Search This Blog

Thursday, May 22, 2014

Mayat mangsa lemas di Sungai Pahang ditemui tersangkut di sangkar ikan


22/05/2014 9:23pm

KUANTAN - Mayat seorang lelaki yang dikhuatiri terjatuh ke dalam Sungai Pahang di Kampung Tebal dekat Temerloh sejak beberapa hari lepas ditemui tersangkut pada sangkar ikan hari ini.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Anuwar Osman berkata, mayat mangsa, Azman Hod, 34, dari Kampung Tenggala, Temerloh ditemui oleh pemilik sangkar ikan berkenaan kira-kira pukul 11 pagi tadi.
"Mangsa dipercayai lemas beberapa hari lepas selepas terjatuh ke dalam sungai berkenaan dan mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi Bernama.
Sementara itu, seorang penternak ikan patin, Amran Uda, 42, yang menemui mayat terbabit berkata, beliau terkejut apabila menemui mayat mangsa ketika hendak memberi makan kepada ikan ternakannya.
"Saya tidak sangka objek yang tersangkut pada sangkar adalah mayat rakan saya dari kampung sebelah yang dilaporkan hilang sejak beberapa hari lepas," katanya.
Beliau kemudian menghubungi polis bagi memaklumkan penemuan mayat tersebut. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0522&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_25.htm#ixzz32SVXZ46I 
Hakcipta terpelihara 

Padah lompat pagar sekolah


Kejadian berlaku jam 12 tengah hari semalam dan pelajar tingkatan lima itu difahamkan mahu pulang lebih awal dengan melompat keluar daripada salah satu pagar sekolahnya yang berkunci. 
Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang Zaimi Samad berkata, pihaknya menggunakan 'Hydraulic Cutter' untuk memotong besi yang mencucuk lengan pelajar lelaki terbabit.

"Kita mengambil masa selama lima minit untuk mengeluarkan besi berkenaan sebelum pelajar itu dihantar ke klinik kesihatan terdekat untuk menerima rawatan.
Foto
FOTO Ihsan Bomba dan Penyelamat.

"Difahamkan pelajar ini sedang melompat keluar tetapi lengan kirinya tersangkut dan tercucuk pada pagar itu," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/22

Gurauan bertukar tragedi


Bentong: Gara-gara bergurau dengan dengan mengangkat rakan ke atas tembok, dua pelajar Sekolah Menengah Agama Pelangai cedera parah selepas terjatuh dari tingkat satu bangunan asrama sekolah berkenaan,kira-kira jam 6.40 petang semalam.
Sebelum kejadian, kedua-dua pelajar terbabit, Muhamad Izzudin Mohd Saadan serta Hamirul Haqimi Hanafi masing-masing berusia 13 tahun bergurau dengan seorang daripada mereka diangkat ke atas tembok berkenaan.
Ketua Polis Daerah Superintendan Mohamed Mansor Mohd Nor berkata, tindakan mereka membawa padah apabila Muhamad Izzudin tiba-tiba tergelincir namun sempat menarik tangan Hamirul Haqimi sebelum kedua-duanya terjatuh.

"Gurauan mereka bertukar tragedi malah hampir membawa maut apabila kedua-duanya terjatuh dari tingkat satu hingga parah di kepala dan anggota badan.
Foto
MANGSA dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh.

"Warden asrama yang dimaklumkan mengenai kejadian terbabit segera membawa mereka ke Klinik Kesihatan Pelangai sebelum dikejarkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh untuk rawatan lanjut,"katanya, ketika dihubungi di sini.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/22

Cedera dalam kabus


Kuala Lumpur: Seramai 21 rakyat Malaysia terdiri daripada 13 pelajar berusia 10 sehingga 12 tahun bersama 5 guru dan 3 sukarelawan terselamat dalam kemalangan bas di Gidgegannup, Australia Barat yang berlaku jam 8.30 malam tadi (waktu tempatan).
Sukarelawan, Mohd Fikri Mohd Bakri, 51, berkata, kejadian berlaku ketika rombongan pelajar itu dalam perjalanan balik menghadiri Seminar Alam Sekitar dari Bayswater menuju kem penginapan mereka di Lake Leschenaultia.
"Kami singgah membeli makanan di Mirrabooka sebelum terbabit dengan kemalangan kira-kira 30 minit selepas memulakan perjalanan semula," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Menurutnya, punca kemalangan berkemungkinan akibat kabus tebal yang menghadkan jarak penglihatan pemandu bas dan permukaan jalan basah.
Foto
FOTO Ben Hennessy, 9 News Perth.

"Ketika itu hujan renyai dan bas dalam kelajuan 30 kilometer sejam sebelum bas terbabas dan tersangkut di benteng setinggi 4 kaki. Semua terselamat dan bas tidak terbalik atau jatuh gaung," katanya.

Katanya, semua pelajar menjalani pemeriksaan di Hospital Diraja, Hospital Princess Margaret dan Hospital Swan District di Perth sebelum semua dibenarkan pulang tengah hari tadi.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/22

Bas 'sapu' enam pekerja


Gua Musang: Seorang maut, dua parah dan tiga lagi cedera selepas dirempuh sebuah bas ekspres yang terbabas di Kilometer 72 Jalan Gua Musang - Kuala Krai, dekat sini, kira-kira jam 12.15 tengah hari tadi.
Mangsa yang maut adalah kakitangan Road Care Sdn Bhd, Mohd Zakarman Bedol, 41, dari Kampung Bukit Ipoh, Jeli, manakala mereka yang parah dan cedera adalah kakitangan Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM). 
Difahamkan, ketika kejadian semua mangsa sedang menjalankan kerja mengorek tar di tepi jalan bagi tujuan pemeriksaan kualiti. 

Saksi kejadian memberitahu melihat lima bas ekspres melalui laluan berkenaan untuk menghala ke Kuala Lumpur, sebelum bas kedua terbabas dan merempuh semua mangsa, serta sebuah van dan Toyota Hilux milik syarikat yang diletakkan di tepi jalan.
Foto
FOTO Ihsan Pembaca

Semua mangsa termasuk maut dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk rawatan, manakala pemandu bas dan 10 penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/22

Kereta meletup


Difahamkan, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bandar Puchong Jaya sebelum keretanya tiba-tiba meletup dan terbabas sehingga merempuh sebatang pokok.
Mangsa gagal menyelamatkan diri setelah terperangkap dalam kereta yang sedang terbakar itu.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Yong Soo Koon berkata, pihaknya masih belum mengenalpasti identiti mangsa.
Foto
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat memeriksa kereta yang terbakar.

Menurutnya, pihaknya juga masih belum menerima laporan polis dari keluarga mangsa.

