Search This Blog

Tuesday, May 27, 2014

Cari waris mangsa langgar lari


WARTAWAN SINAR HARIAN
27 Mei 2014

Waris mangsa ini dicari.
Waris mangsa ini dicari.



ROMPIN – Waris kepada seorang lelaki yang ditemui maut tanpa sebarang pengenalan diri yang dipercayai dilanggar lari oleh kenderaan berat di Kilometer 129 jalan Kuantan-Seremban 23 Mei lalu sekitar jam 9.38 malam, diminta menuntut mayat mangsa untuk proses pengebumian.

Memandangkan tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mangsa, ia menyukarkan pihak polis untuk mencari atau menghubungi waris, dan hanya sekeping tiket bas kanak-kanak dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Depoh ke Taman Setia Indah terdapat pada simpanan mangsa.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya berkata, punca kemalangan dipercayai, mangsa berjalan kaki di bahagian tengah jalan yang gelap lalu dilanggar dari arah belakang oleh kenderaan berat berdasarkan siasatan awal ketika mayat ditemui dalam keadaan terbaring di bahu jalan sebelah kiri arah ke Seremban.

“Mangsa terpelanting ke sebelah kiri jalan dan jatuh di bahu jalan serta meninggal di lokasi kejadian.

"Mayat dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk proses bedah siasat,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Johari, mangsa yang maut merupakan lelaki berketurunan India berusia awal 60-an yang berkemungkinan pengemis jalanan.

“Mangsa memakai baju baju-T berwarna biru dan seluar hitam lusuh. Turut ditemui tiket bas kanak-kanak dari IPK Depoh ke Taman Setia Indah bertarikh 22 Mei 2014 dalam simpanan mangsa,” katanya.

Kepada sesiapa yang kehilangan waris seperti dalam gambar mangsa yang dipaparkan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Sub Inspektor Md Noor Othman di talian 019-9122011 atau Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin, 09-4145222.

Curi duit bekas majikan


WARTAWAN SINAR HARIAN
27 Mei 2014

SABAK BERNAM – Seorang penganggur ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes curi beg duit bekas majikannya di sebuah kedai makan di Jalan Tebedu, 21 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, suspek berusia 23 tahun yang beralamat di Parit 15 Sungai Panjang, Sungai Besar itu ditahan pada 22 Mei lalu hingga esok (Rabu).

Menurutnya, suspek sebelum ini pernah bekerja sambilan di kedai makan terbabit kira-kira dua bulan lalu, bagaimanapun tiba-tiba berhenti dan dipercayai sudah lama tidak bekerja.

“Selain itu, suspek juga pernah bekerja dengan beberapa lagi pemilik kedai makan berhampiran, tetapi tidak kekal lama dan selepas itu suspek sering kelihatan berada di sekitar kedai makan terbabit,” katanya kepada Sinar Harian.

Noor Mushar berkata, kejadian kecurian itu dipercayai berlaku apabila mangsa yang ingin mengambil beg duitnya yang mengandungi RM150 dan kad pengenalan yang disimpan di dalam laci pembancuh air hilang dari tempat asalnya.

“Mangsa yakin wang yang diletakkannya di dalam laci itu sudah dilarikan oleh pihak tidak bertanggungjawab dan kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada salah seorang anak lelakinya,” katanya.

Katanya, anak mangsa yang berang dengan tindakan suspek berusaha mencari seorang lelaki yang disyaki mencuri beg duit ibunya itu dan menemui suspek yang kemudiannya mengaku mencuri beg duit terbabit.

“Setelah didesak beberapa kali, akhirnya suspek mengaku dia telah mencuri beg duit mangsa dan anak mangsa kemudiannya membawa lelaki terbabit ke Balai Polis Sabak Bernam untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan polis mendapati kejadian berlaku apabila dua pekerja mangsa yang berada di hadapan kedai tidak menyedari mangsa mencuri masuk melalui pintu belakang kedai terbabit.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara tujuh tahun, denda atau sebatan jika disabitkan kesalahan.

Lapan ditahan tawar khidmat seks


26 Mei 2014

NIBONG TEBAL - Lapan wanita rakyat asing yang bekerja sebagai tukang urut ditahan dalam Ops Noda di sebuah pusat urut di Jalan Seri Aman, Sungai Bakap di sini awal semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Superintendan Shafien Mamat berkata semua mereka berusia antara 20 dan 35 tahun itu ditahan ketika asyik melayan pelanggan dalam bilik-bilik kecil yang terdapat di premis berkenaan.

“Berdasarkan siasatan awal, tujuh warga Thailand dan seorang warga Laos itu bekerja sebagai tukang urut di premis berkenaan yang menawarkan khidmat seks kepada pelanggan.

“Turut ditahan dalam operasi pada 2 pagi itu ialah empat lelaki tempatan yang merupakan pelanggan,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata semua wanita yang ditahan itu akan disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada permit dan dokumen pengenalan diri yang sah.- Bernama

Warga emas terkejut kedai dirempuh kereta


  • Aishah mengemas barang runcit yang bertaburan akibat rempuhan kereta.Aishah mengemas barang runcit yang bertaburan akibat rempuhan kereta.

ALOR SETAR - Warga emas terkejut selepas kedai runcitnya dirempuh sebuah kereta yang terbabas di Batu 5, Sungai Batu Gunung di sini, awal pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 pagi apabila sebuah kereta jenis Proton Persona yang dipandu seorang lelaki dikatakan hilang kawalan lalu melanggar bahagian hadapan kedai runcit berkenaan.

Mat Isa Man, 74, berkata, ketika itu dia sedang tidur di bahagian belakang kedai yang dijadikan kediaman bersama isterinya, Aishah Mat Akhir, 72.

“Saya tutup kedai pada jam 9.30 malam dan tidur lena kira-kira jam 11.30 malam . Tiba-tiba saya dikejutkan dengan bunyi rempuhan yang kuat.

“Saya bergegas keluar dan terkejut apabila sebuah kereta tersadai selepas merempuh bahagian hadapan kedai,” katanya ketika ditemui Sinar Harian hari ini.

Menurutnya, pemandu itu tidak cedera dan dibawa keluar dari kereta dengan bantuan orang ramai kerana terperangkap.

Mat Isa turut membuat satu laporan mengenai kejadian itu di Cawangan Trafik  Ibu Pejabat  Polis Daerah (IPD) Kota Setar hari ini.

Mayat pekerja kilang terjatuh sampan dijumpai


27 Mei 2014

TANJONG KARANG - Mayat seorang pekerja kilang yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari sampannya ketika memancing di pesisir pantai Sungai Kajang di sini semalam, ditemui pagi ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Karang, Azmi Abbas berkata mayat Hasan Ashari Mat Da'ae, 39, ditemui terapung oleh nelayan pada pukul 9.20 pagi, kira-kira tiga kilometer dari tempat mangsa dikatakan terjatuh.

"Mangsa dijumpai oleh nelayan tempatan yang turun ke laut seawal pukul 6.30 pagi ini untuk menyertai operasi mencari dan menyelamat.

"Mayatnya berjaya dinaikkan pada pukul 10 pagi dan dihantar ke Hospital Tanjong Karang untuk dibedah siasat," katanya kepada Bernama di sini hari ini.  

Hasan dikhuatiri lemas selepas sampannya ditemui tanpa dikemudi sesiapa, kira-kira lima kilometer dari pesisir pantai Sungai Kajang tengah hari semalam.

Mangsa dipercayai keluar sendirian untuk memancing di laut sebelum sampannya bersama peralatan memancing dan barangan peribadi seperti telefon bimbit, ditemui pemancing lain.

Bomba yang menerima laporan kehilangan mangsa pada pukul 2.15 petang semalam melancarkan operasi mencari dan menyelamat di kawasan mangsa dipercayai terjatuh dengan bantuan pasukan Polis Marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, bomba sukarela dan nelayan tempatan. - Bernama

Wanita diburu tipu pakej pelancongan


WARTAWAN SINAR HARIAN
27 Mei 2014


SUNGAI BULOH - Polis sedang giat memburu seorang suspek yang dipercayai menjalankan sindiket penipuan pakej pelancongan melalui laman sosial Facebook.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Junaidi Bujang berkata, pada 23 Mei lalu, seorang mangsa berusia lingkungan 40an diperdaya sebanyak RM15,800 oleh suspek wanita itu bagi membeli pakej pelancongan ke Pulau Redang, Terengganu.

