Search This Blog

Monday, June 9, 2014

Rentung di dapur


Kunak: Sepasang suami isteri berusia 50-an ditemui rentung di bahagian dapur rumah mereka dalam kejadian kebakaran di Kampung Kunak Jaya, di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa lelaki dikenali sebagai Jumadi Sakka dan isterinya Dahati Juma gagal diselamatkan selepas terperangkap di dalam rumah terbabit. 
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Mohd Affendy K Ramin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.08 pagi dan sepasukan bomba bersama sebuah jentera di kejar ke lokasi. 

"Sebaik tiba, anggota bomba mendapati sebuah rumah jenis kayu terbakar 100 peratus dan operasi mengawal kebakaran segera dilakukan sebelum merebak ke kawasan lain.
Foto
RUMAH terbakar sepenuhnya sebelum dua mangsa ditemui rentung dalam kejadian terbabit. FOTO ihsan bomba

"Api berjaya dikawal pada 1.40 pagi dan kira-kira setengah jam kemudian, dua mangsa yang rentung dipercayai pasangan suami isteri berjaya ditemui di kawasan dapur berkenaan," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Menurut Affendy, punca kebakaran masih dalam siasatan pihaknya dan kedua-dua mangsa turut dihantar ke Hospital Kunak untuk tindakan selanjutnya. 
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/09

22 kes denggi dilaporkan berlaku di Kuala Pilah

Penduduk setempat bersama-sama melakukan gotong-royong membersihkan kawasan perumahan mereka.
Penduduk setempat bersama-sama melakukan gotong-royong membersihkan kawasan perumahan mereka.
KUALA PILAH - Sebanyak 22 kes denggi dicatatkan di daerah ini dalam tempoh Januari hingga Mei lalu, sekali gus mencetuskan kebimbangan masyarakat.

Pengawas Kesihaan Awam Kanan, Klinik Kesihatan Kuala Pilah (Unit Combi), S.Mutusamy berkata, peningkatan itu dilihat ketara berbanding tempoh sama tahun lalu iaitu lima kes sahaja.

"Sepanjang 2012, sebanyak 11 kes dicatatkan sementara 31 kes bagi 2013. Secara keseluruhan, ia meningkat  40 peratus.

"Oleh itu saya berharap supaya penduduk mengambil sikap berwaspada kerana sehingga kini masih belum ada rawatan khusus untuk penghidap demam denggi dan rawatan awal itu adalah lebih baik dari mengubati,” katanya selepas ditemui di program kesihatan sempena Program Gotong-royong Combi bersama agensi-agensi berkaitan di Taman Putra, dekat sini.

Mengenai program berkenaan, Mutusamy berkata, ia adalah untuk menyedarkan masyarakat kepentingan membasmi penularan wabak pendemik melalui aspek amalan kebersihan dan pengurusan kesihatan di samping mewujudkan persekitaran kondusif kepada masyarakat.

Adik maut tercampak


Nibong Tebal: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun maut selepas motosikal dinaiki bersama kakak dan abangnya melanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kejadian di Jalan Pekan Sungai Acheh, Nibong Tebal, 11 pagi ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Superintendan Shafien Mamat berkata, ketika kejadian motosikal ditunggang abang mangsa berusia 15 tahun bersama kakaknya berusia 10 tahun. 
"Kenderaan pacuan empat roda ditinggalkan pemandunya di tepi jalan, pada masa sama motosikal ditunggang tiga beradik itu melanggarnya. 

"Ia menyebabkan mangsa duduk dalam bakul motosikal juga tidak memakai topi keledar tercampak dari motosikal," katanya.
Foto
MOTOSIKAL dan kenderaan pacuan empat roda terbabit dalam kemalangan.

Mayat mangsa di hantar ke Hospital Sungai Bakap (HSB) untuk bedah siasat.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/09

DVD cetak rompak RM1j dirampas

Maszely (kiri) menunjukkan DVD cetak rompak yang dirampas dalam serbuan di Taman Pertama, kelmarin.
Maszely (kiri) menunjukkan DVD cetak rompak yang dirampas dalam serbuan di Taman Pertama, kelmarin.
IPOH - Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Perak merampas 151,000 keping cakera video digital (DVD) pelbagai tajuk bernilai hampir RM1 juta selepas menyerbu sebuah rumah satu tingkat di Taman Pertama, di sini, kelmarin.

Serbuan dijalankan melalui Ops Cantas Khas oleh sepasukan anggota JSJK itu dilakukan pada jam 3 petang selepas mendapat maklumat awam mengenai kegiatan mencurigakan di premis berkenaan.

Ketua JSJK Perak, Superintendan Maszely Minhad berkata, rumah tersebut dipercayai dijadikan pusat memproses, membungkus dan menyimpan DVD haram dan tidak ditapis sejak empat tahun lalu.

Menurutnya, DVD haram pelbagai tajuk filem dari dalam dan luar negara itu dipercayai untuk dipasarkan di sekitar negeri ini.

“Ketika serbuan, kami menemui tujuh unit pemprosesan pusat (CPU) dilengkapi 70 unit mesin penyalin (burner drive), 12 buku bil, kalkulator, meja kerja dan 341 kotak berisi lebih 151,000 DVD cetak rompak tanpa sijil perakuan B.

“Kita turut menahan seorang lelaki berusia 48 dipercayai pekerja premis tersebut,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata, kegiatan itu berjaya dihidu pihak berkuasa atas maklumat jiran berhampiran serta risikan dilakukan sejak dua minggu lalu.

“Lazimnya, kumpulan terbabit akan menjalankan operasi pada waktu malam bagi mengelakkan kegiatan mereka daripada diketahui penduduk yang tinggal berhampiran,” katanya.
Maszely berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 18(5) Akta Penapisan Filem 2002 kerana gagal mempamerkan sijil perakuan B.

“Sehubungan itu, kami ingin menasihatkan kepada sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan tersebut untuk tampil dan membantu polis dalam membanteras lanun cetak rompak ini dari terus berleluasa.

“Ini tidak adil kepada orang yang telah berusaha sedaya upaya dan mengeluarkan belanja yang besar untuk menghasilkan sesuatu karya atau produk tetapi akhirnya hasil kerja mereka dicetak rompak oleh pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.

Pelajar dihanyutkan arus deras

Mohd Saari menunjukkan tempat Mohd Osama bersama lima yang lain turun membasuh tangan sebelum lemas.
Mohd Saari menunjukkan tempat Mohd Osama bersama lima yang lain turun membasuh tangan sebelum lemas.
KUANTAN - Kegembiraan  tiga keluarga bersaudara membawa anak-anak berkelah di kawasan perkelahan Sungai Pasir Kubur, Sungai Lembing dekat sini berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka dikhuatiri lemas selepas terjatuh ketika turun membasuh tangan di sungai itu, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, mangsa, Mohd Osama Suparman, 12 bersama lima yang lain termasuk adik, sepupu dan bapa saudara lemas apabila dihanyutkan arus setelah termasuk ke kawasan yang agak dalam.

Bagaimana pun, adiknya, Mohd Firman Shah Suparman, 8, sepupu, Nur Fatihah Mohd Sukri, 8, Nur Fatihan Aisyah Mohd Faizal, 10, Mohd Syed Hakimi Syed Putra, 8 dan bapa saudara, Mohd Hafiz Mohd Zaki, 10 berjaya diselamatkan.

Bapa saudara Mohd Osama, Mohd Saari Mohd Sabri, 34 berkata, dia bersama keluarga termasuk kakak dan adik membawa anak-anak ke kawasan perkelahan itu untuk berkelah dan mandi-manda sempena cuti hujung minggu.

Menurutnya, kakaknya datang dari Kampung Jabor, Kemaman, adiknya dari Lepar dekat sini dan dia dari Pekan.

“Kami tiba di sini kira-kira jam 4 petang dan  memilih untuk makan terlebih dahulu di bawah teduhan pokok sebelum turun ke sungai untuk mandi.

“Mohd Osama yang belajar dalam darjah enam di Sekolah Kebangsaan Seri Iman, Kemaman teringin untuk makan buah tembikai yang dibawa namun hajatnya terbantut selepas buah itu tidak elok.

“Saya suruh dia bersama lima yang lain ke sungai untuk membasuh tangan sebelum makan makanan yang dihidangkan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Tiba-tiba dengar jeritan

Mohd Saari berkata, tiba-tiba dia terdengar seperti orang menjerit dan ternampak dua lelaki sedang menyelamatkan kanak-kanak lemas.

“Saya syak mangsa dan sepupunya lemas lalu segera berlari ke sungai dan mendapati  kejadian itu benar-benar menimpa mereka.

“Lima anak buah saya berjaya diselamatkan dua pemancing yang kebetulan berada di tempat kejadian manakala mangsa tenggelam dibawa arus,” katanya.

