Search This Blog

Thursday, May 29, 2014

Virus Ebola kembali mengganas?


  • Virus Ebola

CONAKRY - GUINEA. Pasukan perubatan antarabangsa tiba di timur Sierra Leone untuk menguruskan beberapa kes melibatkan virus Ebola yang sangat merbahaya.

Pakar-pakar perubatan tersebut dari Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) dan badan kebajikan 'Doctors Without Borders', lapor BBC.

Kejadian berlaku apabila enam pesakit disyaki dijangkiti virus Ebola telah dibawa keluar oleh hospital tanpa kebenaran doktor.

Salah seorang daripada pesakit tersebut meninggal dunia dan dikhuatiri virus tersebut mampu merebak, kata seorang pegawai kesihatan tempatan.

Pengarah Kawalan Kesihatan di Kementerian Kesihatan Sierra Leone, Dr Amara Jambai berkata, pekerja di klinik di bandar Koindu di Timur Sierra Leone cuba menghalang pesakit dari dibawa keluar oleh ahli keluarga.

"Mereka tidak tahu betapa bahayanya tindakan mereka terhadap diri dan masyarakat untuk cuba mengubati pesakit itu sendiri.

"Dua kematian telah direkod setakat ini," tambah beliau.

Selepas laporan pertama direkod di pada Mac lalu, hampir 200 orang maut disebabkan virus Ebola di Guinea, Afrika Barat.

Virus Ebola masih belum mempunyai penawar atau ubat.

Pemandu maut kereta terjunam di jeti


  • Kereta mangsa dinaikkan menggunakan kren di jeti berkenaan. - Sumber foto dari Bomba dan PenyelamatKereta mangsa dinaikkan menggunakan kren di jeti berkenaan. - Sumber foto dari Bomba dan Penyelamat
IPOH - Seorang lelaki maut selepas kereta yang dinaiki menjunam ke dalam laut berhampiran Terminal Bot Lekir, pagi tadi.

Mangsa terperangkap di dalam kereta berkenaan dinaikkan bersama kereta yang dipandu sebelum dikeluarkan anggota bomba dan penyelamat menggunakan kren di jeti terminal berkenaan.

Remaja dirogol di rumah sendiri


  • kes rogol

MIRI - Seorang remaja berusia 14 tahun dirogol seorang lelaki tidak dikenali yang menceroboh kediamannya di Bandar Baru Permyjaya, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Gan Tian Kee berkata kejadian berlaku pukul 12.02 tengah malam ketika mangsa hanya tinggal berdua dengan adiknya yang berusia tujuh tahun.

Ibu bapa mangsa tidak ada di rumah kerana menziarahi saudara yang meninggal dunia, katanya kepada Bernama, di sini.

Menurut Tian Kee remaja itu diserang seorang lelaki bertopeng yang mengacu pisau ke lehernya ketika memeriksa bunyi bising di bahagian belakang rumah.

"Lelaki itu kemudian membawa mangsa masuk ke bilik dan menutup muka mangsa dengan bantal sebelum merogolnya," kata Tian Kee.

Beliau berkata suspek yang dipercayai memasuki rumah itu menerusi pintu dapur, kemudian melarikan diri dan mangsa menghubungi ibu bapanya untuk memaklumkan kejadian sebelum mereka membuat laporan polis. - Bernama

Barang kemas dilarikan 3 penyamun


  • Indra Sunny menunjukkan lokasi di mana isterinya terduduk dan tiga penjenayah berpakaian kemas menyamun mangsa.Indra Sunny menunjukkan lokasi di mana isterinya terduduk dan tiga penjenayah berpakaian kemas menyamun mangsa.

SUNGAI PETANI – Seorang wanita kerugian lebih kurang RM10,000 apabila barang kemas dilarikan penjenayah dalam kejadian di Taman Semarak kira-kira jam 9.05 pagi kelmarin ketika mangsa sedang mencuci rumah.

Indra Sunny Annuar Lim, 32, berkata, isterinya yang ketika itu sedang membersihkan halaman rumah dalam kawasan pagar dihampiri dua lelaki berpakaian kemas yang menunggang motosikal untuk bertanyakan lokasi.

Menurutnya, lelaki tersebut beredar setelah mendapat kepastian lokasi daripada isteri tanpa mengesyaki sesuatu buruk bakal berlaku.

Kata Indra Sunny, lelaki sama kemudian berpatah balik bersama beberapa motosikal berwarna merah dan tiga daripadanya terus meluru ke arah isteri.

“Ketika kejadian, hanya tinggal isteri dan ibu mentua di rumah manakala yang lain keluar bekerja manakala abang ipar keluar membeli nasi lemak.

“Mangsa cuba lari menyelamatkan diri tetapi tidak sempat berbuat apa-apa setelah terlihat salah seorang daripada penjenayah memegang parang panjang,” katanya.
Indra Sunny berkata, disebabkan takut diapa-apakan, dia duduk dan merelakan penjenayah mengambil rantai leher dan gelang tangan yang kedua-duanya bernilai lebih kurang RM10,000.

Menurutnya, ibu mentua yang ketika itu berada di bilik air segera mendapatkan isteri, tetapi kesemua suspek sudah melarikan diri.

Bagaimanapun, penduduk yang terdengar bunyi bising kemudian mendapatkan mangsa dan hanya menyedari kejadian setelah mangsa disamun.

Katanya, pendedahan dibuat kerana bimbang kes sama berulang dan mahu penduduk terutamanya golongan wanita dan warga emas lebih peka dengan keadaan sekeliling selain tidak berurusan dengan individu tidak dikenali.

Laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda, kelmarin.

10 cedera, bom buatan sendiri meletup


28 Mei 2014


PATTANI - Sebutir bom buatan sendiri meletup di tempat letak motosikal di Khokpo, selatan Thailand hari ini, menyebabkan 10 orang cedera dan dua daripadanya parah.
 
Lebih 60 motosikal turut musnah dalam kebakaran akibat letupan itu.
 
Ketua Polis Daerah Khokpo, Pol. Col. Kampanat berkata, bom yang diletakkan pada sebuah motosikal meletup ketika pasukan sukarelawan sedang membuat pemeriksaan di kawasan letak motosikal itu pada kira-kira 9.30 pagi.
 
Suspek yang dipercayai berada di kawasan berdekatan mengaktifkan bom dengan walkei talkie, katanya.
 
Katanya anggota bomba dan penyelamat mengambil masa 20 minit untuk memadamkan kebakaran itu.
 
Sementara itu, tiga orang awam ditembak di daerah Khokpo pada 6 petang tadi.
 
Seorang daripada mereka mati di hospital manakala dua lagi cedera.  - Bernama

Lelaki maut langgar pokok


  • Keadaan kereta mangsa yang remuk selepas rempuh pokok.Keadaan kereta mangsa yang remuk selepas rempuh pokok.

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki maut apabila kenderaan dipandu hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan lalu melanggar sebatang pokok.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Khamsani Abd Rahman berkata, kejadian berlaku jam 5.30 pagi di Kilometer 12, Jalan Johor Bahru-Air Hitam, dekat sini kelmarin membabitkan mangsa, Gan Chien Kiat, 22, yang memandu kereta jenis Toyota Vios tinggal di Taman Sri Orkid, di sini, maut.

“Polis menerima maklumat daripada orang awam berhubung kemalangan ini. Hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati keadaan jalan kering, cuaca baik dan pandangan tidak terhalang.

“Kemalangan disyaki berlaku apabila kereta jenis Toyota Vios warna putih yang dipandu laju dari arah Johor Bahru hilang kawalan kenderaan dan terbabas ke kiri jalan lalu melanggar sebatang pokok,” katanya.

Mohd Khamsani berkata, mangsa yang tersepit di dalam kenderaan disahkan maut di tempat kejadian dan siasatan kes di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 masih di teruskan.

