Search This Blog

Saturday, May 31, 2014

Kanak-kanak 18 bulan ditemui mati dikelar


30 Mei 2014

KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 18 bulan ditemui mati di tepi Sungai Klang berhampiran Stesen Komuter Kuala Lumpur di Jalan Hishamuddin di sini malam tadi.

Dia dipercayai telah dikelar. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Assisten Komisioner Gan Kong Meng berkata kepala kanak-kanak itu juga didapati terputus daripada badannya.

"Kanak-kanak itu ditemui tertiarap, lengkap berpakaian dan bahagian belakang kepalanya pecah akibat hentakan. Turut ditemui di tempat kejadian ialah pecahan seramik bersama kesan darah serta sepasang selipar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata saksi mendakwa melihat seorang lelaki merebahkan kanak-kanak itu di tepi sungai sebelum menghempaskan sesuatu ke kepalanya dan melakukan 'sesuatu' pada leher mangsa.

"Apabila saksi cuba menghampiri lelaki itu, dia melarikan diri dengan terjun ke dalam sungai," katanya.

Gan berkata usaha mengesan suspek masih diteruskan. Beliau berkata pihak polis telah mengesan ibu kanak-kanak itu yang merupakan seorang gelandangan berumur 32 tahun.

"Wanita itu mendakwa meninggalkan anaknya dengan seorang rakan di sebuah pusat beli-belah untuk ke tandas sebelum mendapati kanak-kanak itu hilang kira-kira lima minit kemudian," katanya. Mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat. - Bernama

Mangsa tetak lari satu kilometer tanpa tangan


30 Mei 2014

KOTA BHARU - Seorang lelaki berlari sejauh satu kilometer tanpa sebelah tangan untuk menyelamatkan diri selepas ditetak dua lelaki di Bukit Temalong, Bachok Rabu lalu.

Kejadian berlaku kira-kira 8.45 malam ketika Izani Razali, 43, dari Besut, Terengganu baharu pulang daripada rumah ibu saudaranya di Bachok dengan motosikal sebelum didatangi dua lelaki yang menetaknya sehingga tangannya terputus di sebuah kawasan perumahan.

[Artikel berkaitan: Tangan putus ditetak lelaki bermotorsikal]

Menurut isteri mangsa Aidah Arifin, 36, suaminya berada di Bachok atas urusan kerja sebelum beliau ke rumah ibu saudaranya itu.

"Dia berlari meninggalkan motosikalnya kira-kira sejauh satu kilometer untuk selamatkan diri selepas tangan kanannya ditetak.

"Dia kemudiannya diselamatkan orang kampung yang membawanya ke hospital berdekatan," katanya kepada pemberita di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini hari ini.

Aidah berkata suaminya kini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi HUSM dan doktor mengesahkan bahawa tangannya berjaya disambung semula. "Menurut doktor, pembedahan telah dilakukan dan tangannya telah disambung semula. Namun sekarang dia tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Abdul Hamid Che Ahmad berkata gerakan mencari suspek sedang dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan. - Bernama

Terjun sungai lepas langgar polis


30 Mei 2014

KUCHING - Seorang penunggang motosikal melanggar anggota polis sebelum dia melarikan diri dengan terjun ke dalam Sungai Sarawak, malam tadi.

Dia dipercayai berbuat demikian kerana menunggang motosikal yang dicuri.
 
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching (Operasi), Superintendan Fauzilan Abdul Aziz berkata, kejadian berlaku kira-kira 9.10 malam apabila beberapa anggota polis yang berbasikal di Lebuh Java menahan suspek.
 
"Suspek kemudiannya terjatuh sebelum dia bangun meninggalkan motosikalnya dan melarikan diri sambil dikejar beberapa anggota. Suspek kemudiannya dikesan terjun ke dalam sungai.
 
"Semakan lanjut mendapati motosikal itu dilaporkan dicuri yang laporan tentang kehilangannya telah dibuat di Batu Kawa," katanya ketika dihubungi.
 
Fauzilan berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam pagi tadi bahawa suspek dilihat selamat dan berjaya menyelamatkan diri.
 
"Anggota yang dilanggar itu hanya mengalami luka dikening kiri serta siku sebelah kanan dan telah menerima rawatan sebagai pesakit luar di sebuah hospital swasta," katanya. - Bernama

Kepala kanak-kanak dipenggal hingga putus


  • Pasukan polis memeriksa mayat kanak-kanak di lokasi kejadian di Kuala Lumpur malam kelmarin.Pasukan polis memeriksa mayat kanak-kanak di lokasi kejadian di Kuala Lumpur malam kelmarin.
KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun 6 bulan mati dalam keadaan tragis apabila lehernya dipenggal hingga putus dalam kejadian  di tepi Sungai Klang, berhampiran Stesen Kereta Api Lama, Jalan Hishamuddin di sini, malam kelmarin.

Penyerangnya dipercayai menghentak kepala mangsa menggunakan seramik dan mengelar lehernya sehingga putus.

Sumber berkata, dua saksi kejadian melihat suspek mendukung mangsa sambil berjalan ke arah tempat kejadian.

“Ketika itu, kanak-kanak tersebut masih hidup dan tidak berbaju,” kata sumber itu.

Menurutnya, saksi kemudian melihat suspek menekap mangsa ke tanah sebelum memukul mangsa dengan seramik.

Selepas melihat kejadian itu, saksi terus menghubungi polis bantuan dekat tempat tersebut.

“Suspek terus terjun ke dalam sungai apabila menyedari kehadiran polis bantuan terbabit,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu daripada orang awam kira-kira jam 9 malam.

“Polis menemui seramik yang pecah dan sepasang selipar, dipercayai milik suspek,” katanya.

Menurutnya, kepala mangsa terputus dari badan dan tempurung  kepalanya juga pecah dipercayai akibat hentakan.

Kong Meng berkata, polis sedang giat memburu suspek dengan dibantu anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menurutnya, berdasarkan keterangan ibu mangsa yang berumur  32 tahun, dia melepak bersama beberapa orang rakannya di Plaza Kota Raya pada petang hari kejadian.

“Dia meminta rakannya menjaga mangsa dan sebaik keluar dari bilik air, ibu mangsa mendapati anaknya tidak bersama rakannya,” katanya.

Kong Meng berkata, ibu mangsa serta rakannya terus mencari kanak-kanak berkenaan di seluruh plaza itu namun gagal ditemui.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Suspek bunuh kanak-kanak dipercayai lemas


  • Anggota Bomba dan Penyelamat sedang giat mencari suspek kes bunuh yang dipercayai lemas selepas membunuh seorang kanak-kanak berusia 18 bulan di Sg Klang berhampiran Stesen Komuter Kuala Lumpur di Jalan Hishamuddin malam semalam di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto BernamaAnggota Bomba dan Penyelamat sedang giat mencari suspek kes bunuh yang dipercayai lemas selepas membunuh seorang kanak-kanak berusia 18 bulan di Sg Klang berhampiran Stesen Komuter Kuala Lumpur di Jalan Hishamuddin malam semalam di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Suspek dalam kes bunuh kanak-kanak perempuan berusia 18 bulan, dipercayai lemas selepas bertindak terjun ke dalam Sungai Klang berhampiran lokasi mayat kanak-kanak itu ditemui semalam.
  
