durian Tunggal, di sini, semalam.


Dalam kejadian jam 6.20 pagi, Mohd Shahril yang menunggang motosikal jenis Scrambler dari arah Durian Tunggal menghala Machap dipercayai cuba mengelak serpihan bonggol di atas jalan sebelum motosikalnya hilang kawalan.



Menurut Kamisah, dia yang memandu bersendirian terkejut selepas melihat sebuah motosikal dari arah bertentangan terbabas hingga menyebabkan penunggangnya tercampak.


“Saya terkejut apabila melihat penunggang terbabit seolah-olah terbang ke arah saya selepas motosikal ditunggang terjatuh dipercayai cuba mengelak serpihan bonggol simen di atas jalan di lokasi kejadian.


“Ketika itu saya terpaku, namun kemudian nekad memaut stereng ke kanan dan menekan brek sekuat hati untuk mengelak daripada merempuh mangsa yang terbaring di laluan saya.

“Nasib baik saya dapat mengelak mangsa, namun terlanggar motosikal ditunggangnya,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.


Kamisah berkata, kereta dipandunya turut terbabas dan terhenti berhampiran tebing sungai di tepi jalan berkenaan.

Katanya, dia terus menghubungi bantuan kecemasan dan memberanikan diri turun dari kereta selepas melihat beberapa kenderaan lain berhenti di tempat kejadian.


Petugas paramedik yang tiba kemudian mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian kerana kecederaan parah di badan dan kepala selain pendarahan pada telinga kiri.


Difahamkan, Mohd Shahril yang berasal dari Kampung Krubong, di sini, bekerja sebagai juruteknik di sebuah kilang di Durian Tunggal.


Sementara itu, sumber berkata, Mohd Shahril dalam perjalanan ke tempat kerjanya tidak jauh dari lokasi kejadian dan difahamkan, dia cuba mengelak serpihan bonggol simen di atas jalan.

Kempunan makan burger


Petaling Jaya: Hasrat dua remaja mahu membeli burger bertukar malapetaka apabila motosikal ditunggang terbabas selepas didakwa dibaling dengan lampu mata arah oleh anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang sedang melakukan sekatan jalan raya di Plaza Tol Taman Medan menghala Bandar Sunway, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, mangsa, Mohd Fakrul Aiman Mohd Nawawi, 15, cedera parah di kepala manakala rakannya cedera ringan selepas motosikal ditunggang hilang kawalan dan merempuh dua kereta berhampiran lokasi kejadian.


Mangsa yang menunggang motosikal model Honda EX5 bersama rakannya dari Kampung Petaling Bahagia, dikatakan terbabit kemalangan selepas cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya dilakukan pegawai dan anggota JPJ.



Abang mangsa, Mohd Nasrul Fadli Mohd Nawawi, 32, yang ditemui berkata, dia diberitahu salah seorang rakan adiknya yang turut melalui kawasan itu berhubung tindakan adiknya membuat pusing U bagi mengelak ditahan anggota JPJ.


“Tindakan adik saya berpatah balik dari lorong motosikal dan memasuki laluan kereta disedari salah seorang anggota JPJ bertugas sebelum bertindak membaling objek (lampu mata arah) tepat mengenai kepala adik saya. Akibatnya adik saya terbabas sebelum melanggar dua kereta,” katanya.


Menurutnya, dia bergegas ke lokasi kejadian bagi mendapatkan kepastian selepas dihubungi rakan adiknya itu melalui telefon bimbit.

“Ekoran kejadian itu, adik saya mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) manakala pembonceng motosikal turut dirawat di hospital sama,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/17

Terjun jejantas berseluar dalam


Kuala Lumpur: Seorang lelaki yang hanya memakai seluar dalam nyaris maut apabila bertindak terjun dari jejantas setinggi lebih 10 meter di Stesen LRT Bandaraya yang menghubungkan pusat beli belah Sogo di sini.

Dalam kejadian jam 10 pagi semalam, mangsa yang berusia 40-an mengalami kecederaan patah tulang di beberapa bahagian badannya.


Menurut sumber, lelaki itu yang hanya berseluar dalam bertindak meloncat dari jejantas itu ketika lalu lintas di bawah jejantas itu dalam keadaan sesak dengan kenderaan.



Menurutnya, lelaki itu kemudian dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi menerima rawatan lanjut.


“Tindakan dilakukan lelaki masih menimbulkan tanda tanya kerana tiada sebarang motif jelas mengapa dia bertindak demikian.