Katanya, selain meninjau lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan, pihaknya turut menguruskan mayat mangsa untuk dibawa ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulaijaya untuk siasatan lanjut.

“Waris mangsa telah hadir ke lokasi kemalangan bagi pengecaman mayat dan polis cuba mengesan saksi bebas untuk siasatan,” katanya.

Lima sekawan terbabit nahas


  • Kereta mangsa remuk teruk selepas melanggar pengadang jalan.Kereta mangsa remuk teruk selepas melanggar pengadang jalan.

TAIPING - Dua cedera parah manakala tiga lagi hanya cedera ringan apabila kereta dinaiki lima sekawan tiba-tiba terbabas, sebelum merempuh pengadang jalan hingga menyebabkannya patah dan menembusi kenderaan mereka di Jalan Kampung Dew, Kamunting, di sini, semalam.

Susulan kemalangan itu, dua daripada mereka cedera parah di bahagian badan manakala pemandu kenderaan itu mengalami patah tulang leher dan masih dirawat di Hospital Taiping.

Seorang mangsa, Chan Mei Fong, 38, berkata, dalam kejadian sekitar jam 12 tengah malam itu, mereka berlima dalam perjalanan pulang setelah mengunjungi sebuah pusat rawatan muka dan kecantikan di Bukit Tambun.

Katanya, sebelum kemalangan, pemandu kereta, Wong May Chuen, 38, beberapa kali mengadu keletihan dan mengantuk namun tetap meneruskan perjalanan.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, secara tiba-tiba kereta yang kami naiki melencong ke kiri jalan dan merempuh pengadang aluminium sehingga patah dan tertusuk ke kereta kami.

“Saya yang berada di belakang pemandu tidak sempat berbuat apa-apa. Serpihan kaca cermin dan besi turut mengenai muka dan badan saya,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di Hospital Taiping, di sini, semalam.

Mei Fong berkata, mereka kemudiannya terkejut melihat keadaan May Chuen yang mengalami pendarahan di kepala dan mukanya, namun berasa lega kerana dia masih bernyawa.

Katanya, kesemua mereka dikejarkan ke Hospital Taiping untuk mendapatkan rawatan.

Rumah kosong lokasi melepak


  • Bilik yang dipercayai digunakan untuk merogol mangsa.Bilik yang dipercayai digunakan untuk merogol mangsa.

KOTA BHARU - Penduduk di sekitar kampung Hutan Pasir, semalam, tidak mengetahui kejadian dua remaja perempuan dirogol 38 lelaki di sebuah rumah kosong, di sini, dalam kejadian 20 Mei lalu.

Seorang penduduk, Rogayah Abdullah, 57, berkata, dia hanya mengetahui mengenai kejadian itu apabila tertangkapnya beberapa suspek yang tinggal berhampiran kediamannya.

“Makcik kerja di kedai makan dan sekitar jam 4 petang, makcik akan bersiap-siap ke kedai untuk berniaga.

“Balik ke rumah hampir jam 10 atau 11 malam, jadi memang makcik tak tahu langsung mengenai kejadian yang berlaku hanya beberapa meter dari rumah makcik,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.

Rogayah berkata, rumah kosong yang menjadi tempat dua remaja itu dirogol sememangnya sebelum ini dijadikan lokasi budak kampung melepak dan menghabiskan masa membaiki motosikal.

“Pernah saya suarakan kepada tuan rumah terbabit yang telah pindah ke kawasan lain supaya merobohkan rumah kayu peninggalannya itu, memandangkan rumah tersebut tidak berpenghuni dan sudah lama ditinggalkan kosong, namun pemiliknya endah  tak endah.

“Jadi, rumah terbabit dijadikan tempat remaja di sekitar kawasan ini membawa rakan mereka melepak dan sebelum ini polis pernah menyerbu rumah tersebut berhubung kes penagihan pil kuda,” katanya.

Sementara itu, Mat Hussin Mat Nor berkata, kegiatan remaja berkenaan di kawasan itu sebelum ini hanya tertumpu kepada membaiki motosikal dan melepak.

“Terkejut juga apabila ramai polis datang dan menangkap suspek  tinggal tidak jauh dari kediaman saya.

“Lagipun semasa kejadian kami tidak menyedari apa-apa kegiatan mencurigakan memandangkan ia berlaku pada waktu Maghrib dan tidak mendengar bunyi bising,” katanya.

Dalam kejadian 20 Mei lalu, dua remaja termasuk seorang pelajar tingkatan dua mendakwa dirogol bergilir-gilir oleh 38 lelaki dalam sebuah rumah kosong di Ketereh, di sini.

Mangsa yang berasal dari Kampung Guchil, Kuala Krai, pada mulanya mengikut seorang rakan lelakinya ke sebuah rumah kosong untuk menemui seorang rakan perempuan.

Dalam pertemuan itu, mangsa dihampiri seorang lelaki berusia 40 tahun yang dikatakan mempunyai hubungan dengan salah seorang lelaki yang tidak dikenali mangsa.

Mangsa gagal melarikan diri selepas dikepung dan dihampiri lebih 30 lelaki yang berada di atas rumah terbabit dan dirogol beramai-ramai.

Komando hilang sejurus tembak rakan


2014/05/29 - 05:34:02

Lahad Datu: Komando tentera yang dipercayai menembak rakan sekerjanya dan mencederakan dua pekerja sebuah pusat hiburan di depan sebuah kedai serbaneka 24 jam di sini semalam, dikatakan terus menghilangkan diri sejurus kejadian.

Sehingga awal malam tadi, polis masih memburu lelaki yang disyaki terbabit dalam insiden itu yang dipercayai masih berada di daerah ini. Kedua-dua komando berkenaan adalah anggota Rejimen Gerak Khas (RGK) bertugas di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) yang diselaraskan oleh Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).


Dalam kejadian jam 4.45 pagi itu, Lans Koperal Mohd Fiffixezafey Mat Husin, 28, dari Pasir Puteh, Kelantan, maut terkena tembakan di dada kiri dan meninggal dunia di Hospital Lahad Datu. Dua yang cedera, Eross Alias Razak, 31, dan Hassan Madali, 38, dimasukkan ke hospital sama, masing-masing cedera belakang badan dan betis.

Jumpa kelongsong peluru

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib dalam kenyataan semalam, berkata siasatan di lokasi kejadian menjumpai beberapa kelongsong peluru dan kesan tompokan darah, namun polis masih menyiasat untuk mengenal pasti motif jenayah itu selain mengesan seorang anggota tentera yang disyaki terbabit serta jenis senjata digunakan.

Difahamkan, polis menemui kelongsong peluru jenis 5.56 milimeter di lokasi kejadian, namun Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Senior Asisten Komisioner Omar Mammah ketika dihubungi, memaklumkan pihaknya masih menyiasat jenis senjata dan dakwaan suspek menggunakan M-16 bukan dikeluarkan oleh polis.

Sebelum insiden berkenaan, dikatakan berlaku pertengkaran di hadapan premis terbabit yang terletak berhampiran sebuah pusat hiburan, sebelum suspek dikatakan melepaskan beberapa das tembakan.
Sementara itu, Hassan ketika ditemui, berkata beliau dan rakan ke kedai serbaneka untuk membeli rokok dan air apabila melihat ada kekecohan berlaku sebelum cuba meleraikannya, namun beberapa ketika kemudian, terdengar beberapa das tembakan.

Coklat ada DNA babi dirampas


2014/05/29 - 05:25:41

Kota Bharu: Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Kelantan merampas coklat dipercayai mengandungi DNA Babi (Porcine) bernilai RM49,374.70, dalam operasi di seluruh Kelantan.

