Search This Blog

Saturday, June 14, 2014

49 maut pesawat tentera ditembak jatuh di Ukraine


2014/06/14 - 15:16:59
KIEV: Penentang pro-Russia menembak jatuh sebuah pesawat pengangkut tentera di timur Ukraine, mengorbankan 49 anggota tentera Ukraine.

Kementerian Pertahanan Ukraine berkata pesawat pengangkut Il-76 itu terhempas selepas terkena tembakan antipesawat berdekatan Luhansk.

Jurucakap tentera, Vladislav Seleznov berkata semua 49 anggota tentera di dalam pesawat terbunuh.

Pesawat dilaporkan sedang membawa anggota dan peralatan ketenteraan dan ia hampir mendarat di lapangan terbang Luhansk.

Ia adalah kehilangan nyawa terbesar oleh tentera kerajaan dalam satu kejadian sejak Kiev melancarkan operasi untuk cuba menewaskan pemberontakan di timur Ukraine. - Agensi

Warga Ireland nafi cabul wanita di pasar raya


2014/06/14 - 01:07:03
Ayer Keroh: Seorang lelaki warga Ireland mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas pertuduhan mencabul kehormatan seorang wanita di sebuah pasar raya, awal bulan ini.

Waqar Ahmad, 35, beralamat di Taman Bachang Utama, Bachang di sini, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Ida Rahayu Sharif selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan.

Tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang wanita berusia 34 tahun dengan menyentuh perut mangsa bagi niat mencabul kehormatannya di sebuah pasar raya di Bachang kira-kira jam 1 petang, 5 Jun 2014.

Tuduhan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan.

Mahkamah menetapkan 16 Jun ini untuk sebutan semula kes dan tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.

Pendakwaan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Nabilah Nizam, tertuduh diwakili peguam Ishak Kari yang mewakili peguam tertuduh, Mohan Singh.

Sembilan terbunuh rusuhan di Dhaka


2014/06/14 - 17:20:15
DHAKA: Sembilan dilaporkan terbunuh dalam rusuhan di kem pelarian ketika satu sambutan pesta hari ini.

Majoriti penduduk di Bandar Mirpur itu terdiri daripada masyarakat Muslim Bihari.

Pihak berkuasa berkata ketegangan semakin memuncak.

Perkhidmatan kecemasan menganggarkan sembilan orang maut setakat ini, termasuk lapan di kem berkenaan dan seorang lagi dibawa ke hospital dari pusat bandar Dhaka.

Punca sebenar kejadian masih tidak diketahui.

Kira-kira setengah juta Muslim daripada keturunan India tinggal di kem pelarian di negara itu sejak perang kemerdekaan daripada Pakistan pada 1971.

Sebahagian besar mangsa di kem pelarian berkenaan mati terbakar selepas rumah mereka dibakar dalam pergaduhan itu, kata pengarah bomba, Mahabubur Rahman. - AFP
DHAKA: Sembilan orang terbunuh dalam rusuhan di kem pelarian ketika satu sambutan pesta di sini hari ini.
Majoriti penduduk di bandar Mirpur itu terdiri daripada masyarakat Muslim Bihari. Pihak berkuasa berkata ketegangan semakin memuncak.
Perkhidmatan kecemasan menganggarkan sembilan orang maut setakat ini, termasuk lapan di kem berkenaan dan seorang lagi dibawa ke hospital dari pusat bandar Dhaka.
Punca sebenar kejadian tidak diketahui.
Kira-kira setengah juta Muslim daripada keturunan India tinggal di kem pelarian di negara ini sejak perang kemerdekaan daripada Pakistan pada 1971.
Sebahagian besar mangsa di kem pelarian berkenaan mati terbakar selepas rumah mereka dibakar dalam pergaduhan itu, kata pengarah bomba, Mahabubur Rahman. - AFP

Pemandu lori kena denda khianat, maki polis


2014/06/14 - 01:19:24 AM
Ayer Keroh: Mahkamah Majistret di sini semalam, mengarahkan seorang pemandu lori membayar denda RM1,000, selepas mengaku salah atas dua pertuduhan membuat khianat dan memaki polis, awal bulan ini.

Majistret Ida Rahayu Sharif, memerintahkan G A Bakeyaraju, 33, dari Taman Seri Serkam, Merlimau, membayar denda selepas membuat pengajian sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan khianat dengan mematahkan kerusi dan memecahkan pasu bunga milik Shara Da Devan, 43, bernilai kira-kira RM300 di sebuah restoran di Jalan Munshi Abdullah, di sini kira-kira jam 6 petang, 7 Jun 2014.

Bagi kesalahan itu, dia dituduh mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pertuduhan kedua, Bakeyaraju didakwa mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang anggota polis S Thyagaraj, 28, di lokasi, tarikh dan waktu sama.

Dia dituduh mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100, jika sabit kesalahan.

Ketika merayu hukuman diringankan, tertuduh yang diwakili peguam, Ishak Kari memberi alasan ketika kejadian anak guamnya melakukan tindakan itu di luar sedar akibat mabuk, selain perlu menanggung ayahnya.

Kena hukuman setimpal

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Nizam yang mengendalikan kes itu memohon supaya Bakeyaraju dikenakan hukuman setimpal.

“Ketika ditahan, dia turut bersikap agresif dan menimbulkan ketakutan, sehubungan itu saya mohon hukuman yang memberikan pengajaran kepadanya dan orang ramai,” katanya.

Selepas mempertimbangkan rayuan dan permohonan kedua-dua pihak, Ida Rahayu memerintahkan Bakeyaraju didenda RM900 bagi pertuduhan pertama dan denda RM100 bagi pertuduhan kedua.

Mengikut fakta kes, pada waktu dan hari kejadian pengadu, Shara yang berada di restorannya cuba meleraikan pergaduhan antara Bakeyaraju dengan seorang lelaki warga Nepal. Bakeyaraju mengugut menghancurkan barang pengadu.

Apabila pengadu hendak menutup restorannya, Bakeyaraju enggan keluar, sebaliknya duduk sambil minum bir menyebabkan pengadu menghubungi polis.

Apabila anggota polis tiba, Bakeyaraju enggan menyerahkan kad pengenalannya, sebaliknya mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota berkenaan sebelum ditahan.

Peniaga kena 20 jahitan dilibas penyamun


2014/06/14 - 01:17:29
Bintulu: Rutin seorang peniaga Pakistan mengutip hutang jualan kain di Kampung Lot Sungai Plan, di sini kelmarin, berakhir tragedi selepas disamun empat lelaki bersenjatakan parang dan pisau.

Dalam kejadian jam 5.20 petang itu, mangsa, 31 tahun terpaksa menerima 20 jahitan di dagu dan badan selepas diserang salah seorang suspek menggunakan pisau ketika bergelut mempertahankan diri.

Sumber memberitahu BH, ketika kejadian, mangsa bersama seorang rakannya menunggang motosikal memasuki kampung berkenaan untuk mengutip hutang daripada seorang penduduk sebelum ditahan empat lelaki tidak dikenali.

“Mangsa dan rakannya diarah menghentikan motosikalnya sebelum dipaksa menyerahkan wang. Bagaimanapun, kedua-dua mangsa tidak menghiraukan permintaan itu sebelum diserang dan berlaku pergelutan.

“Ketika cuba mempertahankan diri, libasan pisau oleh salah seorang suspek terkena dagu dan badannya. Rakan mangsa sempat melarikan diri kemudian meminta bantuan penduduk kampung,” katanya.

Sumber berkata, kejadian itu menyebabkan hasil kutipan hutang berjumlah RM450 lesap, manakala semua suspek dapat melarikan diri.

“Bukan itu saja, malah motosikal dinaiki mangsa turut dilarikan suspek. Susulan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Kidurong untuk tindakan lanjut,” katanya.
Kata sumber itu, polis sudah mengenal pasti salah seorang suspek dan usaha mengesannya sedang giat dilakukan.

Pelatih Akademi Remaja maut kemalangan motosikal di Kota Tinggi


14/06/2014 5:40pm

KOTA TINGGI - Seorang pelatih Akademi Remaja Lukut maut apabila motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan lalu bertembung dengan sebuah kereta di KM1, Jalan Batu 4, Lukut Cina, berhampiran Dewan Teratai Kampung Batu Ampat, Kota Tinggi di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, dalam kejadian 10 malam itu, Muhammad Asyraf Kanin, 18, dari Kampung Lukut, Kota Tinggi parah di bahagian kepala, menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian.
Pemandu kereta jenis Mercedes Benz itu, yang juga bekas anggota Parlimen Panti, Datuk Yusof Malim Kuning, bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Berdasarkan siasatan awal, Rahmat berkata, motosikal jenis Yamaha 125Z berkenaan dipercayai datang dari arah Kampung Lukut dan menghala ke Kota Tinggi.
"Keadaan cuaca ketika itu cerah dan laluan jalan di tempat kejadian adalah lurus. Ekoran kemalangan itu, motosikal mangsa mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan," katanya. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0614&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_17.htm#ixzz34cVrgz2d 
Hakcipta terpelihara 

Tokoh aktivis berdepan jel 14 tahun


Bangkok: Seorang tokoh aktivis berdepan hukuman penjara 14 tahun jika didapati bersalah atas tuduhan menghasut, melakukan jenayah komputer dan tidak mengendah arahan junta.

