Search This Blog

Monday, May 12, 2014

Enam kawasan di ibu negara di landa banjir kilat, jalan sesak


12/05/2014 6:34pm

KUALA LUMPUR - Keadaan trafik di Kuala Lumpur sesak berikutan banjir kilat di enam lokasi termasuk Jalan Sultan Ismail, selepas hujan lebat turun sejak pukul 2 petang tadi.
Kawasan-kawasan yang dinaiki air sehingga 0.4 meter termasuk Jalan Chan Sow Lin, Dataran Maybank, Jalan Duta, hadapan Balai Polis Travers dan Bulatan Cheras, menurut jurucakap polis trafik Kuala Lumpur.
Katanya, kesesakan lalu lintas itu beransur pulih berikutan air mula surut pada pukul 5.15 petang ini, dengan tiga kawasan, iaitu Jalan Duta, Jalan Sultan Ismail dan Bulatan Cheras, dibuka semula kepada laluan trafik.
Sementara keadaan di Jalan Chan Sow Lin, Dataran Maybank dan hadapan Balai Polis Traves masih belum pulih sepenuhnya dan tidak boleh dilalui oleh kenderaan ringan, katanya kepada Bernama.
Beliau berkata, walaubagaimanapun paras air semakin surut dan terkawal. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0512&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_20.htm#ixzz31VkZ26v9 
Hakcipta terpelihara 

Jalan Maarof dilanda banjir


Kuala Lumpur: Seorang wanita yang meletakkan keretanya di bahu jalan untuk ke Kuil tidak menyangka malang menimpanya apabila kereta yang diletakkan itu dinaiki air selepas hujan lebat selama satu jam di Jalan Maarof, Bangsar di sini, petang tadi.
Dalam kejadian 3.30 petang itu, mangsa V. Jayamalar, 50, berkata tindakannya meninggalkan kenderaan selama setengah jam untuk bersembahyang di Kuil Arulmigu Sri Ramalingeswarar, di sini bertukar trajedi apabila kenderaannya ditenggelami air sedalam kira-kira 0.5 meter.
“Saya tidak sangka, hujan lebat menenggelamkan kereta saya, semasa saya sampai hujan sudah ebat tapi jalan ini (Jalan Maarof) belum lagi ditenggelami air,” katanya yang tiba di Kuil itu pada jam 3 petang.

Ekoran kejadian itu kenderaannya terkandas selama dua jam sebelum ia dapat dialihkan selepas paras air di Jalan Maarof kembali surut.
Foto
KEADAAN banjir kilat yang berlaku di Jalan Maarof, Bangsar. FOTO Azmaidi Abidin

Difahamkan Hujan lebat melanda Bangsar sejak 2.30 petang sebelum Jalan Maarof dinaiki air ekoran limpahan air dari Sungai Klang.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/12

Warga emas disamun, ditetak di Alor Setar


12/05/2014 6:36pm

ALOR SETAR - Seorang warga emas cedera di kepala dan tangan dalam kejadian samun di rumahnya di Jalan Pegawai di sini malam tadi.
Kejadian berlaku kira-kira 9 malam apabila Che Aznah Mahmud, 60, yang baru selesai menunaikan solat Isyak didatangi seorang individu yang bersenjatakan pisau dan menutup mukanya dengan kain pelikat dan mengugutnya supaya menyerahkan wang dan barang kemas.
Adik mangsa, Mohamad Azmi Mahmud, 50, berkata, dia bergegas ke rumah kakaknya yang terletak berhampiran apabila mendengar kakaknya menjerit meminta tolong.
"Saya terus ke rumah kakak saya dan terkejut apabila melihat dia berlumuran darah di tempat solatnya.
"Kakak beritahu dia disamun dan ditetak dengan pisau beberapa kali di kepala dan tangan. Sepasang subang dan telefon bimbitnya dibawa lari,” katanya hari ini.
Suami mangsa dikatakan sedang makan di dapur dan tidak menyedari kejadian itu kerana mengalami masalah pendengaran.
Mangsa kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah di sini.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan mengesahkan kejadian berkenaan. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0512&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_21.htm#ixzz31ViOqbGc 
Hakcipta terpelihara 

Pemandu dan kelindan maut dalam nahas


12/05/2014 7:15pm

MELAKA - Seorang pemandu dan kelindan maut dalam nahas di Kilometer 211.4 berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah, arah ke utara hari ini.
Kemalangan berlaku kira-kira 6.10 pagi membabitkan dua buah lori yang menyebabkan pemandu sebuah daripada lori itu M. Yusak Dahlan, 63, dan kelindannya Kamarudin Ahmad, 44, maut di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Mohamad Laham berkata, mereka mati dipercayai akibat tersepit yang turut menyaksikan lori itu terseret kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian.
Pemandu sebuah lagi lori iaitu Mohd Nazir Misran, 31, tidak mengalami sebarang kecederaan.
Sementara itu seorang pembantu kedai, Ahmad Rafiquddin Roslan, 16, maut apabila motosikal yang ditunggangnya bersama rakannya Fadzil Abu Bakar, 18, bertembung dengan sebuah kereta di Kampung Padang, Jalan Pokok Mangga pada pukul 9.15 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman berkata, motosikal yang dipandu mangsa dipercayai cuba memotong beberapa kenderaan lain, namun terlanggar sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan.
Kedua-dua mereka didapati tidak memakai topi kaledar.
Dalam satu kemalangan lain, beliau berkata, seorang penunggang motosikal Mohd Hafeez Mhd Razib, 23, meninggal di wad kecemasan Hospital Melaka akibat berlanggar dengan sebuah lori di persimpangan Jalan Pantai Telok Mas pada pukul 1 petang tadi. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0512&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_22.htm#ixzz31ViCAwUf 
Hakcipta terpelihara 

Dipenjara 4 tahun ragut RM50

WARTAWAN SINAR HARIAN
Dipenjara 4 tahun ragut RM50
Muhammad Zairuzi ketika dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen, Kuala Terengganu, semalam. 
12 Mei 2014
KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki dihukum penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas didapati bersalah meragut beg tangan seorang wanita dan melarikan RM50.

Muhammad Zairuzi Zahri, 21, yang beralamat Kampung Binjai Simpang Empat, Chendering mengaku bersalah meragut beg tangan dari raga motosikal yang ditunggang Norlilawati Abd Rahman, 53, di hadapan taska Panji Alam pada jam 6.30 pagi pada 24 April lalu.

Tertuduh mengaku melakukan kesalahan itu di hadapan Hakim Wan Norzanuar Wan Ahmad.

Berdasarkan fakta kes, mangsa yang ketika itu dalam perjalanan ke tempat kerja di Kolej Komuniti Kuala Terengganu dengan menaiki motosikal sebelum tiba-tiba dihampiri seorang lelaki menaiki sebuah motosikal dan terus menyamun beg tangannya sebelum melarikan diri.

Mangsa kemudiannya mengejar lelaki itu sehingga ke Lorong Hussein.

Mangsa kemudiannya memberhentikan motosikal dan pergi kepada suspek untuk menyuruh suspek mengambil sahaja duit di dalam dompetnya itu dan memulangkan kembali kad pengenalannya (IC).

Suspek ketika itu menaiki motosikal kemudian mengembalikan semula beg tangan serta dompet mangsa dan hanya mengambil wang bernilai RM50 sahaja.

Mangsa telah membuat laporan polis mengatakan tertuduh telah meragut beg tangan di dalam raga motornya dan telah dituduh melakukan kesalahan samun tanpa senjata api dan tertuduh telah ditahan di sebuah rumah di Jalan Sentosa, di sini.

Siasatan dijalankan Inspektor Norhazila Abdul Hamid, hasil siasatan mendapati tertuduh mengaku menyamun beg tangan mangsa dalam raga motorsikal mangsa.

Pada prosiding semalam, tertuduh mengaku bersalah melakukan samun tanpa senjata api terhadap Norlilawati dan dia didakwa di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda atau sebat.

Mayat reput tidak jauh dari lokasi remaja hilang

WARTAWAN SINAR HARIAN
Jumpa mayat reput tidak jauh dari lokasi remaja hilang
Anggota polis melihat kaki mayat reput (bulatan) yang ditemui tersangkut pada kayu di sungai tidak jauh dari tempat Sean Ng dikhuatiri lemas. 
12 Mei 2014
BENTONG - Satu mayat tanpa kepala dan sebahagian badan reput serta hanya tinggal kaki ditemui dalam sungai di Kilometer 21.5, Jalan Karak-Manchis, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, mayat itu ditemui kira-kira 5 kilometer dari air terjun tempat seorang remaja lelaki, Sean Ng, 15, dikhuatiri lemas sembilan hari lalu.

Menurutnya, sekitar jam 6.10 petang kelmarin, orang awam telah menahan anggota polis yang baru pulang dari operasi mengesan mangsa memberitahu mereka terhidu bau busuk dari dalam sungai kawasan terbabit.

“Anggota kita terus menuju ke tempat di mana bau busuk terbabit datang dan menemui mayat tersangkut pada kayu dalam sungai tersebut.

