Search This Blog

Monday, June 16, 2014

Budak 9 tahun koma

Nur Fateha patah tangan kanan akibat kemalangan di persimpangan lampu isyarat Melaka Sentral, Lebuh  MJ, malam kelmarin.
Nur Fateha patah tangan kanan akibat kemalangan di persimpangan lampu isyarat Melaka Sentral, Lebuh MJ, malam kelmarin.
BANDARAYA MELAKA - Seorang kanak-kanak perempuan koma akibat pendarahan dalam otak selepas terbabit dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Melaka Sentral, Lebuh Ayer Gajah - Melaka Tengah - Jasin (AMJ), dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 9 malam itu, mangsa, Nur Alya Maisarah Nor Azlan, 9, yang tersepit di tempat duduk penumpang hadapan tidak sedarkan diri dan terus dibawa ke Hospital Melaka sebaik saja berjaya dikeluarkan dari kenderaan oleh orang awam.

Kakak mangsa, Nur Fateha Liana, 15, pula patah tangan kanan dan turut dibawa ke hospital sama untuk rawatan lanjut, manakala ibu mereka, Dayangku Suhana Jamil, 35 hanya mengalami luka-luka kecil di muka dan tangan.

Ketiga-tiga beranak itu dikatakan dari arah Semabok dan hendak masuk simpang ke kanan untuk pulang ke rumah mereka di Pulau Gadong melalui Malim Jaya sebelum kereta Perodua Myvi dinaiki mereka dirempuh Honda CRV dipandu seorang lelaki berusia 30-an yang datang dari arah Malim ke Semabok.

Saksi kejadian dikenali sebagai Zack, 20-an, berkata, ketika kejadian, dia sedang menunggang motosikal dari arah Melaka Sentral dan berhenti di persimpangan itu kerana lampu isyarat merah.

Menurutnya, dia terkejut apabila mendengar dentuman kuat.

“Kemudian saya lihat Honda CRV terbabit berpusing sebelum orang ramai datang membantu mengeluarkan semua mangsa, namun kanak-kanak yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan tidak dapat dikeluarkan kerana tersepit,” katanya.

Sementara itu, suami Dayangku Suhana, Norazlan Ibrahim, 42, berkata, dia hanya mengetahui mengenai kejadian selepas dihubungi isterinya yang memaklumkan mereka bertiga terlibat kemalangan.

“Ketika kejadian, saya berada di rumah menjaga ibu tidak sihat sebelum menerima panggilan dari isteri yang dalam perjalanan pulang dari rumah rakannya di Peringgit tidak jauh dari lokasi kemalangan.

“Saya bergegas ke lokasi, bagaimanapun dimaklumkan orang ramai yang isteri dan kedua anak perempuan sudah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” katanya ketika ditemui di Hospital Melaka, di sini, semalam.

Norazlan yang merupakan bekas pembantu jurukamera sambilan sebuah stesen televisyen tempatan berkata, dia masih terkejut dan risau dengan keadaan anak bongsu yang kini tidak sedarkan diri dan dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Salehhudin Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.

Pengusaha ikan, pekerja diculik


Oleh Norasikin Daineh
Kunak: Seorang pengusaha ikan dalam sangkar dan seorang pekerjanya warga Filipina diculik sekumpulan lelaki di kawasan pemilikan ikan dalam sangkar Kampung Air Sepang, tengah malam tadi.

Mangsa yang berusia 32 tahun dan pekerjanya 20 tahun dilarikan empat lelaki bertopeng tidak dikenali kira-kira jam 12.40 tengah malam.


Difahamkan, lelaki terbabit memakai pakaian gelap dan bersenjata itu masuk ke kawasan berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Senior Asisten Komisioner Omar Mammah berkata, dua suspek naik ke atas rumah di pusat ternakan itu dan menculik kedua-dua mangsa manakala dua lagi menunggu di atas bot.


Keadaan yang gelap ketika kejadian menyebabkan mangsa gagal dikesan selepas suspek melarikan diri dengan menaiki bot dari kawasan terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/16

Dua lelaki maut tercampak keluar


Jasin: Dua lelaki berusia 22 dan 23 tahun maut selepas tercampak keluar dalam kemalangan di KM190.2 Lebuhraya PLUS, arah selatan, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi, kedua dua mangsa mati di tempat kejadian kerana kecederaan parah di anggota badan. 
Difahamkan kedua-dua mangsa dari Georgetown dalam perjalanan ke Singapura sebelum Proton Pesona dinaiki hilang kawalan setibanya di tempat kejadian. 

Kenderaan itu kemudian merempuh besi penghadang tengah sebelum berpusing dan merempuh pula penghadang tepi lebuh raya.
Foto
KEADAAN kereta dinaiki mangsa yang terbabit kemalangan pagi tadi.

Akibat rempuhan itu kedua-dua mangsa tercampak keluar dari kenderaan.

Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Muhd Nur Hishamudin Hashim berkata, kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Jasin untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/16

Penunggang maut cuba elak serpihan bonggol


Oleh Arifin Salleh
Alor Gajah: Seorang pekerja kilang Mohd Shahril Husin, 23, terbunuh selepas motosikal ditunggang terbabit kemalangan di Jalan Garing, Durian Tunggal, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.40 pagi, mangsa yang parah di kepala maut di tempat kejadian.


Kemalangan dipercayai berlaku selepas mangsa cuba mengelak serpihan bonggol di atas jalan sebelum motosikal Scrambler ditunggang terjatuh menyebabkannya tercampak ke laluan bertentangan.

Mohd Sahril kemudian dirempuh sebuah Perodua Viva dipandu wanita berusia awal 30-an.


Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Mohamad Laham, mengesahkan kejadian dan berkata, mayat dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat.


Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/16

Sewa bilik di hotel bajet lampias nafsu


WARTAWAN SINAR HARIAN
15 Jun 2014

SURA GATE (DUNGUN) – Demi memuaskan nafsu, sepasang kekasih sanggup menyewa sebuah bilik di hotel bajet, dekat sini.

Pasangan terbabit difahamkan mendaftar masuk ke bilik hotel dekat bandar Dungun itu kira-kira jam 8.30 malam kelmarin.

Bagaimanapun, usaha sepasukan pegawai penguat kuasa syariah yang tiba kira-kira jam 11 malam untuk mengambil tindakan sebaik menerima maklumat tidak berhasil apabila pasangan lelaki dikatakan keluar lebih awal dari bilik penginapan tersebut untuk membeli makanan.

Siasatan awal mendapati pasangan perempuan berusia awal 20-an itu merupakan seorang pelajar di sebuah pusat pengajian tinggi dan dia mengaku menginap di hotel berkenaan untuk memadu kasih.

Pasangan itu bagaimanapun dilepaskan selepas keterangan diambil.

Penyakit asma punca kematian

Jenazah Allahyarham Mohammad Nazir Munyandy dibawa pulang ke rumahnya di Rasah Jaya sebelum dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran.
Jenazah Allahyarham Mohammad Nazir Munyandy dibawa pulang ke rumahnya di Rasah Jaya sebelum dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran.
SEREMBAN – Lelaki yang ditemui mati dalam sebuah Perodua Kancil di kawasan meletak kenderaan di Jalan Rasah-Seremban, petang kelmarin, dipercayai akibat asma.

Ia disahkan anak kepada mangsa yang dikenal pasti sebagai Mohammad Nazir Munyandy Abdullah, 58.

Menurut Shahin Munyandy,  24, bapanya yang bekerja di sebuah syarikat pembersihan itu meninggal dunia selepas hasil bedah siasat dijalankan.

Menurutnya, bapanya memang mempunyai penyakit berkenaan sejak kecil.

“Saya tidak tahu bagaimana kejadian ini berlaku kerana saya tidak tinggal di Seremban. Tapi sebelum itu keadaan ayah saya biasa sahaja.

“Kami memang tahu dia pergi bekerja dan sesekali akan pulang ke rumah," katanya yang bekerja di Shah Alam.

Menurut Shahin, dia bergegas pulang sebaik saja dihubungi polis memaklumkan kejadian menimpa ayahnya.

“Saya sangat terkejut dengan kejadian ini," katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Ja'afar, di sini semalam.

Shahin berkata, setiap  hujung minggu dia akan pulang ke rumah keluarganya di Rasah Jaya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan penemuan mangsa dalam keadaan tidak bernyawa di bahagian tempat duduk penumpang sebelah hadapan kira-kira 2 petang oleh orang ramai.