Sombat Boonngamanong yang mengetuai kempen media sosial untuk mengadakan tunjuk perasaan secara aman menentang junta, akan dibicarakan di mahkamah tentera. “Kami akan membawanya ke mahkamah tentera untuk mendapatkan kebenaran menahannya,” kata timbalan komander bahagian jenayah polis Thai, Prasopchoke Prommul.


Jika didapati bersalah, dia boleh dihukum penjara tujuh tahun atas tuduhan menghasut, lima tahun atas tuduhan sebar maklumat palsu di Internet dan dua tahun kerana tidak mengendahkan arahan,” kata Prasopchoke.



Sombat ialah antara ratusan ahli politik, aktivis, ahli akademik dan wartawan yang diarah melapor diri kepada pihak berkuasa tentera selepas rampasan kuasa 22 Mei lalu.


Mereka yang mematuhi arahan ditahan di lokasi rahsia selama seminggu serta diarah menjauhkan diri daripada kegiatan politik.


Sombat, aktivis terkenal prodemokrasi, enggan menyerah diri sebaliknya menghantar mesej menerusi Facebook dengan berkata: “Tangkap saya jika kamu boleh.”

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/13

36 ditahan dalam pemeriksaan rambang



Klang: Seramai 36 individu ditahan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan kerana melakukan pelbagai kesalahan dalam Ops Cantas Khas yang dijalankan di sekitar daerah ini awal pagi tadi.
Semua individu berusia 20-an hingga 40-an iti ditahan dalam serbuan di beberapa kelab hiburan termasuk pemeriksaan rambang. 
Antara kesalahan yang dilakukan termasuk positif dadah, kesalahan di bawah Akta Imigresen dan tersenarai dalam senarai dikehendaki polis. 

Mereka yang ditahan di bawa ke IPD Klang Selatan untuk tindakan selanjutnya.
Foto

Operasi yang membabitkan 15 pegawai dan 52 anggota itu berakhir jam 5 pagi tadi.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/14

Mohon masuk penjara


Kuantan: Seorang pengarah syarikat didenda RM29 juta dan dipenjara 10 tahun manakala isterinya didenda RM21 juta dan dipenjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, selepas didapati bersalah terhadap 189 pertuduhan melakukan aktiviti pengubahan wang haram berjumlah hampir RM170 juta lapan tahun lalu.
Hakim Noradidah Ahmad membuat keputusan itu terhadap Datuk Dr Jailani Jabar, 54 dan isterinya, Datin Dr Latifah Taib, 53, selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pihak pendakwaan. 
Sepanjang perbicaraan, 79 saksi pendakwaan dan lapan saksi pendakwaan tampil memberi keterangan. 

Dr Jailani menghadapi 106 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM98.7 juta manakala Dr Latifah menghadapi 83 tuduhan membabitkan RM71.3 juta antara Februari 2006 hingga Oktober 2007.
Foto
DR Jailani menghadapi 106 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM98.7 juta.

Mereka yang juga pengarah syarikat Jai Network System Sdn Bhd di Jalan Beserah di sini, dituduh menggunakan wang hasil aktiviti pengubahan wang haram untuk pelbagai kegunaan termasuk membayar deposit pembelian hartanah, pembayaran ansuran pelbagai jenis kereta, pemindahan ke akaun milik mereka serta mendapatkan hak pengedar minyak hidrogen.

Pasangan itu didakwa mengikut Sub Seksyen 4 (1) (a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. 

Pada prosiding semalam, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Farez Rahman dan Pegawai Pendakwa Bank Negara, Fahmi Abd Moin dan Mohd Shukri Ahmad Mansor. 

Pasangan itu diwakili peguam Mohd Zulfiqri Zakaria, Mohd Firuz Jafril dan Alvin Tan. 

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/14

Ribuan VCD, DVD cetak rompak dirampas

DVD dan VCD yang dijumpai dalam kereta dan premis, di Jalan Raja Uda kelmarin.
DVD dan VCD yang dijumpai dalam kereta dan premis, di Jalan Raja Uda kelmarin.
BUTTERWORTH - Dua pekerja yang menjual video cakera padat (VCD) dan video cakera digital (DVD) cetak rompak ditahan dalam dua serbuan yang dijalankan serentak di Jalan Raja Uda, kelmarin.
Dalam serbuan kira-kira jam 5.30 petang itu, sepasukan anggota Penguatkuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Pulau Pinang turut merampas sejumlah 13,591 keping VCD dan DVD cetak rompak bernilai RM 67,955.

Ketua Bahagian Penguatkuasa  PPDNKK negeri, Abdul Rosik Yaacob berkata, serbuan dijalankan selepas risikan dibuat berdasarkan maklumat yang disalurkan oleh penguatkuasa.

“Kedudukan kedua-dua premis itu terletak tidak jauh antara satu sama lain dan serbuan dibuat serentak untuk mengelakkan mereka meloloskan diri.

“Bagaimanapun, kedua-dua lelaki berkenaan yang berusia 20 dan 30 tahun berpura-pura tidak menyedari premis mereka bekerja ada menjual VCD dan DVD cetak rompak.

“Mereka mengaku mereka bekerja di kedai terbabit dan ditahan bagi membantu siasatan,” katanya.

Pelbagai VCD dan DVD yang dipercayai akan dijual kepada pelanggan turut ditemui dalam premis terbabit serta bonet kenderaan yang diletakkan berhampiran.

Beliau berkata, pemilik premis atau pekerja yang ditahan menjual bahan haram itu disiasat mengikut Akta Hakcipta 1987, Akta Perihal Dagangan 2011 (Label Cakera Optik), Akta Penapisan Filem 2002 dan Akta Perbadanan
Kemajuan Filem Nasional Malaysia 2013.

“Bagi kesalahan di bawah Akta Hakcipta 1987, pesalah akan dikenakan denda minimum RM2,000 dan maksimum RM20,000 bagi setiap pelanggaran atau lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

“Kesalahan Perintah Perihal Dagangan (Label Cakera Optik) 2010 pula boleh didenda sehingga RM100,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali," katanya.

Pemandu tidak sedar treler dilanggar

Treler muatan kayu balak yang dipercayai dilanggar dari arah belakang oleh mangsa.
Treler muatan kayu balak yang dipercayai dilanggar dari arah belakang oleh mangsa.
JEMPOL - Pemandu treler muatan kayu balak yang dipercayai dilanggar dari arah belakang oleh mangsa maut di Jalan Bahau-Keratong, kelmarin hanya menyedari kenderaannya dilanggar selepas memandu sejauh 35 kilometer dari lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superitendan Hamzah Alias berkata, pemandu lori berusia 40-an itu berhenti di tepi jalan di Kilometer 8, Jalan Serting Tengah-Bandar Seri Jempol.

Menurutnya, lelaki terbabit memandu treler tersebut secara sendirian, dan tidak menyedari kenderaannya dilanggar berikutan membawa muatan balak dan berat.

“Bagaimanapun, semasa memandu, dia merasa bagaikan ada yang tidak kena dengan kenderaannya, lalu memberhentikan lorinya di tepi jalan.

“Hasil pemeriksaan, dia mendapati lorinya sedikit rosak dan ketika itu baru sedar bahawa kenderaannya dilanggar dari arah belakang,” katanya ketika mengulas lanjut kejadian kelmarin.

Hamzah berkata, rentetan itu, lelaki itu membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Seri Jempol pada hari yang sama kira-kira jam 11 pagi.

“Kita tidak menahan lelaki terbabit dan hanya mengambil keterangannya bagi melengkapkan kertas siasatan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan adik perempuan Ahli Parlimen Mersing, Johor Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, dan suaminya maut dalam kemalangan di Jalan Bahau-Keratong, berhampiran Stesen Timbang Jabatan
Pengangkutan Jalan (JPJ) Palong, di Jempol di sini, awal pagi kelmarin.

Mangsa, Shamsiah Ahmad, 45, dan suaminya, Ismail Atan, 52, disahkan maut di lokasi akibat mengalami kecederaan parah di kepala dan anggota badan.

Lori satu tan yang dipandu suaminya yang dalam perjalanan dari Mersing, Johor, ke Bangi, Selangor, berlanggar dengan sebuah lagi kenderaan berat yang berada hadapannya.

'Kenapa awak langgar saya'

Keadaan motosikal mangsa.
Keadaan motosikal mangsa.
REMBAU – “Sebaik menghampiri mangsa, dia terus memberi salam kepada saya dan bertanya mengapa saya melanggarnya,” luah Zahari Ahmad, 64, ketika ditemui di lokasi kemalangan di Kilometer 44, Jalan Seremban-Tampin, dekat Kendong, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 7.50 malam itu, mangsa yang menunggang motosikal dikejarkan ke Hospital Tampin, namun dipercayai tidak mengalami kecederaan serius.