“Mereka mendapati sebahagian tubuh mayat terbabit tidak berkepala dan hanya kelihatan kaki selain sebahagian tubuh mayat itu reput,” katanya.

Tambahnya, mayat tersebut ditemui selepas hujan lebat dan kemudiannya dibawa ke Hospital Bentong untuk dibedah siasat.

Katanya, pihaknya tidak menolak kemungkinan mayat itu adalah Sean Ng yang hilang dikhuatiri lemas ketika mandi di air terjun Sungai Gapoi berdekatan lokasi mayat terbabit ditemui.

“Dipercayai bahawa mayat terbabit merupakan mangsa yang hilang sembilan hari lalu namun siasatan untuk menentukan identiti mayat akan diteruskan,” katanya.

Sean Ng, yang berasal dari Taman Melawati, Kuala Lumpur, dikhuatiri lemas ketika mandi sungai di air terjun Sungai Gapoi, di sini sekitar jam 3 petang 2 Mei lalu.

Mangsa datang ke air terjun itu bersama 11 lagi rakannya di mana pada pukul 3 petang hari terbabit mangsa masuk ke dalam air bersama kumpulan pertama seramai lapan orang dan hilang sehingga kini.

Hasrat bersiar-siar berakhir tragedi

WARTAWAN SINAR HARIAN
Hasrat bersiar-siar berakhir tragedi
Anggota polis membawa mayat mangsa ke Hospital Jeli untuk bedah siasat.
12 Mei 2014
 JELI - Keriangan lima sahabat yang menunggang motosikal berkuasa tinggi untuk bersiar-siar di daerah ini, berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka maut dalam kemalangan di Kampung Gemang, dekat sini, kelmarin.

Dalam nahas kira-kira jam 10.25 pagi di Kilometer 88.3 Jalan Kota Bharu-Machang-Gerik itu, mangsa, Mohd Zabri Ismail, 38, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan dada.

Kemalangan berlaku apabila motosikal Kawasaki Ninja ditunggangi mangsa merempuh sebuah van Ford Econovan yang dipandu seorang penjual sayur wanita berusia 48 tahun.

Abang mangsa, Ibrahim Ismail, 60, berkata, adiknya itu keluar dari rumah keluarga di Kampung Hutan Chengal, dekat Tendong, Pasir Mas, kira-kira jam 9 pagi.

“Saya sempat bertanya arwah nak ke mana dan dengan wajah riang, dia menjawab ingin keluar makan dan bersiar-siar bersama rakan di Jeli sambil ‘memanaskan’ enjin motosikal.

“Kira-kira jam 10.30 pagi, seorang rakannya menghubungi saya dan beritahu arwah terlibat dalam kemalangan jalan raya yang meragut nyawanya,” katanya ketika ditemui di Hospital Jeli, kelmarin.

Ibrahim, yang bekerja di Kuala Lumpur berkata, dia tidak menyangka kepulangannya pada cuti hujung minggu untuk bersama keluarga adalah pertemuan terakhirnya dengan adiknya itu.

Menurutnya, Allahyarham Mohd Zabri yang masih bujang merupakan anak ketujuh daripada sembilan beradik dan tinggal bersama ibu mereka, Zaharah Abdullah, 80.

“Arwah seorang yang periang dan mesra terutama dengan kakak dan abangnya, Fauziah, 48, serta Hisyamudin, 46. Arwah juga amat rapat dengan anak-anak saudaranya. Walaupun sedih, kami sekeluarga reda dengan pemergiannya,” katanya.

Jenazah mangsa akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Chengal, Pasir Mas.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Sheikh Azhar Sheikh Omar mengesahkan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, siasatan awal mendapati, motosikal mangsa datang dari Tanah Merah menuju ke Jeli berada di laluan kiri, manakala van terbabit berada di laluan kanan jalan dari arah sama.

“Apabila sampai di tempat kejadian, van terbabit dipercayai melintas ke laluan kiri jalan untuk memasuki simpang dan disebabkan jarak terlalu dekat, mangsa gagal mengelak lalu merempuh bahagian tengah van.

“Rempuhan menyebabkan mangsa tercampak dan polis yang tiba di tempat kejadian mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan di kepala dan dada,” katanya.

Bapa parah dipukul anak dengan hulu cangkul


12 Mei 2014

BESUT - Seorang tukang rumah parah di kepala akibat dipukul dengan hulu cangkul oleh anaknya di Kampung Gerai di sini, petang semalam.
   
Dia kemudiannya dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian untuk mendapat rawatan.
   
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, kejadian berpunca daripada si bapa yang berumur 46 tahun memarahi anaknya yang berumur 24 tahun kerana bertindak menjual enjin motosikal bapanya bagi mendapatkan wang.
   
Anak tersebut dilapor penagih pil kuda. Beliau berkata suspek telah ditahan. - Bernama

Ular tedung selar rehat bawah meja

WARTAWAN SINAR HARIAN
Ular tedung selar rehat bawah meja
Empat anggota JPAM menjalankan operasi menangkap ular tedung selar di Stesen Mardi Pontian, kelmarin. 
12 Mei 2014
PONTIAN - Seorang pengawal keselamatan Stesen Mardi Pontian, berhampiran Muzium Nenas di sini, terkejut apabila objek yang kelihatan seakan kayu di bawah meja rupanya seekor ular tedung selar sepanjang tiga meter.

Pegawai Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Pontian, Mohd Hairol Ishak berkata, ular tedung seberat lapan kilogram itu dalam keadaan agresif ketika ditangkap kira-kira jam 5 petang, kelmarin.

Katanya, operasi menangkap ular tedung selar itu membabitkan empat anggota sebaik menerima panggilan pengadu.

“Kami mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengepung kawasan itu sebelum berjaya menangkap ular berkenaan. Operasi mengambil tempoh agak lama memandangkan ular itu masih agresif.

“Syukur operasi lancar tanpa kejadian tidak diingini, ular itu telah dilepaskan ke kawasan hutan lipur Gunung Pulai,” katanya.

Warga emas maut jatuh flat



WARTAWAN SINAR HARIAN
11 Mei 2014
GEORGETOWN - Seorang lelaki ditemui mati dipercayai terjatuh dari tingkat lapan, Flat Padang Tembak, Air Itam, di sini.

Mangsa Ong Kok Leong, 60, ditemui dalam keadaan cedera parah oleh penduduk flat berkenaan berikutan dentuman yang kuat di bawah blok C, flat berkenaan, kira-kira jam 5 pagi, semalam.

Difahamkan, sekeping nota yang ditulis dalam bahasa Cina membawa maksud mangsa kecewa dengan kehidupannya turut ditemui.

Mayat warga emas itu yang juga merupakan orang kurang upaya (OKU) penglihatan dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahab berkata tidak ada saksi tampil memberi keterangan.

“Bagaimanapun, laporan bedah siasat diterima pihak polis, difahamkan tiada sebarang unsur jenayah ke atas si mati," katanya.

Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Dinding runtuh ragut 18 nyawa

QINGDAO
Anggota penyelamat dikerah ke lokasi kejadian untuk menyelamatkan mangsa yang tertimbus.
12 Mei 2014 QINGDAO - CHINA . Sekurangnya-kurangnya 18 kematian dicatatkan (sehingga jam 10 malam) selepas sebuah dinding bangunan kitar semula runtuh akibat hujan lebat di wilayah Shandong di selatan China, semalam.

Jurucakap Pejabat Informasi Qingdao memaklumkan, kejadian pada pukul 5.48 pagi (waktu tempatan) itu dipercayai berlaku kerana air bertakung hingga menyebabkan tanah mendap.

"Dinding runtuh, kemudiannya menghempap perumahan sementara yang didiami 40 pekerja di Pulau Huangdao," menurutnya dalam satu kenyataan.

Sebaik sahaja menerima laporan, pasukan penyelamat bergegas ke tempat kejadian untuk melancarkan usaha mencari dan menyelamat, dipetik dari laporan Xinhua.

Sungai Golok bergegar lagi


Kuala Lumpur: Pihak berkuasa keselamatan Malaysia memperketatkan kawalan di sempadan negara berikutan siri pengeboman di selatan Thailand, awal malam ini yang mengakibat seorang rakyat Thailand maut manakala sekurang-kurangnya sembilan lagi cedera.
Menurut sumber polis, sehingga tengah malam tadi tiada rakyat Malaysia menjadi mangsa serangan bom berkenaan.
Katanya, semua pintu sempadan di utara Semenanjung dan Kelantan telah ditutup dan pengawasan rapi sedang dilakukan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

“Kawalan di pintu sempadan diperketatkan sebagai langkah berjaga-jaga ekoran serangan itu. Pihak berkuasa juga bertindak menyekat sebarang pergerakan keluar masuk di Pengkalan Kubor yang bersempadan dengan Takbai, Narathiwat,”katanya.
Foto

Foto



Sumber itu berkata, pihak keselamatan Malaysia mendapat maklumat bahawa perintah berkurung telah dikuatkuasakan di beberapa tempat di pekan Golok.