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Law Hong Soon berkata suspek berbuat demikian selepas dihampiri saksi dalam kejadian kira-kira 9 malam tadi.
   
"Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memang jelas dan kami buat fotofit, namun kami dapati suspek dipercayai lemas selepas melarikan diri dengan terjun ke dalam sungai apabila dihampiri saksi," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini hari ini.
  
Katanya rakaman CCTV itu diambil dari sebuah lif pusat membeli-belah Kotaraya di sini, iaitu lokasi kanak-kanak tersebut ditinggalkan oleh ibunya bersama rakan sebelum ke tandas.
  
Wanita itu kemudian mendapati anaknya hilang dan mayat kanak-kanak tersebut ditemui oleh orang awam kira-kira 9 malam tadi dalam keadaan kepalanya terputus daripada badan.
 
Bahagian belakang kepala kanak-kanak itu juga pecah, dipercayai akibat hentakan.
  
Polis turut menemui pecahan seramik dan sepasang selipar di lokasi kejadian.

Mengulas lanjut, Hong Soon berkata polis kini berusaha mengesan mayat suspek di dalam sungai itu dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.
  
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Gan Kong Meng sebelum ini dilapor berkata ada saksi mendakwa melihat seorang lelaki merebahkan kanak-kanak itu di tepi sungai sebelum menghempaskan sesuatu ke kepalanya dan melakukan "sesuatu" pada leher mangsa. - Bernama

Empat kenderaan berlanggar di jambatan P Pinang


31 Mei 2014


GEORGETOWN - Dua parah dalam kemalangan melibatkan dua kereta dan dua motosikal di Kilometer 7.01 Jambatan Pulau Pinang menghala ke arah pusat bandar malam semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata, kedua-dua mangsa adalah penunggang motosikal dan identiti mereka masih belum dikenal pasti.

"Mangsa kemalangan telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut. Kesemua kenderaan terlibat hanya dapat dialih sepenuhnya pada pukul 10.20 malam semalam," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata, pemandu dan penumpang kereta jenis Mini Cooper dan Toyota Camry tidak mengalami kecederaan serius.

Kemalangan pukul 8.50 malam itu bermula apabila Mini Cooper yang dipandu lelaki berumur 18 tahun bersama dua penumpang dari arah Seberang Perai hilang kawalan sehingga merempuh tembok dan terbabas ke laluan bertentangan.

Kereta itu kemudiannya bertembung pula dengan Toyota Camry yang dipandu seorang lelaki berusia 40-an.

Pemandu Toyota Camry yang tidak sempat mengelak Mini Cooper itu kemudiannya terlanggar dua penunggang motosikal berkenaan.

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan luar biasa di kedua-dua arah hampir 10 kilometer.

Tinjauan mendapati sekurang-sekurangnya enam kenderaan pelbagai jenis diletakkan di bahu jambatan kerana rosak turut menjadi penyebab trafik bergerak perlahan sehingga pukul 11 malam semalam. - Bernama

Guru dijanji pulangan RM22j hasil labur RM32,160

Guru dijanji pulangan RM22j hasil labur RM32,160
Hong Soon (tengah) menunjukkan barangan yang dirampas pada sidang media kes penipuan Black Money, di Kuala Lumpur, semalam. - Foto Halim Salleh
 Kuala Lumpur: Seorang guru sekolah menengah nyaris ditipu sindiket ‘Black Money’ yang menjanjikan pulangan lumayan mencecah AS$7 juta (RM22 juta) dengan hanya bermodalkan AS$10,000 (RM32,160).

Mangsa yang pada mulanya berminat dengan tawaran lumayan itu, diajak seorang rakannya untuk bertemu dengan dua lelaki lelaki Afrika di sebuah restoran di Taman Tun Dr Ismail, 19 Mei lalu.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Law Hong Soon, berkata mangsa dan rakannya kemudian dibawa ke sebuah hotel di Bukit Damansara dan suspek kemudian mengeluarkan dua beg berisi peti khas mengandungi bahan kimia dan sejumlah wang dolar Amerika yang masih belum ‘dicuci’ berjumlah AS$7 juta.


“Suspek kemudian membuat demonstrasi cara-cara mencuci wang dolar Amerika menggunakan bahan kimia khas itu dan kemudian meminta mangsa memberi AS$10,000 sebagai modal mereka membeli bahan kimia untuk ‘mencuci’ wang itu.

Setuju buat pembayaran

“Mangsa bersetuju dan menetapkan satu tarikh lain untuk membuat pembayaran. Bagaimanapun, dia mula berasa curiga dengan tawaran itu sebelum memutuskan untuk membuat laporan polis,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Katanya, susulan laporan itu, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Kuala Lumpur melakukan dua serbuan berasingan di sebuah kondominium mewah di Damansara Heights dan sebuah rumah di Damansara.
“Menerusi serbuan itu, kita menahan tiga suspek berusia antara 42 hingga 48 tahun membabitkan dua lelaki warga asing berasal dari Cameroon dan Chad serta seorang wanita tempatan.

“Kita turut merampas 45 ikat kertas bersaiz wang RM50, 99 keping logam keemasan bertulis 99.9 dalam bentuk bar emas, serta satu kotak mengandungi 18 ikat wang AS$100 yang disyaki palsu,” katanya.

Katanya, sindiket terbabit dikesan mula menjalankan kegiatan penipuan itu sejak tiga bulan lalu selain turut dipercayai melakukan penipuan membabitkan pelaburan emas.

Beliau berkata, sepanjang tahun 2012 pihaknya berjaya menumpaskan enam kes penipuan Black Money membabitkan kerugian kira-kira RM286,000 manakala lapan kes pada 2013 dengan kerugian membabitkan RM1.8 juta.

Kes 2 suspek militan ke mahkamah tinggi


2014/05/31 - 05:19:27

Taiping: Mahkamah Majistret di sini, semalam memerintahkan kes dua lelaki yang didakwa mempromosi aktiviti keganasan dan kegiatan kumpulan militan di luar negara, dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Majistret Eyu Ghim Siang, membuat keputusan itu selepas mendengar permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Amril Buang, supaya kes dua penganggur itu dipindahkan ke mahkamah tinggi di ibu negara.


Mahkamah bagaimanapun tidak menetapkan bila kes itu akan disebut semula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Pada 23 Mei lalu, Muhamad Armie Fatihah Mohd Hashim, 22, dituduh menggalakkan perlakuan keganasan dengan niat menggunakan satu tujuan ideologi yang boleh dianggap sebagai niat untuk mengugut orang awam, di Syria.