Mangsa dilanggar sebuah kereta jenis Proton Perdana dari arah Alor Gajah menghala ke Kampung Penajis.

Menurut Zahari, ketika kejadian dia dalam perjalanan dari Tampin ke Kendong dan ternampak mangsa merangkak ke bahu jalan selepas terjatuh di jalan raya.

“Saya terus memberhentikan motosikal dan menuju ke mangsa kemalangan, tiba-tiba mangsa kemalangan memberikan salam kepada saya dan bertanyakan kenapa melanggarnya.

“Saya beritahu bukan saya yang melanggarnya dan ingin menghulurkan bantuan kepadanya. Pada masa itu, saya lihat mangsa mengalami sakit-sakit badan,” katanya.
Pemandu kereta Proton Perdana, Marzali Margini, 65, berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan dari rumahnya di Taman Sebang Baru, Alor Gajah ke Masjid Kariah Kampung Penajis.

Menurutnya, sewaktu kejadian dia mahu menghantar tempahan makanan di masjid berkenaan untuk majlis Malam Nisfu Syaban.

“Saya memandu seperti biasa dan tidak menyedari terdapat motosikal di hadapan kerana lampu belakang motosikal berkenaan tiada. Jadi bila sudah terlalu hampir saya terkejut dan  kenderaan kami bergesel.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, berdasarkan siasatan awal, sebuah motosikal ditunggang di hadapan tengah jalan lalu bergesel dengan sebuah kereta.

Dua maut tragedi awal pagi

Dua maut tragedi awal pagi
TAPAH - Dua maut, manakala dua lagi parah apabila terbabit dalam kemalangan berasingan di sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw berkata, nahas pertama membabitkan pertembungan tiga lori di Kilometer 345, Lebuhraya Utara Selatan, kira-kira jam 6.30 pagi.

Menurutnya, nahas berlaku apabila sebuah lori tangki dipandu lelaki berusia 43 tahun terlanggar belakang sebuah treler menyebabkannya melintang di kedua-dua lorong.

"Pada masa sama, lori dipandu Mohd Razali Saring, 53, dari Klang, Selangor, bersama anaknya yang menuju ke utara tanah air merempuh lori tangki yang melintang.

"Kemalangan itu menyebabkan, lori dipandu Mohd Razali terbalik dan mangsa maut di tempat kejadian, manakala anaknya, Mohd Fikri Mohd Razali, 20, parah dan menerima rawatan di Hospital Teluk Intan," katanya.

Dalam pada itu, pemandu treler berusia 45 tahun, dari Bestari Jaya turut cedera dan ditahan di Hospital Tapah untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Som Sak berkata, dalam nahas kedua, seorang penunggang basikal maut di Kilometer 80, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur berhampiran Sungkai, kira-kira jam 7.45 pagi, semalam.

"Mangsa Low Kin Kheong, 25, dari Taman Permai Sungkai, parah di beberapa bahagian badan dan maut di tempat kejadian.

"Nahas berlaku apabila mangsa dari arah Bidor ke Sungkai melintas dari kiri ke kanan jalan menyebabkan pacuan empat roda dari arah sama tidak sempat mengelak dan merempuh mangsa kerana jarak yang terlalu dekat," katanya.

Dua kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Longkang ragut nyawa bayi

Maziatul menunjukkan lokasi Rafiq dijumpai selepas terjatuh ke dalam longkang di hadapan rumahnya.
Maziatul menunjukkan lokasi Rafiq dijumpai selepas terjatuh ke dalam longkang di hadapan rumahnya.
KUALA SEPETANG - Kematian seorang bayi berusia 18 bulan akibat terjatuh ke dalam longkang berhampiran rumahnya di sini menyebabkan penduduk mahu pihak berkenaan memasang penutup longkang di kawasan itu.

Sistem perparitan yang dibina sejak lebih 20 tahun lalu, dipercayai telah meragut lima nyawa.

Penduduk yang enggan dikenali berkata, longkang itu agak dalam malah apabila berlaku air pasang, ketinggian air di dalamnya boleh mencecah 1.2 meter.

Menurutnya, pada 3 Jun lalu seorang bayi 18 bulan maut selepas terjatuh ke dalam longkang berkenaan.

"Bayi yang tinggal berhampiran longkang itu, lemas selepas terjatuh ke dalamnya yang dipenuhi air," katanya.

Anak hilang sekelip mata

3 Jun 2014 merupakan hari tidak dapat dilupakan Mazlan Manan, 38, apabila anak bongsunya, Muhammad Rafiq Iskandar, 18 bulan maut akibat terjatuh ke dalam longkang yang terletak di hadapan rumahnya.

Mazlan berkata, dia langsung tidak menyangka longkang tersebut telah meragut nyawa anak bongsunya,

Menurutnya, pada hari kejadian, kira-kira jam 10 pagi, rumahnya mula sibuk kerana bakal mengadakan satu majlis perkahwinan beberapa hari berikutnya.

“Ketika itu, sudah ramai saudara yang datang dan seperti biasa Rafiq akan bermain-main di kawasan sekitar rumah.

“Sejak mula berpindah ke kampung ini, Rafiq tidak pernah pergi sendirian ke jalan raya dan kebiasaannya dia hanya ke kediaman sebelah atau surau yang  terletak di sebelah rumah kami,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.
Mazlan berkata, selepas menyedari Rafiq tiada di rumah dan dia terus mencari anaknya.

Jelasnya, ketika mencari Rafiq, dia terdengar bunyi kecoh di hadapan rumahnya.

“Saya terus berlari dan apabila sampai sahaja di longkang besar di hadapan rumah, saya lihat tubuh anak bongsu saya telah terapung.

"Saya segera mendapatkan Rafiq dan membawanya ke klinik sebelum ke Hospital Taiping untuk mendapatkan rawatan namun Allah SWT lebih sayangkan dia,” katanya.

Sementara itu, ibu mangsa, Maziatul Suhaila Saidin, 31, berkata, sehingga ke hati ini, dia begitu rindukan senyuman anak bongsunya.

Menurutnya, Rafiq anak bongsu daripada lima beradik dan dia seorang anak yang mudah dijaga.

“Malah dia juga seorang anak yang mudah mesra dengan sesiapa sahaja dan kehilangannya ini amat dirasakan.

“Lebih sedih apabila mengenangkan Rafiq yang masih menyusu badan kini tiada lagi di depan mata,” katanya.

Maziatul berkata, bukan sahaja dia dan suami tetapi abang dan kakak arwah Rafiq juga begitu terasa pemergiannya.

“Sebelum kejadian itu, arwah Rafiq langsung tidak menunjukkan sebarang perubahan, malah dia sudah mula boleh bercakap sebelum kejadian.

“Walaupun saya tidak mendengarnya sendiri, namun daripada cerita bapa saudara arwah dia boleh menyebut bantal dan burung,” katanya.

Maziatul berkata, longkang besar itu, amat berbahaya kerana bukan sahaja lebar dan dalam tetapi tidak bertutup.

“Sebagai penduduk di sini sudah pastinya aspek keselamatan anak-anak sentiasa menjadi kebimbangan kepada ibu bapa.

“Malah difahamkan juga, sebelum ini beberapa kali cadangan telah dibuat untuk menutup longkang berkenaan atas faktor keselamatan, namun sehingga kini ia masih belum ada sebarang maklum balas daripada pihak
bertanggungjawab,” katanya.

Bakal ambil tindakan

Sementara itu, Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran( JPS) Daerah Larut Matang dan Selama, Mahidi Mahamood ketika dihubungi berkata, jika benar longkang itu membahayakan penduduk setempat terutama kanak-kanak,
pihaknya bersetuju untuk menutup longkang berkenaan.

Katanya, JPS bersetuju dengan cadangan penduduk itu, namun beberapa perkara perlu diambil kira.

“Paling utama ialah melibatkan faktor kewangan dan kita akan cuba laksanakan cadangan longkang bertutup sekiranya mempunyai  peruntukan dalam tempoh masa terdekat,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah ketika dihubungi mengesahkan kejadian seorang kanak-kanak berusia 18 bulan maut akibat terjatuh ke dalam longkang di hadapan rumah.

Suspek TLDM disyaki terlibat serangan berani mati

Mohd Bakri Zinin
Mohd Bakri Zinin
SHAH ALAM – Seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dari tiga yang ditahan di Sandakan, Sabah semalam disyaki turut menjadi sebahagian anggota kumpulan militan dalam misi serangan dan pengeboman berani mati di Syria dan Iraq.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Zinin, dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan pemberontak yang dikenali sebagai Islamic State of Iraq dan Sham (Isis) di Timur Tengah dan terkenal dengan pergerakan kumpulan pemberontak Al-Qaeda Abu Sayyaf di selatan Filipina.

