Search This Blog

Wednesday, May 28, 2014

Ops Noda: 17 GRO Vietnam dicekup


  • Antara gadis dipercayai bekerja sebagai GRO ditahan dalam serbuan Ops Noda, kelmarin.Antara gadis dipercayai bekerja sebagai GRO ditahan dalam serbuan Ops Noda, kelmarin.
 1 / 1 
KLANG – Seramai 17 wanita warga Vietnam dipercayai bekerja sebagai GRO dicekup dalam satu serbuan Ops Noda yang dijalankan Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, kelmarin.

Operasi kira-kira jam 11 malam itu dijalankan di sebuah pusat hiburan di Bandar Baru Klang dengan kekuatan dua pegawai dan tujuh anggota.

Pegawai Turus D7 IPK Selangor, Deputi Superintendan Abdul Ghaffor Ahmad berkata, pihaknya menahan dua lelaki tempatan.

“Seorang daripadanya dipercayai penjaga premis, manakala seorang lagi ditahan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.Kesemua yang ditahan berusia 19 hingga 31 tahun,” katanya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati premis tersebut mempunyai lesen.

Serbuan kira-kira tiga jam itu mendapati wanita berkenaan mengenakan pakaian seksi bagi menarik pelanggan.

Katanya, sebahagian daripada wanita terbabit didapati masuk ke negara ini tanpa dokumen yang sah dan sebahagian lagi menyalahgunakan permit pekerjaan sedia ada.

“Mereka akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen, Seksyen 39 (b) Peraturan Imigresen, Seksyen 6(1) Akta Imigresen dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Pukul isteri depan anak


  • Mohd Zulkarnain dibawa keluar dari Mahkamah Majistret semalam.Mohd Zulkarnain dibawa keluar dari Mahkamah Majistret semalam.

KUALA TERENGGANU - Seorang buruh didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan memukul kepala dan badan isterinya menggunakan kemaluan palsu.

Mohd Zulkarnain Ismail, 44, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap isterinya, Che Alirawati Che Abdullah, 36, jam 7.15 petang pada 21 Mei lalu di kediaman di Jalan Surau Haji Daud.

Tertuduh yang beralamat di Kampung Batu 6, Chendering bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu dan meminta dibicarakan.

Majistret Rozianti Mohd Hanaphi menetapkan tarikh 16 Jun depan sebagai sebutan semula kes dan mengarahkan tertuduh dijamin sebanyak RM4,000 oleh seorang penjamin.

Dalam kejadian jam 7.15 petang itu, tertuduh didakwa memukul menggunakan kaki dan tangan dan menghantukkan kepalanya ke kepala pengadu serta memukul kepala dan badan pengadu menggunakan sebatang zakar palsu di hadapan anak-anak.

Kesan pukulan itu menyebabkan isterinya mengalami sakit pada badan dan bengkak di kepala.

Selepas kejadian, isterinya kemudiannya bertindak melarikan diri sebelum terserempak kereta peronda polis dan meminta bantuan anggota polis untuk membawanya ke balai polis berdekatan.

Berdasarkan fakta kes, kejadian itu berpunca daripada tindakan isterinya yang tidak boleh menerima gurauan tertuduh yang meletakkan zakar palsu di punggungnya ketika tidur.
Menurut isterinya, sebelum ini, suaminya yang juga seorang penagih dadah sering memukulnya jika berlaku pertengkaran.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didakwa di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebatan, atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Tertuduh ditahan jam 4.45 pagi pada 22 Mei lalu di kediamannya dan hasil ujian air kencing mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine.

Pendakwaan dikendalikan Inspektor L Rathna.

Perompak bakar kenderaan lupus bahan bukti


2014/05/28 - 05:18:25

Kepala Batas: Kumpulan penjenayah yang merompak van rokok di Bagan Serai, Perak, kelmarin, sengaja membakar kenderaan pelbagai guna (MPV), Toyota Wish, yang digunakan mereka dalam usaha melupuskan bahan bukti.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim, berkata MPV terbabit ditemui di ladang kelapa sawit Ara Kuda dekat Tasek Gelugor, dalam keadaan lebih 60 peratus terbakar.


Beliau berkata, polis dan anggota bomba dan penyelamat bergegas ke lokasi sejurus menerima maklumat mengenai kebakaran kenderaan itu, jam 4.30 petang kelmarin, tetapi tiga penjenayah yang menaiki kenderaan itu sudah melarikan diri.

“Semakan terhadap nombor casis mendapati Toyota Wish terbabit dilaporkan hilang di Simpang Pulai, Perak, pada tahun lalu. Siasatan lanjut mendapati tiada barang termasuk hasil rompakan dalam kenderaan itu.

Usaha mengesan giat dijalankan

“Kenderaan itu sudah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPU untuk pemeriksaan forensik dan dianalisis bagi mengumpul bahan bukti termasuk cap jari,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Dalam pada itu, Abdul Rahman berkata, usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan tetapi tidak menolak kemungkinan penjenayah berkenaan sudah berada di luar kawasan SPU, memandangkan daerah ini bersempadan dengan Kedah.

Anggota tentera maut, dua orang awam cedera ditembak di Lahad Datu

Foto
ANGGOTA polis memeriksa lokasi kejadian seorang anggota tentera maut, manakala dua orang awam cedera ditembak seorang anggota tentera di hadapan sebuah premis dekat pekan Lahad Datu,jam 4.45 pagi tadi. - Foto NSTP

LAHAD DATU: Seorang anggota tentera maut, manakala dua orang awam cedera ditembak oleh seorang anggota tentera dalam kejadian di depan sebuah kedai 24 jam di bandar Lahad Datu di sini, awal pagi tadi.

Kejadian jam 4.45 pagi itu dipercayai berlaku akibat salah faham antara dua anggota tentera berkenaan sebelum salah seorang daripada mereka melepaskan tembakan. Anggota tentera terbabit meninggal dunia di Hospital Lahad Datu, manakala dua lagi orang awam berkenaan yang masing-masing cedera di kaki dan bahu dirawat di hospital sama dengan keadaan mereka dilaporkan stabil. 


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Omar Mammah, berkata polis masih mengesan seorang anggota tentera yang melarikan diri sebaik kejadian itu.

Beliau juga menegaskan, setakat ini hanya seorang anggota tentera maut dan tiada maklumat mengatakan seorang lagi anggota keselamatan itu cedera dalam kejadian berkenaan.

"Kita masih menyiasat jenis senjata yang digunakan. Laporan sebelum ini mengatakan suspek menggunakan M-16 bukan dari polis, kita masih menyiasat," katanya.

Difahamkan, dua orang awam itu ditembak ketika cuba meleraikan pertelingkahan antara dua anggota tentera terbabit.

Pertempuran kian sengit, puluhan pemisah Ukraine maut


2014/05/28 - 08:28:00

DONETSK, Ukraine: Berpuluh mayat penentang bergelimpangan dalam sebuah van di luar sebuah rumah mayat dan kumpulan pemisah itu menyatakan lebih banyak mayat akan dibawa ke sana.

Bangkai sebuah trak yang rosak teruk dan dibasahi darah di lapangan terbang Donetsk menunjukkan keadaan ngeri selepas pertempuran.


Pertempuran di timur Ukraine semakin sengit apabila kedua-dua pihak meningkatkan serangan selepas wilayah pemberontak memboikot pilihan raya presiden. - AP 

KEJAM, SADIS


2014/05/28 - 05:16:51
KEJAM, SADIS
Kuala Lumpur: Dua pelajar Tingkatan Tiga dirogol beramai-ramai oleh 38 lelaki dalam kejadian di sebuah rumah kosong di Ketereh, Kelantan sehingga kemaluan mangsa cedera.

Dalam kejadian pada 20 Mei lalu, seorang rakan lelaki mereka dipaksa menyaksikan perbuatan kejam itu oleh lelaki berusia 20 hingga 40-an terbabit.


