Search This Blog

Tuesday, May 20, 2014

Bas terbakar, 31 budak rentung

Bas terbakar, 31 budak rentung
Pasukan penyelamat dan orang awam membantu mengeluarkan mayat.
20 Mei 2014  BOGOTA - COLOMBIA. Seramai 31 kanak-kanak rentung selepas bas dinaiki terbakar berhampiran bandar Fundacion di utara Colombia, kelmarin.

Jurucakap penyelamat Colombia, Cesar Uruna berkata, sebanyak 25 yang lain termasuk seorang dewasa parah.

"Kebanyakan mangsa dalam keadaan kritikal," katanya menurut laporan AFP.

Kemalangan dipercayai berlaku selepas pemandu bas dikatakan gagal mengendalikan bekas mengandungi petrol yang dibawa di dalam bas sehingga mencetuskan kebakaran.

Difahamkan kanak-kanak terlibat dalam kemalangan terbabit berumur antara setahun dan 8 tahun.

Keadaan mangsa yang tercampak di bahu jalan. T

WARTAWAN SINAR HARIAN
18 Mei 2014Maut bertembung lori bawa getah
 TAMPIN - Seorang penunggang motosikal maut selepas bertembung dengan sebuah lori membawa muatan kayu getah di Kilometer 4, Jalan Air Kuning-Sungai Dua, dekat sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa, Hairul Latiff, 28, maut di tempat kejadian, manakala rakan wanitanya yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri patah tangan kanan dan dikejarkan ke Hospital Jasin.

Menurut jurucakap polis, mangsa yang berasal dari Kampung Paya Mas, Tangkak, Johor itu dipercayai dalam perjalanan ke Pekan Bahau, sebelum motosikalnya bertembung dengan sebuah lori yang sarat dengan muatan getah.

"Mangsa tercampak ke bahu jalan dan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tampin ( HT ) untuk proses bedah siasat.

"Manakala rakan wanitanya patah kaki kanan dan di kejarkan ke Hospital Jasin sebelum di pindahkan ke Hospital Melaka,” katanya, dekat sini, semalam.

Sementara itu, ibu mangsa, Rasidah Md.Yasin, 54, berkata, dia tidak menyangka akan kehilangan anak bongsunya itu.

“Kali terakhir saya berjumpa dengan arwah jam 2 petang kelmarin ketika dia meminta izin untuk ke Pekan Bahau. Saya mengetahui kejadian ini selepas dihubungi pihak polis," katanya.

Ibu bimbang anak belum balik rumah

WARTAWAN SINAR HARIAN
Ibu bimbang anak belum balik rumah
Laporan polis tentang kehilangan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda dan operasi pencarian juga telah dilakukan dengan mengedarkan gambar mangsa
17 Mei 2014
. SUNGAI PETANI - Seorang ibu runsing memikirkan keselamatan anaknya setelah seminggu tidak pulang ke rumah kerana dipercayai mengalami tekanan perasaan.

Rusniza Md Idris, 34, dari Taman Kelisa Ria berkata, anaknya yang dikatakan mengalami gangguan emosi bertindak keluar rumah petang 9 Mei lalu setelah dimarahi olehnya.

“Saya terkejut apabila anak kembar saya memberitahu Nazatul Syahirah, 13, memberi kebenaran adiknya yang masih bersekolah rendah menunggang motosikal ketika disuruh membuang sampah tidak jauh dari rumah.

“Sebaik sahaja mereka sampai di rumah, saya memarahi kedua-duanya dengan harapan perkara itu dijadikan pengajaran dan tidak diulangi lagi kerana bimbang sekiranya berlaku kemalangan atau kejadian yang lebih teruk,” katanya.

Rusniza berkata, Nazatul yang merupakan anak sulung dari empat beradik adalah seorang yang sensitif, pendiam dan dilihat cukup tertekan sebaik sahaja kedua ibu dan bapanya berpisah setahun lalu.

“Selepas dimarahi, dia merajuk dan ada di luar, saya ingat dia hanya ada berdekatan sahaja tetapi tidak sangka sehingga malam masih belum pulang,” katanya.

Rusniza berkata, dia bimbang dalam keadaan emosi yang tidak stabil, dia terdedah dengan anasir luar atau sedang dalam kesusahan serta tidak dapat pulang ke rumah.

Katanya, rakan dan jiran ada ternampak Nazatul dekat kawasan perumahan itu, berdekatan pondok polis dan lokasi terakhir ditemui dekat kawasan Amanjaya sedang berjalan kaki seorang diri.

“Saya terus ke lokasi dimaksudkan, tetapi belum menemui sebarang hasil,” katanya.

Rusniza berkata, ketika keluar rumah anaknya memakai baju-T warna putih lengan panjang, berseluar panjang hitam serta tudung bawal berwarna biru-pink-ungu.

“Saya memohon dan merayu orang ramai yang ternampak Nazatul dapat memberi kerjasama supaya menghubungi saya dengan segera,” katanya.

Talian juga boleh dibuat ke balai polis berhampiran atau menghubunginya di talian 019-5691315 dan 016-4821433.

Nyaris maut langgar lampu isyarat

WARTAWAN SINAR HARIAN
Nyaris maut langgar lampu isyarat
Mangsa dikelilingi anggota polis ketika menunggu ambulans.
18 Mei 2014
 LUNAS - Seorang lelaki berusia 20-an nyaris maut apabila motosikal jenis Modenas Dinamik ditunggangnya bergesel dengan sebuah motosikal lain di lampu isyarat Kilometer 21.6 kira-kira jam 1.40 pagi semalam.

Saksi, Mohd Amin Rahman berkata, mangsa bersama beberapa penunggang lain dipercayai berlumba sesama sendiri dari arah tol Butterworth Kulim Express (BKE).

Menurutnya, apabila tiba di tempat kejadian, lampu isyarat laluannya bertukar kepada merah bagaimanapun mangsa bersama beberapa penunggang lain enggan berhenti.

"Dalam masa sama lampu isyarat dari arah Taman Kuchai menghala Sungai Seluang Atas bertukar hijau mengakibatkan semua kenderaan termasuk sepasukan anggota polis yang sedang membuat rondaan cegah jenayah melintasi jalan itu.
"Akibat terlalu laju, mangsa gagal membrek motosikalnya sebelum merempuh salah sebuah motosikal ditunggangi anggota polis," katanya.

Katanya, motosikal mangsa mengalami kerosakan di bahagian hadapan dan dia dikejarkan ke unit kecemasan Hospital Kulim untuk rawatan.

“Mujur saya tidak berada di barisan hadapan ketika berhenti di lampu isyarat.

"Kalau tidak, sudah tentu kaki ini bakal menjadi mangsa,” katanya

Anggota polis maut kemalangan kereta dihempap lori


WARTAWAN SINAR HARIAN
18 Mei 2014

Anggota polis maut kemalangan Kereta dihempap lori
 Anggota polis dan bomba menutup mayat mangsa setelah dikeluarkan daripada kenderaan yang remuk.
Anggota polis maut kemalangan Kereta dihempap lori
Keadaan kereta yang dinaiki mangsa remuk teruk akibat kemalangan tersebut.
BATANG KALI - “Brek tak makan... Lori pakai angin semua, apa pun kita tak boleh buat. Mahu gunakan gear pun tak boleh (untuk perlahankan lori),” kata pemandu lori yang terbabit kemalangan maut di Kilometer 18.5 Jalan Genting Highland-Batang Kali, Azman Ahmad, 45, petang kelmarin.

Menurut Azman, kegagalan fungsi brek menyebabkan lori dipandunya terbabas dan terbalik merintangi jalan sekali gus menghempap sebuah kereta dinaiki dua anggota polis bantuan dan seorang penunggang motosikal yang juga polis bantuan Genting Highlands.

Kemalangan kira-kira jam 5 petang itu mengakibatkan seorang anggota polis maut manakala dua lagi parah.