Mangsa dipercayai meninggal dunia kira-kira tiga hari lalu berdasarkan keadaan mayatnya yang sudah berbau.

2 lelaki ditahan Paid Rompin minum arak di pondok

Dua lelaki yang berjaya ditahan kerana disyaki minum arak di Dataran Udang Galah.
Dua lelaki yang berjaya ditahan kerana disyaki minum arak di Dataran Udang Galah.
ROMPIN – Dua lelaki berjaya dicekup di sebuah pondok rehat di Bandar Kuala Rompin, di sini, manakala seorang lagi melarikan diri selepas diserbu sekitar jam 12.56  pagi Jumaat lalu oleh Penguat kuasa Pejabat Agama Islam Daerah (Paid) Rompin kerana

disyaki meminum arak di kawasan awam  selepas selesai bekerja di sebuah kedai makan.

Kadi Daerah Rompin, Adnan Mamat, berkata, rondaan berkala yang melibatkan enam penguat kuasa itu melakukan rondaan di sekitar Kuala Rompin hingga ke Tanjung Gemok dan akhirnya dapat mengesan tiga lelaki berkenaan.

“Enam Penguat kuasa terbabit tiba di Bandar Kuala Rompin sekitar jam 12 lebih dan melakukan rondaan di sekitar Bandar Kuala Rompin lalu mendapati ada tiga individu yang disyaki sedang minum arak di sebuah pondok rehat di kawasan awam.

“Apabila dihampiri, salah seorang daripada mereka bertindak melarikan diri manakala dua lagi berjaya ditahan. Penguat kuasa Paid Rompin mendapati di atas meja ada sebotol air minuman ringan perasa ais kream soda dan sebotol arak jenis Asta Vodka
Green Apple,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Adnan, berdasarkan soal siasat ke atas dua lelaki itu, mereka mengaku minum arak dan arak tersebut dibeli di Pulau Tioman melalui kawannya.

“Kedua lelaki yang ditahan itu dibawa ke Paid Rompin untuk tindakan selanjutnya dan disiasat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013 iaitu minum minuman yang memabukkan di tempat awam.
“Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum denda tidak melebihi RM5000 atau penjara tidak lebih 3 tahun atau sebat tidak melebihi 6 sebatan atau mana-mana kombinasi hukuman itu. Mereka bakal dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan.” katanya.

Sementara itu, dalam operasi berasingan pada malam Jumaat lalu yang melibatkan Penguat kuasa Paid dari beberapa daerah lain telah membuat serbuan di beberapa hotel sekitar Kuala Rompin namun tiada tangkapan dibuat.

Pemandu maut lori dihempap batu konkrit

Keadaan lori dihempap batu konkrit menyebabkan pemandunya maut di tempat kejadian. Sumber gambar - Facebook Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia
Keadaan lori dihempap batu konkrit menyebabkan pemandunya maut di tempat kejadian. Sumber gambar - Facebook Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia
ROMPIN – Seorang pemandu lori angkut tanah di sebuah tapak pembinaan di Muadzam Shah, di sini, maut selepas lori yang pandunya dihempap batu konkrit besar yang berbentuk seakan huruf ‘Z’ sekitar jam 3 petang kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Rompin, ASP Mohd Razali Razak, berkata, kejadian berlaku ketika mangsa sedang menunggu giliran untuk mengambil tanah.

“Kejadian berlaku ketika mangsa,  Ahmad Khussairie Saffari, 29, sedang menunggu giliran untuk mengambil tanah namun secara tiba-tiba batu konkrit yang berada berhampirannya tumbang lalu menghempap bahagian kepala lori.

“Bahagian kepala lori remuk dan beberapa jentera diperlukan termasuk bantuan pihak Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah untuk mengalih batu konkrit berkenaan sebelum dapat mengeluarkan mangsa,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Razali, mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan sekitar jam 3.20 petang namun meninggal di tempat kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk proses bedah siasat.

“Mangsa mengalami kecederaan yang parah di bahagian leher, kepala dan juga tangan,” katanya.

Tulang manusia ditemui bersama pakaian dalam


WARTAWAN SINAR HARIAN
15 Jun 2014


IPOH - Seorang pemandu jentera berat terkejut menemui tulang manusia ketika melakukan kerja-kerja mengorek tanah di Sungai Raya, Tambun, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, panggilan daripada pemandu jentera berat berhubung penemuan tulang berkenaan diterima pihaknya kira-kira jam 4.10 petang.

Menurutnya, Unit Forensik (D10) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak (IPK) ke tempat kejadian bagi menjalankan siasatan terhadap tulang berkenaan.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati tulang yang ditemui tidak lengkap dan ia dipercayai milik wanita berdasarkan pakaian dalam yang ditemui.

“Bagaimanapun, tiada sebarang dokumen atau barangan lain ditemui pada mangsa dan tulang berkenaan di bawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut namun siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti identiti mangsa.

"Sesiapa yang kehilangan ahli keluarga, saudara mara ataupun rakan-rakan diminta tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan," katanya.

Tulang manusia ditemui bersama pakaian dalam


WARTAWAN SINAR HARIAN
15 Jun 2014


IPOH - Seorang pemandu jentera berat terkejut menemui tulang manusia ketika melakukan kerja-kerja mengorek tanah di Sungai Raya, Tambun, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, panggilan daripada pemandu jentera berat berhubung penemuan tulang berkenaan diterima pihaknya kira-kira jam 4.10 petang.

Menurutnya, Unit Forensik (D10) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak (IPK) ke tempat kejadian bagi menjalankan siasatan terhadap tulang berkenaan.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati tulang yang ditemui tidak lengkap dan ia dipercayai milik wanita berdasarkan pakaian dalam yang ditemui.

“Bagaimanapun, tiada sebarang dokumen atau barangan lain ditemui pada mangsa dan tulang berkenaan di bawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut namun siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti identiti mangsa.

"Sesiapa yang kehilangan ahli keluarga, saudara mara ataupun rakan-rakan diminta tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan," katanya.

Mengamuk baling kayu pada adik

Wan Ahmad Hisham dijatuhi hukuman penjara 10 bulan selepas mengaku salah melakukan ugutan jenayah terhadap adik perempuannya
Wan Ahmad Hisham dijatuhi hukuman penjara 10 bulan selepas mengaku salah melakukan ugutan jenayah terhadap adik perempuannya
KUALA TERENGGANU - Hanya kerana tidak berpuas hati ditegur berbuat bising di kawasan rumah oleh adik perempuannya, seorang abang mengamuk dengan membaling kayu serta mengugut akan membunuh mangsa, dalam kejadian 25 Mei lalu.

Bagaimanapun, perbuatan Wan Ahmad Hisham Wan Mohd Shariff, 35, terbalas apabila dijatuhi hukuman 10 bulan penjara oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Majistret Abdul Hayyi Salim membuat keputusan itu selepas dia mengaku salah dengan sengaja telah melakukan ugutan jenayah terhadap mangsa, Wan Marjina Wan Mohd Shariff, 32, dengan menggunakan dua batang kayu.

Dia mengaku melakukan kesalahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah itu pada 25 Mei lalu, jam lebih kurang 2.15 petang di kawasan rumah di Kampung Pulau Ketam, di sini.

Mengikut fakta kes, pada 25 Mei lalu, kira-kira jam 2.15 petang, semasa mangsa berada di rumah berkenaan, Wan Ahmad Hisham telah datang dalam keadaan marah-marah serta mengamuk kerana mangsa telah menegurnya berbuat bising di kawasan rumah mangsa.

Akibatnya, Wan Ahmad Hisham telah membaling kayu ke arah mangsa tetapi tersasar, dan turut mengatakan mahu memukul mangsa sampai mati.

Bimbang keselamatan dirinya dan keluarga, mangsa menghubungi polis dan kira-kira jam 2.30 petang, dia ditahan untuk tindakan lanjut.

Mengaku dihantui dosa silam

Laporan Sinar Harian 23 April lalu.
Laporan Sinar Harian 23 April lalu.
KUALA TERENGGANU - Seorang pelajar sebuah kolej swasta di sini, dijatuhi hukuman penjara sehari dan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam setelah didapati bersalah menyembunyikan kelahirannya.

Bukan itu sahaja, pelajar tahun akhir jurusan Diploma Teknologi Maklumat (IT) yang berusia 21 tahun itu turut berdepan hukuman penjara enam bulan, sekiranya gagal menjelaskan denda.

