Search This Blog

Sunday, June 8, 2014

Remaja dikhuatiri lemas pelampung terbalik dipukul ombak


Teks dan foto oleh Mohd Idris Sulaiman
Lumut: Seorang remaja yang bercuti bersama keluarga dan rakan di pusat peranginan Teluk Batik, di sini, dikhuatiri lemas ketika mandi di pantai, petang ini, manakala adiknya yang mandi bersama kini dirawat di hospital selepas berjaya diselamatkan orang ramai.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, mangsa, Steven Daas, 18, berasal dari Puchong, Selangor dikatakan datang bercuti ke kawasan itu bersama keluarga.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seri Manjung, Ismail Othman berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada jam 5.23 petang dan tiba di tempat kejadian pada jam 5.33 petang.

"Mangsa bersama 10 ahli keluarga serta rakan sebelum itu berkelah sambil mandi manda di pantai dan ketika kejadian mangsa bersama adiknya R Jeremy, 16, serta rakannya, Leong Kah Siong, 22, mandi menggunakan satu pelampung.

Foto
OPERASI mencari dan menyelamat dijalankan pasukan keselamatan


"Mereka mandi menggunakan satu pelampung dan ketika itu keadaan laut agak bergelora sebelum mereka dikatakan pergi ke bahagian tengah sebelum pelampung berkenaan dipercayai dipukul ombak hingga terbalik," katanya ketika ditemui dilokasi kejadian.




Ismail berkata, orang awam yang menyaksikan kejadian cuba menyelamatkan mangsa tetapi hanya dua orang saja berjaya dibawa naik ke pantai, manakala mangsa terus tenggelam.

"Pemantauan awal dilakukan di lokasi kejadian dan operasi mencari masih diteruskan, namun operasi pencarian terpaksa ditumpukan di atas permukaan laut saja buat masa ini kerana keadaan laut yang agak bergelora dan pencarian dengan selaman hanya akan dilakukan selepas keadaan air stabil," katanya.‎

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/08

Polis tahan seorang lelaki, rampas VCD bernilai RM750,000


08/06/2014 6:06pm

IPOH - Polis menahan seorang lelaki dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Pertama di sini, semalam dan merampas 151,000 kepingan cakera padat video (VCD) cetak rompak bernilai kira-kira RM750,000.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Perak, Superintendan Maszely Minhad berkata, serbuan yang dijalankan pada pukul 3 petang itu turut merampas 70 unit mesin penyalin, tujuh unit pemprosesan pusat (CPU) dan 12 buku bil tunai.
"Kebanyakan VCD berkenaan merupakan filem Inggeris dan China yang dipasarkan di sekitar negeri ini," katanya pada sidang media di Balai Polis Sungai Senam di sini hari ini.
Beliau berkata, suspek berusia 48 tahun itu disyaki menjalankan kegiatan mencetak VCD itu sejak empat tahun lepas.
Tambahnya, rumah satu tingkat terbabit dijadikan tempat pemprosesan dan penyimpanan VCD haram itu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 18(5) Akta Penapisan Filem, 2002 dan jika sabit kesalahan boleh didenda antara RM5,000 hingga RM30,000 atau dipenjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali, katanya. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0608&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_08.htm#ixzz343R4eeAO 
Hakcipta terpelihara 

Nyaris rentung dalam kereta dipandu

Hasna
Hasna
TAIPING - Tindakan pantas seorang lelaki berlari keluar berjaya nyelamatkannya daripada terperangkap dalam sebuah kereta yang tiba-tiba terbakar di Kampung Benggali, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa segera keluar daripada kereta jenis Proton Wira dinaikinya  itu sebaik sahaja menyedari api mula marak.

Saksi kejadian yang hanya ingin dikenali sebagai Azmi berkata, susulan insiden tersebut, tangan mangsa melecur sedikit.

“Mujur dia sempat keluar, entah kenapa kereta itu tiba-tiba terbakar,” katanya.

Difahamkan, mangsa berusia lingkungan 40 an itu dilaporkan stabil dan sudah mendapatkan rawatan di Hospital Taiping.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Hasna Rashid berkata, bomba tidak mengambil masa yang lama untuk mengawal kebakaran tersebut.

Katanya, sebuah jentera dengan kekuatan enam anggota dikejarkan ke tempat kejadian dan berjaya memadamkan kebakaran itu dalam tempoh 10 minit.

“Ketika operasi pemadaman dilakukan, tiada mangsa yang terperangkap.

“Bagaimanapun, menurut saksi kejadian, mangsa yang memandu kenderaan terbabit hanya melecur di bahagian tangan,” katanya.

Pelajar kolej maut melecur

Kedai runcit yang musnah terbakar dan meragut nyawa seorang pelajar kolej malam kelmarin.
Kedai runcit yang musnah terbakar dan meragut nyawa seorang pelajar kolej malam kelmarin.
TANJUNG MALIM - Seorang pelajar kolej di Kuala Lumpur maut setelah gagal menyelamatkan diri dalam kebakaran melibatkan sebuah kedai runcit di Proton City, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 malam itu, mangsa, R Aris Muniandi, 20, ditemui mati dalam keadaan terbaring di dalam tandas rumah kedai dua tingkat itu oleh pasukan Bomba dan Penyelamat.

Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Superintendan Othman Nanyan berkata, berdasarkan siasatan awal, ketika kejadian, mangsa berada di dalam tandas di bahagian belakang premis, sementara bapa saudaranya yang juga pemilik kedai runcit itu berada di kaunter.

Menurutnya, kebakaran itu disedari bapa saudara mangsa, N Krishnan Rao, 39, namun mangsa tidak sempat diselamatkan berikutan api marak dengan cepat.

“Secara tiba-tiba, pemilik terlihat api marak di bahagian belakang iaitu dari stor barang- barang. Menyedari mangsa masih berada di belakang, bapa saudara mangsa cuba menyelamatkannya, tetapi tidak berjaya kerana asap tebal dan api merebak terlalu cepat,” katanya.

Othman berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan mangsa mati akibat terhidu asap tebal.

Katanya, anggota bomba terpaksa memecah pintu belakang untuk masuk ke dalam premis terbabit dan menjumpai mangsa terbaring di dalam tandas.

“Kejadian itu telah memusnahkan semua barang dan peralatan di dalam kedai tersebut.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Slim River untuk bedah siasat sebelum dituntut waris bagi urusan pengebumian,” katanya.

Tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim, Slim River dan Proton City dengan kekuatan 15 anggota diketuai Jamil Macklous tiba di tempat kejadian bagi mengawal kebakaran. Api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 11.30 malam.

Enam disyaki bakar mercun pada final Piala FA ditahan






SHAH ALAM 8 Jun - Polis menahan enam individu kerana disyaki membakar mercun ketika perlawanan akhir Piala FA 2014 antara skuad bola sepak Pahang dan Felda United FC di sini malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Ruslan Abdullah berkata, insiden itu sepatutnya tidak berlaku kerana bahan tersebut dilarang daripada dibawa masuk ke stadium memandangkan ia boleh membahayakan penonton.

``Setelah keterangan daripada individu berkenaan yang berumur dalam lingkungan 20-an diambil, kes ini dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan seterusnya,'' katanya ketika dihubungi Bernama.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 3 (5) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih sebulan atau didenda sehingga RM100 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pahang muncul juara selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas Felda United.

- BERNAMA



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140608/je_06/Enam-disyaki-bakar-mercun-pada-final-Piala-FA-ditahan#ixzz342RXNpEh
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Premis bungkus beras nasi Arab terbakar


Oleh Mohd Nur Asnawi Daud
Melaka: Seorang ahli perniagaan kerugian lebih RM120,000 selepas dua premis disewanya untuk pembungkusan beras nasi Arab di Taman Peringgit Jaya, Peringgit, terbakar pagi ini.

