Search This Blog

Friday, May 16, 2014

Lelaki maut van terbalik


Oleh Mohd Khidir Zakaria
Port Dickson: Seorang kontraktor maut dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Batu 6, Jalan Seremban-Port Dickson jam 9.30 pagi tadi.

Kejadian berlaku apabila sebuah lori simen dari arah Seremban terbabas ketika mendaki bukit di selekoh dan merempuh van dipandu mangsa, Gan Yee Chong, 49, lalu terbalik dan menghempap sebuah kereta jenis Perodua Alza yang datang dari arah Lukut.


Turut terbabit dalam kemalangan itu sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger dan lori tangki minyak yang datang dari arah yang sama.

Akibat kemalangan itu, mangsa tersepit dan dikeluarkan oleh orang ramai sebelum disahkan mati oleh pegawai perubatan yang tiba untuk membantu.

Foto


Ketua Polis Daerah Superintendan Abd Wahab Harun ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan sedang dilakukan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/16

Budak lima tahun rentung

Oleh Junaidi Ladjana
Kota Kinabalu: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun ditemui rentung dalam kebakaran membabitkan empat rumah di Kampung Pandanan Inanam Laut, di sini, sebentar tadi.
Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, mangsa rentung dikenali sebagai Mohd Sharan Fais Nizam ditemui rentung di dalam sebuah bilik di rumah berkenaan. 
Kejadian itu juga, menyebabkan dua cedera melecur di muka dan kaki iaitu Kans Jamalin, 52, dan Noorsamsiah Alimuddin, 6, yang juga seorang kelainan upaya (OKU).

Difahamkan, ketika mangsa dipercayai sedang tidur di salah sebuah bilik manakala ahli keluarga mangsa yang lain berada di ruang tamu.
Foto

Ketika api marak lima ahli keluarga mangsa keluar menyelamatkan diri manakala mangsa dipercayai terperangkap sebelum ditemui rentung.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/16

Pelajar maut dilanggar guru


SETIU 15 Mei - Seorang pelajar tingkatan empat maut selepas dilanggar seorang guru ketika dalam perjalanan menuju ke sekolahnya di Sungai Pinang, Jalan Jelapang dekat sini kira-kira pukul 7.30 pagi ini.
Kejadian itu dipercayai berlaku apabila motosikal yang ditunggangi pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chalok itu bertembung dengan kereta yang dipandu oleh guru wanita dari Sekolah Kebangsaan (SK) Jelapang yang datang dari arah bertentangan ketika mangsa sedang mendaki bukit.
Akibat kemalangan itu, mangsa yang cedera parah di bahagian kepala meninggal dunia di tempat kejadian manakala guru yang berusia 44 tahun itu hanya cedera ringan. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140515/je_05/Pelajar-maut-dilanggar-guru#ixzz31sCNgFYj
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Bayi ajaib selamat setelah terjatuh dari tingkat 11


Doktor menyifatkan Musa dapat terus hidup meskipun terjatuh dari tingkat 11 bangunan di Minneapolis pada 11 Mei lalu. - AGENSI
MINNEAPOLIS 15 Mei - Seorang bayi berusia 15 bulan di Amerika Syarikat (AS) layak digelar sebagai ‘bayi ajaib’ selepas dia terselamat, walaupun terjatuh dari tingkat 11 kompleks apartment Riverside Plaza, di sini pada Ahad lalu.
Bayi itu, Musa Dayib daripada masyarakat Somalia kini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal, namun dia dijangka dapat diselamatkan, meskipun mengalami patah tulang belakang, rusuk dan kerosakan paru-paru.
Musa kini tidak sedarkan diri dan keadaan itu dijangka hanya sementara.
Menurut ahli keluarga Musa, dia dipercayai tergelincir menerusi pagar balkoni bangunan setinggi 39 tingkat itu.
Komuniti Somalia di AS sedang mengumpul dana bagi membantu keluarga Musa.
Jurucakap Pusat Perubatan mukim Hennepin, Christine Hill berkata, bayi itu semakin stabil setakat semalam.
Dr. Tina Slusher yang bertugas di unit jagaan rapi pediatrik hospital itu memberitahu Star Tribune bahawa, Musa jatuh di kawasan tanah lembut.
“Ia anugerah besar daripada Tuhan yang menyelamat bayi itu,’’ kata Slusher.
Pemilik bangunan Riverside Plaza, George Sherman berkata, kakitangan penyenggaraan akan menutup pintu balkoni apartmen itu sekiranya mendapat permintaan daripada penyewa. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140516/lu_06/Bayi-ajaib-selamat-setelah-terjatuh-dari-tingkat-11#ixzz31sBwUhrL
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tragedi lombong cetus rusuhan di Turki


Polis antirusuhan Turki bertempur dengan penunjuk perasaan di hadapan bangunan ibu pejabat Eksplorasi dan Penyelidikan Galian (MTA) di Istanbul, kelmarin. - AFP
SOMA 15 Mei - Beribu-ribu penunjuk perasaan bertempur dengan polis di beberapa bandar di Turki, hari ini, sehari selepas berlaku insiden letupan di lombong arang batu di barat negara ini, yang mengorbankan 238 pekerja dan lebih 100 orang lagi dilaporkan masih terperangkap.
Bantahan besar-besaran itu diadakan bagi mengecam kecuaian industri perlombongan sehingga menyebabkan ramai orang terbunuh ketika kesatuan pekerja industri berkenaan turut mengadakan mogok bermula hari ini.
Situasi tersebut menyebabkan polis antirusuhan terpaksa menggunakan gas pemedih mata dan meriam air bagi menyuraikan kira-kira 4,000 penunjuk perasaan di Dataran Kizilay, Ankara dan Istanbul.
Terdahulu, pihak polis melepaskan gas pemedih mata ke arah kira-kira 800 pelajar yang mengadakan bantahan di Kementerian Tenaga di Ankara selepas 50 orang daripada mereka bertindak melontarkan telur ke arah bangunan tersebut.
Tiada kecederaan dilaporkan dalam pertempuran antara polis dan tunjuk perasaan itu.
Beratus-ratus ahli keluarga mangsa turut melepaskan kemarahan mereka dengan menendang kereta Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan yang didakwa tidak serius menangani kejadian itu, yang disifatkan terburuk dalam sejarah negara ini.
Dalam sidang akhbarnya, Erdogan berkata, satu siasatan akan dilancarkan bagi mencari punca kejadian itu, tetapi beliau menolak dakwaan bahawa kerajaannya bersalah dalam tragedi tersebut.
Beliau turut membuat perbezaan tentang kemalangan letupan atau runtuhan lombong di negara lain termasuk di Britain yang mencatat 204 kematian pada 1826 dan 361 orang pada 1864.
"Kejadian yang berlaku di Soma lebih merupakan kemalangan di tempat kerja," katanya selepas mengadakan lawatan di lokasi kemalangan di pekan Soma dekat wilayah Manisa, barat negara ini.
Sementara itu, Gabungan Kesatuan Pekerja Awam Turki yang mewakili 240,000 pekerja, mendesak agar pihak yang bertanggungjawab dalam kejadian letupan lombong di Soma itu dibawa ke muka pengadilan.
Dalam kejadian kelmarin, seramai 787 pekerja berada di dalam lombong yang diusahakan oleh Syarikat Soma Komur Inc. ketika letupan berlaku, dipercayai berpunca daripada kerosakan transformer elektrik.
Menurut kenyataan firma itu, kira-kira 450 orang berjaya diselamatkan, manakala 238 lagi maut akibat terhidu gas beracun.
Pasukan keselamatan turut berdepan kesukaran mencari dan menyelamat lebih 100 pekerja yang masih terperangkap ekoran risiko terhidu gas berbahaya lebih-lebih lagi pada kedalaman 100 meter di dalam lombong. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140516/lu_07/Tragedi-lombong-cetus-rusuhan-di-Turki#ixzz31sAvRnbS
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Feri bawa 200 penumpang terbalik di Bangladesh


