Search This Blog

Saturday, May 17, 2014

Warga Bangladesh maut tertimbus tanah runtuh

Tanah runtuh Sungai Buluh
Pemandangan sekitar kawasan tanah runtuh yang memusnahkan kilang perabot di Kampung Baru Subang di Subang, hari ini. Seorang pekerja lelaki warga Bangladesh maut dalam kejadian tersebut dan punca kejadian masih disiasat. - Foto Bernama 
17 Mei 2014 KUALA LUMPUR - Seorang pekerja gudang perabot warga Bangladesh ditemui mati tertimbus dalam kejadian tanah runtuh dipercayai akibat hujan lebat di Jalan Kampung Baru, Sungai Buloh dekat sini pagi tadi.

Timbalan Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harun berkata dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Abul Kassim, 43, tertimbus sedalam satu meter di bawah timbunan dinding zink, akibat gudang itu ditimbusi tanah yang runtuh itu.

Gudang perabot berkenaan terletak berhampiran kawasan bukit. "Semasa kejadian mangsa dipercayai sedang berada di dalam tandas di gudang itu. Dia dipercayai mati akibat kesukaran bernafas dan mayatnya dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat," katanya.

Mohd Sani berkata pihaknya yang menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 10.43 pagi mengambil masa lebih daripada tiga jam untuk mengeluarkan mayat mangsa dari timbunan. - Bernama

Anak menteri didakwa terbabit kes rasuah


FATHIN ATHIRAH HASLI
17 Mei 2014

JAKARTA - INDONESIA. Anak Menteri Koperasi dan Industri Kecil dan Sederhana Indonesia, Syariefuddin Hasan, Riefan Afrian hari ini dinamakan sebagai suspek kepada kes rasuah membabitkan pembelian sebuah paparan televisyen gergasi atau jumbotrons bernilai RM6.8 juta.

Menurut pihak pendakwaraya Indonesia, penamaan tersebut dilakukan setelah pihaknya melakukan siasatan sejak lebih setahun lalu.

Jurucakap dari Pejabat Pendawaraya Jakarta, Adi Toegarisman, berkata hasil siasatan jelas menjurus kepada pembabitan Riefan yang juga menguasai syarikat PT Imaji Media, syarikat yang memenangi tender pembelian yang dikeluarkan pada 2012.

“Siasatan juga mendapati Reifan melantik pemandunya, Hendra Saputra sebagai pengarah presiden syarikat PT Imaji Media dan dia kini sedang menghadapi perbicaraan berhubung peranannya dalam skandal itu.

“Reiefan akan didakwa di bawah artikel 2 dan 3 Undang-undang Rasuah 2001 Indonesia, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun penjara dan denda,” katanya melalui Jakarta Post.

Menurutnya lagi,pihak pendakwaraya turut memohon Pejabat Peguam Negara itu agar mengenakan sekatan perjalanan ke luar negara buat Riefan.

Kes itu didedahkan oleh agensi Audit Negara republik itu yang mendapati terdapat banyak perlanggaran undang-undang dalam penganugerahan tender itu yang menyebabkan Indonesia kehilangan lebih RM6.8 juta.

Pesawat tentera Laos terhempas di wilayah utara Xiangkhoung

Pesawat tentera Laos terhempas di wilayah utara  Xiangkhoung
Menteri Pertahanan Laos, Douangchay Phichit 
Foto

Foto
SEORANG pekerja penyelamat berjalan di atas bangkai pesawat yang terbabit dalam nahas di kampung Nadee, di sini hari ini. - Foto Reuters
Foto
Menteri Pertahanan Laos, Douangchay Phichit. - Foto AP
Foto
ANGGOTA keselamatan membuat laluan di lokasi bangkai pesawat di yang terhempas di sini, hari ini. - Foto Reuters
Foto
PASUKAN mencari dan menyelamat berada di kawasan nahas pesawat Tentera Udara Laos yang terhempas berhampiran kampung Nadee, di wilayah Xiang Khouang, utara Laos, hari ini. Menteri Pertahanan Laos, Douangchay Phichit adalah antara lima pegawai kanan yang terbunuh dalam kejadian itu. - Foto Reuters
BANGKOK: Pesawat tentera Laos yang dipercayai bawa 20 orang termasuk Menteri Pertahanan negara itu terhempas di wilayah utara Xiangkhoung selepas berlepas dari ibu negara Vientiane, pagi ini.

Xiangkhoung terletak kira-kira 470 kilometer dari ibu negara itu.

Pesawat Lao Air Force jenis Antonov AN-74-300 itu dikatakan membawa Menteri Pertahanan, Douangchay Phichit, yang juga Timbalan Perdana Menteri Laos dan beberapa pegawai tertinggi kerajaan, termasuk Gabenor Vientiane.


Rombangan berkenaan dalam perjalanan untuk menghadiri satu majlis rasmi Kementerian Pertahanan Laos.

Setakat ini tiada pengesahan mengenai jumlah yang terkorban termasuk pengesahan dari kerajaan Laos. - AP

Dua keluarga hilang rumah dalam kebakaran di Permatang Badak


Oleh Shahrulnizam Mohamad
Kuantan: Dua keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran, di Kampung Permatang Badak, di sini, 10 pagi ini.

Dalam kejadian itu, mangsa dilaporkan mengalami kerugian lebih RM10,000 selepas perkakas elektrik termasuk harta benda musnah sekelip mata.


Mangsa, Wan Hindun Wan Hassan, 74, berkata ketika kejadian, dia tiada di rumah kerana berkunjung ke rumah jiran kira-kira 10 meter dari kediamannya sebelum melihat api diikuti asap tebal menjulang dari bahagian dapur rumahnya.

Menurutnya, dia kemudian bergegas pulang ke rumahnya dan menjerit sekuat hati meminta pertolongan jiran sebelum cuba meredah asap tebal untuk menyelamatkan harta berharga.


Katanya, ketika cemas melihat api semakin merebak, dia bersyukur kerana beberapa jirannya dapat menyelamatkan motosikalnya.


Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Anuar Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu 10.17 pagi.

Katanya, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat dari Taman Tas, di sini, bergegas ke lokasi kejadian bersama satu jentera.

Menurutnya, pada masa sama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan turut ke lokasi kejadian dan api dikawal sepenuhnya 10.51 pagi.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/17

Seorang terbunuh, lima cedera kemalangan di Tuaran


Oleh Ardyhansah Amat
Tuaran: Seorang lelaki maut manakala lima lain cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan dan treler di Jalan Tamparuli-Ranau, kira-kira 9 pagi ini.

Mangsa, Koh Tze Guan, 62, pemandu Toyota Land Cruiser Prado mengalami beberapa kecederaan pada anggota badan dan kepala.


Tze Guan yang tersepit di tempat duduk pemandu berjaya dikeluarkan dan dikejarkan ke Hospital Tuaran sebelum disahkan meninggal dunia, kira-kira 12.15 tengah hari tadi.

Isterinya, Lim Nguk Ping, 59, dan empat lain termasuk pemandu serta kelindan treler hanya cedera.


Pmangku Ketua Polis Daerah Tuaran, Asisten Superitendan Juraimah Ismail, brkata insiden turut menyebabkan trailer musnah akibat terbakar.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/17

Warga Bangladesh maut tertimbus tanah runtuh di Sungai Buloh





17/05/2014 4:59pm

KUALA LUMPUR - Seorang pekerja gudang perabot warga Bangladesh ditemui mati tertimbus dalam kejadian tanah runtuh dipercayai akibat hujan lebat di Jalan Kampung Baru, Sungai Buloh pagi tadi.

Timbalan Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harun berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Abul Kassim, 43, tertimbus sedalam satu meter di bawah timbunan dinding zink.

Lokasi gudang perabot berkenaan terletak berhampiran kawasan bukit.

"Semasa kejadian mangsa dipercayai sedang berada di dalam tandas di gudang itu. Dia dipercayai mati akibat kesukaran bernafas dan mayatnya dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat," katanya.

Mohd. Sani berkata, pihaknya yang menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 10.43 pagi mengambil masa lebih daripada tiga jam untuk mengeluarkan mayat mangsa dari timbunan. - Bernama

26 mati, 100 hilang

26 mati, 100 hilang
Pasukan penyelamat mengangkat naik mayat mangsa kemalangan feri di Sungai Meghna, daerah Mungshiganj, Bangladesh, semalam. 
Munshiganj: Dianggarkan 100 penumpang masih hilang dalam kejadian kemalangan membabitkan sebuah feri di Sungai Meghna, di kawasan tengah Bangladesh.

