Search This Blog

Tuesday, June 10, 2014

Punca kematian Huntley masih belum diketahui - Polis

Punca kematian Huntley masih belum diketahui - Polis
IBU Gareth David Huntley, 34, (gambar kecil) Janet Southwell (kanan) kelihatan sugul ketika ditenangkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muadzam Shah, Datuk Maznah Mazlan sebelum berlepas ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini minggu lalu, bagi membuat pengecaman mayat. - Foto BERNAMA 
KUANTAN: Polis masih belum dapat mengesahkan punca kematian warga Britain Gareth David Huntley yang mayatnya ditemui di Sungai Mentawang, Kampung Juara, Pulau Tioman, Rabu lepas.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani, berkata setakat ini polis masih meneliti beberapa perkara sebelum dapat mengenal pasti punca kematian lelaki itu.

"Kita dah serah kepada pihak hospital untuk bedah siasat...setakat ini punca kematian belum dapat dipastikan dan perlu siasatan lanjut.

"Jangan sebut pasal media asing. Penemuan kita adalah mengikut kata pakar perubatan dan undang-undang. Dalam siasatan yang dijalankan setakat ini terhadap kawasan kejadian tidak ada unsur-unsur jenayah," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Kenyataan beliau sekali gus menyanggah laporan media asing yang mendakwa kematian Huntley berunsur jenayah.

Sharifuddin juga mengesahkan lelaki itu mati dalam tempoh tiga hari atau lebih ketika mayatnya ditemui.

Huntley, 34, seorang sukarelawan di Pusat Konservasi Penyu Kampung Juara, Pulau Tioman ditemui mati di sungai tersebut selepas dilapor hilang ketika pergi ke air terjun Lubuk Teja berseorangan kira-kira pukul 12 tengah hari 27 Mei lepas.
Mayat Huntley telah dituntut oleh keluarganya semalam dan akan dibawa pulang ke Britain esok untuk pengebumian.

Terdahulu, Sharifuddin merasmikan Program Derma darah anjuran bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di bawah inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan sempena Hari Polis ke-207.

Sebanyak 300 pegawai dan anggota PDRM serta ATM menderma darah pada program sehari itu. - BERNAMA

Pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah samun eksekutif jualan


2014/06/10 - 14:18:15
KUALA LUMPUR: Seorang pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan menyamun pelbagai jenis barang termasuk barang kemas milik seorang eksekutif jualan, akhir bulan lalu.

A Lethcumanan, 26, didakwa melakukan kesalahan itu dengan menggunakan sebilah pisau dan kemudian mengambil kad pengenalan, tiga utas rantai leher emas, 25 bentuk cincin emas, tiga utas gelang dan sebuah telefon bimbit jenis Blackberry kesemuanya bernilai RM30,000 milik Nurul Nur Ariani Muhammad Zahari, 30.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Jalan Megan Setapak 1, Wangsa Maju, di sini, pada pukul 3.30 petang, 28 Mei lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan denda dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Aisyah Ahmad tidak menawarkan sebarang jaminan.

Tertuduh tidak diwakili peguam.

Hakim Zanol Rashid Hussain menetapkan 25 Jun ini untuk pengurusan kes. - BERNAMA

Letupan di kawasan paip gas dekat Lawas awal pagi tadi


2014/06/10 - 09:29:35
LAWAS: Satu letupan berlaku di kawasan paip gas di Bukit Berikau, di sini kira-kira jam 2 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah, Asisten Superintendan Mutang Nawat, bagaimanapun mengesahkan tiada laporan kematian atau kecederaan dilaporkan.

Katanya, lokasi kejadian terletak agak jauh dari kawasan penempatan berhampiran.

"Lokasi kejadian dikenalpasti sebagai kawasan paip gas dan punca sebenar kejadian sedang disiasat," katanya.

Mutang berkata, api yang menjulang dikatakan dapat dilihat dari laut serta beberapa daerah berhampiran Sabah dan Brunei.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Nor Hisham Mohamad ketika ditemui di Kuching pagi ini mengesahkan kejadian terbabit.

"Pihak kami sudah menggerakkan sebuah jentera dengan kekuatan enam anggota ke lokasi kejadian. Setibanya mereka di sana, api sudah terkawal.
"Sistem keselamatan paip gas itu yang memiliki pendinding untuk jarak tertentu sudah berjaya mengelakkan api dan letupan merebak," katanya.

Nor Hisham berkata, pihaknya dengan kerjasana Petronas akan membentuk pasukan penyiasat bagi mengkaji punca letupan dan kebocoran terbabit.

Kereta curi dari Malaysia antara 30 kereta yang dirampas Kastam Thailand

Kereta curi dari Malaysia antara 30 kereta yang dirampas Kastam Thailand
DUTA Malaysia ke Thailand, Datuk Nazirah Hussain (kiri) melihat sebahagian kereta curi di Jabatan Kastam Thailand di Bangkok, hari ini. Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Kastam Thailand, Rakob Srisupaat (kanan). - Foto BERNAMA
 BANGKOK: Jabatan Kastam Thailand merampas 30 buah kereta bernilai 21.6 juta Baht dengan 13 daripadanya disahkan dicuri di Malaysia, yang dibawa masuk ke negara ini menggunakan dokumen palsu.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Kastam Thai Rakob Srisupaat, kenderaan terbabit yang dibawa dari Singapura dipercayai dalam perjalanan ke negara ketiga.

Kontena yang membawa kenderaan terbabit disenaraikan sebagai mengangkut perabot atau kereta baharu, katanya dalam taklimat media di sini pada Ahad yang turut dihadiri oleh Duta Malaysia ke Thailand, Datuk Nazirah Hussain.

Menurut seorang pegawai kastam, Thailand akan menyerahkan 25 kereta curi kepada pihak berkuasa Malaysia pada hujung bulan ini.

Terdapat ratusan kenderaan curi dari Malaysia di negara ini tetapi bukan mudah untuk diserah semula kerana perlu mematuhi prosedur undang-undang, kata seorang lagi pegawai kastam.

Katanya antara yang menyukarkan proses itu ialah mendapatkan dokumen pengesahan daripada syarikat insurans.

Beliau berkata ada kereta yang tersadai di sini selama bertahun-tahun kerana menjadi bahan bukti kes jenayah.
Ada juga kereta tidak dikembalikan kerana proses itu menelan kos yang tinggi, katanya.

Sementara itu, Nazirah menghargai kerjasama rapat antara pihak berkuasa Thailand dan Malaysia dalam menangani jenayah rentas sempadan.

Banyak kereta curi berjaya diserahkan semula oleh pihak berkuasa Thailand kepada Malaysia, katanya. - BERNAMA

Lemas ketika menjala ikan

Mayat mangsa dibawa naik dari ke tebing sebelum dihantar ke Hospital Kampar. Gambar kecil: Swee Chin
Mayat mangsa dibawa naik dari ke tebing sebelum dihantar ke Hospital Kampar. Gambar kecil: Swee Chin
IPOH - Kegembiraan tiga sekawan menjala ikan bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka lemas selepas dipercayai terjatuh dari sampan di lombong Kampung Lanjut, Malim Nawar, dekat sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, mangsa, Lee Swee Chin, 46, dari Ayer Tawar bersama dua rakannya sedang menjala ikan di lombong berkenaan sebelum terjatuh dari sampan dinaiki mereka.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, ketika mereka sedang menjala ikan, sampan tersebut tiba-tiba bocor dan tenggelam menyebabkan tiga sekawan itu terjatuh ke dalam lombong.
Menurutnya, mereka cuba menyelamatkan diri namun seorang daripadanya gagal dan lemas di lombong sedalam enam meter itu.
“Mayat mangsa hanya ditemui jam 2.27 petang tadi (semalam) dan dibawa ke Hospital Kampar untuk bedah siasat sebelum dituntut waris,” katanya  semalam.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada jam 4.47 petang kelmarin.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampar bergegas ke tempat kejadian bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat.
“Operasi ini turut dibantu BBP Ipoh, pasukan penyelamat di air (PPDA), polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), pasukan skuba dan unit anjing pengesan (K9).
“Kami telah memulakan operasi sejak petang semalam (kelmarin) namun dihentikan pada waktu malam sebelum menyambung semula pada jam 7.30 pagi tadi (semalam).

