Search This Blog

Sunday, June 15, 2014

Pemandu lori maut dihempap batu konkrit


15/06/2014 6:50pm

KUANTAN - Seorang pemandu lori pengangkut tanah di sebuah tapak pembinaan di Muadzam Shah dekat Rompin maut selepas lori yang dipandunya dihempap batu konkrit petang semalam.
Pemangku Ketua Polis Daerah Rompin, Asisten Superintendan Mohd. Razali Razak berkata, Ahmad Khussairie Saffari, 29, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian leher, kepala dan tangan.
"Kejadian berlaku kira-kira pukul 3 petang sewaktu mangsa sedang menunggu giliran untuk mengangkut tanah. Bagaimanapun secara tiba-tiba, batu konkrit yang berada berhampiran lori mangsa menghempap kepala lori berkenaan menyebabkan mangsa terperangkap di dalamnya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Pasukan Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah yang dimaklumkan tentang kejadian itu kemudiannya menjalankan operasi menyelamat dan mengeluarkan mangsa dengan dibantu beberapa jentera berat.
Mangsa berjaya dikeluarkan kira-kira setengah jam kemudian dan didapati telah meninggal dunia.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk bedah siasat. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0615&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_16.htm#ixzz34idoF3JK 
Hakcipta terpelihara 

Maritim Malaysia sahkan 700,000 liter diesel bernilai RM1.4j dirompak dari kapal 'MT Ai Maru'


15/06/2014 6:58pm

PUTRAJAYA - Agensi Penguat kuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengesahkan kira-kira 700,000 liter minyak diesel bernilai RM1.4 juta dirompak dalam kejadian kapal tangki ’MT Ai Maru’ yang ditawan lanun di 31 Batu Nautika Timur Tanjung Sedili, Johor malam semalam.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Datuk Mohd. Puzi Ab. Kahar berkata, pihaknya turut menyiasat pembabitan orang dalam iaitu 13 anak kapal warga Thailand serta seorang kapten warga Indonesia.
"Kapal tersebut kini sedang diiring oleh kapal KM Manjung milik Maritim Malaysia untuk masuk ke perairan Pengerang dan dijangka tiba pukul 7 malam bagi membolehkan siasatan dilakukan,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini hari ini.
Dalam kejadian pukul 8 malam semalam, kapal berkenaan yang didaftarkan di Honduras dalam perjalanan dari Singapura ke Kemboja telah dirampas kumpulan lanun yang dilaporkan menggunakan bot laju.
Biro Maritim Antarabangsa (IMB) menerima maklumat kira-kira sejam kemudian sebelum memaklumkan kepada Maritim Malaysia serta Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan TLDM menghantar kapal KD Terengganu. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0615&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_17.htm#ixzz34idYkrCe 
Hakcipta terpelihara 

Pemuda Orang Asli ditemui mati dipercayai dibunuh di Rompin


15/06/2014 6:47pm

KUANTAN - Seorang pemuda Orang Asli ditemui mati dengan kesan kecederaan di bahagian rusuk kirinya di sebuah ladang di Kampung Sungai Gayung, Kedaik dekat Rompin awal pagi tadi.
Pemangku Ketua Polis Daerah Rompin, Asisten Superintendan Mohd. Razali Razak berkata, mayat Rosli a/l Kam Pak Chin, 20, ditemui terbaring berhampiran motosikalnya di Jalan Ladang Far East Kedaik kira-kira pukul 3.30 pagi.
"Mayat mangsa ditemui oleh kenalan rapatnya yang kemudianya memaklumkan kepada keluarga mangsa sebelum kakak mangsa membuat laporan polis.
"Kakaknya juga memaklumkan terdapat kesan darah serta kecederaan pada rusuk kiri adiknya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurutnya, polis yang menerima maklumat berhubung kejadian itu bergegas ke tempat kejadian dan siasatan awal mendapati mangsa dipercayai telah dibunuh.
Tambahnya, mayat kemudiannya dibawa ke Hospital Daerah Rompin untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0615&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_15.htm#ixzz34id81kwT 
Hakcipta terpelihara 

Murid tahun satu maut dilanggar bas sekolah di Johor Bahru


15/06/2014 7:01pm

JOHOR BAHRU - Seorang murid tahun satu maut selepas dilanggar bas sekolah yang dinaikinya di Jalan Seroja, Taman Plentong Baru di sini tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Abd. Samad Salleh berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 1.10 tengah hari sejurus Nor Balqis Atiqah Hamdan Rasan Tawani Ahmad, 7, yang baru pulang dari sekolah turun dari kenderaan terbabit untuk melintas jalan ke rumahnya.
"Dipercayai selepas menurunkan Nor Balqis Atiqah, pemandu bas mini sekolah berkenaan terus bergerak menuju ke hadapan tanpa menyedari murid perempuan itu berada di hadapan basnya.
"Selepas mendengar jeritan orang ramai, pemandu bas terbabit keluar untuk memeriksa keadaan dan mendapati mangsa yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Permas Jaya 2 sudah terbaring di atas jalan raya di belakang kanan bas,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Tambahnya, Nor Balqis Atiqah yang cedera parah di kepala dan badan kemudiannya digegaskan ke Hospital Sultan Ismail untuk menerima rawatan sebelum disahkan meninggal dunia dua jam kemudian. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0615&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_18.htm#ixzz34icezJ8j 
Hakcipta terpelihara 

Trailer terbabas ke cerun Gunung Paku Klian Intan, Pengkalan Hulu

Insiden Trailer terbabas ke cerun Gunung Paku Klian Intan, Pengkalan Hulu. Mangsa seorang lelaki berbangsa Sikh dan seorang lelaki berbangsa India cedera ringan. Operasi dilakukan oleh Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Hulu


Kebakaran bangunan di Hadapan Wisma PERKESO Malaysia

Kebakaran bangunan di Hadapan Wisma PERKESO Malaysia, Jalan Ampang pada pukul 2.30 petang semalam. Tiada kecederaan dilaporkan. Operasi dilakukan oleh BBP Keramat, BBO Titiwangsa dan BBP Hang Tuah

Polis selesai tujuh kes curi motosikal di Pasir Puteh dan Jerteh


 

15/06/2014 3:14pm

PASIR PUTEH - Polis berjaya menyelesaikan tujuh kes kecurian motosikal di daerah Pasir Puteh dan Jerteh, Terengganu berikutan tangkapan dua suspek lelaki.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd Kamal Zainal berkata, suspek berumur 21 dan 23 tahun itu diberkas di sebuah rumah di Kampung Gong Kemuning, Bukit Yong di sini, pada pukul 7 pagi semalam.

"Ketika menahan mereka, polis menjumpai tujuh motosikal di halaman rumah itu dan sebuah motosikal disembunyikan di Kampung Gong Sawa tidak jauh dari situ,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh di sini, hari ini.

Mohd Kamal berkata, siasatan lanjut oleh pihak forensik mendapati sebahagian motosikal itu telah diubah suai bagi mengelirukan pihak polis.

Beliau berkata, motosikal berkenaan dicuri di beberapa lokasi seperti pejabat kerajaan, bank dan pasar raya di daerah ini dan Jerteh.

"Polis percaya motosikal berkenaan akan dijual dengan harga antara RM300 dan RM500 sebuah kepada orang ramai,” katanya. - Bernama



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0615&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_09.htm#ixzz34hwXa5Ln 
Hakcipta terpelihara 

Kemalangan jalan raya di Kg Nelayan Kandis Bachok.


Kemalangan jalan raya di Kg Nelayan Kandis Bachok. 
6 anggota Bomba Bachok ke lokasi kejadian.Kemalangan melibatkan Toyota Harrier dengan Nissan Vanette.
1 lelaki( pemandu Vanette cedera parah)
1 penumpang Harrier cedera ringan.
Tiada kehilangan jiwa dilaporkan.