Pegawai berkuasa tempatan, Saiful Hasan berkata, setakat ini pasukan penyelamat berjaya menemui 26 mayat namun pihak berkuasa masih belum dapat memastikan jumlah sebenar penumpang yang menaiki feri yang tenggelam itu memandangkan pihak pengendali feri tidak mempunyai senarai nama penumpang.

Salah seorang penumpang yang hanya dikenali sebagai Sabuj berkata, beliau adalah antara 25 orang penumpang yang terjun dari feri dan berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing sungai.

Tak mahu dengar arahan

“Kapten feri dua tingkat itu tidak mahu mendengar permintaan penumpang agar menghampiri tebing sungai ketika ribut melanda, dia sebaliknya telah menghalakan feri ke arah bahagian tengah sungai,” katanya.

Keluarga penumpang yang hilang dan mati membanjiri kawasan tebingan sungai lokasi kemalangan menanti berita yang membabitkan keluarga masing-masing.

Kemalangan feri adalah sesuatu yang biasa berlaku di Bangladesh kerana permukaan bumi delta rendah, kepadatan penduduk, banyak kapal yang rosak dan peraturan yang agak longgar. AP

Sebuah rumah musnah dalam kebakaran di Permatang Badak


17/05/2014 4:36pm

KUANTAN - Sebuah rumah musnah manakala sebuah lagi rosak teruk dalam satu kebakaran yang berlaku di Permatang Badak pagi tadi.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang, Anuar Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 10.17 pagi sebelum menggegaskan tiga buah jentera yang sempat menyelamatkan sebuah rumah yang terbakar sebahagiannya.
Beliau berkata, sebuah lagi rumah tidak sempat diselamatkan kerana ketika pihak bomba sampai, api telah marak. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0517&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_11.htm#ixzz31xxkRF87 
Hakcipta terpelihara 

Lelaki maut kenderaan dinaiki terhumban ke dalam Sungai Pontian





17/05/2014 5:28pm

ROMPIN - Seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas dan terhumban ke dalam Sungai Pontian dalam nahas di Kilometer 138 Jalan Kuantan-Johor Bahru dekat Kampung Sepakat awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya berkata, dalam insiden pada kira-kira enam pagi itu, Amiruddin Senik, 37, dari Kuala Krai, Kelantan maut setelah terperangkap dalam Toyota Hilux yang tenggelam di dasar Sungai Pontian.

Beliau berkata, rakan mangsa, Firdaus Hafiz Wong Abdullah, 47, dari Temerloh, sempat keluar dari kenderaan itu sebelum ia tenggelam di dasar sungai.

"Kedua-dua mereka yang bekerja di kawasan pembalakan di Hutan Simpan Lesung di sini, dilaporkan dalam perjalanan dari arah Tanjung Gemok menuju Bandar Kuala Rompin.

"Bagaimanapun, ketika tiba di tempat kejadian, kenderaan yang dipercayai dipandu laju itu hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan dan terus masuk ke dalam Sungai Pontian dan tenggelam," katanya kepada pemberita hari ini. - Bernama



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0517&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_14.htm#ixzz31xw2Rkbu
Hakcipta terpelihara 

Pengendali lombong Turki nafi kecuaian

Pengendali lombong Turki nafi kecuaian
Ratusan penduduk menghadiri pengebumian mangsa letupan lombong arang batu di Soma, kelmarin. 
17 Mei 2014 SOMA - Pengendali lombong arang batu yang meragut 284 nyawa dalam insiden letupan, Rabu lalu mendakwa tragedi itu bukan berpunca daripada kecuaian pihaknya.

Ketua Pengarah Soma Kamur, Akin Celik menegaskan punca kejadian yang menggemparkan sektor perlombongan dunia itu bukan disebabkan oleh kesilapan atau kelalaian mereka.

Menurut laporan AF, kenyataan itu dikeluarkan selepas ribuan penunjuk perasaan bertempur dengan polis ketika protes besar-besaran untuk mengecam kecuaian pengendali lombong tersebut.

Sementara itu, Menteri Tenaga Taner Yildiz memberitahu seramai 18 lagi pekerja dipercayai masih terperangkap dan angka kematian disahkan tidak melebihi 302 orang.

Menurutnya, seramai 787 pekerja berada di dalam lombong tersebut ketika letupan itu berlaku.

Difahamkan, Soma Komur enggan memberi sebarang penjelasan berhubung punca kejadian itu kerana mereka masih menunggu laporan siasatan pakar.

"Kebakaran itu bukan berpunca daripada litar pintas sebaliknya ia berlaku akibat letupan habuk arang batu," kata Pengurus Besar Soma Komur, Ramazan Dogru.  

Dihukum gantung kerana murtad


17 Mei 2014


KHARTOUM - REPUBLIK SUDAN. Sebuah mahkamah di Sudan, kelmarin menjatuhkan hukuman gantung ke atas seorang wanita yang sarat hamil kerana didakwa murtad.

Tertuduh, Meriam Yahia Ibrahim Ishag, 27, didapati bersalah di bawah undang-undang Syariah yang telah dikuatkuasakan di negara itu sejak 1983.

Hakim Abbas Mohammed Al-Khalifa memberitahu, keputusan itu dibuat selepas Meriam enggan kembali memeluk agama Islam walaupun telah diberi tempoh selama tiga hari oleh mahkamah lapor AFP.

Ketika prosiding perbicaraan tersebut, Meriam turut menafikan dia telah murtad.

Difahamkan, wanita tersebut dibesarkan oleh ibunya yang merupakan penganut Kristian Orthodox, selepas bapanya meninggalkan mereka.

Protes 24 jam di Turki

Protes 24 jam di Turki
 Polis melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan orang ramai di Ankara. 
16 Mei 2014SOMA - TURKI. Kesatuan Pekerja Turki melancarkan protes susulan insiden letupan lombong arang yang mengorbankan lebih 270 nyawa di wilayah Manisa, kelmarin.

Polis melaporkan pada laporan Al Arabiya, anggota keselamatan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan 20,000 orang selama 24 jam protes di Izmir, Ankara dan Istambul.

Kesatuan Konfederasi Pekerja Awam Turki (KESK) berkata, kerajaan terlalu obses bersaing dengan syarikat swasta hingga menyebabkan kejadian ini berlaku.

“Dasar kerajaan yang mahu mengaut untung besar menyebabkan insiden ini berlaku,” katanya. Sementara itu, Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan berjanji melakukan siasatan untuk mengetahui punca kejadian tetapi menolak kejadian itu disebabkan oleh
kecuaian kerajaan.

Difahamkan, sehingga semalam lebih 120 pekerja masih terperangkap di bawah runtuhan itu.

35 warga Filipina ditahan dalam Ops Gasak 10


17 Mei 2014


LAHAD DATU - Dalam Ops Gasak 10 yang dilancarkan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) semalam, sebanyak 35 pekerja warga Filipina termasuk 16 wanita ditahan kerana tidak memiliki dokumen sah.
 
Pengarah Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam Esscom, Datuk Abdul Rashid Harun berkata mereka ditahan di lima pusat menternak ikan dalam sangkar di sekitar perairan Lahad Datu.
 
"Hasil pemeriksaan ke atas 70 pekerja asing yang kita lakukan selama dua jam bermula 3 petang, kita dapati 35 orang tidak mempunyai sebarang dokumen. Mereka kemudiannya ditahan dan akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan.
   
Beliau berkata, Ops Gasak 10 dilancarkan susulan insiden penculikan yang membabitkan seorang pengurus ternakan ikan dalam sangkar warga Cina di Pulau Baik dekat sini pada 6 Mei lepas.
   
Ia membabitkan pelbagai agensi keselamatan dan pertahanan termasuk Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara.

Abdul Rashid berkata pihak Esscom memandang serius kehadiran pendatang asing tanpa izin (Pati) atau pekerja asing yang tidak memiliki sebarang dokumen terutama yang menjadi tali barut kepada penjenayah rentas sempadan.
 
"Gerakan mengesan dan memburu Pati ini membuktikan bahawa kerajaan melalui Esscom serius dalam membendung jenayah rentas sempadan serta menjamin keselamatan rakyat Sabah, khususnya di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone)," katanya.
 
Esszone merangkumi 10 daerah yang meliputi kawasan 1,733.7 kilometer iaitu Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.  - Bernama

Mayat kanak-kanak lemas ditemui terapung


16 Mei 2014

SANDAKAN - Mayat seorang kanak-kanak lelaki yang lemas semalam di laut berhampiran Bandar Sandakan ditemui hari ini.
 
