Search This Blog

Thursday, June 5, 2014

Tiga nelayan hilang selamat pulang


Oleh Rosli Ilham
Kuala Terengganu: Misteri kehilangan tiga nelayan di laut sejak 10 hari lalu, terungkai apabila mereka ditemui di perairan berhampiran sempadan Vietnam, kira-kira 10 pagi semalam.

Che Wan Mohd Radzi Che Wan Da, 48; Wan Kamarudin Wan Ali, 52, dan Mamat Che Ngah, 50, ditemui dalam keadaan tidak bermaya oleh nelayan negeri ini yang kemudiannya menunda bot mangsa.


Semua mereka selamat sampai di pengkalan nelayan di Kampung Seberang Takir, di sini kira-kira jam 6.30 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung penemuan ketiga-tiga nelayan terbabit.


Ketiga-tiga mereka sebelum ini dilaporkan hilang sejak 26 Mei lalu, selepas menahan bubu di perairan berdekatan Pulau Tenggol, Dungun.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/05

Mekanik mengaku rogol remaja


Oleh Muhamaad Razis
Kota Bharu: Seorang mekanik dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan lapan sebatan di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan merogol seorang remaja perempuan tahun lalu.

Hakim Mohd Yusoff Yunus menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Rozlan Hamzah, 46, mengaku bersalah terhadap tuduhan.


Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman berjalan dari tarikh ditangkap pada 17 November 2013.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa berusia 16 tahun dengan mengacukan parang kecil ke arah mangsa di sebuah rumah di ladang kelapa sawit pada jam 12 tengah hari hingga 3 petang, 15 November 2013.


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/05

15 jam tertimbus tanah runtuh


Oleh Ardyhansah Amat
Kota Kinabalu: Dua pekerja pembalakan warga asing ditemui mati kira-kira jam 6.30 pagi tadi selepas lebih 15 jam tertimbus tanah runtuh ketika mencari kayu balak di Kem Makmuran, Ulu Tomani, Tenom, dekat sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa masing-masing lelaki berusia 21 dan 24 tahun tertimbus dalam runtuhan tanah ketika membuat pemantauan kayu balak di kawasan lereng bukit.


Pesuruhjaya Polis negeri Datuk Hamza Taib berkata, siasatan awal mendapati tanah di situ tiba-tiba runtuh mengenai dua pekerja tersebut menyebabkan mereka tidak sempat menyelamatkan diri.

Tambahnya, pengurusan kem melakukan usaha mencari dua mangsa itu sebaik saja keadaan di situ selamat dan mangsa berjaya ditemui jam 6.30 pagi tadi.


Difahamkan keadaan hujan lebat semalam mempengaruhi struktur tanah di situ sehingga menyebabkan runtuhan berlaku.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/05

Buruh dakwa wanita larikan anak


Johor Bahru: Seorang lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai buruh binaan, Yap Chan Hwa mendakwa bayi perempuannya berusia enam bulan dilarikan oleh seorang wanita berusia 32 tahun pada 11 Disember 2013 di Bandar Baru Permas Jaya.
Yap berkata, bayi berkenaan dilahirkan pada 16 November 2013 di sebuah pusat perubatan di Menara Landmark oleh isterinya yang juga warga Vietnam. 
Menurutnya dia yang berpendapatan rendah bersama isteri bercadang untuk memberi hak penjagaan kepada pasangan yang berminat memandangkan dia sudah ada tiga cahaya mata hasil perkahwinan pertama. 

Katanya, wanita berkenaan menghubunginya dan menyatakan hasrat untuk menjadikan bayi itu sebagai anak angkat.
Foto

Yap berkata, pada hari kejadian dia menemui wanita berkenaan mendakwa dirinya sebagai pengurus kilang simen yang ditemani seorang lelaki di sebuah kedai makan di Bandar Baru Permas Jaya dan wanita berkenaan ingin membawa bayi untuk menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum dijadikan anak angkat.

Namun beberapa jam kemudian wanita berkenaan menghubunginya dan menyatakan ingin memulangkan bayi kerana disyaki mengalami sindrom down tetapi gagal berbuat demikian. 

Yap membuat laporan polis di Balai Polis Permas Jaya pada 15 Disember 2013 dan mengadu nasibnya kepada Ketua Biro Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA Johor, Kua Sung Tuck, sebentar tadi.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/05

Semaju mana manusia pasti tidak akan mampu melawan kuasa Allah!

UIAM, tiga kampung tenggelam

Penuntut UIAM bekerjasama membantu mengeluarkan kenderaan yang terperangkap dalam banjir. - Foto Oriental Daily
Penuntut UIAM bekerjasama membantu mengeluarkan kenderaan yang terperangkap dalam banjir. - Foto Oriental Daily
GOMBAK - Hujan lebat berterusan lebih dua jam bermula jam 2.30 petang semalam, menyebabkan beberapa kampung termasuk Sungai Cincin, Sungai Pusu dan Gombak Utara dinaiki air.
Banjir itu juga antara terburuk apabila sekurang-kurangnya lima kawasan dalam kampus Universiti Islam Malaysia (UIAM) ditenggelami air setinggi tiga hingga lima meter menyebabkan sekurang-kurangnya enam kenderaan kakitangan dan pelajar tersangkut.

Menurut Penghulu Mukim Setapak, Mohd Fazli Abd Latif, hampir seratus keluarga terlibat insiden itu.

Katanya, bantuan awal disalurkan Pusat Khidmat Tabung Bencana daerah Gombak, Pusat Khidmat Rakyat Gombak Setia, wakil rakyat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Selasa lalu, kerja pemantauan dibuat melibatkan kawasan tersebut yang kerap dinaiki air setiap kali hujan lebat termasuk insiden runtuhan cerun setinggi sepuluh meter.

“Runtuhan cerun melibatkan tanah jenis persendirian dan tindakan pemasangan kanvas akan dilakukan segera bagi mengelak keadaan lebih buruk berlaku,” katanya.

Namun, tiada kehilangan nyawa dilaporkan namun kelewatan kerja pengukuhan dikhuatiri menyebabkan runtuhan menutup laluan utama menghala ke kawasan perumahan Desa Gemilang.

Belum enam bulan pakai kereta

“Tak sampai enam bulan keluar kereta sekarang dah rosak sebab ditenggelami air."

Itu antara insiden yang terpaksa dilalui pemilik kenderaan, Fatihah Hasan, 23, yang tidak menyangka kawasan tempat letak kereta penuntut UIAM itu dinaiki air.

Dia ke Dewan Kuliah Architecture & Enviromental Design (Kaed) sekitar jam 2.30 petang untuk menghadapi peperiksaan.

“Jam 2.30 sampai memang hujan tengah lebat tapi masa itu air tak naik lagi. Masa dalam dewan saya hanya fokus jawab periksa saja dan tak terfikir langsung pasal kereta kerana tak sangka kawasan itu boleh naik air. Saya hanya tahu keadaan kereta
selepas keluar dewan dan ketika itu air telah surut,” katanya.

Seorang lagi pelajar, Khairun Amirah Salehin, 23, memberitahu salah seorang rakannya yang keluar awal dari dewan memaklumkan kejadian itu selepas mendapat maklumat menerusi laman Facebook.

“Lepas keluar dewan, kami buka telefon bimbit dan ternampak kejadian banjir dalam UIAM dan terkejut kereta saya terlibat sama.

“Sampai saja di kereta air telah surut dan nampak kereta teralih sedikit ke kanan manakala air dalam kereta sampai ke separuh tempat duduk,” katanya.

Kereta itu dipinjamkan kakaknya yang juga penuntut universiti yang sama untuk ke dewan peperiksaan selepas terkandas akibat hujan lebat.

Lihat kereta mula tenggelam

“Panik mendengar suasana riuh rendah, saya bergegas keluar dari makmal dan terkejut mendapati kereta di kawasan parkir dinaiki air,” kata salah seorang penuntut UIAM, Amirul Al Hafiz Abdul Hamid, 24.

Menurutnya, ketika kejadian dia sedang belajar di makmal di fakultinya sebelum dimaklumkan mengenai kejadian banjir kilat terbabit.

“Saya hanya mampu melihat kereta Proton Satria saya ditenggelami air hingga melebihi paras tayar.

“Saya tidak berani berbuat apa-apa tetapi segera hubungi bapa untuk urusan bawa keluar kereta,” katanya, semalam.

Sementara itu, bagi pelajar jurusan Ekonomi dan Sains Pengurusan, Abu Huzaifah Zulkifli, 22, dia menyedari kejadian ketika menuju pulang ke asramanya di universiti.