Dia didakwa menggalakkan perlakuan itu di Syria di Kampung Air Jernih, Ijok, dekat sini antara jam 10 pagi 4 April hingga 12.30 tengah hari 6 April lalu.

Tuduhan mengikut Seksyen 130G (a) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dihukum dengan penjara maksimum 30 tahun dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Dituduh Sokong keganasan
Seorang lagi tertuduh, Mohammad Hafiz Zakri Suparyatnoh, 28, pula dituduh memberi sokongan kepada kumpulan pengganas yang dikenali sebagai The Islamic State Of Iraq and Syam (ISIS) di tempat, masa dan tarikh sama.

Dia dituduh mengikut Seksyen 130J kanun sama, membawa hukuman penjara seumur hidup atau tempoh maksimum 30 tahun atau denda. Jika sabit kesalahan, boleh dirampas mana-mana harta yang sudah digunakan atau diniatkan untuk melakukan kesalahan itu.

Kedua-dua mengaku memahami pertuduhan masing-masing. Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-duanya tertuduh manakala jaminan juga tidak ditawarkan.

Lelaki penggal budak lemas terjun sungai

Lelaki penggal budak lemas terjun sungai
Mangsa dipimpin seorang lelaki yang sempat dirakamkan kamera litar tertutup.
 Pembunuh kejam dikenal pasti bekas banduan

Kuala Lumpur: Polis percaya pembunuh kejam yang memenggal kepala seorang budak perempuan berusia 30 bulan di tepi Sungai Klang berhampiran Stesen Keretapi Lama, Jalan Hishamuddin, di sini, malam kelmarin, lemas ketika cuba melarikan diri dengan terjun di sungai berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kok Meng, berkata lelaki dipercayai warga tempatan itu terjun ke dalam sungai sewaktu mengelak daripada ditangkap orang ramai dan anggota polis bantuan yang melihat kejadian.

Ibu mangsa rogol dipukul bapa tertuduh

Ibu mangsa rogol dipukul bapa tertuduh
Ahli Kesatuan Pelajar Universiti Jawaharlal Nehru semalam mengadakan bantahan berhubung kes dua wanita yang dirogol beramai-ramai dan mayatnya ditemui tergantung di pokok, di Uttar Pradesh. 
LUCKNOW: Ibu kepada seorang mangsa rogol di India dipukul oleh bapa tertuduh selepas keluarga itu enggan menarik balik dakwaan terhadap anak lelakinya, kata polis semalam.

Wanita berkenaan, yang namanya tidak boleh disiarkan atas alasan undang-undang, kini berada di hospital akibat sakit teruk selepas beberapa tulang patah dalam serangan di rumah keluarganya di daerah Etawah di Uttar Pradesh. Bapa tertuduh ditahan dan polis berkata mereka masih memburu beberapa suspek yang dituduh terbabit dalam serangan ke atas ibu mangsa pada 26 Mei lalu.


“Bapa perogol ditahan pasukan kami pagi ini. Tertuduh lain akan ditangkap tidak lama lagi,” kata ketua polis tempatan, R K Chaturvedi.

Menurut saluran NDTV, wanita berkenaan diserang di padang berhampiran rumahnya oleh lima lelaki yang cuba mendesak beliau supaya menarik balik laporan dakwaan.

Berita serangan itu disiarkan tatkala kemarahan orang ramai di Uttar Pradesh, negeri terbesar di India, berhubung kematian dua gadis remaja awal minggu ini yang ditemui tergantung di pokok selepas dirogol beramai-ramai.

Polis berkata semalam, tiga orang termasuk seorang anggota polis berpangkat konstabel, ditahan berhubung serangan ke atas kedua-dua sepupu, berusia 14 dan 15 tahun, yang ditemui tergantung Rabu lalu.
Pegawai kanan polis, Mukul Goel, berkata pihaknya masih belum menentukan sama ada mangsa membunuh diri atau digantung sebagai cara mendiamkan mereka selepas dirogol.

“Cuma menerusi siasatan polis akan mengesahkan sama ada mereka dibunuh atau membunuh diri,” katanya. – AFP

23 pekerja, aktivis bersalah hasut bantahan

23 pekerja, aktivis bersalah hasut bantahan
Aktivis dan pekerja duduk di dalam trak penjara ketika tiba di Mahkamah Perbandaran Phnom Penh, semalam. 
PHNOM PENH: Mahkamah Kemboja semalam mensabitkan 23 pekerja kilang dan aktivis hak manusia, kerana menghasut keganasan ketika bantahan yang menggegarkan kerajaan awal tahun ini, tetapi dalam tindakan mengejutkan ia menjatuhkan hukuman tertunda dan membebaskan mereka.

Mahkamah Perbandaran Phnom Penh menyatakan 23 defendan, yang ditahan sejak penangkapan mereka Januari lalu, sudah menjalani hukuman penjara dan bebas untuk pulang ke rumah masing-masing.
Kumpulan hak asasi manusia mengalu-alukan pembebasan mereka tetapi mengkritik sabitan itu, yang membawa hukuman penjara daripada satu hingga empat tahun setengah.

Kami kesal mereka ditahan beberapa bulan dalam penjara kerana jenayah yang tidak dilakukan. Keputusan hari ini jelas berkaitan dengan keadaan politik” Am Sam Sath, Jurucakap kumpulan hak asasi Licadho

Mereka berkata, keputusan bermotifkan politik untuk mendiamkan kritikan daripada pembangkang dan daripada jenama pakaian Barat yang dibuat di Kemboja.

Pihak berkuasa bertindak keras ke atas bantahan Januari lalu yang diadakan bagi menuntut gaji minimum lebih tinggi bagi pekerja kilang pakaian, menyebabkan sekurang-kurangnya empat maut.

Ia mengundang kritikan kumpulan hak asasi manusia dan menarik perhatian kepada keadaan pekerja kilang, yang mengeluarkan pakaian bagi beberapa jenama antarabangsa termasuk Gap, H&M dan Adidas.

“Kami kesal mereka ditahan beberapa bulan dalam penjara kerana jenayah yang tidak dilakukan. Keputusan hari ini jelas berkaitan dengan keadaan politik dan tekanan daripada pihak atasan,” kata jurucakap kumpulan hak asasi Licadho, Am Sam Sath.
Aktivis hak sudah lama mempersoalkan keadilan sistem perundangan Kemboja, yang dikatakan dicemari dengan campur tangan politik dan membebaskan orang kaya serta yang golongan yang berhubung baik dengan kerajaan.

Bantahan Januari lalu menggegarkan kerajaan, yang sudah berdepan tekanan pembangkang, Parti Penyelamat Kebangsaan Kemboja, yang enggan mengambil kerusi di Parlimen dan menuduh Parti Rakyat Kemboja yang memerintah menipu dalam pilihan raya Julai lalu.

