Search This Blog

Saturday, June 7, 2014

Maut sekeluarga


Tanah Merah: Tiga beranak termasuk seorang ibu mengandung tujuh bulan maut selepas kemalangan di Kilometer 55 Jalan Kota Bharu-Jeli, Bechah Laut petang semalam
Dalam kejadian jam 5 petang itu mangsa Yus Zairi Yusof, 29, dan anaknya Zafril berusia sembilan bulan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala isterinya Hafiza Abd Halim, 30, meninggal dunia di Hospital Tanah Merah, 9 malam semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Asisten Superintentan Mohd Fadzir Manap berkata, kejadian berlaku apabila mangsa yang memandu kereta jenis Proton Wira dari arah Machang ke Jeli dikatakan gagal memotong kenderaan di hadapannya.
Katanya, kenderaan mangsa bertembung dengan kereta jenis Toyota Fortuner yang datang dari arah bertentangan.
Foto
"Pemandu Toyota Fortuner hanya mengalami kecederaan ringan," katanya

KEMALANGAN - Sebuah lori terbabas di Lebuhraya ELITE dan seorang lelaki maut (kelindan) di tempat kejadian.

Polis sahkan mayat Huntley ditemui di Pulau Tioman


07/06/2014 7:49pm

KUANTAN - Mayat seorang lelaki yang ditemui di Sungai Mentawak dekat Chalet Lagoon, Kampung Juara, Pulau Tioman, Rabu lepas disahkan ialah Gareth David Huntley, 34, yang dilapor hilang di kawasan air terjun Lubuk
Teja sejak 27 Mei lepas.
Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani berkata, pengesahan itu
berdasarkan keputusan dan interpretasi DNA oleh pegawai sains Jabatan Kimia Malaysia di Petaling Jaya.
"Setelah perbandingan dibuat ke atas profil DNA yang diperoleh didapati bahawa penderma spesimen darah, Janet Southwell adalah ibu kandung kepada penderma tulang mayat yang dijumpai.
"Kebarangkalian materniti adalah 99.9999 peratus dikira berdasarkan kepada
pangkalan data STR penduduk Malaysia yang berketurunan Melayu, Cina dan India.
"Ini bermakna mayat yang dijumpai adalah Gareth David Huntley," demikian menurut khidmat pesanan ringkas (SMS) beliau kepada pemberita hari ini. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0607&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_15.htm#ixzz33xeriNMJ 
Hakcipta terpelihara 

Dirempuh di lampu isyarat

Keadaan kereta Akmal (kiri), sebuah kereta Perodua Myvi dan sebuah kereta Perodua Kelisa yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 26, Jalan Seremban-Tampin.
Keadaan kereta Akmal (kiri), sebuah kereta Perodua Myvi dan sebuah kereta Perodua Kelisa yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 26, Jalan Seremban-Tampin.
REMBAU - Seorang jurutera berhadapan detik mencemaskan apabila kenderaannya dirempuh dari belakang ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat di Kilometer 26, Jalan Seremban-Tampin, dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.40 malam itu, mangsa, Akmal Hariri Asli, 25, yang memandu Perodua Kelisa dipercayai dalam perjalanan pulang dari pejabatnya di Kuala Lumpur menuju ke kediamannya di Kampung Penajis.

Menurutnya, ketika kejadian dia mendapati terdapat beberapa buah kenderaan sudah memberhentikan kenderaan berikutan isyarat bertukar merah.

“Bagaimanapun secara tiba-tiba kenderaan saya dirempuh dari belakang dan rempuhan yang kuat oleh kenderaan Perodua MyVi menyebabkan kenderaan saya beranjak ke hadapan serta merempuh pula kenderaan lain di hadapan iaitu dari jenis yang sama Perodua Kelisa.

“Malah, rempuhan yang kuat juga menyebabkan kenderaan saya ke hadapan beberapa meter dan kesemua kenderaan yang terlibat berhenti di tepi jalan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, dekat sini, malam kelmarin.

Akmal berkata, ini merupakan pengalaman pertamanya terbabit dalam kemalangan sejak mendapat lesen semasa berusia 17 tahun.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, punca kejadian masih dalam siasatan dan kesemua yang terlibat dalam kemalangan tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Dipukul kerana wajah mirip ibu

Goh Kok Liang
Goh Kok Liang
TELUK INTAN - Seorang bapa bertindak memukul anak lelakinya berusia lima tahun dengan tali pinggang hingga cedera di beberapa bahagian badan hanya kerana wajah kanak-kanak berkenaan mirip ibunya.

Lelaki berusia 28 tahun itu dikatakan bertindak demikian setelah berang isterinya lari meninggalkan rumah mereka di Estern Garden, Jalan Sungai Nibong sejak tiga tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, pengadu yang juga ibu saudara mangsa berusia 31 tahun memaklumkan ketika sedang bekerja, dia menerima panggilan jiran menyatakan terdengar bunyi bising dari rumahnya.

Menurutnya, jiran pengadu mengesyaki mangsa dipukul menyebabkan pengadu bergegas pulang ke rumah dan mendapati kanak-kanak itu mengalami kesan calar serta lebam di badan.

"Kejadian itu disaksikan sendiri empat anak pengadu yang berada di rumah tersebut.

“Pengadu kemudiannya mengejutkan suspek yang tidur selepas memukul mangsa dan bertanyakan mengapa memukul anaknya. Suspek memberi alasan mangsa adalah anaknya dan dia boleh buat apa sahaja,” katanya.

Kok Liang berkata, pengadu kemudiannya membawa mangsa ke Hospital Teluk Intan untuk mendapatkan rawatan.

Menurutnya, setelah membuat pemeriksaan, doktor mengesahkan mangsa mengalami banyak kesan lebam di belakang badan, muka, bahu dan kaki sebelum satu laporan polis dibuat.

"Berdasarkan laporan polis itu, pihaknya telah pergi ke rumah suspek namun lelaki itu tiada di rumah malahan pengadu dan serta ahli keluarga tidak tahu ke mana suspek pergi," katanya.

Beliau berkata, kira-kira jam 10 pagi kelmarin, polis berjaya menahan suspek berhampiran di Kampung Banjar dan telah dibawa ke balai polis  untuk tindakan lanjut.

Katanya, siasatan lanjut mendapati, mangsa merupakan anak kandung suspek dan pengadu telah menjaga mangsa sejak ibu mangsa menghilangkan diri tiga tahun lalu.

“Suspek dipercayai tidak sukakan mangsa kerana anaknya itu memiliki raut wajah mirip isterinya dan suspek  dikatakan sering memukul mangsa tanpa sebab sejak lelaki itu tinggal serumah dengan pengadu kira-kira tujuh bulan lalu,” katanya.

Beliau berkata, suspek ditahan reman empat hari untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.

Polis palsu terpaksa tangguh kahwin

Muhammad Shafiq (kanan) dikawal anggota polis keluar dari Mahkamah Sesyen Seremban, semalam.
Muhammad Shafiq (kanan) dikawal anggota polis keluar dari Mahkamah Sesyen Seremban, semalam.
SEREMBAN - Seorang penghantar surat terpaksa menangguhkan hasrat mendirikan rumah tangga akhir tahun ini selepas dia dijatuhkan hukuman penjara lima tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Muhammad Shafiq Abu Hassan, 25, yang sudah bertunang empat bulan lalu, dijatuhkan hukuman berkenaan atas dua pertuduhan iaitu merompak dua remaja lelaki dan menyamar sebagai anggota polis dalam kejadian 4 April lalu.

Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh turut memerintahkan hukuman ke atas tertuduh bagi setiap pertuduhan tersebut dijalankan serentak dari tarikh ditangkap pada 23 April lalu.

Terdahulu, Muhammad Shafiq membuat pengakuan bersalah atas dua pertuduhan yang dihadapi selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merompak seorang remaja, Muhammad Haziq Azman 15, membabitkan wang tunai RM5 dan sebuah motosikal Yamaha 125ZR.

Semasa merompak, tertuduh turut menggunakan sebilah pisau yang boleh mendatangkan cedera parah atau kematian.

Manakala bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa merompak seorang lagi remaja lelaki, Mohd Fiqri Azli, 15, membabitkan wang tunai RM20, sebuah telefon bimbit  jenis Samsung Galaxy Y dan sebuah topi keledar berjenama MS88.

Kedua-dua perbuatan tersebut dilakukan di tepi jalan berhampiran Kolej Vokasional Dato' Undang Haji Mohd Shariff, Rembau kira-kira jam  11.15 malam pada 4 April lalu.

Berikutan itu, tertuduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 397 Kanun Keseksaan dengan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun serta sebatan.

Tertuduh turut boleh dihukum dibawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 34 akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh boleh sampai dua tahun, denda atau kedua-duanya kerana menyamar sebagai anggota
polis.

Muhammad Shafiq yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu agar mahkamah meringankan hukuman terhadapnya memandangkan ia kesalahan pertamanya.

“Saya juga baru bertunang dan bakal mendirikan rumah tangga akhir tahun ini,” katanya.

Ketika ditanya Jagjit Singh punca tertuduh menyamar sebagai anggota polis, Muhammad Shafiq bagaimanapun gagal memberikan alasan kukuh.

“Saya tidak tahu nak cakap apa. Keadaan terdesak,” katanya.

Sanggup lari bogel elak dicekup

Pelacur warganegara asing yang ditahan dalam serbuan di dua hotel bajet di sekitar Georgetown pagi semalam
Pelacur warganegara asing yang ditahan dalam serbuan di dua hotel bajet di sekitar Georgetown pagi semalam
BUTTERWORTH - Cubaan seorang pelacur melarikan diri dalam keadaan bogel untuk mengelakkan diri dicekup gagal apabila diberkas Jabatan Imigresen Pulau Pinang dalam serbuan di dua hotel bajet berasingan di Georgetown, semalam.

Itu antara gelagat salah seorang warga asing yang dicekup disyaki melacur dan menyalahgunakan pas lawatan sosial.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Pulau Pinang, Basri Othman berkata, pihaknya menahan enam wanita warga asing, dua warganegara Laos, Vietnam (2), Indonesia (1) dan Nigeria (1) yang berusia lingkungan 20 sehingga 35 tahun ditahan dalam operasi yang bermula pada jam 12 tengah malam.

“Lima daripada wanita terbabit memiliki pas lawatan sosial manakala warganegara Nigeria itu pula memiliki pas pelajar untuk masuk ke negara ini.

“Berdasarkan risikan yang dibuat sejak dua minggu lalu, kedua-dua hotel di Jalan Penang dan Lebuh Chulia itu menjadi lokasi untuk mereka tawarkan perkhidmatan seks dengan bayaran dari RM120 sehingga RM150.

“Kehadiran pelacur warganegara Nigeria ini mula dikesan melalui pantauan yang dibuat dan ini merupakan fenomena baru yang perlu dibanteras,” katanya.

Seramai 25 pegawai dan anggota yang terlibat dalam operasi itu.

Beliau berkata, seorang remaja yang dipercayai sedang melanggan turut menyorok di dalam almari hotel bajet tersebut.

"Remaja tempatan yang berusia 14 tahun itu dibawa ke Pejabat Imigresen Pulau Pinang di Seberang Jaya dan keterangannya diambil sebelum dibebaskan.

“Kesemua wanita terbabit dibawa ke Depo Tahanan Imigresen Juru dan disiasat mengikut Akta Peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas masuk ke negara ini," katanya.

Dalam pada itu, seramai 55 lelaki warganegara India yang bekerja di sebuah restoran nasi kandar di Bukit Jambul, di sini ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Beliau berkata, kesemua yang berusia lingkungan 20 sehingga 45 tahun itu bekerja sebagai tukang masak dan pelayan restoran terbabit.

“Ada yang sedang melayan pelanggan dan ada yang sedang berehat di asrama yang terletak di tingkat atas bangunan dua tingkat terbabit.

“Keadaan agak kecoh semasa operasi dijalankan memandangkan ramai pelanggan di restoran berkenaan namun dapat dikawal apabila semua pihak memberikan kerjasama.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1956/1963,” katanya.

Lori rempuh tiang elektrik

Keadaan lori dipandu Hock terbalik akibat kemalangan yang berlaku di Kilometer 4, Jalan Bukit Merah.
Keadaan lori dipandu Hock terbalik akibat kemalangan yang berlaku di Kilometer 4, Jalan Bukit Merah.
GUNUNG SEMANGGOL - Seorang pemandu lori nyaris maut apabila kenderaan dipandunya merempuh tiang elektrik sebelum terbalik di Kilometer 4, Jalan Bukit Merah berhampiran Bandar Lembah Beriah, di sini.

Dalam kejadian jam 4.30 petang kelmarin, lori muatan makanan sejuk beku dipandu mangsa dikenali sebagai Hock, 48, dalam perjalanan dari Johor ke Selama bagi menghantar barangan niaga ke sebuah pasaraya di sana.

Menurutnya,  lori tiba-tiba hilang kawalan sebelum menuju ke arah kiri jalan.

“Saya sempat menarik brek kecemasan, namun lori gagal berhenti akibat permukaan jalan licin kerana ketika itu hujan.

“Akibatnya, lori merempuh sebatang tiang elektrik sebelum terbalik. Mujurlah lori itu terkandas pada tiang elektrik dan saya terselamat daripada mengalami kemalangan lebih teruk,” katanya sewaktu ditemui media di sini.

Hock berkata, walaupun hanya mengalami kecederaan ringan, namun dia terkilan kerana banyak barangan syarikat yang dibawanya rosak.

“Nasib baik majikan saya merupakan seorang yang memahami dan hanya menasihati saya supaya berhati-hati apabila melalui jalan yang berliku serta sempit.” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan menyatakan siasatan lanjut masih dijalankan.

Cikgu didakwa rogol anak murid usia 11 tahun

Cikgu didakwa rogol anak murid usia 11 tahun
SELAYANG - Seorang guru dihadapkan ke mahkamah majistret di sini, semalam atas dua tuduhan merogol anak muridnya tiga tahun lalu.

Bagaimanapun Majistret Nurliana Ismail tidak merekodkan sebarang pengakuan daripada Mohd Ezlie Azram Mohammad Khasasi, 34, kerana kes itu akan dituduh semula di Mahkamah Sesyen pada Isnin ini.

