Search This Blog

Thursday, June 12, 2014

Hentikan jualan!


Kuala Lumpur: Selain bihun Cap Masjid, sebuah kilang di Jalan Ipoh, di sini yang disita kelmarin, turut mengeluarkan produk itu menggunakan tiga logo lain iaitu cap Kucing, Kambing dan Timun.
Sehubungan itu, Ketua Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Mohd Roslan Mahyuddin mengarahkan semua peniaga menghentikan penjualan keempat-empat jenama berkenaan di pasaran.
“Kita tidak dapat memastikan berapa luas penjualan semua jenama bihun dikeluarkan oleh kilang berkenaan, namun kita akan melakukan pemantauan berterusan di premis lain.

“Kita beri amaran kepada peniaga supaya tidak lagi menjual jenama berkenaan kerana ia adalah satu kesalahan dan sekiranya mereka didapati masih menjualnya, kita tidak akan teragak-agak untuk mengenakan hukuman berat,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Foto
PIHAK berkuasa merampas bihun cap Kucing di pasar raya.
Foto
LANTAI premis dipenuhi sisa takungan air beras yang sudah basi.

Katanya, KPDNKK akan melakukan siasatan lanjut terhadap kilang berkenaan dan jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tiga tahun atau denda sehingga RM100,000 bagi individu atau kedua-duanya, manakala bagi syarikat boleh dikenakan tidak lebih RM250,000.


Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/12

Murid Tahun Tiga dikhuatiri lemas di Jeram Besu


2014/06/12 - 18:13:49
KUANTAN: Seorang murid lelaki Tahun Tiga dikhuatiri lemas semasa mandi bersama keluarganya di Jeram Besu, Dong dekat Raub pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Mohd Shamsudin Wan Osman berkata, sebelum kejadian, mangsa Mohamad Zul Hassan Mohamad Norlan, 9, bersama keluarganya dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Kelantan.

"Keluarga mangsa singgah di situ sebentar untuk mandi dan berkelah sebelum meneruskan perjalanan mereka.

"Mangsa tiba-tiba didapati hilang semasa sedang mandi di situ pada 11 pagi sebelum anggota keluarga mencarinya," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata keluarga mangsa bertindak membuat laporan kehilangannya di Balai Polis Dong sejurus kemudian.

Katanya, 23 anggota pasukan penyelamat yang terdiri daripada polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa.

"Sehingga kini mangsa yang berasal dari Teluk Panglima Garang, Selangor masih belum ditemui dan operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan," katanya. - BERNAMA 

Lelaki maut digilis kenderaan


SEREMBAN: Mayat seorang lelaki ditemui dengan kedua-dua belah kakinya hampir hancur selepas dipercayai digilis beberapa buah kenderaan di Kilometer 266.5, Lebuh Raya Utara-Selatan, menghala ke Nilai dekat sini malam tadi.

Jurucakap polis berkata dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu, Lai Han Khun, 41, dipercayai gagal mengawal motosikal yang ditungganginya lalu terjatuh di lebuh raya itu sebelum dirempuh kenderaan lain.

Motosikal mangsa didapati tercampak hampir 5 meter daripada mayatnya.

Mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, badan dan kedua-dua belah kakinya, mati di tempat kejadian.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk bedah siasatan.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar tampil di balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/12

Warga Pakistan maut dipercayai angkara pasport


Oleh Fardy Bungah
Serdang: Seorang peniaga lelaki warga Pakistan ditemui mati dengan kesan kecederaan di kepala di dalam bilik tidur rumah sewanya di Pangsapuri Bayu, malam tadi.

Kejadian disedari teman wanitanya yang datang ke rumah mangsa sebelum menghubungi beberapa rakannya yang juga warga Pakistan, kira-kira 9 malam.



Mangsa didapati mengalami kecederaan di kepala dan luka di mulut dipercayai dicekik manakala bajunya dinaikkan sehingga menutupi muka.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Rozimi Ahmad berkata, suspek pembunuhan dipercayai mengenali mangsa berdasarkan tiada kesan pecah masuk ke dalam rumah berkenaan.


Katanya, siasatan awal mendapati beberapa jiran terdengar jeritan daripada dalam rumah mangsa pada 5.30 petang.


"Terdapat kesan pergelutan berdasarkan kepada keadaan yang berselerak di dalam rumah berkenan.

"Masa kematian mangsa dijangkakan kurang daripada enam jam sebelum ditemui oleh teman wanita mangsa.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan dua suspek dikenalpasti berusia 20-an kini sedang diburu," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurutnya, polis percaya motif kejadian adalah salah faham berhubung pengurusan pasport.




Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/12

Polis Pulau Pinang rampas kereta curi bernilai RM400,000


Oleh Salman Hamat
Butterworth: Polis Pulau Pinang menumpaskan sindiket curi kenderaan hasil serbuan dijalankan di dua bengkel kereta di Bagan Jermal dan Taman Kerapu, di sini, malam tadi.

Timbalan Ketua Polis P Pinang, Datuk A Thaiveegan berkata, kenderaan dirampas membabitkan enam kereta dan sebuah lori dianggarkan bernilai kira-kira RM400,000.



Turut ditahan dalam serbuan sama ialah tiga lelaki berusia lingkungan 30-an hingga 40-an dipercayai pemilik dan pekerja bengkel terbabit bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379A kerana mencuri kenderaan.

"Pemeriksaan dilakukan mendapati tujuh kenderaan sah dicuri dengan dua daripadanya dilaporkan hilang di Kedah dan bakinya di sekitar negeri ini.


"Kami melakukan gerakan susulan untuk mengenalpasti sejauh mana pembabitan individu ditahan selain memeriksa status baki kenderaan berada di dua premis terbabit," katanya.


Thaiveegan berkata, serbuan itu adalah sebahagian daripada Op Cantas khas dilancarkan sejak Ogos tahun lalu dalam usaha menurunkan lagi kadar jenayah.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/12

Besi tajam dalam poket


Oleh Muhamaad Razis Ismail
Kota Bharu: Seorang buruh dijatuhi hukuman penjara dua bulan dan satu sebatan di Mahkamah Majistret di sini, semalam, kerana memiliki satu besi yang ditajamkan minggu lalu.

Majistret Nik Habri Muhamad menjatuhkan hukuman itu selepas Mohd Daud Isa, 25, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan.

Mengikut pertuduhan, Mohd Daud didakwa memiliki satu besi yang ditajamkan dalam poket kanan hadapan seluarnya di Jalan Perol, di sini, pada jam 7.15 pagi, 4 Jun 2014.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, polis menyerbu sebuah rumah dan ketika memperkenalkan diri, tertuduh melarikan diri sebelum dia berjaya diberkas di tepi jalan.

Pemeriksaan ke atasnya menemui besi berbentuk T yang ditajamkan dalam poket seluarnya.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/12

Dendam bini tua


Sakakah: Seorang wanita Saudi yang mengetahui suaminya berkahwin lain, menanti kepulangan lelaki itu bersama isteri barunya sebelum menembak mereka.

Menurut polis, lelaki itu dikejarkan ke hospital tetapi disahkan sudah tidak bernyawa.


Isteri barunya pula cedera parah dalam ‘serangan kerana cemburu’ itu.

“Dia menunggu mereka di rumah dan sebaik suaminya tiba bersama isteri barunya, dia menembak mereka,” lapor akhbar tempatan yang memetik kenyataan polis, semalam. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/12

Bunuh, lapah, makan mayat


Tennessee: Seorang lelaki Amerika Syarikat (AS) ditahan kerana didakwa membunuh, melapah dan memakan cebisan mayat seorang wanita.

Pendakwa raya Daerah Coffee, Mickey Layne berkata, Gregory S.



Hale, 37, ditahan di kediamannya di sini Ahad lalu dan dituduh membunuh dengan niat serta salah laku ke atas mayat.

Hale mengaku membunuh wanita berkenaan yang dikenali sebagai Lisa Marie Hyder, menurut waran tangkap yang dikeluarkan.

Dalam kenyataannya kepada pihak berkuasa, dia mengaku memenggal Lisa dan memotong tangan serta kaki mangsa lalu meletakkan bahagian badan ke dalam bekas.

Dia kemudian menanam tubuh mangsa dalam longgokan sampah yang dibakar di kediamannya.
 Lisa Marie Hyder

“Di samping itu, Hale juga mengaku memakan cebisan mayat mangsa,” menurut waran berkenaan.

Layne berkata, jiran suspek memberitahu polis, dia pernah berbual dengan Hale dan mempunyai sebab untuk mempercayai kejadian itu dilakukannya.

Hale kini ditahan sementara menunggu untuk dibicarakan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/12

Polis cekup 'chef' dadah


Oleh Rudy Syareme Sheriffudin
Georgetown: Seorang lelaki dipercayai 'chef' makmal dadah jenis heroin ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Merbau Indah, Sungai Dua, Butterworth, di sini, pagi semalam.

Serbuan jam 2.45 pagi membabitkan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri bersama JSJN Bukit Aman serta Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) itu berjaya merampas dadah bernilai RM1 juta.