Menurutnya, mereka cuba mencari namun mengambil keputusan memaklumkan kejadian kepada pihak bomba kira-kira setengah jam selepas kejadian.

“Kami pernah datang ke sini namun tidak sangka kehadiran kali ini membawa tragedi,” katanya.

'Dia amat rapat dengan saya'

Sementara itu bapa, mangsa, Suparman Senan, 46 berkata, dia tidak bersama ketika itu memandangkan  berada di tempat kerja di Kuala Lumpur.

Menurutnya, dia menerima berita kehilangan anak kelimanya selepas dihubungi isteri, Khairatul Salmiah Ahmad Sabri, 35 dan tiba di lokasi kejadian jam 9 malam kelmarin.

“Kali terakhir kami bertemu pada Ahad minggu lepas ketika saya balik bercuti dan ketika itu dia ada bercerita tentang pelajaran dan tidak sabar untuk mengambil peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak lama lagi.

“Dia amat rapat dengan saya dan tragedi ini amat terkesan dalam hidup kami sekeluarga,” katanya.

Suparman berkata, dia diberitahu, semasa tiba di lokasi kelmarin, Mohd Osama nampak kurang ceria dan lebih banyak mendiamkan diri.

“Saya berharap dia berjaya ditemui dalam apa keadaan sekalipun dan kami sekeluarga redha dengan segala yang berlaku,” katanya.

Operasi mencari diteruskan

Sementara itu,  Ketua Balai Bomba Indera Mahkota, Mohamad Najib Hashim berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira jam 5.33 petang dan tiba ke lokasi jam 6.15 petang kelmarin.

Menurutnya, seramai 11 anggota dikerah ke lokasi untuk mencari dan menyelamat mangsa bagaimana pun operasi petang kelmarin ditamatkan kira-kira jam 7 petang dan disambung semula pagi semalam.

“Operasi hari ini (semalam) melibatkan 47 anggota terlibat termasuk 20 dari JBPM, Polis (7), Jabatan pertahanan Awam Malaysia (JPAM) (6), bomba sukarela (4) dan 10 kakitangan MPK Sungai Lembing.

“Operasi hari ini juga turut dibantu Pasukan Polis Marin dan penduduk kampung,” katanya.

Beliau berkata, sehingga jam enam petang, mangsa masih belum ditemui dan operasi diteruskan kemungkinan hingga jam 8 malam.

"Jjika keadaan cuaca mengizinkan sebelum ditangguhkan dan disambung esok (hari ini)," katanya.

Tembelang basikal murah terbongkar

Ahmad (dua, kiri) bersama pegawai dan anggotanya sedang memeriksa sebahagian basikal curi yang berjaya ditemui semula selepas kejadian pecah kedai basikal di Jalan Yahaya Ahmad 28 Mei lalu.
Ahmad (dua, kiri) bersama pegawai dan anggotanya sedang memeriksa sebahagian basikal curi yang berjaya ditemui semula selepas kejadian pecah kedai basikal di Jalan Yahaya Ahmad 28 Mei lalu.
DUNGUN - Tidak masuk akal apabila sebuah basikal berharga ratusan ringgit dijual dengan harga semurah RM50 sebuah.

Namun itulah taktik satu sindiket menjual basikal curi yang menawarkan harga runtuh untuk mengaburi orang ramai bagi melariskan produk jualan mereka.

Bagaimanapun, tembelang sindiket yang didalangi lelaki warga tempatan itu terbongkar selepas polis menerima laporan berkaitan kes pecah sebuah kedai basikal di Jalan Yahaya Ahmad dekat sini, 29 Mei lalu.

Berikutan itu sepasukan polis diketuai Inspektor Gopinaath Ganesan yang menjalankan siasatan berjaya menahan tujuh suspek termasuk lima wanita selain merampas 18 basikal pelbagai jenis.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub berkata, susulan tertangkapnya suspek pertama yang berasal dari Kampung Tanah Lot, polis juga berjaya membongkar penglibatan suspek dengan dua lagi kes pecah rumah berikutan penemuan komputer riba, kamera serta telefon bimbit dalam milikannya.

Menurutnya, suspek lelaki kedua pula ditahan ketika menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan di sekitar bandar Sura Gate.

“Kita juga menahan lima wanita termasuk seorang warga Thailand kerana disyaki terlibat dengan urusan jual beli basikal curi itu.

“Kesemua suspek masih ditahan reman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 453 & 411 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah, dekat sini, pagi kelmarin.

Nilai rampasan basikal berkenaan dianggarkan lebih RM3,000.

Kata Ahmad, kejayaan tersebut merupakan hasil kerjasama serta maklumat orang ramai sehingga tertangkapnya kesemua suspek yang disyaki terlibat dengan kegiatan jenayah seperti itu yang pertama berlaku di Dungun pada tahun ini.

Kanak-kanak maut kemalangan motorsikal


9 Jun 2014

NIBONG TEBAL - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut selepas motosikal yang dinaiki bersama abang dan kakaknya terlibat dalam kemalangan apabila merempuh belakang sebuah pacuan empat roda di Jalan Pekan Sungai Acheh, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Superintendan Shafien Mamat berkata dalam kejadian 11 pagi itu, mangsa Muhammad Aniq Mohd Norazli, duduk dalam bakul motosikal yang ditunggang abangnya, Nur Rahimi, 15, manakala kakaknya, Nuramalina, 19, membonceng di belakang.

Kemalangan itu berlaku apabila motosikal jenis Honda EX5 yang ditunggang remaja lelaki itu melanggar belakang Toyota Hilux yang berada di tepi jalan.

"Berikutan kemalangan itu, kanak-kanak yang bersekolah di Tabika Kemas Batu 2, Parit Kasar itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah manakala kakak dan abangnya hanya mengalami kecederaan ringan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Shafien berkata tiga beradik berkenaan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Parit Kasar selepas tamat kelas kompang yang diadakan di Dewan Perda Sungai Acheh iaitu tidak jauh dari tempat kejadian.

Katanya mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk dibedah siasat manakala kakak dan abangnya turut dibawa ke hospital sama untuk rawatan lanjut.

Beliau berkata remaja yang menunggang motosikal itu masih bersekolah dan tidak memiliki lesen serta mereka bertiga tidak memakai topi keledar. - Bernama

Tak sempat makan hasil rompakan

Ahmad (kiri) menunjukkan jam tangan barang yang dirampas termasuk wang tunai RM30,000 hasil rompakan susulan penangkapan Geng Jeevan, semalam.
Ahmad (kiri) menunjukkan jam tangan barang yang dirampas termasuk wang tunai RM30,000 hasil rompakan susulan penangkapan Geng Jeevan, semalam.
ALOR SETAR - Cubaan tiga penjenayah yang dari kumpulan Geng Jeevan merompak sebuah premis agensi pekerja asing berhampiran sebuah kompleks membeli-belah Jalan Kampung Baru, Sungai Petani, dipatahkan apabila kesemua mereka termasuk ketua kumpulan diberkas polis, malam kelmarin.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, cubaan rompakan oleh kumpulan penjenayah yang dikehendaki polis itu dikesan hasil maklumat awam.

Menurut beliau, bertindak atas maklumat sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) membuat serbuan terhadap kumpulan suspek di lokasi membuatkan kesemua mereka gagal meloloskan diri.

Mengulas serbuan berkenaan, Ahmad berkata, sebaik polis sampai di lokasi, penjenayah terbabit dilihat baru keluar daripada premis berkenaan selepas melakukan rompakan.

"Ketiga-tiga suspek terus menuju ke sebuah kereta untuk melarikan diri dan dikejar polis.

“Polis melepaskan satu das tembakan amaran dan mengarahkan mereka supaya berhenti. Bagaimanapun mereka terus cuba melarikan diri sebelum melanggar sebuah kereta orang awam dan ditahan polis,” katanya.

Ahmad berkata, ketiga-tiga penjenayah berusia antara 30 hingga 40an itu ditahan bersama hasil rompakan dan senjata yang digunakan.

“Antara yang ditemui wang tunai hasil rompakan berjumlah kira-kira RM30,000, lebih 40 unit jam tangan pelbagai jenama, komputer riba, telefon bimbit dan pisau.

“Hasil siasatan mendapati ketiga-tiga penjenayah ini mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau termasuk kes bunuh, samun dan dadah.

“Hasil soal siasat ke atas suspek, polis berjaya menahan dua lagi suspek di lokasi berasingan awal pagi tadi (semalam),” katanya.

Tambah beliau, susulan tangkapan itu pihaknya mendapati kedua-dua suspek merupakan ahli Geng Jeevan yang dipercayai aktif melakukan jenayah.

Kesemua suspek kini direman selama tujuh hari dan disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan kerana melakukan kegiatan samun berkawan dan bersenjata.