Pembangkang menggesa diadakan pilihan raya awam dan pembaharuan proses pemilihan. Kedua-dua pihak berkata bulan lalu mereka sudah hampir dengan perjanjian yang menamatkan kebuntuan politik. Ramai menyangka pekerja kilang yang dipenjarakan akan dibebaskan sebagai sebahagian perjanjian.

Gaji minimum dinaikkan, tetapi tidak mencapai jumlah yang dituntut pekerja, dan mogok singkat diadakan mengiringi bantahan. – AP

Operasi mencari warga England hilang diterus


2014/05/31 - 05:07:59
Rompin: Seorang lelaki warga England dipercayai hilang selepas gagal pulang ke rumahnya di kawasan Projek Penyu Juara di Kampung Juara, Pulau Tioman, Selasa lalu.

Mangsa, Gareth David Huntley, 34, dipercayai berkhidmat sebagai sukarelawan di pusat pemeliharaan penyu di pulau berkenaan, dikatakan keluar rumah pada jam 12 tengah hari dan berkunjung ke kawasan air terjun Lubuk Teja, di sini.


Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superitendan Johari Jahaya, berkata sebaik sedar mangsa tidak pulang sehingga lewat malam, beberapa rakan dan penduduk kampung mencarinya di sekitar kawasan hutan dan air terjun berhampiran, namun gagal.

Buat laporan polis

“Selepas gagal menemui mangsa, mereka kemudian membuat laporan di Balai Polis Tioman, petang kelmarin. Sehingga petang (semalam) mangsa masih belum ditemui dan operasi mencari giat dijalankan.

“Operasi dengan bantuan Pasukan Gerakan Am (PGA) selain dibantu anggota dari Unit D8 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang dan Unit K9,” katanya.

Demonstrasi keselamatan berakhir tragedi


2014/05/31 - 04:06:58
BEIJING: Pistol seorang anggota polis meletup secara tidak sengaja apabila dua pegawai mengadakan demonstrasi keselamatan di sebuah tadika di China sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia, mencederakan seorang kanak-kanak dan empat ibu bapa.

Ia meletup secara tidak sengaja dan peluru terkena lantai, menyebabkan serpihan simen melayang ke udara, mencederakan lima orang, kata pihak berkuasa polis di Zhengzhou di Henan.


Mangsa cedera di lengan dan kaki dan dikejarkan ke hospital tetapi doktor berkata ia tidak mengancam nyawa, polis menambah di laman web Sina Weibo.

Dua pegawai polis berkenaan ditahan dalam kurungan dan tiga daripada penyelia mereka digantung, kata pihak berkuasa dalam kenyataan berasingan.

“Balai polis Zhengdong meminta maaf kepada mangsa yang cedera dalam kejadian, saudara mara mereka dan masyarakat,” kata kenyataan.

China melarang rakyatnya memiliki senjata api dan polis tidak dibekalkan dengan senjata untuk tugas seharian.

Namun banyak tempat termasuk Beijing, Shanghai dan wilayah Guangdong mengarahkan polis yang meronda dibekalkan dengan senjata berikutan siri serangan menyasarkan penduduk awam dan dipersalahkan ke atas pemisah Xinjiang. – AFP

Warga emas rentung selamat dokumen penting


Dalat: “Saya sudah melarang tapi dia berdegil berlari masuk rumah dengan membawa baldi berisi air untuk memadamkan api kerana mahu menyelamatkan dokumen penting dan senapang patah miliknya,” kata Silip Batin, 62, menceritakan tragedi menimpa suaminya, Siong Meram yang rentung selepas terperangkap dalam kebakaran membabitkan dua rumah di Kampung Seberang Tengah, di sini, semalam.
Tragedi menyayat hati itu berlaku pada jam 1.40 pagi apabila mayat Siong, 63, ditemui rentung di depan pintu rumahnya dengan separuh anggota badan hilang akibat terbakar.

Sebelum itu, mangsa dikatakan sempat menyelamatkan ibu mentuanya Penai Mo, 82, yang lumpuh sejak 14 tahun lalu namun masuk semula ke dalam rumah.
Silip berkata, pada mulanya tidak menyangka suami menemui ajal dalam keadaan menyedihkan dan hanya mengetahui kejadian itu sebaik api berjaya dipadamkan beberapa minit kemudian.

“Saya menyangka suami berjaya keluar menyelamatkan diri kerana ketika itu, dia membawa baldi berisi air.

“Sebaliknya, sangkaan saya meleset apabila dikejutkan penemuan objek rentung di depan pintu rumah. Tubuh saya menggeletar kerana saya syak mayat itu adalah suami,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Foto
KEADAAN rumah selepas terbakar di Kampung Seberang Tengah, awal pagi semalam. Gambar kecil, Silip.
Menurutnya, kejadian itu turut menggemparkan penduduk kampung yang menggunakan pam air untuk membantu memadamkan api bagi menyelamatkan rumah jiran berdekatan.

“Saya syak suami terperangkap dalam asap tebal sebelum dia pengsan. Dia nekad berpatah balik memasuki rumah kerana perlu menyelamatkan dokumen penting,” katanya.
Sementara itu, adik ipar mangsa, Dora Batin, 59, yang turut tinggal serumah berkata, dia menyedari kebakaran berlaku apabila terasa bahang dalam rumah.

“Apabila melihat api marak, saya berlari bersama ahli keluarga menyelamatkan diri,” katanya yang memberitahu api bermula dari sebuah bilik tidur di bahagian depan rumah terbabit.

Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Mukah Abdul Rashid Morni berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.53 pagi sebelum sebuah jentera bersama tujuh anggota dikejarkan ke tempat kejadian yang terletak kira-kira 50 kilometer dari balai.

Beliau berkata, pihaknya menghadapi kesulitan memasuki kampung itu kerana terpaksa melalui jambatan dan jalan sempit.

“Kami juga terpaksa menggunakan mesin pam air untuk menyedut air sungai. Api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 3.44 pagi dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/31

‘Cari tangan saya’


Isteri Izani, Aidah Ariffin, 36, berkata, dia hanya mengetahui perkara itu selepas dimaklumkan oleh ibu saudaranya yang menceritakan kembali kejadian itu kepadanya .

Katanya, suaminya terpaksa berlari menyelamatkan diri dalam keadaan berlumuran darah ke rumah ibu saudaranya itu yang terletak kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian.
“Suami meminta ibu saudara mencari tangannya yang putus di lokasi kejadian, sebelum anaknya membawa suami ke hospital untuk dirawat.

“Selepas itu, anggota polis dengan bantuan penduduk kampung mencari tangan suami dan menemuinya enam jam selepas kejadian dan terus membawanya ke hospital untuk penyambungan semula,” katanya ketika ditemui di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di sini, semalam.