Pengarah JSJN Bukit Aman Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, dalam serbuan itu suspek yang ketika itu berada di dalam rumah dipercayai sedang memproses dadah dan kediaman berkenaan dijadikan makmal memproses heroin sejak beberapa bulan lalu.

"Dalam serbuan berkenaan, 25.5 kilogram (kg) heroin sudah siap diproses ditemui bersama 1.9kg asas heroin, 67.5kg kafin, 1.2kg syabu,1.2kg cecair syabu serta beberapa peralatan memproses heroin ditemui.

"Selain itu, seorang lelaki berusia 54 tahun yang dipercayai pembekal asas heroin ditahan di Alor Setar, Kedah bagi membantu siasatan berhubung penemuan makmal dadah berkenaan dan kedua-duanya direman sehingga Selasa depan," katanya.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/12

Kandang tertuduh sesak


Port Dickson: Seramai 20 individu termasuk penuntut institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang ditahan ketika berpesta di sebuah hotel, Sabtu lalu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas pertuduhan memiliki dadah berbahaya jenis ketamine dan kanabis.
Kehadiran tertuduh terdiri daripada 13 lelaki dan tujuh wanita berusia 19 hingga 28 tahun itu menyebabkan kandang tertuduh sesak dan sebahagian mereka berdiri di luar ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah. 
Sejurus pertuduhan dibacakan, semua tertuduh mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan. 

Bagi pertuduhan pertama, Putera Khairin Syazwan Mohd Latif, 22, Jamal Nasseir Abu Hassan, 22, Tun Zaffiqh Siddique Sabry Sharif, 20, Mohd Razif Osman, 25, Muhammad Amirul Aqily Abu Bakar, 22, Shahrul Nazrin Rashid Abdul Rahsid, 24, Muhammad Zharif Ilmam Ja'afar, 20, dan abangnya, Muhammad Syamim Hafidz, 22, Nur Afiffuddin Mohd Yusof, 22, Norhalis Ahmad, 28, Ahmad Shafiq Ahmad Faris, 24, dan Muhammad Faizal Abu Bakar, 22, didakwa memiliki dadah berbahaya jenis ketamine seberat 1.43 gram di sebuah bilik No 2703, Hotel Grand Lexis, di sini, jam 1.50 pagi, pada 7 Jun lalu.
Foto
SEBAHAGIAN tertuduh terdiri daripada 13 lelaki dan tujuh wanita dibawa ke Mahkamah Majistret Port Dickson, semalam.

Tujuh wanita, Aishah Natasha Muhammad Khairudin, 19, Nur Nabihah Abd Hadi, 21, Nur Fadilah Hamidun, 23, Nur Sarah Aneesa Hisha, Norazlina Saidu, Mimi Syuhaida Mohd Zaki dan Widadtul Khairina Mohamad Kamal, masing-masing berusia 20 tahun turut didakwa atas kesalahan sama.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum mengikut seksyen sama, serta dibaca serentak Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Jika disabitkan kesalahan mereka boleh didenda maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali. 


Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/12

Rumah kosong hangus terbakar

Keadaan rumah tinggal yang hampir musnah dalam kebakaran di Kampung Sungai Ati, Padang Rengas, malam kelmarin.
Keadaan rumah tinggal yang hampir musnah dalam kebakaran di Kampung Sungai Ati, Padang Rengas, malam kelmarin.
PADANG RENGAS - Sebuah rumah dua tingkat di Kampung Sungai Ati, di sini, hampir musnah dalam kebakaran malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.46 malam itu, rumah kosong yang dipercayai ditinggalkan itu musnah dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian berkenaan.

Saksi enggan namanya disiarkan berkata, dia ternampak kepulan asap dan api keluar dari rumah berkenaan dan segera menghubungi anggota bomba.

"Api marak dengan cepat, berikutan rumah itu dibina dengan menggunakan kayu.

“Bila bomba sampai, rumah tersebut hampir musnah sepenuhnya. Dengan kepantasan anggota bomba api dapat dikawal daripada merebak ke kawasan berhampiran,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba Kuala Kangsar, Ismail Darus mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut.

Menurutnya, tiga jentera dari Balai Bomba Kuala Kangsar dan Taiping yang membawa 19 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan.

“Kita menerima panggilan pada jam 9.46 malam dan sebaik tiba di lokasi kejadian, api sudah marak dan rumah tersebut hampir musnah.

“Anggota berjaya mengawal kebakaran dari merebak ke kawasan lain. Operasi tamat pada jam 11.19 malam.

“Berdasarkan keadaan rumah, ia mungkin sudah lama ditinggalkan. Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Dua remaja didenda RM10,000


12 Jun 2014


KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman denda RM10,000 ke atas dua pemuda yang mengaku menjual cakera video digital (DVD) tanpa sijil perakuan B secara sambilan.

Majistret Azhraf Rezal Abdul Manan menjatuhkan hukuman itu ke atas Lew Yoon Weng, 19, dan Tang Tuck Seng, 20, setelah mereka mengaku melakukan perbuatan itu Pekan Sungai Besi dan Tapak Pasar Malam Taman Connaught pukul 8.30 malam, semalam.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 18(4)(a) Akta Penapisan Filem 2002 dan dihukum mengikut Seksyen 18(5) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM30,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan, Lew didakwa menjual 180 keping DVD pelbagai tajuk tanpa sijil perakuan B manakala Tang sebanyak 305 keping.

Ketika rayuan, peguam Khairul Amin Abdullah memohon hukuman ringan berbentuk denda dan memaklumkan kedua-dua anak guamnya menjual DVD berkenaan secara sambilan untuk menyara keluarga.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Yuniswa Abdul Rahman memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal.- Bernama

Wanita cedera, rugi RM3,000 diragut


12 Jun 2014

BUKIT MERTAJAM - Seorang wanita cedera dan kerugian lebih RM3,000 akibat diragut ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas berniaga di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang dua hari lepas.

Kakak mangsa Shahidah Awang, 33, berkata mereka tidak menyedari kejadian yang menimpa Haryanti, 27, sehinggalah mendapati adiknya tidak kembali ke rumah pada awal pagi semalam.

"Anggota keluarga keluar mencarinya sebelum kami buat laporan polis. Petang semalam ada orang menghubungi kami memaklumkan ternampak kemalangan membabitkan   motosikal Haryanti di Jalan Permatang Nibong selepas kami memuat naik mengenai kehilangan Haryanti dalam laman Facebook," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Katanya dia sekeluarga kemudian menghubungi Hospital Seberang Jaya dan dimaklumkan Haryanti dirawat di Hospital Bukit Mertajam (HBM).

Menurut Shahidah, adiknya yang berniaga pau di UiTM di Permatang Pauh itu diragut pada pukul 11.30 malam ketika menunggang bersendirian untuk balik ke rumah.

Adik beritahu motosikalnya ditendang sehingga jatuh oleh penjenayah yang kemudian melarikan kesemua hasil jualan hari itu, katanya.

Menurut Shahidah adiknya dihantar ke hospital berkenaan oleh orang ramai namun didaftar atas nama lain kerana Haryanti hilang ingatan seketika akibat kepalanya terhentak dalam kejadian.

Sementara itu, jurucakap polis berkata pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan wanita berkenaan sebelum seorang anggota  keluarganya hari ini tampil membuat laporan sekali lagi memaklumkan peniaga itu telah ditemui dan sedang menerima rawatan di HBM berikutan kecederaan selepas diragut.

"Siasatan lanjut masih dijalankan dan setakat ini polis belum mengambil keterangan wanita berkenaan berikutan keadaan mangsa yang masih belum pulih sepenuhnya. Orang ramai yang melihat kejadian itu atau mempunyai maklumat boleh  menghubungi mana-mana balai polis  berdekatan bagi membantu siasatan," katanya. - Bernama

Dua produk kosmetik dikesan beracun


11 Jun 2014


PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai supaya mengelak daripada membeli dan menggunakan dua produk kosmetik yang telah diuji dan dikesan mengandungi racun berjadual, hydroquinone dan tretinoin, yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik.

Dalam satu kenyataan, Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan berkata, dua produk terbabit, Dermaceutic Spot Cream dan Dermaceutic Spot Peel Cream, tidak lagi dibenarkan dijual di Malaysia.

Produk itu mengandungi hydroquinone dan atau tretinoin yang merupakan produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan, menurut kenyataan itu.

Kebiasaannya, hydroquinone digunakan untuk merawat kulit yang mengalami masalah hiperpigmentasi manakala tretinoin pula digunakan untuk mengurangkan kesan inflamasi untuk merawat masalah jerawat, kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan hydroquinone lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit, merawat masalah jeragat dan kulit tidak sekata manakala produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan tretinoin biasanya dipromosikan untuk tujuan merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan kedutan.

"Penggunaan hydroquinone dan atau tretinoin, tanpa mendapat nasihat kepakaran, dikhuatiri boleh menyebabkan kesan yang tidak diingini," kata kenyataan itu.

“Hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif.