“Pondok kawalan bomba turut didirikan pada jarak 100 meter dari tempat kejadian bagi mengemas kini maklumat terkini berhubung kejadian tersebut,” katanya.

Beliau berkata, lombong seluas 8 hektar dengan kedalaman air enam meter itu tidak menghalang pihaknya membuat operasi pencarian permukaan (surface rescue) setiap dua jam.

“Anggota kami menggunakan bot, tali dan alat genggaman besi (gripping iron) ketika kerja mencari dan menyelamat dilakukan.
“Manakala, anggota PPDA membuat selaman di sekitar kawasan dan telah menjumpai mangsa di dasar lombong pada jam 2.27 petang tadi (semalam).

“Mayat mangsa ditarik naik ke tebing dan pengesahan dibuat sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Diserang strok ketika memandu

Kereta yang dipandu mangsa terbabas dan merempuh pagar jirannya di Jalan Melikai 6, Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang, petang semalam.
Kereta yang dipandu mangsa terbabas dan merempuh pagar jirannya di Jalan Melikai 6, Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang, petang semalam.
KLANG - Seorang lelaki yang secara tiba-tiba diserang strok gagal mengawal kenderaannya lalu merempuh tembok pagar rumah seorang guru yang juga jirannya di Lorong Melikai 6, Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang, di sini semalam.

Dalam kejadian sekitar jam 2.40 petang itu, mangsa, Yeoh Kong Huat, 55, atau dikenali penduduk dengan nama Jackson meninggal dunia di tempat kejadian dalam keadaan terbaring di kerusi kereta jenis Proton Saga.

Ketua Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, Deputi Superintendan, Rosly Abd Rahman berkata, siasatan mendapati mangsa diserang strok ketika memandu.

“Mangsa mungkin tertekan pedal minyak menyebabkan kereta meluru laju dan terbabas lalu merempuh tembok pagar jirannya.

“Rempuhan itu menyebabkan bahagian hadapan kenderaan mangsa remuk teruk manakala mangsa terbaring tidak sedarkan diri. Dia disahkan meninggal dunia oleh pakar perubatan,” katanya.

Insiden itu juga menyebabkan penduduk sekitar terkejut bunyi dentuman kuat seolah-olah bangunan runtuh.

Jiran mangsa, Yazid Mohammed Shariff, 65, berkata, dia yang sedang leka melayan cucu terkejut.

“Saya berlari keluar dan terkejut lihat mangsa kemalangan. Saya dan jiran dekati Jackson dan dapati dia masih bernafas ketika itu. Tak lama kemudian dia menghembuskan nafas terakhir,” katanya.

Yazid menyifatkan Jackson yang masih bujang dan tinggal di sebuah banglo berdekatan seorang yang mesra.

“Kami sering nampak dia memandu kereta di lorong ini...dia tak pernah bawa laju. Saya yakin Jackson diserang strok ketika memandu menyebabkan dia tersasar,” katanya.

Bagaimanpun, guru berkenaan dan keluarganya tiada di rumah ketika kejadian kerana ke Telok Pulai menghantar anaknya.

Taktik makan diri

Papan tanda yang diletakkan pengusaha premis membangkitkan kemarahan penduduk.
Papan tanda yang diletakkan pengusaha premis membangkitkan kemarahan penduduk.
RAWANG - Mereka bukan sahaja beroperasi tanpa kebenaran, malah pemilik pusat siber di Bandar Country Homes berani pula memasang papan tanda gergasi untuk menarik perhatian pengunjung.

Taktik itu bagaimanapun memakan diri apabila menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk yang membuat aduan kepada Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan kemudiannya mengambil tindakan sitaan.

Penolong Penguatkuasa MPS, Megat Ainul Fadzlil Ainul Fadzil berkata, pusat siber yang baru beroperasi sebulan lalu itu beroperasi tanpa lesen dan memasang papan iklan tanpa kebenaran.

“Sebanyak 25 monitor disita dan papan iklan yang dipasang dibuka mengikut tindakan undang-undang kecil MPS.

“Selain tindakan premis tersebut sebuah lagi premis yang mempunyai kesalahan sama turut dikenakan tindakan sama menjadikan dua buah lori penguatkuasa penuh dengan bahan rampasan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, selain disita tindakan memotong bekalan dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad turut dilakukan untuk memastikan operasi tersebut tidak dibuka semula.

Penguatkuasaan dilakukan di bawah Ops bersepadu dengan jumlah keanggotaan seramai 50 orang bermula jam 9.30 pagi dan berakhir dua jam kemudian.

Kes rogol di Ketereh babit 21 suspek, bukan 38

datuk-jalaluddin-abdul-rahman
KOTA BHARU - Polis menafikan dakwaan dua remaja dirogol 38 lelaki di sebuah rumah kosong di Hutan Pasir, Ketereh pada 20 Mei lalu malah dalam siasatan yang dijalankan, kedua-duanya dirogol bergilir-gilir 21 suspek di kawasan berasingan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, hasil siasatan dijalankan, mangsa pertama mendakwa dirogol 13 lelaki di rumah kosong di kawasan berasingan dan lapan lelaki di rumah salah seorang suspek dikenali Fadil, di Hutan Pasir Ketereh yang kini masih bebas.

Manakala mangsa kedua juga mendakwa turut dirogol lapan lelaki di Hutan Pasir.

Maut dibaham anjing jiran


MARLISSA MOHAMMAD KAMAL
10 Jun 2014


DUA wanita di Britain dijatuhi hukuman penjara 12 bulan selepas anjing mereka dibiarkan kelaparan selama 45 jam membaham seorang lelaki.

Anjing spesies Presa Canario milik Hayley Sulley, 30, dan Della Woods, 29, itu dipercayai menceroboh laman kediaman jiran mereka selepas ia tertarik dengan bau masakan stew daging yang disediakan mangsa dalam kejadian menggemparkan pada Mei tahun lalu.

Clifford Clarke, 79, terpaksa bergelut dengan haiwan itu selama 15 minit sebelum ia ditembak mati pihak berkuasa.

Bekas pesara tentera itu meninggal dunia di hospital akibat cedera parah.

Seorang jurucakap polis turut menyifatkan kejadian itu adalah paling mengerikan sepanjang kerjayanya.

Sementara itu, hasil siasatan pihak berkuasa mendapati, anjing tersebut sangat lapar kerana ia cuba untuk memakan bekas makanan plastik, puntung rokok, makanan burung dan minum air kotor sebelum menyerang Clarke.

Susulan daripada kejadian itu, Liverpool Crown Court turut melarang mereka memelihara anjing pada masa akan datang.

Hakim Mark Brown memberitahu Sulley dan Woods amat bernasib baik kerana kedua-dua wanita tersebut tidak didakwa melakukan pembunuhan seperti yang terkandung dalam undang-undang baharu di negara itu.

“Mereka mungkin akan dikenakan hukuman lebih berat iaitu penjara 14 tahun jika disabit kesalahan,’ katanya lagi dipetik Daily Mail.