“Berdasarkan keterangan diambil daripada saksi kejadian, lelaki itu dipercayai menghadapi masalah emosi. Ada saksi memberitahu lelaki itu bercakap bersendirian sebelum terjun,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/17

Baru bertunang dah naik tangan


Seremban: “Kalau nanti dia jadi isteri kamu, adakah kamu akan pukul dia lagi?

“Sebagai lelaki, kamu tidak boleh pukul perempuan, ada cara lain, cakap baik-baik,” kata Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh sebelum mengenakan perintah bon berkelakuan baik selama dua tahun kepada seorang lelaki atas kesalahan memukul tunangnya.


Beliau turut menetapkan tertuduh, Muhammad Emir Firdaus Mohammad Afandi, 19, dikenakan cagaran RM2,500 dengan seorang penjamin dan perlu menjalani khidmat masyarakat selama 240 jam dalam tempoh dua tahun.



Sebelum itu, tertuduh mengaku bersalah di hadapan beliau selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.


Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas tunangnya berusia 21 tahun di Desa Palma, Nilai, kira-kira jam 12 malam, 2 Mei lalu.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/17

‘Arwah adik jadi pendiam selepas pemergian ayah’


Kangar: “Arwah bertukar menjadi seorang pendiam selepas pemergian arwah ayah empat tahun lalu kerana hubungan mereka berdua begitu rapat, tetapi kini dia pula tinggalkan kami.”

Begitu kata Cik Salamah Hamzah, 28, kakak kepada arwah Ibrahim, 20, pengendali jet ski yang mati lemas ketika cuba mengikat kenderaan itu pada boya di Pantai Chenang, Langkawi, kelmarin.


Salamah berkata, dia menetap di Cheras, Kuala Lumpur bersama suaminya Mohd Sharizal Mohd Ali, 29, lalu segera pulang ke Kampung Ujung Batu, Utan Aji sejurus menerima panggilan telefon daripada adik mengenai kejadian menimpa arwah kira-kira jam 2 petang kelmarin.



Menurutnya, sejak kematian bapa, ibunya tinggal bersama adik perempuan di kampung, manakala dirinya, kakak sulung dan arwah menetap di tempat lain.


Katanya, dia terkejut menerima berita menimpa arwah kerana dia baru bekerja di Pantai Chenang sejak sebulan lalu.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/17

Polis cari Muhamad Hisyam bantu siasatan kes samun


Chukai: Polis Kemaman mencari Muhamad Hisyam Zul Azri Alias (gambar), 30, bagi membantu siasatan kes samun pada 11 Jun lalu di sebuah Taska Bukit Kuang, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, beberapa hari lalu polis merampas kereta Proton Saga warna biru milik lelaki itu di rumah ibunya di Telemong, Hulu Terengganu, namun lelaki terbabit gagal dikesan kerana menghilangkan diri.


“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Muhamad Hisyam diharap dapat menghubungi polis,” katanya.



Beliau berkata, dalam kejadian samun pada jam 1 tengah hari Rabu lalu, mangsa, seorang ibu kepada murid Taska Bukit Kuang kerugian kira-kira RM5,000 apabila beg tangan mengandungi wang tunai RM1,400, dua utas gelang tangan dan empat cincin dilarikan suspek.


Menurutnya, ketika kejadian wanita berkenaan yang berseorangan masih berada dalam kenderaan pelbagai guna Proton Exora ketika memberhentikan kenderaan untuk mengambil anaknya sebelum dikejutkan dengan kehadiran suspek memecahkan tingkap penumpang bahagian depan.


Katanya, suspek kemudiannya merentap beg tangan mangsa yang diletakkan di bahagian penumpang depan dan terus melarikan diri.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/17

Patah kaki dihentak suami


Oleh Muhaamad Hafis Nawawi dan Nabihah Nazam

Kuala Lumpur: “Saya menderita setiap hari sejak lima tahun lalu gara-gara bersuamikan penagih dadah. Terbaru dia tergamak membelasah dan memukul saya hingga patah tulang kaki dengan menggunakan topi keledar,” kata mangsa belasahan suami yang mahu dikenali sebagai Mona, 29.

Menurutnya, dia terpaksa bersabar selama ini kerana memikirkan nasib anak lelaki berusia sembilan tahun dan anak perempuan berusia tujuh tahun walaupun suaminya mengabaikan tanggungjawab keluarga dan tidak memberi nafkah.