DHAKA 15 Mei - Sebuah feri yang membawa kira-kira 200 orang penumpang terbalik di sebuah sungai berdekatan Dhaka, hari ini.
Pihak polis melaporkan sekurang-kurangnya enam mayat, termasuk seorang kanak-kanak telah ditemui dan kapal penyelamat dalam perjalanan ke kawasan kejadian.
Feri M.V Miraj itu dilaporkan sedang dalam perjalanan dari Dhaka ke Shariatpur sebelum terbalik ketika ribut melanda Sungai Meghna di Rasulpur dalam wilayah Munshiganj, di sini pada pukul 3.30 petang waktu tempatan (4.30 petang waktu Malaysia).
Timbalan Pesuruhjaya wilayah Munshiganj, Saiful Hassan Badal berkata, pasukan keselamatan kini dalam perjalanan ke tempat kejadian. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140516/lu_01/Feri-bawa-200-penumpang-terbalik-di-Bangladesh#ixzz31sAUXHDj
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wanita Mongolia diperintah bela diri, teman lelaki bebas tuduhan edar dadah


16/05/2014 4:12pm

SHAH ALAM - Seorang penuntut sebuah kolej swasta warga Mongolia hari ini diperintah membela diri atas tuduhan mengedar dadah jenis heroin dan morfin seberat 363.6 gram yang didakwa dilakukan bersama teman lelakinya di sebuah rumah di Subang Jaya pada Januari 2013.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, Zolzaya Natsagdorj, 26, penuntut jurusan pengurusan dan perniagaan antarabangsa.
Teman lelaki wanita itu, Barsbaatar Ganbold, 22, juga warga Mongolia, bagaimanapun dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan tanpa dipanggil membela diri setelah mahkamah mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie ke atasnya.
Hakim Akhtar menetapkan 22 Mei ini untuk Zolzaya, yang diwakili peguam L A Gomes, membela diri.
Dalam penghakimannya, beliau berkata, mengikut keterangan Zolzaya kepada pihak polis, wanita itu mendakwa beg berisi dadah itu telah diberikan kepadanya oleh seseorang.
Hakim Akhtar berkata, Zolzaya bagaimanapun mengakui mengetahui kandungan di dalam beg itu, malah ketika serbuan, wanita itu kelihatan terkejut dan cemas.
Daripada tingkah lakunya, ada kesimpulan yang munasabah dia mengetahui sesuatu, katanya.
Mengenai Barsbaatar, beliau berkata, penuntut jurusan teknologi maklumat (IT) di sebuah institut pengajian tinggi swasta itu hanya seorang pelawat (di tempat kejadian), jadi tiada keterangan untuk mengaitkannya dengan pemilikan dan pengetahuan ke atas dadah berkenaan.
Barsbaatar diwakili peguam Eugene Tan.
Pasangan kekasih itu didakwa bersama-sama mengedar dadah jenis heroin seberat 278.6 gram dan monoacetylmorphine seberat 85 gram di rumah berkenaan pada pukul 1.30 pagi, 26 Januari 2013.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) Akta sama yang memperuntuk hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Sepanjang perbicaraan, Timbalan Pendakwa Raya Iswa Tonie yang mengendalikan pendakwaan, mengemukakan empat saksi untuk memberi keterangan. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0516&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_12.htm#ixzz31s9wo9Lj 
Hakcipta terpelihara 

72 pendatang tanpa izin ditahan di Lahad Datu


LAHAD DATU 16 Mei - Seramai 70 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Ops Gasak 9 yang diselaraskan oleh Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) di Sinakut Lama, berhampiran Kampung Tanduo yang pernah menjadi lokasi pendaratan kumpulan penceroboh Sulu, awal hari ini.
Pengarah Pertahanan Esscom, Mejar Jen. Datuk Masrani Paiman berkata, kesemua PATI itu termasuk 12 wanita ditahan kerana tidak memiliki dokumen sah.
Operasi dua jam itu yang bermula pada 6 pagi disertai anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).
“Ops Gasak 9, yang saya sifatkan sebagai operasi kerangka, dilakukan ke atas sasaran yang dikenal pasti semasa ATM membuat rondaan rutin.
“Kita telah memeriksa 54 rumah di Kampung Sinakut Lama dan menahan 70 orang kerana tidak memiliki dokumen yang sah," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140516/je_03/72-pendatang-tanpa-izin-ditahan-di-Lahad-Datu#ixzz31s9Yo2Gz
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Dua Dituduh Rogol Gadis Bawah Umur