Kesan penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV berbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

“Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari," kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, pihak syarikat yang bertanggungjawab meletakkan produk itu di pasaran diarahkan untuk memberhentikan penjualan dan pembekalan serta merta dan memanggil balik kesemua stok fizikal produk terbabit daripada pasaran dalam tempoh 72 jam.

Oleh itu, sesiapa yang mempunyai stok produk itu dinasihatkan supaya menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta-merta. - Bernama

Pengganas paling dikehendaki tewas

Pengganas paling dikehendaki tewas
MANILA - FILIPINA. Pengganas yang disenaraikan oleh Amerika Syarikat (AS) sebagai individu paling dikehendaki Khair Mundos ditahan di ibu negara Filipina, semalam.

AS sebelum ini pernah menawarkan ganjaran setengah juta dolar bagi menangkap anggota militan berkenaan selepas diburu beberapa tahun.

Jabatan Negara AS dalam satu kenyataan menyifatkan Khair adalah pemimpin utama dan pembiaya kumpulan pelampau Abu Sayyaf.

“Kumpulan itu bertanggungjawab terhadap insiden pengeboman dan penculikan beramai-ramai,” menurut laporan itu kepada APF.

Pada 2004, Khair pernah ditahan di selatan Filipina namun dapat meloloskan diri pada 2007.

Maklumat lanjut penangkapan beliau bagaimanapun tidak didedahkan kepada media.

Mengaku salah pecah rumah, ugut

Rosli dan Mat Zul Fahmi dihadapkan ke mahkamah majistret atas tuduhan melakukan pecah rumah dengan mencuri sebuah televisyen serta memeras ugut seorang lelaki warga asing.
Rosli dan Mat Zul Fahmi dihadapkan ke mahkamah majistret atas tuduhan melakukan pecah rumah dengan mencuri sebuah televisyen serta memeras ugut seorang lelaki warga asing.
KUALA TERENGGANU - Bukan sahaja mengaku salah melakukan pecah rumah dengan mencuri sebuah televisyen, malah dua sahabat turut mengaku salah memeras ugut seorang lelaki warga asing semasa dihadapkan di Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Rosli Seman, 45 dan Mat Zul Fahmi Mat Zuki, 27, mengangguk faham sebelum mengaku salah ketika pertuduhan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan pecah rumah dan Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan, dibacakan.

Mengikut pertuduhan pertama, mereka didakwa melakukan pecah rumah dan mencuri sebuah televisyen milik Razali Dollah, 53, di sebuah rumah di Kampung Bukit Ara, Ajil, Hulu Terengganu pada jam 12 tengah malam antara 1 hingga 15 Mei lalu dan berdepan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Selain itu, Rosli dan Mat Zul Fahmi turut didakwa melakukan pemerasan dengan mendatangkan ketakutan kepada Md Earshad Mohamad Abdullah sehingga mendorong mangsa menyerahkan sebuah telefon bimbit dan RM69.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah kongsi pekerja Kampung Bukit Kolam, Ajil, Hulu Terengganu pada jam 1 petang, 30 Mei lalu.

Bagi kesalahan itu, mereka berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan.

Rosila menetapkan 7 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes di Mahkamah Majistret Kuala Berang.

Rosila turut membenarkan kedua-dua mereka diikat jamin sebanyak RM6,000 setiap seorang bagi kedua-dua pertuduhan.

Tahanan mati tergantung


WARTAWAN SINAR HARIAN
12 Jun 2014

ALOR GAJAH - Seorang tahanan ditemui mati tergantung tanpa berpakaian di sebuah sel di Depot Tahanan Imigresen Machap Umboo, di sini, awal pagi semalam.

Lelaki dikenali sebagai Basem La Abu Samra, 27, itu ditemui dalam keadaan tergantung dengan seluarnya diikat pada jaringan besi di siling sel individu kem tahanan tersebut, kira-kira jam 5.15 pagi.

Basem yang sudah tiga bulan berada di depot tersebut selepas dipindahkan dari Penjara Kajang dikatakan kini dalam proses penghantaran semula ke negara asal sementara menunggu penyediaan dokumen perjalanan dan tiket penerbangan.

Bagaimanapun, dia yang sebelum ini menjalani hukuman atas kesalahan dadah dan samun itu enggan pulang ke Palestin berikutan sedang membuat permohonan perlindungan di bawah Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNCHR).

Pemangku Pengarah Jabatan Imigresen Negeri, Abu Bakar Sidek Hasan berkata, sebelum kejadian, mangsa membuat kecoh lalu diasingkan ke dalam sel individu kira-kira 11.45 pagi kelmarin.

“Mangsa terdahulu minta untuk diasingkan daripada tahanan lain dengan alasan mahu membuat ibadat, namun tidak dilayan pihak anggota depot kerana tiada keperluan dia diasingkan.

“Bagaimanapun, dia dipindahkan ke dalam sel individu selepas membuat kecoh dan ditemui mati kurang 24 jam oleh pegawai imigresen yang membuat rondaan,” katanya di sini, semalam.

Menurut Abu Bakar, mangsa sebelum ini enggan bekerjasama dengan jabatannya apabila tidak memberi maklumat hingga menyukarkan pihak kedutaan Palestin mengeluarkan paspot.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Mohamad Laham berkata, mangsa merupakan banduan akhir dilihat kali terakhir sedang baring di dalam sel kira-kira 4.45 pagi oleh pegawai yang meronda.

"Kes disiasat sebagai mati mengejut selain tiada unsur-unsur jenayah dikaitkan atas kematiannya,” katanya.

Premis 'jual' gadis asing diserbu

Sebahagian daripada 38 wanita warga asing yang ditahan anggota Imigresen Negeri dalam dua
operasi berasingan di Ipoh dan Kampar, baru-baru ini.
Sebahagian daripada 38 wanita warga asing yang ditahan anggota Imigresen Negeri dalam dua operasi berasingan di Ipoh dan Kampar, baru-baru ini.
IPOH – Seramai 38 warga asing diberkas Jabatan Imigresen Negeri dalam dua operasi berasingan di beberapa tempat di daerah Ipoh dan Kampar setelah dikesan menjalankan kegiatan tidak bermoral, Isnin lalu.

Itu hasil serbuan  dibeberapa pusat refleksologi, pusat hiburan dan hotel yang menjadikan gadis warga asing lingkungan usia 17 hingga 43 tahun yang berasal dari Thailand, Vietnam dan China sebagai daya penarik.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen II, Irwan Zahid berkata, seramai 21 warga asing diberkas dalam serbuan di beberapa premis sekitar Kampar termasuk sebuah pusat perjudian dan hotel di bandar itu.

“Operasi diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Fara Natasha Ghafar bersama 13 anggota menjalankan pemeriksaan di premis terbabit dan warga asing itu dikesan melakukan kesalahan imigresen.

“Hasil pemeriksaan mendapati seramai 10 wanita dan 11 lelaki yang terdiri daripada warga China, Bangladesh, Indonesia dan Nepal. Kesemua mereka bekerja sebagai buruh di premis terbabit,” katanya.

Sementara itu di Ipoh, menurutnya, seramai 17 wanita ditahan dalam operasi yang dijalankan di sebuah pusat refleksologi di Medan Ipoh Bestari pada 27 Mei lalu.

“Kesemua wanita warga Thailand dan Vietnam itu bukan sahaja bekerja sebagai tukang urut tetapi turut menjalankan kegiatan tidak bermoral di pusat terbabit dan menyalahgunakan pas lawatan sosial,” katanya.

Katanya, kesemua mereka didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan Perkara 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Kesemua yang diberkas dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Langkap, untuk siasatan lanjut,” katanya.

Tunang maut kemalangan, impian kahwin berkecai

Kakak mangsa (tengah) menahan sebak melihat mayat adiknya.
Kakak mangsa (tengah) menahan sebak melihat mayat adiknya.
TUMPAT – Hasrat seorang pemuda bersama tunangnya  melangsungkan perkahwinan berkecai apabila dia terbunuh selepas motosikal yang ditunggangi mereka hilang kawalan dan melanggar belakang lori di kilometer 11.5 jalan Kota Bharu-Pengkalan Kubor dekat Chabang Empat.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 malam kelmarin, mangsa, Eh Pian Eh Pooi, 33, dari Kampung Kubang Bemban di sini mati di tempat kejadian.

Manakala tunangnya, Sukoi Eh Boon, 26, dari Kampung Kubang Panjang di sini, cedera parah di kepala dan tangan dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Adik Sukoi, Umi Eh Bon, 22, berkata, kakaknya akan melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya itu pada September ini setelah tiga tahun mereka mengikat tali pertunangan.

“Mereka dalam perjalanan pulang ke rumah selepas bakal abang ipar saya itu menjemput kakak saya di tempat kerjanya di Kota Bharu.

“Tetapi sebelum terlibat dengan kemalangan itu, mereka singgah di tempat kerja ibu saya di kedai makan di Wakaf Bharu,” katanya.

Menurutnya, pada petang kejadian itu, motosikal mangsa rosak dan meminjam motosikal ayah tunangnya untuk menjemput kakak.