Menurut BERNAMA yang memetik sumber tempatan, kejadian bermula pada 7.30 malam waktu tempatan apabila empat bom meletup di Sungai Golok.

Sementara itu, tiga letupan bom dilaporkan berlaku di Sungai Padi selain sebuah sekolah dan bengkel membaiki motosikal dibakar.

Tiga lagi letupan menggegarkan Pekan Takbai mengakibatkan sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dan beberapa orang lagi cedera.

Di Wilayah Yala, lima bom diletupkan dengan menyasarkan tiang elektrik menyebabkan bekalan elektrik ke beberapa kawasan terputus, sementara tiga letupan bom dilaporkan berlaku di daerah Yaha dan dua lagi di daerah Than To.

Selain itu, kejadian tembak menembak serta membakar tayar dilaporkan berlaku di daerah Benang Setar dan Krong Pinang.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/12

SEJAMBAK BUNGA DUKA


Dalam kejadian jam 1.45 tengah hari itu, mangsa, Ding Lay Huong, 36, yang memandu Toyota Vios mati di lokasi kejadian akibat parah di kepala manakala anak lelakinya berusia enam tahun cedera dan kini dirawat di sebuah pusat perubatan di daerah ini.
Menurut suami mangsa yang dikenali sebagai Lai, 44, berkata, kejadian berlaku ketika isteri bersama anak bongsu daripada dua beradik itu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Bukit Siput dari Chaah sebelum Toyota Vios dinaiki bertembung dengan kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Harrier.
Katanya, jam 8 pagi kelmarin, isterinya meminta izin untuk ke Chaah bagi menghantar kuih pau diusahakannya kepada pelanggan bersama anak bongsu mereka.
“Bagaimanapun, selepas tengah hari, dia masih belum pulang menyebabkan saya risau dan menghubungi telefon bimbitnya, tetapi panggilan tidak berjawab.
“Saya makin risau kemudian membuat keputusan untuk keluar mencarinya bersama anak sulung,” katanya.
Menurut Lai, ketika bersiap keluar mencari isteri, dia menerima panggilan rakan memaklumkan isterinya terbabit dalam kemalangan jalan raya di Labis.
“Saya bergegas ke lokasi kejadian dan polis memaklumkan isteri sudah mati manakala anak cedera.
Saya terkilan kerana kami sepatutnya meraikan Hari Ibu hari ini (semalam), malah saya bercadang membuat kejutan dengan memberi isteri sejambak bunga lepas makan malam,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, kereta dipandu mangsa bertembung dengan Toyota Harrier dinaiki sepasang suami isteri berusia 60-an dari arah Labis.
“Pemandu dan penumpang Toyota Harrier yang juga pasangan suami isteri warga emas tidak cedera serius.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan,” katanya.
Foto
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/12

Pesawat US Airways dilecong ke Ireland


Philadelphia (Amerika Syarikat) : Satu penerbangan US Airways dari Itali ke Philadelphia terpaksa mendarat di Ireland selepas beberapa kru penerbangan jatuh sakit secara tiba-tiba.


Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB) masih menyiasat kejadian membabitkan Penerbangan 715 dari Venice pada Sabtu itu.




Pihak berkuasa persekutuan dan penerbangan masih belum mendedahkan punca kru penerbangan terbabit mengalami loya, pening dan mata berair.

Pihak berkuasa berkata, semua 185 penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan atau sakit.

Penerbangan itu mendarat di lapangan terbang Dublin pada petang

Menurut US Airways, semua kru yang sakit diberi rawatan perubatan manakala penumpang meneruskan perjalanan ke Philadelphia menggunakan pesawat lain. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/12

Banglo nyaris musnah bilik spa terbakar


Kuala Lumpur: Sebuah banglo di Lorong Mayang Off Jalan Ampang, di sini, nyaris musnah selepas bilik spa persendirian di dalam kediaman itu, terbakar, semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 6.52 petang dan tiba di lokasi kejadian sembilan minit kemudian.

Menurutnya, empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa, Hang Tuah, Keramat dan Pudu digegaskan ke lokasi kebakaran.

“Ketika tiba di lokasi, kami mendapati sebuah bilik spa persendirian di dalam rumah banglo itu sedang terbakar.

“Bagaimanapun, kami berjaya memadamkan kebakaran pada jam 7.30 malam dan tidak membabitkan kehilangan nyawa,” katanya.

Azizan berkata, setakat ini punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/12

Warga emas maut disambar petir


Chukai: Seorang lelaki warga emas berusia 70 tahun mati dipanah petir ketika mandi sungai di Chenderong, Kampung Air Putih, dekat sini jam 6.15 petang semalam.

Mangsa, Ng Choon Wah dikatakan mandi berseorangan di situ sebelum kejadian itu disedari seorang penyelia hutan, Mustafa Mahmud, 53.


Mustafa yang berada kira kira 30 meter dari dari tempat kejadian berkata, dia terdengar dentuman kuat seperti bom disertai cahaya api menyambar mangsa.

Katanya, mayat mangsa dibawa keluar dari tempat kejadian sejauh 40 kilometer dari Kampung Air Putih kira kira jam 12.30 tengah malam tadi.


Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat dan sehingga kini masih belum dituntut keluarganya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/12

Tragedi potong sawi


Dalam kejadian itu, mangsa, Josyua Jesbon, 30, meninggal dunia di Wad Kecemasan Hospital Queen Elizabeth (HQE) akibat luka di dada kiri akibat ditikam menggunakan pisau sepanjang 20 sentimeter.
Wanita itu yang juga kekasih mangsa berusia 28 tahun kemudian menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu selepas dinasihatkan berbuat demikian oleh salah seorang rakannya.
Menurut sumber, siasatan awal mendapati cara wanita itu memotong sawi tidak disukai teman lelakinya.
“Selepas itu, berlaku pertengkaran dan wanita itu tidak mempedulikan apa yang dikatakan oleh mangsa lalu terus melakukan kerjanya.
“Sebaik saja selesai memotong sawi, dia kemudian duduk menghadap mangsa.
Ketika itu, mangsa masih tidak berpuas hati lalu memukul dan menumbuk kekasihnya bertubi-tubi.
“Wanita itu pada awalnya hanya menahan kesakitan, tetapi apabila berterusan dibelasah, dia yang sudah tidak tahan terus mengambil sebilah pisau dan menikam dada kiri mangsa.
“Berikutan tikaman itu, mangsa rebah dan wanita itu bergegas keluar dari bilik lalu mengetuk bilik sewa lain untuk meminta pertolongan,” katanya.
Seorang penghuni bilik itu kemudian keluar lalu memberikan telefon bimbit kepada wanita itu untuk menghubungi ambulans.
Mangsa dibawa ke Wad Kecemasan HQE, tetapi disahkan sudah meninggal dunia.
Polis juga sudah merampas sebilah pisau berukuran 20 sentimeter dipercayai digunakan untuk menikam mangsa.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Jauteh Dikun ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Bilik Forensik di HQE untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Foto
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/12

Kubur misteri ditanam anjing hitam


 0  0 Google +0  0  0 Cetak
Port Dickson: “Polis tidak menafikan kemungkinan ia perbuatan pemujaan dilakukan pihak tidak bertanggungjawab,” kata Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Abd Wahab Harun, mengulas penemuan kubur kecil di pinggir hutan di Kampung Paya, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 3.45 petang itu, penduduk kampung terbabit gempar apabila berita penemuan kubur berkenaan seperti baru dikebumikan serta ditaburi bunga.

Bagaimanapun, hasil siasatan polis mendapati penemuan berkenaan yang disyaki penduduk sebagai kubur kanak-kanak, ditanam dengan bangkai anjing hitam.

Abd Wahab berkata, sebaik menerima aduan penduduk sepasukan anggota bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan siasatan.

“Penduduk meragui ia kubur kanak-kanak yang baru ditanam dan ditabur dengan bunga serta ditanda dengan pokok kecil seakan-akan batu nisan.

“Polis pada mulanya menjalankan siasatan mengenai kewujudan kubur berkenaan sama ada ia adalah kubur manusia atau objek lain.



Ini kerana jika ia kawasan perkuburan yang digazetkan, polis perlu meminta kebenaran majistret untuk menggali kubur berkenaan,” katanya.

Katanya, selepas mendapat pengesahan dan pada jam 4.30 petang, polis mula menggali kubur terbabit sebelum menemui bangkai anjing hitam.

“Kemungkinan ini perbuatan pemujaan yang dilakukan oleh pihak tertentu dan kita menutup kes ini.

“Kita korek untuk memastikan jika ada mayat manusia di dalamnya disamping menutup keraguan penduduk kampung yang membuat aduan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/12

2 blok sekolah mendap ditutup


Ipoh: Sebahagian bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ringlet, Cameron Highlands dikuarantin berikutan dua daripada enam blok didapati retak dan struktur tanahnya mendap.

Difahamkan, satu blok yang dikeluarkan perintah kuarantin itu adalah bangunan dua tingkat dengan sembilan bilik darjah manakala satu lagi bangunan setingkat yang berfungsi sebagai dewan sekolah.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu, V P Selvam berkata, masalah itu mula berlaku sejak dua tahun lalu dengan keadaan bangunan mengalami keretakan kecil.