“Keadaan agak cemas ketika itu. Saya tidak berani meredah air dan mampu menunggu sehingga air surut.

“Saya tidak berani menanggung apa-apa risiko dan mengelakkan perkara buruk berlaku terutama bila melihat beberapa kenderaan tenggelam hampir separuh,” katanya.

Sementara itu, Pengawal keselamatan, Jamil Jaafar berkata, dua pintu masuk kampus itu terpaksa ditutup sekurang-kurangnya setengah jam.

“Sebelum ini memang ada banjir tapi tak seteruk kali ini hingga menyebabkan kenderaan tenggelam,” katanya.

Lelaki humban bayi dalam gaung

Suspek membawa polis ke dalam gaung, lokasi bayi malang tersebut dihumban.
Suspek membawa polis ke dalam gaung, lokasi bayi malang tersebut dihumban.
SHAH ALAM – Seorang lelaki bertindak kejam menghumban bayi berusia enam bulan, anak kepada seorang pekerjanya ke dalam gaung di kilometer 3.2 Jalan Genting Highlands.

Mayat bayi berkenaan dibungkus di dalam plastik dan disumbat ke dalam beg pakaian, sebelum dihumban ke dalam gaung sedalam kira-kira 70 meter itu oleh suspek yang difahamkan bimbang bayi hasil hubungan sulit pekerjanya itu diketahui orang lain.

Bagaimanapun perbuatan lelaki itu yang merupakan seorang ejen pembantu rumah terbongkar setelah ibu bayi berkenaan yang berusia 33 tahun membuat laporan di Balai Polis Kota Kemuning.

Menurut sumber, penemuan mayat bayi kira-kira jam 11 pagi itu selepas seorang lelaki berusia 40 tahun yang dipercayai sebagai suspek, ditangkap.

Kata sumber tersebut, lelaki itu mendakwa, bayi berkenaan dipercayai anak kepada salah seorang pembantu rumahnya dan berdasarkan keterangan suspek, bayi itu mati di sebuah asrama pekerjanya di Kota Kemuning, di sini, Sabtu lalu.

Difahamkan pembantu rumah berkenaan dipercayai mengandung akibat dirogol oleh salah seorang bekas majikannya tahun lalu.

“Suspek bersama isterinya lari sebelum mendaftar masuk di sebuah hotel di Cheras selepas kejadian itu.

Suspek bersama isterinya kemudian berjaya ditahan, di sini, kelmarin.

"Suspek direman sehingga 10 Jun ini bagi membantu siasatan," kata sumber.

Sementara itu,  pasukan forensik terpaksa mengambil masa kira-kira dua jam untuk mengeluarkan mayat bayi tersebut ekoran kedudukan lokasi gaung yang curam dan cuaca lembab. Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk bedah siasat.

Dalam pada itu, difahamkan pembantu rumah berkenaan ketika disoal siasat mendakwa dia dan rakan-rakannya dipaksa bekerja tanpa permit dan tidak pernah  dibayar gaji.

“Bertindak atas maklumat, Isnin lalu pasukan polis berjaya menyelamatkan enam pekerja asing. Ejen itu juga dipercayai menawarkan perkhidmatan pembantu  rumah jangka  pendek.

“Pekerjanya  juga dipercayai telah dieksploitasi secara seksual oleh majikan dan ejen itu. Siasatan awal mendapati tiga rumah yang dipercayai digunakan untuk mengurung semua pekerja itu,” kata sumber itu lagi.

Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah memberitahu kes disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Amah dakwa didera majikan

Nur Hasanah menunjukkan beberapa kesan lebam di badan yang didakwa akibat dipukul majikannya.
Nur Hasanah menunjukkan beberapa kesan lebam di badan yang didakwa akibat dipukul majikannya.
KUALA TERENGGANU - Seorang pembantu rumah warga Indonesia nekad melarikan diri dari rumah majikannya di Kampung Pasir Panjang, di sini selepas mendakwa sering menjadi mangsa dera majikannya itu sejak setahun lalu.

Nur Hasanah Mohd Mahyuddin, 25, tampil menyerah diri di Pejabat Imigresen Terengganu kira-kira jam 11 pagi semalam akibat tidak tahan menjadi mangsa amarah majikan wanitanya yang berusia 50-an.

Menurutnya, dia keluar dari rumah berkenaan kira-kira jam 12.30 tengah malam, Isnin lalu selepas wanita berkenaan bertindak menampar dan memukulnya kerana mempunyai telefon bimbit.

Ibu tunggal seorang anak itu berkata, dia bukan sahaja menjadi mangsa pukul majikannya malahan adik kepada majikannya turut berbuat demikian selain gajinya tidak dibayar selepas kira-kira dua tahun bekerja di rumah berkenaan.

“Mula-mula saya kerja di sini, semuanya baik dan dua bulan gaji saya dibayar seperti biasa. Lama-kelamaan wanita itu sering marah dan pukul dengan tangan, kadang-kadang cekik leher hingga lebam jika saya silap membuat minuman, membasuh pakaian.

“Saya tidak tahan berterusan seperti ini tambahan pula gaji saya tidak diberi untuk dikirimkan pada orang tua saya di Mataram,” katanya.

Kata Nur Hasanah, dia melarikan diri dari rumah tersebut ketika mereka sedang tidur dan bertemu seorang wanita.

“Saya bersembunyi di rumahnya seketika sebelum dia menunjukkan pejabat imigresen,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di kuarters imigresen, di sini, semalam.

Katanya, dia nekad mengadu nasib dirinya pada jabatan ini kerana terlalu merindui anak dan keluarga di kampung serta didorong masalah kesihatan yang dialami ibunya.

Katanya, dia pernah beberapa kali ingin melarikan diri namun tidak berdaya kerana masalah kewangan selain dokumen perjalanannya berada bersama suami majikannya di Johor.

“Saya datang ke sini untuk mencari rezeki yang halal untuk membantu keluarga dan membesarkan anak di kampung dan saya tidak sangka terpaksa menerima nasib sebegini.

“Saya serik diperlakukan sedemikian selama dua tahun saya bekerja di sini dan saya keluar dari rumah berkenaan dengan harapan dapat pulang ke Indonesia bertemu kembali keluarga,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Imigresen Negeri, Mohd Shahrir Khalil mengesahkan kejadian tersebut dan memberitahu pihaknya telah menghubungi majikan pembantu rumah menerusi nombor telefon yang beri, namun gagal.

“Kita terpaksa menahan pembantu rumah berkenaan untuk siasatan lanjut berhubung dokumen perjalanan dan sebagainya,” katanya.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen kerana disyaki tidak mempunyai pas yang sah berikutan mangsa mendakwa dokumen perjalanan disimpan majikannya.

Lelaki humban bayi dalam gaung

Suspek membawa polis ke dalam gaung, lokasi bayi malang tersebut dihumban.
Suspek membawa polis ke dalam gaung, lokasi bayi malang tersebut dihumban.
SHAH ALAM – Seorang lelaki bertindak kejam menghumban bayi berusia enam bulan, anak kepada seorang pekerjanya ke dalam gaung di kilometer 3.2 Jalan Genting Highlands.

Mayat bayi berkenaan dibungkus di dalam plastik dan disumbat ke dalam beg pakaian, sebelum dihumban ke dalam gaung sedalam kira-kira 70 meter itu oleh suspek yang difahamkan bimbang bayi hasil hubungan sulit pekerjanya itu diketahui orang lain.

Bagaimanapun perbuatan lelaki itu yang merupakan seorang ejen pembantu rumah terbongkar setelah ibu bayi berkenaan yang berusia 33 tahun membuat laporan di Balai Polis Kota Kemuning.

Menurut sumber, penemuan mayat bayi kira-kira jam 11 pagi itu selepas seorang lelaki berusia 40 tahun yang dipercayai sebagai suspek, ditangkap.

Kata sumber tersebut, lelaki itu mendakwa, bayi berkenaan dipercayai anak kepada salah seorang pembantu rumahnya dan berdasarkan keterangan suspek, bayi itu mati di sebuah asrama pekerjanya di Kota Kemuning, di sini, Sabtu lalu.

Difahamkan pembantu rumah berkenaan dipercayai mengandung akibat dirogol oleh salah seorang bekas majikannya tahun lalu.

“Suspek bersama isterinya lari sebelum mendaftar masuk di sebuah hotel di Cheras selepas kejadian itu.

Suspek bersama isterinya kemudian berjaya ditahan, di sini, kelmarin.