Bagaimanapun, dua daripada suspek berjaya ditahan kelmarin dan polis sedang menjalankan gerakan besar-besaran memburu 36 lagi suspek. 

Pejuang Libya rampas senjata AS, henti program rahsia - NYT


2014/05/28 - 07:02:31

WASHINGTON: Pejuang militia merampas beratus senjata automatik yang dibekalkan Amerika Syarikat (AS) dalam serbuan ke atas sebuah pangkalan Libya di mana Washington melatih askar tempatan, sekali gus menghentikan program rahsia itu.

Pasukan elit AS diberi tanggungjawab sejak tahun lalu untuk mewujudkan unit menentang pengganas di Libya, Mauritania, Niger dan Mali, sebagai sebahagian daripada usaha AS memperluaskan peperangan terhadap sekutu Al-Qaeda di Afrika, menurut The New York Times.


Menurut the Times, ia dibiayai sebahagiannya dengan jutaan dolar daripada perbelanjaan rahsia Pentagon dan membabitkan arahan dan melengkapkan komando di empat negara dengan harapan mereka akan akhirnya memerangi militia seperti Boko Haram.

Tetapi inisiatif itu mengalami beberapa masalah, khususnya di Libya apabila latihan berkenaan dihentikan Ogos tahun lalu apabila sekumpulan militia menawan askar Libya di sebuah kem latihan di luar Tripoli.

Selain senjata automatik, mereka juga merampas alat penglihatan waktu malam dan kenderaan, menyebabkan jurulatih tentera AS dihantar pulang.

Pegawai AS kini mencari kawasan yang lebih selamat untuk menyambung semula program itu. - AFP

21 maut kebakaran hospital di Korea Selatan

21 maut kebakaran hospital di Korea Selatan
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat memberi bantuan kepada mangsa yang terselamat dalam kejadian kebakaran di sebuah hospital di Jangseong, selatan Seoul, Korea Selatan, hari ini. Dalam kejadian itu, 21 mangsa maut manakala lapan yang lain cedera. - Foto AFP
 SEOUL: Kebakaran di sebuah hospital pedalaman Korea Selatan untuk pesakit warga emas kronik menyebabkan 21 terbunuh manakala lapan cedera dalam kebakaran besar kedua minggu ini ketika negara itu masih meratapi mangsa bencana feri bulan lalu.

Kebakaran tengah malam di hospital di wilayah barat daya Jeolla itu dapat segera dipadam tetapi disebabkan kebanyakan mangsa berusia dan tidak mampu berjalan, bilangan kemalangan jiwa adalah tinggi. Menurut seorang pegawai bomba tempatan, semua mangsa berada di tingkat kedua bangunan itu dan kebanyakkan mereka lemas akibat asap.


Hospital itu merawat pesakit yang memerlukan rawatan jangka panjang dengan kebanyakkan mereka mengalami kelumpuhan akibat serangan angin ahmar. - Reuters

10 individu ditahan bantu siasatan kes dua pelajar dirogol 38 lelaki - Polis


2014/05/28 - 10:03:10


KOTA BHARU: Seramai 10 individu, termasuk seorang remaja perempuan ditahan bagi membantu siasatan berhubung dua pelajar dirogol 38 individu di Ketereh, 20 Mei lalu.



Suspek yang ditahan itu termasuk salah seorang remaja yang turut menjadi mangsa rogol berusia 15 tahun. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman, berkata empat suspek ditahan semalam sebelum enam lelaki ditahan awal pagi ini di sekitar Ketereh. 

4 ditemui mati dalam rumah di California


2014/05/28 - 10:22:40
MISSION VIEJO, California: Empat individu ditemui mati dalam sebuah rumah di pinggiran Mission Viejo dan disifatkan pihak berkuasa sebagai kes bunuh dan bunuh diri.

Sherif, Lt Jeff Hallock, berkata mayat mereka ditemui pegawai Orange County selepas menerima panggilan kecemasan daripada seorang saudara mangsa.


Mangsa hanya dinyatakan sebagai dua lelaki dan dua wanita.

Rumah berkenaan terletak di Pacific Hills, iaitu kawasan perumahan mewah dua tingkat.

Mission Viejo adalah bandaraya di bahagian selatan Orange County, kira-kira 80 kilometer ke tenggara Los Angeles. - AP

2 penganggur diarah bela diri edar dan miliki dadah


2014/05/28 - 10:54:02

ALOR SETAR: Dua penganggur diarah membela diri di Mahkamah Tinggi, di sini, atas pertuduhan mengedar dan memiliki tiga jenis dadah berbahaya iaitu heroin, monoacetymorphin dan methamphetamine yang berat keseluruhannya 26.81 gram di Kuah, Langkawi, pada September dua tahun lalu. 

Bot nelayan Vietnam karam dirempuh


2014/05/28 - 06:03:31

Hanoi: Vietnam semalam menuduh kapal China merempuh dan menyebabkan salah sebuah bot nelayannya karam, menyemarakkan ketegangan berhubung penempatan Beijing di pelantar minyak di perairan yang menjadi rebutan.

Kejadian berkenaan yang disifatkan pesaing China iaitu Jepun, sebagai amat bahaya, berlaku ketika konfrontasi tegang berterusan antara negara komunis berjiran di Laut China Selatan yang mencetuskan kebimbangan antarabangsa.


Krew kapal nelayan itu, yang diselamatkan oleh kapal Vietnam lain selepas kejadian tengah hari kelmarin, berkata bot mereka dikepung 40 kapal China sebelum diserang, kata Agensi Berita Vietnam.

“Saya mengesahkan kapal nelayan dirempuh,” kata pegawai Pusat Pencarian Maritim dan Penyelaras Penyelamat Wilayah Vietnam di bandar raya Danang. 

90 tangkapan seleweng diesel


2014/05/28 - 07:58:58
Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat 90 tangkapan membabitkan kakitangan kerajaan dan kumpulan yang terbabit dalam penyelewengan diesel bersubsidi.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Abu Kassim Mohamed, berkata ia hasil risikan dan operasi yang dilakukan SPRM sejak lima tahun lalu.


“Terbaharu, kita menahan seorang individu yang cuba merasuah pihak berkuasa sebanyak RM10,000, minggu lalu, ” katanya ketika ditemui selepas program Bengkel Kewartawanan Bersama SPRM memerangi rasuah, di sini, semalam.

Beliau mengulas penyelewengan diesel bersubsidi berikutan pembabitan sindiket, yang mengambil kesempatan daripada kelemahan kaedah pengagihan dan kesediaan sesetengah agensi penguat kuasa dipercayai menerima rasuah.

Salur maklumat

Dalam pada itu, Abu Kassim meminta pihak berkuasa dan orang ramai tidak takut menyalurkan maklumat kepada SPRM kerana dilindungi mengikut Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

“Banyak penguat kuasa yang jujur tetapi mungkin ada kerisauan yang menyebabkan mereka tidak melaporkan penyelewengan berkenaan.
“Mereka tidak perlu bimbang kerana ia (laporan) boleh dilakukan secara senyap-senyap bagi melindungi dikenakan sebarang tindakan,” katanya.

Sementara itu, beliau meminta kerajaan mengkaji semula kaedah pemberian subsidi diesel bagi mengelakkan lebih banyak ketirisan yang merugikan negara.

“Jika ketirisan ini dapat dikurangkan, lebihan peruntukkan boleh disalurkan kerajaan yang membabitkan kepentingan rakyat,” katanya 

Pengantin baharu dirogol 3 lelaki

Pengantin baharu dirogol 3 lelakiKinabatangan: Polis menahan tiga lelaki warga Indonesia kelmarin dipercayai ada kaitan dengan kes merogol bergilir-gilir seorang wanita berusia 18 tahun yang baharu dua bulan berkahwin.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan A Sahak Rahmat, berkata polis menerima aduan daripada mangsa beberapa hari selepas kejadian didakwa berlaku pada jam 6 petang 14 Mei lalu di Ladang Leepang 5. Mangsa dihantar ke Hospital Kinabatangan untuk pemeriksaan lanjut manakala kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.