Menurut Junaidi, suspek berkenaan memberitahu dia adalah salah seorang kakitangan di sebuah syarikat yang beroperasi di Seksyen 7, Shah Alam.

“Disebabkan mangsa pernah mengambil pakej di bawah syarikat itu sebelum ini, dia mempercayai suspek itu dan membuat bayaran ke dalam satu akaun di atas nama seorang wanita lain yang diakui suspek sebagai rakan kongsinya,” katanya.

Beliau berkata, beberapa transaksi wang dilakukan oleh mangsa ke akaun berkenaan bagi membuat bayaran pakej untuk 12 orang dewasa dan lima kanak-kanak.

Malangnya, pada tarikh mereka sepatutnya berangkat, mangsa dan ahli rombongan yang ke Lapangan Terbang Subang diberitahu tiada sebarang pakej serta tempahan tiket penerbangan dibuat oleh pihak terbabit.

Mangsa yang terkejut dan mula ragu-ragu segera menghubungi suspek beberapa kali bagi mendapatkan penjelasan namun gagal.

Mangsa turut menjejaki alamat syarikat tersebut bagi mendapatkan penjelasan namun mereka telah menghentikan operasi.

“Polis kini sedang memburu suspek berkenaan serta pemilik akaun tersebut bagi membantu siasatan terperinci berhubung kes ini,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai suspek boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Haslinda Mohammad, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil atau mana-mana balai polis berhampiran.

Padah lintas lebuh raya


  • Mangsa disahkan maut serta-merta di lokasi kejadian akibat pendarahan teruk di bahagian kepala.Mangsa disahkan maut serta-merta di lokasi kejadian akibat pendarahan teruk di bahagian kepala.

SUBANG JAYA – Tindakan berani seorang wanita melintas lebuh raya membawa padah apabila dia dirempuh sebuah kereta di kilometer 26.6 Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), menghala Puchong, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang, mangsa yang tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri maut serta-merta di lokasi kejadian.

Jurucakap Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya berkata, kemalangan berlaku dari arah Putrajaya berdekatan Taman Perindustrian Maju Jaya.

“Siasatan awal mendapati ia berpunca daripada sikap cuai mangsa yang melintas lebuh raya tanpa memikirkan risiko dan bahaya.

“Mangsa dirempuh dan mengalami pendarahan teruk di bahagian kepala. Mayatnya dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat,” katanya.

Sehubungan itu, saksi kejadian diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik IPD Subang Jaya, Inspektor Mohammad Zul Helmi Khalid  di talian 0378627222 untuk membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mangsa bongkah kayu terbang


  • Hafizi menunjukkan kesan jahitan di kepala ibunya akibat kejadian itu.Hafizi menunjukkan kesan jahitan di kepala ibunya akibat kejadian itu.

SUBANG -  Tindakan penghuni blok kediaman di Flat PPR Lembah Subang, membaling bongkah kayu dari tingkat atas menyebabkan seorang warga emas cedera di kepala dan terpaksa menerima tujuh jahitan.

Sebelum kejadian, Che Latifah Ishak, 56, sedang berjalan untuk membeli juadah makan malam ahli keluarganya di bawah blok kediaman itu.

Semasa menunggu giliran membeli, ada penghuni di tingkat atas membaling kayu bersaiz kecil dan terkena kepala salah seorang anggota Rela yang sedang berkawal.

Berang dengan tindakan penghuni terbabit, anggota Rela berkenaan kemudiannya menjerit lalu memarahinya kerana kepalanya mengalami kesan luka.

Bagaimanapun, selang beberapa saat, dipercayai pelaku yang sama kemudiannya membaling bongkah kayu sepanjang 30 sentimeter  ke bawah dan terkena kepala Che Latifah yang menunggu untuk membeli lauk.

“Saya memang tak sedar kayu itu dibaling kali kedua dan terkena kepala saya. Bila saya tengok darah banyak saya mula nak pitam,” ceritanya, ketika ditemui di kediamannya di sini, semalam.

Hasil tindakan pantas penduduk, Latifah dibawa ke Kelana Jaya Medical Center (KJMC) bagi mendapatkan rawatan.

Namun, disebabkan luka dialami serius, Che Latifah terpaksa di hantar ke Hospital Sungai Buloh bagi membolehkan rawatan lebih lanjut dilakukan.

“Kepala saya luka agak teruk dan dikenakan tujuh jahitan memandangkan kecederaan itu agak dalam,” katanya.

Sementara itu, anak bongsunya, Hafizi Mohd Nasir, 19, berkata ketika kejadian dia tiada di rumah dan dimaklumkan menerusi panggilan telefon oleh salah seorang penduduk sebelum bergegas ke hospital.

“Kami dah buat laporan di Balai Polis Kelana Jaya semalam (kelmarin) supaya kes ini disiasat,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Penduduk Blok E PPR Lembah Subang, Muhammad Azmi Yaacob berkata, peristiwa itu merupakan kejadian kedua berlaku di blok berkenaan membabitkan kecederaan.

Sebelum ini katanya, seorang kanak-kanak menjadi mangsa terkena serpihan kaca botol yang dibuang dari tingkat atas blok kediaman itu.

“Ini merupakan kes yang serius dan kita masih sedang berusaha mengenal pasti kayu itu dibuang dari tingkat berapa,” katanya.

Beliau meminta penduduk peka dan memainkan peranan menjaga keselamatan serta kebersihan di blok kediaman bagi menggelakkan kejadian  berulang.

Ditipu ejen, terima permit palsu


  • Kesemua permit kerja yang didakwa palsu oleh jabatan imigresen.Kesemua permit kerja yang didakwa palsu oleh jabatan imigresen.

PUCHONG - Niatnya membantu pekerja asing mendapatkan permit bertukar menjadi igauan ngeri apabila dia kini diancam dan diugut, malah terpaksa berpindah rumah selepas pekerjanya mendapat tahu permit dibuat palsu serta tidak berdaftar dengan jabatan imigresen.

Segala-galanya bermula apabila majikan itu, Khairunnisa Abdullah, 56, meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada seorang lelaki yang mengaku dirinya ejen Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Lelaki itu mendakwa boleh membuat Permit Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin (Permit 6P) dengan kadar bayaran sebanyak RM3,000 seorang.

Urusan membuat Permit 6P pada awalnya berjalan lancar Julai tahun lalu, baki 52 lagi bagaimanapun diserahkan kepada seorang lagi ejen yang mengaku berkhidmat dengan Bahagian Penguatkuasaan KDN.

Mangsa mendakwa membuat bayaran sebanyak RM156,000 kepada lelaki terbabit, tetapi hanya 34 pasport berserta pelekat permit kerja diserahkan manakala 18 lagi masih belum dipulangkan.

Bagaimanapun, dia terkejut apabila mendapat tahu dua pekerjanya ditahan di Perak kerana permit kerja didapati palsu.

Tidak berpuas hati dengan perkara itu dia kemudian membuat semakan dengan KDN dan agensi itu memaklumkan Slip Pendaftaran Pati adalah sah dan tulen.

Namun mengejutkan apabila dia ke jabatan imigresen, pegawai agensi memaklumkan pelekat permit kerja diperolehi pekerjanya adalah palsu.

“Pegawai imigresen di kaunter kata saya buat permit bawah pokok...tak berdaftar dalam sistem. Perkara ini menghairankan saya,” katanya.

Kesal dengan apa yang menimpa, Khairunnisa membuat laporan polis dan mengadu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), KDN serta Jabatan Perdana Menteri.

“Sejak itu, pekerja yang buat permit mengancam saya dengan pelbagai ancaman serta ugutan, saya risau kerana membela seorang anak kurang upaya di rumah,” katanya.