Banjir makin kerap walau hujan sekejap

Jalan di kediaman ini dilanda banjir setiap kali hujan lebat.
Jalan di kediaman ini dilanda banjir setiap kali hujan lebat.
SEMENYIH – Baru setahun mendiami rumah yang dibeli sudah terpaksa menanggung beban akibat banjir. Itu yang dihadapi penghuni kira-kira 80 unit rumah teres di Taman Semenyih Permata dekat sini sejak tiga tahun lalu.

Bencana yang disangka hanya berlaku sekali-sekala rupanya tidak sedemikian rupa apabila ia kerap terjadi meski hujan lebat tidak sampai 30 minit.

Penduduk mendakwa mereka mula menduduki unit kediaman dibeli itu sejak tahun 2011.

Setahun kemudian, rumah mereka dibanjiri air apabila hujan tidak berhenti selama empat jam.

Enam bulan selepas itu tiada lagi kejadian banjir sehinggalah tanah di lereng bukit berdekatan perumahan diduduki dibangunkan untuk projek rumah kedai dan kilang.

Ahli jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Semenyih Permata, Zakaria Sahari, 58, berkata,  sejak awal tahun lalu penduduk mula rasa terbeban apabila perumahan itu dilanda banjir lumpur.

Katanya, kolam tadahan dibina di kawasan perumahan itu kini tidak mampu menampung jumlah takungan air berikutan terpaksa ‘dikongsi’ bersama limpahan air dari tapak pembangunan baru di kawasan lebih tinggi dari paras perumahan.

“Dulu masa tiada projek tu...hujan tiga empat jam baru banjir, kini tak sampai sejam air dah melimpah-limpah atas jalan. Kolam tadahan pun tak dapat tampung jumlah air berbanding sebelum ini yang hanya menerima aliran air dari kawasan perumahan,” katanya.

Justeru, dia meminta MPKj melakukan siasatan sama ada pemaju yang membangunkan tanah bersebelahan kediaman ada membina sistem perparitan yang sempurna atau tidak sebelum mendirikan kilang dan projek rumah kedai tersebut.

Zakaria mendakwa, selain punca dinyatakan dia mengesyaki ketiadaan penyelenggaraan di kolam tadahan selain parit monsoon dipenuhi pasir juga dikenal pasti menjadi punca banjir kerap berlaku di situ.

Saluran pembentung yang mengalirkan air dari kolam tadahan ke sungai berhampiran juga didakwa tersumbat dan dipenuhi pasir.

“Masa banjir ada sekali kontraktor datang dan dalamkan kolam tu lepas tu tiada lagi. Pemaju projek di tanah sebelah pun hanya datang bersihkan lumpur atas jalan tapi penyelesaian banjir jangka panjang saya tak nampak pun dibuat,” katanya.

Setiausaha persatuan, Abu Hasan Shafiai, 29, berkata, penduduk menghadapi banjir terburuk pada 15 Mei lalu.

Air berserta tanah lumpur memenuhi jalan dan memasuki ruang dapur serta mengotori garaj rumahnya.

“Penat nak cuci rumah kalau banjir lumpur...saya minta pihak berkenaan pantau masalah ini untuk elak ia berulang.
“Saya gesa pihak berkenaan selenggara parit monsoon yang dipenuhi pasir dan semak samun, dalam masa sama lihat juga kolam tadahan sedia ada sama ada masih sesuai atau,” katanya.

Pelajar gaduh diberi amaran

Laporan akhbar Sinar Harian.
Laporan akhbar Sinar Harian.
KUALA TERENGGANU - Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) mengesahkan bahawa video pergaduhan membabitkan dua pelajar perempuan yang tersebar luas di media sosial sebelum ini, adalah pelajar dari negeri ini.

Timbalan Pengarahnya, Hashim Mohd Zin berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada pihak sekolah terlibat berhubung video pergaduhan yang tersebar luas di media sosial itu dan pelajar terbabit telah diberikan amaran dan kaunseling.

Menurutnya, kejadian berkenaan dilaporkan berlaku sebelum cuti persekolahan iaitu pada 11 Mei lalu dengan melibatkan dua pelajar perempuan tingkatan tiga dan empat di sebuah sekolah di negeri ini dan berlaku di kawasan pantai.

“Berdasarkan laporan pihak sekolah, telah berlaku salah faham antara kedua-dua pelajar tersebut ketika di sekolah dan mereka saling cabar mencabar untuk selesaikannya di luar sekolah sehingga berlakunya pergaduhan di kawasan pantai.

“Bagaimanapun ia hanya diketahui umum apabila ia (video tersebut) mula disebarkan melalui laman sosial. Namun perkara itu telah sampai ke pengetahuan pihak sekolah dan mereka (pelajar terbabit) telah diberikan amaran serta kaunseling.

“Saya juga dimaklumkan bahawa mereka juga sudah berdamai. Dan kes ini juga dianggap telah selesai kerana tiada laporan polis,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan Koguru di Hotel Permai, di sini, semalam. Hadir sama, Pengerusi Koguru, Alias Yahya.

Sebelum ini, video pergaduhan yang melibatkan dua pelajar terbabit telah tersebar secara meluas di laman sosial dan ia dikatakan berlaku di sebuah daerah negeri ini berdasarkan dialek bahasa yang digunakan.

Mengulas lanjut, katanya, pihaknya bagaimanapun tidak boleh mengambil tindakan menggantung dua pelajar terbabit kerana ia berlaku di luar waktu persekolahan tetapi telah memberi peringatan kepada semua pihak agar ia tidak berulang.

“Kita telah memberi peringatan kepada pengetua, guru besar dan juga kaunselor serta juga ibu bapa agar memberikan perhatian terhadap masalah disiplin pelajar secara menyeluruh, bukan hanya kepada pelajar lelaki tetapi juga pelajar perempuan.

“Dahulu, jika berlaku masalah (pergaduhan) ia hanya melibatkan pelajar lelaki sahaja, tetapi kini ia turut melibatkan pelajar perempuan. Malah mereka tanpa rasa segan turut merakam dan juga memuatkannya dalam media sosial untuk merasa bangga,” katanya.

Suami isteri rentung rumah terbakar


9 Jun 2014


KUNAK - Sepasang suami isteri rentung dalam kebakaran yang memusnahkan rumah mereka di Kampung Kunak Jaya di sini awal hari ini.

Ketua Bomba dan Penyelamat Daerah Kunak Jaafar Salleh berkata mayat Jumaidi Sakka, 50-an, dan isterinya Dahati Juma, 50-an, dijumpai di ruang dapur rumah berkenaan oleh pasukan bomba yang memadamkan kebakaran itu.

Beliau berkata sebuah jentera bersama enam anggota dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 1.08 pagi.

"Semasa tiba di tempat kejadian, api sedang marak namun pasukan kami berjaya mengawal dan memadamkan kebakaran sepenuhnya pada pukul 1.40 pagi. Selesai memadamkan api, kami menemui kedua-dua mayat suami isteri yang rentung di bahagian dapur rumah," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata ketika kejadian pasangan itu tinggal berdua di rumah. Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih disiasat.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kunak untuk bedah siasat. - Bernama

Lemas: Mayat adik Mohd Osama ditemui


9 Jun 2014


KUANTAN - Mayat murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Seri Iman yang hilang ketika berkelah bersama keluarganya di kawasan perkelahan  Sungai Pasir Kubur, Sungai Lembing dekat sini Sabtu lepas ditemui pada pukul 9.35 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota, Muhammad Najib Hashim berkata, mayat Mohd Osama Suparman, 12, dijumpai oleh orang kampung kira-kira satu kilometer dari tempat mangsa dikatakan terjatuh.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan akan dituntut oleh keluarga mangsa selepas bedah siasat dijalankan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu bapa mangsa, Suparman Hanan, 46, ketika ditemui pemberita di perkarangan Jabatan Forensik HTAA berkata, beliau dan anggota keluarga menerima kematian anak kelima dari tujuh beradik itu dengan reda.

"Sudah takdir Allah...kami reda dengan pemergiannya. Kali terakhir saya jumpa dengan Osama pada minggu lepas dan saya sempat membelikannya sebiji bola dan stokin sebab arwah sangat minat dengan sukan bola sepak," katanya.

Namun beliau terkilan kerana cita-cita Allahyarham untuk menjadi seorang ustaz tidak kesampaian.

"Dia tidak sabar untuk menduduki peperiksaan UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) sebab lepas tu dia nak masuk sekolah pondok, arwah nak jadi ustaz," katanya.

Katanya jenazah akan dibawa dan dikebumikan di Kampung Jabor, Kemaman hari ini. Dalam kejadian Sabtu lepas, Mohd Osama dilaporkan lemas selepas terjatuh ketika turun membasuh tangan di sungai berkenaan.

