Search This Blog

Friday, June 13, 2014

6 maut gas beracun bocor di loji keluli India


2014/06/13 - 13:00:10
RAIPUR: Enam, termasuk dua Timbalan Pengurus Besar terbunuh dan lebih 30 yang lain cedera apabila berlaku kebocoran gas beracun di sebuah loji keluli di Daerah Chhattisgarh, Durg, semalam.

Kebocoran gas berlaku pada kira-kira 6.10 petang berpunca daripada kerosakan pam air, sekaligus menjejaskan orang ramai yang bekerja di kawasan berhampiran loji berkenaan, kata kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Durg, Pradeep Gupta, berkata enam orang termasuk dua timbalan pengurus besar, terbunuh dan 30 lain cedera dalam kejadian itu.

Mereka yang cedera termasuk kakitangan dan pegawai loji itu, katanya.

Semua mangsa dibawa ke Hospital Jawaharlal Nehru di Bhilai dan yang cedera parah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU). - Agensi

Tiga disyaki suspek militan ditahan di Sandakan - Bakri Zinin


2014/06/13 - 18:26:58
PETALING JAYA: Tiga lelaki, termasuk seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ditahan di Sandakan, Sabah oleh pasukan khas anti-pengganas Bukit Aman kerana disyaki terbabit dengan kegiatan militan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Zinin dalam kenyataannya petang tadi berkata, suspek berusia antara 29 dan 31 tahun ditahan dalam operasi khas hari ini, susulan operasi penahanan 12 militan tempatan pada 28 April lalu.
“Kami percaya salah seorang suspek adalah pemimpin kanan sel militan yang disyaki telah menjalani latihan ketenteraan di sebuah kem milik Abu Sayyaf di selatan Filipina.

Katanya, suspek kemudian menyusup masuk Malaysia secara haram pada 11 Jun dan bersembunyi di sebuah rumah di Sandakan.

"Manakala dua lagi suspek, seorang daripadanya adalah anggota TLDM yang bertugas di Sandakan ditangkap kerana distaki membantu anggota militan terbabit menyusup masuk ke Sandakan dan melindungi lelaki terbabit," katanya.

Curi: Tukang sapu dipenjara kali kelapan


13 Jun 2014

KUALA LUMPUR - Seorang majistret hari ini menyifatkan seorang tukang sapu 'bagaikan tidak insaf dan mengambil pengajaran daripada hukuman terdahulu' apabila dia dihukum penjara buat kali kelapan hari ini bagi kesalahan mencuri.

Majistret Ashraf Rezal Abdul Manan berkata demikian ketika menjatuhkan hukuman penjara berjumlah 44 bulan selepas Mohd Jaafar Baharum, 42, mengaku bersalah atas dua pertuduhan iaitu cuba mencuri dan pecah pejabat.

Mengikut rekod mahkamah, Mohd Jaafar pernah dipenjara sebanyak tujuh kali bagi kesalahan mencuri, samun, pecah rumah dan curi kereta sejak 1991.

Pada prosiding hari ini, dia didakwa cuba mencuri wayar besi dari bangunan Maktab Perguruan Teknik (IPG) di Jalan Yaakob Latif, Cheras pada 2.40 petang 5 Jun lepas.

Mohd Jaafar juga didakwa memasuki sebuah premis pejabat melalui bumbung secara tidak sah dan mengambil tiga unit komputer riba, dua unit telefon bimbit, dua unit kamera digital serta wang tunai RM3,800 di Desa Tun Razak di sini pukul 12 tengah hari pada 2 September 2009.

Dia turut berdepan dua lagi pertuduhan iaitu gagal mempamer dokumen pengenalan diri yang sah pada 5 Jun di IPG dan 9 Jun lepas ketika ditahan polis di Jalan Dang Wangi di sini.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 14 bulan bagi kesalahan cuba mencuri, 30 bulan bagi kesalahan pecah pejabat dan tiga bulan bagi setiap kesalahan gagal mempamer dokumen pengenalan diri.
 
Bagaimanapun, Mohd Jaafar diperintah menjalani kesemua hukuman secara berasingan bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 9 Jun lepas.

Terdahulu, ketika merayu hukuman ringan, tertuduh yang tidak diwakili peguam memaklumkan mahkamah bahawa dia mempunyai masalah kesihatan dan perlu menyara isteri serta tiga orang anak.

"Saya orang susah tuan, saya kesempitan wang, anak-anak masih kecil dan saya ada masalah darah tinggi. Saya minta mahkamah yang mulia ini ringankanlah hukuman saya," katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Ooi Chean Ling memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana kesalahan mencuri adalah ancaman kepada orang ramai yang terpaksa menanggung kerugian serta mengambil kira kekerapan kesalahan yang dilakukan tertuduh. - Bernama

KPDNKK rampas perisian cetak rompak RM350,000


13 Jun 2014


KUALA LUMPUR - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Kuala Lumpur menumpaskan 26 kes penjualan salinan perisian cetak rompak bernilai lebih RM350,000 bagi tempoh Januari hingga semalam.

Ketua Pegawai Penguat Kuasanya, Rosli Ahmad berkata, rampasan itu membabitkan 33 komputer riba dan 9,927 salinan perisian cetak rompak dalam bentuk cakera padat (CD) dan video cakera padat (VCD).

"Nilai rampasan ini bernilai RM355,639," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Dalam serbuan terbaru pada Selasa dan Rabu lepas, pihaknya merampas lapan komputer riba dan 17 salinan perisian cetak rompak, bernilai RM39,000 dalam serbuan berasingan di pusat beli-belah.

Bagi serbuan pertama pada Selasa lepas, tiga komputer riba dirampas dan enam salinan perisian disyaki cetak rompak masing-masing tiga salinan Microsoft Windows dan Micosoft Office dan menahan seorang lelaki warga Bangladesh.

"Dalam serbuan itu kita menahan seorang lelaki warga Bangladesh berusia 26 tahun yang merupakan pekerja di premis perniagaan komputer berkenaan dan individu itu telah dituduh di mahkamah hari ini," kata Rosli.

Sehari kemudian, satu lagi operasi dijalankan di premis peniagaan komputer di Kepong dan merampas lima unit komputer riba bersama 11 salinan perisian cetak rompak dengan masing-masing enam salinan Microsoft Windows dan lima Micosoft Office bernilai RM25,500.

Rosli berkata, kedua-dua kes itu disiasat mengikut Akta Hak Cipta 1987 dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM2,000 hingga RM20,000 bagi setiap perisian cetak rompak atau penjara sehingga lima tahun.

Beliau berkata, trend memasang perisian cetak rompak pada komputer riba yang ingin dijual itu dilihat semakin membimbangkan dan ia harus dibendung sebelum menular.

"Modus operandi mereka selalunya mereka akan jual komputer riba original dengan menawarkan pakej pemasangan perisian seperti Windows dan Microsoft Office pada harga yang lebih murah, semata-mata untuk menarik pembeli sedangkan perisian yang digunakan merupakan perisian cetak rompak," katanya. - Bernama

Tercampak sebelum digilis

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar

SEREMBAN – Seorang lelaki maut selepas tercampak sejauh kira-kira 30 meter dari motosikal ditunggangnya sebelum digilis sebuah kenderaan lain di Kilometer 266.5 Lebuhraya Utara - Selatan, arah utara, di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 12.10 malam itu, mangsa, Lai Han Khun, 41, meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian akibat cedera parah.

Jurucakap polis berkata, mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC dalam perjalanan ke arah utara.

"Sejurus tiba di lokasi kejadian motosikal ditunggang mangsa tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas di lorong kecemasan.

‘Kejadian itu telah mengakibatkan mangsa tercampak ke lorong kanan jalan dan meninggal dunia,” katanya.

Siasatan pihaknya turut mendapati sebuah kenderaan lain merempuh mayat mangsa yang terbaring di atas jalan sebelum bertindak melarikan diri.

“Polis masih mengesan kenderaan yang merempuh mangsa dan mana-mana saksi kejadian diminta tampil di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Zainal Abu mengesahkan menerima laporan kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kes bunuh pengasas Ambak: 'Gao dim' kata tertuduh


13 Jun 2014

KUALA LUMPUR - 'Sudah selesai' atau 'gao dim' dalam bahasa Kantonis, adalah ungkapan penarik kereta Koong Swee Kwan sebaik menaiki teksi yang menunggunya di luar kawasan tokong, tempat pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysian (AmBank) Hussain Ahmad Najadi dibunuh, tahun lepas.