Dalam kejadian 8.40 pagi itu, lebih 7,000 kotak beras nasi Arab yang akan dijual sempena Ramadan ini yang ditempatkan di dalam sebuah premis itu musnah sepenuhnya manakala beberapa bahagian di premis bersebalahan turut rosak.
Difahamkan, semua beras yang siap dibungkus di dalam kotak itu adalah stok untuk jualan sempena bulan puasa yang sudah dipesan pelanggan dari seluruh negara

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu Abdul Razid Karim berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran jam 8.47 pagi sebelum menghantar tiga jentera iaitu satu dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil dan dua dari Jalan Kubu.

Foto
ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran di premis membungkus beras nasi Arab.


"Anggota bomba terpaksa memecahkan pintu hadapan dan membuka pintu belakang premis untuk pemadaman api dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan," katanya.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/08

Kes buli paksa bogel pelajar UPM selesai

Laporan berita disiarkan sebuah blog mengenai tujuh pelajar junior UPM yang mendakwa mereka dipaksa melakukan perkara tidak senonoh oleh pelajar senior Khamis lalu.
Laporan berita disiarkan sebuah blog mengenai tujuh pelajar junior UPM yang mendakwa mereka dipaksa melakukan perkara tidak senonoh oleh pelajar senior Khamis lalu.
SERDANG – Kes buli membabitkan 10 pelajar senior dan tujuh pelajar junior Universiti Putra Malaysia (UPM) Khamis lalu dianggap selesai selepas kedua-dua pihak bertemu dan memohon maaf atas kesalahan dilakukan.

Difahamkan, pelajar junior berkenaan membuat laporan di Balai Polis Serdang  mendakwa mereka dipaksa berbogel dan menghisap rokok jika tidak mahu diapa-apakan.
Insiden itu dilapor turut dirakam pelajar senior menggunakan telefon bimbit masing-masing.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM, Dr Mohammad Shatar Sabran berkata, kesemua pelajar yang terbabit sudah berbincang dan bersetuju memaafkan satu sama lain.

Ibu bapa pelajar juga sudah dipanggil dan dijelaskan mengenai apa yang berlaku. Satu perjumpaan lagi akan diadakan hari ini antara Persatuan Hindu UPM dengan ibu bapa pelajar terlibat.

Beliau menafikan wujud kejadian ‘ragging’ memaksa pelajar junior berbogel dan menghisap rokok. Ketika mengulas kejadian itu, beliau turut menafikan pembabitan pelajar wanita dalam insiden yang didakwa sengaja menjatuhkan maruah mangsa.

Menurutnya, pelajar senior yang terbabit dalam kejadian itu diberi surat amaran kerana melanggar peraturan ditetapkan universiti.

UPM membuat ketetapan tidak membenarkan mana-mana pelajar senior untuk dekati pelajar junior sebagai  langkah pencegahan mengelak kes seperti itu berlaku.

Mohammad Shatar berkata, pihaknya memberi jaminan perkara itu tidak akan berlaku di bawah pengawasan pihaknya.

“Jika ada terima laporan, perkara itu akan dirujuk kepada jawatankuasa tatatertib, tindakan kemudian diambil mengikut prosedur,” katanya.

Beliau berkata, jawatankuasa akan bersidang, menilai dan menyiasat kes, jika ada bukti kesemua pihak akan dipanggil.

Tindakan diambil bergantung kepada keadaan dan maklumat diperoleh, pelajar yang lakukan kesalahan mungkin diberi surat peringatan, amaran, digantung atau dibuang terus daripada universiti.

“Namun dalam kes ini kedua-dua pihak dah selesaikan di peringkat awal, mangsa tidak membuat aduan kepada pihak universiti malah mangsa juga memberitahu apa yang dilapor dalam sebuah akhbar berbahasa Tamil itu banyak yang tidak benar,” katanya.

Laporan terperinci mengenai kejadian itu jelasnya sudah diserahkan kepada kementerian untuk tindakan selanjutnya.

“UPM tidak terima laporan daripada mangsa sebelum ini, hanya tahu mengenainya daripada pihak luar dan berdasarkan laporan polis dibuat tapi kita sudah temui semua yang terlibat untuk dapat gambaran jelas mengenainya,” katanya.

Kelmarin, umum gempar apabila sebuah akhbar Tamil melaporkan tujuh pelajar UPM mendakwa mereka dibuli pelajar senior melakukan perkara tidak senonoh sehingga menjatuhkan maruah di sebuah bilik di asrama universiti itu Khamis lalu.

Pelajar itu mendakwa mereka hanya dibenar memakai seluar dalam, memegang kemaluan sambil menari mengikut rentak muzik.

Tujuh pelajar malang tersebut mendakwa trauma bertemu pelajar senior selepas turut dipaksa menghisap rokok jika tidak mahu dipengapa-apakan.

Dua beradik dicekup khalwat

Dua remaja lelaki yang dicekup ketika serbuan di sebuah rumah di Taman Kerian Permai
Dua remaja lelaki yang dicekup ketika serbuan di sebuah rumah di Taman Kerian Permai
PARIT BUNTAR - Ketiadaan ibu bapa di rumah diambil kesempatan oleh dua beradik dengan membawa pulang teman lelaki untuk melakukan maksiat.

Perbuatan tidak bermoral remaja yang masih bersekolah itu bagaimanapun berjaya dihidu pihak berkuasa dan mereka ditahan bersama pasangan masing-masing ketika serbuan pencegahan maksiat di sebuah rumah di Taman Kerian Permai, awal pagi 2 Jun lalu.

Setiausaha Pertubuhan Sukarela Keselamatan dan Kebajikan Kerian (PSKKK), Abdul Sukur Ahmad berkata, serbuan pada kira-kira jam 2.20 pagi itu dilakukan oleh 20 anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kerian (PADK) dengan kerjasama PSKK) dan polis setelah menerima aduan daripada orang awam.

Difahamkan, kedua-dua remaja perempuan itu berusia 15 dan 17 tahun dan mereka masih bersekolah di sebuah sekolah menengah di Parit Buntar.

"Dua remaja perempuan terbabit hanya membuka pintu selepas kira-kira setengah jam anggota penguat kuasa PADK meminta mereka berbuat demikian.

"Hasil pemeriksaan kami, terdapat dua lelaki berusia lingkungan 18 dan 20 tahun yang tidak mempunyai hubungan mahram dengan kedua adik-beradik terbabit ditemui dalam rumah," katanya kepada Sinar Harian.

Abdul Sukur berkata, keempat-empat pasangan remaja ditahan itu dibawa ke Balai Polis Parit Buntar dan kemudiannya dihantar ke Pejabat Agama Daerah Kerian untuk tindakan susulan.

Beliau berkata, golongan remaja diingatkan supaya tidak melakukan sebarang perlakuan tidak bermoral manakala ibu bapa diminta sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak mereka.

“Paling penting, kami minta kerjasama orang ramai untuk turut serta membanteras gejala sosial dan maksiat terutama menjelang Ramadan yang semakin hampir.

“Sebarang aduan melibatkan gejala sosial boleh disalurkan terus kepada anggota penguat kuasa PADK atau menghubungi pihak kami untuk tindakan sewajarnya,” katanya.

Banjir di Afghan ragut 100 nyawa

Penduduk berpindah ke kawasan selamat selepas rumah mereka dihanyutkan arus deras.
Penduduk berpindah ke kawasan selamat selepas rumah mereka dihanyutkan arus deras.
PUL-E-KHUMRI - AFGHANISTAN. Lebih 100 orang terkorban manakala ribuan yang lain cedera dalam kejadian hujan lebat dan banjir di daerah Gazargah-e-Noor, wilayah utara Baghlan, Afghanistan, kelmarin.