Katanya, keadaan semakin buruk apabila keretakan itu mula berlaku sedikit demi sedikit termasuk bangunan berkenaan semakin tenggelam akibat tanah mendap.

“Blok dua tingkat adalah yang paling teruk terjejas dengan terdapat kesan retak yang besar.

“Pelajar kini tidak lagi dibenarkan menggunakan kedua-dua blok berikutan perintah kuarantin bangunan dikeluarkan pada 29 April lalu,” katanya.

Menurut Selvam, perintah itu dikeluarkan Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) selepas kakitangannya melakukan ujian tanah dan pemeriksaan kestabilan bangunan dengan mendapati dua blok bangunan itu condong ke arah bangunan lain.

Katanya, pihaknya berharap kerja pembaikan boleh dijalankan dengan segera bagi mengelakkan sebarang tragedi tidak diingini termasuk ruang pembelajaran yang terpaksa dikurangkan akibat masalah itu.

“Selepas perintah itu dikeluarkan, ruang pembelajaran di sekolah itu tidak dapat menampung 700 pelajar di sekolah ini.



Kami berharap kerja pembaikan dapat dilakukan segera bagi membolehkan pelajar meneruskan pembelajaran dalam keadaan lebih selesa.

“Blok yang terbabit ini adalah bengkel bagi mata pelajaran kemahiran hidup dan dengan penutupan blok itu menyebabkan pembelajaran mata pelajaran itu terpaksa dijalankan di kelas lain,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/12

Selatan Thai bergegar lagi


Hat Yat: Sekurang-kurangnya dua maut dan sembilan lagi cedera apabila selatan Thailand digegarkan dengan siri serangan bom, semalam.

Setakat ini, belum dapat dipastikan jika ada warga Malaysia terbabit dalam keganasan terbaru itu.



Sumber tempatan berkata, kejadian bermula jam 7.30 malam (waktu tempatan) apabila empat bom meletup di Sungai Golok.

Tiga letupan lain turut dilaporkan di Sungai Padi, manakala sebuah sekolah dan bengkel motosikal dibakar.


Letupan lain dilaporkan berlaku di bandar Tak Bai, menyebabkan dua maut dan beberapa yang lain cedera.


Di Yala, lima bom meletup menyebabkan bekalan elektrik terputus di beberapa kawasan.

Tiga letupan turut dilaporkan di daerah Yaha dan dua lagi di daerah Thanto.

Sumber berkata, kejadian tembakan dan pembakaran tayar dilaporkan di daerah Benang Setar dan Krong Pinang.

- BERNAMA

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/12

Penyamun pura-pura tanya arah


Kuala Lipis: Seorang pekerja restoran makanan segera kerugian lebih RM300 selepas disamun empat lelaki bersenjatakan pisau di hadapan kedai makan di Bandar Baru, dekat sini, pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 2 pagi, mangsa berusia 21 tahun didatangi dua lelaki yang menaiki sebuah Perodua Kancil dan berpura-pura bertanyakan jalan ke Stesen Keretapi Kuala Lipis.

Ketua Polis Daerah Kuala Lipis Superintendan Abdul Razak Hasaan berkata, selepas mangsa memberitahu, mereka meninggalkan tempat kejadian, tetapi kembali menghampiri mangsa bersama dua lagi rakan.

Menurutnya, dua rakan suspek pertama keluar dari kereta dan bertanyakan pula arah ke Stesen Bas Kuala Lipis.

Katanya, ketika mangsa menerangkan arah jalan, seorang suspek mengacukan pisau ke lehernya dan memberi amaran supaya mendiamkan diri.

“Mereka kemudian merampas sebuah telefon bimbit bersama sejumlah wang tunai sebelum melarikan diri,” katanya.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/12

Percutian urus jenazah


Dalam kejadian di Kilometer 88.3 Jalan Ayer Jeli, dekat Kampung Gemang, di sini, Mohd Zabri Ismail, 38, terkorban apabila motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya dari arah Tanah Merah, merempuh van yang tiba-tiba melintas memasuki simpang di kiri jalan.
Anak ketujuh daripada sembilan beradik terbabit meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami pendarahan teruk di kepala serta dada dan mayatnya dihantar ke Hospital Jeli untuk bedah siasat.
Ibrahim Ismail, 60, berkata, dia bersama keluarganya pulang ke kampung dari Kuala Lumpur sempena cuti hujung minggu untuk bersama ibu, Zaharah Abdullah, 80, dan Mohd Zabri.
“Saya sempat bersama arwah sebelum dia keluar rumah jam 9 pagi, berkonvoi bersama empat rakan ke Jeli,” katanya yang ditemui di sini, kelmarin.
Menurutnya, Mohd Zabri periang dan digemari anak saudara kerana sikapnya yang mesra.
Jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Hutan Cengal jam 7.30 malam kelmarin.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Jeli Deputi Superintendan Sheik Azhar Sheik Omar berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan siasatan awal mendapati motosikal ditunggangnya dari arah Tanah Merah menghala Jeli merempuh van dipandu seorang wanita yang melintas untuk memasuki simpang.
“Van terbabit yang juga dalam arah sama, sebelum itu berhenti menjual sayur di laluan bertentangan.
Ketika kejadian van itu mahu kembali ke laluan asal.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Foto
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/12

Kalungan bunga dosa


Keasyikan sekumpulan wanita warga Vietnam yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di sebuah pusat hiburan di Jalan Puchong Mesra, Cheras terbantut apabila premis itu diserbu polis, malam kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira jam 11.30 malam oleh empat pegawai dan 20 anggota dari Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) itu seramai 34 wanita ditahan.

Ketua Operasi Asisten Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, mereka yang ditahan berusia antara 18 dan 35 tahun dan disyaki turut menyediakan perkhidmatan seks kepada pelanggan.

“Ketika diserbu kira-kira 81 pelanggan berada di dalam pusat hiburan berkenaan termasuk enam daripadanya didapati bawah umur iaitu berusia 21 tahun ke bawah.

“Siasatan awal mendapati premis yang mempunyai lesen itu disyaki menjalankan perkhidmatan seks dan aktiviti tidak bermoral dengan cara memakaikan kalungan bunga kepada pelanggan yang ingin mendapatkan khidmat mereka,” katanya.

Katanya, setiap kalungan bunga berharga RM10 dan khidmat seks bergantung kepada individu dan premis itu dijaga seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun.

Beliau berkata, risikan dilakukan selama seminggu atas maklumat awam dan polis tidak menolak kemungkinan GRO berkenaan dihantar oleh ejen.

“Premis itu dikenakan saman kerana melanggar syarat perniagaan kerana membenarkan pelanggan bawah umur manakala semua wanita Vietnam berkenaan ditahan kerana menyalahgunakan pas lawatan,” katanya.

Katanya, semua yang ditahan di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras untuk siasatan lanjut.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/12

Menggelupur atas tanah


“Saya tak sedap hati apabila selepas tiga kali panggilan masih tidak disahut lalu segera turun bagi melihat keadaannya sebelum mendapati dia menggelupur kesakitan akibat terjatuh selain turut disengat lebah, “kata Nazer Abu Bakar, 51, rakan kepada Ramli Lin, 52, yang maut selepas terjatuh dari ketinggian 20 meter ketika menuruni pokok tualang selepas mengambil madu lebah, semalam

Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, mangsa dikatakan memasuki kawasan Hutan Bukit Salak Estate, Singkir Genting, dekat sini, bersama enam rakannya bagi mengambil madu lebah di pokok berkenaan yang ketinggiannya melebihi 60 meter.

Bagaimanapun, mangsa dikatakan terjatuh ketika menuruni pokok itu selepas diserang sekumpulan lebah menyebabkannya terlepas pautan lalu terjatuh ke tanah.

Nazer berkata, dia memanjat pokok berkenaan bersama mangsa manakala empat rakan lain hanya menunggu di bawah dan mereka menurunkan empat daripada 16 sarang lebah ketika itu.

Katanya, secara tiba-tiba arwah memberitahu dia mahu turun ke bawah kerana tidak tahan disengat lebah sejurus selesai menurunkan empat sarang berkenaan.

“Selepas beberapa minit arwah turun, saya cuba memanggil namanya tiga kali, namun tidak bersahut menyebabkan timbul perasaan tidak sedap hati.

“Bimbang dengan keadaan itu, saya segera turun dan mendapati dia menggelupur di atas tanah dalam keadaan mengiring, manakala tubuhnya bengkak akibat penuh dengan kesan sengatan lebah, tetapi masih bernafas.

“Saya terus menjerit memanggil rakan lain dan berusaha membawanya keluar, tetapi selang beberapa minit, kami mendapati dia sudah meninggal dunia dan kami menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan.



Mayatnya dibawa Hospital Yan, “ katanya ketika ditemui Bilik Mayat Hospital Yan, di sini, semalam.

Menurutnya, hampir 10 tahun rakannya itu berniaga madu lebah, malah arwah memang dikenali sebagai pakar dalam memanjat pokok.