Ezlie Azram didakwa merogol murid berkenaan yang  ketika itu berusia 11 tahun lapan bulan, dalam bilik di rumahnya, Taman Aman Siara, antara jam 1 petang hingga 3 petang, 3 Disember 2011.

Tertuduh didakwa mengulangi perbuatan sama terhadap mangsa pada pertengahan Ogos 2013.

Guru berkenaan didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Zulia Balqish Syed Agil manakala tertuduh diwakili peguam Farhan Read dan Donny Abdullah.

Tiada sebarang jaminan dibenarkan terhadap tertuduh.

Polis buru bapa cabul anak kandung


WARTAWAN SINAR HARIAN
7 Jun 2014


SABAK BERNAM – Seorang pemandu lori bakal berhadapan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan jika didapati bersalah mencabul anak kandungnya berusia sembilan tahun, awal tahun ini.

Perbuatan tidak senonoh pada Januari lalu itu dilakukan sebanyak dua kali iaitu di sebuah pondok dan di rumah ibu mangsa.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, suspek yang tinggal berasingan dengan isterinya sejak November lalu melakukan perbuatan terkutuk berkenaan di sebuah pondok berhampiran rumah mangsa.

Menurutnya, dalam kejadian itu, suspek, 39, yang selalu berkunjung ke rumah isterinya itu membawa mangsa ke sebuah pondok dan dibogelkan sebelum menyuruh mangsa memegang kemaluannya.

“Mangsa yang jijik dengan perangai bapanya itu enggan melakukan apa yang disuruh. Bagaimanapun, suspek bertindak hilang akal dengan mencabul kehormatan kanak-kanak terbabit,” katanya.

Noor Mushar berkata, suspek yang hilang kewarasan dengan perbuatan dosanya itu sekali lagi melakukan perbuatan serupa di sebuah bilik sewaktu isterinya yang bekerja sebagai pembantu kedai tiada di rumah.

Bagaimanapun, katanya, perbuatan durjana suspek itu akhirnya terbongkar Rabu lalu setelah ibunya mengesyaki sesuatu terjadi pada anaknya selepas kerap kali melihat mangsa  suka termenung bersendirian.

“Ibu mangsa yang menegur anaknya itu terkejut selepas mangsa memberitahu dia dicabul bapanya sebanyak dua kali dalam kejadian berasingan,” katanya.

Noor Mushar memberitahu, berang dan kecewa dengan perangai suaminya kerana tergamak menodai anak kandung sendiri kemudiannya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam.

Beliau berkata, polis masih menggiatkan usaha memburu dan mengesan lokasi lelaki itu berada bagi membantu polis menjalankan siasatan lanjut berhubung kes cabul terbabit.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan, atau mana-mana dua daripada hukuman itu jika sabit kesalahan.

Sindiket seludup diesel tumpas

Saluran dipercayai digunakan untuk memindahkan diesel dari lori bersaiz satu tan ke dalam tangki minyak di dalam lori hantu.
Saluran dipercayai digunakan untuk memindahkan diesel dari lori bersaiz satu tan ke dalam tangki minyak di dalam lori hantu.
BESTARI JAYA - Tindakan pantas polis menghidu kegiatan licik penyeludupan diesel akhirnya berjaya mematahkan sindiket yang didakwa kian berleluasa di kawasan lombong pasir di Kampung Seri Makmur, di sini lewat petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang, pihak polis di Balai Polis Bestari Jaya menerima laporan orang awam yang memaklumkan aktiviti mencurigakan di kawasan terbabit sebelum pasukan diketuai Ketua Polis Balai Bestari Jaya, Sub Inspektor Ali Pusphalingam bersama anggota pencegahan jenayah bergegas ke lokasi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan Asri Abdul Wahab berkata, serbuan tak sampai 15 minit itu dibuat selepas seorang pekerja warganegara Indonesia berusia lingkungan 30-an leka memindahkan minyak yang ada di dalam lori bersaiz satu tan ke dalam tangki besi yang terletak di dalam lori hantu.

Menurutnya, lelaki terbabit leka memindahkan 3,000 liter diesel ke dalam sebuah tangki yang terletak di dalam lori hantu dengan jarak kurang 100 meter daripada lori yang dipandu seorang wanita Melayu berusia lingkungan 50-an.

“Lori yang dipandu wanita terbabit mengandungi 15 tong minyak bersaiz 200 liter setiap satu. Ia dipercayai dipindahkan masuk ke dalam tangki besi dan dalam kejadian itu, mereka sempat memindahkan lima tong minyak.

“Hasil pemeriksaan mendapati, dua individu ditahan tidak mempunyai permit sah dan didapati melakukan cubaan menyeludup minyak diesel untuk kegunaan lori dan mesin yang terdapat di dalam kawasan lombong pasir terbabit.

“Pihak polis turut merampas dua lori dan menahan kedua individu untuk siasatan manakala barang rampasan dibawa ke Balai Polis Bestari Jaya untuk tindakan lanjut,” katanya sambil menjelaskan sebelum kejadian polis menerima banyak laporan dan aduan orang ramai
berhubung aktiviti mencurigakan termasuk penyeludupan diesel di kawasan lombong pasir terbabit.

“Hasil intipan hampir seminggu berjaya mematahkan sindiket penyeludupan diesel sekali gus menjadi kes pertama melibatkan penguatkuasaan polis di daerah ini dan berharap sindiket penyeludupan diesel dapat dibendung.

“Polis serius bekerjasama dengan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Kuala Selangor membanteras kes penyeludupan diesel.

“Kerjasama semua pihak termasuk penduduk setempat amat penting dalam menyalurkan maklumat bagi membolehkan intipan dan serbuan dilakukan di beberapa lokasi yang dikenal pasti,” katanya.

Polis cedera dirempuh mat rempit

Mohamad Radhi mengalami patah tangan, pergelangan dan bahu kiri ketika cuba menahan mat rempit berlagak ala 'superman' ketika menunggang motosikal
Mohamad Radhi mengalami patah tangan, pergelangan dan bahu kiri ketika cuba menahan mat rempit berlagak ala 'superman' ketika menunggang motosikal
SETIU - Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal cedera selepas dirempuh mat rempit yang menunggang motosikal ala ‘superman’ di Kilometer 64 Jalan Pantai Kuala Terengganu-Kampung Raja dekat Kampung Nyatoh, Permaisuri, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 3.15 petang itu, anggota terbabit, Mohamad Radhi Somiran, 26, yang bertugas di  Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu patah di beberapa bahagian anggota badan.

Menurutnya, sebelum itu dia bersama dua lagi rakan setugasnya sedang melakukan rondaan dan penguatkuasaan trafik di sekitar kawasan tersebut.

“Tiba-tiba datang tiga motosikal yang ditunggang secara bahaya dalam keadaan (penunggang) meniarap dengan kedua-dua kaki ke belakang datang dari arah Kuala Terengganu.

“Saya cuba arahkan mereka berhenti dengan mengibarkan bendera, namun salah seorang merempuh saya menyebabkan saya tercampak,” katanya yang sudah empat tahun bertugas, di sini.

Mohamad Radhi berkata, akibat rempuhan itu dia mengalami patah tangan, pergelangan dan bahu kiri serta mengalami luka di beberapa bahagian muka dan badan.