"Kes terbabit tidak membabitkan unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/22

Seorang maut, lima cedera dirempuh bas ekspres di Jalan Gua Musang-Kuala Krai


22/05/2014 10:55pm


SEBUAH kenderaan pacuan empat roda, Toyota Hilux terbalik setelah dirempuh sebuah bas ekspres di Kilometer 72, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Kelantan hari ini. - KOSMO!/AIMUNI TUAN LAH


GUA MUSANG - Seorang maut manakala lima lagi cedera dalam kemalangan jalan raya membabitkan sebuah bas ekspres, van dan kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 72, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Saiful Bahri Abdullah berkata, pekerja syarikat penyelenggaraan jalan, Mohd. Zakarman Bedol, 41, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala. Mangsa sedang mengawal lalu lintas semasa kejadian itu berlaku pukul 12.15 tengah hari.
Lima lagi yang cedera adalah masing-masing dua daripada syarikat penyelengaraan itu dan tiga pekerja Institut Kerja Raya Malaysia, katanya kepada pemberita di sini.
Saiful Bahri berkata, pemandu bas ekspres terbabit yang berusia 54 tahun bersama 10 penumpang tidak mengalami kecederaan dan mereka kemudian meneruskan perjalanan dengan bas lain.
Tambahnya, kejadian itu berlaku ketika lima buah bas ekspres sedang melalui jalan berkenaan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur manakala mangsa yang maut bersama lima yang cedera sedang menjalankan kerja mengorek jalan untuk ujian tahap kualiti jalan yang baru diturap tar. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0522&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_26.htm#ixzz32STkTsGT 
Hakcipta terpelihara 

Lelaki curi itik diberkas


WARTAWAN SINAR HARIAN
22 Mei 2014


IPOH – Tindak-tanduk mencurigakan seorang lelaki yang tergesa-gesa mengeluarkan itik daripada guni membongkar aktiviti mencuri haiwan itu di Pusing, Batu Gajah, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi itu, seorang anggota Rela bersama dua rakannya mengadu ternampak lelaki terbabit dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, pengadu membuat intipan kira-kira 30 minit ternampak lelaki itu mengeluarkan beberapa ekor itik daripada guni yang dibawanya.

“Pengadu telah menghampiri lelaki itu dan menahannya. Suspek mengakui telah mencuri 10 ekor itik di sebuah kolam ternakan itik di kawasan berhampiran Tronoh sebelum dibawa  ke Balai Polis Menglembu untuk tindakan seterusnya,” katanya.

Menurutnya, lelaki terbabit diserah ke Ibu Pejabat Polis Batu Gajah untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Gangguan misteri semakin menjadi-jadi


  • Gangguan misteri semakin menjadi-jadiAntara baju yang dikesan mempunyai kesan gunting.

SELAMA - Walaupun telah berusaha dengan pelbagai cara untuk memulihkan kembali kehidupan daripada diganggu api misteri, namun gangguan tersebut semakin menjadi-jadi.

Nor Hafizah Ahmad, 29, berkata, semalam (kelmarin) ibunya telah membuang semua bahan-bahan ditabur di bahagian keliling rumah mereka sebagai pendinding.

Menurutnya, selepas bahan-bahan tersebut dibuang, mereka mengesan beberapa contengan di bahagian rumah.

“Kami juga agak terkejut kerana lebih banyak kerosakan dikesan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Nor Hafizah berkata, selain rumah diconteng, buku-buku anak saudaranya turut dikoyakkan.

“Baju-baju yang ada dalam rumah juga didapati digunting dan beberapa rak juga diterbalikkan,” katanya.

Menurutnya, mereka sekeluarga sedang berusaha untuk memulihkan keadaan tersebut kerana bimbang perkara buruk terjadi.

“Kami juga mungkin akan mengadakan bacaan Yasin dan berjumpa dengan seorang pakar perubatan Islam, Ustaz Mohd Redzuan Yusop untuk memulihkan semula keadaan di rumah kami,” katanya.

Wanita maut, dua parah


  • Wanita maut, dua parahKeadaan MPV yang melanggar belakang treler dalam kejadian kemalangan yang berlaku dekat sini, semalam.
 1 / 1 
IPOH - Perjalanan 13 warga emas dari Batu Pahat, Johor ke Ipoh dipercayai untuk menghadiri upacara keagamaan berakhir tragedi apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 346.2 Lebuhraya Utara Selatan (utara) dekat sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 5.40 pagi itu, penumpang wanita, Ong Geen Peen, 66, maut manakala dua penumpang Lee Yong Tee, 76, cedera di kepala dan Wong Eng May, 50, patah tangan kanan. Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw berkata, kemalangan itu berlaku apabila MPV jenis Wester Maxus  dipercayai cuba memotong treler membawa muatan tepung di hadapannya.

Bagaimapun, menurutnya, pemandu MPV gagal memotong treler berkenaan berikutan sebuah kereta di laluan kanan bergerak laju.

"Akibatnya MPV itu melanggar bahagian belakang bucu kanan treler tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit sebelum dikeluarkan anggota bomba dan penyelamat Bidor.

Jelasnya, dua penumpang cedera parah manakala 10 lagi tidak cedera.

"Mayat mangsa dan dua rakannya yang parah dihantar ke Hospital Tapah untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Barang seludup RM1.03j dirampas


  • Barang seludup RM1.03j dirampas Sebahagian daripada 3,600 rokok putih dengan nilai cukai RM297,964.40 telah dirampas.

IPOH - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Negeri berjaya menggagalkan tiga cubaan seludup minuman keras dan rokok secara berasingan membabitkan nilai cukai kira-kira RM1.03 juta.

Pengarah Kastam Negeri, Datuk Mohd Nasir Said berkata, pasukannya telah menemui sebanyak 10,545.84 liter minuman keras dan 3,600 rokok putih pelbagai jenama yang dianggarkan nilai cukainya sebanyak RM297,964.40 pada serbuan 15 Mei lalu.

Berikutan penemuan itu juga sepasang suami isteri berusia 30-an telah ditahan untuk siasatan bagaimanapun, mereka telah dilepaskan dengan jaminan Kastam di bawah Seksyen 116 Akta Kastam 1967 sementara siasatan lanjut sedang dijalankan.

Menurutnya, atas maklumat awam pada 12 Mei lalu, sebuah premis perniagaan di Teluk Intan telah diserbu dan hasil pemeriksaan tersebut, sebanyak 6,718.08 liter minuman keras pelbagai jenama dengan nilai cukai sebanyak RM148,788.84 telah ditemui.

“Seorang lelaki warga tempatan berusia 40an telah ditahan untuk membantu siasatan manakala pada serbuan 28 April di sebuah gudang di Balakong, Selangor sebanyak 46,694 liter minuman keras dengan nilai cukai RM991,360.43 telah dirampas.

“Dalam serbuan berkenaan, suspek gagal diberkas dan siasatan lanjut giat dijalankan,” katanya pada sidang media semalam.

Beliau berkata, kesemua barang rampasan bagi ketiga-tiga serbuan bernilai RM 408,917.40 dengan nilai cukai RM1,029 196.27.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 iaitu memiliki barang tak berkastam.

“Jika disabitkan kesalahan, suspek turut berdepan dengan hukuman denda maksimum 20 kali nilai barangan atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Dalam perkembangan lain, sebanyak 221 syarikat bakal diambil tindakan kerana gagal menghantar penyata cukai sedangkan mereka telah mengenakan cukai jualan 10 peratus dan cukai perkhidmatan enam peratus.

Katanya, tiada tempoh lanjutan diberikan malah mereka akan dihadapkan ke mahkamah namun pihaknya berharap syarikat tersebut dapat membayar cukai sewajarnya.