“Bagaimanapun dalam kejadian terbaru jam 11.30 malam Rabu, saya sekali lagi dibelasah olehnya menyebabkan tulang kaki kiri saya patah, lebam di mata dan seluruh badan.

“Tidak tahan diperlakukan seperti binatang, saya nekad membuat laporan di Balai Polis Pantai dan kini dalam proses penceraian,” katanya kepada Harian Metro semalam.


Mona berkata, suaminya mula terjebak dalam pengambilan dadah sejak lima tahun lalu kerana terpengaruh dengan rakan-rakan menyebabkan dia berubah sikap menjadi pemarah serta mengabaikan tanggungjawab keluarga.




Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/17

Awas! kereta curi jadi bom



 0  0 Google +0  0  0 Cetak
Bangkok: Sebanyak 40 kenderaan yang dicuri mungkin akan diproses menjadi bom kereta, kata Pusat Pencegahan Kecurian Polis Wilayah Selatan Thailand, semalam.

Dalam kenyataan dikeluar semalam, agensi itu berkata, kenderaan terbabit dipercayai digunakan pejuang Islam di wilayah bergolak berkenaan.


Kebimbangan itu, kata agensi berkenaan, semakin meningkat kerana Ramadan bakal tiba akhir bulan ini. Dua poster dikeluarkan pusat berkenaan bagi menyebarkan maklumat mengenai 30 trak pikap, lapan kereta dan dua van yang dicuri daripada penduduk setempat di Pattani, Yala, Narathiwat dan Songkhla.



Menurut kenyataan dikeluarkan itu, pemberontak sebelum ini pernah menggunakan kenderaan curi untuk dijadikan bom atau menggunakannya ketika melancar serangan ke atas tentera, polis atau orang awam.


Sementara itu Ketua Polis Pattani Photha Suaysuwan berkata, dia menghantar mesej berkenaan kepada 15 balai polis di 12 daerah wilayah itu.


Amaran berkenaan, katanya, perlu disebarkan kepada orang awam melalui pos keselamatan dikendali polis serta tentera. “Perhatian perlu diberi kepada kenderaan yang mencurigakan, terutama di kawasan ekonomi dan pejabat kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/17

Jeritan maut Nor Balqis

Oleh Siti Nadirah Hafidzin dan Mohamad Fahd Rahmad
Johor Bahru: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut selepas dilanggar bas sekolah mini yang dinaikinya di Jalan Seroja, Taman Plentong di sini, petang tadi.
Foto
ORANG ramai cuba memberi bantuan kepada Nor Balqis yang terbaring di jalan raya. FOTO Mohd Azren Jamaluddindinaikinya di Jalan Seroja Taman Plentong , Baru Johor Bahru. FOTO Mohd Azren Jamaluddin
Foto
NOR Balqis Atiqah, 7, maut selepas dilanggar bas sekolah yang dinaikinya di Jalan Seroja Taman Plentong , Baru Johor Bahru.

Dalam kejadian jam 1.10 petang itu, mangsa Nor Balqis Atiqah Hamdan Rasan Tawani Ahmad yang juga murid tahun satu Sekolah Rendah Kebangsaan Permas Jaya 2 di sini, disahkan meninggal dunia pada jam 2.45 petang ketika mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Sultan Ismail (HSI).

Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Abdul Samad Salleh berkata, siasatan dijalankan mendapati kejadian berlaku ketika pemandu bas itu berhenti di bahu jalan untuk menurunkan mangsa dan penumpang lain. 

Menurutnya, bas itu kemudiannya bergerak ke depan sebelum pemandunya terdengar jeritan mangsa dan mendapati Nor Balqis terbaring di sebelah kanan di belakang mini itu. 

"Mangsa yang parah di kepala dan badannya dikejarkan ke unit kecemasan HSI namun disahkan meninggal dunia ketika dirawat,” katanya. 

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/15

Sungai Golok pintu masuk pendatang asing


2014/06/17 - 03:11:58

Kota Bharu: Kebanyakan pendatang tanpa izin menyeludup masuk ke negara ini melalui pangkalan haram di Sungai Golok sebelum ke destinasi tertentu termasuk Kuala Lumpur atau negeri pantai Barat Semenanjung.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Kelantan, Nordin Ibrahim berkata, kebanyakan pendatang itu diuruskan kemasukannya oleh sindiket berdasarkan permintaan.

Beliau berkata, kegiatan penyeludupan manusia mendatangkan keuntungan besar kepada sindiket kerana ‘setiap kepala’ dibayar antara RM500 hingga RM1,500.