Kejadian itu juga menyebabkan lima lagi saudaranya nyaris lemas akibat dibawa arus ketika cuba menyelamatkan mangsa, namun berjaya diselamatkan oleh sekumpulan pemancing yang berada tidak jauh dari kawasan kejadian. - Bernama

Gereja Katolik didakwa dera kanak-kanak


9 Jun 2014


DUBLIN - Sebuah gereja Katolik di Ireland didakwa melakukan penderaan kanak-kanak susulan penemuan hampir 800 rangka budak di sebuah kubur besar di barat negara itu.

Kerajaan memaklumkan, mereka sedang mempertimbangkan melakukan siasatan berhubung dakwaan tersebut lapor Press TV.

Sebelum ini, gereja terbabit pernah dikecam aktivis hak asasi manusia selepas ada pihak mendakwa mereka melakukan penderaan dan pengabaian kanak-kanak di bawah jagaan institusi berkenaan.

Difahamkan, ratusan rangka itu adalah milik kanak-kanak dipercayai meninggal dunia atas pelbagai sebab seperti kekurangan zat, diserang penyakit berjangkit dan kecacatan pada 1925 hingga 1961.    

Kubur besar itu ditemui penduduk selepas simen penutup tangki septik mengandungi tulang retak.

Jururawat lekat pelekat pada mulut bayi

Mulut Yohannes dilekat pita pelekat kerana dikatakan kuat menangis.
Mulut Yohannes dilekat pita pelekat kerana dikatakan kuat menangis.
MANILA - FILIPINA. Sepasang suami isteri berang apabila mendapati jururawat sebuah hospital di Filipina melekatkan pita selofan pada mulut anaknya yang baru lahir.

Apabila Ryan Noval dan Jasmine Badocdoc meminta jururawat membuka pelekat pada mulut Yohannes Noval, alasan yang diberikan adalah bayi itu menangis dengan kuat dan sentiasa meminta susu lapor Daily Mail.

Media Sun.Star Cebu melaporkan, semasa jururawat membuka pelekat tersebut, bayi itu menangis kerana kulitnya terlekat pada pita dan luka.

"Anak saya tidak boleh bercakap tentang pengalaman ngeri yang dilalui ketika berada di bawah jagaan jururawat di nurseri hospital.

"Saya perlu bersuara bagi pihak dia. Jika anda berasa bayi anda selamat, fikirkanlah semula," katanya.

Anak gaduh ibu cedera


Segalanya berpunca daripada pertengkaran dua remaja perempuan sebelum ibu mereka masuk campur. Akibatnya, seorang daripada wanita terbabit dikejarkan ke hospital selepas muka dan kepalanya cedera dilontar kulit durian dalam kejadian di sebuah flat di Teluk Kumbar, di sini, Rabu lalu.

Dalam kejadian jam 7 malam itu, mangsa yang berusia 47 tahun dikejarkan ke hospital oleh jirannya selepas kepalanya luka terkena kulit durian terbabit.

Menurut sumber, kejadian itu berlaku apabila anak perempuan mangsa serta jirannya bertengkar beberapa jam sebelum itu dan anak mangsa kemudian mengadu kepadanya.

“Mangsa pergi ke rumah jirannya kerana mahu bertanya berhubung perselisihan faham anak mereka dan dia yang tidak berpuas hati meninggikan suara.

“Tindakannya itu membuatkan jirannya berang dan menarik rambut serta menumbuknya sebelum cuba dileraikan beberapa penghuni kawasan itu,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang ketika itu terjatuh cuba bangun, namun sejurus dia berdiri, jirannya itu melontarkan kulit durian ke arah mukanya membuatkan dia mengerang kesakitan.

“Pergaduhan mereka akhirnya berjaya dileraikan dan mangsa dengan bantuan beberapa penghuni kawasan terbabit dibawa menjalani rawatan di hospital.

“Keadaannya bagaimanapun dilaporkan stabil dan dia hanya mengalami bengkak di kepala serta luka di dahi akibat terkena kulit durian dan juga dipukul jirannya itu,” katanya.

Menurutnya, mangsa membuat laporan berhubung kejadian di Balai Polis Teluk Kumbar, Rabu lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Lai Fah Hin mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit dan siasatan awal mendapati pergaduhan berpunca salah faham antara mangsa dan jirannya.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/09

‘Pulangkan pasport asal saya’


Shah Alam: “Saya mahu dia pulangkan kembali pasport asal yang berada dalam simpanannya kerana mendakwa akan digunakan untuk memohon permit kerja saya.

“Kini saya hidup dalam ketakutan dan bimbang ditahan pihak berkuasa kerana tidak mempunyai pasport,” kata seorang lelaki warga Indonesia yang dikenali sebagai Abdul, 40-an.

Beliau antara mangsa seorang lelaki mendakwa bergelar Datuk yang ligat menipu warga asing bagi mengaut kemewahan yang dilaporkan Harian Metro 4 Jun lalu.



Abdul berkata, beliau mengenali lelaki itu sejak tiga bulan lalu dan lelaki itu mendakwa mampu untuk menguruskan permit kerja dengan hanya membayar RM1,500.

“Saya mengenalinya melalui seorang rakan yang turut berurusan bagi memperbaharui pasportnya dengan Datuk berkenaan.


Saya dipertemukan dengan lelaki terbabit yang mendakwa mempunyai ‘kuasa’ untuk memudahkan urusan permit kerjanya.

“Namun saya perlu menyerahkan wang berjumlah RM1,500 sebagai wang proses untuk permohonan permit berkenaan yang akan mengambil masa sebulan manakala pasport saya pula dipegangnya untuk urusan itu dan saya hanya diberikan salinan pasport,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Beliau berkata, selepas hampir tiga bulan menunggu, Datuk berkenaan gagal memberi sebarang dokumen kepadanya seperti yang dijanjikan namun lelaki terbabit memberikan alasan bahawa pasportnya masih berada di Putrajaya untuk urusan permit.

Menurutnya, dia dan rakan tampil membuat laporan di balai polis berhampiran selepas membaca laporan Harian Metro berkenaan lelaki yang menggunakan gelaran Datuk untuk menipu warga asing di sekitar bandar raya ini.

Sementara itu, sumber polis mengesahkan pihaknya menerima laporan dua warga asing itu berhubung kes lelaki yang dimaksudkan dan menasihatkan mana-mana individu yang pernah ditipu tampil untuk membuat laporan bagi membantu siasatan.

“Lelaki warga emas itu ditahan dan direman selama empat hari bermula 4 Jun lalu dan kemungkinan reman akan disambung bagi siasatan lanjut selepas menerima dua lagi aduan dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Harian Metro 4 Jun lalu melaporkan suspek yang berusia 60-an juga mendakwa mempunyai ‘kuasa’ yang mewakili Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk membanteras pendatang tanpa izin (PATI) selain mengaut belasan ribu ringgit dalam tempoh sebulan dengan meminta wang perlindungan dan memeras ugut PATI.


Bagaimanapun, kegiatan lelaki itu yang mendakwa bapa kepada artis wanita popular itu berakhir apabila dia ditahan sepasukan anggota polis di restoran di Bukit Tinggi, Klang, 4 Jun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/09

Terbabas ketika kejar pencuri kabel


Papar: Seorang anggota polis berpangkat koperal cedera apabila pikap Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah yang dinaiki bersama seorang lagi anggota terbabas lalu merempuh pokok ketika mengejar sebuah kenderaan dipercayai terbabit dalam kes curi kabel elektrik di Jalan Bundusan-Mulugus, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi, anggota yang dikenali Koperal Rachmat retak tulang dada selain luka di muka, dikejarkan ke Hospital Papar untuk rawatan, manakala rakan sejawatnya dikenali sebagai Koperal Mustapa tidak cedera.

Difahamkan, anggota yang cedera berada dalam keadaan stabil.

Sumber berkata, dua anggota itu yang memandu pikap jenis Isuzu D-Max dikatakan sedang melakukan tugas rondaan sebelum mengesan sebuah kereta jenis Proton Wira dalam keadaan mencurigakan berhampiran pencawang milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

“Sebaik dihampiri, pemandu kereta terbabit tiba-tiba memecut kenderaan sebaik menyedari kehadiran polis.

“Anggota berkenaan mengejar kereta terbabit yang enggan berhenti apabila diarahkan, malah memecut laju,” katanya.

Sumber berkata, setibanya di laluan tidak berturap di Kampung Bundusan, pikap dinaiki anggota polis berkenaan hilang kawalan lalu merempuh sebatang pokok di bahu jalan.

“Rempuhan kuat menyebabkan bahagian kanan pikap terbabit remuk teruk.

“Pemandu kenderaan retak tulang dada serta luka pada muka dan dihantar ke Hospital Papar untuk rawatan, manakala rakannya tidak cedera,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superintendan George Abd Rakman ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan pihaknya masih menjalankan siasatan.