“Buat masa ini, sebanyak 43 syarikat telah dikompaun antara RM300 hingga RM500 yang mana jumlah kompaun adalah RM24,100,” katanya.

Panik dapur terbakar


WARTAWAN SINAR HARIAN
20 Mei 2014


TAIPING - Kebakaran kecil di bahagian dapur kediaman mereka membuatkan sebuah keluarga panik di Taman Long Jaafar, Kampung Boyan, di sini, semalam.

Ketika kejadian kira-kira jam 2 petang itu, suasana dalam rumah berkenaan bertukar kelam-kabut apabila api tiba-tiba marak dari dapur kediaman itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Penolong Penguasa Hasna Rashid berkata, bagaimanapun kebakaran hanya melibatkan tempat memasak.

“Sebanyak tiga jentera dengan kekuatan 11 anggota dikejarkan ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan pada jam 2.02 petang.

“Api berjaya dikawal dan kebakaran hanya membabitkan 10 peratus, namun dengan kecekapan anggota, ia berjaya dikawal daripada merebak,” katanya.

Beliau berkata, punca kejadian masih dalam siasatan.

Nahas dua treler ragut satu nyawa


  • Nahas dua treler ragut satu nyawaPolis memeriksa bahagian hadapan treler yang terlibat dalam kemalangan semalam.

KAMPAR - Seorang pemandu maut selepas treler dipandunya merempuh bahagian belakang sebuah treler lain membawa muatan pasir di Kilometer 310.6 Lebuhraya Utara Selatan (selatan) semalam.

Mangsa, Miknan Ali, 46, beralamat di Taman Putra, Puchong maut di tempat kejadian manakala pemandu treler berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, dalam kejadian jam 1.35 petang itu, treler tanpa muatan dipandu Miknan dalam perjalanan dari Ipoh ke Kuala Lumpur dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar belakang treler di hadapannya .

Menurutnya, ketika kejadian, cuaca hujan renyai dan keadaan jalan pula sedikit mendaki berhampiran selekoh.

“Akibat kemalangan itu, pemandu treler tanpa muatan itu tersepit, mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mayat mangsa yang tersepit dikeluarkan oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Gopeng sebelum dibawa ke Hospital Kampar untuk dibedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Gadis hilang sudah ditemui


  • Gadis hilang sudah ditemuiKeratan akhbar Sinar Harian bertarikh 18 Mei mengenai kehilangan Nur Ain.

AYER KEROH - Tidak sampai 24 jam berita mengenai kehilangan Nur Ain Kamarudin, 19, dari Rumah pangsa Sri Siantan dilaporkan secara meluas di akhbar, gadis tersebut berjaya ditemui semula dalam keadaan selamat, 19 Mei lalu.

Menurut Pengarah Pusat Perkhidmatan Masyarakat Barisan Nasional (Pembela BN) negeri Melaka, Amir Hamzah Aziz, pihaknya dimaklumkan oleh polis, gadis terbabit meninggalkan rumah dipercayai mengikut seorang lelaki dari Sabah, ditemui dalam keadaan selamat dan kini berada di bawah jagaan keluarga lelaki terbabit di Sabah.

“Saya pun sudah dapat menghubungi dan bercakap dengan Nur Ain dan dia kini dalam keadaan selamat serta berada di sebuah daerah di Sabah.

“Usaha untuk membawa dia pulang ke Melaka akan diuruskan oleh Pembela BN dalam tempoh terdekat dan saya ingin tegaskan isu ini tiada kaitan dengan sebarang unsur jenayah mahupun culik,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Bangunan Kota Cemerlang di sini, semalam.

Amir Hamzah berkata, sebaik berita mengenai kehilangannya tersiar di akhbar, ibunya, Latifah Abd Rahman, 55, merujuk masalah berkenaan di Pejabat Pembela BN.

“Hari ini kita bersyukur dengan bantuan pelbagai pihak terutama polis, akhirnya Nur Ain berjaya ditemui,” katanya.

Pada 18 Mei lalu, Sinar Harian melaporkan mengenai seorang gadis yang meninggalkan rumah sehelai sepinggang  mengikut seorang lelaki berasal dari Sabah menyebabkan hidup ibunya tidak tentu arah.
Nur Ain yang juga anak bongsu dari dua adik beradik, kali terakhir dilihat pada jam 6.30 petang, 1 Mei lalu, ketika pulang ke rumah untuk mengambil kunci motosikal.

Tak sempat timang anak sulung


  • Tak sempat timang anak sulungKemalangan yang meragut nyawa Mohd Hafifi. Gambar kecil: Mohd Hafifi

BANDARAYA MELAKA - Seorang pembantu kerani tidak sempat menimang cahaya mata sulung yang dijadualkan lahir Oktober ini, apabila maut dalam kemalangan di Lebuh Ayer Keroh, di sini, lewat petang kelmarin.

Mohd Hafifi Zakaria, 24, meninggal dunia selepas motosikal ditunggangnya bergesel dengan sebuah kereta di hadapan Melaka Zoo and Night Safari, di sini dalam kejadian kira-kira 6.30 petang.

Isteri mangsa, Nor Elina Tasya Ramli, 27, kini dikatakan sedang hamil empat bulan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman berkata, ketika kejadian, Mohd Hafifi yang menunggang Yamaha LC dari arah Plaza Tol Ayer Keroh ke pusat bandar dipercayai memotong di sebelah kiri Naza Peugeot dipandu seorang pelajar kolej swasta berusia 19 tahun dari arah sama.

“Pada masa sama, kereta itu membelok ke kiri untuk masuk simpang menuju ke Dataran Ayer Keroh. Kedua-dua kenderaan itu bergesel mengakibatkan mangsa tercampak dan kepalanya terhantuk pada tembok batu di kawasan berkenaan," katanya.

Menurutnya, mangsa bukan saja tercampak, malah turut termasuk di celah pokok hiasan di bahu jalan dan rimbunan pokok yang terdapat batu tembok.

"Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian," katanya yang memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, ibu mangsa, Latifah Mohammad, 49, berkata, dia hanya mengetahui mengenai kejadian malang menimpa anak keempat daripada enam beradik itu selepas dihubungi seseorang.

“Saya tidak percaya pada mulanya kerana mengetahui arwah jarang melalui laluan itu setiap kali pulang ke rumah ibu mentuanya di Umbai, Jasin selepas bekerja di Alor Gajah.

Selalunya guna Lebuh AMJ.
"Saya reda dan tidak marah apa yang berlaku kerana ia sudah suratan takdir,” katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Mayat Hospital Melaka, di sini, semalam.

Latifah berkata, tiada perubahan ditunjukkan anaknya itu, ceria ketika kali terakhir bertemu di rumah di Telok Mas bersama isterinya.

“Arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Umbai, Jasin dan bakal menimang cahaya mata Oktober depan," katanya.

Cemas muatan berasap


  • Cemas muatan berasapKelihatan anggota bomba bertungkus-lumus melakukan pemadaman dan proses penyejukan plat besi berkenaan.

REMBAU - Seorang pemandu treler berdepan detik cemas apabila muatan plat besi yang dibawanya berasap di Kilometer 224.4 Lebuhraya Utara - Selatan, dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 9.50 malam, pemandu treler berusia 43 tahun itu bagaimanapun segera memberhentikan kenderaannya yang menghala ke Merlimau, Melaka.