Timbalan Pengarahnya, Ab Ghani Harun, berkata rampasan itu membabitkan 15 kes di pasar raya, kedai runcit dan kedai serbaneka di negeri ini mengikut Akta Perihal Dagangan (APD) 2011.


Segera tarik balik produk coklat

Beliau berkata, pihaknya menjalankan operasi terhadap semua kedai yang menjual dua produk coklat iaitu Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan Cadbury Roast Almond selepas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menggantung serta-merta sijil pengesahan halal kedua produk itu.

Ab Ghani berkata, pihaknya meminta pihak pengurusan pasar raya atau kedai supaya lebih peka dan menarik balik segera kedua produk berkenaan daripada jualan.

Katanya, setakat operasi dijalankan, pihaknya mendapati kedua produk itu tidak lagi dijual.

11 anggota tentera ditahan bantu siasatan kes tembak di Lahad Datu


2014/05/29 - 12:00:24

KOTA KINABALU: Polis sudah menahan 11 anggota tentera dalam 24 jam lalu di sekitar Lahad Datu bagi membantu siasatan berhubung insiden tembak di bandar itu, awal pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Omar Mammah, berkata daripada 11 anggota tentera terbabit, polis percaya salah seorang daripadanya adalah suspek utama yang melepaskan tembakan hingga mengakibatkan seorang anggota komando maut, manakala dua pekerja kelab malam cedera.


"Semua yang ditahan dipercayai berada di lokasi kejadian ketika kekecohan itu berlaku. Polis juga merampas beberapa barang kes termasuk senjata api yang dipercayai digunakan dalam insiden terbabit," katanya.

Dalam kejadian jam 4.45 pagi semalam, anggota komando, Lans Koperal Mohd Fiffixezafey Mat Husin, 28, dari Pasir Puteh, Kelantan, maut terkena tembakan di dada kiri dan meninggal dunia di Hospital Lahad Datu.

Dua yang cedera ialah Eross Alias Razak, 31, dan Hassan Madali, 38, dimasukkan ke hospital sama, masing-masing cedera belakang badan dan betis.

7 beranak maut perlindungan sementara musnah dijilat api di Filipina


2014/05/29 - 11:54:24 AM

MANILA: Tujuh beranak maut apabila khemah yang digunakan sebagai tempat perlindungan sementara bagi mangsa Taufan Haiyan musnah dalam kebakaran di wilayah San Jose, kata pegawai tempatan hari ini.

Tragedi itu menunjukkan bahawa kerja-kerja pemulihan dan pembangunan yang perlahan di penempatan semula puluhan ribu mangsa Haiyan, yang membadai wilayah tengah Filipina, enam bulan lalu.


Pegawai pengurusan bencana bandar Tacloban, Derrick Anido, berkata kebakaran yang memusnahkan satu daripada 40 khemah itu berpunca daripada lampu minyak tanah.

Lima kanak-kanak berumur antara empat bulan dan 12 tahun maut di tempat kejadian apabila terperangkap di dalam khemah ketika kejadian.

Sementara itu, ibu kepada kanak-kanak terbabit meninggal dunia tidak lama kemudian ketika dikejarkan ke hospital.

Manakala seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang berada dalam keadaan kritikal disahkan meninggal dunia lewat malam tadi. - AP

6 anggota Geng Kerol diberkas, 120 rangka motosikal ditemui


2014/05/29 - 12:15:14
PASIR MAS: Polis melumpuhkan 'Geng Kerol' yang aktif mencuri motosikal di beberapa negeri termasuk Kelantan, selepas memberkas enam individu termasuk ketua kumpulan, dalam operasi khas yang dilancar 15 Mei lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, ACP Lai Yong Heng, berkata enam lelaki terbabit berusia antara 21 dan 32 tahun diberkas di sekitar Kota Bharu dan Bachok.


"Seorang daripada mereka adalah ketua kumpulan yang dikenali sebagai 'Kerol', berusia 20-an. Kita juga menemui 120 rangka motosikal curi yang dibuang di sebatang sungai di Bachok serta di beberapa buah rumah," katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Menurut Lai, geng itu aktif mencuri motosikal di Kelantan, Pulau Pinang, Perak, Terengganu dan Johor sejak setahun lalu.

Katanya, motosikal terbabit kemudian dilerai dan komponennya dijual dan antara yang paling banyak dicuri oleh geng ini ialah motosikal jenis Honda EX%.

"Polis menganggarkan nilai motosikal yang dicuri itu mencecah RM300,000," katanya sambil menambah polis sedang memburu saki-baki anggota kumpulan itu.

- BERNAMA

Pemandu maut, kelindan cedera lori bawa asid terbabas


2014/05/29 - 12:59:11
KEPALA BATAS: Seorang lelaki maut apabila lori muatan asid hidroklorik yang dipandunya merempuh besi penghadang jalan di Kilometer 126.9 Lebuhraya Utara Selatan, di sini, hari ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Mohd Shoki Hamzah, berkata kejadian pada jam 7.30 pagi itu melibatkan lori dari kawasan perindustrian Seberang Jaya di sini yang dalam perjalanan ke Sungai Petani, Kedah.


Beliau berkata, satu daripada tayar lori itu dipercayai tercabut kira-kira 300 meter dari plaza tol Bertam menuju Sungai Petani menyebabkan pemandunya hilang kawalan dan terbabas.

"Lori itu membawa 11 tong asid dan ketika anggota kami sampai dua daripada tong itu telah bocor dan isinya tumpah di atas jalan raya," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, pemandu lori enam tan yang hanya dikenali sebagai Lam Thin, 61, ditemui tersepit di tempat duduk pemandu dan disahkan mati di tempat kejadian manakala kelindan lori itu ialah rakyat Bangladesh, dikenali sebagai Sukumar Ghosh.

"Bomba terpaksa memotong bahagian hadapan lori untuk mengeluarkan mangsa tersepit dan lelaki Bangladesh yang cedera ringan dihantar ke hospital berdekatan," katanya.

Beliau berkata, Pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) memindahkan baki asid ke dalam bekas lain dan kawasan kemalangan dibersihkan sepenuhnya pada jam 9 pagi ini.
- BERNAMA

‘Abang tak mampu beri kemewahan’

‘Abang tak mampu beri kemewahan’
Norhidayah (kanan) dan Norma melihat gambar Mohd Fiffixezafey yang maut ditembak. - Foto Azlan Hafeedz 
Pasir Puteh: Maafkan abang tak sempat nak bagi kemewahan dan kebahagiaan kepada sayang kerana abang akan pergi buat selama-lamanya selepas ini.

Itu antara kata-kata terakhir komando tentera, Lans Koperal Mohd Fiffixezafey Mat Husin, 28, ketika menghubungi isterinya, Norhidayah Hasbullah, 27, kira-kira jam 10 malam kelmarin, sebelum dia maut dipercayai ditembak oleh rakan sekerja di Lahad Datu, Sabah, jam 4.45 pagi semalam.

Ketika ditemui di rumah keluarga arwah di Kampung Gong Guchil, Sungai Petai, Gaal, di sini semalam, Norhidayah memberitahu, arwah berkata demikian dengan suara sebak dan tersekat-sekat, tapi beliau menegur suaminya dan memaklumkan bukan kemewahan dicari, sebaliknya mahu suami sentiasa selamat sepanjang bertugas di Sabah.


Tak sangka itu perbualan terakhir kami. Sebenarnya, arwah yang juga anak kedua daripada lima beradik teringin sangat nak jumpa saya... gembira kerana saya mengandung dua bulan anak pertama kami. Sabtu ini pula ulang tahun pertama perkahwinan kami, katanya.

Ditembak di dada kiri

Mohd Fiffixezafey terkena tembakan di dada kiri dan meninggal dunia di Hospital Lahad Datu (HLD). Kejadian turut menyebabkan dua pekerja pusat hiburan, Eross Alias Razak, 31, dan Hassan Madali, 38, masing-masing cedera belakang badan serta betis dan dimasukkan ke hospital sama.