“Arwah pakar dalam memanjat pokok dan pernah bergurau dengan kami bahawa dia mungkin mati jatuh pokok suatu hari nanti kerana sering melakukan aktiviti berkenaan.

“Tak sangka gurauannya benar-benar menjadi kenyataan dan kami kini hilang rakan yang sangat mahir dalam bidang ini,” katanya.

Difahamkan, Ramli berasal daripada Kampung Belau, Merbok, tetapi kini menetap di Betong, Thailand bersama isteri ketiga selepas berpisah dengan isteri pertama dan kedua 20 tahun lalu.

Sementara itu, jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Yan berkata, hasil bedah siasat mendapati mangsa mengalami kecederaan dalaman seperti patah tulang rusuk kiri dan kanan selain mempunyai kesan 100 sengatan lebah.

Jenazah Ramli dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Masjid Lama Merbok, Sungai Petani selepas solat Zohor semalam.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/12

Keluarga Iraq tersekat di sungai


Kajang: Percutian sekeluarga warga Iraq termasuk kanak-kanak berkelah dan mandi-manda di Air Terjun Sungai Tekala, di sini, bertukar detik mencemaskan apabila mereka gagal menyeberang sungai itu untuk pulang berikutan hujan lebat yang mengakibatkan arus deras, lewat petang kelmarin.

Difahamkan, kejadian kira-kira jam 6.20 petang itu memaksa pihak berkuasa termasuk bomba melancarkan operasi menyelamat sembilan individu yang masing-masing berusia antara empat dan 33 tahun.



Semua mereka termasuk tiga kanak-kanak dan tiga wanita bagaimanapun berjaya diselamatkan dalam tempoh kira-kira 20 minit dengan menggunakan tali tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerusi Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan jam 6.28 petang.

“Sepasukan enam pegawai dan anggota bersama sebuah jentera diketuai Pegawai Bomba Kanan II Ab Aziz Ismail dikerah dalam operasi menyelamat itu yang turut disertai polis.


“Setibanya di lokasi dinyatakan jam 6.49 petang, arus terlalu deras berikutan hujan hingga menyebabkan mangsa terutama kanak-kanak berdepan risiko bahaya untuk menyeberangi air terjun berkenaan,” katanya, di sini, semalam.

Menurutnya, anggota bomba menggunakan tali yang diikat ke pokok untuk meniti batuan dan arus deras menuju ke arah keluarga warga asing terbabit.

“Tali berkenaan seterusnya diikat kuat di pokok lain bagi membolehkan semua mangsa dibawa menyeberang dengan selamat yang jaraknya dianggarkan kira-kira lima meter,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/12

Tiga mangsa rugi RM3j


Klang: Walaupun sudah banyak berita berkaitan kegiatan sindiket penipuan menerusi Internet dan panggilan telefon, masih ramai yang terjebak dengan penipuan seperti itu membabitkan jumlah kerugian besar.

Terbaru, tiga mangsa membabitkan dua wanita dan seorang lelaki berusia 47 hingga 53 tahun tertipu membabitkan kerugian hampir RM3 juta dalam tiga kejadian berasingan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, Khamis lalu, pihaknya menerima tiga laporan membabitkan kes penipuan Internet dan telefon masing-masing membabitkan kerugian lebih RM29,000 hingga RM2.7 juta.

“Dalam kejadian pertama, seorang wanita berusia 47 tahun terpedaya dengan janji manis lelaki dikenali menerusi laman sosial sejak sebulan lalu yang kononnya mahu melabur RM2.5 juta di negara ini,” katanya.

“Lelaki terbabit meminta bantuan mangsa melunaskan bayaran lebih RM29,000 untuk melepaskan wang yang dilabur yang dikatakan ditahan pihak tertentu,” katanya, semalam.

Dalam kes kedua, Kamarul berkata, seorang wanita berusia 53 tahun kerugian RM200,000 selepas dihubungi seorang individu yang mendakwa dari sebuah bank dan mengatakan akaunnya sudah dibekukan Bank Negara.

“Kedua-dua kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun, sebatan dan denda,” katanya.

Satu lagi kes membabitkan seorang lelaki berusia 50 tahun yang bekerja di sebuah syarikat swasta dan terjebak dengan penipuan atas talian mengakibatkan kerugian RM2.7 juta.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana melakukan pecah amanah selepas lelaki terbabit didapati menggunakan wang milik syarikatnya untuk tujuan berkenaan,” katanya.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/12

‘Saya datang bunuh awak’


Teman wanita kepada penumpang rakyat Amerika Syarikat (AS) yang menaiki pesawat MH370 menerima ugutan bunuh dan beberapa panggilan telefon aneh sejak pesawat itu hilang pada 8 Mac lalu, lapor NBC News.

Sarah Bajc, teman wanita Philip Wood, juga pernah dirompak dua kali sejak kehilangan pesawat itu.

Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) juga sedang menyiasat kejadian ‘menakutkan’ yang mengganggu Bajc.

Bajc berkata, dia menerima pesanan teks ringkas yang mengugut, ‘Saya akan datang bunuh awak pula seterusnya,’ kira-kira dua minggu selepas pesawat itu hilang.

Beberapa imej lucah dan panggilan telefon menyeramkan juga diterima daripada nombor telefon yang sama dan dipercayai dibuat dari China.

“Ia satu lagi kejadian yang membuatkan saya tidak tahan, ia sangat mengganggu,” katanya.

Menurut Bajc, panggilan telefon dan mesej itu bermula selepas pangsapurinya diceroboh masuk buat pertama kali, seminggu selepas penerbangan MH370 hilang.

“Sesiapa yang memecah itu nyata tidak berhati-hati ketika menyelongkar kerana saya seorang yang kemas, oleh itu, saya serta-merta dapat mengesan beberapa barang diusik dan dialihkan.

“Ketika kejadian juga penjaga rumah tiada, jadi tidak mungkin dia melakukannya.



Saya juga selalu tiba ke rumah sebelum anak saya pulang,” katanya.

Bajc berkata, pencerobohan kali kedua berlaku beberapa minggu selepas itu.

“Jiran saya memberitahu ada ternampak nampak dua lelaki meninggalkan rumah saya,” katanya.

Beliau berkata, dia tidak lagi menerima panggilan daripada nombor telefon dari China itu selepas ejen FBI ditugaskan untuk mengawalnya sebaik keluarga Woods dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpanya.

Bajc sedang mengetuai Voice 370 yang mendesak pihak berkaitan terutama Kerajaan Malaysia untuk membeli data dari syarikat satelit supaya boleh dianalisis pihak bebas.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/12

Pecah ATM kosong


Empat penjenayah hanya mampu menikmati bekas kosong mesin Pengeluaran Wang Automatik (ATM) sebuah kios bank berhampiran sebuah masjid di Bandar Baru Sentul apabila disahkan dalam mesin itu tiada wang tunai.

Dalam kejadian jam 4.30 pagi semalam itu, empat lelaki terbabit memotong pintu ATM menggunakan alat pemotong oxy dalam usaha mendapatkan wang tunai dari dalam mesin itu.

Walaupun berjaya mengeluarkan bekas wang dalam mesin itu, namun tiada wang tunai diletakkan dalam mesin berkenaan sejak 24 April lalu Terdapat dua mesin dalam kios itu iaitu deposit tunai dan mesin ATM.

Kumpulan terbabit turut menyembur cat biru pada kamera litar tertutup (CCTV) dalam kios itu bagi mengelakkan identiti mereka dikesan.



Mereka juga membakar mesin berkenaan dalam usaha mengeluarkan bekas wang berkenaan.

Sejurus memecahkan mesin itu, semua lelaki itu melarikan diri bersama bekas wang mesin berkenaan menggunakan kereta Proton Saga.

Nombor pendaftaran kereta berkenaan dicam saksi sebelum memaklumkan kepada polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, berdasarkan maklumat nombor pendaftaran kereta digunakan suspek, pihaknya menyerbu sebuah rumah di sini.

“Bagaimanapun, siasatan mendapati pemilik kenderaan itu langsung tidak mengetahui mengenai kejadian berkenaan, malah kereta miliknya juga tidak keluar dari rumah sejak 24 jam lalu.

“Ini membuktikan nombor pendaftaran digunakan suspek adalah nombor klon.

Kami juga dimaklumkan mesin ATM dipecahkan itu tiada wang di dalamnya,” katanya kepada Harian Metro.

Katanya, pihaknya akan terus mengesan semua suspek berdasarkan maklumat awam dan bantuan CCTV.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/12

45 cemas bas masuk longkang


Ipoh: Seramai 45 penumpang yang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas bercuti di Cameron Highlands berdepan detik cemas apabila bas persiaran yang dinaiki terbabas lalu masuk ke dalam longkang dalam kejadian di Kilometer 20 Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 4 pagi, bas berkenaan dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke tepi jalan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai Rozmi Che Hamat berkata, hanya dua daripada 45 penumpang cedera.



Katanya, pihaknya menerima panggilan jam 4.45 pagi sebelum tiba di tempat kejadian 35 minit kemudian.