“Polis masih melakukan siasatan lanjut mengenai punca kejadian termasuk mengambil keterangan daripada kedua-dua anggota terbabit.

“Seorang daripada mereka cedera di dada tetapi stabil, manakala rakannya tidak cedera,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43, Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/09

12 kali lapor polis


Pelbagai persoalan menyelubungi seorang bapa berhubung kehilangan anak lelakinya berusia 18 tahun apabila ia dikaitkan dengan tindakan mangsa menolak tawaran menjadi penjual dadah sebelum diculik sekumpulan lelaki di rumahnya di Kampung Baru Sri Gading di sini, dua tahun lalu.

Kehilangan Mohamed Rauf Othman sehingga kini menjadi misteri membuatkan keluarganya buntu dan hampir berputus asa untuk menjejakinya.

Bapa mangsa, Othman Jamehat, 48, berkata, kejadian berlaku pada 25 Mei 2012 ketika dia ke Indonesia atas urusan kerja manakala Mohamed Rauf yang ketika itu berusia 16 tahun ditinggalkan di rumah bersama abangnya, Razimkhan, 21.

“Mohamed Rauf pada ketika itu bekerja sambilan di sebuah pusat mencuci kereta di bandar ini “Berdasarkan cerita rakannya, Rauf bergaduh dengan majikannya itu sehingga dia diugut lelaki itu bahawa sesuatu tidak baik akan menimpanya,” katanya ketika ditemui, semalam.

Othman berkata, rakannya juga mendakwa punca pergaduhan berlaku apabila Mohamed Rauf menolak tawaran majikannya itu untuk mengedar dadah di daerah ini.

“Sebaik pulang dari Indonesia 1 Jun 2012 lalu, saya diberitahu oleh Razimkhan bahawa Rauf dilarikan sekumpulan enam individu.

“Kehilangan Rauf disedari Razimkhan yang pulang dari kerja pada jam 3 pagi apabila mendapati rumahnya tidak berkunci dan dalam keadaan berselerak,” katanya.

Bimbang dengan keselamatan anaknya, dia membuat laporan polis, namun Rauf gagal dijejaki sehingga kini.

Sepanjang tempoh itu dia sudah membuat 12 laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Batu Pahat dan di Bukit Aman, selain berjumpa dengan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

“Macam-macam usaha saya lakukan untuk mendapatkan anak saya kembali, termasuk menemui Menteri Dalam Negeri, namun sehingga kini tiada khabar berita berhubung anak saya.

“Kami sekeluarga juga turut menggunakan khidmat bomoh dan dukun, tetapi semuanya gagal.



Saya merayu kepada mereka yang mengambil anak saya supaya mengembalikannya,” katanya.

Othman berkata, dia memohon kepada individu yang mempunyai maklumat mengenai anaknya itu supaya menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan polis.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat Superintendan Mat Razali Awang ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dibuat keluarga remaja terbabit.

“Kes ini dalam siasatan polis termasuk usaha mengesan remaja terbabit.

Saya harap ahli keluarga mangsa bersabar kerana siasatan masih berjalan,” katanya.


Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/09

Tunjuk tindak balas nama dipanggil ibu


Kuala Lumpur: Pelajar Malaysia di Mesir yang sebelum ini kritikal selepas terbabit kemalangan ketika dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Borg El malam Selasa lalu, Ummi Nadiah Filzah Daud mula memberi tindak balas apabila namanya dipanggil.

Duta Malaysia Mesir Datuk Ku Jaafar Ku Shaari berkata, bapa pelajar berkenaan Daud Osman memaklumkan berita gembira itu kepadanya petang kelmarin.

Ummi Nadiah masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Salamah, Iskandariah.

“Alhamdulillah, petang semalam (kelmarin) bapanya memaklumkan saya Ummi Nadiah sudah mampu menganggukkan kepala apabila ibunya memanggil namanya kerana sebelum ini pelajar terbabit tidak sedarkan diri.

“Bagaimanapun, dia masih bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan pernafasan berikutan kecederaan parah di paru-paru untuk pemulihan dalaman sebelum tindakan selanjutnya oleh doktor pakar,” katanya ketika dihubungi, semalam.



Sementara itu, Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA) Mesir Ahmad Sofi Abdullah berkata, seorang lagi pelajar yang parah Fatin Inani Mohd Noh sudah dibenarkan pulang selepas menjalani pembedahan mengembalikan kedudukan rahangnya yang terjejas dari kedudukan asal pagi Khamis lalu.

“Dia sudah boleh makan dan bercakap dan kami berterima kasih kepada pensyarahnya yang juga pakar pembedahan kerana menawarkan diri untuk merawat kecederaan di bibir dan bawah hidung Fatin Inani.

“Terima kasih kepada keluarga dan rakyat Malaysia yang tidak putus-putus memberikan sokongan kepada semua mangsa sehingga keadaan mereka semakin baik,” katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan enam mahasiswa Malaysia yang menuntut di Fakulti Pergigian Universiti Iskandariah terbabit dalam kemalangan jalan raya yang berlaku jam 8.30 malam waktu tempatan mengakibatkan empat daripadanya parah.

Dua lagi mangsa, Siti Shahirah Abdul Jalil (patah tangan dan rahang) dan Siti Nurul Aisyah Zahari (patah tangan) yang menerima rawatan di ICU sebelum ini sudah dipindahkan ke wad biasa.

Sementara itu, dua mangsa yang cedera ringan iaitu Najihah Najwa Zulkifli dan Nuraddina Khairunaha sudah dibenarkan keluar dari hospital selepas mendapatkan rawatan pesakit luar.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/09

Pekerja pelantar minyak dakwa lihat MH370 dipecat


Kuala Lumpur: Seorang pekerja pelantar minyak warga New Zealand, Michael Mckay yang mendakwa terlihat pesawat terbakar dipercayai MH370 pada hari kehilangan pesawat itu 8 Mac lalu dipecat pihak syarikat pelantar minyak susulan laporan dibuatnya berhubung insiden itu.

Beliau sebelum ini mendakwa ternampak satu pesawat atau kapal terbang yang sedang terbakar dari pelantar minyak di Sonha Mercur, Tenggara Vietnam.

Laman media Stuff.co.nz dipetik semalam melaporkan, Mckay terlebih dulu menghantar e-mel berhubung apa dilihat kepada majikannya sebelum maklumat itu bocor dan tersebar meluas di media.



Di dalam e-mel itu, Mckay menyatakan lokasi tepat pelantar minyak itu berada, kedudukan kompas antara pesawat dilihat dan pelantar minyak, jarak anggaran lalitud dan longlitud, keadaan permukaan dan arah angin di lautan.

Bagaimanapun, maklumat itu didedahkan seorang wartawan dari Australia yang menerima salinan e-mel Mckay yang mendakwanya cuba menghubungi kerajaan Malaysia dan Vietnam bagi memaklumkan insiden itu.

Berikutan penyebaran e-mel itu yang menyatakan nama dan lokasi pengendali, kontraktor dan pemilik pelantar minyak menyebabkan pihak syarikat dihujani pelbagai pertanyaan daripada banyak pihak.

“Ini mungkin menjadi tekanan kepada mereka.

Saya kemudian dibuang kerja dari pelantar minyak dan tidak ditawarkan tugas lagi.

“Pihak syarikat membayar gaji, namun saya diarahkan meninggalkan pelantar lima hari lebih awal,” kata Mckay.

Bagaimanapun, pihak pengendali pelantar minyak memberi alasan mendakwa Mckay ditamatkan tugas berikutan mereka sudah mengambil jurutera tempatan untuk menggantikan tugasnya.

Mckay sudah dihantar pulang ke New Zealand dan akan menunggu tawaran kontrak baru dari syarikat berkenaan yang sudah bergiat aktif sejak 2008.

“Saya masih percaya objek yang terbakar itu adalah kapal terbang.


Besar kemungkinan ia MH370 berikutan ia muncul pada masa kehilangannya dilaporkan.

“Saya sudah memberi kenyataan dan laporan kepada pihak polis New Zealand dan Polis Antarabangsa Interpol sebaik pulang ke negara asal saya,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/09

Kasanova alam maya


Hanya dengan alasan mahu membina hidup baru selepas bercerai dengan isteri, seorang lelaki bijak menipu beberapa wanita dikenalinya melalui Facebook (FB) sebelum mengikis mangsa hingga ada yang kerugian lebih RM50,000.

Seorang daripada mangsa yang mahu dikenali sebagai Amira, 25, berkata dia dan suspek yang berusia 35 tahun itu berkenalan melalui FB pada Disember tahun lalu.

Menurutnya, selepas beberapa bulan mereka bertemu di sebuah pasar raya di Klang dan dalam pertemuan itu dia langsung tidak mencurigai kejujuran suspek berkawan dengannya.

