Search This Blog

Saturday, May 24, 2014

‘Pelakon’ leka terkepung


Melaka: Seorang ‘pelakon’ yang leka melayan pelanggan di sebuah pusat hiburan gagal melarikan diri selepas premis tempatnya bekerja di Bandar Hilir, di sini, diserbu imigresen, semalam.
Dalam serbuan pada jam 1 pagi itu, wanita itu ditahan selepas pemeriksaan mendapati dia memasuki ke Malaysia menggunakan pas pekerja sebagai pelakon sebuah drama bersiri disyaki menjadi pelayan pelanggan (GRO) di premis terbabit.
Dalam operasi khas itu, turut ditahan 15 wanita warga asing disyaki GRO dan dua lelaki tempatan berusia 32 dan 46 tahun dipercayai majikan serta penjaga di pusat hiburan berkenaan.
Difahamkan, pusat hiburan yang beroperasi di bahagian tempat letak kereta bawah tanah bangunan kedai itu dikategorikan sebagai ‘lokasi kebal’ selepas beberapa serbuan imigresen sebelum ini gagal kerana dijaga tonto dengan rapi.
Pemangku Pengarah Imigresen negeri Abu Bakar Sidek Hasan berkata, serbuan 12 pegawainya diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Mohd Yusof Hashim dilakukan hasil risikan selama dua minggu selepas menerima aduan daripada orang ramai.
Katanya, dalam serbuan itu juga, sebahagian daripada 60 pelanggan di premis itu cuba membuat provokasi bagi menggagalkan operasi berkenaan dengan menimbulkan kekecohan.
“Mereka membuat kecoh apabila pegawai kami meminta operasi pusat hiburan itu dihentikan bagi tujuan pemeriksaan, malah ada di antara mereka cuba menarik GRO yang ditahan sebelum keadaan dikawal.
“Berdasarkan aduan, ada pihak tidak puas hati kerana premis didakwa menyediakan khidmat GRO asing ini sering dikunjungi ahli keluarga mereka sehingga ada yang sanggup berhabis wang ringgit untuk berhibur di pusat hiburan terbabit,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Ayer Keroh, di sini, semalam.
Turut hadir, Ketua Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Imigresen negeri Mohd Sabri Ismail.
Abu Bakar berkata, bagaimanapun usaha sebahagian pelanggan itu gagal apabila pegawainya menahan 16 GRO membabitkan 13 warga China dan tiga warga Vietnam bersama dua lelaki tempatan berusia antara 20 hingga 46 tahun.
Katanya, hasil risikan dua minggu di pusat hiburan itu, premis berkenaan juga dipercayai menawarkan khidmat ‘gadis pengiring’ kepada pelanggan untuk dibawa keluar.
“Hasil pemeriksaan, lima daripada mereka disiasat mengikut Perkara 39b, Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana disyaki melanggar syarat pas dan tiga masuk ke negara ini sebagai pelajar dan seorang ‘pelakon’,” katanya.
Foto
ANTARA GRO di premis hiburan ketika ditahan dalam serbuan di Bandar Hilir, Melaka.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/24

Kalahkan peguam


Kuala Lumpur: “Selama tiga tahun saya sanggup turun naik bas dari Kuala Lumpur ke Terengganu semata-mata ingin mempelajari selok-belok perundangan syariah untuk mewakili diri sendiri di mahkamah,” kata Wati yang memenangi kes tuntutan perceraian tanpa menggunakan khidmat guaman pada tahun lalu.
Lebih membanggakan apabila Wati adalah wanita pertama memenangi semua kes yang dikemukakan termasuklah hak penjagaan sepenuh masa anak dan bayaran nafkah sepencarian tanpa peguam, sekali gus mengalahkan peguam syariah handal yang mewakili bekas suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor. 
Ibu tunggal beranak empat itu juga sanggup bersengkang mata menghafal undang-undang syariah membabitkan kahwin cerai walaupun tidak pernah mengetahui asas apatah lagi proses perceraian di mahkamah. 

“Saya hampir gila untuk menyelesaikan kes ini kerana tertekan apabila rumah tangga saya berkecai dan terpaksa berebut anak-anak dengan bekas suami pula.
Foto
WATI menceritakan kisahnya kepada wartawan.

“Namun saya bernasib baik apabila ibu memperkenalkan saya dengan Yayasan Kebajikan Pembangunan Keluarga Terengganu yang menawarkan khidmat nasihat guaman kepada wanita yang ingin mewakili diri sendiri di mahkamah,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.

Wanita itu juga bersyukur apabila majikannya mempertimbangkan keadaannya yang terpaksa berulang alik ke pantai timur setiap minggu dengan memberinya cuti yang diminta supaya memudahkan perjalanannya. 