21 maut, hospital terbakar

Foto
Anggota bomba dan penyelamat membantu menyelamatkan mangsa kebakaran di hospital di Jangseong, semalam. - Foto AFP
 Jangseong: Sebuah hospital khusus untuk orang tua di Korea Selatan terbakar awal semalam dan mengorbankan 21 orang, yang mungkin dimulakan oleh seorang pesakit demensia berusia 81 tahun, menurut siasatan awal polis.

Kebanyakan mangsa mati akibat lemas, kata pegawai penyelamat, apabila kebakaran di tingkat atas bangunan tiga tingkat itu menyebabkan bilik-bilik dan koridor dipenuhi asap toksik yang tebal dan melemaskan.
Seramai tujuh orang cedera, enam daripada mereka berada dalam keadaan kritikal akibat tersedut asap yang berlebihan.


Kebakaran berlaku selepas tengah malam di sebuah hospis di daerah Jangseong kira-kira 300 kilometer di selatan Seoul.

Pusat berkenaan menjaga hampir 80 warga yang mengalami sakit kronik, kebanyakannya terlantar, termasuk pesakit angin ahmar dan pesakit Alzhemer.

Ketua polis tempatan, Roh Kyoo-Ho berkata seorang pesakit lelaki berusia 81 tahun yang mengalami demensia ditahan selepas rakaman CCTV menunjukkan beliau memasuki bilik penyimpanan, tempat api itu dipercayai bermula.

“Kami memberi tumpuan kepada kemungkinan kebakaran disengajakan,” kata Roh, sambil menambah bahawa lelaki itu, yang hanya dikenali sebagai Kim, menafikan sebarang pembabitan.
Temui pemetik api

“Kami menemui pemetik api di tempat kejadian dan pakar-pakar forensik sedang menyiasatnya,” katanya.

Walaupun kebakaran itu berjaya dikawal dalam tempoh 30 minit, keadaan fizikal pesakit di tingkat atas menyebabkan mereka gagal menyelamatkan diri secara sendiri sebelum mati akibat asap tebal.

Seorang daripada tiga jururawat yang bertugas mati ketika cuba untuk memadamkan api menggunakan alat pemadam api.

Ia adalah insiden kematian kedua akibat kebakaran dalam masa dua hari selepas tujuh orang terbunuh dalam kebakaran di terminal bas berhampiran Seoul pada hari Isnin dan ketika warga Korea Selatan masih terasa bahang bencana feri bulan lalu yang meragut nyawa kira-kira 250 kanak-kanak sekolah.

Tragedi amat dahsyat

Ketua pentadbir hospis Jangseong, Lee Hyung-Seok melutut dan menyentuh dahinya ke tanah tanda sesal. “Saya minta maaf. Saya memohon maaf atas tragedi yang amat dahsyat ini,” kata Lee.

Seramai 20 mangsa kebakaran semalam adalah antara 34 orang pesakit yang berada di wad tingkat atas, dan hanya tujuh daripada mereka berjaya menyelamatkan diri.

Kedua-dua kakitangan hospital dan anggota bomba menafikan laporan awal bahawa beberapa pesakit masih terikat pada katil mereka. AFP

Mengaku berlagak polis


Kota Bharu: Seorang peniaga cakera padat didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam selepas mengaku bersalah atas dua tuduhan menyamar sebagai pegawai polis dan memiliki sepasang gari pada 13 Mei lalu.

Keputusan dibuat Majistret Isa Mohamed terhadap tertuduh, Mohammad Amy Shah Rizan Mohammad, 23, selepas dia mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan sebaik ia dibacakan jurubahasa mahkamah.


Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa dengan niat melakukan kesalahan menyamar penjawat awam sebagai pegawai polis cawangan D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sebuah kedai santan di Kampung Sireh, jam 6.45 petang pada 13 Mei 2014.



Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.


Bagi pertuduhan kedua, dia pada waktu, tarikh dan tempat sama didakwa memiliki sepasang gari bertulis Super-K tanpa kebenaran sah.


Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 89 (a) Akta Polis 1967 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 94 Akta Polis 1967 jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih RM500 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Liyana Md Zukri.


Mengikut fakta kes, tertuduh ditangkap sepasukan pegawai penguat kuasa agama bersama seorang wanita selepas mendapat maklumat berhubung perlakuan khalwat.

Ketika ditahan, tertuduh mengaku seorang pegawai polis dan pemeriksaan lanjut menemui sepasang gari dan dua walkie-talkie.


Ketika meminta garinya dipulangkan oleh pegawai penguatkuasa terbabit, tertuduh mempamerkan sekeping kad yang tergantung di lehernya yang mempunyai lambang polis berwarna biru sambil mengatakan dirinya seorang penjawat awam.


Isa menjatuhkan hukuman denda RM3,000 atau lima bulan penjara bagi pertuduhan pertama dan denda RM500 atau sebulan penjara bagi tuduhan kedua.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/29

Pegawai China ugut tiga individu didenda RM4,500


Kuala Lumpur: Seorang pegawai pelaburan warga China dikenakan hukuman denda RM4,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas tiga pertuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap tiga individu Oktober tahun lalu.

Majistret Erry Shahriman Nor Aripin menjatuhkan hukuman itu terhadap Shujin Xie, 41, dan turut memerintahkan lelaki itu dikenakan hukuman penjara dua bulan bagi setiap pertuduhan jika gagal membayar denda.


Xie didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengancam hendak mendatangkan bencana terhadap Wong Lai Siew, Lai Chee Tiong dan Wu Hui.



Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Jalan Aman, pada jam 3 petang, 14 Mei lalu.


Bagi perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.


Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Diana Nor Azwa manakala tertuduh diwakili peguam Mohammad Arifin Abdul Wahab.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/29

RM80,000 lesap akibat mahu untung lebih


Kuala Lumpur: Akibat tamak dan ingin mengaut keuntungan berlipat ganda seorang pengurus kerugian RM 80,000 selepas ditipu sebuah syarikat pelaburan berasaskan pengiklanan.

Mangsa yang enggan dikenali berkata, pembabitan awalnya dalam pelaburan itu bermula apabila tertarik dengan tawaran yang dipromosikan syarikat itu ketika menghadiri pameran di sebuah pusat beli-belah di sini tahun lalu.


Menurutnya, dia yang teruja mengenai pelaburan itu mula melabur RM40,000 menggunakan kad kreditnya dan berjaya menerima RM3,600 sebagai komisen awal bermula Jun hingga November tahun lalu. “Pada November itu adalah komisen terakhir yang saya terima.



“Seorang kakitangan syarikat itu kemudian menghubungi dan memujuk saya supaya menambah lagi pelaburan dengan memberi alasan kuota pelaburan saya sudah maksimum.


“Termakan dengan pujukan itu, saya menambah pelaburan sebanyak RM50,000 juga menggunakan kad kredit pada bulan sama,” katanya.


Menurutnya, sejak pelaburan kedua itu, tiada lagi komisen diterimanya menyebabkan dia mula menghubungi kakitangan syarikat itu namun gagal.

“Komisen yang tidak diterima membuatkan saya mengambil keputusan untuk ke pejabat syarikat itu dan terkejut apabila mendapat tahu pejabat itu telah lama ditutup malah terdapat lagi beberapa individu lain yang juga turut ditipu.


“Sejurus itu, saya membuat laporan polis di Balai Polis Dato Keramat Pulau Pinang, Jumaat lalu. Polis kemudian memindahkan kes berkenaan ke Brickfields,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/29

Duda menumpang cuba tolak bekas isteri


Kuala Lumpur: Meskipun sudah bercerai sejak empat tahun tahun, seorang lelaki berusia 50-an masih berterusan berdendam dengan bekas isteri hingga cuba menolak wanita itu dari tingkat lapan rumah mereka di Jalan Puchong, di sini kelmarin.