Mayat Mohammad Nasrin Alih, 8, ditemui terapung oleh nelayan di perairan berhampiran Kampung Sim-Sim dekat sini kira-kira pukul 1 tengah hari.
 
Ketua Zon Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Andre Andrew berkata mayat ditemui tiga kilometer dari lokasi manga dilaporkan lemas.
 
Menurutnya operasi mencari mangsa yang ditangguh malam semalam disambung pagi tadi.
 
Mangsa lemas ketika bermain bersama rakannya di kawasan laut berhampiran Pangkalan KD Sri Sandakan kira-kira pukul 4.50 petang, dipercayai akibat dihanyutkan arus deras. - Bernama

Budak 2 tahun maut kereta dinaiki langgar kerbau


16 Mei 2014

KUANTAN - Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut selepas kereta yang dinaiki bersama-sama tujuh anggota keluarganya melanggar seekor kerbau di Kilometer 25 Jalan Belimbing-Maran dekat Paloh Hinai, Pekan semalam.

Mangsa yang terbunuh ialah Syed Mohd Qawi Syed Mohd Haika manakala ibunya, Rafidah Hashim, 38, dan nenek, Zabedah Dahan, 66, cedera parah.

Ketua Polis Daerah Pekan Superintenden Yahaya Othman berkata, dalam insiden pukul 7.30 malam itu, bapa mangsa, Syed Mohd Haika Syed Abd Wahab, 39, memandukereta berkenaan untuk pulang ke rumah mereka di Kampung Serekam dekat Maran dari Paloh Hinai.

"Di tempat kejadian, dipercayai kereta yang dinaiki mangsa telah terlanggar seekor kerbau yang berada di atas jalan.

"Akibat itu, mangsa yang berada di tempat duduk penumpang hadapan bersama ibunya mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Klinik Kesihatan Maran," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata, Syed Mohd Haika dan tiga lagi anaknya, iaitu Syed Muhd Qhayyum, 10, Sharifah Nurnillahi Kasheefah, 7, dan Sharifah Nurkhaleeda, 5, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, siasatan awal mendapati ketika kejadian hujan renyai dan cuaca di kawasan itu gelap berikutan tiada lampu jalan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41( 1 ) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama

Ibu tunggal jadi keldai ah long

AMRAN ALI
Ibu tunggal jadi keldai ah long
Salmah merujuk masalahnya kepada Pengarah Pembela BN Melaka, Amir Hamzah Aziz.
17 Mei 2014
 AYER KEROH - Seorang ibu tunggal tujuh anak tidak menyangka tindakannya meminjam hanya RM450 daripada ah long mendatangkan malapetaka besar, apabila dia ditahan polis dan terpaksa duduk di dalam lokap selama tujuh hari.

Semuanya berpunca apabila Salmah (bukan nama sebenar), 39, dituduh menjadi ‘keldai ah long’ selepas akaun banknya digunakan sebagai tempat peminjam lain membayar bunga pinjaman dilakukan.

Menurut Salmah, masalah timbul apabila kesemua peminjam diugut serta diancam ah long terbabit selepas gagal membayar bunga lantaran mereka membuat laporan polis sehingga namanya disabitkan dan dituduh terlibat.

“Saya membuat pinjaman pada 29 Disember tahun lalu sebanyak RM450 daripada ah long terbabit selepas mendapat tahu daripada risalah yang dihantar ke rumah.

“Akibat sangat terdesak, saya turutkan sahaja syarat ah long terbabit biarpun terpaksa menyerahkan tiga kad ATM milik saya kepadanya namun tidak sangka akaun saya digunakan untuk aktivitinya,” katanya.

Tertekan dengan masalah yang menimpa, beliau akhirnya merujuk perkara itu di Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional (Pembela BN) Melaka, semalam.

Salmah menjelaskan punca dia begitu terdesak meminjam wang berkenaan bagi keperluan tambang untuknya balik ke kampung di Kedah.

“Selepas bercerai dengan bekas suami pada Mei 2012 lalu, saya hilang tempat bergantung lantaran terpaksa bekerja di kantin sekolah. 

“Sehinggalah saya menemui seorang lelaki yang sudi mengambil sebagai isteri dan niat saya mahu pinjam RM450 untuk perbelanjaan pulang ke Kedah bagi memberitahu ibu dan ayah tentang hasrat saya,” katanya.

Ibu tunggal itu juga berkata, paling membimbangkannya kini apabila bakal suaminya juga turut ditahan polis bagi tujuan untuk membantu siasatan.

“Bukan itu sahaja, sejak ditahan polis saya dibuang kerja dan bila-bila masa akan dihalau dari rumah sewa kerana tidak dapat membayar wang sewa bulanan.

“Malah motosikal saya juga sudah kena tarik, maka sebab itulah saya datang ke Pembela BN bagi mendapatkan bantuan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pembela BN, Amir Hamzah Aziz berkata, itulah cara terbaru ah long beroperasi dengan menggunakan nama peminjam sendiri untuk mengelak daripada dikesan pihak berkuasa.

Katanya, Pembela BN akan menyediakan bantuan guaman sekiranya ibu tunggal terbabit dan bakal suaminya di dakwa di mahkamah.

“Kita hendak nasihatkan orang ramai supaya jangan mudah terpedaya dengan pihak ah long yang menjadikan kesusahan orang lain sebagai tempat mengaut keuntungan.

“Kebiasaannya orang yang terdesak akan buat apa sahaja semata-mata mahu mendapatkan pinjaman sehingga sanggup menyerahkan kad bank dan akhirnya diri sendiri dijadikan mangsa,” katanya.

Lima dicekup curi jengkaut

WARTAWAN SINAR HARIAN
Lima dicekup curi jengkaut
Jengkaut yang dicuri dan berjaya dijumpai semula di Beruas. 
17 Mei 2014
SERI ISKANDAR - Lima lelaki ditahan Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri jengkaut di tapak sebuah kilang di Parit pada 7 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Fakri Che Sulaiman berkata, ketika kejadian kira-kira jam 7.30 malam, kesemua suspek warga tempatan itu menyamar sebagai anggota polis dan anggota imigresen untuk menipu pengawal tapak tersebut.

Menurutnya, menerusi maklumat pengawal di tapak tersebut yang merupakan warga Vietnam, mereka didatangi dua lelaki dan seorang daripadanya memakai vest polis bertanyakan pasport mereka.

“Manakala seorang lagi menggeledah kawasan tapak kilang berkenaan sebelum tiga lelaki datang dan melarikan sebuah jengkaut menggunakan treler,” katanya dalam sidang media di sini semalam.

Mohamad Fakri berkata, bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah IPD Perak Tengah menjejaki kumpulan berkenaan.

Jelasnya, pengawal berumur 52 tahun itu sempat melihat nombor pendaftaran treler berkenaan, memudahkan polis menjejaki kenderaan tersebut.

“Hasil risikan itu, kami akhirnya menemui jengkaut berkenaan disorok di dalam semak di Beruas kira-kira 10 kilometer dari tempat kejadian manakala treler dijumpai di Pantai Remis,” katanya.

Beliau berkata, enam lelaki berusia 30 hingga 40-an termasuk pemandu treler ditahan dan direman bermula 8 hingga 20 Mei ini.

“Kami juga turut menjumpai senjata dipercayai digunakan dalam kejadian berkenaan. Kes  disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan,” katanya.

Terbaring dekat lori balak

WARTAWAN SINAR HARIAN
Terbaring dekat lori balak
Kelihatan mayat Chew Fui Yen terbaring berhampiran lori balak. 
Gambar pada kad pengenalan mangsa yang ditemui.
Gambar pada kad pengenalan mangsa yang ditemui.
17 Mei 2014
ROMPIN – Mayat seorang lelaki ditemui terbaring berhampiran sebuah lori balak di tepi jalan menghala keluar dari Matau Balak dekat Hutan Simpan Lesung, Rompin petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superitendan Johari Jahaya berkata, mayat Chew Fui Yen, 64, merupakan seorang pemandu lori balak itu ditemui orang awam sekitar jam 4.45 petang.

“Polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat mengenai penemuan mayat tersebut manakala hasil siasatan awal, mangsa disyaki mati akibat terkena serangan jantung.

“Bagaimanapun mayat mangsa dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk proses bedah siasat,” katanya.

Menurut Johari, pemeriksaan awal ke atas mayat itu turut mendapati tiada sebarang tanda-tanda unsur jenayah yang berlaku.