"Suspek direman sehingga 10 Jun ini bagi membantu siasatan," kata sumber.

Sementara itu,  pasukan forensik terpaksa mengambil masa kira-kira dua jam untuk mengeluarkan mayat bayi tersebut ekoran kedudukan lokasi gaung yang curam dan cuaca lembab. Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk bedah siasat.

Dalam pada itu, difahamkan pembantu rumah berkenaan ketika disoal siasat mendakwa dia dan rakan-rakannya dipaksa bekerja tanpa permit dan tidak pernah  dibayar gaji.

“Bertindak atas maklumat, Isnin lalu pasukan polis berjaya menyelamatkan enam pekerja asing. Ejen itu juga dipercayai menawarkan perkhidmatan pembantu  rumah jangka  pendek.

“Pekerjanya  juga dipercayai telah dieksploitasi secara seksual oleh majikan dan ejen itu. Siasatan awal mendapati tiga rumah yang dipercayai digunakan untuk mengurung semua pekerja itu,” kata sumber itu lagi.

Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah memberitahu kes disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Mayat ditemui dekat lokasi protes


4 Jun 2014


BANGKOK - THAILAND. Mayat seorang lelaki tidak dikenali ditemui hari ini dalam operasi pembersihan di sebatang terusan di lokasi yang pernah diduduki pemprotes anti- kerajaan selama beberapa bulan sebelum rampasan kuasa tentera pada 22 Mei.

"Kami temui mayat itu dalam beg kira-kira 2.00 petang. Mayat itu dipercayai telah dibunuh kira-kira sebulan lepas. Beberapa bahagian anggotanya hilang," kata seorang penyelam dari pasukan penyelamat kepada Bernama di sini.

Kawasan itu pernah diduduki penyokong Jawatankuasa Pembaharuan Demokrasi Rakyat (PDRC) dan berdekatan Rumah Kerajaan, iaitu pejabat rasmi Perdana Menteri.

Semasa operasi pembersihan itu yang melibatkan tentera, polis, pasukan penyelamat sukarela, beberapa kelongsong peluru dan mercun turut ditemui. - Bernama

Dua rumah hangus, dapur banglo turut terbakar


WARTAWAN SINAR HARIAN
5 Jun 2014

PUCHONG – Dua rumah sambungan tidak penghuni di Jalan Bunga Melur Kampung Pasir Baru, Puchong Batu 14 dekat sini hangus terbakar, tengah hari semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.43 tengah hari, dapur sebuah unit rumah banglo yang terletak kurang satu meter dari kedua-dua rumah berkenaan turut musnah dalam kebakaran terbabit.

Ketua Bomba Balai Puchong, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Hisam Mat Yasih berkata, empat jentera bersama 29 anggota dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan orang awam.

Balai terlibat termasuk Balai Bomba dan Penyelamat Puchong, Cyberjaya, Petaling Jaya dan Shah Alam.

Menurutnya, sebaik tiba, api marak membakar sebahagian besar ruang tamu dan dapur dua rumah tersebut.

"Api terus merebak ke rumah bersebelahan namun berjaya dikawal dan di padam beberapa minit kemudian.

“Bagaimanapun, tiada mangsa dalam kejadian yang menyebabkan hampir 40 peratus bahagian rumah musnah,” katanya.

Kebas lembu: Perompak acu pistol


  • Walaupun masih trauma dengan peristiwa itu, Hairuddin masih mampu menceritakan kembali kejadian berkenaan.Walaupun masih trauma dengan peristiwa itu, Hairuddin masih mampu menceritakan kembali kejadian berkenaan.
KUANTAN - “Kalau tak mahu mati jangan melawan,” jerit salah seorang perompak sambil mengacukan sepucuk pistol memaksa dua pekerja sebuah ladang ternakan lembu di Kampung Pahang, Jalan Sungai Soi dekat sini mendiamkan diri, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam  2 pagi itu, kedua-dua tangan mangsa warga Indonesia itu diikat menggunakan wayar pengecas telefon sebelum suspek dipercayai seramai lapan orang membuka kandang dan memindahkan kesemua lembu ke dalam lori kecuali tiga ekor yang sakit.

Salah seorang mangsa, Hairuddin, 29 berkata, ketika kejadian dia bersama rakan berusia 39 tahun sedang menonton televisyen sebelum dikejutkan dengan kehadiran enam lelaki bersenjatakan pistol, alat renjatan elektrik dan besi.

Menurutnya, salah seorang suspek bersenjatakan pistol mengacukan senjata itu ke arahnya dan mengarahkan supaya mereka berdua tidak melawan.

“Saya tidak berani untuk melawan memandangkan mereka ramai dan bersenjata bahaya jadi kami berdua mendiamkan diri sebelum diikat.

“Suspek kemudian menuju ke arah kandang dan saya dengar mereka memunggah lembu-lembu ke dalam lori bagaimana pun saya tidak nampak apa yang mereka lakukan kerana berada di dalam rumah,” katanya ketika ditemui, semalam.

Hairuddin yang baru bekerja di ladang itu sejak lima bulan lalu berkata, perompak mengambil masa kira-kira satu jam 30 minit untuk memunggah lembu dan beredar.

“Selepas mereka keluar dari pintu pagar ladang, saya berjaya membuka ikatan dan terpaksa berlari ke rumah penduduk untuk meminta bantuan memandangkan motosikal tidak dapat digunakan akibat tayarnya dipancit perompak.

“Kemudian saya maklumkan kepada majikan sebelum membuat laporan polis berhubung kejadian,” katanya.

Dia berkata, dalam kejadian itu 29 ekor lembu dianggarkan bernilai lebih RM60,000 hilang.

“Kes kecurian lembu di ladang ini bukan kali pertama sebaliknya pada 22 April lalu, sebanyak 28 ekor lembu dianggarkan bernilai RM58,000 turut dicuri dipercayai angkara kumpulan yang sama.

“Akibat  dua kejadian ini, hanya tiga ekor lembu sakit yang tinggal menyebabkan pemilik kerugian lebih RM100,000,” katanya.

“Selepas kejadian saya trauma untuk tinggal di ladang itu bagaimana pun bersyukur kerana kami berdua tidak dicederakan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan,  Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh dalam kenyataannya  semalam memaklumkan, pihak polis sedang menjalankan siasatan termasuk cuba mengenal pasti suspek terlibat.

Menurutnya, siasatan juga turut dijalankan bagi mengenal pasti sama ada pistol yang digunakan suspek seperti yang didakwa pekerja itu senjata api sebenar atau tiruan.

“Usaha menjejaki suspek kini giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya.

Isu cermin gelap: Pemilik diberi masa

Isu cermin gelap: Pemilik diberi masa
Pekerja kedai aksesori kereta memasang filem penapis cahaya pada kenderaan pelanggan dalam tinjauan yang dilakukan di sekitar Kuala Lumpur, semalam. 
Kuala Lumpur: Pemilik kenderaan diberi tempoh untuk mematuhi kadar ketelusan cahaya (VLT) cermin kenderaan sebelum Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memburu mereka yang degil dan terus mengekalkan cermin gelap melebihi had.

Bagaimanapun, tiada tempoh diberikan setakat ini bagi memberi masa kepada pemilik kenderaan memastikan cermin gelap kenderaan mematuhi peraturan baharu yang akan dikuatkuasakan dalam bulan ini.

Perlu dimaklum awal




Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad, orang ramai perlu dimaklumkan terlebih dahulu perubahan peraturan itu, selain mengelakkan beban bagi menyambut Aidilfitri akhir bulan Julai depan.

“JPJ akan memastikan pengguna tahu dan sedar mengenai perubahan kadar VLT dan akan memberi notis mengenai perkara itu sebelum menjalankan operasi.

“Operasi boleh dijalankan pada bila-bila masa, tetapi bukan dalam masa terdekat kerana tidak lama lagi orang ramai sibuk dengan Aidilfitri, bagi mengelakkan bebanan ke atas pengguna dari segi kos,” katanya kepada BH semalam.

83 maut serangan di kampung Nigeria


2014/06/05 - 08:17:43
ABUJA: Sekurang-kurangnya 83 mayat ditemui selepas lelaki bersenjata menawan tiga kampung Nigeria yang berkongsi sempadan dengan Cameroon, kata sumber keselamatan.

Sumber itu berkata, kampung di Attagara, Agapalawa dan Aganjara di Gwoza, wilayah timur laut Borno diserang kelmarin tetapi maklumat kejadian sampai ke


Maiduguri kira-kira 135 kilometer dari tempat kejadian semalam berikutan kelemahan isyarat telekomunikasi. Penyerang berpakain tentera menyerbu tiga kampung berkenaan menggunakan kenderaan yang dicat warna tentera dan mula melepaskan tempatan ke arah penduduk.