Pemandu teksi itu Chew Siang Chee, 45, memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini, dia tidak memahami mengapa lelaki itu, yang juga dikenalinya sebagai 'Ah  Kwan' berkata demikian sebelum mengarahkannya memandu teksi dengan lebih laju.

"Lepas cakap 'gao dim', dia (Swee Kwan) tidak cakap apa-apa lagi cuma suruh saya pandu lebih laju," katanya, yang sudah lama mengenali  Swee Kwan.

Siang Chee berkata demikian ketika pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin pada perbicaraan kes Swee  Kwan, 45, yang didakwa membunuh Hussain, 75, di tempat letak kereta Tokong Kuan Yin di No.4 Lorong Ceylon, di sini antara 1.30 petang  hingga 2 petang pada 29 Julai, 2013.

Swee Kwan juga didakwa cuba membunuh isteri Hussain, Cheong Mei Kuen, 49, di tempat dan pada waktu sama.

Siang Chee, yang merupakan saksi ke-17, memberitahu mahkamah bahawa sebelum itu, dia ada mendengar bunyi letupan seperti mercun  sebanyak dua kali ketika sedang mencuci teksinya di luar kawasan tokong sebelum melihat orang ramai melarikan diri.

Katanya, selepas mendengar bunyi mercun itu, dia mahu bergerak meninggalkan kawasan tokong berkenaan, namun terdengar bunyi ketukan di  bonet dan ternampak Swee Kwan sebelum memberhentikan teksinya.

"Ah Kwan kemudian meluru masuk ke dalam kereta melalui tempat duduk penumpang depan sambil menyorokkan tangannya. Dia bernafas laju,  macam berlari," katanya, yang kemudian menurunkan Swee Kwan di kawasan berbukit di Jalan Changkat Bukit Bintang, di sini.

Siang Chee berkata, pada sebelah petang hari kejadian, ketika sedang menunggu penumpang di Bukit Jalil, dia menjumpai satu magazin peluru  di tepi tempat duduk penumpang depan sebelum menghubungi Swee Kwan.

Katanya, Swee Kwan kemudian datang menemuinya untuk  mengambil magazin peluru itu dan menyuruhnya membuat laporan polis berhubung  penemuan magazin itu.

Bagaimanapun, Siang Chee berkata, dia tidak membuat laporan polis kerana mahu mencari pemilik magazin itu.

Terdahulu, Siang Chee berkata, dia datang ke tokong itu selepas menerima panggilan telefon daripada Swee Kwan yang memintanya untuk   menunggu di situ (tempat kejadian).

Siang Chee, kini sedang menjalani hukuman penjara 14 tahun di Penjara Kajang selepas didapati bersalah memiliki pistol dan peluru hidup.  

Sementara itu, Pegawai Penyiasat Kanan Bahagian Siasatan Jenayah, Asisten Superintendan Ananthan Rajoo memberitahu mahkamah  bahawa seramai enam daripada 11 saksi awam yang dipanggil untuk membuat pengecaman, telah mengecam Swee Kwan sebagai individuyang  melepaskan tembakan di tokong berkenaan.

Ananthan, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, berkata, pengecaman itu dilakukan semasa kawad cam dibuat di IPD  Dang Wangi pada 26 September 2013.

"Semasa kawad cam itu, isteri Swee Kwan, Yap Pook Ling turut hadir sebagai pemerhati," katanya, yang memaklumkan Swee Kwan  diserahkan kepadanya, pada 23 September 2013. - Bernama

Ghairah tak panjang

Warga emas terkejut apabila aksinya bersama wanita Vietnam dirakam.
Warga emas terkejut apabila aksinya bersama wanita Vietnam dirakam.
TELUK INTAN - Keasyikan seorang lelaki warga emas menerima layanan seorang wanita Vietnam terbantut sebaik diserbu pegawai penguat kuasa Jabatan Imigresen Teluk Intan, di Taman Persiaran Melor, di sini, kira-kira jam 6.30 petang kelmarin.

Lelaki tempatan berusia 60 tahun itu tergesa-gesa bangun dan menutup tubuhnya dengan selimut sebaik menyedari serbuan berkenaan.

Ketua Jabatan Imigresen Teluk lntan, Khairul Anuar Sulaiman berkata, Ops 6P dan Ops Sayang yang dilancarkan kira-kira jam 6.30 petang dan berakhir jam 10.30 malam kelmarin itu membabitkan 15 anggota penguat kuasa dari Ipoh dan Hilir Perak.

"Seramai sembilan wanita asing membabitkan seorang warga Vietnam, Thailand dan tujuh warga China berusia antara 33 hingga 46 tahun dicekup di pusat refleksologi di Persiaran Taman Melor kerana tiada dokumen perjalanan sah.

"Dalam pada itu, kita turun menahan dua lelaki tempatan di lokasi serbuan bagi membantu siasatan," katanya.

Dalam pada itu, menurutnya, sebuah pusat mesin judi di Jalan Changkat Jong turut diserbu kira-kira jam 9.45 malam kelmarin.

"Seramai 10 lelaki warga Bangladesh berusia 22 hingga 40 tahun ditahan kerana tiada dokumen perjalanan sah.

"Kita turut menahan tiga rakyat tempatan berusia 30 hingga 37 tahun dipercayai melindungi warga asing berkenaan," katanya.
Beliau berkata, semua warga asing berkenaan ditahan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

"Warga asing itu juga disiasat mengikut Akta Anti Permerdagangan serta Anti penyeludupan  Migran 2007 dan kini ditahan di Pusat Tahanan Depot Imigresen Langkap untuk siasatan lanjut.

"Dalam serbuan itu juga, lima lelaki tempatan yang menjadi majikan warga asing terbabit ditahan reman selama empat hari atas perintah mahkamah bagi bantu siasatan," katanya.

Anggota TLDM antara ditahan terbabit militan

Mohd Bakri Zinin
Mohd Bakri Zinin
KUALA LUMPUR - Seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) adalah antara tiga rakyat tempatan ditahan polis di Sandakan hari ini kerana disyaki terbabit dalam kegiatan militan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata, suspek berusia antara 29 dan 31 tahun, ditahan dalam operasi khas yang dijalankan Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas, Bukit Aman.

Beliau berkata, seorang daripada individu yang ditangkap merupakan anggota kanan sel militan yang disyaki telah menjalankan latihan ketenteraan di kem milik Kumpulan Abu Sayyaf di Selatan Filipina, sejak 22 April lalu.

"Suspek menyusup masuk ke Malaysia secara haram pada 11 Jun lepas dan bersembunyi di sebuah rumah di Sandakan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata dua lagi suspek termasuk anggota TLDM yang bertugas di Sandakan itu ditahan kerana disyaki membantu anggota militan itu menyusup masuk ke Sandakan dan melindunginya.

Mohd Bakri berkata mereka ini ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Bab 5 - Kesalahan Berkaitan Dengan Keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747) (Sosma).

Sejak 28 April lalu, sejumlah 12 anasir militan ditahan kerana dipercayai terbabit dalam rangkaian militan di Syria dan selatan Filipina.

Ia termasuklah penahanan seorang warga asing dari Afrika Timur di Selangor pada 8 Mei lalu. - Bernama

Mayat seorang lelaki ditemui dalam kereta di Rasah


13 Jun 2014

SEREMBAN - Mayat seorang lelaki ditemui dalam sebuah kereta di parkir berhampiran sebuah bank di Jalan Utama, Rasah ke Seremban hari ini.

Mayat itu berada di tempat duduk penumpang bahagian depan dan belum diketahui identitinya.

Seorang saksi yang enggan namanya disiarkan berkata, kereta itu dipercayai berada di situ lebih daripada tiga hari.

Mayat itu kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Zainal Abu, ketika dihubungi, mengesahkan perkara itu.