Harian Metro semalam melaporkan, angkara dendam lama, Izani putus pergelangan tangan kanan apabila ditetak beberapa kali menggunakan senjata tajam oleh individu dikenalinya.
Kejadian berlaku jam 8.45 malam ketika dia dalam perjalanan ke rumah ibu mentua dari rumah ibu saudaranya dengan menunggang motosikal bersendirian.

Bagaimanapun, sebaik tiba di kawasan perumahan, dia didatangi seorang lelaki bermotosikal dari arah belakang bersama sekumpulan individu dan menetak tangan kanannya beberapa kali hingga putus.
Menurut Aidah, ketika kejadian dia berada di rumahnya di Besut, Terengganu dan hanya diberitahu mengenai kejadian menimpa suaminya itu oleh ibu mentuanya pada jam 9 malam.

“Tidak lama kemudian, adik ipar sekali lagi menelefon saya memaklumkan pergelangan tangan kanan suami putus.

“Mendengar berita itu saya terus ke Bachok bersama anak sebelum ke hospital,” katanya.

Ibu tujuh anak itu berkata, sebaik tiba di HUSM pada jam 3 pagi, ahli keluarga memberitahu suaminya sudah memasuki bilik pembedahan untuk penyambungan semula tangan yang putus.

Katanya, pembedahan selesai jam 9 pagi semalam dan suaminya kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pemantauan lanjut.

“Alhamdulillah, saya sempat melihatnya selepas dia keluar dari bilik pembedahan, namun masih dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Mengikut kata doktor, pembedahan itu berjaya, namun suami masih perlukan pemantauan rapi,” katanya.

Ditanya mengenai individu yang menyerang suaminya, Aidah mengakui lelaki itu sudah lama menyimpan dendam terhadap suaminya dipercayai akibat sengketa lama.

“Suami tinggal menyewa di kawasan Bukit Temalong dan bekerja sebagai tukang paip. Kebetulan lelaki itu juga tinggal berhampiran dengan rumah ibu saudara suami dan mengambil kesempatan menyerangnya pada malam itu.

“Saya harap polis dapat segera menangkap lelaki itu dan menerima hukuman setimpal,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok Deputi Superintendan Abdul Hamid Che Ahmad berkata, suspek sudah dikenal pasti dan usaha mengesannya giat dijalankan.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/31

Dadah pecah dalam perut



 0  0 Google +0  0  0 Cetak
Houston: Seorang juruterbang dimasukkan ke hospital selepas bungkusan dadah jenis kokain pecah di dalam perutnya.

Stanley Rafael Hill, 49, didakwa menelan 62 bungkusan dadah sebelum menaiki penerbangan Sabtu lalu dari Columbia ke Houston.


Juruterbang syarikat penerbangan kecil itu yang menaiki penerbangan berkenaan sebagai penumpang dikejarkan ke hospital sejurus pesawat itu mendarat di Lapangan Terbang Intercontinental George Bush.

Hill didakwa atas tuduhan memiliki dadah dengan niat untuk mengedar.


Hill menggunakan keistimewaannya sebagai pemandu pesawat untuk melepasi rutin pemeriksaan keselamatan yang ketat. - Agensi



Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/31

Ibu mangsa rogol dibelasah


Lucknow: Polis di utara India menangkap tiga lelaki kerana menyerang ibu seorang mangsa rogol selepas dia enggan menarik balik laporan polis.

Kejadian berlaku ketika polis menyiasat kes rogol beramai-ramai di tempat lain yang menyebabkan dua gadis mati.

Menurut laporan, anak mangsa yang berusia belasan tahun dirogol 11 Mei lalu.



Seorang lelaki ditangkap selepas wanita itu membuat laporan polis.

Jurucakap polis di bandar Etawah, Uttar Pradesh, Dinesh Kumar berkata, bapa, adik dan seorang sepupu lelaki itu kemudian memukul wanita berkenaan dan mendesak dia menarik balik tuduhan itu.

Wanita berkenaan kini tenat di sebuah hospital selepas mengalami patah tulang dan kecederaan dalaman.

Dalam kejadian lain, dua sepupu berusia 14 dan 15 tahun dirogol dan dibunuh oleh penyerang yang kemudian menggantung mayat kedua-dua mangsa pada pokok mangga di Kampung Katra, juga di Uttar Pradesh.

Penduduk kampung yang berang kerana polis tidak berusaha mencari gadis berkenaan selepas dilapor hilang, mengadakan bantahan secara senyap dengan tidak membenarkan mayat kedua-dua mangsa diturunkan dari pokok sebaik mereka ditemui.

Mereka hanya membenarkan pihak berkuasa berbuat demikian selepas tangkapan pertama dilakukan.

Setakat ini, dua anggota polis dan dua penduduk kampung ditangkap.

Tiga lagi suspek masih diburu.

Kedua-dua mangsa itu diperkosa ketika ke padang berhampiran untuk membuang air besar kerana tidak ada tandas di rumah mereka.


- AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/31

Iqbal bunuh isteri pertama untuk bersama Farzana


Lahore: Suami wanita hamil yang dipukul hingga mati oleh anggota keluarganya kerana berkahwin dengan lelaki yang dicintainya semalam mengaku membunuh isteri pertamanya kerana mahu bersama wanita itu.

Farzana Parveen, 25, dihentak dengan bata oleh 20 anggota keluarganya di depan Mahkamah Tinggi Lahore.



Kejadian itu mencetuskan kemarahan masyarakat antarabangsa, lebih-lebih lagi selepas laporan menyatakan polis tidak bertindak menghalangnya.

Semalam, suami mangsa mengaku membunuh isteri pertamanya supaya dapat berkahwin dengan Farzana.

Dia juga mendedahkan, kakak Farzana juga dibunuh oleh anggota keluarganya atas dasar membela maruah keluarga.

“Saya membunuh isteri pertama saya kerana cintakan Farzana,” kata Mohammed Iqbal, 45.

Menurutnya, dia tidak dipenjarakan kerana anaknya yang melaporkan pembunuhan itu menarik balik tuduhan.

Dia kemudian mematikan telefonnya dan enggan menjawab panggilan seterusnya.

Terdahulu, dalam perbualan itu, dia mendakwa kakak Razana, Rehana diracun keluarga selepas bapanya bergaduh dengan keluarga mentuanya.

Si bapa mendesak Rehana meninggalkan suaminya, tetapi dia enggan.

Pendedahan mengejutkan itu dibuat selepas Iqbal menyelar polis kerana enggan membantu menyelamatkan nyawa isterinya.

Mayat Farzana dikebumikan kira-kira jam 2 pagi dengan dihadiri keluarga Iqbal.

Menurut mereka, tindakan itu diambil kerana keadaan mayat mangsa yang begitu teruk.

- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/31

Jumpa kepala di kaki


Kuala Lumpur: Kecuaian seorang ibu meninggalkan anaknya berusia dua tahun enam bulan bersama kawan ketika hendak ke tandas membawa malang apabila anaknya itu dilarikan seorang lelaki sebelum dibunuh kejam selain cuba diperkosa di tepi Sungai Klang, berhampiran Stesen Kereta Api Lama, Jalan Hishamuddin , malam kelmarin.
Difahamkan, mangsa, Siti Sofea Emelda, dilarikan suspek daripada jagaan rakan ibunya, dipercayai dipenggal atau dihentak lehernya dengan batu marmar sehingga kepalanya terputus dan ditemui berdekatan kakinya. 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng, berkata, sebelum kejadian, mangsa bersama ibunya yang juga seorang gelandangan berada di tingkat empat, Plaza Kota Raya pada kira-kira jam 9 malam, sebelum ibunya menyerahkan mangsa kepada rakannya untuk dijaga sementara pergi ke tandas. 

Katanya, ketika dijaga rakan ibu mangsa, kanak-kanak terbabit dilarikan seorang lelaki sebelum membawanya keluar dari pusat beli-belah berkenaan menuju ke arah Stesen Kereta Api Lama berhampiran tebing Sungai Klang.
Foto
SITI Salmy enggan wajahnya dirakam ketika majlis pengebumian anaknya.

Menurutnya, beberapa orang awam melihat lelaki terbabit mendukung kanak-kanak berkenaan dan membawanya ke kawasan semak sebelum dipercayai cuba memperkosanya.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/31

‘Saya lihat kanak-kanak itu dibawa suspek’


Kuala Lumpur: “Saya lihat kanak-kanak itu dibawa seorang lelaki turun dari tingkat empat, tetapi tidak menyangka buruk kerana dia sering bermain di pusat beli-belah ini bersama ibunya,” kata seorang pengawal keselamatan yang bertugas di Plaza Kota Raya, semalam.

Menurut lelaki yang enggan dikenali berusia 40-an itu, dia sering melihat kanak-kanak terbabit berkeliaran dan mudah mesra dengan sesiapa sahaja yang menegurnya.


Katanya, kanak-kanak itu juga akan diberi makanan oleh orang ramai membuatkannya tidak bersangka buruk pada lelaki yang membawa mangsa sebelum kejadian menyayat hati itu. “Ibu mangsa akan membawanya ke sini (Plaza Kota Raya) hampir setiap hari untuk melepak bersama rakan-rakannya yang kebanyakan lelaki. Ini bagaikan rumah kedua mereka.



“Saya hanya mengetahui mangsa dibawa lari dan dibunuh selepas membaca laporan hari ini (semalam),” katanya ketika ditemui semalam.


Katanya, dia tidak mengenali suspek iaitu seorang lelaki berkulit gelap dan tidak pernah dilihat bersama mangsa sebelum ini.


Pengawal keselamatan itu berkata, kanak - kanak itu dilihat mengikuti suspek dengan riang kemungkinan selepas disogok dengan barang makanan seperti biasa diberikan pengunjung lain. ke pusat beli belah berkenaan.

Sementara itu, mangsa yang ditemui mati dalam keadaan menyayat hati itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Batu Muda, Gombak, semalam.


Tinjauan Harian Metro di Pusat Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) semalam mendapati ibu kanak-kanak terbabit, seorang gelandangan bersama rakan- rakannya yang turut berpakaian lusuh datang menuntut jenazah mangsa pada jam 9 pagi.

Bagaimanapun, ibu mangsa dilihat dibawa polis untuk diambil keterangan sebelum kembali ke HKL pada jam 2 petang. Jenazah mangsa dimandikan dan dikapankan selepas bedah siasat jam 3 petang.


Ibu mangsa Siti Salmy Soib, 32, yang ditemui di tanah perkuburan bagaimanapun enggan ditemuramah selepas dilihat masih bersedih dengan kejadian yang menimpa anaknya itu.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/31

‘Thundercat’ dalang tembak mati di kuil


Sungai Buloh: Polis masih memburu seorang lelaki dikenali sebagai ‘Thundercat’ atau nama penuhnya, Rajthevan Rajamanikam, 41, yang disyaki dalang utama kes tembak mati di sebuah kuil di Kampung Ladang Baru Sungai Buluh, Sungai Pelong Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buluh, Superintendan Junaidi Bujang berkata, suspek yang juga bekas tahanan ordinan darurat itu dipercayai masih berada di Malaysia.


“Kita percaya, kemungkinan suspek telah melarikan diri ke tempat lain namun suspek masih berada di negara ini,” katanya.



Menurutnya, beberapa saksi juga sudah dipanggil untuk membantu siasatan termasuk adik kepada mangsa yang berusia 14 tahun.


Difahamkan, adik kepada mangsa pernah menjalinkan hubungan dengan suspek sebelum kejadian itu.


Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kes ini boleh menghubungi talian 03-2052 9999 atau terus ke balai polis yang terdekat.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/31

Wanita hamil rugi RM120,000


Dalam kejadian jam 5.55 pagi itu, mangsa dalam perjalanan ke Zoo Negara bersama anaknya sebelum kereta dipandunya tiba-tiba dilanggar dari belakang oleh kereta Proton Persona dinaiki dua lelaki di lokasi kejadian.

Mangsa yang enggan dikenali berkata, dia kemudian memberhentikan kereta di tepi jalan untuk melihat kerosakan sebelum ditumbuk berulang kali.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/31

Ghaib dibawa arus


Kuala Lumpur: Seorang lelaki yang dipercayai membunuh seorang kanak- kanak di tebing Sungai Klang, Jalan Sultan Hishamuddin malam kelmarin, dipercayai lemas dalam cubaannya melarikan diri dengan terjun ke dalam sungai berkenaan.
Difahamkan, gerakan besar-besaran dijalankan bermula malam kelmarin bagi mencari suspek namun terpaksa dihentikan disebabkan keadaan cuaca gelap.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata gerakan mengesan suspek masih diteruskan dengan dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kuala Lumpur.

“Orang awam yang ternampak kejadian itu cuba menangkap lelaki itu dengan menyusuri Sungai Klang dan ternampak lelaki terbabit tenggelam timbul sebelum terus hilang dibawa arus sungai.
Foto
JENAZAH Siti Sofea Emelda dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, batu Muda, semalam.

“Kita percaya lelaki berkenaan sudah lemas,” katanya dalam satu kenyataan media.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/31

4 ‘Spiderman’ tewas


Putrajaya: Dua remaja, masing-masing calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) antara empat suspek dikenali sebagai Geng Asroy yang ditahan selepas dipercayai terbabit dalam sembilan kes pecah rumah di sekitar Putrajaya di sini sejak Mac tahun lalu.
Remaja berusia 15 dan 17 tahun itu serta dua lagi rakannya masing-masing berusia 20 dan 21 tahun menjadikan kawasan perumahan di sini sebagai sasaran jenayah diberkas dalam dua serbuan pada 20 dan 21 Mei lalu.
Tiga daripada suspek terbabit ditahan di kediaman masing-masing di Putrajaya manakala seorang suspek ditahan di Kampar, Perak.