“Doktor yang terlibat dalam proses bedah siasat yang dijalankan bermula jam 10.30 pagi tadi (semalam) dan berakhir kira-kira sejam kemudian mengesahkan kematian berpunca daripada kegagalan jantung untuk berfungsi,” katanya.

Maut terjatuh tingkat empat

WARTAWAN SINAR HARIAN
Maut terjatuh tingkat empat
Mangsa mengalami cedera parah di bahagian kepala maut di tempat kejadian, semalam. 
17 Mei 2014
ALOR SETAR - Seorang lelaki maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat empat sebuah hotel di Bandar Baru Mergong, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu, difahamkan mangsa, Wong Wei Liong, 29, berasal dari Tampin, Negeri Sembilan mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.

Menurut saksi yang enggan dikenali berkata, kejadian itu disedari orang awam yang menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Katanya, berhampiran mayat mangsa juga didapati terdapat sebuah beg yang mengandungi beberapa helai baju.

“Difahamkan mangsa mungkin terjatuh dari tingkat empat hotel berdasarkan kedudukan mayat dan keadaan tingkap di tingkat tersebut yang terbuka,” katanya.

Sementara itu,  Ketua Polis Daerah Kota Setar,  Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, menurut rekod daripada pihak hotel mangsa bukan penghuni di hotel berkenaan.

“Siasatan awal dalam kes ini mendapati tiada unsur kejadian jenayah dan pihak polis sedang menyiasat dari pelbagai sudut,” katanya.

Lima pegawai Laos terbunuh dalam nahas pesawat

Foto
PASUKAN mencari dan menyelamat berada di kawasan nahas pesawat Tentera Udara Laos yang terhempas berhampiran kampung Nadee, di wilayah Xiang Khouang, utara Laos, hari ini. Menteri Pertahanan Laos, Douangchay Phichit adalah antara lima pegawai kanan yang terbunuh dalam kejadian itu. - Foto Reuters 
BANGKOK: Nahas pesawat tentera Laos awal pagi tadi meragut lima nyawa termasuk Menteri Pertahanan, demikian menurut pihak berkuasa Thailand.

Kumpulan berkenaan dipercayai sedang dalam penerbangan ke satu majlis di wilayah utara Xiangkhouang dalam jet Antonov buatan Ukraine.

Menteri Pertahanan Laos, Douangchay Phichit adalah antara lima pegawai kanan yang terbunuh dalam nahas itu, kata Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan Thai, Nipat Thonglek kepada AFP.

Berita kematian akibat nahas itu dimaklumkan kepadanya oleh pegawai tentera Laos dan bersedia untuk menghadiri upacara pengkebumian menteri berkenaan mewakili kerajaan Thailand.

Kementerian Luar di Bangkok berkata, kira-kira 20 orang berada di dalam pesawat termasuk Gabenor Vientiane dan beberapa orang kenamaan.

Agensi berita Laos, KPL mengesahkan mengenai nahas itu dan berkata pihak berkuasa kini sedang menjalankan operasi mangsa yang terselamat.

Laporan itu menyebut, pesawat terbabit, Antonov AN-74TK-300 adalah milik Tentera Udara Laos namun tidak memberikan maklumat pengenai penumpang atau mangsa yang terkorban. - AFP 

Mayat lelaki tergantung di besi jambatan

WARTAWAN SINAR HARIAN
Mayat lelaki tergantung di besi jambatan
Anggota bomba terpaksa mengambil masa sejam bagi menaikkan mayat mangsa. 
17 Mei 2014
PUCHONG – Anggota Balai Bomba Subang Jaya terpaksa mengambil masa hampir sejam bagi menaikkan mayat seorang lelaki yang ditemui dalam keadaan tergantung di besi jambatan berdekatan Plaza Tol Puchong Barat, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa, berusia lingkungan 20-an ditemui orang ramai yang kemudian memaklumkan kejadian kepada pihak polis serta Pasukan Bomba dan Penyelamat.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Shamsul Abidin berkata, sebuah jentera bersama 10 anggota Balai Bomba Subang Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian bagi tujuan menyelamat.

Sebaik tiba mangsa didapati dalam keadaan tergantung di mana lehernya dijerut dengan tali kabel.

“Anggota terpaksa menggunakan tali, tangga dan kren untuk menaikkan mayatnya ke darat,” katanya.

Sementara itu, mangsa kali terakhir dilihat kira-kira jam 6 petang semalam di sebuah warung minuman berdekatan Kampung tengah dekat sini.

Rakannya yang enggan dikenali berkata, mangsa sering minum di warung itu.

“Saya selalu nampak dia solat dan tidur di situ (berdekatan Sungai Klang), tapi tak sangka dia akan ditemui mati di situ juga,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, bapa mangsa sudah membuat pengecaman dan hasil siasatan mendapati, mangsa mengidap penyakit mental sejak 15 tahun lalu.

Menurutnya, kali terakhir mangsa mendapat rawatan adalah pada dua tahun lalu.

“Bapanya memberitahu, mangsa sering jalan kaki sendirian dari rumah mereka di Seri Kembangan ke Puchong dengan membawa seutas tali panjang. Hasil bedah siasat mendapati tiada unsur jenayah,” katanya.

Wanita maut terjatuh tingkat 12 kondominium

WARTAWAN SINAR HARIAN
 Zakaria Pagan
Zakaria Pagan 
17 Mei 2014
KUALA LUMPUR - Seorang wanita maut dipercayai terjun dari tingkat 12 sebuah kondominium di Jalan Prima Pelangi, Segambut, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.05 pagi itu, wanita tempatan berumur 28 tahun berkenaan dipercayai terjun dari balkoni rumah sewanya.

“Mangsa menyewa kondominium itu bersama teman lelakinya serta tiga warga Filipina,” katanya.

Menurutnya, mengikut keterangan saksi, sebelum kejadian mangsa berselisih faham dengan teman lelakinya.

Zakaria berkata, siasatan awal polis mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat dibawa ke Hospital Selayang.

Penganggur ditangkap khalwat dalam bilik

WARTAWAN SINAR HARIAN
Penganggur ditangkap khalwat dalam bilik
Anggota KRT Taman Alam Perdana Pasir Semut mengepung kawasan rumah sewa seorang penganggur yang ditangkap bersama teman wanitanya, malam kelmarin 
17 Mei 2014
KEMAMAN – Seorang penganggur bersama teman wanitanya berusia lingkungan 20-an dicekup oleh anggota Kawasan Rukun Tetangga (KRT) kira-kira jam 12.30 tengah malam kerana didapati berdua-duaan dalam bilik di sebuah rumah di Taman Alam Perdana Pasir Semut, dekat sini.

Salah seorang anggota KRT yang enggan dikenali berkata, dia terlihat pasangan terbabit menaiki motosikal dalam keadaan mencurigakan ketika baru memulakan rondaan di kawasan itu.

“Disebabkan curiga, dari jauh saya intai gerak geri mereka dan saya lihat lelaki terbabit meletakkan motosikalnya di luar pagar rumah dan masuk ke dalam rumah sementara teman wanitanya menunggu di luar di tepi pagar.

“Saya kemudiannya beredar dari kawasan itu dan letak motosikal kira-kira 200 meter dari rumah lelaki itu. Tapi sejurus saya kembali, saya lihat wanita itu telah tiada dan apabila saya suluh depan pintu, saya lihat ada sepasang kasut wanita,” katanya.

Menurutnya, dia kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada anggota KRT yang lain agar segera ke rumah berkenaan.

“Kami beri salam sebanyak enam kali, namun tak dijawab sebelum bertindak suluh ke dalam ruang tamu dan lihat seorang lelaki lain sedang tidur.

“Apabila ditanya, lelaki tersebut yang terjaga beritahu rumah itu dihuni enam lelaki dan tiada perempuan tinggal dalam rumah itu. Dia mengaku tak tahu rakannya bawa masuk wanita kerana sedang tidur,” katanya.

Berikutan itu mereka menghubungi pihak penguat kuasa agama.

Bagi mengelakkan pasangan terbabit melarikan diri, anggota KRT mengepung rumah tersebut sehingga ketibaan tiga penguat kuasa agama dan dua anggota polis tidak lama kemudian.

Ketika dibawa keluar dari rumah berkenaan pasangan terbabit kelihatan pucat dan rambut wanita tersebut berkeadaan kusut masai.

Lelaki yang ditangkap itu berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Dia dikatakan baru tiga hari menyewa di rumah berkenaan dan sedang mencari pekerjaan di daerah ini.