"Penduduk ingatkan mereka adalah anggota tentera. Kami tidak dapat cam mereka sama ada penyerang atau pejuang Boko Haram," kata seorang penduduk, Ishaya Musa. - Agensi 

elakkan menggunakan Jalan MRR2 dari Taman Melati ke UIAM kerana banjir kilat.

Peringatan semua, kepada pengguna jalanraya di Ibu Kota Kuala Lumpur, cuba elakkan menggunakan Jalan MRR2 dari Taman Melati ke UIAM kerana banjir kilat.
Gambar dikirimkan oleh Rakan FB Bomba

10 disambung reman


Kota Bharu: Seramai 10 suspek yang ditahan bagi membantu siasatan kes dua pelajar didakwa dirogol 38 lelaki di Ketereh pada 20 Mei lalu, disambung tempoh tahanan reman seminggu bermula semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Azham Othman berkata, ini bagi membolehkan polis melakukan siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.


“Daripada 10 suspek ini termasuk tiga remaja berusia 15 dan 17 tahun. Setakat ini, 15 individu ditahan termasuk tiga beranak.



“Kita akan memburu saki-baki suspek bagi membolehkan semua mereka dihadapkan ke muka pengadilan,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Akhbar sebelum ini melaporkan seorang remaja berusia 15 tahun dan rakannya mendakwa menjadi mangsa rogol 38 lelaki kira-kira jam 7.30 malam pada 20 Mei lalu.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/05

Nyaris ditelan ‘kepala air’


Yan: Suasana menyeronokkan sembilan bersaudara termasuk lima sekeluarga orang kelainan upaya (OKU) berkunjung ke kawasan rekreasi Air Terjun Titi Hayun, dekat sini, untuk berkelah berdepan detik mencemaskan apabila terperangkap dalam kejadian arus deras, semalam.
Kejadian dipercayai berlaku jam 1 tengah hari ketika semua mangsa termasuk tiga kanak-kanak berusia tiga hingga lima tahun sedang mandi sebelum hujan lebat dan disusuli arus deras.
Seorang mangsa, Hayati Abdul Rahman, 42, dari Kuala Kedah berkata, dia datang berkelah di kawasan rekreasi berkenaan bersama keluarga sepupunya sempena cuti sekolah dengan membawa dua anak dan seorang cucu.

Katanya, sepupunya, Nor Zaini Zainal, 43, yang mengalami kecacatan pendengaran dan percakapan datang bersama suaminya dan juga tiga anak mereka yang juga berstatus OKU sama.
Foto
ANGGOTA bomba menyelamatkan mangsa yang terperangkap dalam arus deras di air terjun Titi Hayun, semalam.

“Kami tiba di kawasan rekreasi ini jam 11.30 pagi dan selepas makan, kami mula mandi, tetapi secara tiba-tiba hujan lebat sehingga air mula naik, sekali gus berlaku arus deras.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/05

18 dicekup guna MyKad palsu

18 dicekup guna MyKad palsu
ASeramai 22 warga Filipina didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret dibawa keluar dan diiringi penguat kuasa JPN, semalam. - Foto Muhaizan Yahya 
Seri Manjung: Seramai 22 lelaki warga Filipina masing-masing didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam, selepas mengaku bersalah menggunakan MyKad palsu dan milik orang lain ketika ditahan dekat sini bulan lalu.

Majistret Nurul Asyifa Redzuan turut memerintahkan tertuduh yang berusia antara 21 hingga 52 tahun, dipenjara lima bulan jika gagal membayar denda serta dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk pengusiran selepas menjalani hukuman.

Asal dari selatan Filipina




Semua tertuduh yang berasal dari Zamboanga di Pulau Mindanao dan Pulau Basilan di selatan Filipina, didakwa melakukan kesalahan itu di Kawasan Perindustrian Lumut dan kilang di Kampung Acheh di Sitiawan dekat sini, antara jam 7.30 pagi hingga 11.30 malam pada 22 Mei lalu.

Empat daripada mereka iaitu Sani Bakilan, 21; Janloyd Wahab, 25; Alkabir Ajamin, 23; dan Naning Yusuf, 24, didakwa menggunakan MyKad milik orang lain.

Seramai 18 lagi iaitu Hajan Awalun, 33; Wilim Sikal, 23; Binjamal Mohamad, 28; Garsia Salamadin, 25; Al-Kamarul Amin, 25; Hashim Sami, 25; Besari Rajang, 35; Madzpar Julain, 35; Kerong Sakif, 41; Munir Amad, 39; Sangkuta Gekeri, 52; Benhar Asim, 29; Hassan Anudin, 36; Rashid Mokhsan, 42; Hassan Bakilan, 21; Nasil Aknalin, 26; Abdul Gani Aukasa, 32; Monsatar Ashgar, 27, didakwa menggunakan MyKad palsu.
Mereka dituduh mengikut Peraturan 25 (1) (e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara Malaysia 1990 (Pindaan 2007) yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Lima tertuduh iaitu Hassan Bakilan, Sani Bakilan, Nasil Aknalin, Abdul Gani Aukasa dan Monsatar Ashgar diwakili peguam Abdul Roni Abdul Rahman, manakala yang lain tidak diwakili peguam.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Jabatan Pendaftaran Negara, Sulaiman Ghamat.

Mengikut fakta kes, mereka ditahan dalam operasi bersepadu oleh Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen, polis serta Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA) dalam dua serbuan iaitu antara jam 7.30 hingga 9.30 pagi dan antara jam 7 malam hingga 11.30 malam.

Terdahulu, Sulaiman meminta mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada mereka serta warga asing lain supaya tidak melakukan perbuatan itu yang boleh mengancam keselamatan negara.

China diminta beri bukti dalam 6 bulan

China diminta beri bukti dalam 6 bulan
Sebuah kapal China melakukan kerja penambakan tanah dan pembesaran Terumbu Johnson, yang dipanggil Mabini oleh Filipina dan Chigua oleh China, di Kepulauan Spratly di Laut China Selatan, berhampiran Filipina. - Foto AP 
Manila: Tribunal yang berpangkalan di Hague meminta China memberikan bukti dalam tempoh enam bulan berhubung tuntutan wilayah di Laut China Selatan, meskipun Beijing enggan memberikan maklum balas kepada cabaran tindakan undang-undang Filipina terhadap tuntutan Beijing membabitkan kawasan perairan yang strategik itu.

China enggan menyertai proses timbang tara yang dimulakan kerajaan Filipina tahun lalu.

Rabu lalu, pegawai rasmi Filipina mengulangi tuntutan supaya China menyertai proses timbang tara sebagai cara aman dan penyelesaian terbaik terhadap isu pertikaian tuntutan wilayah yang berpanjangan itu, yang memuncak beberapa tahun kebelakangan ini dan mencetuskan konflik di Asia dan dunia.


Tribunal yang berpangkalan di Hague itu mengeluarkan kenyataan kelmarin, memberikan China sehingga 15 Disember untuk menghantar hujah bertulis dan bukti menolak aduan Filipina, yang mempersoalkan kesahihan tuntutan ‘sembilan peringkat’ China.

Ia merujuk kepada tindakan penetapan sempadan China secara membuta-tuli dalam peta rasmi tuntutan wilayahnya yang membabitkan hampir seluruh Laut China Selatan.

Selain China dan Filipina; Brunei, Malaysia, Vietnam dan Taiwan mempunyai tuntutan bertindih di bahagian berlainan Laut China Selatan dengan Beijing berkata ia mempunyai kedaulatan terhadap seluruh perairan kaya sumber sejak dari zaman dulu lagi.

Cetus protes anti-China

Pertikaian berasingan China dengan Filipina dan Vietnam meruncing baru-baru ini, terutamanya selepas negara itu menghantar pelantar minyak awal bulan lalu dalam perairan yang turut dituntut Hanoi. Ia mencetuskan protes anti-China di Vietnam.

Terdapat kebimbangan bahawa konflik wilayah di rantau itu, termasuk pertikaian antara Jepun dan China di Laut China Timur, mungkin mencetuskan konflik bersenjata Asia.

Selepas memfailkan aduan awal tahun lalu, Filipina menghantar hujah bertulis dan bukti menidakkan tuntutan China pada 30 Mac.