“Mula-mula memang sayu hati ini bila orang sekeliling memperlekehkan usaha saya, namun ibu saya kuat menyokong. 

“Anak-anak juga menjadi pemangkin semangat saya supaya tidak berputus asa, malah menggandakan usaha saya untuk memenangi kes di mahkamah secepat mungkin,” katanya. 

Menceritakan kembali saat hitam hidupnya, Wati diceraikan selepas bekas suaminya berang apabila dia nekad meminta izin majikan suaminya supaya membenarkan lelaki itu menemaninya membeli kasut sekolah anak mereka. 


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/24

‘Pascal pewaris harta’

Oleh Murni Wan Omar
Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi di sini, semalam, memerintahkan bahawa anak lelaki kepada pengasas Bank Arab-Malaysia Pascal Ahmad Najadi Hussain (gambar) adalah pewaris tunggal dan pentadbir harta bagi harta pusaka bapanya.
Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera membuat keputusan itu selepas menolak kaveat (perintah sekatan) yang dikemukakan oleh Cheong Mei Kuen. 
Cheong, 50, mendakwa isteri kedua kepada Hussain Ahmad Najadi, 75, yang meninggal dunia akibat ditembak di tempat letak kereta Tokong Cina Kuan Yin No 4, Lorong Ceylon, Dang Wangi, dekat sini antara jam 1.30 tengah hari dan 2 petang, 29 Julai 2013.

Pascal Ahmad Najadi, 47, memfailkan saman pemula bagi mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir terhadap harta Hussain manakala Cheong memfailkan kaveat bagi menghalang permohonan itu atas dakwaan dia mempunyai kepentingan terhadap harta pusaka si mati.
Foto

Cheong mengakui bahawa dia sudah berkahwin dengan Hussain secara sivil dan perkahwinan itu sudah didaftarkan di Australia.

Hakim Vazeer dalam keputusannya berkata, Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 tidak boleh diguna pakai dalam menentukan hubungan antara Cheong dan Hussain berikutan lelaki itu adalah Islam.

“Berdasarkan Seksyen 3(3) akta itu jelas menunjukkan bahawa ia tidak terpakai kepada orang Islam. Sijil kematian Hussain jelas menunjukkan bahawa dia adalah warga Iran dan penduduk tetap di Malaysia serta menganut agama Islam.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/24

DVD RM1.1j

Shah Alam: Sejumlah 204,614 cakera padat video digital (DVD) cetak rompak bernilai lebih RM1.1 juta milik satu sindiket dirampas dalam serbuan di dua rumah di Tasik Prima, Puchong, petang kelmarin.
Dalam serbuan dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, dua rumah berkenaan didapati dijadikan stor dan tempat mencetak DVD berkenaan. 
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Mortadza Nazarene berkata, rampasan berkenaan adalah kejayaan terbesar setakat ini apabila jumlahnya hampir separuh daripada jumlah rampasan keseluruhan pada tahun lalu iaitu sebanyak 413,000 keping.

“Polis percaya sindiket ini bukanlah baru menjalankan kerja mencetak DVD filem tempatan dan antarabangsa, tetapi dua buah rumah yang digunakan itu baru saja disewa dua hingga tiga bulan lalu.
Foto
MORTADZA (tiga dari kiri) menunjukkan DVD yang dirampas dalam serbuan.
Foto
MESIN pencetak turut dirampas.

“Sindiket seumpama ini menjalankan kegiatan mereka secara berpindah-randah dan sering menukar lokasi kegiatan setiap beberapa bulan bagi memastikan perbuatan mereka tidak dapat dihidu pihak berkuasa,” katanya ketika sidang media IPK Selangor, di sini, semalam.

Katanya, dalam operasi berkenaan juga, polis turut menahan 16 lelaki termasuk 11 warga tempatan berusia antara 21 dan 51 tahun yang bekerja dengan sindiket berkenaan.

Menurutnya, sebuah daripada dua buah rumah yang diserbu digunakan sebagai tempat percetakan manakala sebuah lagi rumah yang terletak bersebelahan dijadikan pusat penyimpanan.

Pihak polis turut merampas 44 mesin pencetak DVD, enam unit mesin pencetak dan pengimbas serta satu unit peralatan komputer yang digunakan dalam proses mencetak DVD berkenaan.


Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/24

16 GRO warga asing dicekup


Melaka: Seramai 16 wanita warga asing dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan Jabatan Imigresen negeri dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Bandar Hilir di sini, pagi tadi.
Dalam serbuan kira-kira jam 1 pagi itu, turut ditahan dua lelaki tempatan berusia 46 dan 32 tahun dipercayai majikan dan penjaga premis. 
Pemangku Pengarah Imigresen negeri Abu Bakar Sidek Hasan berkata, serbuan dijalankan hasil aduan awam dan risikan selama dua minggu. 