Pasangan maut, dua anak parah


Chukai: Sepasang suami isteri maut dan dua anak parah apabila kereta Proton Satria dinaiki mereka bertembung dengan kereta Honda Accord dari arah bertentangan di Kilometer 140 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran kilang Eastern Steel Sdn Bhd di Kemaman, 7.50 pagi tadi.


Dalam kejadian berkenaan, kereta Honda Accord dipandu seorang lelaki warga asing dari arah Kemaman ke Kuala Terengganu dikatakan terbabas memasuki arah bertentangan sebelum bertembung dengan kereta Proton Satria dinaiki empat beranak terbabit.
Foto


Kejadian berkenaan menyebabkan pasangan suami isteri Ahmad Shukri Abd Wahab, 34, dan Nor Asmalia Wahab, 34, meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua anak mereka yang parah dikejarkan ke Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut.

Sementara pemandu kereta Honda Accord yang cedera di beberapa bahagian badan dirawat di Hospital Kemaman. 

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Che Suza Che Hitam mengesahkan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/15

Suami isteri maut, tiga lagi parah dalam kemalangan


KEMAMAN 15 Jun - Sepasang suami isteri maut manakala dua anak mereka parah selepas kereta yang dinaiki bertembung dengan sebuah kereta lain dalam kejadian di Km 140 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, di sini hari ini.
Pegawai Pusat Gerakan Operasi Bomba Terengganu Mohd Hasbullah Halipah berkata mereka yang terbunuh ialah Ahmad Shukri Abd Wahab, 34, dan Nor Asmalia Wahab, 34.
Kejadian 7.50 pagi itu turut mengakibatkan anak mereka yang berusia tiga dan lima tahun serta pemandu sebuah lagi kereta cedera parah, katanya.
Menurut Mohd. Hasbullah, kejadian berlaku ketika Ahmad Shukri dan isterinya dalam perjalanan menghantar anak mereka ke pusat asuhan di Jalan Jakar 3 di sini sebelum menuju ke tempat kerja.
Nahas dipercayai berlaku apabila kereta yang dipandu lelaki warga asing itu hilang kawalan dan memasuki laluan kereta yang dinaiki empat sekeluarga tersebut, katanya.
Beliau berkata rempuhan kuat itu menyebabkan pasangan suami isteri terbabit tersepit di tempat duduk masing-masing sementara dua anak mereka tercampak keluar.
"Kesemua mangsa dikeluarkan oleh orang awam," katanya menambah semua mangsa dihantar ke Hospital Kemaman. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140615/je_08/Suami-isteri-maut-tiga-lagi-parah-dalam-kemalangan#ixzz34hj3Yt00
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Adik kritikal, kakak cedera


Oleh Mohd Hilmie Hussin
Melaka: Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun kritikal manakala kakaknya patah tangan kanan selepas kereta dipandu ibu mereka terbabit kemalangan di persimpangan Melaka Sentral, di sini malam tadi.


Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam, mangsa Nur Alya Maisarah Nor Azlan yang masih tidak sedarkan diri mengalami pendarahan otak sementara kakaknya Nur Fateha Liana,15, patah tanan kanan dikejarkan ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.

Difahamkan, ketika tiba di persimpangan lampu isyarat itu, Perodua MyVi dipandu ibu mereka Dayangku Suhana Jamil, 35, dari arah Semabok mengambil selekoh ke simpang kanan menghala Jalan Melaka Sentral sebelum dirempuh Honda CRV yang datang dari arah Malim menghala Semabok.

Foto
KEADAAN kereta yang dinaiki mangsa.


Dayangku Suhana bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan calar di muka dan lebam pada tangan.




Kemalangan itu turut membabitkan sebuah Proton Waja yang berada di belakang CRV itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/15

Kapal tangki ditawan lanun diselamat TLDM


Oleh Siti Nadirah Hafidzin
Johor Bahru: Sebuah kapal tangki 'MT Ai Maru' yang membawa 1,000 tan metrik minyak gas marin ditawan lanun di 30 Batu Nautika Selatan Pulau Aur, Mersing dekat sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerima maklumat kejadian sebelum mengaturgerakkan kapal KD Terengganu untuk memintas.
Jurucakap TLDM dalam kenyataannya berkata, KD Terengganu berjaya memintas dan menghampiri MT Ai Maru sebelum lanun menyedari serta melarikan diri menggunakan bot laju ke perairan antarabangsa.

Menurutnya, semua kru kapal dipercayai dalam keadaan selamat dan minyak yang dibawa juga tidak dapat dilarikan.


"KD Terengganu kini sedang melaksanakan pemantauan rapi ke atas MT Ai Maru bagi mendapatkan status kru kapal serta mengesan baki penjenayah sekiranya ada,"katanya.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/15

Dua lelaki ditahan bersama dadah bernilai RM17,000


15/06/2014 3:18pm

KUALA KRAI - Polis menahan dua lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah dianggar bernilai hampir RM17,000 di Kampung Sungai Batu, Dabong di sini Rabu lepas.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Nuraddin Wahab berkata, kedua-dua suspek yang berumur 24 dan 37 tahun ditahan ketika sedang menunggang motosikal pada pukul 11.45 malam hari tersebut oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai.
"Kita tahan suspek dan pemeriksaan ke atas beg silang milik seorang suspek, polis menemui pelbagai jenis dadah, tiga cincin serta seutas rantai emas.
"Kita menemui 523 biji pil kuda, 2 botol serta 1 tiub straw mengandungi dadah jenis heroin dan wang tunai sebanyak RM4,155 di dalam beg berkenaan,” katanya kepada pemberita di IPD Kuala Krai di sini, hari ini.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati dadah itu dipercayai untuk diedarkan di sekitar Dabong, Kuala Krai dan Gua Musang.
"Suspek memperoleh bekalan dadah dari pembekal dalaman. "Kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine dan opiate serta mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya.
Nuraddin berkata, suspek kini direman selama seminggu bermula tarikh mereka ditahan untuk siasatan lanjut.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Kes turut disiasat di bawah seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum seumur hidup dan sekurang-kurangnya 10 kali sebatan. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0615&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_10.htm#ixzz34hhdoiTB 
Hakcipta terpelihara 

Dua lelaki ditahan bersama dadah bernilai RM17,000


15/06/2014 3:18pm

KUALA KRAI - Polis menahan dua lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah dianggar bernilai hampir RM17,000 di Kampung Sungai Batu, Dabong di sini Rabu lepas.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Nuraddin Wahab berkata, kedua-dua suspek yang berumur 24 dan 37 tahun ditahan ketika sedang menunggang motosikal pada pukul 11.45 malam hari tersebut oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai.
"Kita tahan suspek dan pemeriksaan ke atas beg silang milik seorang suspek, polis menemui pelbagai jenis dadah, tiga cincin serta seutas rantai emas.
"Kita menemui 523 biji pil kuda, 2 botol serta 1 tiub straw mengandungi dadah jenis heroin dan wang tunai sebanyak RM4,155 di dalam beg berkenaan,” katanya kepada pemberita di IPD Kuala Krai di sini, hari ini.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati dadah itu dipercayai untuk diedarkan di sekitar Dabong, Kuala Krai dan Gua Musang.
"Suspek memperoleh bekalan dadah dari pembekal dalaman. "Kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine dan opiate serta mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya.
Nuraddin berkata, suspek kini direman selama seminggu bermula tarikh mereka ditahan untuk siasatan lanjut.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Kes turut disiasat di bawah seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum seumur hidup dan sekurang-kurangnya 10 kali sebatan. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0615&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_10.htm#ixzz34hhdoiTB 
Hakcipta terpelihara 

Pemuda Orang Asli ditemui mati dipercayai dibunuh di Rompin


2014/06/15 - 18:10:16
KUANTAN: Seorang pemuda Orang Asli ditemui mati dengan kesan kecederaan di bahagian rusuk kirinya di sebuah ladang di Kampung Sungai Gayung, Kedaik dekat Rompin, awal pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Rompin, Asisten Superintendan Mohd Razali Razak, berkata mayat Rosli a/l Kam Pak Chin, 20, ditemui terbaring berhampiran motosikalnya di Jalan Ladang Far East Kedaik kira-kira jam 3.30 pagi.