MELAKA: Seorang pekerja kantin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas pertuduhan merogol seorang gadis bawah umur di Tanjung Kling, bulan lalu.
Tertuduh Ridhwan Abdullah, 18, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah di depan Hakim Amran Jantan.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol seorang perempuan berusia 12 tahun lima bulan di sebuah rumah di Tamana Tanah Merah, Tanjung Kling, di sini, kira-kira jam 10 malam pada April 2014.
Dalam prosiding berasingan seorang pekerja restoran makanan segera, turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol seorang gadis bawah umur minggu lalu.
Tertuduh, Razman Rahmat, 21 didakwa merogol mangsa berusia 15 tahun lima bulan di sebuah rumah di Taman Alai Perdana, di sini,kira-kira jam 7.30 pagi, pada 9 Mei 2014.
Kedua-dua mereka di dakwa mengikut Seksyen 376,  Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika disabitkan kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya M. Rebecca yang mengendalikan kedua-dua kes berkenaan menawarkan jaminan RM20, 000 bagi setiap tertuduh.
Ridhwan yang tidak diwakili peguam ketika rayuan memohon jumlah itu dikurangkan dengan ala an mempunyai Sembilan adik-beradik ditanggung ayahnya.
Razman turut mengemukakan rayuan sama dengan alasan menanggung ibu bapa selain adik beradik yang masih bersekolah.
Amran kemudian membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM10, 000 dengan seorang penjamin.
Mahkamah turut menetapkan sebutan semula kes serta lantikan peguam bagi Ridhwan dan Razman masing-masing pada 16 dan 17 Jun depan.--Harian Metro

Dua beranak maut kemalangan

SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI
Dua beranak maut kemalangan
Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Tapah, Inspektor Khairul Nizam Ismail melihat pacuan empat roda yang remuk teruk dalam kemalangan di Lebuhraya Plus awal pagi semalam 
16 Mei 2014
TAPAH - Perjalanan dua beranak ke utara tanah air berakhir dengan tragedi apabila mereka maut dalam kejadian kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan (Plus), arah utara di sini, awal pagi semalam.

Kejadian di Kilometer (KM) 320.5 pada kira-kira jam 5 pagi semalam itu mengakibatkan dua maut, seorang cedera parah manakala dua cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw berkata, mangsa, Shakri Mohd Nor, 46, meninggal dunia ketika  menerima rawatan di Hospital Tapah manakala anaknya, Syed Ahmad Shakir Shakri, 19, maut di tempat kejadian.

Menurutnya, kejadian itu mem babitkan tiga kenderaan yang dalam perjalanan ke utara tanah air. Apabila tiba di tempat kejadian, treler dipandu seorang lelaki berusia 50 tahun dipercayai terbabas dan terbalik serta melintang di atas jalan.

“Kenderaan pacuan empat roda dipandu Syed Ahmd Shakir dipercayai tidak sempat mengelak disebabkan jarak terlalu dekat dan melanggar bahagian badan treler yang terbalik dan  melintang di atas jalan.

“Dalam masa sama, sebuah lori di belakang kenderaan pacuan empat roda yang juga tidak sempat mengelak telah melanggar belakang kenderaan mangsa,” katanya.

Som Sak berkata, Syed Ahmad Shakir yang cedera parah di bahagian kepala maut di tempat kejadian manakala bapanya, Shakri meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Tapah setelah mengalami kecederaan parah di bahagian dadanya.

Menurutnya, pemandu lori yang membawa muatan perabot berusia 27 tahun patah kaki dan dirawat di Hospital Teluk Intan .

Katanya, kelindan lori dan pemandu lori treler hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Tapah sebelum dibenarkan keluar.

Beliau berkata, jenazah kedua-dua mangsa telah dituntut waris. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Feri Bangladesh karam dipukul ombak



SEORANG waris mangsa meratap ketika menunggu berita tentang saudara lelakinya yang menaiki feri M.V. Miraj-4 yang tenggelam di Sungai Meghna, dalam daerah Munshiganj, Bangladesh semalam.


DHAKA - Pasukan penyelamat menemui sekurang-kurangnya 29 mayat sehari selepas sebuah feri karam di dalam sebatang sungai ketika ribut di tengah Bangladesh manakala polis menganggarkan lebih 100 mangsa masih hilang, kata pihak berkuasa semalam.
Anggota-anggota penyelam bertungkus-lumus mencari mayat di dalam feri M.V. Miraj-4 yang karam akibat dilanda ombak besar.
Sejumlah mangsa terselamat pula menyalahkan kapten feri itu kerana enggan mencari perlindungan daripada ribut yang akan melanda mereka.
Dalam pada itu, pihak berkuasa turut melancarkan siasatan sama ada feri tersebut membawa terlalu ramai penumpang semasa kejadian.
"Langit bertukar gelap manakala berpuluh-puluh penumpang merayu kepada kapten itu supaya mengemudi feri MV Miraz ke tebing terdekat selepas kami melihat ribut akan melanda," kata seorang mangsa terselamat, Mohammad Ali.
"Namun, dia tidak mempedulikan rayuan kami," tambahnya.
Menurutnya, ribut tersebut mencetuskan tiga ombak gergasi.
"Feri itu condong dan tenggelam selepas dilanggar ombak ketiga," ujarnya.
Dalam perkembangan berkaitan, beberapa pegawai berkata, sebanyak 200 hingga 350 orang dipercayai berada di dalam feri sepanjang 30 meter itu ketika ia tenggelam ke dasar Sungai Meghna tengah hari kelmarin.
"Kemalangan ini berlaku di daerah Munshiganj, sekitar 50 kilometer ke selatan ibu kota Bangladesh, Dhaka," kata seorang pegawai daerah, Saiful Hasan.
Feri tersebut berlayar dari Dhaka menuju ke daerah Shariatpur sebelum tenggelam dipukul ombak.
Pegawai polis tempatan, Ferdous Ahmed mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya dua wanita dan seorang kanak-kanak merupakan antara mangsa yang terkorban.
"Kira-kira 20 hingga 30 orang berjaya berenang ke tebing selepas feri itu karam," kata Ferdous.
Sementara itu, pihak berkuasa menyatakan, sebuah kapal penyelamat tiba di lokasi kejadian manakala sepasukan penyelam telah mengesan feri tersebut dan cuba mengeluarkan mayat-mayat yang terperangkap.
"Saya bimbang banyak mayat masih terperangkap di dalam feri tersebut," kata seorang pegawai bomba, Nurul Alam.
Menurutnya, keadaan sungai yang lebar dan dalam di samping arus deras menyebabkan usaha menyelamat menjadi sukar.
Sebuah kren gergasi turut digunakan untuk cuba mengapungkan feri karam tersebut. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0517&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz31v42tv00 
Hakcipta terpelihara 