Sementara itu, Pengerusi KRT Taman Alam Perdana Pasir Semut, Mohd Noor Yasin berkata, rondaan di kawasan itu bukan sahaja dilakukan pada waktu malam dan awal pagi malahan ia turut dilakukan pada waktu siang bagi mengekang perbuatan maksiat, jenayah dan kes-kes negatif lain.

Kebakaran: Lelaki hampir rentung

ROSALWANI CHE SOH
Kebakaran: Lelaki hampir rentung
Keadaan rumah yang hangus dalam kebakaran tersebut.
17 Mei 2014
 KOTA BHARU - “Walaupun api semakin marak, namun saya nekad masuk semula ke rumah dan  menendang pintu bilik tidur, namun hanya sempat mencapai kad pengenalan diri dan telefon bimbit kerana api marak,” kata Mohd Ghazali Jusoh,32.

Dalam kejadian, kira-kira jam 10.30 malam itu, Mohd Ghazali yang tinggal berseorangan berada di dalam bilik, sebelum terasa bahang api di salah sebuah bilik rumah terbabit.

“Kalau saya tidak bertindak cepat, mungkin saya rentung dalam kebakaran itu. Mujurlah selepas merasa bahang panas itu, saya bertindak pantas keluar sebelum masuk semula untuk mendapatkan beberapa barangan penting,” katanya di sini petang kelmarin.

Menceritakan detik cemas ketika kejadian, menurutnya, dia ketika itu berada di dapur sedang menyiapkan wau, dan terasa panas sebelum melihat api marak di bilik simpanan.

Ghazali berkata, selepas menyedari api semakin marak, dia terus meluru keluar rumah dengan hanya berseluar pendek namun nekad masuk semula kerana mahu mengambil dokumen-dokumen penting.

“Saya sempat menendang pintu biliknya dan berjaya menyelamatkan kad pengenalan dan telefon bimbit sahaja.

“Api marak terlalu cepat, selepas dapat dua barang itu saya terus selamatkan diri, pakaian langsung saya tidak sempat ambil,” katanya yang memberitahu rumah itu dimiliki ibu saudaranya, Mas Saud, 80.

Mohd Ghazali berkata, ibu saudaranya hanya berada di rumah itu pada siang hari, manakala di waktu malam dia akan tidur di rumah anaknya yang berada di hadapan rumah itu.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat, Mohd Rafain Mat Zin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran jam 10.31 malam.

“Seramai sembilan anggota bersama sebuah jentera digerakkan bagi memadam kebakaran. Bomba berjaya mengawal kebakaran pada jam 10.53 malam dan punca serta kerugian akibat kebakaran itu masih dalam siasatan,” katanya.

Terkulai tanpa nyawa


Kluang: Kecurigaan seorang wanita terhadap ibu saudaranya yang tidak pulang ke rumah selepas memasak di sebuah restoran di Taman Sri Kluang di sini, tengah hari kelmarin terjawab apabila mendapati wanita itu menjadi mangsa pembunuhan.
Tukang masak warga Indonesia berusia 30 tahun itu ditemui terbaring tidak bernyawa di dapur restoran berkenaan oleh anak saudaranya itu kira-kira jam 1.30 petang dengan kesan kecederaan pada badan. 
Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Mohd Roze Shaari berkata, kebiasaannya mangsa pulang ke rumah sewanya yang terletak berhampiran sebaik menyelesaikan tugasnya di restoran berkenaan. 

Bagaimanapun, katanya, pada hari kejadian mangsa tidak pulang seperti biasa menyebabkan anak saudaranya berusia 20-an membuat keputusan pergi ke restoran tempat ibu saudaranya bekerja bagi mendapatkan kepastian.
Foto
ANGGOTA polis membawa mayat mangsa untuk siasatan lanjut.

“Bagaimanapun, anak saudara mangsa terkejut apabila menemui wanita itu terbaring di lantai dapur restoran dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum memaklumkan kepada polis.

“Berdasarkan siasatan awal di tempat kejadian mendapati ada kesan kecederaan pada badan mangsa dipercayai dipukul dengan kuat menggunakan objek keras dan tumpul,” katanya. 


Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/17

Malu dituduh guna air curi


Oleh Mahaizura Abd Malik
Kuala Lumpur: “Saya bukan saja kerugian, malah malu apabila mereka menuduh saya melakukan penyambungan paip haram seolah-olah saya menggunakan air curi untuk menjalankan perniagaan di premis ini,” kata pemilik tanah Rumah Tamu Datin Halijah di Jalan Taman Dato Senu Sentul di sini, semalam.

Pemilik terbabit Ahmad Fizal Azrat menafikan dakwaan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) yang melakukan operasi pemotongan saluran paip lama di premisnya kelmarin susulan aduan masyarakat berkaitan premis berkenaan disyaki menggunakan sumber air tidak sah.

“Tindakan itu mencemarkan imej premis dan nama baik saya sebagai usahawan yang menyediakan perkhidmatan untuk majlis keraian.



“Paling saya kesalkan mereka tidak menunjukkan waran dan surat rasmi untuk melakukan pemotongan selain hanya menyerahkan notis kepada pekerja bawahan saya saja,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Ahmad Fizal mendakwa, dia mengambil alih bekas tapak rumah setinggan berusia ratusan tahun itu kira-kira dua tahun lalu bagi membangunkan sebuah rumah tamu untuk khidmat majlis keraian seperti kenduri dan perkahwinan.

“Bagi saya tindakan mereka itu tidak beretika dan menceroboh kawasan persendirian.

“Mana buktinya saya lakukan penyambungan haram sedangkan saluran paip lama itu sudah ada ratusan tahun dan tiada kena mengena dengan saya.

“Ingin ditegaskan di sini, bahawa saya tidak gunakan penyambungan haram untuk mengaut keuntungan kerana saya menggunakan saluran paip sah lain yang diluluskan SYABAS ketika membangunkan premis ini dua tahun lalu,” katanya.

Sehubungan itu Ahmad Fizal meminta SYABAS memberikan surat tunjuk sebab secara rasmi kepada dia dalam masa terdekat sebelum tindakan selanjutnya dilakukan pihaknya.

Sementara itu, Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam SYABAS Priscilla Alfred Dharan ketika dihubungi menyarankan pemilik terbabit merujuk Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sekiranya tidak berpuas hati dengan tindakan pemotongan itu.

“Operasi pemotongan paip itu dilakukan bersama SPAN kerana badan itu yang berkuasa memegang surat waran geledah premis pemilik,” katanya.

Jurucakap SPAN berkata, tindakan itu dilakukan pihaknya mengikut prosedur.


“Kami bertindak berdasarkan surat waran itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Selasa lalu,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/17

3 wanita ditahan teguk air syaitan


Butterworth: Dua lelaki yang juga adik-beradik antara 10 individu beragama Islam ditahan selepas didapati mengambil minuman keras dalam pemeriksaan dijalankan Bahagian PenguatKuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), awal pagi semalam.
Dalam serbuan bermula jam 12 tengah malam hingga 3 pagi di lima premis hiburan iaitu satu di Butterworth dan empat di Georgetown, tujuh lelaki dan tiga wanita termasuk warga negara asing berusia 20-an dan 30-an ditahan.
Ketua Penguat Kuasa JHAEIPP Khairul Azman Azizan berkata, semua individu terbabit ditahan selepas ujian saringan dilakukan mendapati mereka berada di bawah pengaruh alkohol yang tinggi.
“Ketika pemeriksaan dilakukan, ada antara individu berkenaan melarikan diri dengan cuba keluar dari premis bagi mengelak daripada menjalani ujian alkohol menggunakan alat khas, namun taktik itu berjaya dikesan.
“Ada yang berlakon seolah-olah sedang sibuk menjawab telefon atas urusan penting dan mahu keluar dari premis berkenaan atas alasan perbualan kurang jelas berikutan suasana bising.
“Tetapi, itu hanyalah helah mereka kerana hasil ujian saringan dilakukan mendapati mereka sebenarnya mengambil minuman keras dan memberikan pelbagai alasan termasuk mahu melepaskan tekanan bekerja,” katanya.
Khairul Azman berkata, dalam serbuan di sebuah premis hiburan di Georgetown, seorang gadis bermati-matian menafikan dia mengambil minuman keras dengan mendakwa arak ditemui di atas mejanya milik orang lain.
Gadis berkenaan mendakwa pergi ke premis terbabit hanya untuk berhibur bersama rakannya dan langsung tidak mengambil minuman keras, tetapi ujian saringan dilakukan mendapati perkara sebaliknya.
“Apa yang dikesalkan, ada antara individu ditahan mengaku tabiat suka mengambil minuman keras itu diketahui ibu bapa dan dinasihatkan untuk berhenti kerana bertentangan dengan ajaran Islam.
“Namun, kerana sudah ketagih meneguk arak, mereka sanggup menipu ibu bapa atau curi-curi untuk ke premis hiburan bagi melepaskan gian dengan menikmati minuman keras,” katanya.
Beliau berkata, selain melakukan ujian saringan, pihaknya turut merampas minuman keras yang dibeli individu berkenaan sebagai bukti perlakuan kurang sopan itu serta membantu siasatan kes yang disiasat mengikut Seksyen 19 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 yang jika sabit kesalahan boleh didenda hingga RM3,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Katanya, dua wanita warga asing yang ditahan turut disiasat mengikut Seksyen 35 kerana menggalakkan perkara maksiat dan jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda hingga RM5,000, penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Foto
ADIK-beradik ditahan kerana dipercayai mengambil minuman keras.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/17