"Kami percaya salah seorang suspek, berusia 30, adalah seorang pemimpin kanan dalam kumpulan militan tempatan, siasatan mendedahkan bahawa suspek telah menjalani latihan di sebuah kem yang dimiliki oleh Abu Sayyaf di selatan Filipina, kemudian suspek menyelinap masuk ke Sabah pada 11 Jun dan bersembunyi di sebuah rumah di Sandakan.

“Manakala anggota TLDM yang didakwa melindungi kegiatan militan di Sabah pula dipercayai bertanggungjawab membawa masuk lelaki tersebut ke dalam negara ini bersama suspek yang lain," katanya.

Menurutnya lagi, ketiga suspek kini sedang ditahan di bawah Kes Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Menurut sumber yang dipetik melalui The Staronline, berdasarkan siasatan awal yang dilakukan, suspek-suspek yang merupakan rekrut militan terbabit menceroboh masuk ke Sabah dan merancang untuk meneruskan perjalanan mereka ke Syria dan Iraq setelah dilatih di selatan Filipina.

“Mengikut perancangan suspek bersama kumpulan Isis, mereka akan menuju ke Syria dan melancarkan serangan sebelum ke Iraq untuk melancarkan serangan berani mati di sana.

“Ini adalah sesuatu yang serius dan amat membimbangkan apabila mengetahui hakikat bahawa seorang pegawai TLDM yang tahu bahawa suspek merupakan buruan pihak berkuasa namun masih rela membantu suspek," katanya.

Walaupun pihak polis sudah 15 tangkapan ahli kumpulan militan berjaya dilakukan, setakat ini tidak ada sebarang senjata ditemui.

Dalam pada itu, Bahagian Counter Terrorism  kini dilaporkan sedang melakukan pemantauan rapi disepanjang sempadan Sabah dan pintu masuk lain di negara ini bagi memastikan ahli kumpulan militan atau anggota pemberontak tidak menggunakan negara ini sebagai ‘batu loncatan’ untuk melancarkan serangan keganasan ke atas negara di Timur Tengah.

Sementara itu, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar telah mengesahkan penahanan yang dibuat ke atas anggota tenteranya dan melahirkan rasa kesal ke atas tindakan yang dilakukan oleh anggota terbabit.

"Kita tidak menyokong aktiviti sedemikian, ini adalah kes polis, kita akan biarkan mereka siasat, kita akan ambil tindakan selepas siasatan selesai," katanya.

30 lembu mati angkara racun tikus

Antara penternak dan warga Felda menunjukkan lembu yang mati sejak tiga hari lalu.
Antara penternak dan warga Felda menunjukkan lembu yang mati sejak tiga hari lalu.
BERA - Lapan penternak alami kerugian lebih RM35,000 apabila kira-kira 30 lembu di sekitar kawasan tanah rancangan Felda Bukit Puchong, di sini mati secara berperingkat sejak Khamis lalu.

Seorang penternak, Azizul Ismail, 41 berkata, sejak mengusahakan penternakan lembu 18 tahun lalu, ini adalah kali pertama insiden seumpama ini berlaku dan dipercayai berpunca dari racun tikus.

Menurutnya, semua penternak yang terlibat mendakwa racun tikus yang ditabur di kawasan kebun kelapa sawit yang dilaksanakan pihak pengurusan Felda tidak diuruskan dengan baik, malah ada yang dibuang ke dalam kawasan parit.

“Pada awal kejadian, kita tidak mensyaki apa-apa sehinggalah lembu-lembu ini mati secara berperingkat sejak minggu lepas.

“Bila meninjau kawasan kebun, kami dapati ada racun tikus yang tidak ditaburkan di kawasan sepatutnya. Malah, ia turut dicampak ke kawasan air bertakung tempat lembu-lembu itu minum,” katanya.

Bagaimanapun, Azizul berkata, semua penternak tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak tetapi mahu pihak berkenaan memandang serius perkara ini.

Azizul memberitahu, ada di antara penternak-penternak turut terlibat dengan projek penternakan lembu di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani turut mengalami kerugian apabila lembu mereka turut mati.
Sementara itu, Hamzah Daud, 52 berkata, sekiranya lembu-lembu itu makan atau minum air yang mengandungi racun tikus, ia akan menyebabkan organ dalaman tidak berfungsi dan sel darah haiwan itu akan pecah.

“Kebiasaannya, dalam sehari atau dua hari selepas itu, darah akan keluar dari mana-mana bahagian badan dan kita akan tahu, ia akan mati bila-bila masa,” katanya.

Katanya, tindakan pekerja yang menabur racun tikus secara tidak sistematik dan teratur boleh membahayakan lembu serta menganiaya penternak.

Menurutnya, keadaan ini sekali gus menjejaskan pendapatan sampingan mereka lebih-lebih lagi ada yang sudah menempah lembu terbabit untuk dikorbankan menjelang Aidiladha nanti.

Felda Akan Teliti

Pengurus Rancangan, Misbari Nazir berkata, pihaknya ada menerima aduan daripada peneroka dan penternak mengenai masalah ini, dan pihaknya sedang meneliti permasalahan tersebut.

Menurutnya, pihaknya masih menunggu keputusan ujian sampel darah yang diambil Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah, sebelum membuat sebarang keputusan.

“Tidak dinafikan, sekarang kita dalam proses taburan butik (racun tikus) yang dijalankan serentak di seluruh Wilayah Mempaga dengan menggunakan teknik yang sama memandangkan serangan tikus di zon Mendi terlalu tinggi.

“Namun, buat masa ini, kes seumpama ini hanya berlaku di sini sahaja. Sebab itu, kita kena tunggu keputusan ujian sampel darah itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, sementara keputusan itu diumumkan, beliau meminta supaya peneroka atau penternak yang terbabit bersabar dan meneruskan usaha penternakan mereka.

Mungkin sebab racun tikus

Sementara itu, Pegawai Perkhidmatan Veterinar Daerah, Osman Yusof mengenai perkara ini.

Menurut Osman, pihaknya sudah mengambil sampel darah lembu terlibat pada hari pertama perkara itu dilaporkan kepada pihaknya.

“Berdasarkan tinjauan dan penglihatan mata kasar, jelas menunjukkan semua haiwan yang sakit dipercayai disebabkan racun tikus. Tetapi sekurang-kurangnya, kita akan mengetahui keputusan ujian dari Jabatan Kimia dalam tempoh tiga minggu untuk membuktikannya.

“Kita turut memberi haiwan yang sakit itu dengan ubat tetapi peluang untuk hidup adalah 50-50 sahaja,” katanya.

Kilang perabot nyaris hangus terbakar

Seorang anggota bomba memeriksa sekitar kawasan kilang selepas api berjaya dipadamkan.
Seorang anggota bomba memeriksa sekitar kawasan kilang selepas api berjaya dipadamkan.
KUANTAN - Tindakan pantas anggota bomba  ke lokasi kebakaran sebuah kilang perabot di Batu 8, Jalan Gambang dekat sini sejurus menerima laporan berjaya menyelamatkan bangunan itu daripada hangus terbakar, petang semalam.

Usaha memadam kebakaran mengambil masa kira-kira 15 minit bagaimanapun hampir 20 peratus bangunan itu mengalami kerosakan.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan berkata, punca sebenar kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan.

Menurutnya, Balai Bomba Taman Tas menerima laporan kira-kira jam 4 petang sebelum 9 anggota bersama enam jentera termasuk dari Balai Bomba Bukit Ubi tiba kira-kira 10 minit kemudian.

“Operasi pemadaman ditamatkan kira-kira jam 5 petang ,”katanya.

3 dulang emas lesap dalam seminit

Sebanyak tiga dulang barang kemas berjaya dilarikan suspek.
Sebanyak tiga dulang barang kemas berjaya dilarikan suspek.
RAUB - Tidak sampai satu minit dua perompak berjaya melarikan tiga dulang emas dalam kejadian rompakan di sebuah kedai emas, di sini pada jam 1.45 petang semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, kejadian berlaku ketika umat Islam sedang mengerjakan solat Jumaat.

“Kejadian berlaku sekitar jam 1.45 petang di mana dua orang lelaki memakai helmet penuh masuk ke kedai emas terbabit.

“Dua lelaki terbabit kemudiannya bertindak memecahkan cermin meja terletaknya barangan kemas di kedai tersebut lalu melarikan sekitar tiga dulang barang kemas,” katanya.

Tambahnya, polis mengesyaki kes terbabit dilakukan lebih dari dua orang suspek dan dikatakan menggunakan senjata tukul dan pistol, namun ia masih dalam siasatan.

Katanya, polis menerima laporan sejurus selepas kejadian berlaku dan telah melakukan Ops Tutup bagi mengesan suspek yang terlibat dalam kes terbabit.

“Berdasarkan siasatan, kami menemui sebuah kereta Perdana di belakang premis perniagaan yang terletak di Taman Raub Jaya 1.

“Kami dapati kereta ini tidak punyai nombor pendaftaran dan disyaki ditinggalkan oleh suspek yang kemudiannya dipercayai melarikan diri menaiki kenderaan lain,” katanya.