"Mayat mangsa ditemui oleh kenalan rapatnya yang kemudiannya memaklumkan kepada keluarga mangsa sebelum kakak mangsa membuat laporan polis.

"Kakaknya juga memaklumkan terdapat kesan darah serta kecederaan pada rusuk kiri adiknya," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurutnya, polis yang menerima maklumat berhubung kejadian itu bergegas ke tempat kejadian dan siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dibunuh.

Katanya, mayat kemudiannya dibawa ke Hospital Daerah Rompin untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

Dua beranak parah dalam kemalangan

Keadaan kereta mangsa yang remuk dalam kemalangan berkenaan.
Keadaan kereta mangsa yang remuk dalam kemalangan berkenaan.
SEREMBAN - Seorang wanita bersama anaknya berusia 8 tahun parah apabila kereta pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori membawa muatan pasir di Jalan Jelebu, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 2 petang itu, Noraslina Abu Samah, 35, dan anaknya, Muhd Hadif Muhd Fadzlan, 8, dikatakan dalam perjalanan ke pusat jagaan anaknya di Ampangan.

Noraslina merupakan kakak ipar kepada Wartawan Sinar Harian biro Negeri Sembilan, Khairulkheiza Mohd Najib.

Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa yang memandu cuba membelok ke kanan memasuki jalan ke Kampung Jiboi sebelum bertembung dengan lori yang datang dari arah bertentangan.

“Rempuhan itu mengakibatkan MPV tersebut terseret kira-kira lima meter, manakala lori pula terbalik menyebabkan muatan pasir melimpah ke atas jalan raya.

“Mangsa terpaksa menahan sakit kira-kira 10 minit akibat tersepit sebelum diselamatkan oleh anggota bomba,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, S. Maya berkata, pihaknya mengambil masa hampir 10 minit untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa.

“Ketika diselamatkan, pemandunya cedera di muka, manakala penumpang kanak-kanak tersepit di kaki.
“Mangsa wanita dihantar ke hospital dengan jentera Unit Anggota Penyelamat dan Paramedik (EMRS) dan seorang lagi dibawa menggunakan ambulans hospital,” katanya.

Dapur rumah runtuh dipukul ribut

Mariani berdiri di bahagian dapur rumahnya yang runtuh akibat dipukul ribut.
Mariani berdiri di bahagian dapur rumahnya yang runtuh akibat dipukul ribut.
TANAH MERAH - Seorang suri rumah berdepan detik mencemaskan apabila rumahnya dilanda ribut dalam kejadian di Kampung Baru Bechah Laut, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, rumah didiami Mariani Razak, 39, bersama suami, Shaari Yusoff, 39, rosak teruk selepas dapur rumah mereka runtuh akibat dipukul angin kencang.

Mariani berkata, ketika hujan lebat disusuli angin kencang itu berlaku, dia sedang membasuh pinggan di bahagian dapur, manakala suaminya tiada di rumah.

“Saya terdengar bunyi pelik sebelum tiba-tiba dinding dan bumbung dapur runtuh. Nasib baik saya sempat berlari keluar rumah ikut pintu belakang untuk selamatkan diri,” katanya, semalam.

Shaari pula berkata, kejadian itu menyebabkan dia dan isterinya diibaratkan sudah jatuh ditimpa tangga selepas dia tidak dapat bekerja menoreh getah akibat diserang penyakit angin ahmar.

“Selepas diserang strok (angin ahmar) pada Mac 2013 lalu, saya tidak dapat berjalan selama lebih setahun. Apabila sembuh sedikit, saya dapat menoreh semula tetapi hanya bertahan dua bulan sebelum jatuh sakit.

“Sekarang ini, saya terpaksa guna tongkat untuk berjalan dan bergantung kepada hasil orang menoreh kebun getah pusaka untuk sara hidup kami berdua,” katanya yang tidak mempunyai anak.

Dalam pada itu, Shaari merayu bantuan daripada mana-mana pihak untuk bina rumah baharu atau baik pulih rumahnya yang sudah terlalu usang dan hanya menunggu masa untuk roboh.

Menurutnya, rumah pusaka berusia lebih 50 tahun itu sudah tidak selamat didiami kerana keadaan papan lantai dan dinding yang reput selain kurang selesa kerana bumbung bocor.

“Sudah banyak kali saya mohon bantuan rumah terutama melalui Ketua Umno cawangan tetapi sehingga jawatan ketua cawangan bertukar tangan, masih tidak ada jawapan.

“Ketika pilihan raya tahun lalu, hampir setiap hari mereka datang ke rumah saya untuk kempen tetapi sekarang bila minta bantuan, mereka beri alasan tidak dapat berbuat apa-apa untuk bantu,” katanya.

FB 'Chow Jack': Lapan NGO laporan polis


15 Jun 2014


KUALA LUMPUR - Lapan badan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis berhubung sebuah akaun Facebook yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW; Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah; Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan agama Islam.

NGO itu terdiri daripada Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia, Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Gerak Kerja Ayahanda Negeri Selangor, Persatuan Veteran Tentera Melayu, Majlis Ayahanda Malaysia, Pertubuhan Kebajikan Melayu Klang dan Persatuan Sosial Minda Pemikiran.

Wakil NGO-NGO berkenaan membuat laporan polis ke atas pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama 'Chow Jack' di Balai Polis Dang Wangi, di sini kira-kira 10.30 pagi.

Presiden MJMM, Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, laporan itu dibuat bagi meminta polis menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabit. - Bernama

Polis Marin tahan 4 lelaki, rampas diesel RM40,000


15 Jun 2014


ALOR SETAR - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 Langkawi menahan empat lelaki dipercayai cuba menyeleweng minyak diesel bersubsidi dalam satu serbuan di sebuah bengkel membaiki jentera berat di kawasan Mergong Tengah, Jalan Putra di sini semalam.
   
Pegawai Pemerintah PPM Wilayah 1 Langkawi, Asisten Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata serbuan dilakukan selepas membuat intipan selama empat jam bermula dari jam 9 pagi setelah mendapat maklumat daripada orang awam.
   
"Maklumat risikan mendapati sindiket ini membeli minyak subsidi di stesen-stesen minyak di daerah Kota Setar dan Kuala Kedah dan akan dikumpulkan dalam stor haram sebelum diseludup keluar negara," katanya
   
Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau berkata empat lelaki yang ditahan berusia 32 hingga 63 tahun terdiri daripada pemilik bengkel, operator pam, pemandu lori dan pemandu pacuan empat roda.
   
Rodzi berkata turut dirampas 20,000 liter bahan api dipercayai minyak diesel subsidi bernilai RM40,000.
   
"Polis turut merampas sebuah lori enam tan dan sebuah pacuan empat roda yang diguna untuk memuatkan minyak diesel tersebut.
   
"Tiga buah tangki simpanan diesel berasingan turut disita. Dianggarkan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM145,000," kata Rodzi.
   
Menurutnya, pemilik bengkel berusia 59 tahun gagal mengemukakan sebarang alasan munasabah dan mengaku tidak mempunyai dokumen sah untuk menyimpan diesel.

Stor haram itu dipercayai telah beroperasi selama dua tahun.
   