Duka di saat gembira


Oleh Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi
Bandar Baharu: Kegembiraan sebuah keluarga mengadakan kenduri perkahwinan bertukar tragedi apabila seorang ahli keluarga mereka maut digilis lori yang sedang mengangkut barangan kenduri itu sehari sebelum majlis berkenaan berlangsung, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.30 petang, Muhammad Yazid Ikhwan Mohd Yusof, 7, yang menunggang basikal maut di tempat kejadian akibat bertembung dengan lori kepunyaan datuknya yang dipandu seorang pekerja sedang mengundur untuk mengambil barangan kenduri berhampiran surau di Kampung Telok Sera, Serdang, di sini.
Menurut keterangan seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali, mangsa sedang berbasikal dari arah jalan utama dan terus membelok ke arah lorong berhampiran surau tanpa menyedari terdapat sebuah lori di situ.

“Ketika kejadian, lori itu dalam keadaan mengundur untuk mengambil barang di surau itu.


“Secara tiba-tiba, mangsa yang datang dari arah sama dikatakan tidak menyedari lori tersebut dan terus merempuh bahagian belakang lori.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/17

Roket bawa satelit Russia terhempas


Moscow: Sebuah roket Russia yang membawa satelit komunikasi terhempas semalam, hanya beberapa ketika selepas ia dilancarkan.

Jurucakap agensi angkasa Russia, Roscosmos berkata, enjin kawalan roket gagal berfungsi selepas sembilan minit dilancar dari pusat angkasa Baikonur di Kazakhstan.

Stesen televisyen menyiarkan rakaman roket Proton dan satelit Express-AM4P berharga AS$29 juta (RM94 juta) terbakar di atas Lautan Pasifik.

“Kami mempunyai situasi kecemasan,” stesen televisyen Channel One menyiarkan ulasan pengulas penerbangan Russia.

“Penerbangan berakhir,” kata pengulas.

Agensi Angkasa Roscosmos Russia berkata, mereka membentuk suruhanjaya khas bagi menganalisis data telemetri dan menemui sebab punca kegagalan misi berkenaan.

Channel One melaporkan satelit dihasilkan syarikat Astrium milik Airbus itu bertujuan memberi akses Internet ke rantau Russia yang mengalami kesukaran komunikasi.

Agensi berita RIA Novosti menyifatkan ia sebagai satelit Russia yang paling hebat dan canggih.



Russia memecat ketua Roscosmos sebelum ini, Vladimir Popovkin pada Oktober 2013 hanya kurang dari dua tahun selepas dilantik ke situ kerana gagal beberapa kali dalam pelancaran roket.

Ketua baru Roscosmos Oleg Ostapenko pula didakwa Presiden Vladimir Putin mengubah seluruh agensi berkenaan dengan menelan belanja besar.

- AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/17

3 pegawai ditikam mati


Beijing: Dalam serangan keganasan etnik terkini di Xinjiang tiga pegawai kerajaan ditikam sehingga mati dan mayat mereka dicampak ke dalam tasik, lapor Radio Free Asia semalam.

Menurut stesen itu, kejadian berlaku ketika Presiden Xi Jinping melawat Xinjiang bulan lalu.

Beijing sentiasa menyalahkan “militan Islam” ketika menjelaskan beberapa siri keganasan dilakukan pejuang pemisah yang ingin mendapatkan kemerdekaan dari China dan membentuk Turkestan Timur.

Namun, aktivis hak asasi manusia berkata, China mengamalkan polisi berat sebelah di wilayah kaya dengan hasil bumi itu sambil menabur “benih” pergolakan.

Ketiga-tiga mangsa adalah pegawai kerajaan peringkat daerah.

Jurucakap polis pula berkata, penyerang mengelar leher dua daripada mangsa dan menikam mangsa ketiga sebanyak 31 kali sebelum membuang mayat mereka ke dalam tasik.

Katanya, semua mangsa pergi memancing di tasik berkenaan ketika kejadian berlaku.

“Polis mengesyaki lima suspek terbabit dalam kejadian itu,” katanya.



- Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/17

Menyamar jadi remaja


Seorang wanita berusia 31 tahun ditahan selepas menyamar sebagai pelajar di sebuah sekolah swasta di Texas, lapor media semalam.

Charity Johnson mendaftar sebagai pelajar tahun kedua sesi kemasukan Oktober lalu di Sekolah New Life Christian di Longview.

Dia mendaftar menggunakan nama Charite Stevens dan mendakwa berusia 15 tahun.

Charity memberitahu polis, dia mendapat pendidikan di rumah dan tidak mempunyai transkrip rujukan sah bagi membolehkan dia mengikuti pengajian lanjutan.



Sementara itu, Tamica Lincoln yang tinggal di kawasan itu memberitahu stesen KLTV, dia membantu Charity memasuki sekolah berkenaan apabila diberitahu kononnya dia anak yatim yang didera oleh keluarga.

Tamica juga membantu Charity memperkenalkannya dengan guru sekolah.

“Saya menganggapnya sebagai anak, mendandan rambutnya dan membelikan baju serta kasut,” katanya.

Bagaimanapun, Tamica mula mengesyaki ada penipuan dilakukan oleh Charity selepas mendengar beberapa ceritanya yang bercanggah atau meragukan.

Tamica kemudian melaporkan kejadian itu kepada polis.

Charity ditahan semalam selepas memperkenalkan dirinya kepada polis menggunakan nama samaran di sekolah, lapor KLTV itu.

Charity kini berdepan dakwaan gagal untuk mengesahkan identiti dan memberi maklumat palsu, lapor polis.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/17

Recep dipersalah


Istanbul: Presiden Recep Tayyip Erdogan dilihat “tidak begitu membantu” menyatukan rakyat Turki ketika negara itu berdepan tragedi letupan bawah tanah lombong arang batu di Soma, Rabu lalu.

Ketika melawat komuniti pelombong semalam, Recep diganggu orang awam, manakala seorang daripada pembantunya menendang penunjuk perasaan.

Recep memang melahirkan kesedihan atas tragedi yang menimpa, tetapi memberitahu sidang media, kemalangan seperti itu juga berlaku di seluruh dunia.

Dalam satu rakaman video, Recep kelihatan muncul di khalayak sambil berkata kepada orang ramai: “Datang ke sini dan cabar saya!” Dia kemudian diiringi pengawal keselamatan untuk berlalu, namun kenderaannya ditendang tidak lama kemudian.



Sifat sebegitu sebelum ini berjaya membawa Recep mengharungi protes penunjuk perasaan antikerajaan, skandal rasuah dan penipuan yang didakwa dilakukannya oleh seorang pendakwah Islam yang mahu menjatuhkan namanya.

Namun, pemerhati berkata, ada kemungkinan Recep mendapat nasihat yang salah daripada pembantunya sehingga dia mengambil pendekatan sedemikian.

Recep membesar di daerah Kasimpasa di Istanbul yang mempunyai ramai penyokongnya, tetapi selepas menduduki kuasa, dia dilihat gagal memenangi hati semua penduduk setempat.


Pada masa sama, wujud sokongan Recep di situ.

Seorang pelayan berusia 29 berkata, Recep bukan pemimpin prihatin dan terlebih ego.


“Beberapa pelanggan yang menyokongnya sebelum ini merungut mengenai gaya kasarnya, namun mereka tidak berani menyatakan masalah itu.

“Mereka juga tidak akan mengundi calon lain kerana Recep tidak mempunyai penentang politik yang mencabar,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/17

18 mangsa belum dikesan


Soma: Seramai 18 pelombong lagi diyakini masih gagal dikesan selepas lombong arang batu di Soma meletup Rabu lalu ketika menteri Turki mendakwa, jumlah korban mungkin meningkat kira-kira 300 orang.

