Bintulu: Seorang kontraktor maut ditikam menggunakan senjata tajam dalam kejadian samun bersenjata di sebuah kediaman banglo dua tingkat di Taman Perumahan MLNG Jalan Tanjung Kidurong, malam tadi.
Dalam kejadian 10.30 malam itu,mangsa hanya dikenali sebagai Lau,48, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Bintulu untuk menerima rawatan selepas mengalami kecederaan dada kanan akibat ditikam dengan senjata tajam dipercayai pisau.
Ketika kejadian,mangsa berada di tingkat atas kediaman sebelum bergegas turun ke tingkat bawah apabila mendengar isterinya berusia 45 tahun menjerit meminta tolong selepas isterinya bergelut dengan salah seorang daripada enam lelaki menutup muka dengan kain.
Pergelutan itu turut menyebabkan isteri mangsa, seorang guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hua 2 di sini cedera di kepala dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital sama.
Pergelutan itu turut menyebabkan isteri mangsa, seorang guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hua 2 di sini cedera di kepala dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital sama.

Difahamkan,kejadian berlaku ketika isteri mangsa sedang membuka pagar kediaman sebaik pulang dari bermain bola tampar sebelum tiba- tiba diserbu enam lelaki bersenjata yang kemudiannya bertindak merampas beg tangan wanita berkenaan.