Difahamkan, hukuman lebih tegas telah diperkenalkan di England dan Wales, bulan lalu susulan daripada kematian mengerikan akibat serangan anjing yang meningkat di kedua-dua kawasan terbabit.

Hukuman penjara maksimum kerana menyebabkan anjing menyerang individu lain hingga menyebabkan kematian telah dilanjutkan dari 24 bulan kepada dua tahun.

Maut dibaham anjing jiran


MARLISSA MOHAMMAD KAMAL
10 Jun 2014

DUA wanita di Britain dijatuhi hukuman penjara 12 bulan selepas anjing mereka dibiarkan kelaparan selama 45 jam membaham seorang lelaki.

Anjing spesies Presa Canario milik Hayley Sulley, 30, dan Della Woods, 29, itu dipercayai menceroboh laman kediaman jiran mereka selepas ia tertarik dengan bau masakan stew daging yang disediakan mangsa dalam kejadian menggemparkan pada Mei tahun lalu.

Clifford Clarke, 79, terpaksa bergelut dengan haiwan itu selama 15 minit sebelum ia ditembak mati pihak berkuasa.

Bekas pesara tentera itu meninggal dunia di hospital akibat cedera parah.

Seorang jurucakap polis turut menyifatkan kejadian itu adalah paling mengerikan sepanjang kerjayanya.

Sementara itu, hasil siasatan pihak berkuasa mendapati, anjing tersebut sangat lapar kerana ia cuba untuk memakan bekas makanan plastik, puntung rokok, makanan burung dan minum air kotor sebelum menyerang Clarke.

Susulan daripada kejadian itu, Liverpool Crown Court turut melarang mereka memelihara anjing pada masa akan datang.

Hakim Mark Brown memberitahu Sulley dan Woods amat bernasib baik kerana kedua-dua wanita tersebut tidak didakwa melakukan pembunuhan seperti yang terkandung dalam undang-undang baharu di negara itu.

“Mereka mungkin akan dikenakan hukuman lebih berat iaitu penjara 14 tahun jika disabit kesalahan,’ katanya lagi dipetik Daily Mail.

Difahamkan, hukuman lebih tegas telah diperkenalkan di England dan Wales, bulan lalu susulan daripada kematian mengerikan akibat serangan anjing yang meningkat di kedua-dua kawasan terbabit.

Hukuman penjara maksimum kerana menyebabkan anjing menyerang individu lain hingga menyebabkan kematian telah dilanjutkan dari 24 bulan kepada dua tahun.

Ajak kejar pencuri selepas lihat ibunya dimarah, diugut


KUALA LUMPUR - Pelakon dan pelawak terkenal Ajak Shiro memberitahu, dia terpaksa bertindak nekad mengejar tiga lelaki yang didakwa mencuri perkakas dapur di rumah ibunya di Kempas, Johor Bahru pada hari kejadian selepas geram melihat tindakan kumpulan itu memarahi dan cuba mencederakan ibunya.
Ajak Shiro atau nama sebenarnya Mohd. Hanaffi Razak, 28, berkata, dia yang kebetulan berada di rumah terus mengejar ketiga-tiga lelaki itu yang melarikan diri dengan menaiki sebuah lori menghala ke arah ladang kelapa sawit.
Ajak Shiro mengejar mereka dengan memandu kereta Honda Accord secara seorang diri.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0610&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz34EFF4rgJ 
Hakcipta terpelihara 

Mengaku salah tipu kad kredit

Leong Giap menutup muka ketika dibawa keluar dari mahkamah.
Leong Giap menutup muka ketika dibawa keluar dari mahkamah.
GEORGETOWN - Seorang jurujual mengaku bersalah atas 14 tuduhan pindaan menipu dan menyalahgunakan kad kredit milik orang lain empat tahun lalu.

Tan Leong Giap, 32, dari Jalan Permai, Bukit Mertajam Seberang Perai Tengah, didakwa menipu dan menyalahgunakan kad kredit dengan niat memperdayakan tiga syarikat untuk meluluskan transaksinya.

Lelaki itu didakwa menggunakan kad kredit milik Citibank dan Hong Leong pada Februari dan November hingga Disember 2010.

Di Mahkamah Majistret 1, Leong Giap dijatuhkan hukuman penjara 15 bulan dan lapan sebatan atas tujuh tuduhan bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan dan satu tuduhan bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Hukuman itu dijatuhkan Majistret Umma Devi Logananthan dan memerintahkan hukuman untuk lapan tuduhan itu berjalan serentak dari tarikh ditangkap iaitu 4 Februari lalu.
Mengikut tuduhan yang dikemukakan, Leong Giap didakwa menipu dan menyalahgunakan kad kredit pelbagai bank dengan melakukan transaksi kira-kira RM91,000.
Di Mahkamah Majistret 2, Leong Giap dipenjarakan 24 bulan dan enam sebatan oleh Majistret B Sri Pracha Nanthini, juga berjalan serentak dari tarikh ditangkap pada 4 Februari lalu.
Leong Giap mengaku bersalah ke atas enam pertuduhan pindaan didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membabitkan transaksi bernilai RM45,000.

Terdahulu, peguam A Chandra mewakili Leong Giap memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan alasan anak guamnya tidak memahami bahasa Melayu dan Inggeris.
Menurutnya, pengakuan Leong Giap yang sudah berkahwin dan belum mempunyai anak, menjimatkan masa dan kos mahkamah.
Kesalahan bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda dan sebat, jika sabit kesalahan.
Manakala kesalahan bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun, denda dan sebat.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farhana Hashim dan Noor Azura Zulkiflee.

Suami isteri didakwa dera anak

Zuhairy dan Nor Zuliana dihadapkan ke mahkamah berhubung kes dera Muhamad Akhil Mustaqim. - Foto Sinar Harian Oleh: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Zuhairy dan Nor Zuliana dihadapkan ke mahkamah berhubung kes dera Muhamad Akhil Mustaqim. - Foto Sinar Harian Oleh: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
AMPANG - Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di mahkamah majistret di sini semalam atas tuduhan menganiayai kanak-kanak berusia 6 tahun, hujung bulan lepas.

Pemandu teksi Zuhairy Kassim, 42, dan isterinya Nor Zuliana Tahir, 32, seorang suri rumah sebagai orang yang mempunyai penjagaan ke atas Muhammad Akhil Mustaqim Rasidy didakwa menganiaya kanak-kanak itu, yang merupakan anak kandung Nor Zuliana.

Zuhairy, bapa tiri mangsa dan Nor Zuliana, didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah rumah di Pangsapuri Permai Ria, Tasik Permai, di sini antara 23 Mei dan 26 Mei lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Goh Ai Rene membantah jaminan terhadap kedua-dua tertuduh atas alasan kesalahan itu merupakan kesalahan yang tidak boleh diikat jamin.

Bagaimanapun, peguam Badrul Munir yang mewakili Zuhairy memohon anak guamnya diberikan ikat jamin dengan kadar minimum kerana tertuduh hanya berpendapatan RM1,000 hingga RM1,200 sebulan.

Peguam Donny Abdullah memohon Nor Zuliana dibebaskan dengan jaminan minimum atas alasan tertuduh sedang hamil dan mempunyai anak-anak yang bersekolah.

Majistret Ayuni Izzati Sulaiman tidak membenarkan jaminan terhadap tertuduh, dan menetapkan sebutan pada 18 Julai depan.

Sementara itu, di mahkamah sesyen, Nor Zuliana yang hamil lima bulan, mengaku tidak bersalah menyebabkan kematian anak ketiganya itu.

Nor Zuliana, yang mempunyai lapan anak, didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh didenda jika sabit kesalahan.