Kesemua hukuman itu diputuskan selepas gadis yang berasal dari Kundasang, Ranau, Sabah itu mengaku salah telah menyembunyikan kelahiran seorang bayi di Tingkat 4, Flat Awam Padang Hiliran, di sini.

Dia mengaku salah melakukan perbuatan itu pada 22 April lalu, kira-kira jam 2.30 pagi.

Dia mengaku melakukan kesalahan mengikut Seksyen 318/511 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun dan denda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Nur Zafirah Rosli di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi.

Berdasarkan fakta kes, pada 22 April lalu, lebih kurang jam 2.30 pagi, semasa rakan serumahnya berada di rumah berkenaan, dia mendapati tertuduh telah terbaring di depan pintu bilik air.

Kemudian rakan serumah tertuduh ternampak di dalam bilik air ada tompokan darah dan di dalam mangkuk tandas ada seperti tubuh bayi sebelum mengambil keputusan menghubungi ambulans untuk tindakan susulan.

Pihak hospital sampai di lokasi kejadian kira-kira jam 5.30 pagi dan ketika itu, doktor bertugas telah mengesahkan kematian bayi tersebut kerana mayat bayi telah biru; tidak bergerak dan kepala terendam di dalam air.

Hasil bedah siasat mengesahkan bayi tersebut mati disebabkan semasa kelahiran.

Terdahulu, tertuduh mengakui selepas kejadian itu, dia dihantui bayi tersebut dan dosa-dosa silamnya serta mengakui bertindak sedemikian kerana kurangnya didikan agama.

Pengakuan itu dibuat melalui peguam belanya, Muhamad Hayatuddin Mohd semasa membuat rayuan bagi meminta diringankan hukuman terhadap dirinya.

Sinar Harian keluaran 23 April lalu menyiarkan mayat seorang bayi lelaki yang cukup sifat ditemui di dalam mangkuk tandas di sebuah rumah di Flat Awam Padang Hiliran, di sini, yang disewa sekumpulan pelajar sebuah institut pengajian tinggi (IPT) di sini.

Siasatan awal pihak polis percaya mayat bayi berkenaan adalah hasil hubungan pelajar itu dengan seorang tukang cat yang berasal dari negeri ini beberapa bulan lalu dan kehamilan itu juga disembunyikan daripada pengetahuan rakan dan keluarga.

Tukang kebun bernafsu songsang

Azmi dipenjara enam tahun selepas mengaku salah melakukan kelucahan melampau terhadap
empat pelajar berusia antara 12 dan 14 tahun.
Azmi dipenjara enam tahun selepas mengaku salah melakukan kelucahan melampau terhadap empat pelajar berusia antara 12 dan 14 tahun.
KUALA TERENGGANU - Seorang tukang kebun yang bernafsu songsang hingga tergamak mencabul kehormatan empat pelajar lelaki berusia 12 hingga 14 tahun, dijatuhi hukuman enam tahun penjara oleh mahkamah majistret, di sini, semalam.
Azmi Naman, 57, dari Kampung Padang Langkuas, Kelantan, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku salah atas empat pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah dengan maksud untuk mencabul kehormatan empat pelajar lelaki berkenaan.

Bagi pertuduhan pertama, Azmi mengaku salah menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa berusia 14 tahun, dengan maksud untuk mencabul kehormatan dengan cara memegang kemaluannya di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Gong Penaga, Jalan Pasir Panjang, di sini, kira-kira jam 12 tengah hari pada 10 Ogos 2013.

Dia turut mengaku salah mengulangi perbuatan sama di rumah berkenaan kepada seorang lagi mangsa berusia 13 tahun, kira-kira jam 4 petang pada hari sama.

Azmi turut mengaku salah melakukan kesalahan sama pada dua lagi mangsa, masing-masing berusia 14 dan 12 tahun pada kira-kira jam 2.30 petang 6 September 2013 dan kira-kira jam 5.30 petang 28 Ogos 2013 di rumah berkenaan.

Bagi setiap pertuduhan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan itu, Azmi berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan, atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurliyana R Azmi di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.

Sinar Harian 20 September tahun lalu melaporkan, suspek turut memiliki rekod jenayah meliwat dan pernah menerima hukuman penjara serta sebatan atas kesalahan tersebut.

Perbuatan suspek terhadap semua mangsa terbongkar selepas seorang daripada mangsa menceritakan kepada ibu bapanya.

Bumbung 14 kedai rosak

Mat Yusof menunjukkan keadaan bumbung depan deretan kedai yang musnah.
Mat Yusof menunjukkan keadaan bumbung depan deretan kedai yang musnah.
KEMAMAN – “Tengah syok tengok TV (televisyen) tiba-tiba datang kepulan debu ke arah deretan kedai dan dalam sekelip mata kesemua bumbung depan kedai ranap,” kata Mat Yusof Yaacob, 64, yang melihat ribut merosakkan deretan 14 kedai di Pasar Borong Dusun Nyior, Chukai, malam kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 malam ketika Mat Yusof yang juga pengawal keselamatan di kawasan pasar berkenaan berada di sebuah warung tidak jauh dari deretan 14 kedai tersebut.

Mat Yusof yang pada waktu siang turut bekerja sebagai pembantu kedai di salah sebuah kedai di situ berkata, sejurus diserang ribut dahsyat itu, hujan turun dengan lebat kira-kira setengah jam sebelum keadaan kembali reda.

“Angin kencang yang membawa bersama debu tebal datang dari arah pintu depan pasar, mata saya terkebil-kebil waktu itu kerana sepantas kilat deretan 14 kedai bertukar rupa.

“Kebetulan waktu itu, majikan saya ada bersama, jadi lepas serangan ribut itu kami segera meluru ke arah kedai dan periksa keadaan dalam kedai,” katanya.

Akibat kejadian itu juga, terdapat beberapa kedai digenangi air kerana ruang di dalam kedai dimasuki air hujan.

Sementara itu, majikan Mat Yusof, Abdul Manan Abdul Rahman, 62, berkata, dia bersyukur kerana ‘kepala angin’ itu hanya memusnahkan bumbung bahagian depan kedainya.

“Alhamdulillah tiada barang niaga yang rosak atau musnah jadi kami tidak menanggung kerugian besar, cuma saya perlu beli sebuah kanopi untuk letak depan kedai kerana barang jualan diletakkan di depan kedai sementara tunggu bumbung depan ini siap dibaiki,” katanya.

Seorang lagi peniaga, Wan Safiah Wan Mamat, 47, mengakui terkejut besar selepas melihat bumbung depan kedainya terangkat semasa tiba untuk membuka kedainya kira-kira jam 6.40 pagi semalam.

“Saya pelik kenapa kawasan kedai agak terang, tapi bila pandang ke atas, saya tergamam tengok bumbung depan deretan 14 kedai ini rosak.

“Lepas saya buka pintu, saya dapati air hujan bertakung atas meja dan kesemua bawang yang baru dibungkus habis basah,” katanya.

'Minggu depan tak balik dah'

Jenazah Ahmad Shukri dan pasangannya yang sentiasa duduk berdua termasuk bekerja di satu syarikat sama akan kekal berdua kerana dikebumikan dalam satu liang di tanah perkuburan Islam di Rawai, Marang.
Jenazah Ahmad Shukri dan pasangannya yang sentiasa duduk berdua termasuk bekerja di satu syarikat sama akan kekal berdua kerana dikebumikan dalam satu liang di tanah perkuburan Islam di Rawai, Marang.
KEMAMAN - Dua beradik bergelar yatim piatu sekelip mata selepas terlibat dalam nahas tragis membabitkan dua mangsa maut dan tiga parah dekat Kawasan Perindustrian Teluk Kalong, Kijal, di sini, pagi semalam.

Kemalangan kira-kira jam 7.50 pagi di Kilometer 140 Jalan Pintasan Kuala Terengganu - Kuantan itu berlaku ketika dua beradik lelaki berkenaan, Aniq Shafarah Ahmad Shukri, 5, dan Aqil Shauki, 3, bersama ibu bapanya dalam perjalanan ke pusat asuhan dan tempat kerja di Chukai dari rumah mereka di Kijal.

Namun, sebaik tiba di lokasi kejadian, Proton Satria yang dinaiki mereka sekeluarga bertembung dengan sebuah Honda Accord.