Wan Mohd Samsudin berkata, pihak polis akan melakukan siasatan ke atas kenderaan terbabit bagi mengesan penjenayah tersebut.

Menurutnya, kes terbabit di siasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil ke balai polis berdekatan untuk membantu siasatan.

“Kami percaya tindakan pantas yang dilakukan oleh suspek menunjukkan bahawa ia telah dirancang sejak sekian lama,” katanya.

Beliau dalam pada itu turut menasihatkan kepada orang ramai agar sering berwaspada dengan keadaan sekeliling dan jika seseorang melakukan tindakan mencurigakan masuk ke dalam premis perniagaan, diminta mengambil langkah sewajarnya.

“Ia adalah satu bentuk kesedaran buat masyarakat agar lebih peka dengan keadaan sekeliling, sekali gus mengelak kejadian sebegini berulang,” katanya.

Sementara itu, jumlah kerugian masih dalam siasatan manakala pemilik premis terbabit enggan ditemu bual.

Maut dirempuh ketika berhenti

Treler terbabit terbabas ke dalam parit selepas merempuh dua kenderaan di hadapannya hingga mengakibatkan seorang mangsa maut, manakala dua lagi cedera parah.
Treler terbabit terbabas ke dalam parit selepas merempuh dua kenderaan di hadapannya hingga mengakibatkan seorang mangsa maut, manakala dua lagi cedera parah.
SABAK BERNAM - Malang tidak berbau, ajal datang tiada siapa yang tahu. Itulah yang berlaku kepada seorang pemandu kereta Kia Spectra yang maut ketika dia memberhentikan keretanya dibahu jalan dan dirempuh treler dekat Kilometer Jalan Teluk Intan-Klang di sini, lewat malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, ketika kejadian, Chiew Thiam Huat, 46, memberhentikan kenderaannya di kiri jalan setelah menyedari tayar belakang keretanya rosak.

“Mangsa yang dalam perjalanan dari arah Klang ke Teluk Intan mengalami kerosakan pada tayar bahagian belakang. Dia kemudian memberhentikan kenderaannya di lorong kiri jalan terbabit,” katanya sambil memberitahu kejadian malang itu turut dialami dua lagi mangsa yang masih belum diketahui identiti.

Beliau berkata, beberapa ketika setelah Thiam Huat berhenti di tepi jalan, datang sebuah trak pikap Mitsubishi Storm untuk membantunya.

"Pemandu trak pikap itu datang tidak sampai beberapa minit selepas Thiam Huat berhenti di tepi jalan. Pemandu trak berkenaan memberhentikan kenderaannya di belakang kereta Kia Spectra untuk beri bantuan.

"Setelah itu, datang sebuah treler dari arah sama yang melalui jalan itu. Pemandu treler itu dipercayai tak menyedari kenderaan yang sedang berhenti di bahu jalan berkenaan terus merempuh kedua-duanya sehingga mengakibatkan kedua-dua kenderaan terbabit terhumban ke dalam parit di kiri bahu jalan,” katanya sekali gus memberitahu kejadian dipercayai berlaku berpunca keadaan jalan berkenaan yang gelap kerana ketiadaan lampu jalan.

Thiam Chiew mengalami kecederaan parah akibat rempuhan tersebut sebelum dia disahkan meninggal dunia di HTAR Klang kira-kira jam 2.50 pagi, semalam.

“Sementara itu, pemandu dan penumpang Mitsubishi Storm yang masih belum dikenal pasti identiti turut dikejarkan ke hospital sama akibat kecederaan parah,” katanya.

Katanya, siasatan kes kemalangan itu dikendalikan Inspektor Muhd Norizan Ramli di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Paksa ibu ganti wang curi

Mohd Faizal dijatuhi hukuman penjara lapan bulan selepas mengaku salah dengan sengaja merosakkan motosikal hingga menyebabkan pemiliknya iaitu ibunya mengalami kerugian sebanyak RM150 di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam.
Mohd Faizal dijatuhi hukuman penjara lapan bulan selepas mengaku salah dengan sengaja merosakkan motosikal hingga menyebabkan pemiliknya iaitu ibunya mengalami kerugian sebanyak RM150 di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam.
KUALA TERENGGANU - Seorang pemuda bukan sahaja tergamak memaksa ibunya menggantikan semula wang RM3,000 yang dicuri daripada majikannya, malah turut bertindak kejam merosakkan motosikal milik ibu malang itu.

Namun, perbuatan tidak berperikemanusiaan Mohd Faizal Ramli, 28, yang layak digelar anak derhaka itu menerima pembalasan apabila dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Keputusan itu dibuat selepas dia mengaku salah melakukan perbuatan khianat dengan niat untuk mengakibatkan kerosakan dan kerugian iaitu dengan sengaja telah merosakkan motosikal sehingga menyebabkan pemiliknya, Rotiah Ngah, 60, mengalami kerugian sebanyak RM150 pada19 Februari lalu, jam 4.30 petang di Kampung Tok Jamal Wakaf Mempelam, di sini.

Mohd Faizal mengaku salah mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Berdasarkan fakta kes, pada 19 Februari lalu, kira-kira jam 4 petang, adik perempuan Mohd Faizal yang bekerja sebagai juruwang dimaklumkan oleh tertuduh bahawa dia telah mencuri duit majikan sebanyak RM3,000.

Mohd Faizal kemudian memaksa adik perempuannya itu dan ibunya iaitu mangsa untuk menggantikan semula wang yang dicuri tersebut.

Selepas mengeluarkan wang RM3,000, adik dan ibunya mengajak Mohd Faizal memulangkan duit berkenaan kepada majikannya, tetapi dia berkeras tidak mahu mengikut.

Dalam masa sama, Mohd Faizal telah mengugut akan membakar motosikal tersebut jika tidak memulangkan wang yang dicuri daripada majikannya itu serta telah menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) ugutan berbunyi 'Mung nak balik x boh? 15 minit lg mung dok sapa aku bakor mutor mung, dok caye mung tengok'.

Sejurus menerima SMS tersebut, adik perempuannya terus ke balai polis membuat laporan kerana bimbang keselamatan diri dan ibu mereka.

Mohd Faizal ditangkap pada 10 Jun lalu, kira-kira jam 1.30 pagi.

Penyamun tampar pipi, cekik leher

Noor Mawati menunjukkan keadaan ketika sekumpulan penjenayah datang memecahkan cermin tingkap kereta dan menyerangnya.
Noor Mawati menunjukkan keadaan ketika sekumpulan penjenayah datang memecahkan cermin tingkap kereta dan menyerangnya.
JERTIH - “Apa yang terlintas di fikiran saya ketika itu adalah mati bila lelaki itu cekik leher saya, manakala sebelah tangannya mengacu kelewang (parang) ke paha saya,” kata Noor Mawati Abdullah, 31, menceritakan detik cemas dia disamun sekumpulan lelaki di pekarangan Masjid Kampung Gerai, di sini, kelmarin.

Penyelia asrama di sebuah sekolah di Setiu itu berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1 petang ketika dia berada di dalam kereta jenis Nissan Almera miliknya yang diparkir di tempat letak kereta masjid berkenaan.

Menurutnya, dia ke masjid itu berseorangan kerana ingin menemui seorang rakannya yang datang dari Seberang Jertih.

“Selepas lima minit saya sampai di situ, saya lihat melalui cermin pandang belakang, sebuah Perodua Myvi warna putih berhenti betul-betul di belakang kereta saya.

“Sejurus kemudian, tiba-tiba cermin sisi sebelah saya dipecahkan dan seorang lelaki yang memakai topi mencekik leher saya serta menarik bahu saya,” katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Kampung Kayu Kelat, di sini.

Noor Mawati berkata, dia meronta-ronta cuba melepaskan diri menyebabkan penjenayah terbabit menampar pipinya beberapa kali, manakala sebelah lagi tangan mengacu kelewang di pahanya.

Katanya, pada masa sama seorang lagi rakan penjenayah memecahkan cermin sisi tempat duduk penumpang depan lalu mengambil beg tangannya yang diletakkan di kerusi tersebut.

“Hanya seminit kemudian saya dapat menjerit sekuat hati meminta tolong hingga didengari beberapa penduduk yang tinggal berhampiran pagar masjid itu.

"Menyedari kehadiran orang ramai, penjenayah tersebut terus melarikan diri," katanya.

Akibat ditampar dan dipukul, pipi kiri Noor Mawati lebam, manakala pahanya juga cedera akibat terkena kelewang, selain sakit-sakit di bahagian tangan dan bahu.

Selain cedera, dia juga kerugian wang tunai sebanyak RM350, tiga bentuk cincin emas dan dokumen penting yang berada di dalam beg tangannya.

"Nasib baik jeritan saya didengari penduduk, kalau tidak tak tahulah apa nasib saya sebab mereka (penjenayah) seolah-olah cuba menarik saya keluar dari kereta," katanya.