Pemandu lori juga sempat bertindak memisahkan badan dan kepala lori bagi menyelamatkan risiko keseluruhan lori musnah.

Susulan kejadian, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Fauzi Shahril bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan orang awam.

Mohd Fauzi berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati treler berkenaan tidak terbakar, namun mula berasap dan mengambil masa kurang lima minit untuk mengawal kebakaran.

“Didapati muatan plat besi yang dibawa berada dalam keadaan panas dan kepingan kayu yang diletakkan di celah plat besi yang dibawa terbakar serta berasap,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, Fauzi berkata, anggota bomba mengambil masa lebih sejam untuk melakukan proses penyejukan plat besi yang berada dalam keadaan panas.

Ibu tunggal mati tergantung


  • Ibu tunggal mati tergantungAnggota polis membawa keluar mayat mangsa untuk di hantar ke Bilik Mayat Hospital Jasin bagi tujuan bedah siasat.

JASIN - Seorang ibu tunggal ditemui mati dalam keadaan tergantung di bahagian dapur rumahnya di Kampung Bukit Senggeh, Selandar, dekat sini petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, mangsa Rogayah Mohamad, 53, ditemui di bahagian dapur rumah oleh ibunya, Besah Tawil, 78, setelah warga emas yang tinggal tidak jauh dari rumah mangsa.

Sumber berkata, mangsa anak keempat dari sembilan beradik tinggal bersendirian di rumah selepas ketiga-tiga anaknya berusia antara 16 dan 20 tahun bekerja di luar daerah ini.
Menurutnya, mangsa dipercayai mengalami kemurungan setelah kematian suami beberapa tahun lalu.

“Petang kejadian, ibunya yang tinggal kira-kira 50 meter dari rumah mangsa berasa curiga setelah melihat rumah mangsa sunyi dan mendapati semua tingkap dan pintu bertutup rapat,” katanya di sini.

Sementara itu, Besah mendakwa, tengah hari sebelum kejadian, dia berhasrat untuk menghantar nasi dan lauk ke rumah anaknya itu, bagaimanapun rumah anaknya sunyi dan menyangka anaknya keluar mengambil wang bantuan kebajikan.

 Menurutnya, dia mengetuk pintu rumah beberapa kali dan memanggil nama anaknya berulang kali tetapi tiada balasan dan tidak terfikir kejadian pelik menimpa anaknya sebelum pulang semula ke rumahnya.

“Tapi sepanjang perjalanan hati saya rasa ada yang tak kena. Petang itu saya datang semula ke rumahnya, tapi  bagai nak gugur jantung saya apabila melihat jasad arwah tergantung di ruang dapur," katanya.

Abang sulung mangsa, Minhat Mohamad, 63, berkata, adiknya seorang yang peramah dan sering bergaul dengan masyarakat sebelum mengalami kemurungan beberapa tahun lalu.

“Sebagai abang, saya dapat rasakan tekanan dialaminya selepas suaminya meninggal dunia, selain anak-anaknya keluar bekerja jauh darinya menjadikan dia kemurungan,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim mengesahkan kejadian itu dan berkata kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Lelaki Pakistan dipenjara kerana cabul


WARTAWAN SINAR HARIAN
21 Mei 2014


SEREMBAN – Seorang lelaki warganegara Pakistan dikenakan hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas kesalahan mencabul kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun, pada 6 Januari lalu.

Tertuduh, Muhammad Saleem, 28, yang memakai pakaian lokap berwarna oren mengaku bersalah di hadapan Majistret Siti Khairiah Abd Razak.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bekerja sebagai penjaga kedai melakukan kekerasan jenayah ke atas anak pelanggan dalam kejadian kira-kira 5 petang di Impian Boutique & Collection Nilai 3, Nilai.

Mengikut fakta kes, tertuduh meraba bahagian punggung dan dada mangsa semasa ibu mangsa sedang leka memilih pakaian di kedai kain tersebut.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Kaiyisah Shukri; manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Lori rempuh pagar rumah


  • Lori rempuh pagar rumahKeadaan lori yang merempuh pagar rumah seorang penduduk, semalam.

SEREMBAN - Seorang wanita terkejut apabila lori tiga tan yang diekorinya semasa pulang dari membeli sarapan kira-kira jam 6.40 pagi semalam, tiba-tiba terbabas dan merempuh pagar rumahnya depan mata sendiri.

Menceritakan semula detik cemas dialami, Hamidah Ab Rahman, 53, berkata, dia hanya pasrah apabila melihat tembok pagar rumahnya musnah sekelip mata dalam kejadian yang berlaku di Batu 6, Jalan Labu-Seremban, dekat sini.

“Ketika itu, saya sedang memandu dari gerai berhampiran dan melihat lori di hadapan saya bergerak semakin lama semakin ke tepi, seolah-olah mencari lokasi sesuai untuk berhenti di bahu jalan.

"Namun jangkaan saya meleset apabila tiba-tiba sahaja lori itu hilang kawalan ketika di kawasan selekoh, sebelum  membelok ke arah rumah saya yang berada di sebelah kiri jalan,” katanya.
Walaupun terkejut dan bersedih dengan kejadian tersebut, Hamidah tetap bersyukur kerana dirinya tidak terlibat dalam kemalangan itu.

“Tidak dapat dibayangkan, apa akan terjadi jika saya berada di hadapan lori atau sedang membelok masuk ke rumah pada ketika itu,” katanya yang pertama kali melihat kemalangan berlaku depan mata.

Menurut Hamidah, difahamkan lori dinaiki dua beranak yang penuh dengan muatan barangan elektrik itu dalam perjalanan dari Shah Alam, Selangor menuju ke Melaka.

“Paling tidak dapat saya lupakan apabila melihat kaki kanan anak pemandu lori yang terpusing ke belakang dari bahagian lutut ke bawah akibat kemalangan dialami.

“Malah semua yang ada di tempat kejadian turut dikejutkan dengan kehadiran seekor anak ular yang menyelinap masuk ke dalam lori dan menuju ke arah remaja berkenaan, tetapi mujurlah salah seorang jiran bertindak pantas membuang ular tersebut,” katanya.

Sementara itu, bapa mertua Hamidah, Md Sari Naim, 87, pula berharap pihak berwajib memasang pengadang keselamatan di sepanjang bahu jalan memandangkan kemalangan kerap berlaku di kawasan itu.

“Kejadian pertama membabitkan sebuah kenderaan berat, lebih kurang tiga tahun lepas. Kemalangan kali kedua dan ketiga pula melibatkan Proton Iswara dan Toyota LE sekitar penghujung tahun lalu.     

“Pada masa sama, saya minta jasa baik syarikat pemilik lori berkenaan supaya menanggung segala kerosakan terhadap pagar rumah yang dianggarkan berjumlah antara RM10,000 hingga RM15,000,” katanya.

Dalam pada itu, salah seorang jiran Hamidah, Noramirah Mohd Zaki, 27, berkata, kemalangan tersebut menyebabkan dia lewat ke tempat kerja.
“Sejak 6.30 pagi saya sudah bersiap untuk ke tempat kerja. Malangnya, semua kenderaan termasuk motosikal sekali pun tidak dapat lalu kerana jalan keluar sudah ditutup lori terbabit,” katanya yang bekerja di sebuah bakeri terletak lebih kurang 10 kilometer dari rumahnya.   