‘Rezeki terpijak’ bertukar malang


Kuala Lumpur: Impian seorang wanita untuk mendapat rezeki terpijak melalui perkenalan dengan seorang lelaki warga Kanada di Facebook berakhir dengan kerugian apabila dia terpedaya dengan sindiket penipuan didalangi warga Afrika.
Mangsa yang berusia 20-an dikatakan terpedaya selepas lelaki yang dikenali selama sebulan itu mendakwa mahu memberikan wang simpanannya iaitu £10,000 (RM50,000) kepada mangsa sebagai hadiah.
Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, suspek juga meminta nombor akaun serta telefon mangsa dan berjanji membuat pemindahan wang dalam tempoh dua hari.
“Selepas dua hari, mangsa dihubungi seorang wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai perunding lalu meminta dia memasukkan wang RM1,350 sebagai yuran pelepasan urusan pemindahan wang ke dalam akaun mangsa.
“Tanpa berfikir panjang, mangsa memasukkan jumlah wang yang diminta ke dalam akaun tetapi menyedari ditipu selepas tidak pernah menerima wang yang dijanjikan menyebabkan dia membuat laporan polis,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Menurutnya, susulan laporan itu, polis Bahagian Operasi dan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras melakukan operasi bagi mengesan suspek.
“Dalam operasi itu, kami ke sebuah rumah di Bandar Mahkota Cheras pada jam 1 tengah hari semalam (kelmarin) dan menahan lima lelaki warga Nigeria berusia antara 25 hingga 35 tahun.
“Hasil pemeriksaan, semua suspek adalah pelajar di beberapa kolej swasta sekitar Lembah Klang.

Kami merampas enam komputer riba dan sembilan telefon bimbit,” katanya.
Beliau berkata, semua suspek ditahan reman sehingga Ahad ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK).
Foto
MOHAN (dua dari kanan) menunjukkan antara barang rampasan daripada warga Afrika.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/16

Denda RM300 cermin gelap, plat tak ikut spesifikasi


2014/05/16 - 07:14:18
Kuala Lumpur: Pemilik kenderaan yang menggunakan cermin gelap dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi perlu menukar kepada yang mematuhi peraturan selewat-lewatnya 15 Jun ini.

Polis akan melancarkan operasi pemeriksaan besar-besaran bermula 16 Jun yang mana denda maksimum RM300 akan dikenakan terhadap pemandu yang melakukan kesalahan itu.


Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Fuad Abd Latiff, berkata penggunaan nombor pendaftaran yang tidak mengikut spesifikasi serta cermin yang terlalu gelap menyukarkan polis untuk mengecam penjenayah.

Sukar jejaki penjenayah

Apabila berlaku kes seperti ragut, samun dan bunuh, adalah sukar untuk mangsa atau saksi mengecam nombor pendaftaran yang digunakan suspek. Secara tidak langsung sukar untuk menjejaki suspek.

Begitu juga dengan cermin yang gelap yang menyukarkan pandangan pihak berkuasa untuk mengetahui kemungkinan terdapat penjenayah yang dikehendaki atau barangan terlarang di dalam sesebuah kenderaan, katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Mengenai persoalan mengapa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap penjual, Mohd Fuad berkata polis akan mengemukakan cadangan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. 

Dua maut kemalangan tiga kenderaan


Tapah : Dua maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di KM 320 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dekat sini, kira-kira 4.30 pagi tadi.


Foto
KEADAAN kenderaan kemalangan di KM 320 dekat Tapah, pagi tadi.
Kejadian berlaku apabila sebuah lori dari arah Tapah menuju Ipoh hilang kawalan lalu terbabas dan melintang jalan menyebabkan sebuah Toyota Fortuner dan sebuah lagi lori yang datang dari arah sama gagal mengelak lalu merempuhnya. 
Ketua Polis Daerah Tapah Superintendan Somsak Din Keliaw berkata, mangsa pemandu kenderaan utiliti sukan itu parah dan maut di tempat kejadian manakala penumpangnya disahkan meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Tapah. 

"Mangsa dikenali sebagai Syed Ahmad Shakir Shakri berusia 19 tahun manakala seorang penumpang kereta berkenaan belum dikenal pasti identitinya. 

"Sementara pemandu lori yang terbabit dalam kejadian terbabit hanya mengalami kecederaan ringan," katanya. 

Beliau berkata, kemalangan itu menyebabkan kenderaan yang dinaiki mangsa remuk teruk di bahagian depan. 

"Kemalangan menyebabkan lebuh raya sesak teruk hingga lebih lima kilometer. 

"Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/15

Budak lelaki hilang dihanyutkan arus


Oleh Junaidi Ladjana
Sandakan: Kegembiraan tiga kanak-kanak lelaki mandi di tepi pantai di bandar ini, berakhir tragedi selepas salah seorang daripada mereka hilang, dikhuatiri lemas dalam kejadian, petang tadi.

Dalam kejadian 4.50 petang, kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dan masih belum dikenal pasti identitinya, dikatakan hanyut dibawa arus sebelum tenggelam.


Saksi, Noor Khaliesah Haru, 22, berkata, mangsa dipercayai sedang mandi bersama dua lagi rakannya di tepi pantai dikenali sebagai 'tembok'.

"Ketika itu, saya berada di dalam kereta dan terkejut apabila melihat seorang kanak-kanak berlari sambil menjerit meminta tolong.


"Saya bersama rakan bergegas menghampirinya dan dimaklumkan salah seorang rakan mereka dihanyutkan arus.


"Saya kemudian menuju ke laut dan melihat kepala mangsa di permukaan air selama beberapa saat sebelum tenggelam," katanya ketika dihubungi.

Menurut saksi, rakannya kemudian menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sandakan untuk memaklumkan kejadian itu.

"Beberapa minit selepas itu, sepasukan bomba tiba dan menjalankan gerakan mencari dan menyelamat tapi sehingga kini, mangsa masih gagal ditemui," katanya.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sabah Mohd Affendi K Ramin berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 4.57 petang dan sebuah jentera dengan kekuatan 12 anggota termasuk dari unit skuba Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan dikerah ke tempat kejadian.

"Operasi mencari dan menyelamat dijalankan namun gagal menemui mangsa.

"Operasi kemudian ditunda pada jam 7.40 malam tadi dan akan disambung semula esok," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/15

Mayat ditemui tergantung di paip air


Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
Puchong: Seorang lelaki berusia 20-an ditemui tergantung di paip air di Kilometer 2.8 berhampiran Plaza Tol Puchong Barat Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), 8 malam tadi.

Lelaki terbabit yang dipercayai bunuh diri ditemui orang awam sebelum bertindak menghubungi pihak bomba.