Hakim Unaizah Mohd mahkamah menangguhkan akan memutuskan hari ini sama ada membenarkan Nor Zuliana diikat jamin atau tidak.

Media sebelum ini melaporkan seorang pemandu teksi membawa kanak-kanak malang itu ke hospital pada jam 1 petang selepas isterinya memaklumkan anaknya tidak sedarkan diri.

Bagaimanapun sebaik tiba di Hospital Ampang, doktor mengesahkan mangsa sudah meninggal.

Hasil pemeriksaan mendapati kesan luka pada badan, tangan dan kaki kanak-kanak itu, dipercayai didera dan disimbah air panas.

Ibu menderita selepas disuntik

Ibu Zulkurnain kini menderita kesakitan selepas tangan kirinya bernanah akibat jangkitan kuman selepas menerima suntikan.
Ibu Zulkurnain kini menderita kesakitan selepas tangan kirinya bernanah akibat jangkitan kuman selepas menerima suntikan.
IPOH – Harap kesihatan ibu pulih tetapi sebaliknya berlaku.

Rasa kesal membelenggu seorang anak selepas ibu yang dihantar ke sebuah hospital di sini untuk mendapatkan rawatan susulan selepas mengadu lemah badan kini merana kesakitan selepas tangan kirinya dijangkiti kuman sehingga terpaksa dipotong tiga jari.

"Kesakitan menjelma semuanya selepas menerima suntikan daripada seorang doktor!" Itu luahan kesal Zulkurnain Jamal Hatun, 33 ketika ditemui Sinar Harian.

Zulkurnain mendakwa, ibunya, Zainap Mat Ghani, 72, kini kesakitan akibat mengalami luka serius di tangan kiri sejurus menerima beberapa suntikan daripada seorang doktor yang merawatnya, 20 Mei lalu.

Menurutnya, mereka sekeluarga membawa ibu mereka mendapatkan rawatan setelah mengadu berasa lemah dan pernah pitam beberapa hari sebelum dibawa ke wad kecemasan.

“Doktor di unit kecemasan memberitahu bahawa ibu saya mengalami kekurangan garam dan kemungkinan dia menghidap penyakit kencing manis serta buah pinggang. Oleh sebab itu dia dimasukkan ke wad bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Beberapa suntikan kemudiannya diberikan dan kami beranggapan ianya mungkin satu prosedur biasa. Namun sehari selepas suntikan, tangan kirinya mula menunjukkan kesan sampingan seperti mengalami luka dan bengkak selain lebam-lebam hitam,” katanya.

Zulkurnain berkata, dia  hairan kerana hanya bahagian yang disuntik sahaja mengalami perubahan malah luka yang menampakkan isi daging itu mula bernanah beberapa hari kemudian.

Katanya, pihak hospital gagal memberikan penjelasan punca luka serius itu, sebaliknya seorang doktor pakar tulang pula dihantar bagi merawat ibunya.

“Doktor itu kemudiannya membuatkan keputusan untuk menjalankan pembedahan pada Isnin lalu, namun beberapa hari selepas pembedahan itu selesai, ia dilihat semakin serius dan kritikal.

“Malah, kami hairan mengapa bahagian luka bernanah tidak dibuang sepenuhnya. Lebih memilukan, doktor turut mengatakan ketiga-tiga jari kiri ibu kami juga terpaksa dipotong,” katanya.

Dalam pada itu, abangnya, Mohd Zamadha Jamal Hartun, 37, berkata satu laporan polis sudah dibuat pada 28 Mei lalu di Balai Polis Sungai Senam, di sini bagi menyiasat sekiranya ada berlaku kecuaian oleh doktor yang merawat ibunya.

“Satu surat aduan sudah pun dihantar ke Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak bagi siasatan lanjut.
“Saya berharap ada pihak yang prihatin terhadap masalah dialami ibu kami. Kami bukan datang dari orang senang, itu saja pusat rawatan yang kami mampu untuk menampung perbelanjaan rawatan pembedahan,” katanya.

Sementara itu, jurucakap JKN mengesahkan laporan dan pihaknya sudah menjalankan siasatan lanjut.

Pil lalok RM8 juta


Kuala Lumpur: Helah licik dua lelaki menyembunyikan puluhan ribu pil Eramin 5 di dalam sebuah kereta ketika proses urus niaga jualan bahan haram itu di kawasan sebuah restoran makanan segera di Seremban, Negeri Sembilan, terbongkar apabila mereka dicekup polis.
Dalam serbuan jam 1.50 pagi Sabtu lalu, polis turut menemui ratusan pil Ekstasi dan ketamin dalam bonet belakang kenderaan terbabit. 
Penahanan dua rakan ‘perniagaan’ berusia 29 hingga 34 tahun itu kemudian membawa kepada serbuan di sebuah rumah di sekitar Selangor dan merampas sejumlah 342,000 lagi pil jenis sama yang semuanya dianggarkan bernilai RM8 juta. 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, pada mulanya polis menahan tujuh lelaki dan seorang wanita berusia antara 20 dan 30-an disyaki pengedar kecil-kecilan sekitar Mac lalu.
Foto
NOOR RASHID menunjukkan dadah yang dirampas daripada sindiket terbabit.

“Bertindak atas maklumat awam dan risikan berterusan, JSJN Negeri Sembilan mengesan dua lelaki disyaki dalang sedang menjalankan urus niaga di sebuah restoran makanan segera dan segera menjalankan serbuan menyeluruh.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/10

Motosikal rempuh kereta, seorang lelaki cedera


  • Beginilah keadaan motosikal mangsa yang rosak teruk selepas terlibat dalam kemalangan di sempadan Keroh, Telekong semalamBeginilah keadaan motosikal mangsa yang rosak teruk selepas terlibat dalam kemalangan di sempadan Keroh, Telekong semalam
KUALA KRAI - Seorang lelaki cedera selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya terlibat kemalangan di sempadan Keroh, Telekong tengah hari semalam.

Mangsa yang menunggang sendirian dipercayai merempuh belakang Perodua Kancil menyebabkan belakang kereta itu remuk selain motosikalnya juga rosak teruk.

Kedua-dua kenderaan terlibat dipercayai dari arah sama iaitu Kuala Krai menghala ke Machang.

Mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Kuala Krai oleh pengguna yang melalui kawasan kejadian. Bagaimanapun, pemandu kereta berkenaan yang merupakan wanita berusia sekitar 40-an terkejut dan mengadu sakit dada dihantar ke hospital dengan bantuan keluarganya.

Sementara itu, menurut seorang saksi yang melalui tempat kejadian bersama anak saudaranya dan enggan dikenali memberitahu, dia tidak menduga pemandu kereta berkenaan adalah kenalan anak saudaranya.

“Saya dalam perjalanan pulang ke rumah memberhentikan motosikal untuk melihat kemalangan.

“Anak saudara saya memaklumkan dia mengenali wanita itu, jadi kami tunggu hingga keluarganya sampai,” katanya yang menemani mangsa di tempat kejadian.

Tauke emas rugi RM1j

Pihak polis menjalankan siasatan di kedai emas terbabit di Jalan Kangar.
Pihak polis menjalankan siasatan di kedai emas terbabit di Jalan Kangar.
KANGAR - Sekumpulan penjenayah membawa lari barang kemas bernilai hampir RM1 juta setelah menebuk peti besi pemilik kedai emas di Jalan Kangar, di sini.

Pemiliknya, Wong Kim Poh, 50, berkata, dia hanya menyedari salah sebuah peti besi miliknya ditebuk pada jam 10.45 pagi semalam.

Katanya, kedai emas itu ditutup sejak dua hari lalu (Jumaat) untuk bercuti.