Gabenor daerah Noor Mohammad Gazar berkata, puluhan kediaman turut musnah akibat dihanyutkan arus deras dan jumlah kematian dijangka terus meningkat.

"Angin kuat, hujan lebat dan hujan batu telah menyebabkan lebih 100 orang terbunuh dan mencederakan ramai penduduk hanya dalam tempoh sejam," katanya dipetik AP.

Menurutnya, kesemua laluan menuju ke Gazargah-e-Noor rosak teruk dan penduduk kini amat memerlukan bantuan segera.

Penculik tabur syiling tarik mangsa

Selvakumar (kanan) bersyukur Daniyaa (kiri) selamat dari penculik
Selvakumar (kanan) bersyukur Daniyaa (kiri) selamat dari penculik
SEREMBAN - Dengan menggunakan taktik menabur duit syiling dan wang kertas RM50 di tengah-tengah jalan, seorang kanak-kanak berusia 9 tahun menjadi mangsa culik sekumpulan lelaki tidak dikenali di Taman Mawar, dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira 4.30 petang Rabu lalu, mangsa, S.Daniyaa Letchumy, 9, terselamat apabila diserang sawan ketika dibawa dalam kereta penjenayah terbabit sebelum ditinggalkan di tepi jalan.

Menceritakan kejadian, bapa mangsa, V.Selvakumar, 42, berkata, anaknya diculik ketika dalam berjalan ke kedai berhampiran rumah mereka.

Menurutnya, ketika tiba di laluan belakang taman perumahan berkenaan, anaknya terjumpa wang kertas RM50 atas jalan, lalu mengambil duit tersebut dan meneruskan perjalanan ke kedai.

"Dalam perjalanan balik ke rumah, anak saya sekali lagi terjumpa banyak duit syiling bertaburan di tepi jalan itu iaitu tempat yang sama, lalu berhenti dan mengutip syiling itu.

“Semasa dia sedang leka mengutip duit itulah, tiba-tiba datang dua lelaki bertopeng dari dalam hutan berhampiran, lalu menutup mulut dan mengangkat anak saya masuk dalam kereta Proton Saga hitam yang telah menunggu di tepi selekoh laluan itu," katanya.

Bagaimanapun, katanya, kira-kira 15 minit kemudian, anaknya ditinggalkan di tepi jalan berdekatan kuil Jalan Seremban - Tampin, kira-kira 10 kilometer dari tempat diculik.
"Mungkin penculik itu panik melihat anak saya diserang sawan,” katanya.

Selvakumar berkata, Daniyaa kemudiannya dihantar pulang ke rumah kira-kira 5.30 petang pada hari sama oleh seorang individu yang ketika itu berada di kuil terbabit.
Dia juga mengakui anaknya diserang sawan sekiranya berada dalam situasi panik.

“Sejak kecil lagi anak saya sering diserang sawan, lebih-lebih lagi jika dia dalam ketakutan atau pun tertekan. Malah, minggu depan ini, dia akan dibawa ke hospital untuk rawatan susulan," katanya.

Menurutnya, kejadian itu menyebabkan dia bimbang keselamatan keluarganya kini.

“Saya bukanlah orang senang. Kerja pun hanya mencari besi buruk untuk dijual. Tapi saya percaya penjenayah ini bukan mahu duit tapi mungkin mahu menculik kanak-kanak untuk dijual," katanya.

Berkutan kejadian itu, Selvakumar membuat laporan di Balai Polis Senawang, kelmarin.

Kejadian menimpa keluarga itu turut mendapat perhatian Adun Senawang, P. Gunasekaran dan Ahli Parlimen Rasah, Teo Kok Seong yang datang ke rumahnya, semalam.

Juruteknik syarikat keselamatan mengaku larikan wang ATM


Ipoh: Seorang juruteknik syarikat kawalan keselamatan diberkas selepas melakukan pecah amanah dengan melarikan wang tunai sebanyak RM235,000 yang dipungut daripada mesin penggeluaran wang (ATM) dan mesin pendeposit wang tunai (CDM) di sekitar Kampar serta Ipoh, Jumaat lalu.
Susulan daripada tangkapan pada jam 6 petang itu, kira-kira RM210,000 wang yang dilarikan berjaya ditemui semula di dalam hutan di Kampung Bunga Tanjung Malim Nawar, Kampar, pada jam 9 malam. 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Perak Superintendan Maszely Minhad berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan wang terbabit daripada sebuah syarikat kawalan keselamatan yang beroperasi di Ipoh, mengatakan wang pungutan mesin ATM dan CDM pada 3 Jun 2014 dikesan hilang. 

"Syarikat terbabit pada awalnya membuat siasatan dalaman, namun gagal mengesan duit berkenaan sebelum membuat laporan di Balai Polis Kampung Rapat, di sini pada jam 8.59 malam Rabu lalu.
Foto
MASZELY menunjukkan sebahagian wang yang ditemui semula..

"Siasatan awal, pada Jumaat polis memberkas tiga pengawal keselamatan yang bertugas membuat pungutan wang pada hari berkenaan, namun kesemua mereka mengaku tidak mengetahui berhubung wang yang dilarikan itu.

"Polis kemudian memberkas juruteknik berusia 23 tahun yang turut bertugas pada hari kehilangan wang terbabit dan hasil soal siasat, suspek mengaku melarikan kesemua wang berkenaan serta mencampakannya ke dalam hutan," katanya dalam sidang media di sini, sebentar tadi. 

Menurutnya, suspek kini direman selama tiga hari bagi membantu siasatan dan ketiga-tiga pengawal keselamatan yang ditahan pula dibebaskan dengan jaminan polis.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/08

2 penunjuk perasaan Kurdish maut ditembak tentera Turki


2014/06/08 - 10:16:23
LICE, Turki: Dua penunjuk perasaan puak Kurdish maut akibat luka tembakan yang dialami ketika pertempuran sengit dengan anggota tentera Turki di tenggara negara itu.

Ramazan Baran, 24, dan Abdulbaki Akdemir, 50, meninggal dunia di hospital selepas pertempuran antara anggota tentera dan penunjuk perasaan puak Kurdish yang marah terhadap rancangan kerajaan untuk membina berek tentera di daerah Lice dalam wilayah majoriti Kurdish di Diyarbakir.

Tiga orang termasuk dua anggota tentera dirawat di hospital selepas penunjuk perasaan melepaskan tembakan, melemparkan batu dan bunga api ke arah pasukan keselamatan.

Saksi memberitahu anggota tentera Turki menembak peluru hidup dalam pertempuran itu.

Ketegangan semakin meningkat di Lice sejak penunjuk perasaan menyekat satu jalan raya dua minggu lalu berhubung pembinaan markas tentera di kawasan majoriti puak Kurdish yang dilihat sebagai ancaman terhadap proses damai yang dimulakan pada 2012 antara kerajaan dan Parti Pekerja Kurdish (PKK) yang diharamkan - AFP

Tracy Morgan parah, rakan maut dalam nahas di New Jersey


2014/06/08 - 11:09:16
WASHINGTON: Pelakon, Tracy Morgan, 45, cedera parah selepas terbabit dalam kemalangan enam kenderaan di New Jersey, kira-kira 1 pagi tadi waktu tempatan yang turut mengorbankan seorang daripada rakan beliau.

Kemalangan berlaku ketika bekas bintang ‘Saturday Night Live’ itu dalam perjalanan pulang selepas membuat persembahan di Delaware.