Sementara itu, Ketua Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Harzizi Hashim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden terbabit sekitar jam 6.48 pagi.

“Sebuah jentera dengan kekuatan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 dikejarkan ke tempat kejadian.

“Sebaik sahaja sampai di situ, kita dapati lori dinaiki Zulkifli Hashim, 45, bersama anaknya, Zulhakimi Zulkifli, 13, sudah terbalik ke sebelah kiri,” katanya.
Harzizi berkata, kira-kira 15 minit diperlukan untuk mengeluarkan kaki Zulhakimi yang tersepit bawah lori berkenaan.

“Mangsa yang patah kedua-dua belah kaki kemudiannya dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya yang menjelaskan bapa mangsa hanya cedera ringan.

Sindiket edar syabu RM195,000 tumpas


WARTAWAN SINAR HARIAN
21 Mei 2014


KAJANG – Polis menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah yang didalangi dua warga tempatan serta berjaya merampas dadah syabu yang dianggarkan bernilai RM195,000.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), sepasukan anggota dan pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang menyerbu sebuah rumah di Jalan Balam, di sini pada 14 Mei lalu.

Pihak polis menahan seorang wanita dan lelaki berusia 23 dan 41 tahun dalam serbuan itu, serta menjumpai makmal mini dipercayai dijadikan untuk memproses dadah.

Hasil pemeriksaan lanjut polis turut menjumpai sepinggan kaca berisi serbuk kristal disyaki dadah syabu yang dianggarkan seberat 33.8 gram dan 13 peket plastik disyaki dadah syabu seberat 1.28 kilogram.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab yang mengesahkan kejadian berkata, kedua-dua suspek ditahan reman bagi tindakan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sanggup sembunyi atas tangki air


  • Sanggup sembunyi atas tangki airAntara warga Indonesia yang ditahan dalam operasi di sebuah flat, semalam.

SUBANG JAYA – Tindakan seorang warga Indonesia menyorok di atas tangki air gagal apabila kelibatnya dikesan Imigresen Putrajaya yang menjalankan operasi di sebuah flat di Subang Perdana, dekat sini, semalam.

Operasi diketuai oleh Timbalan Penolong Pengarah Kanan Imigresen Putrajaya, Nik Shahanizam Ahmad bersama enam pegawai dan 40 anggota dijalankan atas maklumat awam kira-kira jam 1.05 pagi.

Menurut Nik Shahanizam, terdapat warga asing yang lain cuba melarikan diri dalam serbuan berkenaan dengan cuba memanjat balkoni ruang rumah di sebelah.

“Namun, tindakan mereka gagal berikutan anggotanya yang sudah bersedia dengan lebih awal,” katanya.

Beliau berkata, operasi ini berjaya menahan seramai 51 warga Indonesia berusia lingkungan 2 hingga 57 tahun.

Nik Shahanizam berkata, daripada jumlah tersebut, 26 adalah lelaki dewasa, 22 perempuan dewasa, dua kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan.

Menurutnya, ini merupakan hasil serbuan di sembilan buah rumah di flat lima tingkat berkenaan.

“Semua yang ditahan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil dan direman 14 hari untuk siasatan," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) kerana tinggal lebih masa yang dibenarkan dan Seksyen 6(1)9c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) kerana tiada dokumen pengenalan diri.

Pub kena serbu, 11 GRO diberkas


  • Pub kena serbu, 11 GRO diberkasAntara wanita warga asing yang ditahan dalam operasi kelmarin.

PETALING JAYA – Seramai 11 wanita warga asing yang dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan sepasukan anggota unit maksiat, Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman dalam serbuan di sebuah pub di Kelana Jaya, di sini, kelmarin.

Operasi itu diketuai Inspektor Muhammad Mohd Jais berjaya memberkas tujuh warga Filipina dan empat warga Thailand yang dipercayai bekerja sebagai GRO.

Muhammad berkata, pihaknya melakukan risikan hasil aduan laporan orang awam, sebelum menyerbu premis berkenaan, kira-kira jam 11.45 malam.

“Kita mendapati premis berkenaan berkonsepkan pusat pub terbuka dan tidak mempunyai bilik. Ketika serbuan kesemua GRO itu sedang asyik melayan 20 pelanggan,” katanya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan juga mendapati premis itu mempunyai lesen hiburan.

“Kita turut menahan seorang lelaki warga Myanmar yang dipercayai pengurus premis itu, kita turut merampas buku daftar pekerja GRO bagi membantu siasatan,” katanya.

Kesemua yang ditahan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk tindakan lanjut.

11 wanita warga asing disiasat mengikut Seksyen 39(b) Peraturan Imigresen, manakala lelaki warga Myanmar itu pula disiasat di bawah Seksyen 55B Akta Imegresen.

Pemuda tak sempat ke rumah ibu


  • Pemuda tak sempat ke rumah ibuPertembungan kuat dari arah bertentangan menyebabkan mangsa parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

JENGKA - Adik kepada ipar Adun Jengka, Datuk Wan Salman Wan Ismail maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 47.5 Jalan Temerloh-Bandar Jengka dekat Felda Jengka 14, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu, mangsa, Mohd Helmie Che Hamid, 26, baharu mendirikan rumah tangga pada tahun lepas dan belum dikurniakan cahaya mata meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Ibu mangsa, Nik Jah Daud, 64, berkata, mangsa yang menetap di Kampung Senggora, Maran memandu sendirian kerana isteri bekerja dan dalam perjalanan menziarahinya di Felda Jengka 15.

Menurutnya, sehari sebelum kejadian (kelmarin), dia bersama suami terlebih dahulu ke Kampung Senggora bagi menziarahi mangsa dan isteri serta bermalam di sana.

“Kelmarin mak cik dan suami ke rumah mereka dan pulang ke Jengka 15 pada jam 10 pagi tadi (semalam).

“Bila sampai di rumah, arwah telefon mak cik dan beritahu dia pula mahu ke Jengka 15 dengan alasan hanya sekadar membalas ziarah.

“Mak cik tidak sangka pagi tadi menjadi pertemuan terakhir kami dan kami sekeluarga reda dengan ketentuan Ilahi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Maran, Pemangku Deputi Superintendan Sulaiman A Hamid berkata, mangsa yang memandu kereta jenis Proton Wira seorang diri dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan di hadapan.

Menurutnya, namun kegagalan memotong menyebabkan kereta tersebut bertembung dengan sebuah pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton yang dinaiki lima beranak di laluan bertentangan.

“Tempat kejadian merupakan jalan lurus dua hala dengan garisan tengah putus-putus selain cuaca baik.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Jengka untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga.

“Lima beranak dalam Triton dalam perjalanan dari Felda Jengka 16 ke Bandar Jengka tidak mengalami kecederaan serius,” katanya.

Berang ditegur lambat cuci pinggan


WARTAWAN SINAR HARIAN
22 Mei 2014

KUALA TERENGGANU - Gara-gara gagal menahan marah setelah ditegur lambat mencuci pinggan, seorang pekerja restoran dijatuhkan hukuman penjara selama enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam setelah bertindak menyerang dan mencederakan mangsa.