Mangsa dikatakan dirogol ketika pergi ke tepi sungai berhampiran rumahnya di situ untuk membuang air besar berikutan tandas di kediamannya rosak.

Diekori 3 suspek 

Dalam perjalanan, mangsa diekori tiga suspek yang kemudian menariknya ke dalam ladang kelapa sawit sebelum merogol mangsa secara bergilir-gilir.

Mangsa kemudian menceritakan perkara berkenaan kepada suaminya beberapa hari selepas kejadian sebelum dibawa membuat laporan polis.
Di Sandakan, seorang pelajar Tingkatan Satu mengadu dirogol kekasih yang baharu dikenali dua minggu menerusi Facebook ketika berjumpa di tangga sebuah bangunan di Jalan Singapura di sini, kira-kira jam 3.30 petang kelmarin.

Dalam kejadian berkenaan, mangsa dikatakan bertemu remaja berusia 18 tahun itu selepas sesi persekolahan sebelum suspek menawarkan diri untuk menghantarnya pulang ke rumah.

Bagaimanapun ketika melalui sebuah bangunan, mangsa mendakwa diajak oleh suspek untuk ke bahagian atas bangunan terbabit dan ketika berbual, suspek dipercayai memujuk mangsa untuk melakukan hubungan seks.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintendan Fadzil Mohd Ali mengesahkan ada menerima aduan.

Akaun bank sudah ditutup


Kuala Lumpur: Hasrat murni seorang lelaki untuk membantu rakannya yang dalam kesusahan tidak kesampaian selepas kerugian apabila ditipu dalam satu urusan jual beli kenderaan tahun lalu.

Mangsa dikenali sebagai Singam, 37, berkata, lelaki terbabit yang juga rakan baiknya yang dikenali sejak 10 tahun lalu menawarkan untuk menjual sebuah kenderaan Proton Arena yang diubah suai dan motosikal Yamaha LC.


Menurutnya, dia tertarik dengan tawaran itu kerana kenderaan itu diubah suai dengan cantik dan mempunyai nombor pendaftaran yang dianggap bernilai.



“Atas dasar persahabatan, saya bersetuju tawaran itu dan membuat pembayaran ke dalam akaunnya.


“Bayaran pertama dibuat RM500 dan seterusnya sebanyak RM7,500 ke dalam akaun yang sama,” katanya.


Menurutnya, lelaki itu menyerahkan geran kenderaan sebagai bukti dan menukar nama dalam geran kenderaan itu kepada namanya.

“Namun beberapa hari selepas menyerahkan geran itu, sahabatnya itu mengubah keputusan untuk tidak menjual kenderaan itu lalu menyerahkan cek kononnya membayar kembali wang saya,” katanya.


Singam berkata, bulan lalu, dia ke bank untuk menukar cek berkenaan, namun pihak bank memaklumkan akaun bank pemilik cek itu telah ditutup.

Berikutan itu, dia membuat laporan di Balai Polis Subang Jaya, Jumaat lalu.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/28

Ukraine bedil pemisah


Donetsk: Jet pejuang tentera Ukraine semalam membedil kawasan pemisah pro-Russia yang menawan lapangan terbang antarabangsa bandar raya ini.

Ketegangan semakin memuncak apabila kedua-dua pihak meningkatkan tindakan agresif ketika pilihan raya presiden di negara itu.

Menurut laporan media antarabangsa, asap menyelubungi kawasan lapangan terbang selepas kira-kira dua jam serangan dilakukan.

Seorang pegawai keselamatan berkata, pasukan payung terjun juga mendarat di kawasan pertempuran yang terburuk sejak keganasan meletus di wilayah timur negara itu dua bulan lalu.

Selepas tempoh menyerah diri yang diberikan kepada kumpulan pemisah berakhir, jurucakap tentera Ukraine berkata, dua jet Sukhoi melepaskan tembakan amaran di kawasan sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Sergei Prokofiev.

“Pemberontak menyerang balas dengan melepaskan tembakan rambang sebelum jet MiG-29 turut dikerah mengebom kedudukan mereka,” katanya.

Seorang lagi jurucakap, Vladislav Seleznyov berkata: “Pesawat MiG-29 melakukan serangan udara di kawasan tumpuan pengganas.” Kumpulan pemberontak kemudiannya dilaporkan berpecah ke seluruh kawasan lapangan terbang.- Reuters “Kini, pasukan payung terjun sudah mendarat bagi ‘membersihkan’ kawasan itu,” kata jurucakap berkenaan.

Serangan itu dilancarkan selepas pemberontak menawan lapangan terbang berkenaan.

Ia tindakan agresif pertama yang diambil Petro Poroshenko, bilionair yang mengambil alih jawatan presiden selepas memenangi pilihan raya kelmarin.



Poroshenko sebelum itu berkata, beliau tidak akan bertolak ansur dengan ‘pengganas’ walaupun Russia memberi amaran agar Kiev tidak meningkatkan operasi tentera di wilayah timur Ukraine.

Seleznyov berkata, sebuah helikopter digunakan bagi memusnahkan senjata antipesawat yang digunakan pemberontak.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/27

40 korban nahas kereta api


Lucknow: Sekurang-kurangnya 40 orang mati apabila sebuah kereta api ekspres melanggar kereta api barang di utara India, semalam.

Menurut majistret daerah, Bharat Lal, kereta api penumpang, Gorakhpur Express cuba berhentikan kenderaan itu yang meluncur laju namun gagal dan enam gerabaknya tergelincir daripada landasan lalu melanggar kereta api barang yang diletakkan di stesen daerah Uttar Pradesh.


Kejadian itu menyebabkan 40 orang terbunuh manakala kira-kira 100 lagi cedera kata pegawai kanan polis Amrendra Sainger.

Pihak berkuasa masih berusaha menjejaki ketua stesen berkenaan yang menghilangkan diri selepas kejadian.


Pasukan penyelamat dikejarkan ke tempat kejadian bagi mengeluarkan mangsa yang terperangkap di dalam gerabak.


Pegawai perkhidmatan berkenaan, Alok Kumar berkata pemandu kereta api dan pembantunya berada dalam keadaan kritikal. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/27

Rusuhan agama meletus di Gujerat


Ahmedabad: Polis India terpaksa menggunakan gas pemedih mata bagi menyuraikan rusuhan antara masyarakat Hindu dan Muslim di Gujerat menjelang majlis angkat sumpah Narendra Modi sebagai Perdana Menteri baru negara itu.

Perusuh membakar beberapa kedai dan kenderaan serta membaling batu ke arah satu sama lain dalam rusuhan yang tercetus malam kelmarin.

Pesuruhjaya polis Ahmedabad, Manoj Shashidhar berkata polis terpaksa melepaskan tembakan gas pemedih mata bagi menghentikan keganasan yang menyebabkan empat cedera.

Menurut Manoj, siasatan akan dijalankan berhubung rusuhan itu yang dikatakan berpunca daripada kemalangan membabitkan dua kereta dinaiki komuniti berbeza dalam satu perarakan perkahwinan.

“Kejadian tercetus berikutan pertengkaran akibat kemalangan itu malam kelmarin di kawasan Gomtipur.



Namun, keadaan berjaya dikawal,” katanya.

Ketua jabatan bomba Ahmedabad, M.S Dastur berkata, keadaan menjadi lebih buruk apabila perusuh mula membakar harta benda.

“Kira-kira tiga kedai, sebuah bas mini dan dua kereta dibakar dalam rusuhan itu,” katanya.

Kejadian berlaku sebelum majlis angkat sumpah Narendra - yang pernah menjawat jawatan ketua menteri Gujerat selama 13 tahun - sebagai Perdana Menteri semalam.

- AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/27

3 perisik Filipina dihukum di Qatar


Manila: Filipina semalam berkata, tiga rakyatnya disabitkan kesalahan mengintip di Qatar dengan seorang daripadanya dihukum mati, manakala yang lain dipenjara seumur hidup.