Amira berkata, selepas tiga kali bertemu, suspek yang mendakwa dirinya duda menyatakan hasrat untuk berkahwin dengannya bagi mengisi kekosongan hidup selepas berpisah dengan isterinya.

“Lamarannya saya terima dia kemudian meminta saya memohon pinjaman peribadi sebanyak RM15,000 bagi melakukan persiapan perkahwinan kerana dia tiada pekerjaan tetap,” katanya ketika ditemui, di sini, kelmarin.

Katanya, rasa sayang mengatasi segalanya apabila bersetuju dan menuruti kemahuan ‘kekasihnya’ itu dan membeli cincin dan kelengkapan perkahwinan walaupun terpaksa menanggung hutang pinjaman peribadi yang dibuat selama lima tahun.

Menurutnya, tidak lama selepas itu, suspek meminta dia menyerahkan wang tunai sehingga mencecah RM13,000 yang sebelum ini disimpan untuk kenduri kahwin dengan pelbagai alasan.

Amira berkata, selepas mendapat wang daripadanya, suspek mula menjauhkan diri dan memberi pelbagai alasan tidak mahu berjumpa menyebabkan dia mencarinya di facebook selepas gagal menghubunginya.

“Saya terkejut apabila ada seorang perempuan yang dikenali sebagai Ashikin menegur saya di facebook dan meminta saya menghubunginya kerana mahu berkongsi kisahnya yang turut ditipu lelaki itu.

“Wanita terbabit turut mengakui menjadi mangsa lelaki sama namun hanya kerugian RM500 saja dan seorang lagi wanita yang dikenali sebagai Haiza turut kerugian lebih RM50,000 kerana ditipu lelaki terbabit yang menggunakan cara yang sama,” katanya.

Tambahnya, selepas rahsia lelaki terbabit terbongkar, Amira pergi ke rumah sewanya untuk menuntut semula wang yang digunakan dan beliau yang ditemui kemudian berjanji untuk memulangkan duit dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, janji hanya tinggal janji apabila lelaki terbabit terus menghilangkan diri dipercayai sudah pulang ke kampung halamannya kerana gagal membayar semula pinjaman.

“Sehingga sekarang lelaki itu menghilangkan diri dan apabila abang sepupu hubunginya untuk selesaikan masalah ini, dia berani ugut nak bunuh menyebabkan saya membuat laporan polis di Balai Polis Kapar untuk tindakan lanjut.

“Saya buat pendedahan ini sebab tidak mahu lebih ramai wanita menjadi mangsa lelaki ini yang pandai bermain kata-kata sehingga menyebabkan mangsa sanggup menyerahkan wang simpanan kepada lelaki terbabit,” katanya.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/09

UPSR tinggal kenangan


“Kali terakhir saya bertemu Osama, Ahad minggu lalu, dan dia asyik bercerita mengenai pelajaran di sekolah serta tidak sabar menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak lama lagi.

“Tidak sangka itu pertemuan terakhir dengannya sebelum dia tergelincir ketika mahu membasuh tangan,” kata Suparman Senan, 46, bapa Mohd Osama, 12, yang dikhuatiri lemas ketika berkelah bersama keluarga di tapak perkelahan di Sungai Pasir Kubur, Sungai Lembing, dekat sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, mangsa, Mohd Osama berasal dari Kemaman, Terengganu, bersama lima yang lain termasuk adik, sepupu dan bapa saudaranya hampir lemas selepas dihanyutkan arus deras akibat tergelincir ketika mahu membasuh tangan.

Bagaimanapun, adiknya Mohd Firman Shah Suparman, 8, sepupu Nur Fatihah Mohd Sukri, 8, Nur Fatihan Aisyah Mohd Faizal, 10, Mohd Syed Hakimi Syed Putra, 8, serta bapa saudara, Mohd Hafiz Mohd Zaki, 10, berjaya diselamatkan oleh dua pemancing.

Suparman berkata, ketika kejadian, dia berada di Kuala Lumpur kerana menyelesaikan urusan kerja apabila dihubungi isterinya, Khairatul Salmiah Ahmad Sabri, 35, sebelum bergegas pulang dan tiba di lokasi kejadian, kira-kira jam 9 malam kelmarin.

Menurutnya, tragedi itu meninggalkan kesan amat mendalam terhadapnya memandangkan mangsa satu-satunya anak yang paling rapat dengannya.

Katanya, dia diberitahu anaknya menjadi pendiam dan kurang ceria sebaik tiba di tapak perkelahan.

“Saya amat berharap dia ditemui dengan secepat mungkin dan kami sekeluarga reda dengan kejadian yang berlaku,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini, semalam.

Turut berada di lokasi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Sungai Lembing Datuk Sohaimi Mohamed Shah yang meninjau operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan pasukan penyelamat.

Bapa saudara mangsa, Mohd Saari Mohd Sabri, 34, berkata dia tiba di tapak perkelahan berkenaan pada jam 4 petang dan berteduh di bawah pokok untuk minum petang sebelum ke sungai untuk mandi.

Menurutnya, dia kemudian mengarahkan mangsa bersama ahli keluarga yang lain turun ke sungai untuk membasuh tangan sebelum makan.

Katanya, selang beberapa minit kemudian terdengar seperti orang menjerit meminta tolong dan dua lelaki sedang menyelamatkan kanak-kanak lemas.

“Saya syak mangsa bersama sepupunya lemas lalu bergegas berlari ke tempat kejadian untuk membuat pemeriksaan sebelum mengesahkan mangsa lemas itu adalah Osama manakala mangsa lain dapat diselamatkan.

“Osama tidak menunjukkan apa-apa perubahan kecuali hasratnya untuk makan buah tembikai terbantut kerana buah itu busuk,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Indera Manhkota Muhamad Najib Hashim berkata, seramai 11 anggota bersama empat pegawai bertugas di lokasi untuk mencari dan menyelamat bermula kira-kira jam 7 pagi, semalam.

Polis sangkal laporan Malaysiakini


BUKIT MERTAJAM 8 Jun - Polis hari ini menyangkal laporan portal berita Malaysiakini bahawa seorang tahanan lokap yang mati ketika menerima rawatan di Hospital Bukit Mertajam semalam, ditangkap kerana disyaki menghisap dadah di dalam kilang tempatnya bekerja di Perai, pada 2 Jun lalu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Supritendan Baharom Abu berkata, sebaliknya, SN Aginraj, 26, bukan bekerja di kilang tersebut dan ditahan oleh pengawal keselamatan serta rakannya kerana mencuri 12 ketul besi di premis itu.
Kata beliau, berlaku pergelutan semasa kejadian sehingga mengakibatkan lelaki tersebut mengalami kecederaan.
"Ketika polis sampai, terdapat kecederaan pada tubuh Aginraj. Aginraj bersama rakannya, N. Mohanraj, 31, kemudian direman pada 3 Jun dan keesokannya, Aginraj dimasukkan ke Hospital Bukit Mertajam kerana diserang sawan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Baharom berkata, pada 6 Jun lalu, Aginraj telah dituduh di Hospital Bukit Mertajam ketika masih menerima rawatan dan dia mengaku tidak bersalah serta minta dibicarakan sebelum diikat jamin sebanyak RM8,000.
"Keluarganya memaklumkan mereka akan mengusahakan untuk mencari wang jaminan dan pada pagi semalam, polis mendapat panggilan bahawa Aginraj telah meninggal dunia di hospital pada pukul 7.05 petang," katanya.
Terdahulu, dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPT, Baharom mengesahkan bahawa hasil bedah siasat yang dijalankan Pakar Patologi Hospital Pulau Pinang yang diketuai Datuk Dr. Bhupinder Singh mendapati kematian Aginraj berpunca daripada Hypocix Elcephalopathy Following Epileptic Fits atau sawan yang menyebabkan kesukaran bernafas.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140609/je_07/Polis-sangkal-laporan-iMalaysiakinii#ixzz345YwbuJk
© Utusan Melayu (M) Bhd 

30 termasuk kanak-kanak maut di Congo


KINSHASA 8 Jun - Sekurang-kurangnya 30 orang termasuk kanak-kanak terbunuh dalam keganasan di Congo ekoran pertempuran antara puak berhubung tanah dan penternakan.
Seorang pegawai tempatan berkata, pembunuhan pada waktu tengah malam tersebut berlaku di Mutarule, 50 kilometer dari selatan Bukayu.
Sumber berkata, mangsa yang merupakan dari etnik Bafuliru, dibunuh ketika tidur dalam sebuah gereja selepas mengadakan satu majlis keagamaan.
"Kebanyakan mangsa ditembak atau ditikam," kata sumber itu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140609/lu_05/30-termasuk-kanak-kanak-maut-di-Congo#ixzz345YdDXLn
© Utusan Melayu (M) Bhd 