Dia yang berasal dari Skudai, Johor berkata, kejadian itu tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan tugas sebagai anggota polis trafik, namun selepas ini perlu lebih berhati-hati.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata, mangsa dikejarkan ke Hospital Setiu oleh rakan setugasnya dan dibenarkan pulang ke rumah pada malam hari yang sama.

Menurutnya, penunggang motosikal jenis Yamaha RXZ yang melanggar mangsa turut cedera dan dirawat di hospital sama.

“Penunggang lelaki berusia 21 tahun itu dalam perjalanan dari Kuantan, Pahang untuk pulang ke kampung di Besut bersama dua lagi rakannya yang menunggang motosikal secara berasingan,” katanya yang melawat Mohamad Radhi di rumahnya di perumahan polis, di sini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati anggota terbabit telah menjalankan tugas mengikut prosedur, manakala suspek kini ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan

“Hasil pemeriksaan mendapati lesen milik suspek sudah tamat tempoh manakala motosikal dinaikinya pula tidak mempunyai cukai jalan, namun hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah,” katanya.

Sementara itu menurut Ab Rahman, keadaan mangsa bertambah baik dan bakal menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Nur Zahirah pada Isnin ini.

Penumpang maut kereta langgar tiang elektrik

Orang ramai melihat keadaan kereta yang dinaiki tiga lelaki Indonesia yang terbabas di Kampung Guntung, Setiu, semalam.
Orang ramai melihat keadaan kereta yang dinaiki tiga lelaki Indonesia yang terbabas di Kampung Guntung, Setiu, semalam.
SETIU - Seorang buruh warga Indonesia maut selepas kereta dinaiki bersama dua rakan melanggar tiang elektrik di Kampung Guntung Luar, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, Burhan Ahmad, 66, yang merupakan penumpang bahagian belakang kereta Proton Iswara maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan, manakala dua rakannya, Basri Malik, 58, dan Zarmudin Ali, 49, hanya cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila pemandu kereta, Zarmudin hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan.

Menurutnya, tiga sahabat yang mempunyai taraf pemastautin tetap itu dalam perjalanan dari Dungun ke Kota Bharu, Kelantan selepas selesai kerja di Dungun.

"Kesemua mangsa dikatakan bertolak kira-kira jam 3 pagi dan dipercayai pemandu memandu dalam keadaan mengantuk dan terlelap.

“Sebaik terjaga pemandu dapati kenderaan sudah berada di laluan bertentangan dan cuba mengelak sebuah motosikal, namun kenderaan gagal dikawal lalu melanggar tiang elektrik di bahu jalan sebelum terbabas ke dalam longkang," katanya.

Ab Rahman berkata, kemalangan itu menyebabkan kereta tersebut remuk pada bahagian tepi sebelah kiri.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Setiu untuk bedah siasat manakala dua rakannya yang cedera ringan hanya mendapat rawatan sebagai pesakit luar di hospital sama

150 penagih positif dadah ditahan AADK

Siti Rugayah (berdiri, kanan) turut memeriksa penagih yang ditahan dalam operasi berkenaan.
Siti Rugayah (berdiri, kanan) turut memeriksa penagih yang ditahan dalam operasi berkenaan.
KOTA BHARU- Seramai 150 penagih dikesan positif dadah dari 592 tangkapan yang dijalankan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri di sekitar negeri ini melalui Ops Perdana (Ops Kuda) melibatkan 10 daerah bermula Rabu lalu sehingga kelmarin.
Penolong Pengarah Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK Kelantan, Siti Rugayah Ismail berkata, dari jumlah tangkapan terbabit penagih termuda berusia 14 tahun dan paling tua berusia 65 tahun.

“Kita lakukan ops ini bagi membanteras gejala penagihan dalam kalangan masyarakat di negeri ini melibatkan pelbagai golongan termasuk, pelajar, buruh dan juga penganggur, dan akan menjalankan ops seumpama ini secara berterusan.

“Operasi yang dijalankan secara besar-besaran ini melibatkan pelbagai agensi selain anggota penguat kuasa AADK termasuk Ikatan Relawan Rakyat (Rela), Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), UPP, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selain
Pejabat Tanah yang melibatkan 288 anggota,” katanya kepada sidang media di sini kelmarin.

Siti Rugayah berkata, melalui serbuan yang dilakukan, kebanyakan penagih dikesan melalui maklumat awam termasuk risikan yang dibuat anggota penguat kuasa dan serbuan dilakukan di sekitar kawasan rumah, di sekitar pasar raya dan dalam sekatan jalan raya yang dijalankan JPJ dan polis.

“Semua kes yang positif dadah akan dihantar ke unit patologi hospital untuk sebelum ditahan untuk tindakan lanjut berdasarkan seksyen 3(1) Akta Pemulihan Dadah (APD) 1983 dan bagi yang ditahan kerana melanggar syarat 6(3) APD 1983.

“Antara dadah yang dikesan menjadi pilihan penagih yang ditahan termasuk Methaphitamine (Pil Kuda) melibatkan 124 orang, Opiate seramai 14 orang manakala Opiate yang dicampurkan dengan Methaphitamine (Pil Kuda) melibatkan 11 orang serta Heroin melibatkan seorang penagih,” katanya.

'Pengail' tabung masjid dicekup

Suspek yang dicekup anggota SRS dan AJK masjid di kedai makan di Gong Pauh dibawa ke Masjid Pengkalan Pandan, Chukai.
Suspek yang dicekup anggota SRS dan AJK masjid di kedai makan di Gong Pauh dibawa ke Masjid Pengkalan Pandan, Chukai.
CHUKAI - Walaupun berjaya meloloskan diri selepas disergah ketika sedang mencuri tabung masjid, namun hanya dalam tempoh dua jam seorang penganggur akhirnya berjaya dicekup hasil kecekapan anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) dan ahli jawatankuasa (AJK) Masjid Pengkalan Pandan, di sini, awal pagi kelmarin.

Suspek berusia 27 tahun yang juga penagih dadah jenis pil kuda ditangkap kira-kira jam 3 pagi selepas memecah masuk Masjid Pengkalan Pandan lebih kurang jam 1 pagi.

Perbuatan suspek yang menceroboh masuk masjid disedari empat anggota SRS kampung itu yang sedang melakukan rondaan apabila ternampak kelibat lelaki di dalam masjid yang berkunci sebelum mereka mengarahkan suspek menyerah diri.

Timbalan Pengerusi SRS Pengkalan Pandan, Kamri Ngah berkata, suspek pada awalnya berjaya melarikan diri, bagaimanapun dia tidak sempat mengambil motosikal yang dinaiki diletakkan di pekarangan masjid.

“Kita berusaha cari maklumat pemilik motosikal itu dengan pihak polis trafik dan berjaya mendapatkan alamat tuan punya motosikal tersebut yang beralamat di Kerteh sebelum dua AJK masjid berjumpa dengan pemilik.

“Tapi rupa-rupanya motosikalnya dipinjam rakannya yang tinggal di Gong Pauh, Chukai. Dengan bantuan pemilik motosikal itu kita berjaya kesan suspek di sebuah kedai makan di Gong Pauh, namun sebaik menyedari kehadiran pihak SRS dan AJK masjid, lelaki itu sekali lagi  cuba melarikan diri,” katanya.

Bagaimanapun, suspek akhirnya berjaya diberkas sebelum dibawa ke Masjid Pengkalan Pandan.