“Tahun ini sahaja, kita mencatatkan hampir 10 kes penyeludupan manusia yang dibawa masuk melalui pangkalan haram berhampiran sempadan.

“Pendatang ini biasanya dibawa ke destinasi tertentu menggunakan pelbagai kenderaan termasuk kereta mewah seperti Toyota Alphard, Nazaria dan Honda Stream.

“Hasil siasatan didapati mereka sengaja menggunakan kenderaan mewah bagi mengaburi mata pihak berkuasa,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, ada juga penyeludupan dilakukan menggunakan bas atau lori milik syarikat bertujuan untuk mengelak diperiksa.
“Kegiatan seperti ini biasanya dilakukan pada awal pagi. Kenderaan yang digunakan juga berkuasa besar dan mereka biasanya akan membawanya dengan laju supaya tidak dapat dikejar pihak berkuasa selain mahu pendatang yang dibawa dihantar dengan segera.

“Siasatan juga mendapati kebanyakan kenderaan digunakan adalah ‘kenderaan sakit’ dan jika berlaku kemalangan, kenderaan terbabit akan ditinggalkan begitu sahaja,” katanya.

Pengawal dituduh bunuh warga India


2014/06/17 - 03:19:43

Klang: Seorang pengawal keselamatan sekolah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan membunuh seorang lelaki warga India yang dikatakan menceroboh kawasan sekolah awal bulan ini.

Mohd Rosdi Mat Alim, 37, dari Bachok, Kelantan, didakwa membunuh Suresh Gopal, 36, di tepi pagar Sekolah Menengah Convent Klang di sini, kira-kira jam 1 pagi pada 4 Jun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Lelaki itu mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah. Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan.

Majistret Maslina Mohamad menetapkan 23 Julai ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rizal Azani Zainal Adzam sementara tertuduh diwakili peguam Suzanawati Ismail. - BERNAMA

Kena penjara empat tahun, denda RM1.8j


2014/06/17 - 03:20:52
Kena penjara  empat tahun, denda RM1.8j
Gauthaman dibawa menghadiri perbicaraan di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka, semalam. - Foto Rasul Azli Samad

Bekas penyelia bersalah babit 8 kes rasuah, 13 penggubahan wang haram

Ayer Keroh: Bekas penyelia syarikat petro kimia dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan denda lebih RM1.8 juta di sini, semalam, selepas didapati bersalah atas lapan pertuduhan rasuah dan 13 penggubahan wang haram antara tahun 2006 hingga 2010.

Hakim Mahkamah Sesyen, Ahmad Sazali Omar menjatuhkan hukuman itu terhadap T Gauthaman, 45, yang didakwa menerima suapan berjumlah RM341,922 daripada Gan Min Goo sebagai upah membantu Soo Min Inc mendapatkan bekalan dan kerja pembaikan peralatan Bellos di BP Kimia (M) Sdn Bhd.

Tertuduh juga disabitkan dengan 13 pertuduhan membabitkan diri dalam aktiviti penggubahan wang haram termasuk menggunakan keuntungan haram bagi membayar deposit membeli sebuah kereta mewah dan polisi insurans hayat.

Junta Thai nafi 'usir' pekerja asing

Junta Thai nafi 'usir' pekerja asing
Pekerja Kemboja menaiki kereta api untuk pulang ke negara mereka di stesen kereta api Aranyaprathet di Sa Kaew, kelmarin. - Foto REUTERS
 140,000 warga Kemboja pulang

Bangkok: Junta Thailand semalam menafikan mereka melaksanakan dasar ‘sapu dan bersih’ untuk menghantar pulang pekerja asing di negara itu, meskipun ramai rakyat Kemboja meninggalkan negara berkenaan sejak tentera mengambil alih kuasa.

Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM) menganggarkan lebih 100,000 lelaki, wanita dan kanak-kanak Kemboja yang tidak mempunyai dokumen telah meninggalkan Thailand kerana bimbang tindakan besar-besaran terhadap pekerja tanpa permit sejak rampasan kuasa 22 Mei lalu.

Majlis Kebangsaan bagi Keamanan dan Ketenteraman (NCPO) junta menyatakan rakyat Kemboja terbabit meninggalkan negara itu atas kehendak sendiri, dan berkata 60,000 orang telah menyeberangi sempadan sehingga Sabtu lalu.