Pemandu trak berusia 35 tahun yang dikenali sebagai Kevin Roper dituduh menyebabkan kematian seorang penumpang dan empat pertuduhan mencederakan dengan menggunakan kenderaan.

Roper didakwa menyebabkan kemalangan di New Jersey Turnpike berdekatan ibu negeri Trenton yang membabitkan bas limo Morgan, satu lagi trak, dua kereta dan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV).

Pihak berkuasa New Jersey berkata, kenderaan yang membawa Morgan bersama tujuh penumpang lain kemungkinan dilanggar dari arah belakang pada jam 1 pagi (0500 GMT).

“Tracy masih berada dalam keadaan kritikal di Hospital Robert Wood Johnson. Beliau mengalami kecederaan dalam kemalangan awal pagi tadi,” kata jurucakap Morgan, Lewis Kay.

“Keluarga beliau kini berada bersama dan beliau menerima rawatan yang baik,” katanya.
Tiga mangsa lain turut dirawat di hospital, dengan dua daripada mereka dalam keadaan kritikal. - AFP

Cari bunyi ‘mengiau’


Bachok: “Saya sangka ia bunyi anak kucing mengiau, rupa-rupanya ia tangisan bayi yang ditinggalkan di dalam kotak air mineral di depan sebuah kedai runcit berhampiran kediaman kami,” kata Zuraini Abd Wahad, 41, selepas menemui seorang bayi lelaki cukup sifat di Kampung Gajah Mati, Tawang di sini, semalam.
Bayi masih bertali pusat itu ditemui pada jam 5.15 pagi dan dipercayai baru dilahirkan. Turut ditemui bersama bayi yang lengkap berpakaian itu ialah beberapa helai lampin pakai buang dan puting susu.
Zuraini berkata, sebelum penemuan itu, dia terjaga daripada tidur untuk menutup kipas kerana kesejukan sebelum terdengar bunyi seolah-olah anak kucing mengiau.

“Bunyi itu semakin kuat dan jelas seperti tangisan bayi. Saya yang ketakutan mengejutkan suami, Seman Salleh,yang berusia 68, sebelum kami mencari arah bunyi berkenaandatang.
Foto
SEMAN menunjukkan tempat bayi dijumpai di depan kedai runcit di Kampung Gajah Mati, Tawang. Gambar kecil, bayi lelaki berusia seminggu ditinggalkan di kedai runcit.

“Kami menemui kotak air mineral berkenaan di depan kedai runcit berkenaan sebelum suami membuka penutupnya. Kami terkejut mendapati ada bayi di dalamnya. Saya terus membawa bayi berkenaan pulang dan memberinya susu,” katanya ketika ditemui di kediamannya.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/08

Mayat lelaki di rumah tak bernombor


Kuching: Misteri tompokan darah di depan sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Batu Kawa-Matang di sini, membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan parah di kepala di ruang tamu rumah berkenaan, petang tadi.
Mayat Lee Mui Chai, 57 ditemui polis trafik yang datang ke lokasi kejadian untuk membuat siasatan selepas mendapat laporan mengenai kemalangan kira-kira jam 2.30 petang. 
Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Pauzi Bujang berkata, pihaknya menerima laporan berlakunya kemalangan dan polis trafik bergegas ke lokasi kejadian. 

Katanya, sebaik tiba seorang wanita berusia 39 berlumuran darah berada di tepi jalan kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian.Foto
PARAMEDIK memeriksa mayat mangsa di lokasi kejadian.
Foto
"Difahamkan wanita itu sedang menunggu suaminya untuk dihantar ke hospital menggunakan kereta mereka. Bagaimanapun, anggota trafik pelik apabila menemui tompokan darah di depan rumah terbabit dan terus membuat pemeriksaan lanjut.

"Lelaki terbabit dipercayai mati akibat terkena hentakan objek tumpul, bagaimanapun tiada kesan pergelutan mahupun rompakan di lokasi kejadian," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian. 

Wanita yang berlumuran darah itu kini dirawat di HUS dan dilaporkan dalam keadaan stabil. Mayat lelaki itu dihantar ke Jabatan Forensik HUS untuk bedah siasat. 

Fauzi berkata, suami wanita terbabit berusia lingkungan 50-an ditahan bagi membantu siasatan. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/07

Lelaki kanibal bebas


Moscow: Seorang lelaki Russia yang mengaku membunuh dan memakan mayat rakannya dibebaskan oleh mahkamah semalam.

Saki-baki mayat Andrei Kurochkin ditemui di pedalaman wilayah Amur di timur jauh Russia sejurus selepas dua rakannya diselamatkan pada 29 November 2012.


Alexei Gorulenko, 39, mengaku tidak bersalah atas tuduhan membunuh, tetapi dikenakan hukuman tertunda kerana menyebabkan kecederaan, lapor akhbar Siberian Times.

Lelaki ketiga, Alexander Abdullaev, 38, hanya dipanggil untuk menjadi saksi walaupun dia mengaku kepada mahkamah bahawa dia memakan mayat Kurochkin, tetapi bukan kerana lapar. “Saya ada alasan lain,” katanya.


Balu Kurochkon, Olga Kurochkin, berang dengan keputusan mahkamah.


“Saya terkejut dengan keputusan itu. Tidak ada siapa yang menyangka kes ini akan berakhir sebegini. Orang yang makan mayat suami saya bebas dengan hukuman tertunda. “Saya tidak dapat mengagak apa yang berada dalam fikiran hakim,” katanya.

Pendakwa raya sebelum ini mendesak mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas Gorulenko. Undang-undang Russia tidak menganggap amalan kanibal sebagai jenayah. - Agensi



Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/08

Bapa rayu anak pulang


ALOR SETAR: Bimbang dengan keselamatan anak gadisnya yang hilang selepas menaiki sebuah teksi di Pantai Johor dekat sini 3 Jun lalu, seorang bapa merayu bantuan orang ramai mengesan remaja berusia 13 tahun itu.

Samsun Majdi Awang, 51, dari Lorong Padi Emas, Pantai Johor dekat sini berkata anaknya Nur Qairunnisa tidak pulang ke rumah selepas menaiki sebuah teksi jenis Proton Saga pukul 4.30 petang pada hari kejadian.

Kehilangan Nur Qairunnisa disedari selepas ibu Samsun Majdi, Saadah Ali, 74, memberitahu cucunya itu keluar ke rumah rakan dari pukul 4 petang tetapi masih belum pulang ke rumah.

"Sebelum kejadian, dia memberitahu neneknya yang dia mahu ke rumah rakannya yang terletak di belakang rumah kira-kira pukul 4 petang.

Semasa saya mencarinya pada pukul 7.30 malam, rakan saya memberitahu bahawa dia ternampak anak saya menaiki sebuah teksi pada pukul 4.30 petang.

"Difahamkan dalam teksi berkenaan ada seorang lelaki lain selain pemandu teksi.

Saya cari dia di rumah rakan-rakannya tetapi tidak berhasil dan pada pukul 9 malam saya membuat laporan polis mengenai kehilangan anak saya di Balai Polis Alor Setar," katanya kepada pemberita di sini hari ini.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/05

Bayar saman menerusi internet tipu orang ramai


2014/06/08 - 06:52:16
Kuala Lumpur: Polis mengenal pasti seorang individu dipercayai dalang di sebalik sindiket penipuan sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan bayaran berkaitan saman menerusi internet.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pihaknya juga sedang meneliti dan memantau beberapa individu lain di sebalik operasi syarikat berkenaan yang mengiklankan perkhidmatan mereka melalui laman sosial termasuk Facebook.