Ketua Operasi Balai Bomba Subang Jaya Shamsul Abidin berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada 8.06 malam.

Menurutnya, 10 anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian dan tiba setengah jam kemudian akibat kesesakan teruk.


"Sebaik tiba kami mendapati mangsa tergantung dengan kabel di paip air. Kami menghadapi sedikit kesukaran untuk mengangkat mayat kerana kedudukannya. Mayat berjaya diangkat sejam kemudian dan dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/15

Pesawat MAS dirempuh kereta


SEPANG: Malaysia Airlines (MAS) mengesahkan insiden kereta lapangan terbang jenis Perodua Viva berlanggar dengan bahagian badan pesawat B737-800 miliknya menyebabkan penerbangan MH740 ke Yangon, Myanmar terpaksa ditunda selama 40 minit pagi tadi.
Pengarah Operasi MAS Kapten Izham Ismail berkata jurutera di lokasi segera melakukan pemeriksaan awal dan mendapati tiada kerosakan serius yang boleh mendatangkan risiko terhadap struktur pesawat. 
"Bagaimanapun, pesawat berkenaan tidak dibenarkan berlepas agar pemeriksaan lebih lanjut dapat dibuat," katanya menerusi kenyataan dikeluarkan MAS petang tadi. 

Difahamkan pemandu kereta milik vendor berkenaan juga telah diambil tindakan.
Foto

Akibat kejadian itu, penerbangan yang dijadual berlepas 10.05 pagi itu terpaksa ditunda dan penumpang dipindahkan ke penerbangan seterusnya pada jam 10.45 pagi.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/15

Cermin dipecah ketika berhenti


Kota Kinabalu: Cermin kenderaan milik Pengerusi Gabungan Persatuan-Persatuan Restoran dan Kedai Teh Koo Soo Pan Malaysia pecah dipercayai dihentak benda keras ketika sedang berhenti di lampu isyarat di Jalan Tun Fuad Stephens berhampiran bangunan Warisan Squara, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian pada jam 11.30 malam itu, Lim Vun Chan bersama isteri dan seorang anak perempuanyanya berusia 20 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan. 
Sejurus selepas kejadian itu, Vun Chan terus membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, di sini. 

Menurut Vun Chan, ketika kejadian beliau bersama keluarganya dalam perjalanan pulang ke kediamannya berhampiran lokasi kejadian.
Foto

"Ketika memperlahankan kenderaan tiba-tiba cermin tepi sebelah kiri pecah. Nasib baik anak saya yang duduk di bahagian belakang tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Saya tidak melihat siapa yang melakukannya kerana ia berlaku secara tiba-tiba," katanya ketika ditemui di IPD Kota Kinabalu, sebentar tadi. 
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/15

Polis berkas suspek pengganas


Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz
Kuala Lumpur: Seorang suspek yang berasal dari Asia Selatan ditahan sepasukan polis dari Cawangan Khas Anti Keganasan Bukit Aman di kawasan perumahan di Kepong, Selangor semalam selepas dipercayai terlibat dalam aktiviti keganasan.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin dalam satu kenyataan media hari ini berkata, suspek ditahan jam 11.55 pagi dalam satu operasi khas Polis Diraja Malaysia (PDRM).


Beliau berkata, PDRM sudah menjalankan risikan serta pemantauan sejak Disember tahun lalu sebelum tangkapan dilakukan ke atas suspek yang dipercayai terlibat dalam rancangan untuk melancarkan serangan ke atas pejabat konsulat asing di Chennai dan Bangalore, India.

"Berdasarkan risikan serta pemantauan yang dilakukan PDRM, segala maklumat terus disalurkan kepada pihak berkuasa India pada 9 April lalu dan mereka (pihak berkuasa India) berjaya menahan tiga suspek utama di Chennai 20 hari kemudian dalam satu operasi susulan," katanya.


Mohd Bakri berkata, PDRM akan terus bekerjasama dengan agensi penguatkuasa asing dalam membanteras dan menangani ancaman keganasan sama ada di peringkat serantau mahupun global.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/15

‘Doktor kaki lima’ dicekup


Kuala Lumpur: Seorang ‘doktor kaki lima’ yang giat menjalankan perniagaan menjual ubat kuat dan pil perangsang seks di beberapa lokasi sekitar ibu negara terkedu apabila ditahan anggota Bahagian Penguat Kuasa Farmasi Kuala Lumpur (CPFKL) di hadapan sebuah hotel di Brickfields di sini, semalam.
Lelaki tempatan berusia 40-an itu dikesan menjalankan perniagaan ubat kaki lima itu secara bergerak selain memilih lokasi yang menjadi tumpuan ramai seperti restoran dan pusat beli-belah. 
Dalam serbuan jam 11.15 pagi itu, sebanyak 15 jenis pil perangsang seks dirampas disyaki diseludup dari China dan Indonesia. 

Ketua Seksyen Risikan Operasi CPFKL Azarudin Aziz berkata, lelaki itu dikesan menjalankan perniagaan di beberapa lokasi di Brickfields setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 5 petang sebelum berpindah ke lokasi lain.
Foto
PEGAWAI penguat kuasa memeriksa ubat kuat yang dijual di kaki lima.

“Waktu malam, lelaki itu akan berniaga di Pasar Pudu, Plaza Kotaraya dan Pasar Seni, malah dia juga mengaku sudah ada pelanggan tetap terdiri daripada kalangan lelaki tempatan dan warga asing,” katanya.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/16

APMM rampas petrol yang cuba diseludup di Semporna


Tawau: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) merampas 3,000 liter petrol bersubsidi yang dipercayai cuba diseludup ke negara jiran melalui perairan Semporna.

Pengarah Operasi Daerah Maritim Tawau, Komander Maritim Azman Shamsudin,
berkata kesemua bahan bakar itu dirampas dalam operasi di perairan Pulau Larapan, 5.45 petang Selasa lalu.




"Ketika operasi itu kami terserempak dengan tiga bot yang mencurigakan. Apabila cuba menghampiri bot itu, enam individu yang berada di atas bot berkenaan bertindak terjun ke laut dan berjaya meloloskan diri.
"Hasil pemeriksaan ke atas bot berkenaan, mendapati ketiga-tiga bot tersebut
dimuatkan dengan 50 tong berisi 20 liter petrol," katanya dalam satu kenyataan

di sini, hari ini.