"GRO yang ditahan terdiri daripada 13 wanita warga China dan tiga Vietnam berusia antara 20 hingga 46 tahun.
Foto
ANTARA GRO yang ditahan. FOTO Muhammad Hatim Ab Manan

"Hasil pemeriksaan awal, lima daripadanya disyaki masuk ke negara ini menggunakan pas pelajar namun bekerja di pusat hiburan," katanya di sini.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/23

Kes pelajar tumbuk guru disiasat



Johor Bahru: Kejadian seorang pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah di Kulaijaya, dekat sini, menumbuk guru disiplin sekolah berkenaan petang kelmarin sedang disiasat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
Pengerusi Pendidikan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor Md Jais Sarday berkata, jabatan itu akan menjalankan siasatan menyeluruh mengenai kejadian itu. 
Menurutnya, jabatan pelajaran negeri juga masih belum menerima laporan lengkap mengenai kejadian terbabit bagi membolehkan tindakan lanjut diambil ke atas pihak terbabit. 

"Saya tidak dapat beri komen mengenainya kerana belum terima laporan lengkap daripada jabatan pendidikan negeri berhubung kejadian terbabit," katanya ketika dihubungi, semalam.
Foto
GURU yang didakwa ditumbuk pelajar tingkatan dua.
Foto
PELAJAR yang didakwa menumbuk guru disiplin di sekolahnya.

Turut difahamkan juga, kedua-dua pihak terbabit dalam kejadian yang turut disebarkan secara meluas di laman sosial itu sejak semalam turut bersetuju untuk menyelesaikan kejadian dengan berdamai tanpa diambil tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulaijaya Superintendan Ruslan Khalid berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis mengenai kejadian itu. 
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/23

Gagal guna feri seludup barang bersubsidi


Tawau: Taktik penyeludup menggunakan feri penumpang membawa keluar barangan bersubsidi ke Nunukan, Indonesia tidak berhasil apabila serbuan Op Subsidi berjaya merampas pelbagai jenis barang di perairan Teluk Cowie, dekat sini, sebentar tadi.
Operasi bersepadu yang dilaksanakan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bersama Jabatan Imigresen itu berjaya memeriksa sebanyak enam feri penumpang dan sebuah bot kumpit yang dalam perjalanan dari Tawau ke Nunukan. 
Hasil pemeriksaan disebalik timbunan barangan penumpang, pihak kastam berjaya menemui pelbagai jenis barang bersubsidi termasuk beras, minyak makan, gula dan tepung gandum yang cuba dibawa keluar dari daerah ini. 

Semua barangan berkenaan terpaksa dirampas bagaimanapun tiada sebarang tangkapan dilakukan ‎berikutan rata-rata penumpang enggan mengaku barangan terbabit milik mereka.
Foto
PEGAWAI kastam memeriksa barang yang cuba diseludup keluar.

Nilai dan jumlah rampasan masih belum dapat dianggarkan dan semuanya terpaksa dibawa ke Jeti Kastam untuk tindakan selanjutnya.

Operasi yang berakhir kira-kira jam 9 malam itu diketuai Pegawai Kanan (Penguatkuasaan Laut) JKDM Tawau, Ahmad Shah Abdul Kadir dibantu tujuh anggotanya yang lain.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/23

Kereta terbakar rempuh lori


Keningau: Seorang lelaki nyaris maut apabila kereta dipandunya bertembung lori lalu terbakar dalam kejadian di Batu 22 Jalan Keningau-Tenom, di sini, petang tadi.
Dalam kejadian jam 6 petang, mangsa James Rentap Anak Buan, 19, patah kaki kanan sebelum kereta Perodua Kancil miliknya tiba-tiba terbakar. 
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Keningau Janil Jaya berkata, mangsa dikejarkan ke Hospital Keningau oleh pengguna jalan raya lain. 

"Mangsa yang tersepit di dalam kereta berjaya dikeluarkan orang ramai sebelum kenderaannya terbakar.
Foto
KEADAAN kereta milik mangsa yang terbakar dalam kemalangan.

"Pemandu dan penumpang lori tidak mengalami kecederaan, berjaya menyelamatkan diri," katanya.

Janil berkata, pihaknya difahamkan kereta berkenaan dalam perjalanan dari pekan menuju Tenom sebelum hilang kawalan dan memasuki lorong bertentangan lalu bertembung.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/23

Dua cedera kapal tangki terbakar


Oleh Na'imah Mohamed

Pelabuhan Klang: Dua anak kapal cedera ringan manakala empat lagi terselamat apabila kapal tangki bermuatan minyak hitam terbakar berhampiran Jeti Pulau Carey, di sini, malam tadi.

Kejadian kira-kira jam 7 malam itu dipercayai berpunca daripada kotak suis dan juga wayar yang terletak di bahagian depan kapal itu.


Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian jam 7.42 malam sebelum menghantar satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting ke lokasi.

"Kebakaran sudah dipadamkan kru kapal berkenaan sebaik saja anggota tiba di tempat kejadian dengan menggunakan alat pemadam api.


"Dua anak kapal yang cedera terdiri daripada warganegara Indonesia berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun dan mereka telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk menerima rawatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/24

Hairan suami ‘awal’


Arau: Seorang pekerja kantin maut selepas van dipandunya terbabas dan merempuh pokok di tepi jalan di Kilometer 13, Jalan Changlun-Kuala Perlis berhampiran jejambat Kampung Alor Redis, kelmarin.
Dalam kejadian pada jam 4.30 petang, mangsa, Rosli Ramli, 35, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan. 
Difahamkan sebelum kejadian itu, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Sentang, Utan Aji, Kangar dari tempat kerjanya di kantin sebuah institusi pengajian tinggi. 

Isteri mangsa, Roslina Md Saad, 29, berkata, arwah suaminya bangun awal pada pagi sebelum kejadian, tidak seperti hari lain kerana ingin mengisi minyak kereta untuk kegunaannya menghantar tiga anak mereka ke Sekolah Kebangsaan Jalan Raja Syed Alwi, tidak jauh dari rumah mereka.
Foto
ISTERI mangsa tidak dapat menahan kesedihan ditenangkan ahli keluarga di lokasi nahas.

Foto
KEADAAN van dipandu mangsa selepas merempuh pokok.

“Saya hairan kerana arwah suami bangun awal pada jam 5 pagi sedangkan pada kebiasaannya mangsa akan bangun sebaik waktu Subuh kira-kira jam 5.30 pagi untuk bersolat sebelum bersiap ke tempat kerja.

“Saya berasakan sesuatu yang tidak kena apabila arwah suami turut berpesan supaya menjaga anak-anak kami dengan baik seolah-olah dia akan pergi meninggalkan kami semua. 


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/24

Hutang langsai masih diganggu


Klang: “Seluruh badan saya menggigil sebaik melihat cecair merah yang memenuhi lantai dan pintu kedai yang pada mulanya disangkakan darah,” kata pemilik restoran Abdul Sattar Mohamed Ibrahim, 53.
Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, Abdul Sattar dimaklumkan oleh seorang daripada pekerjanya yang menyedari restoran miliknya di Lorong Mahang, Jalan Meru, di sini, ‘dibanjiri’ cat merah.
Menurutnya, sebaik tiba di restoran, dia melihat cat merah memenuhi ruang depan dan pintu besi kedainya serta kelihatan dua plastik yang dipercayai mengandungi cat berkenaan ditemui dibuang di hadapan kedainya.
“Apabila diperiksa, saya mendapati cecair itu adalah cat merah yang dibaling ke kedai bagaimanapun saya tidak pasti siapa yang bertanggungjawab melakukannya kerana sebelum menutup kedai pada malam kejadian saya tidak lihat individu mencurigakan berada di sekitar kawasan kedai.
“Tetapi, saya juga tidak menolak kemungkinan, ini mungkin perbuatan along yang memberi amaran kerana kira-kira empat tahun lalu ibu mentua ada meminjam wang daripada mereka kerana perniagaan kami berdepan masalah kewangan,” katanya yang ditemui semalam.
Menurutnya, disebabkan perniagaan makanan mereka mengalami masalah, ibu mentuanya terpaksa berhutang dengan lima along dengan jumlah pinjaman keseluruhan mencecah RM16,000, namun semuanya sudah dijelaskan.
“Sembilan bulan lalu, ibu mentua sudah melangsai semua hutang berkenaan, tetapi mereka tetap mengganggu kami dengan meminta bayaran serta menghantar SMS ugutan.
“Risau keselamatan kami terancam, saya sudah membuat laporan polis dan mereka tidak lagi mengganggu kami, namun hari ini (semalam) perkara ini terjadi lagi,” katanya.
Foto
ABDUL Sattar menunjukkan percikan cat merah yang terkena pintu gerai.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/24