Tribunal lima hakim itu meminta China memberikan maklum balas, tetapi berkata kerajaan China menghantar notis bulan lalu mengulangi bahawa ‘ia tidak menerima timbang-tara yang dimulakan Filipina’ dan notis yang dihantar itu ‘tidak boleh dianggap penerimaan China terhadap pembabitan dalam perbicaraan itu.’ - AP

Salah import dinosaur

Salah import dinosaur
Prokopi (kiri) meninggalkan mahkamah di New York, kelmarin selepas dijatuhi hukuman penjara tiga bulan. - Foto AP 
Rangka 70 juta tahun dihantar semula ke Mongolia

New York: Seorang warga Amerika Syarikat yang mengimport rangka dinosaur dari Mongolia, salah satunya berusia 70 juta tahun, kelmarin dihukum tiga bulan penjara, menurut pihak berkuasa.

Eric Prokopi, yang mengaku bersalah pada Disember 2012 didakwa melakukan tempahan secara haram dari Mongolia dan kemudian membina semula tulang Tarbosaurus bataar (T-bataar) yang berusia 70 juta tahun.

Pada ketinggian 2.43 meter atau lapan kaki dan 7.31 meter atau 24 kaki panjang, rangka itu dijual dalam lelongan pada harga AS$1.05 juta (RM3.4 juta) pada 20 Mei 2012 di New York.


Tetapi selepas menerima maklumat dari pihak berkuasa Mongolia, rangka itu dirampas sebulan kemudian. Ia dikembalikan ke Mongolia pada Mei 2013.

Prokopi, 39, didakwa melakukan import haram itu pada 2010 dan 2012, beberapa tulang dinosaur berharga AS$200,000 (RM647,789) daripada penjual di negara Asia itu dengan seorang rakan niaga Britain. - AFP

Jumlah kes bunuh diri di Jepun menurun


Tokyo: Bilangan kes bunuh diri di Jepun menurun untuk tahun keempat berturut-turut kepada 27,283.

Perkara itu dinyatakan kerajaan dalam kertas putih mengenai langkah mencegah bunuh diri yang dikeluarkan semalam.


Angka itu mencatat penurunan sebanyak 575 daripada 2012 apabila jumlah itu berada di bawah 30,000 untuk pertama kali sejak 15 tahun berdasarkan data yang disahkan Agensi Polis Kebangsaan.



“Jumlah bunuh diri berkurangan kerana pemulihan ekonomi secara berterusan berikutan langkah yang diambil kerajaan,” kata Ketua Setiausaha Kabinet, Yoshihide Suga.


Jepun terkenal dengan kadar bunuh diri yang tinggi dalam kalangan mereka yang berusia berusia antara 15 dan 34 tahun.


Bagi enam negara lain dalam G7 - Britain, Kanada, Perancis, Jerman, Itali dan Amerika Syarikat - kemalangan jalan raya menjadipunca utama kematian mereka dalam lingkungan usia sama.

Mei menyaksikan jumlah terbesar kes bunuh diri dilaporkan iaitu sebanyak 2,542. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/04

Menteri baru angkat sumpah maut kemalangan


New Delhi: Seorang menteri India yang baru mengangkat sumpah beberapa hari lalu mati dalam kemalangan jalan raya semalam.

Gopinath Munde, Menteri Pembangunan luar bandar, Air dan Kebersihan, mati di hospital selepas kenderaannya terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan menuju ke Lapangan Terbang New Delhi. “Keretanya dilanggar sebuah kereta lain, menyebabkan dia terkejut dan Gopinath meminta pemandunya menghantarnya ke hospital,” kata seorang lagi menteri, Nitin Gadkari.


Gopinath, 64, adalah antara menteri yang mengangkat sumpah minggu lalu selepas parti mereka memenangi pilihan raya umum yang diadakan.



Ahli politik veteran dan pemimpin kanan Parti Bharatiya Janata itu pernah menjadi Timbalan Ketua menteri Maharashtra antara 1995 hingga 1999.


Perdana Menteri Narendra Modi adalah antara orang yang hadir memberi penghormatan terakhir kepada Gopinath. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/04

Sembunyi dalam timbunan baja


Blurton (Staffordshire): Seorang pemandu mabuk sanggup menyembunyikan dirinya dalam longgokan baja bagi mengelak daripada ditahan polis.

Jake Hart, 22 didakwa memandu selaju 90 kilometer sejam, termasuk di laluan pejalan kaki apabila dikejar oleh sebuah kereta peronda.

Dia dipenjara enam bulan semalam selepas mengaku kepada mahkamah di Stoke-on-Trent mengenai kesalahannya memandu secara berbahaya dalam keadaan mabuk.

Mahkamah sebelum itu diberitahu Hart dan rakannya membeli kereta berkenaan dengan niat membaiki dan kemudian menjualnya semula.

Ketika memandu kereta berkenaan pada 12 April, polis mengarahkan mereka berhenti kerana lampu brek tidak berfungsi.

Bagaimanapun apabila polis membunyikan siren, Hart terus memecut.

Dia enggan memperlahankan keretanya dan melanggar bonggol.

Sejurus selepas itu, dia melanggar kereta yang diletakkan di tepi jalan lalu meninggalkannya.

Mereka berdua ditemui polis bersembunyi di bawah timbunan baja di Taman Longton.

Hart mengaku bersalah atas tuduhan memandu dalam keadaan mabuk, memandu berbahaya dan memandu tanpa insurans.

Ketika menjatuhkan hukuman, hakim David Fletcher memberitahu, Hart bertindak bodoh.

“Kamu hanya akan didenda kerana tidak mempunyai lampu brek dan memandu tanpa insurans,” katanya.



- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/05

Wanita kental lawan api melecur


Puchong: Tidak takut mati adalah istilah tepat menggambarkan keberanian seorang wanita yang sanggup melawan kebakaran hampir sejam walaupun kaki dan tubuhnya melecur teruk akibat letupan tin gas tengah malam kelmarin.

Dalam kejadian pada 12.30 tengah malam itu, mangsa, Devi Ranasany, 55, nekad memadamkan kebakaran yang berlaku di stor simpanan barang kitar semula yang terletak di hadapan kediamannya di Kampung Tersusun Seri Aman, Puchong di sini.


Mangsa dikatakan cuba menyelamatkan barangan kitar semula yang dikumpulnya sekian lama dengan hanya berbekalkan baldi dan gayung untuk memadamkan kebakaran itu.



Lebih memeranjatkan, nenek yang berasal dari Jakarta, Indonesia, itu tetap enggan berganjak atau lari menyelamatkan diri walaupun disambar api dari beberapa tin termasuk botol penyembur yang meletup berhampirannya.


Seorang penduduk yang dikenali sebagai Ben, 46, berkata, rata-rata penduduk yang melihat kebakaran itu tidak berani untuk menghampiri lokasi kejadian selepas terdengar beberapa bunyi letupan kuat.


“Penduduk hanya mampu melihat dari jauh. Ramai penduduk yang menjerit dan mengarahkan dia (Devi) lari menyelamatkan diri. Namun amaran kami tidak diendahkan.

“Devi sangat hampir dengan kawasan yang terbakar itu. Bagaimanapun dia seolah-olah kebal dan tidak merasai sebarang kepanasan api itu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.


Katanya, dia simpati melihat Devi cedera melecur selepas terkena letupan dan serpihan sisa barang kitar semula itu.

“Walaupun cedera, dia langsung tidak berganjak dan masih berusaha memadamkan kebakaran. Saya nekad meluru masuk ke dalam kawasan terbakar itu untuk menyelamatkannya. “Dia berdegil namun saya tetap menariknya keluar dari kebakaran itu. Kami memberikan bantuan awal selepas melihat keadaan kaki Devi yang melecur sehingga menampakkan isi kakinya,” katanya.


Menurutnya, mangsa bagaimanapun langsung tidak merintih sakit sebelum pengsan.


Ben yang juga Ahli Jawatankuasa Kemajuan Kampung kemudian menghantar mangsa ke Hospital Serdang di sini, untuk mendapatkan rawatan.


“Walaupun Devi sudah berumur namun dia kuat bekerja demi mencari sesuap nasi,” katanya Sementara itu, Devi yang ditemui wartawan di hospital memberitahu tindakannya semata-mata untuk menyelamatkan barangan kitar semula miliknya itu.


“Barang itu semua untuk dijual. Itu saja sumber rezeki saya,” katanya yang dibenarkan keluar dari hospital petang semalam.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/05

Enam tercampak di tasik Mesir


Oleh Fardy Bungga dan Nabihah Nazam
Kuala Lumpur: Kegembiraan sekumpulan enam penuntut Malaysia di Iskandariah, Mesir untuk pulang bercuti semester ke Malaysia bertukar tragedi apabila van dinaiki merempuh belakang lori sebelum semua mangsa tercampak keluar dari kenderaan.