Selepas disoal, suspek mengaku dia memecah masuk masjid itu bersama dengan seorang lagi rakannya berusia lingkungan 20-an dan sempat mengambil wang sebanyak RM40 dari dalam tabung masjid.

Rakan suspek yang bertubuh kurus masuk ke dalam masjid dengan membengkokkan batang besi tingkap cermin nako sebelum membuka pintu masjid dari dalam untuk membolehkannya masuk ke dalam masjid.

Kamri berkata, suspek mengaku sudah banyak kali 'mengail' tabung di masjid lain sekitar Kemaman selain di Masjid Pengkalan Pandan.

Suspek kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan laporan polis dibuat di Balai Polis Chukai oleh pihak SRS.

Wanita Malaysia dirogol di Jaipur

Sekadar gambar hiasan
Sekadar gambar hiasan
NEW DELHI - INDIA. Seorang wanita Malaysia yang berkunjung ke Jaipur, Rajasthan atas urusan perniagaan, didakwa dirogol pada Jumaat oleh seorang lelaki yang ditemuinya di sana.

"Kami telah menahan lelaki itu atas dakwaan merogol seorang wanita Malaysia pada Jumaat. Dia penduduk Bhilwara," menurut Indo-Asian News Service memetik Timbalan Pesuruhjaya Polis (Jaipur Timur), Amandeep Singh sebagai berkata.

Lelaki itu berusia 30 tahun. Menurut laporan itu, wanita terbabit dalam aduannya berkata dia datang ke Jaipur tiga hari sebelum itu atas urusan perniagaan dan berjumpa lelaki berkenaan.

Kedua-dua mereka makan di sebuah hotel lima bintang pada Khamis malam dan dari situ lelaki itu memandunya ke sebuah tempat yang sunyi dan mendakwa dia dirogol di dalam kereta selepas diberi minuman yang dimasukkan dadah.

Lelaki itu kemudian meninggalkannya di hadapan hotel penginapannya, menurut laporan itu.

Wanita itu berjaya menghubungi sebuah kereta polis di kawasan berhampiran Jawahar Circle di bandar raya ini dan membuat aduan. Lelaki terbabit ditahan
dalam tempoh tiga jam.

"Kami menerima aduan itu secara bertulis dan sedang menyoal siasat lelaki terbabit," laporan itu memetik Amandeep sebagai berkata.

Kecaman dan bantahan terhadap keganasan seksual di India semakin memuncak sejak insiden rogol beramai-ramai dan bunuh seorang pelajar di dalam sebuah bas di Delhi pada 2012.

Statistik rasmi menunjukkan kira-kira 25,000 kes rogol dilakukan setiap tahun di India, negara yang dihuni 1.3 bilion penduduk.

Pada awal tahun ini seorang wanita warga Denmark berusia 51 tahun mendakwa dirogol beramai-ramai di Delhi. Dia dirompak dan dirogol oleh suspek
bersenjatakan pisau.

Dalam tempoh sama, seorang wanita Jerman berusia 18 tahun juga dilaporkan dirogol oleh seorang lelaki yang berkongsi kompartmen dengannya di dalam kereta api ketika dalam perjalanan dari Mangalore ke Chennai di selatan India.

Kejadian rogol berlaku setiap 22 minit di India, bagaimanapun serangan yang kurang dilapor bermakna kekerapannya mungkin lebih tinggi. - Bernama

Tiga sekeluarga maut kemalangan


  • Keadaan kereta Proton Wira yang remuk selepas terbabit kemalangan. Gambar kecil Yuzairie dan Hafiza.Keadaan kereta Proton Wira yang remuk selepas terbabit kemalangan. Gambar kecil Yuzairie dan Hafiza.

TANAH MERAH - Tiga sekeluarga termasuk bayi berusia 10 bulan dan ibunya yang hamil tujuh bulan maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 54.5, Jalan Kota Bharu-Machang Gerik, dekat sini, semalam.

Pada kejadian kira-kira jam 5 petang, pemandu kereta Proton Wira terbabit, Yuzairie Mohd Yusof, 30, dan anaknya, Yus Ammar Zafril, 10 bulan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala isteri Yuzairie, Hafiza Ab Halim, 32, mati di Hospital Tanah Merah.

Tiga lagi penumpang kereta itu, Yus Izham Hakimi, 5, Yus Azmira Najwa, 9, dan emak saudara mangsa, Rogayah Makhtar, 55, bagaimana pun hanya cedera.

Sepupu Yuzairie, Surian Mohd Ghazali, 35, berkata, sepupunya itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Gelang, Pasir Puteh selepas menghadiri kenduri kesyukuran adiknya, Yus Azaliezie, 23, di Kampung Legeh, Ayer Lanas, dekat Jeli.

“Kami datang lima buah kereta tetapi dia (Yuszairie) balik dulu manakala saya pergi ke Pasir Mas. Saya dapat tahu mengenai kejadian ketika dalam perjalanan balik dari Pasir Mas,” katanya, semalam.

Yus Azaliezie pula berkata, dia tidak menyangka perubahan abang sulungnya itu daripada seorang yang peramah kepada pendiam menjadi petanda kejadian buruk akan menimpanya.

“Dia tak bercakap apa-apa, malah tak masuk dalam rumah dan hanya datang makan sahaja. Sebelum ini dia rapat dengan saya dan suka bercakap bila kami berjumpa,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Asisten Superintendan Mohd Fadzir Manap mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku kereta dinaiki mangsa memasuki lorong kanan jalan sebelum bertembung di bahagian sisi kanan sebuah Proton Waja dan bahagian hadapan pacuan empat roda Toyota Fortuner.

“Kejadian menyebabkan pemandu Proton Wira dan seorang bayi meninggal dunia di tempat kejadian, manakala penumpang yang hamil tujuh bulan meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Tanah Merah.

“Bayi dalam kandungan juga disahkan meninggal dunia,” katanya.

Kenderaan berat langgar syarat


  • Anggota penguatkuasa MPK bersama SPAD mengeluarkan notis ke atas kenderaan berat yang diletakkan di kawasan perumahanAnggota penguatkuasa MPK bersama SPAD mengeluarkan notis ke atas kenderaan berat yang diletakkan di kawasan perumahan

KLANG - Sebanyak 33 kompaun bersama Notis Pengalihan dalam tempoh 14 hari dikeluarkan Majlis Perbandaran Klang (MPK) ke atas kenderaan berat di daerah ini yang mengganggu lalu lintas.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) turut mengeluarkan 28 notis panggilan temu siasat kepada syarikat atau pemilik kenderaan untuk proses pendakwaan di mahkamah.

Tindakan itu bakal dilakukan selepas MPK dan SPAD bersama-sama terlibat beberapa hari lalu dalam Operasi Bersepadu kenderaan berat di sekitar Pekan Meru, Bandar Bukit Raja, Bukit Tinggi dan beberapa lokasi lain di sini.

Yang Dipertua MPK, Datuk Mohammad Yacob berkata, operasi berkenaan dibuat  berdasarkan aduan kenderaan berat yang di parkir dalam kawasan perumahan dan bahu jalan sehingga mencetuskan risiko keselamatan kepada pengguna jalan raya.