“Saya mengetahui kemalangan ini selepas dihubungi oleh rakan, padahal ketika kejadian itu berlaku saya berada di sekitar Chabang Empat membeli barang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Supritendan Zaharudin Rasip berkata, hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika pemandu lori jenis Isuzu dalam perjalanan dari Wakaf Bharu ke Pengkalan Kubor.

“Sampai di tempat kejadian, tiba-tiba motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang mangsa bersama pembonceng itu dipercayai mengekori rapat lori tersebut.

“Motosikal tersebut dari arah yang sama dengan lori itu telah hilang kawalan dan melanggar belakang sebelah kanan lori,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang cedera parah di kepala dan di dada mati di tempat kejadian manakala pemboncengnya dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.

Pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

Zaharudin berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pemandu cemas lori terbakar

Anggota Bomba Gopeng sedang memeriksa sebuah lori yang hangus di Lebuh Raya Utara-
Selatan berhampiran Gua Tempurung, semalam
Anggota Bomba Gopeng sedang memeriksa sebuah lori yang hangus di Lebuh Raya Utara- Selatan berhampiran Gua Tempurung, semalam
GOPENG – Seorang pemandu lori berdepan detik cemas apabila bahagian hadapan kenderaan itu tiba-tiba terbakar ketika dalam perjalanan dari Klang, Selangor ke Taiping, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.55 petang di Kilometer 303, Lebuh Raya Utara-Selatan arah Utara berhampiran Gua Tempurung itu menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Gopeng, S Ganasan berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan pemandu lori berkenaan sempat menyelamatkan diri.

Menurutnya, sebuah jentera bersama lima anggota dan pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan kira-kira jam 1.58 petang.

“Setibanya di lokasi kejadian, sebuah lori jenis Daihatsu seberat satu tan yang membawa muatan kertas kotak sedang terbakar.

“Kita turut menerima bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat Tapah bagi memadam kebakaran. Api berjaya dikawal kira-kira 15 minit kemudian,” katanya.

Ganasan berkata, pemandu lori berusia 57 tahun sempat memberhentikan kenderaan itu di bahu jalan selepas ternampak api di bahagian dashboard.

Bapa tiri terlampau

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
PORT DICKSON – Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara 25 bulan oleh Mahkamah Majistret Port Dickson semalam, selepas mengaku bersalah atas tuduhan melakukan kelucahan melampau kepada anak tiri perempuannya.

Hukuman itu dijatuhkan oleh Majistret, M Mageswary setelah menimbangkan beberapa faktor termasuk pengakuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan yang dilakukannya serta mengambil kira kepentingan awam dan rayuan tertuduh.

Tertuduh, Ismadi Anuwar Ismail, 24, dari Batu 23 1/2, Ramuan China Besar, Masjid Tanah di sini, menghadapi satu tuduhan mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman tempoh penjara sehingga lima tahun dan dikenakan
sebatan jika disabitkan kesalahan.

Berdasarkan tuduhan itu, tertuduh didapati merangsang seorang kanak-kanak untuk melakukan suatu perbuatan kelucahan melampau.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 30 Mei lalu sekitar jam 6 pagi di bilik utama sebuah rumah beralamat di Kampung Air Meleleh, Port Dickson.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan dan merayu agar dikurangkan hukuman kerana menanggung anak termasuk anak tiri seramai tujuh orang sementara isterinya tidak bekerja.

Terdahulu, tertuduh mengaku insaf dengan perbuatannya.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya, Suhaili Sapun memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang berat ke atas tertuduh kerana perbuatannya mendatangkan trauma yang teruk kepada mangsa.

Sembilan mat gian ditahan

Pekerja kontrak yang ditahan di Taman Uda Murni awal pagi semalam dibawa ke IPD Dungun untuk siasatan lanju
Pekerja kontrak yang ditahan di Taman Uda Murni awal pagi semalam dibawa ke IPD Dungun untuk siasatan lanju
DUNGUN – Seorang lelaki 'lalok' yang memakai baju T tertera tulisan 'gerak gempur dadah' ditahan bersama lima rakannya ketika sedang mengambil dadah dalam serbuan yang dijalankan sempena Ops Tapis dekat Paka, di sini, pagi semalam.

Rahsia penglibatan lelaki berusia 30-an itu terbongkar selepas rumah sewanya di Taman Uda Murni, di sini, diserbu sepasukan polis narkotik diketuai Sub Inspektor Ismail Omar kira-kira jam 5.30 awal pagi semalam, setelah maklumat risikan mendapati lokasi berkenaan merupakan port penagih.

Ketika serbuan, pekerja projek yang berasal dari Tumpat, Kelantan itu sedang khayal, malah dia turut mengakui sudah lebih setahun terlibat dengan dadah serta sering mengambil bahan terlarang itu bersama beberapa rakan lain di rumah sewa berkenaan.

Lebih menarik perhatian, ketika serbuan, lelaki itu turut memakai baju T tertera tulisan 'gerak gempur dadah', sedangkan dia sendiri menjadi penagih dan ditahan kerana terlibat dengan perbuatan tidak bermoral tersebut.

Dalam serbuan berasingan di Ketengah Jaya pula, seramai empat lelaki ditahan termasuk seorang anak otai dadah dikenali di kawasan tanah rancangan Felda, juga kerana mengambil dadah.

Suspek yang menyedari kehadiran polis, cuba meloloskan diri hingga berlaku pergelutan, namun dia akhirnya berjaya ditahan.

Hasil pemeriksaan lanjut menemui sejumlah dadah jenis methamphetamine (pil kuda) bersama lelaki itu yang disyaki merupakan pengedar utama di kawasan sekitar.

Sembilan suspek yang ditahan dalam dua operasi berasingan itu kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan tangkapan tersebut.

Premis jualan langsung diserbu

Mohd Khairuddin (kanan) melihat mesin yang digunakan untuk pemprosesan produk kesihatan
yang tidak mendapat pengesahan Kementerian Kesihatan
Mohd Khairuddin (kanan) melihat mesin yang digunakan untuk pemprosesan produk kesihatan yang tidak mendapat pengesahan Kementerian Kesihatan
SENAWANG  - Sebuah syarikat terlibat dalam jualan langsung diserbu Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Negeri Sembilan, semalam kerana didapati memproses dan menjual produk kesihatan yang tidak disahkan Kementerian Kesihatan.

Serbuan dilakukan kira-kira 12 tengah hari oleh tujuh pegawai PPDNKK di premis syarikat yang terletak di Taman Tasik Jaya, dekat sini, itu

Dalam serbuan itu, lebih 110 kotak berisi 11 pelbagai produk kesihatan untuk jualan langsung bernilai RM31,662 dirampas.

Selain itu, dua mesin pemprosesan dianggarkan bernilai RM4,000 selain empat buah komputer dan juga dokumen-dokumen berkaitan syarikat terbabit, turut disita.

Penolong Pengarah PPDNKK Unit Jualan Langsung, Mohd Khairuddin Osman berkata, pihaknya menjalankan serbuan berdasarkan aduan diterima orang awam.

“Hasil daripada serbuan ke atas premis dua tingkat dan tempat pemprosesan produk itu mendapati beberapa produk dikeluarkan syarikat itu dijual tanpa disahkan Kementerian Kesihatan.

"Selain itu, syarikat yang wujud sejak 2011 itu menjalankan operasi tanpa lesen yang sah selama hampir setahun selepas tamat tempoh pada Ogos lalu," katanya.

Menurutnya, antara produk yang dirampas adalah Barli Pouch, Tongkat Ali Kotak, Coklat Susu Kambing dan Biocell yang telah siap diproses serta dibungkus.

“Dua ahli kongsi syarikat berkenaan juga turut ditahan bagi membantu siasatan,” katanya di sini, semalam.

Mohd Khairduddin berkata, siasatan dilakukan di bawah Seksyen 4 Akta Jualan Langsung dan Skim Piramid 1993.

Beliau berkata, serbuan itu adalah yang pertama membabitkan produk jualan langsung dan pihaknya akan terus menjalankan pemantauan dari masa ke semasa.

Lelaki maut ditikam kekasih

Mangsa ditikam di tingkat atas premis rumah kedai ini yang terletak di Jalan PJS 1/46.
Mangsa ditikam di tingkat atas premis rumah kedai ini yang terletak di Jalan PJS 1/46.
PETALING JAYA - Seorang lelaki berusia 40 tahun maut ditikam menggunakan pisau oleh kekasihnya yang merupakan seorang warga Indonesia dalam kejadian di sebuah rumah kedai berhampiran Jalan PJS 1/46, Taman Petaling Utama, semalam.

Menurut sumber polis, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 5 pagi selepas polis menerima laporan daripada salah seorang pengusaha restoran berhampiran kawasan itu.

Mangsa yang dipercayai warganegara India itu maut terkena tikaman pisau di bahagian dada dengan menggunakan pisau.

“Mangsa ditemui dalam keadaan bogel dan dipercayai baru selesai mandi sebelum ditikam,” kata sumber.

Sepasukan anggota polis dan forensik dikerahkan ke lokasi selepas mendapat laporan dan berjaya menahan suspek di situ.

Mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Penduduk gempar 100 kubur digali


2014/06/12 - 06:43:29

Foto
Penduduk menunjukkan sebahagian daripada hampir 100 kubur di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jawi-Jawi digali dan diambil tanahnya.


Bentong: Penduduk Kampung Jawi-Jawi, Pelangai dekat sini gempar apabila kira-kira 100 kubur di tanah perkuburan Islam di sini dikorek, dipercayai untuk kegiatan pemujaan atau ajaran sesat.

Kejadian disedari penduduk kampung lewat petang kelmarin dan membuat laporan di Pondok Polis Kampung Jawi-Jawi, pagi semalam.
Seorang penduduk, Radin Noraddin, 48, berkata, kejadian dipercayai berlaku empat hari lalu dan cubaan penduduk kampung memerangkap individu terbabit gagal.


Dikorek di tengah kubur

“Semua kubur dikorek di tempat yang sama iaitu di tengah-tengah antara dua batu nisan. Mereka mengorek hanya 7.6 sentimeter (cm) hingga 12.7 cm dipercayai untuk mengambil dua atau tiga kepal tanah.

“Saya tidak pasti motif mereka melakukan kegiatan itu... tetapi, saya terkilan kerana batu nisan dan binaan lain turut dicabut dan dicampak.
“Kami percaya kejadian dilakukan pada waktu malam atau awal pagi oleh sekumpulan orang dengan menggunakan cangkul.

“Tiada barang lain yang mencurigakan dijumpai melainkan cangkul dan spanar yang dipercayai digunakan untuk mengorek,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Abdul Khalil Abdul Talib, 53, berkata, kubur arwah ibunya paling teruk digali kumpulan berkenaan.

Katanya, ini adalah kejadian kedua menimpa kubur arwah ibunya dan tahun lalu kubur arwah ibunya juga mengalami kejadian sama.

“Sebelum ini pun pernah berlaku tetapi hanya satu kubur saja yang dikorek.


Tak pasti tujuan

“Saya pun tidak pasti apa motif mereka korek dan apa yang mereka cari. Tetapi, apa yang dilakukan ini memang teruk,” katanya.

Abdul Khalil berkata, perkara itu mungkin dilakukan pengamal ajaran sesat berikutan mereka mengambil tanah di tempat sama di setiap kubur terbabit.

Bagi Abdul Koris Ishar, 52, kebanyakan kubur yang digali itu terletak berdekatan dengan pokok besar dan busut menyebabkan penduduk mengesyaki perbuatan itu adalah untuk pemujaan.

Beliau berharap pihak berwajib dapat memantau perkara ini sekali gus membantu menyelesaikan masalah kerosakan yang dialami waris.

Difahamkan, Tanah Perkuburan Kampung Jawi-Jawi ini adalah perkuburan kedua tertua di Pelangai dan pusara yang paling lama didapati daripada batu nisan adalah pada tahun 1925.

Jurucakap Jabatan Agama Islam Pahang yang dihubungi untuk mendapatkan komen berkata, akan melawat kawasan itu esok.

4 dituduh rogol 2 gadis


2014/06/12
Kota Bharu: Empat lelaki termasuk dua remaja bawah umur dihadapkan di dua mahkamah berasingan di sini, semalam terhadap tuduhan merogol dua gadis berusia 15 dan 17 tahun di Ketereh, 20 Mei lalu.

Kejadian itu mendapat liputan luas media sebelum ini kerana membabitkan 21 suspek.
Dua mahkamah berasingan


Di Mahkamah Juvana, seorang remaja berusia 17 tahun mengaku bersalah merogol remaja perempuan berusia 15 tahun dengan kehadiran orang lain di sebuah rumah kosong di Kampung Hutan Pasir, Ketereh, antara jam 7.30 malam hingga 11 malam, pada 20 Mei 2014.

Bagaimanapun, seorang lagi remaja berusia 15 tahun mengaku tidak bersalah melakukan kesalahan sama terhadap remaja berusia 17 tahun, di lokasi, masa dan tarikh sama.

Mereka membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nik Habri Muhamad yang kemudian membenarkan kedua-duanya diikat jamin RM3,000 setiap seorang dan perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap 1 haribulan sehingga sebutan kes pada 13 Julai ini.
Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2)(c) Kanun Keseksaan, yang boleh dipenjarakan tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun, selain disebat dan dihukum mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.


Dua mengaku tidak salah

Sementara itu di Mahkamah Sesyen, dua lelaki mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap tuduhan merogol kedua-dua mangsa yang sama dengan kehadiran orang lain.

Pengakuan itu dibuat tertuduh Muhamed Azroel Hassan, 23 dan Che Azuan Che Hasan, 32, di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Noor Haslinda Che Seman.

Kedua-dua tertuduh didakwa merogol kedua-dua mangsa berusia 15 dan 17 tahun dengan kehadiran orang lain pada tarikh, waktu dan lokasi sama.

Bagaimanapun, mahkamah tidak membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin dan menetapkan 13 Julai untuk sebutan semula kes.

Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2)(c) Kanun Keseksaan yang boleh dipenjarakan tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun selain boleh dikenakan sebatan.

Pendakwaan kes dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Nurliyana Md Zukri dan Asmah Azhari.

Sebelum ini, akhbar melaporkan seorang remaja berusia 15 tahun dan rakannya mendakwa menjadi mangsa rogol oleh 38 lelaki, kira-kira jam 7.30 malam pada 20 Mei lalu.

Polis kemudian mengesahkan hanya 21 lelaki terbabit dalam kes rogol dua remaja itu.

Kes tembak komando: 14 tentera dihadap ke mahkamah


2014/06/12 - 06:50:16
Kota Kinabalu: Seramai 14 anggota tentera yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes tembak yang mengakibatkan kematian seorang anggota komando di hadapan sebuah premis serbaneka 24 jam di Pekan Lahad Datu, bulan lalu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret, petang kelmarin.

Mereka didakwa di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Steve Ritikos, yang bertindak sebagai Majistret, mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana melakukan rusuhan.
Semua mengaku bersalah dan dikenakan hukuman penjara selama 14 hari, berkuat kuasa daripada tarikh ditangkap dan denda RM5,000 seorang. Jika gagal membayar, mereka dikenakan penjara tiga bulan.


Dakwaan bunuh

Seorang daripada 14 tentera berkenaan, Khairul Anuar Amdan, turut didakwa mengikut dua lagi pertuduhan, iaitu Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 37 Akta Senjata Api 1960 yang menyebabkan kecederaan dengan sepucuk senjata tanpa alasan yang sah.


Tiada pengakuan
Tiada pengakuan diambil bagi pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan kes akan disebut semula pada 24 Jun ini, manakala bagi Seksyen 37, Khairul tidak mengaku salah.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hamdan Hamzah, manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Sabah, Senior Asisten Komisioner Omar Mammah, ketika dihubungi mengesahkan 14 anggota tentera berkenaan didakwa di mahkamah, kelmarin.

Dalam kejadian jam 4.45 pagi pada 28 Mei lalu, Lans Koperal Mohd Fiffixezafey Mat Hussin, 28, dari Pasir Puteh, Kelantan, meninggal dunia ketika dalam rawatan kecemasan di Hospital Lahad Datu selepas terkena tembakan pada dada kiri.

Dua lagi orang awam turut cedera dalam kekecohan di hadapan sebuah premis serbaneka 24 jam itu.

Larang guna lambang Islam

Foto
Elak pengeluar manipulasi jenama untuk kelirukan pengguna Islam


Foto
Mesin dan kelengkapan memproses serta menghasilkan bihun, beroperasi dalam persekitaran kilang yang kotor dan menjijikkan, seolah-olah tidak pernah dibersihkan.
Kuala Lumpur: Penggunaan sesuatu lambang yang boleh mempengaruhi atau memperdaya pengguna terutama umat Islam, wajar dilarang penggunaannya di negara ini.

Mufti Johor, Datuk Tahrir Shamsuddin, berkata berlaku manipulasi jenama atau lambang oleh sesetengah pengeluar dengan tujuan menarik pengguna Islam membeli produk mereka.

Berikutan itu katanya, pengguna perlu berhati-hati kerana tidak bermakna sesuatu produk yang menggunakan lambang berkaitan Islam, adalah suci dan halal.


Tipu pengguna


“Sekiranya sesuatu lambang digunakan pada produk boleh mempengaruhi pengguna hingga mereka tertipu, maka ia wajar dilarang.”

“Barangan yang memiliki tanda halal diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sahaja yang boleh dipercayai halal,” katanya ketika dihubungi semalam.
Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman, berkata perbuatan ini jelas tidak menghormati sensitiviti umat Islam dan sewajarnya tindakan tegas diambil ke atas pengusaha terbabit. 

2 mati kejadian tembakan di sekolah


2014/06/12 - 06:36:18
gambar sebelum  gambar berikut
Foto
Keluarga Emilio Hoffman tidak dapat menahan sebak ketika menyalakan lilin pada upacara memperingati pelajar itu di Troutdale, Oregon, semalam.
Foto


Los Angeles: Seorang lelaki bersenjatakan senapang membunuh seorang pelajar berusia 14 tahun di sebuah sekolah tinggi Oregon, kejadian terbaharu membabitkan tembakan di sekolah di Amerika Syarikat yang memaksa amaran terbaharu daripada Presiden Barack Obama.