Difahamkan, pasangan itu masih tinggal sebumbung berikutan lelaki itu tiada pekerjaan tetap dan merayu kepada bekas isterinya untuk membenarkan dia menumpang di rumah itu.


Mangsa yang mahu dikenali sebagai Maisarah, 49, berkata, dia bercerai dengan bekas suaminya akibat tidak tahan dengan perangai panas barannya namun akibat kasihan, dia masih membenarkan lelaki itu yang tidak mempunyai tempat tinggal menyewa sebuah bilik di rumahnya.



Katanya, meskipun sudah bercerai lelaki itu tetap meneruskan perangai panas barannya malah dia pernah ditampar apabila meminta dia tidak membazir elektrik dan air berikutan dia seorang saja yang bekerja untuk menanggung dua orang anak dan lelaki berkenaan.


“Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang kelmarin, saya cuba menegur sikap bekas suami yang masih tidak berkerja hingga saya terpaksa menanggungnya. Teguran saya itu menyebabkan bekas suaminya itu cuba menolaknya ketika berada di balkoni rumah namun saya sempat berpaut pada rod besi balkoni.


“Selepas menjerit meminta tolong, anak sulung saya yang berusia 16 tahun yang kebetulan berada di rumah menolong saya dengan bantuan jiran lain manakala bekas suaminya itu melarikan diri,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, dia yang cedera di tangan, kepala dan kaki kiri akibat kejadian itu mendapatkan rawatan di klinik swasta sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Petaling.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/29

Gigit bibir rakan hingga putus


Ras Al Khaimah: Mahkamah bandar raya ini semalam menjatuhi hukuman dua bulan penjara dan denda Dh1,500 (RM1,317) ke atas seorang pembantu rumah kerana menggigit bibir rakan sekerjanya sehingga putus.

Wanita itu didapati bersalah menyerang pembantu rumah warga Afrika berikutan pertengkaran antara mereka di kediaman majikannya.
Dia ditahan dan dibicarakan selepas majikannya membuat laporan polis. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/29

Polis Jepun buru lelaki lontar air kencing


Tokyo: Polis bandar raya ini melancarkan gerakan memburu seorang lelaki yang didakwa melontar air kencingnya menyasarkan wanita muda.

Setakat ini, enam laporan diterima membabitkan lelaki berkenaan.

Kes pertama dilapor berlaku pertengahan April di utara Tokyo apabila lelaki berkenaan melontar cecair ke atas seorang wanita di jalan raya, lapor akhbar Asahi Shimbun.

Polis merumuskan cecair itu air kencing selepas meneliti warna dan ciri-cirinya.



Sejak itu, menurut sumber, lima kes yang sama dilapor berlaku di sekitar kawasan berkenaan.

Polis tidak menolak perbuatan itu dilakukan oleh suspek yang sama, katanya.

Mangsa yang terdiri daripada remaja dan wanita dalam lingkungan usia 20-an berkata, suspek yang memakai topi keledar itu menyimbah cecair itu pada muka dan bahagian atas badan mereka.


- AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/29

Belasah suspek kes rogol


Kota Bharu: Seorang lelaki parah dibelasah sekumpulan individu dipercayai kerana merogol kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dalam kejadian di Pantai Seri Tujuh, Tumpat, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, kumpulan individu dipercayai ahli keluarga mangsa dikatakan membelasah lelaki berusia 30-an itu di hadapan orang ramai.


Lelaki itu yang cedera parah kini menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), di sini. Sumber berkata, mangsa yang berasal dari Jertih, Terengganu dikatakan datang ke rumah saudaranya di Bachok sebelum menjadi mangsa rogol lelaki berkenaan. Turut didakwa merogol mangsa adalah rakan lelaki terbabit. Sumber itu berkata, kerana marah, keluarga mangsa mencari suspek sebelum seorang daripadanya dikesan berniaga di Pantai Seri Tujuh, Tumpat.



“Sebaik melihat mangsa, kumpulan individu terbabit terus menyerang dan melucutkan seluar mangsa sebelum memukulnya dipercayai dengan rotan sambil disaksikan orang awam,” katanya. Perlakuan itu turut dirakam pihak tertentu dan dimuat naik sebelum tersebar secara meluas di Internet sejak semalam.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/29

Remaja perempuan direman


Kota Bharu: Empat individu termasuk seorang remaja perempuan berusia 17 tahun ditahan reman bagi membantu siasatan kes dua pelajar yang didakwa dirogol beramai-ramai oleh 38 lelaki dalam kejadian di Ketereh, di sini, 20 Mei lalu.
Tiga suspek berusia 17 hingga 32 tahun direman selama seminggu manakala remaja perempuan itu direman enam hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Perintah reman dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Majistret Kota Bharu Roszita Md Saad.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Azham Othman berkata, empat suspek itu adalah antara 12 individu yang ditahan polis bermula pagi kelmarin dalam tiga tangkapan berasingan di sekitar Kampung Hutan Pasir dan Kampung Padang Lembek, Ketereh.

“Tangkapan pertama membabitkan empat suspek pada jam 4 pagi semalam (kelmarin). Dua tangkapan dilakukan pada jam 3.30 pagi dan 10.30 pagi tadi (semalam) masing-masing membabitkan enam dan dua suspek. Semua yang ditahan adalah seramai 12 individu.

“Kita masih meneruskan operasi memburu suspek yang disyaki terbabit dalam kes ini bagi melengkapkan siasatan,” katanya, semalam.
Foto
ANTARA suspek yang direman semalam untuk membantu siasatan.
Akhbar semalam melaporkan seorang remaja berusia 15 tahun dan rakannya mendakwa menjadi mangsa rogol 38 lelaki dalam kejadian kira-kira 7.30 malam pada 20 Mei lalu.

Sebelum kejadian, mangsa berusia 15 tahun itu dikatakan menerima panggilan telefon daripada rakan perempuan yang mendakwa berada di Ketereh dan meminta mangsa membantu membawanya pulang ke rumah.
Pelajar itu kemudian mendapatkan bantuan seorang rakan lelaki yang mempunyai motosikal untuk mengambilnya sebelum menjemput rakannya di Ketereh.

Azham berkata, berdasarkan siasatan awal, 10 daripada suspek terbabit didapati positif dadah dan berada di bawah pengaruh bahan itu ketika melakukan perbuatan berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, polis tidak dapat memastikan sama ada remaja perempuan ditahan reman dan mangsa yang juga pengadu berusia 15 tahun juga positif dadah kerana belum menjalani ujian air kencing.

“Semua suspek lelaki yang ditangkap adalah positif dadah dan tindakan dilakukan ketika berada di bawah pengaruh dadah.

“Siasatan juga mendapati tempat kejadian sebuah rumah kosong yang dijadikan ‘port’ dadah,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/29

Datang beli ubat penahan sakit dua kali


Kota Bharu: “Saya tidak pasti dia (mangsa rogol) atau tidak, tetapi beberapa hari lalu dia ada datang ke sini bersama seorang pemuda kampung ini untuk membeli ubat penahan sakit,” kata seorang peniaga kedai runcit di Kampung Hutan Pasir, Keterah, di sini ketika ditanya mengenai kejadian dua remaja disyaki dirogol 38 lelaki di kampung berkenaan.

Peniaga berusia 40-an yang enggan dikenali itu mendakwa didatangi remaja berkenaan sebanyak dua kali semata-mata mahu membeli ubat penahan sakit sekali gus mengundang curiga.


Katanya, dia mengesyaki gadis berkulit putih itu salah seorang mangsa kejadian selepas melihat pemuda yang menemaninya dikejar pihak polis kelmarin.