“Operasi ini akan diadakan dengan lebih kerap bagi memastikan pemilik kenderaan berat mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan MPK dan SPAD.

“Tindakan mereka (pemilik) meletak kenderaan berat di kawasan taman perumahan bukan sahaja mengganggu orang awam tetapi juga mengancam keselamatan penduduk,” katanya.

Bagi tujuan itu juga, penguatkuasaan bakal diperhebat kerana majlis terpaksa mengeluarkan kos yang banyak.

“Kos itu membabitkan kos untuk  membaiki kerosakan jalan terutamanya di kawasan tumpuan pemilik kenderaan berat meletakkan kenderaan,” katanya.

Budak dapat pampasan RM2.78 juta



DI Hospital Selayang, Kuala Lumpur inilah Nurul Husna mengalami kecacatan otak kekal akibat kecuaian doktor yang bertugas ketika dia dilahirkan di hospital berkenaan.


TANJUNG MALIM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru semua pihak termasuk pensyarah, guru dan ibu bapa supaya berganding bahu membimbing pelajar untuk lebih meminati mata pelajaran berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
Beliau berkata, pelajar perlu didedahkan kepada kerjaya berkaitan STEM sejak di peringkat prasekolah lagi kerana kebanyakan mereka mempunyai persepsi bahawa mata pelajaran itu bukan hanya sukar, malah kurang menarik untuk diterokai.
“Jika ditinjau prestasi pelajar-pelajar kita dalam mata pelajaran Sains dan Matematik, secara keseluruhannya mempamerkan pencapaian lebih rendah dalam kajian perbandingan pencapaian dua bidang itu di peringkat antarabangsa.
“Kajian perbandingan ini memberikan isyarat, para pelajar kita mempunyai ruang lebih banyak dalam mempelajari mata pelajaran STEM. Secara ringkas, ia perlu diberi lebih perhatian,” katanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0607&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz33vgzbR1W 
Hakcipta terpelihara 

Pasangan curi kereta Cyrus ditangkap



KERETA berwarna putih Maserati Quattroporte milik Cyrus yang diperoleh semula oleh Jabatan Polis Lembah Simi, Los Angeles.


LOS ANGELES - Polis di sini mengesahkan pihaknya berjaya menangkap dua suspek yang disyaki mencuri sejumlah barang kemas dan sebuah kereta mewah jenis Maserati Quattroporte milik penyanyi seksi, Miley Cyrus.
Polis berkata, seorang lelaki dan wanita berusia dalam lingkungan 20-an ditangkap di sebatang jalan raya di Hollywood Utara sekitar pukul 11 pagi kelmarin.
Polis mengenal pasti suspek berkenaan berdasarkan rakaman kamera keselamatan di kediaman penyanyi itu.
Nama-nama mereka bagaimanapun belum didedahkan oleh pihak berkuasa.
"Cyrus berada di luar bandar apabila rumahnya di Lembah San Fernando di sini dipecah masuk oleh dua pencuri itu pada 30 Mei lalu," kata polis dalam satu kenyataan.
"Mereka melarikan barang kemas dan kereta Maserati milik Cyrus. Kenderaan tersebut kemudian ditemui dalam keadaan ditinggalkan di Lembah Simi, dekat sini," tambah kenyataan sama.
Dalam pada itu, penyanyi berkenaan masih belum mengulas tentang kecurian tersebut. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0607&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz33vf8XJHp 
Hakcipta terpelihara 

Dua kumpulan Sikh bergaduh di Kuil Emas



DUA kumpulan Sikh berbalah di dalam Kuil Emas itu.


NEW DELHI - Satu pergaduhan melibatkan anggota-anggota pasukan sukarelawan Jawatankuasa Shiromani Gurdwara Parbandhak (SGPC) dan para aktivis Sikh telah menyebabkan 12 orang cedera di kompleks Kuil Emas di Amritsar, India semalam.
pergaduhan itu berlaku selepas anggota-anggota Shiromani Akali Dal menegaskan, mereka dibenarkan untuk berucap menerusi mikrofon.
Beberapa saksi berkata, pada pertempuran itu, para aktivis Shiromani Akali Dal dihalang oleh para sukarelawan SGPC daripada menghunus pedang, lembing dan senjata tradisonal yang lain.
Tindakan para sukarelawan SGPC itu menyebabkan pergaduhan berlaku melibatkan kedua-dua pihak pada ulang tahun ke-30 Operasi Bintang Biru yang berakhir semalam.
Pada operasi Bintang Biru itu, kira-kira 400 orang terbunuh pada Jun 1984 atas arahan Perdana Menteri ketika itu, Indira Gandhi.
Pemimpin golongan pemisah, Jarnail Singh Bhindranwale turut diusir keluar oleh askar-askar India dalam kejadian itu.
Ramai orang yang dilihat berlari untuk menyelamatkan diri ekoran kejadian itu.
Kedua-dua anggota kumpulan itu saling kejar-mengejar di tangga marmar di dalam kuil tersebut.
Bagaimanapun, pertempuran tersebut berjaya dikawal dengan kehadiran anggota keselamatan tambahan yang ditempatkan di dalam kuil itu.
"Insiden ganas itu akan disiasat dan tindakan akan diambil ke atas mereka yang dituduh melakukan perbuatan tersebut," kata seorang pemimpin pentadbiran kuil tersebut, Giani Gurbachan. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0607&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz33vbIWZYl 
Hakcipta terpelihara 

Penduduk kecewa pemaju lesap


DEWAN orang ramai yang rosak dan dipenuhi lumpur teruk terpaksa dibersihkan penduduk di Kampung Sungai Pusu, Gombak semalam.


GOMBAK – Rata-rata penduduk di Kampung Sungai Pusu di sini meluahkan rasa kecewa dengan tindakan beberapa syarikat pemaju perumahan yang menjalankan kerja-kerja penarahan bukit berdekatan kawasan tersebut apabila semua mereka ‘lesap’ selepas kejadian banjir kilat Rabu lalu.
Menurut penduduk, tiada seorang pun wakil daripada pemaju terbabit yang datang meninjau dan bertanya khabar tentang nasib penduduk yang terjejas dilanda banjir kilat tersebut.
Seorang penduduk yang berniaga makanan di kampung itu, Shahrin Manap, 61, berkata, sehingga semalam tidak ada wakil pemaju yang datang menemui penduduk dan membantu membersihkan kawasan kampung yang dipenuhi lumpur.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0607&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz33vatVGd9 
Hakcipta terpelihara 

Tragedi pulang majlis kahwin



KEADAAn mayat Hafiza selepas tercampak dari kereta dinaikinya yang terbabit dalam kemalangan di Kampung Bechah Laut, Tanah Merah, Kelantan semalam.