Ibu kepada seorang anak perempuan berusia 4 tahun itu kemudian membuat laporan di Balai Polis Jertih.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan menurutnya usaha memburu suspek sedang dilakukan.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan dan mengikut maklumat orang ramai, kejadian itu membabitkan tiga suspek yang menggunakan kereta Perodua Myvi berwarna putih.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana samun hingga mendatangkan kecederaan," katanya.

Penyamun tampar pipi, cekik leher

Noor Mawati menunjukkan keadaan ketika sekumpulan penjenayah datang memecahkan cermin tingkap kereta dan menyerangnya.
Noor Mawati menunjukkan keadaan ketika sekumpulan penjenayah datang memecahkan cermin tingkap kereta dan menyerangnya.
JERTIH - “Apa yang terlintas di fikiran saya ketika itu adalah mati bila lelaki itu cekik leher saya, manakala sebelah tangannya mengacu kelewang (parang) ke paha saya,” kata Noor Mawati Abdullah, 31, menceritakan detik cemas dia disamun sekumpulan lelaki di pekarangan Masjid Kampung Gerai, di sini, kelmarin.

Penyelia asrama di sebuah sekolah di Setiu itu berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1 petang ketika dia berada di dalam kereta jenis Nissan Almera miliknya yang diparkir di tempat letak kereta masjid berkenaan.

Menurutnya, dia ke masjid itu berseorangan kerana ingin menemui seorang rakannya yang datang dari Seberang Jertih.

“Selepas lima minit saya sampai di situ, saya lihat melalui cermin pandang belakang, sebuah Perodua Myvi warna putih berhenti betul-betul di belakang kereta saya.

“Sejurus kemudian, tiba-tiba cermin sisi sebelah saya dipecahkan dan seorang lelaki yang memakai topi mencekik leher saya serta menarik bahu saya,” katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Kampung Kayu Kelat, di sini.

Noor Mawati berkata, dia meronta-ronta cuba melepaskan diri menyebabkan penjenayah terbabit menampar pipinya beberapa kali, manakala sebelah lagi tangan mengacu kelewang di pahanya.

Katanya, pada masa sama seorang lagi rakan penjenayah memecahkan cermin sisi tempat duduk penumpang depan lalu mengambil beg tangannya yang diletakkan di kerusi tersebut.

“Hanya seminit kemudian saya dapat menjerit sekuat hati meminta tolong hingga didengari beberapa penduduk yang tinggal berhampiran pagar masjid itu.

"Menyedari kehadiran orang ramai, penjenayah tersebut terus melarikan diri," katanya.

Akibat ditampar dan dipukul, pipi kiri Noor Mawati lebam, manakala pahanya juga cedera akibat terkena kelewang, selain sakit-sakit di bahagian tangan dan bahu.

Selain cedera, dia juga kerugian wang tunai sebanyak RM350, tiga bentuk cincin emas dan dokumen penting yang berada di dalam beg tangannya.

"Nasib baik jeritan saya didengari penduduk, kalau tidak tak tahulah apa nasib saya sebab mereka (penjenayah) seolah-olah cuba menarik saya keluar dari kereta," katanya.

Ibu kepada seorang anak perempuan berusia 4 tahun itu kemudian membuat laporan di Balai Polis Jertih.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan menurutnya usaha memburu suspek sedang dilakukan.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan dan mengikut maklumat orang ramai, kejadian itu membabitkan tiga suspek yang menggunakan kereta Perodua Myvi berwarna putih.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana samun hingga mendatangkan kecederaan," katanya.

Penyamun tampar pipi, cekik leher

Noor Mawati menunjukkan keadaan ketika sekumpulan penjenayah datang memecahkan cermin tingkap kereta dan menyerangnya.
Noor Mawati menunjukkan keadaan ketika sekumpulan penjenayah datang memecahkan cermin tingkap kereta dan menyerangnya.
JERTIH - “Apa yang terlintas di fikiran saya ketika itu adalah mati bila lelaki itu cekik leher saya, manakala sebelah tangannya mengacu kelewang (parang) ke paha saya,” kata Noor Mawati Abdullah, 31, menceritakan detik cemas dia disamun sekumpulan lelaki di pekarangan Masjid Kampung Gerai, di sini, kelmarin.

Penyelia asrama di sebuah sekolah di Setiu itu berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1 petang ketika dia berada di dalam kereta jenis Nissan Almera miliknya yang diparkir di tempat letak kereta masjid berkenaan.

Menurutnya, dia ke masjid itu berseorangan kerana ingin menemui seorang rakannya yang datang dari Seberang Jertih.

“Selepas lima minit saya sampai di situ, saya lihat melalui cermin pandang belakang, sebuah Perodua Myvi warna putih berhenti betul-betul di belakang kereta saya.

“Sejurus kemudian, tiba-tiba cermin sisi sebelah saya dipecahkan dan seorang lelaki yang memakai topi mencekik leher saya serta menarik bahu saya,” katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Kampung Kayu Kelat, di sini.

Noor Mawati berkata, dia meronta-ronta cuba melepaskan diri menyebabkan penjenayah terbabit menampar pipinya beberapa kali, manakala sebelah lagi tangan mengacu kelewang di pahanya.

Katanya, pada masa sama seorang lagi rakan penjenayah memecahkan cermin sisi tempat duduk penumpang depan lalu mengambil beg tangannya yang diletakkan di kerusi tersebut.

“Hanya seminit kemudian saya dapat menjerit sekuat hati meminta tolong hingga didengari beberapa penduduk yang tinggal berhampiran pagar masjid itu.

"Menyedari kehadiran orang ramai, penjenayah tersebut terus melarikan diri," katanya.

Akibat ditampar dan dipukul, pipi kiri Noor Mawati lebam, manakala pahanya juga cedera akibat terkena kelewang, selain sakit-sakit di bahagian tangan dan bahu.

Selain cedera, dia juga kerugian wang tunai sebanyak RM350, tiga bentuk cincin emas dan dokumen penting yang berada di dalam beg tangannya.

"Nasib baik jeritan saya didengari penduduk, kalau tidak tak tahulah apa nasib saya sebab mereka (penjenayah) seolah-olah cuba menarik saya keluar dari kereta," katanya.

Ibu kepada seorang anak perempuan berusia 4 tahun itu kemudian membuat laporan di Balai Polis Jertih.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan menurutnya usaha memburu suspek sedang dilakukan.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan dan mengikut maklumat orang ramai, kejadian itu membabitkan tiga suspek yang menggunakan kereta Perodua Myvi berwarna putih.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana samun hingga mendatangkan kecederaan," katanya.

40 kilogram ganja dirampas


WARTAWAN SINAR HARIAN
13 Jun 2014


JOHOR BAHRU - Polis Johor merampas 40.6 kilogram ganja bernilai RM270,000 susulan penahanan seorang kontraktor paip di rumahnya di Taman Scientex, Pasir Gudang, Selasa lalu.

Rampasan dilakukan sepasukan anggota dan pegawai Bahagian Siasatan Jenayah dan Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam dalam serbuan jam 10.15 malam.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, pihaknya pada mulanya menyerbu dan membuat pemeriksaan di rumah suspek seterusnya merampas ganja sebanyak 33 gram.

Menurutnya, susulan itu, polis memeriksa kereta berjenama Mercedes milik mangsa yang diletakkan di kawasan belakang sebuah bengkel membuat gril di Kampung Bukit Pulai Baru, Pasir Gudang dan menjumpai ketulan ganja.

“Semasa pemeriksaan, pihak polis menjumpai kunci kereta dalam poket seluar mangsa. Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut menjumpai 41 ketul ganja beranggaran 40.6 kilogram dalam but kereta tersebut.

“Maklumat risikan mendedahkan ganja dari Thailand ini untuk pasaran di Johor Bahru dan mampu menampung penggunaan 40,000 orang,” katanya selepas Perhimpunan Bulanan dan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Kontinjen Johor 2014 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, semalam.

Mokhtar berkata, suspek berusia 35 tahun itu juga didapati positif dadah dan kini ditahan reman selama enam hari sehingga 16 Jun ini.

Katanya, turut dirampas dan disita sebuah kereta jenis Mercedes, kenderaan pacuan empat roda jenis Pajero dan motosikal berjenama Honda.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

“Sejak dari Januari hingga Jun ini, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) telah berjaya membuat rampasan pelbagai jenis dadah sebanyak 170.31 kilogram dengan nilai rampasan berjumlah RM6.31 juta.

“Dalam tempoh tersebut, JSJN turut membuat tangkapan pelbagai kesalahan dadah yang melibatkan 9,804 warga tempatan dan 175 warga asing. Dengan kejayaan ini, pihak polis berjaya melumpuhkan sindiket dadah di negeri ini,” katanya.

Lori terbabas masuk gaung

Keadaan lori yang terbalik selepas terjunam ke dalam gaung di Kilometer 88 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, kelmarin.
Keadaan lori yang terbalik selepas terjunam ke dalam gaung di Kilometer 88 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, kelmarin.
BUKIT BAUK - Seorang pemandu lori nyaris maut apabila lori dipandunya terjunam ke dalam gaung, dekat sini, pagi kelmarin.