Kantoi curi


Bangi: Wang tabung wakaf yang dikhaskan untuk pembinaan sebuah masjid lesap selepas dilarikan sekumpulan lelaki dalam kejadian di Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 3.07 pagi berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dalam masjid itu, kehilangan wang dalam tabung itu disedari jemaah ketika hadir untuk solat Subuh mendapati kunci tabung besi itu dipotong selain beberapa helaian surat khabar turut bersepah.
Difahamkan, tabung itu diwujudkan untuk mengutip sumbangan bagi pembangunan sebuah masjid di Seksyen 1, Bandar Baru Bangi yang sedang dalam pembinaan.
Susulan itu, pihak pengurusan masjid meneliti CCTV dalam masjid itu sebelum menyaksikan perbuatan keji itu dilakukan empat remaja lelaki berusia belasan tahun.
Berdasarkan rakaman CCTV yang dimuat naik ke laman Facebook rasmi masjid berkenaan menunjukkan keempat-empat lelaki terbabit berpakaian gelap dengan membawa lampu picit.
Rakaman CCTV berdurasi 17 minit 24 saat itu turut menunjukkan keempat-empat lelaki terbabit menutup muka mereka dengan kain sebelum dua daripada mereka berusaha membuka kunci tabung besi itu dengan alat pemotong besi.
Dua lelaki itu berjaya memotong kunci tabung itu kurang dari 10 minit lalu dua lagi lelaki membantu memungut wang dari tabung berkenaan sebelum melarikan diri.
Sementara itu, seorang ahli jawatankuasa masjid yang enggan dikenali berkata, sebelum ini sudah beberapa kali kejadian curi duit tabung berlaku di masjid itu.
Foto
RAKAMAN CCTV menunjukkan empat lelaki yang memasuki Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi sebelum melarikan wang tabung wakaf.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/24

Ekori tompokan darah


Tanah Merah: “Sebelum kejadian saya berada di rumah datuk, tetapi tidak berasa sedap hati lalu pulang jam 5 petang.
“Sebaik sampai ke rumah, saya melihat tompokan darah di lantai garaj dan mengikutnya sebelum melihat abang tertiarap berlumuran darah,” kata Kamalrul Haffiz Mohd Sukri, 17, yang abangnya mati ditikam di Kampung Kuala Paku, Gual Ipoh, di sini, petang kelmarin. 
Kejadian berlaku ketika abangnya, Thana Aizuddin, 23, berada di rumah bersendirian kerana Kamalrul Haffiz ke rumah datuk mereka selepas Zuhur, manakala abang mereka, Mohd Raizul Nazri, 25, tiada di rumah. 

Kamalrul Haffiz berkata, ketika melihat kesan darah, dia memanggil abangnya, tetapi tiada jawapan lalu memberanikan diri masuk ke dalam rumah dan menemui abangnya berlumuran darah dengan kesan luka di pinggang.
Foto
ANGGOTA polis mengusung mayat mangsa.

“Ketika itu abang masih bernyawa dan saya bergegas mendapatkan bantuan jiran. Jiran sempat mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah sebelum abang meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Tanah Merah (HTM), di sini, malam kelmarin.

Tiga beradik itu tinggal di rumah berkenaan sejak kematian ibu bapa tahun lalu, manakala adik bongsu mereka, Siti Khalijah, 16, menetap di rumah datuk. 

Jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Paku, pagi semalam., selepas bedah siasat selesai dilakukan di HTM. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Deputi Superintendan Abdul Aziz Mahmud berkata, suspek dipercayai menikam mangsa dari belakang menggunakan senjata tajam. 


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/24

Pelancong Nigeria kena pertuduhan edar dadah


Kuala Lumpur: Seorang wanita warga Nigeria dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine anggaran berat 2.6 kilogram, minggu lalu.

Hope Akugbe, 20, hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Inggeris oleh jurubahasa di hadapan Majistret Erry Shahriman Nor Aripin.



Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Tertuduh yang memasuki Malaysia dengan menggunakan visa pelancong didakwa melakukan perbuatan itu di bawah Blok E, Pangsapuri Arena Hijau, Jalan 1/155A Bukit Jalil, Cheras di sini, jam 3.20 petang, 12 Mei lalu.

Timbalan Pendakwa Raya Nor Diana Nor Azwa mengemukakan pertuduhan terhadap wanita itu mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama, yang boleh dihukum gantung sampai mati, jika disabit kesalahan.

Mahkamah kemudian menetapkan 23 Julai ini untuk sebutan semula kes terhadap wanita yang tidak diwakili peguam bela itu.

Media melaporkan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan JSJN Selangor dibantu Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING), baru-baru ini menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang didalangi oleh warga Iran menerusi empat serbuan berasingan yang dijalankan dalam tempoh dua hari.