Menurutnya, operasi untuk membanteras penyeludupan minyak bersubsidi akan terus ditingkatkan dari semasa ke semasa bagi memastikan aktiviti merugikan negara itu
dapat dibendung.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/15

Ibu bapa budak hilang ditahan bantu siasatan


2014/05/16 - 07:25:03
Kota Kinabalu: Sepasang suami isteri ditahan bagi membantu siasatan kehilangan anak mereka berusia tiga tahun yang dilarikan bersama pacuan empat roda milik pasangan itu di Kampung Air di sini, Jumaat lalu.

Pasangan berusia 31 tahun itu ditahan ketika datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, jam 9 malam kelmarin.


Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun, berkata pasangan itu ditahan selepas memberi keterangan bercanggah ketika polis merakam kenyataan berhubung kehilangan anak mereka, Low Ming You.

Mereka direman tiga hari bagi membantu siasatan. Polis masih menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan dan kanak-kanak itu belum ditemui, katanya di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 6 pagi Jumaat lalu, Ming You ditinggalkan sendirian dalam pacuan empat roda yang tidak berkunci serta enjin dibiarkan hidup berhampiran stesen minyak di Kampung Air oleh bapanya yang pergi ke tandas.

Sebaik bapanya keluar dari tandas, kenderaan itu didapati hilang bersama Ming You.

Polis kemudian menemui pacuan empat roda itu dalam keadaan berkunci di kawasan Menara Jam Atkinson, kira-kira 500 meter dari tempat kejadian sekitar jam 9.30 pagi.
Bagaimanapun, kanak-kanak itu tiada dalam pacuan empat roda berkenaan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, sebelum ini dilaporkan berkata, polis akan menyiasat aspek kecuaian dalam kes kehilangan kanak-kanak itu.

3 maut serangan bom di Bangkok


2014/05/15 - 23:22:31
BANGKOK: Tiga orang maut dalam serangan bom awal pagi tadi ke atas kawasan penunjuk perasaan anti kerajaan di sini.

Pihak tentera mengecam serangan itu dan memberi amaran ia mungkin campur tangan untuk menghentikan keganasan.


Dalam serangan grened M79 itu kira-kira 2.45 pagi di Tugu Demokrasi, 23 orang cedera tetapi tiga orang kemudiannya mati di hospital.

Sehingga petang ini, 10 yang cedera masih berada di hospital.

Ketua tentera Prayuth Chan-ocha yang mengutuk serangan itu berkata pihak tentera perlu digerakkan untuk menghentikan keganasan.

Pemangku perdana menteri Niwattumrong Boonsongpaisan sepatutnya berjumpa Suruhanjaya Pilihan Raya untuk membincangkan pilihan raya umum 20 Julai, tetapi ditangguh selepas penunjuk perasaan menuju ke bilik perjumpaan di Akademi Tentera Udara Diraja Thailand.

Dengan kejadian itu tidak pasti sama ada suruhanjaya berkenaan akan meneruskan rancangan untuk mengadakan pemilihan pada Julai.
- BERNAMA

Ingatkan dia nazak

Jasin: “Mangsa terkulai dengan dengusan nafas yang perlahan selepas kereta dipandu dirempuh lori lima tan sarat muatan tanah merah. Pada masa sama, darah pekat mengalir dari sebelah kanan kepalanya,” kata Mohd Hisham, 39, saksi kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Selandar - Kesang Pajak, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari, mangsa Widad Mohd Ismail, 34, yang memandu Proton Iswara dikatakan dari arah pekan Selandar menuju ke Kesang Pajak sebelum terbabit kemalangan itu.
Difahamkan, pensyarah Kolej Komuniti Selandar itu yang memandu sendirian dipercayai membuat pusingan U setibanya di tempat kejadian sebelum dirempuh lori muatan tanah dipandu seorang lelaki berusia 27 tahun.

Kata Mohd Hisham, dia yang mengikuti orang ramai berlari ke arah mangsa sebaik kemalangan terus mengejutkan wanita itu, sementara menunggu bantuan penyelamat tiba.
Foto
LORI muatan tanah merempuh kereta sebelah kanan pemandu mengakibatkan mangsa tersepit sebelum dikeluarkan orang ramai, semalam.

“Mulanya saya sangka mangsa nazak, namun dia tersedar sebelum dihantar ke Hospital Jasin menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut,” katanya, semalam.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/16

Kebakaran hutan merebak di selatan California


SAN DIEGO 15 Mei - Beribu-ribu penduduk terpaksa berpindah bagi menyelamatkan diri ekoran kebakaran hutan yang semakin marak melanda selatan California, Amerika Syarikat (AS) hari ini.
Angin kencang menyebabkan api merebak ke arah tempat kediaman serta jalan-jalan raya ketika daerah berkenaan sedang mengalami musim kemarau yang paling teruk, namun tiada kecederaan dilaporkan.
Gabenor California, Jerry Brown mengisytiharkan kawasan terbabit sebagai zon bencana, manakala sekolah-sekolah serta taman tema berhampiran ditutup ekoran kebakaran hutan itu. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140516/lu_03/Kebakaran-hutan-merebak-di-selatan-California#ixzz31prRIhkZ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Gempa bumi melanda Laut Sulu


MANILA 15 Mei - Gempa bumi kuat melanda bahagian kepulauan di tengah Filipina hari ini, namun tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan, gempa bumi itu berukuran 6.2 skala Ritcher dengan kedalaman 53 kilometer yang melanda kawasan perairan Laut Sulu yang terletak kira-kira 38 kilometer dari pantai barat daya Filipina pada pukul 6.16 petang waktu tempatan.
Menurut pegawai keselamatan awam, Edmundo Vilches, tiada sebarang kerosakan atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian gempa bumi itu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140516/lu_02/Gempa-bumi-melanda-Laut-Sulu#ixzz31prHjshk
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sepuluh ditahan dalam sekatan jalan raya di Sepanggar


Oleh Junaidi Ladjana
Kota Kinabalu: Sepuluh individu ditahan selepas didapati positif dadah dalam Ops Bersepadu Perdana di Jalan Sepanggar, dekat sini, malam tadi.

Dalam operasi itu, 49 saman turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan hasil pemeriksaan ke atas seribu kenderaan sepanjang operasi bermula 8 hingga 11 malam.



Pengerusi Majlis Tindakan Membenteras Dadah Sabah, Datuk Jainab Ahmad berkata, dalam operasi itu, 175 individu diperiksa dan daripada jumlah itu 10 individu ditahan kerana didapati positif dadah jenis syabu.