151,000 VCD haram dirampas


IPOH 8 Jun - Polis berjaya melumpuhkan kegiatan pengedaran cakera padat video (VCD) cetak rompak dengan tertangkapnya seorang lelaki dalam satu serbuan di Taman Pertama dekat sini semalam selain merampas 151,000 keping barangan itu yang bernilai kira-kira RM750,000.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Supritendan Maszely Minhad berkata, serbuan dilakukan pada pukul 3 petang di sebuah rumah satu tingkat yang dipercayai dijadikan tempat pemprosesan dan penyimpanan VCD haram.
Menurutnya, suspek berusia 48 tahun dipercayai menjalankan kegiatan haram mencetak VCD itu sejak empat tahun lepas.
Katanya, dalam serbuan itu, polis turut menemui 341 kotak mengandungi VCD cetak rompak pelbagai tajuk.
"Polis turut merampas 70 unit mesin penyalin, tujuh unit pemprosesan komputer (CPU) dan 12 buah buku bil tunai," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Menurut Maszely, kebanyakan VCD cetak rompak berkenaan merupakan filem Inggeris dan Cina yang dipasarkan di sekitar negeri ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 18(5) Akta Penapisan Filem 2002.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140609/je_06/151000-VCD-haram-dirampas#ixzz345YDixBN
© Utusan Melayu (M) Bhd 

151,000 VCD haram dirampas


IPOH 8 Jun - Polis berjaya melumpuhkan kegiatan pengedaran cakera padat video (VCD) cetak rompak dengan tertangkapnya seorang lelaki dalam satu serbuan di Taman Pertama dekat sini semalam selain merampas 151,000 keping barangan itu yang bernilai kira-kira RM750,000.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Supritendan Maszely Minhad berkata, serbuan dilakukan pada pukul 3 petang di sebuah rumah satu tingkat yang dipercayai dijadikan tempat pemprosesan dan penyimpanan VCD haram.
Menurutnya, suspek berusia 48 tahun dipercayai menjalankan kegiatan haram mencetak VCD itu sejak empat tahun lepas.
Katanya, dalam serbuan itu, polis turut menemui 341 kotak mengandungi VCD cetak rompak pelbagai tajuk.
"Polis turut merampas 70 unit mesin penyalin, tujuh unit pemprosesan komputer (CPU) dan 12 buah buku bil tunai," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Menurut Maszely, kebanyakan VCD cetak rompak berkenaan merupakan filem Inggeris dan Cina yang dipasarkan di sekitar negeri ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 18(5) Akta Penapisan Filem 2002.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140609/je_06/151000-VCD-haram-dirampas#ixzz345YDixBN
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Makan anak kucing hidup-hidup


SUSPEK


SIBU – Seorang amah warganegara Indonesia berusia lewat 30-an berperangai pelik apabila memakan seekor anak kucing milik majikannya hidup-hidup Jumaat lalu.
Tindakan seperti orang hilang akal itu disedari selepas majikannya menjumpai bangkai anak kucing itu di halaman rumahnya.
Cerita wanita itu yang enggan namanya didedahkan, pada awalnya dia tidak menaruh syak kerana dalam tempoh lima bulan berkhidmat, amahnya mempunyai tingkah laku yang baik selain seorang yang rajin bekerja.
Namun, selepas berbual mengenai kejadian malang yang menimpa binatang peliharaannya itu, alangkah terkejutnya dia apabila warga Indonesia itu berterus-terang bahawa dia yang memakan anak kucing itu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0609&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz345XwJsiF 
Hakcipta terpelihara 

Bakal calon SPM hilang, disyaki lari ikut kekasih


ALOR SETAR 9 Jun -- Seorang bapa kepada remaja perempuan berumur 17 tahun di Jalan Bunga Raya di sini merayu supaya anaknya pulang ke pangkuan keluarga setelah dipercayai lari mengikut teman lelakinya sejak 1 Jun lalu.
Che Ahmad Din, 54, berkata, anak tirinya itu, Nor Azlin Azelan yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini tidak pulang ke rumah selepas menaiki sebuah kereta yang menunggu di hadapan rumahnya pada pukul 3 pagi.
Kehilangan Nor Azlin disedari ibunya Sabarashah Musa, 47, selepas melihat anak perempuannya itu tiada di dalam bilik.
"Jiran yang duduk berhampiran rumah memberitahu mereka nampak anak saya memanjat pagar dan menaiki sebuah kereta yang menunggu di hadapan rumah dalam keadaan tergesa-gesa.
"Dia keluar membawa kad pengenalan serta telefon bimbitnya. Saya sudah beberapa kali cuba menghubungi telefon bimbitnya tetapi tidak dijawab," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai remaja itu supaya menghubungi pihaknya di talian 012-5297161 atau balai polis berdekatan. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140609/dn_01/Bakal-calon-SPM-hilang-disyaki-lari-ikut-kekasih#ixzz345XiQBTh
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lima penjenayah diberkas selepas samun kontraktor


SHAH ALAM 8 Jun - Tindakan pantas seorang kontraktor yang mengekori lima penjenayah yang menyamun mangsa sebelum menghubungi polis berjaya memberkas kesemua suspek ketika sedang makan di sebuah restoran makanan segera 24 jam di Taman Melati, Ampang, dekat sini awal pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, mangsa yang menaiki sebuah kereta disamun kesemua suspek berusia 26 hingga 35 tahun bersenjatakan sebilah pedang samurai yang menaiki dua buah kereta Proton Preve dan Perodua Kelisa di Jalan Batu Nilam 34B, Taman Bukit Tinggi, Klang.
Mangsa menyerahkan sebuah beg berisi wang tunai berjumlah RM10,000, tiga keping cek, dua buah telefon bimbit serta dua keping kad kredit.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, sejurus selepas melarikan diri, mangsa bertindak mengekori kumpulan suspek dengan keretanya tanpa disedari kumpulan itu lalu menghubungi polis.
"Suspek kemudian ditahan ketika sedang makan di premis itu dan polis merampas sebilah pedang samurai, dua bilah parang, satu batang kayu, satu cota besi, 14 telefon bimbit serta wang tunai berjumlah RM709. Siasatan mendapati empat daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Kamarul Zaman berkata, pemeriksaan mendapati kedua-dua kenderaan yang digunakan penjenayah itu tidak mempunyai rekod hilang dan kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140609/je_04/Lima-penjenayah-diberkas-selepas-samun-kontraktor#ixzz345XPDKlt
© Utusan Melayu (M) Bhd 

9.1 juta liter diesel dirampas


Hasan Malek (depan, empat dari kanan) bersama Ahmad Bashah Md. Hanipah (lima dari kiri) melontar buah kelapa semasa acara sukaneka Hari Keluarga KPDNKK 2014 di Taman Ekuestrian, Putrajaya, semalam. Turut sama, Alias Ahmad (empat dari kiri). - UTUSAN/RASHID MAHFOF
PUTRAJAYA 8 Jun - Sebanyak 12 buah kapal dan 9.1 juta liter minyak diesel dengan nilai keseluruhan RM58 juta telah dirampas dan disita sejak Operasi Diesel Selatan (ODIS) dilaksanakan di perairan selatan tanah air pada 9 Mei lepas.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hasan Malek berkata, aktiviti haram penyeludupan diesel bersubsidi dilaporkan sering berlaku di perairan selatan iaitu sekitar perairan Sungai Rengit, Kota Tinggi dan perairan Pasir Gudang.
Difahamkan kejayaan besar itu hasil daripada penglibatan Pasukan Petugas Khas yang dikoordinasikan Jabatan Peguam Negara dan disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
"Modus operandi sindiket terbabit ialah memindahkan bahan bakar yang dikumpulkan di jeti persendirian melalui kapal tangki kecil sebelum dipindahkan ke kapal tangki besar yang menunggu di kawasan itu dan kemudiannya dijual pada kapal asing bagi tujuan eksport," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Hari Keluarga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di Taman Ekuestrian, Putrajaya, di sini hari ini.
Yang hadir sama, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah dan Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Alias Ahmad.
Dalam pada itu, Hasan berkata, dalam tiga operasi serbuan melalui ODIS kali keempat (ODIS 4) yang dijalankan selama tiga hari bermula 4 Jun lalu, sebanyak tiga buah kapal tangki, enam lori tangki, sebuah lori seberat satu tan dan 625,410 liter diesel dengan nilai anggaran berjumlah RM3.2 juta berjaya dirampas.
Katanya, pada 4 Jun lalu, sebuah kapal tangki yang didaftarkan di Ulanbataar, Mongolia sebagai City Point telah disita di Jeti Lombong Pasir Modus, Sungai Kota Tinggi, Johor, selepas didapati mengandungi sebanyak 76,800 liter diesel.
"Pada Jumaat lalu pula sebanyak dua kapal telah disita iaitu sebuah tangki yang didaftarkan sebagai Jeti Interdi persendirian, Kampung Tanjung Belungkur, Kota Tinggi dan sebuah kapal tangki, Hui Chai di perairan Kuala Sungai Kong, Pasir Gudang selepas didapati mengandungi diesel iaitu sebanyak 238,610 liter dan 310,000 liter.
"Semua kapal tangki itu disita selepas kapten kapal terbabit gagal mengemukakan dokumen yang berkaitan dengan bahan bakar tersebut," katanya.
Sementara itu, mengulas isu kekurangan bekalan tepung dan minyak masak berikutan banyak diseludup di sempadan negara, Alias meminta anggota penguat kuasa memainkan peranan dengan membanteras aktiviti penyeludupan tersebut.
Katanya, pihaknya tidak boleh mengawal penghantaran bekalan tepung dan minyak masak ke negeri yang terletak berhampiran kawasan sempadan kerana dibuat berdasarkan permintaan pasaran.
"Kita dapati ada lebih 130 lorong tikus di kawasan sempadan ini yang menjadi aktiviti penyeludupan barangan dari Malaysia jadi kita minta kerjasama semua pihak penguat kuasa terutama polis, Unit Pencegah Penyeludupan (UPP), polis marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) untuk membantu kita mengatasi masalah ini," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140609/je_01/91-juta-liter-diesel-dirampas#ixzz345XIkLB9
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Juruteknik dicekup