Lebuh raya menuju ke sempadan Kemboja sesak kelmarin, dengan trak dan bas yang sarat dengan pekerja Kemboja mengambil keputusan untuk pulang daripada berdepan dengan pihak berkuasa Thailand.

“Tidak ada dasar sapu dan bersih dalam NCPO, tetapi pasukan akan pergi ke kawasan pekerja tanpa permit untuk penyusunan semula pekerja asing kerana kita sudah berdepan banyak masalah sejak 10 tahun lalu,” kata jurucakap NCPO, Winthai Suvaree.

“Kami meminta mereka yang menggaji pekerja asing untuk meneruskan aktiviti mereka seperti biasa dan mengekalkan keamanan.”
Sementara itu, Kementerian Luar Kemboja berkata mereka akan meminta Thailand memastikan layanan yang baik diberikan kepada yang meninggalkan negara itu.

“Kami memohon mereka supaya menghantar pulang pekerja dengan baik tanpa pendakwaan, serta memudahkan usaha mendaftarkan pekerja yang sebelum ini tidak didaftarkan,” kata jurucakap kementerian itu, Kuy Kuong.

Sementara itu di Phnom Penh, gabenor wilayah Banteay Meanchey di barat daya Kemboja, Kor Sam Saroeut, berkata lebih 140,000 rakyat negara itu dilaporkan telah meninggalkan Thailand untuk pulang ke negara asal sehingga semalam, kerana bimbangkan tindakan ke atas pendatang tanpa izin di bawah undang-undang junta. - REUTERS/ AFP

49 maut angkara militan


Foto
Seorang wanita melihat kesan serangan ke atas Hotel Breeze View ketika beberapa orang menyaksikan siaran bola sepak Piala Dunia di hotel itu, semalam.
2014/06/17 - 02:56:50


Foto
Anggota pasukan keselamatan Kenya memeriksa kenderaan yang rosak dalam serangan militan di kampung Kibaoni, dekat bandar Mpeketoni, semalam. - Foto AP


» Serang balai polis di Kenya, tembak orang sedang tonton siaran Piala Dunia

Mombasa Sekurang-kurangnya 49 terbunuh apabila kumpulan disyaki militan Shebab dari Somalia menyerbu dan melancarkan serangan besar-besaran ke atas balai polis, hotel dan pejabat kerajaan, kata pihak berkuasa.

Dianggarkan seramai 50 lelaki lengkap bersenjata berat merempuh masuk ke bandar Mpeketoni, dekat pesisir pulau yang juga resort pelancongan terkemuka, Lamu lewat kelmarin. Saksi berkata militan mula menyerang balai polis sebelum melepaskan tembakan rambang ke arah orang ramai, di antaranya sedang leka menonton siaran bola sepak Piala Dunia di bar dan hotel.

Penolong Penguasa Polis Daerah, Benson Maisori berkata beberapa bangunan di bandar - yang terletak kira-kira 100 kilometer dari sempadan Somalia - dibakar, termasuk hotel, restoran, bank dan pejabat kerajaan.

Lagi wanita diperkosa di Uttar Pradesh


LUCKNOW, India - Seorang wanita berusia 38 tahun didakwa dirogol beramai-ramai di sebuah negeri di selatan India yang mana kerajaannya dikecam hebat kerana gagal menangani peningkatan kes serangan seksual, kata polis semalam.
Seorang pegawai kanan polis berkata, wanita itu keluar membeli ubat malam Jumaat lalu apabila tiga lelaki mengumpannya ke sebuah rumah yang masih dalam pembinaan dan menyerang mangsa di negeri Uttar Pradesh.
"Dua daripada tiga suspek tersebut telah ditangkap," kata Superintendan Kanan L.R. Kumar kepada agensi berita AFP.
"Kami sedang memburu lelaki ketiga," tambahnya.
Wanita itu membuat aduan polis berhubung serangan tersebut pada hujung minggu lalu di bandar Bisauli, dalam daerah Badaun.
Badaun merupakan daerah sama di mana dua gadis yang masing-masing berumur 12 dan 14 tahun diperkosa beramai-ramai sebelum menggantung diri pada hujung bulan lalu.
Serangan kejam itu mencetuskan kemarahan orang ramai yang menuduh kerajaan sebagai gagal menguatkuasakan undang-undang di negeri itu.
Uttar Pradesh yang dihuni lebih 200 juta orang merupakan negeri berpenduduk paling padat di India.
Negeri itu telah lama dibelenggu isu kemiskinan, keganasan kaum dan perbezaan politik berdasarkan kasta. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0617&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz34qlWEffp 
Hakcipta terpelihara 

Keganasan agama meletus di Sri Lanka



REUTERS
DUA kanak-kanak Muslim berdiri berdekatan rumah mereka yang hangus dibakar selepas keganasan agama antara penganut 
Buddha dan Islam di Aluthgama, Sri Lanka semalam.