Azman berkata, ketika kejadian dia bersama dua kelindan membawa muatan dua motosikal dalam perjalanan daripada Pahang ke Pulau Pinang. Mereka terbabit dalam kemalangan itu ketika menuruni bukit, manakala tiga mangsa lain dalam perjalanan ke Genting Highlands.

“Kami bertolak semalam (kelmarin) daripada Pahang nak ke Pulau Pinang tapi hanya ada dua motosikal dibawa balik ke kilang sebab selebihnya dah dipunggah.

“Kemalangan ni berlaku sebab masalah brek lah. Angin kosong. Enam tahun bawa lori, ini kali pertama kemalangan,” katanya yang mengalami luka kecil di kepala.

Sementara itu, Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Md Razi Hassan berkata, pihak bomba mengambil masa lebih kurang 25 minit mengeluarkan mangsa tersepit.

“Sebaik sampai di tempat kejadian, kita dapati ada dua mangsa tersepit di bawah kepala lori. Kita cuba angkat kepala lori menggunakan beg udara. Kemudian kita arahkan kereta penunda tarik keluar kereta yang dihempap perlahan-lahan.

“Selepas keluarkan kereta dan keadaan selamat baru kita buat pembukaan pada kereta mangsa. Buat pemotongan mengikut peringkat, angkat bumbung kereta sebelum keluarkan mangsa,” katanya sambil memberitahu operasi menyelamat itu di bantu anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands dan Bomba Bantuan Genting Highlands.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Shukri Yaacob berkata, kemalangan tersebut melibatkan sebuah lori yang datang dari arah Genting Highland menghala ke Batang Kali dan ia berlaku di laluan berselekoh menuruni bukit.

“Dipercayai secara tiba-tiba lori terbabit terbabas dan masuk ke laluan bertentangan sebelum terbalik melintang jalan. Kepala lori telah menghempap bumbung kereta dinaiki dua anggota polis bantuan Genting Highlands. Dalam masa sama, dipercayai lori terbabit bergesel dengan sebuah motosikal yang dinaiki polis bantuan Genting Highlands,” katanya.

Menurut beliau, pemandu dan penumpang kereta terbabit tersepit. Bagaimanapun, penumpangnya maut di tempat kejadian sementara pemandunya parah.

Katanya, penunggang motosikal terlibat juga cedera parah dalam kejadian itu.

"Kedua-dua mangsa  yang cedera parah telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur.

"Mangsa yang maut dikenali sebagai Muhamad Atif Zulkifley, 20, dan dua mangsa parah, Mohamad Sazwan Abd Rahman (penumpang kereta) dan Nik Muhamad Faizal (penunggang motosikal).

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jala 1987,” katanya.

Padah cuba rasuah RM92

MOHD FIRDAUS YON
Padah cuba rasuah RM92
Khosa (kanan) dibawa keluar dari kamar mahkamah selepas hukuman dijatuhkan semalam.
19 Mei 2014
 JOHOR BAHRU - Seorang pelancong warganegara India dihukum denda RM4,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, selepas mengaku bersalah cuba memberi rasuah RM92 kepada anggota polis, 6 Mei lalu.

Khosa Lakhwinder Singh, 23, yang memasuki negara ini secara sah sejak 28 April lalu, membuat pengakuan berkenaan di hadapan Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya dalam bahasa punjabi oleh jurubahasa.

Tertuduh berdepan hukuman penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda yang dikenakan ke atasnya.

Khosa dituduh memberi suapan wang tunai RM92 kepada Lans Koperal Mohd Shamsul Baari Hasris dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kulaijaya pada jam kira-kira 11.45 malam di Lebuhraya Senai, dekat sini.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 214 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 21 bulan atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, Khosa memberi suapan kepada anggota berkenaan sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadap rakannya, Mandeep Singh yang disyaki menyamar menggunakan nama orang lain.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ridzuan Abd Malik, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Ridzuan dalam penghujahannya memohon mahkamah mengenakan hukuman berat terhadap tertuduh sebagai pengajaran supaya menghormati undang-undang negara ini.

Bagaimanapun, Mohamad Haldar kemudiannya memerintahkan tertuduh didenda RM4,000.

Penyamun bogelkan mangsa

SITI SHAHROSAMIRAH SHAHARMAN
Penyamun bogelkan mangsa
Isteri Kim Lye memeriksa barangan miliknya yang digeledah penjenayah. 
19 Mei 2014
BANDARAYA MELAKA - Bagi mengelakkan kegiatan jenayah samun mereka dilaporkan polis, sekumpulan lebih empat lelaki sanggup membogelkan mangsa lalu merakam gambar dan mengugut untuk menyebarkannya sebelum melarikan hasil samun bernilai lebih RM76,000.

Modes operandi itu digunakan sekumpulan penjenayah bertopeng dan bersenjatakan parang yang melakukan samun dipercayai di tiga buah rumah dalam tempoh kurang tiga jam di Bukit Katil, Klebang dan Kurbong, Khamis lalu.

Dalam kejadian di tiga lokasi, penjenayah berkenaan turut  mengakibatkan seorang daripada mangsa, warga emas yang menghidap sakit buah pinggang, terpaksa berputih mata apabila wang tunai RM12,000 disimpan untuk menjalani rawatan di sebuah hospital swasta di negeri ini lesap dilarikan penjenayah.

Menurut sumber dalam kejadian pertama kira-kira jam 6.30 pagi di Taman Merak Mas, Bukit Katil, mangsa, Bong Kim Lye 68, dan isterinya, 70, keluar menjual sayur di pasar di Bukit Baru sebelum rumah mereka dimasuki tiga penjenayah.

“Penjenayah mengikat adik ipar mangsa berusia 63 tahun dan cucu lelakinya, 23, sebelum membogel dan merakam gambarnya.

“Mereka menggeledah rumah mangsa kira-kira 40 minit sebelum melarikan diri bersama wang tunai RM12,000 dan barangan kemas di dalam rumah berkenaan,” katanya.

Sumber berkata, kira-kira jam 7.15 pagi, ahli kumpulan sama menyamun sebuah lagi rumah milik seorang ahli perniagaan di Taman Tay Boon Seng, Klebang mengakibatkan mangsa kerugian kira-kira RM22,000.

“Dalam kejadian itu, mangsa, 43, yang baru pulang dari luar negara, tidur di dalam bilik, manakala isterinya menghantar anak ke sekolah.

“Empat penjenayah itu bertindak membogelkan mangsa sebelum mengurungnya bersama pembantu rumah, 56, di dalam bilik air,” katanya.

Menurutnya, dalam kejadian ketiga, kira-kira jam 8.30 pagi, dipercayai kumpulan sama turut melakukan samun di sebuah rumah milik seorang lagi ahli perniagaan yang memiliki premis menjual telefon bimbit di Taman Krubong Perdana, Krubong.

“Ketika kejadian mangsa berusia 32 tahun sedang tidur dan isterinya, 31, pula mandi, manakala ibunya berusia lingkungan 60-an bersarapan sebelum penjenayah dipercayai masuk selepas ibu mangsa tertinggal kunci di pintu gerigi besi ketika membersihkan laman rumah.

“Ahli perniagaan itu turut dibogel dan dirakam gambarnya sebelum ketiga-tiga mangsa dikurung di dalam sebuah bilik. Mereka melarikan barang kemas, beberapa jam tangan, telefon bimbit dan wang tunai bernilai RM42,000,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah ketika dihubungi mengesahkan mengenai laporan berhubung ketiga-tiga kejadian berkenaan.

“Dipercayai jenayah itu dilakukan ahli kumpulan sama yang berpecah dua kerana penjenayah menggunakan modus operandi sama dengan membogelkan dan merakam gambar mangsa selain bertopeng dan bersenjatakan parang.

“Sehingga kini, kita masih mengesan suspek yang dipercayai adalah warga tempatan berbangsa Cina berdasarkan dialek Mandarin yang didengari mangsa kejadian,” katanya.