Dalam empat serbuan yang dijalankan, empat lelaki Iran dan dua Nigeria termasuk seorang wanita ditangkap dan dadah syabu seberat 23 kilogram bernilai hampir RM4.3 juta dirampas.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/24

2 kali nahas


Kangar: Seorang lelaki dan anak saudara perempuannya berusia dua tahun maut selepas kereta Proton Iswara yang mereka naiki bertembung sebuah kenderaan Perodua Alza sebelum hilang kawalan lalu merempuh sebuah lori dalam kemalangan di Jalan Kangar-Alor Setar berhampiran Kampung Jawi Endul, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 8.30 malam, mangsa, Mohd Firdaus Abdul Hamid, 29, dan anak saudaranya, Nur Iman Maisarah Abdullah maut di tempat kejadian selepas parah di kepala dan badan.
Difahamkan, sebelum kejadian itu, kedua-dua mangsa dikatakan dalam perjalanan ke hospital kerana tidak sedarkan diri selepas motosikal yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan di Kerpan, dekat sini, pada jam 7.30 malam.
Akibat kejadian itu, keluarga mangsa dikatakan membawa kedua-dua mangsa ke hospital berhampiran bagi mendapatkan rawatan.
Berdasarkan maklumat awal, kereta Proton Iswara yang dinaiki mangsa bertembung sebuah Perodua Alza dari arah bertentangan ketika cuba memotong kenderaan pikap di hadapan, namun gagal sebelum merempuh sebuah lori.
Menurut seorang ahli keluarga mangsa, Mohd Shafiq Shahidan, 20, dia sekeluarga mendapat tahu Mohd Firdaus dan Nur Iman Maisarah terbabit dalam kemalangan ketika menunggang motosikal menyebabkan kedua-duanya pengsan.
“Ketika itu saya tidak sempat pergi melihat mereka di Kerpan.
Saya diberitahu ibu bapa Nur Iman sudah membawa mereka berdua untuk mendapatkan rawatan di Kangar.
“Namun, kami terkejut menerima panggilan pada jam 8.45 malam bahawa mereka berlima terbabit dalam kemalangan di Jalan Kangar-Alor Setar berhampiran Kampung Jawi Endul.
“Saya dan ahli keluarga lain bergegas ke tempat kejadian untuk melihat apa yang berlaku sebelum mendapat tahu dua daripada mereka meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini, kelmarin.
Foto
MAYAT Mohd Firdaus dan Nur Iman Maisarah dibawa ke hospital untuk dibedah siasat.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/24

Bawa RM30 lari ke Lombok


Panggilan jam 7.30 pagi, Selasa lalu tambah merunsingkan Tijah Paksa, 59, memikirkan keselamatan anaknya, Sanija Jusoh, 23, yang dipercayai hidup dalam kesusahan.
Tijah berkata, anaknya menangis memberitahu ingin pulang ke kampung, tetapi tidak tahu cara dan berjanji menghubunginya semula.

“Sebelum menamatkan perbualan, Sanija beritahu mahu memujuk keluarga teman lelakinya Parhan Jayadi, 29, supaya menghantarnya pulang ke kampung di Ladang Sentosa, Tepuh, di sini, dan berjanji menghubungi saya semula.
Foto
CHE Mansur menunjukkan gambar Sanija sambil mendengar aduan Tijah.

“Namun, sehingga kini belum ada panggilan telefon daripadanya. Saya cuba menghubunginya pada jam 9.30 malam Selasa lalu, namun telefon bimbitnya dimatikan.

“Naluri saya kuat mengatakan dia kini dalam kesusahan apatah lagi ketika menghubungi saya, dia hanya ada RM30 saja,” katanya yang ditemui ketika membuat aduan di Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Teluk Pasu, di sini, semalam.

Menurut Tijah, dia menyedari anak kedua daripada empat beradik itu meninggalkan rumah selepas tidak pulang dari bekerja di ladang sehingga jam 6.30 petang Sabtu lalu. 

Katanya, dia tidak mengesyaki anaknya mahu meninggalkan rumah kerana ketika keluar pada sebelah pagi, Sanija berpakaian kerja dan bersalaman seperti kebiasaan.

“Apabila dia tidak pulang sehingga jam 6.30 petang, saya menyuruh anak lelaki, Zamani, 15, mencarinya di ladang tetapi gagal sebelum diberitahu pekerja ladang itu anak saya tidak datang bekerja, malah mengambil cuti sakit untuk esok (Ahad).

“Saya mengetahui Sanija ke Lombok bersama teman lelakinya selepas menerima SMS daripadanya memberitahu berada bersama keluarga Parhan di Lombok,” katanya yang terkejut dengan berita berkenaan.

Sejak kehilangan anaknya itu, Tijah yang bekerja sebagai buruh di kilang bata, Lingai, Tepuh, di sini, sentiasa menangis mengenangkan nasib anaknya 

“Saya sedia memaafkannya dan Parhan serta menerima sekiranya mereka sudah berkahwin. Jika belum berkahwin, saya sedia berbincang dan merestuinya tetapi biarlah perkahwinan itu dilakukan di sini,” katanya.

Sementara itu, Penyelaras DUN Teluk Pasu Che Mansur Salleh berkata, pihaknya akan berusaha menyelesaikan masalah Tijah dan membawa anaknya pulang.


Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/24

Seribu kali sayang


Matlamat utamanya untuk menjadi terkenal, namun harapan menggunung itu hancur apabila dia menikmati ‘populariti keji.’ Alyssa bertuah memiliki paras amat cantik, malah lebih dari itu, dia pelajar yang memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran.

Dia juga baru memasuki Universiti Wisconsin dengan membawa impian besar.
Pada satu hari dia menghadiri sesi temu duga syarikat Casting Couch Videos yang diharap dapat membawanya menjadi pelakon popular. Ketika ditemu duga tanpa sebarang prasangka Alyssa berkata, dia mengimpikan kerjaya sebagai pakar bius.

Namun, itu adalah detik awal kepada pengakhiran hidupnya.

Perbualan santai itu kemudian merebak menjadi aksi seks yang dirakam dengan pengetahuannya. “Saya Stella, berusia 18 tahun dan tidak sabar untuk memulakan tugas ini,” katanya.
Selepas beberapa hari klip video itu mula dimuat naik di Internet dan Alyssa dihujani ribuan mesej Twitter dan Facebook - semuanya daripada bekas rakan sekelas di sekolahnya.

Antara mesej itu ialah: “Wow! Kamu seorang thot (bahasa slanga merujuk kepada pelacur). Adakah bapa kamu mengetahui perkara ini?” Mesej lain menyatakan: “Tiada sesuatu yang berjaya menyatukan seluruh pelajar sekolah seperti seorang bintang pornografi yang baru menamatkan pengajian tahun lalu. Kamu mungkin boleh berbangga kerana berita mengalir dengan pantas di Stillwater ini.” Dua minggu selepas video itu tersebar, Alyssa membeli sepucuk pistol, memandu ke kawasan pangkalan bot di Tasik Big Carnelia dan mengakhiri hidupnya. Dia baru berusia 19 tahun.
Namun, sebenarnya hidup Alyssa memang dikelilingi masalah. Bapa kandungnya mempunyai rekod jenayah. Ibu dan kekasih wanita itu ditangkap kerana mengedar dadah dan mengabaikan adik Alyssa.

Alyssa tinggal bersama neneknya sejak kanak-kanak dan bergelut dengan masalah kewangan.

Sementara itu, polis Washington yang menyiasat kes itu berpendapat memuat naik mesej di media sosial sukar dibuktikan sebagai perbuatan jenayah. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/24

Libasan maut samurai mertua


RUMAH di Lorong Lau Eng Peng, Jalan Kim Kee, Muar, Johor tempat Wei Kuan (gambar kecil) ditemui mati kelmarin.


MUAR - Seorang lelaki maut manakala bapa mertuanya cedera parah selepas mereka berdua bergaduh berpunca daripada masalah rumah tangga mangsa dalam kejadian di sebuah rumah di Lorong Lau Eng Peng dekat Jalan Kim Kee di sini kelmarin.
Dalam kejadian pukul 1 pagi itu, Lim Wei Kuan, 34, yang mempunyai empat kesan tetakan dengan salah satu tetakan mengenai jantung mangsa ditemui mati berlumuran darah.
Bapa mertua Wei Kuan yang berusia 60-an pula cedera parah dengan empat kesan tetakan iaitu di badan dan leher.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0524&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz32aI3VTD5 
Hakcipta terpelihara 

Lelaki maut ditikam dari belakang




TANAH MERAH - Seorang penoreh getah ditemui mati selepas dia dipercayai ditikam dari belakang dalam kejadian di tepi rumahnya di Kampung Paku Gual, Gual Ipoh di sini kelmarin.
Thana Aizuddin Mohd. Sukri, (gambar), 22, ditemui oleh adiknya yang berusia 16 tahun selepas remaja itu mengekori tompokan darah yang ditemui dari garaj kereta sebaik pulang ke rumah pada pukul 5 petang.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Abdul Aziz Mahmud berkata, semasa ditemui mangsa yang hanya berseluar jean itu berada dalam keadaan tertiarap dan nazak di atas tanah di tepi rumah dengan badan penuh darah.
"Kerana nazak Thana tidak mampu menyahut panggilan adiknya sebelum dia meninggal dunia di situ sejurus ditemui.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0524&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz32aHnBMXO 
Hakcipta terpelihara 

4 didakwa sokong, galak keganasan



ANGGOTA polis Bahagian Antikeganasan mengiringi Mohd. Armie Fatihah (berkopiah putih kanan) dan Mohd. Hafiz (berkopiah putih kiri) masuk ke Mahkamah Majistret Taiping, Perak semalam.