Beliau berkata rampasan itu adalah kejayaan kelima PPM Wilayah 1 pada tahun ini dalam usaha membanteras cubaan menyeludup minyak diesel yang melibatkan Kuala Perlis, Kuala Kedah dan Langkawi. - Bernama

Beg silang mengandungi dadah bernilai RM17,000


AZURA MOHAMED
15 Jun 2014


KUALA KRAI - Polis menahan dua lelaki dan merampas dadah jenis methaphetamine dan heroin bernilai  hampir RM17,000 di Kampung Batu, Dabong, di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi  Superintendan  Nuraddin Wahab berkata, bertindak atas maklumat, polis menahan sebuah motosikal dinaiki dua lelaki dan membuat pemeriksaan ke atas suspek  berusia 24 dan 37 tahun berasal dari Gua Musang, Rabu lalu.

Menurutnya, pemeriksaan ke atas tubuh badan penunggang tidak menemui sebarang barang salah.

"Sebaliknya, polis menemui beg silang  dan di dalamnya mengandungi 518 pil berwarna kemerahan dan lima pil berwarna kehijauan bernilai RM10,460.

"Polis juga menemui heroin di dalam dua botol dan satu tiub straw dengan barat kasar 6.5 gram dengan nilai dianggarkan RM6,500," katanya kepada pemberita, hari ini.

Tujuh motosikal curi ditemui


15 Jun 2014


PASIR PUTEH - Polis berjaya menyelesaikan tujuh kes kecurian motosikal di daerah Pasir Puteh dan Jerteh, Terengganu berikutan tangkapan dua suspek lelaki.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd Kamal Zainal berkata, suspek berumur 21 dan 23 tahun itu diberkas di sebuah rumah di Kampung Gong Kemuning, Bukit Yong di sini, pada pukul 7 pagi semalam.

"Ketika menahan mereka, polis menjumpai tujuh motosikal di halaman rumah itu dan sebuah motosikal disembunyikan di Kampung Gong Sawa tidak jauh dari situ," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh di sini, hari ini.

Mohd Kamal berkata siasatan lanjut oleh pihak forensik mendapati sebahagian motosikal itu telah diubah suai bagi mengelirukan pihak polis.

Beliau berkata, motosikal berkenaan dicuri di beberapa lokasi seperti pejabat kerajaan, bank dan pasar raya di daerah ini dan Jerteh.

"Polis percaya motosikal berkenaan akan dijual dengan harga antara RM300 dan RM500 sebuah kepada orang ramai," katanya. - Bernama

Rasuah: Warden penjara hadapi sembilan pertuduhan

mahkamah
ALOR SETAR - Seorang warden penjara mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap sembilan tuduhan menerima suapan bernilai RM2,800 daripada beberapa individu antara Januari 2012 hingga Februari 2013.

Muhammad Hafizal Che Dan, 32, dituduh menerima wang tunai RM400 dengan tiada balasan daripada V Anetha di Malayan Banking Berhad, 175&176, Jalan PJ7, Pekan Jitra 2, Jitra pada 3.38 petang 12 Februari 2012.

Tertuduh yang ketika itu berkhidmat sebagai warden penjara gred KX17 di Jabatan Penjara Malaysia Institut Penjara Tapah juga dituduh menerima wang tunai RM100 daripada K.Devika di tempat sama pada 9.35 malam 19 Januari 2012.

Muhammad Hafizal melakukan tiga lagi kesalahan di tempat yang sama apabila sekali lagi menerima RM100 daripada Devika pada pukul 9.11 malam, 4 Mac 2012, menerima RM100 dariada Chan Yin Ling pada hari sama pukul 4.09 petang dan menerima RM300 daripada A Hemalatha pada 5.37 petang, 14 Januari 2013.

Empat lagi pertuduhan terhadapnya ialah menerima RM600 daripada Hemalatha pada 5.16 petang 10 Februari 2013, menerima RM300 daripada B Darshaini pada 5.47 petang 22 November 2012, menerima RM700 daripada Darshaini pada 7.53 pagi 10 Disember 2012 dan menerima wang tunai RM200 daripada Darshaini pada 5.50 petang 27 Disember 2012.

Muhammad Hafizal dituduh mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan.

Hakim Azhar Mokhtar membenarkan tertuduh diikat jamin RM16,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 14 Julai ini untuk sebutan semula kes bagi membolehkan tertuduh melantik peguam.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mukhriz Mat Rus manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - Bernama

Kemalangan: Dua kanak-kanak tercampak keluar


15 Jun 2014
KEMAMAN - Sepasang suami isteri maut manakala dua anak mereka parah selepas kereta yang dinaiki bertembung dengan sebuah kereta lain dalam kejadian di Km 140 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, di sini hari ini.
   
Pegawai Pusat Gerakan Operasi Bomba Terengganu Mohd Hasbullah Halipah berkata mereka yang terbunuh ialah Ahmad Shukri Abd Wahab, 34 dan Nor Asmalia Wahab, 34.
   
Kejadian 7.50 pagi itu turut mengakibatkan anak mereka yang berusia tiga dan lima tahun serta pemandu sebuah lagi kereta cedera parah, katanya kepada Bernama.
   
Menurut Mohd Hasbullah kejadian berlaku ketika Ahmad Shukri dan isterinya dalam perjalanan menghantar anak mereka ke pusat asuhan di Jalan Jakar 3 di sini sebelum menuju ke tempat kerja.
   
Nahas dipercayai berlaku apabila kereta yang dipandu lelaki warga asing itu hilang kawalan dan memasuki laluan kereta yang dinaiki empat sekeluarga tersebut, katanya.
   
Beliau berkata rempuhan kuat itu menyebabkan pasangan suami isteri terbabit tersepit di tempat duduk masing-masing sementara dua anak mereka tercampak keluar.
   
"Kesemua mangsa dikeluarkan oleh orang awam," katanya menambah semua mangsa dihantar ke Hospital Kemaman. - Bernama

Terkejut dengar abang maut dua jam selepas keluar

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Makam Tuan Haji Said, Sikamat.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Makam Tuan Haji Said, Sikamat.
SEREMBAN – “Arwah cakap dia mahu keluar. Dua jam lepas tu, saya terkejut mendapat tahu dia terlibat kemalangan," kata Norhalina Che Puteh, adik kepada mangsa kemalangan maut di Kilometer 285.7 Lebuhraya Utara -Selatan, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, mangsa, Dzulkiflee Che Puteh, 50, meninggal dunia di tempat kejadian selepas motosikal ditunggangnya hilang kawalan sebelum merempuh belakang sebuah kereta jenis Proton Wira.

Norhalina berkata, dia mendapat panggilan telefon daripada saudaranya memberitahu mangsa terbabit dalam kemalangan.

“Kira-kira 7.30 petang seorang saudara saya telefon beritahu arwah meninggal dunia kerana kemalangan,” katanya yang terus bergegas ke Hospital Tuanku Ja'afar, di sini untuk  membuat pengecaman mayat.

Menurutnya, sebelum kejadian, Allahyarham tidak menunjukkan sebarang perubahan, namun pemergiannya dirasai berikutan hubungan mereka sangat rapat.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC secara berseorangan dipercayai menuju ke Kuala Lumpur.

“Sejurus tiba di lokasi kejadian,  motosikal mangsa tiba-tiba hilang kawalan lalu merempuh bahagian belakang Proton Wira di lorong kiri jalan, sebelum mangsa tercampak kira-kira empat meter dan meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian.

"Pemandu kereta berusia 24 tahun itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan sudah membuat laporan polis," katanya.

Beliau berkata, orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdullah Roning ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.

Kereta rempuh tiang elektrik


WARTAWAN SINAR HARIAN
15 Jun 2014

Kereta yang dipandu wanita tersebut remuk selepas melanggar sebatang tiang elektrik.
Kereta yang dipandu wanita tersebut remuk selepas melanggar sebatang tiang elektrik. 


Keadaan motosikal yang dinaiki oleh warga emas yang terlibat dalam kemalangan di Kampung Kubang Pak Amin.
Keadaan motosikal yang dinaiki oleh warga emas yang terlibat dalam kemalangan di Kampung Kubang Pak Amin.
PASIR MAS - Seorang wanita lingkungan 30-an nyaris maut selepas kereta yang dipandunya merempuh sebatang tiang elektrik sebelum terbalik dalam kejadian di jalan Pasir Pekan-Pasir Mas berhampiran Kampung Kubang Pak Amin di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.20 petang itu, kereta yang dinaiki wanita berbangsa India tersebut difahamkan cuba mengelak sebuah motosikal yang dinaiki oleh seorang warga emas lelaki.