Lelaki bersenjata terbabit yang juga pelajar turut maut dalam kejadian tembakan di Sekolah Tinggi Reynolds di barat laut Amerika Syarikat itu, selepas menembak dirinya sendiri, kata laporan media.
Polis menamakan mangsa sebagai Emilio Hoffman, yang mati di bilik persalinan lelaki bangunan gimnasium sekolah terbabit. Penembaknya yang masih belum dikenal pasti ditemui di bilik air berasingan.

Ketua Polis Troutdale, Scott Anderson memuji tindakan pegawai sumber sekolah terbabit yang menjadi antara orang pertama bertindak balas terhadap kejadian tembakan itu.


Tindakan pantas

“Saya percaya tindakan pantas mereka menyelamatkan lebih banyak nyawa pelajar,” katanya yang masih tidak mengesahkan sama ada suspek menembak diri sendiri atau tertembak.
Saksi melaporkan pelajar dan guru berada di dalam kelas ketika kejadian tembakan berlaku. Seorang guru juga mengalami kecederaan yang tidak mengancam nyawanya, kata polis.

Siaran langsung di televisyen menunjukkan pelajar keluar dari sekolah dengan tangan mereka berada di atas kepala.

“Anak perempuan saya menggeletar dan ketakutan. Beliau diarah ke hujung sebuah bilik bersama beberapa pelajar dan lampu dipasang,” kata seorang ibu kepada TV KOIN 6.

Anderson berkata, ketika operasi mencari di sekolah satu lagi senjata ditemui dan pemiliknya ditahan. Beliau menegaskan bahawa ia sama sekali berasingan dari kejadian tembakan kelmarin. - AFP

Mahkamah sesak 20 kena tuduh serentak

Mahkamah sesak 20 kena tuduh serentak
Antara tertuduh yang tiba di Mahkamah Majistret Port Dickson, semalam. 
Rata-rata terdiri daripada pelajar IPT nafi miliki ketamin, ganja

Port Dickson: Mahkamah Majistret di sini, semalam sesak apabila 20 individu dituduh serentak kerana memiliki dadah jenis ketamin dan ganja, Sabtu lalu.

Keadaan itu menyebabkan sebahagian mereka iaitu tujuh wanita dan 13 lelaki berusia 19 hingga 28 tahun, berdiri di luar kandang tertuduh ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.
Kesesakan turut berlaku di galeri awam yang dipenuhi ahli keluarga tertuduh yang sebahagiannya penuntut institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

Semua mereka mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di depan Majistret M Mageshwary.

Seramai 19 tertuduh didakwa memiliki dadah jenis ketamin seberat 1.43 gram di sebuah bilik di Hotel Grand Lexis, di sini, kira-kira jam 1.50 pagi, pada 7 Jun lalu.

Mereka melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman denda hingga RM100,000 atau penjara hingga lima tahun atau kedua-duanya.

Miliki ganja 1.30 gram

Mereka turut didakwa memiliki ganja seberat 1.30 gram di lokasi, masa dan tarikh yang sama, sekali gus melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6 ADB 1952, memperuntukkan hukuman denda hingga RM20,000 atau penjara hingga lima tahun atau kedua-duanya.

Mereka ialah Putera Khairin Syazwan Mohd Latif, 22; Jamal Nasseir Abu Hassan, 22; Tun Zaffiqh Siddique Sabry Sharif, 20; Mohd Razif Osman, 25; Muhammad Amirul Aqily Abu Bakar, 22; Shahrul Nazrin Rashid Abdul Rahsid, 24; Muhammad Zharif Ilmam Ja'afar, 20; Muhammad Syamim Hafidz Ja'afar, 22; Nur Afiffuddin Mohd Yusof, 22.

Norhalis Ahmad, 28; Ahmad Shafiq Ahmad Faris, 24; Muhammad Faizal Abu Bakar, 22; Aishah Natasha Muhammad Khairudin, 19; Nur Nabihah Abd Hadi, 21; Nur Fadilah Hamidun, 23; dan Nur Sarah Aneesa Hisha, Norazlina Saidu, Mimi Syuhaida Mohd Zaki dan Widadtul Khairina Mohamad Kamal, masing-masing berusia 20.

Sementara itu, seorang lagi tertuduh, Syed Hussein Ali Alattas, 22, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan memiliki ganja seberat 5.7 gram pada lokasi, masa dan tarikh yang sama, dan didakwa mengikut Seksyen 6 ADB 1952.

Mageshwary membenarkan ikat jamin RM2,500 setiap seorang bagi 19 tertuduh itu, selain Syed Hussein (RM3,500) dan sebutan kes pada 23 Julai ini.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Suhaili Sapun manakala Widadtul Khairina diwakili peguam Md Ridzuan Othman, manakala tertuduh lain diwakili peguam Rajvin Charan Suri daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.

Ibu racun anak kena penjara


2014/06/12 - 06:32:56
Brisbane: Seorang wanita Australia yang sengaja meracun anak perempuannya berusia empat tahun dengan ubat kanser dan menghantar kiriman di Facebook berbunyi ‘berjuang demi hidup’ bertujuan meraih perhatian dipenjara enam tahun semalam.

Wanita berusia 23 tahun yang dirahsiakan identiti untuk melindungi anak perempuannya, mengaku bersalah menyebabkan kecederaan tubuh badan seperti yang disifatkan Hakim Tony Rafter sebagai ‘pelanggaran amanah yang tidak difahami’.
“Anda pasti sudah menyedari betapa seriusnya bahaya yang telah diperlakukan kepada anak anda,” katanya ketika menjatuhkan hukuman, lapor Brisbane Courier-Mail.

Sengaja sebabkan anak sakit

Mahkamah Daerah Brisbane mendapati wanita itu sengaja menyebabkan anaknya sakit dengan memberi makan ubat kemoterapi yang dibelinya secara dalam talian dan mewujudkan sebuah laman web mengatakan anak perempuannya memerlukan pemindahan sum-sum tulang.

Pendakwa raya, Glen Cash memberitahu mahkamah, wanita itu memberi ubat kepada anaknya sepanjang tempoh sembilan bulan untuk menjadikan dirinya perhatian ramai.

“Dia memperoleh dadah toksik dan memasukkan ke dalam tubuh anak perempuannya walaupun mengetahui ia akan menyebabkan bahaya yang serius,” katanya.
Ubat itu menyebabkan kanak-kanak, yang tidak menghidap kanser, mengalami kegagalan sum-sum tulang yang mengancam nyawa tahun lepas. - AFP

Wanita warga Thailand didakwa edar dadah


2014/06/12 - 11:42:01
BUTTERWORTH: Seorang wanita warga Thailand yang ditahan Jabatan Imigresen kerana cuba menyeludup dadah bulan lepas, didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 40,386.73 gram, di Sungai Dua, di sini.

Paveenat Yaekhumthong, 46, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Inggeris di hadapan Majistret Muhammad Firdaus Abdul Wahab.
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mahkamah kemudian menetapkan 12 Ogos ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.

Mengikut pertuduhan, Paveenat didakwa mengedar 40,386.73 gram kanabis di Plaza Tol Sungai Dua arah selatan, Sungai Dua Seberang Perai Utara, di sini pada jam 10.30 malam, 30 Mei lepas.

Bagi kesalahan itu, Paveenat didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum menurut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Khairul Fairuz Rahman dan tertuduh tidak diwakili peguam. - BERNAMA 

Dua beradik maut dihempap pokok di Kluang


2014/06/12 - 11:50:26
KLUANG: Dua adik beradik yang sedang menunggang motosikal maut serta merta akibat dihempap sebatang pokok ketika dalam perjalanan ke kedai untuk membeli barang berhampiran Taman Aman, di sini, jam 1 pagi tadi.

Kedua-dua mangsa yang juga remaja lelaki berusia 22 dan 15 tahun itu dihempap pokok berkenaan ketika ribut kencang hampir setengah jam yang melanda daerah berkenaan. 

Polis Korea serbu lagi kompleks gereja pemilik feri karam


2014/06/12 - 11:14:51
SEOUL: Ratusan anggota polis Korea Selatan menyerbu kompleks yang menempatkan kumpulan serpihan ajaran Kristian untuk hari kedua bagi memburu ahli perniagaan yang dikehendaki berhubung tragedi feri karam April lalu.

Serbuan itu dilakukan ke atas kawasan yang menempatkan gereja dan ladang di Anseong, 80 kilometer di selatan Seoul, membabitkan lebih 3,600 pegawai, demikian menurut jurucakap polis.
Klip video menunjukkan polis anti-rusuhan mewujudkan perisai manusia di sekeliling kompleks berkenaan di mana Yoo Byung-Eun, 72, ketua ajaran Evangelical Baptist Church of Korea, dipercayai tinggal di situ.