Dia turut mendakwa ada seorang pekerjanya hampir menggantung diri kerana tidak dapat pulang ke negara asal. Ia berikutan pasport pekerja warga Bangladesh itu masih dipegang ejen berkenaan.

Sementara itu, Persatuan Kebajikan India Malaysia (PKIM), K S Baskaran meminta pihak berkenaan menyiasat kelicikan ejen yang pernah membuat penipuan seperti itu kerana percaya ramai yang sudah tertipu.

“Saya minta agensi berwajib ambil tindakan segera terhadap sindiket yang keluarkan permit palsu, kasihan mangsa mengalami kerugian selain diganggu pekerjanya,” katanya.

Warga emas maut jatuh telaga


  • Ketua Polis Kota Baharu ACP Azham Othman (kanan) bersama pegawainya melihat tempat mangsa, Che Ismail @ Muhammad, 64, maut setelah terjatuh ke dalam telaga di belakang rumahnya di Jalan Bayam di sini hari ini. Mayat mangsa dibawa ke Hopistal Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat. - Foto BernamaKetua Polis Kota Baharu ACP Azham Othman (kanan) bersama pegawainya melihat tempat mangsa, Che Ismail @ Muhammad, 64, maut setelah terjatuh ke dalam telaga di belakang rumahnya di Jalan Bayam di sini hari ini. Mayat mangsa dibawa ke Hopistal Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat. - Foto Bernama

KOTA BHARU - Seorang lelaki warga emas maut selepas terjatuh ke dalam telaga usang sedalam 2.4 meter di belakang rumahnya di Jalan Bayam di sini, hari ini.
Isteri mangsa, Maimun Ahmad, 70, berkata dia sedang menjahit di dalam rumahnya kira-kira jam 9 pagi apabila ternampak suaminya, Che Ismail Che Abdullah, 64, pergi ke bahagian belakang rumah.
  
"Kemudian saya terdengar seperti orang sedang mengerang sebelum saya ternampak suami berada di dalam telaga itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumah pasangan itu di sini.
  
Maimun berkata dia sempat memegang kedua-dua bahagian tangan Che Ismail yang sedang berpaut di tepi telaga tetapi tidak berjaya mengangkatnya kerana suaminya itu terlalu berat dan di luar keupayaannya.
  
"Saya sempat mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah sebelum pegangan tangan terlepas dan dia tenggelam ke dalam telaga," katanya.
  
Sementara itu, Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Baharu Azlan Zainal berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 10.06 pagi dan sampai ke tempat kejadian tiga minit kemudian.
  
"Bomba dengan kekuatan lapan anggota berjaya mengeluarkan mangsa dari telaga pada pukul 10.21 pagi. Ketika bomba sampai mangsa tidak kelihatan di permukaan air kerana telah tenggelam dan mangsa sudah tidak bernyawa lagi semasa diangkat," katanya.
  
Mayat dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat. - Bernama

Suami isteri ditahan disyaki dera budak 6 tahun


  • Jenazah Mohd Akir, 6, dibawa keluar dari Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur, hari ini.
 - Foto Bernama
Jenazah Mohd Akir, 6, dibawa keluar dari Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur, hari ini.
 - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Polis menahan sepasang suami isteri bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang kanak-kanak lelaki berumur enam tahun yang disyaki didera.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata ibu mangsa, seorang suri rumah berusia 31 tahun ditahan bersama bapa tiri kanak-kanak itu, seorang pemandu teksi berumur 35 tahun, di rumah mereka di Pangsapuri Permai Ria, Tasik Permai, Ampang, pada 5.30 petang semalam.
Ketika dihubungi Bernama di sini hari ini, beliau berkata penahanan itu dibuat selepas polis menerima laporan kematian mangsa, Mohd Akir Rashidi, yang merupakan anak keempat daripada lima beradik, oleh bapa tirinya.
"Bapa tirinya dimaklumkan oleh ibu kanak-kanak itu bahawa mangsa tidak sedarkan diri pukul 1 petang semalam sebelum dibawa ke Hospital Ampang.
"Hasil pemeriksaan doktor sahkan mangsa telah meninggal dunia, terdapat kesan-kesan lebam pada badan, kaki dan tangannya," katanya.
Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - Bernama

KPDNKK rampas 20,000 VCD, DVD


  • Che Mat Salwi (kanan) sedang melihat sebahagian VCD dan DVD yang dijual secara terbuka di lot kedai Taman Muhibah.Che Mat Salwi (kanan) sedang melihat sebahagian VCD dan DVD yang dijual secara terbuka di lot kedai Taman Muhibah.

MERLIMAU - Kedegilan dua pengusaha video cakera padat (VCD) dan cakera video digital (DVD) cetak rompak yang menjualnya secara terbuka di daerah ini, akhirnya memakan diri setelah diserbu secara serentak dalam Ops Gerak Gempur Cetak Rompak, baru-baru ini.

Dalam serbuan kira-kira jam 7.30 malam itu, sepasukan anggota penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya yang diketuai Penolong Pegawai Penguatkuasa Kanan KPDNKK Putrajaya, Che Mat Salwi Che Wail
berjaya menyerbu dua premis di Taman Merlimau Utara dan Taman Muhibbah setelah melakukan risikan selama sebulan selepas menerima aduan orang awam sejak sebulan lalu.

Menurutnya, dalam serbuan yang berakhir jam 10 malam, beliau bersama 14 anggota berjaya menemui dan merampas lebih 20,000 keping VCD dan DVD bernilai RM160,000 yang dipercayai dijual secara terbuka di premis lot kedai.

"Kedua-dua premis itu dipercayai memulakan operasi dari jam 12 tengah hari hingga 10 malam dan menjual VCD serta DVD dengan harga RM5 sekeping," katanya.

Tambahnya, ketika operasi dilakukan, tiada pelanggan di dalam kedua-dua premis itu dan pekerjanya tidak sempat melarikan diri selepas ia dikepung anggotanya.

“Kita berjaya merampas hasil serbuan 20,000 keping VCD dan DVD bernilai RM160,000, termasuk 14,000 keping di premis di Taman Merlimau Utara dan Taman Muhibbah (6,500 keping).

“Kami turut menahan dua lelaki berusia 54 dan 56 tahun yang bekerja sebagai penjaga premis, siasatan awal mendapati perniagaan ini dipercayai didalangi individu berasingan,” katanya.

Che Mat Salwi berkata demikian kepada pemberita selepas operasi berkenaan di Taman Muhibbah.

Jelasnya, premis di Taman Muhibbah itu dahulunya adalah sebuah restoran yang diubah suai, manakala lot kedai di Taman Merlimau Utara berkenaan pula sebelum ini dipercayai menjalankan perkhidmatan pusat siber.

“Mereka bertindak berani menjalankan perniagaan secara terbuka di lot rumah kedai sejak lebih tujuh bulan lalu sebelum kita melakukan serbuan di premis di Taman Merlimau Utara dan Taman Muhibbah, Merlimau, yang terletak dalam jarak tidak sampai 100 meter secara
serentak,” katanya.

Lihat sepupu merintih sakit


  • Keadaan remaja Orang Asli yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 34.6 Jalan Seremban-Tampin, dekat Kampung Lada, awal pagi semalam.Keadaan remaja Orang Asli yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 34.6 Jalan Seremban-Tampin, dekat Kampung Lada, awal pagi semalam.

REMBAU – “Sebaik mendengar bunyi dentuman kuat, saya terus padang cermin sisi dan terkejut sepupu saya berada di atas jalan,” luah Asdi Asdin, 17, ketika ditemui di Kilometer 34.6 Jalan Seremban-Tampin, dekat Kampung Lada, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira  2.06 pagi itu, mangsa yang bekerja kontrak dikenali sebagai Sanizam, 18, cedera parah selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta dari arah bertentangan.

Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia , petang semalam.

Menurut Asdi, ketika kejadian mereka dalam perjalanan pulang dari kenduri saudara mereka di Perkampungan Orang Asli Bukit Payong, Alor Gajah ke Perkampungan Orang Asli Sungai Lalang Baru, Semenyih.