Akibatnya kedua-dua ibu bapa mereka, Ahmad Shukri Abd Wahab, 34, dan Nor Asmalia Wahab, 34, yang bekerja di kilang pengeluar peralatan untuk industri minyak dan gas, Alfa Meli Sdn Bhd di Kawasan Perindustrian Jakar III,
Chukai maut serta merta dalam kereta yang remuk.

Kedua-dua beradik itu bersama pemandu (lelaki Inggeris) Honda Accord yang juga seorang pegawai kanan di sebuah syarikat di Pengkalan Bekalan Kemaman (KSB) berusia 30-an yang cedera teruk dikejarkan ke Unit Kecemasan, Hospital Kemaman untuk mendapatkan rawatan.

Nahas itu dipercayai berlaku apabila kereta Honda Accord dari arah Chukai menuju Teluk Kalong terbabas lalu masuk ke laluan bertentangan dan merempuh  kereta dinaiki empat beranak itu mengakibatkan pemandu Honda
Accord itu turut tersepit dan dikeluarkan orang awam.

Hasil pemeriksaan polis di tempat kejadian mendapati tayar belakang Honda Accord itu pecah.

Balik kampung setiap minggu

Sementara itu, ibu Nor Asmalia, Fatimah Mohd Taib, 62, berkata, kali terakhir dia berjumpa dengan anak keduanya itu kelmarin (Sabtu) semasa anaknya sekeluarga pulang membantu menguruskan majlis kenduri kahwin
seorang lagi anaknya di rumahnya di Kampung Banggol Mempelam, Serada, Kuala Terengganu.

“Arwah anak dan menantu berada di samping kami selama dua hari pada Jumaat dan Sabtu. Mereka berdua nampak ceria dan tak tunjuk apa-apa perubahan sikap.

“Cuma semasa salah seorang adiknya tanya sama ada minggu depan arwah balik kampung ke tak, arwah cakap ‘minggu depan tak balik dah’,” katanya sebak.

Menurut ibu lapan anak ini, anaknya yang berperwatakan ceria itu hampir setiap minggu pulang ke kampung menghabiskan cuti hujung minggu jika mereka suami isteri tidak bekerja pada Sabtu.

Tak lepas potong kenderaan hadapan

Sementara itu abang sulung Nor Asmalia, Wahyudin Wahab, 36, yang bekerja di sebuah syarikat swasta di Paka, Dungun, berkata, dia bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan memaklumkan nahas yang menimpa adiknya sekeluarga.

“Menurut saksi tempat kejadian, Honda Accord cuba memotong kereta di hadapannya tapi tak lepas menyebabkan kereta itu bertembung dengan kereta dinaiki adik saya,” katanya.

Bagaimanapun, punca kemalangan itu masih lagi dalam siasatan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dikebumi satu liang lahad

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam mengesahkan mengenai kes itu.

Jenazah suami isteri itu dituntut ahli keluarga kira-kira jam 1.15 tengah hari dan dikebumikan dalam satu liang lahad di kampung halaman Ahmad Shukri di Rawai, Marang selepas solat Isyak.

Kedua-dua anak pasangan itu yang cedera di bahagian kepala dan patah kaki dihantar untuk mendapatkan rawatan lanjut ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, Pahang kira-kira jam 11 pagi.

Ukraine mengamuk

Kereta kakitangan Kedutaan Rusia yang dirosakkan ketika protes di Kiev.
Kereta kakitangan Kedutaan Rusia yang dirosakkan ketika protes di Kiev.
LUGANSK - UKRAINE. Jutaan rakyat Ukraine berikrar untuk membalas dendam terhadap kumpulan pemisah yang menembak jatuh pesawat tentera sehingga mengorbankan 49 askar di timur negara itu, kelmarin.

Presiden Petro Poroshenko mengarahkan rakyat menentang kumpulan pemisah itu sebagai simbol tindak balas kerana membunuh wira negara.

“Saya mengisytiharkan hari ini (semalam) sebagai hari berkabung. Semua rakyat perlu bersatu menentang kumpulan ini yang didalangi Rusia,” katanya.

Media tempatan melaporkan, sekumpulan penduduk Ukraine mulai berang dan bertindak memecah tingkap, melempar telur dan membaling bom molotov koktel di Kedutaan Rusia di Kiev.

“Puluhan tingkap bangunan kedutaan Rusia pecah. Kereta kakitangan kedutaan dirosakkan dan turut berlaku kebakaran akibat balingan bom tangan,” menurut laporan itu.

Sementara itu, pro-Rusia menafikan bahawa mereka adalah kumpulan puak pemisah yang menembak jatuh pesawat berkenaan, kelmarin.

Hanya mahu dikenali sebagai Mudzhakhed, beliau memberitahu, kumpulannya terlihat pesawat berkenaan membuang senjata api selepas ditembak kumpulan tidak dikenali.

“Empat enjin pengangkut dan puluhan mesingan digugurkan sebelum terhempas ketika cuba melakukan pendaratan kecemasan,” katanya, laporan dipetik dari AFP.

DENGGI RAGUT 75 NYAWA


2014/06/16 - 04:31:25
DENGGI RAGUT 75 NYAWA
Dr S Subramaniam (tengah) pada perasmian Sambutan Hari Denggi ASEAN di Dataran Sungai Melaka, semalam. - Foto Rasul Azli Samad

Foto


Melaka: Pelbagai inisiatif dilaksanakan kerajaan bagi memerangi denggi dilihat tidak berkesan kerana kurangnya kesedaran rakyat terhadap penyakit yang boleh membawa maut itu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata kes demam dan kematian akibat denggi meningkat lebih tiga kali ganda antara Januari hingga 7 Jun lalu iaitu 38,411 kes dengan 75 kematian berbanding tempoh sama tahun lalu iaitu 10,910 kes dengan 22 kematian. 

Padah ‘cari pokok’


Chen Huangxin, 32, bertugas di sebuah balai bomba di daerah Yunlin, tenggara China. 
Dalam keadaan tidak waras, Chen memandu jentera berkenaan dengan hanya berselipar dan memakai baju tidur. 

Di sepanjang laluannya, Chen merempuh pelbagai kenderaan serta kemudahan awam sebelum terbabas.
Foto
JENTERA bomba dipandu Chen rosak teruk selepas merempuh kereta dan bangunan.

Media semalam melaporkan, ujian alkohol menunjukkan paras arak yang ada dalam badannya tiga kali ganda lebih tinggi daripada tahap dibenarkan.

Kata Chen, dia cuma mahu “melihat padang dan pohon menghijau” ketika memandu jentera berkenaan. 

“Saya minta maaf kerana menyusahkan orang ramai,” katanya. 

Ketika memandu dalam keadaan mabuk itu, dia melanggar sebuah lori, sebatang tiang elektrik, beberapa kereta yang diletakkan di tepi jalan sebelum terbabas dan terbalik yang menyebabkan dia cedera. 

Jentera berkenaan mengalami kerosakan teruk dan tidak boleh dibaiki sehingga alat gantinya tiba dari Eropah. 

Jurucakap jabatan bomba pula berkata, kemalangan itu adalah insiden paling serius pernah berlaku di jabatan berkenaan. 

“Ia adalah jentera kebanggaan kami dan yang terbaik yang kami miliki. 

“Chen hampir memusnahkannya sama sekali dan mustahil untuk kami menerimanya bertugas,” katanya. 

Malang Chen tidak terhenti di situ saja. 

Selain dipecat, dia kini berdepan beberapa tuduhan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga dua tahun. 

“Saya tidak tahu apa yang saya lakukan. Kebiasaannya saya tidak akan memandu ketika mabuk tetapi semuanya berlaku di luar kawalan,” katanya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/15

Remaja 14 tahun tiduri isteri orang dimasuki ‘anaconda’


Matshobana, Zimbabwe: Penduduk setempat kini gempar selepas kisah seorang remaja lelaki dimasuki cacing luar biasa gara-gara meniduri isteri orang semakin tersebar.

Menurut sumber, remaja berusia 14 tahun itu kini semakin tenat apabila ada cacing ‘anaconda’ mengganas di dalam badannya.


“Budak itu mula sakit dua hari selepas meniduri seorang wanita berusia dan sudah bersuami,” katanya. Ibu saudara remaja terbabit, Nobuhle Moyo berkata, cacing berkenaan semakin membesar, manakala kesihatan remaja itu semakin merosot.

“Dia mula mengalami masalah kencing berdarah,” katanya. Menurut Nobuhle, dia semakin risau kerana anak saudaranya itu kini tidak berselera makan atau minum, Katanya, remaja terbabit hanya bergantung kepada air teh untuk mengisi perut.