Raja Shahrom berkata, polis masih lagi mengesan kumpulan tersebut dan disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Ibu maut selepas rai konvokesyen anak

Ibu maut selepas rai konvokesyen anak
Mangsa yang tersepit meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.
WARTAWAN SINAR HARIAN
19 Mei 2012
JENGKA - Kunjungan seorang ibu meraikan kejayaan anak perempuan yang menamatkan pengajian pada majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pahang di Jengka semalam, menjadi pertemuan terakhir mereka apabila wanita tersebut maut dalam perjalanan pulang.

Kejadian kira-kira jam 1.30 petang di Kilometer 36.1 Jalan Temerloh-Bandar Jengka dekat Felda Jengka 17 itu membabitkan dua kenderaan yang bertembung secara bertentangan.

Ketua Polis Daerah Maran, Pemangku Deputi Superintendan Sulaiman A Hamid berkata, selepas tamat majlis di UiTM Jengka, mangsa pulang ke Kajang dengan sebuah kereta yang dipandu anak lelaki.

Menurutnya, setiba di tempat kejadian, kereta jenis Proton Iswara yang dinaiki dua beranak itu dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan di hadapan.

“Kegagalan untuk memotong di laluan garisan berkembar itu menyebabkan Iswara tersebut bertembung dengan sebuah kenderaan jenis MPV Livina di laluan bertentangan.

“Mangsa, Samiah Ahmad, 62, yang berada di tempat duduk penumpang hadapan tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

“Pemandu cedera di bahagian muka dan dirawat di Hospital Jengka,” katanya.

Sulaiman berkata, empat beranak termasuk seorang kanak-kanak perempuan lapan tahun yang berada dalam MPV Livina itu tidak mengalami kecederaan.

Dalang serangan bom di Narathiwat diberkas

Dalang serangan bom di Narathiwat diberkas
Landasan kereta api dijangka beroperasi 31 Mei ini dan perkhidmatan kereta api disambung semula pada 1 Jun.  
19 Mei 2014 NARATHIWAT - THAILAND . Empat suspek mempunyai kaitan dengan insiden pengeboman dua landasan kereta api di selatan Thailand diberkas, semalam.

Panglima Tentera Kolonel Rungroj Ananto berkata, kesemua mereka ditahan di rumah masing-masing di daerah Tanyonglimo dalam operasi bersepadu.

“Kami menemui bahan peledak. Kami percaya, mereka mempunyai kaitan dengan pengeboman di Rangae dan Sungai Golok, Rabu lalu,” katanya.

Dalam perkembangan berasingan, seorang pengawal kampung cedera parah apabila ditembak oleh individu tidak dikenali di daerah Muang, Yala awal pagi semalam.

Polis tempatan Somchai Makchuay berkata, mangsa Mayako Paji, 37, diserang ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya oleh lelaki bermotosikal.

“Mangsa dipukul dan dapat meloloskan diri sebelum dibawa ke Hospital Yala,” katanya, dipetik dari laporan Bangkok Post.

Seorang tentera maut, 12 cedera di Selatan Thai


19 Mei 2014


PATTANI/NARATHIWAT - THAILAND. Seorang tentera maut dan 12 orang cedera dalam tiga kejadian letupan bom dan dua kejadian tembak menembak hari ini di Narathiwat dan Pattani, selatan Thailand.

Di Narathiwat, Ketua Polis Wilayah Narathiwat, Pol. Maj. Gen. Pattanawut Angkanavin memberitahu pemberita tiga letupan bom berlaku di wilayah itu yang mencederakan sembilan orang pegawai keselamatan.

Letupan pertama berlaku pada pukul 8.40 pagi waktu tempatan di Kg Panaem, Daerah Srisakorn, sehari selepas tamat perlumbaan Srisakorn Of Road International Challenge III.

Ketua Polis Daerah Srisakorn, Pol. Col. Pawong Sanukul pula berkata bom buatan sendiri seberat 25 kilogram yang diletak di tepi jalan yang diletupkan dengan menggunakan alat walkie talkie mencederakan seorang anggota tentera.

Bom kedua pula diletupkan pada pukul 9.30 pagi di Kg Banggul Satol yang menyebabkan tiga anggota rela yang mengawal keselamatan jalan raya cedera ringan.

Tiga jam kemudian bom ketiga meletup di tempat yang sama ketika anggota skuad bom sedang menyiasat di tempat kejadian dan ia menyebabkan lima anggota skuad pemusnah bom cedera.

Di Pattani kejadian tembakan ke atas markas tentera di Kg Nat Kamis, Daerah Tunyangdaeng menyebabkan dua orang cedera parah dan seorang anggota tentera cedera ringan.

Kira-kira 100 orang anggota keselamatan yang terdiri daripada pihak tentera, polis gerakan khas dan rela yang dipimpin Lt Jen Valid Rothchanapakdee, Komander Tentera Bahagian 4 mengepong lokasi yang disyaki anggota Gerakan Pembebasan Patani bersembunyi.

Ketika operasi tersebut seorang lagi anggota tentera cedera di tembak dan kemudian meninggal dunia.

Dalam operasi tersebut, dua buah helikopter digunakan untuk mengesan suspek yang bersembunyi. - Bernama

Jatuh dalam periuk sup ayam

WARTAWAN SINAR HARIAN
Jatuh dalam periuk sup ayam
Keadaan Annur Iman yang mengalami kesan lecur pada bahagian anggota badan kanan, muka dan belakang kepala.
20 Mei 2014
Jatuh dalam periuk sup ayam
Radziah memangku Annur Iman yang bergantung kepada ubat sapu dan jeli gamat bagi memulihkan kesan lecur.

SABAK BERNAM – Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun melalui pengalaman mengerikan apabila melecur anggota badan apabila terjatuh dalam periuk di sebuah rumah jirannya, di Parit 11 Sungai Panjang, di sini, 17 Mei lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa, Annur Iman Mohd Nizam, berusia dua tahun ketika itu sedang duduk di kerusi kayu belakang rumah jirannya sebelum dia tiba-tiba terjatuh ke dalam periuk hidangan sup ayam berkenaan.

Ibu mangsa, Radziah Md Zakaria, 34, berkata, semasa kejadian, anaknya itu sedang leka bermain dulang atas meja kerusi terbabit sambil dia menyuapkan makanan kepada anak bongsu daripada empat beradik itu.

“Tiba-tiba anak saya tergolek ke belakang dalam keadaan terlentang dan kemudiannya dia menjerit kesakitan apabila badannya kepanasan selepas terjatuh dalam periuk terbabit,” katanya kepada Sinar Harian.

Radziah berkata, dalam keadaan panik itu, dia terus memegang kedua tangan anaknya keluar daripada periuk dan terus menyiram anggota badan Annur Iman menggunakan paip berhampiran bagi melegakan kesakitan yang dialami.

“Saya dapati terdapat kesan lecur pada bahagian kanan iaitu pada badan; tangan dan kepala serta sedikit kesan yang sama pada tangan kiri dan di bahagian belakang kepala anak saya.

“Pada masa itu, Annur Iman hanya meraung sekuat-kuatnya. Saya hanya mampu ucap ‘Astagfirullah’ dan kemudiannya kami terus membawanya ke sebuah poliklinik swasta di Sungai Besar bagi mendapatkan rawatan,” katanya.

Radziah berkata, anaknya itu terpaksa bergantung sepenuhnya pada ubat sapu dan jeli gamat bagi memulihkan kesan lecur yang dialami dan keadaannya semakin pulih selepas menerima rawatan dua hari sekali di poliklinik terbabit.

“Doktor kata anak saya boleh elok, tetapi memakan masa lama untuk kembali pulih sepenuhnya. Bagaimanapun, setelah seminggu ini, saya dapati sel kulit baru pada anggota badannya mula tumbuh dan menunjukkan perkembangan positif,” katanya.

Katanya, dia ke rumah jirannya itu kerana menghadiri undangan kenduri doa selamat selain turut membantu mereka menyediakan juadah makanan di dapur untuk dihidangkan kepada tetamu yang hadir.

“Alhamdulillah anak saya semakin sembuh dan saya anggap ini sebagai satu dugaan kepada saya yang pertama kali mendapat anak perempuan dan reda dengan apa yang berlaku, selain memanjatkan kesyukuran kerana semuanya selamat,” katanya.