Beliau berkata, polis sedang menyiasat kes itu dari semua sudut bagi mengetahui punca kematian mangsa dan meminta sesiapa yang kehilangan anggota keluarga menghubungi balai polis berhampiran. - Bernama

Kemalangan: Ratu cantik Indonesia meninggal dunia

Rizka Ismalia Putri
Rizka Ismalia Putri
JAKARTA - INDONESIA. Miss Jakarta 2004, Rizka Ismalia Putri Iskandar meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di jalan tol Kamal di Jakarta Utara pada Khamis.

Ketua Unit Kemalangan di subdirektorat penguatkuasaan undang-undang polis bandar raya, Miyanto berkata Rizka, 31, dan suaminya, Aldico Juniarto sedang dalam perjalanan dengan teksi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta untuk menaiki penerbangan ke Malaysia.

"Pemandu teksi itu dikatakan hilang tumpuan dan gagal mengawal kenderaannya," kata Miyanto seperti yang dipetik Kompas.com pada Khamis.

Beliau berkata teksi itu melanggar sebuah trak yang diletak di tepi jalan, kemudian melanggar pula sebuah Honda CRV sebelum merempuh sekatan jalan konkrit.

Aldico dan pemandu teksi, Eko Yulianto terselamat dalam kemalangan itu dan dikejarkan ke Hospital Atmajaya di Pluit.

Seorang doktor dari Hospital Atmajaya, Andri P, berkata Eko kini menjalani rawatan kerana kecederaan saraf tunjang yang teruk. - Bernama

Hasrat mandi sungai bertukar tragedi

Pasukan penyelamat bersedia untuk melakukan operasi mencari dan menyelamat mangsa.
Pasukan penyelamat bersedia untuk melakukan operasi mencari dan menyelamat mangsa.
RAUB - Kegembiraan seorang budak lelaki untuk mandi sungai bertukar tragedi apabila dia dikhuatiri lemas di Jeram Besu, Jalan Raub - Lipis, 11 pagi semalam.

Ketua Polis daerah, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, Mohamad Zul Hassan Mohamad Norlan yang berusia sembilan tahun dan berasal dari Teluk Panglima Garang, Selangor datang ke pusat rekreasi itu bersama ibu dan bapa serta dua kakak.

Menurutnya, mereka sekeluarga singgah di pusat rekreasi berkenaan ketika dalam perjalanan pulang ke Selangor selepas menziarahi saudara di Kelantan.

“Mereka sekeluarga singgah di pusat rekreasi itu setelah mangsa menyatakan keinginan untuk mandi sungai.

“Bagaimanapun ketika seronok mandi-manda, mangsa dipercayai tergelincir dan gagal diselamatkan bapanya serta hilang dari pandangan kira-kira 30 meter dari tempat kejadian,” katanya.

Wan Mohd Samsudin berkata, enam pegawai dan 23 anggota polis dikerahkan bersama dua bot.

Menurutnya, operasi turut disertai 10 anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) bersama sebuah bot, 14 anggota Bomba dan Penyelamat termasuk empat anggota dari unit skuba Bomba dan Penyelamat Temerloh bersama sebuah bot turut.

Difahamkan, sehingga kini mangsa masih belum ditemui dan operasi diteruskan sehingga jam 6.30 petang semalam.

Treler masuk cerun

Anggota bomba memeriksaan kenderaan berkenaan
Anggota bomba memeriksaan kenderaan berkenaan
PENGKALAN HULU - Seorang pemandu treler dan kelindannya nyaris maut apabila lori dinaiki mereka terbabas ke cerun Gunung Paku, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.23 pagi itu, lori dinaiki dua lelaki terbabit dipercayai hilang kawalan ketika melalui kawasan berkenaan sebelum terbabas.

Bagaimanapun, mereka hanya cedera ringan dan dapat keluar daripada lori berkenaan dengan bantuan orang ramai.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Pengkalan Hulu, Sahar Mushidi berkata, bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 7.25 pagi dan enam anggota tiba di tempat kejadian 10 minit kemudian.

"Mangsa hanya cedera ringan dan dibawa ke Hospital Baling untuk mendapatkan rawatan. Operasi tamat kira-kira jam 10.15 pagi," katanya.

Dicekup ketika leka layan pelanggan

Semua GRO yang ditahan dibawa ke depoh tahanan di Juru untuk siasatan lanjut.
Semua GRO yang ditahan dibawa ke depoh tahanan di Juru untuk siasatan lanjut.
GEORGETOWN - Sembilan gadis pelayan pelanggan (GRO) dicekup ketika leka melayan pelanggan di sebuah pusat hiburan di Jalan Burma, dekat sini, malam kelmarin.

Ketika serbuan, dua GRO terjatuh ketika cuba melarikan diri dari dicekup pihak berkuasa.

Pengarah Jabatan Imigresen Pulau Pinang, Hasbullah Abdul Rashid berkata, kesemua GRO itu ditahan dalam serbuan kira-kira jam 10 malam.

“Ketika serbuan, mereka leka melayan pelanggan. Dua yang terjatuh hanya cedera di kaki.

“Kesemuanya berjaya ditahan walaupun cuba melarikan diri kerana premis sudah dikepung,” katanya kepada media, semalam.

Menurutnya, serbuan dibuat berdasarkan maklumat awam dan intipan yang dibuat seminggu lalu.

“Hasil pemeriksaan mendapati tujuh wanita warga Vietnam dan dua warga China menyalahgunakan pas lawatan sosial.

“Semakan pada buku di premis itu mendapati mereka mengenakan bayaran antara RM70 hingga RM150 untuk sekali perkhidmatan. Kesemuanya kemudian dibawa ke depoh tahanan Juru,” katanya.

Tak sangka itu suami

Seorang rakan mangsa meratapi kematian mangsa yang terlibat dalam kemalangan di KM 31.7, Lebuhraya Kesas, arah Klang menghala Shah Alam, semalam.
Seorang rakan mangsa meratapi kematian mangsa yang terlibat dalam kemalangan di KM 31.7, Lebuhraya Kesas, arah Klang menghala Shah Alam, semalam.
KLANG - Seorang isteri yang dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Puchong tidak menyangka jaket merah berhampiran mangsa kemalangan yang ditutup di tepi jalan milik suaminya.

Keresahan yang mengganggu perasaan Nor Hafizah Adnan, memaksa ibu kepada seorang anak itu memberhentikan kenderaan dan menghampiri mayat itu.

Alangkah terkejutnya dia sebaik mendapati tubuh kaku itu milik suami tersayang yang sudah tidak bernyawa. Dia yang gagal mengawal emosi ditenangkan orang ramai yang turut menyaksikan kejadian itu.

Dalam kejadian sekitar jam 8.30 pagi, semalam suami mangsa, Mohd Nazry Saion, 33, yang juga Mekanik Wolksvagen maut di Kilometer 31.7, Lebuhraya Kesas, arah Klang menghala Shah Alam, semalam.

Sepupu mangsa, Shahrizal Mohd Fadzil, 28, berkata, semasa kejadian Allahyarham dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Petaling Jaya dengan menunggang motosikal.

“Arwah ke tempat kerja lebih awal dari isterinya yang bekerja di Puchong.  Mereka lalui jalan yang sama dan kami tidak sangka arwah pergi secepat ini," katanya.

Beliau yang merupakan sepupu rapat arwah berkata, Allahyarham dan keluarganya baru tiba di rumah mereka di Pandamaran, Klang dua hari lalu selepas bercuti.

“Mereka sekeluarga sempat mandi-manda dan habiskan cuti bersama. Kegembiraan itu dikongsi dalam FB bersama rakan-rakan.

“Komen rakan-rakan membuatkan arwah gembira habiskan cuti bersama anak lelaki kesayangannya,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, kali terakhir dia bertemu dengan Allahyarham kira-kira sebulan yang lalu.

“Kami hanya berhubung melalui Facebook dan kami sekeluarga tidak sangka arwah pergi secepat ini. Arwah seorang yang pandai berjenaka dan gemar membuat orang ketawa," katanya.

Shahrizal berkata, pemergian arwah amat dirasai namun dia reda dengan pemergian itu

Jenazah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam, Desa Temu Jodoh, Chaah, Yong Peng, Johor selepas asar semalam.