“Kementerian dan polis trafik tidak pernah melantik mana-mana syarikat, individu atau organisasi sebagai badan yang boleh mendaftarkan pesalah trafik dan dijanjikan pemberian diskaun atas kesalahan saman.

Jangan percaya laman web “Saya mengingatkan orang ramai, khususnya mereka yang dikenakan saman JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) dan mahu membayar saman agar tidak mempercayai laman web itu,” katanya selepas merasmikan pembukaan Kedai Tabuan Motor di Alam Damai, di sini, petang semalam. 

Tak sempat tarik kereta


Kuala Lumpur: Cubaan seorang penarik kereta mengambil sebuah kereta Proton Persona selepas mendapat arahan mahkamah kerana bayaran tertunggak tiga bulan mengundang padah apabila diserang dan ditetak seorang lelaki, dipercayai kenalan pemilik kereta terbabit.
Mangsa dikenali sebagai Wong, 37, cedera di kepala, dada dan tangan selepas diserang suspek yang mengamuk sebelum berjaya diselamatkan polis.
Dalam kejadian jam 4.30 petang kelmarin, mangsa membawa lori tunda untuk menarik kereta terbabit di kawasan flat Jalan San Peng, di sini.

Menurutnya, selepas membawa kereta itu sehingga ke kawasan Kenanga Wholesale City (KWC), di sini, tiba-tiba tiga lelaki menaiki motosikal menahan dan menyuruhnya berhenti.
Foto
WONG diberi rawatan oleh paramedik. Gambar kecil, kesan kecederaan pada kepala.

“Seorang daripada mereka kemudian terus mengambil kunci lori saya dan merampas telefon bimbit.



Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/08

Diperdaya kerana nak cepat kaya


Berpura-pura mengenali masyarakat tempatan ko­nonnya ingin menjalin hubungan persahabatan selain mewujudkan kerjasama perniagaan antara taktik dikesan dilakukan anggota sindiket ‘Black Money’ yang rata-ratanya didalangi warga Afrika untuk mendekati mangsa sebelum menipu mereka dengan tawaran kekayaan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Izani Abd Ghani berkata, biasanya anggota sindiket meng­gunakan kenalan mereka yang juga warga tempatan untuk memperkenalkan diri dengan mangsa dan menggunakan alasan menjalin kerjasama perniagaan mahupun berkenalan. 
“Mangsa sebelum itu tidak me­ngetahui niat dan tujuan mereka diperkenalkan kepada sindiket berkenaan hinggalah bertemu dan berbincang mengenai urusan perniagaan yang boleh menjadikan mangsa kaya dalam sekelip mata iaitu ‘Black Money’. 

“Kami mengesan sindiket meng­gunakan pujuk rayu dan cuba meyakinkan mangsa melalui demonstrasi mencuci wang kertas berwarna hitam dengan cecair khas yang kononnya dapat menukarkan wang kertas menjadi duit sebenar.
Foto
Izani (tiga kiri) menunjukkan barangan rampasan sindiket Black Money kepada Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Taw Hong Soon (dua kiri) pada sidang media bulan lalu.

“Mangsa yang dikaburi dengan kekayaan ‘segera’ pasti tergoda, seterusnya melakukan urusan membeli wang kertas berkenaan,” katanya kepada Metro Ahad.



Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/08

Ibu mangsa bunuh terima panggilan ugutan


Serdang: “Seseorang pernah menghubungi ibu mangsa dua hari sebelum ini dan mengugut menembak mati mangsa jika tidak menutup kedai bunganya,” kata Selvam, 40-an, abang ipar kepada seorang ahli perniagaan yang ditembak mati di depan sebuah kuil di Jalan Bandar 3, Puchong, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8 malam, A Ragan, 31, yang menjalankan perniagaan kedai bunga, kedai solekan pengantin dan syarikat keselamatan di Puchong dan Klang, mati di tempat kejadian akibat parah di leher, kaki kiri dan dada selepas ditembak dari jarak dekat.


Selvam berkata, adik iparnya tidak pernah terbabit dalam kegiatan berunsur jenayah dan komited dengan perniagaannya, namun dua hari lalu, ibu mentuanya menerima panggilan berbaur ugutan daripada seorang lelaki.

“Lelaki itu meminta ibunya memaklumkan Ragan supaya menutup kedai bunganya dalam tempoh dua hari iaitu hari ini (Jumaat) dan jika tidak, dia akan membunuh mangsa.


“Bagaimanapun, Ragan tidak risaukan keselamatan diri, sebaliknya risaukan isterinya yang bakal menjalani pembedahan Isnin depan untuk melahirkan anak sulung mereka.


“Disebabkan itu, dia bersama ibunya dan dua anak saudaranya mengunjungi kuil ini,” katanya kepada Metro Ahad.

Katanya, isteri mangsa dimasukkan ke hospital dan belum dimaklumkan mengenai kejadian malang yang menimpa suaminya.


Sementara itu, anak saudara mangsa P Kalidasan, 15, berkata, mereka berempat pergi ke kuil bagi mendoakan ibu saudaranya selamat melahirkan anak sulung dan ketika itu, mereka baru selesai bersembahyang dan keluar dari kuil.



“Ketika kami bertiga berjalan ke arah kereta, saya nampak seorang lelaki berpakaian serba hitam berlari ke arah pak cik (mangsa) dari arah belakang.


“Tiba-tiba dia melepaskan beberapa tembakan yang mengenai pak cik sebelum dia terjatuh dan suspek berjalan ke arahnya sebelum tembak sekali lagi di kepala,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.


Menurutnya, dia menjerit meminta tolong namun tiada sesiapa berani mendekati mereka dan nampak lelaki itu berlari anak ke arah lebuh raya dan menghilangkan diri. Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Razimi Ahmad ketika ditemui di lokasi kejadian berkata, suspek melepaskan empat das tembakan ke arah mangsa dari arah belakang dan tiga daripadanya mengenai mangsa di leher, kaki dan dada yang menyebabkan kematiannya.


Menurutnya, suspek berpakaian serba hitam hanya berjalan kaki dan melarikan diri melalui jalan utama sebaik mangsa rebah ke jalan.


“Kami masih menyiasat punca kejadian dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh,” katanya.


Sementara itu, abang mangsa dikenali sebagai Rama, 43, berkata, isteri mangsa yang terkejut mendengar berita kematian suaminya beberapa kali jatuh pengsan, menyebabkan mereka sekeluarga terpaksa menghantarnya ke hospital.


Menurutnya, adik iparnya yang sarat mengandung selamat melahirkan anak lelaki jam 2 pagi semalam di Hospital Serdang melalui pembedahan.


“Sepatutnya dia bersalin Isnin depan namun sebaik menerima berita itu, emosi adik ipar saya terganggu hingga menyebabkan dia bersalin lebih awal,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/08

Fibroid terbesar


Wanita berusia 52 tahun itu yang dikenali sebagai Latha, menghadapi masalah untuk bernafas dan sentiasa letih selama beberapa tahun, tetapi tidak menyedari ketumbuhan sebesar buah tembikai itu membesar dalam rahimnya.

Dia hanya mendapatkan rawatan di Hospital Kumaran selepas mengalami pendarahan teruk sebulan lalu.
Doktor yang menjalankan ujian mendapati dia terlalu lesu sebelum mengesan ketumbuhan besar pada permukaan luar rahim yang menyebabkan tekanan pada tubuhnya.

Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Dr Mani Mekalai berkata, pihaknya terkejut menemui ketumbuhan sebesar itu.

Menurutnya, fibroid terbesar pernah dikeluarkan pakar perubatan sebelum ini ialah di Afrika yang seberat 10 kilogram.
Foto
FIBROID seberat 14kg yang dikeluarkan dari rahim Latha.
“Berdasarkan saiz fibroid pada Latha, ia mungkin sudah berada di situ lebih 20 tahun lalu,” kata pakar itu. Mani juga berkata, tanda-tanda ketumbuhan biasanya berkait dengan lokasi fibroid.