ALUTHGAMA, Sri Lanka - Sekurang-kurangnya tiga orang Islam maut, manakala 75 lagi cedera dalam insiden keganasan agama antara penganut Buddha dan penduduk Islam di dua bandar peranginan tepi pantai di selatan Sri Lanka, kata beberapa pegawai dan penduduk semalam.
Keganasan terhadap orang Islam di Sri Lanka meningkat sejak 2012 seperti yang berlaku di Myanmar apabila etnik minoriti Islam Rohingya diserang dan dibunuh oleh penduduk beragama Buddha.
Beberapa pertempuran tercetus di bandar Aluthgama dan Beruwela, selatan Sri Lanka kelmarin ketika penganut Buddha berarak dalam satu protes yang diketuai oleh kumpulan agama tersebut, Bodu Balan Sena (BBS).
"Saya tidak faham bagaimana sebuah kerajaan yang sebelum ini menghalang kesatuan sekerja atau pelajar daripada mengadakan tunjuk perasaan boleh membenarkan BBS berhimpun dan berarak," kata Menteri Kehakiman, Rauf Hakeem.
Beliau yang juga merupakan pemimpin parti Islam terbesar di Sri Lanka, Kongres Islam memberitahu, penduduk Islam di kawasan itu telah berulang kali meminta pihak berkuasa melindungi keselamatan mereka.
Ramai penganalisis bebas menyatakan, beberapa siri keganasan terhadap orang Islam dan penganut Kristian merupakan serangan terancang yang mendapat restu kerajaan.
Namun, kerajaan Sri Lanka menafikan terbabit dalam konflik agama tersebut.
Sebelum ini, Gerila Pembebasan Harimau Tamil Eelam (LTTE) menyerang beberapa buah perkampungan Islam di timur laut Sri Lanka semasa perang saudara antara 1983 hingga 2009.
Lebih 140 orang dibunuh dalam kejadian pembunuhan beramai-ramai penduduk Islam pada tahun 1990 yang didakwa dilakukan oleh LTTE.
Sebuah pasukan agensi berita Reuters di Aluthgama dan Beruwela menyaksikan sendiri kehadiran begitu ramai anggota polis, manakala penduduk Islam dilihat duduk di jalan di hadapan rumah mereka yang hangus dibakar.
"Perintah berkurung di bandar ini dikuatkuasakan untuk orang Islam dan bukan perusuh Buddha," kata seorang pesara guru berusia 65 tahun, Fathima Fazniya.
"Mereka datang dengan menaiki beberapa buah lori dan menyamun rumah kami. Mereka kemudian membakarnya. Mereka mempunyai perancangan rapi," tambahnya. - Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0617&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz34ql3IxmO 
Hakcipta terpelihara 

Pengedar dadah guna roket antikereta kebal bedil polis



AFP
POLIS mengadakan sekatan jalan raya di pintu masuk menuju ke Kampung Lazarat di selatan ibu kota Albania, Tirana semalam.


TIRANA - Sejumlah pengedar dadah melepaskan bedilan mesingan berat dan pelancar grenad terhadap pasukan polis semalam ketika mereka cuba memasuki sebuah perkampungan yang terkenal sebagai pusat pengeluaran ganja di Albania, kata pihak berkuasa.
Polis berkata, sekurang-kurang 500 anggotanya cuba untuk masuk ke kampung Lazarat yang terletak 240 kilometer dari sini bagi memusnahkan stok simpanan ganja di kawasan itu.
Menurut polis, tiada kecederaan dilaporkan dalam serbuan di lokasi tersebut.
"Polis berjaya menguasai Lazarat selepas berbalas tembakan dengan hampir 30 lelaki bersenjata yang bersembunyi di dalam se buah bangunan di kampung itu," kata seorang jurucakap pihak berkuasa.
Menurutnya, kumpulan lelaki bersenjata itu kemudian melarikan diri ke kawasan pergunungan berhampiran.
Kampung itu mengeluarkan 900 tan ganja yang bernilai AS$6.1 bilion (RM19.6 bilion) pada setiap tahun atau menyamai separuh daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) Albania.
Pihak berkuasa turut menggesa penduduk kampung berkenaan supaya meletakkan senjata mereka. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0617&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz34qjUNMyw 
Hakcipta terpelihara 