Warga emas tersebut dikatakan membuat pusingan U secara mengejut menyebabkan pemandu wanita berkenaan gagal mengelak dan terbabas.

Bagaimanapun pemandu wanita itu terselamat walaupun keretanya terbalik dan remuk di bahagian hadapan.

Sementara itu, warga emas dilaporkan mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Saksi kejadian yang hanya ingin dikenali sebagai Pak Lie berkata, ketika kejadian tersebut dia terdengar bunyi dentuman kuat.

“Kebetulan saya berada berhampiran tempat kemalangan dan saya melihat sebuah kereta telah merempuh sebatang tiang elektrik.

“Manakala penunggang motosikal terseret beberapa meter,” katanya.

Katanya, dia dan beberapa penduduk kemudian membantu kedua-dua mangsa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

Mayat mangsa lemas ditemui

Mayat mangsa ditemui di Lubuk Biara kira-kira 2 kilometer dari lokasi kejadian. Gambar kecil: Mohamad Zul Hassan.
Mayat mangsa ditemui di Lubuk Biara kira-kira 2 kilometer dari lokasi kejadian. Gambar kecil: Mohamad Zul Hassan.
RAUB - Mayat seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun yang  lemas di Jeram Besu ditemui kira-kira 2 kilometer dari lokasi terakhir mangsa dilihat.

Mayat mangsa, Mohamad Zul Hassan Mohamad Norlan, 9, ditemui oleh unit K9 Bomba di Lubuk Biara, kira-kira jam 1.10 petang semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, semalam merupakan hari ketiga operasi mencari dijalankan.

“Seorang pegawai dan 23 anggota polis berserta dua bot dikerahkan dalam operasi terbabit.

“Selain itu, seramai 18 anggota Bomba dan Penyelamat termasuk seorang pegawai bersama sembilan unit skuba Bomba Temerloh dan tiga anggota unit K9 termasuk dua ekor anjing dan sebuah bot dilibatkan dalam operasi terbabit,” katanya.

Selain itu juga, seorang pegawai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) bersama 22 anggota dan sebuah bot turut serta dalam operasi tersebut.

“Turut bersama kami mencari mangsa ialah 10 ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Kebajikan Kampung (JKKK) bersama sebuah bot rafting dan sebuah kayak,” katanya.

Wan Mohd Samsudin juga berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut dipanggil bagi memberikan khidmat kaunseling kepada keluarga mangsa.

Mayat mangsa kemudian-nya dibawa ke Hospital Raub sebelum dibawa pulang ke Teluk Panglima Garang, Selangor, untuk dikebumikan di sana.

Ibu mangsa, Zaliha Barlan, 51, dalam masa sama turut merakamkan ucapan terima kasih kepada penduduk setempat dan Adun Dong, Datuk Shahiruddin Ab Moin kerana menyediakan tempat menginap dan kelengkapan lain kepada mereka sekeluarga sepanjang operasi mencari dijalankan.

Pemandu jentolak lemas jatuh lombong

Operasi mencari dan menyelamat mangsa melibatkan anggota polis, bomba dan JPAM . Gambar kecil: Yoak Ben
Operasi mencari dan menyelamat mangsa melibatkan anggota polis, bomba dan JPAM . Gambar kecil: Yoak Ben
IPOH - Seorang pemandu jentolak ditemui mati lemas selepas jentera  digunakannya untuk meratakan pasir itu terjunam ke dalam lombong di Kampung Lanjut Malim Nawar, Jalan Tanjung Tualang, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, mangsa, Lo Yoak Ben, 62, dari Kampung Baru Bali, Tronoh diarahkan majikannya untuk meratakan pasir di kawasan penternakan itik berhampiran lombong terbabit.

Menurutnya, majikannya menerima panggilan telefon daripada pekerja lain yang memaklumkan insiden itu kira-kira jam 10 pagi.

“Sejurus menerima panggilan, majikan mangsa ke tempat kejadian dan mendapati ada kesan tayar jentolak jatuh ke dalam lombong.

"Laporan mengenai kejadian berkenaan dibuat majikan mangsa di Balai Polis Malim Nawar,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Kong Soon berkata, bertindak atas aduan majikan mangsa, anggota dari Balai Polis Malim Nawar menjalankan operasi mencari dan menyelamat dengan bantuan Balai Bomba dan Penyelamat Kampar serta Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).

Menurutnya, Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) ditubuhkan untuk mengkoordinasi operasi mencari dan menyelamat berhampiran kawasan berkenaan.

"Anggota operasi menemui jentolak yang digunakan kira-kira 12 meter dari tebing lombong berkenaan.
“Manakala, mayat mangsa ditemui di dasar lombong lebih kurang tujuh meter dari tebing kira-kira jam 5 petang tadi (semalam),” katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kampar untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga.

Gempa bumi 6.0 skala Richter landa Pakistan


WARTAWAN SINAR HARIAN
14 Jun 2014


ISLAMABAD – PAKISTAN. Satu gempa bumi berukuran 6.0 skala Richter dilaporkan telah melanda wilayah barat laut, Kota Peshawar, Pakistan hari ini.

Antara bandar yang turut terjejas termasuklah Mansehra, Chitral, Bajaur, Mingora dan Malakand.

Menurut Jabatan Meteorologi Pakistan, pusat gempa bumi dikatakan berada di kawasan pergunungan Hindu Kush Afghanistan.

Meskipun fenomena tersebut telah mencetuskan panik kepada orang ramai, namun tiada nyawa yang dilaporkan terkorban setakat ini.

Selain daripada itu, pihak berkuasa juga tidak menerima sebarang kerosakan serius dari bandar-bandar yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Dalam laporan menerusi the Business Standard, ianya adalah gempa bumi kedua dilaporkan dalam beberapa hari selepas gempa bumi pertama berukuran 5.3 skala ritcher dilaporkan melanda di wilayah barat daya Pakistan.

Pada Oktober 2005, satu gempa bumi berukuran 7.6 skala ritcher telah menggegarkan wilayah Utara Pakistan termasuk Islamabad, menyebabkan 74,000 nyawa terkorban manakala 2.5 juta penduduk lagi kehilangan tempat tinggal.

Polis tumpas dua geng samun

Seorang anggota polis menunjukkan dua buah kereta Geng Ady yang dirampas.
Seorang anggota polis menunjukkan dua buah
 kereta Geng Ady yang dirampas.
KUALA LUMPUR - Kumpulan perompak dikenali ‘Geng Ady’ yang bermaharajalela melakukan rompakan sekitar ibu negara berjaya ditumpaskan dalam satu operasi, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, pihaknya melakukan operasi terbabit setelah kumpulan terbabit melakukan samun ke atas seorang ahli perniagaan di Ampang Park, Khamis lalu.

“Sebaik sahaja mendekati mangsa, salah seorang daripada suspek menetak tali beg galas yang dibawa mangsa. Namun, mangsa melawan dan enggan melepaskan begnya,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini, semalam.

Katanya, melihat mangsa melawan, suspek terus menarik mangsa ke dalam sebuah kereta jenis Perodua Myvi.

Sebaik sahaja kereta dihidupkan, suspek membawa mangsa sejauh 300 meter dan mangsa ditendang beberapa kali.

“Akhirnya, mangsa tercampak keluar di Jalan Tun Razak dan suspek berjaya menyentap jam tangan mangsa,” katanya.

Kata Zainuddin, suspek dipercayai mengekori mangsa dari sebuah bank di Taman Connaught sebelum melakukan samun dan mangsa mengalami kerugian kira-kira RM165,000.