TANAH MERAH - Rombongan sekeluarga menghadiri kenduri kahwin bertukar pilu apabila tiga beranak termasuk seorang wanita yang sarat mengandung maut dalam kemalangan di Kilometer 54.6 Jalan Kota Bharu - Machang - Jeli dekat Kampung Bechah Laut, di sini petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, pemandu sebuah kereta Proton Wira, Yus Zairi Mohd. Yusof, 30 dan isterinya yang sedang mengandung tujuh bulan, Hafiza Abdul Halim 32 serta bayi mereka, Yus Ammar Zafril, sembilan bulan maut.
Yus Zairi dan Yus Ammar Zafril mati di tempat kejadian manakala Hafiza meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tanah Merah.
Dalam pada itu, adik kepada mangsa, Yus Azallezie Mohd. Yusof, 23, berkata, dia tidak menyangka hari bersejarah hidupnya membawa satu kisah sedih yang tak mungkin dilupakan.
"Abang hanya datang untuk makan sahaja dan tidak naik pun ke atas rumah.
"Dia juga tidak bersalaman, tidak bergambar dengan saya dan hanya menunggu di dalam kereta serta mendiamkan diri. Tak sangka itu petanda dia akan pergi selama-lamanya," katanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0607&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz33vTs7HBA 
Hakcipta terpelihara 

Mati ditetak dalam kapal nelayan



ANGGOTA polis mengangkat Ah Kok yang cedera parah akibat ditetak seorang warga Indonesia untuk dihantar ke Hospital Miri, Sarawak semalam.


MIRI – Seorang lelaki maut selepas ditetak dengan parang oleh seorang awak-awak asing warga Indonesia di dalam sebuah kapal nelayan tempatan di perairan Miri dekat sini semalam.
Dalam kejadian pukul 11 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Jarup berusia 20-an maut selepas ditetak pada kepala dan perut semasa kapal nelayan berkenaan berada di kedudukan kira-kira 15 batu nautika dari perairan Miri-Tukau Link dekat sini.
Tekong kapal berkenaan dikenali sebagai Ah Kok, 40-an, juga mengalami kecederaan parah pada leher dan kepala selepas ditetak suspek yang sama.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0607&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz33vSwStx7 
Hakcipta terpelihara 

Pelacur asing diberkas ketika 'beraksi' di ranjang



SEBAHAGIAN pelacur asing (duduk atas katil) yang ditahan oleh penguat kuasa Jabatan Imigresen di sebuah hotel bajet di George Town, Pulau Pinang semalam.


GEORGE TOWN - Kegiatan terkutuk enam pelacur wanita warga asing menawarkan perkhidmatan seks di beberapa bilik yang disewa khas di dua buah hotel bajet di sini terbongkar apabila mereka ditahan Jabatan Imigresen semalam.
Dalam serbuan pukul 2 pagi itu, mereka yang ditahan terdiri daripada dua warga Laos, dua warga Indonesia dan masing-masing seorang warga Vietnam dan Nigeria.
Ketika serbuan, terdapat satu pasangan sedang leka beraksi di ranjang dan terkedu sebaik menyedari kehadiran penguat kuasa Jabatan Imigresen.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0607&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz33vSkKiSC 
Hakcipta terpelihara 

Perogol dirotan depan ibu bapa



AINUR ASYRIQ (tengah) diiringi dua peguamnya selepas menjalani hukuman sebat secara terbuka di hadapan galeri awam di Mahkamah Sesyen Ampang semalam.


AMPANG - Seorang pelajar kolej dirotan lapan kali oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas mengaku salah atas dua tuduhan merogol kekasihnya berusia 15 tahun di sebuah rumah di Ukay Bistari tahun lalu.
Hakim Manirah Mohd. Nor mengarahkan Ainur Asyriq Azamuddin, 19, disebat di hadapan galeri awam secara terbuka dengan rotan halus yang turut disaksikan ibu bapa di bawah Seksyen 293(1)(c) Kanun Tatacara Jenayah.
Tertuduh yang kelihatan tenang sempat diperiksa oleh pegawai perubatan sebelum disebat di punggung oleh pegawai penjara dari Penjara Kajang.
Sesekali tertuduh yang membongkok badan ke arah meja di sebelah kiri dewan mengaduh kesakitan selepas dirotan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0607&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz33vRpF0Ey 
Hakcipta terpelihara 

'Knights of the right keeper' sebuah pertubuhan kebajikan - Saksi


KOTA KINABALU 6 Jun - Seorang pegawai pemerintah Rejimen 22 Komando memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa 'Knights of the Right Keeper' adalah sebuah pertubuhan kebajikan.
Merujuk kepada artikel akhbar yang dikemukakan peguam Datuk N. Sivananthan dalam pemeriksaan balas, Leftenan Kolonel Adi Ridzwan Abdullah berkata, beliau tidak tahu sama ada ia adalah sebuah kelab sosial.
"Dalam artikel akhbar itu, terdapat perkataan 'Kappa Rho Kappa.' Adakah perkataan itu terdapat dalam mana-mana dokumen yang kamu rampas pada 21 Mac 2013 di Kampung Tanjung Batu (Lahad Datu)?" tanya Sivananthan dan dijawab "Ya" oleh Adi Ridzwan.
Pegawai itu juga mengaku bahawa perkataan 'Royal Sulu Force' terdapat dalam dokumen berkenaan, di samping perkataan 'fraternity' dan 'sorority'.
Terdahulu, Adi Ridzwan berkata, pasukan kenderaan berperisai (APC), yang diketuai Mejar Mohd. Nasir Aziz daripada Empat Rejimen Kor Armor Diraja, tidak membantu beliau dan anggotanya yang bertempur selama 30 minit dengan penceroboh bersenjata di Kampung Tanjung Batu pada 17 Mac tahun lalu.
Ketika itu, kata beliau, pasukan Mohd. Nasir hanya berada kira-kira 300 meter dari tempat kejadian.
"APC tidak dapat masuk ke kawasan pertempuran sebab mereka perlu melalui satu kawasan penempatan untuk sampai ke sana," katanya.
SIVANANTHAN: Adakah kamu berhubung dengan Mejar Mohd. Nasir selepas pertempuran selama 30 minit itu atau adakah beliau menghubungi kamu untuk bertanya tentang pertempuran yang berlaku itu?
ADI RIDZWAN: Tidak.
SIVANANTHAN: Selepas pertempuran 30 minit itu, tiga penceroboh bersenjata melarikan diri, tidakkah kamu berasa perlu memaklumkan kepada ketua-ketua pasukan lain supaya mencari mereka?
ADI RIDZWAN: Saya tidak memaklumkan kepada mereka kerana tiga penceroboh itu tidak melarikan diri ke arah kawasan mereka (pasukan lain).
Adi Ridzwan juga berkata, beliau tidak sedar tentang sebuah rumah yang terbakar antara 19 dan 20 Mac tahun lalu di Kampung Tanjung Batu, tempat beliau dan pasukannya menjalankan tugas pembanterasan.
Mereka dituduh melakukan kesalahan itu antara 12 Februari dan 10 April tahun lalu.
Perbicaraan di hadapan Hakim Stephen Chung di Jabatan Penjara Sabah bersambung pada 16 Jun ini. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140607/ma_06/Knights-of-the-right-keeper-sebuah-pertubuhan-kebajikan---Saksi#ixzz33vN9xTaE
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Keputusan ganti rugi saman Johan Raja Lawak 7 Julai