"Semua individu berusia dalam lingkungan 19 hingga 49 tahun kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut," katanya ketika ditemui selepas operasi terbabit.


Operasi itu turut disertai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sabah, Polis Diraja Malaysia (PDRM, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah dan Jabatan Imigresen Sabah.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/16

Pakar akan tentukan lokasi pencarian baharu MH370



SEORANG anggota tentera laut Australia bersama kenderaan bawah laut, Bluefin-21 yang digunakan untuk mencari pesawat MH370 di dasar laut. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Fasa baharu operasi mencari pesawat Boeing 777-200ER milik Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu akan ditumpukan di kawasan dasar laut dengan lokasi pencarian akan ditentukan pakar penerbangan berdasarkan analisis yang mereka lakukan.
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, lokasi pencarian yang lebih tepat kini sedang dikaji oleh para pakar berpangkalan di Canberra, Australia berdasarkan data-data sedia ada.
“Lokasi pencarian nanti akan berdasarkan analisis oleh sekumpulan pakar bersama-sama (syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom) Inmarsat.
“Ia kerana tiga keutamaan dalam fasa baharu pencarian adalah menganalisis semula data untuk mengenal pasti lokasi yang lebih tepat, melaksanakan kajian pemetaan dasar laut dan menggerakkan pencarian di dasar laut,” katanya pada satu sidang akhbar di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0516&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz31pqB4tj7 
Hakcipta terpelihara 

Pesalah trafik diburu selesai saman RM570j


KUALA LUMPUR - Polis akan menjejaki pesalah trafik dalam 'Ops Warta' mulai Jun depan ke arah menyelesaikan masalah tunggakan saman berjumlah RM570 juta sejak 10 tahun lepas.
Ketua Trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd. Fuad Abd Latiff berkata, ia melibatkan 1.9 juta waran tangkap yang masih berbaki dalam tempoh itu.
Beliau berkata, ada pesalah tegar yang mempunyai lebih daripada satu waran tangkap kerana enggan menjelaskan saman mereka.
"Tindakan kami ini adalah untuk memastikan peraturan lalu lintas sentiasa dihormati di negara ini bagi mencegah kemalangan dan kematian di jalan raya," katanya kepada pemberita di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0516&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz31ppwBosi 
Hakcipta terpelihara 

Ibu bapa direman


Kota Kinabalu: Pasangan suami isteri yang juga ibu-bapa kepada mangsa culik, Low Min You, 3, direman polis selama tiga hari bagi membantu siasatan berhubung kes kecuaian di Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Kedua-dua mereka berusia 31 dan 26 tahun dilihat dibawa ke Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, kira-kira jam 8 pagi sebelum beredar sambil diiringi anggota polis, kira-kira empat jam kemudian.


Difahamkan, permohonan itu dilakukan melalui pegawai penyiasat, Inspektor B Shreethran yang memohon pasangan itu direman selama tujuh hari selepas siasatan mendapati terdapat percanggahan rakaman kenyataan di antara mereka.

Menurut Shreethran, permohonan reman itu wajar berikutan kes kehilangan kanak-kanak terbabit menarik perhatian ramai, bukan saja penduduk di negeri ini, sebaliknya seluruh negara.


Bagaimanapun, peguam bela pasangan berkenaan, Ram Singh berkata, tiada kepentingan menahan pasangan itu untuk jangka masa lama kerana mereka memberi kerjasama baik kepada polis sejak hari pertama kehilangan anak mereka.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/16

3 individu termasuk pegawai polis diburu


Oleh Muhammad Apendy Issahak
Ipoh: Tiga individu termasuk seorang pegawai polis berpangkat Cif Inspektor, kini dicari bagi membantu siasatan berhubung tiga kes berasingan membabitkan kes penipuan, pecah amanah dan penggunaan lambang Ahli Diraja Perak.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Perak Superintendan Maszely Minhad berkata, ketiga-tiga individu itu dikehendaki polis selepas usaha mengesan dan mencari mereka berdasarkan alamat terakhir gagal.

Menurutnya, bagi kes membabitkan seorang pegawai polis, dia dikehendaki untuk membantu kes pecah amanah yang berlaku pada 2005 membabitkan kes kecurian di rumah seorang mangsa di Kampung Tawas, di sini.

“Selepas kes selesai, mangsa meminta semula barangan kemas miliknya dianggarkan bernilai RM40,000 yang dicuri, namun terkejut apabila dimaklumkan semua barang yang dijadikan bahan bukti itu diserahkan kepada pemilik berdasarkan satu surat serah menyerah dan mangsa mendakwa tidak pernah menandatangani surat berkenaan.

“Kertas siasatan kes pecah amanah itu kini dibuka dan disiasat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan di mana suspek adalah Cif Inspektor Mohd Yunud Awang, namun suspek masih gagal dikesan hingga kini,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Maszely berkata, alamat terakhir suspek adalah di Nombor 383, Taman Dinding Ayer Tawar, Manjung, dekat sini dan polis meminta orang ramai yang mengenalinya supaya menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Zaharah Jaafar di talian 017-3195 672 atau 05-5461 071.

“Individu kedua yang dicari Wong Yau Choy, 67, yang dipercayai terbabit dalam kes pemalsuan dokumen pertukaran hak milik sebuah rumah yang dianggarkan bernilai RM650,000 tanpa pengetahuan dan kebenaran pemilik asal.

“Alamat terakhir warga emas itu adalah di Nombor 965, Jalan Raja Muda Pasir Pinji, di sini, dan sesiapa yang mempunyai maklumat mengenainya diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Azlinda di talian 012-2262 105 atau 05-5461 071,” katanya.

Menurutnya, individu terakhir yang dicari adalah Khiu Fu Sang, 33, yang dikehendaki bagi membantu kes penggunaan lambang Ahli Diraja Perak yang kini disiasat mengikut Seksyen 3 (1) Enakmen Lambang-Lambang dan Nama-Nama (mencegah penggunaan yang tidak betul), 1966.

Katanya, lelaki terbabit sudah cuba dikesan di empat alamat di Negeri Sembilan, namun masih gagal ditemui dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat Asisten Superintendan Suraiya Ahmad di talian 016-9226 256.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/16

Dipenjara sehari curi sotong


Oleh Sarah Zulkifli
Kuala Lumpur: Gara-gara mencuri 13 barangan termasuk keperluan basah iaitu sotong dan udang di sebuah pasar raya di Kepong di sini, seorang wanita warga Filipina dipenjara sehari dan didenda RM600 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Majistret Erry Shahriman Nor Aripin menjatuhkan hukuman itu terhadap Ma Carolina Andallon, 40, apabila tertuduh mengaku bersalah selepas tuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.