Walaupun tidak menyatakan secara rasmi, Menteri Tenaga Turki, Taner Yildiz semalam berkata, tiada lagi mangsa akan keluar dengan selamat untuk masa ini.



“Kami percaya tidak lebih daripada 18 orang masih ada dalam lombong berkenaan,” kata Yildiz kepada media.

Dalam kejadian itu 284 pelombong sudah disahkan terbunuh dalam kemalangan dianggap terburuk di Turki setakat ini.

Yildiz berkata kebakaran masih berlaku di dalam lombong, menyebabkan asap beracun terus tersebar tetapi keadaannya dilaporkan semakin berkurangan.

Sementara itu, keluarga mangsa menghadiri pengebumian besar-besaran dengan gambar mereka yang terbunuh digantung di dada waris.


- AP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/17

18 pelajar SMS Pokok Sena dikejarkan ke hospital akibat keracunan makanan


2014/05/17 - 01:22:18
Alor Setar: Seramai 18 pelajar Sekolah Menengah Sains (SMS) Pokok Sena dikejarkan ke Hospital Kuala Nerang (HKN) selepas mengadu sakit perut dan muntah dipercayai akibat keracunan makanan kira-kira jam 10 malam tadi. 

18 pelajar SMS Pokok Sena dikejarkan ke hospital akibat keracunan makanan


2014/05/17 - 01:22:18
Alor Setar: Seramai 18 pelajar Sekolah Menengah Sains (SMS) Pokok Sena dikejarkan ke Hospital Kuala Nerang (HKN) selepas mengadu sakit perut dan muntah dipercayai akibat keracunan makanan kira-kira jam 10 malam tadi. 

UMNO saman Malaysiakini terbit artikel berunsur fitnah


2014/05/17 - 02:06:23
Kuala Lumpur: UMNO dan Presidennya mengemukakan notis tuntutan saman terhadap portal berita, Malaysiakini, berikutan penerbitan artikel berunsur fitnah yang bertajuk ‘A Case Of The PM Reaping What He Sows dan How Much Will Najib Spend To Keep Terengganu’, kelmarin.

Penguambela dan Penguamcara Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, yang mewakili UMNO berkata, notis tuntutan saman itu dihantar ke pejabat operasi Malaysiakini di Bangsar Utama, petang kelmarin.


Menunjukkan niat jahat

“MKINI DOTCOM Sdn Bhd melalui portal beritanya, Malaysiakini secara sedar telah mengumpul dan memilih komen-komen yang berunsur fitnah dan hasutan yang jelas menunjukkan niat jahat terhadap anak guam kami dan telah diterbitkan di laman web itu bertarikh 14 Mei 2014 barubaru ini.

“Pada awalnya wakil daripada portal berita itu berkeras tidak mahu menerima notis berkenaan, namun akhirnya mereka akur dan menerimanya,” kata syarikat guaman berkenaan.

Notis tuntutan itu antara lain meminta Malaysiakini membuat permohonan maaf, penarikan balik artikel, menyediakan akujanji bertulis tidak akan mengeluarkan lagi sebarang kenyataan terhadap UMNO dan Presidennya, Datuk Seri Najib Razak, menyediakan aku janji akan lebih berhati-hati untuk menerbitkan semula komen pengguna secara amnya serta membayar ganti rugi serta kos perbelanjaan dalam perkara ini.

“Segala tuntutan yang dibuat oleh anak guam kami itu hendaklah dipenuhi oleh portal berita Malaysiakini dalam tempoh masa 48 jam dan sekiranya mereka gagal, maka kami akan meneruskan prosiding mahkamah bagi permohonan memfailkan injunksi bagi menghalang sebarang penerbitan lanjut berhubung isu berkenaan terhadap Malaysiakini,” katanya.
Turut menerima notis tuntutan saman itu ialah Ketua Pengarang Malaysiakini, Fathi Aris Omar dan juga Ketua Editor, Steven Gan.

Indonesia cadang kasi penjenayah seks


2014/05/17 - 01:33:14
Jakarta: Menteri Kesihatan Indonesia mencadangkan untuk memperkenalkan kasi secara kimia bagi menghukum pedofilia (penjenayah yang tertarik secara seksual pada kanak-kanak) di negara paling ramai penduduk Islam di dunia itu, berikutan rentetan jenayah seks kanak-kanak yang menjadi tajuk utama akhbar.

Indonesia adalah negara terbaru Asia yang mempertimbangkan kasi secara kimia, selain India yang baru-baru ini turut memikirkan untuk memperkenalkan langkah yang serupa terhadap perogol dan pesalah seksual berulang.


Negara pertama benar hukuman

Korea Selatan pada tahun 2011 menjadi negara Asia pertama yang membenarkan hukuman itu, menyertai sekumpulan kecil negara yang membolehkan prosedur berkenaan termasuk Poland, Russia, Estonia dan beberapa negeri di Amerika Syarikat.

Mati berebut nak tengok berita TV


Samburu: Kadang-kadang siaran berita boleh membawa kepada berita yang lain. Di sebuah pusat peranginan di Kenya, seorang lelaki dibunuh rakannya gara-gara bertengkar mengenai siaran berita yang wajar ditonton dan berebut alat kawalan jauh televisyen.

Media semalam melaporkan, lelaki warga emas itu bertugas sebagai kurator di sebuah kem pelancong di daerah Samburu.

Dia terbunuh kerana dipukul pengawal keselamatan yang bertugas di kem sama.

Saksi berkata, kurator dan pengawal keselamatan itu bertengkar kerana tidak bersependapat dalam isu menonton berita yang disiarkan di televisyen pada jam 7 malam.



Gagal mengawal perasaan, kata saksi, pengawal keselamatan terbabit memukul kepala warga emas itu sebatang kayu menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian.

“Mereka bertengkar ketika siaran berita itu baru bermula dan berebut memilih saluran yang digemari,” katanya.

Komandan Polis Daerah Samburu, Patrick Wambane berkata siasatan dijalankan bagi mencari punca kematian lelaki berkenaan dan suspek kini ditahan untuk membantu siasatan.

- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/17

Suspek militan Asia Selatan disiasat


2014/05/17 - 02:03:08
Kuala Lumpur: Polis masih menjalankan siasatan terhadap suspek militan dari Asia Selatan yang ditahan dalam operasi khas di kawasan perumahan di Kepong di sini, Rabu lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, berkata dalam masa yang sama, pihaknya turut mengesan saki-baki ahli kumpulan pengganas itu.


“Kita sedang menyiasat pembabitan individu itu di Malaysia, termasuk rangkaiannya serta latar belakang dan aktiviti suspek.

“Apa yang dapat dipastikan, suspek memasuki Malaysia sebagai pelancong dan bersembunyi di sini. Kita juga menyiasat kemungkinan ideologi kumpulan pengganas itu disebarkan di Malaysia,” katanya ketika lawatan ke Institut Jantung Negara (IJN) Sempena Peringatan Hari Polis Ke-207, semalam.

Suspek berusia lewat 40-an itu ditahan dalam serbuan yang dijalankan oleh Unit Anti Keganasan, Cawangan Khas Bukit Aman pada jam 11.55 pagi.

Operasi khas berkenaan dilancarkan selepas suspek dipercayai ada kaitan dalam rancangan melancarkan serangan ke atas pejabat konsulat asing di Chennai dan Bangalore, India.

Tiga lelaki ditahan
Dalam perkembangan lain, Bakri mengesahkan penahanan tiga lelaki warga asing di Wangsa Maju, Selasa lalu, yang disyaki merancang melakukan pengeboman mirip kumpulan pengganas al- Qaeda.

Dapat semula kereta dicuri


Gombak: Seorang penjawat awam disifatkan amat bertuah apabila kereta model Proton Satria miliknya yang dilarikan penjenayah berjaya ditemui semula anggota polis kira-kira dua jam selepas kejadian.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi semalam, mangsa hanya menyedari kehilangan keretanya di pekarangan rumah di Selayang Baru di sini, selepas pulang membeli barangan runcit dengan menaiki motosikal.


Sumber polis berkata, mangsa kemudian berusaha mencari keretanya itu di sekitar Selayang sebelum terserempak kereta miliknya itu dipandu seorang lelaki di persimpangan jalan sekitar jam 12.30 tengah hari.

“Mangsa berusia 30-an itu bertindak mengekori suspek selain turut memaklumkan kejadian itu kepada anggota unit kereta peronda polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak yang kebetulan melalui kawasan itu.