Serbuan itu dilakukan selepas polis menerima laporan kejadian pecah rumah di daerah berkenaan membabitkan kerugian RM55,000.
Foto
ABDUL Razak (dua dari kiri) melihat barangan yang dirampas.

Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid berkata, kumpulan ini bergiat aktif memecah masuk rumah penduduk sejak Mac tahun lalu.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/31

'Tolong cari tangan saya' – Izani


IZANI selamat menjalani pembedahan di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian, Kelantan semalam.


KOTA BHARU – “Tolong carikan tangan saya.” Itulah ungkapan pertama seorang tukang paip di rumah ibu saudaranya setelah berlari satu kilometer untuk mendapatkan pertolongan apabila pergelangan tangan kanannya putus ditetak dua lelaki malam kelmarin.
Dalam kejadian pada malam Rabu lalu, Izani Ghazali, 43, yang berlumuran darah berlari dalam kesakitan setelah tangannya putus ditetak dalam kejadian di Kampung Bukit Temalong, Gunung, Bachok.
Bagaimanapun polis menemui semula tangannya itu dalam semak di tempat kejadian pada malam sama dan dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian supaya dapat disambung semula.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0531&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz33F95JdwS 
Hakcipta terpelihara 

Suspek rogol dua remaja beramai-ramai ada talian keluarga



INILAH antara sembilan suspek termasuk tiga beranak membabitkan kes dua remaja perempuan dirogol dibawa anggota polis untuk mendapat perintah tahanan reman di Mahkamah Majistret Kota Bharu, Kelantan semalam.


KOTA BHARU – Kebanyakan suspek yang ditahan polis setakat ini berhubung kes dua pelajar perempuan dirogol oleh 38 lelaki di sebuah rumah kosong di Ketereh dekat sini pada 20 Mei lalu mempunyai hubungan kekeluargaan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, suspek tersebut termasuk tiga beranak yang ditahan di Ketereh kelmarin.
Katanya, suspek terbabit kebanyakannya juga tinggal di kampung yang sama.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0531&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz33F8a6El0 
Hakcipta terpelihara 

Rampas wang palsu RM112.52j



HONG SOON menunjukkan hasil rampasan wang palsu membabitkan sindiket Black Money didalangi warga Arfika pada sidang akhbar di IPK Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan Black Money didalangi lelaki warga Afrika selepas menahan tiga suspek termasuk seorang wanita warga tempatan bersama wang asing palsu dolar Amerika Syarikat (AS) berjumlah RM112.52 juta (AS$35 juta) dalam dua serbuan berasingan di sekitar Damansara, Petaling Jaya, Selangor dekat sini 19 Mei lalu.
Dalam serbuan pertama pada pukul 5 petang, polis berjaya memberkas dua lelaki Afrika terdiri daripada seorang warga Cameroon dan seorang lagi warga Republik Chad di sebuah kondominium di Damansara Height dekat sini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0531&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz33F8Fe5UK 
Hakcipta terpelihara 

Mangsa culik berjaya diselamat


Kiri HUA YUAN, MARCY


KOTA KINABALU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menyelamatkan dan membawa pulang dua wanita warga asing yang menjadi mangsa culik di Resort Singamata, Semporna dekat sini pada April lalu dalam satu operasi semalam.
Sumber keselamatan berkata, kedua-dua mangsa yang merupakan seorang pelajar warga China dan seorang pekerja resort warga Filipina dibawa keluar dari lokasi persembunyian di Kepulauan Jolo, Filipina pada pukul 10.30 pagi.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0531&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz33F7yAV3D 
Hakcipta terpelihara 

4 'Spiderman' pecah rumah kakitangan awam diberkas


PUTRAJAYA – Kelicikan empat 'Spiderman' termasuk dua pelajar sekolah menengah bergelar Geng Asroy memecah masuk rumah kakitangan awam dengan cara memanjat balkoni sejak setahun lalu terbongkar apabila kesemua remaja itu diberkas baru-baru ini.
Suspek-suspek termasuk ketua kumpulan berusia 15 hingga 21 tahun diberkas dalam operasi selama dua hari bermula pukul 7.30 malam 20 Mei lalu selepas polis membuat risikan dan siasatan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0531&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz33F7f7C59 
Hakcipta terpelihara 

Dua amah Fasha Sandha kena jel


FASHA SANDHA dan suaminya Rizal Ashram.


KUALA LUMPUR – Dua pembantu rumah kepada pelakon Fasha Sandha dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret Ampang Jaya semalam kerana mencuri wang milik suami artis berkenaan, Rizal Ashram Ramli di rumah mereka di sini.
Majistret Zulyana Zolkapli membuat keputusan tersebut selepas kedua-dua warga Indonesia itu, Nilawati, 39, dan Sri Maniami, 35, mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut.
Sehubungan itu, kedua-dua warga Indonesia itu diarah menjalani hukuman tersebut bermula dari tarikh tangkap iaitu pada 13 Mac lepas.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0531&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz33F7SAKS9 
Hakcipta terpelihara 

Budak dibunuh kerana dendam


ANGGOTA polis memeriksa mayat Siti Soffea yang ditemui mati di stesen komuter di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields kelmarin.


KUALA LUMPUR – Dendam dipercayai menjadi punca seorang kanak-kanak perempuan yang ditemui mati dengan kepalanya dipenggal di tebing Sungai Klang berhampiran stesen komuter di Jalan Tun Sambanthan di sini malam kelmarin.
Satu sumber berkata, sebelum dibunuh mangsa Siti Soffea Emelda, dua tahun enam bulan, dilarikan daripada jagaan ibunya yang bertemu rakan-rakan di Kompleks Kota Raya.
Semasa ibu mangsa pergi ke tandas pada pukul 4 petang, kanak-kanak itu yang dijaga rakan-rakannya, hilang sebelum mangsa kemudian ditemui sudah mati dalam keadaan mengerikan di tebing Sungai Klang.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0531&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz33F79nT9L 
Hakcipta terpelihara 