Trio itu dihukum di sebuah mahkamah Qatar bulan lalu atas tuduhan menjual maklumat yang boleh membahayakan keselamatan negara berkenaan.

Jurucakap kerajaan berkata, Manila sedang memberikan bantuan perundangan kepada ketiga-tiga individu itu ketika kes berkenaan dirujuk kepada mahkamah rayuan.



“Identiti mereka tidak boleh didedahkan kerana faktor kes itu sensitif,” katanya.

Dianggarkan ada kira-kira 10 juta warga Filipina bekerja atau menetap di luar negara bagi mencari kehidupan lebih baik dengan ribuan daripadanya memilih Timur Tengah.


- AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/27

Bakar ibu sampai mati


Ramallah: Seorang pesakit mental membakar ibunya yang sudah tua hingga mati di kampung Qusra, berhampiran Nablus.

Sumber di kampung itu berkata, Jameelah Abdul Rahman Abu Reeda, 70, disahkan meninggal dunia di Hospital Rafidyah.


Wanita tua itu dilapor melecur teruk di beberapa anggota tubuhnya.

Sumber memberitahu wartawan, sebaik mendengar jeritan mangsa, jirannya bergegas untuk menolong.


Malangnya, semua pintu berkunci dan mereka terpaksa memecah masuk untuk membantu mangsa yang dikunci di biliknya.


Saksi berkata, anak mangsa Ahmad Mahmoud Salamah, 40, menuang minyak tanah ke atas mangsa dan membakarnya.

Kedua-duanya hidup bersendirian di rumah itu.

Mangsa dibawa ke hospital dan disahkan mati ketika tiba di sana.

Kata-kata terakhir yang sempat didengar oleh jiran daripada Jameelah ialah ‘Jaga Ahmad.’

Menurut sumber, Ahmad dibawa ke hospital sakit jiwa di Baitullaham tetapi berkata, dia sepatutnya sudah lama dibawa dan ditahan di situ.

Beberapa jiran berkata, mereka sudah biasa mendengar tangisan dan jeritan dari rumah Ahmad. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/27

Peratus keluar mengundi rendah


Kaherah: Mesir mengakhiri pilihan raya presidennya semalam dengan menyaksikan peratusan keluar mengundi yang sangat rendah.

Dalam pengundian semalam, pihak berkuasa mengumumkan cuti umum di seluruh negara dan melanjutkan tempoh pengundian sehingga jam 7 malam waktu tempatan bagi menggalakkan orang ramai mengundi.


Pilihan raya presiden Mesir kali ini dijangka dimenangi dengan mudah oleh bekas ketua angkatan tentera, Abdel Fattah al-Sisi dalam pertandingan satu lawan satu dengan ahli politik haluan kiri Hamdeen Sabbahi.

Namun, al-Sisi dan penyokongnya berulang kali menyeru rakyat Mesir untuk keluar mengundi beramai-ramai bagi menampakkan kredibiliti kemenangannya dan menjadi tanda sokongan terhadap tindakannya menggulingkan kerajaan Islam pimpinan bekas Presiden Mohamed Mursi pada Julai tahun lalu.


Peratusan pengundi yang rendah itu juga berpunca daripada kempen memboikot pilihan raya kerana tindakan keras polis dan label kumpulan pengganas yang diberikan kepada gerakan Ikhwanul Muslimin yang menyokong Mursi.


Kementerian Dalam Negeri berkata, jumlah mereka yang keluar mengundi pada Isnin mencecah 16 juta daripada jumlah pengundi berdaftar sebanyak 53 juta di negara itu.

Beberapa pusat mengundi yang dikunjungi media kelihatan lengang semalam.
Al-Sisi terpaksa merayu agar rakyat keluar mengundi selepas dia mengundi kelmarin.

“Seluruh dunia sedang melihat kita, bagaimana rakyat Mesir mencipta sejarah dan menentukan masa depan kita,” katanya. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/28

Ramai bunuh diri kerana tak mahu mayat dibakar


Anhui (China): Berpuluh-puluh warga tua China membunuh diri untuk mengelak daripada undang-undang mengharamkan pengebumian yang akan dikuatkuasakan tidak lama lagi.

Keputusan drastik itu diambil bagi memastikan kematian mereka sempat didaftar sebelum 1 Jun ini apabila pihak berkuasa wilayah Anhui menutup semua tanah perkuburan.


Mayat mereka yang mati selepas tarikh berkenaan akan dibakar kerana masalah kekurangan tanah.

Pihak berkuasa berkata, tanah perkuburan mengambil ruang yang banyak.


Bagi menyampaikan mesej berkenaan, pegawai majlis mengunjungi pusat pengurusan mayat untuk memusnahkan keranda.


Tindakan kejam demikian hanya meningkatkan lagi jumlah kes bunuh diri dalam kalangan warga tua kerana mahu memastikan mayat mereka sempat ditanam.

Media tempatan melaporkan puluhan kes warga tua wilayah itu membunuh diri kerana mahu mayat mereka layak ditanam.

Undang-undang yang hendak dilaksanakan itu tidak memberikan impak besar kepada penduduk bandar, tetapi di kawasan luar bandar pembakaran mayat dianggap hina dan tidak dipersetujui ramai. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/28

Makan daging sendiri


Oslo: Seorang artis Norway mendakwa memakan daging tulang pinggulnya dan menyifatkannya sama seperti daging ‘biri-biri liar.’

Akhbar Local melaporkan Alexander Selvik Wengshoel, 25 dilahirkan dengan kecacatan pinggul perlu menjalani pembedahan menggantikan salah satu pinggulnya.


Dia merakamkan proses pembedahan itu dan mempamerkan tulang pinggul yang dibuang pada satu pameran seni di Oslo.

Di pameran itu, Wengshoel memberitahu media dia memakan sebahagian daging yang melekat pada tulang pinggulnya itu.


Artis itu memberitahu dia merebus tulang untuk meleraikan daging berkenaan dan kemudian memakannya bersama kentang dan segelas wain.


“Saya menyediakan makan malam itu sendiri ketika teman wanita saya tiada di rumah dan memutuskan untuk menikmati saat terbaik hanya bersama tulang pinggul saya,” katanya menurut Local.

Ketika ditanya sama ada Wengshoel cuba menipu, artis itu dengan tegas berkata: “Saya bercakap benar.

Wengshoel juga menyifatkan proses mengunyah dan memakan daging pinggulnya itu sebagai satu terapi.

“Tulang pinggul itu memberikan saya masalah selama lebih 20 tahun dan memakan dagingnya mungkin boleh melegakan saya,” katanya.

Mujur Wengshoel melakukannya seorang diri.

Pada 2012, seorang artis Jepun, Mao Sugiyama didakwa atas tuduhan melakukan perbuatan tidak senonoh selepas didakwa memasak dan menyajikan sebahagian kemaluannya kepada sekumpulan kanibal yang membayar kira-kira RM750 untuk menikmati sajian berkenaan.

Walaupun Wengshoel berkata, daging pinggulnya itu sama rasanya seperti ‘biri-biri liar,’ beberapa orang yang pernah memakan daging manusia berkata, rasanya berbeza.

Kanibal warga Jerman yang didapati bersalah kerana membunuh berkata pada 2007, daging manusia sama rasanya dengan daging babi tetapi lebih liat.

Dan pada 1920-an, wartawan William Seabrook menulis, daging manusia yang dimakannya ketika menghabiskan masa bersama kumpulan kanibal di barat Afrika mempunyai rasa yang lazat.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/28

Dituduh curi buah mangga


Oleh Fuad Hadinata Yaacob dan Mohd Hafizee Mohd Arop

Teluk Intan: “Kami datang ke kawasan itu untuk mengedarkan risalah berkaitan calon Barisan Nasional (BN) bukannya mencuri buah mangga seperti didakwa lelaki itu.