“Kami bergerak secara berkumpulan, masing-masing menunggang motor sendiri. Saya bergerak di hadapan sepupu saya dan tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman kuat. Saya terus pandang cermin sisi dan dapati mangsa terlibat kemalangan.

“Saya terus ke arah sepupu dan ketika itu, sepupu saya sedang merintih kesakitan. Kami tidak henti-henti panggil namanya supaya dia tidak pengsan sementara menunggu bantuan ambulans," katanya.

Pemandu kereta, Ramli Abdul Rauf, 39, berkata, ketika kejadian dia bersama dua rakannya berusia 36 dan 42 tahun dalam perjalanan pulang dari Seremban ke Tampin selepas selesai latihan persembahan muzik.

Menurutnya, dia memandu seperti biasa sebelum secara tiba-tiba terlihat sekumpulan motosikal bergerak dari arah bertentangan dan salah seorang dari penunggang bertindak keluar dari kumpulan berkenaan.

“Sebuah kereta jenis Proton Iswara di depan saya sempat mengelak. Bagaimanapun, saya gagal mengelak dan bertembung dengan motosikal itu. Sebaik bertembung, beg udara keluar dan saya mulai menekan brek dan memberhentikan kenderaan di tepi," katanya.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kemalangan berkenaan.

Kegiatan gores dan menang: 13 individu ditahan


  • Azham (kanan) bersama pegawainya menunjukkan kad yang digunakan individu yang menjalankan kegiatan gores dan menang.Azham (kanan) bersama pegawainya menunjukkan kad yang digunakan individu yang menjalankan kegiatan gores dan menang.

KOTA BHARU - Polis memandang serius kegiatan gores menang di negeri ini  yang masih licik menjalankan kegiatan berkenaan dengan menawarkan sejumlah hadiah menarik kepada pelanggan dengan bayaran tertentu.

Kegiatan terbaru kumpulan terbabit yang bergerak dalam kumpulan dan didalangi syarikat yang beroperasi di bandar ini berjaya dikesan polis, apabila 13 individu yang dipercayai digunakan syarikat terbabit untuk memancing orang ramai ditahan dalam beberapa siri operasi tahun ini.

Dalam satu operasi petang kelmarin, seramai lapan individu berusia antara 20 hingga 30 tahun yang menjalankan kegiatan itu di sebuah pasar raya di sini ditahan dan direman selama tiga hari bermula semalam. Manakala lima lagi ditahan pada operasi yang dijalankan bulan lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman, syarikat ini beroperasi di Jalan Long Yunus, dengan modus operandi menghampiri pelanggan di sebuah pusat membeli belah terkemuka di Lembah Sirih dan bergerak secara berkumpulan.

“Masih ramai yang tidak membuat laporan, namun yang tampil membuat laporan adalah pihak yang merasa mereka tertipu dan melibatkan jumlah wang yang banyak sehingga mencecah RM10,000.

“Mereka akan menawarkan satu kad kepada pelanggan untuk digores dan apabila digores mangsa akan diberitahu memenangi satu hadiah misteri dan perlu ke pejabat mereka untuk menuntut. Apabila tiba di pejabat, mangsa akan diminta untuk membayar sejumlah wang bagi menebus hadiah terbabit,” katanya dalam satu sidang media di sini semalam.

Azham berkata, akibat rasa tertipu apabila mendapati barangan yang mereka dapat itu tidak setanding dengan nilai yang dibayar menyebabkan mereka naik berang dan menuntut ganti rugi.

Mengikut siasatan, mereka dijanjikan hadiah yang bernilai puluhan ribu ringgit bagaimanapun hanya memperoleh hadiah yang tidak setanding nilainya.

"Apabila pelanggan datang semula ke pejabat syarikat terbabit, mereka diugut untuk dicederakan oleh samseng yang diupah oleh syarikat terbabit, maka akhirnya mereka terpaksa mendiamkan diri tanpa dapat membuat apa-apa apabila diancam.

“Saya menasihatkan orang ramai supaya tidak terperdaya dengan aktiviti seperti ini dan bertindak lebih waras sebelum mengeluarkan sebarang bayaran dan mencecah ribuan ringgit.

“Setakat ini empat kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK) kerana menipu dan juga di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan bagi ugutan jenayah,” katanya.

Bapa temui mayat anak berlumuran darah


  • Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk bedah siasat.Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk bedah siasat.

PASIR MAS - Seorang pemuda ditemui mati dalam bilik tidur di sebuah rumah dekat Kampung Bongor pada jam 11 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat berkenaan punca kematian mangsa.

Menurutnya, pemuda berusia 29 tahun itu dipercayai berada seorang diri dalam bilik berkenaan semasa kejadian.

"Bapa mangsa yang baru pulang ke rumah pada jam 9 pagi mendapati anak lelakinya tidak keluar daripada bilik tidurnya dan beranggapan mangsa masih tidur.

"Setelah hampir tengah hari, bapa mangsa cuba membuka pintu bilik tetapi gagal dan bertindak memecahkan pintu bilik berkenaan," katanya.

Katanya, bagaimanapun mangsa ditemui dalam keadaan terlentang dan tidak bernyawa dengan kesan darah pada badannya, manakala sebilah pisau berada bersebelahan mangsa.

Beliau memaklumkan, setakat ini kes berkenaan dikategorikan sebagai mati mengejut, namun siasatan masih dijalankan dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk bedah siasat.

Sementara itu, jiran keluarga mangsa, Zainab Ismail berkata, dia hanya mengetahui kejadian itu apabila mendapati orang-ramai mengerumuni rumah mangsa pada kira-kira jam 11 pagi.

Menurutnya, penduduk memaklumkan terdapat seorang lelaki maut di dalam bilik berkenaan.

"Dalam bilik, saya dapati mangsa berada dalam keadaan terlentang dan dipenuhi darah.

"Saya harap keluarga mangsa bersabar dan saya nasihatkan penduduk tidak buat sebarang spekulasi mengenai kejadian ini," katanya.

Suami rayu isteri pulang segera


  • Mohd Ashraf dan dua anaknya merayu agar isterinya pulang ke rumah.Mohd Ashraf dan dua anaknya merayu agar isterinya pulang ke rumah.

KOTA BHARU - Seorang suami merayu kepada isterinya supaya pulang ke rumah selepas wanita itu yang dipercayai menghilangkan diri sejak awal Mei lalu masih gagal dikesan.

Isterinya, Che Azifah Che Yaacob, 42, turut membawa anak bongsu mereka yang berusia setahun dan didakwa berada di sekitar Bachok bersama kenalan wanitanya.

Mohd Ashraf Mohd Zain, 29, berkata, tiga hari kemudian isteri menghubungi ibu mertuanya dan memberitahu berada dalam keadaan sihat dan mahu pulang tetapi sehingga ke hari ini masih gagal dikesan.

“Ketika saya hubunginya dia jawab dan kata di Bachok, saya cuba mencari tetapi tidak jumpa kerana kawasannya agak luas, kemudian dia gagal dihubungi,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Ashraf yang juga mengusahakan kedai makan di Lundang berkata, bimbang dengan keadaan tersebut dia membuat laporan polis agar tindakan susulan dapat dilakukan segera.

Tambahnya, walaupun sudah hampir sebulan tidak pulang dia tetap nekad mencari lokasi isteri dan anaknya tinggal.

Katanya, perkembangan terbaru pada 17 Mei lalu ada rakan-rakan memberitahu terserempak isteri bersama seorang wanita di sebuah pasar raya di Kubang Kerian.

“Sejak Februari lalu, dia (isteri) berkelakuan pelik dari banyak cakap jadi pendiam, sering sakit kepala, dan wang yang diberi kepadanya habis tidak tahu dibelanjakan kepada siapa.

“Sudah 10 tahun berkahwin kami tiada masalah keluarga dia juga sering membantu di kedai, saya sudah usahakan dengan pelbagai cara untuk mencari mereka,” katanya.