Semalam, dalam operasi serbuan membabitkan 6,000 pegawai dan anggota polis, pihak penyiasat menahan lima pengikut gereja yang disyaki membantu Yoo bersembunyi daripada buruan polis.

Masih tidak jelas sama ada polis berjaya menahan suspek untuk serbuan kali kedua, hari ini.

Polis Korea sudah menyerbu masuk ke kompleks gereja berkenaan tiga minggu lalu, namun gagal menemui Yoo yang dipercayai sudah melarikan diri ke luar negara.

Yoo adalah tokoh disebalik keluarga pemilik Chonghaejin Marine Co, yang mengendalikan Feri Sewol seberat 6,825 tan yang karam pada 16 April lalu dengan lebih 300 nyawa terkorban yang kebanyakannya pelajar sekolah. - AFP

Adik Ahli Parlimen Mersing maut nahas


Kedua-dua mangsa maut selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 35, Jalan Bahau-Keratong, Jempol, Negeri Sembilan, semalam. - BERNAMA
JEMPOL 11 Jun - Tiga termasuk adik perempuan Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad maut dalam dua kemalangan di sini hari ini.
Dalam kemalangan pertama yang berlaku di Kilometer 35, Jalan Bahau-Keratong kira-kira pukul 1.30 pagi itu, adik Abdul Latiff, Shamsiah Ahmad, 45, dan suaminya, Ismail Atan, 52, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan badan.
Ketua Polis daerah, Supritendan Hamzah Alias berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila lori satu tan yang dinaiki kedua-dua mangsa yang dalam perjalanan dari Mersing ke Bangi, Selangor, berlanggar dengan sebuah lagi kenderaan berat yang berada di depan mereka.
"Ketika kejadian mangsa dalam perjalanan pulang ke Bangi selepas mengambil bekalan ikan di Mersing untuk dijual di pasar raya milik mereka dekat Bangi.
"Lori dinaiki mereka berlanggar dengan sebuah kenderaan berat yang berada di hadapan kenderaan mangsa. Namun, kenderaan terbabit gagal dikesan kerana pemandunya tidak berhenti selepas kejadian dan pihak polis masih meneruskan siasatan," katanya ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik Hospital Jempol, di sini hari ini.
Hamzah berkata, jenazah kedua-dua mangsa dikeluarkan oleh anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Seri Jempol dan dihantar ke Hospital Jempol untuk bedah siasat.
Dalam nahas berasingan di jalan kampung di Serting Dua pada pukul 7.45 pagi, seorang pemuda, Mohd. Razali Baharudin, 33, menemui ajal apabila motosikal jenis Kawasaki Z800 yang ditunggangnya terbabas ke dalam parit.
Mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan kecemasan di Hospital Jempol.
Sementara itu, Abdul Latiff yang ditemui di hospital sama berkata, dia sempat berbual dengan arwah adiknya itu menerusi aplikasi WhatsApp sekitar pukul 9 malam tadi.
"Ketika itu arwah masih berada di Mersing dan sedang membeli ikan untuk dijual di pasar raya. Arwah seperti ingin menyampaikan sesuatu, namun saya beritahu padanya esok kita jumpa kerana ketika itu saya sibuk di Parlimen.
"Kali terakhir saya berjumpa arwah Ahad lalu semasa majlis di rumah saya dekat Putrajaya dan tiada sebarang perubahan dilihat pada adik saya, katanya.
Pasangan tersebut meninggalkan empat orang anak, tiga lelaki dan seorang perempuan berusia 13 hingga 24 tahun.
Jenazah akan dikebumikan dekat Mersing, Johor dalam satu liang lahad.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140612/je_01/Adik-Ahli-Parlimen-Mersing-maut-nahas#ixzz34NenoKnu
© Utusan Melayu (M) Bhd 

JAIS ambil sampel tulang sup


Oleh Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail
Kuching: Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) membuat pemeriksaan ke atas sebuah gerai makanan Indonesia di medan selera sebuah pusat beli-belah di sini, selepas tersebarnya dalam Facebook mengenai pemilik gerai menggunakan kaki babi dalam sup.


Viral dalam Facebook itu mengandungi dua gambar iaitu gambar tulang dalam mangkuk dan dalam periuk yang kononnya tulang babi.

Aduan turut dibuat kepada JAIS, susulan itu satu pemeriksaan bersama Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Kuching dilakukan kira-kira jam 3 petang tadi.


Penguatkuasa mengambil sampel tulang yang digunakan dalam masakan sup, bahan mentah dan maklumat mengenai pembelian stok berkenaan.




Sampel akan dihantar ke makmal JAKIM untuk pengesahan dan hasil akan didedahkan Sabtu ini.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/12

Wanita Vietnam layan mesra



Ketua Penolong Pengarah Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman SAC Roslee Chik berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 2,133 adalah warga Vietnam. 

Bilangan wanita Vietnam yang ditahan meningkat berbanding tahun sebelumnya bagi tempoh sama iaitu 1,126 orang.
Foto
SEKUMPULAN wanita disyaki warga Vietnam yang dirakam di sebuah premis pelacuran di Ipoh, baru-baru ini. FOTO Fail NSTP

"Peningkatan sejumlah 1,007 wanita Vietnam adalah disebabkan permintaan pelanggan dan bayaran murah serta layanan 'mesra' wanita negara itu," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, kebanyakan wanita Vietnam menjalankan kegiatan mereka di pusat hiburan dan rumah urut. 

"Kos yang murah dalam sistem pengangkutan seperti penerbangan tambang murah dan jalan darat melalui Thailand juga menjadi pemangkin untuk mereka masuk ke negara ini. 

"Wanita Vietnam ini dipercayai dibawa masuk oleh ejen tempatan sebelum mengagihkan wanita berkenaan mengikut permintaan pengusaha pusat hiburan," katanya. 

Selain wanita Vietnam, turut ditahan dalam Ops Noda di seluruh negara sepanjang Januari hingga April lepas ialah wanita China (1,661), Thailand (1,369), Indonesia (485), Filipina (212), India (94), Bangladesh (23), Laos (28) dan Uganda (16). 

Wanita negara lain yang turut terbabit dalam kegiatan pelacuran di negara ini ialah Pakistan, Nepal, Kampuchea, Uzbekistan, Nigeria, Singapura, Rusia, Sri Lanka, Venezuela dan Perancis. 

Roslee berkata, polis melakukan 18,520 serbuan bagi membanteras kegiatan pelacuran dengan yang tertinggi di Selangor iaitu sebanyak 4,959 diikuti Kuala Lumpur (3,518), Johor (3,074) dan Perak (2,426). 

Beliau berkata wanita tempatan turut terbabit dengan gejala pelacuran iaitu seramai 621 orang sepanjang empat bulan lepas (Januari hingga April 2014). 

"Tahun lepas, polis tahan seramai 934 wanita tempatan sepanjang tempoh masa yang sama," katanya sambil menambah polis sedang giat mengumpul maklumat berkaitan ejen persendirian dan sindiket pelacuran terbabit. - BERNAMA 
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/12