“Jika dia tuduh saya curi mangga, kenapa pula dia memarahi saya kerana memakai baju BN,” kata petugas wanita jentera BN K Chinnamma, 58, yang mendakwa diserang seorang lelaki, kelmarin.


Dalam kejadian jam 1.50 tengah hari di Taman Desa Aman itu, dia bersama tiga rakannya ke kawasan itu untuk mengedarkan risalah calon BN sebelum diserang seorang lelaki yang naik angin apabila melihat mangsa datang dengan berpakaian baju BN.



Katanya, laporan polis dibuat lelaki berkenaan kononnya mereka datang ke rumahnya untuk mencuri mangga adalah tidak benar kerana lelaki itu memarahinya berpunca daripada baju BN dipakainya sebelum bertindak mengambil pasu dari rumahnya dan menghempasnya.


Tidak cukup itu kata Chinnamma, lelaki terbabit mencekak bajunya dan bertindak lebih ganas dengan menumbuk serta menendangnya sehingga menyebabkannya terjatuh sebelum tiga rakannya menahan lelaki itu dari terus memukulnya.


“Lelaki terbabit sempat mencekak saya kerana rakan lain sudah berundur ke belakang menyebabkan saya menjadi mangsanya. Ketika dia mencekak saya, dia mengeluarkan kata-kata kesat dan memarahi saya kerana memakai baju BN.

“Dia sanggup menendang serta menumbuk saya yang sudah tua ini menyebabkan paha sebelah kanan saya cedera,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Chinnamma juga ahli Parti Progesif Penduduk (PPP) dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk mendapatkan rawatan dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/28

Siang malam ‘kerja’ keras


Petaling Jaya: Siang buat rumah, malam pecah rumah. Itulah yang dilakukan dua lelaki warga Indonesia apabila menjadikan kawasan kejiranan yang juga tempat mereka bekerja untuk melakukan kegiatan jenayah sebelum kedua-duanya ditangkap.

Menurut sumber, dalam kejadian jam 3 pagi, 18 Mei lalu, dua lelaki terbabit yang berusia 30-an cuba memecah masuk sebuah rumah di Seksyen 14, di sini, melalui bumbung sebelum tindakan mereka itu disedari orang awam yang kebetulan melalui kawasan berkenaan dan terus melaporkan kepada polis.


Bertindak hasil maklumat itu, sepasukan anggota Polis dari Balai Seapark terus melakukan serbuan dan berjaya menahan dua lelaki berkenaan yang ketika itu sudah memecah masuk siling rumah teres dua tingkat itu.



“Hasil maklumat awam, polis berjaya menahan dua lelaki berkenaan yang tidak sempat melarikan barang berharga dari rumah itu. Polis juga turut merampas beberapa peralatan pecah rumah seperti pemotong besi, tali dan pisau,” kata sumber.


Harian Metro difahamkan dua lelaki itu adalah kawan baik dan bekerja di sebuah rumah yang dalam proses pengubahsuaian selang beberapa kediaman dari rumah yang dipecah masuk.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/28

Suami guna rotan, pasangan acu parang


Kuala Lumpur: Seorang wanita yang menjadi mangsa belasahan suami terpaksa menggunakan parang bagi mempertahankan dirinya dalam kejadian di flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai di sini, Sabtu lalu.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, berlaku pergaduhan besar antara pasangan terbabit menyebabkan suami mangsa mengejarnya dengan sebatang rotan.


Difahamkan, pada hari sebelumnya, pasangan suami isteri itu turut bergaduh di dalam rumah mereka sehingga mangsa dipukul dengan topi keledar di belakang kepala, punggung selain kepalanya turut dihentak ke lantai.



Menurut sumber, dalam kejadian itu, lelaki berusia 37 tahun terbabit mengejar isterinya yang cuba melarikan diri untuk ke tingkat bawah.


“Ketika itu, isterinya cuba lari dengan membawa parang bagi mempertahankan dirinya daripada terus dibelasah.


“Tiba di tingkat 11, lelaki ini sempat menahan isterinya untuk merampas parang dipegang isterinya namun jiran yang mendengar suasana kecoh turut datang membantu meleraikan keadaan,” katanya.

Sumber itu memberitahu, selepas berjaya ditenangkan, lelaki terbabit menyuruh isterinya pulang ke rumah namun wanita itu enggan.


“Berang arahannya tidak dipeduli, lelaki ini kemudian bertindak menumbuk muka isterinya sehingga terjatuh sambil disaksikan jiran.

“Tumbukan kuat itu menyebabkan hidung mangsa berdarah. Selepas kejadian itu, mangsa menumpang berlindung di rumah salah seorang jirannya sebelum membuat laporan di Balai Polis Pantai pada petang kejadian untuk tindakan lanjut,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/28

‘Aku nok gi dah...ada ore ajak’


Kota Bharu: “Aku nok gi dah... ada ore ajak (aku mahu pergi, ada orang ajak)”. Itu ungkapan terakhir diucapkan lelaki warga emas sebelum dia benar-benar ‘pergi’ dijemput Illahi akibat terjatuh dalam perigi lama di rumahnya di Jalan Hospital, di sini, semalam.
Mangsa Che Ismail@ Mohamad Che Abdullah, 64, meninggal dunia dipercayai akibat lemas dalam perigi sedalam tiga meter sebelum disedari isterinya Maimun Ahmad, 71, pada jam 10 pagi.
Maimun berkata, tidak menyangka kata-kata suaminya yang mahu pergi menemui ‘seseorang’ ketika mereka berehat, petang kelmarin petanda arwah suami pergi buat selama-lamanya.

“Kami berehat sebelum arwah menyebut ‘aku nok gi dah... ada ore ajak’ sebelum terus beredar. Ketika itu, saya tidak merasakan apa-apa, sebaliknya menganggap ia hanya perbualan biasa.
Foto
CHE Ismail lemas dalam perigi dan (gambar kanan) anggota polis memeriksa kedalaman perigi.

“Namun, tidak sangka dalam tempoh tidak sampai 24 jam, dia benar-benar pergi meninggalkan saya untuk selama-lamanya,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/28

Tangkap isteri curang


Oleh Mohd Fadly Samsudin

Kuala Lumpur: Seorang wanita berstatus isteri orang serta ada tiga anak sanggup melakukan perkara terkutuk apabila dia dicekup berkhalwat bersama teman lelakinya di dalam sebuah rumah di Kampung Cheras Baru, di sini, petang Sabtu lalu.

Malah, dalam kejadian jam 6 petang itu, suami wanita itu sendiri yang mencekup isterinya dengan dibantu empat ahli jawatankuasa (AJK) surau kawasan itu.


Difahamkan, lelaki berusia 58 tahun itu mengetahui isterinya tinggal bersama lelaki terbabit selepas melakukan intipan.

Menurut AJK surau, selepas memberi salam dan mengetuk pintu, seorang lelaki yang hanya berkain pelekat tanpa berbaju membuka pintu.


“Pihak kami kemudian memperkenalkan diri dan meminta keizinan untuk melakukan pemeriksaan di dalam rumah itu.




Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Panik bas terbakar tengah lebuh raya


Ipoh: Seramai 19 penumpang sebuah bas persiaran panik apabila bas berkenaan tiba-tiba terbakar di kilometer 263 Lebuh raya Utara-Selatan arah utara, berhampiran Terowong Menora, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.43 petang itu, pemandu bas yang dimaklumkan mengenai kebakaran di belakang bas oleh pengguna jalan raya, segera memberhentikan kenderaan itu.


Bas berkenaan difahamkan dalam perjalanan dari Genting Highland ke Pulau Pinang dan penumpang serta pemandu, segera keluar dari bas menyelamatkan diri.