“Pada awalnya kami tertanya-tanya mengapa dia mengalami masalah itu.


“Selepas didesak berkali-kali, akhirnya dia mengaku mengadakan hubungan sulit dengan isteri orang,” katanya.

Sementara itu sumber berkata, remaja terbabit dibawa berubat dengan seorang bomoh.


“Keadaannya masih belum banyak berubah.

“Kami yakin suami wanita berkenaan menggunakan sihir sebagai membalas dendam,” katanya, semalam. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/16

Kolej swasta disiasat


Oleh Elrafaei Sapi
Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan sedang melaksanakan penyiasatan dan pemantauan terhadap semua kolej swasta di negara ini dalam usaha mengesan kolej yang gagal melaksanakan janji terhadap pelajar.

Timbalan Menteri Pendidikan II P Kamalanathan berkata, tiada lesen penubuhan kolej baru diberikan sejak Februari 2013 sehingga Februari 2015 untuk memastikan proses penyiasatan ini dijalankan sepenuhnya.


“Kementerian bertindak mengawal, memantau dan menyemak semua kelulusan yang diberi sama ada ia dipakai guna mengikut hasrat yang diberi,” katanya pada sidang media selepas Majlis Konvokesyen Kolej Teknologi YPC-iTWEB ke-10 di sini, semalam.



Menurutnya, beliau berharap orang ramai turut memberi kerjasama dalam membuat laporan terhadap kolej sekiranya tidak mematuhi janji mereka kepada pelajar.


“Kita terus membuat pemantauan dan mempunyai pegawai penguat kuasa untuk menyiasat. Apa yang penting, ibu bapa dan anak yang belajar di kolej boleh membuat laporan terus kepada kementerian,” katanya.


Katanya, kementerian tidak mengambil tindakan secara membuta tuli sebaliknya menerusi penyiasatan dan meminta pihak kolej memberi penjelasan.

“Apabila kolej membuat pengiklanan, apa yang dinyatakan dalam iklan itu harus dipatuhi. Ramai pelajar mendaftar atas faktor iklan dan berdasarkan janji yang diberikan kolej itu.


“Namun, apabila mereka masuk ke kolej dan janji seperti dalam iklan tidak ditepati, pelajar ada hak membuat laporan,” katanya.

Katanya, menubuhkan kolej baru bukan sukar dan kementerian menggalakkan ramai individu atau syarikat yang ingin melabur dalam pendidikan melaksanakannya.


“Paling penting, kolej itu bukan saja memberi pendidikan tetapi melahirkan graduan memenuhi keperluan industri.


“Bagi pelajar yang mahu mendaftar di sesebuah kolej, mereka boleh melihat trek rekod kolej berkenaan termasuk peluang pekerjaan berdasarkan bekas pelajar yang pernah belajar di kolej itu,” katanya.


Katanya, sesebuah kolej yang mendapat pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) perlu bertanggungjawab untuk memastikan segala janji dan syarat yang dipersetujui dilaksanakan secara betul dan tepat.


“Ada kolej ambil lesen tetapi pelaksanaannya tidak mematuhi syarat. Namun, tidak banyak laporan terhadap kolej yang diterima kementerian,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/16

Label ‘mati katak’


Kuala Lumpur: Kebanyakan penunggang motosikal di negara ini terdedah risiko ‘mati katak’ apabila topi keledar digunakan bukan sahaja tidak memenuhi piawaian keselamatan, malah turut dikesan menggunakan pelekat keselamatan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) palsu.
Topi keledar menggunakan pelekat SIRIM palsu itu dipercayai digunakan pengeluar topi berkenaan bagi mengaburi pengguna.

Kegiatan penipuan itu bagaimanapun berjaya dikesan selepas sepasukan anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Wilayah Persekutuan melakukan operasi khas di beberapa premis menjual aksesori serta alat ganti motosikal sekitar ibu kota pagi kelmarin. Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Rosli Ahmad berkata, kewujudan topi keledar dengan pelekat SIRIM palsu itu dikesan hasil siasatan dijalankan pihaknya bagi membanteras topi keledar tidak selamat.
Menurutnya, susulan maklumat diperoleh, lima anggota penguat kuasa KPDNKK Wilayah Persekutuan diketuai Mohd Khairul Anuar Mohd Azmi melakukan serbuan mengejut di sebuah premis menjual aksesori motosikal di Jalan Ipoh di sini, jam 11.30 pagi.

Katanya, hasil serbuan itu, pihaknya merampas 30 topi keledar yang dijual di premis itu yang disyaki memiliki pelekat SIRIM palsu.

“Topi keledar itu dijual pada harga RM30 setiap satu. Sekali imbas label SIRIM palsu yang dilekatkan pada belakang topi keledar kelihatan sama seperti label tulen.
Foto
PEGAWAI penguat kuasa melakukan pemeriksaan pada topi keledar di sebuah premis.
“Bagaimanapun, beberapa ciri khas pada label SIRIM tulen tidak dapat ditiru pada label palsu itu. Semua topi keledar bernilai kira-kira RM300 itu kemudian disita,” katanya.

Beliau berkata, pemilik premis itu yang disoal siasat bagaimanapun memberi alasan tidak tahu label SIRIM itu adalah palsu kerana mendakwa ia diperoleh daripada pembekal.
“Pihak KPDNKK memandang serius penjualan topi keledar dengan label SIRIM palsu dan siasatan akan dilakukan mengikut Akta Perihal Dagangan 2011. Jika sabit kesalahan, individu yang menjualnya boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/16

Maut tonton bola


Oleh Mohd Hanafis Abdul Haris
Ipoh: Kegembiraan sekumpulan remaja ketika pulang menonton perlawanan Piala Dunia, awal pagi semalam, bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka maut dalam kemalangan di Kilometer 265, Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Terowong Menora, di sini.

Dalam kejadian jam 5 pagi, motosikal jenis Yamaha RXZ ditunggang Muhammad Zaki Amir, 18,dikatakan merempuh sebuah treler dari arah belakang selepas kenderaannya hilang kawalan secara tiba-tiba.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Ipoh Deputi Superintendan Wan Sharuddin Wan Omar berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu jam 5.10 pagi semalam, selepas dimaklumkan orang awam yang melalui kawasan itu.

Menurut Wan Sharuddin, hasil siasatan awal mendapati mangsa ketika itu dalam perjalanan ke Kuala Kangsar bersama lapan rakan lain selepas menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia di Ipoh.

“Namun, ketika melalui lebuh raya itu, motosikal ditunggang mangsa tiba-tiba merempuh sebuah treler dari arah belakang.

“Akibat rempuhan itu, mangsa terjatuh dan cedera teruk di kepala serta meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati pemandu treler dipercayai tidak menyedari kemalangan, sebaliknya meneruskan perjalanan tanpa memberhentikan kenderaan.

“Bagaimanapun, rakan mangsa sempat mengambil nombor kenderaan itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.

“Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini, untuk bedah siasat,” katanya.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/15

Pemandu treler nyaris rentung


Alor Gajah: Seorang pemandu nekad terjun dari treler yang dipandunya selepas merempuh sebuah treler lain di Kilometer 198.2, Lebuhraya Utara Selatan arah utara, di sini, awal pagi semalam.

Kejadian jam 1 pagi itu menyebabkan pemandu treler Zainal Abidin Mohd Besri, 43, dari Kota Tinggi, Johor, nyaris maut selepas treler dengan muatan besi buruk yang dipandunya meletup dan terbakar.


Ketika kejadian, Zainal memandu bersendirian dari arah Kempas, Johor Bahru menuju ke Bukit Rajah, Klang, Selangor, untuk menghantar besi buruk.

Sumber berkata, setibanya di tempat kejadian, sebuah treler di lorong kecemasan tiba-tiba masuk ke lorong kiri lebuh raya, menyebabkan mangsa cuba mengelak namun hilang kawalan.


“Mangsa hilang kawalan menyebabkan dia melanggar lori tangki berisi 900 liter diesel.


“Akibat perlanggaran itu, tangki minyak diesel tercabut dan diheret sejauh 50 meter menyebabkan minyak tertumpah di atas lebuh raya dan terbakar,” kata sumber itu.