“Memandangkan ia tumbuh di luar rahim, pesakit tidak menyedarinya,” kata Mani.
Latha menjalani pembedahan dua hari selepas dimasukkan ke hospital.

Pakar bedah, Dr Shiva Kumar berkata, pasukan empat doktor mengambil masa tiga jam setengah untuk membuang fibroid berkenaan.

Mereka terpaksa membuang uterus bersama-sama ketumbuhan itu bagi mengelaknya tumbuh semula.

Menurut Mani, walaupun ketumbuhan dalam rahim adalah perkara biasa, tetapi fibroid yang dibuang biasanya tidak sebesar itu. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/08

2 maut cari telefon dalam lubang najis


Xinxiang: Seorang lelaki dan ibunya mati selepas cuba mengambil telefon bimbit yang jatuh ke dalam tandas di rumah mereka.

Menurut laporan, telefon milik isteri lelaki berkenaan yang berharga kira-kira RM1,030 terjatuh ke dalam tandas itu. Dalam usaha mencari telefon berkenaan, suaminya masuk ke dalam lubang najis di luar rumah, tetapi pengsan kerana bau yang sungguh kuat. Ibunya kemudian memasuki lubang itu untuk membantu anaknya. Bagaimanapun, dia juga pengsan.


Kemudian, wanita yang terjatuh telefon berkenaan cuba membantu suami dan ibu mentuanya. Malangnya dia juga mengalami nasib yang sama sebaik berada di dalam lubang berkenaan, begitu juga dengan nasib bapa mentuanya yang turut cuba membantu. Dua jiran turut mengalami nasib sama dalam lubang berkenaan.

Penduduk kampung akhirnya terpaksa menggunakan tali untuk menarik keenam-enam mangsa keluar dari lubang itu.


Apabila berjaya ditarik keluar, dua mangsa lelaki itu dan ibunya sudah tidak bernyawa.


Seorang jiran yang terselamat berkata: “Bau di dalam lubang itu terlalu kuat. Saya pengsan sebelum dapat melihat apa-apa.” - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/08

Rakyat Malaysia dirogol di Jaipur


NEW DELHI: Seorang wanita Malaysia yang berkunjung ke Jaipur, Rajasthan atas urusan perniagaan, didakwa dirogol pada Jumaat oleh seorang lelaki yang ditemuinya di sana.

"Kami telah menahan lelaki itu atas dakwaan merogol seorang wanita Malaysia pada Jumaat. Dia penduduk Bhilwara," menurut Indo-Asian News Service memetik Timbalan Pesuruhjaya Polis (Jaipur Timur), Amandeep Singh sebagai berkata.
Lelaki itu berusia 30 tahun.

Menurut laporan itu, wanita terbabit dalam aduannya berkata dia datang ke Jaipur tiga hari sebelum itu atas urusan perniagaan dan berjumpa lelaki berkenaan.


Kedua-dua mereka makan di sebuah hotel lima bintang pada Khamis malam dan dari situ lelaki itu memandunya ke sebuah tempat yang sunyi dan mendakwa dia dirogol di dalam kereta selepas diberi minuman yang dimasukkan dadah.




Lelaki itu kemudian meninggalkannya di hadapan hotel penginapannya, menurut laporan itu.

Wanita itu berjaya menghubungi sebuah kereta polis di kawasan berhampiran Jawahar Circle di bandar raya ini dan membuat aduan. Lelaki terbabit ditahan dalam tempoh tiga jam.

"Kami menerima aduan itu secara bertulis dan sedang menyoal siasat lelaki terbabit," laporan itu memetik Amandeep sebagai berkata.

Sementara itu, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi telahpun menghubungi mangsa.

"Dia selamat dan pihak berkuasa di Jaipur memberi kerjasama penuh kepada kami berhubung insiden ini," kata seorang pegawai ketika dihubungi hari ini.

Bantahan terhadap keganasan seksual di India semakin memuncak sejak insiden rogol beramai-ramai dan bunuh seorang pelajar di dalam sebuah bas di Delhi pada 2012.

Statistik rasmi menunjukkan kira-kira 25,000 kes rogol dilakukan setiap tahun di India, negara yang dihuni 1.3 bilion penduduk.

Pada awal tahun ini seorang wanita warga Denmark berusia 51 tahun mendakwa dirogol beramai-ramai di Delhi. Dia dirompak dan dirogol oleh suspek bersenjatakan pisau.

Dalam tempoh sama, seorang wanita Jerman berusia 18 tahun juga dilaporkan dirogol oleh seorang lelaki yang berkongsi kompartmen dengannya di dalam kereta api ketika dalam perjalanan dari Mangalore ke Chennai di selatan India.

Kejadian rogol berlaku setiap 22 minit di India, bagaimanapun serangan yang kurang dilapor bermakna kekerapannya mungkin lebih tinggi. - Bernama


Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/07

72 individu dicekup salah guna dadah


Oleh Mohd Nur Asnawi Daud
Melaka: Seramai 72 individu termasuk dua wanita yang disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah ditahan polis dalam Ops Tapis di sebuah pondok dalam ladang kelapa sawit dekat Kampung Gelam, Tanjung Kling di sini, pagi tadi.

Dalam operasi bermula jam 5 pagi itu, mereka yang ditahan berusia dalam lingkungan 23 hingga 64 tahun termasuk seorang bapa berusia 28 tahun yang turut membawa seorang anak lelakinya yang berumur dua tahun ke lokasi.
Serbuan oleh sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah bersama Jabatan Siasatan Jenayah (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka itu dilakukan hasil maklumat awam dan risikan polis.

Pondok di ladang kelapa sawit ini disyaki dijadikan pusat menghisap dan mendapatkan bekalan dadah oleh mereka yang dipercayai penagih dari sekitar kawasan Batang Tiga, Tanjung Kling, Tiang Dua dan Sungai Udang sejak sekian lama.

Foto
72 individu termasuk dua wanita yang ditahan. FOTO Rasul Azli Samad


Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman berkata, hasil serbuan itu, polis berjaya merampas dadah jenis heroin seberat 210 gram bernilai RM6,000 selain dua lelaki disyaki pengedar dadah turut dicekup.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/07