Menurutnya, hasil risikan, polis berjaya menahan seorang lelaki warga Indonesia di sebuah rumah di Sri Kembangan, Selangor.

Hasil soal siasat lelaki itu menjurus kepada kejayaan polis menahan tiga lagi suspek di Chow Kit, Kuala Lumpur serta Gombak, Selangor.
“Kami turut merampas sebuah teksi, empat buah set walkie-talkie, dua bilah parang, wang tunai RM4,000 dan pelbagai barangan lain,” katanya.

Beliau berkata, kumpulan ini dipercayai sudah melakukan rompakan sebanyak 20 kali pada tahun ini dan polis masih memburu dua lagi ahli kumpulan terbabit.

Kesemua ditahan direman selama 14 hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun bersenjata.

Sementara itu, pihak polis turut menumpaskan 'Geng Nazi Botak' yang menjadikan warga asing sebagai sasaran.

Kumpulan ini berjaya ditumpaskan polis dalam satu operasi khas di Jalan Leboh Ampang, di sini setelah seorang lelaki warganegara Bangladesh disamun kumpulan terbabit di Jalan Pudu.
“Bertindak daripada aduan berkenaan, polis melakukan tindakan pantas dan berjaya menahan kesemua pada awal pagi Rabu lalu,” katanya.
Menurut Zainuddin, polis berjaya menahan tiga orang warga tempatan serta seorang warganegara Nepal yang dipercayai menganggotai kumpulan terbabit.
Katanya, semua ditahan berumur lingkungan 30-an dan suspek adalah gelandangan yang tinggal di merata-rata tempat sekitar Kuala Lumpur.

“Siasatan polis mendapati kumpulan ini mempunyai rekod 13 jenayah samun di sekitar ibu kota dan tempat mereka melakukan jenayah adalah di Jalan Silang, Pasar Seni, Puduraya dan beberapa kawasan lain,” katanya.

Zainuddin berkata, polis masih memburu saki-baki kumpulan ini.
Kesemua suspek direman selama dua minggu.

Aktres Bollywood dakwa dicabul

Zinta mendakwa dicabul, didera dan diugut Wadia.
Zinta mendakwa dicabul, didera dan diugut Wadia.
MUMBAI - INDIA. Pelakon terkenal Bollywood, Preity Zinta mendakwa beliau telah dicabul, didera dan diugut bekas teman lelakinya ketika perlawanan kriket Liga Perdana India (IPL), menurut polis, semalam.

Zinta menuduh ahli perniagaan, Ness Wadia melakukan perbuatan itu selepas mereka bertengkar pada 30 Mei lalu.

Ketua Polis Mumbai, Vijay Mane mengesahkan mereka ada menerima aduan daripada pelakon itu.

"Wadia didakwa mengasarinya dan turut mengeluarkan kata-kata kesat selepas mereka berselisih pendapat ketika menyaksikan perlawanan di Stadium Wankhede," jelasnya.

Bintang filem Chori Chori Chupke Chupke itu turut memaklumkan mengenai perkara tersebut menerusi akaun Twitter miliknya.

"Saya tidak berniat melukakan hati sesiapa tetapi tindakan ini adalah untuk melindungi dan mempertahankan hak saya," menurutnya, laporan dipetik dari AFP.

20 lelaki warga Myanmar gaduh, seorang maut


2014/06/15 - 03:40:56
Bukit Mertajam: Seorang maut, manakala seorang lagi parah apabila kira-kira 20 lelaki warga Myanmar bergaduh di tapak pembinaan di Taman Akasia, Mengkuang Titi, Ara Kuda, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.40 malam itu, pergaduhan tercetus apabila dua kumpulan dari negara sama berselisih faham sebelum bertempur menggunakan senjata tajam di rumah kongsi terbabit.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Prai Tengah (SPT), Superintendan Baharom Abu, berkata pihaknya ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan daripada orang awam mengenai pergaduhan itu.

“Ketika anggota polis sampai di tempat kejadian, semua yang terbabit dalam pergaduhan itu melarikan diri. Kita hanya menemui mayat seorang lelaki dalam longkang dengan beberapa kesan tikaman di badan dan kepala serta seorang rakannya yang cedera parah,” katanya, di sini, semalam.

14 kedai tercabut atap akibat ribut

14 kedai tercabut atap akibat   ribut
Bumbung kedai sederet 14 unit tercabut dalam kejadian ribut di Pasar Borong Dusun Nyiur, Chukai, semalam. - Foto Shamsudin Husin
 Chukai: Sembilan peniaga kerugian lebih RM10,000 apabila sederet 14 kedai rosak dan tercabut atap akibat ribut.

Dalam kejadian jam 10.30 malam kelmarin, ribut selama 30 minit itu menyebabkan sebahagian besar barangan dalam kedai basah terkena tempias air hujan.

Ketika kejadian, kebanyakan peniaga sudah pulang ke rumah, bagaimanapun hanya seorang mangsa berada berhampiran kedainya.

Peniaga terbabit, Abd Manan Abd Rahman, 63, berkata ribut yang datang bersama hujan lebat itu terus membadai bahagian hadapan kedainya yang berada di bahagian lot tepi menyebabkan bumbung kedai tercabut.

Angin bertiup kencang

“Ketika itu, saya berada dalam kereta menuju ke kedai. Tiba-tiba angin bertiup kencang dan hujan lebat menyebabkan kereta saya bergoyang dan saya memberhentikan kereta, namun tidak mampu berbuat apa apa.

“Sebaik ribut reda dan hujan berhenti, saya pergi ke kedai 100 meter dari tempat saya berada dan mendapati bumbung kedai sudah tercabut manakala separuh barang barang dalam kedai basah,” katanya ketika ditemui.
Isteri Abd Manan, Kamariah Awang, 55, berkata beliau pergi ke kedai selepas menerima panggilan daripada suaminya dan terkejut melihat bumbung kedai bahagian hadapan sudah tercabut.

“Saya berada di rumah di Kampung Dusun Nyiur, kira-kira 500 meter dari kedai. Mujurlah suami saya selamat,” katanya.

Seorang lagi mangsa, Wan Safiah Wan Mamat, 47, berkata ribut itu adalah kejadian pertama berlaku sejak beliau berniaga di situ tujuh tahun lalu.

“Ketika kejadian saya tiada di kedai kerana sudah tamat waktu perniagaan.
“Saya hanya menyedari kejadian berkenaan pada jam 7.00 pagi tadi (semalam) ketika datang ke kedai untuk memulakan perniagaan,” katanya.

Ahli perniagaan rugi RM165,000 disamun geng 'Pak Ady'


2014/06/15 - 03:31:33
Kuala Lumpur: Seorang ahli perniagaan dilarikan hampir 300 meter selepas disamun di tempat letak kenderaan, sebuah pusat beli-belah di Ampang, membabitkan kerugian hampir RM165,000, Khamis lalu.

Dalam kejadian pada jam 12 tengah hari itu, mangsa yang berusia 40-an disamun empat anggota kumpulan ‘Pak Ady’ selepas mengeluarkan wang sebanyak RM37,000, di sebuah bank berhampiran.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad, berkata tiga suspek yang bersenjatakan parang menyamun mangsa dan berlaku pergelutan antara mereka.

Katanya, mangsa dilarikan dengan menaiki kereta dan suspek bertindak merampas beg galas serta jam mangsa sebelum dia ditinggalkan 300 meter dari lokasi kejadian.

“Hasil laporan dan risikan yang dijalankan, kelmarin kita berjaya menahan seorang suspek warga asing di sebuah rumah di Gombak dan merampas wang tunai RM4,000, dua buah telefon bimbit serta dua set walkie talkie yang dipercayai digunakan semasa kegiatan samun.