Kemalangan kira-kira jam 5.30 pagi di Kilometer 88 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan itu dipercayai berlaku apabila lori berkenaan dari arah Kuantan hilang kawalan sebelum terhumban ke dalam gaung di kiri jalan.

Ketika kejadian, lori dipandu Zainal Azam Mohd Hamdan, 21, dipercayai dalam perjalanan ke Kuala Terengganu.

Mangsa yang berasal dari Kuala Terengganu bagaimanapun tidak cedera dan dia kemudian membuat laporan polis di Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub yang mengesahkan kejadian itu berkata, jumlah kenderaan mungkin meningkat sempena cuti hujung minggu ini berikutan ramai pengguna jalan raya akan pulang ke kediaman masing-masing selepas bercuti di kampung.

“Kita nasihatkan pengguna jalan raya agar lebih berhati-hati ketika melalui lokasi yang sering berlaku kemalangan maut.

"Pastikan kita tidak memandu dalam keadaan mengantuk dan rancanglah perjalanan agar kita tidak menghadapi  tekanan emosi ketika memandu,” katanya.

Angkara cemburu


14 Jun 2014


CAPE TOWN - AFRIKA SELATAN. Gara-gara cemburu, seorang lelaki sanggup menikam teman lelaki baharu bekas kekasihnya hingga mati sebelum memakan jantung mangsa, menurut pihak berkuasa, kelmarin.

Jurucakap polis berkata kepada AFP, Frederick van Wyk memaklumkan mereka bertindak menyerbu rumah lelaki warga Zimbabwe selepas menerima aduan daripada jirannya.

"Kami menemui suspek sedang leka menikmati jantung manusia dengan menggunakan pisau dan garfu," katanya.

Susulan daripada itu, suspek telah diberkas dan pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan cinta tiga segi menjadi motif utama pembunuhan mengerikan tersebut.

Naskhah Lembaga Getah hangus

Anggota bomba bertungkus lumus memadam kebakaran berlaku di bahagian atas bangunan perpustakaan LGM, Jalan Ampang, semalam.
Anggota bomba bertungkus lumus memadam kebakaran berlaku di bahagian atas bangunan perpustakaan LGM, Jalan Ampang, semalam.
KUALA LUMPUR -  Ribuan naskhah asal, data maklumat Lembaga Getah Malaysia (LGM) yang tersimpan sejak lebih 80 tahun, di bangunan perpustakaan LGM, Jalan Ampang di sini, musnah dalam kebakaran petang semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 petang itu membabitkan keseluruhan bahagian tingkat atas bangunan dua tingkat yang menempatkan maklumat-maklumat tahunan LGM sejak tahun 1926.

Ia dikatakan bermula daripada sebuah sudut yang dijadikan mini muzium menempatkan pelbagai risalah sejak puluhan tahun itu.

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar & Operasi), LGM, Dr Suarni Sumormo, berkata, kejadian berkenaan disedari salah seorang kakitangan LGM yang terhidu bau benda terbakar ketika pulang daripada solat Jumaat.

Menurutnya, kakitangan berkenaan tidak menyedari berlaku kebakaran sehinggalah ternampak kepulan asap daripada bahagian atas perpustakaan.

“Perpustakaan berkenaan menempatkan laporan-laporan tahunan LGM sejak tahun 1926 lagi, bagaimanapun kita bernasib baik kerana kesemua data sudah mempunyai salinan dan gambar-gambar berkaitan juga telah didigitalkan, yang kini ditempatkan di perpustakaan LGM terletak di Sungai Buloh.

“Namun apa yang kita terkilan adalah material asalnya musnah,” katanya kepada Sinar Harian.

Pihak LGM dalam pada itu, menolak terdapat unsur khianat ekoran insiden berkenaan.

Difahamkan bangunan berkenaan tidak akan digunakan semula berikutan kesemua operasi akan berpindah sepenuhnya ke LGM, Sungai Buloh menjelang 2018.

Sementara itu, Penguasa Kanan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ruzain Jaafar, berkata, bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 2.30 petang sebelum jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat Keramat tiba 10 minit selepas itu.

Katanya, tujuh jentera termasuk daripada Unit Hazmat bersama 35 anggota bergegas ke lokasi kejadian.

“Unit Hazmat bersedia untuk sebarang kemungkinan disebabkan kebakaran yang berlaku di LGM yang mempunyai simpanan bahan kimia.

“Bagaimanapun setibanya di lokasi, kebakaran hanya melibatkan perpustakaan namun api telah marak dan berjaya dikawal pada jam 3.05 petang,” katanya.

Cium dahi, lelaki berdepan penjara 10 tahun

Mohd Safein mengaku salah mencium dahi seorang gadis di dalam bilik sebuah hotel di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam.
Mohd Safein mengaku salah mencium dahi seorang gadis di dalam bilik sebuah hotel di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam.
KUALA TERENGGANU - Gara-gara gagal mengawal nafsu, seorang lelaki berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada seksaan tersebut, jika disabitkan kesalahan.

Mohd Safein Hameed, 45, berdepan hukuman itu selepas mengaku salah menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa berusia 19 tahun, dengan maksud untuk mencabul kehormatan dengan mencium dahinya, di Mahkamah Majistret, di sini,  semalam.

Dia mengaku melakukan kesalahan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan itu pada 8 Jun lalu, di sebuah bilik di Hotel KT Mutiara, di sini.

Sejurus pengakuan bersalah Mohd Safein direkodkan, Rozianti menetapkan 17 Jun depan sebagai tarikh jatuh hukum serta membenarkan dia diikat jamin RM3,800 dengan seorang penjamin.

Berdasarkan fakta kes, pada 8 Jun lalu, jam 5.40 petang, semasa mangsa berada di dalam bilik hotel, tertuduh telah mengetuk pintu dan terus masuk ke dalam bilik tersebut.

Mohd Safein kemudian bertindak mencium dahi dan cuba memeluk mangsa, sebelum melarikan diri.

Bagaimanapun, dia berjaya ditangkap orang awam di sebelah Kedai Buku Pustaka Sri Intan, di sini, sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan susulan.

Remaja bawah umur kena cekup

Dua remaja yang dicekup.
Dua remaja yang dicekup.
BANDAR SRI SENDAYAN - Dua remaja berusia 15 dan 13 tahun ditangkap ketika sedang asyik berdua-duaan dalam sebuah tandas di kawasan kedai makan Medan Nusari, dekat sini, semalam.

Difahamkan, perlakuan sumbang kedua-dua remaja terbabit disedari beberapa pelanggan kedai makan berkenaan kira-kira jam 10 pagi, semasa mahu menggunakan tandas tersebut yang terletak beberapa meter dari kedai dan berkeadaan sunyi.

Salah seorang pelanggan hanya mahu dikenali sebagai Rusydi, 35, berkata, pada mulanya, dia tidak mengesyaki apa-apa ketika melihat remaja lelaki dan perempuan menaiki motosikal bersama menuju ke kawasan tandas itu.

“Bagaimanapun, saya mula tidak sedap hati apabila mendapati motosikal dinaiki kedua-duanya masih berada di situ, sedangkan kelibat mereka langsung tidak kelihatan sejak 20 minit lalu.

“Pemeriksaan saya bersama rakan-rakan dalam tandas lelaki tidak menemui apa-apa. Namun, alangkah terkejutnya saya kerana ternampak dua pasang kaki dalam keadaan cukup rapat ketika menjengah dari bahagian bawah salah satu tandas wanita,” katanya.

Menurutnya, selepas dipaksa membuka pintu, mereka mendapati kedua-dua remaja terbabit sedang berada dalam tandas berkenaan dalam keadaan mencurigakan.

“Melalui penjelasan diberikan kedua-duanya, difahamkan remaja perempuan yang sedang menuntut dalam tingkatan satu itu berasal dari taman sekitar kawasan ini, manakala si lelaki pula datang dari Seremban Dua yang terletak lebih kurang 6.3 kilometer dari tempat kejadian.

“Mereka juga merayu agar tidak diserahkan kepada pihak berkuasa dan mengaku tidak akan mengulangi kesalahan sama pada masa akan datang,” katanya yang menjelaskan, ibu  remaja perempuan itu sampai di lokasi lebih kurang 45 minit kemudian selepas dihubungi anaknya.

Katanya lagi, si ibu langsung tidak menyangka akan berlaku demikian, memandangkan anaknya ada meminta izin untuk keluar dengan alasan mahu pergi bersiar-siar.

Kekecohan juga hampir berlaku apabila bapa kepada remaja lelaki terlibat yang tiba beberapa minit kemudian, naik angin dan mengugut mahu memukul Sinar Harian yang cuba mendapatkan maklumat.

“Kau siapa? Jangan kurang ajar! Aku belasah kau nanti,” demikian herdik lelaki dalam lingkungan 40-an itu kepada Sinar Harian, semalam yang kemudiannya meminta maaf dan mengaku tertekan dengan perbuatan anaknya.