Khairul Rizzuan Mohamad, 23 yang beralamat di Kampung Bukit Sungai Tong, Permaisuri, Setiu berdepan dua pertuduhan dan didakwa mencederakan pembantu tukang masak, Zailani Mamat, 32, menggunakan sebilah lawi ayam jam 1 pagi pada 17 Mei lalu.

Dalam pertuduhan pertama, dia dihukum penjara enam bulan setelah mengaku bersalah dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas mangsa menggunakan sebilah lawi ayam.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum di bawah Seksyen 324 kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 3 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Sementara itu, bagi pertuduhan kedua, dia dijatuhkan hukuman penjara enam bulan setelah mengaku bersalah memiliki senjata berjadual di tempat awam iaitu sebilah lawi ayam yang boleh dihukum di bawah Seksyen 7 (1) (a) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara sehingga 2 tahun atau denda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-duanya.

Bagaimanapun, Majistret Noradila Ab Latif mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara serentak selama enam bulan bagi kedua-dua pertuduhan.

Berdasarkan fakta kes, pada 17 Mei 2014, jam 1.10 pagi, pihak polis telah menerima panggilan dari seorang lelaki Melayu memaklumkan satu pergaduhan telah berlaku di restoran itu dan meminta pihak polis segera datang ke lokasi kejadian.

Sepasukan anggota polis daripada bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang tiba di lokasi kejadian dan telah menahan tertuduh serta turut merampas senjata yang digunakan.

Hasil siasatan mendapati pergaduhan berlaku setelah mangsa yang bekerja sebagai pembantu tukang masak menegur tertuduh kerana lambat mencuci pinggan menyebabkan kehabisan mangkuk.

Mangsa juga menegur tertuduh kerana menunjukkan sikap biadab ketika menghantar mangkuk ke tempat memasak, dengan menghempas mangkuk dan mencabar mangsa.

Mangsa yang terkejut dengan perlakuan tertuduh itu hanya menegur tertuduh supaya tidak berbuat demikian kerana ketika itu terdapat ramai pelanggan.

Selepas selesai mengemas kedai, mangsa bertanya semula kepada tertuduh berkaitan perbuatannya itu menyebabkan berlaku pertengkaran dan tertuduh telah menyerang menggunakan sebilah lawi ayam sehingga mencederakan mangsa.

Pendakwaan kes itu dijalankan Inspektor Miky Dustan Muda.

Rogol kekasih berulang kali


  • Rogol kekasih berulang kaliTertuduh ketika dibawa keluar dari mahkamah sesyen, semalam setelah mengaku bersalah merogol kekasihnya berulang kali pada pertengahan Jun sehingga pertengahan September tahun lalu.

KUALA TERENGGANU - Mahkamah sesyen di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan empat sebatan terhadap seorang buruh setelah mengaku bersalah merogol kekasihnya berulang kali sejak pertengahan Jun hingga pertengahan September tahun lalu.

Mohd Azuan Mohd Nordin, 20, yang beralamat di Dungun mengaku bersalah di hadapan Hakim Mohd Azhar Othman sebaik pertuduhan dibacakan ke atasnya, semalam.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh yang ketika itu berusia 19 tahun didakwa merogol kekasihnya yang ketika itu berusia 15 tahun 3 bulan pada pertengahan Jun 2013 jam 12 tengah malam di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Tok Kah, Dungun.

Bagi pertuduhan kedua, dia sekali lagi didakwa melakukan perbuatan sama di lokasi yang sama pada pertengahan September 2013, jam 12 tengah malam.

Mangsa sebelum ini mengadu telah dirogol berulang kali di kediaman tertuduh, mangsa turut menerima ancaman daripada tertuduh sekiranya enggan melakukan hubungan dengannya, dia akan mengamuk di hadapan rumah datuk mangsa.

Mangsa kemudiannya membuat laporan polis pada 17 Oktober tahun lalu dan tertuduh ditahan jam 2.20 pagi di kediamannya di Kampung Bahagia, Tok Kah, Dungun pada 7 November 2013.

Mohd Azuan didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Hakim Mohd Azhar memerintahkan tertuduh menjalani hukuman serentak bagi kedua-dua pertuduhan.

Kes berkenaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nur Hafizah Mohd Sokran.

Perompak bersiri dipenjara 10 tahun, 19 sebatan


  • Perompak bersiri dipenjara 10 tahun, 19 sebatanMohammad Hisyamuddin Yunus ketika dibawa keluar dari mahkamah sesyen setelah dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan 19 sebatan.

KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki yang ditahan setelah dikesan melakukan empat siri samun bersenjatakan parang dan pisau rambo di kedai serbaneka dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan 19 sebatan di dua Mahkamah Sesyen berasingan di sini, semalam.

Tertuduh, Mohammad Hisyamuddin Yunus, 20, dari Kampung Seberang Baruh Chabang Tiga, di sini mengaku salah terhadap pertuduhan masing-masing, dua mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan (KK) dan satu mengikut Seksyen 392/397 KK yang dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen 3 Mohd Azhar Othman.

Terdahulu, Mohammad Hisyamuddin dalam rayuannya memohon mahkamah meringankan hukuman atas alasan sudah insaf dan perlu menanggung keluarganya termasuk ibunya yang sudah uzur.

“Saya benar-benar insaf atas kesalahan yang dilakukan, saya sedar tindakan saya ini hanya mensia-siakan usia remaja, saya janji tidak akan mengulangi kesalahan ini lagi,” katanya.

Mengikut pertuduhan pertama, Mohammad Hisyamuddin bersama-sama dengan seorang yang masih bebas didakwa merompak sebuah kedai serbaneka 7-Eleven di bawah jagaan Nurul Hidayu Mat Yazid, 24, dengan mengambil wang tunai RM50 dan pelbagai jenis rokok serta pemetik api bernilai RM548 di Jalan Sultan Ismail, di sini, jam 1.50 pagi pada 11 Mac lalu.

Tertuduh yang bersenjatakan sebilah parang ketika melakukan jenayah itu dijatuhi hukuman lapan tahun penjara dan dua sebat.

Selain itu, tertuduh turut dikenakan hukuman penjara sembilan tahun dan tiga sebatan selepas mengaku salah melakukan rompakan bersenjatakan sebilah pisau rambo di sebuah kedai serbaneka 7-Eleven di bawah jagaan Noor Syuhada Yusof, 23, iaitu wang tunai RM30 dan pelbagai jenis rokok bernilai RM166.50 di Kampung Kubang Jela, di sini, jam 4.20 pagi pada 13 April lalu.

Bagi pertuduhan ketiga, Mohammad Hisyamuddin yang didakwa bersama-sama dengan seorang yang masih bebas melakukan rompakan berkumpulan bersenjatakan sebilah pisau rambo apabila melarikan wang tunai RM47 dan pelbagai jenis rokok bernilai RM660 di bawah jagaan Muhammad Amir Izzat Mahadi, 20, di kedai 7-Eleven Pekan Batu Enam, jam 3 pagi 22 April lalu.