Sekembali dari bercuti, dia terkejut peti besinya ditebuk manakala sebuah lagi peti besi miliknya tidak diusik.
Ketua Polis Daerah Kangar Supritendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, sekumpulan suspek dipercayai memecah masuk premis tersebut melalui bumbung pada malam Sabtu lalu.

“Hasil siasatan mendapati, perompak ini menggunakan mesin pencanai dan tukul besi bagi membuka peti besi tersebut.

“Suspek kemudiannya membawa lari barang kemas itu melalui bahagian bawah peti besi berkenaan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata, kedai emas yang dibuka sejak 60 tahun lalu itu tidak mempunyai ciri keselamatan seperti penggera dan kamera litar tertutup (CCTV).

Malah, katanya premis yang tidak melantik pekerja itu juga hanya dikawal selia oleh pemiliknya dan kesempatan itu diambil penjenayah setelah mereka mengetahui premis itu tiada penghuni.
Tambahnya, premis tersebut juga pernah dipecah masuk pada 2009.

Abdul Rahman berkata, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun serta denda.

Mohd Osama ditemui terapung


    Suparman mengangkat mayat anaknya sejurus ditemui terapung kira-kira 1 kilometer dari tempat dia dilaporkan terjatuh.
    Suparman mengangkat mayat anaknya sejurus ditemui terapung kira-kira 1 kilometer dari tempat dia dilaporkan terjatuh.


Mohd Osama Suparman
Mohd Osama Suparman
KUANTAN - Mayat pelajar yang dilaporkan hilang dihanyutkan arus ketika berkelah di Sungai Pasir Kubur, Sungai Lembing dekat sini petang Sabtu lalu ditemui terapung kira-kira satu kilometer dari tempat dia terjatuh, pagi semalam.

Mayat Mohd Osama Suparman, 12 dari Kampung Jabor, Kemaman ditemui penduduk penduduk kampung tersangkut pada pasir di satu kawasan air cetek.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) sebelum dituntut keluarga untuk dikebumikan kira-kira jam 12 tengah hari semalam.

Bapa saudara mangsa, Mohd Saari Mohd Sabri, 34 berkata, dia dan beberapa keluarga lain bersama pasukan mencari dan menyelamat dari pelbagai agensi penyelamat memulakan gerakan mencari kira-kira jam 8.30 pagi semalam selepas ditangguhkan lewat petang kelmarin.

“Kira-kira jam 9.30 pagi, kami dimaklumkan mayat mangsa ditemui oleh penduduk kampung berhampiran jambatan.

“ketika ditemui mayat mangsa hanya berseluar manakala baju yang dipakai tertanggal dengan beberapa kesan calar pada tubuh dipercayai akibat tersangkut pada kayu di dasar sungai,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik HTAA Kuantan, semalam.

Bapa mangsa, Superman Anan, 46 berkata, dia redha dengan ketentuan Ilahi walaupun kehilangan seorang anak yang amat rapat dengannya.

Menurutnya, dia bersyukur kerana anaknya berjaya ditemui walaupun dalam keadaan bukan seperti yang diharapkan.

“Kami sekeluarga berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi mencari mangsa sama ada secara langsung atau tidak langsung,” katanya.

Suparman berkata, jenazah anaknya akan di bawa pulang ke rumahnya di Kampung Jabor, Kemaman untuk dikebumikan.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Indera Mahkota, Mohamad Najib Hashim berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa dihentikan ekoran penemuan mayat tersebut.

Kereta imam jadi mangsa


HULU TERENGGANU - Malang tidak berbau. Demikian situasi dialami Imam 1 Masjid Kampung Butut dan seorang makmum apabila kereta diparkir di pekarangan masjid berkenaan, dipecah pencuri ketika mereka sedang menunaikan solat Subuh, semalam.

Bagaimanapun, kejadian tersebut hanya diketahui imam berkenaan, Ramly Jusoh, 60 dan makmum, Syed Ibrahim Syed Hitam, 77, kira-kira jam 6.45 pagi setelah dimaklumkan jemaah lain selepas selesai tazkirah Subuh.

Difahamkan, kes pecah masuk kenderaan pertama kali berlaku di masjid berkenaan memandangkan selama ini, hanya tabung masjid yang kerap menjadi sasaran pencuri.
Kejadian pertama babitkan pecah kenderaan

Ramly berkata, beliau tersentak apabila dimaklumkan kereta Mercedes Benz miliknya yang diparkir di tempat khusus untuk imam, dipecah masuk apabila jemaah ternampak kaca bertaburan dengan keadaan cermin pintu sebelah kiri bahagian hadapan pula pecah.

Menurutnya, kejadian tersebut pertama kali berlaku sepanjang hampir 20 tahun beliau bertugas di masjid berkenaan.

"Gara-gara kejadian ini, beberapa dokumen termasuk buku-buku bank, segugus kunci dan sebuah telefon bimbit yang diletakkan dalam sebuah beg, hilang.

"Saya tidak menolak kemungkinan perbuatan ini dilakukan pencuri bermotosikal kerana saya diberitahu, ada makmum terdengar bunyi motosikal ketika saya mengimamkan solat Subuh pagi tadi (semalam). Namun, bunyi itu hanya seketika, mungkin sewaktu pencuri berkenaan ingin berlalu dari kawasan masjid.

“Sebelum ini tabung masjid jadi sasaran, kali ini kereta pula. Namun, saya anggap semua ini ujian daripada-Nya dan berharap ia tidak akan berulang kerana masjid adalah tempat beribadah, bukannya untuk melakukan perkara bertentangan dengan agama,” katanya.


Al-Quran dalam kereta turut lesap

Sementara itu, Syed Ibrahim pula berkata, cermin pintu sebelah kiri bahagian belakang Proton Iswara diparkir di hadapan pintu masuk masjid berkenaan, turut dipecahkan pencuri sekali gus menyebabkan dia kehilangan senaskhah al-Quran besar yang diletakkan di dalam beg.

“Jarak kereta saya dengan imam hanya beberapa meter. Beg berisi al-Quran tersebut diletakkan di tempat duduk penumpang belakang dan mungkin pencuri merembatnya kerana beranggapan terdapat barang bernilai.

“Kes kecurian di sini bukan perkara luar biasa kerana ia kerap berulang terutama melibatkan tabung masjid. Malah sebelum ini tabung masjid turut dilarikan, namun dihantar semula beberapa hari kemudian dengan meletakkannya di tepi dinding dalam masjid. Banyak juga tabung rosak akibat dikopak pencuri.

"Sehingga kini, lebih 10 kali kecurian berlaku termasuk beberapa kes curi motosikal dan kini, kereta pula jadi sasaran,” katanya.


Orang ramai perlu berhati-hati: Mohd Rosli

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Asisten Superintendan Mohd Rosli Mohd Amir yang mengesahkan kejadian tersebut berkata, pihaknya menerima laporan daripada pengadu pada jam 6.53 pagi semalam di Balai Polis Kuala Berang.

Kata beliau, sebagai langkah keselamatan, orang ramai diingatkan agar tidak meninggalkan barang berharga atau beg di dalam kenderaan bagi mengelakkan ia menjadi sasaran pencuri.

Mayat pelajar Kolej Komuniti lemas di Taman Negara Endau-Rompin ditemui


2014/06/10 - 19:53:15
KUANTAN: Mayat pelajar semester akhir Kolej Komuniti Rompin yang hilang ketika mandi bersama adik dan dua rakannya di Taman Negeri Endau–Rompin pada petang Ahad lepas ditemui hari ini.

Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superintendan Johari Jahaya berkata mayat Sheikh Safwan Sheikh Ahmad Azudeen, 20, ditemui pasukan Bomba dan Penyelamat di kawasan Jeram Tengku Puan pada jam 12.55 tengah hari.

Beliau berkata pasukan Bomba dan Penyelamat melibatkan Unit Skuba Bomba dari Kuantan dan Temerloh serta Unit Pengesan Anjing (K9) Bomba berjaya mengesan mayat mangsa di Jeram Tengku Puan kira-kira satu kilometer dari lokasi mangsa dipercayai hilang.

"Mangsa mungkin dibawa arus deras disebabkan hujan lebat di kawasan berkenaan pada petang Ahad dan Isnin," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mayat pelajar itu dibawa ke Hospital Rompin untuk bedah siasat. - BERNAMA 

Kebakaran kuarters IPD Kota Kinabalu: Bomba selamatkan tujuh penghuni


2014/06/10 - 19:50:47
KOTA KINABALU: Jabatan Bomba dan Penyelamat di sini berjaya menyelamatkan tujuh penghuni kuarters 'Sri Mantanani' Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu yang terperangkap selepas dua unit kediaman dijilat api hari ini.

Jurucakap Ibu pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah ketika dihubungi berkata mereka yang diselamatkan terdiri daripada tiga orang dewasa, dua daripadanya wanita, dan empat kanak-kanak berumur antara satu hingga lima tahun.

Mereka terperangkap di tingkat empat bangunan itu, selepas kediaman mereka di tingkat satu dan dua terbakar.

Mangsa lelaki dewasa yang berumur dalam lingkungan 30-an diselamatkan menggunakan tangga bomba yang dipasang hingga ke tingkat empat manakala mangsa lain dibawa turun oleh anggota bomba menggunakan tangga kuarters itu.

"Kesemua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan namun mereka batuk-batuk selepas terhidup asap. Mereka dihantar ke hospital dengan ambulans," kata jurucakap itu.

Menurut jurucakap berkenaan, mereka menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 1.37 tengah hari dan tiga jentera beserta 27 anggota, termasuk tiga pegawai, tiba di lokasi kejadian pada pukul 1.43 tengah hari.

Api dapat dikawal 20 minit kemudian sebelum berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 2.31 petang.
Dalam kejadian itu, dua bilik dan ruang tamu pada satu unit kediaman di tingkat satu dan satu bilik di sebuah unit kediaman di tingkat dua kuarters itu mengalami kerosakan.

Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan namun kebakaran dikatakan bermula di tingkat satu kuarters itu. - BERNAMA 

Barang runcit bertabur atas jalan

Kelihatan barangan runcit yang dibawa lori berkenaan bertaburan atas jalan. Gambar kecil: Sho Khami.
Kelihatan barangan runcit yang dibawa lori berkenaan bertaburan atas jalan. Gambar kecil: Sho Khami.
NILAI – Seorang pemandu lori maut apabila kenderaan dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas di tepi lebuh raya yang sedang dalam kerja naik taraf, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira 9.40 pagi di Kilometer 269 Lebuhraya Utara - Selatan, arah Selatan, di sini itu turut menyebabkan bumbung lori tercabut sehingga berpuluh-puluh kotak dan paket berisi barangan runcit termasuk makanan dan minuman dalam tin, bertaburan atas jalan.

Pemandu lori dikenali sebagai Sho Khami Majid, 51, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Manakala pembantu lori seorang warga Nepal hanya cedera di bahagian kepala serta anggota badan.

Ketua Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Fauzi Shamir berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 9.49 pagi.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa sudah tidak sedarkan diri. Kelindan lori berada dalam keadaan lemah akibat mengalami kecederaan di kepala, sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar, di sini dengan menaiki kenderaan bomba untuk rawatan lanjut.

“Manakala, pemandu yang berasal dari Batang Berjuntai, Selangor itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan hospital,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Beliau berkata, sebuah jentera membabitkan lapan anggota termasuk seorang pegawai dikejarkan ke tempat kejadian untuk kerja menyelamat.

Menurutnya, akibat kemalangan itu, lori terbabit rosak teruk apabila bumbung dan pintu lori berkenaan turut tercampak.

“Bagaimanapun, kemalangan tersebut tidak melibatkan kenderaan lain,” katanya.

Sementara itu, kira-kira sejam selepas itu, sebuah lagi kemalangan membabitkan sebuah lori berlaku di Kilometer 235 Lebuhraya Utara – Selatan, arah Utara, berhampirn Rembau, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, lori tanpa muatan itu gagal diselamatkan berikutan terbakar seratus peratus.
Pegawai Bomba Kanan II dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Mohd Yusof Samad berkata, sebanyak dua jentera membabitkan 10 anggota dari Balai Bomba Rembau dan Tampin dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Sejurus tiba, api sedang marak dan telah membakar 70 peratus lori yang berhenti di laluan kecemasan itu,” katanya di sini, semalam.
Beliau berkata, bomba mengambil masa kira-kira 10 minit bagi mengawal dan memadam api, sementara pemandu lori berusia 32 tahun dalam perjalanan dari Melaka ke Shah Alam tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kastam Thailand rampas kereta curi dari Malaysia


10 Jun 2014


BANGKOK - Jabatan Kastam Thailand merampas 30 buah kereta bernilai 21.6 juta Baht dengan 13 daripadanya disahkan dicuri di Malaysia, yang dibawa masuk ke negara ini menggunakan dokumen palsu. (RM1 = 100 Baht)

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Kastam Thai Rakob Srisupaat, kenderaan terbabit yang dibawa dari Singapura dipercayai dalam perjalanan ke negara ketiga.

Kontena yang membawa kenderaan terbabit disenaraikan sebagai mengangkut perabot atau kereta baharu, katanya dalam taklimat media di sini pada Ahad yang turut dihadiri oleh Duta Malaysia ke Thailand Datuk Nazirah Hussain.

Menurut seorang pegawai kastam, Thailand akan menyerahkan 25 kereta curi kepada pihak berkuasa Malaysia pada hujung bulan ini.

Terdapat ratusan kenderaan curi dari Malaysia di negara ini tetapi bukan mudah untuk diserah semula kerana perlu mematuhi prosedur undang-undang, kata seorang lagi pegawai kastam.

Katanya antara yang menyukarkan proses itu ialah mendapatkan dokumen pengesahan daripada syarikat insurans.

Beliau berkata ada kereta yang tersadai di sini selama bertahun-tahun kerana menjadi bahan bukti kes jenayah.

Ada juga kereta tidak dikembalikan kerana proses itu menelan kos yang tinggi, katanya.

Sementara itu, Nazirah menghargai kerjasama rapat antara pihak berkuasa Thailand dan Malaysia dalam menangani jenayah rentas sempadan.

Banyak kereta curi berjaya diserahkan semula oleh pihak berkuasa Thailand kepada Malaysia, katanya. - Bernama

Wanita mualaf hampir dikebumikan cara bukan Islam

Keranda yang menempatkan mayat Cheng Cheng dibawa ke Unit Forensik HPP sementara menunggu semua urusan selesai.
Keranda yang menempatkan mayat Cheng Cheng dibawa ke Unit Forensik HPP sementara menunggu semua urusan selesai.
GEORGETOWN - Sebuah keluarga Cina terkejut apabila dimaklumkan ahli keluarga mereka yang meninggal dunia sebenarnya sudah memeluk agama Islam.

Hal itu terbongkar apabila wanita mualaf itu, meninggal Sabtu lalu dan keluarganya mahu mengebumikan mayatnya mengikut ajaran Taoist.