Rogol anak dalam bangsal kebun

WARTAWAN SINAR HARIAN
Rogol anak dalam bangsal kebun
Tertuduh ketika dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen, semalam. 
19 Mei 2014
KUALA TERENGGANU - Mahkamah sesyen di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun dan 10 kali sebatan terhadap seorang bapa yang tergamak merogol anak kandungnya sebanyak dua kali pada 16 Ogos dan 12 September tahun lalu.

Sebaik pertuduhan dibacakan, tertuduh yang berusia 38 tahun dan beralamat di Jalan Lebuhraya Jerangau Jabor, Terengganu itu mengaku bersalah di hadapan Hakim Mohd Azhar Othman.

Tertuduh yang disabitkan dua pertuduhan itu didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang enam tahun dan tidak lebih 20 tahun serta sebatan.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan perbuatan itu pada jam 3 pagi, 16 Ogos lalu, ketika mangsa sedang tidur di dalam bilik di rumah tidak bernombor, di Dungun.

Ketika itu, tertuduh telah mengejutkan mangsa yang ketika itu berusia 15 tahun dan membawanya ke bangsal sebuah kebun Dungun, dan setelah tiba di bangsal tersebut, tertuduh telah menyuruh pengadu tidur di bangsal tersebut, sebelum bertindak merogol mangsa jam 3.30 pagi sebanyak sekali tanpa kerelaan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa sekali lagi merogol mangsa pada jam 9.30 malam, 12 September tahun lalu.

Pada awalnya, kira-kira jam 5 petang, ketika mangsa berada di rumah, tertuduh mengajak mangsa menemaninya tidur di bangsal kebun, dan pada jam 9.30 malam, mangsa telah dirogol oleh tertuduh sebanyak sekali tanpa kerelaannya.

Mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Dungun pada 23 September 2013, jam 10.40 malam.

Tertuduh kemudiannya ditahan di sebuah rumah di Kampung Wakaf Tapai, Marang oleh Inspektor Mohamad Ramizan Ramli bersama sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun pada 29 September 2013, jam 11 pagi.

Pada prosiding semalam, tertuduh mengaku salah dan diarahkan menjalani hukuman secara serentak iaitu di penjara selama 13 tahun dan 10 sebatan iaitu masing-masing lima sebatan bagi pertuduhan pertama dan kedua.

Pendakwaan dikendalikan timbalan pendakwa raya, Siti Nur Hafizah Mohd Sokran manakala tertuduh diwakili peguam, Nik Ismail.

Beracun tapi tak diendah



Soma: Media Turki semalam melaporkan alat pengesan mencatatkan tahap gas beracun yang tinggi di dalam lombong arang batu di Soma beberapa hari sebelum tragedi menyebabkan kematian 301 pekerja, namun tiada tindakan diambil syarikat pengendalinya.

Pada masa sama, dua lagi individu ditahan berhubung bencana di lombong berkenaan, menjadikan lima suspek diberkas dan menghadapi tuduhan membunuh setakat ini.


Pegawai pendakwa berkata, mereka yang ditahan termasuk eksekutif dan penyelia syarikat Soma Komur Isletmeleri AS.

Ketua pendakwa Bekir Sahiner berkata, pada awalnya 25 orang ditahan untuk membantu siasatan tetapi ramai dibebaskan kemudian.


Lapan lagi dilepaskan namun mungkin menghadapi tuduhan kelak.


Sementara itu, akhbar Hurriyet, HaberTurk, Milliyet dan beberapa yang lain melaporkan penyiasat turut merampas data menunjukkan tahap gas beracun amat tinggi sekurang-kurangnya dikesan dua hari sebelum kejadian 13 Mei lalu itu.

Bagaimanapun, pegawai syarikat tidak merekodkan perkara itu secara rasmi dan tidak mengambil sebarang langkah berhati-hati.

Pekerja lombong berkenaan yang terselamat juga membuat dakwaan sama.

Sabtu lalu, Sahiner berkata, siasatan awal menunjukkan arang batu membara beberapa hari sebelum kejadian sehingga mengakibatkan runtuhan di satu daripada kawasan lombong berkenaan yang kemudian mencetus gas beracun ke bahagian berhampiran. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/20

Pegawai polis ditahan tembak calon pilihan raya Aceh


Banda Aceh: Seorang pegawai polis semalam ditahan kerana didakwa terbabit dalam pembunuhan anggota Parti Kebangsaan Aceh (PNA) yang bertanding dalam pilihan raya umum Mac lalu.

Suspek hanya dikenali sebagai HUS ditahan selepas tiga suspek lain, Nasir Yunus, 35, Rifki Mustafrin, 34, dan Usman Yunus, 29, diberkas.


Semua suspek adalah pengikut Yayasan al-Mujahadah di Ujong Kareung, Sawang diketuai Tengku Ahmad Barmawi.

Ketua polis Aceh Inspektor Jeneral Husain Hamidi berkata, mangsa dikenali sebagai Faisal, 40, ditembak mati ketika memandu dengan keretanya ditembusi lebih 40 peluru.


“Walaupun kejadian berlaku sebelum pilihan raya (9 April) dan mangsa adalah calon, kejadian itu sebenarnya tiada kaitan dengan politik,” katanya.


Sebelum ini, kejadian dipercayai berkaitan dengan pilihan raya berikutan keganasan meningkat pada tempoh berkenaan sehingga memaksa polis Aceh menubuhkan pasukan khas untuk memastikan keselamatan sepanjang waktu itu.

Menurut Husain, HUS membunuh Faisal kerana marah dengan siasatan dilakukannya terhadap Yayasan al-Mujahadah yang didakwa menyeleweng.

Yayasan itu diisytiharkan menyebar ajaran sesat oleh Majlis Permesyuaratan Ulama (MPU) dan pejabatnya disita pada 28 Februari, namun aktivitinya masih diteruskan pengikutnya.

Husain berkata, kegiatan berkenaan disiasat Faisal sehingga menimbulkan kemarahan Ahmad dan pengikutnya, termasuk HUS.

“Setakat ini kami tidak dapat mengesahkan sama ada HUS membiayai aktiviti dijalankan organisasi berkenaan,” katanya.

Menurutnya, Ahmad juga ditahan berhubung kes itu. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/20

Misteri warga emas curi pakaian sukan perempuan


Gifu: Polis Jepun menahan seorang lelaki berusia 53 tahun selepas memecah masuk sebuah sekolah dan mencuri dua pasang pakaian sukan pelajar perempuan.

Menurut polis, suspek yang dikenali sebagai Koichi Hirose bekerja di sebuah kolej teknikal di daerah Wakayama.


Jurucakap polis berkata, Hirose memecah masuk ke sekolah berkenaan kira-kira jam 2.30 pagi kelmarin dan mencuri pakaian itu di bilik persalinan.



Seorang penduduk menghubungi polis selepas melihat ada kenderaan yang mencurigakan diletakkan dalam tempoh lama di luar kawasan sekolah.


“Hirose ditahan di dalam kawasan sekolah.


“Apabila disoal siasat, dia mendakwa mahu memakai pakaian berkenaan, tetapi kami masih belum memahami mengapa dia begitu,” katanya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/20

30 minit merana tahan sakit


Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, mangsa Izhar Ahmad, 27, dikatakan cuba mengelak sebuah kenderaan lain dari arah bertentangan menyebabkan kenderaan dipandunya itu bertembung dengan sebuah lori terbabit.
Ketika kejadian mangsa dikatakan membawa muatan rumput dalam perjalanan dari arah Kampung Selamat menuju Mak Mandin, Butterworth untuk menghantar bekalan ke sebuah ladang.
Jurucakap polis berkata, ketika tiba di tempat kejadian sebuah kereta dipercayai dipandu seorang lelaki warga emas dari arah Kepala Batas tiba-tiba memasuki laluan bertentangan menyebabkan Izhar cuba mengelak ke kanan.
“Namum mangsa tidak bernasib apabila cubaannya mengelak daripada merempuh kereta berkenaan memakan diri apabila secara kebetulan sebuah lori dari arah pekan ini bertembung dengan kenderaan dipandunya.
“Berikutan itu, mangsa tersepit di tempat duduk pemandu dan cedera parah di kaki kanan manakala dua kelindannya hanya cedera ringan.
Difahamkan, pemandu sebuah lagi lori tidak mengalami kecederaan,” katanya.
Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Tasek Gelugor bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan dari orang awam bagi mengeluarkan mangsa.