Zainal yang ditemui di tempat kejadian berkata, dia menyedari sebuah lori tangki masuk kiri dari lorong kecemasan secara tiba-tiba, namun terlambat untuk mengelak dan treler yang dipandunya terlanggar belakang treler.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/15

Tumpu 3 kesalahan


Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
Kuala Lumpur: Bermula hari ini, tumpuan Op Warta terarah kepada kesalahan nombor plat tidak mengikut spesifikasi, penggunaan lampu mata arah dan mengesan pemandu yang mempunyai waran tangkap.

Op Warta dilakukan bagi mengesan dua juta pesalah trafik yang masih berdegil dan belum melunaskan tunggakan saman termasuk memiliki waran tangkap atas pelbagai kesalahan seperti memandu tanpa lesen, kenderaan tidak mempunyai perlindungan insurans, cukai jalan tamat tempoh, tidak menggunakan tali pinggang keledar dan topi keledar. Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Mohd Fuad Abd Latiff berkata, Op Warta bermula hari ini memberi tumpuan kepada beberapa kesalahan seperti nombor plat tidak mengikut spesifikasi, penggunaan lampu mata arah dan mengesan pemandu yang memiliki waran tangkap.


Beliau berkata, dalam Op Warta ini, PDRM melancarkan operasi besar-besaran mengesan pesalah trafik yang enggan menyelesaikan RM1.9 juta saman tertunggak dan waran tangkap belum diselesaikan.



“Op Nombor Pendaftaran pula bertujuan mengawal penggunaan nombor pendaftaran kenderaan tidak mengikut spesifikasi yang berleluasa sekarang.


“Selain itu, pemilik kenderaan yang menggunakan lampu mata arah dinasihatkan menanggal atau menghentikan penggunaannya berikutan ia dilarang mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.


Menurutnya, tindakan ke atas cermin gelap yang melebihi kadar ketelusan cahaya diluluskan pula ditangguhkan buat sementara waktu sehingga keputusan kajian Kementerian Pengangkutan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/16

Suspek samun gudang alat ganti dicari


Kapar: Polis meminta kerjasama orang ramai untuk tampil menyalurkan maklumat berhubung kes samun di sebuah gudang alat ganti kereta di Jalan Goh Huat, di sini, bulan lalu.

Dalam kejadian 17 Mei lalu, empat lelaki warga asing menyamun gudang alat ganti kereta pada jam 12.40 tengah malam menyebabkan pemiliknya kerugian RM180,000.


Sumber berkata, suspek berusia antara 30-an hingga 40-an masuk ke dalam kawasan gudang berkenaan dengan memakai topeng dan mengacukan parang kepada pengawal keselamatan sebelum memecah masuk pejabat di situ.



“Mereka melarikan wang tunai dianggarkan berjumlah RM180,000, namun pengawal keselamatan berkenaan tidak dicederakan.


“Siasatan lanjut tidak menolak kemungkinan suspek adalah warga asing berdasarkan pertuturan serta wajah seorang daripada mereka yang berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup,” katanya.


Menurutnya, semua suspek dipercayai masih berada di sekitar Lembah Klang dan setakat ini usaha mengesan mereka giat dijalankan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan (KK) kerana samun berkawan menggunakan senjata.


“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Norkartini Asri di talian 012-9867996 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara di talian 03-329 03934,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/16

Anak koma terbabit nahas


Melaka: Seorang kanak-kanak perempuan koma selepas kereta dipandu ibu mereka terbabit kemalangan dengan kenderaan utiliti sukan (SUV) di persimpangan lampu isyarat Melaka Sentral, Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ), kelmarin.

Kemalangan jam 9 malam itu mengakibatkan Nur Alya Maisarah Nor Azlan, 9, yang mengalami pendarahan dalam otak kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka.


Manakala, kakaknya Nur Fateha Liana, 15, patah tangan kanan dan ibu mereka Dayangku Suhana Jamil, 35, hanya cedera ringan di muka serta tangan.



Difahamkan ketika kejadian, Perodua Myvi dipandu Dayangku Suhana dari arah Semabok ke Jalan Melaka Sentral dipercayai dirempuh Honda CRV dipandu lelaki berusia 30-an yang datang dari arah Malim ke Semabok.


Saksi kejadian dikenali sebagai Zack, 20-an, berkata, dia yang menunggang motosikal dari arah Melaka Sentral dan berhenti di persimpangan itu kerana lampu isyarat merah terkejut selepas mendengar bunyi dentuman kuat.


“Sebaik dentuman itu, saya lihat Honda CRV terbabit berpusing, orang ramai cuba membantu mengeluarkan semua mangsa, namun kanak-kanak yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan tidak dapat dikeluarkan kerana tersepit,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.

Sementara itu, suami mangsa Norazlan Ibrahim, 42, berkata, dia hanya mengetahui mengenai kejadian selepas dihubungi isterinya yang memaklumkan mereka tiga beranak terbabit kemalangan.


Katanya, dia yang bergegas ke lokasi bagaimanapun dimaklumkan orang ramai yang isteri dan kedua anaknya dibawa ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan.

“Ketika kejadian, saya berada di rumah di Pulau Gadong kerana menjaga ibu yang tidak sihat, manakala isteri dalam perjalanan pulang dari rumah rakannya di Peringgit tidak jauh dari lokasi kemalangan,” katanya ketika ditemui di Hospital Melaka, di sini, semalam.


“Selepas kejadian, ditambah dengan keadaan Nur Alya yang masih tidak sedarkan diri kerana mengalami pendarahan otak, saya hilang selera makan,” katanya ketika ditemui di Hospital Melaka, di sini, semalam.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Salehhudin Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan katanya kes disiasat mengikut Seksyen 43(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/16

Suspek samun gudang alat ganti dicari


Kapar: Polis meminta kerjasama orang ramai untuk tampil menyalurkan maklumat berhubung kes samun di sebuah gudang alat ganti kereta di Jalan Goh Huat, di sini, bulan lalu.

Dalam kejadian 17 Mei lalu, empat lelaki warga asing menyamun gudang alat ganti kereta pada jam 12.40 tengah malam menyebabkan pemiliknya kerugian RM180,000.


Sumber berkata, suspek berusia antara 30-an hingga 40-an masuk ke dalam kawasan gudang berkenaan dengan memakai topeng dan mengacukan parang kepada pengawal keselamatan sebelum memecah masuk pejabat di situ.



“Mereka melarikan wang tunai dianggarkan berjumlah RM180,000, namun pengawal keselamatan berkenaan tidak dicederakan.


“Siasatan lanjut tidak menolak kemungkinan suspek adalah warga asing berdasarkan pertuturan serta wajah seorang daripada mereka yang berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup,” katanya.


Menurutnya, semua suspek dipercayai masih berada di sekitar Lembah Klang dan setakat ini usaha mengesan mereka giat dijalankan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan (KK) kerana samun berkawan menggunakan senjata.


“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Norkartini Asri di talian 012-9867996 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara di talian 03-329 03934,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/16

Berang lepas ditegur


Nilai: “Jika marah kerana ditegur sekalipun, marahlah kepada kami dan bukan kepada surau. Perbuatan mereka (suspek) begitu biadab kerana membaling botol arak ke rumah Allah ini,” kata Imam Surau Raudatul Solihin Sulaiman Mohamad, 51, dari Apartmen Sri Palma, Mantin, di sini, semalam.

Beliau melahirkan rasa kecewa dengan perbuatan biadab tujuh lelaki berusia 20 hingga 23 tahun yang membaling batu dan botol arak ke surau berkenaan selepas dipercayai berang ditegur kerana minum arak berhampiran surau itu, kelmarin.


Sulaiman berkata, dalam kejadian jam 9.30 pagi itu dia dan rakannya, bekas pengerusi surau, Zaimi Buofan, 50, dan ditemani anak, Nor Mohamad, 4, menyiapkan pembinaan tambahan ruang solat wanita di surau terbabit.



Katanya, keadaan kurang menyenangkan apabila tujuh lelaki tidak dikenali berteduh di sebuah pondok awam terletak 50 meter berhampiran surau berkenaan.


“Selepas masuk ke pondok itu, saya lihat semua mereka minum arak dan menyuruh rakan (Zaimi) menegur perbuatan itu, namun tidak disangka mereka bertindak agresif dengan menyerang surau ini,” katanya ketika ditemui, semalam.


Menurut Sulaiman, tujuh suspek terbabit kemudian menaiki sebuah van dan melanggar pagar surau menyebabkannya kemek sebelum dua daripada mereka membaling beberapa botol arak ke kawasan surau.

“Ketika itu keadaan menakutkan apabila semua suspek cuba memasuki kawasan surau hingga saya dan Zaimi menghalang kerana mereka dalam keadaan mabuk.