Sepupu si mati berkata, mayat Teoh Cheng Cheng, 38, sepatutnya dihantar ke tapak pengebumian pada jam 4 petang tadi namun terbantut apabila seorang pegawai polis tampil memaklumkan bahawa mangsa beragama Islam.

"Polis memaklumkan bahawa kami tidak dibenarkan meneruskan upacara itu kerana sepupu saya sudah memeluk Islam selepas berkahwin dengan seorang lelaki Melayu.

"Kami ada meminta pegawai polis itu menunjukkan dokumen pengesahan bahawa Cheng Cheng memeluk Islam namun gagal.

Bagaimanapun, kemudian datang pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) menyatakan perkara sama," katanya ketika ditemui di Flat Pelangi, Lebuh Macallum, hari ini.

Buntu dengan keadaan yang mengejutkan itu, keluarga berkenaan kemudiannya meminta bantuan Adun Pengkalan Kota, Lau Keng Ee bagi menyemak perkara itu dengan JHEAIPP.

"Hasil semakan, JHEAIPP mengesahkan sepupu saya memeluk Islam ketika berusia 20 tahun iaitu 18 tahun lalu tanpa pengetahuan keluarga.

"Dia dipercayai bercinta dengan seorang lelaki Melayu ketika berusia 19 tahun sebelum mengambil keputusan berkahwin setahun kemudian dan memeluk Islam dengan nama Nora Teoh Abdullah," katanya.

Sementara itu, Pengarah JHEAIPP, Datuk Sazali Hussein berkata, mengikut rekod JHEAIPP, wanita itu memeluk agama Islam pada 1997.

"Kita sedang dalam proses mendapatkan perintah Mahkamah Syariah untuk menguruskan jenazah wanita itu mengikut hukum Islam dan dihantar ke Hospital Pulau  Pinang (HPP) untuk sementara waktu.

"JHEAIPP melakukan yang terbaik dalam rundingan dan memberi penjelasan kepada ahli keluarga wanita berkenaan.  Memang ada bantahan, kita sedang melakukan yang terbaik kerana ada  bukti dan rekodnya seorang Islam," katanya.

Ibu nafi sebabkan anak mati


2014/06/10 - 08:06:51
Ampang :Seorang suri rumah mengakutidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas tuduhan dengan niat menyebabkan kematian anaknya yang berusia enam tahun, bulan lalu. Tertuduh, Nor Zuliana Tahir, 32, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim, Unaizah Mohd. Mengikut pertuduhan, didakwa dengan niat menyebabkan kematian Muhammad Akhil Mustaqim Rasidy, di sebuah rumah di Permai Ria, Tasik Permai di sini, kira-kira jam 12.30 tengah hari antara 23 hingga 26 Mei lalu



Kesalahan itu didakwa dilakukan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 30 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.Sementara itu, peguam Donny Abdullah yang mewakili Nor Zuliana memohon supaya anak guamnya diikat jamin atas alasan wanita itu mengandung lima bulan, selain mempunyai tanggungan enam anak, termasuk empat daripadanya hasil perkahwinan terdahulu. 

Vietnam rempuh kapal China 1,000 kali


Vietnam rempuh kapal China 1,000 kali
Kapal Pengawal Pantai China 46001 (kiri), mengejar sebuah kapal Vietnam berhampiran pelantar minyak China di kawasan yang menjadi rebutan di Laut China Selatan 1 Jun lalu.
2014/06/10 - 06:26:34

Beijing: China menuduh Vietnam merempuh kapalnya lebih 1,000 kali di kawasan menjadi rebutan di Laut China Selatan dan berkata walaupun mahu berbaik dengan negara jiran di selatan itu, ia tidak akan meninggalkan prinsip untuk mencapai matlamatnya.

China menuntut hampir keseluruhan Laut China Selatan dan sejak beberapa tahunlalu membuat pelbagai langkah menguatkan tuntutannya, meningkatkan ketegangan terutama dengan Vietnam dan Filipina.

Kapal nelayan Vietnam karam pada 26 Mei lalu dalam konfrontasi tidak jauh daripada lokasi China menunda pelantar minyak, diikuti kepungan kapal China, 240 kilometer dari Vietnam.

Kedua-dua pihak saling menuduh berhubung kejadian itu dan minggu lalu, televisyen Vietnam menyiarkan video menunjukkan kapal besar China mengejar dua kapal nelayan kecil Vietnam, bertembung dengan bot nelayan Vietnam yang kemudian karam.

Paling serius

Perbalahan itu adalah antara hubungan buruk paling serius antara kedua-dua negara komunis dan musuh tradisi itu sejak perang singkat pada 1979 berikutan pencerobohan Vietnam ke atas Kemboja.

40 peratus kereta terpakai kenderaan curi

FotoKuala Lumpur: Kira-kira 40 peratus daripada kenderaan terpakai di negara ini sama ada sudah terbabit dalam kemalangan, kereta curi atau kereta potong yang disambung.

Pendedahan itu dibuat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berdasarkan pemeriksaan dan siasatan dibuat di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM).

Menurut kajian JPJ, daripada 1,000 kereta yang diperiksa sekurang- kurang 400 kereta didapati sudah terbabit kemalangan, kereta curi atau kereta potong yang disambung.
Bagaimanapun, kebanyakan pembeli baharu kereta itu tidak maklum atau mengetahui keadaan kenderaan berkenaan ketika membelinya dan hanya menyedari ditipu selepas pemeriksaan di PUSPAKOM.

Struktur tak stabil

Ketua Penolong Jurutera, Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ Wilayah Persekutuan, Sulleh Udin, berkata keadaan itu berlaku disebabkan penjual atau sindiket kenderaan menukar nombor casis atau memalsukan dokumen jual beli kenderaan.

Katanya, kereta potong amat berbahaya kerana struktur kenderaantidak stabil dan boleh menyebabkan kemalangan. 

Dadah bernilai RM8 juta dirampas


Noor Rashid Ibrahim (tengah) menunjukkan hasil rampasan dadah bernilai RM8 juta dalam dua serbuan dalam sidang media di Bukit Aman, Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA
KUALA LUMPUR 9 Jun - Polis menggagalkan cubaan mengedar dadah ekstasi terbaharu berbentuk cecair dengan tertangkapnya dua lelaki dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah dalam serbuan di sebuah restoran makanan segera di Jalan Labu, Seremban, Negeri Sembilan kelmarin.
Serbuan hasil kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Negeri Sembilan dan Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) Bukit Aman itu turut menemukan satu stor simpanan dadah di sebuah unit kondominium di Cheras Baru dekat sini pada hari yang sama.
Hasil kedua-dua serbuan, 392,000 biji pil Eramin 5; 2,325 biji pil ekstasi; 88 gram serbuk syabu dan 835 mililiter cecair yang dipercayai ekstasi terbaharu itu yang kesemuanya bernilai RM8 juta dirampas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, pihaknya percaya kesemua dadah tersebut termasuk ekstasi berbentuk cecair tersebut adalah untuk edaran di kelab-kelab malam di sekitar Negeri Sembilan dan Lembah Klang.
Beliau berkata, ekstasi terbaru itu yang dimuatkan di dalam botol kecil yang kelihatan seperti sampel minyak wangi, dihasilkan oleh pihak sindiket bagi mengelak dikesan oleh pihak berkuasa.
"Kita percaya ekstasi terbaru itu mula diedarkan secara kecil-kecilan sejak tahun lalu di kelab-kelab malam dan pembelinya hanya perlu mencampur dadah itu ke dalam minuman. Dadah berkenaan juga sukar dikesan semasa pemeriksaan berbanding yang berbentuk pil.
"Kita masih menyiasat harga pasarannya dan bagaimana ekstasi cecair itu dihasilkan memandangkan ini merupakan rampasan pertama," kata beliau dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini hari ini.
Menurut Noor Rashid, dua suspek berusia 29 tahun dan 34 tahun yang ditahan telah direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.
"Rakan-rakan jenayah suspek dan dalang sindiket pengedaran dadah ini sedang diburu," ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140610/je_01/Dadah-bernilai-RM8-juta-dirampas#ixzz34BPvbUyJ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Mogok ancam pembukaan Piala Dunia