Jurucakap bomba berkata, ketika tiba di tempat kejadian, pihaknya mendapati seorang pemandu lori tersepit sebelum berjaya dikeluarkan beberapa minit kemudian.
“Kerjasama diberikan mangsa memudahkan usaha untuk mengeluarkannya, kami bagaimanapun terpaksa berhati-hati bagi mengelakkan kecederaan dialami semakin teruk,” katanya.
Foto
LORI yang dipandu mangsa (kanan) remuk.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/20

Mayat mangsa bunuh dalam kereta terbakar


Banting: Kecurigaan seorang penduduk melihat sebuah kenderaan rentung dihurung lalat akhirnya terjawab apabila dia menemui mayat yang hanya tinggal rangka di tempat duduk bahagian pemandu kenderaan berkenaan dalam kejadian di Jalan Rancangan Tanah Liat, Bandar Saujana Putera, dekat sini, pagi semalam.
Sejurus menemui mayat dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, saksi berkenaan bergegas ke Balai Polis Sungai Mas, Sepang untuk melaporkan kejadian kepada pihak berkuasa.
Berdasarkan maklumat yang diterima, sepasukan anggota polis dari balai berkenaan bergegas ke lokasi kejadian sebelum mereka mengesahkan terdapat mayat individu tidak dikenali dalam kenderaan itu.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Azman Abdul Razak berkata, polis percaya mangsa dibunuh dan mayatnya dibakar dalam usaha mengelak identitinya dikenal pasti.
Azman berkata, siasatan awal polis melalui nombor kenderaan berkenaan mendapati ia adalah milik seorang lelaki tempatan berusia 46 tahun dipercayai seorang pemandu teksi yang dilaporkan hilang oleh keluarganya tiga hari lalu dan menetap di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, katanya, polis akan menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti identiti sebenar mangsa yang ditemui mati dalam kereta berkenaan.
Menurutnya, polis terpaksa menunggu hasil laporan bedah siasatan dan laporan forensik kerana mayat mangsa sudah rentung sepenuhnya.
Foto
UNIT Anjing Pengesan digunakan bagi mengesan bukti yang terdapat di dalam kenderaan mangsa.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/20

Curi diesel RM6 juta


Pengerang: Kegiatan mencurigakan di sebuah jeti persendirian di Pasir Gogok, Tanjung Belungkur di sini, yang menimbulkan tanda tanya kepada penduduk berdekatan sejak beberapa bulan lalu akhirnya terjawab apabila serbuan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) kelmarin, membongkar aktiviti penyeludupan diesel bersubsidi sekali gus menyaksikan rampasan bernilai RM6 juta.
Serbuan pada jam 12.30 tengah hari itu merampas 400,000 liter diesel bersubsidi selain menyita dua kapal, lima lori tangki serta dua bot.
Timbalan Pengarah Penguatkuasaan (Pembangunan) KPDNKK Putrajaya Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, rampasan itu adalah terbesar di Johor setakat ini melalui Ops Diesel South 2 (ODIS 2) hasil kerjasama dengan Pasukan Petugas Khas Jabatan Peguam Negara selepas melakukan risikan dan serbuan hasil maklumat awam.
Menurutnya, 11 warga asing berumur dari 20 hingga 40-an ditahan mengikut Seksyen 22 Akta Kawalan Bekalan 1961 dalam serbuan itu di mana jika sabit kesalahan bagi individu boleh dikenakan denda RM100,000 dan dipenjara tidak melebihi tiga tahun selain denda RM250,000 bagi kesalahan dilakukan syarikat serta denda RM500,000 untuk kesalahan kali kedua.
“Operasi serbuan membabitkan 20 pegawai dan anggota penguat kuasa KPDNKK ini dibantu Pasukan Gerakan Marin dan hasilnya dua kapal, lima lori tangki serta dua bot membabitkan nilai RM6 juta berjaya dirampas.
“Hasil siasatan mendapati dua kapal itu didaftarkan di Mongolia dan bahan bakar bersubsidi itu dijual RM3 seliter kepada kapal dagang di perairan antarabangsa selepas dibeli RM2 di sekitar stesen minyak di sekitar Johor, Pahang dan Terengganu.
“Kegiatan itu dipercayai dilakukan ahli sindiket mengaut keuntungan mudah dan minyak itu dipindahkan ke kapal tangki pada waktu malam di kawasan itu sejak beberapa bulan lalu,” katanya.
Menurutnya, pihaknya akan mendakwa pihak yang bersekongkol dengan sindiket ke muka pengadilan.
“Kami menyiasat sama ada pembabitan pengusaha stesen minyak mahupun pemborong sama ada membatalkan lesen selain mendakwa mereka di mahkamah,” katanya.
Menurutnya sehingga kini, di Johor pihaknya mengendalikan 84 kes sama di bawah Akta itu membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.
Foto
ISKANDAR Halim (dua dari kiri) bersama anggotanya menunjukkan diesel yang dirampas di atas kapal di Sungai Bauk, Tanjung Belungkur.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/20

Dituduh tipu 6 orang


Ipoh: Seorang jurumekap didakwa dengan 10 pertuduhan di tiga Mahkamah Majistretberasingan, di sini, semalam, kerana menipu dengan meminta dan menerima sejumlah wang daripada beberapa mangsa kononnya sebagai bayaran untuk mendapatkan pekerjaan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
G Gayathree, 23, didakwa meminta wang tunai antara RM3,000 dan RM2,500 daripada enam individu pada November 2013 dan Januari hingga Februari lalu di Tesco, Ipoh serta dua kuil di sini, sebagai dorongan untuk mendapatkan pekerjaan polis dan kastam.
Tertuduh turut didakwa dengan empat pertuduhan menerima wang sebanyak RM2,500 hingga RM1,500 bagi tujuan sama daripada setiap mangsa pada Februari dan Mac lalu di sebuah bank CIMB cawangan Bercham, di sini, serta di Butterworth, Pulau Pinang.
Untuk semua tuduhan, Gayathree didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan denda bagi setiap pertuduhan.
Gayathree, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan meminta untuk dibicarakan bagi semua pertuduhan yang dihadapi.
Ketiga-tiga Timbalan Pendakwa Raya; Muhammad Fauzi Yusof, Kavitha Sitartha dan Nurul Faridza Hamdan yang mengendalikan pendakwaan kes meminta pihak mahkamah tidak membenarkan tertuduh dijamin.
Tertuduh yang diwakili peguam Mohamed Yazzer Azzad Zainudin dalam rayuannya meminta dikenakan jaminan yang rendah kerana hanya bekerja sebagai jurumekap serta menghidapi penyakit migrain dan sinus, selain terpaksa menjaga seorang bapa yang sudah tua.
Mahkamah Majistret 1, 2 dan 3, kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM2,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin, menjadikan jumlah keseluruhan wang jaminan yang perlu dibayar adalah sebanyak RM20,000 dan 19 Jun ini untuk sebutan semula semua kes dihadapi tertuduh.
Difahamkan tertuduh kemudian menjelaskan semua wang jaminan yang dikenakan dengan seorang penjamin.
Foto
GAYATHREE diiringi polis selepas mendengar pendakwaan di tiga Makamah Majistret, semalam.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/20

Dikejar 6 penyamun


Melaka: Hasrat sepasang suami isteri warga China bersembahyang di tokong di Jalan Tukang Besi, Jonker Walk, di sini, kelmarin bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka parah disamun sekumpulan lelaki bermotosikal.
Dalam kejadian pada jam 6 pagi di Jalan Hang Kasturi itu, Lin Jin Kuin, 47, parah di kepala dan bahu kiri selepas dipukul menggunakan besi oleh kumpulan itu, manakala isterinya Lin Qiu Qin, 52, terselamat apabila meloloskan diri.
Difahamkan, pasangan dari Fujian, China yang tiba di Melaka, Khamis lalu dan bercuti di negeri ini sehingga 13 Jun depan, dalam perjalanan ke tokong berkenaan dari rumah saudaranya di Jalan Bunga Raya, di sini.