Suspek bunuh Hussain ditangkap di Taiping


KUALA LUMPUR 11 Jun - Seorang pegawai polis dengan pasti memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa imej lelaki yang dilihat mundar-mandir di hadapan sebuah tokong Cina sebelum melepaskan tembakan ke arah mangsa melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dengan suspek yang ditangkap di Taiping, Perak adalah individu sama.
Individu terbabit kemudian dicamkan sebagai penarik kereta, Koong Swee Kwan yang merupakan suspek utama dalam kes pembunuhan pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysia (AmBank), Hussain Ahmad Najadi dan cubaan membunuh isterinya, Cheong Mei Kuen.
Inspektor Tay Chew Thwa, 38, yang kini bertugas di Jabatan Siasatan Khas, Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) berkata, beberapa ciri yang terdapat pada suspek yang ditahan di sebuah rumah di Larut Tin Tambahan, Taiping berbeza dengan tertuduh pada hari ini, namun beliau yakin dia masih lelaki yang sama.
Terdahulu, pegawai polis yang sebelum ini bertugas di Jabatan Jenayah Berat, IPPKL berkata, beliau bersama rakan setugas, Inspektor Looi Ah Meng dan lapan orang detektif telah ke Taiping, Perak pada 22 September 2013 dalam usaha mengesan dan menangkap Swee Kwan.
Pada tarikh tersebut mereka menahan seorang lelaki Cina bernama Song Thye Yong di sebuah gelanggang bola keranjang di Taman Gunung View yang membawa kepada penahanan seorang lagi lelaki Cina di sebuah kedai telekomunikasi, Heng Yi Chong.
"Tangkapan itu (Yi Chong) kemudian membawa kami ke sebuah rumah di tepi Sungai Emas. Pada pukul 1 pagi, 23 September 2013, saya dan pasukan telah mengepung rumah tersebut sebelum memperkenalkan diri kami dan meminta penghuni agar membuka pintu.
"Namun tiada tanda-tanda pintu dibuka. Kami kemudian telah memecah masuk dan terlihat seorang lelaki Cina berlari dari ruang tamu ke salah satu bilik. Berlaku pergelutan tetapi lelaki terbabit dapat ditangkap di bilik tengah rumah tersebut," katanya.
Pemeriksaan ke atas lelaki itu mendapati dia merupakan suspek utama dalam kes itu.
Saksi pendakwaan ke-10 itu berkata demikian dalam perbicaraan hari ketiga, Swee Kwan yang menghadapi pertuduhan membunuh Hussain, 75, dan cubaan membunuh Mei Kuen, 49.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di tempat letak kereta di Tokong Cina Kuan Yin, No. 4, Lorong Ceylon, Dang Wangi antara pukul 1.30 dan 2 petang, 29 Julai tahun lalu.
Bagi tuduhan membunuh Hussain, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Pertuduhan cubaan membunuh Mei Kuen pula dikemukakan mengikut Seksyen 307 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin dan Yusaini Amer Abd. Karim manakala tertuduh diwakili peguam bela, Zambri Idrus.
Menjawab soalan berhubung rakaman CCTV, Chew Thwa memberitahu, beliau melihat rakaman tersebut dengan bantuan juruteknik syarikat yang membekalkan kamera tersebut yang dikenali dengan nama Kenny.
Tambahnya, terdapat enam buah kamera merangkumi keseluruhan kawasan bahagian depan tokong tersebut.
Melalui rakaman-rakaman enam buah kamera terbabit, pegawai polis itu menyatakan, salah satu rakaman menunjukkan seorang lelaki berkemeja lengan panjang bercorak petak warna gelap dan putih, bertopi dan merokok sedang mundar-mandir di hadapan rumah ibadat itu.
Satu lagi menunjukkan lelaki sama berlari anak menuju ke arah satu pasangan yang baru keluar dari tokong dan kemudian melihat mangsa lelaki tumbang manakala mangsa wanita jatuh terduduk di sebelah mangsa lelaki.
Sewaktu pemeriksaan balas oleh Zambri, Chew Thwa memberitahu Thye Yong merupakan individu telah membantu Swee Kwan bersembunyi.
Pegawai polis itu turut memberitahu beliau tidak menyoal beberapa individu yang turut dilihat dalam rakaman CCTV kerana mereka tidak berkaitan dengan kes.
Beliau turut memberitahu dia tidak dapat mengingati beberapa perkara berkenaan rakaman tersebut kerana ia tidak ditunjukkan kepadanya pada prosiding hari ini.
Prosiding yang didengar oleh Hakim Datuk Mohd. Azman Husin akan bersambung esok.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140612/ma_06/Suspek-bunuh-Hussain-ditangkap-di-Taiping#ixzz34Nd0rPVf
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pemimpin pengganas ditahan


MANILA 11 Jun - Pemimpin sebuah kumpulan militan yang disenaraikan oleh Amerika Syarikat (AS) sebagai pertubuhan pengganas yang paling dikehendaki di dunia berjaya ditahan di ibu negara ini, hari ini.
Satu kenyataan yang dikeluarkan polis menyatakan bahawa Khair Mundos, yang mempunyai kekayaan berjumlah AS$500 juta (RM1.6 juta) ditahan di pinggir bandar Manila.
Jabatan Negara AS menyifatkan beliau sebagai pemimpin utama dan penyumbang kepada kumpulan pengganas Filipina, Abu Sayyaf.
Kumpulan itu ditubuhkan oleh pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden, dan sering melancarkan serangan bom dan melakukan peculikan dengan menjadikan warga asing sebagai sasaran utama.
Khair sebelum ini pernah ditahan pada 2004 tetapi berjaya meloloskan diri dari penjara di wilayah itu pada 2007. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140612/lu_08/Pemimpin-pengganas-ditahan#ixzz34NcueKxq
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Dua bekas pengarah syarikat dijel, denda


KUALA LUMPUR 11 Jun - Dua bekas pengarah syarikat Asia Ceramic Marketing Sdn. Bhd. masing-masing dihukum penjara dua tahun dan denda RM180,000 serta penjara 10 tahun dan denda RM1.6 juta selepas didapati bersalah atas 620 pertuduhan melibatkan pengubahan wang haram kira-kira RM24 juta, lima tahun lalu.
Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Leong Guan Yeu, 47, dan Lim Long Yew, 43.
Dalam keputusannya, beliau berkata, pihak pembelaan juga gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan itu.
Bagi kesemua sembilan pertuduhan memindahkan wang yang merupakan hasil daripada aktiviti haram ke akaun masing-masing, Guan Yeu dihukum penjara satu tahun dan denda RM180,000 manakala bagi sembilan pertuduhan untuk kesalahan yang sama, Long Yew dipenjarakan enam tahun dan denda RM180,000.
Sementara itu, syarikat Asia Ceramic Marketing yang merupakan orang kena saman (OKS) pula diperintah untuk membayar RM180,000 bagi kesemua sembilan pertuduhan yang sama.
Bagi 130 pertuduhan pengubahan wang haram pula, Guan Yeu dihukum penjara satu tahun menjadikan keseluruhan hukuman terhadap tertuduh itu adalah dua tahun dan denda berjumlah RM180,000.
Dalam pada itu, bagi 472 pertuduhan pengubahan wang haram terhadap Long Yew, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara empat tahun dan denda RM1.4 juta, yang menjadikan jumlah keseluruhan penjara terhadap tertuduh adalah 10 tahun dan denda RM1.6 juta.
Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di beberapa tempat antara 19 Jun 2008 dan 19 Oktober 2009.
Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Subseksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari Bank Negara Malaysia (BNM), Akmalzatul Mohd. Nawi dan kedua-dua tertuduh diwakili peguam-peguam Haresh Mahadevan dan Hariharan Tara Singh.
Sebanyak 37 saksi pendakwaan dan tujuh saksi pembelaan telah dipanggil sepanjang prosiding ini.
Mahkamah membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk menangguh pelaksanaan hukuman penjara terhadap kedua-dua tertuduh, bagaimanapun mengarahkan mereka membayar denda.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140612/ma_03/Dua-bekas-pengarah-syarikat-dijel-denda#ixzz34NcXQCi1
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Dua sahabat bebas tuduhan edar dadah


Mukardi Che Mansor (kiri) dan Mohd. Zuki Ghazali gembira apabila dibebaskan daripada tuduhan mengedar dadah seberat 23.27 gram dadah jenis heroin dan monoacetymorphines di Mahkamah Tinggi Alor Setar, Kedah, semalam. - UTUSAN/Safrizal Azmi
ALOR SETAR 11 Jun - "Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah." Dalam nada sebak, kalimah mengagungkan Tuhan itu tiga kali dilafazkan seorang ayah, Che Mansor Sulaiman, 71, sebaik sahaja Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd. Zaki Abdul Wahab membuat keputusan yang menyelamatkan anaknya, Mukardi Che Mansor, 42, bersama seorang rakan, Mohd. Zuki Ghazali, 44, daripada diheret ke tali gantung.
Mohd. Zaki membuat keputusan membebaskan kedua-dua tertduduh daripada pertuduhan mengedar dadah seberat 23.27 gram kerana pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie ke atas kes mereka yang dituduh mengedar dadah seberat 23.27 gram kira-kira dua tahun lalu.
Bagaimanapun seorang lagi tertuduh, Zailani Yusof, 35, diperintah membela diri apabila pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie terhadap kes ke atasnya.
Menurut kertas pertuduhan, ketiga-tiga mereka dituduh me-lakukan kesalahan itu di dalam kereta Proton Wira bernombor pendaftaran PFT 9442 milik Zailani yang ditahan dalam sekatan jalan raya berhampiran Balai Polis Kuala Kedah kira-kira 4.45 petang, 8 Oktober 2012.
Di dalam dashboard kereta yang dipandu Zailani itu, ditemui dua jenis dadah berbahaya jenis heroin seberat 16.07 gram dan 7.20 gram monoacetylmorphines menyebabkan mereka dituduh di bawah Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati.
Dalam penghakimannya, Mohd. Zaki berkata, keterangan bahawa ketiga-tiga tertuduh berada dalam kereta yang sama semata-mata tidak dapat membuktikan terdapat niat bersama untuk mereka melakukan kesalahan tersebut menyebabkan Mukardi dan Mohd. Zuki dilepas dan dibebaskan.
Sebaik sahaja keputusan itu dibacakan, Mukardi bersama Mohd. Zuki meraup wajah masing-masing tanda syukur sebelum berpelukan dengan ahli keluarga yang rata-ratanya menitiskan air mata.
Mohd. Zuki ketika ditemui berkata, beliau amat bersyukur dengan keputusan itu dan merancang mahu mengadakan kenduri kesyukuran dalam masa terdekat.
"Saya gembira dapat beraya bersama keluarga tahun ini setelah dua tahun terpisah. Buat masa ini, saya mahu mencari kerja secepat mungkin agar dapat kembali menyara keluarga," katanya yang merupakan bapa kepada enam anak berusia antara 3 hingga 24 tahun.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140612/ma_04/Dua-sahabat-bebas-tuduhan-edar-dadah#ixzz34NcFEeyw
© Utusan Melayu (M) Bhd