“Namun, mereka kemudian membaling pula batu mengakibatkan tingkap di surau ini pecah,” katanya.

Sulaiman berkata, anak rakannya itu juga hampir terkena botol arak dilempar suspek menyebabkan dia membawanya ke sebuah pokok berhampiran.


Sumber polis berkata, pihaknya sudah menahan ketujuh-tujuh suspek yang disyaki terbabit dalam insiden merosakkan harta benda awam itu dan mereka direman bermula semalam hingga Jumaat ini.


Katanya, hasil pemeriksaan mendapati lima suspek datang dari Sungai Petani, Kedah berikutan mahu menghadiri perkahwinan saudara-mara mereka di apartmen berkenaan, semalam.


“Ujian air kencing dilakukan mendapati lima suspek positif ganja dan memiliki rekod jenayah,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Superintendan Abdullah Roning menafikan kejadian itu membabitkan isu perkauman atau keagamaan sebaliknya berpunca akibat salah faham.


“Kami anggap ini kes terpencil dan selesai dengan penahanan semua suspek terbabit. Polis berharap kes ini tidak dimanipulasi mana-mana pihak kerana jelas tidak membabitkan isu keagamaan dan perkauman,” katanya.


Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana merosakkan rumah ibadat dan Seksyen 455 kanun sama kerana menceroboh.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/16

Buru individu ada waran tangkap


Kuala Lumpur: Pasukan Trafik Bukit Aman akan melakukan operasi besar-besaran memburu pesalah trafik yang masih belum melunaskan tunggakan saman termasuk mereka yang mempunyai waran tangkap dalam Op Warta bermula hari ini.

Harian Metro difahamkan pesalah trafik akan diburu melalui sekatan jalan raya secara berkala di jalan utama di seluruh negara.


Menurut sumber, 710,245 waran tangkap dikeluarkan bagi kesalahan tidak memiliki lesen memandu diikuti kenderaan tidak mempunyai perlindungan insuran 389,316.



“Selain itu, 160,387 waran tangkap dikeluarkan kepada pesalah trafik menggunakan kenderaan cukai jalan tamat tempoh, tidak memakai tali pinggang keledar (136,045) dan tidak memakai topi keledar bagi penunggang motosikal (121,152),” katanya.


Sumber berkata, jumlah saman bagi satu kesalahan adalah antara RM150 hingga RM300.


Menurutnya, daripada dua juta pesalah trafik yang dikeluarkan waran tangkap itu, 1.9 adalah rakyat Malaysia.

“Selebihnya adalah warga Indonesia (6,847) dan Singapura (4,937),” katanya. “Statistik menunjukkan 1,101,796 pengguna motosikal disaman atas pelbagai kesalahan, selain kereta dan van (652,124) dan lori (131,786),” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/16

7 rempuh pagar surau kena tahan

7  rempuh pagar surau kena tahanKeadaan pagar Surau Raudatul Solihin, Apartmen Sri Palma, Mantin bengkok selepas tujuh lelaki mengamuk, semalam. - Foto Hazreen Mohamad Nilai: Tujuh pemuda berusia 20 hingga 23 tahun ditahan polis kerana merempuh pagar serta memecahkan cermin surau Pangsapuri Sri Palma Villa dekat Mantin di sini, pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, suspek yang dipercayai mabuk berang apabila perbuatan mereka minum arak di sebuah pondok berhampiran surau terbabit ditegur seorang jemaah yang berada dalam kawasan berkenaan.

Suspek yang tidak berpuas hati kemudian menaiki sebuah van lalu merempuh pintu pagar surau terbabit sebelum membaling botol arak dan batu ke arah surau menyebabkan beberapa cermin pecah.
Imam surau itu, Sulaiman Mohamad, 51, berkata rakannya yang menegur perbuatan kumpulan itu mengalami luka ringan pada tangan akibat terkena serpihan kaca dan menghubungi polis untuk bantuan.

“Polis yang tiba tidak lama kemudian berjaya mengesan kumpulan terbabit sebelum menahan mereka bersama seorang wanita,” katanya ketika ditemui.

Berpunca salam faham

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdullah Roning, berkata kejadian itu berpunca daripada salah faham dan tidak membabitkan isu perkauman atau keagamaan.
“Kita menganggapnya kes terpencil dan selesai susulan penahanan semua suspek.

“Polis berharap kes berkenaan tidak dimanipulasi mana-mana pihak kerana jelas tidak membabitkan isu keagamaan dan perkauman,” katanya.

Semua suspek direman sehingga Jumaat ini untuk siasatan lanjut.

Difahamkan beberapa suspek yang ditahan dipercayai positif dadah dan mempunyai rekod jenayah lampau.

Peragut pulangkan beg mangsa ditahan

Peragut pulangkan beg mangsa ditahan
Rakaman CCTV kejadian ragut di sebuah kafe di Bandar
 Utama Segamat, petang kelmarin.
 Segamat: Seorang peragut ditahan polis ketika memulangkan beg tangan mangsa sebagai pertukaran mendapatkan kembali beg sandang miliknya yang dirampas kenalan wanita itu, dalam kejadian di sebuah kafe dekat Segamat, petang kelmarin.

Kejadian berlaku jam 2 petang kelmarin, apabila mangsa meletakkan beg tangan di atas meja ketika minum bersama kenalan lelakinya di kafe berkenaan.

Keadaan itu diambil kesempatan suspek yang memasuki kafe terbabit dengan memakai topi keledar untuk meragut dan melarikan beg tangan mangsa.

Rampas beg sandang suspek 

Rakan mangsa bertindak mengejar sehingga berhasil menarik beg sandang lelaki terbabit, tetapi suspek sempat melarikan diri dengan motosikal yang diletakkan berhampiran kafe berkenaan.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi, berkata kira-kira dua jam kemudian, mangsa menerima panggilan telefon daripada peragut itu.

“Menerusi perbualan telefon itu, suspek sedia memulangkan beg tangan mangsa yang mengandungi wang tunai RM200 dan beberapa dokumen lain.
Setuju bertemu tukar beg

“Suspek meletakkan syarat supaya mangsa mengembalikan beg sandang miliknya itu sebelum pertemuan pertukaran itu dipersetujui di hadapan sebuah bank dekat Jalan Genuang di sini,” katanya.

Mohd Kamil berkata, ketika suspek menghubunginya, mangsa sudah membuat laporan polis mengenai kejadian ragut terbabit.

“Suspek ditahan sejurus tiba di lokasi. Ketika datang bertemu mangsa, suspek ditemani isteri dan dua anaknya berusia tiga dan tujuh tahun,” katanya.

151 kertas siasatan kes seleweng diesel dibuka

151 kertas siasatan kes seleweng  diesel dibuka
Hasan (tiga dari kanan) beramah mesra dengan bekas guru yang hadir pada Mesyuarat Agung Dua Tahunan PPPPPM Cawangan Negeri Sembilan semalam. - Foto Amran Yahya

Kuala Pilah: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) membuka 151 kertas siasatan kes penyelewengan diesel melalui Ops Titik sejak dilancarkan 15 Mei lalu hingga kelmarin.

Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek, berkata nilai keseluruhan diesel dan bahan kes yang disita berjumlah RM8.06 juta. 

Katanya, kelmarin sahaja, dua kes dilaporkan di Selangor dengan nilai sitaan RM116,006 manakala pada Jumaat lalu, lapan kes iaitu empat di Kelantan, dua di Negeri Sembilan dan satu kes masing-masing di Sabah dan Sarawak dengan nilai sitaan RM186,560. 
Semua kes terbabit sedang diperhalusi. Kita akan pastikan pihak bertanggungjawab dalam penyelewengan itu dihadapkan ke mahkamah dan dikenakan hukuman setimpal” Hasan Malek, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

“Semua kes terbabit sedang diperhalusi. Kita akan pastikan pihak bertanggungjawab dalam penyelewengan itu dihadapkan ke mahkamah dan dikenakan hukuman setimpal.

Kenal pasti individu terbabit

“Kita sudah mengenal pasti individu dan syarikat yang terbabit dalam kegiatan ini dan akan membuat lebih banyak serbuan serta tangkapan,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (PPPPPM) cawangan negeri di sini, semalam.