Kata bapa kepada tiga anak itu, dia percaya isterinya digunakan oleh seseorang demi kepentingan peribadi bagi mendapatkan wang memandangkan isterinya juga seorang peniaga. Bagi sesiapa yang mempunyai maklumat tentang Che Azifah, boleh menghubungi suaminya di talian 01110691214.

Mak nyah didakwa menyamar anak yatim


  • Mohd Suyadi dibawa keluar dari Mahkamah Majistret, Kuala Terengganu, semalam.Mohd Suyadi dibawa keluar dari Mahkamah Majistret, Kuala Terengganu, semalam.

KUALA TERENGGANU - Seorang mak nyah didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam kerana menyamar sebagai anak yatim dan memperdayakan seorang peguam demi  mendapatkan wang pampasan insurans.

Tertuduh, Mohd Suyadi Othman, 28, yang beralamat di Kampung Tok Jamal, Wakaf Mempelam bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Rozianti Mohd Hanaphi.

Mahkamah kemudiannya memerintahkan dia diikat jamin RM10,000 oleh seorang penjamin dan menetapkan tarikh 16 Jun depan bagi sebutan semula kes.

Berdasarkan fakta kes, pada 30 Disember 2008, jam 10.25 malam hingga jam 1.24 petang pada 2 Januari 2009, dia didakwa perdaya pengadu, Ahmad Hilmi Abdul Majid di hadapan Bank Simpanan Nasional (BSN), di sini.

Mohd Suyadi memperdaya Ahmad Hilmi dengan mengaku sebagai Nurul Ali, seorang anak yatim piatu yang dalam keadaan memerlukan bantuan kewangan dan berjanji akan membayar balik wang kepada Ahmad Hilmi setelah mendapat wang pampasan insurans kedua ibu bapanya.

Akibat terpedaya dengan helah Mohd Suyadi, Ahmad Hilmi memutuskan untuk menyerahkan wang bernilai RM17,650 dengan memasukkan duit ke akaun BSN atas pemilik nama Ahmad Amir Aswadi Ahmad Ghani, 28.

Tertuduh ditahan oleh sepasukan polis dan dia didakwa di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun serta sebatan selain denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes itu dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor L Rathna.

Yingluck dibebaskan tentera


2014/05/27 - 05:40:06

Bangkok: Bekas Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra sudah dibebaskan daripada tahanan tentera, kata seorang pegawai pembantunya semalam.

Pegawai bekas perdana menteri itu berkata, Yingluck dibebaskan semalam dan sudah pulang ke rumahnya.


Beliau enggan namanya disiarkan kerana keadaan yang sensitif sekarang ini.

Yingluck ditahan oleh tentera Jumaat lalu dan dibawa ke lokasi yang tidak diketahui sejak rampasan kuasa tentera pada Khamis lalu, dan sejak ditahan beliau tidak dapat dihubungi melalui telefon.

Sementara itu, pakar meramalkan penyokong ‘Baju Merah’ akan berkumpul semula untuk menentang tentera yang menggulingkan kerajaan pilihan mereka walaupun pemimpin mereka ditahan dan askar dikerah berkawal di kawasan utama di pedalaman.

Nyata sokongan

Pergerakan bantahan jalanan ‘Baju Merah’ yang diwujudkan berikutan satu rampasan kuasa 2006 untuk menyatakan sokongan mereka kepada perdana menteri yang digulingkan, Thaksin Shinawatra, memberi amaran bahawa konflik politik berpanjangan negara itu boleh bertukar kepada perang saudara.
‘Baju Merah’ berkata mereka terjejas teruk dengan tindakan keras sejak ketua tentera, Prayuth Chan-O-Cha menggulingkan kerajaan sekutu Thaksin Khamis lalu dan merampas kuasa penuh.

Beberapa aktivis memberitahu AFP bahawa mereka disogokkan dengan kehadiran tentera yang besar, penahanan dan penutupan stesen radio berpengaruh tempatan yang digunakan untuk menyebarkan mesej pro-Thaksin.

“Tiada pemimpin,” kata seorang bekas senator, Aporn Sarakham yang juga isteri Kwanchai Pripana, seorang aktivis ‘Baju Merah’ dari timur laut Thailand yang ditahan tentera Jumaat lalu. AP/AFP

Cadbury hanya tarik dua produk ada DNA babi


2014/05/27 - 05:31:30

Kuala Lumpur: Cadbury Confectionery (M) Sdn Bhd setakat ini hanya menarik balik dua produk coklat susu Cadbury Dairy Milk selepas ia dikesan mengandungi DNA babi.

Dalam kenyataan malam tadi, Cadbury Confectionery memberi jaminan akan bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pihak berkuasa lain bagi menyelesaikan isu itu.


Katanya, JAKIM sudah menghantar sampel produk terbabit bersama produk lain yang dikeluarkan melalui saluran pemprosesan sama di kilang milik syarikat itu bagi dilakukan ujian makmal seterusnya.

Pelanggan diutamakan

“Kami memahami betapa status halal adalah kritikal kepada kita di Malaysia. Syarikat sedar isu ini menjadi tekanan kepada semua pihak namun memberi jaminan bahawa tiada yang lebih penting daripada keyakinan pelanggan ke atas produk kami.

“Ketika ini kami sedang aktif menarik balik dua kumpulan produk Cadbury Dairy Milk iaitu Hazelnut 175 gram bertarikh luput pada 13 November 2014 dan Roast Almond 175 gram bertarikh luput 15 Januari 2015,” katanya.

Kelmarin, akhbar melaporkan, JAKIM menggantung sijil halal dua produk keluaran Cadbury Dairy Milk, berkuat kuasa serta-merta selepas Kementerian Kesihatan mengesan DNA babi dalam produk coklat susu kacang hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dengan nombor kelompok 200813M01H I2 dan coklat susu buah buah badam panggang (Cadbury Dairy Milk Roast Almond) dengan nombor kelompok 221013N01R I1.
Beliau berkata, setakat ini tiada produk keluaran Cadbury terjejas dengan ujian yang dilakukan JAKIM.

AJAL 3 HARI SEBELUM NIKAH

AJAL 3 HARI SEBELUM NIKAH
Bagan Serai: “Dia begitu teruja menanti kenduri kahwin kami Ahad ini dengan semua barang hantaran sudah disiapkan.”
Demikian kata Norfaizah Mohd Rejab, 22, tunang kepada Lans Koperal Mohd Azuan Abdullah, 25, yang terbunuh ketika bertugas selepas motosikalnya dirempuh penjenayah di Jalan Bagan Serai-Alor Pongsu, jam 1.15 petang semalam. Lebih menyedihkan, kejadian berlaku hanya selepas kira-kira dua jam mangsa menghubungi Norfaizah dan selepas dua hari arwah menyambut hari jadinya.


Semalam adalah hari terakhir Mohd Azuan, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian, bekerja sebelum bercuti panjang untuk berkahwin.

“Saya hampir pitam mendengar berita kematiannya kerana lebih kurang jam 11 pagi (semalam), dia mengirimkan SMS meminta saya makan ubat jika berasa kurang sihat.

“Saya tidak menyangka perkenalan sejak kira-kira empat tahun lalu berakhir dengan cara begini,” katanya.

Norfaizah bagaimanapun reda dengan pemergian arwah dan berharap pengorbanannya ketika berkhidmat kepada masyarakat mendapat ganjaran sewajarnya.
“Sekarang semuanya ibarat ‘nasi sudah menjadi bubur’ dengan majlis perkahwinan yang sepatutnya berlangsung di Alor Setar, Kedah, hujung minggu ini, bertukar menjadi kenduri arwah,” katanya ketika ditemui semalam.

Mohd Azuan dan dua rakan masing-masing menaiki motosikal Kawasaki Ninja Unit Ronda Bermotosikal (URB) mengejar sebuah kereta Toyota Wish dinaiki tiga penjenayah yang dipercayai terbabit dalam rompakan van rokok di Jalan Bagan Serai-Alor Pongsu, dekat situ.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan, berkata motosikal mangsa dipercayai dirempuh sebuah kereta Honda Civic dinaiki rakan penjenayah itu.