Mengikut kertas tuduhan, tertuduh didakwa mencuri barangan bernilai RM176.06 di pasar raya AEON Kepong, jam 2.30 petang, Sabtu lalu.

Ma Carolina didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/16

21 dikhuatiri terbunuh akibat rusuhan


Hanoi: Pegawai perubatan semalam menganggarkan ada kemungkinan 21 orang terbunuh dalam rusuhan dan keganasan di kilang keluli milik Taiwan di Ha Tinh. Perusuh turut membakar kilang berkenaan.

Kejadian berlaku ketika sentimen anti-China semakin memuncak di Vietnam.



Seorang doktor di Hospital Besar Ha Tinh berkata, lima pekerja Vietnam dan 16 yang lain - digambarkan sebagai individu China - maut dalam keganasan berkenaan.

Ia dianggap perseteruan terburuk antara Vietnam - China sejak 1979.

Doktor itu berkata, ada kira-kira 100 orang dikejarkan ke hospital malam kelmarin.

“Kebanyakan mereka adalah pekerja China,” katanya.


Jurucakap Kementerian Luar Vietnam, Le Hai Binh berkata, hanya seorang disahkan maut dalam pertempuran itu.

“Laporan media dan kenyataan rangkaian media sosial mengenai jumlah kematian lebih tinggi adalah tidak berasas,” katanya.


Agensi berita Xinhua pula melaporkan, sekurang-kurangnya dua warga China maut dan lebih 100 lagi dirawat di hospital.

Perdana Menteri Nguyen Tan Dung berkata, sesiapa yang terbabit dengan keganasan mesti dihukum.

- AP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/16

Hasrat 'balik kampung' hampa



SEBAHAGIAN besar PATI warga Indonesia yang ditahan di dalam sebuah bot ketika dalam perjalanan pulang ke negara asal di Markas Polis Marin Wilayah 2, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU - Tindakan pantas Pasu- kan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 mengejar sebuah bot berkuasa tinggi yang mencurigakan di perairan pantai Teluk Ramunia, Sungai Rengit di sini selama 20 minit membawa kepada penangkapan 131 pendatang asing tanpa izin (PATI) semalam.
Dalam kejadian pukul 1 pagi itu, kesemua PATI warga Indonesia termasuk 21 wanita berusia 17 hingga 65 tahun didapati cuba pulang ke negara asal melalui laluan haram dan dipercayai mahu pulang menyambut bulan Ramadan yang akan tiba lebih sebulan lagi.
Komander PPM Wilayah 2, Asisten Komi- sioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, bot pancung yang dilengkapi empat buah enjin sangkut 200 kuasa kuda setiap satu itu di- kesan selepas pihaknya mendapat maklu- mat risikan berkaitan aktiviti tersebut.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0516&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz31pA2bzr3 
Hakcipta terpelihara 

Viva langgar pesawat MAS


KEADAAN kereta jenis Perodua Viva yang bergerak sendiri ketika ditinggalkan sehingga melanggar pesawat MAS di KLIA, Sepang semalam.


SEPANG - Kealpaan seorang pekerja vendor Penerbangan Malaysia (MAS) yang tidak menarik brek tangan dengan kemas menyebabkan sebuah kereta jenis Perodua Viva bergerak sendiri sebelum terperosok di bawah sebuah pesawat syarikat itu semalam.
Kejadian pukul 8.30 pagi yang berlaku ketika kerja-kerja pemung- gahan barang-barang ke dalam pesawat dilakukan telah menyebabkan penerbangan pesawat MAS MH740 ke Yangon, Myammar itu terpaksa ditunda.
Pengarah Operasi MAS, Kapten Izham Ismail berkata, insiden di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu berlaku apabila kereta berkenaan ditinggalkan seorang kakitangan berhampi- ran pesawat tersebut.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0516&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz31p9K59pY 
Hakcipta terpelihara 

Polis tahan pengganas di Kepong



ANGGOTA polis mengiringi seorang pengganas warga asing yang ditahan di Kepong, Kuala Lumpur kelmarin.


KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam aktiviti keganasan dan sedang merancang untuk menyerang pejabat konsulat asing di Chennai dan Bangalore, India berjaya ditahan polis di negara ini kelmarin.
Suspek yang berusia lewat 40-an itu ditahan dalam satu operasi khas sepasukan polis Bahagian Anti Keganasan, Cawangan Khas Bukit Aman di sebuah kawasan perumahan di Kepong di sini pada pukul 11.55 pagi.
Lelaki dari Asia Selatan itu ditangkap susulan pemantauan ke atas aktiviti suspek sejak Disember tahun lalu dan maklumat sama turut disalurkan kepada pihak berkuasa India.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0516&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz31p8zlvNB 
Hakcipta terpelihara 

Penasihat PM Turki tendang penunjuk perasaan di Soma



YUSUF menendang seorang penunjuk perasaan di Soma, Turki kelmarin.


SOMA - Seorang penasihat kepada Perdana Menteri Turki menendang seorang penunjuk perasaan beberapa kali di sini kelmarin.
Penasihat tersebut, Yusuf Yerkel melakukan perbuatan itu semasa Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan melawat Soma ekoran tragedi sebuah lombong arang batu meletup menyebabkan 282 orang terbunuh.
Penunjuk perasaan itu dilaporkan menendang sebuah kereta yang menyertai konvoi Erdogan menyebabkan Yusuf melakukan tindakan balas dengan menendangnya beberapa kali.
Namun, tindakan itu mencetuskan kemarahan dalam kalangan pengguna di Twitter kerana Yusuf menendang penunjuk perasaan tersebut semasa dia telah ditangkap anggota-anggota polis unit tindakan khas.
Yusuf membuat pengakuan menendang penunjuk perasaan itu kepada stesen penyia- ran BBC.
Penunjuk perasaan itu menyertai banta- han tentang kejadian letupan tersebut kerana ciri-ciri keselamatan diabaikan di lombong-lombong arang baru di Turki.
Sejumlah penunjuk perasaan menjerit pembunuh dan pencuri ke arah Erdogan di sini.
Namun, Erdogan mengarahkan satu siasa- tan dilakukan berhubung kejadian itu walau- pun ribuan pendunjuk perasaan di seluruh Turki mendesaknya meletakkan jawatan. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0516&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz31p8Ac5Fz 
Hakcipta terpelihara