Rayuan Anthony Loke dibatal


PUTRAJAYA 16 Jun - Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan rayuan Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fook (gambar) berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman fitnah beliau terhadap dua pemimpin MCA negeri.
Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin yang bersidang bersama Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof dan Datuk Mah Weng Kwai memutuskan demikian selepas perayu menarik balik rayuannya.
Dalam rayuan itu, Setiausaha MCA negeri, Datuk Lim Fui Ming dan Timbalannya, Jason Lee Kee Chong dinamakan sebagai responden pertama dan kedua.
Oleh yang demikian, keputusan Mahkamah Tinggi Seremban pada 30 November tahun lalu yang menolak saman fitnah RM5 juta oleh Ahli Parlimen Seremban itu dan memerintah beliau membayar kos RM35,000 kepada setiap responden, kekal.
Anthony diwakili oleh peguam Gobind Singh Deo. Responden pertama diwakili oleh V. Ganesalingam manakala Haresh Mahadevan mewakili responden kedua.
Anthony memfailkan saman terhadap kedua-dua defendan kerana didakwa memfitnah beliau dalam satu artikel yang disiarkan dalam akhbar Guang Ming pada 24 Februari 2012.
Wakil rakyat itu selaku plaintif mendakwa kedua-dua defendan memfitnahnya dengan menuduh beliau tidak berhati perut dan mementingkan diri sendiri kerana tidak membantu abangnya yang dibebani hutang.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140617/ma_05/Rayuan-Anthony-Loke-dibatal#ixzz34qfQLSd4
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Edar dadah: Pekerja ladang ke tali gantung


Fauzi Naim Muhamad Zaki
ALOR SETAR 16 Jun - Seorang pekerja ladang ternakan masih mampu tersenyum selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati setelah didapati bersalah atas kesalahan mengedar ganja, dua tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd. Zaki Abdul Wahab menjatuhkan hukuman itu ke atas tertuduh, Fauzi Naim Muhamad Zaki, 27, setelah pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes terhadap tertuduh melampaui keraguan munasabah.
Mengikut kertas pertuduhan, Fauzi yang berasal dari Taiping, Perak didakwa mengedar 1,997.24 gram kanabis di tepi Warung Laksa Mambo, Taman Sejahtera, Lunas, Kulim kira-kira pukul 5.15 petang, pada 14 Mac 2012.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Mohd. Zaki berkata, tertuduh melalui keterangan pembelaannya mendakwa beg plastik yang mengandungi ganja itu ditemui dalam raga motosikal ditunggangnya bukan miliknya tetapi milik individu lain dikenali sebagai Mat Kering.
"Setelah mempertimbangkan seluruh keterangan pembelaan tertuduh, saya dapati pembelaan tertuduh tidak boleh dipercayai kerana ia merupakan keterangan yang diada-adakan untuk menafikan pertuduhan," katanya.
Terdahulu, peguam Muhamad Asri Abdul Hamid mewakili tertuduh merayu supaya hukuman anak guamnya diringankan dengan alasan ia adalah kesalahan pertama anak guamnya selain pendapatan tertuduh yang bekerja di ladang ternakan hanyalah kira-kira RM700 sebulan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Salim Soib @ Hamid yang juga Ketua Unit Pendakwaan Negeri.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140617/ma_04/Edar-dadah-Pekerja-ladang-ke-tali-gantung#ixzz34qfFAIHn
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Mat rempit beraksi ala Superman didenda RM5,000