Mangsa yang cedera parah di kepala, dada dan beberapa bahagian badan meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi rakannya tidak cedera.

Katanya, berdasarkan jarak pelanggaran dan kedudukan motosikal ditemui, polis percaya kejadian itu disengajakan dan dirancang.

“Polis masih mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga berlaku kematian.

“Saya juga terkilan tidak sempat bertemu arwah atas kesibukan kerja, sedangkan dia beberapa kali menyatakan hasrat bertemu saya bagi menyerahkan kad jemputan perkahwinan,” katanya.

Beliau berkata, jenazah mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk bedah siasat malam tadi sebelum di hantar ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu 27, Kulaijaya, Johor untuk dikebumikan.

Wanita kena 9 tahun kes cek palsu RM1.8 juta


2014/05/27 - 05:59:10 AM

Shah Alam: Seorang bekas eksekutif akaun dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini semalam selepas didapati bersalah menggunakan 26 keping cek palsu bernilai RM1.8 juta, lima tahun lalu.

Mahkamah turut mendenda Aliah Fadzilah Wan Abdullah @ Tan Mei Wan sebanyak RM150,000 selepas mendapati saudara baharu itu bersalah dalam aktiviti pengubahan wang haram membabitkan 10 daripada 26 keping cek b erkenaan yang b ernilai RM918,520.48. Jika gagal membayar denda, dia boleh dihukum penjara lima tahun lagi.


Hakim Aslam Zainuddin bagaimanapun membenarkan permohonan tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu proses rayuan, tetapi memerintahkan wanita itu membayar denda dalam tempoh dua minggu. 

Remaja tayang filem cetak rompak ditahan


Putrajaya: Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun berdepan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali selepas didapati memuat turun dan menayangkan muzik tempatan serta filem antarabangsa tanpa kebenaran pemilik hak cipta.

Pengarah Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Mohd Roslan Mahayudin berkata, remaja berkenaan yang dipercayai pemilik laman web haram www.godam.org ditahan dalam satu serbuan di kediamannya di Jalan Larkin Perdana 3, Johor Bahru, Johor, minggu lalu.


Beliau berkata, serbuan membabitkan 15 anggota penguat kuasa KPDNKK, tiga pegawai Cybersecurity Malaysia (CSM), empat pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia (BSJSM) Bukit Aman selepas mendapat maklumat risikan.



“Hasil serbuan itu, kita menyita beberapa peralatan digital yang dipercayai digunakan suspek untuk menjalankan aktiviti terbabit termasuk masing-masing satu unit komputer riba, komputer peribadi, jalur lebar, ‘router’ dan modem dengan nilai sitaan RM15,000.


“Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor Bharu untuk siasatan lanjut sebelum dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya pada sidang media mengenai Ops Trident di sini, semalam.


Mohd Roslan berkata, soal siasat terhadap suspek pada hari pemeriksaan, remaja berkenaan menafikan laman sesawang itu miliknya walaupun maklumat risikan membuktikan sebaliknya.

Malah, beliau berkata, suspek turut mempromosikan laman sesawang itu dalam laman sosial Facebook (FB), serta dikongsi pengguna Internet lain.


Menurutnya, antara karya muzik yang disediakan dalam laman sesawang itu ialah Kita nyanyian Forteen; Doa dan Menyemai Cinta Bersamamu (Nora); Titian Usang serta Cinta KV (Yatzen).

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/27

2 warga emas seluk dompet


Petaling Jaya: Dua warga emas berjaya dicekup orang ramai selepas cuba menyeluk dompet dari saku seorang pengunjung di pasar, Jalan SS2, di sini Isnin lalu.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, suspek ditangkap ketika menyeluk saku seluar seorang pengunjung tetapi tidak berjaya apabila dompet itu jatuh ke tanah menyebabkan seorang penjaja yang kebetulan berada di kawasan itu menahan suspek.


Suspek yang cuba melarikan diri diserbu orang ramai, malah salah seorang daripada pengunjung pasar itu turut mengambil kesempatan menampar suspek sebelum dibawa orang ramai ke balai polis.



Penjaja, Leng Chin Huat, 48, berkata dia tidak pernah menyangka kegiatan itu dilakukan oleh warga emas kerana faktor umur menyebabkan tiada siapa menyangka mereka melakukan perkara itu.


“Taktik kotor yang digunakan oleh suspek adalah menjual sayur di pasar ini dan menyebabkan kegiatan mereka sukar dihidu oleh pengunjung di sini,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/27

Anak lapar di rumah bapa syok bertaruh


Miri: Akibat kemaruk bermain judi Internet, hidup lelaki ini hampir musnah sehingga isteri dan anak mahu meninggalkannya.

Mahu dikenali sebagai Hamden, 38, penyelia di sebuah syarikat kontraktor binaan ini pernah kehabisan wang sehingga tidak mampu membeli beras dan barang dapur. Berikutan itu, katanya, dua anaknya yang masing-masing berusia antara 10 dan lapan tahun kelaparan di rumah membuatkan isterinya terpaksa meminta bantuan keluarga untuk membeli barang dapur.


“Saban hari saya dan isteri bergaduh. Sampaikan satu masa, duit isteri habis saya kebas, berhutang dengan along pula. Bagaimana nak beli barang dapur rumah, beli beras pun tak mampu.

“Duit gaji saya semuanya habis di mesin judi. Kalau ada RM5,000, banyak itu jugalah saya habiskan untuk main judi. Nak buat macam mana, dah ketagih,” katanya ketika ditemui di sini.


Menceritakan lanjut ketagihan bermain judi itu Hamden berkata, dia mula terjebak akibat pengaruh rakan sekerja bermain judi jenis ‘roulette’ sejak pertengahan 2012.


Katanya, dia mula ketagihan berjudi kerana pernah memenangi wang sehingga RM7,000 dalam sekelip mata hanya dengan modal kurang RM300.

“Saya lupa dunia. Rumah tangga memang saya tidak pedulikan, habis waktu kerja saya pergi ke kedai mesin (judi).


“Memang sukar hendak berhenti sebab seronok bersama rakan. Cuma, tak seronok bila kalah teruk, isteri akan membebel bila tanya di mana duit saya habiskan,” katanya.

Hamden berkata, hidupnya bertambah teruk apabila dia mula menggunakan wang yang dipinjam daripada along untuk berjudi.


“Akibatnya saya terpaksa menggunakan wang isteri untuk membayar hutang berkenaan, malah saya terpaksa menyerahkan barang kemasnya kepada along. “Sejak itu rumah tangga saya mula retak dan akhirnya isteri mengetahui segala tabiat buruk saya itu,” katanya.


Menurutnya, dia berhutang sebanyak RM2,000, namun terpaksa membayar faedah hutang sehingga tiga kali ganda, manakala kad banknya terpaksa diserahkan kepada along berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/27

Pondan nafi perdaya peguam


Kuala Terengganu: Seorang pondan didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, semalam, kerana menyamar sebagai anak yatim dan memperdayakan seorang peguam bagi mendapatkan wang pampasan insurans bernilai RM17,650.

Tertuduh, Mohd Suyadi Othman, 28, beralamat di Kampung Tok Jamal, Wakaf Mempelam, di sini, bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di depan Majistret Rozianti Mohd Hanaphi.


Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor L Rathna mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun serta sebatan dan denda jika sabit kesalahan.



Mengikut fakta kes, Mohd Sayudi didakwa memperdayakan pengadu, Ahmad Hilmi Abdul Majid di depan Bank Simpanan Nasional (BSN), di sini, pada 30 Disember 2008, jam 10.25 malam hingga jam 1.24 tengah hari pada 2 Januari 2009.


Tertuduh dikatakan memperdaya Ahmad Hilmi dengan mengaku sebagai Nurul Ali, seorang anak yatim piatu yang sangat memerlukan bantuan kewangan.