Kasanova raih RM63,500 setahun tipu wanita


KUALA SELANGOR 7 Jun - Dengan hanya bermodalkan janji manis, seorang lelaki berjaya menipu wanita dan meraih wang tunai kira-kira RM63,500 dalam tempoh setahun.
Lelaki yang dipercayai berasal dari Sarawak itu menggunakan laman Facebook untuk mencari dan mempedayakan mangsanya dengan mendakwa sebagai seorang bekas anggota penguat kuasa yang datang ke Semenanjung untuk memulakan hidup baru selepas bercerai dengan isterinya.
Perkara itu didedahkan sendiri oleh seorang daripada mangsanya berusia 25 tahun yang mendakwa turut tertipu dengan permainan kotor lelaki yang dikenali sebagai ‘Mohd. Firdaus Joe Abdullah’, 35.
Katanya, dia mula mengenali lelaki itu pada Disember lalu melalui Facebook dan selama enam bulan mereka hanya berhubung melalui Facebook sebelum dia mengambil keputusan untuk menemuinya.
"Kami berjumpa di sebuah pasar raya di Klang dan selepas tiga kali bertemu, Firdaus yang mendakwa dirinya duda, menyatakan hasrat untuk berkahwin.
"Masa itu saya tak berfikir apa-apa kerana telah jatuh cinta. Lelaki itu kemudiannya meminta saya membuat pinjaman peribadi untuk persiapan perkahwinan disebabkan dia tidak boleh membuat pinjaman kerana tidak mempunyai pekerjaan tetap.
"Kerana sayang, saya turutkan kehendaknya dan kami juga te­lah membeli cincin dan barangan perkahwinan bersama-sama, tetapi tidak lama selepas itu, dia mula meminta wang dengan alasan membeli barangan kahwin," katanya di sini hari ini.
Dia berkata, selepas habis RM13,000 wang simpanan kenduri kahwini mereka diberikan kepada Firdaus, lelaki itu mula menjauhkan diri dan memberi pelbagai alasan untuk tidak berjumpa.
Tambahnya, tembelang lelaki itu bagaimanapun terbongkar selepas seorang wanita di laman Facebook meminta saya menghubunginya dan mengakui menjadi mangsa tetapi hanya kerugian RM500, selain mendedahkan seorang lagi mangsa kerugian lebih RM50,000.
"Saya terus ke rumah sewa lelaki itu untuk menuntut semula wang saya dan lelaki itu berjanji untuk memulangkannya, tetapi sehingga sekarang dia telah menghilangkan diri dan dipercayai pulang ke Sarawak.
"Saya berani buat pendedahan ini sebab tak mahu lagi ramai wanita di luar sana menjadi mangsa lelaki ini yang pandai bermain kata-kata sehingga sanggup menggunakan agama Islam untuk mendekati mangsanya," ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140608/je_03/Kasanova-raih-RM63500-setahun-tipu-wanita#ixzz34021of8a
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kasanova raih RM63,500 setahun tipu wanita


KUALA SELANGOR 7 Jun - Dengan hanya bermodalkan janji manis, seorang lelaki berjaya menipu wanita dan meraih wang tunai kira-kira RM63,500 dalam tempoh setahun.
Lelaki yang dipercayai berasal dari Sarawak itu menggunakan laman Facebook untuk mencari dan mempedayakan mangsanya dengan mendakwa sebagai seorang bekas anggota penguat kuasa yang datang ke Semenanjung untuk memulakan hidup baru selepas bercerai dengan isterinya.
Perkara itu didedahkan sendiri oleh seorang daripada mangsanya berusia 25 tahun yang mendakwa turut tertipu dengan permainan kotor lelaki yang dikenali sebagai ‘Mohd. Firdaus Joe Abdullah’, 35.
Katanya, dia mula mengenali lelaki itu pada Disember lalu melalui Facebook dan selama enam bulan mereka hanya berhubung melalui Facebook sebelum dia mengambil keputusan untuk menemuinya.
"Kami berjumpa di sebuah pasar raya di Klang dan selepas tiga kali bertemu, Firdaus yang mendakwa dirinya duda, menyatakan hasrat untuk berkahwin.
"Masa itu saya tak berfikir apa-apa kerana telah jatuh cinta. Lelaki itu kemudiannya meminta saya membuat pinjaman peribadi untuk persiapan perkahwinan disebabkan dia tidak boleh membuat pinjaman kerana tidak mempunyai pekerjaan tetap.
"Kerana sayang, saya turutkan kehendaknya dan kami juga te­lah membeli cincin dan barangan perkahwinan bersama-sama, tetapi tidak lama selepas itu, dia mula meminta wang dengan alasan membeli barangan kahwin," katanya di sini hari ini.
Dia berkata, selepas habis RM13,000 wang simpanan kenduri kahwini mereka diberikan kepada Firdaus, lelaki itu mula menjauhkan diri dan memberi pelbagai alasan untuk tidak berjumpa.
Tambahnya, tembelang lelaki itu bagaimanapun terbongkar selepas seorang wanita di laman Facebook meminta saya menghubunginya dan mengakui menjadi mangsa tetapi hanya kerugian RM500, selain mendedahkan seorang lagi mangsa kerugian lebih RM50,000.
"Saya terus ke rumah sewa lelaki itu untuk menuntut semula wang saya dan lelaki itu berjanji untuk memulangkannya, tetapi sehingga sekarang dia telah menghilangkan diri dan dipercayai pulang ke Sarawak.
"Saya berani buat pendedahan ini sebab tak mahu lagi ramai wanita di luar sana menjadi mangsa lelaki ini yang pandai bermain kata-kata sehingga sanggup menggunakan agama Islam untuk mendekati mangsanya," ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140608/je_03/Kasanova-raih-RM63500-setahun-tipu-wanita#ixzz3401LbSjM
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Geng Jeevan kempunan hasil rompakan


ALOR SETAR 7 Jun - Tiga penjenayah tegar kempunan untuk membelanjakan wang RM30,000 yang disamun dari sebuah kedai menjalankan kegiatan haram penghantaran wang ke luar negara di Jalan Kampung Baru, Sungai Petani apabila diberkas polis ha­nya dalam tempoh 30 minit setelah melakukan jenayah itu.
Menurut Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim, segalanya bermula apabila polis mendapat maklumat awam yang mengatakan terdapat rancangan untuk menyamun premis berkenaan kira-kira 8.30 malam semalam.
"Setibanya anggota polis ke lokasi kejadian, ketiga-tiga mereka didapati baru selesai menjalankan kegiatan jahat itu. Arahan polis agar mereka menyerah diri tidak diendahkan sebaliknya mereka cuba melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta.
"Walaupun tembakan amaran dilepaskan, kenderaan itu tidak berhenti dan memecut laju sehingga melanggar kenderaan lain. Namun polis akhirnya dapat memberkas mereka setelah memintas dan menghalang laluan kereta dinaiki penjenayah terbabit," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Kedah di sini hari ini.
Siasatan lanjut mendapati ketiga-tiga mereka merupakan anggota geng Jeevan yang sememangnya dikehendaki polis kerana disyaki terlibat dalam pelbagai kegiatan jenayah berat di sekitar Kubang Pasu, Kota Setar dan Kuala Muda.
Salah seorang daripada yang ditahan itu merupakan ketua kumpulan tersebut yang berusia sekitar 40-an dan berasal dari negeri ini.
Ahmad Ibrahim menambah, bersandarkan soal siasat dijalankan, pihaknya lalu meneruskan operasi untuk mencari saki-baki anggota kumpulan tersebut yang dianggap berbahaya.
"Hasilnya, kira-kira 4.30 pagi tadi, kami berjaya memberkas dua lagi anggota kumpulan berkenaan di sebuah restoran di Jalan Simpang Kuala dan sebuah rumah di Jalan Datuk Kumbar.
"Bagaimanapun kami percaya masih ada anggota kumpulan itu yang bebas dan gerakan memburu mereka akan diteruskan sehingga kumpulan ini lumpuh sepenuh­nya," katanya.
Difahamkan kesemua yang ditahan itu mempunyai antara tiga hingga 12 rekod kesalahan lampau melibatkan kes dadah, rompakan, samun dan membunuh serta turut menjadi buruan anggota polis kontinjen Perak, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan kerana disyaki melakukan kesalahan di negeri tersebut.
Mengulas mengenai Ops Cantas Khas yang dijalankan pihaknya sejak Ogos lalu, beliau berkata, setakat ini operasi itu berjaya mendatangkan hasil yang membanggakan dalam membanteras jenayah di negeri ini.
"Sehingga akhir Mei 2014, kami berjaya merampas 10 pucuk pistol, 18 senapang angin, tujuh assault rifle, selaras pump gun, 15 pistol tiruan serta tiga bom Jerangkap Letupan Rekaan (IED) sepanjang sembilan bulan operasi ini dijalankan," ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140608/je_04/Geng-Jeevan-kempunan-hasil-rompakan#ixzz34019QT14
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Operasi cari pelajar tahun 6 hilang disambung esok