“Memang kedai saya ada menjual ubat tahan sakit untuk keperluan penduduk kampung, tapi beberapa hari lalu remaja itu datang menaiki motosikal dengan pemuda berkenaan untuk beli dapatkan ubat terbabit dengan jumlah keseluruhan tidak lebih lima biji. “Mereka datang sebelah pagi, kemudian datang lagi pada sebelah petang. Walaupun pelik kerana datang berulang, tapi saya tidak mengesyaki apa-apa dan tidak juga bertanya lanjut.


“Malah, gadis itu juga jarang dilihat di sini dan percaya dia bukan penduduk kampung kami,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Seorang lagi penduduk kampung mendakwa terdengar bunyi orang berkejaran sekitar jam 6.30 pagi semalam.

Katanya, dia cuba mengintai daripada dalam rumah dan melihat beberapa lelaki ditahan sepasukan anggota polis yang melakukan serbuan di rumah kosong yang disyaki lokasi kejadian rogol.


“Rumah itu sudah ditinggalkan kosong sejak 10 tahun dan kami penduduk kampung tidak mengesyaki apa-apa,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/29

Paksa dua pencuri bertumbuk


Oleh Syazwan Msar

Temerloh: Berang getah sekerap sering dicuri, penduduk kampung meminta dua lelaki disyaki penagih dadah bertumbuk sesama sendiri sebagai balasan selepas ditangkap mencuri hasil getah di Kampung Bangau Parit, di sini, kira-kira jam 5 petang kelmarin.

Tindakan terbabit sebagai pengajaran kepada dua lelaki berusia awal 30-an yang dipercayai sering melakukan perbuatan itu sehingga menyebabkan penduduk kampung kerugian ribuan ringgit.



Seorang penduduk, Shahidul Rizal Mohd Said, 32, berkata, kejadian disedarinya selepas melihat dua lelaki berkenaan dalam keadaan mencurigakan di kawasan kebun sebelum mencuri getah sekerap.

Melihat tindakan tidak bertanggungjawab lelaki berkenaan, dia memaklumkan kejadian kepada ketua kampung sebelum mengepung suspek yang sedang leka memunggah getah sekerap.


“Penduduk kampung meminta kedua-dua lelaki berkenaan bertumbuk sesama sendiri sebagai pengajaran atas perbuatan yang menyusahkan orang lain.




Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/29

‘Peluk sebelum terkena di betis’



Lahad Datu: “Saya melihat Razak rebah terkena tembakan lalu memeluknya sebelum saya turut terkena tembakan di betis,” kata Hassan Madali, 38, mangsa yang terkena tembakan dalam kejadian tembakan rambang di hadapan sebuah kedai serbaneka 24 jam di bandar Lahad Datu di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 4.45 pagi itu juga, seorang anggota komando Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Lans Koperal Mohd Fiffixezafey Mat Husin, 28, dari Pasir Puteh, Kelantan, terkena tembakan di kiri dada dan meninggal dunia di Hospital Lahad Datu jam 5.40 pagi.


Hassan yang bertugas sebagai pengawal sebuah pusat hiburan cedera di betis kini menerima rawatan di Hospital Lahad Datu manakala rakan sekerjanya dikenali sebagai Razak dipindahkan ke Hospital Besar Tawau untuk rawatan susulan.



Difahamkan, beberapa das tembakan dilepaskan seorang lagi komando selepas berlaku pertengkaran di kedai serbaneka itu sehingga terkena rakannya dan dua pekerja pusat hiburan berhampiran.


Kedua-dua komando terbabit anggota Rejimen Gerak Khas (RGK) yang bertugas di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) yang diselaraskan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).


Menceritakan lebih lanjut kejadian itu, Hasan berkata, dia dan Razak diselamatkan orang awam yang menghantar mereka berdua ke Hospital Lahad Datu.

“Saya terkejut terdengar bunyi tembakan dan cuba menyelamatkan diri, namun saya melihat Razak dalam keadaan hendak rebah kerana terkena tembakan lalu segera memeluknya sebelum menyelamatkan diri.


“Saya dan Razak diselamatkan orang awam dan dibawa ke hospital,” katanya.

Menurutnya, ini kali pertama dia berhadapan situasi seperti ini dan tidak mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.


“Ketika kejadian, saya cuba meleraikan pertengkaran sebelum terdengar bunyi tembakan,” katanya.


Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian dia terdengar beberapa das tembakan namun tidak tahu apa yang berlaku ketika itu.


Sementara itu, tinjauan di lokasi kejadian semalam mendapati aktiviti harian dan perniagaan di bandar ini berjalan seperti biasa dan keadaan terkawal.


Bagaimanapun, ketika siasatan dijalankan anggota polis di depan kedai serbaneka 24 jam terbabit, pihak media serta orang awam dilarang menghampiri kawasan kejadian.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/29

Dirempuh lori 10 tan


Kuala Langat: Seorang lelaki berusia 40-an berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya dari arah Puchong menuju ke Plaza Tol Saujana Putra secara tiba-tiba dirempuh sebuah lori bermuatan 10 tan dari arah bertentangan, di sini semalam.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi itu, lori berkenaan yang datang dari arah bertentangan dan dipercayai gagal dikawal merempuh sebuah kereta jenis Honda Odyssey yang ketika itu baru selesai membayar tol di lorong bertentangan.


Menurut sumber polis, lori berkenaan dipercayai mengalami masalah brek.



“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan polis juga sudah mengambil keterangan pemandu lori itu untuk tindakan lanjut,” katanya.


Sementara itu, Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Selangor Deputi Superintendan Azmi Mansor ketika dihubungi mengesahkan mengenai kemalangan itu dan berkata, satu siasatan menyeluruh sedang dijalankan.


Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/29

Nahas balik sambutan Pesta Menuai


Kudat: Tujuh sekeluarga yang baru selesai menghadiri sambutan Pesta Menuai nyaris maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh menghadang jalan di Jalan Dualog, dekat sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, pemandu Siun Oniting, 51, dan tiga anaknya Fenny Siun, 3, Harfina Siun, 5, Susan Siun, 10, dan dua sepupunya berusia lima dan 38 tahun hanya mengalami cedera ringan.


Semua mereka ini hanya mengalami luka akibat terkena serpihan kaca dan dirawat di Hospital Kudat, di sini, sebagai pesakit luar.



Ketua Polis Daerah Kudat Superintendan Dawi Ossen berkata, siasatan awal mendapati semua mereka ini menaiki kenderaan Proton Wira dalam perjalanan pulang selepas menghadiri sambutan pesta menuai.


“Kenderaan yang dipandu oleh Siun dari arah Kampung Dualog menuju ke Kampung Kumbatang selepas menghadiri sambutan Pesta Menuai dan Penyampaian Hadiah di Sekolah Kebangsaan (SK) Dualog, di sini.


“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta Proton Wira dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah jalan sebelum merempuh penghadang jalan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, semua mangsa hanya cedera ringan selepas terkena serpihan kaca.


“Semua mangsa yang cedera dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Kudat, di sini.

“Difahamkan, ketika kejadian keadaan cuaca hujan lebat,” katanya.


Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia Kudat, Jasri Ab Jal berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4 dan sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.


“Sebuah jentera bomba dengan kekuatan lima anggota bomba bergegas ke lokasi bagi menjalankan kerja penyelamatan.


“Mangsa yang tersepit kemudian berjaya dikeluarkan sebelum dibawa ke Hospital Kudat untuk rawatan lanjut,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/29

‘Disondol’ dari belakang


Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

Kuala Lumpur: Atlet berbasikal kebangsaan yang juga pemenang pingat emas Sukan Sea Kimberly Yap Fui Li, 29, cedera selepas basikal ditunggangi ketika latihan terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Penchala menghala Damansara, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 8.45 pagi itu, mangsa sedang menjalani latihan secara berseorangan sebelum basikal yang ditungganginya dirempuh dari belakang oleh kereta jenis Toyota Harrier.