Dalam kejadian jam 8.30 malam kelmarin (waktu tempatan), mangsa yang juga penuntut di Fakulti Pergigian Universiti Iskandariah dikatakan dalam perjalanan menuju ke Lapangan Terbang Borg El, Iskandariah untuk menaiki pesawat.


Timbalan Ketua Jabatan Kebajikan & Kemanusiaan (JKK) Pelajar Malaysia di Iskandariah, Aisyah Fakriyah Latif ketika dihubungi berkata, semua mangsa penuntut wanita itu dalam perjalanan ke lapangan terbang untuk pulang ke tanah air selepas selesai menduduki peperiksaan.

Katanya, van dinaiki kumpulan penuntut itu dipercayai dipandu laju sehingga hilang kawalan dan melanggar belakang lori.


“Rempuhan itu menyebabkan van berkenaan berpusing dua kali sebelum melanggar tebing. Kesan kuat perlanggaran itu turut mengakibatkan pintu van berkenaan tercabut sebelum keenam-enam mangsa tercampak masuk ke tasik yang terletak di tepi jalan berkenaan.




Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/05

Tiga penuntut didakwa akhir bulan


Kota Samarahan: Nasib tiga pelajar perempuan tingkatan empat sebuah sekolah menengah, di sini yang didakwa membelasah seorang lagi pelajar akan ditentukan hujung bulan ini selepas kes berkenaan dibawa ke mahkamah untuk pertuduhan.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Muhamad Sabtu Osman berkata, ketiga-tiga pelajar terbabit yang ditahan dan dibebaskan minggu lalu akan dibawa ke mahkamah untuk dikenakan pertuduhan mengikut Seksyen 323, Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan.


Beliau berkata, bagaimanapun, seorang daripada mereka iaitu tertuduh pertama dikenakan dua pertuduhan termasuk Seksyen 506, kanun sama kerana ugutan jenayah.



“Tertuduh pertama dikenakan dua pertuduhan termasuk Seksyen, 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut akan memukul mangsa sekiranya memberitahu perkara itu kepada keluarga.


“Polis sudah menyiapkan kertas laporan untuk membawa kes ini ke mahkamah bagi membolehkan tindakan lanjut diambil terhadap mereka. Kes ini dibawa ke mahkamah selepas kami menerima arahan daripada Peguam Kanan Persekutuan Sarawak Yaacub Chik pagi tadi (semalam),” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar, semalam.


Sementara itu, Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak Datuk Fatimah Abdullah ketika dihubungi berkata, pihaknya sudah menerima laporan mengenai kejadian berlaku di sekolah terbabit.

Beliau berkata, pengurusan sekolah akan mengambil tindakan susulan selepas menerima laporan polis yang dibuat ibu bapa pelajar tingkatan tiga yang juga mangsa.


“Saya sudah dimaklumkan pengurusan sekolah mengenai insiden ini dan keputusan terakhir bergantung ke sekolah, sama ada membuang atau mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Dalam kejadian, itu, seorang pelajar perempuan menjadi mangsa belasahan sekumpulan pelajar samseng sebelum perbuatan itu dirakam salah seorang suspek.


Video yang tidak diketahui tarikh rakaman itu kemudian dimuat naik dan kini tersebar di Facebook menunjukkan mangsa berdiri dikerumuni pelajar lain yang berkata sesuatu yang kurang jelas sebelum bertindak membelasahnya.


Dalam video berdurasi satu minit 17 saat, pelajar perempuan merakam kejadian berkenaan turut memperkenalkan dua rakannya sebagai ‘gengster’ dan ‘kak yong’ dan memanggil dirinya sebagai ‘pailang’ yang bermaksud samseng.


Mangsa bertudung ditendang oleh seorang pelajar sebelum ditarik rambut, ditumbuk dan ditendang oleh sekurang-kurangnya empat orang serta diheret atas lantai dengan menarik rambutnya.


Mangsa dibelasah selama kira-kira 30 saat tidak melawan dan kedengaran menangis teresak-esak pada penghujung rakaman berkenaan.


Susulan penyebaran video itu, keluarga mangsa kemudian membuat laporan sebelum pelajar terbabit ditahan untuk siasatan lanjut. Pelajar itu kemudian dibebaskan dengan jaminan polis.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/05

Penghuni cemas


Gombak: Seramai 25 penghuni dua rumah di Jalan Gombak, Batu 7 1/4, Kampung Sungai Cincin, di sini, cemas selepas tanah bukit di belakang rumah mereka runtuh mendadak akibat hujan lebat.
Dalam kejadian jam 8.30 malam tadi, kebanyakan mangsa sedang menonton televisyen sebelum lari menyelamatkan diri.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Selayang, Ismail Kamaruddin berkata, hanya sebuah rumah mengalami kerosakan 10 peratus di bahagian dapurnya manakala rumah kedua pula dipenuhi longgokan tanah di bahagian belakang rumah akibat kejadian ini.
“Bagaimanapun, semua penghuni rumah selamat dan tidak mengalami kecederaan akibat kejadian ini,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, penghuni kedua-dua rumah itu berpindah sementara ke rumah saudara mereka yang terletak berdekatan lokasi kejadian.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 8.41 malam dan sepasukan anggota dan jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.
Foto
BAHAGIAN belakang rumah yang rosak akibat kejadian tanah runtuh di Kampung Sungai Cincin, Gombak malam tadi.
Katanya, semua mangsa didapati selamat dan mereka dipindahkan ke kawasan lain bagi membolehkan runtuhan itu dibersihkan.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/05

113 kes MERS tidak direkodkan


Riyadh: Semakan semula ke atas data kesihatan yang dilakukan pihak berkuasa Arab Saudi menunjukkan 113 kes Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS) tidak direkodkan.

Ini menjadikan jumlah sebenar kes virus itu sebanyak 688.



Dalam kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan menerusi emel, kematian sebenar akibat itu ialah 282.

Jumlah berkenaan diperoleh hasil semakan semula yang dilakukan bulan lalu, merangkumi data yang dikumpul sejak MERS mula dikesan pada 2012.

Daripada jumlah itu, 53 pesakit masih menerima rawatan manakala 353 disahkan pulih.

Kementerian itu menyatakan langkah baru diambil bagi memastikan pengumpulan data, laporan dan ketelusan diteliti, termasuk penyeragaman ujian dan garis panduan yang lebih baik dalam melabel dan menyimpan sampel.

Ketua Lembaga Penasihat Saintifik kementerian, Tariq Madani berkata, terdapat penurunan pada jumlah kes baru yang dilaporkan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/05

Pelajar kolej mengaku salah buang bayi


2014/06/05 - 06:29:18
Kuala Terengganu: Seorang pelajar kolej di sini, semalam mengaku salah di Mahkamah Majistret, atas pertuduhan cuba menyembunyikan kelahiran bayinya dengan membuang mayat bayi itu secara sulit, April lalu.

Suzain Aharin, 21, mengangguk faham ketika pertuduhan mengikut Seksyen 318/511 Kanun Keseksaan dibacakan kepadanya di depan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen, Muhammad Firdaus Abdul Rahim.


Dia yang berasal dari Ranau, Sabah, didakwa cuba menyembunyikan kelahiran seorang bayi di sebuah rumah di Flet Awam Padang Hiliran, di sini, pada jam 2.30 pagi, 22 April lalu.

Suzain berdepan hukuman penjara sehingga setahun dan boleh didenda jika sabit kesalahan.

Ikat jamin RM500

Sejurus pengakuannya direkodkan, Muhammad Firdaus menetapkan 10 Jun ini sebagai tarikh sebutan semula kes di mahkamah sama dan membenarkan Suzain diikat jamin sebanyak RM500 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan kes dilakukan oleh Asisten Superintendan Ngiam Ooi Ming, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Akhbar pada 23 April lalu, melaporkan seorang penuntut sebuah kolej di bandar ini ditemui berlumuran darah dalam tandas di rumahnya, manakala bayi lelaki yang baru dilahirkan, ditemui mati dalam mangkuk tandas.

Bayi yang cukup sifat itu dilahirkan secara sembunyi di tandas rumah sewa pelajar terbabit sebelum kejadian disedari seorang rakan serumahnya.