Sementara itu, Ketua Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Deputi Superintendan Goh Lee Shan berkata, kejadian berlaku apabila motosikal ditunggang mangsa bergesel dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Naza Sorento di KM 31.7, Lebuhraya Kesas arah Klang menghala Shah Alam.

“Geselan itu menyebabkan motosikal mangsa terbalik dan mangsa tercampak ke jalan raya. Mangsa yang parah meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Perompak larikan RM100,000 daripada mesin ATM

Kelihatan tiga anggota Polis memeriksa sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) yang mengandungi wang tunai RM100,000 yang dilarikan sekumpulan penjenayah di Tabung Haji Jalan Tunku Ibrahim di Alor Setar hari ini. - Foto Bernama
Kelihatan tiga anggota Polis memeriksa sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) yang mengandungi wang tunai RM100,000 yang dilarikan sekumpulan penjenayah di Tabung Haji Jalan Tunku Ibrahim di Alor Setar hari ini. - Foto Bernama
ALOR SETAR - Sekumpulan perompak melarikan kira-kira RM100,000 daripada sebuah mesin ATM yang ditempatkan di Bangunan Tabung Haji, Jalan Tunku Ibrahim di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu, perompak yang dipercayai lebih daripada tiga orang, menggunakan alat pengimpal untuk memotong mesin ATM milik Bank Rakyat itu dan melarikan wang berkenaan selepas alat penggera berbunyi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Daerah Kota Setar, Deputi Superintendan V Saravanan berkata, penjenayah itu mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengumpil satu daripada mesin ATM yang terletak berderetan di situ sebelum membawa lari sebuah kotak berisi wang.

"Kami masih menyiasat suspek kerana kamera litar tutup di situ dipercayai sempat dimatikan oleh perompak," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu Juruteknik Alat Penggera dan Kamera Litar Tertutup Syarikat Safeguard G4S, Jusnaidi Johari yang turut membantu memeriksa tempat kejadian berkata rompakan itu disedari oleh seorang kakitangan syarikat itu yang melakukan pemeriksaan harian pada kira-kira pukul 7 pagi.

Katanya hasil pemeriksaan oleh kakitangan itu mendapati mesin ATM milik Bank Rakyat telah dikopak dengan sebuah peti simpanan duit hilang.

"Sebuah mesin ATM Bank Islam didapati turut terkopak tetapi penjenayah tidak dapat melarikan wang kerana dipercayai ketika itu alat penggera berbunyi," katanya. - Bernama

Tak pernah serik


Hamilton: Seorang lelaki ditahan semalam selepas didakwa melakukan seks dengan pelampung rakit di tepi jalan raya.

Ini kali keempat dia ditahan atas kesalahan serupa.


Menurut sumber, pada 2011, Edwin Tobergta, 35 pernah ditahan kerana menanggalkan seluar dan melakukan seks dengan pelampung rakit berwarna merah jambu milik jirannya.



“Dia dipenjara tetapi kemudian ditahan sekali lagi pada 2013 kerana melakukan seks dengan rakit sama,” katanya.


Kejadian 2013 itu berlaku di rumah Tobergta tetapi dia dituduh dan mengaku bersalah kerana melakukan perbuatan tidak sopan di tempat terbuka yang boleh disaksikan kanak-kanak.


Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada kesalahan terbaru Tobergta membabitkan rakit yang sama.

Sementara itu, pada 2002, Tobergta ditahan kerana melampiaskan nafsunya dengan ‘permainan labu angin’ di depan khalayak ramai.


Walaupun ia bukan permainan kolam, namun Tobergta pandai mencari kepelbagaian cita rasanya.

Dalam satu gambar terbarunya, Tobergta memakai kemeja-T yang bertulis, “Saya tidak waras. Sila tinggalkan pesanan.” - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/13

Makan hati kekasih teman wanita


Cape Town: Seorang lelaki yang cemburu, menikam kekasih baru teman wanita, memotong mayat mangsa dan mengeluarkan hatinya sebelum memakannya.

Polis bergegas ke tempat kejadian di sebuah rumah di bandar Gugulethu, di sini semalam selepas menerima aduan daripada jiran yang ketakutan. “Di tempat kejadian, mereka menemui suspek, warga Zimbabwe, sedang asyik memakan hati mangsa dengan mengguna pisau dan garpu,” kata jurucakap polis Frederick van Wyk kepada akhbar Cape Times.


Wanita yang menjadi tumpuan dalam cinta tiga segi itu memberitahu polis, kekasih lamanya datang ke rumah yang didiaminya bersama kekasih baru dan mereka berbual sebelum dia memberinya duit dan menyuruhnya membeli arak.



Van Wyk berkata, sekembalinya ke rumah, dia terkejut mendapati kekasihnya Mbuyiselo Manona, 62, terlantar kerana ditikam.


Jiran yang menyedari kekecohan di rumah itu berkata, mereka mengintai menerusi tingkap dan ternampak suspek memotong hati mangsa dan memakannya.


“Kami tidak percaya melihat apa yang berlaku. Kami menjerit menyuruhnya dia berhenti tetapi dia tidak mengendahkannya. “Polis yang tiba juga takut untuk masuk ke dalam rumah itu,” katanya. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/13

Penjara 11 tahun kerana masak kari mayat


Mereka melakukan demikian setahun selepas dibebaskan atas kesalahan sama.

Farman Ali dan Mohammad Arif ditahan April lalu selepas polis menemui kepala bayi berusia dua hari di rumah mereka.
Mereka mencuri mayat bayi itu dari tanah perkuburan di kampung mereka di Darya Khan, kira-kira 300 kilometer ke selatan Islamabad.

Menurut polis lagi, kedua-dua beradik itu yang berusia lewat 30-an, memasak dan memakan kari yang dimasak daripada mayat berkenaan.

Mereka pernah ditahan kerana memakan mayat di kampung sama pada 2011 dan menjalani hukuman penjara dua tahun serta menjalani rawatan psikiatrik. - Agensi
Foto
SUSPEK yang dihukum penjara semalam.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/13

Diperkosa di balai polis


Lucknow: Seorang wanita semalam mendakwa dirogol empat anggota polis di sebuah balai di Uttar Pradesh.

Kejadian itu ialah kes terbaru dalam siri serangan seksual yang mengejutkan di India.


Menurut wanita itu, dia pergi ke balai di daerah Hamirpur malam Isnin lalu untuk meminta suaminya dibebaskan dari lokap sebelum dia diserang polis yang berada di situ.



“Pada 11.30 malam (waktu tempatan) ketika tiada orang di situ, keempat-empat anggota itu membawa saya ke sebuah bilik dan merogol saya bergilir-gilir,” katanya.


Wanita berkenaan melaporkan kejadian berkenaan kepada seorang pegawai kanan kelmarin dan mendakwa ia berlaku selepas dia enggan memberi rasuah yang diminta untuk membebaskan suaminya.


Jurucakap polis, Virendra Kumar Shekhar berkata, siasatan akan dijalankan bagi mengenalpasti dan menahan suspek terbabit.

“Kami akan mengikut prosedur, mangsa sudah membuat laporan dan mereka yang bersalah akan ditahan tidak lama lagi,” katanya, semalam.


Sub-Inspektor Balbir Singh berkata kes membabitkan empat pegawai dari balai berkenaan diletakkan di bawah kes jenayah.

Kes serangan seksual terbaru di Uttar Pradesh itu meningkatkan lagi tekanan politik ke atas ketua menterinya, Akhilesh Yadav.


Hujung bulan lalu, dua gadis berusia 12 dan 14 tahun dirogol beramai-ramai sebelum dibunuh dan mayat mereka digantung pada pokok.


Kejadian berlaku selepas mereka keluar untuk membuang air di kawasan lapang kerana rumah mereka tidak mempunyai tandas.


Keluarga mereka enggan menurunkan mayat berkenaan sebagai tanda protes kepada polis yang enggan bertindak kerana gadis itu datang dari keluarga kasta rendah. Perdana Menteri Narendra Modi kelmarin menggesa semua ahli politik bekerjasama bagi melindungi wanita, kenyataan pertamanya sejak kejadian itu. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/13

Kena cekup seludup 26,000 liter diesel


Port Dickson: Seorang pemandu lori tangki yang membawa 26,000 liter minyak diesel seludup ditahan dalam serbuan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Port Dickson, di Jalan Lukut-Sepang di sini, tengah malam tadi.
Ketua Cawangannya Yusof Bakar berkata, pihaknya sudah mengintip pergerakan lori tangki berkenaan sejak dua hari lalu. 
Operasi yang diketuai Mohd Shahril Wazir bersama tujuh anggota menyerbu tempat lori itu diparkir kira-kira jam 12.10 tengah malam dan turut menahan seorang pemandu berusia 32 tahun. 