KUALA LUMPUR 6 Jun - Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengarahkan Johan Raja Lawak mengemukakan resit rawatan hospital berhubung kecederaan yang dialaminya akibat dibaling dengan gelas kaca setelah terlibat dalam pergaduhan dengan seorang pengarah drama, empat tahun lalu.
Hakim Datuk Su Geok Yiam memerintahkan demikian berikutan tuntutan Johan bagi mendapatkan ganti rugi khas dibuat tanpa sebarang resit, setelah menang dalam kes samannya dan isteri, Ozlyn Wati terhadap pengarah, Mohd. Javed Mohd. Nizar dan syarikat penerbitan drama dan filem, Juara Filem Production Sdn. Bhd., pada Januari lalu.
Hakim Geok Yiam menetapkan demikian selepas menangguhkan sehingga 7 Julai ini keputusan jumlah ganti rugi yang bakal diterima oleh Johan yang sebelum ini dijadualkan pada hari ini.
Penangguhan itu bagi membolehkan mahkamah mendapatkan transkrip perbicaraan penuh dan hujahan taksiran ganti rugi sebelum hakim tersebut memutuskan jumlah ganti rugi yang akan diberikan kepada pasangan tersebut.
Johan atau nama sebenarnya, Mohammad Yazid Lim Mohamad Aziz, 30, hadir tanpa Ozlyn Wati atau nama sebenarnya, Rozlinawaty Ismail, 33.
Pasangan suami isteri itu diwakili peguam Suhaimi Saad manakala Baljit Singh mewakili Mohd. Javed, 38, yang dinamakan sebagai defendan pertama dan Juara Filem Production defendan kedua.
Pada 7 Januari lalu, mahkamah membenarkan tuntutan saman Johan dan isterinya berserta kos terhadap kedua-dua defendan itu manakala taksiran ganti rugi akan ditentukan kemudian. Mahkamah juga memutuskan menolak tuntutan balas RM2 juta yang difailkan oleh pihak defendan terhadap pasangan artis tersebut.
Johan dan Ozlyn Wati selaku plaintif memfailkan saman RM1 juta pada 18 Julai 2010 terhadap kedua-dua defendan dengan mendakwa Mohd. Javed telah mengasari dan membaling gelas kaca sehingga menyebabkan Johan mengalami kecederaan di dahi kirinya ketika mereka berjumpa di sebuah restoran di Sikamat, Seremban pada pada 11 Mei 2010.
Dalam pernyataan tuntutannya, Johan mendakwa Mohd. Javed juga bertindak menterbalikkan meja di hadapannya dan isteri mengakibatkan Johan turut mengalami kecederaan pada bahagian bawah mata kanan akibat ditumbuk seorang krew penggambaran yang dikenali sebagai Halim.
Johan yang juga pelakon dan pengacara mendakwa, Mohd. Javed dan Halim kemudiannya terus memukul dan menyepaknya dan perbuatan mereka telah dihalang Ozlyn yang menyebabkan isterinya itu turut dipukul.
Beliau juga mendakwa pengarah itu telah menulis dan menyiarkan e-mel berunsur fitnah terhadap mereka berhubung masalah yang ditimbulkan hingga mengganggu set penggambaran dan e-mel itu dihantar kepada Persatuan Seniman Malaysia pada 20 Mei 2010.
Pelawak itu mendakwa kata-kata yang disiarkan dalam e-mel itu membawa maksud bahawa beliau tidak sesuai diambil bekerja sebagai pelakon kerana selalu lambat, tidak bekerjasama dan sering menimbulkan masalah kepada mana-mana pengarah hingga menyebabkan beliau dan isterinya diberhentikan sebagai pelakon dalam drama arahan pengarah itu.
Sehari sebelum kejadian itu, Johan mendakwa, ibunya, Salwa Md. Dani meninggal dunia akibat ketumbuhan otak dan selepas urusan pengebumian ibunya selesai di Ampang, Selangor, beliau dan isteri memutuskan untuk pergi ke lokasi penggambaran di sekitar Sikamat dan mereka tiba di lokasi penggambaran itu pada pukul 4 petang, keesokannya.
Sehubungan dengan itu, kedua-dua plaintif menuntut ganti rugi am RM1 juta, ganti rugi khas untuk perbelanjaan dan kos rawatan serta ganti rugi teruk.
Mereka juga memohon kenyataan maaf dikeluarkan secara terbuka oleh kedua-dua defendan menerusi akhbar dan televisyen tempatan, penarikan balik kesemua surat atau e-mel berbentuk fitnah yang dikeluarkan kepada kesemua persatuan industri, faedah dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140607/ma_03/Keputusan-ganti-rugi-saman-Johan-Raja-Lawak-7-Julai#ixzz33vN1oRNh
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Rogol: Pelajar disebat di mahkamah


SEORANG remaja yang dikenakan hukuman sebatan setelah mengaku merogol teman wanitanya dan hukuman dilakukan di Mahkamah Seksyen Ampang, Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 6 Jun - Seorang pelajar kolej swasta yang mengaku merogol teman wanitanya yang merupakan pelajar berusia 15 tahun menerima pengajaran bermakna hari ini apabila dia disebat lapan kali menggunakan rotan halus di Mahkamah Majistret Ampang, dekat sini.
Ainur Asyriq Aizamuddin, 19, disebat oleh dua pegawai dari Penjara Kajang di hadapan Hakim Manira Mohd. Nor serta disaksikan oleh ibu bapanya, ahli keluarga, wartawan dan orang ramai yang berada di galeri awam mahkamah tersebut.
Tertuduh yang bertubuh kurus kelihatan bersahaja ketika diperintah membongkokkan badan di bahagian meja hadapan galeri mahkamah berdekatan kandang saksi untuk disebat di bahagian punggung menggunakan rotan sepanjang anggaran satu meter.
Dia yang memakai baju kemeja biru muda dan seluar jeans biru gelap bagaimanapun dilihat sesekali mengadu kesakitan ketika disebat.
Terdahulu, mahkamah memerintahkan doktor yang hadir memeriksa tahap kesihatan pesalah muda berkenaan sebelum sebatan dijalankan.
Selepas disahkan sihat, proses sebatan dimulakan terhadap Ainur Asyriq.
Hakim kemudiannya menasihati pesalah muda itu supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama pada masa hadapan.
"Saya berharap hukuman ini akan memberi pengajaran kepada kamu. Hukuman ini adalah selepas mengambil kira umur dan latar belakang keluarga kamu," katanya.
Beliau juga meminta ibu bapa untuk mengawal pergaulan sosial anak-anak dan kembali kepada ajaran agama.
Pada 13 Disember 2013, tertuduh mengaku bersalah terhadap dua tuduhan merogol mangsa berusia 15 bulan 11 bulan, masing-masing kira-kira pukul 9 pagi, 29 November 2013 dan pukul 4 petang, 7 Disember 2013 di sebuah rumah, di Ukay Bestari, dekat sini.
Timbalan Pendakwa Raya, Goh Ai Rene mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.
Hukuman sebatan itu adalah bagi pertuduhan kedua merogol mangsa.
Sementara, bagi pertuduhan pertama, mahkamah memerintahkan tertuduh melakukan kerja-kerja khidmat sosial dalam tempoh tiga bulan bermula 14 Mei lalu iaitu selama empat jam setiap hari, mengikut Seksyen 5(1) Akta Kehadiran Wajib 1954 dan bon jaminan bercagar RM6,000 dengan seorang penjamin.
Tertuduh diwakili peguam-peguam, Farhan Read dan Donny Abdullah.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140607/ma_01/Rogol-Pelajar-disebat-di-mahkamah#ixzz33vMlkq6V
© Utusan Melayu (M) Bhd