Kejadian itu menyebabkan lalu lintas sesak teruk sepanjang lebih lima kilometer.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/28

Ajal Che Ismail dalam perigi usang



ANGGOTA bomba dan polis memeriksa perigi yang meragut nyawa Che Ismail di Jalan Bayam, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Nyawa seorang warga emas di sini berakhir dalam keadaan tragis apabila dia maut selepas terjatuh ke dalam perigi usang sedalam 2.4 meter di belakang rumahnya di Jalan Bayam di sini semalam.
Kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu disedari oleh isteri mangsa, Maimun Ahmad, 70, selepas terdengar bunyi jeritan suaminya Che Ismail Che Abdullah, 64.
Menurut Maimun, sebelum insiden berlaku, dia ternampak suaminya pergi ke bahagian belakang rumah.
"Ketika itu, saya sedang menjahit di dalam rumah dan tiba-tiba saya terdengar suara seperti orang sedang mengerang. Terkejut dengan suara itu, saya terus bergegas ke kawasan belakang rumah dan ternampak suami saya berada di dalam perigi tersebut," katanya ketika ditemui di rumah pasangan itu di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0528&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz32xkwrDm2 
Hakcipta terpelihara 

Geng pecah cermin tumpas



ABDUL RAHMAN (dua kanan) menunjukkan parang yang digunakan oleh kumpulan samun di IPD Seberang Perai Utara, Pulau Pinang semalam.


KEPALA BATAS - Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.
Demikian berlaku kepada geng pecah cermin kereta dan samun dikenali sebagai Kumpulan Anas yang 'mengganas' di sekitar Seberang Perai di sini sejak enam bulan lalu, akhirnya tumpas.
Sebanyak tujuh anggota kumpulan itu telah berjaya diberkas polis pada pertengahan bulan ini sekali gus dapat menyelesaikan tujuh kes pecah cermin kereta dan kecurian barangan harga di daerah tersebut.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, polis yang menggerakkan Ops Cermin menahan ketujuh-tujuh suspek berusia antara 16 hingga 22 tahun yang menaiki motosikal di Bukit Mertajam dekat sini pukul 10.45 pagi pada 18 Mei lalu.
"Kumpulan remaja itu aktif melakukan kegiatan pecah cermin kereta secara berkumpulan di tempat letak kereta dan mencuri barang berharga.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0528&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz32xkfCsWs 
Hakcipta terpelihara 

Diikat penyamun berparang


YOU KAI (kiri, duduk di atas katil) dan Ah Ying melihat Chan Fei melakonkan semula bagaimana dia diikat penyamun yang memecah masuk rumahnya di Ladang Gaddes, Jempol, Negeri Sembilan semalam.


JEMPOL - Tiga beranak berdepan detik cemas selama lebih dua jam dengan tangan masing-masing diikat selepas rumah mereka di Ladang Gaddes di sini dipecah masuk sekumpulan penjenayah bersenjata tiga bilah parang semalam.
Dalam kejadian pada pukul 3 pagi itu, Wong You Kai, 78, dan isteri, Loh Ah Ying, 77, serta anak mereka, Wong Chan Fei, 55, sedang tidur di tiga bilik berasingan sebelum dikejutkan oleh suspek yang memakai topeng muka.
You Kai menceritakan, kumpulan suspek itu mengikat tangan dan mulutnya dengan tuala sebelum pergi ke bilik sebelah dan membawa isteri serta anak lelakinya untuk dikumpulkan di dalam bilik yang sama.
"Saya merayu penjenayah terbabit supaya membuka ikatan di mulut kerana sukar bernafas.
"Saya beritahu saya sudah tua, berjalan dengan bantuan tongkat dan tidak mampu melawan. Mereka bersetuju dan mengacu parang di leher meminta saya diam," katanya ketika ditemui di sini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0528&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz32xkTaTrB 
Hakcipta terpelihara 

Budak enam tahun mati didera


SEORANG ahli keluarga mengangkat mayat Muhammad Akir di Jabatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur semalam.


AMPANG – Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun maut selepas dipercayai didera dan disimbah air panas oleh bapa tirinya di rumahnya di Pangsapuri Permai Ria, Taman Tasik Permai di sini kelmarin.
Mangsa, Muhammad Akir Mustaqim Rashidi yang merupakan anak keempat daripada lima adik-beradik ditemui tidak sedarkan diri kira-kira pukul 1 petang oleh ibunya di rumah tersebut.
Kanak-kanak malang itu kemudian dihantar ke Hospital Ampang namun disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital berkenaan.
Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd. Adnan Abdullah memberitahu, hasil bedah siasat, polis percaya mangsa mati akibat didera.
“Pemeriksaan pada mangsa menemui kesan lebam pada badan, kaki dan tangannya.
“Muka dan bahagian hadapan badan mangsa turut terdapat kesan melecur dipercayai disimbah air panas,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Mohd. Adnan berkata, susulan kejadian itu, bapa kandung mangsa, Rashidi Nordah, 36, membuat laporan di Balai Polis Ampang pada hari yang sama.
Tambahnya, polis kemudiannya menahan seorang wanita berusia 31 tahun yang merupakan ibu kandung mangsa dan bapa tiri mangsa berusia 35 tahun yang bekerja sebagai pemandu teksi bagi membantu siasatan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0528&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz32xkBwZuq 
Hakcipta terpelihara 

Hakim arah Zuckerberg hadir di mahkamah Iran





TEHERAN - Seorang hakim di selatan Iran mengarahkan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg (gambar) untuk hadir di sebuah mahkamah, lapor agensi berita ISNA semalam.
Menurut agensi berita itu, Zuckerberg diminta hadir bagi menjawab aduan yang dibuat beberapa individu yang menyatakan, aplikasi milik Facebook iaitu Instagram dan Whatsapp mengganggu kehidupan mereka.
Seorang pegawai separa tentera, Ruhollah Momen Nasab berkata, hakim tersebut turut menyekat kedua-dua laman sosial itu.
Pada minggu lalu, sebuah mahkamah Iran turut mengarahkan Instagram disekat berhubung kebimbangan tentang isu-isu peribadi.
Bagaimanapun, para pengguna di bandar raya ini masih boleh mengakses kedua-dua laman tersebut pada waktu tengah hari. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0528&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz32xjTGTQm 
Hakcipta terpelihara 

Wanita Pakistan mati dibaling dengan batu



REUTERS 
BEBERAPA anggota polis dan orang ramai menyaksikan mayat Farhana yang mati akibat dibaling batu dekat Mahkamah Tinggi di Lahore, Pakistan semalam.


LAHORE, Pakistan - Seorang wanita berusia 25 tahun dibaling dengan batu sehingga mati kerana dia berkahwin dengan kekasihnya, kata polis.
Menurut seorang pegawai kanan polis, Umer Cheema, wanita itu, Farzana Iqbal pada mulanya tiba di luar sebuah Mahkamah Tinggi di sini.
Bagaimanapun, sekumpulan lelaki membaling batu ke arahnya menyebabkan dia meninggal dunia.
Umer berkata, bapa, dua orang abang dan bekas tunangnya antara yang menyerang Farzana.
Polis berkata, Farzana cedera parah di kepala dan diumumkan meninggal dunia di sebuah hospital.
"Semua suspek kecuali bapanya melarikan diri. Dia mengaku membunuh anak perempuannya," kata Cheema.
Menurutnya, pembunuhan itu dilakukan disebabkan maruah keluarga.
Kebanyakan keluarga Pakistan berpendapat seorang wanita yang berkahwin dengan pilihan sendiri menjatuhkan maruah keluarga.
Farzana bertunang dengan sepupunya tetapi berkahwin dengan lelaki lain, jelas Cheema.
Keluarganya telah membuat aduan di sebuah mahkamah dengan mendakwa anaknya itu diculik.
Cheema berkata, Farzana perlu datang ke mahkamah untuk berhujah bahawa dia telah berkahwin dengan kerelaannya sendiri.
Kumpulan hak asasi Pakistan, Yayasan Aurat menyatakan, kira-kira 1,000 wanita Pakistan dibunuh pada setiap tahun oleh keluarga mereka kerana maruah. - Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0528&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz32xifPuAL 
Hakcipta terpelihara 