Sebanyak 26,000 liter minyak diesel bernilai RM52,000 dirampas dan lori tangki itu turut disita.
Foto
PEGAWAI KPDNKK sedang memeriksa lori berkenaan.

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. Jika sabit kesalahan, denda RM100,000 atau penjara tidak lebih 2 tahun untuk individu.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/13

Cekup pekerja ladang ‘hilang’


Klang: Kebanyakan pekerja sektor perkapalan di negeri ini dikuasai pekerja warga asing sedangkan kebanyakan mereka ini hanya dibenarkan bekerja untuk sektor perladangan.
Ini sekali gus menjawab persoalan isu ‘kehilangan’ pekerja dalam sektor berkenaan seperti yang pernah dibangkitkan sebelum ini.
Kebanyakan mereka yang berkhidmat di kawasan pelabuhan itu mendakwa langsung tidak risau dengan tindakan penguatkuasaan kerana beranggapan kawasan pelabuhan lokasi selamat daripada sebarang serbuan pihak berkuasa.
Kegiatan itu dibongkar selepas pihak Jabatan Imigresen Cawangan Pelabuhan Klang, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menahan 21 warga asing dalam satu serbuan di Pelabuhan Barat di Pulau Indah, semalam.
Dalam operasi bermula jam 11 pagi itu, seramai 103 pekerja warga asing ditahan untuk pemeriksaan oleh pihak berkuasa diketuai Timbalan Penolong Pengarah Penguat Kuasa Imigresen Cawangan Pelabuhan Klang, M Chandran.
Penolong Pengarah Jabatan Imigresen Cawangan Klang Tarmizi Talib Ali berkata, seramai 21 warga asing membabitkan 18 lelaki warganegara Nepal dan tiga lelaki India ditahan dalam operasi itu.
Menurutnya, serbuan itu membongkar kegiatan penyalahgunaan permit dalam kalangan warga asing yang ada antara mereka bukan sahaja bekerja sebagai buruh kasar di situ, malah pemandu lori.
“Semasa pemeriksaan dijalankan, anggota penguat kuasa mendapati ada antara mereka menyalahgunakan pas kerja menyebabkan mereka ditahan,” katanya ketika ditemui selepas operasi berakhir.
“Serbuan dilakukan hasil aduan orang ramai disusuli risikan selama seminggu oleh anggota saya,” katanya.
Beliau berkata, pihak imigresen turut menyita sebuah lori yang digunakan warga asing terbabit sebagai bahan bukti selain menasihatkan majikan supaya lebih bertanggungjawab serta mengikut prosedur sudah ditetapkan dalam mengambil pekerja untuk bekerja dengan mereka.
“Mereka yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 39(b) Peraturan Imigresen dan majikan pula akan disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959 kerana menggaji pekerja asing.
“Semua warga asing yang ditahan akan dihantar ke Depoh Tahanan Sementara Imigresen Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), Sepang untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Seorang warga asing yang mahu dikenali sebagai Sathakar, 31, berkata, dia sudah bekerja di pelabuhan itu selama dua tahun walaupun permit kerja asal yang dimilikinya adalah untuk sektor perladangan.
Foto
KETUA Cawangan Jabatan Imigresen Klang, Tarmizi Talib Ali (dua dari kiri), sedang memeriksa warga asing yang ditahan.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/13

Pembantu peribadi curi barang Nasha


Kuala Lumpur: “Apabila benda itu berlaku, saya terus membuat laporan polis. Alhamdulillah pencuri dapat diberkas,” luah pelakon terkenal, Nasha Aziz (gambar) berhubung kes kecurian beberapa barangan peribadinya termasuk wang tunai, telefon bimbit dan pakaian penggambaran tajaan pereka fesyen terkenal Zhang Toi.
Dalam kejadian jam 2.30 pagi 6 Jun lalu, barangan berharga itu dipercayai dilarikan seorang lelaki yang juga pembantu peribadinya di lokasi penggambaran telefilem ‘Tangis Yang Tiada Noktah’ di Ampang. 
Berikutan kes itu, Nasha atau nama sebenarnya Noraishah A Aziz, 43, segera membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya, di sini, pada hari sama untuk tindakan susulan. 

“Benda ini bukan saja membabitkan wang tunai, tapi banyak barang-barang peribadi dan berharga termasuk pakaian yang dilarikan.
Foto

“Syukur, saya diberitahu lelaki itu sudah ditangkap di Johor dan kini ditahan reman untuk siasatan selanjutnya. Saya akan ke balai untuk beri kenyataan dan pengecaman barang-barang itu petang esok (hari ini),” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Kejadian dikatakan berlaku apabila Nasha yang sedang berada di lokasi penggambaran telefilem terbitan Zeel Production Sdn Bhd mendapati seorang lelaki yang dilantik sebagai pembantu peribadi untuk penggambaran itu lesap dari lokasi. 

Apabila membuat pemeriksaan terhadap beg dan barangannya, Nasha mendapati sejumlah wang tunai, telefon bimbit, mini iPad dan pakaian penggambaran tajaan pereka fesyen hilang. 


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/13

Nafi bakar kaki dua remaja


Kuala Terengganu: Seorang mekanik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam terhadap dua pertuduhan membakar kaki dua remaja lelaki sehingga melecur pada 26 Mac lalu.
Wan Mohd Ramadhan Wan Muda, 22, mohon dibicarakan terhadap dua pertuduhan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan (KK) dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata atau benda berbahaya lain terhadap mangsa yang dibacakan di hadapan Hakim Mohd Azhar Othman.
Mengikut pertuduhan pertama, Wan Mohd Ramadhan didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas mangsa berusia 15 tahun menggunakan api di Kampung Sura Jeti, Dungun, jam 2.15 pagi pada 26 Mac lalu.
Selain itu, bapa kepada seorang anak itu turut didakwa melakukan perbuatan sama ke atas seorang lagi remaja bawah umur berusia 16 tahun di lokasi, waktu dan tarikh sama.
Bagi setiap pertuduhan itu, Wan Mohd Ramadhan berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebat jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Masriwani Mahmud @ Mamat manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Sejurus pengakuan tidak bersalah Wan Mohd Ramadhan direkodkan, Mohd Azhar menetapkan 26 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.
Mahkamah juga membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.
Sementara itu di Mahkamah Majistret pula, Wan Mohd Ramadhan semalam turut didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 324 KK kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas seorang lagi remaja berusia 14 tahun.
Bagaimanapun, Wan Mohd Ramadhan mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan terhadap pertuduhan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu jika sabit kesalahan.
Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi menetapkan 17 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula di Mahkamah Majistret Dungun dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin.
Foto
WAN Mohd Ramadhan dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/13

DNA puntung rokok sama


Oleh Murni Wan Omar
Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi di sini, semalam diberitahu DNA pada puntung rokok yang ditemui di tempat kejadian pembunuhan pengasas Kumpulan Perbankan Arab Malaysia (AmBank) Hussain Ahmad Najadi, sepadan dengan profil tertuduh Koong Swee Kwan.

Ketua Bahagian DNA dari Jabatan Kimia Malaysia, Dr Seah Lay Hong, 53, dalam keterangannya memberitahu pihaknya menerima sampel darah tertuduh pada 2 Oktober 2013.

Menurutnya, selepas ujian perbandingan dibuat, salah satu puntung rokok daripada empat yang diterimanya sama dengan DNA Koong.

Sementara itu Pegawai Turus Jabatan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kuala Lumpur, Pemangku Deputi Superintendan Zuraimi Zam Zam dalam keterangannya memberitahu mahkamah pada 29 Julai 2013, dia tiba di lokasi kejadian pada jam 3.15 petang dan membuat siasatan sehingga jam 4.45 petang.