“Sebuah jentera bersama tujuh anggota bomba Simpang Pulai diketuai Pegawai Bomba Kanan II Mazlan Saari serta satu jentera dan tujuh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands ke tempat kejadian.

“Hanya dua daripada 45 penumpang iaitu lelaki dan perempuan yang duduk di bahagian depan cedera.

Mereka dibawa ke klinik berhampiran oleh orang awam,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/12

Dendam berdarah sepupu cemburu


Satu majlis perkahwinan di India bertukar tragedi berdarah apabila pengantin perempuan ditembak mati oleh sepupunya sendiri kerana didakwa ‘curang’.

Ketika kejadian Dr Jaishri Namdeo, 29 sedang berdiri bersama suaminya di atas pentas dalam majlis perkahwinan yang dilangsungkan di bandar Bhopal sebelum Anurag Singh menyerbu naik dan melepaskan tembakan rambang.

Anurag - pernah menjalin hubungan dengan Jaishri - hadir ke majlis itu dengan menyamar sebagai jurugambar.

Dia kemudian cuba membunuh diri namun gagal selepas ditarik tetamu yang berada berhampiran dan membolehkan orang ramai menangkapnya.

Tetamu merampas pistol yang dipegang Anurag dan membelasahnya sementara menunggu polis tiba.

Jaishri - seorang doktor kanak-kanak - mati di hospital akibat cedera terkena tembakan di leher.

Suaminya, Rohit Namdeo yang bertugas sebagai pakar bedah bagaimanapun terselamat dalam serangan itu.

Ratusan tetamu dan ibu bapa mereka pergi ke hospital untuk mendapatkan berita mengenai keadaan pasangan pengantin baru berkenaan.

Namun harapan mereka musnah apabila mengetahui Jaishri tidak dapat diselamatkan.

Anurag ditahan sementara siasatan bagi mengenalpasti motif sebenar serangannya dijalankan.



Foto
Foto
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/12

Wanita nekad lawan ular guna pisau lipat


Hong Kong: Seorang wanita nekad menggunakan pisau lipat untuk menyelamatkan anjing peliharaannya daripada dibaham seekor ular sawa Burma ketika membawa haiwan itu berjalan di sebuah taman di sini.

Courtney Link memberitahu akhbar Sunday Morning Post, ular sepanjang lima meter itu membelit anjingnya, Dexter, hujung minggu lalu.

“Saya terkejut melihat kepala ular itu dan terus menumbuknya berkali-kali namun ia tidak melepaskan Dexter.

“Saya yang terdesak terus mengeluarkan pisau lipat dan menikamnya mengakibatkan haiwan itu terus melepaskan anjing saya dan menyelinap ke dalam semak berhampiran.

“Dexter mengalami luka akibat kesan gigitan pada dada dan kakinya,” katanya ketika ditemui.

Jurucakap Jabatan Pemuliharaan, Pertanian dan Perikanan mengesahkan kejadian itu.

Sawa Burma antara ular terbesar di dunia malah mampu membesar sehingga enam meter dan mencapai berat 100 kilogram.

Spesies ular itu juga pemangsa terbesar di Hong Kong dan dikelaskan sebagai haiwan terlindung.

Ular itu jarang ditemui namun kejadian itu bukan kali pertama seekor anjing peliharaan diserang.

Pada 2007 seorang wanita berjaya menyelamatkan anjingnya daripada serangan ular sepanjang 4.5 meter, manakala pada tahun berikutnya seekor anjing baka husky mati dibelit ular.



- AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/12

Penembak warga emas dipecat


Hearne: Pegawai perbandaran di sebuah pekan kecil di pusat bandar Texas kelmarin mengundi untuk memecat anggota polis yang menembak mati seorang warga emas berusia 93 tahun beberapa hari lalu.

Kejadian itu berlaku ketika Stephen Stem berdepan dengan wanita itu yang bersenjatakan pistol di kediaman mangsa.

Media tempatan melaporkan, keputusan sebulat suara untuk Stem itu dibuat selepas satu perbincangan singkat diadakan majlis perbandaran berkenaan.

Datuk Bandar Ruben Gomez berkata dia akan mencadangkan pemecatan Stem yang menembak mati Pearlie Golden baru-baru ini.

Gomez berkata demikian kepada penunjuk perasaan yang berarak di bandar itu mengecam tindakan berkenaan dilakukan ke atas wanita yang dikenali sebagai ‘Miss Sulie’ dalam kalangan penduduk tempatan.

Polis Hearne dalam kenyataan memberitahu, Pearlie sedang “mengacukan pistol” ketika Stem tiba di tempat kejadian, namun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Stem digantung tugas sementara siasatan mengenai perkara itu dijalankan.

Anak saudara Pearlie, Roy Jones memberitahu media bahawa ibu saudaranya berang selepas dihalang memperbaharui lesen memandu.

“Pearlie mencapai pistol berkenaan apabila saya enggan memulangkan semula kunci keretanya,” katanya.

Jones berkata, dia yang menghubungi polis dan menyatakan Pearlie melepaskan dua das tembakan ke tanah sebelum Stem bertindak balas menembaknya.

Pihak berkuasa melaporkan, pistol yang dipercayai digunakan Golden ketika itu ditemui di tempat kejadian.

Peguam Daerah Robertson County, Coty Siegert berkata kerana kes itu masih dalam siasatan, dia tidak boleh mengesahkan atau menafikan Golden melepaskan tembakan.

Pemeriksaan awal mendapati Golden ditembak sebanyak dua kali di badan dan rebah pada tembakan ketiga.



- AP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/12

20 tentera diculik, tembak


Mosul: Militan di utara Iraq menyerang hendap satu konvoi tentera dan menculik sekurang-kurangnya 20 tentera sebelum menembak kepala mereka.

Pegawai tentera semalam berkata, kejadian berlaku kelmarin di Ain al-Jahash di wilayah Nineveh - satu daripada kawasan paling berbahaya di Iraq.



“Penyerang menyamar sebagai tentera dan memandu kenderaan tentera yang mereka larikan dalam serangan terdahulu.

“Semua mangsa mati akibat tembakan di kepala beberapa jam selepas diculik,” katanya.

Menurut pegawai itu, tentera Iraq tidak sempat bertindak kerana hanya menyedari mereka disasar militan sejurus sebelum diserbu.


- AP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/12

Menanti keajaiban


Satu-satunya harapan terbaik untuk ibu bapa mangsa penculikan militan Boko Haram setakat ini ialah menunggu keajaiban berlaku.

Selain itu apa yang ada untuk membantu cuma ‘hashtag’ di laman sosial media baru.

Lebih tiga minggu selepas pelampau yang menggunakan nama Islam melarikan lebih 300 kanak-kanak perempuan dari kawasan terpencil di timur laut Nigeria, kemarahan dunia terpancar pada kenyataan dibuat di rangkaian media sosial seperti Twitter dan Facebook.



Namun pemerhati mempertikaikan sama ada langkah itu akan bertahan atau sejauh mana ia dapat mendorong pihak berkuasa bertindak menyelamatkan kanak-kanak terbabit.

Sebelum ini polis mengesahkan 276 kanak-kanak ditahan militan Boko Haram dan ia kurang mendapat perhatian sehingga ‘kempen’ #BringBackOurGirls atau yang seumpamanya dimulakan.


Pemimpin Persatuan Mahasiswa Pan-Afrika Universiti Rochester, Fayokemi Ogunmola berkata, sekurang-kurangnya kini orang ramai mula memberi perhatian serius kepada kejahatan Boko Haram.


Kata Ogunmola, dia mula mengikuti perkembangan di Nigeria itu sejak 15 April lalu tetapi minat mendalam ditunjuk rakannya hanya selepas ‘kempen’ #BringBackOurGirls disebar dengan meluas.

“Memang bagus media sosial bersikap begitu tetapi matlamat mutlak kita ialah menyelamatkan kanak-kanak terbabit,” katanya.

Lebih 2.1 juta ‘tweet’ menggunakan ‘hashtag’ itu dipos pengguna Twitter setakat ini.

Pada peringkat awal, kata firma penganalisis Topsy, minat orang ramai terhadap tragedi di Nigeria itu agak rendah sehinggalah selebriti - termasuk Chris Brown - mengepos mesej mengenainya dan disebar dengan meluas.

Wanita Pertama AS, Michelle Obama juga menunjukkan keprihatinannya kepada isu itu dengan mengepos tweet dan diulang sebar lebih 53,000 kali.

Profesor politik di Universiti Nova Southeastern, G Nelson Bass III bimbang kecenderungan semasa pengguna media sosial berlangsung tanpa maklumat yang sepatutnya.

“Saya khuatir kempen ini tidak banyak mendidik orang ramai,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/12

5 terbunuh terkena tembakan rambang


Manila: Lima orang terbunuh apabila dua lelaki menaiki sebuah motosikal melepaskan tembakan rambang di pinggir ibu negara Filipina semalam.

Timbalan Ketua Polis Quezon, Roldante Sarmiento berkata siasatan masih dijalankan bagi mengenalpasti motif sebenar serangan itu.