Tinjauan Sinar Harian, semalam mendapati, kedua-dua remaja itu diserahkan kepada ibu bapa masing-masing dan tidak membabitkan pihak berkuasa.   

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Nusari Aman 2 (Natra), Terence Santhanam Beh, 41, berkata, beliau hanya mengetahui insiden itu selepas dimaklumkan oleh beberapa penduduk.

“Kita kesal dengan kejadian sebegini, lebih-lebih lagi berlaku pada hari Jumaat yang mulia. Kita harap, ibu bapa akan dapat mengawasi anak-anak mereka bagi mengelakkan kejadian seperti ini berulang,” katanya.

Lelaki warga Myanmar mati kena belasah


Oleh Hadzlihady Hassan
Bukit Mertajam: Seorang lelaki warga Myanmar maut selepas dibelasah kira-kira 30 rakannya dalam kejadian di tapak projek pembinaan rumah di Jalan Ara Kuda, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa yang berusia lingkungan 30-an maut apabilanya lehernya dijerut wayar selain turut ditikam di badan.


Selain itu, seorang lagi rakan mangsa parah dan kini masih menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, siasatan awal mendapati pergaduhan itu tercetus antara dua puak iaitu antara Myanmar Budha dan juga Myanmar beragama Islam.


"Kita percaya mereka ini mungkin sudah berdendam ketika berada di negara sendiri dan bergaduh sesama sendiri ketika berada di sini.


"Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan," katanya ketika dihubungi.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/14

'Hancur luluh hati saya...'

Chee Syong menunjukkan ruang tamu rumahnya yang musnah terbakar sambil diperhatikan isterinya, Soo Leng, Lee Yong (kanan) dan Ketua Kampung Banting, Muhamzah Ngamil (dua, kanan).
Chee Syong menunjukkan ruang tamu rumahnya yang musnah terbakar sambil diperhatikan isterinya, Soo Leng, Lee Yong (kanan) dan Ketua Kampung Banting, Muhamzah Ngamil (dua, kanan).
BANTING - "Hancur luluh hati saya tengok semuanya hangus terbakar..." kata seorang isteri yang sebak apabila mendapati set sofa dan kelengkapan perabot lain termasuk televisyen hadiah dari suami sempena ulang tahun perkahwinan musnah dalam kebakaran kira-kira jam 1.30 petang, kelmarin.

Ang Soo Leng, 37, berkata, setelah dimaklumkan jiran bahawa rumahnya sedang terbakar, terus bergegas pulang dari tempat kerja.

Katanya, setibanya di rumah, jiran-jiran menghalangnya masuk ke dalam rumah kerana ruang tamu sudah dipenuhi asap.

"Ketika itu, saya hanya harap api tak merebak ke ruang atas. saya hanya mampu melihat keseluruhan ruang tamu yang dilengkapi perabot dan set TV hadiah ulang tahun perkahwinan dari suami musnah depan mata.

"Sedih sangat saya rasa... apa yang tinggal hanyalah serpihan kayu hitam di ruang tamu," katanya menceritakan detik cemas itu.

Bagaimanapun, dia bersyukur kerana ketika kejadian, suaminya Loh Chee Shyong dan anak-anak tak ada di rumah.

Suaminya, Chee Shyong pula memberitahu, ketika kejadian dia keluar membeli barang di Tanjung Sepat.

"Bila isteri telefon beritahu, saya cepat-cepat balik. Terkejut betul saya bila tengok ruang tamu rumah dan sebahagian bilik di tingkat atas musnah," katanya sambil memberitahu ketika kejadian isterinya keluar bekerja sementara dua anak mereka masing masing berumur lapan dan sembilan tahun ke rumah saudaranya.

“Saya tak pasti macam mana kebakaran ni boleh jadi. Tapi saya anggarkan kami kerugian sekitar RM20,000. Buat masa ini, saya terpaksa tumpang bilik jiran sampai keadaan rumah kembali pulih,” katanya sayu.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Banting, Jazlizad Jalil berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 1.54 petang dan tiba di tempat kejadian lima minit kemudian.

Katanya, pihaknya terpaksa menggunakan satu aliran hos 100 kaki dan satu pancutan air tangki dari jentera bomba untuk mengawal kebakaran daripada terus merebak.

“Api dapat dikawal sepenuhnya dalam masa 45 minit dengan kekuatan sebuah jentera bomba dengan enam anggota. Siasatan mendapati keseluruhan ruang tamu mangsa dan sebahagian sebuah bilik di tingkat atas musnah. Tiada kemalangan jiwa
berlaku,” katanya.

Dalam pada itu, Ahli Majlis Zon 13, Ang Lee Yong, berkata, beliau simpati dengan nasib keluarga berkenaan dan akan memanjangkan perkara itu kepada pihak terlibat untuk tindakan susulan.

Logo halal tak diiktiraf


Bukit Mertajam: Sebuah kilang membuat mi sanggul di Sama Gagah dekat sini, diserbu penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) daerah Seberang Perai Tengah (SPT) kerana tidak menggunakan logo halal diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), semalam.
Produk mi sanggul keluaran kilang berkenaan banyak dijual di kawasan utara itu hanya menggunakan lambang bulatan ditulis perkataan ‘HALAL’ dan berbeza dengan logo seragam berbentuk heksagon ditetapkan JAKIM.
Serbuan jam 3 petang itu susulan aduan orang ramai yang ragu-ragu mengenai logo halal pada bungkusan mi sanggul berkenaan selepas isu bihun cap masjid yang diragui status logo halal disiarkan media-baru-baru ini.
Selain mi sanggul, kilang berkenaan turut mengeluarkan kuetiau dan mi suah yang turut menggunakan logo halal ‘ketinggalan zaman’ yang tidak diiktiraf JAKIM mengikut Akta Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011.
Menurut sumber, sebelum dibungkus, mi sanggul dijemur di tempat terbuka, sekali gus menyebabkan ia terdedah kepada kekotoran atau pencemaran.
“Ketika serbuan, beberapa pekerja sedang melakukan kerja pembungkusan dan mereka meneruskan kerja secara selamba walaupun penguat kuasa membuat pemeriksaan.
“Ada mi sanggul sudah siap dibungkus dan ada yang masih dijemur di tempat terbuka,” katanya.
Pemerhatian pada bungkusan mi sanggul mendapati logo halal tertera tidak lagi digunakan ketika ini kerana tidak diiktiraf JAKIM dan ia menjadi kesalahan mengikut APD 2011.
Susulan itu, sebanyak 100 peket mi sanggul, 50 bungkus kuetiau dan 64 peket mi suah dirampas untuk siasatan lanjut.
Kilang berkenaan beroperasi sejak berpuluh tahun lalu dan menggunakan penduduk tempatan sebagai tenaga kerja, malah pernah diserbu penguat kuasa KPDNKK sebelum ini atas kesalahan sama, tetapi masih degil dan terus menggunakan logo halal tidak diiktiraf JAKIM.
Sementara itu, Ketua Pegawai Penguat Kuasa PPDNKK Pulau Pinang Abdul Rosik Yakub ketika dihubungi mengesahkan serbuan berkenaan dan berkata, tindakan diambil mengikut APD 2011 kerana menyalahgunakan logo halal dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak lebih tiga tahun.
Katanya, pihaknya menjalankan pemeriksaan di premis makanan seluruh negeri bagi memastikan pengeluar hanya menggunakan logo halal diiktiraf JAKIM.
Foto
PENGUAT kuasa KPDNKK memeriksa mi sanggul yang tidak menggunakan logo Halal JAKIM dalam serbuan di Sama Gagah, semalam.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/14

‘Sempat pegang tangan’


Shah Alam: “Saya sempat memegang tangan Alisya bagaimanapun pegangan saya terlepas akibat tangan licin,” kata Nur Aleena Muhd Rafiq, 10, kakak kepada Nur Alisya Muhd Rafiq, tujuh tahun yang maut selepas terjatuh dari balkoni tingkat enam di Pangsapuri Sri Angkasa Seksyen 28, di sini, kelmarin.
Murid tahun empat itu memberitahu sudah berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan adiknya namun gagal. 
Aleena yang berada di dalam rumah ketika kejadian menyedari adiknya tergelincir dari balkoni sejurus terdengar jeritan mangsa meminta tolong. 

“Dia (mangsa) memanjat baldi yang berada di balkoni untuk menjenguk ke bawah kerana mahu melihat rakan-rakan yang lain yang sedang menunggu di bawah.
Foto
NUR Suzana bersama anak lelakinya menunjukkan tempat kejadian.

“Saya sangat sedih kerana kehilangan seorang adik yang sangat ceria serta sangat pandai mengambil hati,” katanya.

Menurutnya, Alisya sempat meminta kebenaran daripada ibu mereka untuk mengikuti kelas mengaji al-Quran ketika mereka berada di Pulau Pinang baru-baru ini. 


Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/14