Bagaimanapun, Mohd Azhar memerintahkan hukuman penjara berjalan serentak. Bagi kesemua pertuduhan itu, tertuduh dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan sembilan sebatan.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Siti Nur Hafizah Mohd Sokran manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Hakim Mahkamah Sesyen 1 Murtazadi Amran menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan terhadap Mohammad Hisyamuddin selepas dia mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 395/397 KK kerana melakukan rompakan berkumpulan menggunakan senjata.

Tertuduh didakwa bersama-sama dengan seorang lagi yang masih bebas merompak harta milik Wan Drahaman Hamid, 62, iaitu wang tunai sebanyak RM915 dan pelbagai jenis rokok dengan membawa sebilah pisau di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), jam 4 pagi pada 14 April lalu.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Zulfazliah Mahmud.

Diberkas ketika leka mencuri


  • Diberkas ketika leka mencuriSuspek cedera ketika bergelut dengan penduduk sebelum diserahkan kepada polis.

BESUT - Hasrat dua lelaki untuk mencuri buah daripada sebatang pokok kelapa di kawasan sawah Kampung Kayu Kelat dekat Jertih, tidak kesampaian apabila seorang daripada mereka diberkas penduduk kampung, kelmarin.

Menurut seorang penduduk kampung enggan dikenali, kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu disedari seorang pemandu traktor yang sedang melakukan kerja membajak di kawasan berhampiran kawasan berkenaan.

Katanya, pemandu itu mendapati terdapat dua lelaki dalam keadaan mencurigakan sedang mengambil kelapa dan mereka bukan pemilik pokok kelapa berkenaan.

“Pemandu traktor itu terus menghubungi pemilik pokok berkenaan yang kemudiannya bergegas ke tempat kejadian bersama penduduk kampung.

“Setibanya di situ, mereka mendapati seorang suspek berada di bawah, manakala seorang lagi masih berada di atas pokok kelapa setinggi kira-kira lima meter, bersama sebuah kereta Proton Saga berisi buah kelapa di bahagian but,” katanya.

Sanggup terjun dari pokok

Menurutnya, penduduk berjaya memberkas lelaki yang berada di bawah pokok berkenaan, namun ikatan di tangannya terputus menyebabkan suspek dapat melarikan diri melalui sawah ke arah Kampung Gong Duek.

Katanya, seorang lagi suspek terjun daripada pokok kelapa dengan meninggalkan kereta dan melarikan diri sambil dikejar penduduk kampung.

“Suspek diberkas kira-kira 800 meter dari tempat kejadian selepas bergelut dengan orang ramai yang cuba memberkasnya, menyebabkan suspek mengalami kecederaan sebelum diserahkan kepada polis.

“Walaupun rakannya melarikan diri, tetapi orang ramai mengenalinya yang tinggal di Kampung Gong Duek, beberapa kilometer dari kampung ini (Kampung Kayu Kelat),” katanya.

Suspek positif dadah

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan, suspek berusia 43 tahun dan beralamat di Kampung Pak Wong, Jertih itu diserahkan penduduk kampung setelah dipercayai mencuri kelapa di kawasan sawah padi di Kampung Kayu Kelat.

Kata beliau, suspek ditahan orang ramai di kawasan Masjid Gong Tanah Merah dekat kampung berkenaan, kira-kira jam 3 petang sebelum diserahkan kepada polis.

“Saringan air kencing mendapati, suspek positif dadah morfin. Polis sudah menyita Proton Saga yang dipercayai digunakan untuk mencuri kelapa berkenaan selain sejumlah kelapa di dalam bonet.

"Suspek yang mengalami kecederaan dihantar ke Unit Kecemasan Hospital Besut dan dirawat sebagai pesakit luar. Kes disiasat di bawah Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan.

“Polis juga berterima kasih di atas kerjasama penduduk kampung dalam usaha menangkap suspek," katanya.

Lori tiga tan bawa diesel subsidi dirampas


  • Lori tiga tan bawa diesel subsidi dirampasAlwi menunjukkan paip yang dipasang pada tangki minyak lori yang telah diubahsuai.

KUALA TERENGGANU - Sebuah lori tiga tan dengan muatan 500 liter minyak diesel berjaya dirampas Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Terengganu di sebuah pam minyak Wakaf Tengah, dalam Ops Titik pada jam 9 malam kelmarin.

Timbalan Pengarahnya, Alwi Abdul Hamid berkata, nilai rampasan keseluruhan dianggarkan RM19,000 termasuk sebuah lori.

“Pegawai kita mendapati, lori ini telah masuk ke lima stesen minyak untuk mengisi minyak diesel bersubsidi dan ketika sedang mengisi minyak di stesen minyak Wakaf Tengah, serbuan dilakukan dan mendapati lelaki berusia 29 tahun beralamat di Melaka melakukan kesalahan,” katanya.
Alwi berkata, lori yang telah diubahsuai itu mampu memuatkan 5,000 liter minyak diesel yang dipercayai dijual kepada industri dan kes disiasat di bawah Seksyen 21, Akta Kawalan Bekalan 1961.

516 tong LPG dirampas


  • 516 tong LPG dirampasRosli (kanan) melihat tong gas cecair yang dirampas di sebuah kilang di kawasan perindustrian.

GUA MUSANG - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan menyita sebuah kilang dan merampas 516 tong gas cecair petroleum (LPG) kerana menyimpan untuk dijual secara haram, petang kelmarin.

Tindakan itu diambil apabila 10 anggota penguatkuasa KPDNKK yang diketuai Ketua Cawangan Kuala Krai, Rosli Ismail membuat serbuan ke kilang terbabit yang terletak di kawasan Perindustrian, dekat sini, kira-kira jam 3 petang.

Rosli berkata, kilang terbabit yang menyimpan 516 tong gas cecair LPG bersubsidi bernilai RM36,839 tidak mempunyai lesen dan intipan ke atas kilang berkenaan dibuat sejak sebulan lalu.

Menurutnya, semasa serbuan hanya isteri pemilik kilang terbabit berusia 37 tahun berada di situ dan merayu supaya tidak menyita serta merampas tong gas cecair terbabit.

“Kita diamanah menjalankan tugas untuk membasmi segala penyelewengan dan tidak akan terima segala rayuan untuk dibebaskan kerana mereka yang melakukan kesalahan itu tidak memikirkan risiko masa depannya.

“Perkara itu bukan masalah baru, tetapi pasangan suami isteri yang menjalankan kegiatan berkenaan sejak lebih setahun lalu dan telah banyak mengaut keuntungan daripada perniagaan yang tidak sah dari segi undang-undang,” katanya.

Menurut Rosli, hasil daripada siasatan yang dilakukan, peniaga terbabit  tidak mempunyai sebarang lesen atau kebenaran daripada pegawai untuk menyimpan dan menjual kepada pelanggan sekitar daerah berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya telah berulang kali menasihatkan peniaga supaya tidak melakukan kesalahan dari segi undang-undang untuk menjalankan perniagaan yang dianggap menipu kerajaan dan pengguna.

“Setiap tong gas cecair itu mempunyai timbangan berat antara 12 dan 14 kilogram dan kita akan terus mengesan jika ada lagi peniaga menjalankan aktiviti seperti itu untuk diambil tindakan,”katanya.

Kes itu disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan jika disabitkan kesalahan akan didenda RM100,000 atau tiga tahun penjara.