“Saya nampak pegawai penyiasat dan pasukannya sudah membuat kawalan dan meletakkan pita kuning di sekeliling kawasan itu.

Mayat pula sudah ditutup dengan plastik hitam dan payung.


“Sebelum membuat pemeriksaan kepada mayat, saya minta jurugambar Lans Koperal Thomas Anggit merakamkan gambar.


“Lepas buka plastik saya dapat lihat mayat seorang lelaki dalam keadaan terlentang dengan kesan darah pada bajunya,” katanya ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Laddin.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati terdapat beberapa kelongsong peluru di sekeliling mayat.

“Bila buka baju mangsa, saya lihat ada kesan dipercayai daripada tembakan di bahagian dada dan rusuk.

Terdapat tujuh kelongsong peluru yang semuanya saya ambil, tandakan dan serah kepada pegawai penyiasat.

“Jarak kelongsong peluru dari mayat antara 0.8 meter hingga 3.5 meter.

Selepas badan mangsa dialihkan terdapat tiga serpihan anak peluru di tempat itu,” katanya.

Menjawab soalan Wan Shaharuddin, saksi memberitahu terdapat premis gerai makan yang terletak 10 meter dari tokong itu.

“Saya menjumpai empat puntung rokok masih baru di kawasan kedai itu dan selepas membuat penandaan saya serahkan kepada pegawai penyiasat.

“Kedudukan puntung rokok itu 10 meter dari mayat dan enam meter dari tokong,” katanya.

Kedua-dua saksi memberi keterangan di dalam perbicaraan kes seorang penarik kereta, Koong yang didakwa atas pertuduhan membunuh Hussain, 75, di tempat letak kereta Tokong Cina Kuan Yin No 4, Lorong Ceylon, Dang Wangi, dekat sini, jam 1.30 tengah hari hingga 2 petang, 29 Julai 2013.

Bagi pertuduhan itu dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Koong turut berdepan dengan satu lagi pertuduhan iaitu cuba membunuh sehingga menyebabkan kecederaan terhadap isteri Hussain, Cheong Mei Kuen di tempat dan masa yang sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 20 tahun jika sabit kesalahan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/13

Darah keluar lepas mandi


Chukai: Keriangan seorang murid lelaki tahun enam Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bandi II, dekat sini, mandi di tali air berakhir tragedi apabila dua lintah masuk ke dalam perutnya melalui dubur sehingga menyebabkan dia hampir pengsan dan dubur berdarah.
Kejadian mengerikan itu berlaku ketika Yahya Musa, 12, mandi di sebuah tali air berhampiran SK Seri Bandi I, dekat sini, kira-kira jam 3 petang Isnin lalu. 
Anak keempat daripada lima beradik itu berkata, dia bersama beberapa rakan sebaya mandi di tali air terbabit yang terletak kira-kira 500 meter dari rumahnya di Seri Bandi, dekat sini. 

“Lepas 10 minit mandi, saya rasa sakit dalam perut dan darah banyak keluar dari dubur menyebabkan saya menjadi panik.
Foto
YAHYA

“Dalam keadaan lemah saya pulang ke rumah memberitahu ibu bapa dan ketika itu saya rasa seperti nak pengsan,” katanya.

Sementara itu, ibu mangsa, Fuziah Salleh, 38, berkata dia terkejut dan panik apabila melihat anaknya pulang ke rumah dalam keadaan tercungap dan keletihan kira-kira jam 3.40 petang. 


Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/13

Azab lapan tahun wanita VIP


Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Mohd Rizal Abdullah
Kajang: Tidak tahan dipaksa menjadi pelacur kelas atasan oleh bapa tirinya sejak lapan tahun lalu menyebabkan seorang wanita jelita bertindak nekad membuat laporan polis minggu lalu.

Wanita terbabit yang kini berusia 25 tahun mendakwa mula dipaksa menjual tubuhnya kepada pelanggan lelaki kaya ketika dia baru menamatkan persekolahan pada usia 18 tahun.

Sumber polis berkata, mangsa mendakwa dipaksa melayan nafsu kira-kira 800 lelaki sejak bergelar pelacur berdasar rekod disimpannya secara sulit.



“Berdasarkan maklumat, bapa tiri mangsa yang berusia 40-an memaksa wanita terbabit menjadi pelacur dengan kadar bayaran minimum RM300 hingga RM500 bagi sekali perkhidmatan.

“Bagaimanapun duit hasil kegiatan pelacuran itu mencecah puluhan ribu sebulan diambil sepenuhnya oleh bapa tiri mangsa.

Mangsa hanya diberikan sedikit wang bagi membeli keperluan diri sahaja,” katanya.

Menurutnya, mangsa bagaimanapun memberitahu menyimpan rekod identiti membabitkan nama pelanggan, nombor telefon, harga perkhidmatan dan lokasi pertemuan diadakan.

“Dia (mangsa) menyimpan semua maklumat itu di dalam diari khas termasuk jumlah wang dibayar oleh pelanggannya sebelum ini.

“Berdasar rekod dikumpul, mangsa mendakwa sudah dilanggani kira-kira 800 lelaki sepanjang menjadi pelacur sejak tahun 2006,” katanya.

Malah agak mengejutkan apabila pelanggan yang pernah mendapatkan khidmat mangsa adalah dikalangan kenamaan, ahli politik, peguam dan ahli perniagaan tempatan.

“Mangsa yang tidak tahan dipergunakan oleh bapa tirinya untuk mendapatkan wang mudah kemudian tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di sini, untuk membuat laporan polis minggu lalu.

“Polis sudah mengambil keterangan daripada mangsa sebelum memulakan siasatan terhadap kes itu.


Susulan itu polis memberkas bapa tiri mangsa sebelum ditahan reman awal minggu ini,” katanya.

Menurutnya, kertas siasatan kes itu sudah diserahkan kepada pihak Timbalan Pendakwa raya untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/13

‘Kakak nak rehat puas-puas’


Kluang: “Kakak nak rehat puas-puas.” Itu kata Nor Azreen Omar, 22, kepada adiknya, Azzirul Helmi, 15, beberapa jam sebelum mereka berdua maut dihempap pokok tumbang berhampiran rumah mereka di Taman Bahagia, di sini, awal pagi semalam.
Terdahulu, jam 8 malam kelmarin, Nor Azreen yang juga seorang kerani di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur tiba di rumahnya untuk bercuti selama beberapa hari.
Difahamkan, pada jam 1 pagi, Nor Azreen dan adik kelimanya, Azzirul, keluar rumah menaiki sebuah motosikal untuk membeli kad tambah nilai telefon bimbit di sebuah stesen minyak berdekatan rumah mereka.

Menurut seorang lagi adik wanita itu, Mohd Syafiq, 18, setengah jam kemudian dia dan anggota keluarga lain dimaklumkan mengenai kemalangan menimpa kakak dan adiknya.
Foto

“Sebaik saja sampai di rumah kakak memberitahu saya dan Azzirul dia nak rehat puas-puas. Tak sangka pula kata-kata itu seperti petanda dia akan meninggalkan kami untuk selama-lamanya,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/13

‘Terbang’ keluar van


Temerloh: Dua pekerja syarikat keselamatan yang dalam perjalanan pulang selepas menghantar wang di sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM), maut selepas tercampak keluar dari van mereka naiki yang bertembung dengan sebuah kereta Mercedez Benz, di Kilometer 5 Jalan Temerloh-Mentakab, dekat sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.57 petang, pemandu van, Muhammad Hazrul Ab Rahman, 25, dari Taman Sri Semantan, dekat sini, bersama penumpang, Abdul Latip Mohamad, 45, dari Taman Temerloh Jaya Indah, dekat sini, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera di kepala dan dada.
Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Mohd Anuar Othman berkata, pemandu kereta Mercedez Benz, Lim Kuang Kiat, 67, dari Taman Bukit Bendera, Mentakab, dekat sini, yang juga ejen insurans meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAH), di sini, kira-kira jam 6.05 pagi, semalam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kedua-dua kakitangan keselamatan itu dikatakan dalam perjalanan hendak pulang ke Sonsang dari Mentakab selepas menghantar wang di mesin ATM.
Foto
PEKERJA syarikat kawalan keselamatan maut selepas tercampak keluar daripada van yang dinaikinya.