KUALA LUMPUR 16 Jun - Dua mat rempit masing-masing dipenjara sehari dan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya dengan aksi ala Superman, minggu lalu.
Majistret Amal Razim Alias menjatuhkan hukuman itu terhadap penuntut kolej, Kamaruddin Ismail, 19, dan penghantar Pizza, Mohamad Hasnol Yusuf Harun, 19, dan memerintahkan kedua-duanya menjalani hukuman penjara selama dua bulan jika gagal membayar denda berkenaan.
Berdasarkan kertas pertuduhan, Kamaruddin yang menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ 135 warna hijau didakwa menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya dengan aksi ala Superman dengan meletakkan dada pada tangki motor serta mengangkat kaki lurus ke belakang yang membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.
Perbuatan itu didakwa dilakukan kira-kira pukul 3.20 pagi di Lebuh Raya Duke, 14 Jun lalu.
Sementara itu, Mohamad Hasnol yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda warna biru pula didakwa menunggang motosikalnya dengan gaya yang sama di lebuh raya berkenaan antara pukul 1.15 dan 1.20 pagi, 15 Jun lalu.
Kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 5 tahun dan didenda tidak kurang RM5,000, serta hilang kelayakan menunggang atau mendapatkan lesen memandu selama dua tahun.
Berdasarkan fakta kes, kedua-duanya berjaya ditahan oleh pihak polis yang melakukan operasi khas samseng jalan raya dan cegah lumba haram di persimpangan jalan lebuh raya itu.
Sementara itu, di mahkamah sama, seorang doktor didenda RM1,800 atau penjara dua bulan selepas mengaku bersalah memandu di bawah pengaruh alkohol, dua hari lalu.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140617/ma_03/Mat-rempit-beraksi-ala-Superman-didenda-RM5000#ixzz34qf0Toxl
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Polis, kerajaan gagal dapat kebenaran merayu


PUTRAJAYA 16 Jun - Polis dan kerajaan gagal dalam cubaan terakhirnya untuk mengetepikan keputusan dua mahkamah terdahulu yang mendapati penangkapan lima peguam hak asasi manusia dan seorang aktivis yang menyertai acara jalan kaki sempena sambutan Hari Hak Asasi Manusia Sedunia di ibu negara pada 2007, menyalahi undang-undang.
Perkara itu berikutan keputusan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif menolak permohonan pihak polis dan kerajaan bagi mendapat kebenaran merayu.
Beliau yang bersidang bersama Tan Sri Zaleha Zahari, Datuk Zainun Ali, Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha dan Datuk Ramly Ali tidak memerintahkan kos dibayar kerana kes itu merupakan kes kepentingan awam.
Oleh yang demikian, keputusan Mahkamah Rayuan pada 20 Januari lalu yang menolak rayuan polis dan kerajaan, kekal.
Pemohon-pemohon terdiri dari-pada Timbalan Ketua Polis Dang Wangi ketika itu, Supritendan Che Hamzah Che Ismail, Ketua Polis Negara, Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan.
Responden-responden ialah R. Sivarasa, N.Surendran, Latheefa Beebi Koya, Eric Paulsen, Amer Hamzah Arshad dan aktivis Johny Andu @ Abu Bakar Adnan.
Peguam Kanan Persekutuan, Mohamad Abazafree Mohd. Abbas mengetuai permohonan pihak kerajaan manakala peguam Datuk Sulaiman Abdullah mengetuai pihak responden.
Pemohon-pemohon memohon kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak rayuan mereka untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati penangkapan kelima-lima mereka, melanggar undang-undang.
Polis dan kerajaan merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan demikian serta memerintahkan ganti rugi am RM10,000 dibayar kepada setiap responden dan kos guaman RM60,000 dijelaskan.
Pada 10 Disember 2007, enam individu itu dikenakan pertuduhan berhimpun secara haram iaitu sehari sebelumnya di hadapan bangunan Kamdar di Jalan Tuanku Abdul Rahman di ibu negara dan tidak mematuhi perintah polis supaya bersurai.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140617/ma_02/Polis-kerajaan-gagal-dapat-kebenaran-merayu#ixzz34qeoBvRF
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Bekas akauntan didakwa


PETALING JAYA 16 Jun - Bekas akauntan pengurusan majlis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam pertuduhan pecah amanah melibatkan kerugian RM170,800 tahun lalu.
Zafisasrul Burham @ Borhan, 36, sebagai akauntan syarikat Memories Showcase Sdn. Bhd. ketika kejadian didakwa dengan curangnya mengambil wang majikan untuk tujuan pembayaran kepada pembekal syarikat dalam enam transaksi berasingan melalui enam keping cek bernilai RM35,000, RM31,200, RM33,600, RM21,000, RM35,000 dan RM15,000.
Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di No. 73, Jalan Penchala, di sini antara 4 September 2013 dan 13 Disember 2013.
Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aishah Ahmad Zakiuddin mengemukakan pertuduhan itu mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang mana seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan dengan sebat serta boleh dikenakan denda.
Hakim Zamri Bakar membenarkan tertuduh yang diwakili peguam Jayananda Rao untuk diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 5 Ogos ini bagi sebutan semula kes tersebut.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140617/ma_01/Bekas-akauntan-didakwa#ixzz34qecUKFq
© Utusan Melayu (M) Bhd