Polis dituduh pukul orang awam


  • Polis dituduh pukul orang awamTertuduh dibawa keluar dari mahkamah, semalam

KOTA BHARU - Seorang anggota polis berpangkat lans koperal dihadapkan ke mahkamah majistret, di sini, semalam, atas tuduhan mencederakan seorang lelaki dengan kayu, enam tahun lalu.

Lans Koperal Fakrul Azam Ab Alim@Musthapa, 26, didakwa dengan niat mencederakan Mohd Zulfadhli Razali, 28, di alamat Kampung Pasir Kasar Sering, di sini, pada jam 6.15 petang, 15 Disember lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara yang boleh sampai tiga tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu.

Pada prosiding semalam, tertuduh mengaku tidak bersalah. Majistret, Nik Habri Muhamad kemudian menetapkan sebutan semula pada 18 Jun depan.

Sementara menunggu sebutan semula, dia dibenarkan diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad. Sebutan semula ditetapkan bagi pengurusan kes.

Dua kebakaran selang 10 minit


  • Dua kebakaran selang 10 minitRosli melihat kesan kebakaran yang memusnahkan rumah kedai yang menempatkan tempat kediaman dan kedai makan miliknya di Tanah Merah, semalam.

TANAH MERAH - Sebuah rumah kediaman dan sebuah rumah kedai musnah dalam dua kebakaran berasingan yang berlaku selang 10 minit di sini, petang kelmarin.

Pada kejadian pertama kira-kira jam 6.20 petang, sebuah keluarga enam beranak tinggal sehelai sepinggang apabila rumah yang didiami mereka sejak 22 tahun lalu terbakar di Kampung Alor Pasir, dekat sini.

Mangsa, Fakarina Yusoff, 38, berkata, kejadian berlaku ketika dia berada di rumah emaknya di Kampung Bukit Kechik, manakala suaminya, Che Saupi Che Noh, 46, berada di tempat kerja.

Menurutnya, rumah pusaka itu didiaminya bersama suami dan tiga anak mereka yang berusia 7, 14 dan 16 tahun, manakala seorang lagi anaknya sudah berumah tangga dan bekerja di ibu negara.

“Saya hanya tahu mengenai kejadian apabila diberitahu seorang anak saya dan apabila sampai di rumah, semuanya sudah hangus,” katanya ketika ditemui di Kampung Alor Pasir, semalam.

Menurut Fakarina, selain peralatan rumah dan sebuah motosikal, buku sekolah serta dokumen penting anaknya seperti surat lahir dan kad pengenalan turut musnah dalam kebakaran itu.

“Buat masa sekarang, kami sekeluarga menumpang di rumah seorang saudara,” katanya yang mempunyai tiga anak perempuan dan seorang anak lelaki berusia antara 7 dan 21 tahun.

Nasib sama menimpa sebuah lagi keluarga lima beranak yang hilang tempat berteduh apabila rumah kedai didiami mereka di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Tanah Merah 1, dekat sini, terbakar.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang, keluarga itu dianggarkan mengalami kerugian kira-kira RM50,000 selepas tempat kediaman dan kedai makan mereka musnah dijilat api.

Mangsa, Rosli Ismail, 42, yang mengusahakan kedai kimpalan berkata, kejadian berlaku ketika dia dalam perjalanan ke rumah pelanggan apabila dimaklumkan seorang anaknya mengenai kejadian itu.

Katanya, apabila sampai, rumah yang menjadi tempat dia sekeluarga berteduh dan isterinya berniaga mee celup sejak 11 tahun lalu sedang marak dijilat api.

“Waktu kejadian, seorang anak saya, Rais Rafi, 19, sedang tidur, manakala isteri saya, Salma Mat Yusoff, 42, berada di rumah seorang kawannya.

“Anak saya hanya sedar apabila terasa bahang panas dan bila lihat asap tebal dan api marak, dia terus berlari keluar tanpa sempat selamatkan apa-apa barang,” katanya.

Tambahnya, buat sementara waktu, seorang pemilik kedai makan berdekatan yang kosong membenarkan dia sekeluarga menumpang di premis itu.

Ketua Balai, Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Penolong Penguasa Bomba, Hanaffi Mohd pula berkata, panggilan kecemasan kebakaran rumah di Kampung Alor Pasir diterima pada jam 6.21 petang.

“Seramai enam anggota dikejarkan ke tempat kejadian dan apabila kami sampai di lokasi pada jam 6.38, kira-kira 90 peratus rumah itu sudah terbakar,” katanya.

Menurutnya, bagi kejadian di hadapan SK Tanah Merah 1, panggilan kecemasan diterima pada jam 6.35 petang dan bantuan Balai Bomba dan Penyelamat Machang terpaksa diminta bagi membantu memadam kebakaran.

“Dalam kejadian di hadapan SK Tanah Merah 1, tindakan pantas bomba berjaya mengawal api daripada merebak ke kedai motosikal bersebelahan.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kedua-dua kejadian, manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian bagi dua kes ini masih dalam siasatan,” katanya.

Ibu Dyana bekas ahli Perkasa

WARTAWAN SINAR HARIAN
PRK Teluk Intan
PRK Teluk Intan
22 Mei 2014
 SHAH ALAM - Timbalan Presiden Perkasa, Datuk Abdul Rahman Bakar mengesahkan bahawa Yammy Samad, ibu kepada calon DAP PRK Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud sebagai bekas ahli Perkasa.

Menurutnya, Yammy merupakan antara ahli terawal yang menyertai pertubuhan itu.

“Beliau pada ketika itu dilantik sebagai ketua Wiranita tetapi hanya memegang jawatan tersebut selama lima bulan.

“Beliau berhenti kerana tidak dapat memberikan komitmen kepada pertubuhan berikutan beliau tinggal di Perak,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Media sebelum ini melaporkan Yammy merupakan ahli pertubuhan tersebut tetapi dinafikan oleh Dyana.

Dua serangan bom gegar Nigeria

Dua serangan bom gegar Nigeria
Bomba cuba mengawal kebakaran di sekitar kawasan terminal bas di Jos, kelmarin. Foto: AFP
22 Mei 2014  ABUJA - NIGERIA. Sekurang-kurangnya 118 maut dalam serangan bom berkembar menyasarkan terminal bas di tengah Nigeria, menurut pihak berkuasa, kelmarin.

Penyelaras Agensi Pengurusan Kecemasan Kebangsaan (Nema), Mohammed Abdulsalam memaklumkan, seramai 56 orang awam cedera dalam insiden menggemparkan di bandar Jos di Plateau .

"Jumlah kematian mungkin meningkat. Letupan kuat itu turut menyebabkan bangunan di kawasan berhampiran runtuh dan terbakar," katanya pada AFP.

Letupan pertama di New Abuja Market dipercayai berlaku dari sebuah trak pada jam 3 petang (waktu tempatan) disusuli serangan kedua kira-kira 20 minit kemudian ketika bomba tiba di lokasi kejadian.

Sementara itu, Presiden Nigeria Goodluck Jonathan mengutuk keras  insiden pengeboman tersebut dan menyifatkannya sebagai serangan tragik ke atas kebebasan manusia.

Sehingga kini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan itu walaupun pihak berkuasa mendakwa ia didalangi kumpulan militan.