Tertipu dengan helah Mohd Suyadi, Ahmad Hilmi memutuskan menyerahkan wang RM17,650 dengan memasukkan duit ke akaun BSN atas nama pemilik Ahmad Amir Aswadi Ahmad Ghani, 28.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/27

Tak serik lepas 4 kali diserbu


Puchong: Sebuah rumah urut di Bandar Puteri Puchong yang menyediakan perkhidmatan seks dan urut batin di dalam khemah diserbu lagi buat kali kelima petang semalam.

Kali ini, serbuan jam 4.30 petang itu dilakukan sepasukan anggota Jabatan Imigresen Negeri Selangor yang menahan lima wanita warga Thailand dan Vietnam termasuk dua wanita tempatan.


Semua wanita yang berusia antara 20 hingga 30 tahun dipercayai bekerja sebagai pelacur di premis berkenaan.



Menurut Timbalan Penolong Pengarah Operasinya Othman Montil, ketika serbuan terdapat beberapa orang pelanggan yang sedang beraksi di dalam khemah yang disediakan rumah urut itu.


“Premis itu baru memulakan operasi hariannya kira-kira jam 4 petang dan ketika diserbu ada beberapa pelanggan yang sedang ‘memadu asmara’ dengan pelacur yang dilanggan.


“Pemeriksaan mendapati setiap bilik dibekalkan khemah rekreasi dilengkapi tilam kepada pelanggan yang mahu mendapatkan perkhidmatan tambahan seperti urutan badan ke badan (B2B) dan seks dengan bayaran RM155,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/27

Tali pinggang hinggap kepala


Kuala Lumpur: Seorang pengawal keselamatan menerima 12 jahitan di kepala, manakala empat lagi rakannya cedera, selepas dibelasah enam lelaki warga tempatan di sebuah pasar raya di Jalan Klang Lama, Sabtu lalu.
Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, mangsa Kashifi Iqbali, 32, sedang bertugas di pasar raya itu sebelum didatangi suspek bersama dua lagi wanita dalam lingkungan 35 dan 40-an dikesan dalam keadaan mencurigakan menyebabkan pengawal berkenaan mengekori mereka.
Pengurus Operasi pasar raya terbabit Wong Yun Satt, 37, berkata, sebelum kejadian itu suspek membawa beberapa bungkusan makanan kering yang dicuri, namun disedari Kashifi yang menahan mereka.
Menurutnya, suspek yang tidak berpuas hati dengan soalan yang diajukan pengawal keselamatan itu menyebabkan seorang suspek melibas pengawal keselamatan berkenaan menggunakan tali pinggang di kepala.
“Beberapa pengawal keselamatan lain cuba untuk membantu rakan mereka, namun suspek sekali lagi bertindak liar membelasah mereka menyebabkan seorang pengawal keselamatan Mohamed Shah, 35, mengalami keretakan tulang di bahagian tangan.
“Dua pengawal keselamatan lain yang cedera di bahagian kaki selepas dibelasah adalah Roshan Khatri, 24, dan Aneeb Mustitiq, 25 manakala seorang lagi mangsa Faisal, 24 mengalami kecederaan di tangan,” katanya.
Foto
KEPALA mangsa yang dilibas dengan tali pinggang.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/27

‘Doktor’ wanita tipu pengurus RM75,470


Batu Pahat: Perkenalan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan seorang wanita yang mendakwa dirinya doktor, menyebabkan seorang lelaki yang juga pengurus syarikat swasta di sini, kerugian lebih RM70,000.

Lebih malang, apabila wanita terbabit sebenarnya tidak wujud dan mangsa yang berusia 33 tahun, langsung tidak pernah berjumpa dengan wanita berkenaan.


Difahamkan mangsa memindahkan wang simpanannya RM75,470 melalui 25 transaksi sejak 3 April 2011 kononnya sebagai persediaan majlis perkahwinan mereka.



Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, mangsa yang belum berkahwin itu mengenali wanita terbabit menerusi SMS dan mula menjalinkan hubungan mereka sehingga bersetuju hidup bersama.


Menurutnya, mangsa yang mula jatuh cinta dengan wanita terbabit nekad berkahwin. walaupun hakikatnya mereka tidak pernah bertemu.


“Mangsa pernah bercakap dengan wanita itu melalui telefon tetapi lebih kerap berkomunikasi melalui SMS malah mangsa mendakwa hubungan mereka sangat rapat biarpun tidak pernah berjumpa.

“Namun, selepas memindahkan sejumlah besar wang sehingga 23 Mei 2012, mangsa mula mengesyaki sesuatu dan melakukan siasatan dengan menghubungi hospital di Pantai Timur tempat wanita itu bertugas sebelum mengetahui wanita itu tidak wujud.


“Semua transaksi mangsa dipindahkan ke dalam akaun milik seorang lelaki berusia 35 tahun yang mendakwa dirinya abang angkat wanita terbabit,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/27

Peragut rantai budak ditahan


Putrajaya: Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki meragut rantai emas milik kanak-kanak perempuan berusia empat tahun di tapak Festival Belia Putrajaya 2014 di sini, kelmarin.

Difahamkan, kejadian itu berlaku kira-kira jam 8.30 malam ketika kanak-kanak terbabit, Raja Nur Meryssa Sandra Raja Salleh sedang berjalan bersama ibunya, Rafidah Masiyadi, 44, di tapak festival berkenaan. Sumber berkata, kanak-kanak terbabit menangis dan memberitahu ibunya rantai emas yang dipakai ditarik seorang lelaki. “Kanak-kanak terbabit kemudian menunjukkan suspek, dan ibunya terus bertanya lelaki terbabit yang kebetulan berada berdekatan untuk mengetahui sama ada dia ada mengambil rantai itu atau sebaliknya. “Bagaimanapun, lelaki terbabit menafikan dan tidak mengaku melakukan perbuatan itu,”katanya ketika dihubungi, semalam. Sumber berkata, berikutan itu, ibu mangsa meminta bantuan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) untuk memeriksa suspek terbabit.


“Pemeriksaan yang dilakukan terhadap lelaki itu mendapati rantai emas milik kanak-kanak itu berada bersamanya. Suspek kemudian ditahan dan dibawa ke Balai Polis Bergerak yang berada di tapak festival itu,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi semalam mengesahkan kejadian itu. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan membabitkan curi dan ragut.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/27

‘Ahli politik’ dijel 24 bulan


Seremban: Seorang lelaki yang menyamar ahli politik dan menipu seorang peniaga berkaitan pelaburan Skim Bantuan 1Malaysia antara Februari hingga Mac tahun lalu dihukum penjara 24 bulan dan satu sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini, selepas mengaku salah terhadap tuduhan itu.

Mahkamah menetapkan hukuman bermula daripada tarikh tertuduh ditangkap pada 6 Mei lalu.


Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh menjatuhkan hukuman itu terhadap M Dhilip Kumar, 31, selepas meneliti semua fakta kes dan eksibit dikemukakan di mahkamah serta menimbangkan rayuan tertuduh serta hujah pihak pendakwaan.



Dhilip Kumar mengikut kertas tuduhan didakwa dengan curang memperdaya mangsa C Prakash, 31, membuat pelaburan dengan tujuan mendapatkan bantuan kerajaan iaitu Skim Bantuan 1Malaysia kepada peniaga India sedangkan ia tidak benar.


Akibatnya, mangsa mendepositkan RM9,600 dalam akaun bank milik tertuduh dan perbuatan itu dilakukan di sebuah kedai di Taman Seruling Jaya, Seremban antara 27 Februari hingga 28 Mac 2013.


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun, sebatan dan denda.

Mengikut fakta kes, Dhilip memperkenalkan diri sebagai ahli politik dan memberitahu mangsa bahawa kerajaan mahu memberi bantuan Skim Bantuan 1Malaysia khusus kepada masyarakat India sempena pilihan raya dan mereka yang berminat dikehendaki membayar RM300 bagi setiap penyertaan.


Katanya, kerajaan akan memberikan bantuan RM5,000 bagi setiap penyertaan dan penyampaian bantuan didakwa akan disempurnakan Perdana Menteri pada 22 April 2013 di Dewan Majlis Perbandaran Seremban (MPS).