Menurut Qiu Qin, ketika kejadian dia bersama suaminya menunggang basikal dan sebaik tiba di tempat mereka melihat enam lelaki bermotosikal memakai topi keledar bertutup penuh berada di jalan berkenaan.
Foto
MANGSA yang parah dirawat di hospital.

“Curiga dengan tindakan tiga daripada mereka yang berlari ke arah kami dengan membawa sebatang besi, saya dan suami meninggalkan basikal sebelum lari menyelamatkan diri.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/20

Enggan keluar walau dipujuk


Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, kenderaan dipandu mangsa, Lu Ah Chee, 71, dari persimpangan lampu isyarat dikatakan terbabas ke kiri jalan sebelum terjunam ke dalam longkang sedalam empat meter.
Dentuman mengejutkan pengguna jalan raya dan pelanggan di gerai berhampiran.
Menurut saksi kejadian, Ayub Osman, 35, ketika kejadian, dia sedang minum di gerai berkenaan sebelum terdengar bunyi dentuman di simpang jalan pekan Lukut.
“Saya dan beberapa pelanggan berlari ke arah lokasi kejadian yang hanya 50 meter dari gerai berkenaan.
Kami berusaha membantu mengeluarkan mangsa yang terperangkap, namun tidak berjaya kerana bimbang kejadian lebih buruk,” katanya.
“Seorang daripada pengguna jalan raya kemudian menghubungi polis dan bomba bagi mengeluarkan mangsa yang terperangkap,” katanya.
Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson Abd Rahim Atan berkata, pihaknya menerima panggilan jam 8.16 malam.
“Seramai tujuh anggota tiba di lokasi jam 8.25 malam dan melihat sebuah kereta jenis Proton Iswara terjunam ke dalam longkang sedalam empat meter dengan kedalaman air satu meter.
“Usaha mengeluarkan terganggu seketika, apabila mangsa enggan keluar dan hanya memegang erat telefon bimbitnya.

Kami terpaksa menggunakan tali untuk menarik mangsa keluar melalui bahagian bonet belakang kereta dan mangsa hanya luka kecil dan trauma,” katanya.
Foto
ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang trauma.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/20

Pesilat lemas di air cetek


Raub: Hajat seorang pesilat olahraga untuk mewakili Pahang ke Kejohanan Silat Kebangsaan yang bakal berlangsung di Putrajaya tidak kesampaian apabila dia ditemui lemas ketika mandi di Air Terjun Lata Jarum, dekat sini, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, mangsa, Muhammad Fikri Fadzli, 18, dari Kampung Marhum, Pekan, lemas ketika mandi bersama 13 rakannya termasuk dua jurulatih dan seorang pengurus sebaik selesai menghadiri pemilihan pesilat untuk mewakili Pahang untuk ke kejohanan terbabit.

Beliau berkata,pada kejadian jam 2.38 petang itu, Muhammad Fikri dikatakan mandi bersendirian di kawasan air cetek dan berbatu 15 meter dari rakannya, sebelum tiba-tiba hilang dipercayai terjatuh ke dalam sungai.

“Mangsa bersama rakan dan jurulatihnyamenghadiri pemilihan bagi mewakili Pahang ke Kejohanan Silat Kebangsaan selama tiga hari bermula Jumaat lalu di Kompleks Rakan Muda Dong, di sini.

“Namun, sebaik selesai pemilihan terbabit, mereka singgah ke pusat rekreasi terbabit untuk mandi sebelum mangsa dilaporkan hilang dipercayai lemas setengah jam kemudian,” katanya, semalam.

Beliau berkata, rakan mangsa yang menyedari kejadian itu cuba mencarinya di kawasan berhampiran, namun tidak menjumpainya sebelum melaporkan kepada polis untuk tindakan susulan.

“Kita melaksanakan operasi mencari dan menyelamat dengan dibantu anggota bomba serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sebaik menerima laporan kehilangan mangsa.

“Kami menghentikan operasi pada jam 6 petang kelmarin berikutan cuaca gelap dan disambung keesokan harinya(semalam).

Kerja dapur sambil jual dadah


Bagaimanapun, perbuatannya itu tidak bertahan lama apabila polis mengesan dan menahan lelaki berusia 40-an itu berhampiran hotel tempat dia bekerja jam 11.35 pagi kelmarin.
Ketika ditahan, polis turut menemui ganja yang disimpan dalam kotak rokoknya dan hasil siasatan lanjut lelaki terbabit membawa polis ke tempat kerjanya.
Ketua Polis Daearah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, hasil pemeriksaan polis menemui ganja yang disimpan dalam almari tempat simpanan barangnya di hotel dia bekerja.
“Dalam serbuan itu, polis merampas beg plastik hijau mengandungi empat ketulan mampat yang dibalut plastik lutsinar berisi daun kering disyaki ganja seberat 420 gram.
“Kami percaya suspek mengedar dadah terbabit untuk pasaran tempatan dan dia menjadikan kawasan sekitar Batu Ferringhi untuk mengedar dadah berkenaan,” katanya.
Menurutnya, semua dadah yang dirampas itu bernilai RM1,260 dan kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan suspek kini direman bagi membantu siasatan.
“Kami mengesan dari mana suspek mendapat bekalan dadah terbabit serta kemungkinan terdapat rangkaian pengedaran bahan terlarang itu di kawasan ini,” katanya.
Foto
MIOR Faridalathrash (kiri) menunjukkan ketulan ganja mampat yang dirampas daripada seorang pekerja hotel.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/20

Pengedar rokok seludup didenda RM2.7 juta


Marang: Dua pengedar rokok dikenakan denda RM2.7 juta dan sebulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, kelmarin, kerana memiliki sebanyak 17,180 karton rokok seludup pelbagai jenama.

Selain itu, kedua-dua tertuduh Mohd Sobri Ibrahim, 35, dari Chabang Tiga, Kuala Terengganu dan Mohd Shukri Zakaria, 44, dari Bukit Payong, Marang, turut berdepan hukuman enam bulan penjara lagi sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Majistret Noradila Ab Latif membuat keputusan itu selepas Mohd Sobri dan Mohd Sukri didapati bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa bersama-sama memiliki barang larangan iaitu 17,180 karton rokok pelbagai jenama bernilai RM273,184 apabila barang itu adalah yang dilarang pengimportannya mengikut Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2008.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah stor tidak bernombor berhampiran sebuah rumah di Kampung Tasek, Bukit Payong, di sini, jam 12 tengah hari pada 17 Januari 2013.

Bagi kesalahan itu, mereka boleh dihukum mengikut Seksyen 135 (iii)(aa) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan denda tidak kurang 10 kali nilai barang dan tidak melebihi 20 kali nilai barang atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Jabatan Kastam Diraja Malaysia Mohd Zaizul Azlin Mohamed Zain.

Mengikut fakta kes, sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia membuat serbuan di premis berkenaan hasil maklumat dan risikan mengenai aktiviti pengedaran rokok seludup di kawasan berkenaan.