ORANG RAMAI melarikan diri selepas polis membedil gas pemedih mata semasa mogok pekerja kereta api bawah tanah di Sao Paulo, Brazil semalam.- REUTERS


SAO PAULO - Polis Brazil dan pekerja sistem kereta api bawah tanah bertempur di sebuah stesen komuter di bandar raya ini semalam.
Perkembangan itu berlaku ketika beberapa pegawai kesatuan sekerja mengugut akan meneruskan mogok sepanjang perlawanan pembukaan Piala Dunia di sini pada minggu ini.
Mogok tersebut yang masuk hari kelima semalam, membimbangkan pihak berkuasa kerana kereta api bawah tanah merupakan sistem pengangkutan utama untuk peminat Piala Dunia menyaksikan perlawanan pembukaan Brazil menentang Croatia Khamis ini.
Stadium berkenaan terletak sekitar 20 kilometer ke timur bandar raya ini di mana kebanyakan pelancong menginap.
Dalam pada itu, polis pencegah rusuhan menembak gas pemedih mata dan mengusir kira-kira 100 pekerja keluar dari stesen komuter tersebut.
Sehingga kini, sekitar 50 peratus stesen kereta api bawah tanah di sini masih beroperasi tetapi tanpa perkhidmatan yang sempurna.
"Ini adalah cara mereka (pihak berkuasa) berunding, dengan gas pemedih mata dan penindasan," kata seorang ketua kesatuan sekerja, Alexandre Roland di luar stesen itu di sini.
Pekerja-pekerja berkenaan berarak ke arah pusat bandar raya untuk menyertai satu tunjuk perasaan lebih besar yang disertai oleh pelbagai kumpulan aktivis termasuk golongan pekerja tidak berumah.
Mereka menuntut kerajaan membina rumah kos rendah dan mengadakan sistem pengangkutan awam percuma. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0610&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz34CrlwNtg 
Hakcipta terpelihara 

Suami isteri rentung bersama



BEGINILAH keadaan rumah kayu musnah dijilat api dalam kebakaran yang mengorbankan pasangan suami isteri di Kampung Kunak Jaya, Sabah semalam.


KUNAK - Cubaan seorang suami untuk menyelamatkan isterinya dengan membawanya keluar daripada rumah mereka yang terbakar tidak kesampaian apabila kedua-duanya ditemui rentung dalam kebakaran di Kampung Kunak Jaya di sini awal pagi semalam.
Dalam kejadian pada pukul 1 pagi itu, mayat kedua-dua mangsa berusia dalam lingkungan 50-an itu ditemui anggota bomba dan penyelamat di bahagian dapur rumah berkenaan.
Mangsa dikenali sebagai Jumaidi Sakka dan isterinya, Dahati Juma.
Difahamkan kedua-dua mangsa yang tinggal berdua di rumah tersebut cuba keluar menyelamatkan diri melalui pintu dapur namun gagal akibat api marak terlalu cepat.

Rugi RM550,000 selepas pulang cuti


KANGAR - Seorang pemilik kedai emas dan jam tangan yang baru pulang dari bercuti di George Town, Pulau Pinang selama tiga hari sejak Jumaat lalu terkejut apabila mendapati kedainya dipecah masuk sekumpulan perompak di Jalan Kangar di sini semalam.
Mangsa berusia lingkungan 50-an itu hanya menyedari kejadian tersebut apabila dia ingin membuka pintu kedainya untuk memulakan operasi perniagaan kira-kira pukul 10.45 pagi.
Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd. Nordin berkata, sebaik pemilik kedai emas terbabit memasuki premisnya, dia mendapati ruang pameran barangan kemas di bahagian depan kedai serta pejabat pengurus dalam keadaan berselerak.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0610&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz34CqJEh4m 
Hakcipta terpelihara 

Bomoh Raja Bunian kena penjara



SITI MERIAM dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu, Kelantan semalam atas tuduhan menipu anak saudara sendiri.


KOTA BHARU - Kelicikan seorang bomoh memperdaya anak saudara sendiri supaya menyerahkan barang kemas dengan alasan mangsa kononnya sudah terpilih menjadi orang kanan raja bunian menerima padah apabila wanita itu dijatuhi hukuman penjara 14 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.
Majistret Mohd. Isa Mohamed menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Siti Meriam Hamad, 56, setelah dia mengaku salah atas kesalahan memperdaya Wan Zulhazira Wan Mustafa, 27.
Siti Meriam hadir ke mahkamah semalam dengan berpakaian banduan kerana dia kini sedang menjalani hukuman penjara selama dua tahun di Penjara Pengkalan Chepa dekat sini bagi satu lagi kes penipuan yang dilakukan di Machang dekat sini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0610&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz34Cq2bHND 
Hakcipta terpelihara 

Dua polis maut diserang hendap di Las Vegas


LAS VEGAS, Nevada - Dua suspek menembak mati dua anggota polis dalam satu serangan hendap di sebuah restoran piza di sini kelmarin sebelum membunuh individu ketiga dan membunuh diri di sebuah pasar raya Walmart berhampiran lokasi tersebut, kata polis.
Polis berkata, seorang lelaki dan wanita berjalan masuk ke restoran CiCi's Pizza dan menembak anggota polis, Alyn Beck, 42, dan Igor Soldo, 32, yang sedang makan tengah hari dari jarak dekat.
Ketua Jabatan Polis Metro Las Vegas, Sherif Doug Gillespie berkata, setelah seorang anggota polis itu sempat membalas tembakan sebelum dia meninggal dunia.
"Namun, kami masih tidak dapat memastikan sama ada tembakan tersebut mengenai suspek," katanya pada satu sidang media di sini tengah hari kelmarin.
Kedua-dua suspek kemudian melarikan diri ke pasar raya Wallmart di seberang jalan dan menembak mati seorang orang awam di pintu masuk bangunan tersebut.
Mereka kemudian berbalas tembakan dengan beberapa anggota keselamatan sebelum membunuh diri.
"Suspek wanita tersebut menembak rakannya sebelum menembak diri sendiri," kata Gillespie.
Identiti mangsa masih belum disahkan, manakala nama dua suspek itu juga tidak didedahkan. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0610&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz34Cp21xbW 
Hakcipta terpelihara 

Ekstasi dalam botol minyak atar


SEBAHAGIAN cecair ekstasi dalam botol minyak atar yang dirampas daripada dua lelaki yang ditangkap di Seremban Sabtu lalu.


KUALA LUMPUR - Sindiket dadah tidak pernah kering idea. Baru-baru ini polis mengesan taktik baharu sindiket dadah membabitkan warga tempatan menjual dadah sintetik jenis ekstasi berbentuk cecair dalam botol kecil minyak atar.
Ekstasi dalam botol minyak atar yang diisi dadah antara 6 milimeter (ml) hingga 10 ml itu dipercayai dibekalkan kepada pelanggan kelab-kelab malam di Lembah Klang pada harga RM150 hingga RM200 sebotol.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, kebiasaannya dadah ekstasi ditemui dijual dalam bentuk pil dan ini merupakan kali pertama dadah jenis ekstasi dikesan dijual dalam bentuk cecair.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0610&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz34CopZOCs 
Hakcipta terpelihara