“Lima orang terbunuh di empat tempat berasingan.



“Semua mangsa tidak mempunyai apa-apa hubungan dan kebetulan berada di lokasi kejadian.

Kami masih belum dapat memastikan mengapa mereka ditembak,” katanya.

Menurut Sarmiento, kedua-dua suspek memulakan serangan mereka pada lewat petang di kawasan komersial Quezon dengan menembak seorang lelaki - juga menunggang motosikal - sebelum melepaskan tembakan ke arah seorang wanita lain yang menunggu bas.

Mereka kemudian menembak mati seorang lelaki dan wanita yang sedang menunggang motosikal dan mangsa terakhir adalah seorang pekerja pembersihan.

Sebelum ini, ramai pembunuh upahan di Filipina yang melakukan pembunuhan dengan menaiki motosikal dan memakai topi keledar bagi menyembunyikan identiti mereka.

Bagaimanapun, saksi memberitahu polis, pembunuh kali ini dilihat tidak mempunyai sasaran khusus.


-AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/12

Daripada derita elok mati


Pada awalnya kematian seorang anggota tentera India disangka akibat serangan jantung selepas mengambil arak sepanjang hari.

Namun penemuan pihak berkuasa selepas itu mendapati ada yang tidak kena pada mayat Sarjan Ramesh Chandra.

Hasil siasatan lanjut, akhirnya terbongkar rahsia bahawa isteri Chandra mengatur pembunuhan suaminya dengan bantuan seorang pemuda.



Motif Sudha Gupta bersekongkol dengan kekasihnya yang baru berusia 17 tahun itu didorong kekecewaannya di ranjang bersama Chandra.

Menurut polis, Sudha, 28, mengaku dia tidak bahagia sejak berkahwin pada 2008.

“Keadaan semakin kronik apabila suaminya bertukar menjadi kaki botol.

Disebabkan tekanan perasaan, kata sumber polis, Sudha - bertugas sebagai guru - berpakat dengan pemuda terbabit untuk menamatkan riwayat Chandra.


Ketika disoal siasat, pemuda terbabit mengaku mencekik Chandra selepas pegawai tentera itu pengsan akibat meminum arak seharian.


“Sudha memiliki ijazah sarjana menginginkan kehidupan lebih baik lalu memutuskan mengajar di sebuah institut kejuruteraan tempatan.

“Di situ dia berkenalan dengan seorang pemuda dan hubungan mereka semakin intim tidak lama kemudian,” katanya.

Menurut sumber, pemuda terbabit sering menghantar Sudha pulang menaiki motosikal selepas tamat waktu pengajian sehingga menyebabkan Chandra mengesyaki ada sesuatu berlaku.

Katanya, Chandra kemudian menghalang isterinya bertemu lagi dengan pemuda terbabit.

Disebabkan kecewa, Sudha merancang pembunuhan suaminya dan berharap dapat mengaut wang pampasan akibat kematian lelaki terbabit.

“Pada hari kejadian, Chandra minum arak sejak sebelum pengsan pada sebelah petang.

“Sudha mengambil kesempatan menghubungi kekasihnya sebelum mereka mencekik Ramesh,” katanya.

Namun Sudha kemudian meminta bantuan jirannya membawa Ramesh ke hospital kerana pengsan selepas mengadu sakit dada.

Mayat Ramesh kemudian dihantar untuk bedah siasatan dan hasilnya pada 6 Mei lalu menunjukkan Ramesh mati akibat asfiksia (kesukaran bernafas).

Pihak polis kemudian menahan Sudha di rumahnya.

Di situ, polis juga menemui kekasih Sudha yang berpindah ke situ sejak kematian Chandra.

Polis turut menemui nota ditinggalkan Chandra mewasiatkan separuh daripada hartanya untuk anak perempuan mereka, manakala selebihnya untuk badan kebajikan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/12

Perompak berang bakar mesin ATM tiada wang


2014/05/12 - 04:29:24
Kuala Lumpur: Sekumpulan perompak yang berang apabila mesin pengeluaran wang automatik (ATM) yang dipecahkan mereka tiada wang, membakar mesin itu di kios Bank Islam, Bandar Baru Sentul di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 4.45 pagi itu, empat lelaki menaiki PROTON Saga FLX hitam, masuk ke dalam kios di hadapan Masjid Amru Ibnu Al-As dengan membawa mesin pemotong oksigen untuk memecahkan mesin ATM berkenaan.


Bagaimanapun, selepas mendapati kotak penyimpanan wang kosong, suspek membakar mesin itu dan melarikan diri dengan menaiki kereta yang dipercayai menggunakan nombor pendaftaran palsu.
Siasatan awal mendapati pengurusan Bank Islam mengosongkan mesin ATM itu sejak 24 April lalu. Polis juga sedang mengesan kesan cap jari di mesin ATM berkenaan” Zakaria Pagan, Ketua Polis Daerah Sentul

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata sepasukan bomba dikejarkan ke lokasi bagi memadamkan api.

Katanya, pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup mendapati empat suspek berusia 30-an dan dipercayai warga tempatan.

“Siasatan awal mendapati pengurusan Bank Islam mengosongkan mesin ATM itu sejak 24 April lalu. Polis juga sedang mengesan kesan cap jari di mesin ATM berkenaan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan atas kesalahan memecah premis dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pusat Kawalan Polis Daerah Sentul di talian 03-40482222 bagi membantu siasatan.

Polis siasat bapa mangsa culik


2014/05/12 - 04:33:24 AM
Kota Kinabalu: Polis akan menyiasat aspek kecuaian dalam kes budak berusia tiga tahun yang diculik selepas kereta bapanya dilarikan pada Jumaat lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata bapa Low Ming You, akan disiasat berhubung kes itu dari segi aspek kecuaian.


Beliau mengarahkan Ketua Siasatan Jenayah negeri untuk membuat siasatan itu. “Kita mungkin melakukan siasatan ke atas bapa mangsa termasuk kemungkinan mendakwa atas kecuaian kerana meninggalkan anaknya dalam kenderaan dengan enjin dibiarkan hidup,” katanya.


Beliau berkata polis percaya Ming You berada sekitar bandar raya ini.
Katanya setakat ini operasi Ops Tutup sudah dilancarkan di kawasan pintu masuk dan keluar seperti terminal bas, jeti, lapangan terbang dan jalan menghala ke sempadan.

Dalam kejadian jam 6 pagi itu, Min You yang berada dalam kenderaan bapanya dilarikan penjenayah di stesen minyak di Kampung Air.

Yee Shang meletakkan kenderaan pacuan empat roda tanpa kunci pintu dengan enjin dibiarkan hidup di luar stesen itu, sebelum ke tandas.

Pejabat PM Thailand dibom

Pejabat PM Thailand dibom
Seorang penunjuk perasaan meninjau kerosakan sebuah pondok telefon yang dilontar bom di luar Bangunan kerajaan di Bangkok semalam.  
Kumpulan tidak dikenali cuba serang penyokong antikerajaan

BANGKOK: Dua penunjuk perasaan antikerajaan cedera dalam letupan di luar pejabat Perdana Menteri Thai, kata polis semalam, ketika penyokong kedua-dua belah pihak bertelagah untuk menentukan siapa yang bakal mentadbir negara.

Media berkata, penyerang tidak dikenali melontar bom tangan ke arah penyokong antikerajaan di luar bangunan kerajaan sekitar tengah malam. Pejabat perdana menteri sudah dikosongkan sejak beberapa minggu lalu.

“Letupan itu menyebabkan dua penunjuk perasaan cedera ringan, namun kami tidak pasti adakah ia bom tangan,” kata pegawai polis daerah. 

12 askar Yaman maut serangan di pangkalan tentera


2014/05/12 - 03:36:33
Aden: Serangan seorang pengebom bunuh diri yang disyaki dari Al-Qaeda mengorbankan 12 tentera dan seorang awam dalam satu serangan ke atas pangkalan tentera di tenggara Yaman, kata pegawai.

Ia berlaku ketika tentera kerajaan mengejar pemisah jihad dalam tiga wilayah.


Pengeboman berlaku beberapa jam selepas tiga lelaki bersenjata terbunuh ketika mereka menyerang sekatan jalan berdekatan istana presiden di ibu negara Sanaa. Ia adalah lokasi sama lima tentera maut Jumaat lalu dalam satu serangan serupa.

Dua serangan seolah-olah sebagai tindak balas terhadap operasi tentera terhadap Al-Qaeda di Semenanjung Arab, dalam wilayah Shabwa dan Abyan, di selatan dan Baida di bahagian tengah, sejak 29 April lalu.

Kereta penuh bahan letupan

Pengebom melanggar kereta yang penuh dengan bahan letupan ke dalam pangkalan polis tentera di Mukalla, ibu negeri wilayah Hadramawt, menurut seorang pegawai keselamatan, sambil menambah bahawa penyerang meletupkan bom di sebelah berek.