Blogger tawar RM12,807 bayar pampasan kepada PM Singapura



LOONG


SINGAPURA - Seorang blogger Singapura semalam menawarkan untuk memberi ganti rugi kepada Perdana Menteri, Lee Hsien Loong sebanyak S$5,000 (RM12,807).
Bayaran itu diberikan selepas blogger tersebut, Roy Ngering Yi Ling sebelum ini enggan memberikan ganti rugi itu kepada Hsien Loong. Ganti rugi itu adalah berkaitan dengan satu artikel yang menuduh Perdana Menteri itu menerima rasuah.
"Pelanggan kami mahu menawarkan sebanyak S$5,000 sebagai ganti rugi kepada Perdana Menteri," kata M. Ravi yang merupakan peguam kepada Ling.
Ravi membuat tawaran itu menerusi sepucuk surat kepada Hsien Loong yang kemudian didedahkan kepada media.
Menurut Ravi, ganti rugi itu adalah berdasarkan kehidupan sederhana dan pendapatan Ling yang diterimanya sebagai seorang pekerja kesihatan.
Peguam Perdana Menteri itu, Davinder Sing pada minggu lalu menuntut permohonan maaf dan ganti rugi daripada Ling yang berusia 33 tahun berhubung satu artikel yang disiarkan pada 15 Mei lalu yang menuduhnya menerima rasuah.
Ling sebelum ini berkata, artikelnya itu bertujuan untuk meminta ketelusan berhubung cara kerajaan melaburkan wang dana pencen menerusi dua buah syarikat.
Pada Jumaat lalu, beliau meminta maaf dan memohon Hsien Loong tidak memintanya untuk membayar ganti rugi.
Bagaimanapun, Ravi berkata, permohonan maaf itu tidak jujur selepas Ling menyiarkan video di laman YouTube bagi menyuarakan perasaan tentang masalah undang-undang yang dihadapinya itu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0528&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz32xi4fMYr 
Hakcipta terpelihara 

Sting rampas 17kg dadah


Noor Rashid Ibrahim menunjukkan paket-paket dadah jenis heroin yang berjaya dirampas di beberapa lokasi pada majlis sidang akhbar di IPK, Johor Bahru, semalam. - Utusan/Raja Jaafar
JOHOR BAHRU 27 Mei - Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik Polis Diraja Malaysia (Sting) berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah dan merampas pelbagai jenis dadah seberat lebih 17 kilogram (kg) bernilai RM700,000 di beberapa lokasi di negeri ini, Ahad lalu.
Dalam serbuan bermula pukul 7.30 malam itu, sebanyak 21 suspek termasuk enam wanita dengan dua daripadanya adalah warga Vietnam dan berusia antara 18 hingga 50 tahun berjaya diberkas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, dadah yang dirampas melibatkan 16.7 kg heroin, 525 gram dipercayai syabu, 168 gram ketamin serta 257 biji pil ekstasi.
"Serbuan pertama dilakukan pada 7.30 malam di sebuah rumah di Kangkar Pulai dan berjaya menahan dua lelaki serta seorang wanita warga Vietnam dan merampas 8.6 kg heroin, 237 gram syabu, 168 gram ketamin dan 207 biji pil ekstasi yang ditemui di ruang tamu kediaman berkenaan.
"Sementara itu, dalam serbuan ke atas sebuah rumah di Taman Pulai Perdana, di sini, empat suspek berjaya ditahan dan dadah dipercayai syabu seberat 115 gram dan 50 biji pil ekstasi yang dijumpai di dalam sebuah kereta Toyota Alphard berjaya dirampas," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.
Noor Rashid berkata, serbuan seterusnya dilakukan pukul 9.15 hingga 11 malam melibatkan masing-masing satu di Larkin dan Pasir Gudang.
Dalam serbuan tersebut, lima lelaki dan tiga wanita berjaya ditahan, manakala sebanyak 8.1 kg dadah dipercayai heroin dan 173 gram dipercayai syabu dijumpai di kediaman berkenaan.
"Dalam masa yang sama, seramai lima lagi lelaki dengan dua daripadanya dipercayai ketua sindiket pengedaran dadah berjaya ditahan di beberapa lokasi di sekitar bandar raya ini," katanya.
Polis turut menyita harta kepunyaan sindiket berupa wang tunai sebanyak RM50,000, barangan kemas dan 10 buah kenderaan termasuk lima kenderaan mewah iaitu Mercedez Benz, BMW, Porsche dan Toyota Alphard yang keseluruhannya dianggarkan bernilai RM1.4 juta termasuk nilai dadah.
Kesemua yang diberkas kini direman selama seminggu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140528/je_07/Sting-rampas-17kg-dadah#ixzz32xgJdBEb
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Polis tahan tujuh anggota kumpulan Anas


Abdul Rahman Ibrahim (dua kanan) bersama pegawainya menunjukkan parang yang digunakan oleh ahli kumpulan Anas dalam kegiatan menyamun pada sidang akhbar di IPD Seberang Perai Utara,Pulau Pinang, semalam.
KEPALA BATAS 27 Mei - Polis menahan tujuh lelaki termasuk dua pelajar sekolah menengah yang dipercayai anggota kumpulan Anas yang aktif menyamun dan pecah cermin kereta di sekitar Daerah Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah di sini sejak enam bulan lalu.
Kesemua mereka berusia 16 hingga 22 tahun ditahan di Bukit Mertajam pada 18 Mei lalu.
Dalam serbuan itu, polis merampas pedang samurai dan pisau yang dipercayai digunakan sebagai senjata ketika melakukan jenayah berkenaan.
Selain menemui semula pelbagai barangan dipercayai hasil samun termasuk rokok pelbagai jenama, walkie talkie, minyak pelincir dan pelbagai komponen motosikal bernilai lebih RM20,000.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, kesemua suspek itu, termasuk sepasang adik beradik dipercayai aktif dalam jenayah itu.
Beliau berkata, modus operandi kumpulan tersebut akan bergerak menaiki motosikal secara berkumpulan mensasarkan penunggang motosikal sebagai mangsa dengan menghimpit sebelum menyamun mereka.
"Siasatan kita mendapati kumpulan ini juga dipercayai terbabit dalam beberapa kes pecah kereta serta menyamun barang berharga milik beberapa mangsa.
"Mereka juga agresif dan bertindak mencederakan mangsa jika mangsa melawan," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini hari ini.
Abdul Rahman berkata, dengan tertangkapnya kumpulan itu, polis berjaya menyelesaikan lima kes di daerah Seberang Perai Utara dan dua kes di daerah Seberang Perai Tengah.
Menurut beliau, kesemua mereka direman hingga 30 Mei ini untuk membantu siasatan.
Sementara itu, Abdul Rahman berkata, polis sedang memburu seorang lelaki yang dikenali sebagai Mohd. Fairos Mohamad Sharif, 29, dari Padang Menora, Tasek Gelugor bagi membantu siasatan beberapa kes pecah rumah di sekitar daerah ini dan Seberang Prai Tengah.
Katanya, polis sebelum ini berjaya menahan rakan suspek berusia 34 tahun dan merampas pelbagai barangan curi bernilai RM20,000 selain peralatan yang digunakan untuk pecah rumah.
"Suspek yang dipercayai anggota kumpulan Mat Kri dipercayai terbabit dalam lebih 20 kes pecah rumah di sekitar Seberang Perai Utara dan dan Seberang Perai Tengah serta mempunyai 10 rekod jenayah lampau," ujarnya.
Menurutnya, orang ramai yang mengenali mereka boleh menyalurkan maklumat dengan menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140528/je_08/Polis-tahan-tujuh-anggota-kumpulan-Anas#ixzz32xgBKqpG
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pemandu teksi, isteri ditahan kes kanak-kanak mati didera