Hasil pemeriksaan menemui sebanyak 17,180 karton rokok pelbagai jenama bernilai RM273,184 yang dilarang pengimportannya mengikut Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2008 sebelum kedua-duanya ditahan untuk siasatan lanjut.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/20

‘Boleh teman Danial’


Kuala Lumpur: “Baguslah ibu dengan ayah tak berniaga hari ini (semalam). Boleh teman Danial di rumah,” itulah ungkapan terakhir seorang kanak-kanak lelaki, Muhammad Danial Abdullah, lapan tahun, sebelum ditemui mati selepas dipercayai jatuh dari tingkat 15 Pangsapuri Ulu Pudu, Cheras di sini.
Dalam kejadian jam 6 petang semalam, mangsa yang tinggal di tingkat satu dipercayai bermain di tingkat 15 pangsapuri itu sebelum ditemui terjatuh oleh penduduk.
Ibu mangsa, Faizah Ahmad, 46, berkata, anaknya itu sangat gembira apabila diberitahu dia dan suami tidak akan berniaga menjual sate semalam.

“€œKebiasaannya kami tidak pernah mengambil cuti berniaga walaupun sehari. Danial cukup gembira apabila saya memberitahunya perkara itu,”€ katanya ketika ditemui wartawan semalam.
Foto
LOKASI Muhammad Danial (gambar kecil) yang maut terjatuh dari tingkat 15.

Faizah berkata Danial anak kelapan daripada 10 beradik dianggap pintar dan amat mendengar nasihat.

“Adakalanya dia sering merungut sekiranya kami tidak meluangkan masa untuk dia dan adik-beradik lain.

“Saya dan suami redha dengan pemergiannya. Saya anggap ini ujian paling besar dalam keluarga kami,” ka tanya.

Sementara itu jurucakap polis Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras berkata, mangsa mati di lokasi kejadian kerana mengalami pendarahan di bahagian kepala dan mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/20

Dua pengedar rokok pelbagai jenama didenda RM2.7 juta


2014/05/20 - 05:24:34

Marang: Dua pengedar rokok didenda RM2.7 juta dan sebulan penjara oleh Mahkamah Majistret, di sini kelmarin, kerana memiliki 17,180 karton rokok seludup pelbagai jenama.

Majistret Noradila Ab Latif menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap Mohd Sobri Ibrahim, 35, dari Chabang Tiga, Kuala Terengganu dan Mohd Shukri Zakaria, 44, dari Bukit Payong, yang didakwa mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967. Mereka turut berdepan hukuman penjara tambahan enam bulan jika gagal membayar denda.


Dilarang import

Dua lelaki berkenaan didakwa bersama-sama memiliki 17,180 karton rokok pelbagai jenama bernilai RM273,184 yang mana barang-barang itu adalah dilarang import mengikut Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2008.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Mohd Zaizul Azlin Mohamed Zain.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah stor tidak bernombor berhampiran sebuah rumah di Kampung Tasek, Bukit Payong, di sini, jam 12 tengah hari, 17 Januari 2013 dan dihukum mengikut Seksyen 135 (iii)(aa) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman denda dikenakan antara 10 hingga 20 kali ganda nilai barang atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Buruh rogol kekasih kena 8 tahun

Buruh rogol kekasih kena 8 tahun
Mohd Azuan dibawa keluar dari mahkamah selepas dijatuhi hukuman atas tuduhan merogol gadis bawah umur, semalam. - Foto Syahirah Abdullah
 Kuala Terengganu: Mahkamah Sesyen semalam, menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan empat sebatan terhadap seorang buruh, selepas dia mengaku bersalah atas dua tuduhan merogol gadis bawah umur yang juga kekasihnya tahun lalu.

Hakim Mohd Azhar Othman menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Azuan Mohd Nordin, 20, dari Kampung Bahagia Tok Kah, Dungun, yang mengaku salah terhadap tuduhan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan kerana merogol.

Bagi tuduhan pertama, Mohd Azuan dituduh merogol mangsa yang ketika itu berumur 16 tahun di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Tok Kah, Dungun, jam 12 tengah malam pada pertengahan Jun 2013.

Dia dituduh mengulangi kesalahan sama terhadap mangsa di lokasi dan waktu sama pada pertengahan September 2013.

Bagi kedua-dua tuduhan, Mohd Azhar menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan dua sebatan. Bagaimanapun, Mohd Azhar membenarkan hukuman penjara berjalan serentak.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nur Hafizah Mohd Sokran.

Mengikut fakta kes, mangsa mengadu dirogol berulang kali di rumah tertuduh dan diugut akan mengamuk di depan rumah datuk mangsa sekiranya enggan melakukan hubungan seks dengannya.
Mangsa kemudian membuat laporan polis pada 17 Oktober tahun lalu dan tertuduh ditahan jam 2.20 pagi pada 7 November tahun lalu di rumahnya. 

Murid lapan tahun maut terjatuh dari tingkat 15


KUALA LUMPUR 19 Mei- Seorang murid lelaki Tahun Dua ditemui mati akibat terjatuh dari tingkat 15 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pudu Ulu.
Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Mohan Singh Tara Singh berkata, dalam kejadian kira-kira 6.30 petang itu, Muhammad Danial Abdullah, 8, murid Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Selatan, Cheras dikatakan sedang bermain di tingkat itu bersama rakannya sebelum terjatuh.
"Tingkat berkenaan sedang menjalani kerja pengubahsuaian sejak minggu lepas. Mangsa dikatakan memanjat tembok dan terjatuh," katanya sambil menambah mangsa cedera parah di kepala dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Mayat murid tersebut dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat.- BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140520/dn_02/Murid-lapan-tahun-maut-terjatuh-dari-tingkat-15#ixzz32Cn7RCqM
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tuduhan diraba penceramah bebas kembali tersebar


KUALA LUMPUR 19 Mei - Seorang wanita yang menggunakan nama Maryam Mazlieynna Mazlee di akaun sosial Facebook miliknya mendakwa seorang penceramah bebas popular telah melakukan gangguan seksual ke atas dirinya.
Status yang menyatakan bahawa penceramah bebas itu pernah meraba dan mengajaknya ke sebuah hotel telah dimuat naik sejak hampir setahun lalu tetapi kembali mencetuskan isu apabila beberapa blog turut berkongsi status yang dimuat naik wanita itu.
Sehubungan dakwaan yang dilakukan, satu laporan polis telah dibuat oleh Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) pada pukul 11 pagi ini di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi di sini bagi menggesa pihak polis menyiasat dakwaan secara terbuka yang dibuat oleh wanita tersebut.
Presiden MJMM, Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, dakwaan yang dibuat oleh wanita itu amat berat dan serius serta boleh menjatuhkan maruah dan kredibiliti penceramah bebas berkenaan sebagai seorang pendakwah terkenal.
"Walaupun ia bukan isu baharu tetapi pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu menyiasat sejauh mana kebenaran dakwaan yang dibuat oleh wanita itu.
"Jika diikutkan secara logik, ia memang satu tuduhan tidak berasas lebih-lebih lagi wanita itu sehingga kini masih lagi belum membuat laporan polis.
"Tetapi jika benar dakwaannya bahawa penceramah bebas itu melakukan gangguan seksual seperti yang didakwa, dia perlu segera membuat laporan polis," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di sini hari ini.
Beliau berkata, selain PDRM, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga perlu menyiasat pemilik sebenar akaun tersebut dan menyekat akaun tersebut bagi mengelakkan status itu terus dikongsi oleh blog-blog lain memandangkan dakwaan itu belum terbukti kebenarannya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140520/je_06/Tuduhan-diraba-penceramah-bebas-kembali-tersebar#ixzz32Cmk2R9d
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Mayat lelaki rentung dalam teksi


KUALA LANGAT 19 Mei - Penduduk di Taman Mas, Bandar Saujana Putra, Sungai Jarom di sini gempar ekoran penemuan satu mayat dalam keadaan rentung di dalam sebuah kenderaan dipercayai teksi yang terbakar di tepi jalan pagi ini.
Mayat lelaki itu ditemui di bahagian tempat duduk pemandu teksi jenis Proton Saga oleh orang awam yang kemudiannya menghubungi polis pada kira-kira pukul 10 pagi ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Supritendan Azman Abdul Razak berkata, polis yang bergegas ke tempat kejadian menemui rangka manusia yang rentung di dalam kereta tersebut.
“Hasil siasatan mendapati mangsa dipercayai lelaki dan berkemungkinan telah dibunuh sebelum mayatnya dibakar bagi mengelak dikenal pasti. Motif kejadian bagaimanapun masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Kes diklasifikasikan sebagai bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140520/je_05/Mayat-lelaki-rentung-dalam-teksi#ixzz32CmIxNOL
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Gaduh: Pekerja kapal maut ditikam