Lima lelaki ditahan kes bunuh wanita hamil


LAHORE - Polis menangkap empat lelaki termasuk bapa saudara dan dua sepupu seorang wanita hamil yang mati terkena balingan batu sehingga mati di luar sebuah mahkamah di Pakistan, kata seorang pegawai kanan semalam.
Farzana Parveen mati pada Selasa lalu di luar Mahkamah Tinggi di sini, timur Pakistan.
Lebih 24 penyerang yang bersenjatakan batu termasuk saudara-mara mangsa melakukan perbuatan tersebut kerana dia mengahwini calon bukan pilihan keluarga.
Pembunuhan kejam pada siang hari yang berlaku di pusat bandar raya kedua terbesar di Pakistan itu membangkitkan kemarahan penduduk di seluruh dunia.
Polis berada di lokasi kejadian tetapi tidak bertindak untuk menghalang insiden tersebut daripada berlaku.
Perdana Menteri, Nawaz Sharif kelmarin mengarahkan Ketua Menteri Punjab yang juga saudara lelakinya, Shahbaz Sharif supaya bertindak segera untuk menangani kes itu. "Satu pasukan siasatan khas yang ditubuhkan oleh polis atas arahan ketua menteri telah menangkap empat orang lagi termasuk seorang bapa saudara mangsa, dua sepupunya dan seorang pemandu pada malam kelmarin," kata seorang pegawai kanan polis, Zulfiqar Hameed semalam.
Tangkapan baharu itu menjadikan jumlah mereka yang ditahan berhubung pembunuhan tersebut kini menjadi lima orang.
Bapa Farzana sebelum ini turut ditahan di lokasi kejadian.
Shahbaz turut mengarahkan polis supaya menangkap semua suspek kes tersebut dalam tempoh 24 jam.
Beliau juga mengarahkan kes berkenaan didengar di sebuah mahkamah antikeganasan bagi mempercepatkan prosedur perbicaraan.
Farzana berkahwin dengan suami yang dicintainya pada Januari lalu dan kini hamil tiga bulan.
Tengkorak wanita itu retak ekoran serangan menggunakan batu itu. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0531&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz33F52e9RE 
Hakcipta terpelihara 

Remaja tak mengaku rogol kenalan


KUALA LUMPUR 30 Mei - Seorang remaja berusia 19 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan merogol kenalannya yang baru berusia 13 tahun, minggu lalu.
Muhammad Syafiee Rosli, 19, didakwa merogol pelajar tingkatan satu itu di sebuah hotel di Jalan Pudu di sini, kira-kira pukul 3 pagi, 19 Mei lalu.
Pertuduhan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurakmal Farhan Aziz mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 30 tahun dan sebat.
Hakim Azwarnida Affandi menetapkan 3 Julai ini untuk sebutan semula kes terhadap remaja tersebut yang tidak diwakili peguam bela dan tidak ditawarkan ikat jamin oleh pihak pendakwaan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140531/ma_02/Remaja-tak-mengaku-rogol-kenalan#ixzz33F4E2U5T
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Dua beranak maut dihempap pokok sawit tumbang


TAIPING 30 Mei - Dua beranak yang sedang menunggang motosikal maut dihempap sebatang pokok kelapa sawit yang tumbang dalam kejadian di Batu Hampar berhampiran kilang sawit Awan Timur di sini, awal pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3.15 pagi itu, S. Mogandas, 37, dan anak lelakinya, M. Sivabalan, 13, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan.
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Yusof Mohd. Diah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan mayat dua beranak tersebut dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140530/je_09/Dua-beranak-maut-dihempap-pokok-sawit-tumbang#ixzz33F3zNHWb
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Polis pantau rakyat bersekongkol lindungi militan


KUANTAN 30 Mei - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang bekerjasama dengan polis antarabangsa (Interpol) bagi mengesan anggota militan yang bersembunyi di negara ini serta rakyat tempatan yang melindungi mereka.
Katanya PDRM juga sedang memantau mereka yang disyaki berbuat demikian.
``Tindakan tegas akan diambil kepada sesiapa sahaja yang didapati cuba melindungi anggota militan terbabit yang dikehendaki Interpol kerana pembabitan dalam kegiatan pengganas.
``Kita tidak menolak ada kes-kes pendududuk tempatan yang bersekongkol dan memberi perlindungan kepada anggota militan ini dan mereka yang terlibat ini sentiasa dalam pemerhatian polis," katanya di sini hari ini.
Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Pegawai Awam PDRM ke-8 bersama Ketua Polis Negara sempena peringatan hari polis ke-207. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140530/je_10/Polis-pantau-rakyat-bersekongkol-lindungi-militan#ixzz33F3mS1Vr
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Dua parah, jambatan sesak di kedua arah


PULAU PINANG 30 Mei - Dua penunggang motosikal parah selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Kilometer 7.1 Jambatan Pulau Pinang menghala ke arah pulau kira-kira pukul 8 malam ini.
Ekoran kemalangan yang melibatkan dua buah kereta dan dua motosikal itu telah menyebabkan kesesakan di kedua-dua arah jambatan sejauh lebih tujuh kilometer dan kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk dirawat. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140530/je_11/Dua-parah-jambatan-sesak-di-kedua-arah#ixzz33F3aplXF
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sindiket ‘Black Money’ ditumpas, 2 lelaki Afrika, seorang wanita tempatan ditahan


KUALA LUMPUR 30 Mei - Polis menumpaskan satu sindiket 'Black Money' apabila menahan dua lelaki warga Afrika dan seorang wanita tempatan di dua lokasi sekitar Damansara pada 19 dan 20 Mei lepas.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur DCP Datuk Law Hong Soon berkata, kesemua suspek berusia lingkungan 42 hingga 48 tahun.
Beliau berkata seorang lelaki warga Afrika dan wanita tempatan terbabit ditahan di sebuah kondominium di Twins Damansara Heights pada 19 Mei setelah pihaknya menerima aduan pada hari sama daripada seorang guru lelaki, 45, yang mencurigai tawaran suspek dalam urusan mencuci mata wang USD.
"Guru terbabit mengenali mereka melalui orang tengah, yang merupakan suspek wanita yang ditahan, sebelum bertemu dua suspek lelaki itu di sebuah restoran di Taman Tun Dr Ismail pada 14 Mei lepas," katanya dalam satu sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.
Turut hadir Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur Asisten Komisioner Izany Abdul Ghany.
Susulan penahanan suspek lelaki dan wanita itu membawa polis ke sebuah rumah di Pusat Bandar Damansara pada keesokan harinya dan menahan seorang lagi suspek lelaki warga Afrika serta merampas 45 ikat kertas bersaiz wang RM50 serta 99 keping logam berwarna keemasan dengan tulisan 99.9 dalam bentuk ketulan.
Polis turut merampas sebungkus plastik hitam mengandungi ketulan kecil logam berwarna kuning keemasan, satu peti besi jenama 'Takawachi TK-31' berwarna hitam dan satu kotak berwarna perak mengandungi 18 ikat wang USD100 disyaki palsu, katanya.
Law berkata kedua-dua suspek warga Afrika disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Imigresen kerana tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan di Malaysia.
"Kes itu juga turut disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu serta Seksyen 489(c) Kanun Keseksaan kerana memiliki wang palsu," katanya.
- BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140531/je_05/Sindiket-Black-Money-ditumpas-2-lelaki-Afrika-seorang-wanita-tempatan-ditahan#ixzz33F3MFr00
© Utusan Melayu (M) Bhd