Menurut sumber polis, berikutan kejadian itu, dia mengalami kecederaan di kepala, badan dan kaki sebelum dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).



Katanya, siasatan awal mendapati mangsa sedang mengayuh basikalnya di tepi jalan selepas melalui terowong Penchala sebelum dirempuh dari belakang.


“Pihak polis sudah mengambil keterangan pemandu kereta itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan sama ada terdapat unsur kecuaian daripada pemandu kereta itu atau sebaliknya,” katanya.


Difahamkan, Kimberly tidak mengalami sebarang kecederaan dalaman mahupun patah anggota badan namun masih memerlukan rawatan rapi.

Sementara itu, menurut adik mangsa yang juga perenang kebangsaan, Daniel Beego, kakaknya kebiasaan menjalani latihan seawal jam 7 pagi dan sering menggunakan laluan itu sebagai laluannya.


“Saya diberitahu dia dalam persiapan untuk menyertai latihan dalam beberapa kejohanan akan datang dan kerana itu, dia sering berlatih awal pagi untuk mempersiapkan dirinya,” katanya ketika ditemui di PPUM.

Kimberly yang juga atlet triathlon negara sebelum ini pernah menyertai beberapa kejohanan antarabangsa seperti temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade) ke-26 di Shenzen, China dan Sukan SEA Jakarta, Indonesia pada 2011.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/29

‘VIP di belakang sindiket diesel’


Kota Tinggi: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak mengenepikan kemungkinan ada pembabitan orang kenamaan di belakang sindiket penyeludupan diesel terbesar yang pernah ditumpaskan setakat ini dalam satu operasi bersepadu di sekitar perairan Pulau Lima, Sungai Rengit di sini, Isnin lalu.
Dalam operasi 5.20 petang itu, pasukan penguat kuasa dari ibu pejabat KPDNKK Putrajaya berjaya merampas 3.7 juta liter diesel bersubsidi bernilai RM7.4 juta selain menyita empat kapal tangki dengan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM50 juta.
Timbalan Pengarah Penguat Kuasa (Pembangunan) KPDNKK Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, pihaknya turut menahan 52 anak kapal warga asing dalam operasi dipercayai dapat melumpuhkan kegiatan sindiket penyeludupan diesel antarabangsa yang bermaharajalela di perairan selatan tanah air.

Menurutnya, hasil risikan mendapati sindiket berkenaan meraih keuntungan lumayan dengan menjual bahan bersubsidi itu pada harga AS$1 bersamaan RM3.20 seliter kepada kapal asing selain menjualnya terus ke negara lain.
Foto
ISKANDAR (kanan) memeriksa kapal yang ditahan mengandungi diesel bersubsidi.

“Kejayaan terbesar dalam sejarah rampasan diesel bersubsidi negara itu adalah hasil siasatan terhadap dalang sindiket sama yang ditahan di Pelabuhan Kuantan, Pahang pada 4 April lalu dan sekitar Tanjung Belungkur di sini pada 19 Mei lalu.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/29

Patah tangan lawan peragut

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

Gombak: Seorang wanita patah tangan kiri manakala rakannya cedera di muka, tangan dan lutut selepas bergelut dengan dua lelaki yang cuba meragut beg tangan milik salah seorang daripada mereka dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat di Greenwood, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, kedua-dua mangsa berusia 20-an yang menunggang motosikal berhenti di persimpangan lampu isyarat kerana lampu merah sebelum tiba-tiba sebuah motosikal dinaiki dua lelaki cuba merampas beg tangan milik mangsa yang membonceng.
Menurut sumber, mangsa enggan melepaskan beg tangannya itu menyebabkan berlaku pergelutan antara mereka selama beberapa minit sebelum hilang kawalan dan terjatuh dari motosikal.

“Lelaki terbabit yang panik melihat kejadian itu terus memecut laju tanpa sempat merampas beg tangan itu.
Foto
MANGSA ragut diberikan bantuan kecemasan awal oleh orang awam.

“Akibat kejadian itu, penunggang motosikal itu patah tangan kiri dan cedera di muka sementara mangsa yang membonceng turut mengalami kecederaan di muka, tangan dan lutut,” katanya.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/29

Sindiket curi jengkaut tumpas


SEPANG – Lima lelaki berumur antara 17 hingga 47 tahun yang terlibat dalam satu sindiket curi dan jual jentera berat ditahan dalam dua serbuan berasingan di sini pada 23 Mei dan Selasa lalu.
Dalam serbuan itu, sepasukan anggota dan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang turut merampas enam buah jengkaut yang dianggarkan bernilai RM500,000.
Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Mohd. Yusoff Awang berkata, sindiket yang aktif sejak setahun lalu itu dipercayai bergerak aktif mencuri jentera berat di negeri ini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0529&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz333tsfGxB 
Hakcipta terpelihara 

Pekerja maut gas meletup


KILANG gas di Jalan Lanang, Sibu yang meletup dan menyebabkan seorang pekerjanya terbunuh semalam.


KUCHING - Seorang pekerja sebuah kilang gas industri di Jalan Lanang di Sibu maut apabila berlaku letupan di dalam kilang tersebut pada pukul 12.30 tengah hari semalam.
Kejadian berlaku ketika mangsa Mohd. Ariffin Bayang, 31, sedang melakukan kerja-kerja mengisi gas ke dalam tong-tong yang lebih kecil untuk kegunaan kimpalan bersama beberapa pekerja lain.
Bagaimanapun, secara tiba-tiba berlaku satu letupan ketika mangsa dikatakan sedang melakukan kerja-kerja mengisi gas itu. Mangsa tidak sempat menyelamatkan diri menyebabkan dia mati di tempat kejadian.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0529&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz333tjVbx6 
Hakcipta terpelihara 

Helikopter TUDM mendarat cemas



INILAH helikopter milik TUDM jenis Alouette III yang melakukan pendaratan cemas di padang Sekolah Kebangsaan Nawa, Pokok Sena, Alor Setar semalam.


ALOR SETAR - Sebuah helikopter mil
ik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jenis Alouette III melakukan pendaratan cemas di padang Sekolah Kebangsaan Nawa, Pokok Sena di sini dipercayai akibat masalah teknikal semalam.
Dalam kejadian pukul 11.20 pagi itu, helikopter yang dalam latihan penerbangan tersebut dikendalikan oleh dua juruterbang sebelum berlaku masalah teknikal yang memaksa mereka melakukan pendaratan cemas.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0529&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz333XCAutO 
Hakcipta terpelihara 

Suami maut, isteri patah tangan



MOTOSIKAL jenis Modenas milik mangsa remuk selepas dirempuh oleh sebuah lori dalam kejadian di Jalan Demak Laut, Kuching semalam.


KUCHING - Hasrat sepasang suami isteri untuk pulang ke rumah di Kampung Sejingkat berakhir dengan tragedi apabila mereka terbabit dalam satu kemalangan di Jalan Demak Laut di sini semalam.
Kemalangan kira-kira pukul 3.30 petang itu mengakibatkan mangsa, Khairul Makri, 23, maut, manakala isterinya Izzah Abdullah, 22, patah tangan kanan.
Jurucakap polis berkata, kemalangan berlaku apabila sebuah lori satu tan yang datang dari arah bertentangan secara tiba-tiba merempuh motosikal jenis Modenas yang ditunggang Khairul.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0529&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz333WoAR2x 
Hakcipta terpelihara 

Atlet basikal koma kemalangan



KIMBERLY yang cedera terbaring di atas jalan raya selepas dirempuh Toyota Harrier di Lebuh Raya Penchala Link, Petaling Jaya semalam.