IPOH 8 Jun - Perbuatan seorang juruteknik sebuah syarikat kawalan keselamatan yang dipercayai melarikan wang tunai berjumlah RM235,000 ketika memungut wang itu dari mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan mesin deposit tunai (CDM) di sekitar bandar raya ini dan Kampar, 3 Jun lalu, akhirnya terbongkar apabila lelaki itu ditahan kelmarin.
Berikutan penahanan suspek berusia 23 tahun dan baru berkhidmat sejak setahun lalu itu, polis berjaya menemui semula sebahagian besar wang berkenaan berjumlah RM210,000 yang disorokkan di sebuah kawasan hutan di Kampung Bunga Tanjung, Malim Nawar, Kampar.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Supritendan Maszely Minhad berkata, dalam kejadian itu, suspek bersama tiga pengawal keselamatan diarah untuk mengutip wang dari ATM dan CDM di dua bandar berkenaan.
"Namun selepas selesai bertugas, pengurus syarikat itu menyedari sebahagian wang pungutan berkenaan hilang. Pengurus itu membuat siasatan dalaman tetapi buntu lalu membuat laporan polis pada keesokannya.
"Pada peringkat awal, tangkapan telah dilakukan terhadap tiga pengawal keselamatan berusia antara 41 dan 47 tahun yang bertugas pada hari kejadian.
"Hasil soal siasat, polis menahan suspek di pejabat syarikat berkenaan di sini pada pukul 6 petang kelmarin dan pukul 9 malam, polis menjumpai semula wang tersebut," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Maszely memberitahu, siasatan pihaknya mendapati suspek yang tidak mempunyai sebarang rekod jenayah itu telah menyorokkan kesemua wang berkenaan di dalam jaketnya tanpa disedari oleh ketiga-tiga pengawal tersebut.
Menurutnya, suspek kini direman sehingga Isnin ini untuk siasatan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun jika sabit kesalahan.
Beliau berkata, usaha kini giat dijalankan untuk mendapatkan semula baki wang yang dicuri.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140609/je_03/Juruteknik-dicekup#ixzz345WubU22
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Penyeludup diesel berdepan risiko aset dirampas


KUALA LUMPUR 8 Jun - Penyeludup diesel dan petrol bakal berdepan dengan risiko kesemua aset termasuk rumah dan ladang mereka dirampas oleh pihak berkuasa sekiranya aset-aset berkenaan dibeli menggunakan pendapatan daripada penjualan bahan api tersebut.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, melalui Akta Anti Pengubahan Wang Haram, kesemua 10 agensi terlibat dalam Ops Titik akan bekerjasama memastikan gejala penyeludupan itu mencapai titik noktah atau sekurang-kurangnya menurun secara drastik.
"Terdapat tujuh kes penyeludupan bahan api bersubsidi baharu dilaporkan hari ini dengan nilai sitaan sebanyak RM110,514 iaitu di Kedah dan Sarawak masing-masing sebanyak dua kes dan di Perak, Negeri Sembilan dan Perlis masing-masing sebanyak satu kes.
"Jumlah keseluruhan kes terkumpul sehingga pukul lima petang ini adalah sebanyak 123 kes dan jumlah keseluruhan sitaan sebanyak RM5,368,284," katanya kepada pemberi dalam majlis Pelancaran Koperasi Darul Salam Berhad, Program Membantu Rakyat (Membara) dan Karnival Usahawan Parlimen Selayang 2014 dekat sini hari ini.
Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang, Datuk Abdul Shukor Idrus.
Mingguan Malaysia hari ini melaporkan bahawa usaha membanteras penyelewengan diesel bersubsidi tidak akan berhasil selagi sebahagian besar syarikat pemborong dibiarkan bermaharajalela dengan melanggar segala syarat lesen yang dikeluarkan kementerian.
Mengulas lanjut, Ahmad Bashah berkata, usaha membanteras penyeludupan akan dilakukan berterusan oleh pihaknya.
"Kami akan berganding bahu bagi memastikan pihak penyeludup ini diberikan balasan setimpal. Setiap hari, pemantauan dan penguatkuasaan akan dipertingkatkan dan kita akan melakukan tindakan proaktif," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140609/je_02/Penyeludup-diesel-berdepan-risiko-aset-dirampas#ixzz345WaIDXv
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Gempar jumpa objek berulat


KUCHING - Penemuan satu objek berulat dipercayai mayat seorang bayi menggemparkan orang ramai yang berkejar ke Jalan Semarak di sini selepas kejadian kemalangan maut membabitkan sebuah van yang membawa empat penumpang petang semalam.
Bagaimanapun, pihak polis masih enggan mengesahkan penemuan tersebut sebagai bayi kerana keadaannya yang berulat menyukarkan untuk membuat pengecaman.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0609&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz345UdSCM0 
Hakcipta terpelihara 

Keluarga mangsa lancar kempen 'Ganjaran MH370' AS$5 juta


KUALA LUMPUR - Beberapa ahli keluarga penumpang pesawat MH370 semalam melancarkan kempen 'Ganjaran MH370' yang menawarkan hadiah sebanyak AS$5 juta (RM16 juta) kepada 'orang dalam' yang dapat merungkai misteri kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) itu sejak tiga bulan lalu.
Ketua kempen itu, Ethan Hunt berkata, ganjaran yang ditawarkan itu diharapkan dapat menarik perhatian 'orang dalam' untuk mendedahkan maklumat mengenai kehilangan pesawat itu seperti dikehendaki oleh ahli keluarga mangsa terlibat.
"Kami percaya ada seseorang yang mengetahui sesuatu (kehilangan MH370). Kami berharap ganjaran ini dapat menarik minatnya untuk tampil ke hadapan," katanya dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0609&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz345UWUNfG 
Hakcipta terpelihara 

Kasanova FB kebas duit kekasih


KUALA SELANGOR – Dengan menggunakan laman sosial Facebook sebagai medium mencari mangsa, seorang lelaki memperdaya beberapa wanita dalam tempoh setahun dengan nilai kerugian lebih RM50,000.
Taktik penipuannya hampir sama iaitu menjaja cerita sedih mendakwa dia seorang bekas anggota penguat kuasa dari Sarawak yang datang ke Semenanjung untuk memulakan hidup baharu selepas bercerai dengan isterinya.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai, Amira, 25, memberitahu, dia mula mengenali lelaki yang dipanggil Firdaus itu pada Disember tahun lalu dan tidak menyangka turut menjadi mangsa lelaki kasanova berkenaan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0609&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz345UPZWUu 
Hakcipta terpelihara 

Gadis hilang panjat pagar ikut teman lelaki


CHE AHMAD menunjukkan gambar Nor Azlin yang dipercayai melarikan diri bersama teman lelakinya ketika ditemui di Alor Setar, Kedah semalam.


ALOR SETAR - Sepasang suami isteri merayu anak perempuan mereka yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini pulang ke pangkuan keluarga setelah tidak balik ke rumah sejak 1 Jun lalu.
Bapa tirinya, Che Ahmad Din, 54, berkata, anaknya, Nor Azlin Azelan, 17, dipercayai hilang mengikut teman lelakinya berusia 21 tahun dengan menaiki sebuah kereta di rumah mereka di Jalan Bunga Raya, Tongkang Yard di sini kira-kira pukul 3 pagi.
Menurutnya, kehilangan anak keempat daripada lima beradik itu disedari isterinya, Sabarashah Musa, 47, setelah melihat Nor Azlin tiada di dalam bilik.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0609&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz345UTzaTV 
Hakcipta terpelihara