Tiga suspek warga asing

“Susulan itu, kita mengesan tiga lagi suspek warga asing dari kumpulan yang sama di sebuah hotel di Chow Kit dan masih memburu tiga lagi suspek yang dipercayai masih bebas,” katanya pada sidang media, di Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Dang Wangi, semalam.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan di hotel terbabit, pihaknya merampas sebuah kereta jenis Honda, empat buah set walkie talkie, lima buah telefon bimbit pelbagai jenis, dua buah beg galas, dua bilah parang dan sebatang besi kuku kambing.

Zainuddin berkata, anggota geng ‘Pak Ady’ adalah pecahan geng ‘Palembang’ yang sudah bergiat aktif setahun lalu dengan menyasarkan orang awam yang baru mengeluarkan duit dari bank dan menyamun dengan mengacu parang.

“Mereka dikenal pasti terbabit dalam lebih 12 kes di daerah Dang Wangi dengan menaiki sebuah kenderaan curi dan sebuah teksi bertujuan mengelak dikesan.

“Semua suspek ditahan reman 14 hari untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun bersenjata,” katanya.

Kakak saman adik asyik minta duit


2014/06/15 - 03:05:02
RIYADH: Seorang ahli perniagaan wanita berusia 50 tahun menyaman adik lelakinya, 24, kerana dakwaan meminta sejumlah besar wang sebagai balasan membenarkan kakaknya keluar berjalan dan menyelesaikan kertas kerja di jabatan kerajaan.

Dalam saman yang difailkan di Mahkamah Jeddah, wanita berkenaan mendakwa beliau membesarkan adik lelakinya selepas kematian bapa mereka. “Apabila mencapai usia membolehkan beliau bertindak sebagai penjaga, lelaki berkenaan mula menuntut wang untuk pelbagai aktiviti,” lapor media tempatan.

Sumber berkata, lelaki itu didakwa memaksa kakaknya membayar SR10,000 (RM8,581) untuk membenarkan beliau keluar berjalan, SR5,000 (RM4,290) jika kehadirannya diperlukan di mana-mana jabatan perkhidmatan dan sejumlah besar wang bagi membenarkan kakaknya berkahwin.

Wanita berkenaan tidak berkahwin dengan keadaan itu.

Kemuka bukti

Peguam wanita itu, Baian Zahran, berkata anak guamnya perlu membuktikan adik lelaki beliau bersalah memeras ugut jika mahu mahkamah membenarkan beliau menjadi penjaga diri sendiri.

Dalam kes sama, wanita berusia 30 tahun mendapatkan bantuan perundangan selepas mendapati bapa saudaranya, yang menjadi penjaga sejak ibu bapa meninggal dunia dalam kemalangan di Jeddah ketika beliau masih kecil, membuat helah untuk memastikan anak saudaranya tidak berkahwin.
Menurut Al Arabiya.net, beberapa lelaki pernah meminang wanita berkenaan tetapi bapa saudaranya menolak mereka semua.

Apabila ditanya alasan beliau menolak pinangan itu, lelaki berkenaan berkata tidak akan mengahwinkan anak saudaranya kecuali beliau dibayar hampir setengah juta riyal, yang ditinggalkan ibu bapanya.

Menurut peguamnya, wanita itu akhirnya menurut kehendak bapa saudaranya yang segera menguruskan perkahwinannya. –AGENSI

Piala Dunia: Maut selepas tonton bola


2014/06/15 - 03:49:39
Ipoh: Kegembiraan sekumpulan remaja pulang selepas menonton perlawanan Piala Dunia bertukar tragedi apabila seorang daripada maut dalam kemalangan di Kilometer 265, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), berhampiran Terowong Menora dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 5 pagi itu, Muhammad Zaki Amir, 18, yang menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ dikatakan merempuh belakang sebuah treler selepas motosikalnya hilang kawalan.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Ipoh, Deputi Superintendan Wan Sharuddin Wan Omar, berkata siasatan mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa bersama lapan rakannya dalam perjalanan ke Kuala Kangsar selepas selesai menonton perlawanan awal pagi semalam di bandar raya ini. 

Sah pemimpin kanan militan

Sah pemimpin kanan militan
Keratan akhbar mengenai anggota TLDM terbabit dalam militan. 
Suspek pernah jalani latihan gerila di kem Abu Sayyaf

Kuala Lumpur: Seorang daripada suspek yang ditahan Bahagian Pencegahan Keganasan Cawangan Khas Bukit Aman di Sandakan, Sabah kelmarin, dikenal pasti sebagai pemimpin kanan sebuah kumpulan militan di negara ini.

Lelaki berusia 30 tahun itu dikesan pernah menjalani latihan gerila di sebuah kem Abu Sayyaf di selatan Filipina dan dikatakan bakal melatih ahli lain menyertai perjuangan kumpulan pemberontak Negara Islam Iraq dan Syam (ISIS) yang aktif di Iraq dan Syria.

Menurut sumber, suspek terlepas daripada ditahan bersama 15 yang lain dalam beberapa operasi khas di seluruh negara sejak 28 April lalu kerana dipercayai berada di selatan Filipina.

'Rasa seluar digunting, ditarik ketika tidur'


2014/06/15 - 03:26:44
Askar wanita terselamat daripada jadi mangsa rogol lelaki ceroboh bilik

Kuching: Seorang anggota tentera wanita yang tiba-tiba tersedar daripada tidurnya selepas berasa seluar panjang dipakainya ditarik sesuatu, berjaya menyelamatkannya daripada menjadi mangsa rogol seorang lelaki tidak dikenali yang menceroboh masuk ke biliknya, awal pagi kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2 pagi di sebuah kuarters di kem tentera di Kota Sentosa, di sini, ketika mangsa yang berusia 23 tahun sedang tidur di biliknya. Bagaimanapun, mangsa bernasib baik kerana terjaga terlebih dulu selepas berasa ada seseorang menggunting sebelum menarik seluar panjang dipakainya.

SKMM tutup 500 laman web


2014/06/15 - 03:50:47
Kuala Lumpur: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menutup 500 laman web dalam tempoh suku pertama tahun ini, termasuk sebahagiannya yang menganjurkan perjudian internet.

Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi, berkata tindakan menutup laman itu diambil kerana menyalahi pelbagai undang-undang negara, termasuk perjudian internet.

“Tahun lalu sahaja, sebanyak lebih 2,000 laman web ditutup kerana melanggar undang-undang negara walaupun ia bukan satu kesalahan di negara pengendali utama.

“Isu judi sebenarnya di bawah kawalan polis, manakala SKMM berfungsi sebagai membantu siasatan.

Curi maklumat

“Agak sukar nak menganggarkan jumlah tepat laman atau talian judi yang wujud kerana mereka boleh ‘muncul’ begitu saja.

“Perlu ditekankan juga bukan semua talian yang betul-betul menyediakan khidmat judi, ada juga laman judi yang dikesan sebenarnya beroperasi untuk mencuri maklumat peribadi orang ramai,” katanya kepada BH.
Mohamed Sharil berkata, SKMM menghadapi kesukaran membendung kegiatan perjudian internet jika pelayan utamanya berada di luar negara.
“Masalah yang dihadapi adalah pengendali ini di luar negara dan ia di luar bidang kuasa Malaysia.

“Pada pendapat saya tabiat judi internet bukan boleh diselesaikan menggunakan undang-undang saja. Kawalan terbaik adalah bermula dari diri sendiri.

“Nasihat kami pada orang ramai, jangan melayari laman judi kerana bukan sahaja merugikan tetapi lebih bahaya lagi, ada sindiket yang mungkin mengumpul maklumat peribadi anda.

“Lebih serius lagi, maklumat kewangan seperti kad kredit atau butiran perbankan jatuh ke tangan sindiket,” katanya.

Tindakan undang-undang

Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan mencadangkan agar SKMM diberi mandat yang lebih luas untuk mengesan dan mengambil tindakan undang-undang secara terus terhadap pusat siber yang menganjurkan operasi perjudian internet ini.