KUALA LUMPUR – Empat individu termasuk seorang wanita didakwa di tiga Mahkamah Majistret berasingan atas tuduhan menggalakkan aktiviti keganasan dan memberi sokongan terhadap kegiatan pengganas semalam.
Di Mahkamah Majistret di sini, tertuduh, Azizah Md. Yusof, 55, didakwa atas dua pertuduhan memberi sokongan terhadap kegiatan pengganas melalui dua laman Facebook milik Wan Jah dan Azizah Yusof.
Ibu kepada lima anak itu didakwa melakukan perbuatan itu di Bahagian E8, Cawangan Khas, Tingkat 24, Menara 2, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini pada 2 petang, 24 April lalu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0524&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz32aHcTdZA 
Hakcipta terpelihara 

Lima beradik yatim piatu sekelip mata



INILAH lima anak pasangan suami isteri yang maut dalam kemalangan sehingga menyebabkan mereka menjadi yatim piatu.


KUALA LUMPUR - Lima beradik yatim piatu sekelip mata apabila ibu bapa mereka maut digilis sebuah lori tanah dalam satu kemalangan di Jalan Chan Sow Lin di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, juruteknik mesin fotostat, Jefri Mohd. Zain, 46, dan isterinya yang merupakan pekerja kilang, Norsalawati Ibrahim, 40, dikatakan dalam perjalanan menuju ke tempat kerja masing-masing dengan menaiki motosikal jenis Honda EX5.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0524&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz32aHSkvhW 
Hakcipta terpelihara 

3 sekeluarga maut dalam nahas



ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan mayat Raduan yang tersepit dalam kemalangan di Jalan Sarikei-Betong, dekat Sarikei, Sarawak semalam.


SARIKEI - Hasrat empat sekeluarga untuk bertemu dengan ahli keluarga mereka tidak kesampaian apabila tiga daripada mereka maut selepas kereta dinaiki bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 432 Jalan Sarikei-Betong dekat sini semalam.
Dalam kejadian pukul 8.30 pagi itu, mangsa yang maut ialah pasangan suami isteri, Borhan Junaidi, 69, isterinya, Salehah Baie, 67, dan adik Borhan, Raduan Junaidi, 62.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0524&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz32aHJc863 
Hakcipta terpelihara 

Dua maut dalam nahas ketika dalam perjalanan ke hospital


KANGAR - Hasrat seorang lelaki dan anak saudaranya yang berusia dua tahun untuk mendapatkan rawatan di hospital berakhir dengan tragedi apabila mereka maut dalam kemalangan di Jalan Kangar-Alor Setar berhampiran Kampung Jawi Endul, Simpang Empat di sini malam kelmarin.
Dalam kejadian pukul 8.30 malam itu, mangsa, Mohd. Firdaus Abdul Hamid, 29, dan anak saudaranya, Nur Iman Maisarah Abdullah dikatakan dalam perjalanan dari Sanglang, Kedah menuju ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Iswara.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0524&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz32aHAg6lJ 
Hakcipta terpelihara 

5 tahanan kena jangkitan meningitis


KUALA LUMPUR - Lima tahanan di Penjara Reman, Jalan Ayer Molek, Johor Bahru, Johor dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) semalam selepas disyaki menghidap penyakit meningitis meningokokus iaitu jangkitan kuman ke atas selaput otak.
Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah mengesahkan, setakat ini, hanya seorang tahanan iaitu seorang lelaki berusia 43 tahun menghidap penyakit itu.
Sementara dua daripada mereka berada di unit rawatan rapi (ICU) untuk rawatan lanjut.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0524&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz32aH0fPje 
Hakcipta terpelihara 

Dua beradik nyaris rentung



ANGGOTA bomba melakukan pemeriksaan setelah memadamkan kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan Datuk Willie, Tanjung Aru II, Kota Kinabalu, Sabah semalam.


KOTA KINABALU – Tindakan pantas seorang lelaki berjaya menyelamatkan nyawa dua beradik yang terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan Datuk Willie, Tanjung Aru II di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 2 petang itu, kanak-kanak perempuan dan lelaki masing-masing berusia tiga dan enam tahun itu berada di dalam rumah tersebut sementara menunggu datuk mereka pulang daripada menghantar sepupu mereka ke sekolah berhampiran.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0524&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz32aGhnoXD 
Hakcipta terpelihara 

Tujuh nelayan Vietnam ditahan tangkap sotong secara haram di perairan Pahang



SEBAHAGIAN daripada nelayan warga Vietnam yang ditahan kerana menceroboh kawasan perairan di Tanjung Tembeling, Pahang kelmarin.


KUANTAN - Jabatan Perikanan menahan tujuh nelayan warga Vietnam berusia antara 17 hingga 39 tahun yang menceroboh dan melakukan aktiviti menangkap sotong di kawasan perairan negara petang kelmarin.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Shafik Fauzan Sharif berkata, mereka ditahan dalam satu operasi pada pukul 1.15 petang di kawasan yang terletak kira-kira 46 batu nautika dari Tanjung Tembeling dekat sini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0524&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz32aGWhomq 
Hakcipta terpelihara