Serangan itu mengorbankan 12 tentera, menurut sumber ketenteraan, sementara pasukan perubatan berkata, penduduk awam cedera akibat letupan itu.
“Pengebom adalah dari Al-Qaeda,” kata sumber tentera itu, tanpa memberikan maklumat lanjut.

Serangan waktu subuh

Di Sanaa, serangan waktu subuh oleh ‘tentera’ terhadap sekatan jalan penjaga presiden di pusingan bulatan Misbahi menyebabkan kematian tiga lelaki bersenjata dan seorang awam, menurut Menteri Dalam Negeri.

Sanaa sudah berada dalam keadaan berjaga-jaga selama berhari-hari, dengan peningkatan ketegangan selepas tentera memasuki Azzan, kubu kuat pejuang jihad di wilayah selatan Shabwa. Ia menyebabkan Amerika Syarikat menutup kedutaannya di Sanaa Khamis lalu.

Jumaat lalu, Menteri Pertahanan, Mohamed Nasser Ahmad dan dua pegawai keselamatan berjaga selamat apabila lelaki bersenjata menyerang hendap konvoi mereka ketika pulang dari lawatan di selatan. - AFP

Bertumbuk, lempar kerusi gaduh

Bertumbuk, lempar kerusi gaduhPenyokong calon bertanding bertengkar sesama sendiri selepas pemilihan Jawatankuasa PKR Cabang Sabak Bernam dibatalkan atas alasan wujud unsur penipuan, semalam. - Foto Rosdan Wahid Pemilihan 11 cabang PKR Selangor kecoh, ditangguh

Kuala Lumpur: Pemilihan PKR 2014 di Selangor semalam bukan saja kecoh, malah mencetuskan beberapa `drama’ sehingga menimbulkan suasana huru hara dan pergaduhan yang membawa penangguhan pemilihan di 11 daripada 22 cabang.

Cabang yang terpaksa menangguhkan pemilihan ialah Subang, Hulu Langat, Sabak Bernam, Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor, Kota Raja, Selayang, Shah Alam, Kapar dan Sungai Besar, manakala di cabang Gombak, status pemilihan tergantung selepas wujud bantahan sehingga menyebabkan peti undi terpaksa dibawa ke pusat.

Antara isu yang dibangkitkan termasuk calon berada terlalu lama dalam dewan pemilihan, nama calon tidak tersenarai dalam kertas undi, nama pengundi tidak tersenarai selain proses pengundian yang didakwa tidak telus.

Guna alat khas pecah cermin


2014/05/12 - 04:22:33
Kuching: Polis mendedahkan penjenayah kini menggunakan alat khas untuk memecahkan cermin kenderaan.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Wira Muhamad Sabtu Osman, berkata taktik itu dikesan selepas berjaya merampas peralatan berkenaan dalam beberapa kes kejadian pecah cermin kereta baru-baru ini.


Katanya, polis juga sudah melakukan beberapa tangkapan berkaitan kes itu bagi membantu siasatan berkaitan penggunaan peralatan itu.

Disyor pasang plastik lut sinar

“Kita menasihati orang ramai bekerjasama dengan meningkatkan aspek keselamatan seperti memasang lapisan plastik lut sinar di cermin kenderaan, bagi mengurangkan risiko menjadi mangsa,” katanya selepas merasmikan Jogathon Hari Peringatan Polis di sini, semalam.

Yang turut hadir, Datuk Bandar Kuching Utara, Datuk Abang Wahab Abang Julai dan Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad. 

5 warga Arab Saudi dipenjara 39 tahun, 8,000 sebatan


2014/05/12 - 03:23:54
Riyadh: Lima lelaki tempatan dijatuhi hukuman 39 tahun penjara dan dikenakan 8,000 sebatan oleh Mahkamah Arab Saudi selepas ditangkap bersama beberapa botol minuman keras dan enam wanita di sebuah parti dipercayai sambutan Valentine, lapor akhbar semalam.

“Polis agama Arab Saudi menyerbu sebuah rumah rehat lokasi parti itu diadakan di tengah bandar Buraidah,” lapor akhbar harian Sabq.


Sebatan 10 peringkat
Polis agama Arab Saudi menyerbu sebuah rumah rehat lokasi parti itu diadakan di tengah bandar Buraidah” Akhbar Harian Sabq

Mahkamah menghukum defendan pertama sehingga lima tahun penjara dan memerintahkan dia disebat 1,000 kali di dalam 10 peringkat. Defendan kedua dan ketiga masing-masing tujuh tahun penjara dengan 1,500 sebatan dalam 15 peringkat.

Sementara itu defendan keempat dan kelima masing-masing dipenjarakan selama 10 tahun dan akan menerima 2,000 sebatan yang akan dilakukan sebanyak 20 fasa setiap seorang.

Disebat di khalayak ramai

Akhbar itu berkata lima lelaki terbabit akan disebat di khalayak ramai di pusat bandar dan semua mereka dilarang daripada melancong ke luar negara selama lima tahun selepas tamat hukuman.
Sementara itu Polis Kuwait menahan 32 lelaki di sebuah parti intim di Emiriah dekat Teluk dan polis berkata kebanyakan mereka adalah rakyat Kuwait dan badwi (tanpa pengenalan diri).

Polis menyerbu tempat itu selepas menerima maklumat dan semua yang terbabit kerana menganjurkan pesta, konsert haram dan memakai pakaian wanita.

Akhbar harian bahasa Arab Al-Anba berkata mereka yang ditahan termasuk warga bukan Kuwait Arab yang akan segera dihantar pulang. - AGENSI

Hat Yai dibom, pejabat PM bergegar


Keadaan di sekitar jalan utama di Hat Yai, malam tadi lengang selepas berlaku berbelas letupan bom yang mengorbankan dua orang manakala sembilan cedera. - AGENSI
HAT YAI 11 Mei - Sekurang-kurangnya dua maut manakala sembilan lagi cedera, apabila Selatan Thailand digegarkan dengan berbelas letupan bom, malam ini.
Setakat ini belum dapat dipastikan jika terdapat rakyat Malaysia yang menjadi mangsa dalam keganasan terbaharu itu.
Menurut sumber tempatan kepada agensi berita Bernama, kejadian bermula pada 7.30 malam waktu tempatan apabila empat bom meletup di Sungai Golok.
Sementara itu, tiga letupan bom dilaporkan berlaku di Sungai Padi, selain sebuah sekolah serta bengkel membaiki motosikal dibakar.
Tiga lagi letupan menggegarkan Pekan Takbai mengakibatkan sekurang-kurangnya dua orang terbunuh, manakala beberapa lagi cedera.
Di Wilayah Yala, lima bom diletupkan dengan menyasarkan tiang elektrik menyebabkan bekalan elektrik ke beberapa kawasan terputus, sementara tiga letupan bom dilaporkan berlaku di daerah Yaha dan dua lagi di daerah Thanto.
Kejadian tembak menembak serta membakar tayar turut dilaporkan berlaku di daerah Benang Setar dan Krong Pinang.
Sementara itu, Reuters pula melaporkan dua penunjuk perasaan antikerajaan cedera dalam satu kejadian letupan di bahagian luar pejabat Perdana Menteri Thailand yang terletak dalam kawasan Bangunan Kerajaan, di sini malam semalam.
Menurut laporan polis hari ini, mangsa hanya cedera ringan namun pihak berkuasa masih tidak dapat mengesahkan letupan berpunca daripada bom tangan.
Media-media tempatan pula melaporkan, seorang penyerang yang tidak dikenali melemparkan sebutir bom tangan ke arah penunjuk perasaan antikerajaan di luar Bangunan Kerajaan tengah malam, semalam.
Pejabat Perdana Menteri bagai­manapun telah dikosongkan sejak beberapa minggu lalu.
Insiden itu berlaku ketika kerajaan sementara yang setia kepada bekas Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra cuba mengekalkan kuasanya sehingga pilihan raya baharu diadakan pada 20 Julai ini.
Dalam perkembangan terbaharu hari ini, Ketua Jabatan Siasatan Khas (DSI), Tarit Pengdit memberi amaran kepada rakyat negara ini agar tidak menyertai tunjuk perasaan antikerajaan bagi mengelakkan sebarang keganasan daripada tercetus.
“Kami memberi amaran kepada semua penduduk supaya menjauhi kawasan bantahan," katanya kepada pemberita.
Minggu lalu, Mahkamah Perlembagaan menyingkirkan Yingluck sebagai Perdana Menteri Thailand kerana salah guna kuasa dan sehari kemudian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Nasional (NACC) menyatakan beliau boleh berdepan tuduhan rasuah kerana cuai mengendalikan skim pembelian beras kerajaan.
Sejak itu, berpuluh-puluh ribu penyokong kerajaan atau pergerakan Baju Merah, membanjiri Bangkok bagi mengutuk keputusan Mahkamah Perlembagaan sebagai ‘rampasan kuasa’ serta memberi amaran krisis mungkin berlaku sekiranya kerajaan sementara yang ditadbir Parti Pheu Thai disingkirkan. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140512/lu_06/Hat-Yai-dibom-pejabat-PM-bergegar#ixzz31SCmNQgp
© Utusan Melayu (M) Bhd