MIRI 19 Mei - Beberapa pelanggan yang sedang minum di sebuah kedai makan di Lorong Perlis, Kuala Baram di sini, cemas apabila sekumpulan lelaki warga Indonesia tiba-tiba bergaduh hingga menyebabkan salah seorang daripada mereka maut ditikam, tengah malam tadi.
Dalam kejadian pukul 12.30 tengah malam itu, mangsa, Muhammad Zainul Arifin, 24, maut setelah ditikam dengan menggunakan sebilah badik oleh suspek yang merupakan rakan sekerja dan senegara mangsa.
Jurucakap polis berkata, mangsa yang cedera parah di bahagian perut meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Miri.
Katanya, sebelum insiden, lelaki yang bekerja dengan sebuah syarikat perkapalan di Kuala Baram itu sedang berbual dan minum bersama rakan-rakannya sebelum tiba-tiba dipanggil tiga lelaki yang turut minum di kedai itu.
"Tiga lelaki warga Indonesia itu kemudian mengajak mangsa ke kawasan yang gelap berhampiran kedai makan itu kononnya mahu menyelesaikan perbalahan yang berlaku sebelum ini.
"Bagaimanapun, berlaku pertengkaran di antara mangsa dan suspek. Kemuncaknya mangsa ditikam dengan badik di bahagian perut oleh salah seorang suspek. Seorang rakan mangsa yang cuba meleraikan pertengkaran itu cedera di bahagian tangan kiri," katanya ketika dihubungi di sini malam ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Gan Tian Kee ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
Katanya, susulan kejadian itu, polis telah menahan seorang suspek berusia 23 tahun di sebuah rumah pekerja syarikat perkapalan pada pukul 4 pagi semalam.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140520/je_04/Gaduh-Pekerja-kapal-maut-ditikam#ixzz32Cm80c64
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Polis dirempuh kereta PATI



SUPRITENDAN Shafein Mamat (duduk, kanan) melawat M. Kesawan yang cedera akibat dilanggar oleh sebuah kereta dinaiki tiga pendatang asing tanpa izin di Taman Kuang, Nibong Tebal, semalam.
BUKIT MERTAJAM 19 Mei - Seorang anggota polis yang menjalankan rondaan rutin di Taman Bukit Panchor, Nibong Tebal dekat sini malam tadi, cedera selepas dilanggar sebuah kereta yang dinaiki tiga pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar.
Akibat rempuhan berkenaan, Koperal M. Kesawan, 31, yang bertugas di Balai Polis Nibong Tebal yang menunggang motosikal tercampak ke atas jalan dan mengalami kecederaan di kedua-dua belah tangan dan kaki kirinya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam tadi, tiga anggota polis termasuk Kesawan yang sedang melakukan rondaan terserempak dengan sebuah kereta jenis Proton Saga yang dinaiki suspek dan dipandu dalam keadaan mencurigakan.
“Polis cuba menahan kereta berkenaan sebaliknya mereka memecut laju ke dalam kawasan taman perumahan terbabit. Kesawan mengikut lorong lain untuk memintas manakala dua lagi anggota mengejar dari belakang.
“Selepas berjaya memintas suspek, Kesawan yang masih berada di atas motosikalnya telah dilanggar kereta suspek menyebabkan dia tercampak manakala motosikalnya diseret sejauh 50 meter," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Walau bagaimanapun, menurut Mazlan, ketiga-tiga PATI berkenaan yang cuba melarikan diri berjaya diberkas oleh dua anggota polis yang tiba di tempat kejadian manakala Kesawan dirawat di Hospital Sungai Bakap.
Beliau berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan serta di bawah Seksyen 6 (3) Akta Imigresen dan Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Kesemua suspek kini direman untuk siasatan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supritendan Shafein Mamat berkata, Kesawan yang mengalami luka pada kedua-dua belah tangannya berada dalam keadaan stabil.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140520/je_03/Polis-dirempuh-kereta-PATI#ixzz32ClzuYXW
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Akaun penguat kuasa RM1.5j disita



TIMBALAN Pengarah Penguat kuasa (Pembangunan) KPDNKK, Iskandar Halim Sulaiman (dua dari kiri) melihat tangki dipenuhi minyak diesel yang diseludup di Sungai Bauk, Tanjung Belungkor, Kota Tinggi, semalam.
PUTRAJAYA 19 Mei - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyita akaun simpanan milik seorang pegawai penguat kuasa berjumlah RM1.5 juta atas dakwaan terlibat dengan aktiviti penyeludupan diesel bersubsidi.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull berkata, jumlah wang dalam akaun tersebut disyaki hasil penyeludupan diesel yang dilakukan oleh pegawai penguat kuasa berkenaan.
Beliau berkata, kes itu dikesan oleh SPRM baru-baru ini dan maklumat lanjut berhubung kes membabitkan pegawai kerajaaan berkenaan tidak dapat didedahkan kerana masih proses siasatan.
“Ini baru seorang yang kita tahu dan kita tidak tahu berapa banyak lagi mereka yang terlibat dengan kes penyeludupan seperti ini," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Mingguan Malaysia dalam laporan eksklusifnya Ahad lalu mendedahkan bagaimana penyelewengan diesel bersubsidi sukar dibanteras apabila anggota agensi penguat kuasa secara berkumpulan melindungi sindiket dengan menerima rasuah 1 sen bagi setiap 1 liter diesel bersubsidi yang diselewengkan.
Sikap tidak amanah ini bukan sekadar melibatkan sesetengah anggota penguat kuasa di satu atau dua agensi penguat kuasa malah hampir semua agensi yang diberi tanggungjawab untuk membanteras penyelewengan diesel bersubsidi termasuk di laut.
Selain itu, Mohd. Shukri berkata, SPRM turut mengesan penglibatan pegawai penguat kuasa yang membeli lori semata-mata untuk menjalankan aktiviti penyeludupan subsidi diesel.
Beliau berkata, penglibatan mereka kini berada dalam pengawasan SPRM dan ada di antara pegawai penguatkuasa berkenaan telah ditahan untuk siasatan lanjut.
“Cuma buat masa ini kita tidak boleh membuat sebarang pendedahan kerana kes tersebut masih belum sampai ke peringkat mahkamah," katanya.
Pada masa sama, beliau berkata, SPRM telah membuat lebih 90 tangkapan terhadap individu yang terlibat dengan aktiviti penyelewengan subsisi diesel sejak 2010.
“Jumlah itu merangkumi pengusaha minyak, persatuan nelayan termasuk juga ada pegawai kerajaan yang kita tangkap.
“Kesemua operator penyeludupan ini sudah kita tangkap dan diambil tindakan, buat masa ini belum ada maklumat lanjut," katanya.
Dalam perkembangan lain, katanya, SPRM juga sebelum ini pernah menahan dua kapal buah kapal yang membawa 5,000 liter subsidi diesel untuk diseludup.
Sementara itu, beliau berkata, kerajaan diminta mengkaji semula dasar pemberian subsidi diesel untuk mengekang kes penyelewengan yang terus meningkat sejak 2010.
Beliau menambah, kerajaan juga perlu melihat kembali kaedah pembelian subsidi diesel, had pembelian mengikut jenis kenderaan perdagangan dan menggunakan alat pengawal penjualan diesel bagi mengelakkan berlakunya penyelewengan.
“Jumlah kerugian yang direkodkan pada pada 2010 sahaja melebihi RM50 juta dan jumlah itu didapati terus meningkat dari tahun ke tahun.
“Kalau dibiarkan kerajaan akan mengalami kerugian besar dan rakyat tidak dapat terima hak yang sepatutnya," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140520/je_02/Akaun-penguat-kuasa-RM15j-disita#ixzz32Clr66Ux
© Utusan Melayu (M) Bhd