“Suspek yang menyedari diekori kereta peronda polis terus memecut melarikan diri sebelum dikejar oleh anggota polis sejauh lebih tiga kilometer. Kereta dicuri suspek bagaimanapun berjaya dipintas sebelum ditahan polis di satu kawasan perumahan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/17

26 mati, 100 hilang


2014/05/17 - 01:35:01
Pasukan penyelamat mengangkat naik mayat mangsa kemalangan feri di Sungai Meghna, daerah Mungshiganj, Bangladesh, semalam.
Munshiganj: Dianggarkan 100 penumpang masih hilang dalam kejadian kemalangan membabitkan sebuah feri di Sungai Meghna, di kawasan tengah Bangladesh.

Pegawai berkuasa tempatan, Saiful Hasan berkata, setakat ini pasukan penyelamat berjaya menemui 26 mayat namun pihak berkuasa masih belum dapat memastikan jumlah sebenar penumpang yang menaiki feri yang tenggelam itu memandangkan pihak pengendali feri tidak mempunyai senarai nama penumpang.


Salah seorang penumpang yang hanya dikenali sebagai Sabuj berkata, beliau adalah antara 25 orang penumpang yang terjun dari feri dan berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing sungai.

Tak mahu dengar arahan

“Kapten feri dua tingkat itu tidak mahu mendengar permintaan penumpang agar menghampiri tebing sungai ketika ribut melanda, dia sebaliknya telah menghalakan feri ke arah bahagian tengah sungai,” katanya.

Keluarga penumpang yang hilang dan mati membanjiri kawasan tebingan sungai lokasi kemalangan menanti berita yang membabitkan keluarga masing-masing.

Kemalangan feri adalah sesuatu yang biasa berlaku di Bangladesh kerana permukaan bumi delta rendah, kepadatan penduduk, banyak kapal yang rosak dan peraturan yang agak longgar. AP

Pelajar koma jatuh bangunan asrama


Oleh Asmah Rusman
Kuala Lumpur: Seorang pelajar tingkatan empat Maktab Tentera Diraja (MTD) Kem Sungai Besi di sini, parah selepas mangsa dikatakan terjatuh dari tingkat empat bangunan asrama maktab berkenaan.

Menurut sumber, dalam kejadian jam 11 malam kelmarin, pelajar lelaki berusia 16 tahun itu dilaporkan koma dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) berikutan kecederaan serius dialami.


“Mangsa dikatakan terjatuh dari tingkat empat bangunan asrama berkenaan dan ketika itu terdapat seorang saksi yang melihat kejadian itu.

“Saksi kemudian segera memaklumkan kejadian itu kepada pihak warden asrama sebelum mangsa dikejarkan ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut,” katanya.


Katanya, pemeriksaan doktor mendapati mangsa disahkan mengalami pendarahan otak selain patah tulang belakang dan tulang pinggul.


“Susulan itu mangsa dipindahkan ke HKL untuk rawatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan. berhubung kejadian itu.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/17

Cucu tertiarap bawah kerusi


Oleh Junaidi Ladjana
Kota Kinabalu: Seorang nenek hanya mampu meraung sebaik melihat anggota bomba membawa keluar mayat cucu lelakinya berusia lima tahun yang rentung apabila rumah didiami mereka hangus dalam kebakaran di Kampung Pandanan, Inanam Laut, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian pada jam 11.15 pagi, mangsa, Mohd Sharan Fais Nizam, 5, ditemui tertiarap di bawah kerusi di ruang tamu rumah, sejurus selepas api dipadamkan.
Kebakaran membabitkan empat rumah kayu turut menyebabkan sepupu mangsa, Noorsamsiah Alimuddin, 6, yang juga orang kelainan upaya (OKU) melecur di muka manakala datuk mereka, Kans Jamalin, 52, melecur di muka, tangan dan kaki.

Kedua-dua mereka dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) II untuk rawatan.
Foto
MAYAT mangsa diangkat anggota bomba dalam kejadian kebakaran di Kampung Pandanan, Inanam Laut, Kota Kinabalu.

Menceritakan kejadian itu, nenek mangsa, Siti Kalma Abas, 50, berkata dia hanya sempat membawa cucunya yang lumpuh sejak lahir keluar dari rumah sebaik menyedari rumah didiami mereka mula terbakar.


Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/17

Ambil dadah demi ibu


Kota Kinabalu: Seorang lelaki yang ditahan kerana positif dadah cuba meraih simpati pihak berkuasa apabila memberi alasan terpaksa mengambil bahan terlarang itu untuk sentiasa ‘berjaga’ bagi menemani ibunya yang terlantar di hospital.
Namun, alasan lelaki berusia 48 tahun itu gagal meyakinkan pihak berkuasa menyebabkannya ditahan dalam Operasi Bersepadu Perdana di Jalan Sepanggar, dekat sini, malam kelmarin. 
Terdahulu, lelaki itu antara 11 pengguna jalan raya ditahan pihak berkuasa apabila didapati positif dadah jenis syabu selepas menjalani ujian air kencing. 

Dalam operasi jam 10 malam itu, suspek yang berasal dari Sarawak, mendakwa baru mengambil bahan terlarang itu sejak seminggu lalu kerana mahu menjaga ibunya di hospital.
Foto
PIHAK berkuasa memeriksa kenderaan yang ditahan.

“Saya terpaksa mengambil dadah untuk berjaga 24 jam menjaga ibu yang menghidap penyakit buah pinggang.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/17

Anggota KDN peras ugut diberkas



DUA lelaki termasuk seorang anggota penguat kuasa KDN yang ditahan SPRM di sekitar Butterworth, Pulau Pinang kelmarin.


GEORGE TOWN - Seorang pembantu penguat kuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) negeri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta wang perlindungan bagi melindungi kegiatan haram penjualan cakera padat video (VCD) dan cakera padat digital (DVD) haram di negeri ini.
Lelaki itu ditangkap pada pukul 3 petang di Butterworth kelmarin menerusi tindakan susulan Ops Power SPRM selepas menerima beberapa aduan daripada pengusaha DVD dan VCD yang mendakwa menanggung kerugian pada setiap bulan ekoran kegiatan peras ugut dilakukan pihak tertentu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0517&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz31v3P9Meq 
Hakcipta terpelihara 

Pelajar MTD cedera parah jatuh dari tingkat tiga


KUALA LUMPUR – Seorang pelajar Maktab Tentera Diraja (MTD) Sungai Besi di sini cedera parah selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama di maktab itu tengah malam semalam.
Sebelum kejadian kira-kira pukul 12.30 malam itu, mangsa Mohd. Haziq Fakhri Ghazali, 17, dikatakan sedang mengulangkaji pelajaran sambil bersandar di tepi tingkap bilik asramanya sebelum dia kemudian dipercayai terjatuh dalam keadaan tertiarap.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0517&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz31v3G1bTL 
Hakcipta terpelihara 

Tukang masak ditemui mati dibunuh di restoran


KLUANG – Misteri seorang tukang masak tidak pulang ke rumah selepas selesai bekerja terjawab apabila dia ditemui mati selepas dipercayai dipukul ketika disamun di restoran majikannya di Taman Sri Kluang di sini kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu, mayat mangsa yang merupakan seorang wanita warga Indonesia berusia 30 tahun yang namanya enggan didedahkan polis ditemui oleh salah seorang saudaranya yang ke restoran berkenaan selepas mendapati mangsa tidak pulang ke rumah seperti kebiasaan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0517&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz31v3ADucs 
Hakcipta terpelihara 

Anak guru maut dirempuh lori



SALAH seorang rakan mangsa yang enggan dikenali menunjukkan tempat di mana Muhammad Yazid Ikhwan maut dilanggar lori di Kampung Telok Sera, Serdang, Kedah kelmarin.


KULIM - Sambutan Hari Guru buat seorang guru semalam bertukar duka apabila anaknya maut dirempuh sebuah lori di Kampung Telok Sera, Serdang di sini kelmarin.
Dalam kejadian pukul 6.50 petang itu, mangsa, Muhammad Yazid Ikhwan Mohd. Yusuf, 7, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala.
Sebelum kejadian, mangsa yang merupakan anak bongsu daripada dua beradik itu sedang mengayuh basikal di kawasan tersebut dan tidak menyedari kehadiran lori dipandu seorang penduduk kampung sedang mengundur lalu menggilis kanak-kanak malang itu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0517&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz31v2nr4Rm 
Hakcipta terpelihara