Katanya, sebaik tiba di tempat kejadian, Muhammad Hazrul dipercayai hilang kawalan dan terbabas masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah kereta Mercedez Benz.


Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/13

Remaja kena rogol, disamun anggota tentera


2014/06/13 - 00:44:43 AM
Pontian: Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun menjadi mangsa rogol seorang anggota tentera manakala rakan lelakinya berusia 16 tahun disamun dalam kejadian di tepi pantai berhampiran Pontian Besar di sini, Selasa lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa bersama rakannya dikatakan bersiar-siar di tepi pantai sebelum ditahan sekumpulan enam lelaki berpakaian seragam tentera dan menuduh pasangan itu melakukan perkara tidak baik.

Remaja perempuan itu dikatakan menafikan perkara itu sebelum diarah melakukan hubungan seks dengan seorang daripada suspek.

Keengganan remaja berkenaan berbuat demikian menyebabkannya dirogol suspek berkenaan.

Difahamkan, seorang rakan suspek memaksa remaja perempuan itu melakukan seks oral manakala telefon bimbit rakan lelakinya turut disamun.

Kedua-dua remaja itu dilepaskan kira-kira sejam selepas itu manakala suspek dikatakan berada bawah pengaruh dadah ketika melakukan jenayah itu.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, mengesahkan penahanan enam lelaki bagi membantu siasatan.

Makmal proses 26kg dadah diserbu

Makmal proses 26kg dadah diserbu
Noor Rashid (kiri) menunjukkan dadah jenis heroin bernilai RM1 juta yang dirampas dalam serbuan di Sungai Dua, Tasek Gelugor, kelmarin. - Foto Muhammad Mikail Ong
2014/06/13 - 00:37:34 AMGeorgetown: Polis mengesahkan makmal dadah yang memproses lebih 26 kilogram (kg) heroin di sebuah rumah di Sungai Dua, Tasek Gelugor, kelmarin, dikendalikan oleh seorang lelaki.

Dalam serbuan jam 2.45 pagi itu, suspek berusia 48 tahun ditahan oleh Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) yang turut menemui dadah bernilai RM1 juta dan pelbagai peralatan memproses dadah.

Antara dadah dirampas ialah 25.5kg heroin, 1.9 kg heroin tulen, 67.5kg kafein, 1.2kg syabu dan 1.2kg cecair syabu.
Operasi yang dilakukan bersama polis Bukit Aman dan Pulau Pinang itu turut menyerbu sebuah rumah di Alor Setar, Kedah dan menahan seorang lelaki berusia 54 tahun yang dipercayai menjadi pembekal heroin tulen.

Susulan operasi terbabit, polis menyita dua kenderaan mewah, tiga kenderaan pacuan empat roda, dua utas jam tangan jenama Rolex dan wang tunai RM94,200.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim, berkata kedua-dua suspek direman seminggu sehingga Selasa ini manakala kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati suspek yang ditahan di Sungai Dua itu mempunyai enam rekod kesalahan lampau dan pernah ditahan mengikut ADB (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985.
“Siasatan polis mendapati suspek yang dipercayai menjalankan kegiatan sejak beberapa bulan lalu, berupaya memproses dadah sebelum memasarkannya sendiri kepada pengedar.

Kafe siber raih untung RM1j sebulan

Kafe siber raih untung RM1j sebulanKuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan ada kafe siber memperoleh keuntungan RM20,000 hingga RM30,000 sehari dan mencecah RM1 juta sebulan bergantung kepada jumlah mesin yang disediakan.

Ketua Penolong Pengarah Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Roslee Chik, berkata jumlah itu menerusi risikan dibuat pasukan polis.

“Bayangkan dengan modal serendah RM400 bagi seunit komputer sindiket perjudian ini mampu memperoleh keuntungan 10 kali ganda daripada modal asal.
“Dalam kata mudah perniagaan mereka tidak akan ‘terkesan’ sekalipun aset disita, wang dirampas dan dikenakan denda sehingga RM200,000.

“ Ini menyebabkan polis sering menerima rungutan orang ramai berhubung kenapa jenayah perjudian ini berulang di premis sama selepas ia diserbu.

“Dengan keuntungan yang banyak, mereka mampu beroperasi semula dalam masa singkat,” katanya.

Roslee berkata, di antara Januari dan Mei lalu, polis sudah menahan 4,663 penganjur judi internet dalam 13,767 serbuan membanteras perjudian di kafe siber sejak Januari hingga Mei tahun ini.
Dalam serbuan itu, polis turut merampas RM418,705 hasil kegiatan haram itu serta menyita 37,079 unit mesin komputer di seluruh negara.

Doktor hantar sms lucah ketika bedah


2014/06/13 - 06:20:59
Lesen perkhidmatan pakar bius digantung

Seattle: Pihak berkuasa perubatan menggantung lesen perkhidmatan seorang pakar bius di sini selepas disyaki menghantar “selfie” dan berbalas pesanan ringkas lucah ketika pembedahan sedang berlangsung.

Penemuan bukti terhadap Arthur K. Zilberstein, 47, yang dikeluarkan Isnin lalu oleh Jabatan Kesihatan negeri Washington, menunjukkan 250 mesej terperinci serta berbaur seksual dan lucah dibalas sepanjang prosedur membabitkan semua jenis pembedahan, termasuk Cesarean, apendik, pediatrik, epidurals, mengikat tiub fallopian dan pemeriksaan jantung.

“Beliau mempertaruhkan keselamatan pesakit dengan sikapnya yang “asyik dengan hal seksual” sekurang-kurangnya sepanjang April hingga Ogos 2013,” kata kenyataan pihak berkuasa perubatan negeri Washington Isnin lalu.

Kenyataan pendakwaan rasmi menyatakan ketika prosedur pemeriksaan penyakit jantung, Zilberstein didakwa bertukar 26 mesej “termasuk komen seksual yang jelas.

Sewaktu pembedahan perut, beliau dilaporkan saling berbalas 45 mesej “dengan bayangan seksual” dalam tempoh kurang daripada satu setengah jam. Beliau juga didakwa bertukar-tukar 18 mesej “dengan bayangan seksual” ketika pembedahan Cesarean dengan salah satu mesejnya berbunyi: “Saya sangat sibuk dengan pembedahan cesarean.”

Pendakwaan itu juga menyatakan bahwa di dalam satu mesejnya pada Julai 2013, Zilberstein dilaporkan menjemput teman wanitanya untuk datang ke hospital tempat beliau bekerja dan memberitahunya secara terperinci dorongan seksual yang tidak tertahan terhadapnya.
Zilberstein juga dikatakan menghantar selfie kepada pesakit ketika memakai pakaian hospital lengkap dengan lencana tetapi mendedahkan kemaluannya.

Imej itu datang bersama beberapa mesej lucah antaranya berbunyi: “Oh! Rakan setugas saya masuk ketika saya sedang memakai sseluar hospital. Saya agak pasti yang saya tertangkap.” - AGENSI

Budak maut jatuh tingkat 6


2014/06/13 - 00:38:48
Budak maut jatuh tingkat 6
Ibu mangsa memangku mayat anaknya yang jatuh dari tingkat enam Apartmen Sri Angkasa, Seksyen 28, Shah Alam, semalam.
Peniaga burger terkilan tidak sempat bertindak

Shah Alam: Seorang peniaga burger terkilan kerana tidak sempat menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang terjatuh dari balkoni tingkat enam rumahnya di Apartmen Sri Angkasa, Seksyen 28, di sini.

Mohd Shahril Abdul Hadi, 27, melihat kanak-kanak itu, Nur Alisya Muhd Rafiq, bergayut pada balkoni rumahnya kira-kira jam 6 petang.

Katanya, beliau sedang memasak burger di gerainya di pintu masuk ke pangsapuri itu, sebelum dimaklumkan oleh seorang jirannya bahawa ada kanak-kanak perempuan itu sedang bergayut dari balkoni rumah di tingkat enam bangunan apartmen itu.