PETALING JAYA - Atlet lumba basikal negara, Kimberly Yap Fui Li, 28, cedera parah selepas dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV), Toyota Harrier di Lebuh Raya Penchala Link di sini semalam.
Dalam kejadian, pada pukul 8.45 pagi itu, Kimberly yang baru selesai menjalani latihan harian bersama lima rakan dirempuh ketika atlet berkenaan mengayuh basikal di terowong untuk pulang ke rumahnya di Damansara Perdana dekat sini.
Semasa kejadian, mangsa menunggang basikal secara bersendirian kerana lima rakannya mengambil laluan lain menuju ke rumah masing-masing.
Difahamkan, selepas dirempuh Toyota Harrier itu, Kimberly melambung sebelum terjatuh ke atas bonet kenderaan tersebut sebelum tercampak ke atas jalan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0529&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz333WV9OAo 
Hakcipta terpelihara 

Komando mati kena tembakan



ANGGOTA polis memeriksa lokasi kejadian seorang anggota tentera komando yang mati terkena tembakan rakan setugas di Lahad Datu, Sabah semalam.


LAHAD DATU – Seorang anggota tentera komando terbunuh manakala dua orang awam cedera selepas terkena tembakan dipercayai dilepaskan rakan setugas ketika mereka cuba meleraikan satu pergaduhan di hadapan sebuah kedai serbaneka 24 jam di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 4.45 pagi itu, mangsa Lans Koperal Mohd. Fiffixezapey Mat Hussin, 28, yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan disahkan meninggal dunia di Hospital Lahad Datu akibat mengalami kecederaan pada dada kiri.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0529&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz333VnfnK0 
Hakcipta terpelihara 

Helikopter TUDM mendarat cemas


POKOK SENA 28 Mei - Sebuah helikopter milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan pendaratan cemas dipercayai akibat masalah teknikal di padang Sekolah Kebangsaan Nawa di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140528/je_12/Helikopter-TUDM-mendarat-cemas#ixzz333SmVl7D
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sindiket antarabangsa kaut untung jutaan ringgit


JOHOR BAHRU 28 Mei - Kegiatan penyelewengan minyak diesel bersubsidi yang didalangi sindiket antarabangsa dipercayai mengaut keuntungan jutaan ringgit hasil penjualan bahan bakar itu kepada kapal dagang dengan harga AS$1 (RM3.20) berbanding harga asal sebanyak RM2 seliter.
Malah, pelbagai cara digunakan sindiket untuk mengaburi mata pihak berkuasa daripada dikenakan tindakan termasuk memalsukan dokumen pembekalan syarikat minyak.
‎Perkara tersebut didedahkan oleh Timbalan Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Iskandar Halim Sulaiman selepas pasukannya menggagalkan cubaan menyeludup sebanyak 3.7 juta liter diesel bersubsidi bernilai RM7.4 juta di perairan Pulau Lima berhampiran Sungai Rengit di sini Isnin lalu.
Beliau berkata, operasi bersepadu yang dijalankan pukul 5.20 petang itu disertai beberapa agensi termasuk Pasukan Polis Marin serta Jabatan Laut dan diselaraskan oleh Pasukan Petugas Khas Jabatan Peguam Negara.‎
"Dalam operasi berkenaan, empat buah kapal tangki masing-masing sebuah didaftarkan di Kuching, Sarawak ‎dan tiga lagi di Panama ditahan bersama-sama dengan 52 anak kapal warga Vietnam, Thailand dan Indonesia. - UTUSAN ONLINE
Hasil pemeriksaan mendapati kapten kesemua kapal berkenaan gagal menunjukkan sebarang dokumen yang berkaitan dengan bahan bakar tersebut," katanya‎ semasa mengumumkan kejayaan tersebut di Terminal Feri Tanjung Belungkor, di sini hari ini


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140528/je_11/Sindiket-antarabangsa-kaut-untung-jutaan-ringgit#ixzz333SdM68b
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Rogol: Empat individu ditahan reman


KOTA BHARU 28 Mei - Empat individu termasuk seorang remaja perempuan berusia lima belas tahun ditahan reman masing-masing enam dan tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung dua pelajar dirogol 38 lelaki di Ketereh di sini malam Selasa lalu.
Suspek yang ditahan reman itu termasuk salah seorang remaja yang turut menjadi mangsa dalam kejadian tersebut.
Perintah tahanan tersebut dikeluarkan oleh Pendaftar, Rozita Md. Saat di Mahkamah Majistret Kota Bharu dekat sini hari ini.
Lapan lagi suspek yang ditahan awal pagi ini akan mendapat perintah tahanan reman esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.-UTUSAN ONLINE.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140528/je_13/Rogol-Empat-individu-ditahan-reman#ixzz333STWBHn
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sindiket curi jentera berat tumpas


SEPANG 28 Mei - Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan satu sindiket mencuri jentera berat dengan tertangkapnya lima individu berumur di antara 17 sehingga 47 tahun dalam dua serbuan berasingan dekat Dengkil, di sini.
Dalam serbuan itu, sepasukan anggota dan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang turut merampas enam buah jengkaut yang dianggarkan bernilai RM500,000.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Mohd. Yusoff Awang berkata, sindiket tersebut telah lama aktif dan dipercayai terlibat dengan kes kecurian jentolak di seluruh Selangor.
Beliau berkata, jengkaut yang dicuri kemudian dibawa ke stor yang terletak Kampung Semarang, Dengkil sebelum dijual dengan harga yang lebih rendah berbanding harga sebenar di antara RM80,000 hingga RM120,000.
"Serbuan pertama pada pukul 7.15 pagi pada 23 Mei lalu, polis berjaya menahan empat lelaki di sebuah stor di Kampung Semarang, Dengkil, dalam serbuan itu polis turut merampas tiga buah jengkaut jenis Kobelco.
"Serbuan kedua pada pukul 11 malam semalam, polis menahan seorang lagi lelaki di rumahnya di Kampung Sri Tanjung, Dengkil dan turut merampas tiga buah jengkaut jenis Case," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Menurut Mohd. Yusoff, polis percaya seorang daripada suspek yang berumur 37 tahun merupakan perancang utama sindiket tersebut yang turut mempunyai lima rekod lampau dalam kes rogol, bunuh dan samun sekitar Selangor.
"Tangkapan tersebut melibatkan empat lelaki tempatan dan seorang warga Indonesia. Modus operandi kumpulan tersebut adalah mengecat dan menukar nombor casis sebelum menjual kepada mereka yang berminat.
"Mereka juga dipercayai menggunakan geran palsu dan geran yang telah lupus untuk mengaburi mata pembeli. Polis percaya sindiket itu telah menjual banyak jentera berat dan kita sedang menyiasat perkara tersebut," katanya.
Selain itu kata beliau, hasil maklumat yang diperoleh sebuah jentera jenis Kobelco yang dirampas telah dicuri di tapak pembinaan di Kajang, dan bagi membantu siasatan jentera tersebut telah dihantar ke IPD Kajang.
"Hasil maklumat awal, pihak kami juga percaya sindiket berkenaan turut menyewakan kesemua jengkaut berkenaan sebelum mencari pembeli," katanya.
Dalam pada itu tambah beliau, polis tidak menolak kemungkinan bahawa kesemua suspek mempunyai pengalaman bekerja di bengkel kenderaan berat berdasarkan kemahiran yang mereka miliki untuk mengubah suai jengkaut berkenaan.
"Kesemua suspek kini direman sehingga 30 Mei ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 379(A) Kanun Keseksaan kerana terlibat dalam curi kenderaan bermotor," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140529/je_10/Sindiket-curi-jentera-berat-tumpas#ixzz333SFkd00
© Utusan Melayu (M) Bhd