KUALA LUMPUR 27 Mei - Seorang pemandu teksi dan isterinya ditahan bagi membantu siasatan kes kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dipercayai akibat didera.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd. Adnan Abdullah berkata, pasangan yang berusia 35 dan 31 tahun itu merupakan bapa tiri dan ibu mangsa ditahan pada pukul 5.30 petang semalam di rumah mereka di Tasek Permai, Ampang.
"Kedua-dua mereka direman bagi membantu siasatan kes kematian kanak-kanak tersebut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mayat mangsa yang mempunyai kecederaan di beberapa bahagian badan kini berada di bahagian forensik Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140527/je_06/Pemandu-teksi-isteri-ditahan-kes-kanak-kanak-mati-didera#ixzz32xfykJYB
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Dua gadis sunti mangsa perkosaan 38 lelaki


KOTA BHARU 27 Mei - Seorang remaja perempuan berdepan pe­ngalaman menakutkan apabila dia dan rakannya mendakwa menjadi mangsa 'kenduri seks' 38 lelaki di sebuah rumah kosong di Ketereh di sini malam Selasa lalu.
Sebelum kejadian, mangsa ber­usia 15 tahun dikatakan menerima panggilan telefon daripada rakan perempuan yang mendakwa berada di Ketereh dan meminta mangsa membantu membawanya pulang ke rumah.
Sehubungan itu, mangsa keluar dari rumahnya yang terletak di Kuala Krai dengan menaiki motosikal bersama seorang sahabat lelaki.
Menurut sumber, sebaik sahaja tiba di Ketereh, mangsa dan sahabat lelakinya itu bertemu seorang pemuda sebelum dibawa ke sebuah rumah kayu kosong untuk mengambil rakan perempuannya itu.
"Sebelum sempat keluar dari rumah berkenaan, seorang lelaki berusia 40-an muncul dan menahan mereka berempat.
"Tidak lama selepas itu, lebih kurang 40 lelaki lain tiba dan memaksa mangsa dan rakan perempuannya masuk ke dalam bilik sebelum menampar dan merogol mereka berdua sehingga pengsan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut sumber itu lagi, selepas mangsa sedar dan dibawa keluar dari rumah berkenaan, rakan lelakinya memberitahu, dia telah dipaksa menonton aksi mangsa dan rakannya dirogol secara bergilir-gilir oleh 38 lelaki.
Katanya, mangsa hanya pulang ke rumahnya beberapa hari selepas kejadian tersebut sebelum menga­du sakit perut selain mengalami pen­darahan di kemaluannya. Ba­gaimanapun dia dimarahi ibu bapa­nya kerana keluar rumah tanpa pe­ngetahuan.
"Keluarganya sekadar menyuruh mangsa menelan ubat dan mi­num air berkarbonat untuk mencuci perut dan meredakan kesakitan namun sehingga kelmarin, kema­luan gadis itu masih berdarah menyebabkan dia dibawa ke Hospital Kuala Krai untuk rawatan lanjut.
"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kesan koyakan dan kecederaan pada kemaluan serta dubur mangsa. Mangsa seterusnya membuat laporan di Balai Polis Pasir Puteh semalam," katanya.
Sehubungan itu, katanya, pihak polis sedang memburu suspek untuk membantu siasatan yang dibuat mengikut Seksyen 376 Kanun Ke­seksaan kerana merogol.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140528/je_05/Dua-gadis-sunti-mangsa-perkosaan-38-lelaki#ixzz32xfE5gQY
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Remaja ditemui mati tertiarap dalam longkang, misteri kehilangan terjawab


JERANTUT 27 Mei - Misteri kehila­ngan seorang remaja berusia 17 tahun kira-kira tiga hari lalu terjawab apabila mayatnya ditemui dalam keadaan tertiarap di dalam longkang besar di kawasan Perumahan Felcra Tembeling Tengah di sini petang semalam.
Ibu mangsa, J. Kamisah Derani, 44, berkata, mayat anaknya, Wan Muhamad Amirul Wan Zainal ditemui penduduk kampung kira-kira pukul 4 petang dengan keadaan lengkap berpakaian baju kemeja warna merah dan seluar berwarna gelap.
"Saya sangat sedih kerana kehila­ngannya berakhir dengan penemuan mayat yang sudah tiga hari berada di dalam longkang itu.
"Saya tidak menyangka ciumannya berkali-kali sebelum ini rupanya tanda perpisahan kami untuk selama-lama­nya," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di bilik mayat Hospital Jerantut di sini hari ini.
Menurut J. Kamisah, dia menghantar arwah ke rumah kakaknya, Wan Aina Farisha, 19, di Kuala Tahan minggu lalu kerana arwah ingin ke sana.
"Menurut kakaknya, terdapat sedikit perubahan pada arwah kerana sebelum ini arwah makan agak banyak namun pada Jumaat lalu dia makan sedikit sahaja sambil menyatakan kesyukuran kerana Allah bagi rezeki," ujarnya.
J. Kamisah berkata, kehilangan anak­nya itu disedari oleh Wan Aina pada pukul 11.30 malam Jumaat lalu kerana tidak pulang ke rumah.
Ibu kepada enam anak itu membe­ritahu, dia bersama Wan Aina menghubungi telefon bimbit arwah namun tiada jawapan.
"Saya dimaklumkan bahawa ada orang kampung melihat arwah berlari pada malam dia dipercayai hilang itu seolah-olah dikejar oleh orang lain kerana arwah berlari ke arah bertentangan dengan rumah kakaknya selain turut kelihatan sebuah kereta Proton Satria Neo yang mencurigakan di kawasan berkenaan," jelasnya.
Suri rumah itu berkata, dia meragui maklumat yang diberikan oleh pihak hospital dan polis mengenai sebab kematian anaknya dan meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut kerana yakin arwah dianiaya oleh orang lain yang tidak berpuas hati de­ngannya.
Tambah J. Kamisah, mayat anaknya itu telah dituntut dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Felda Sungai Retang di sini hari ini.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Jerantut, Asisten Komisioner Tey Kong Seng berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Jerantut untuk bedah siasat dan punca kejadian masih dalam siasatan.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan mangsa terjatuh di dalam longkang besar berkenaan dan mati lemas kerana di dalamnya terdapat air.
Sehubungan itu beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140528/je_06/Remaja-ditemui-mati-tertiarap-dalam-longkang-misteri-kehilangan-terjawab#ixzz32xfTpZXa
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lelaki maut jatuh perigi


KOTA BHARU 27 Mei - Seorang wanita warga emas hanya mampu menangis melihat suaminya teng­gelam di dalam sebuah perigi la­ma sedalam sedalam 2.4 meter se­lepas usahanya untuk menarik lelaki tersebut keluar gagal.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, Maimun Ahmad, 70, telah memerah seluruh keringat untuk menarik suaminya, Che Is­mail Che Abdullah, 64, yang ber­paut di tepi perigi tersebut setelah terjatuh, namun tidak berjaya.
"Semasa kejadian berlaku, sa­ya sedang menjahit di dalam rumah sebelum terdengar bunyi je­ritan dan suara seperti orang mengerang kesakitan.
"Saya terus ke bahagian belakang rumah dan mendapati arwah berada dalam pergi itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumah pasangan itu di sini hari ini.
Menurut Maimun, dia sempat memegang kedua-dua tangan suaminya yang sedang berpaut di tepi perigi namun tidak berdaya mengangkatnya kerana lelaki itu terlalu berat.
"Saya sempat mengajarnya mengucap dua kalimah syahadat sebelum pegangan tangan kami terlepas dan dia tenggelam ke dalam perigi," ujarnya.
Sementara itu, Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Azlan Zainal berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut kira-kira pukul 10 pagi.
Katanya, lapan anggota bersama sebuah jentera telah dikejarkan ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja menyelamat mangsa.
"Bomba dengan kekuatan lapan anggota berjaya mengeluarkan mangsa dari telaga pada pukul 10.21 pagi. Ketika bomba sampai, mangsa tidak kelihatan di permukaan air kerana telah tenggelam dan mangsa sudah tidak bernyawa lagi semasa diangkat," katanya.
Tambahnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140528/je_03/Lelaki-maut-jatuh-perigi#ixzz32xeXXbEH
© Utusan Melayu (M) Bhd