Di Alor Setar, Pasukan Polis Marin (PPM) merampas 20,000 liter minyak diesel bernilai kira-kira RM40,000 dalam serbuan di sebuah bengkel membaiki jentera berat di Jalan Putra, Mergong, kelmarin. 
Berikutan itu, empat lelaki ditahan bagi membantu siasatan, terdiri daripada pemilik bengkel, operator pam, pemandu lori dan pemandu pacuan empat roda. 

Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin Wilayah 1 Langkawi, Asisten Superintendan Rodzi Abu Hassan, berkata serbuan dilakukan jam 2 petang selepas mendapati ada aktiviti memindahkan minyak bersubsidi itu dari tangki sebuah lori tanah yang baru memasuki bengkel berkenaan.

Katanya, pasukannya melakukan intipan di kawasan bengkel itu sejak jam 9 pagi dan mendapati sesuatu mencurigakan sebelum serbuan dilakukan.

“Hasil pemeriksaan mendapati, mereka dipercayai menyeleweng minyak bersubsidi untuk diseludup ke negara jiran dan menjadikan bengkel itu sebagai transit pemindahan bahan api berkenaan,” katanya.

Pemilik bengkel berumur 59 tahun turut ditahan selepas gagal mengemukakan sebarang alasan munasabah dan menga ku tidak memiliki dokumen sah untuk menyimpan diesel.

Pemandu cemas kereta terbakar


  • Anggota bomba berjaya memadamkan kebakaran pada kenderaan berkenaan dalam tempoh tujuh minit.Anggota bomba berjaya memadamkan kebakaran pada kenderaan berkenaan dalam tempoh tujuh minit.

SEREMBAN - Seorang lelaki cemas apabila kenderaan jenis Perodua Kembara dipandunya terbakar secara tiba-tiba berdekatan Plaza Tol Setul, Lebuhraya Kajang - Seremban (Lekas) arah ke Nilai, di sini, semalam.

Pegawai Bomba Kanan II, N Sundram berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian selepas dimaklumkan insiden yang berlaku kira-kira 5 petang.

“Sebuah jentera bersama tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban dikejarkan ke lokasi dan setibanya di tempat kejadian, kita dapati kenderaan terbabit sudah terbakar seratus peratus.

“ Kita mengambil masa lebih kurang empat minit untuk mengawal kebakaran tersebut, sebelum api berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira tujuh minit kemudian,” katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Menurut beliau, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berikutan pemandu Perodua Kembara yang berusia lingkungan 40-an itu sempat melarikan diri.

“Dipercayai, mangsa yang sedang memandu seorang diri telah berhenti serta-merta di bahu jalan selepas menyedari bahagian depan kenderaannya mengeluarkan asap.

“Setakat ini, jumlah kerugian masih belum diketahui berikutan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

2 maut terkena tembakan

2 maut terkena tembakanAnggota PGA, pengawal keselamatan dikatakan bergelut
Sandakan: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan seorang pengawal keselamatan maut terkena tembakan selepas bergelut di kawasan tapak pembinaan di Taman Casa San Uno, Batu 4, dekat sini, semalam. 


Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, mayat Lans Koperal Madaini Awang dari Batalion 15 PGA, ditemui dengan kesan tembakan di kepala, manakala mayat Ibni Hasyim, 65, mempunyai kesan tembakan di kepala dan bahu.
Empat das tembakan

Pekerja pembinaan dikatakan mendengar empat das tembakan sebelum bergegas ke lokasi dan terkejut apabila melihat kedua-dua lelaki terbabit terbaring serta tidak bernyawa berhampiran pagar utama tapak pembinaan berkenaan.

Gempa sederhana berukuran 5.7 magnitud landa timur Jepun


2014/06/16 - 05:42:03
TOKYO: Gempa sederhana berukuran 5.7 magnitud melanda pesisir pantai di timur Jepun dekat Fukushima, awal pagi tadi, demikian menurut Agensi Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (USGS) sambil menjangkakan tiada sebarang kerosakan berlaku.

Gempa pertama berlaku pada jam 3.00 pagi waktu tempatan, berpusat kira-kira 91 kilometer dari pesisir pantai Pulau Honshu iaitu pulau terbesar dan paling ramai penduduk di Jepun, pada kedalaman 22 kilometer. 

Kumpulan bersenjata serang bandar Kenya


2014/06/16 - 07:14:23
MOMBASA, Kenya: Sekumpulan lelaki bersenjata yang tidak dikenali menyerang bandar Lamu dan membakar hotel dan stesen petrol, menurut media tempatan.

Stesen radio Nation FM menyatakan menerusi Twitter bahawa dua hotel diserang dan insiden itu disahkan Ketua Polis, David Kimaiyo. - Reuters 

Sindiket seludup diesel tumpas



RODZI menunjukkan demonstrasi bagaimana diesel diisi ke kenderaan lain di sebuah stor haram di Mergong Tengah, Alor Setar semalam.


ALOR SETAR - Taktik licik satu sindiket menjadikan sebuah bengkel jentera berat sebagai stor haram untuk menyimpan diesel bersubsidi yang dipercayai untuk diseludup ke Thailand terbongkar selepas ia diserbu Polis Marin Wilayah 1 Langkawi kelmarin.
Dalam serbuan melalui Ops Landai kira-kira pukul 2 petang di sebuah stor haram di Mergong Tengah, Jalan Putra di sini, sebanyak 20,000 liter diesel bernilai kira-kira RM40,000 dirampas.
Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin Wilayah 1 Langkawi, Asisten Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, bertindak atas maklumat awam, pasukannya membuat intipan selama hampir lima jam dan berjaya mengesan kegiatan mengumpul diesel secara haram di stor berkenaan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0616&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz34l1gEdXN 
Hakcipta terpelihara 

Murid perempuan maut dilanggar bas sekolah yang dinaikinya


JOHOR BAHRU - Seorang murid murid tahun satu tidak sempat pulang ke rumah setelah dia maut dilanggar bas mini sekolah yang dinaikinya ketika hendak melintas jalan di Jalan Seroja, Taman Plentong Baru di sini semalam.
Mangsa, Nor Balqis Atiqah Hamdan Rasan Tawani Ahmad, 7, yang belajar di Sekolah Kebangsaan Permas Jaya 2 meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail di sini akibat kecederaan parah di kepala dan badan
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Abdul Samad Salleh berkata, semasa kejadian pada pukul 1.10 petang, bas terbabit dikatakan telah berhenti di bahu jalan sebelah kiri dan menurunkan pelajar termasuk mangsa.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0616&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz34l1Tk8Gk 
Hakcipta terpelihara 

Angkara hubungan terlarang



ANGGOTA polis membalut mayat anggota PGA dan pengawal keselamatan yang mati ditembak di tapak pembinaan perumahan di Casa San San Uno, Batu 4, Sandakan, Sabah semalam.


SANDAKAN - Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dipercayai menembak mati seorang lelaki sebelum bertindak membunuh diri selepas mereka dikatakan bertengkar mengenai masalah keluarga di tapak pembinaan perumahan di Casa San San Uno, Batu 4, dekat sini semalam.
Dalam kejadian pukul 11.30 pagi itu, anggota PGA berpangkat Koperal berusia 40 tahun dan pengawal keselamatan tapak pembinaan berusia 65 tahun itu ditemui mati di lokasi kejadian oleh orang awam.
Kedua-dua mangsa yang namanya enggan didedahkan polis mengalami kecederaan pada bahu dan kepala.
Difahamkan, kejadian berlaku selepas anggota PGA itu dipercayai menjalinkan hubungan dengan anak saudara pengawal itu yang tidak disenangi oleh ahli keluarga mereka.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0616&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz34l0cahi5 
Hakcipta terpelihara 

Pemandu lori maut dihempap batu konkrit seberat 50 tan



BEGINILAH keadaan lori yang dihempap sebuah batu konkrit hingga mengorbankan Ahmad Khussairie di Muadzam Shah dekat Rompin, Pahang semalam.


KUANTAN - Seorang pemandu lori maut dalam keadaan mengerikan selepas kepalanya cedera teruk setelah lori dipandunya dihempap batu konkrit seberat kira-kira 50 tan di sebuah tapak pembinaan di Muadzam Shah dekat Rompin petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, mangsa, Ahmad Khussairie Saffari, 29, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada leher dan kepala selain patah kedua-dua tangan.
Pemangku Ketua Polis Daerah Rompin, Asisten Superintendan Mohd. Razali Razak berkata, ketika kejadian, mangsa memberhentikan lori yang dipandu di tepi batu konkrit berkenaan kerana dipercayai mahu berteduh ketika menunggu giliran mahu mengangkut tanah.