KUANTAN 7 Jun - Seorang murid tahun enam dikhuatiri lemas ketika mandi bersama keluarganya di kawasan perkelahan Pasir Kubur, Sungai Lembing di sini petang tadi.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Anuar Hassan berkata mangsa, Osama Suparman, 12, dari Kemaman dilaporkan hilang pada kira-kira 4.55 petang.
"Mangsa dilaporkan hilang semasa sedang mandi di situ. Setelah menyedari kehilangannya, anggota keluarga mangsa cuba mencarinya namun gagal sebelum menghubungi polis," katanya ketika dihubungi di sini.
Beliau berkata, selepas menerima laporan, pasukan penyelamat yang terdiri daripada polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri dan Jabatan Pertahanan Awam bergegas ke lokasi kejadian untuk mencari mangsa.
Bagaimanapun katanya, operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pukul 8 malam berikutan keadaan gelap dan akan disambung awal pagi esok.
- BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140607/je_08/Operasi-cari-pelajar-tahun-6-hilang-disambung-esok#ixzz3400WTr7c
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Polis gagalkan pesta dadah, 20 muda-mudi diberkas


TELOK KEMANG 7 Jun - Polis menggagalkan satu pesta dadah setelah memberkas 20 muda-mudi termasuk tujuh wanita yang menyewa bilik di sebuah hotel terkenal di sini awal pagi ini.
Dalam serbuan pukul 1.50 pagi itu, lapan daripadanya merupakan pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) termasuk seorang penuntut University of Cambridge, United Kingdom (UK). Kesemua yang ditahan berusia 19 hingga 28 tahun.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supritendan Abd. Wahab Harun berkata, serbuan yang diketuai oleh Inspektor Nursaiful Asral Ahmad Najih dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik daerah itu adalah hasil maklumat awam.
Katanya, siasatan mendapati kesemua mereka yang merupakan kenalan berasal dari Shah Alam, Selangor, mendaftar masuk di hotel itu pada pukul 8.30 malam tadi untuk mengadakan parti.
"Mereka terlibat dalam penyalahgunaan dadah berdasarkan penemuan dua peket plastik lut sinar disyaki ganja dan satu peket disyaki ketamin. Hasil ujian air kencing, 15 orang termasuk tiga wanita positif mengambil dadah.
"Kesemuanya direman empat hari sehingga Selasa ini bagi membantu siasatan," katanya yang memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6 akta yang sama.
Menurut Abd. Wahab, kesemua yang ditahan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk siasatan lanjut.
Tambah Abd. Wahab, pihaknya mengalu-alukan maklumat daripada orang ramai yang mengetahui sebarang perlakuan jenayah supaya memaklumkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140608/je_05/Polis-gagalkan-pesta-dadah-20-muda-mudi-diberkas#ixzz34009HK52
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Datuk Bandar Urbiztondo mati ditembak


MANILA 8 Jun - Tiga orang terbunuh termasuk seorang Datuk Bandar, selepas dua lelaki bersenjata melakukan serangan hendap ke atas mangsa di bandar Urbiztondo, utara Manila, semalam.
Polis berkata, Ernesto Balolong bersama seorang polis pengiring ditembak ketika sedang mengadakan lawatan di sekitar Urbiztondo.
Turut terbunuh adalah seorang penduduk awam yang kebetulan berada di tempat kejadian.
Suspek kemudian melarikan diri dengan menggunakan van, sebelum kenderaan tersebut ditinggalkan berhampiran bandar berkenaan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140608/lu_02/Datuk-Bandar-Urbiztondo-mati-ditembak#ixzz33zgk2CLd
© Utusan Melayu (M) Bhd 

20 muda-mudi berpesta dadah


PORT DICKSON – Keghairahan seramai 20 muda-mudi berkumpul sambil menghisap dadah di dalam bilik sebuah hotel terkemuka di sini tidak berpanjangan apabila mereka diberkas polis dalam satu serbuan pagi semalam
Difahamkan, dalam serbuan pukul 1.50 pagi itu, kumpulan berkenaan yang berpakaian kemas didapati sedang berkumpul sambil menghisap dadah.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Abd. Wahab Harun berkata, serbuan yang diketuai oleh Inspektor Nursaiful Asral Ahmad Najih dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik daerah itu dilakukan setelah pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai perbuatan kumpulan berkenaan.
Menurutnya, serbuan itu berjaya menahan semua ahli kumpulan berkenaan terdiri daripada 13 lelaki dan tujuh wanita berusia 19 hingga 28 tahun di dalam bilik berkenaan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0608&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz33zdkuPHP 
Hakcipta terpelihara 

Ajal sebelum timang anak sulung



ANGGOTA polis memeriksa mayat Ragan yang mati ditembak berhampiran sebuah kuil di Pusat Bandar Puchong, Puchong, Selangor malam kelmarin.


PUCHONG – Hasrat seorang pengusaha butik pengantin untuk menimang cahaya mata sulung tidak kesampaian apabila mati ditembak di hadapan ahli keluarga termasuk ibunya berhampiran sebuah kuil di sini kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, mangsa A. Ragan, 31, ditembak ketika berjalan menuju ke keretanya yang diletakkan kira-kira 50 meter dari kuil Srinivasa Perumal Devasthanam di Jalan Bandar 4, Pusat Bandar Puchong di sini.
Difahamkan, mangsa kemudian didatangi seorang lelaki yang melepaskan tembakan dari jarak kira-kira 30 meter hingga menyebabkan dia rebah di tempat kejadian.
Suspek seterusnya menghampiri mangsa dan melepaskan beberapa das tembakan lagi dari jarak dekat menyebabkan dia meninggal dunia di tempat kejadian.
Kejadian berkenaan turut disaksikan ibu mangsa serta dua orang saudara yang baru selesai bersembahyang di kuil tersebut selain beberapa orang yang berada di sekitar tempat tersebut.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0608&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz33zd3hx52 
Hakcipta terpelihara 

Sah mayat ditemui ialah Huntley



DI kawasan Air Terjun Lubuk Teja, Pulau Tioman, Pahang inilah Huntley dilaporkan hilang pada Selasa minggu lalu.


KUANTAN - Mayat seorang lelaki yang ditemui berhampiran Sungai Mentawak berhampiran Kampung Juara, Pulau Tioman Rabu lalu disahkan sebagai warga Britain, Gareth David Huntley yang hilang sejak 27 Mei lalu.
Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani berkata, pengesahan itu dibuat berdasarkan keputusan dan interpretasi DNA oleh Jabatan Kimia, Petaling Jaya.
"Perbandingan yang dilakukan ke atas profil DNA yang diperoleh daripada spesimen darah Janet Southwell (ibu Huntley) adalah sama dengan tulang mayat (Huntley) yang dijumpai.
"Kebarangkalian materniti (kehamilan) adalah 99.99 peratus, ini bermakna mayat yang ditemui ialah Huntley," katanya menerusi aplikasi WhatsApp kepada pemberita di sini petang semalam.
Sharifuddin bagaimanapun tidak menyatakan punca kematian mangsa.
Huntley yang menjadi sukarelawan Projek Penyu Juara di Kampung Juara, Pulau Tioman dilaporkan pergi ke kawasan Air Terjun Lubuk Teja secara bersendirian kira-kira pukul 12 tengah hari Selasa minggu lalu.
Warga Britain tersebut yang menginap di salah sebuah calet berhampiran pusat konservasi penyu itu ditemui kira-kira 100 meter dari pusat berkenaan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0608&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz33zcpwZC0 
Hakcipta terpelihara