120 rumah rosak teruk dibadai ribut


2014/06/13 - 00:27:10
Batu Pahat: Lebih 20 rumah di sekitar daerah ini rosak teruk akibat dibadai ribut yang melanda hampir setengah jam, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam hingga 1 pagi itu, rumah penduduk di kawasan Minyak Beku, Senggarang, Parit Yaani, Sri Gading dan Rengit, rosak teruk akibat ribut yang berpunca tiupan Monsun Barat Daya pada kelajuan 40 sehingga 60 kilometer sejam itu.

Zalida Mohd Haris, 46, berkata ketika kejadian beliau sekeluarga sedang berehat di ruang tamu rumah mereka sebelum dikejutkan dengan dentuman.

“Sejurus dentuman itu, rumah kami bergegar seperti mahu roboh menyebabkan kami sekeluarga terkejut dan ketakutan. Secara tiba-tiba, anak saya yang baru selesai menggunakan tandas menjerit menyatakan bumbung zink bahagian belakang rumah terkopak dan diterbangkan ribut.

“Sepanjang 30 tahun menetap di Minyak Beku, inilah kali pertama kami sekeluarga berhadapan kejadian ribut yang berlarutan selama setengah jam sehingga beranda serta rumah kami hampir roboh,” katanya kepada BH ketika ditemui di rumahnya semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Minyak Beku, Datuk Mohd Sehat Mahmud, berharap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengkaji semula prosedur bantuan bencana bagi memberikan bantuan segera untuk meringankan beban penduduk.

“JKM sudah datang membuat siasatan kesan kejadian ribut ini tetapi memaklumkan penduduk perlu membuat laporan polis dan mengisi pula borang tertentu untuk diproses sebelum taksiran kerugian dibuat.
“Bagi saya, prosedur sebegini membebankan penduduk yang dalam kesulitan akibat ditimpa musibah apatah lagi kerosakan yang ditanggung mereka termasuk atap rumah diterbangkan ribut bukan kecil serta memerlukan tindakan segera. Gunalah budi bicara dalam menguruskan bantuan,” katanya.

Sementara itu, Pegawai JKM Batu Pahat, Adnan Mohd Yassin, berkata pihaknya sudah melakukan siasatan terhadap semua rumah penduduk terbabit dan mula membuat taksiran kerosakan yang ditanggung mereka.

“JKM berharap penduduk segera membuat laporan polis dan menyerahkan borang butiran bagi membolehkan ia dimaklumkan segera ibu pejabat di Johor Bahru,” katanya.

Lelaki Pakistan mati kesan luka di kepala


2014/06/13 - 00:32:23
Serdang: Seorang lelaki warga Pakistan ditemui mati dengan kesan luka di kepala di rumah sewanya di Seri Kembangan, malam kelmarin.

Kejadian hanya disedari teman wanitanya jam 9 malam yang datang ke rumah mangsa sebelum menghubungi beberapa rakannya.

Mangsa mempunyai kesan luka dan lebam dipercayai akibat dicekik manakala mukanya ditutupi baju.
Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar pangsapuri itu, kes dipercayai didalangi lebih daripada seorang suspek” Razimi Ahmad, Ketua Polis Daerah Serdang

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razimi Ahmad, berkata suspek dipercayai mengenali mangsa berdasarkan tiada kesan pecah masuk ditemui.

“Mangsa yang bekerja sebagai pembekal alat sukan dan aksesori motosikal,
dipercayai mati kelemasan selepas mukanya ditekup.

Dengar bunyi orang bertengkar
“Teman wanita suspek didapati menghilangkan diri dan gerakan mencarinya giat dilakukan bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Razimi berkata, jiran mangsa mendakwa terdengar bunyi orang bertengkar di rumah mangsa pada jam 5.30, petang kelmarin.

Katanya, polis tidak menolak kemungkinan kejadian berpunca daripada salah faham berkaitan perniagaan.

“Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar pangsapuri itu, kes dipercayai didalangi lebih daripada seorang suspek.

“Mangsa dipercayai mati kurang enam jam sebelum ditemui teman wanitanya,” katanya.

Mayat dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Pengeluar bihun berdepan denda RM5j

Pengeluar bihun berdepan denda RM5j
Hasan (tengah) melancarkan Buku Patent Drafting Manual For Beginner pada seminar kesedaran harta intelek di ibu negara, semalam. Turut hadir, Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Alias Ahmad (kiri) dan Ketua Pengarah MyIPO, Datuk Azizan Mohamad Sidin. - Foto Asyraf Hamzah
 Jika siasatan, pendakwaan dapati salah guna logo halal

Kuala Lumpur: Syarikat pengeluar bihun yang menggunakan lambang masjid, berdepan denda sehingga RM5 juta, jika siasatan dan pendakwaan membuktikan ia menyalahgunakan logo halal pada produk yang dikeluarkan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek, berkata individu yang terbabit pula boleh didenda sehingga RM1 juta atau penjara sehingga tiga tahun, jika disabitkan mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 (Pindaan 2012)

“Sebenarnya yang menentukan sesuatu barangan halal atau tidak, itu adalah tanggungjawab Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM).

“Jika produk itu tidak halal tetapi dicetak logo halal pada pembungkusnya, maka pengeluar akan didakwa mengikut Akta Perihal Dagangan 2011,” katanya.

Mogok pekerja tren gagal di Brazil


SEJUMLAH pekerja tren bawah tanah bermesyuarat di sebuah ibu pejabat kesatuan sekerja di Sao Paulo, Brazil kelmarin.


SAO PAULO, Brazil - Satu mogok pekerja tren bawah tanah di Sao Paulo yang bertujuan untuk menjejaskan pembukaan pusingan akhir Piala Dunia 2014 telah berjaya dihalang pada malam kelmarin.
Halangan itu berjaya dibuat walaupun para pekerja lapangan terbang di Rio de Janeiro mengisytiharkan kerja-kerja dihentikan dalam tempoh 24 jam di lokasi-lokasi untuk peminat-peminat bola sepak mengembara ke Brazil.
Kira-kira 1,500 pekerja tren bawah tanah di Sao Paulo mengundi menentang mogok yang akan dilancarkan semula dalam isu perbalahan mengenai pembayaran gaji.
Para pekerja itu sebelum ini tidak bekerja pada Isnin lalu.
"Buat masa kini, kami berpendapat adalah baik kami untuk menunggu (keputusan kerajaan berhubung kenaikan gaji)," kata seorang Presiden kesatuan sekerja, Altino Prazeres.
Namun, beliau tidak mengetepikan akan terdapat mogok semasa pusingan akhir bola sepak Piala Dunia berlangsung.
"Kami berpendapat, kami tidak bersedia untuk berkonfrontasi dengan polis semasa Piala Dunia berlangsung," tambahnya.
Pusingan akhir bola sepak Piala Dunia 2014 berlangsung semalam dan akan berakhir pada 13 Julai depan. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0613&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz34TSrZ9SH 
Hakcipta terpelihara 

Beg tangan Nasha dicuri pembantu peribadi sendiri


AMPANG JAYA – Beg tangan pelakon terkenal, Nasha Aziz atau nama sebenarnya, Noraishah A. Aziz, 44, dilarikan pembantu peribadinya ketika dia terlibat dalam penggambaran di Jalan Air Bukit, Taman Ampang Utama di sini Jumaat lalu.
Dalam kejadian pukul 2.30 pagi itu, Nasha yang baru selesai menjalani pengambaran mendapati pembantu peribadinya tiada di lokasi bersama beg tangan dan barangan berharga miliknya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0613&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz34TSdhLhx 
Hakcipta terpelihara 

10 lagi suspek kes rogol masih disiasat Polis Kelantan


KOTA BHARU – Berapa ramai bilangan suspek yang bakal dituduh di mahkamah berhubung kejadian rogol dua orang gadis secara beramai-ramai di Ketereh di sini pada 20 Mei lalu belum muktamad.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, biarpun empat lelaki telah dituduh di dua mahkamah kelmarin namun tidak bermakna 10 lagi suspek yang ditahan berhubung kejadian tersebut sudah terlepas sebaliknya polis sedang mengumpul bukti untuk melengkapkan pendakwaan ke atas mereka.
“Kita telah tangkap 14 orang tetapi keputusan dibuat oleh ketua unit pendakwaan yang meneliti penyiasatan polis setakat ini hanya bersetuju untuk empat orang itu didakwa.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0613&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz34TSZJlK9 
Hakcipta terpelihara