“Penguatkuasaan lebih mudah jika SKMM diberi kuasa untuk mengesan, menangkap pengguna siber, penganjur dan mana-mana individu yang menyalah guna talian untuk kegiatan seperti ini,” katanya.

Malang bakal raja sehari


Kuala Terengganu: “Mudah-mudahan majlis perkahwinannya lancar selepas dia sedar daripada koma,” kata Mohd Nor Idris, 59, bapa Mohd Khairul Mohd Nor, 25, yang bertarung nyawa sejak 1 Jun lalu apabila motosikal Honda EX5 ditunggangnya dirempuh seekor babi di FELCRA Kampung Bukit Kepah, Hulu Terengganu.
Bapa kepada tujuh anak itu berkata, anak keempatnya itu bakal melangsungkan perkahwinan Ogos depan. Walaupun anaknya masih koma, dia yakin semua urusan itu lancar selepas anaknya sedar. 
Menurutnya, detik hitam menimpa anaknya bermula selepas Mohd Khairul dirempuh babi ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menonton perlawanan bola sepak di Kampung Capu, Hulu Terengganu. 

Katanya, anaknya yang menunggang motosikal berseorangan itu tidak sempat mengelak apabila seekor babi dari belukar keluar ke jalan dan merempuhnya menyebabkan Mohd Khairul tersembam ke atas jalan tidak jauh dari rumahnya.
Foto
MOHD Nor memberikan semangat kepada Mohd Khairul yang dirawat di HSNZ.

“Bunyi kemalangan itu jelas didengari saya dan isteri, Ramlah Embong, 52, yang ketika itu berada di dalam rumah dan tanpa berlengah kami berdua keluar melihat kejadian sebelum terkejut melihat anak sendiri terbabit kemalangan.


Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/13

Geng Pak Ady, Geng Botak Nazi dalangi kes samun tumpas


ZAINUDDIN Ahmad menunjukkan parang yang digunakan dalam kes samun di Ampang Park dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA
KUALA LUMPUR 14 Jun - Polis berjaya menumpaskan dua kumpulan yang dikenali ‘Geng Pak Ady’ dan ‘Geng Botak Nazi’ yang aktif melakukan pelbagai jenis samun di sekitar ibu negara.
Dalam kejayaan pertama, polis telah menangkap empat anggota ‘Geng Pak Ady’ yang aktif menyamun pelanggan yang keluar dari bank dalam beberapa serbuan di ibu negara dan Selangor, kelmarin.
Suspek yang berusia 35 hingga awal 40-an itu ditangkap selepas baru sahaja selesai menyamun seorang ahli perniagaan di sebuah pusat beli-belah dekat Ampang.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, keempat-empat suspek diberkas dalam serbuan berasingan di Chow Kit, Gombak, Sungai Besi, Ampang dan Seri Kembangan antara pukul 3 petang hingga 4 pagi.
“Dengan tertangkapnya anggota Pak Ady ini, kami percaya dapat menyelesaikan 13 kes samun melibatkan mangsa yang baru keluar dari bank sepanjang tahun ini," katanya.
Mengulas mengenai kejadian Khamis lalu, Zainuddin berkata, seorang ahli perniagaan cedera di bahu dan rugi sebanyak RM165,000 selepas beg galas yang mengandungi wang tunai RM37,000 dan jam tangan bernilai RM128,000 milik mangsa dilarikan suspek yang bersenjata parang, ketika dia baru sahaja keluar dari bank.
Sementara itu, ‘Geng Botak Nazi’ yang didalangi warga gelandangan turut tumpas setelah polis menahan empat lelaki di Jalan Lebuh Ampang di sini, pukul 7 pagi Rabu lepas.
Ujar Zainuddin, kumpulan itu mensasarkan mangsa dari kalangan warga asing dan difahamkan bergerak dalam satu kumpulan antara pukul 5 hingga 9 pagi di sekitar kawasan Jalan Silang, Pasar Seni dan Jalan Pudu.
“Empat suspek mengaku melakukan samun di sekitar kawasan Dang Wangi dan masing-masing yang diberkas mempunyai rekod jenayah samin dan dadah.
“Dengan tangkapan ini, kami berjaya menyelesaikan tidak kurang dari 20 kes di daerah ini. Siasatan lanjut masih di jalankan bagi memburu saki baki kumpulan ini," katanya.
Sehubungan itu, Zainuddin memberi ingatan kepada orang awam supaya sentiasa berwaspada dan mengelak daripada berjalan seorang diri di kawasan gelap bagi mengelak kejadian tidak diingini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140615/je_02/Geng-Pak-Ady-Geng-Botak-Nazi-dalangi-kes-samun-tumpas#ixzz34eeCFph6
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pesawat Ukraine ditembak jatuh


GAMBAR menunjukkan sebuah pesawat pengangkut II-76 milik Ukraine terhempas 
di bandar Luhansk semalam.


KIEV - Para pejuang pemisah menem jatuh sebuah kapal terbang pengangkut milik Ukraine semasa ia hendak mendarat di bandar Luhansk awal semalam.
Semua 49 anggota tentera yang menaiki pesawat tersebut terbunuh dalam kejadian yang melibatkan kematian paling ramai dihadapi kerajaan Ukraine.
Ketika kejadian, pesawat tersebut menghantar anggota-anggota tentera yang akan menyertai operasi mengentikan pemberontakan di timur Ukraine.
Kementerian Pertahanan Ukraine menyatakan dalam satu kenyataan, pesawat II-76 itu ditembak dalam satu serangan dengan menggunakan senjata antipesawat dan mesingan.
Perbalahan terbaharu itu berlaku dalam minggu ini selepas tentera kerajaan menawan semula Pelabuhan Mariupol kelmarin.
Ukarine memperoleh Presiden baharu, Petro Poroshenko seminggu lalu.
- Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0615&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz34ee65cMu 
Hakcipta terpelihara 

Sukarelawan Iraq lawan pejuang jihad



BEBERAPA sukarelawan memegang senjata api semasa mereka bersedia untuk menentang anggota-anggota Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syam di Baghdad semalam. - AFP


BAGHDAD - Ratusan pemuda Iraq mengunjungi pusat-pusat pengambilan sukarelawan untuk menentang anggota-anggota Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syam (ISIL) di bandar raya ini semalam.
Mereka memenuhi hasrat yang dibuat seorang ulama Syiah terkenal di negara ini, Ayatollah Ali al-Sistani yang meminta golongan sukarelawan menentang pejuang tersebut.
Puluhan daripada ratusan pemuda itu memanjat trak-trak tentera, melaungkan slogan Syiah dan mengacukan senjata api raifal ke udara.
Kumpulan ISIL yang berfahaman Sunah itu melancarkan kempen untuk menyerang Baghdad dan beberapa buah bandar lain.
"Dengan izin Tuhan, kami akan menang," kata seorang sukarelawan itu, Ali Saleh Aziz.
"Kami tidak akan dihalang oleh anggota-anggota ISIL atau mana-mana pengganas lain," tambahnya.
Semalam, kumpulan ISIL itu menawan bandar kecil Adeim di wilayah Diyala selepas anggota-anggota keselamatan Iraq melarikan diri. Adeim terletak 100 kilometer dari Baghdad.
Dalam pada itu, seorang ahli Parlimen dan bekas menteri yang rapat dengan Perdana Menteri, Nouri Al-Maliki menyatakan, satu operasi ketenteraan akan bermula tidak lama lagi.
Sebelum ini, para pejuang Kurdis yang dikenali sebagai peshmerga telah menawan bandar Kirkuk.
Kirkuk merupakan bandar minyak Iraq.
Imej televisyen agensi berita The Associated Press menunjukkan para pejuang Kurdis itu telah menawan sebuah pos tentera yang terletak 24 kilometer ke barat Kirkuk.
Kumpulan ISIL diketuai Abu Bakar Al-Baghdadi. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0615&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz34edTNXOm 
Hakcipta terpelihara