Rakan suspek yang terkejut melihat keadaan pelajar itu terbaring tidak bermaya di depan pintu tandas, kemudian menemui mayat seorang bayi lelaki dalam mangkuk tandas.

Reman 10 suspek kes rogol disambung


2014/06/05 - 06:29:45
Kota Bharu: Perintah reman ke atas 10 suspek kes rogol dua remaja perempuan dalam kejadian di Ketereh, 20 Mei lalu, disambung seminggu lagi bagi membolehkan polis terus menjalankan siasatan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman, ketika memaklumkan perkembangan itu berkata, tiga daripada suspek terbabit berusia antara 15 hingga 17 tahun.


Katanya, sambungan reman mereka bermula semalam, sehingga Rabu depan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“Sehingga kini, seramai 15 individu termasuk tiga beranak ditahan selepas kejadian rogol itu dilaporkan. Tiada tangkapan baharu dibuat kerana saki-baki suspek sudah menghilangkan diri. Bagaimanapun, kita terus berusaha untuk mengesan mereka,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Dakwa dirogol 38 lelaki

Dalam kejadian itu, dua gadis bawah umur, masing-masing berusia 15 dan 17 tahun mendakwa dirogol 38 lelaki di sebuah rumah kosong di Ketereh.
Malah, rakan lelaki mangsa dikatakan dipaksa melihat kejadian kejam yang didalangi suspek berusia antara 15 hingga 40 tahun termasuk tiga beranak itu.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata sebanyak 91 kes rogol dilaporkan di Kelantan dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini dengan 88 kes berjaya diselesaikan, meningkat daripada 90 kes yang dilaporkan bagi tempoh sama tahun lalu, dengan 87 kes selesai serta 51 tangkapan sudah dilakukan.


225 kes rogol pada 2013

“Secara keseluruhan sepanjang tahun lalu, sebanyak 225 kes rogol dilaporkan dengan 214 kes selesai dan 161 individu ditangkap. Walaupun kes rogol menunjukkan angka yang tinggi, kita berjaya menyelesaikan hampir keseluruhan kes yang dilaporkan,” katanya.

Wanita dakwa dirogol pelanggan agensi pekerja asing


2014/06/05 - 06:30:25
Kuala Lumpur: Kematian bayi lelaki berusia enam bulan yang mayatnya dibuang ke dalam gaung di Kilometer 3.2 Jalan Genting Highlands, dipercayai membongkar kegiatan eksploitasi seksual terhadap pendatang asing tanpa izin di Shah Alam sejak beberapa tahun lalu.

Ibu bayi itu yang berusia 30-an mendakwa dia dirogol oleh seorang pelanggan agensi pekerja asing sehingga melahirkan anak berkenaan.


Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat, berkata selepas wanita itu dimaklumkan oleh majikan mengenai kehilangan anaknya, dia cuba menghubungi majikannya yang berusia 41 tahun tetapi gagal.

Berikutan itu, wanita berkenaan membuat laporan polis pada 31 Mei lalu, sekali gus membongkar kejadian yang menimpa dirinya yang menjadi mangsa rogol.

Berdasarkan laporan wanita itu, polis menyerbu asrama pekerja agensi berkenaan di Kota Kemuning, Shah Alam, dan menemui tiga wanita warga Indonesia. Bagaimanapun, lelaki berkenaan gagal dikesan.

“Dengan bantuan wanita itu, polis berjaya memujuk isteri lelaki berkenaan untuk datang ke asrama berkenaan sebelum ditahan, jam 4 petang semalam (kelmarin).

“Selepas isterinya ditahan, suspek menyerah diri ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, kira-kira jam 9.30 malam tadi (kelmarin),” katanya, semalam.
Abdul Samah berkata, lelaki itu kemudian mendakwa bayi berkenaan meninggal dunia di asrama pekerja pada Sabtu lalu.

Selepas itu, dia membungkus mayat bayi berkenaan dengan beg plastik hitam dan dimasukkan ke dalam bagasi sebelum dibuang berhampiran tokong di Jalan Genting Highlands.

“Suspek memberitahu mayat bayi itu dibuang ke dalam gaung manakala bagasi dibuang di satu lokasi di Gohtong Jaya,” katanya.

Puting beliung landa tengah AS

Puting beliung landa tengah AS
Seorang lelaki menolak kereta yang terperangkap dalam banjir di Iowa, kelmarin. - Foto AP Omaha 
(Amerika Syarikat): Ribut teruk melanda tengah Amerika Syarikat kelmarin, kelihatan dari jauh bagai menghasilkan gumpalan jerami sebesar bola keranjang dan laporan tidak rasmi kejadian puting beliung, memaksa pengundian pilihan raya di Iowa ditangguhkan dan menghalang penerbangan di Lapangan Terbang Nebraska.

Berpuluh-puluh penduduk cedera ringan selepas terkena serpihan ketika cuba berlari mendapatkan perlindungan di sebuah cawangan pasar raya Walmart di Blair, Nebraska, utara Omaha, menurut ketua bomba Kent Nicholson.

“Ia berbunyi seperti seseorang menggerudi bangunan kami dengan tukul besi. Bunyi terlalu kuat di kawasan kedai kami,” kata Nicholson, yang sedang bekerja ketika ribut berkenaan melanda.


Jurucakap Lapangan Udara Eppley, Joe Rotterdam berkata, penerbangan ditangguhkan selama empat jam kelmarin di Lapangan Terbang Omaha. Tiga puluh tiga penerbangan dibatalkan kelmarin kerana banjir kilat, angin kuat serta besi berterbangan, katanya.

Pengejar ribut melaporkan sekurang-kurangnya lapan insiden puting beliung menyentuh bumi di Nebraska, satu di Iowa dan satu lagi di Wyoming, kata Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan.

Pengundian di pilihan raya utama Iowa ditangguhkan lewat tengah hari Selasa di Pottawattamie County dan Montgomery County kerana kakitangan pusat mengundi dan pengundi lari mencari perlindungan.

Angin dilaporkan mencapai kelajuan sehingga 90 batu sejam (145 kilometer sejam), mengakibatkan bumbung tercabut di dua rumah tumpangan di Missouri Valley, Iowa.
Satu kejadian ‘derecho’ sebaris ribut petir yang menghasilkan angin pemusnah, mengancam wilayah berkenaan malam kelmarin dan dijangka bergerak ke timur pagi semalam, kata ahli kaji cuaca kanan AccuWeather.com, Alex Sosnowski.

“Ribut itu mampu menumbangkan pokok, menyebabkan kehilangan bekalan elektrik dan gangguan perjalanan bagi mereka yang bergerak pada pagi Rabu,” katanya. - REUTERS

Usir 20 guru langgar peraturan imigresen


Jakarta: Indonesia semalam berkata, kerajaan akan mengusir 20 guru warga asing yang bertugas di sebuah sekolah antarabangsa elit di negara itu kerana melanggar peraturan imigresen selepas timbul dakwaan berlaku serangan seksual ke atas seorang kanak-kanak di situ.

Guru terbabit - yang berkhidmat untuk Sekolah Antarabangsa Jakarta - datang dari pelbagai negara seperti Amerika Syarikat (AS), Australia dan Britain.

Pegawai kanan imigresen, Maryoto Sumadi berkata, daripada 26 guru yang disiasat, 20 dikesan melanggar peraturan imigresen dan akan diusir.

“Kesalahan mereka ialah menjalankan aktiviti berbeza daripada tugas rasmi dibenarkan pihak berkuasa,” katanya.

Tindakan itu dibuat ekoran pendedahan skandal April lalu membabitkan seorang budak lelaki berusia enam tahun yang dicabul di tandas sekolah berkenaan.

Pelaku serangan seksual itu ialah pekerja pembersihan sekolah berkenaan.



Kes itu semakin panas apabila kanak-kanak kedua tampil mendakwa pernah menjadi mangsa cabul.

Seorang guru AS yang pernah bekerja di sekolah berkenaan muncul sebagai suspek pencabul bersiri dan menjadi sasaran siasatan Biro Pengaduan Awam (FBI).

Maryoto berkata, 11 daripada guru terbabit akan dihantar pulang esok manakala selebihnya pada tarikh lain.


“Mereka menyalahgunakan permit dengan mengisytiharkan kerjaya berbeza daripada bidang tugas masing-masing di sekolah berkenaan,” katanya.


- AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/05

UIAM tenggelam


Gombak: “Bencana banjir kilat ini dianggap paling buruk dalam sejarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Berpuluh kereta penuntut dan kakitangan tenggelam sebelum sempat diselamatkan,” kata penuntut, Amirul Al Hafiz Abdul Hamid, 24, berhubung kejadian banjir kilat melanda pekarangan kampus UIAM di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 2.45 petang itu, dia bergegas keluar dari makmal sebelum terkejut apabila mendapati kereta yang berada di parkir sudah ditenggelami air. 
“Kejadian itu bukan hanya mengakibatkan beberapa laluan utama di kawasan UIAM terjejas malah berpuluh kenderaan turut ditenggelami banjir setinggi dua meter. 

“Hujan lebat berterusan lebih satu jam dipercayai menyebabkan air dari beberapa anak sungai berdekatan melimpah masuk ke kawasan UIAM. Banjir kilat ini lebih buruk berbanding bencana sama berlaku beberapa tahun sebelum ini,” katanya.
Foto
PENUNTUT menolak kereta yang terperangkap dalam banjir kilat.

Keadaan itu bagaimanapun hanya berlaku selama 30 minit dan kembali terkawal selepas air banjir surut kira-kira jam 3.15 petang.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/05

UIAM tenggelam


Gombak: “Bencana banjir kilat ini dianggap paling buruk dalam sejarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Berpuluh kereta penuntut dan kakitangan tenggelam sebelum sempat diselamatkan,” kata penuntut, Amirul Al Hafiz Abdul Hamid, 24, berhubung kejadian banjir kilat melanda pekarangan kampus UIAM di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 2.45 petang itu, dia bergegas keluar dari makmal sebelum terkejut apabila mendapati kereta yang berada di parkir sudah ditenggelami air. 
“Kejadian itu bukan hanya mengakibatkan beberapa laluan utama di kawasan UIAM terjejas malah berpuluh kenderaan turut ditenggelami banjir setinggi dua meter. 

“Hujan lebat berterusan lebih satu jam dipercayai menyebabkan air dari beberapa anak sungai berdekatan melimpah masuk ke kawasan UIAM. Banjir kilat ini lebih buruk berbanding bencana sama berlaku beberapa tahun sebelum ini,” katanya.
Foto
PENUNTUT menolak kereta yang terperangkap dalam banjir kilat.

Keadaan itu bagaimanapun hanya berlaku selama 30 minit dan kembali terkawal selepas air banjir surut kira-kira jam 3.15 petang.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/05

Mayat ditemui dalam sungai


Rompin: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang terbabit dalam gerakan mengesan warga Britain Gareth David Huntley, 34, yang hilang sejak seminggu lalu menemui mayat seorang lelaki di dalam Sungai Mentawak di belakang Chalet Lagoon, Kampung Juara, Pulau Tioman, di sini, jam 1.30 tengah hari semalam.

Mayat lelaki tanpa dokumen pengenalan diri itu ditemui dalam keadaan berseluar pendek tanpa baju 50 meter dari pantai.


Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Morni Mamat berkata, identiti mayat sukar dikenal pasti kerana selain tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, sebahagian muka mangsa juga sudah reput.



“Setakat ini kami belum dapat pastikan sama ada mayat ditemui itu adalah warga Britain yang dilaporkan hilang sebelum ini,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superintendan Johari Jahaya mengesahkan penemuan itu di tempat kejadian, tetapi enggan mengulas lanjut.


Katanya, lima anggota Unit Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang dikerahkan ke tempat kejadian bagi melakukan siasatan terperinci bagi mengenal pasti identiti mayat itu.


Johari berkata, beliau juga sudah bertemu dengan keluarga Huntley jam 3 petang di chaletnya yang terletak 200 meter daripada lokasi mayat ditemui.

Bagaimanapun, Ibu Huntley Janet Southwell enggan ditemu bual wartawan sebaliknya terus mengunci diri dalam chaletnya.


Difahamkan, mayat itu ditemui pasukan SAR 20 meter dari tempat simpanan kayak di chalet berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/05

Perkenalan bawa ke ranjang


Johor Bahru: Sudahlah maruah tergadai, wang pula digelapkan kekasih hati. Itu padah menimpa seorang wanita apabila dengan mudah mempercayai seorang duda yang baru dikenali menerusi laman sosial Tagged.
Wanita yang mahu dikenali sebagai Ayu, 38, berkata, dia bukan saja malu selepas maruahnya tergadai, malah bertambah sakit hati selepas wang pampasan diterima kerana berhenti kerja secara sukarela di sebuah kilang berjumlah kira-kira RM10,000 hangus di tangan lelaki berkenaan.
“Kalau ikutkan memang sakit hati dan sedih, tetapi apa boleh buat kerana saya tidak nampak permainannya sebab ketika itu saya sayangkannya kerana dia berjanji mahu menikahi saya.

“Dia sepatutnya berjumpa keluarga saya pada 25 Mei lalu, tetapi batang hidung pun langsung tidak nampak, saya memang menyesal,” katanya ketika ditemui, semalam.
Foto
AYU menunjukkan laporan dan mesej pesanan ringkas yang diterima.

Menurutnya, selepas putus tunang tujuh tahun lalu dan tidak mempunyai kekasih sehingga hatinya kembali berbunga selepas mengenali duda dua anak itu pada penghujung tahun lalu.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/05

Kalau belum ajal...


Melaka: Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun terperangkap hampir setengah jam di dalam kereta datuknya selepas kenderaan itu musnah ditimbus tebing runtuh di Taman Cheng Perdana, Cheng, di sini tadi.
Kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, turut mengakibatkan dua kereta jenis BMW dan Toyota Wish rosak selepas masing-masing ditimbus dan terkena serpihan runtuhan. 
Bagaimanapun, mangsa Koh Sue Siang yang hanya cedera ringan di kaki berjaya dikeluarkan anggota bomba dan penyelamat dibantu orang awam menggunakan jengkaut. 

Jurucakap pusat gerakan operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan jam 10.34 malam dan tiba jam 10.50 malam.
Foto
KERETA dinaiki mangsa musnah. FOTO Muhammad Hatim Ab Manan

Foto
MANGSA yang tersepit. FOTO Muhammad Hatim Ab Manan

"Seramai 13 anggota dan pegawai bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu serta Tangga Batu ke lokasi,

Mangsa yang berjaya dikeluarkan jam 10.58 malam dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan," katanya. 
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/05

Tujuh NGO buat laporan polis siasat kenyataan mengelirukan isu DNA babi


KUALA LUMPUR 4 Jun - Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) dan enam badan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan mengelirukan pengguna umat Islam di negara ini tentang isu penemuan Asid Deoksiribonukleik (DNA) babi dalam coklat Cadbury.
Enam NGO itu ialah Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS), Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) dan Gerak Kerja Ayahanda Negeri Selangor(GEGAS).
Presiden MJMM, Abdul Rani Kulup Abdullah yang diiringi 30 anggota beberapa NGO yang lain, membuat laporan polis pada 11.30 pagi tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.
``Semalam, Jakim mengesahkan dua sampel produk coklat Cadbury yang diambil terus dari kilang syarikat itu disahkan oleh makmal Jabatan Kimia, tidak mengandungi DNA babi.
``Sebelum ini, Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan kenyataan bahawa ia telah mengesan `porcine' atau DNA babi dalam coklat susu dan kacang Hazel serta coklat susu dan badam bagi kelompok produk itu bertarikh luput 13 Nov 2014 dan kelompok bertarikh luput 15 Jan 2015,'' katanya.
Sehubungan itu, Abdul Rani menggesa pihak bertanggungjawab untuk mengambil tindakan proaktif bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
Sementara itu, Presiden JMM, Azwanddin Hamzah menggesa KKM dan Jakim memberi penjelasan lebih baik kepada rakyat berhubung isu ini.
Semalam, KKM menyiasat pegawai yang membocorkan laporan awal ujian DNA babi dalam coklat Cadbury, sebelum ujian makmal kedua sempat dijalankan untuk mengesahkan kandungan itu.
Pada 2 Jun lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata analisis makmal Jabatan Kimia terhadap dua produk coklat susu Cadbury - Roast Almond dan Hazelnut (badam dan kacang hazel) - disahkan tiada DNA babi.
Turut hadir, Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan yang menggesa supaya KKM dan Jakim bekerjasama dalam memberi penjelasan yang telus berkaitan isu ini sebelum mengeluarkan fatwa yang sahih.
``Kita minta perkara ini dapat diselesaikan dengan cara baik dan minta para pengguna bersabar dalam isu ini,'' katanya. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140604/je_04/Tujuh-NGO-buat-laporan-polis-siasat-kenyataan-mengelirukan-isu-DNA-babi#ixzz33iUjhRuE
© Utusan Melayu (M) Bhd