Pengadu kemudian menyenaraikan 32 peserta yang berminat menyertai skim itu dan mendepositkan sejumlah RM9,600 ke dalam akaun tertuduh secara berperingkat sebanyak enam kali mulai 27 Februari hingga 28 Mac 2013.


Pada 22 April 2013, ketika pengadu bersama peserta lain hadir di Dewan MPS, mereka mendapati tiada majlis seperti dijanjikan selain tertuduh juga gagal dihubungi.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/27

Periksa semua jenama coklat


Putrajaya: Pemeriksaan terhadap semua jenama coklat di negara ini akan dilakukan Kementerian Kesihatan bagi memastikan produk berkenaan bebas dari sebarang pencemaran DNA babi (porcine) seperti yang dikesan dalam dua coklat keluaran Cadbury.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, tindakan berkenaan diambil bagi memastikan masalah itu tidak membabitkan coklat berjenama lain.
“Jenama lain juga akan diperiksa, bukan hanya Cadbury. Pemeriksaan membabitkan produk coklat pelbagai jenama di pasaran tempatan, setakat ini hanya dua produk Cadbury yang ada DNA babi, manakala coklat susu didapati negatif.

“Ini adalah tanggungjawab kementerian mengikut Akta Makanan 1983 bagi memastikan setiap bahan yang terkandung dalam sesuatu produk makanan dinyatakan dengan jelas pada label produk berkenaan,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.
Foto
Dr Subramaniam

Selain itu, Dr Subramaniam berkata, siasatan awal kementerian mendapati kehadiran DNA babi dalam dua produk coklat berkenaan mungkin berlaku akibat pencemaran di sepanjang rantaian pembuatan produk berkenaan.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/27

Akaun palsu kutip derma


Sungkai: Waris suami isteri, Jeffri Mohd Zin dan Norsalawati Ibrahim yang terbunuh dalam kemalangan di Jalan Chan Sow Lin, Cheras, Kuala Lumpur pada 23 Mei lalu, terkilan dengan segelintir pihak yang mengambil kesempatan atas kejadian yang menimpa keluarganya untuk mengaut keuntungan di laman sosial sejak dua hari lalu.
Adik Allahyarham Jeffri, Zainah Mohd Zain, 44, yang ditemui di kediaman mereka di Kampung Rahmat, Changkat Sulaiman, di sini, semalam, mendakwa segelintir menyediakan saluran bantuan dan memberi nombor akaun palsu di laman sosial termasuk Facebook. 
“Pendapatan yang mereka peroleh itu adalah harta anak yatim.

“Saya juga turut terkilan dengan tohmahan yang dilemparkan segelintir pengguna laman sosial mendakwa kami sekeluarga meraih simpati masyarakat untuk mendapatkan keuntungan sedangkan bantuan yang kami terima tidak dipinta. Semua itu perbelanjaan dan keperluan lima anak arwah,” katanya.
Foto
SHAHRIZAT menyerahkan sumbangan kepada Mohd Haikal.

Menurutnya, dia mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang memberi bantuan dan sumbangan. Begitupun dia berharap orang ramai tidak terpedaya dengan khidmat saluran bantuan yang dipaparkan di laman sosial.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/27

Tindakan tegas bakal dikenakan





PUTRAJAYA – Pengeluar coklat, Cadbury Confectionery Malaysia Sdn. Bhd. (Cadbury) bakal berdepan tindakan tegas sekiranya siasatan lanjut mendapati syarikat itu sengaja memasukkan asid deoksiribonukleik (DNA) babi (porcine) pada dua produknya iaitu Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam (gambar) berkata, tindakan itu boleh dikenakan ke atas syarikat tersebut mengikut Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
“Menjadi satu kesalahan besar jika pengeluar tidak menjelaskan ramuan yang ditambah pada label makanan dan mereka boleh dikenakan tindakan tegas sekiranya siasatan mendapati ia benar.
“Kita jangka keputusan yang bakal diperoleh hasil daripada pemeriksaan itu memakan masa beberapa bulan kerana ia perlu melalui beberapa proses lanjutan,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Isu DNA babi di dalam dua produk coklat itu timbul selepas Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah mendedahkan analisis yang dilakukan pihaknya Sabtu lalu sebaik keputusan ujiannya tersebar di laman sosial.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0527&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz32rnfonfh 
Hakcipta terpelihara 

Nelayan cedera di kepala, suar meletup



AZIZ yang cedera di kepala akibat terkena letupan suar menerima rawatan di Hospital Melaka, Melaka semalam.


MELAKA - Seorang nelayan tidak menyangka suar kecemasan yang digunakan ketika cuba menyelamatkan botnya daripada dilanggar sebuah kapal pengorek pasir di laut berdekatan jeti di Kampung Hailam, Tanjung Keling di sini awal pagi semalam meletup secara tiba-tiba.
Dalam kejadian pukul 5.15 pagi itu, mangsa, Aziz Japar, 50, cedera di bahagian kening kanan dan mengalami pendarahan di hidung akibat terkena serpihan suar itu.
Menurut Aziz, sebelum kejadian, dia sedang mengangkat jaring yang dilepaskan ke laut kira-kira empat jam sebelum itu.
"Semasa saya dan seorang lagi anak saudara berusia 29 tahun mengangkat jaring itu, kami kemudian terlihat sebuah kapal korek pasir bergerak perlahan betul-betul menuju ke arah bot kami.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0527&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz32rnSjvhm 
Hakcipta terpelihara 

Terima ganjaran RM20,000



ROLAND (kiri) menyampaikan replika cek bernilai RM20,000 kepada wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Hannah (kanan) sambil disaksikan Mohd. Roslan di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA – Seorang bekas pekerja syarikat ukur tanah menerima ganjaran RM20,000 daripada Business Software Alliance (BSA) kerana melaporkan perbuatan bekas majikannya yang menggunakan perisian komputer cetak rompak.
Keberanian Hannah (bukan nama sebenar), 30-an telah membawa kepada rampasan tiga unit komputer dengan 18 salinan dipercayai perisian cetak rompak bernilai RM159,000.
Rampasan dilalukan oleh Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam serbuan pada Januari lalu.
Dalam serbuan tersebut, pihak penguat kuasa turut merampas beberapa peralatan lain iaitu perisian Autodesk dan Microsoft daripada syarikat yang beroperasi di Johor Bahru itu.
Hannah memberitahu, dia terpanggil untuk membuat laporan kepada BSA kerana bimbang dirinya akan disabitkan kesalahan sehingga dipenjara kerana bersubahat dengan syarikat yang menggunakan perisian komputer cetak rompak.
“Apa yang saya tahu, kalau didapati bersalah, syarikat bersama-sama bahagian pengurusan boleh dikenakan tindakan sehingga dipenjara.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0527&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz32rn5LUoX 
Hakcipta terpelihara 

Ibu, anak rentung kereta terbakar



ANGGOTA Bomba dan Penyelamat berusaha memadamkan kebakaran dua buah kenderaan yang bertembung dan terbakar di Jalan Bakam, Miri, Sarawak semalam.


MIRI – Perjalanan pulang seorang ibu bersama bayi berusia lapan bulan selepas menghantar seorang anaknya ke tadika di pusat bandar ini bertukar tragedi apabila kedua-duanya mati rentung selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) lalu terbakar dalam kemalangan di Jalan Bakam di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 6 pagi itu, dua beranak malang tersebut, Rohnalee Labo, 28, dan anaknya, Adira al-Amir dari Kampung Luak dekat sini maut di lokasi kejadian.
Jarak antara lokasi kejadian dengan rumah mangsa kira-kira 20 kilometer.
Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Gan Tian Kee berkata, sebelum nahas, ibu malang yang tinggal memandu kereta jenis Proton Saga dalam perjalanan pulang dari arah pusat bandar raya menuju ke Bakam.
Katanya, 4WD jenis Nissan Navara yang dipandu Firdaus Abdullah, 48, bersama isterinya pula datang dari arah bertentangan.
“Siasatan awal mendapati, sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa dikatakan cuba memotong beberapa buah kenderaan di hadapannya dengan memasuki laluan bertentangan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0527&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz32rmQXn4z 
Hakcipta terpelihara